SENARIO PROGRAM PAMPASAN/SISTEM SARAAN DI SEKTOR AWAM

6.6 SENARIO PROGRAM PAMPASAN/SISTEM SARAAN DI SEKTOR AWAM

Sistem saraan sektor awam adalah tanggungjawab bahagian gaji dan elaun (saraan), salah stau bahagian dalam unit program pembangunan sumber manusia sektor awam, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Bahagian gaji dan elaun ini bertanggungjawab untuk memastikan sistem saraan yang dapat menarik, membangun, mengekalkan anggota sektor awam, dan menjamin hubungan pekerja-majikan yang harmonis (www.jpa.gov.my/bs/objektif.htm - 16 April,2002). Sistem saraan sektor awam telah mengalami perubahan dari segi falsafah, prinsip perlaksanaan, serta bentuk skim saraan. Ini adalah disebabkan oleh berlakunya perubahan persekitaran yang tidak memungkinkan sektor awam kekal dengan prosedur lama sistem saraan. Satu jawatankuasa khas kabinet mengenai gaji sektor awam telah ditubuhkan dalam mesyuarat jemaah menteri pada 9 Januari 1991 dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah urusetia jawatankuasa ini.

Untuk lebih berdaya saing, maka sektor awam telah mengkaji semula prinsip-prinsip saraan yang telah pun ditetapkan oleh Jawatankuasa Kabinet Gaji 1976 (JKK 1976). JKK 1976 telah mengguna pakai empat prinsip umum dalam membentuk struktur gaji iaitu

(i) Prinsip kadar Upahan Untuk Kerja; (ii)

Prinsip Kelayakan Masuk dan Latihan; (iii)

Prinsip gaji bersih dan (iv)

Prinsip Relativiti dan Pariti

(Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Gaji Sektor Awam 1991).

Semakan yang dilakukan pada tahun 1991 mendapati bahawa keempat- empat prinsip ini masih lagi sesuai digunakan tapi jawatankuasa melakukan beberapa penyesuaian dan menambahkan beberapa lagi prinsip yang dirasakan perlu. Prinsip baru yang dicadangkan oleh jawatankuasa 1991 adalah

(i) Kadar Upahan untuk Kerja; (ii)

Kelayakan Masuk dan Latihan; (iii)

Gaji Pokok dengan Komponen Berubah; (iv)

Perbandingan Adil; (v)

Relativiti dan Pariti; dan (vi)

Pengasingan.

(Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Gaji Sektor Awam 1991: 32).

Perbincangan seterusnya adalah tentang apa yang dimaksudkan oleh keenam-enam prinsip di atas.

1. Kadar Upahan untuk Kerja

Prinsip ini menyatakan bahawa seseorang anggota yang menyandang sesuatu jawatan hendaklah dibayar upahan mengikut jenis kerja dan tanggungjawab yang dijalankan. Semakin berat dan kompleks tugas dan tanggungjawab yang dijalankan, semakin tinggi upahan yang diberikan. Berdasarkan kepada prinsip ini maka struktur gaji secara langsung mampu dikaitkan dengan struktur kerja. Beberapa prinsip tambahan diperkenalkan di bawahnya iaitu kadar upahan kerja mengikut perkhidmatan, kadar upahan kerja mengikut jawatan, kadar upahan kerja mengikut prestasi anggota, prestasi ekonomi negara, serta prestasi individu.

2. Kelayakan Masuk dan Latihan

Prinsip ini memastikan bahawa calon harus memenuhi syarat kelayakan dan latihan yang ditetapkan bagi melayakkannya menjalankan sesuatu kerja di sektor awam. Kakitangan tersebut akan diberikan kadar saraan yang bersesuaian dengan kelayakan serta latihan yang dimilikinya.

3. Gaji Pokok dengan Komponen Berubah

Prinsip ini mengubah penggunaan “Gaji Bersih” dalam JKK 1976 kepada “Gaji Pokok” yang merupakan gaji yang mencukupi untuk menyara keperluan hidup asas seperti keperluan makanan, pakaian, dan perumahan. Selain daripada itu, bayaran elaun Khidmat Awam, Keraian, dan Bayaran Bantuan Sewa Rumah, sepertimana yang diamalkan dahulu masih lagi diteruskan. Bayaran elaun ini bagaimanapun tidak akan diambil kira untuk maksud pencen. Jawatankuasa 1991 walau Prinsip ini mengubah penggunaan “Gaji Bersih” dalam JKK 1976 kepada “Gaji Pokok” yang merupakan gaji yang mencukupi untuk menyara keperluan hidup asas seperti keperluan makanan, pakaian, dan perumahan. Selain daripada itu, bayaran elaun Khidmat Awam, Keraian, dan Bayaran Bantuan Sewa Rumah, sepertimana yang diamalkan dahulu masih lagi diteruskan. Bayaran elaun ini bagaimanapun tidak akan diambil kira untuk maksud pencen. Jawatankuasa 1991 walau

(i) Pencapaian prestasi ekonomi negara; (ii)

Kedudukan sesuatu perkhidmatan yang dianggap kritikal; (iii)

Penyediaan imbuhan yang bersifat galakan; dan (iv)

Unsur imbuhan lain harus diasingkan dari gaji pokok untuk tujuan mengurangkan tanggungjawab kerajaan terhadap pembayaran pencen

4. Perbandingan Adil

Saraan bagi perkhidmatan tertentu harus mengambil kira faktor pasaran buruh (ini adalah amat relevan dengan bentuk perkhidmatan yang sering dipengaruhi oleh faktor pasaran buruh). Unsur ini walau bagaimanapun adalah bersifat sementara dan bukanlah sebahagian dari gaji pokok.

5. Relativiti dan Pariti

JKK 1976 menerima pakai satu bentuk keseragaman relativiti dalam keseluruhan sektor awam (kesemua Perkhidmatan Awam Am, Perkhidmatan Negeri, Badan-badan Berkanun, dan Kuasa Tempatan). Kini relativiti diaplikasikan hanya dalam skim perkhidmatan yang sama atau pun tehad kepada sesuatu kumpulan perkhidmatan sahaja.

6. Pengasingan

Prinsip ini mempertimbangkan kedudukan pentadbiran badan berkanun atau mana-mana agensi awam yang mampu dari segi sumber kewangan dan jentera organisasi yang kukuh, untuk melaksanakan sendiri sistem saraannya, berasingan dari sistem saraan sektor awam yang lain.

Berdasarkan perubahan serta penyesuaian prinsip ini maka kini sektor awam mennguna pakai Sistem Saraan Baru (SSB). Seksyen seterusnya akan membincangkan tentang SSB dengan lebih terperinci lagi.