Kegiatan Kemasyarakatan Dan keterlibatan Dalam Politik

2. Perkawinan Pada tahun 1963 Fadzil Mohd Noor mangakhiri masa kesendiriaannya dengan memulai rumah tangga dengan saudara sepupunya siti khadijah binti Ibrahim. Isteri Fadzil Mohd Noor merupakan bekas pelajar sekolah menengah agama Furbish Bakar Alor Setar Kedah. Kemudian setelah menikah isterinya turut bersama melanjutkan studi ke Al-Azhar bersama beliau. Hasil perkawinan pasangan bahagia ini telah dikurniakan delapan orang anak bertuah iaitu Huda, Ammar, Aiman, Munaizarah, Muhamad Faiz, Salwa, Ahmad Fauwaz dan Ahmad Anas. Beliau bukan saja Berjaya sebagai ahli politik, Tapi juga merupakan kepala keluarga yang patut di contoh dalam mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab. 2

C. Kegiatan Kemasyarakatan Dan keterlibatan Dalam Politik

1. Kegiatan kemasyarakatan Fadzil Mohd Noor aktif sebagai ahli politik beliau juga adalah pemimpin masyarakat yang aktif dalam kerja-kerja sosial. Sebenarnya penglibatan beliau dengan kegiatan kemasyarakatan bermula sejak Fadzil Mohd Noor kembali ke tanah air setelah tamat belajar di Mesir. beliau pernah 2 http:www.ibnuhasyim.com201001minda-fadzil-mohd-nor-presiden-pas-ke-6.html, diakses pada tanggal 2 April 2010, pukul 15.30 WIB memegang jabatan sekertaris Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia PERKIM Cawangan Negeri Kedah. 3 Fadzil Mohd Noor juga pernah terlibat di ABIM dan pernah memegang jabatan sekertaris penerangan pertubuhan itu diantara tahun 1973 hingga 1974 sebelum diberi kepercayaan menjadi wakil presiden pada tahun 1974 hingga 1978. Sepanjang keterlibatan beliau dengan ABIM, beliau turut terlibat dalam demontrasi menentang isu kemiskinan di Baling Kedah pada tahun 1974. Selain itu beliau juga adalah sekertaris agong Persatuan Ulama Malaysia PUM pada tahun 1974. Sesuai dengan kemampuan serta kebolehannya sebagai tokoh agama yang disegani, Fadzil Mohd Noor telah memainkan peranan yang amat besar dalam membantu dan mengembangkan syiar Islam di kalangan masyarakat setempat. Segala pengalaman dan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh beliau akan dipergunakan untuk membantu masyarakat mendalami ilmu terutamanya ilmu-ilmu agama Islam. beliau dengan secara bersungguh-sungguh telah mengembangkan segala ilmu yang dimiliki melalui sosialisasi dan ceramah agama di beberapa tempat khususnya sekitar kawasan DUN Bukit Raya. Kebanyakan masyarakat setempat akan menghormati beliau atas dasar 3 Wan senik, Pemikiran Politik Mujahid Ulung, Kedah: Pas Kawasan Pendang, 2007 h. 17 kedudukan beliau bukan sebagai wakil rakyat tetapi adalah berdasarkan kepada pribadi dan ilmu yang beliau miliki. Dalam mengembangkan syiar Islam kepada masyarakat, Fadzil Mohd Noor juga terlibat dalam dunia penulisan. Sebagai penulis bebas, Fadzil Mohd Noor banyak menulis pelbagai buku terutamanya yang berkaitan dengan masalah agama, di samping menulis masalah yang berkaitan dengan isu-isu semasa di dalam maupun di luar Negara. Sebuah buku hasil penulisan Fadzil Mohd Noor yang berjudul ‘Akidah dan Perjuangan’ telah Berjaya mengangkat nama beliau sebagai penulis yang disegani. 4 Sebagai wakil rakyat daripada partai oposisi Fadzil Mohd Noor senantiasa memberikan solusi dan bantuan terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasannya. Fadzil Mohd Noor sering menyuarakan perasan dan masalah rakyat kepada pihak kerajaan. Oleh kerana kepeduliannya inilah senantiasa memenuhi waktu luangnya bersama para pemilih di kawasannya. Tentu tidak mengherankan kalau nama beliau senantiasa menjadi buah bibir penduduk kawasan DUN Bukit Raya, yang beliau wakili selama empat periode berturut-turut. Di samping itu Fadzil Mohd Noor sering diundang untuk menghadiri pelbagai persidangan Islam di tingkat antarbangsa sekitar tahun 1974, 1976 dan 1979. beliau telah 4 Wan senik, Pemikiran Politik Mujahid Ulung, Kedah: Pas Kawasan Pendang, 2007 h.19 berkesempatan menghadiri seminar Kepemudaan Islam Antarbangsa di Riyadh arab Saudi. Selain itu Fadzil Mohd Noor berkesempatan mengikuti persidangan Umat Islam di Pakistan pada tahun 1988, persidangan pembebasan Al-Quds di Amerika serta beberapa persidangan lain di Mesir, United Kingdom, Iran dan Turki. 