BENTUK-BENTUK LIBERALISME DI DALAM MEDIA SOSIAL

4.3 BENTUK-BENTUK LIBERALISME DI DALAM MEDIA SOSIAL

4.3.1 Meragukan Al-Quran & As-Sunnah

Seperti yang sedia maklum, Benz Ali sering memuatnaik status di akaun Facebook peribadi beliau yang mana bertentangan dengan ajaran Islam yang hakiki. Antara posting beliau seperti berikut: “Islam yang saya percaya membebaskan manusia untuk memilih apa jua kepercayaan yang ingin dianutinya. Quran sendiri memesan bahawa (mafhum) jika Allah mahu mahu seluruh penduduk di langit dan di bumi beriman, siapakah yang mampu menghalangnya? Tetapi Allah telah memberikan pilihan (free choice, bukan free will) kepada manusia itu sendiri, sama ada untuk menjadi kafir, atau iman, memilih untuk syurga atau neraka ”.

Kenyataan diatas menunjukkan beliau mentafsirkan ayat al-quran dengan pendapat sendiri dan berhujah tentang Qada' Allah secara berbelit-belit. Ini kerana bagi sebahagian pendapat ulama' tentang ayat al-Quran yang dinyatakan diatas adalah Kenyataan diatas menunjukkan beliau mentafsirkan ayat al-quran dengan pendapat sendiri dan berhujah tentang Qada' Allah secara berbelit-belit. Ini kerana bagi sebahagian pendapat ulama' tentang ayat al-Quran yang dinyatakan diatas adalah

Tentang hujah beliau tentang 'kebebasan memilih' (free will) adalah tidak relevan kerana ia membahaskan tentang perbezaan "free choice" dan "free will" yang sangat memeningkan. Walaupun keduanya membawa sedikit perbezaan dari segi maksudnya tetapi kenyataan Benz Ali adalah tidak masuk akal lebih-lebih lagi pilihan syurga dan neraka. Bagi kebanyakan orang yang sihat akal pemikiran pastinya akan memilih syurga dari neraka. Tiada siapa yang sihat pemikirannya ingin memasuki neraka.

Pada 17 Ogos 2008, Kassim Ahmad menyatakan perlu penilaian semula terhadap hadis. Menurut posting tersebut, beliau menyatakan hadis ada terdapat percanggahan dengan sains, sejarah dan akal. Beliau telah mempertikaikan hadis-hadis yang telah

diriwayatkan oleh para sahabat dan seumpamanya.

Perkara tersebut boleh dianggap sebagai mempertikaikan kriteria dan akhlak kenabian iaitu merupakan salah satu ciri liberalisme. Hal ini kerana, hadis merupakan sebahagian daripada kenabian Nabi Muhammad SAW. Secara tidak langsung beliau telah mengkritik kenabian baginda dan tidak memahami ajaran dan akidah Islam yang sebenar.

4.3.2 Mempersoalkan Akidah

Pada 20 Ogos 2014 jam 1.45 pagi, Benz Ali memuatnaik status yang berbunyi: “aku pun tak faham kenapa orang-orang kita nak bising sangat perihal Melayu yang nak murtad, aku tak akan cakap pasal kebebasan tengah hari buta ni. Bagi aku, syurga bukan untuk Melayu sahaja, kalau Melayu nak masuk neraka sangat, buat apa kita nak halang? Kalau semua orang nak masuk syurga, neraka nanti nak bakar siapa? Rugi sahaja Allah cipta neraka, tapi tak ada apa- apa untuk dibakar”

Benz Ali juga ada memuatnaik status yang berikut: “Berkenaan babi, siapa yang cipta babi? Tuhan atau manusia? Kau yang ciptakan, pastu kau haramkan orang

dekati apa yang kau ciptakan. Berkenaan seks bebas pula, yang menciptakan ransangan-ransangan semua ini Tuhan juga. Kalau tak nak orang buat seks bebas tak payahlah cipta manusia. Nak buat apa?”

