Kepentingan Fotografi dalam Kandungan So

KEPENTINGAN IMEJ FOTOGRAFI DALAM KANDUNGAN SOSIAL , KEBUDAYAAN DAN SEJARAH MELAYU MELAKA.

1 Nadzri Mohd Sharif 2 , Meor Hasmadi Meor Hamzah , Mohd Nor Shahizan Ali 3 Mohd Mustakim Mustafa 4

Imej fotografi merupakan salah satu medium komunikasi dalam bidang seni visual yang mempunyai perkaitan antara nilai dan prinsip estetika seni. Malah, ianya mempunyai impak yang besar terhadap perspektif seni, kandungan sosial, kebudayaan dan sejarah .Imej fotografi sering dianggap sebagai saksi peristiwa sejarah dan kehidupan dalam masa tertentu dan tidak bersifat berat sebelah. Berdasarkan penelitian kepada kandungan sosial, kebudayaan dan sejarah Melayu Melaka , pembuktian sesuatu kisah, artifak dan ceritera adalah bergantung kepada beberapa sumber tidak bertulis bagi meyakini bahawa sesuatu sejarah tersebut adalah benar. Bukti tidak tertulis ini merangkumi rujukan penelitian dokumen arkib seperti manuskrip, filem dan foto yang dapat dijadikan bahan kukuh untuk menerangkan sesuatu fakta. Bukti atau sumber fotografi ini merupakan medium yang sangat penting dalam mengungkapkan kembali kegemilangan warisan Negeri Melaka yang tidak ternilai keunikannya. Kepentingan imej fotografi akhirnya dapat memudahkan seseorang sejarawan mahupun budayawan untuk mengetahui dan menyelidik maklumat dengan lebih mendalam mengenai perkembangan sosial masyarakat Melayu di Negeri Melaka.

Kata kunci : fotografi, estetika seni, komunikasi, kebudayaan, sejarah, Melayu Melaka. sosial

PENDAHULUAN DAN SEJARAH AWAL NEGERI MELAKA

Izharnya, kemodenan dunia diversiti pada hari ini telah mengangkat bidang fotografi sebagai salah satu cabang inspirasi dan iltizam dalam kehidupan manusia. Transformasi dunia fotografi juga berlaku begitu pantas sehingga melahirkan inovasi dalam bidang baru iaitu fotografi digital. Justeru itu, maksud kandungan setiap gambar merupakan rakaman sejarah yang sentiasa menunjukkan garisan masa serta perlakuan lepas dan akan menjadi tatapan kepada masyarakat pada masa hadapan. Selain itu, gambar juga akan memaparkan gambaran sesuatu tindakan dan peristiwa yang telah berlaku seperti bidang sosial dan budaya masyarakat. Contohnya sekeping gambar boleh menceritakan perkembangan peradaban budaya masyarakat Melayu meliputi sosial ekonomi dan adat kehidupannya. Imej tetap fotografi, tidak seperti imej yang dihasilkan daripada video, tidak mudah menunjukkan peredaran masa, tetapi ia menunjukkan kepada kita bahawa masa telah berlalu (Tim dan Grant 2002). Bidang fotografi telah berubah secara radikal mengikut peredaran semasa dengan meliputi keseluruhan kehidupan masyarakat secara tidak sedar dan ia menjadi penting kerana ia amat berkait rapat mengenai sesuatu wawasan, ingatan, kebudayaan dan negara (Howie 2007).

Oleh hal yang sedemikian, untuk mengkaji dan melihat perkaitan bidang fotografi dengan peradaban Melayu Melaka, kita haruslah meneliti terlebih dahulu bingkisan mengenai sejarah Melaka yang agung pada satu ketika dahulu. Pelbagai pendapat telah dibuat dari

1 Penulis Utama, UiTM Melaka, Fakulti Seni lukis dan Seni Reka, Jabatan Fotografi, petrauitm@yahoo.com. 2 Penulis Bersama, UiTM Melaka, Fakulti Seni lukis dan Seni Reka, Jabatan Fotografi, hasmadimeor@gmail.com. 3 Penulis Bersama,UKMalaysia,Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Pusat Pengajian Media dan Komunikasi. 4 Penulis Bersama, Kementerian Pelajaran Malaysia, S.M.K Tasek Utara Johor, mustakimmustafa@yahoo.com.

pengkaji sejarah sebelum ini bagi menentukan tarikh sebenar penubuhan Kerajaan Melayu Melaka. Justeru, satu kajian telah dibuat oleh sekumpulan penyelidik yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Melaka menerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) sebagai inisiatif untuk meyakinkan bahawa tarikh sebenar penubuhan Kerajaan Melayu Melaka ialah pada tahun 1262 dan bukannya 1400 seperti yang tertulis pada bahan rujukan sebelum ini.

Kewujudan penduduk awal Melaka dipercayai bermula di pulau besar. Pulau Besar telah dikenali dengan pelbagai nama iaitu Pulau Air at au “Wu Shu” oleh pedagang-pedagang Cina. Pulau Besar mempunyai keluasan kira-kira 168 hektar, merupakan pulau yang terbesar sekali di

negeri Melaka. Terletak kira-kira 15 km terletak di Selat Melaka dan tiga batu nautika dari Bandar Hilir, Melaka. Pulau Besar ini dihubungkan melalui pengangkutan air.

Pulau Besar dahulunya didiami oleh “orang laut” dan “orang selat” sebelum kedatangan Parameswara sekitar tahun 1400. Pulau ini juga telah menjadi tumpuan segerombolan kapal- kapal dagangan dari China sebelum wujudnya Muara Sungai Melaka sebagai pusat pemerintahan. Kapal-kapal dagang akan berhenti di Pulau ini untuk mendapatkan bekalan air bersih dan kayu api sebelum meneruskan pelayaran ke destinasi yang seterusnya. Dakwaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan banyak perigi lama yang dianggarkan berusia lebih ratusan tahun di sekeliling pantai Pulau Besar dan kedudukan perigi-perigi itu pula hanya beberapa meter dari kawasan pantai. Pulau Besar dikatakan mempunyai ratusan buah perigi, namun kebanyakannya sudah tertimbus dan tidak boleh digunakan lagi.

