Pemikiran Liberal di Media Sosial Dalam

BAB SATU PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Masyarakat Islam, termasuk di Malaysia sedang berhadapan dengan berbagai ancaman yang boleh mengelincirkan mereka kepada kesesatan dan kerosakan akidah yang terpaksa diharungi atas nama kemajuan pada era globalisasi ini. Persoalan yang berkaitan dengan aliran pemikiran menjadi satu ancaman sejak zaman awal Islam lagi dengan kemunculan golongan munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai yang cuba mengoncang akidah kaum muslimin ketika itu dengan argumentasi yang bertujuan untuk meragukan akidah orang-orang mukmin.

Peranan Abdullah bin Ubai sebagai pencetus keraguan amat jelas seperti yang dilakukannya di dalam kisah fitnah terhadap Saidatina Aisyah r.a (At-Thobari, 2011). Begitu juga peranannya dalam pembinaan sebuah masjid di Madinah yang disebut di dalam Al-Quran sebagai Masjid Dhirar (Al-Taubah, 9:107) yang bertujuan untuk mengintip dan meragukan pegangan akidah umat Islam ketika itu (Mohd Nasir

Masroom, 2006).

Persoalan fahaman yang cuba dikaitkan dengan Islam seperti Islam Liberal ini sebenarnya merupakan salah satu dari apa yang disebut sebagai serangan pemikiran Persoalan fahaman yang cuba dikaitkan dengan Islam seperti Islam Liberal ini sebenarnya merupakan salah satu dari apa yang disebut sebagai serangan pemikiran

Mohd Nasir Masroom (2006) berpendapat, jika umat Islam dihadapkan dengan fahaman seperti sekularisme, komunisme dan kapitalisme, secara langsung mereka dapat mengasingkan diri daripada terpengaruh dengan fahaman-fahaman ini kerana

ia merupakan fahaman yang secara jelas bertentangan dengan akidah Islam.

Akan tetapi serangan pemikiran yang berjenamakan Islam seperti Islam Liberal ini amat payah untuk dikenalpasti. Ini kerana aliran pemikiran ini juga menggunakan hujah yang disandarkan kepada ayat-ayat Al-Quran, Hadis, ulama’ Islam, penggunaan

tokoh-tokoh yang berlatarbelakangkan pendidikan Islam dan muncul di negara-negara Islam. Maka umat Islam yang tidak mempunyai asas pengetahuan tentangnya, dibimbangi mudah terjebak dan terpengaruh dengan pemikiran Islam Liberal.

istilah-istilah

Islam,

dipelopori

oleh

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Gerakan liberalisme ini sebenarnya adalah pengaruh daripada falsafah liberalisme yang berkembang di negara Barat yang telah masuk ke dalam seluruh bidang. Bahayanya golongan ini adalah kerana mereka tidak menzahirkan diri sebagai orang yang menolak agama, namun berselindung di sebalik gagasan mengkaji semula agama, mentafsir semula al-Quran, menilai semula syariat dan hukum- hukum fikah. Mereka menolak segala tafsiran yang dianggap lama dan kolot mengenai agama. Bagi mereka agama hendaklah disesuaikan kepada realiti semasa, sekalipun terpaksa menafikan hukum-hakam dan peraturan agama yang telah sabit dengan nas syarak secara putus. Bagi mereka ini jika terdapat hukum yang tidak menepati hak-hak asasi manusia dan tamadun global, maka hukum itu hendaklah ditakwilkan atau sebolehnya digugurkan. Pemikiran ini telah menyelinap masuk dan tidak terkecuali kepada para intelektual Islam (Riduan Mohd Noor, 2014).

Benih-benih pemikiran Liberal yang membimbangkan ini mula mencalar dalam masyarakat Islam kesan dari pengaruh cara berfikir barat (Muammar, 2012). Mereka terpengaruh dengan impian dan seruan yang meyakini bahawa corak kehidupan barat adalah sebagai contoh yang terbaik dalam segenap lapangan kehidupan. Segala sistem yang diamalkan oleh barat perlu diutamakan. Pemikiran mereka terus ditanam dengan doktrin yang mengatakan bahawa sekiranya umat Islam ingin mencapai kemajuan seperti barat maka pemikiran umat Islam perlu diubah. Lalu mereka melontarkan buah pemikiran mereka sebagai pembaharuan dalam Islam walaupun pada hakikatnya sangat menyimpang dari kebenaran.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Menurut Muhammad Nur Manuty (2006), pemikiran liberalisme yang diadaptasi daripada falsafah hanya bertuhan kepada akal (rasionalisme) semata-mata. Atas nama objektiviti dan saintifik, golongan liberal terpengaruh dengan metodologi Barat dan mahu meruntuhkan metodologi keilmuan Islam yang telah diterima pakai sejak ribuan tahun lalu. Adalah suatu yang jelas kepada kita bahawa metodologi keilmuan Islam masih terus utuh kerana ia bertunjangkan al-Qur'an dan al-Sunnah; dua sumber epistemologi yang dapat menghadapi tentangan zaman.

Para ilmuan Muslim dalam semua bidang pengetahuan agama ('ulum naqliyyah) dan ('ulum aqliyyah) telah dapat mengembangkan ilmu-ilmu Islam seperti ilmu fiqh dan usul fiqh pada tahap keilmiahan yang tinggi. Keupayaan mereka menghadapi persoalan-persoalan baru yang timbul dalam masyarakat Islam pada zaman silam sehingga ke hari ini adalah kerana mereka dapat memahami dengan jelas dan tepat apa yang diistilahkan sebagai prinsip thabit (perkara yang tetap) dengan mutaghayyir (perkara yang berubah-berubah) dalam sumber-sumber Islam.