Kenyataan diatas menunjukkan berlakunya penolakan syariah kerana beliau mempertikaikan kejadian yang dicipta oleh Allah berdasarkan hukum pengharamannya. Tambahan itu, beliau juga mempertikaikan sebab penciptaan manusia dan pensyariatan pemakaian tudung yang merupakan sesuatu perkara yang telah digariskan di dalam Islam (al-quran dan hadis) tentang hukum-hakam dan pensyariatannya.

Selain daripada itu, beliau juga telah mengkritik tentang cara kehidupan di zaman khulafa’ ar-rasyidin dan zaman para sahabat yang sememangnya kehidupan mereka

berlandaskan syariah Islam kerana zaman mereka adalah zaman yang paling dekat dengan zaman Rasulullah selain mereka telah dijanjikan syurga oleh Allah seperti di dal am firmannya yang bermaksud “mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripada-Nya dan keredhaan serta syurga ” (At-Taubah; 20-22).

Perkara tersebut juga menunjukkan beliau telah menolak autoriti keagamaan. Hal ini kerana, pada zaman tersebut telah berlaku ijtihad tentang hukum-hukam tertentu mengikut syarat-syarat tertentu, termasuk perkara-perkara di dalam sistem pemerintahan. Jika beliau pertikai dan mengkritik sistem pemerintahan tersebut, secara tidak langsung beliau telah mempertikai ijtihad para sahabat dan perintah Rasulullah S.A.W, bahkan perintah A llah Subhanahu Wata’ala.

Pada 10 Mac 2013, jam 5.53 petang, Khalid Ismath telah memuatnaik status di Twitter milik beliau yang berbunyi : “ Saya tidak kisah pemimpin saya LGBT, tak da agama atau sosial, yang penting, dia laksanakan amanah rakyat dan Negara serta

tidak salah guna kuasa”.

Status tersebut menunjukkan beliau telah menyokong LGBT secara tidak langsung. Selain itu, beliau juga tidak mementingkan ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang pemerintah termasuk tentang kepentingan keagamaan dan batasan sosial. Semua perkara tersebut, telah menyebabkan beliau melakukan penolakkan terhadap syariah Status tersebut menunjukkan beliau telah menyokong LGBT secara tidak langsung. Selain itu, beliau juga tidak mementingkan ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang pemerintah termasuk tentang kepentingan keagamaan dan batasan sosial. Semua perkara tersebut, telah menyebabkan beliau melakukan penolakkan terhadap syariah

Pada 20 September 2013, jam 1.50 petang, beliau menyatakan di akaun Twitter beliau: “Dah x wajib solat jumaat zaman ini kiranya kita berimamkan imam yg redha dan kagum dgn kezaliman pemerintah ”.

Posting ini turut menimbulkan perdebatan hangat antara pengguna Twitter yang lain. Ada yang membangkang penyataan beliau, tidak kurang juga ada yang menyokong. Ini jelas menunjukkan beliau dengan sewenang-wenangnya menukar hukum fardhu atau wajib terhadap solat Jumaat kepada tidak wajib dengan mengemukakan pendapat mengikut akal dan boleh menyesatkan tanpa merujuk sumber-sumber Islam iaitu al-Quran dan Al-sunnah, disamping dapat membuktikan kedangkalan pemikiran segelintir umat Islam yang ada di Malaysia

Oleh hal yang demikian, beliau sekali lagi telah melakukan penolakkan terhadap syariah, kerana beliau secara terang telah melontarkan idea yang berpincangan dengan hukum di dalam syariah Islam.

