FOTOGRAFI DALAM KANDUNGAN SOSIAL .

FOTOGRAFI DALAM KANDUNGAN SOSIAL .

Imej Fotografi merupakan alat visual yang efektif kerana dapat menvisualisasikan sesuatu perkara dengan lebih konkrit, realistik dan lebih tepat juga merupakan media penyampaian dan perkongsian maklumat yang utama. Di dalam ilmu fotografi, terdapat juga bidang yang mempelajari betapa pentingnya peranan fotografi dalam bidang sosial iaitu kewartawanan, yang lebih dikenali sebagai ‘fotografi journalism’. Imej Fotografi merupakan salah satu bentuk komunikasi non-verbal, iaitu membawa maksud komunikasi dengan menggunakan gambar. Fotografi adalah bentuk ekspresi seorang jurugambar terhadap apa yang dilihatnya atau diabadikannya dengan gambar pada khalayak . Dalam pengertian tersebut, dapat difahami bahawa, fotografi merupakan salah satu media penyalur atau penyampaian mesej

seorang jurugambar, kepada masyarakat yang melihat foto tersebut (Diaz 2012) 11 . Fotografi dokumentari telah menjadi medium yang berkuasa dalam penyelidikan kedua-dua bidang sosial

dan perubahan dasar dalam abad sekarang dan masa lalu (Szto 2008) .Imej fotografi sudah memenuhi kriteria menjadi salah satu bahagian dari definisi komunikasi. Sebagai sebuah

9 Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim merupakan Menteri di Kementerian Komunikasi, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. 10 Latif, A. 2010. Pembinaan Jatidiri Melalui Kegiatan Seni Budaya Melayu Serumpun. Institut Seni Melaka

Malaysia 2(13). 11 Diaz, Amy.Catherine. 2012. Photography in Social Work Research: Using Visual Image to

Humanize Findings. Qualititative Social Work 20.

perantara, sesuatu imej foto, selain memenuhi aspek estetika, peranan imej fotografi ke media masa juga harus memiliki nilai berita yang baik. Setiap imej di dalam berita perlu dikenakan peraturan tertentu adalah untuk membendung penyalahgunaan media untuk faedah individu (Shahizan et al.2012). Jadi kesimpulannya, imej fotografi adalah akar dalam bidang kewartawanan, imej fotografi perlu mendokumentasikan sesuatu peristiwa lalu menyampaikan mesej dari wartawan berita kepada khalayak, sudah pasti sesuatu berita yang mempunyai imej fotografi dapat menarik minat khalayak untuk menerima suatu berita yang mempunyai kesannya, dengan me minimum sebanyak mungkin terhadap keindahan dan estetika objek yang digambarkan.

Fotografi Journalism 12 telah menjadi satu medium yang berkuasa dalam melaksanakan penyelidikan terhadap bidang sosial dan perubahan dasar dalam abad sekarang dan masa lalu

(Duncan 2013) . Contohnya Imej fotografi dalam berita telah mewujudkan ekspresi emosi wajah dalam imej, dapat mewujudkan penceritaan yang berkesan yang berlaku ketika zaman kemelesetan ekonomi di seluruh dunia, jurugambar dokumentari Dorothea Lange, Arthur Rothstein dan Walker Evans telah memainkan peranan penting dalam merakamkan kesusahan, kemiskinan, dan keadaan terdesak pekerja-pekerja asing dan petani untuk digunakan sebagai propaganda yang dimuatkan ke dalam dada akhbar bagi mengharapkan simpati rakyat (Russel dan Diaz 2012). Apabila menimbangkan komunikasi visual dan photojournalism, seseorang itu perlu membezakan amalan photojournalism dari bidang lain fotografi, menyedari konteks tertentu dan kegunaan diterima (Irvin 2012). Untuk memahami gambar berita kita perlu sedar kedua-dua kekangan dan rutin mereka yang terlibat dalam pelbagai peringkat pengeluaran, dan mahu dan jangkaan pembaca. 'Apakah photojournalism biasa sepatutnya? Tidak berat sebelah mempunyai fakta yang jelas untuk mendapatkan perhatian, bercerita dan berani (Becker 1995). Ini jelas menunjukkan bahawa kuasa imej yang terdapat pada dada akhbar dapat meningkatkan semangat dan kepercayaan masyarakat malah dapat memberitahu kepada mereka masalah atau apa yang berlaku di sekeliling mereka. Peranan fotografi journalism lebih kepada fokus kepada imej fotografi yang menjadi kandungan berita dan biasa terdapat pada semua media cetak yang sedia ada.

