Memperjuangkan Hak Umat Islam Antarbangsa

D. Memperjuangkan Hak Umat Islam Antarbangsa

Fadzil Mohd Noor yang mewakili PAS berpendirian tegas mendukung perjuangan umat Islam sedunia, mengutuk campur tangan kuasa asing dalam wilayah umat Islam serta kezaliman dan penindasan yang dilakukan terhadap Umat Islam. Fadzil Mohd Noor yang mewakili PAS sebagai sebuah jemaah muslim dan wadah perjuangan umat, adalah salah satu dari rantai Gerakan Islam seluruh dunia. Ia bersama-sama dengan Ikhwan Muslimin di Mesir, Jemaat Islami di benua kecil India, Refah Parti di Turki, FIS Freedom of Islamic Society di Algeria, Hamas di Palestina dan gerakan Islam lainnya serta membangun bersama untuk merealisasikan kehidupan yang Islami. PAS telah membuktikan ketabahannya dalam menghadapi segala macam hambatan dan rintangan. PAS menasihati ahli-ahli dan pendukungnya supaya mengutamakan kepentingan ummat dan jamaah dari yang lain. Sebagai contohnya, untuk melihat dan bagaimana PAS menanggani isu- isu antarbangsa yang melibatkan umat Islam, umpamanya krisis Teluk. Masyarakat dunia mengetahui bahwa pada 2 Agustus 1990, dunia telah dikejutkan dengan penaklukan Irak atas Kuwait dan Amerika telah melakukan serangan balas kepada Irak untuk memaksa Irak keluar dari Kuwait. 9 9 Wan senik, Pemikiran Politik Mujahid Ulung, Kedah: Pas Kawasan Pendang, 2007 h. 60 Oleh karena itu, Fadzil Mohd Noor menyatakan bahwa Amerika telah menyerang umat Islam Irak, maka PAS berpendirian membela Irak. Ini adalah karena peperangan yang dilancarkan ke Irak bukanlah semata-mata suatu peperangan yang bertujuan untuk mengeluarkan Irak dari Kuwait, tetapi serangan yang dilakukan oleh Amerika atas ummat Islam Irak itu mempunyai tujuan yang lebih jauh, yaitu untuk menghancurkan kekuatan yang ada pada Irak. Ia juga akan menghancurkan ajaran umat Islam yang telah dibina sekian lama. Fadzil Mohd Noor juga menyesali tindakan kerajaan Arab Saudi yang membenarkan penempatan tentera Amerika untuk berada di negaranya yang terletak Tanah Suci Mekkah. Beliau juga mendesak supaya Irak mengundurkan tentaranya dari Kuwait dan menyelesaikannya dengan melibatkan negara-negara Arab saja tanpa campur tangan kuasa asing khususnya Amerika Serikat. Pada muktamar PAS ke 39 1993, Fadzil Mohd Noor menyatakan bahwa di tingkat antarbangsa PAS mempunyai hubungan yang baik dan dekat dengan berbagai gerakan Islam. PAS bersama mereka karena mereka memiliki dasar aspirasi dan tujuan yang sama dengan PAS. PAS juga sentiasa bersama umat Islam di mana saja terutamanya mereka dizalimi dan ditindas. Dalam menangani isu umat Islam antarbangsa, Fadzil Mohd Noor mempertanyakan peranan yang dimainkan oleh OIC Organisation of Islamic Conference, yang mana OIC gagal membela nasib umat Islam terutamanya penindasan terhadap umat Islam di Bosnia dan juga sengketa di negara-negara Arab. Manakala PBB Persatuan Bangsa-Bangsa pun gagal melaksanakan beberapa ketetapan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh dunia kini. Sebagaimana Fadzil Mohd Noor katakan: “Pada ketika PBB tidak dapat diharapkan, OIC yang ditubuhkan untuk membela umat Islam terus berdiam diri. Tidak diketahui apa yang dibuatnya ketika umat Islam Bosnia disembelih?” Di samping itu, Fadzil Mohd Noor juga mengkritik sikap kerajaan Malaysia dalam memperjuangkan nasib umat Islam. 