Penduduk kawasan ini terdiri daripada “Orang-Orang laut” bergantung hidup kepada hasil laut dan sungai sebagai sumber pendapatan utama mereka. Menurut Ma Huan, pembantu Laksamana Cheng Ho dalam bukunya Ying Yai Sheng Lan (1451), pedagang China telah menggelarkan Pulau Besar sebagai Pulau Air atau dikenali sebagai Wu Shu. Pedagang yang datang ke Pulau Besar akan berlabuh untuk berehat dan mendapatkan bekalan makanan dan sumber air bersih. Masyarakat penduduk yang menetap di Pulau Besar pada ketika itu menggunakan kesempatan ini dengan membawa hasil tangkapan dan hasil hutan seperti ikan kering, kayu api dan bekalan makanan yang lain dan ditukarkan dengan pedagang melalui sistem barter bagi mendapatkan barang keperluan mereka. Proses perniagaan sistem barter ini telah bermula sekian lama di negeri Melaka sebelum berlakunya transformasi ekonomi yang menjadikan Melaka sebagai pusat perniagaan yang unggul pada ketika itu.

Pulau Besar juga menjadi pusat tumpuan di seluruh Kepulauan Melayu ketika itu kerana didiami oleh para ulama’ yang berperanan mengembangkan Agama Islam suatu masa dahulu.

Kedudukan Pulau Besar amat strategik ketika itu dan hanya terletak beberapa kilometer dari Pelabuhan Melaka. Justeru, terdapat pedagang, pengembara dan pendakwah yang berminat untuk menetap di pulau ini, antaranya adalah Syeikh Ismail yang digelar Sultan Ariffin dan telah didakwa penduduk tempatan dari keturunan Rasulullah SAW dari Hussein bin Ali (Cucu Rasulullah SAW). Beliau bersama pengikutnya telah menetap di Pulau Besar dan membina sebuah penempatan kecil untuk menyebarkan ajaran Islam. pulau ini juga telah didiami Syeikh Yusuf As-Sidiq yang merupakan seorang Guru Sufi yang tinggi ilmunya serta menghafal beribu-ribu hadith Nabi Muhammad SAW. Syeikh Yusuf As-Sidiq merupakan guru dan juga ahli rombongan kapal kepada Syeikh Ismail. Tarikh kelahiran beliau walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan.

Portugis menyatakan bahawa masyarakat nelayan atau orang-orang selat di Pulau Besar pada ketika itu merupakan pengikut Parameswara yang menubuhkan penempatan terawal sebelum tertubuhnya kerajaan Melayu Melaka yang dibuka oleh Parameswara. Di sinilah Portugis menyatakan bahawa masyarakat nelayan atau orang-orang selat di Pulau Besar pada ketika itu merupakan pengikut Parameswara yang menubuhkan penempatan terawal sebelum tertubuhnya kerajaan Melayu Melaka yang dibuka oleh Parameswara. Di sinilah

KELAHIRAN EMPAYAR KESULTANAN MELAYU MELAKA

Kesultanan Melayu Melaka merupakan salah satu institusi beraja yang paling awal wujud di Malaysia. Menurut Sejarah Alam Melayu, Kesultanan Melaka merupakan salah satu kesultanan yang tertua selain Kesultanan Pasai yang telah bermula pada tahun 1200. Kesultanan

Melayu Melaka telah diasaskan oleh Parameswara 5 yang merupakan seorang putera dari kalangan kerabat Srivijaya beragama Hindu dan berasal dari Palembang.

Menurut buku Sejarah Melayu yang dikarang oleh Tun Seri Lanang. Kuasa pemerintahan Jawa begitu unggul sehingga pengaruh pemerintahan Jawa ini amat berkesan hingga ke bahagian selatan Sumatera termasuklah Palembang. Sementara itu, di bahagian utara Selat Melaka pula, Kekuasaan kerajaan Pasai yang merupakan sebuah kerajaan Islam sekitar abad ke 13 juga menjadi saingan yang hebat kepada kerajaan Jawa. Kekuasaan Kerajaan Pasai ini memberikan tentangan politik kepada Palembang yang mengakibatkan kemelesetan tentangan anti Jawa. Menurut buku “Sume Oriental” ,Parameswara merupakan Raja Palembang yang menggantikan ayahandanya iaitu Raja Sam Agi telah diserang oleh Raja Jawa iaitu Batara Tamavill yang telah menggelarkan dirinya sebagai Mjeura “Orang Yang Berani”. Kemelesetan politik tersebut mengakibatkan Parameswara berundur dari Palembang dan melarikan diri ke Singapura yang dahulunya digelar Temasik.

Temasik 6 ketika ketibaan Parameswara ketika itu sudah mempunyai pentadbirannya yang tersendiri.Temasik telah diperintah oleh Temagi yang merupakan wakil dari Raja Siam

yang memakai gelaran ‘Sang Aji Palembang’. Kedatangan Parameswara ke Temasik bukan sahaja sebagai pelarian politik tetapi berjaya menduduki takhta Kerajaan Temasik apabila baginda Berjaya membunuh Temagi. Pemerintahan baginda di Temasik tidak lama apabila diserang dan dikalahkan oleh Pihak Siam dan Jawa. Kedatangan pihak Siam ke Temasik berkait rapat kepada proses perkembangan politik dan pengaruhnya ke atas Temasik dan kedatangan pihak Jawa pula lebih berkait rapat kepada penderhakaan oleh salah seorang Menteri Temasik iaitu Sang Rajuna Tapa yang ketika itu tidak berpuas hati kepada ketidakadilan pemerintah Temasik kepada keluarganya yang dianiaya. Baginda kemudiannya berundur ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan baru.

5 Susur galur keturunan baginda yang merupakan pewaris Raden Wijaya yang merupakan raja yang pertama dan pengasas bagi Kerajaan Majapahit yang telah mendirikan perkahwinan dengan Sri Gayatri Rajapatni Puteri dari Sri

Kertanegara yang merupakan raja terakhir dari kerajaan Singhasari pada tahun 1268-1292. Hasil perkahwinan ini , Puteri Tribuana Tunggadewi dilahirkan yang merupakan raja ketiga kerajaan Majapahit pada tahun 1326-1350. Puteri Tribuana Tunggadewi ialah bonda Puteri Iswari hasil pernikahan baginda dengan Kertawardana. Puteri Isawari kemudiannya menikahi Ranamenggala dan melahirkan seorang putera yang dikenali sebagai Parameswara yang dilahirkan pada tahun 1344. Pada kelahiran Parameswara, Nenda nya Ratu Tribuana Tungga dewi masih lagi memerintah kerajaan Majapahit.

6 Temasek adalah nama sebuah bandar awal di tapak moden Singapura. Dari abad ke-14, pulau ini juga telah dikenali sebagai Singapura, yang berasal daripada bahasa Sanskrit dan bermaksud "Lion City". Lagenda

mengatakan bahawa nama yang telah diberikan oleh Sang Nila Utama ketika beliau melawat pulau ini pada 1299 dan melihat makhluk yang tidak diketahui, yang dia tersalah anggap sebagai singa.

