TOKOH-TOKOH ISLAM LIBERAL
3.2 TOKOH-TOKOH ISLAM LIBERAL
Aliran Islam Liberal wujud hampir di mana jua. Nama mereka mungkin berbeza- beza, bahkan mungkin tindak dikenali dengan nama tertentu. Akan tetapi manhaj mereka tetap sama iaitu membuka dan membebaskan tafsiran Islam demi mencapai kejayaan ala kebaratan. Apabila menyebut tentang tokoh-tokoh aliran Islam Liberal, terdapat satu kesamaan di antara mereka semua iaitu mereka pernah mendapat didikan di negara Barat dan/atau pernah berkhidmat di mana-mana institusi pengajian Barat. Pengalaman ini menyebabkan mereka amat cenderung kepada apa sahaja yang berasal dari Barat tanpa memisahkan antara yang baik dan salah.
Di antara tokoh-tokoh aliran ini yang masyhur di Timur Tengah adalah Jamal al-Din al- Afghani, Muhammad Abduh, Rifa‘at Bik al-Thantawi, Thaha Husein, Ali ‘Abd al- Raziq, Mahmud Abu Rayya, Ahmad Amin, Hasan Hanafi, Farag Foudah, Naser Abu Zaid, ‘Athif al-Iraqi dan sebagainya. Pendapat tokoh-tokoh aliran Islam Liberal di
atas banyak yang telah dijawab dan ditolak oleh tokoh-tokoh Ahli Sunnah Wal Jamaah di Timur Tengah, bahkan sebahagian daripada mereka telah ditarik balik ijazah kelulusan oleh universiti-universiti tempat asal pengajian mereka.
Antara pendapat mereka juga adalah bahawa kalangan Ahli Kitab: Yahudi dan Nasrani, bukanlah kelompok kafir. Jika yang mereka maksudkan itu adalah Yahudi dan Nasrani bukan kalangan ateis yang mengingkari Tuhan dan wahyu, tentu hal itu benar dan tidak dipertentangkan lagi. Namun jika yang mereka maksudkan itu adalah Antara pendapat mereka juga adalah bahawa kalangan Ahli Kitab: Yahudi dan Nasrani, bukanlah kelompok kafir. Jika yang mereka maksudkan itu adalah Yahudi dan Nasrani bukan kalangan ateis yang mengingkari Tuhan dan wahyu, tentu hal itu benar dan tidak dipertentangkan lagi. Namun jika yang mereka maksudkan itu adalah
Kekafiran Yahudi dan Nasrani adalah sesuatu yang amat jelas terlihat bagi individu Muslim yang memiliki ilmu keislaman, walaupun hanya sebesar atom. Hal ini juga sesuatu yang disepakati oleh seluruh umat Islam daripada seluruh mazhab dan aliran pemikir sepanjang masa, baik kalangan Ahli Sunnnah Wa Jamaah, Syiah, Mu’tazilah
dan Khawarij (Jabatan Agama Islam Selangor, 2014)
Demikian juga dengan seluruh aliran umat Islam yang ada pada saat ini: Ahli Sunnnah Wa Jamaah, Zaidiyyah, Ja’afariyyah dan Ibadaniyyah, seluruhnya tidak
meragui kekafiran Yahudi danNasrani seluruhnya tidak meragui kekafiran Yahudi dan Nasrani serta orang-orang yang tidak mengimani risalah Nabi Muhammad. Hal ini merupakan sesuatu yang sudah pasti kebenarannya, baik secara teori maupun
praktikal (Mohd Nasir Masroom, 2006)
Selain itu terdapat juga beberapa tokoh aliran Islam Liberal yang menulis dalam bahasa Inggeris seperti Muhammad Arkoun dan Fazlur Rahman. Di antara mereka wujud juga tokoh seperti Fatima Mernissi yang tidak segan-segan membuat fitnah dan tuduhan palsu ke atas para sahabat Rasulullah s.a.w.dan para ilmuan Islam demi menjayakan alirannya (Hafiz Firdaus Abdullah, 2007).