Selain itu, kumpulan yang menggelarkan diri mereka Sisters In Islam (SIS), yang mana kononnya memperjuangkan isu hak asasi wanita dan feminity juga turut Selain itu, kumpulan yang menggelarkan diri mereka Sisters In Islam (SIS), yang mana kononnya memperjuangkan isu hak asasi wanita dan feminity juga turut

a one- way street’ membawa maksud bahawa orang yang sudah beragama Islam juga mempunyai kebebasan memilih agama lain selain daripada Islam, adalah kenyataan yang lahir daripada tidak memahami dengan jelas mengenai konsep kebebasan beragama dalam Islam.

Adalah amat tidak patut kenyataan yang dikeluarkan oleh sebuah organisasi yang menggunakan nama “Islam” pada tubuhnya ini sebenarnya akan lebih mengelirukan orang ramai terutama mereka yang bukan Islam mengenai konsep tauhid di dalam agama Islam.

Kenyataan SIS dalam percubaannya untuk mengintepretasikan istilah ‘tidak ada paksaan dalam memasuki ugama’ telah mengelirukan lebih ramai pihak disebabkan

kejahilan mereka di dalam agama yang tidak mereka sendiri fahami. Kenyataan berkenaan amat tidak bertanggungjawab, mencemarkan kesucian agama Islam, menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam sendiri serta cuba mewujudkan keadaan yang tidak stabil di dalam masyarakat yang berbliang kaum dan agama di

Malaysia.

Isu berkaitan agama Islam bukanlah isu yang remeh-temeh yang boleh diintepretasi dengan pemikiran logika semata-mata kerana ia berkaitan dengan aqidah ahlul sunnah wal-jamaah; bukan diinterpretasikan oleh golongan cendekiawan ataupun Isu berkaitan agama Islam bukanlah isu yang remeh-temeh yang boleh diintepretasi dengan pemikiran logika semata-mata kerana ia berkaitan dengan aqidah ahlul sunnah wal-jamaah; bukan diinterpretasikan oleh golongan cendekiawan ataupun

Seorang pemilik akaun Facebook, Iltizam Iman Abdul Jalil memuatnaik status beliau seperti berikut: “Ini soal akidah. Kau bebas mempercayai apa sahaja. Kalau kau

malas bereksperimen agama dan jalan yang sesuai untuk jiwa kau, jadi macam aku. Ikut masa agama lahir, dan cari esensi revolusi dalam agama kau. Setiap agama ada nilai aestetik yang unik dan revolusioner yang tersendiri” (Iltizam Iman. 18 Dis 2014 https://www.facebook.com/iltizam.iman/posts/806892386014175, 11 Mac).

Kenyataan beliau ini menunjukkan adanya unsur-unsur pluralisme iaitu menyamakan semua agama kerana ia menyatakan manusia bebas dalam beragama mengikut kepercayaaan masing-masing. Ini menyalahi agama Islam kerana kerana akidah Islam berasaskan iman kepada tuhan yang esa sedangkan agama-agama lain bersifat polytheism yang mana mempercayai lebih dari satu tuhan, sedangkan di dalam Islam kita wajib percaya kepada tuhan yang Maha Esa

Selain itu, beliau juga ada memuatnaik status yang berikut: “Syurga dan neraka sesuatu yang tak valid untuk kuatkan akidah”. Kenyataan beliau menunjukkan

bahawa betapa kekurangan asas ilmu tentang agama Islam menurut pendapat pengkaji dan menunjukkan bahawa penulis menafsirkan al-quran menurut pendapat bahawa betapa kekurangan asas ilmu tentang agama Islam menurut pendapat pengkaji dan menunjukkan bahawa penulis menafsirkan al-quran menurut pendapat

Ini kerana dalam Islam ada 6 rukun dan salah satunya ialah beriman dengan kitab- kitab Allah. Ini bermakna, ingatan tentang syurga dan neraka adalah salah satu cara untuk menguatkan akidah, sedangkan penulis status tersebut mempertikai dan tidak mempercayai tentang syurga dan neraka dapat menambah kekuatan akidah.