Menurut Buku Sulalatus Salatin 7 , Parameswara telah melarikan diri ke Muar. Muar menjadi saksi kepada permulaan keagungan Kesultanan Melayu Melaka apabila Parameswara

atau Iskandar Syah memudiki Sungai Muar sebelum memerintah negeri Melaka dari tahun 1394 hingga 1414. Baginda juga dikatakan pernah cuba membuka kota di Muar yang dikenali sebagai Biawak Busuk dan Kota Buruk tetapi gagal apabila pendudukan baginda kerap diganggu oleh sejumlah biawak yang banyak. Baginda terus berpindah ke Kota Buruk dan telah membina kubu pertahanan, tetapi kubu tersebut telah runtuh dengan serta merta. Kemudiannya Parameswara berpindah ke Sening Ujong dan baginda telah melantik seorang Menteri yang mewakilinya di sana dan berpindah pula ke Sungai Bertam. Ketibaan Parameswara di Sungai Bertam telah diketahui penduduk di situ yang merupakan Orang Seletar dan telah memohon Parameswara untuk menjadi Raja.

Ada pelbagai tanggapan mengenai asal usul penggunaan nama Melaka. Menurut satu catatan sejarah yang tidak rasmi, nama Melaka telah lama wujud iaitu daripada nama kesultanan yang diasaskan oleh Parameswara atau Sultan Iskandar Syah. Berdasarkan catatan daripada pedagang Cina yang datang ke Melaka, sudah ada tempat dagangan bernama Melaka. Nama Melaka juga ada disebut dalam 'Syair Jawa' bertarikh 1324. Melaka disebut sebagai negeri yang bernaung di bawah Siam dalam tahun 1360. Nama Melaka pertama kali dikesan penggunaannya adalah pada abad ke -14. Terdapat pelbagai cerita dan andaian yang telah dibuat dari mulut ke mulut tentang nama asal Melaka.

Ilustrasi menunjukkan peristiwa yang telah mencatat nama Melaka (Sumber Perpustakaan Negeri Melaka)

Menurut Tun Sri Lanang , asal usul nama Melaka diperoleh ketika Parameswara berburu di Muara Sungai Bertam. Lagenda yang sememangnya terkenal itu menceritakan bagaimana Parameswara ketika itu menyaksikan seekor pelanduk menendang salah seekor daripada anjing pemburuannya. Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu dan memutuskan untuk membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Nama Melaka diambil daripada pokok

Melaka 8 tempat Parameswara berteduh ketika menyaksikan pertarungan menarik di antara

7 merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan,kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu

Melaka yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565 menyatakan bahawa 8

Pokok Melaka atau dalam bahasa Sanskrit amalaka ialah sejenis pokok daun luruh daripada family Phyllanthaceae . Buah pokok Melaka ini boleh dimakan dan begitu banyak tumbuh di Malaysia dan India. Ahli

cendiakawan serta ahli sejarah menyetujui bahawa nama negeri Melaka kini diperolehi cendiakawan serta ahli sejarah menyetujui bahawa nama negeri Melaka kini diperolehi

SELAT MELAKA SEBAGAI PUSAT PELABUHAN DAN PERDAGANGAN STRATEGIK DAN PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM

Pemerintahan Parameswara telah berkembang pesat sehingga akhirnya menjadikan Melaka sebagai pusat pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke 15 dan ke

16. Melaka juga telah menjadi pintu masuk perdagangan rempah kepada negeri-negeri rempah. Perdagangan rempah ini telah di gambar menerusi satu pernyataan popular yang diungkapkan oleh Duerte Barbosa yang berkata: “Sesiapa yang menguasai Melaka, berupaya menjerut leher Venice (He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice)

Ilustrasi Pelabuhan negeri Melaka (Sumber Arkib Negara Malaysia)

Pada penghujung abad ke 14, kemunculan Kota Melaka sebagai pusat pemerintahan atau kerajaan baru telah memberikan satu kuasa perdagangan baru bagi kepada situasi di rantau Asia Tenggara dan membantu kedudukan dan perkembangan negeri Melaka. Apabila Melaka dibuka, ia bukan sahaja menjadi tempat persinggahan sementara bagi menanti pertukaran monsun tetapi menjadi tempat perniagaan dan urusan perdagangan yang adil serta dilindungi oleh undang- undang. Parameswara telah membangunkan pasar perdagangan di tebing Sungai Melaka dan mendirikan kediaman bagi para pedagang yang berhampiran dengan pusat Bandar, pembangunan pesat Melaka telah menarik perhatian para pedagang menjalankan urus niaga di Melaka. Di samping itu, Parameswara telah menggubal beberapa undang-undang serta peraturan yang menjadi asas bagi Hukum Kanun Melaka . Apabila Selat Melaka telah menjadi laluan perdagangan strategik maka aktiviti perdagangan ini telah menjadi sumber pendapatan utama bagi negeri Melaka. Kestabilan politik dan sistem perundangan yang adil telah menarik minat para pedagang dari seluruh pelosok benua datang mencuba nasib untuk berdagang di Melaka. Kapal-kapal dagangan dari China, Asia Tenggara, India dan Tanah Arab bertumpu di Melaka. Kegiatan perdagangan mula berkembang pesat di mana aktiviti pertukaran barangan dilakukan sebelum pedagang ini kembali ke destinasi masing-masing. Kegiatan ini telah menyumbang Pada penghujung abad ke 14, kemunculan Kota Melaka sebagai pusat pemerintahan atau kerajaan baru telah memberikan satu kuasa perdagangan baru bagi kepada situasi di rantau Asia Tenggara dan membantu kedudukan dan perkembangan negeri Melaka. Apabila Melaka dibuka, ia bukan sahaja menjadi tempat persinggahan sementara bagi menanti pertukaran monsun tetapi menjadi tempat perniagaan dan urusan perdagangan yang adil serta dilindungi oleh undang- undang. Parameswara telah membangunkan pasar perdagangan di tebing Sungai Melaka dan mendirikan kediaman bagi para pedagang yang berhampiran dengan pusat Bandar, pembangunan pesat Melaka telah menarik perhatian para pedagang menjalankan urus niaga di Melaka. Di samping itu, Parameswara telah menggubal beberapa undang-undang serta peraturan yang menjadi asas bagi Hukum Kanun Melaka . Apabila Selat Melaka telah menjadi laluan perdagangan strategik maka aktiviti perdagangan ini telah menjadi sumber pendapatan utama bagi negeri Melaka. Kestabilan politik dan sistem perundangan yang adil telah menarik minat para pedagang dari seluruh pelosok benua datang mencuba nasib untuk berdagang di Melaka. Kapal-kapal dagangan dari China, Asia Tenggara, India dan Tanah Arab bertumpu di Melaka. Kegiatan perdagangan mula berkembang pesat di mana aktiviti pertukaran barangan dilakukan sebelum pedagang ini kembali ke destinasi masing-masing. Kegiatan ini telah menyumbang

