TEORI KECERDASAN PELBAGAI UNTUK MENINGKA

TEORI KECERDASAN PELBAGAI UNTUK MENINGKATKAN PENGLIBATAN AKTIF PELAJAR DI DALAM KELAS

Norazura Tukiran, Juliza Adira Mohd @ Ariffin & Siti Hazwani Mohamed Rozi Guru Pelatih DPLI UKM

Abstrak

Kepelbagaian strategi pengajaran meliputi kaedah, pendekatan, teknik dan aktiviti pengajaran memainkan peranan yang sangat penting dalam memupuk penglibatan pelajar secara aktif dalam kelas. Satu kajian dilaksanakan dalam usaha untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam kelas dengan penggunaan Teori Kecerdasan Pelbagai. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka proses meningkatkan keyakinan, mengurangkan rasa rendah diri serta rasa takut dalam diri pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan serta mencungkil potensi diri, kecenderungan dan minat pelajar menerusi aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Kajian ini melibatkan 60 orang pelajar yang mana meliputi 3 kelas yang berlainan iaitu 2 buah kelas pendidikan khas masalah pendengaran dan sebuah kelas aliran perdana. Pelajar-pelajar tersebut terdiri daripada 10 orang pelajar pendidikan khas kelas Matematik tingkatan 1, 8 orang pelajar pendidikan khas kelas Bahasa Melayu tingkatan 4 dan 42 orang pelajar aliran perdana kelas Perdagangan tingkatan 4. Kajian tindakan ini menggunakan Model Kurt Lewin yang mana meliputi 5 tahap utama dalam satu kitaran. Kaedah temubual dan pemerhatian serta refleksi pengkaji digunakan dalam proses pengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan kepelbagaian aktiviti dengan penggunaan Teori Kecerdasan Pelbagai dapat meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kesimpulannya, usaha yang berterusan perlu dilakukan oleh semua pihak untuk mendapatkan kesan yang lebih baik pada masa hadapan.

PENGENALAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dalam proses pembinaan bangsa yang maju dan membangun. Pendidikan merupakan satu agensi terpenting dan mendapat perhatian semua pihak. Dalam proses pengajaran, guru-guru akan menggunakan pelbagai kaedah penyampaian untuk memudahkan berlakunya perubahan minat, tingkah laku, kemahiran dan memudahkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Kepelbagaian kaedah penyampaian pengajaran merupakan komponen yang penting untuk memotivasikan minat dan penglibatan pelajar terhadap pelajarannya (Moores 1987).

Kualiti pencapaian pendidikan pelajar sangat bergantung kepada pengajaran dan pembelajaran (P&P) guru di dalam kelas. Seringkali dilihat bahawa pelajar amat sukar untuk memberikan tumpuan dan minat dalam mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah terutamanya pengajaran yang melibatkan kaedah berpusatkan guru semata-mata tanpa ada sebarang alternatif atau usaha yang dapat menarik minat dan penglibatan mereka. Dari segi kemahiran berfikir, pelajar kelihatan sukar untuk mengeluarkan pendapat serta idea sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Pelajar juga sukar untuk membuat gambaran secara imaginasi tentang apa yang diajar oleh guru. Akibatnya, pelajar kurang memahami dan mengingat apa yang diajar dalam bilik darjah. Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru dalam kelas.

Berdasarkan pengalaman pengkaji semasa berada di sekolah, kebanyakan pelajar dilihat tidak melibatkan diri secara aktif sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) Berdasarkan pengalaman pengkaji semasa berada di sekolah, kebanyakan pelajar dilihat tidak melibatkan diri secara aktif sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P)

Pengkaji berpendapat pelajar akan belajar dengan lebih berkesan jika diberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Di sini peranan guru dilihat memberi impak yang besar terhadap penglibatan pelajar di dalam kelas. Justeru, pengkaji mengambil inisiatif untuk mengkaji usaha bagi meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dengan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai mengikut subjek yang diajar.

Teori Kecerdasan Pelbagai

Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) mengikut Howard Gardner didefinisikan sebagai “ An intelligence is the ability to create products that are valued within one or more cultural settings.” (Gardner, 1983 ). Kecerdasan Pelbagai merangkumi lapan jenis iaitu Verbal-

Linguistik, Logik-Matematik, Visual-Ruang, Kinestetik, Muzik, Interpersonal, Intrapersonal dan Naturalis.

Verbal-Linguistik adalah kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan. Seseorang dengan kecerdasan ini sensitif kepada makna perkataan dan mahir memanipulasinya. Mereka juga boleh berkomunikasi secara berkesan melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca, menulis dan menghubungkait. Mereka juga peka terhadap pelbagai fungsi bahasa terutama dari segi kebolehannya untuk merangsang emosi. Cara belajar yang paling berkesan bagi kumpulan ini adalah dengan menggunakan stesen pembelajaran dan melalui pengajaran serta penerangan lisan.

Logik-Matematik adalah kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks, membuat perkaitan seperti suka menyoal, kritis, cekap membuat pengiraan, boleh membuat perbandingan, cekap menyelesaikan masalah berkaitan nombor dan menggunakan komputer. Kecerdasan ini menggabungkan kedua-dua kebolehan matematik dan saintifik. Ahli matematik, contohnya gemar menyelesaikan masalah yang abstrak dan banyak menggunakan penaakulan. Ahli sains, walau bagaimanapun, didorong dengan keinginan menerangkan alam fizikal yang nyata. Kumpulan ini belajar dengan lebih berkesan melalui kaedah penyelesaian masalah, inkuiri penemuan dan pembelajaran koperatif.

Visual-Ruang pula merupakan kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. Seorang yang mempuyai kecerdasan ini boleh membentuk gambaran dalam minda mereka dan melukisnya. Mereka juga berkebolehan dalam bidang seni dan kreatif menggunakan warna, membaca peta dan mempunyai daya imaginasi yang kuat. Mereka belajar dengan berkesan melalui tunjuk cara, video dan gambar rajah serta boleh memberi sumbangan kepada projek kumpulan melalui carta dan gambarajah.