5 2. Keterlibatan Dalam Politik Keterlibatan Fadzil Mohd Noor dalam arena politik bermula sejak beliau belajar di Maktab Mahmud lagi disebabkan kecenderungan minat beliau dalam bidang politik khususnya dengan perjuangan Partai Islam Se- Malaysia PAS. Pada Pemilihan Umum 1959, Fadzil Mohd Noor dan beberapa rekan pelajar dari Maktab Mahmud telah berkerja keras membantu calon-calon PAS dalam setiap kampanye Pemilu. Setelah Fadzil Mohd Noor melanjutkan studi di Mesir, beliau masih mengikuti perkembangan politik Negara terutamanya mengenai perkembangan PAS. Sekembalinya ke tanah air, Fadzil Mohd Noor bergabung dengan PAS. Disebabkan ketokohannya sebagai pemimpin yang berkualitas, pemimpin PAS Kedah telah melantik beliau menjadi Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah dan ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah. karir Fadzil Mohd Noor dari hari ke sehari semakin cerah selepas Fadzil Mohd Noor 5 Wan senik, Pemikiran Politik Mujahid Ulung, Kedah: Pas Kawasan Pendang, 2007 h. 19 Berjaya menganggotai Exco PAS Kedah. Penampilan gaya kepimpinan Fadzil Mohd Noor yang semakin cemerlang telah meyakinkan anggota partai untuk melantik Fadzil Mohd Noor menyandang jabatan Naib Yang Dipertua PAS Pusat agar bekerja sepenuhnya untuk partai yang berawal dari tahun 1981 hingga 1983. Perkembangan Fadzil Mohd Noor dalam arena politik kian cerah bila mana pada tahun 1983 Fadzil Mohd Noor telah dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertua PAS maka pada 1989 diberikan kepercayaan penuh oleh ahli PAS untuk menjadi Yang Dipertua presiden PAS, Sampai Fadzil Mohd Noor menghembuskan nafas terakhir pada 23 Jun 2002. Keterlibatan awal Fadzil Mohd Noor di dalam kancah politik pemilihan umum bermula pada tahun 1978, yang mana PAS telah memberi mandat kepada Fadzil Mohd Noor untuk bersaing di negeri Kedah dalam pemilihan umum yaitu di kawasan Parlemen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah. Tetapi keterlibatan awal ini menemui kegagalan apabila Fadzil Mohd Noor kalah di kedua kawasan tersebut. Pada tahun 1980, beliau sekali lagi bersaing dalam pemilihan kecil di kawasan DUN Bukit Raya menyusul kematian Anggota DUN di kawasan tersebut, namun sekali beliau kalah dengan mayoritas 69pemilih. 6 6 Wan senik, Pemikiran Politik Mujahid Ulung, Kedah: Pas Kawasan Pendang, 2007 h. 23 Keterlibatan Fadzil Mohd Noor dalam politik pemilu sebenarnya atas dasar kewibawaan dan kharisma yang telah diperlihatkan. Ini telah terbukti dengan satu pertemuan di Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman di Guar Kepayang Kedah bagi memilih calon pemilu khusus bagi pemilu kecil 1980 di kawasan DUN Bukit Raya. Di antara yang hadir dalam pertemuan ini ialah Dato’ Bakar Umar, Cikgu Sudin, Cikgu Said, Haji Ali bin Haji Abdullah Pak Ngah Ali dan masih banyak lagi. Akhir dalam pertemuan ini sepakat untuk memilih Fadzil Mohd Noor sebagai individu yang mampu diketengahkan sebagai calon dan pemimpin masa depan. Pada pemilihan umum tahun 1982, Fadzil Mohd Noor sekali lagi bertanding di kawasan DUN Bukit Raya dan kali ini Fadzil Mohd Noor menang kursi tersebut, Dan semakin terus Berjaya mempertahankan kursinya di kawasan ini selama empat periode berturut-turut hingga Pemilihan Umum 1995. Yang bagusnya dalam keempat kali Pemilihan Umum yang dimenangi oleh Fadzil Mohd Noor bagi DUN Bukit Raya, Ali bin Abdullah Pak Ngah Ali telah menjadi wakil calon bagi Fadzil Mohd Noor keempat kali Pemilihan Umum tersebut. 7 Pada Pemilihan Umum 1982 Fadzil Mohd Noor menang dengan mengalahkan calon Barisan Nasional BN Safirol bin Hashim dan calon 7 Wan senik, Pemikiran Politik Mujahid Ulung, Kedah: Pas Kawasan Pendang, 2007 h. 25 bebas Mohd Mokhtar bin Abdullah dengan mayoritas 346 suara, pada tahun 1986 beliau menang dengan mayoritas 2,215 suara mengalahkan calon BN Ahmad Zakuan bin Ahmad, pada tahun 1990 mengalahkan calon BN Dato’ Syed Mansor Barakbah dengan mayoritas 1,829 suara dan pada pemilihan umum 1995 mengalahkan calon BN juga yaitu Fadzil bin Hanafi dengan mayoritas 2,414 suara. Dan akhirnya pada pemilihan umum 1999 Fadzil Mohd Noor bertukar kawasan dengan bersaing di DUN Anak Bukit dan Parlemen Pendang. Di DUN Anak Bukit Fadzil Mohd Noor telah menang dengan perbedaan 1,840 suara dengan saingannya Fadzil Mohd Noor mendapat 8,480 suara sedangkan calon BN Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin mendapat 6,640 suara. Bagi kawasan Parlemen Pendang pula Fadzil Mohd Noor memperolehi suara sebanyak 22,413 mengalahkan calon BN Datuk Othman Abdul yang mendapat 19,474 perbedaan 2,939 suara. Setelah kematian Fadzil Mohd Noor pada 23 Jun 2002, kedua kawasan ini yaitu ADUN Bukit Raya dan DUN Anak Bukit masih dikuasai oleh PAS. Pakar politik banyak berpendapat bahawa penguasaan PAS di kawasan ini banyak dipengaruhi oleh faktor keistimewaan Fadzil Mohd Noor yang telah mendapat tempat di hati rakyat kawasan ini. 8 8 Wan senik, Pemikiran Politik Mujahid Ulung, Kedah: Pas Kawasan Pendang, 2007 h. 23- 25

D. Memperjuangkan Hak Umat Islam Antarbangsa