Pada awalnya, kesemua urusan perdagangan ini dikuasai oleh Sultan dan Bendahara. Apabila aktiviti ini berkembang secara pesat, pentadbiran kerajaan negeri pada masa itu terpaksa diselaraskan semula bagi memastikan aktiviti dagangan dan pentadbiran pelabuhan berjalan dengan lancar. Sehubungan dengan itu jawatan Syahbandar yang merupakan ketua pelabuhan diwujudkan. Beberapa jawatan lain juga dibentuk bagi memastikan segala urusan dagangan dan perniagaan dapat diuruskan dengan baik serta sempurna. Kehadiran para pedagang Islam daripada Negara Arab dan Gujerat India merupakan indikator utama yang telah merancakkan lagi aktiviti pelabuhan dan perdagangan di negeri Melaka Melaka. Justeru, atas dasar ini telah menyebabkan Parameswara mula menyedari betapa pentingnya kemasukan Islam di Melaka. Sebelum Islam datang ke Melaka, penduduk Melaka dipercayai berfahaman Hindu- Budha atau penganut animisme kerana Sultan Melaka yang pertama iaitu Parameswara dipercayai penganut Hindu. Mengikut teks ‘Sejarah Melayu’ yang dikarang Tun Sri Lanang,

Parameswara mendapat mimpi mengenai kedatangan pedagang Islam yang akan berlabuh di Pelabuhan Melaka. Sebaik sahaja mereka tiba, mereka akan melakukan sesuatu (solat) di tepi pantai. Baginda Parameswara telah menitahkan Bendahara dan pasukannya menunggu di tepi pantai untuk memastikan sama ada mimpi yang dialami oleh baginda itu benar atau tidak. Oleh itu, dengan kuasa Allah SWT, sebagaimana yang baginda mimpikan itu benar-benar terjadi sehingga membawa kepada pengislaman Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan seluruh tanah jajahannya. Menurut sejarah, Parameswara akhirnya memeluk Islam tetapi mangkat pada tahun yang sama dan digantikan oleh anakanda baginda yang dikenali sebagai Megat Iskandar Shah. Tetapi Megat Iskandar shah telah memeluk Islam dalam usia yang agak lewat ketika berumur 72 tahun dengan mengahwini Puteri Pasai dari Sumatera. Menurut rekod hasil tulisan dan pembacaan melalui buku-buku mengenai sejarah Melaka, kemasukan Islam ke negeri Melaka telah dilakukan oleh seorang ulama yang dikenali sebagai Sayid Abdul Aziz. Dengan pengislaman Sultan Melaka ini ianya telah menarik minat saudagar Islam yang lain untuk mengunjungi dan melaksanakan aktiviti perdagangan di negeri Melaka.

Kedudukan selat Melaka amat strategik dan merupakan pelabuhan persinggahan bagi kapal-kapal yang berulang alik melalui selat Melaka kerana pelabuhan ini terlindung daripada angin monsun dan jauh dari hutan pokok bakau dan pintu pelabuhannya cukup dalam untuk membolehkan kapal-kapal besar masuk berlabuh. Faktor Iklim juga telah menentukan tiupan angin monsun iaitu angin monsun timur laut dan angin monsun barat daya di mana kedua-dua angin monsun ini hanya bertiup selama enam bulan dalam giliran tahunan. Oleh itu pedagang dari barat dan timur tidak pernah menemui satu sama lain adalah kerana tiupan angin monsun yang berlainan.

Perkembangan Melaka sebagai pusat pelabuhan perdagangan antarabangsa begitu pesat membangun pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah dan Sultan Muzaffar Shah. Melaka telah meningkatkan statusnya sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran barangan perniagaan. Menurut maklumat daripada buku Sejarah Melayu Versi tahun 1612,edisi 1961 halaman 81 yang menyatakan saudagar-saudagar Arab telah menggelarkan Melaka sebagai MALAKAT yang membawa maksud perhimpunan segala pedagang. Kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957 telah membuka lembaran baru kepada sejarah negeri Melaka apabila pemerintahan negeri ini dikembalikan daripada pihak Inggeris semula kepada penduduk asalnya dan dikuti dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963. Diawal abad ke 21, Melaka telah muncul sebagai sebuah negeri yang sedang maju membangun di Malaysia dengan pelbagai Perkembangan Melaka sebagai pusat pelabuhan perdagangan antarabangsa begitu pesat membangun pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah dan Sultan Muzaffar Shah. Melaka telah meningkatkan statusnya sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran barangan perniagaan. Menurut maklumat daripada buku Sejarah Melayu Versi tahun 1612,edisi 1961 halaman 81 yang menyatakan saudagar-saudagar Arab telah menggelarkan Melaka sebagai MALAKAT yang membawa maksud perhimpunan segala pedagang. Kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957 telah membuka lembaran baru kepada sejarah negeri Melaka apabila pemerintahan negeri ini dikembalikan daripada pihak Inggeris semula kepada penduduk asalnya dan dikuti dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963. Diawal abad ke 21, Melaka telah muncul sebagai sebuah negeri yang sedang maju membangun di Malaysia dengan pelbagai

KEPENTINGAN FOTOGRAFI DALAM MENGKAJI SEJARAH MELAYU MELAKA .

Fotografi secara umumnya merupakan medium paparan yang penting untuk merakam potret, peristiwa, seni bina dan persekitaran. Medium ini dijadikan sebagai kaedah alternatif untuk menghasilkan imej fotografi melalui penggunaan cahaya. Bidang fotografi sebenarnya bermula daripada satu lukisan gua yang membuktikan kepada fakta bahawa manusia sentiasa ingin merakam dirinya sejak dari dulu lagi (Jacobs 1993). Ini jelas menunjukkan bahawa bidang fotografi telah cuba diterokai sejak zaman awal peradaban manusia dan sangat berkait rapat dengan sosial komuniti masyarakat. untuk mengkaji sejarah, imej fotografi memainkan peranan yang luar biasa melalui perjalanan merentasi masa. Kandungan setiap gambar adalah sejarah. Ia menunjukkan masa asal imej yang sentiasa pada masa lalu ke masa di mana ia dilihat (Gilloch 2002). Imej fotografi , bukan hanya sekadar mengabadikan sebuah gambar, tetapi kita perlu melihat bagaimana gambar itu memiliki cerita yang ingin disampaikan.