Kecerdasan Kinestetik adalah kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan untuk menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini mahir dalam memanupulasi objek dan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus dan kasar. Mereka gemar aktiviti fizikal seperti menari, bermain dan bersukan serta cekap dalam aktiviti menggunakan kemahiran motor. Mereka berkebolehan untuk belajar melalui perbuatan seperti simulasi, permainan, main peranan dan membina model.

Kecerdasan Muzik pula adalah kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi, termasuklah kemahiran mengenal lagu dan mengubah tempo dan irama dalam melodi yang mudah. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini juga sensitif kepada bunyi seperti suara manusia dan alat muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik tetapi pada darjah yang berbeza. Ada yang lebih berkemahiran daripada yang lain. Walau apa pun tahap bakat, kita semua mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman Kecerdasan Muzik pula adalah kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi, termasuklah kemahiran mengenal lagu dan mengubah tempo dan irama dalam melodi yang mudah. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini juga sensitif kepada bunyi seperti suara manusia dan alat muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik tetapi pada darjah yang berbeza. Ada yang lebih berkemahiran daripada yang lain. Walau apa pun tahap bakat, kita semua mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman

Kecerdasan Interpersonal adalah kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal boleh bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau tanpa lisan dengan orang lain. Pada tahap yang mudah kecerdasan ini termasuklah kebolehan seorang kanak- kanak mengenal dan sensitif kepada 'mood' orang dewasa sekelilingnya. Kemahiran interpersonal yang lebih kompleks adalah kebolehan orang dewasa membaca hasrat orang lain walaupun secara tersirat. Pelajar yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan lebih berkesan melalui pembelajaran kooperatif dan pengajaran rakan sebaya serta penglibatan dalam perbincangan kelas.

Kecerdasan Intrapersonal pula merupakan kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan keinginan termasuklah kemahiran membandingkan diri sendiri dengan orang lain dan mengetahui bagaimana mengawal perasaan. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri, mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari. Mereka juga boleh memahami perasaan orang lain dan mempunyai daya tumpuan dan refleksi yang tinggi. Mereka lebih suka belajar bersendirian di perpustakaan atau di stesen- stesen pembelajaran dan berkebolehan membuat laporan jurnal yang baik.

Kecerdasan Naturalis adalah kebolehan mengenal, mengklasifikasi dan menghargai tumbuh-tumbuhan, bahan galian dan haiwan termasuk batu-batan dan rumput rampai serta semua jenis flora dan fauna. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini juga berkebolehan melihat perhubungan dan polar yang rapat antara alam tumbuhan dan antara kehidupan haiwan. Pelajar yang mempunyai kecerdasan naturalis belajar dengan lebih berkesan melalui aktiviti luar kelas.

Teori Kecerdasan Pelbagai ini perlu diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan pelajar. Di samping itu, pendekatan ini dilihat dapat menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap pelajar adalah unik dengan cara pembelajaran yang berlainan. Ia juga diyakini dapat meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Selain itu, pendekatan ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran secara kolaboratif di sekolah dan menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran.

Melalui pendekatan ini, para pengkaji menggunakan gabungan lima kecerdasan iaitu Verbal-Linguistik, Logik-Matematik, Interpersonal, Intrapersonal dan juga kecerdasan Kinestetik mengikut kesesuaian subjek, kelas dan tahap kebolehan pelajar di dalam kajian ini.

Pernyataan Masalah

Melalui pemerhatian dan refleksi pengkaji pada semasa menjalani latihan mengajar di sekolah, didapati penglibatan pelajar dalam kelas kurang memberangsangkan berdasarkan kepada reaksi mereka sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas. Pengalaman pengkaji sendiri mendapati kebanyakan pelajar kurang melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Mereka dilihat kurang keyakinan diri, takut dan malas untuk melibatkan diri dengan pengajaran yang disampaikan oleh guru. Ada juga dikalangan mereka sukar memahami, mengingati serta tidak mahu mengeluarkan idea atau pendapat ketika diminta. Kurangnya pendedahan awal kepada pendekatan berfikir merupakan salah satu kemungkinan mengapa permasalahan ini terjadi. Pembelajaran yang berlaku hanya melibatkan satu hala sahaja iaitu guru mengajar di hadapan manakala pelajar hanya mendengar di tempat duduk masing-masing tanpa melakukan apa-apa aktiviti.

Oleh kerana guru terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran, maka guru kurang menghargai kepelbagaian pelajar dan tidak merancang pengajaran mereka mengikut kesemua kecerdasan atau mana-mana bidang kecerdasan khusus yang ada pada pelajar mereka. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan tindakan yang terancang dan mengambil kira tahap kecerdasan individu didapati dapat meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelas masing-masing. Justeru, kajian mengenai usaha meningkatkan penglibatan pelajar dalam kelas menggunakan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai dilakukan untuk menangani permasalahan yang berlaku. Objektif khusus kajian ini dijalankan adalah untuk :-

1. Meningkatkan keyakinan, rasa rendah diri dan juga rasa takut yang ada pada pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

2. Mendedahkan pelajar kepada proses berfikir dan penjanaan idea serta pendapat dalam aktiviti yang dilakukan.

3. Meneroka kelebihan, kebolehan, kecenderungan dan minat pelajar menerusi aktiviti yang dijalankan di dalam kelas.

4. Memupuk keterlibatan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

KAJIAN KEPUSTAKAAN

Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1992), keadilan pada umumnya adalah tentang (i) pengetahuan dan kebolehan untuk menempatkan yang betul dan wajar bagi sesuatu Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1992), keadilan pada umumnya adalah tentang (i) pengetahuan dan kebolehan untuk menempatkan yang betul dan wajar bagi sesuatu

Mart on & Booth menyatakan bahawa pembelajaran ialah “learning is about how we perceive and understand the world, about making meaning ”. Ini menunjukkan bahawa bentuk pembelajaran boleh merupakan sesuatu prinsip yang abstrak, maklumat serta fakta, pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan untuk melakukan sesuatu serta penaakulan. (Fry et al., 2003). Oleh itu, pembelajaran adalah perubahan yang berlaku dalam perlakuan pelajar yang di didik hasil daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan. Apabila ditakrifkan makna pembelajaran ini, skop perbincangan terlalu luas. Maka beberapa domain atau pengkelasan dilakukan. Terdapat tiga klasifikasi yang sering digunakan iaitu domain kognitif, domain efektif dan domain psikomotor. Domain kognitif merupakan pembelajaran yang berlaku menerusi pemikiran dan minda, manakala domain afektif merupakan pembelajaran yang berhubung kait dengan perasaan dan emosi sementara domain psikomotor merupakan pembelajaran yang melibatkan pergerakan anggota tubuh badan.