10 Kerajaan pemerintah gagal menyatakan sikap yang tegas terhadap penindasan dan kezaliman yang dilakukan terhadap umat Islam oleh negara- negara besar dunia. Tegas beliau, pemerintah kini bersifat hipokrit dalam menentang keganasan terhadap umat Islam. Merujuk kepada tindakan kerajaan dalam menangani demontrasi damai membantah kedatangan para pemain kriket Negara Israel di halaman Masjid Ar- Rahman, Kuala Lumpur pada 4 April 1997, menggambarkan kepada masyarakat sikap kerajaan yang sekarangnya. Tegas Fadzil Mohd Noor, kerajaan hari ini bersama dengan pemimpin Negara umat Islam lain mengutuk sekerasnya sikap ganas kaum Yahudi khususnya di Palestin. Sebaliknya, apa yang berlaku di dalam 10 Wan senik, Pemikiran Politik Mujahid Ulung, Kedah: Pas Kawasan Pendang, 2007 h.65 Negara pula mereka bertindak kasar dan menahan pendemo yang menentang Israel. 11 Sebagai sebuah partai yang mendukung keadilan umat Islam antarbangsa, maka sikap dan pendirian PAS di bawah kepimpinan Fadzil Mohd Noor. Fadzil Mohd Noor adalah jelas, pemikiran beliau terangkum dalam aspek-aspek berikut: 1. Malaysia adalah satu unit dan masyarakat antarbangsa yang semestinya saling bergantung dengan yang lain. 2. Mempunyai tanggung jawab antarbangsa terhadap ummat dan golongan mustad’affin di dunia. 3. Menghormati semua perjanjian dua-hala dan berbagai hala yang telah ditandatangani oleh kerajaan dan sekiranya hal-hal dirasakan perlu disesuaikan dengan dasar PAS, maka perundingan akan dilakukan dengan pihak-pihak bersangkutan. Segala penyelesaian adalah bertujuan untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama. 4. Hubungan kita dengan sebuah Negara kecil, di luar OIC dan ASEAN, serta hubungan dengan semua Negara-negara kecil adalah wajib ditingkatkan. 11 Wan senik, Pemikiran Politik Mujahid Ulung, Kedah: Pas Kawasan Pendang, 2007 h. 68 5. OIC hendaklah disusun kembali supaya lebih berperan terutama untuk menghadapi masalah umat Islam, dan masalah antar umat Islam dengan pihak lain. 6. Mendukung Piagam PBB dan Piagam Bandung termasuk menghormati kedaulatan supaya saling tidak mengganggu Negara lain. 12 7. Mendukung hak asasi manusia sesuai dengan ajaran Islam, menentang kezaliman dan diskriminasi dalam berbagai bentuk. 8. Berusaha memperkenalkan kebaikan dan keutuhan Islam kepada masyarakat antarbangsa. Secara keseluruhannya, pemikiran Al-Marhum terhadap umat Islam antarabangsa, telah menunjukkan pendirian PAS dalam menangani isu umat Islam antarabangsa. PAS mendukung sepenuhnya terhadap kebangkitan dan perjuangan umat Islam di Palestina, Kashmir, Bosnia Herzegovinia, India, Rohingnya, Filipina, Afghanistan dan sebagainya serta mengutuk segala bentuk penindasan dan kezaliman serta campur tangan asing terhadap hal ihwal umat Islam. Pemikiran politik yang telah dikemukakan oleh Fadzil Mohd Noor merupakan satu gagasan idealisme yang menyeluruh, di mana meliputi aspek- 12 Wan senik, Pemikiran Politik Mujahid Ulung, Kedah: Pas Kawasan Pendang, 2007 h. 72 aspek berikut yaitu mengharapkan konsep politik Islam, membasmi ideologi sekularisme, mengubah perlembagaan Negara, ketulusan kerjasama politik, mengislamkan falsafah pendidikan Negara, mengislamkan ekonomi Negara, menanggani krisis sosial dan politik Negara secara adil serta pembelaan umat Islam antarbangsa. 13 Sebagai seorang pemimpin dan ahli politik yang berlatar berlakang pendidikan agama, Fadzil Mohd Noor sangat berpengetahuan luas mengenai politik Islam serta juga ilmu politik modern. 13 Wan senik, Pemikiran Politik Mujahid Ulung, Kedah: Pas Kawasan Pendang, 2007 h. 74

BAB III PLURALITAS DALAM PEMIKIRAN FADZIL MOHD NOOR