Selain itu, fotografi berperanan sebagai suatu proses seni yang merakam gambar daripada proses merekodkan cahaya daripada suatu medium yang sensitif kepada cahaya, seperti filem atau sensor elektronik (Sarah 2010). Perkataan fotografi berasal dari bahasa Perancis yang didasari daripada akar kata yunani, iaitu ( phos ) yang bermaksud cahaya dan ( graphis ) yang maksudnya ialah coretan atau gambar. Istilah umumnya pula, fotografi ditafsirkan sebagai satu kaedah untuk menghasilkan imej dari suatu objek dengan merakam pantulan cahaya yang mengenai objek tersebut pada media yang peka cahaya. Sekiranya tanpa cahaya, maka tidak ada imej yang boleh dihasilkan. Prinsip fotografi adalah memfokuskan cahaya dengan bantuan pembiasan sehingga mampu membakar medium penangkap cahaya. Medium yang telah dibakar dengan ukuran cahaya yang tepat akan menghasilkan bayangan identiti dengan cahaya yang memasuki medium pembiasan (selanjutnya disebut lensa).

Gambar bandar Melaka lama, Tarikh tidak dicatatkan (Sumber Arkib Negara Malaysia)

Salinan poskad bandar Melaka (Sumber Arkib Negara Malaysia)

Fotografi mempunyai kesan yang amat besar dalam perspektif seni, sains, teknologi, komunikasi, sosial dan sejarah. Merujuk kenyataan daripada Kathleen (1985) yang telah memberikan pandangan dalam tesis beliau yang bertajuk "Sejarah Fotografi”, yang telah menekankan bahawa, bidang fotografi telah memberikan banyak perkara kepada orang ramai. Kathleen (1985) telah berpandangan bahawa fotografi telah memainkan peranan yang penting dalam sejarah teknologi dan sains, seni, perja lanan dan penerokaan. "Benar”, bidang fotografi menyebabkan ia sering dianggap sebagai saksi dan tidak dapat dinafikan kepada peristiwa- peristiwa sejarah dan perakam keadaan sebenar kehidupan dalam masa tertentu dan tidak berat sebelah. Malah apabila kamera dan kanta yang digunakan adalah maya, imej yang dihasilkan telah menjadikan imej sebagai foto realistik, ia jelas menunjukkan bahawa 'kesan realiti' yang mendalam terhadap peradaban sejarah Melaka , Imej yang dihasilkan hanya untuk mempunyai makna (Manovich 2003).Teknologi pengimejan digital sebenarnya telah 'memuliakan' dan 'mengabadikan' fotografi bukannya bertindak hanya sebagai tanda kepada sejarah. Ia memuliakan fotografi kerana ia memberikan sehingga menghasilkan textuality sendiri dalam menjadikan imej mempunyai rupa dan menandakan ciri-ciri gambar: imej yang kini dimasukkan ke dalam lain-lain bentuk media dan mengedarkan dengan cara yang baru serta tradisional selepas bentuk bahan tradisional mereka dan teknologi telah diketepikan.

Mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang, dua orang ahli tokoh sosial yang terkenal iaitu Benjamin dan Barthes telah membuat analisis melalui penyelidikan mereka, mengenai peranan dan budaya yang menjadi kandungan penting dalam bidang fotografi. Hasil penyelidikan yang diperoleh, Mereka telah mendapati bahawa fotografi merupakan satu medium yang membolehkan manusia meneroka idea mengenai sejarah malah mampu bertindak mengkritik budaya pada masa yang lalu (Gilloch 2002). Imej gambar sejarah dan budaya boleh dilihat, diterima serta dipercayai oleh sesiapa sahaja yang mempunyai mata untuk melihat(Gilloch 1996). Dari segi himpunan imej, ianya mewakili masa dan bertindak untuk menyatakan fakta kebenaran, seperti contoh, sekeping gambar mampu untuk menceritakan situasi yang sebenar peristiwa yang menyemarakkan lagi usaha penentangan orang Melayu terhadap penjajah terutama apabila British mula mencampuri urusan pentadbiran tempatan. Penentangan bukan sahaja berlaku di Semenanjung Tanah Melayu malah juga di Sabah dan Sarawak. Kebangkitan gerakan anti-British memperlihatkan gelombang penentangan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tempatan. Paparan gambar ini mampu memberikan kesan yang mendalam kepada para pembaca. Imej fotografi tidak tertakluk sepenuhnya kepada objek semata-mata tetapi lebih subjek dan dokumentasi penceritaan yang boleh bertindak menjadi objek (Barthes 1980). Imej gambar tidak hanya berfungsi untuk merakam serta mengkritik budaya, tetapi ianya boleh bertindak seperti alat purba atau artifak yang ditemui oleh ahli Mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang, dua orang ahli tokoh sosial yang terkenal iaitu Benjamin dan Barthes telah membuat analisis melalui penyelidikan mereka, mengenai peranan dan budaya yang menjadi kandungan penting dalam bidang fotografi. Hasil penyelidikan yang diperoleh, Mereka telah mendapati bahawa fotografi merupakan satu medium yang membolehkan manusia meneroka idea mengenai sejarah malah mampu bertindak mengkritik budaya pada masa yang lalu (Gilloch 2002). Imej gambar sejarah dan budaya boleh dilihat, diterima serta dipercayai oleh sesiapa sahaja yang mempunyai mata untuk melihat(Gilloch 1996). Dari segi himpunan imej, ianya mewakili masa dan bertindak untuk menyatakan fakta kebenaran, seperti contoh, sekeping gambar mampu untuk menceritakan situasi yang sebenar peristiwa yang menyemarakkan lagi usaha penentangan orang Melayu terhadap penjajah terutama apabila British mula mencampuri urusan pentadbiran tempatan. Penentangan bukan sahaja berlaku di Semenanjung Tanah Melayu malah juga di Sabah dan Sarawak. Kebangkitan gerakan anti-British memperlihatkan gelombang penentangan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tempatan. Paparan gambar ini mampu memberikan kesan yang mendalam kepada para pembaca. Imej fotografi tidak tertakluk sepenuhnya kepada objek semata-mata tetapi lebih subjek dan dokumentasi penceritaan yang boleh bertindak menjadi objek (Barthes 1980). Imej gambar tidak hanya berfungsi untuk merakam serta mengkritik budaya, tetapi ianya boleh bertindak seperti alat purba atau artifak yang ditemui oleh ahli

“ Maka saya tidak boleh tunduk kepada tanggapan bahawa fotografi begitu mudah apabila kita mahu bercakap mengenai estetika sesuatu

sejarah budaya dan negara yang dikenali mengikut gaya artis (jurugambar). ”

(Barthes 1980:14)