Merujuk pada pemikiran L. Dee Fink dalam sebuah tulisannya yang berjudul Active Learning, di bawah ini akan diuraikan konsep dasar pembelajaran aktif. Menurut L. Dee Fink, pembelajaran aktif terdiri dari dua komponen utama yaitu: unsur pengalaman (experience), meliputi kegiatan melakukan (doing) dan pengamatan (observing) dan

dialogue, meliputi dialog dengan diri sendiri (self) dan dialog dengan orang lain

(others)

Dialog dengan Diri (Dialogue with Self) : Dialog dengan diri adalah bentuk belajar dimana para pelajar melakukan berfikir reflektif mengenai suatu topik. Mereka bertanya pada diri sendiri, apa yang sedang atau harus difikirkan, apa yang mereka rasakan dari topik yang dipelajarinya. Mereka “memikirkan tentang pemikirannya sendiri, (thinking about my own thinking )”, dalam cakupan pertanyaan yang lebih luas, dan tidak hanya berkaitan dengan aspek kognitif semata.

Dialog dengan orang lain (Dialogue with Others) : Dalam pembelajaran tradisional, ketika pelajar membaca buku teks atau mendengarkan ceramah, pada dasarnya mereka sedang berdialog dengan “mendengarkan” dari orang lain (guru, penulis buku), tetapi sifatnya sangat terbatas kerana di dalamnya tidak terjadi balikan dan pertukaran pemikiran. L. Dee Fink menyebutnya sebagai “partial dialogue“

Bentuk lain dari dialog yang lebih dinamis adalah dengan membahagikan pelajar ke dalam kelompok-kelompok kecil (small group), dimana para pelajar dapat berbincang mengenai topik-topik pelajaran secara intensif. Lebih dari itu., untuk melibatkan pelajar ke dalam situasi dialog tertentu, guru dapat mengembangkan cara-cara kreatif, misalnya mengajak pelajar untuk berdialog dengan praktisi, ahli, dan sebagainya, baik yang berlangsung di dalam kelas mahupun di luar kelas, melalui interaksi langsung atau secara bertulis.

Mengamati (Observing) : Kegiatan ini terjadi di mana para pelajar melihat dan mendengarkan ketika orang lain “melakukan sesuatu (doing something)” , terkait dengan apa yang sedang dipelajarinya. Misalnya, mengamati guru sedang melakukan sesuatu. Guru olah raga yang sedang memperagakan cara menendang bola yang baik, guru komputer yang sedang melayari internet dan sebagainya.

Selain mengamati pelakuan yang ditampilkan gurunya, pelajar juga dapat diajak untuk mendengarkan dan melihat dari orang lain, misalnya menyaksikan penampilan bagaimana cara kerja seorang doktor ketika sedang mengubati pesakitnya, menyaksikan seorang ahli muzik sedang memperagakan kemahirannya dalam memainkan alat muziknya. Begitu juga pelajar dapat diajak untuk mengamati fenomena-fenomena lain, terkait dengan topik yang sedang dipelajari, misalnya fenomena alam, sosial, atau budaya.

Tindakan mengamati dapat dilakukan secara “langsung” atau “tidak langsung”. Pengamatan langsung ertinya pelajar diajak mengamati kegiatan atau situasi nyata secara langsung. Misalnya, untuk mempelajari budaya kerja di bank, pelajar boleh dibawa mengunjungi bank-bank yang ada di daerahnya. Sedangkan pengamatan tidak langsung, pelajar diajak melakukan pengamatan terhadap situasi atau kegiatan melalui simulasi dari situasi nyata, kajian kes atau diajak menonton filem (video). Misalnya unruk mempelajari budaya kerja di bank, pelajar dapat diajak menyaksikan video tentang budaya kerja di sebuah bank.

Melakukan (Doing): Kegiatan ini menunjuk pada proses pembelajaran di mana pelajar benar-benar melakukan sesuatu secara nyata. Misalnya, pelajar melakukan eksperimen (bidang ilmu-ilmu alam dan sosial), menyelidiki sumber-sumber sejarah tempatan (sejarah), membuat pembentangan lisan, membuat cerpen dan puisi (bidang bahasa) dan sebagainya. Sama halnya dengan mengamati (observing ), kegiatan “melakukan” dapat dilaksanakan secara langsung atau tidak langsung. Terkait dengan kebolehan mengimplementasikan konsep di atas, L. Dee Fink menyampaikan 3 (tiga) saranan, sebagai berikut:

1. Memperluas jenis pengalaman belajar.

Bentuk kelompok-kelompok kecil pelajar dan meminta mereka membuat keputusan atau menjawab sebuah pertanyaan tertentu secara berkala.

Temukan cara agar pelajar dapat terlibat dalam berbagai dialog dengan orang lain, selain teman-teman sekelasnya (di website, melalui email, atau dalam kehidupan nyata).

Dorong pelajar untuk membuat jurnal pembelajaran atau portofolio belajar. Guru boleh meminta para pelajar untuk menuliskan tentang apa yang mereka pelajari, bagaimana mereka belajar, apa peranan pengetahuan yang dipelajarinya untuk kehidupan mereka sendiri, bagaimana hal ini membuat mereka merasa, dan sebagainya.

Temukan cara untuk membantu pelajar agar dapat mengamati sesuatu yang ingin dipelajarinya, baik secara langsung mahupun tidak langsung.

Temukan cara yang memungkinkan pelajar untuk benar-benar melakukan sesuatu yang dipelajarinya, baik secara langsung maupun tidak langsung.