Rasional bagi penulis memilih tajuk kajian ini adalah kerana penulis merasakan bahawa perlunya pendedahan dan penelitian dilakukan bagi mengkaji pengaruh liberalisme tersebar melalui media sosial, khususnya Facebook dan Youtube kerana dua media sosial ini merupakan media sosial yang mempunyai kadar capaian trafik yang tinggi setiap hari. Sehingga Januari 2012, statistik menunjukkan sebanyak 62% daripada 29 juta rakyat Malaysia merupakan pengguna internet. Daripada peratusan tersebut, 87.9% pengguna internet di Malaysia adalah pemilik Facebook, manakala

67% pengguna internet Malaysia pula penonton Youtube. Dianggarkan sebanyak 7.9 akaun baru facebook berjaya dibuka dalam setiap saat. Facebook mendahului senarai pertama sebagai laman web rangkaian sosial paling popular di Malaysia. Facebook mempunyai punyai 750 juta akaun aktif pendaftar, yang mana separuh daripada jumlah tersebut melayari media sosial tersebut lebih daripada 12 jam sehari (Perangkaan Statistik dan Data Facebook tahun 2011). Lebih membimbangkan lagi, jumlah ini makin bertambah seiring dengan peredaran masa.

Masyarakat kini lebih memilih medium penggunaan media sosial bagi mendapatkan maklumat kerana ianya lebih memudahkan dengan penggunaan sumber yang terhad. Ini bermaksud, kemudahan yang ditawarkan kepada pengguna dapat disalahgunakan dengan menyebarkan idealogi yang bertentangan dengan aqidah Islam seperti liberalisme, sekularisme dan sebagainya. Jaringannya yang bersifat global turut menyumbang kepada faktor penyebaran maklumat yang songsang dengan fahaman Islam yang sebenar (Khutbah Multimedia JAIS, 2015).

Idea-idea provokatif liberalisme sememangnya dapat disanggah dengan menggunakan manhaj pemikiran Islami yang muktabar. Kita perlu membahaskannya secara terbuka dan objektif kerana faktor suasana yang semakin mencabar pada masa kini. Barangkali antara pendekatan yang terbaik ialah dengan kembali mengkaji metodologi Imam al-Ghazali (r.h).

1.4 TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN

Secara amnya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan pemikiran liberal dan cabarannya kepada penghayatan aqidah melalui media sosial. Manakala objektif

kajian ini secara terperinci adalah seperti yang berikut:

a) Mengenal pasti sejarah dan asal usul fahaman liberalisme

b) Mengenal pasti pelopor, tokoh, dan sarjana Muslim serta bukan Muslim dalam pemikiran liberalisme

c) Mengenal pasti pemikiran liberalisme dalam media sosial

1.5 PERSOALAN KAJIAN

Bagi mencapai tujuan dan objektif di atas, kajian ini dirangka bagi menjawab beberapa persoalan kajian seperti berikut:

SK1 Apakah corak pemikiran yang tersebar luas dalam kalangan masyarakat?

SK2 Apakah cabaran-cabaran dan permasalahan yang akan timbul daripada pemikiran liberalisme tersebut?

SK 3 Apakah rintangan dan halangan yang akan dihadapi dalam usaha untuk membanteras pemikiran ini daripada disebarkan dengan lebih luas?

SK 4 Apakah kaedah dan metodologi pembanterasan terbaik dalam menangani penyebaran fahaman liberalisme dalam media sosial?

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan agar dapat mengenalpasti kepincangan fahaman liberalisme dan mengenalpasti kaedah penyebarannya melalui media sosial. Dapatan kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada percambahan ilmu dan pengetahuan dalam bidang pengajian Islam. Antara pihak yang bakal mendapat manfaat daripada hasil

kajian ini ialah pelajar-pelajar, ulama, pemimpin serta ahli masyarakat umumnya.

1.7 METODOLOGI PENYELIDIKAN

Metodologi berasal daripada perkataan Greek dan ia terdiri daripada perkataan “meta” yang bermaksud “dengan” dan “odos” yang bermaksud “jalan”. “Logos” ialah ilmu atau aliran. Ia dapat diterjemahkan sebagai “ilmu dengan jalan”. Di dalam “Kamus Dewan” metodologi bererti ilmu tentang metode atau sistem yang

merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan di dalam sesuatu kegiatan. Perkataan metode pula bererti cara melakukan atau sistem (Teuku Iskandar. 2007).

Penyelidikan ialah sesuatu yang dijalankan sama ada untuk mengetahui apa yang telah berlaku, sedang dan akan berlaku bagi menambah pengetahuan, dan ia berbeza sekali dengan penemuan ilmu secara kebetulan atau spontan. Kesimpulannya, metodologi penyelidikan ialah suatu kaedah mengkaji dan menyelidik sesuatu kajian secara sistematik dan berobjektif bagi mengumpul data yang tepat serta berkesan (Metodologi Kajian UM).

Penggunaan metodologi penyelidikan dalam menghasilkan kajian bersifat ilmiah sangat penting. Suatu penyelidikan akan tinggi mutunya apabila metode yang dipakai tepat dan sesuai dengan objek dan tujuannya. Berikut merupakan metodologi yang penulis gunakan sewaktu menjalankan kajian ini:

1.7.1 Metode Penentuan Subjek Dan Reka Bentuk Kajian

Tajuk atau subjek kajian ini ialah Pemikiran Liberal dalam Media Sosial dalam kalangan Umat Islam. Kajian ini dibuat dalam bentuk kajian kepustakaan kerana penyelidikan kualitatif cenderung kepada metode pengumpulan data melalui pemerhatian atau penganalisaan kandungan dokumen.

1.7.2 Metode Pengumpulan Data

Dalam usaha untuk mengumpulkan data, beberapa metode atau kaedah lain digunakan agar data yang tepat dapat dikumpulkan. Antara metode yang digunakan dalam kajian ini ialah:

a) Metode Penyelidikan Sejarah

Sebagai kajian sejarah, kebenaran sejarah adalah perkara yang sangat mustahak. Kebenaran sejarah, bergantung kepada sumber-sumber yang Sebagai kajian sejarah, kebenaran sejarah adalah perkara yang sangat mustahak. Kebenaran sejarah, bergantung kepada sumber-sumber yang

Metode ini digunakan untuk mengkaji sejarah kemunculan liberal sebagai bukti kepada pemikiran agama dalam mengaitkan pada topik yang akan dikaji. Penerangan ini akan diterangkan lebih lanjut pada bab dua dalam kajian ini mengenai sejarah liberalisme.

b) Metode Dokumentasi

Metode dokumentasi ialah cara pengumpulan data dengan mengadakan penelitian dokumen-dokumen yang ada hubungannya dengan masalah yang diselidiki. Dokumen boleh berupa bahan-bahan yang bertulisan tangan atau bercetak yang melaporkan sesuatu peristiwa.