Imej fotografi dapat menggambarkan kandungan sosial dengan cara yang dapat memberikan keyakinan, kematangan, kecekapan, kesopanan dan kemesraan seseorang individu dalam menghasilkan interaksi yang berkesan, efektif dan menarik. Jika kita lihat kembali masalah sosial di kalangan orang Melayu, ianya semakin membimbangkan. Kehidupan sosial orang Melayu, khususnya anak-anak muda hari ini begitu dipengaruhi oleh budaya barat. Orang Melayu seakan tidak mempunyai daya tahan dalam menghadapi limpahan budaya barat yang semakin menular. Media televisyen yang menyalurkan hampir semua program dunia tanpa tapisan sudah mulai masuk ke rumah orang Melayu, baik di bandar mahupun di kawasan kampung. Sesungguhnya masyarakat Melayu kini sedang menghadapi krisis nilai. Kita bukan sekadar menghadapi gejala sosial, tetapi masalah sosial orang Melayu adalah hasil daripada krisis nilai dan melupakan identiti Melayu sendiri yang semakin parah. Orang Melayu kini gemar bercakap dalam bahasa Inggeris walaupun berkomunikasi dengan orang Melayu juga, gemar berpakaian barat, terdedah dengan mengetepikan nilai kesopanan Melayu . Imej Fotografi pula dijadikan sebagai bahan propaganda yang boleh mempengaruhi kesetiaan nilai budaya

12 Dikenali juga sebagai fotografi Kewartawanan yang merupakan aktiviti atau produk wartawan yang terlibat dalam penyediaan menulis, bahan visual, audio atau bertujuan untuk penyebaran maklumat melalui media awam

dengan merujuk kepada fakta, peristiwa-peristiwa yang berterusan. Ia bertujuan untuk memaklumkan kepada masyarakat tentang sesuatu peristiwa dan mendedahkan kepada umum.

seseorang. Apabila setiap Imej fotografi dapat menggunakan ciri-ciri budaya Melayu dengan lebih berkeyakinan, maka hubungan antara kaum di negara ini akan menjadi lebih harmoni dan maju. Dengan memahami dan menghormati sesuatu budaya, masyarakat akan saling menghargai antara satu sama lain. Semua budaya di implementasi sepenuhnya oleh bahasa ibunda atau bahasa etnik yang dituturkan oleh ahli-ahlinya. Kesemua perundangan, pendidikan, adat istiadat, peribahasa dan apa jua yang berkaitan serta diamalkan dalam sesebuah masyarakat, telah wujud dalam bahasa ibunda masyarakat berkenaan (Hanafiah 2002). Semua bahasa ibunda ini dapat diungkapkan dalam keadaan asalnya serta disatukan dengan imej fotografi. Komunikasi visual dapat menggambarkan nilai , konsep budaya bangsa Malaysia. Dalam Imej itu terkandung nilai- nilai budaya atau pandangan dunia bangsa Melayu serta dapat menjamin keharmonian kehidupan budaya bangsa Malaysia.

Antara sumber sosial lain yang sangat mempengaruhi kehidupan sosial masyarakat Melayu Melaka adalah berhubungan erat dengan imej fotografi dalam pengiklanan. Bidang pengiklanan pada zaman sekarang sangat mempengaruhi pelanggan dan masyarakat untuk membeli atau menggunakan sesuatu produk. Teknik-teknik pengambilan imej foto yang betul dan kreatif dalam pengiklanan sangat penting untuk menarik minat pelanggan. Imej yang baik serta menitikberatkan kepada estetika seni foto telah menjadi satu elemen utama bagi membentuk imej yang mempunyai tarikan ke atas produk tersebut, yang bertujuan untuk menarik perhatian pelanggan membeli dan menggunakan sesuatu produk. Teknik pencahayaan serta komposisi yang baik sangat diperlukan, dan dapat dilihat contohnya seperti pada iklan Belacan Melaka yang menonjolkan unsur kesegaran dengan cara memberikan kesan titisan dan warna kepada produk tersebut. Imej fotografi memainkan peranan penting dalam mempromosikan barangan keluaran tempatan Melaka dan digunakan agar masyarakat mendapat pendedahan yang sewajarnya mengenai produk dalam bentuk iklan di kaca TV dan juga di dada akhbar. Iklan-iklan yang kreatif ini mampu menarik minat masyarakat untuk membeli produk keluaran tempatan. Promosi yang menggunakan imej fotografi ini tentunya membuka peluang bagi usahawan Melayu untuk memberikan maklumat yang tepat dan lebih terkini berkaitan produk-produk usahawan Melayu Melaka yang terdapat di pasaran. Bukan sekadar itu, sebuah maklumat yang terkandung di dalam iklan itu juga harus difikirkan secara teliti dan sebaiknya kreatif dan menarik perhatian orang yang melihatnya. Berdasarkan penjelasan di atas, dapat disimpulkan bahawa komunikasi dengan fotografi berhubungan erat, kerana imej fotografi mengandung unsur-unsur komunikasi, dan beberapa bidang komunikasi memerlukan imej fotografi untuk menyokong sesuatu pernyataan. Imej fotografi juga dapat mempromosikan Pelancongan di negeri Melaka. Tanpa promosi tidak akan membawa makna, malah dalam keadaan tertentu tanpa promosi, setiap agenda pelancongan akan menjadi sia-sia. Justeru, strategi promosi yang berkesan sudah tentu dapat membantu memperkenalkan sesuatu produk pelancongan. Dalam konteks ini, Imej Fotografi adalah sebahagian daripada elemen yang boleh membantu meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat Melayu di Melaka. Komunikasi bukan sekadar vokal, tetapi dapat diungkapkan melalui imej fotografi.