2. Mengambil manfaat dari “Power of Interaction.” Dari keempat bentuk belajar di atas, masing-masing memiliki nilai tersendiri, tetapi apabila

keempat bentuk belajar tersebut (Dialogue with Self, Dialogue with Others, Observing, dan Doing) dikombinasikan secara tepat, maka akan dapat memberikan kesan belajar yang lebih bermakna kepada pelajar.

Para pendukung Problem-Based Learning menyarankan kepada para guru untuk mengawalinya dengan kegiatan “Doing”, di mana guru terlebih dahulu mengajukan berbagai masalah nyata (real problem) untuk diselesaikan oleh pelajarnya. Kemudian, pelajar diminta untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan sekelilingnya (Dialogue with Others) untuk

menemukan cara-cara terbaik untuk digunakan bagi memecahkan masalah nyata yang telah diajukan. Setelah para pelajar saling berkomunikasi dan berbincang, selanjutnya para pelajar akan melakukan berbagai macam bentuk belajar sesuai dengan pilihannya, termasuk di dalamnya melakukan Dialogue with Self dan Observing.

3. Membuat dialektika antara pengalaman dan dialog. Melalui pengalaman (baik melalui doing dan observing) pelajar memperoleh perspektif baru tentang apa yang benar (keyakinan) dan apa yang baik (nilai). Sementara melalui dialog dapat membantu pelajar untuk membina berbagai makna dan pemahamannya.

Untuk menyempurnakan prinsip interaksi sebagaimana dijelaskan di atas iaitu dengan melakukan dialektika antara kedua komponen tersebut. Dalam hal ini, secara kreatif guru dapat mengkonfigurasi dialektika antara pengalaman baru yang kaya dan mendalam dengan dialog yang bermakna, sehingga pada akhirnya pelajar benar-benar dapat memperoleh pengalaman belajar yang signifikan dan bermakna.

Gaya pembelajaran merujuk kepada ciri istimewa kepunyaan seseorang pelajar untuk memperlihat, berinteraksi, dan bergerak balas dalam suatu suasana pembelajaran (Keefe, 1979). Seseorang pelajar mula belajar dari masa dia dilahirkan tetapi cara belajarnya adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti sosio-ekonomi dan budaya keluarga, emosi, dan alam fizikal di persekitarannya. Atas perbezaan faktor-faktor tersebut, gaya pembelajaran seseorang pelajar mungkin berbeza daripada gaya pembelajaran pelajar yang lain. Dapatan-dapatan kajian telah menunjukkan bahawa terdapat pelajar yang lebih cenderung kepada pembelajaran melalui penglihatan dan pendengaran; terdapat juga pelajar yang lebih selesa dengan pembelajaran melalui bahan manipulatif atau reflektif; ada juga pelajar yang suka belajar dalam kumpulan dan ada juga pelajar yang lebih selesa belajar secara perseorangan (Felder, 1996). Walaupun seseorang pelajar dikatakan bertanggungjawab terhadap pembelajarannya sendiri, tetapi guru juga memainkan peranan yang penting sebagai penggalak dan pemudahcara melalui pelbagai strategi pengajaran yang digunakan. Antara strategi-strategi ini, terdapat strategi yang berpusatkan guru seperti syarahan dan demonstrasi dan terdapat juga strategi yang berpusatkan pelajar seperti main peranan, simulasi dan pengajaran reflektif (Freiberg, 1996). Hasil daripada kepelbagaian gaya pembelajaran di kalangan pelajar dan kepelbagaian strategi pengajaran di kalangan guru, salah-padanan gaya pembelajaran pelajar dan strategi pengajaran guru mungkin berlaku. Ini mungkin boleh menyebabkan pelajar menjadi bosan dan tidak mengambil perhatian dalam pembelajaran semasa guru mengajar dan seterusnya tidak mencapai prestasi yang diingini. Sebaliknya, guru yang berhadapan dengan murid yang tidak berminat dalam pembelajaran akan kehilangan azam untuk mengajar (Felder, 1993). Untuk mengelakkan kesalah-padanan tersebut, guru-guru harus mengenal pasti dan memahami gaya pembelajaran pelajar supaya strategi pengajaran yang sesuai digunakan untuk memenuhi kehendak pelajar dalam proses pembelajaran.

Charmer (1988) telah menyenaraikan beberapa faktor penyebab berkenaan dengan lepasan sekolah atau universiti yang tidak diterima bekerja oleh majikan. Di antara faktor- faktor penyebabnya adalah tahap pencapaian akademik dan gred yang rendah, tiada motivasi untuk bertindak, tiada inisiatif untuk membuat keputusan yang drastik, kekurangan

'soft skills' (bahasa, komunikasi, kemahiran), kekurangan tahap kematangan dan tiada potensi untuk bertindak sebagai pemimpin. Perkara ini ada hubung kaitnya dengan

kecerdasan mental yang melibatkan skala prestasi. Abelson (1977), pelajar tidak akan menjadi seorang pelajar yang berkesan, fleksibel atau mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah dengan berkesan sekiranya mereka tidak berupaya mengawal dan mengarahkan proses kognitif mereka.

Habibah (1978), telah menjalankan kajian berkenaan dengan motivasi pencapaian dengan prestasi pelajar tahun lima. Seramai 90 orang subjek murid darjah enam daripada

40 buah sekolah rendah di Selangor dan Wilayah Perseketuan telah diujikaji dengan menggunakan alat ujian kecerdasan ' Raven's Standard Progressive Matrices'. Kajian mendapati terdapatnya hubungan yang tinggi diantara kecerdasan dengan pencapaian dalam peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Korelasi yang didapati di antara kecerdasan dengan pencapaian adalah 0.839.

Dr. Roger Sperry menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak manusia yang berbeza-beza mengikut perkembangan usia dan jantina individu. Otak kanan dan kiri mempunyai fungsi yang berbeza namun menurutnya manusia tidak boleh dianggap menggunakan sebelah otak sahaja.