Dokumen-dokumen yang penulis teliti kebanyakannya tulisan dalam bentuk buku-buku, bahan-bahan cetakan artikel dan lain-lain yang berkaitan dengan kajian penulis. Kaedah ini bertujuan untuk menghuraikan konsep pemikiran liberalisme yang sebenar.

Ketika melakukan penelitian terhadap dokumen-dokumen ini, penulis menghadapi kesukaran untuk mendapatkan data-data berhubung dengan tajuk Ketika melakukan penelitian terhadap dokumen-dokumen ini, penulis menghadapi kesukaran untuk mendapatkan data-data berhubung dengan tajuk

1.7.3 Metode Analisis Data

Untuk menganalisis data dan maklumat yang diperolehi, penulis akan menggunakan metode seperti berikut:

a) Metode Deskriptif

Metode ini digunakan untuk menganalisis data-data yang berkaitan tentang tokoh yang mempopularkan dan pandangan Islam terhadap liberalisme dalam bab dua dan bab tiga.

b) Metode Pemilihan

Metode pemilihan ini digunakan pada buku-buku berkaitan dengan liberalisme dan buku lain-lain supaya isi kandungan di dalam latihan ilmiah akan lebih sempurna.

1.8 BATASAN KAJIAN

Di dalam menghasilkan kajian ini, penulis telah mengalami beberapa masalah untuk menyelesaikannyaa. Di antaranya permasalahan yang penulis hadapi adalah:

I. Batasan Bidang Kajian

Kajian ini hanya memfokuskan kepada pernyataan-pernyataan berkaitan dengan isu yang membawa kepada kontroversi kepada unsur liberal di kalangan umat Islam melalui laman sesawang seperti facebook, blog dan seumpamanyaa mencakupi bahan-bahan ilmiah seperti artikel dan kajian lapangan seperti kajian di laman sosial dan laman sesawang.

II. Batasan Subjek Kajian

Sampel kajian ini terdiri daripada pengguna media sosial secara maya. Penulis tidak mampu mengkaji dengan lebih teliti berikutan subjek yang tidak dapat dipastikan secara jelas niat dan tujuan sebenar penulisan mereka.

III. Pendapatan data

Penulis menghadapi kesukaran dan kekurangan untuk memperolehi data yang bersesuaian dengan tajuk kajian disebabkan kebanyakan data yang diperolehi adalah

lebih bersifat umum dan luas skopnya.

1.9 PENUTUP

Pengaruh Liberalisme merupakan fahaman yang berbahaya kepada umat Islam. Hal ini demikian kerana fahaman ini bukan sahaja bersifat bebas dalam sudut politik, ekonomi, sosial malahan bebas dalam sudut akidah Islam dengan menafsirkan dengan menggunakan logik akal apabila bercanggah peredaran zaman (Ugi Suharto.

Oleh itu, pengkaji amat berharap bahawa kajian ini dapat dilaksanakan dengan baik, berfokus serta dapat menjawab persoalan kajian yang dirancangkan. Kemudian hasil kajian ini nanti diharapkan dapat memberi maklumat yang positif ke arah penambahbaikan kepada akidah Islam, insha Allah.

BAB DUA PENGENALAN KEPADA LIBERALISME

2.1 DEFINISI LIBERALISME DAN PEMBAHAGIANNYA

Menurut Hamid Fahmy Zarkasyi (2012), perkataan liberal diambil daripada bahasa latin liber bermaksud bebas dan bukan hamba atau sesuatu keadaan iaitu seseorang itu bebas daripada kepemilikan orang lain. Menurut Kamus Dewan Bahasa, liberal bermaksud bersifat condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik, bersifat atau pandangan bebas, berpandangan terbuka iaitu tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran. Manakala liberalis, orang yang menyokong fahaman liberalisme. Liberalisme pula fahaman yang liberal, fahaman atau pendirian yang mahukan demokrasi serta kebebasan dalam kegiatan ekonomi (Teuku Iskandar, 2007).

2.1.1 Hubungan antara Liberalisme & Humanisme

Liberalisme boleh dikatakan berasal daripada humanism, ideologi yang membawa manusia kepada penolakan agama atau berpaling daripada konsep teologi (Hakeemi Baseri, 2010). Ideologi ini lebih kepada budaya penganutnya mementingkan diri sendiri. Kefahaman ini telah menjadi pegangan masyarakat Barat yang akhirnya melahirkan berbagai-bagai isme yang lain.

Humanisme berasal dari Eropah. Ia mula berkembang pada zaman Renaissance pada abad ke-15 dan 16 Masihi. Humanisme merupakan satu agenda yang memusatkan kepada nilai manusia dalam membuat keputusan. Sementara itu, humanisme merupakan satu ancaman ke atas agama Islam kerana fahaman ini menolak agama, menafikan hak ciptaan Allah. Fahaman ini bukanlah satu fahaman yang baru muncul tetapi ia berasal daripada doktrin Kabbalah, iaitu hasil peninggalan fahaman Raja Mesir Kuno. Fahaman ini telah muncul lebih awal daripada falsafah Yunani yang dibawa oleh Socrates, Plato dan Aristoteles. Oleh hal yang demikian, fahaman liberalime lahir daripada kefahaman humanisme. Jika dilihat dari aspek istilah nampak berbeza, tetapi sebenarnya fahaman dan ideologi itu mempunyai persamaan iaitu bertentangan dengan ajaran Islam (M.Fauzani Taufiq, 2015).

2.2 SEJARAH PERKEMBANGAN LIBERALISME

M. Fauzani Taufiq (2015) berpendapat bahawa terdapat dua bentuk liberalisme iaitu liberalisme klasik dan liberalisme moden. Liberalisme klasik muncul pada awal abad ke-16. Liberalisme klasik lebih menekankan bahawa manusia mementingkan dirinya sendiri, memenuhi diri sendiri dan juga bertanggungjawab keatas dirinya sendiri. Pada intinya, liberalisme klasik memandang bahawa manusia memiliki hak dan kesempatan yang sama dalam mengembangkan ekonomi tanpa adanya campur tangan daripada pemerintah dan juga keberadaan individu dan kebebasannya sangat diagungkan. Liberalisme moden muncul pada abad ke-20 tetapi tidak mengubah hal-

hal yang mendasar tetapi lebih menokok tambah dalam versi yang baru.