4.3.3 Isu Berkenaan Wanita

Sisters in Islam turut mengeluarkan kenyataan yang mengatakan hudud tidak adil kepada wanita sepertimana yang dapat kita petik di dalam web SIS: “SIS menentang

perundangan itu kerana ia akan menafikan hak kaum wanita selain bertentangan dengan perlembagaan persekutuan dan melanggar jaminan berperlembagaan yang

diperuntukkan” (https://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.187.27. 22 Mac)

Selain itu, Datin Paduka Marina Mahathir juga membuat satu kenyataan kontroversi melalui Twitter dengan mempertikaikan laporan akhbar Sinar Harian berkenaan cuti rehat pada hari Jumaat. Sinar Harian dalam laman webnya menulis artikel bertajuk “Cuti Jumaat Beri Manfaat Buat Umat Islam” memetik kenyataan ilmuwan Islam dan pendakwah Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz.

Datin Marina dalam twit beliau dengan lantang membidas dengan mengatakan “Mengarut!” dan berbalas twit dengan pengguna lain dengan mengeluarkan kenyataan yang berbunyi “Tolong tunjuk kat mana dalam Quran dikatakan mesti cuti hari Jumaat” (https//:www.twitter.com/netraKL/status/605183137258151936.

12 Mac)

Berdasarkan kenyataan tersebut, Datin Paduka Marina Mahathir dapat di golongkan dengan kelompok orang-orang yang menolak terhadap autoriti keagamaan. Status beliau yang tidak bersetuju dengan cuti pada hari Jumaat seperti beliau menolak pandangan Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz yang merupakan ilmuan Islam dan pendakwah. Hal ini dapat dikenalpasti bahawa beliau tidak menghormati dan tidak menggunakan hal-hal keilmuan Islam di dalam sesuatu penafsiran seperti golongan liberalisme

4.3.4 Mempertikaikan Perlembagaan & Syariat Islam

Selain itu, negara pernah digemparkan dengan penganjuran program “I Want to Touch A Dog” yang dianjurkan oleh seorang aktivis yang bernama Syed Azmi. Di dalam akaun Facebooknya, beliau menyatakan tujuan penganjuran program tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya kepada umat Islam bertujuan mengatasi rasa takut terhadap anjing, cara membantu anjing yang berada dalam kesulitan dan batasan bersama anjing dalam konteks Islam.

Beli au menegaskan: “Segala pencerahan mengenai hukum-hakam pengendalian anjing telah diterangkan semasa program tersebut. Ingin saya tekankan sekali lagi program ini adalah proses pembelajaran. Kaedah sertu juga telah diterangkan dan amali dikendalikan”

4.3.5 Mempersoalkam Ulama

Pada 31 oktober 2014, Kassim Ahmad telah menyatakan di laman blog tentang “ulama sebagai para saintis seperti yang ditakrifkan dalam quran dan ulama sebagai satu kasta paderi ”. Di dalam kenyataan ini, beliau telah bebas mentafsirkan ayat al-Quran mengikut hawa nafsu dan akal pemikiran manusia. Penafsiran tersebut adalah merupakan salah satu ciri di dalam liberalisme.

Berdasarkan ayat tersebut, Ibn Katsir telah menafsirkan ulama sebagai orang yang akan merasa takut kepada Allah iaitu ul ama yang ma’rifat iaitu mengenal kekuasaan Tuhan dan kebesaran-Nya yang mempunyai segala sifat kesempurnaan dan apabila ma’rifat bertambah sempurna dan ilmu terhadap-Nya bertambah matang, maka

ketakutan kepada-Nya bertambah besar dan bertambah banyak. Kesimpulannya, ulama yang dimaksudkan di dalam ayat tersebut bukanlah sebagai para saintis ataupun kasta paderi, tetapi ulama tersebut adalah orang yang mengetahui secara

mendalam tentang kebesaran dan kekuasaan Allah.