Seawal tahun 1904, Charles Spearman telah mengeluarkan Teori Dua-Faktor bahawa kesemua kebolehan kecerdasan manusia mempunyai pertindihan yang dipanggil faktor „g‟ (general). Selain itu, setiap kebolehan kecerdasan tersebut juga mempunyai faktor „s‟(specific) sebagai pelengkap kecerdasan. Teori tersebut dihasilkan melalui analisis faktor terhadap beberapa ujian kecerdasan. Sebagai lanjutan daripada teori tersebut, Gardner (1983) memperkenalkan Teori Kecerdasan Pelbagai dengan menyenaraikan dua domain sebagai faktor „g‟ iaitu kecerdasan VL dan LM, dan enam domain lain sebagai faktor „s‟. Terdapat Beberapa kajian di luar dan dalam negara yang telah membuktikan kebenaran teori tersebut. Antaranya kajian yang dijalankan oleh Malm (2001) yang mendapati kecerdasan intrapersonal dan kecerdasan interpersonal adalah dominan dalam kalangan pelajar kolej komuniti. Malah dalam kajian yang dijalankan oleh Schirduan (2001), Franzen (1999) dan Harms (1998) membuktikan kecerdasan naturalis paling dominan dalam kalangan pelajar sekolah berbanding pelajar yang telah meninggalkan sekolah.

Siti Rahayah dan Ibrahim (2002) telah mengkaji kecerdasan pelbagai (Multiple Intelligence) dalam konteks pendidik sekolah di Malaysia. Ia juga membincangkan keperluan KP dalam sukatan kurikulum, pedagogi dan sistem penilaian dalam konteks pendidikan di negara ini. KP yang dicipta oleh Howard Gardner (1983) adalah satu set kemahiran yang membolehkan seseorang menyelesaikan masalah atau menghasilkan keluaran atau perkhidmatan yang bernilai kepada budayanya. Terdapat lapan konstruk kecerdasan yang dikenalpasti dalam alat ujian KP iaitu visual-linguistik, logic-matematik, spatial, kinestetik badan, muzikal, intrapersonal, interpersonal dan naturalis. Kajian menunjukkan bahawa kelas-kelas yang mengamalkan KP dalam pengajaran dan pembelajaran menghasilkan pembelajaran yang menyeronokkan, mempercepatkan pembelajaran, skor pencapaian yang meningkat dan perubahan harga diri dan moral sekolah ke arah yang lebih positif.

Kerangka Teorikal

Secara keseluruhannya, kajian ini bertitik tolak daripada andaian bahawa usaha untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam kelas ada kaitannya dengan strategi pengajaran dan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai yang digunakan dalam bilik darjah. Dengan ini guru dapat membantu menyelesaikan masalah pelajar yang agak pasif dalam kelas untuk melibatkannya bergerak aktif dengan membuat intervensi yang bersesuaian dari segi pendekatan P & P di bilik darjah.

Intervensi yang dimaksudkan adalah berbentuk penggunaan pelbagai strategi pengajaran khususnya dari segi kaedah dan aktiviti yang dirancang dan seterusnya dilaksanakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kerangka kerja konseptual dalam Rajah 1 secara tidak langsung memperlihatkan bahawa perancangan pada strategi pengajaran khususnya pada pemilihan aktiviti-aktiviti contohnya seperti Intervensi yang dimaksudkan adalah berbentuk penggunaan pelbagai strategi pengajaran khususnya dari segi kaedah dan aktiviti yang dirancang dan seterusnya dilaksanakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kerangka kerja konseptual dalam Rajah 1 secara tidak langsung memperlihatkan bahawa perancangan pada strategi pengajaran khususnya pada pemilihan aktiviti-aktiviti contohnya seperti

Strategi pengajaran Meningkatkan

Penerapan Teori

penglibatan

Kecerdasan

Kepelbagaian aktiviti pelajar

Pelbagai

dalam kaedah

pengajaran -Pelajar aktif

Verbal linguistik Rajah 1

-Tidak malu bertanya

Logik – Matematik

-Berani menyatakan

Rajah 1: Kerangka Teoritikal

METODOLOGI KAJIAN

Kajian tindakan ini dijalankan mengikut gelung kajian tindakan Kurt Lewin (1947) yang telah diadaptasikan daripada model asal ditunjukkan seperti rajah berikut :

Identifying a general or initial idea

 Mengenal pasti isu dan

masalah kajian

Reconnaissance or fact finding

 Menganalisis masalah  Tinjauan pada kajian lepas

Take first action step

Planning

 Pelaksanaan tindakan  Pembentukan pelan tindakan  Mengutip data

dan penetapan aktiviti

Evaluate

 Refleksi dan penilaian

Planning

 Pembentukan pelan tindakan

dan penetapan aktiviti

Take second action step

 Pelaksanaan tindakan  Mengutip data

Rajah 2 : Model Kurt Lewin

Kajian ini telah berlangsung selama 6 minggu ( dalam lingkungan bulan Februari hingga April, 2010) melalui tiga lingkaran sebelum mencapai matlamat yang disasarkan. Lima tahap utama dalam suatu lingkaran model ini adalah mengenal pasti isu dan masalah kajian sebagai permulaan kajian. Kemudian diikuti dengan penganalisisan masalah yang didapati melalui tinjauan karya pada kajian-kajian lepas. Setelah itu pelan dibentuk untuk Kajian ini telah berlangsung selama 6 minggu ( dalam lingkungan bulan Februari hingga April, 2010) melalui tiga lingkaran sebelum mencapai matlamat yang disasarkan. Lima tahap utama dalam suatu lingkaran model ini adalah mengenal pasti isu dan masalah kajian sebagai permulaan kajian. Kemudian diikuti dengan penganalisisan masalah yang didapati melalui tinjauan karya pada kajian-kajian lepas. Setelah itu pelan dibentuk untuk