Jika diteliti daripada perkembangan ini, liberalisme secara umum memiliki dua aliran utama yang saling bersaing dalam menggunakan sebutan liberal. Pertama adalah Liberal Klasik yang kemudian menjadi liberal ekonomi yang menekankan kepada kebebasan dalam usaha individu, dalam hak memiliki kekayaan, dalam kebijakan ekonomi dan kebebasan melakukan kontrak serta menentang sistem welfare state. Kedua, adalah liberal sosial. Aliran ini menekankan peranan negara yang lebih besar membela hak individu, seringkali dalam bentuk anti-diskriminasi (Hamid Fahmy Zarkasyi, 2012).

2.2.1 Liberalisme Klasik ( The Early Liberalism)

Fahaman liberalisme yang membawa maksud kebebasan atau bebas menjadi sebuah sikap kelas masyarakat terpelajar di Barat yang membuka pintu kebebasan untuk berfikir. Daripada makna kebebasan berfikir inilah perkataan liberal berkembang sehingga mempunyai pelbagai makna. Secara politik, liberalisme adalah ideologi politik yang berpusat kepada individu, dianggap sebagai memiliki hak dalam pemerintahan, termasuk persamaan hak dihormati, hak berekspresi dan bertindak serta bebas daripada ikatan-ikatan agama dan ideologi. Dalam konteks sosial, liberalisme diertikan sebagai suatu etika sosial yang membela kebebasan dan persamaan secara umum. Menurut Alonzo L.Hamby, Phd, Profesor Sejarah di Universiti Ohio, liberalism adalah fahaman ekonomi dan politik yang menekankan pada kebebasan, persamaan dan peluang (Hamid Fahmy Zarkasyi, 2012).

Fahaman Liberalisme umumnya memiliki tanggapan yang negatif terhadap segala bentuk doktrin keagamaan dan penekanan yang diberikan kepada Tuhan sebagai sumber kebenaran. Masyarakat Barat kerana itu dilihat perlu keluar daripada kerangka ekslusivisme yang diajarkan oleh agama-agama kepada inklusivisme yang diajarkan oleh liberalisme. Mereka beranggapan bahwa sikap eksklusif telah menyebabkan masyarakat menjadi non-toleran dan tidak terbuka masyarakat luar (Khalif Muammar A.Harris, 2015).

Sejarah liberalisme adalah tonggak baru bagi sejarah kehidupan masyarakat Barat dan kerana itu, disebut dengan zaman pencerahan. Perjuangan untuk kebebasan mulai dihidupkan kembali di Itali. Liberalisme lahir daripada sistem kekuasaan sosial dan politik sebelum masa Revolusi Perancis berupa sistem merkantilisme, feudalisme, dan gereja roman Katolik. Liberalisme pada umumnya meminimalkan campur tangan negara dalam kehidupan sosial (Khalif Muammar A.Harris, 2015).

Golongan bijak pandai dikongkong oleh pihak gereja. Mereka disuruh untuk menyumbangkan harta dan nyawa mereka atas nama agama, namun pihak geraja dapat menikmati kesenangan sewenang-wenangnya. Ada yang dibunuh sesuka hati. Kesengsaraan mereka berterusan selama beratus tahun sehingga timbullah idea untuk kembali melawan arus. Ketika ini mereka melalui zaman kegelapan yang dikenali sebagai Dark Age (WEBSITE JAIS).

Ada juga yang berpendapat sejarah fahaman liberalisme ini berasal daripada Yunani kuno, salah satu elemen terpenting dalam peradaban Barat (Hamid Fahmy Zarkasyi, 2012). Namun di England, dengan dikeluarkannya Magna Charta pada tahun 1215 menandakan terjaminnya kebebasan individu. Isi daripada piagam tersebut diantaranya adalah seseorang (kecuali hamba) tidak boleh untuk ditangkap, dipenjara, diseksa, diasingkan atau pun disita kepemilikannya tanpa cukup alasan menurut hukum yang berlaku (M.Fauzani Taufiq, 2015).

Menurut Hamid Fahmy Zarkasyi (2012), Magna Charta ini secara automatiknya telah membatasi kekuasaan Raja John sendiri dan dianggap sebagai bentuk liberalisme klasik. Perkembangan liberalisme selanjutnya ditandai oleh revolusi tidak berdarah yang terjadi pada tahun 1688 yang kemudiannya dikenali dengan sebutan The Glorious Revolution of 1688. Revolusi ini berhasil menurunkan Raja James II daripada England dan Ireland, James VII daripada Scotland serta mengangkat William II dan Mary II sebagai Raja.

Setahun setelah revolusi ini, parlimen England meluluskan undang-undang hak rakyat (Bill Of Right) yang memuatkan penghapusan beberapa kekuasaan raja dan jaminan terhadap hak-hak dasar dan kebebasan masyakat England.

Di Perancis dan beberapa negara monarki mutlak lainnya, kebebasan individu sangatlah dikekang sehingga hal tersebut menimbulkan terjadinya revolusi (1789, 1830, 1848). Revolusi yang dipimpin oleh kaum borjuis akhirnya berhasil Di Perancis dan beberapa negara monarki mutlak lainnya, kebebasan individu sangatlah dikekang sehingga hal tersebut menimbulkan terjadinya revolusi (1789, 1830, 1848). Revolusi yang dipimpin oleh kaum borjuis akhirnya berhasil

2.2.2 Liberalisme Moden

Hamid Fahmy Zarkasyi (2012) berpendapat bahawa pada abad ke-20, setelah berakhirnya Perang Dunia pertama pada tahun 1918, beberapa negara Eropah menerapkan prinsip pemerintahan demokrasi. Hak kaum wanita untuk menyampaikan pendapat dan aspirasi di dalam pemerintahan pun akhirnya diberikan. Menjelang tahun 1930-an, liberalisme mulai berkembang tidak hanya meliputi kebebasan berpolitik sahaja, tetapi juga mencakupi kebebasan-kebebasan di bidang lain misalnya ekonomi, sosial dan lain-lainnya.