3.2.1 Tokoh –Tokoh Islam Liberal Di Indonesia
Di Indonesia, tokoh aliran Islam Liberal yang paling menonjol adalah Harun Nasution dan Nurcholis Majid. Menurut Hafiz Firdarus Abdullah (2007), daripada mereka lahir ramai lagi tokoh-tokoh baru yang berbilang jumlahnya. Pelbagai buku dan makalah ditulis untuk menjawab dan menolak manhaj mereka, antaranya:
1. Koreksi terhadap Dr. Harun Nasution tentang “Islam Ditinjau dari berbagai Aspeknya’ oleh Prof H.M. Rasjidi. (Bulan bintang, Jakarta 1977).
2. Pembaruan Islam dan Orientalisme dalam Sorotan oleh Dr. Daud Rasyid (Akbar Media, Jakarta 2002) yang merupakan jawapan ilmiah lagi terperinci kepada Nurcholis Majid.
3. Menelurusi Kekeliruan Pembaharuan Pemikiran Islam Nurcholish Majid oleh Abdul Qadir Djaelani. (Penerbitan Yadia 1994).
4. Propaganda sesat Penyatuan Agama oleh Bakr bin Abdullah Abu Zaid. (Darul Haq, Jakarta 2001)
5. Bahaya Islam Liberal oleh Hartono Ahmad Jaiz. (al-Kautsar, Jakarta 2002).
6. Islam Liberal: Sejarah, Konsepsi, Penyimpanan dan Jawapannya oleh Adian Husaini dan Nuim Hidayat (Gema Insani, Jakarta 2002).
7. Mewaspadai Gerakan Kontekstualisasi oleh al-Quran; Menanggapi Ulil Absar Abdala oleh Agus Hasan Bashari (As-Sunnah, Surabaya 2003).
8. Anggapan Semua Agama Benar dalam Sorotan Al-Quran oleh Muhammad Thalib (Menara Kudus, Jogjakarta 2003).
3.2.2 Tokoh –Tokoh Islam Liberal Di Malaysia
Di Malaysia, gerakan liberal tidak mempunyai kumpulan khas yang menggunakan nama Islam Liberal, tetapi dilakukan oleh individu yang memperjuangkan demokrasi, fahaman persamaan agama, persamaan hak wanita dan lelaki dan lain- lain. Usaha ini dilakukan melalui tulisan-tulisan dalam akhbar, atau menerbitkan buku-buku yang menyokong fahaman Islam Liberal. Sister In Islam adalah kumpulan yang menyarankan persamaan hak antara wanita dan lelaki, di samping mempromosikan demokrasi, dan kebebasan (Mohammad Arifin Bin Ismail. 2009)
Dalam laman webnya dinyatakan bahwa: “Sisters In Islam (SIS) is a group of Muslim women committed to promoting the rights of women within the framework of Islam. Our efforts to promote the rights of Muslim women are based on the principles of equality, justice and freedom enjoined by the Qur’an as made evident during our study of the holy text ” (website SIS)
Misi gerakan Sister In Islam adalah untuk memahami ajaran Islam berasaskan kesamaan hak, keadilan, kebebasan dan demokrasi: “Our mission is to promote an awareness of the true principles of Islam, principles that enshrine the concept of equality between women and men, and to strive towards creating a society that upholds the Islamic principles of equality, justice, freedom and dignity within a democratic state ” (Mohd Arifin Ismail, 2009). Antara tokoh di Malaysia yang melontarkan pandanngan berbaur liberalisme adalah:-
1. Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia
Mengulas mengenai tindakan Kelantan untuk membentangkan rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat Jun ini, Dr Mahathir berkata, ia perlu dikaji secara mendalam dengan meletakkan keutamaan kepada prinsip keadilan supaya undang-undang Islam itu tidak dilihat terlalu menitikberatkan soal menghukum. “Dalam hendak potong tangan pun, kita kena fikirkan negara kita ini mempunyai penduduk beragama Islam dan bukan Islam. “Kalau kita potong tangan orang Islam, tetapi kalau orang bukan Islam mencuri dia cuma dapat dua bulan penjara. Lama-lama orang Islam negara kita tidak ada tangan,” (http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/abim-minta-dr-mahathir-
berhati-hati-beri pandangan tentang-hudud , 4 Mac 2015)
2. Dr. Ahmad Farouk Musa, Pengarah di Islamic Renaissance Front
“Sesungguhnya harus difahami bahawa negara bukanlah sesuatu daripada Tuhan tetapi daripada rakyat. Negara harus melayani rakyat keseluruhannya dan bukan
hanya kumpulan tertentu berdasarkan agama mereka. Negara harus menjadi neutral dalam semua aspek. Harus juga dinyatakan dengan jelas bahawa negara adalah produk manusia dan menguruskan negara memerlukan daya usaha manusia dan bukannya inspirasi wahyu. Mentadbir negara berada dalam wilayah politik dan bukan dalam wilayah wahyu ” (Norsaleha Mohd Salleh, 2015).