Kajian ini dilaksanakan secara kajian tindakan kolaboratif antara 3 orang guru pelatih yang berperanan sebagai pengkaji dalam penyelidikan ini. Kajian dijalankan dalam tempoh 6 minggu pada masa pengajaran dan pembelajaran bagi 3 mata pelajaran yang berbeza di 3 kelas yang berlainan. Dengan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai, perancangan pada strategi pengajaran khususnya yang melibatkan kaedah dan kepelbagaian aktiviti diperlukan bagi membolehkan pelajar aktif dan turut bersama-sama dalam sesi P & P. Secara tidak langsung telah menunjukkan bahawa pelajar itu sendiri dan bahan pelajaran yang sesuai berperanan untuk „menghidupkan‟ bilik darjah melalui penglibatan aktif mereka. Kajian ini

telah dijalankan ke atas 3 kelas berlainan di mana 2 daripadanya adalah daripada kelas pendidikan khas masalah pendengaran dan 1 daripadanya adalah daripada kelas aliran perdana. Keseluruhannya, kajian ini melibatkan 60 orang pelajar. Hal ini diperincikan seperti berikut :

Kelas Aliran Khas

Kelas

Mata Pelajaran

Bilangan Pelajar

8 Kelas Aliran Perdana

Tingkatan 4

Bahasa Melayu

Kajian ini keseluruhannya melibatkan pengumpulan data secara kualitatif dan kuantitatif. Instrumen yang digunakan adalah meliputi pemerhatian dan temu bual dengan pelajar serta refleksi pengkaji. Teknik pemerhatian digunakan sebelum dan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Antara beberapa perkara yang menjadi perhatian pengkaji adalah penglibatan dan keaktifan pelajar kepada setiap aktiviti dan kaedah pengajaran yang digunakan. Maklum balas dan respon ini dilihat melalui perubahan perubahan tingkah laku yang ditunjukkan seperti penglibatan aktif pelajar menyatakan pendapat, menumpukan perhatian terhadap pengajaran serta mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang telah dirancang. Pemerhatian ini melibatkan semua pelajar di dalam kelas dan seterusnya direkod dalam borang pemerhatian. Selain daripada pemerhatian, pengkaji turut menjalankan temu bual dengan beberapa orang pelajar yang dipilih secara rawak daripada tiga kelas yang berasingan. Temu bual dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengetahui persepsi atau pendapat pelajar itu sendiri terhadap beberapa aktiviti yang digabungjalinkan dalam kaedah pengajaran semasa proses P & P dijalankan dalam kelas tersebut. Temubual yang dilakukan adalah tidak berstruktur dan soalan yang diajukan berbentuk tidak formal bagi membolehkan pelajar menyatakan pendapatnya dengan selesa dan bebas. Seterusnya pengkaji membuat refleksi ke atas intervensi yang dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya, berdasarkan model Kurt Lewin yang ditunjukkan dalam Rajah 2, menunjukkan terdapat lingkaran yang melibatkan prosedur atau langkah yang dilalui oleh pengkaji sepanjang menjalankan kajian ini. Proses atau langkah kajian melibatkan tahap-tahap seperti berikut :

1. Mengenal pasti isu dan masalah kajian

2. Menganalisis masalah dan tinjauan pada kajian-kajian lepas

3. Pembentukan pelan tindakan dan penetapan aktiviti

4. Pelaksanaan tindakan dan kutipan data

5. Refleksi dan penilaian

Proses-proses ini dijalankan mengikut lingkaran khususnya pada lingkaran pertama, namun begitu proses ketiga yakni pembentukan pelan dan penetapan aktiviti akan berperanan sebagai permulaan sebagai lingkaran kedua dan lingkaran seterusnya bagi kajian ini sekiranya terdapat perubahan dalam proses tersebut. Pengulangan pada lingkaran ini akan dilakukan sehinggalah pengkaji menemui jawapan bagi menangani permasalahan yang dihadapi pelajar. Prosedur kajian ini diperkuatkan lagi melalui penerangan pada suatu proses perancangan seperti berikut :

Tahap Prosedur Penerangan prosedur i)

Mengenal pasti isu Pada permulaan, pengkaji membuat pemerhatian awal untuk dan masalah kajian mengenal pasti isu dan permasalahan yang timbul semasa

proses

pembelajaran berlangsung khususnya di kelas-kelas yang dijadikan sampel kajian. Pemerhatian ditumpukan terhadap respon pelajar dalam kelas serta tingkah laku yang merupakan sebahagian dalam pengajaran guru setelah diterapkan teori kecerdasan pelbagai pada sesuatu aktiviti pengajaran. Daripada pemerhatian tersebut, pengkaji mendapati pelajar kurang melibatkan diri dalam pengajaran dan hanya bergantung kepada guru sekiranya berlangsung sesi soal jawab berkenaan dengan suatu pengajaran dan juga hanya mendengar penerangan guru serta hanya melakukan latihan seperti yang diarahkan. Dengan kata lain, pelajar kelihatan kurang aktif dalam kelas khususnya untuk menyatakan pendapat dan sumbangsaran. Pengkaji merasakan suatu perubahan yang berterusan perlu dilakukan untuk mengatasi permasalahan yang timbul dalam kalangan pelajar.

pengajaran

dan

ii) Menganalisis Melalui permasalahan dan isu yang telah dikenal pasti oleh masalah

dan pengkaji, maka tinjauan terhadap kajian-kajian oleh pengkaji tinjauan

pada terdahulu dilakukan untuk melihat sama ada permasalahan kajian-kajian lepas

yang sama atau lebih kurang pernah dialami oleh pelajar di sesebuah sekolah atau institusi tertentu, dan sekiranya ada, apakah cara yang dilakukan oleh pengkaji terdahulu bagi mengatasi masalah tersebut. Seterusnya dapat dijadikan rujukan kepada kajian ini.

iii) Pembentukan pelan Setelah pemerhatian awal dan tinjauan pada kajian lepas tindakan

dan dijalankan, pelan untuk membuatkan pelajar aktif melibatkan penetapan aktiviti

diri dalam pengajaran dirancang sepanjang tempoh kajian ini. Peringkat ini memainkan peranan penting kerana perancangan pada aktiviti dan kaedah pengajaran untuk pelajar berperanan untuk melihat perubahan pada penglibatan pelajar dalam kelas.

iv) Pelaksanaan Seterusnya, melalui pelan tindakan yang dirancang, maka tindakan

dan aktiviti dilaksanakan dalam kelas pada satu masa pengajaran kutipan data

di setiap minggu persekolahan. Aktiviti ini sememangnya digunakan oleh guru bagi mengumpan pelajar memberi tumpuan pada pengajaran dan seterusnya terlibat aktif pada aktiviti berkenaan. Dalam masa yang sama, Teori Kecerdasan Pelbagai diterapkan dalam kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan tahap pelajar bagi sesuatu mata pelajaran. Ekoran daripada penglibatan pelajar, maka data dikumpul melalui pemerhatian yang berperanan sebagai instrumen utama kajian ini.