Pada tahun 1941, Presiden Franklin D.Roosevelt mendeklarasikan empat kebebasan untuk berbicara dan menyatakan pendapat, kebebasan beragama, kebebasan kepapaan, dan kebebasan daripada ketakutan . Pada tahun 1948, PBB mengeluarkan Universal Declaration Of Human Righ t yang menetapkan sejumlah hak ekonomi dan sosial serta hak politik. Terdapat juga liberalisme dalam pemikiran termasuklah pemikiran keagamaan dan liberal dalam konteks kebebasan intelektual. Kebebasan intelektual adalah aspek yang paling mendasar dalam liberalisme sosial dan politik.

Kelahiran dan perkembangan di Barat terjadi pada akhir abad ke-18, namun akar- akarnya dapat dicacak seabad ke-17 (Hamid Fahmy Zarkasyi, 2012).

Ketika Revolusi Perancis (1789), kebebasan mutlak dalam pemikiran, agama, etika, kepercayaan, berbicara, media massa dan politik sudah dicanangkan. Bahkan ia dianggap sebagai Magna Charta liberalisme.

Kesannya adalah penghapusan hak dan autoriti yang diperoleh daripada Tuhan, penyingkiran agama daripada kehidupan masyarakat dan menjadikan sebagai bersifat individual. Agama haruslah dipisahkan agar tidak menjadi panduan sosial.

Ciri liberalisme pemikiran dan keagamaan yang paling menonjol adalah pengingkaran terhadap semua autoriti yang ada, sebab autoriti dalam pandangan liberal menunjukkan wujudnya kekuatan di luar dan di atas manusia yang mengikatnya secara moral. Ini sejalan dengan doktrin nihilisme yang merupakan ciri

khas pandangan hidup Barat pasca moden yang telah disebutkan di atas (Hamid Fahmy Zarkasyi, 2012).

2.2.3 Liberalisme Pemikiran Keagamaan

Sememangnya, mula-mula yang muncul adalah liberalisme intelektual yang mencuba untuk bebas daripada agama dan Tuhan. Namun, daripada situlah lahir dan tumbuhnaya liberalisme pemikiran keagamaan yang disebut theological liberalism. Perkembangan liberalisme pemikiran keagamaan ini dapat diklasifikasikan menjadi tiga fasa perkembangan seperti berikut:

Fasa pertama, dari abad ke-17 yang diterajui oleh ahli falsafah Perancis Rene yang mempromosikan doktrin rasionalisme atau Enlightment yang berakhir pada pertengahan abad ke-18. Doktrin utamanya, percaya kepada akal manusia, keutamaan individu, imanensi Tuhan dan Meliorisme (percaya kepada manusia itu berkembang dan dapat dikembangakan). Fasa kedua, bermula pada akhir abad ke-18 dengan doktrin Romantisisme yang menekankan pada individulisme, bermaksud individu dapat menjadi sumber nilai. Kesedaran diri (self-consciousness) itu dalam pengertian agama dapat menjadi kesedaran ketuhanan (god-consciousness). Tokohnya adalah Jean-Jacques, Immanuel Kant, dan Friedrich Schleiermacher dan

lain-lain lagi (Hamid Fahmy Zarkasyi, 2012).

Fasa terakhir, bermula pada pertengahan abad ke-19 hingga abad ke-20 dimulai dengan semangat modenisme dan pasca modenisme yang menekankan pada idea tentang perkembangan (notion of progress). Agama kemudian diletakkan sebagai sesuatu yang berkembang progresif dan disesuaikan dengan ilmu pengetahuan Fasa terakhir, bermula pada pertengahan abad ke-19 hingga abad ke-20 dimulai dengan semangat modenisme dan pasca modenisme yang menekankan pada idea tentang perkembangan (notion of progress). Agama kemudian diletakkan sebagai sesuatu yang berkembang progresif dan disesuaikan dengan ilmu pengetahuan

kajian psikologis pengalaman keagamaan (psychological study of religious experience ), kajian sosiologis badan-badan dan tradisi keagamaan (psychological study of religious institution ), kajian falsafah tentang pengetahuan dan nilai-nilai keagamaan (philosophical inquiry into religious knowledge and values) (Hamid

Fahmy Zarkasyi, 2012).

Sementara itu, pada abad ke-19 liberalisme dalam pemikiran keagamaan Katholik Rom berbentuk gerakan mendukung demokrasi politik dan reformasi gereja, namun secara teologi tetap mempertahankankan nilai-nilai ortodok. Sedangkan dalam pemikiran Kristian Prostestan, liberalisme merupakan perkembangan kebebasan intelektual yang menekankan pada kewujudan ateis dan kemanusian Kristian dan mengurangkan penekanan pada teologi yang dogmatis. Bermaksud dengan masuknya fahaman liberalisme ke dalam pemikiran keagamaan maka banyak konsep dasar agama Kristian yang berubah.

Maka, dalam liberalisme pemikiran keagamaan, masalah yang pertama sekali yang dipersoalkan adalah konsep Tuhan (teologi) kemudian doktrin atau dogma agama. Selepas itu, mempersoalkan dan memisahkan hubungan agama dengan politik (sekularisme). Akhirnya, liberalisme pemikiran keagamaan menjadi sekularisme dan dipandu oleh gelombang pemikiran pasca modenisme dan menjunjung tinggi pluralisme, persamaan (equality) dan relativisme (Hamid Fahmy Zarkasyi, 2012).

2.3 ISLAM LIBERAL

2.3.1 Sejarah Perkembangan Islam Liberal

Istilah “Islam Liberal” pertama kali dipopularkan oleh Profesor Leonard Bailerd. Beliau menggunakan istilah ini kerana mengikuti istilah Liberal Judaism yang berkembang lebih dulu pada abad 19 di Jerman. Salah satu tokohnya bernama

Abraham Kaiger (Zainul Rijal Abu Bakar, 2012).

