PERBINCANGAN KAJIAN

PERBINCANGAN KAJIAN

Kajian ini mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di sebuah kelas aliran perdana dan dua buah kelas pendidikan khas masalah pendengaran di mana pelajar didapati masih kekok dan janggal dengan kaedah pengajaran berpusatkan guru. Pelajar sukar memberikan kerjasama apabila diminta menjawab soalan secara sukarela dan nampak kurang berkeyakinan dan takut apabila dipanggil kehadapan untuk terlibat dengan aktiviti berpusatkan pelajar seperti pembentangan dan simulasi Bagi mengatasi masalah pelajar, pengkaji telah mengaplikasikan Teori Kecerdasan Pelbagai di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di mana setiap aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah telah diubahsuai atau telah dijalankan dengan mengambil kira prisip Teori Kecerdasan Pelbagai.

Pengkaji telah memilih Teori Kecerdasan Pelbagai kerana Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan (intelligences): merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud secara semulajadi. Jenis kecerdasan yang dikenal pasti adalah visual-linguistik, logik- Pengkaji telah memilih Teori Kecerdasan Pelbagai kerana Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan (intelligences): merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud secara semulajadi. Jenis kecerdasan yang dikenal pasti adalah visual-linguistik, logik-

Kajian ini dijalankan mengikut prosedur berikut : pertama, setelah mengesan masalah yang wujud dikalangan responden, pengkaji telah menyediakan satu aktiviti

sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dalam aktiviti ini, guru tidak mengaplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai yang mana aktiviti yang diadakan tidak disertakan atau diselitkan dengan galakan dan pengayaan. Guru memantau reaksi pelajar. Seterusnya pada minggu berikutnya guru prinsip-prinsip yang terdapat pada Teori Kecerdasn Pelbagai diaplikasikan dalam aktiviti yang dijalankan. Guru memberi galakan kepada pelajar untuk terlibat aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Selain itu, aktiviti yang dijalankan juga diubahsuai agar dapat membantu pelajar mengembangkan dan meningkatkan potensi diri.

Daripada hasil kajian yang diperolehi, dengan mengaplikasikan Teori Kecerdasan Pelbagai, pelajar dilihat semakin berminat dan seronok melibatkan diri dengan aktiviti yang disediakan oleh pengkaji. Pengaplikasian Teori Kecerdasan Pelbagai dalam sesi pengajaran mampu meningkatkan minat, keyakinan serta mencungkil kecenderungan dan kebolehan pelajar dalam sesi pembelajaran. Kepelbagaian aktiviti yang digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilihat mampu menarik perhatian dan fokus pelajar. Gabungan pergerakan, permainan dan kemahiran menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan.

Implikasi Kajian

Melalui kajian yang dijalankan, terdapat beberapa implikasi dapat dilihat dari perspektif pelajar dan guru. Melalui strategi pengajaran yang digunakan iaitu gabungan kaedah, pendekatan, teknik dan aktiviti yang dijalankan, pengkaji mendapati ianya dapat membantu meningkatkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran tertentu hasil daripada penglibatan aktif mereka serta peningkatan kecenderungan dan minat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Ini menunjukkan usaha untuk meningkatkan penglibatan pelajar dengan Teori Kecerdasan Pelbagai memberi kesan dan impak yang besar terhadap persepsi pelajar tentang pembelajaran. Kaedah yang berpusatkan pelajar dan bahan bantu mengajar ini juga secara tidak langsung dapat merangsang pemikiran pelajar untuk menjadi lebih kreatif dan kritis. Pelajar perlu meneroka sendiri apa yang ingin dipelajari dan guru hanya sebagai pembimbing supaya pembelajaran pelajar tidak tersasar dari matlamat yang telah ditetapkan.

Selain itu, kajian yang dijalankan ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada guru lain supaya mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka. Ini kerana penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik dan berbeza dapat merangsang minda pelajar untuk mengeluarkan idea-idea dan pendapat yang bernas. Pelajar juga lebih berkeyakinan dan berani menyuarakan pendapat ketika berada di dalam kelas. Selain dapat meningkatkan prestasi pelajar di dalam akademik, prestasi guru juga akan ditingkatkan.

Cadangan Kajian

Daripada kajian yang dijalankan, masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki bagi tujuan penambahbaikan terhadap kajian ini. Antaranya ialah:

1. Aktiviti yang dijalankan oleh guru perlu menyeluruh iaitu sesuai dengan kebolehan dan tahap pencapaian pelajar.

2. Guru perlu memberikan lebih galakan kepada pelajar untuk lebih kuat berusaha dan melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Guru harus lebih kreatif mencipta aktiviti-aktiviti yang lebih menarik sama ada boleh didapati melalui pembacaan ataupun menggunakan aktiviti-aktiviti seperti yang lazimnya digunakan dalam latihan dalam kumpulan (LDK).

4. Guru perlu mencungkil dan meneroka bakat serta kebolehan yang ada dalam diri pelajar supaya dapat dimanfaatkan untuk masa depan mereka.

5. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti supaya pelajar tidak bosan dan dapat memberi tumpuan pada pengajaran guru