Tahap Prosedur Penerangan prosedur v)

Refleksi dan Tahap ini melibatkan penilaian, penganalisisan, penjelasan penilaian

dan kesimpulan. Penilaian dilakukan dengan berdasarkan pemerhatian yang direkod pada borang pemerhatian yang disediakan untuk menilai sama ada aktiviti yang digunakan dalam kelas pengajaran mampu meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, refleksi memandang hasil yang telah dicapai sebagai akibat daripada tindakan yang telah dilakukan pada pelajar dalam kelas-kelas tersebut. Tahap ini amat penting untuk mengetahui sejauh mana aktiviti-aktiviti yang telah dirancang bertindak sebagai suatu usaha yang dapat meningkatkan penglibatan pelajar dalam kelas.

DAPATAN KAJIAN

Merujuk data yang diperolehi daripada aktiviti yang dijalankan, didapati peratusan penglibatan pelajar semakin meningkat. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, didapati penglibatan, tingkah laku, keyakinan dan minat pelajar terhadap pembelajaran juga turut meningkat. Bilangan pelajar yang pasif pula semakin menurun.

Jadual 1: Ringkasan Data Pemerhatian untuk kelas Matematik Masalah Pendengaran (10 pelajar)

Peratus

Penglibatan

Lingkaran Penglibatan

Minggu

Aktiviti

pelajar secara

Pelajar secara

Suka rela

Suka rela

Aktiviti

1 2 Menyusun dan

Suai Padan Latih Tubi di

4 Papan Putih

(Rawak)

Kuliah dan

8 Perbincangan

Kumpulan Latih Tubi di

9 Papan Putih

(Sukarela)

Silang Kata

Matematik

11 Kuiz Matematik

Strategi pengajaran dengan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai yang digunakan oleh guru dilihat menarik minat pelajar untuk terlibat secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Melalui lingkaran pertama iaitu pada minggu kedua, aktiviti menyusun dan menyuaipadan yang digunakan dalam subjek matematik dilihat mula mendapat perhatian daripada pelajar. Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan guru mengenai cara-cara ia dilaksanakan. Aktiviti ini mengkehendaki pelajar keluar ke hadapan kelas dan menyusun jawapan berdasarkan soalan yang diberikan. Kemudian, guru akan bertanyakan kepada pelajar lain samada jawapan tersebut betul atau tidak. Pelajar yang berpencapaian tinggi Strategi pengajaran dengan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai yang digunakan oleh guru dilihat menarik minat pelajar untuk terlibat secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Melalui lingkaran pertama iaitu pada minggu kedua, aktiviti menyusun dan menyuaipadan yang digunakan dalam subjek matematik dilihat mula mendapat perhatian daripada pelajar. Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan guru mengenai cara-cara ia dilaksanakan. Aktiviti ini mengkehendaki pelajar keluar ke hadapan kelas dan menyusun jawapan berdasarkan soalan yang diberikan. Kemudian, guru akan bertanyakan kepada pelajar lain samada jawapan tersebut betul atau tidak. Pelajar yang berpencapaian tinggi

Untuk minggu seterusnya, iaitu pada lingkaran kedua, aktiviti latih tubi dijalankan. Pelajar dipilih secara rawak oleh guru untuk menjawab soalan di hadapan kelas untuk membina keyakinan diri serta kesediaan mereka. Mulanya, pelajar kelihatan malu dan segan untuk menjawab soalan tersebut kerana dikhuatiri salah. Namun, lama-kelamaan perasaan tersebut dapat dihindarkan dengan sokongan dan motivasi yang diberikan oleh guru dan pelajar-pelajar lain. Langkah ini seiring dengan penggunaan Teori Kecerdasan Interpersonal dan Intrapersonal iaitu kebolehan individu menangani dan mengawal perasaan takut dan malu mereka serta kebolehan individu memahami perasaan orang lain dan memberikan motivasi kepada individu lain. Di samping itu, guru juga dapat mencungkil kebolehan pelajar yang cekap dalam pengiraan.

Aktiviti pembelajaran secara kuliah dan berkumpulan yang dijalankan pula dilihat dapat memupuk sikap kerjasama sesama pelajar sesuai dengan Teori Kecerdasan Interpersonal yang menitikberatkan kebolehan mereka memberi dan menerima pendapat orang lain dalam sesuatu perbincangan. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberikan beberapa set soalan. Setiap kumpulan dikehendaki berbincang dan mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut. Kumpulan yang berjaya menjawab kesemua soalan dengan betul akan diberi ganjaran sebagai peneguhan. Aktiviti ini bersesuaian dengan Teori Kecerdasan Logik-Matematik yang menekankan kebolehan pelajar menggunakan nombor dengan berkesan termasuk memahami prinsip sebab dan akibat yang amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Pada minggu berikutnya iaitu pada lingkaran yang ketiga, pengkaji sekali lagi menggunakan aktiviti latih tubi untuk pengajaran. Kali ini pelajar diminta secara sukarela menjawab soalan serta membuat penerangan di hadapan kelas. Didapati penglibatan pelajar semakin memberansangkan. Tanpa perlu dipanggil, pelajar dengan sendirinya menawarkan diri untuk menjawab soalan latih tubi tersebut. Peningkatan ini berlaku disebabkan pelajar telah mula terdedah dengan pelbagai aktiviti yang disediakan oleh guru sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Jadi, perasaan takut, malu dan kurang yakin semakin hilang. Keseronokan dan minat terhadap aktiviti yang dijalankan mendorong pelajar terlibat secara aktif di dalam kelas.