Sejak lebih kurang satu abad yang lepas, terdapat dua fenomena yang banyak mempengaruhi psikologi umat Islam. Pertama adalah fenomena ‘penjajahan’ oleh negara-negara Barat ke atas hampir seluruh negara umat Islam. Kedua adalah fenomena ‘ketinggalan’ dari sudut sains dan teknologi di belakang kebanyakan negara-negara Barat. Apabila berhadapan dengan dua fenomena di atas, sikap umat Islam boleh dibahagikan kepada empat (Hafiz Firdaus Abdullah, 2007):

i. Mereka yang merasa putus asa secara keseluruhan dan duduk diam menerimanya sebagai satu ketentuan yang memundurkan mereka.

ii. Mereka berpendapat agama adalah faktor penghalang bagi mencapai kekuatan dan kemajuan. Justeru untuk menjadi umat yang berkuasa dan maju, Islam perlu dipisahkan daripada kehidupan harian.

iii. .Mereka yang juga berpendapat bahawa agama adalah faktor penghalang bagi mencapai kekuatan dan kemajuan. Namun untuk menyelesaikan faktor penghalang ini, mereka berpendapat caranya ialah membuka dan iii. .Mereka yang juga berpendapat bahawa agama adalah faktor penghalang bagi mencapai kekuatan dan kemajuan. Namun untuk menyelesaikan faktor penghalang ini, mereka berpendapat caranya ialah membuka dan

Mohd Arifin Ismail (2009) berpendapat bahawa antara bidang yang terlibat dalam liberalisasi ialah:-

1. Liberalisasi bidang akidah dengan penyebaran faham pluralisme agama.

2. Liberalisasi bidang syariah dengan melakukan perubahan metodologi ijtihad.

3. Liberalisasi konsep wahyu dengan melakukan dekonstruksi terhadap al-Quran.

2.3.2 Prinsip-Prinsip Islam Liberal

2.3.2.1 Liberalisasi Akidah

Liberalisasi akidah dilakukan dengan menyebarkan fahaman Pluralisme agama, iaitu fahaman yang meyakini bahawa semua agama adalah sama-sama benar, dan merupakan jalan untuk menuju kepada Tuhan yang sama. Ulil Absar Abdallah, pengasas Jaringan Islam Liberal di Indonesia menyatakan bahawa “Semua agama adalah sama. Semuanya menuju jalan kebenaran. Jadi, Islam bukan agama yang Liberalisasi akidah dilakukan dengan menyebarkan fahaman Pluralisme agama, iaitu fahaman yang meyakini bahawa semua agama adalah sama-sama benar, dan merupakan jalan untuk menuju kepada Tuhan yang sama. Ulil Absar Abdallah, pengasas Jaringan Islam Liberal di Indonesia menyatakan bahawa “Semua agama adalah sama. Semuanya menuju jalan kebenaran. Jadi, Islam bukan agama yang

Semua agama, dengan demikian, adalah benar, dengan variasi, tingkat dan kadar kedalaman yang berbeza-beza dalam menghayati jalan keagamaan itu. Semua agama ada dalam satu keluarga besar yang sama iaitu keluarga pencinta jalan menuju kebenaran yang tak ada penghujungnya (Mohd Arifin Ismail, 2009).

Budhy Munawar Rahman, pensyarah Universiti Paramadina menyatakan : “Teologi pluralisme memberikan hak kepada kebenaran semua agama, dan semua penganut agama layak dilabelkan sebagai orang yang beriman, dengan makna “orang yang percaya kepada Tuhan ”, kerana sesuai dengan al-Quran Surah 49:10-12, sebab mereka semua adalah bersaudara dalam iman. Oleh itu, hal yang diperlukan dalam penghayatan Pluralisme agama adalah pandangan bahawa siapapun yang beriman

adalah sama di hadapan Allah, kerana Tuhan kita semua adalah Tuhan yang Satu” (Mohd Arifin Ismail, 2009).

Cadangan Penubuhan InterFaith Comission (IFC)

Di Malaysia, gerakan Liberalisme dalam persamaan agama-agama dicadangkan dengan penubuhan InterFaith Commision (IFC) atau nama asalnya Inter Religious

Council (IRC) atau Majlis Suruhanjaya Antara Agama-Agama. Badan ini berfungsi seperti sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama-agama yang terbabit. IRC juga berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan berkaitan dengan agama.

Jika diteliti, penubuhan IRC ini ditaja oleh Malaysian Consultative Council of Budhism, Christianity, Hinduism, and Sikhs (MCCBCHS) atau Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001 (Mohd Arifin Ismail, 2009).

Kandungan memorandum tersebut adalah:

1. Orang Islam hendaklah diberi hak murtad tanpa permohonan ke mahkamah Syariah. Ini adalah hak yang diberi Artikel 11 Perlembagaan. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah sivil.

2. Seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

3. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

4. Tidak perlu dicatat dalam kad pengenalan seseorang muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam dibenarkan keluar daripada

Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang sama untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing- masing.

13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Daripada butiran memorandum di atas, dapat dilihat bahawa agenda utama penubuhan IFC adalah meletakkan semua agama dalam kedudukan yang sama, sehingga setiap orang bebas untuk menentukan status agamanya dan tidak ada

halangan bagi seorang muslim untuk murtad (Jabatan Agama Islam Selangor, 2014).

Penubuhan IFC ini ditaja oleh yayasan barat sebagaimana terbukti pada Persidangan Kebangsaan “Towards the Formation of the Interfaith Commission of Malaysia”

yang berlangsung pada 24-25 Februari 2005 di Hotel Equatorial Bangi, Selangor di mana terdapat Jawatankuasa Pemandu IRC iaitu Konrad Adeneur Foundation (KAF) dan Malaysian Interfaith Network. Malaysian Interfaith Network (MIN) adalah sebuah badan yang ditubuhkan pada 15 Februari 2003 khusus bertujuan untuk

menjayakan agenda pluralisme agama di Malaysia (Mohd Arifin Ismail, 2009).

Menurut Peter Schier ( wakil KAF Malaysia), yayasan itu telah bertapak di Malaysia sejak 30 tahun lalu menaja badan pemikir Institut Kajian Dasar dan Institute of Development Studies . Matlamat utama yayasan ini di seluruh dunia, dan di Jerman, Menurut Peter Schier ( wakil KAF Malaysia), yayasan itu telah bertapak di Malaysia sejak 30 tahun lalu menaja badan pemikir Institut Kajian Dasar dan Institute of Development Studies . Matlamat utama yayasan ini di seluruh dunia, dan di Jerman,

ekonomi dengan sosial, ekologikal dan tanggungjawab yang beretika (Mohd Arifin Ismail, 2009).