Di dalam penelitian mengenai sejarah Melaka, ianya bergantung kepada beberapa sumber untuk membuktikan bahawa sesuatu sejarah tersebut adalah benar dengan bukti tertulis dan tidak tertulis. Bukti tidak tertulis ini mempunyai pelbagai cara iaitu dengan meneliti dokumen arkib seperti filem, foto, monograf dan lain-lain yang dapat dijadikan bahan untuk menerangkan sesuatu fakta bagi meneliti sejarah. Bukti atau foto sejarah ini menjadi suatu medium yang sangat penting dalam mengungkapkan peristiwa sejarah sehingga dapat memudahkan seorang sejarawan mahupun budayawan untuk mengetahui mengenai maklumat sesuatu peristiwa atau cara hidup zaman tersebut. Imej fotografi dapat menggambarkan emosi yang berlaku di dalam sesuatu peristiwa seperti contoh imej fotografi yang menggambarkan kemeriahan rombongan Tunku Abdul Rahman di Bandar Hilir Melaka yang menjadi saksi perisytiharan tarikh kemerdekaan. Peristiwa ini berlaku pada 20 Februari 1956 apabila Tunku mengisytiharkan Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan negara amat unik kerana ia dicapai melalui meja rundingan tanpa melibatkan penumpahan darah kemerdekaan Malaysia yang dapat menceritakan kegembiraan, penderitaan dan penat jerih setiap detik dalam sejarah rentetan dari zaman pergerakan kemerdekaan, mencapai kemerdekaan sehingga ke zaman pembangunan negara yang telah berlaku selama hampir 54 tahun. Semua imej foto tersebut telah menggambarkan bagaimana keadaan waktu itu sehingga dapat dimanfaatkan dan menjadi rujukan oleh generasi lain agar dapat menceritakan kembali kisah sejarah yang diturunkan kepada setiap generasi.

Perarakkan Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj di Bandar Hilir Melaka.Peristiwa ini dirakamkan pada 20 Februari 1956 (Sumber Arkib Negara Malaysia.)

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa para pengkritik budaya seperti Walter Benjamin dan Roland Barthes yang telah terpesona dengan peranan imej fotografi, bukan sebagai jurugambar atau melalui apa-apa kepentingan teknikal, tetapi mereka melihat kepada potensi imej fotografi. Kedua-dua mereka juga telah menulis mengenai pelbagai media lain seperti budaya teks, teater, pengiklanan, lukisan dan filem .Kedua-dua tokoh tersebut sangat sedar mengenai peristiwa sejarah budaya. Perspektif mereka mengenai sejarah budaya adalah agak berbeza. Mereka beranggapan bahawa imej fotografi bertindak sebagai satu cara komunikasi yang muncul dari himpunan budaya dan sosial pada abad ini untuk bergerak dengan pantas mengubah pemikiran ahli seni dan persepsi manusia. Walter Benjamin dan Roland Barthes telah menyatakan kemungkinan bahawa perkembangan imej fotografi telah menjadi ciri-ciri utama budaya moden melalui kenyataan mereka seperti berikut:

“ Untuk melihat diri sendiri (berbeza dari dalam cermin) pada skala sejarah, tindakan ini bermula daripada penghasilan seni seperti dicat, dilukis dan potret

sehingga terhasilnya karya fotografi, ianya menjadi milik terhad, lebih-lebih lagi bertujuan untuk menunjukkan status sosial dan kewangan. Saya mahu terus mencari sejarah dengan menggunakan fotografi “ .

(Barthes 1980:13)

Gambar menunjukkan bahawa Melaka merupakan kawasan pertama yang diisytiharkan sebagai

kawasan putih yang bebas dari komunis (Sumber: Arkib Negara Malaysia.)

Bertitik tolak dengan kenyataan Barthes itu, ianya telah menjelaskan bahawa dunia fotografi bukan hanya bidang separuh masa dan sekadar hobi semata-mata, tetapi masyarakat hari ini telah mengiktiraf bidang ini sebagai salah satu kerjaya profesional. Penerimaan masyarakat terhadap bidang fotografi telah dipandang serius kerana rata-rata mereka sudah memahami peranan fotografi sebagai satu medium yang amat penting dalam pembangunan sosial , komuniti dan komunikasi. Imej fotografi boleh menjadi usaha seumur hidup, kerjaya atau hanya satu hobi yang menyeronokkan. Oleh itu, sesiapa sahaja yang berminat dalam fotografi boleh mengambil imej fotografi selagi mereka bersedia untuk meningkatkan Bertitik tolak dengan kenyataan Barthes itu, ianya telah menjelaskan bahawa dunia fotografi bukan hanya bidang separuh masa dan sekadar hobi semata-mata, tetapi masyarakat hari ini telah mengiktiraf bidang ini sebagai salah satu kerjaya profesional. Penerimaan masyarakat terhadap bidang fotografi telah dipandang serius kerana rata-rata mereka sudah memahami peranan fotografi sebagai satu medium yang amat penting dalam pembangunan sosial , komuniti dan komunikasi. Imej fotografi boleh menjadi usaha seumur hidup, kerjaya atau hanya satu hobi yang menyeronokkan. Oleh itu, sesiapa sahaja yang berminat dalam fotografi boleh mengambil imej fotografi selagi mereka bersedia untuk meningkatkan

Jika kita membincangkan mengenai subjektiviti dan kritikan terhadap bidang fotografi, sebenarnya imej fotografi bergantung kepada apa yang dilihat dalam kandungan imej tersebut, setiap imej yang digambarkan menceritakan mengenai peristiwa yang berlaku dengan masa yang tepat. Secara realitinya, imej fotografi dapat mempengaruhi pandangan mata penonton. Imej, sama ada sengaja ditapis atau di manipulasi, tetapi peranan jurugambar amat penting bagi memastikan mesej yang disampaikan kepada penonton mencapai matlamatnya. (Manguel 1999) telah membincangkan mengenai kesan penyampaian daripada kandungan imej fotografi adalah seperti berikut:

“ Penyampai imej (jurugambar). Ia menakluki ruang dan masa dan menjadi saksi apa yang berlaku untuk masa sekarang atau zaman dahulu seperti

peperangan, peristiwa bersejarah ,peristiwa, tempat-tempat asing, wajah datuk nenek kita di zaman kanak-kanak mereka, semua yang ditawarkan oleh kamera memberikan kesan kepada penonton. Melalui mata lensa, lalu menjadi kontemporari dan sekarang dikhususkan kepada ikonografi yang dikongsi bersama. Untuk pertama kalinya dalam sejarah yang panjang, imej yang sama (pembakaran daripada Hindenburg atau muka tragis pekerja California asing), dalam semua butir-butir yang tepat, boleh dilihat oleh berjuta-juta masyarakat di seluruh dunia. Berita bukan berita melainkan jika terdapat gambar untuk menyokong. Fotografi kini menj adi pendemokrasian yang realiti”.

