PANDANGAN ISLAM MENGENAI LIBERALISME

3.3 PANDANGAN ISLAM MENGENAI LIBERALISME

3.3.1 Pandangan Umum

Menurut Muhammad Nur Manuty (2006), idea-idea provokatif liberalisme sememangnya dapat disanggah dengan menggunakan manhaj pemikiran Islami yang muktabar. Bagaimanapun, respons kita sebagai seorang Muslim tidak cukup dengan emosi sahaja. Kita perlu membahaskannya secara terbuka dan objektif kerana faktor suasana yang semakin mencabar pada masa kini.

Antara pendekatan yang terbaik ialah dengan kembali mengkaji metodologi Imam al-Ghazali yang mana telah terbukti dapat menangkis serangan pemikiran khususnya liberalisme yang dibawa oleh golongan filsuf pada zaman beliau (Mohammad Arifin Bin Ismail. 2009)

Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya “Allah tidak mengijmakkan umat Muhammadiyyah atas kesesatan, dan tangan Allah bersama-sama dengan jemaah, dan sesiapa yang berpecah dia berpecah ke neraka ”. Imam Al-Marbawi seterusnya Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya “Allah tidak mengijmakkan umat Muhammadiyyah atas kesesatan, dan tangan Allah bersama-sama dengan jemaah, dan sesiapa yang berpecah dia berpecah ke neraka ”. Imam Al-Marbawi seterusnya

Dalam syarah yang lebih terperinci, al-Marbawi menjelaskan bahawa berpecah daripada jemaah ulama merujuk kepada perbuatan berijtihad sendiri atau menurut ijtihad puak yang berfikir sendirian. Sejauh berkait dengan pendirian liberal Muslim, ijtihad telah dijadikan alasan dalam mengeluarkan pendapat-pendapat baru yang kelihatannya amat jauh daripada kefahaman yang muktabar (Wan Adli Wan Ramli,

Dalam hal ini, Yusuf al-Qaradawi berpendirian bahawa al- Qur’an adalah asal-usul bagi setiap rujukan, dengan maksud tiada rujukan lain yang sepatutnya menjadi faktor kepada manusia dalam memahaminya. Sehubungan itu, teks wahyu mesti dipelajari dan difahami dengan akal yang bersih daripada sebarang kepercayaan dan pemikiran, praanggapan dan prejudis (Muhammad Nur Manuty, 2006).

Demikian juga, nas-nas wahyu tidak boleh dijadikan tempelan untuk mengesahkan suatu sudut pandangan yang telah sedia dipegang, dengan tafsiran yang tidak. Dengan kata lain, al- Qur’an adalah panduan yang diikuti, bukannya mengikuti kenyataan pihak lain (Wan Adli Wan Ramli, 2012).

Sidang Muzakarah Ulama 2006 pada 14-16 Jamadilawal 1427H/11-13 Jun 2006 bahawa pemikiran liberal sebagai penyimpangan serius dan berbahaya. Ia adalah sebahagian daripada agenda al-ghazw al-ikriyy (serangan pemikiran) yang didalangi oleh kaum orientalis dan dilatari oleh pengaruh faham asing seperti sekularisme, modenisme dan pascamodenisme (Mohd Arifin Ismail, 2009).

3.3.2 Pandangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 (http://www.e- fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/aliran-pemikiran-liberal-hukum-dan-implikasinya- kepada-islam-di-malaysia . 22 Mac) telah memutuskan bahawa gerakan pemikiran

liberal adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada Syariat Islam berdasarkan

kepada ciri-ciri penyelewengan seperti yang berikut:

a. Berpegang kepada Konsep Pluralisme

Pluralisme agama berpendirian bahawa setiap agama mempunyai konsep, persepsi dan respon yang tersendiri terhadap Realiti Yang Agung (ultimate reality). Semua agama adalah sama tarafnya merujuk kepada Realiti Yang Agung.

b. Akal Manusia Adalah Wahyu

Aliran ini membahagi wahyu kepada dua kategori iaitu wahyu yang bertulis dan wahyu yang tidak bertulis. Wahyu bertulis adalah al-Quran dan ia adalah teks semata-mata. Wahyu tidak bertulis adalah akal manusia dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-Quran berdasarkan tujuan, konteks suasana zaman.

c. Meragui Ketulenan Al-Quran

Aliran pemikiran ini mendakwa al-Quran diresapi dengan budaya Arab kerana orang Arab menjadi pemilik bahasa itu, tambahan pula katanya Nabi Muhammad yang menjadi pembawa risalah juga terdiri dari orang Arab. Mereka menyatakan bahawa kesahihan risalah tersebut tidak ada lagi kerana sebenarnya yang ada hanyalah mesej budaya Arab.

d. Mempersoalkan Metodologi Pentafsiran Al-Qur’an Dan Al-Hadith

Aliran pemikiran ini mempersoalkan cara atau methodologi pentafsiran al-Quran yang digunapakai kini. Dengan slogan “membuka dan membebaskan tafsiran al- Quran”, aliran pemikiran ini menggunakan pendekatan takwilan sendiri terhadap beberapa ajaran al-Quran yang jauh berbeza dengan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah.

e. Menggesa Tafsiran Baru Konsep Ibadat

Aliran pemikiran i ni juga berpegang ‘membuka dan membebaskan' tafsiran al- Quran, sebagai alasan untuk memajukan umat Islam dan menganjurkan agar teks- teks al-Quran menempuh proses dekonstraksi bagi membolehkan tafsiran-tafsiran baru dibuat.

f. Mempertikaikan Kriteria Dan Akhlak Kenabian

Aliran pemikiran ini secara sinis mengkritik sifat Nubuwwah yang dimiliki oleh Rasululah s.a.w. dengan mengatakan ia tidak lain hanyalah sebagai kemampuan kepimpinan seorang manusia ke atas manusia lain (leadership value). Justeru sesiapapun boleh mempunyai sifat nubuwwah tersebut untuk memimpin manusia ke arah ciri- ciri yang baik. Malah mukjizat seperti peristiwa Isra’ dan Mikraj dianggap sebagai bahan cerita yang sengaja diperbesarkan (exageration) oleh pengikut baginda yang taksub sedangkan ia hanyalah sekadar mimpi yang tidak terjadi di alam realiti.

g. Sikap Terhadap Ilmu-Ilmu Islam

Penentuan hukum yang telah qat’ie dan hukum yang tidak qat’ie menurut mereka perlu dinilai semula dalam usaha merealisasikan konsep membuka dan membebaskan Islam melalui tafsiran semula ajaran Islam.