Cadangan penubuhan IFC tersebut akhirnya mendapat respon pertubuhan- pertubuhan Islam di Malaysia sehingga tertubuhnya ACCIN (Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs ) yang menyatakan bahawa penubuhan IRC akan membahayakan agama Islam sebab:

1. Penubuhan IFC membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal-ehwal agama Islam

2. Penubuhan IFC menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa yang menjejaskan akidah.

3. Penubuhan IFC akan menjadikan orang Islam bebas melakukan apa sahaja.

4. Penubuhan IFC akan membuat orang Islam bebas untuk murtad.

5. IFC berhak menentukan status agama seseorang, sebab seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC.

2.3.2.2 Liberalisasi Syariah

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Greg Barton, antara tujuan Islam Liberal adalah merubah hukum-hakam agama Islam sehingga dapat disesuaikan dengan Sebagaimana yang dinyatakan oleh Greg Barton, antara tujuan Islam Liberal adalah merubah hukum-hakam agama Islam sehingga dapat disesuaikan dengan

Di Malaysia perubahan hukum syariah khususnya yang berkaitan dengan persamaan hak antara lelaki dan perempuan disuarakan oleh kelompok Sisters in Islam. Dalam isu Rang Undang –Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan (Pindaan 2005) mereka bersama kumpulan wanita yang lain telah menentang kuat Rang Undang-Undang tersebut atas dakwaan kononnya ia akan menzalimi perempuan. Mereka juga menentang Rang Undang-Undang Jenayah Syariah Terengganu (Hudud) dengan membangkitkan polemik kononnya undang-undang itu akan menzalimi wanita yang dirogol. SIS juga terkenal sebagai kumpulan yang menentang amalan poligami secara keseluruhannya dan pernah melancarkan kempen monogami secara terbuka (Mohd Arifin Ismail, 2009.

2.3.2.3 Liberalisasi Al-Quran

Luti Syaukani berkata dalam uacapannya : “Sebahagian besar kaum muslimin meyakini bahwa al-Quran dari halaman pertama hingga terakhir merupakan kata- kata Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad secara langsung baik dalam lafaz maupun dalam makna. Kaum muslimin juga meyakini bahwa al-Quran yang mereka lihat dan baca hari ini adalah hampir sama seperti yang ada pada masa Nabi lebih dari seribu empat ratus tahun silam.

Keyakinan semacam itu sesungguhnya lebih merupakan formulasi dan angan-angan teologis yang dibuat oleh para ulama sebagai sebahagian daripada doktrin Islam. Hakikat sejarah penulisan al-Quran sendiri sesungguhnya penuh dengan berbagai keadaan yang kacau bilau dan tidak lepas dari perdebatan, pertentangan, tipu daya

dan rekayasa” (Mohd Arifin Ismail, 2009).

Kumpulan Islam Liberal dalam mengkritik al-Quran menggunakan metod pentafsiran hermeneutika iaitu “to understand the discourse just as well as even

better than its creator ” Pada awalnya Hermeneutika ini digunakan oleh pemikir Barat untuk memahami kitab Bible, disebabkan kitab Bible merupakan kitab yang mempunyai banyak persoalan yang tidak jelas. Islam Liberal menggunakanmetod pentafsiran ini untuk mentafsirkan al-Quran. Malahan Nasr Hamid Abu Zayd telah menjadikan hermeneutika dan “textual criticism” sebagai kaedah yang terbaik dalam mentafsirkan al-Quran (Mohd Arifin Ismail, 2009).

2.3.3 Manhaj-manhaj Islam Liberal

i. Manhaj Islam Liberal tentang agama Islam.

Aliran Islam Liberal berpendapat agama Islam adalah agama yang benar. Namun pada waktu yang sama aliran Islam Liberal juga berpendapat semua agama selain Islam adalah benar juga. Apabila setiap penganut agama mendakwa hanya tuhannya dan ajarannya sahaja yang betul, itu hanyalah dakwaan yang relatif dalam konteks penganut dan agamanya itu sendiri sahaja. Jika dilihat daripada konteks keseluruhan Aliran Islam Liberal berpendapat agama Islam adalah agama yang benar. Namun pada waktu yang sama aliran Islam Liberal juga berpendapat semua agama selain Islam adalah benar juga. Apabila setiap penganut agama mendakwa hanya tuhannya dan ajarannya sahaja yang betul, itu hanyalah dakwaan yang relatif dalam konteks penganut dan agamanya itu sendiri sahaja. Jika dilihat daripada konteks keseluruhan

Manhaj seperti ini didirikan oleh Islam Liberal dengan tujuan supaya manusia yang menganut agama Islam dapat menggunakan sepenuhnya masa dan tenaganya untuk mencapai kemajuan tanpa dibazirkan kepada usaha membenarkan agamanya sahaja.

Manhaj kesamaan antara agama merupakan manhaj utama aliran Islam Liberal. Bahkan ia adalah satu manhaj tersendiri yang unggul memandangkan agama-agama lain di dunia, sama ada yang masih tulen atau yang telah diubah suai, tidak ada yang mendakwa manhaj kesamaan antara agama. Keunggulan manhaj utama Islam Liberal ini bukanlah menunjukkan keistimewaan mereka tetapi sebaliknya menunjukkan keterdesakan mereka mengorbankan segala sesuatu demi mencapai kehendak akal dan nafsu mereka (Hafiz Firdaus Abdullah, 2007).

ii. Manhaj Islam Liberal tentang al- Qur’an.

Aliran Islam Liberal membahagi wahyu kepada dua ketagori: wahyu bertulis dan wahyu tidak bertulis. Wahyu bertulis adalah al- Qur’an dan ia adalah teks semata- mata. Wahyu tidak bertulis adalah akal manusia dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-Qur ’an. Maka dengan itu al-Qur’an adalah sesuatu yang hanya bersifat menerangkan tujuan agama manakala akal manusialah yang menyesuaikannya selari dengan konteks zaman.

Sebagai contoh, terhadap firman Allah didalam Surah Al-Maidah ayat 38 maksudnya: “Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri

maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah daripada Allah .”