(Manguel 1999:3)

Merujuk kepada Barthes (1980) pula telah berpandangan bahawa kandungan fotografi juga berfungsi untuk membaca imej yang menyerap masuk dalam budaya. Minat beliau tidak terutamanya dalam fotografi semata-mata tetapi beliau ingin melihat bagaimana imej berkomunikasi dalam ruang kandungan imej tersebut. Barthes (1980) berpandangan bahawa, gambar tersebut adalah mampu untuk membentangkan kita dengan dunia sosial dan kebendaan melalui kuasanya dan meyakinkan kepada kita bahawa, apa sahaja kandungan imej yang ada, ianya dengan mudah memberikan maklumat kepada realiti pada masa lalu. Dapatlah difahami bahawa, imej fotografi dari kandungannya dengan menangani imej dalam cara yang lebih langsung dapat membangunkan perbendaharaan kata secara konseptual. Pelbagai bidang sosial lain telah memberi tumpuan untuk meningkat penggunaan fotografi dalam mengkaji bagaimana kandungan imej dapat dibentangkan dan mampu mentafsir imej, atau mempunyai hubungan sosial dan budaya yang membentuk penghasilan mesej dan membuat tafsiran . Pemahaman terhadap kandungan imej fotografi perlulah menjelaskan bahawa hanya orang yang tertentu sahaja yang mempunyai kebolehan untuk membaca gambar. Prins (2010) telah membuat hujah yang menyatakan bahawa berdasarkan pengalaman beliau yang menyatakan bahawa penyertaan masyarakat dalam fotografi mungkin tidak dapat dijangka dan bercanggah yang membolehkan orang ramai mempunyai potensi untuk meluahkan diri mereka dalam pelbagai cara baru di Merujuk kepada Barthes (1980) pula telah berpandangan bahawa kandungan fotografi juga berfungsi untuk membaca imej yang menyerap masuk dalam budaya. Minat beliau tidak terutamanya dalam fotografi semata-mata tetapi beliau ingin melihat bagaimana imej berkomunikasi dalam ruang kandungan imej tersebut. Barthes (1980) berpandangan bahawa, gambar tersebut adalah mampu untuk membentangkan kita dengan dunia sosial dan kebendaan melalui kuasanya dan meyakinkan kepada kita bahawa, apa sahaja kandungan imej yang ada, ianya dengan mudah memberikan maklumat kepada realiti pada masa lalu. Dapatlah difahami bahawa, imej fotografi dari kandungannya dengan menangani imej dalam cara yang lebih langsung dapat membangunkan perbendaharaan kata secara konseptual. Pelbagai bidang sosial lain telah memberi tumpuan untuk meningkat penggunaan fotografi dalam mengkaji bagaimana kandungan imej dapat dibentangkan dan mampu mentafsir imej, atau mempunyai hubungan sosial dan budaya yang membentuk penghasilan mesej dan membuat tafsiran . Pemahaman terhadap kandungan imej fotografi perlulah menjelaskan bahawa hanya orang yang tertentu sahaja yang mempunyai kebolehan untuk membaca gambar. Prins (2010) telah membuat hujah yang menyatakan bahawa berdasarkan pengalaman beliau yang menyatakan bahawa penyertaan masyarakat dalam fotografi mungkin tidak dapat dijangka dan bercanggah yang membolehkan orang ramai mempunyai potensi untuk meluahkan diri mereka dalam pelbagai cara baru di

FOTOGRAFI SEBAGAI MEDIUM PENYAMPAIAN BUDAYA

Kebudayaan dan peradaban merupakan aspek yang mengandungi pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, udang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan manusia dan kebiasaan yang didapati oleh manusia sebagai anggota sesuatu masyarakat. Kebudayaan dan peradaban adalah cerminan keseluruhan hidup sesuatu masyarakat. Kebudayaan Melaka telah bertapak lebih daripada enam kurun dengan kepelbagaian adat etnik dan tradisi telah diwarisi turun menurun. Kehidupan rakyat Melaka kini penuh dengan keharmonian, kesepakatan serta berganding bahu antara pelbagai kaum dek kerana keutuhan nilai saling hormat-menghormati kepercayaan dan budaya masing-masing. Masyarakat Melaka adalah terdiri daripada orang- orang Melayu, Cina, India, Baba dan Nyonya, Portugis, Chetti dan Eurasia. Masyarakat Melayu di Melaka masih memegang teguh tradisi mereka melalui makanan, adat keagamaan, festival, budaya, reka bentuk, pemakaian, barang kemas dan kraf tangan. Kemakmuran dan keharmonian yang terdapat di negeri Melaka pada hari ini merupakan salah satu aset penyumbang kepada hasil pendapatan pelancongan negeri Melaka seperti keunikan kebudayaan , adat istiadat, lokasi bersejarah, festival keagamaan serta sambutan perayaan tradisional.

Sama ada kita sedar ataupun tidak, seni fotografi berkaitan rapat dengan kehidupan kita langsung tanpa kita sedari. Ialah merupakan suatu bentuk ciptaan seni yang berkait rapat dengan budaya manusia. Melalui Imej fotografi, mesej dapat disampaikan dan disebarkan. Selain itu, melalui pemerhatian pembaca dapat menikmati keindahan yang ada dalam budaya Melayu Melaka. Tidak hairanlah imej fotografi merupakan salah satu cabang kesenian yang dianggap bernilai berbanding cabang kesenian yang lain. Hampir setiap hari, kita menggunakan imej fotografi bersama-sama dengan medium lain dalam komunikasi untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Walaupun setiap kali kita menggunakan kata-kata, imej fotografi ternyata lebih mudah untuk memproses komunikasi. Fotografi adalah lebih kepada ungkapan perkataan atau cerita yang mudah boleh difahami dengan hanya melihat dan memproses maklumat berdasarkan penglihatan. Imej fotografi boleh bertindak sebagai bahasa sejagat dan boleh diterima oleh mana-mana masyarakat di seluruh dunia kerana ia tidak memerlukan pemahaman bahasa, terjemahan atau mentafsir apa sahaja dokumen teks. Kuasa gambar adalah bertindak sebagai salah satu cara pengantara dan menyatukan masyarakat dan kebudayaan seluruh dunia (Barthes 1980). Malah, fotografi mengandungi bahasanya tersendiri dan dapat menyelami perasaan seseorang (Langford 1982). Penerangan dan penyampaian mengenai budaya boleh disampaikan dengan pelbagai sudut pandangan yang menarik. Imej fotografi juga bertindak sebagai satu medium yang merakamkan dan mengenalkan budaya Melaka pada pandangan pertama seolah- olah melalui peredaran masa secara langsung pada masa lalu yang memerlukan apa yang perlu ditambah oleh jurugambar atau jurubahasa (Barthes 1980). Fotografi merupakan bidang yang telah melepasi semua kapasiti hubungan dari semua penegasan, rujukan dan visualizes, dan melangkaui semua bahasa dan teknologi lain yang menghasilkan imej (Bajorek 2010).