3. Datin Paduka Marina Mahathir, aktivis sosial SIS
Merupakan anak perempuan kepada mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir dan pasangannya Tun Dr. Siti Hasmah. Beliau dilahirkan pada 11 Mei 1970 dan membesar di Alor Star, dan merupakan lulusan dari Universiti Sussex, Britain. Beliau merupakan salah seorang ahli lembaga SIS yang mana secara jelas memperjuangkan isu aurat dan hak androgoni wanita. Beliau dilihat mengeluarkan kenyataan
dengan syariat Islam
(http://www.sistersinislam.org.my/news.php?cat.45. 11 Febuari).
4. Dr. Kassim Ahmad, pendokong Parti Sosialis Rakyat Malaysia
Berasal dari Hutang Kampong, Langgar, Kedah dan mendapat pendidikan di Singapura. Bekerja dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, di Young Road, Kuala Lumpur dan kemudian ditawarkan menjadi pensyarah di Universiti London. Beliau terkenal dengan memperjuangkan gerakan anti hadis dan memimpin Parti Sosialis Rakyat Malaysia bersama Syed Hussin Ali selama 18 tahun. Gerakan Anti Hadis dianggap dipelopori oleh Dr Kassim Ahmad dan dibantu oleh Osman Ali pada 1985. Beliau terpengaruh dengan Dr Rashad Khalifa lalu menulis buku kontroversi 'Hadis : Satu Penilaian Semula'. Buku ini diharamkan oleh Pusat Islam mengikut keputusan Muzakarah Mufti-Mufti Negeri pada 6 September 1995. Selepas itu beliau menubuhkan pertubuhan Jemaah Quran Malaysia tetapi pendaftarannya ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (Kasim Ahmad, 2014).
5. Benz Ali (Amir Hamzah), pengarang buku Antithesis
Merupakan individu yang sering mengeluarkan pandangan yang bertentangan dengan aqidah Ahlus Sunnah wal-Jamaah. Beliau dilihat menafsirkan ayat al-Quran berdasarkan akal fikiran dan nafsu. Beliau mempersoalkan hukum hakam, mnolak autoriti keagamaan dan sebagainya. Selain daripada itu, beliau juga telah mengkritik tentang cara kehidupan di para sahabat yang sememangnya berlandaskan syariah (http://www.projekdialog.com/author/benz-ali.htm. Mac 11).
6. Khalid Mohd Ismath, pemuda Parti Sosialis Malaya (PSM)
Merupakan bekas jurusan undang-undang di UITM, beliau merupakan anak muda yang aktif berpolitik dan dilihat menyebarkan dakyah syiah secara terang-terangan, dan menolak syariat Islam atas dasar membela rakyat dan agama. Beliau mendakwa ulama adalah sesat dan kafir. Kerap menulis dalam blognya dengan memuat naik hasil tulisan yang mengelirukan (http://khairulryezal.blogspot.com/2012/10/khalid- ismath-contoh-pemimpin-pelajar.html . 25 April)
7. Aisyah Tajudin, penyampai radio BFM 88.9
Merupakan anak kepada salah seorang pendokong liberalisme Prof. Dr. Ahmad Tajuddin Mohd Rasdi. Aisyah telah memuatnaik video berdurasi 2 minit yang Merupakan anak kepada salah seorang pendokong liberalisme Prof. Dr. Ahmad Tajuddin Mohd Rasdi. Aisyah telah memuatnaik video berdurasi 2 minit yang