Tujuan yang sebenarnya dituntut oleh al- Qur’an adalah menjatuhkan hukuman kepada pencuri. Bentuk hukuman boleh berubah-ubah selari dengan peradaban manusia. Di zaman Rasulullah, bentuk hukuman adalah memotong tangan. Namun pada zaman kini bentuk hukuman boleh berubah kepada hukuman penjara selari dengan peradaban manusia (Hafiz Firdaus Abdullah, 2007).

Demikian manhaj ‘membuka dan membebaskan’ tafsiran al-Qur’an yang dipegang oleh aliran Islam Liberal atas alasan untuk memajukan umat Islam. Manhaj ini juga mereka guna pakai terhadap semua hukum-hukum al- Qur’an termasuk perkara ibadah, sehingga apa yang dipraktikkan pada zaman Rasulullah tidak semestinya

dipraktikkan dalam bentuk yang sama pada zaman kini.

Selain itu, mereka turut menggariskan formula membaca al- Qur’an dengan metodologi yang baru. Mereka berpendapat bahawa malaikat dan syaitan tidak wujud sebagai makhluk yang tersendiri melainkan ia adalah sikap baik dan buruk yang wujud saling bertentangan dalam setiap jiwa manusia. Syurga dan neraka tidak wujud melainkan ia adalah kesan psikologi kegembiraan dan kesedihan manusia.

Hari akhirat juga tidak wujud melainkan ia adalah fasa manusia untuk berubah dari satu tingkatan ke tingkatan lain yang lebih matang dan sempurna. Cerita-cerita al Qur’an sebenarnya hanyalah strategi demi keberkesanan dakwah. Para Rasul, Nabi

dan umat terdahulu ini sebenarnya tidak wujud secara realiti. Sementara keimanan kepada Qadar dan Qad a’ serta takdir tidak wujud, hanya sekadar salah tafsiran.

Mempercayai malaikat, syaitan, syurga, neraka, hari akhirat, cerita umat terdahulu serta takdir secara zahir hanyalah tahayul yang menghalang kemajuan umat. Selagi mana umat percayakan unsur-unsur tahayul tersebut, selagi itulah mereka akan terhalang daripada mencapai kejayaan yang bersifat hakiki. Demikianlah beberapa takwilan dan manhaj sesat aliran Islam Liberal yang mereka bangunkan atas formula re-reading the Quran (Hafiz Firdaus Abdullah, 2007).

iii. Manhaj Islam Liberal Terhadap Rasulullah s.a.w.

Sifat Nubuwah yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. tidak lain hanyalah kemampuan seorang manusia untuk memimpin manusia yang lain (leadership values). Oleh itu siapa sahaja yang boleh memimpin boleh mengambil alih sifat nubuwah seumpama Rasulullah s.a.w. dalam memimpin manusia ke arah ciri-ciri yang baik. Demikian dakwa aliran Islam Liberal.

Tambahan itu, hanyalah manusia biasa yang lazimnya berbuat silap dan benar. Namun umat Islam selama ini berpura-pura bahawa Baginda adalah manusia yang Tambahan itu, hanyalah manusia biasa yang lazimnya berbuat silap dan benar. Namun umat Islam selama ini berpura-pura bahawa Baginda adalah manusia yang

iv. Manhaj Islam Liberal terhadap hadis-hadis

Aliran Islam Liberal memiliki beberapa manhaj terhadap hadis-hadis Rasulullah s.a.w. sekalipun yang termuat di dalam kitab Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim. Antaranya:

1. Hadis-hadis bukan berasal daripada Rasulullah melainkan hanya ciptaan orang-orang yang memanfaatkan kepentingan sendiri.

2. Hadis-hadis yang benar hanyalah yang bersifat mutawatir manakala hadis Ahad bersifat samar-samar dan tidak menjadi tuntutan untuk berpegang kepadanya.

3. Hadis-hadis yang mutawatir sekalipun, kebenarannya hanya dalam konteks kehidupan masyarakat Arab pada zaman Rasulullah. Ia tidak lagi releven untuk zaman kini kecuali sebagai kajian sejarah peradaban pada zaman baginda.

4. Hadis-hadis tentang azab kubur, suasana hari akhirat, fitnah-fitnah akhir zaman dan sebagainya hanyalah cerita rekaan perawi hadis untuk memberi pengaruh kepada orang ramai pada zaman mereka. Walaupun hadis tersebut terkandung dalam kitab muktabar, namun kakikatnya semua penceritaan dalam hadis tersebut hanyalah

tahayul semata-mata.

5. Kesilapan paling besar yang dilakukan oleh para imam hadis adalah mereka hanya memberi tumpuan kepada para perawi hadis dan tidak kepada matan hadis. Seandainya mereka memerhati dan memberi kritik ke atas matan hadis, nescaya cerita-cerita tahayul sepertimana di atas tidak akan mereka masukkan dalam kitab- kitab mereka (Hafiz Firdaus Abdullah, 2007).

v. Manhaj Islam Liberal terhadap ilmu-ilmu Islam.

Ilmu-ilmu Islam seperti usul tafsir, usul fiqh, usul hadis, al- Jarh wa Ta’dil dan sebagainya yang selama ini merupakan antara displin di dalam disiplin ilmu-ilmu Islam diremehkan oleh aliran Islam Liberal sebagai buatan manusia yang tidak sunyi daripada pelbagai kecacatan dan kesalahan. Oleh itu aliran Islam Liberal tidak menghormati ilmu-ilmu di atas, jauh sekali daripada menggunakannya dalam tafsiran mereka untuk “membuka dan membebaskan” Islam.

Atas dasar ini juga aliran Islam Liberal membuka semula perbincangan, tafsiran dan ijtihad terhadap perkara-per kara qat’ie di dalam agama. Mereka mendakwa apa yang selama ini dianggap qatie hanya relatif kepada pendapat manusiawi. Menurut aliran Islam Liberal perkara-perkara yang dianggap qatie tersebut masih terbuka dan bebas kepada pelbagai kemungkinan dan maksud. Atas kepelbagaian ini mana-mana pihak tidak boleh mendakwa pendapatnya sahaja yang benar, bahkan semua pendapat adalah benar tanpa mengira sebesar mana luasnya jurang pendapat tersebut.