Fotografi memang sentiasa berkait dengan kebudayaan. Dengan bantuan visual fotografi, kita pasti dapat melihat dan memahami mengenai keindahan negeri dan uniknya suatu kebudayaan Melayu Melaka yang dapat digambarkan dengan baik. Agak mustahil apabila kebudayaan berserta perkembangan itu mengetepikan kepentingan imej fotografi. Kepentingan bidang ini sangat membantu kerana ianya mewakili sebuah tulisan, kerana walau ada tiga halaman tulisan tentang keindahan budaya negeri Melaka misalnya, dengan imej fotografi sahaja sudah mewakili semuanya (Triadi 2012). Fotografi memang tidak boleh dipisahkan dari kebudayaan. Merujuk dengan negeri Melaka yang kaya dengan pelbagai warisan budaya yang memiliki nilai estetika yang tinggi terutama dalam bidang seni muzik seperti Dondang Sayang, Joget, Nazam, Zapin, pantun dan rebana keras. Walaupun kesenian-kesenian tradisional ini pernah popular di kalangan masyarakat tempatan pada satu masa dahulu, kini kesenian-kesenian ini semakin dilupakan dan kurang diminati oleh golongan muda. Tidak banyak hasil karya imej fotografi mengenai kebudayaan Melaka telah disimpan dan didokumenkan. Kehebatan dan keindahan kesenian ini akan pasti hilang ditelan zaman dan tidak mustahil generasi akan datang akan melupakan keindahan kesenian ini memandangkan tiada usaha yang serius ditekankan bagi mendokumentasikan kesemua kesenian tradisional ini. Walaupun dokumentasi secara bertulis dilakukan, tetapi dokumentasi secara bergambar sangat kurang dilaksanakan.

Gambar menunjukkan bahawa usaha dokumentasi rumah Melayu Melaka yang menggunakan teknik HDR ( Sumber hasil karya pelajar Jabatan Fotografi dan Pengimejan Kreatif UiTM Melaka).

Gambar menunjukkan bahawa usaha dokumentasi tangga batu Melaka yang menggunakan teknik HDR ( Sumber hasil karya pelajar Jabatan Fotografi dan Pengimejan Kreatif UiTM Melaka).

Kita harus menyedari bahawa imej fotografi merupakan salah satu elemen terpenting dalam komunikasi yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Ramai yang gemar menggunakan perkataan yang mengatakan ‘a picture is worth a thousand words’ atau lebih mudah memberikan maksud bahawa, fotografi telah dapat mewakilkan banyak kata-kata dengan hanya melihat pada sekeping gambar. Jika selama ini ramai orang telah beranggapan bahawa bidang komunikasi hanya berkisar kan kepada perbualan dua hala semata-mata , tetapi keistimewaan imej fotografi dapat mewakilkan kata-kata yang akan dikeluarkan .Menurut Laswel (1948), komun ikasi memiliki makna “ Who says what to whom in what channel with what effect” yang bererti “Siapa mengatakan apa kepada siapa, dalam perantara apa, dan dengan kesan apa” Menurut (W.Eisner 1998) yang menyokong kenyataan Laswel yang merupakan salah

seorang penyelidik pendidikan telah memberikan pandangan bahawa, fotografi boleh digunakan sebagai alat lain untuk meningkatkan penulisan penyelidikan budaya di samping menguatkan carta dan graf tipikal yang dahulunya sering digunakan sebagai fakta penyelidikan. Malah imej fotografi kini dapat menggabungkan ke dalam penulisan penyelidikan budaya yang boleh membuat tafsiran yang lebih mendalam yang sering tidak lebih digambarkan dengan kata-kata . Fotografi banyak digunakan telah menjadi alat yang popular untuk penyelidik, pendidik, dan profesional lain, terutamanya mereka yang bekerja dengan kumpulan yang terpinggir (Prins 2010).

Selain itu, bidang pendidikan visual mendapati bahawa fotografi amat berguna dan berkesan bagi menegaskan sesuatu konsep isi pelajaran yang mengandungi ciri-ciri penglihatan atau visual (Langford 1982). Bagi Killion (2001) pula beranggapan bahawa 'Satu gambar

tunggal mungkin mengandungi seribu rujukan’. Dalam kajian Killion (2001) telah memahami aspek kesihatan melalui fotografi, beliau telah mendapati bahawa pelajar kejururawatan mampu untuk melihat kehidupan pesakit melalui kanta yang berbeza. Walau bagaimanapun, dalam metodologi penyelidikan tradisional, gabungan penyelidik dan jurugambar yang jarang berlaku tetapi tidak bermaksud bahawa peranan ini tidak berguna (Riley dan Mania 2003).

Melalui kupasan tersebut, dapat diberikan kesimpulan bahawa komunikasi dapat berjalan apabila memiliki perantara. Perantara tersebut yang biasa disebut dengan jenis media yang telah digunakan. Media merupakan satu medium yang digunakan sebagai perantara untuk penyampaian maklumat daripada sesuatu sumber kepada khalayak dengan menggunakan alat- alat komunikasi seperti surat akbar, film, radio, TV. Dalam Pengertian media , fungsi utamanya ialah memenuhi kehendak akan fantasi dan informasi .Dalam tugasnya sebagai penyampai maklumat, media memerlukan berbagai sumber masukkan atau input, dan di situlah fotografi memainkan peranannya. Fotografi juga bertindak sebagai sejenis medium komunikasi visual yang berfungsi sebagai alat untuk meluahkan perasaan atau keinginan tertentu. Imej fotografi adalah sama dengan nilai seribu perkataan, ia boleh memberitahu banyak cerita dan boleh merakam situasi dan pelbagai acara. Kita mungkin dapat melihat ekspresi wajah, alam sekitar, atau sejarah hanya dengan melihat imej fotografi. Keepler (1974) berpandangan dalam buku bertajuk "Masa Depan Anda dalam Fotografi" telah mentakrifkan definisi komunikasi visual dalam dunia fotografi seperti dengan lain-lain seni visual, makna imej fotografi mungkin mustahil untuk dimasukkan ke dalam perkataan.