Seterusnya, aktiviti silang kata Matematik dan juga kuiz Matematik dijalankan. Untuk kedua-dua aktiviti ini, penglibatan daripada pelajar dilihat sangat tinggi, memberansangkan dan menyeluruh. Bagi aktiviti silang kata Matematik, papan silangkata ditampal di papan putih. Kemudian, guru menulis satu persatu soalan di papan putih. Pelajar yang paling cepat mendapat jawapan dibenarkan menyelesaikan silang kata tersebut. Keadaan tersebut diulang sehingga tamat soalan. Aktiviti ini dilihat dapat menguji kepantasan pelajar menggunakan nombor, menjawab soalan serta mengingati pembelajaran yang telah diajar di samping menguji kepantasan pergerakan dan keaktifan pelajar di dalam kelas. Kesemua kemahiran tersebut terkandung di dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu Kecerdasan Kinestetik, Logik-Matematik dan Intrapersonal. Bagi kuiz Matematik pula, pelajar diberikan satu set soalan kuiz untuk menguji kefahaman dan kepantasan pelajar memberikan jawapan. Daripada kuiz ini, guru dapat mencungkil kebolehan pelajar yang cekap dalam subjek ini, juga pelajar yang lemah. Di sini Teori Kecerdasan Intrapersonal digunakan.

Secara keseluruhannya, kesemua aktiviti yang dijalankan oleh pengkaji didapati dapat menarik minat dan penglibatan pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Jadual 2: Ringkasan Data Pemerhatian untuk kelas Bahasa Melayu Masalah Pendengaran (8 pelajar)

Penglibatan

Peratus

Penglibatan Lingkaran

pelajar secara

Minggu

Aktiviti

Suka rela

Pelajar secara Suka rela

Perbincangan dan

1 2 pembentangan

kumpulan Melengkapkan peta

2 4 minda

Membentuk peta

minda Permainan “Teka

silang Kata” Kuiz – balingan dadu dan pemilihan

3 kertas soalan berwarna Permainan „Mencari

Berdasarkan data yang diperolehi daripada jadual di atas, dapat dilihat bahawa melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang pada minggu-minggu tersebut menunjukkan peningkatan dari segi bilangan penglibatan pelajar secara suka rela. Pada lingkaran pertama, aktiviti perbincangan dan pembentangan dijalankan untuk mengenal pasti isi-isi tersurat yang terdapat dalam petikan. Pelajar dibentuk kepada tiga kumpulan dan dikehendaki melakukan perbincangan antara ahli kumpulan. Pelajar dilihat tidak yakin dengan jawapan masing- masing sehinggakan tidak berani untuk tampil ke hadapan secara suka rela apabila diarahkan oleh guru. Hanya dua orang pelajar dilihat cuba untuk menyatakan jawapan daripada hasil perbincangan.

Pada lingkaran kedua, beberapa aktiviti dilakukan untuk memperkenalkan bentuk peta minda kepada pelajar, antaranya pada minggu keempat, guru telah menyediakan satu peta minda berbentuk himpunan belon-belon yang mengandungi gambaran ciri-ciri yang terdapat pada sesuatu watak. Beberapa kad imbasan yang mengandungi watak-watak ditunjukkan kepada pelajar. Seterusnya, pelajar dikehendaki melengkapkan peta minda tersebut dengan watak-watak yang telah disediakan oleh guru. Dalam aktiviti ini, guru mengaplikasikan Kecerdasan Verbal-Lingustik secara tidak langsung kepada pelajar. Pelajar perlu menghubungkaitkan kad imbasan tersebut dengan ciri-ciri yang ditunjukkan dalam peta minda tersebut. Guru meminta kepada pelajar yang suka rela untuk melengkapkan peta minda tersebut. Dapatan menunjukkan bahawa hanya empat orang belajar yang berani untuk mencuba, selebihnya memerlukan galakan daripada guru untuk tampil ke hadapan. Untuk minggu seterusnya pula, murid diuji dengan Kecerdasan Interpersonal dan Intrapersonal apabila murid perlu bekerja dalam kumpulan untuk membentuk peta minda mengikut kreativiti masing-masing. Pada minggu ini, dilihat terdapat peningkatan pada penglibatan pelajar, apabila ada antara mereka yang bersungguh-sungguh untuk melakar bentuk minda dan membentangkannya di hadapan semua. Guru sentiasa memberi dorongan kepada pelajar untuk menyatakan idea dan sedia membetulkan jawapan sekiranya tidak tepat. Kreativiti dan usaha pelajar yang paling utama dinilai oleh guru.

Seterusnya pada lingkaran ketiga, yakni dalam lingkungan minggu ke-9 hingga ke-

11, beberapa aktiviti seperti permainan teka silang kata, kuiz dan mencari perkataan 11, beberapa aktiviti seperti permainan teka silang kata, kuiz dan mencari perkataan

Jadual 2: Ringkasan Data Pemerhatian untuk kelas Perdagangan Aliran Perdana (42 pelajar)

Lingkaran Minggu

pelajar secara

Penglibatan

Suka rela

Pelajar secara Suka rela

2 teka silang kata

8 Permainan

mencari perkataan tersembunyi

9 Pertandingan

3 peta minda kreatif berkumpulan

10 Simulasi

11 Kuiz roda

impian

Pada lingkaran pertama iaitu minggu kedua pengajaran dan pembelajaran, guru melihat penglibatan pelajar sangat kurang aktif. Pada minggu kedua, guru telah menjalankan aktiviti simulasi. Apabila pelajar diminta oleh guru secara sukarela ke hadapan untuk melakonkan watak yang disediakan, tiada yang menawarkan diri. Apabila guru memanggil pelajar secara rawak untuk ke hadapan, mereka kelihatan masih malu dan kurang keyakinan. Dua daripada enam pelajar yang dipanggil ke hadapan dilihat menggigil sewaktu melakonkan watak yang diberikan. Berdasarkan temu ramah tidak berstruktur yang dilakukan, keadaan ini disebabkan pelajar kurang keyakinan diri dan juga kurang pendedahan dengan aktiviti- aktiviti yang berpusatkan pelajar. Para pelajar sebelum ini lebih banyak didedahkan dengan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru.