JENIS-JENIS PEMBAYARAN

6.5 JENIS-JENIS PEMBAYARAN

Perbincangan seterusnya akan menjurus kepada kaedah atau jenis pembayaran pampasan yang boleh digunakan organisasi sebagaimana yang diperbincangkan oleh Ivancevich (2001):

a. Kadar rata (Flat rates)

Jenis bayaran ini adalah lazim dalam organisasi yang mempunyai kesatuan sekerja dan penetapan gaji dilakukan menerusi collective bargaining . Kadar yang serata digunakan untuk membayar gaji kepada pekerja tanpa mengira prestasi yang ditunjukkan atau pun lama tempoh perkhidmatan. Kadar ini hanya mengambil kira titik penengah yang ditetapkan oleh pasaran bagi sesuatu kerja. Falsafah yang dipegang oleh kesatuan sekerja apabila menerima pakai kadar jenis ini adalah tidak mahu mengambil kira keberlainan prestasi atau lama tempoh perkhidmatan kerana ukuran bagi kedua-dua variabel ini adalah sangat subjektif dan kadang kala ia tidak mampu menggambarkan keadaan yang sebenarnya. Kesatuan sekerja juga menyarankan bahawa usaha sama yang diperlukan dalam menyempurnakan sesuatu kerja akan dimansuhkan sekiranya ada variasi dalam bayaran gaji.

b. Bayaran untuk masa bekerja ( Payment for time worked)

Bayaran berdasarkan masa yang diperuntukkan untuk bekerja boleh datang dalam dua bentuk: wage dan salary (kedua-dua perkataan ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia sebagai gaji. Para pelajar oleh itu, haruslah memahami keberlainannya dari aspek konteks). Wage adalah bayaran yang dikira berdasarkan jam bekerja sementara salary pula adalah Bayaran berdasarkan masa yang diperuntukkan untuk bekerja boleh datang dalam dua bentuk: wage dan salary (kedua-dua perkataan ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia sebagai gaji. Para pelajar oleh itu, haruslah memahami keberlainannya dari aspek konteks). Wage adalah bayaran yang dikira berdasarkan jam bekerja sementara salary pula adalah

(i) Kenaikan umum, yang selaras kepada semua pekerja. (ii)

Kenaikan bayaran merit kepada sesetengah pekerja berdasarkan kepada prestasi yang ditunjukkan.

(iii) Penyelarasan kos kehidupan, berdasarkan kepada indeks harga pengguna.

(iv) Lama masa bekerja.

c. Bayaran pelbagai ( Variable pay)

Dua jenis bayaran yang dibincangakan sebelum ini dikatakan tidak dapat mengaitkan bayaran gaji dengan prestasi kerja atau pun produktiviti. Bayaran jenis pelbagai ini adalah bentuk bayaran yang menggunakan konsep insentif dan meletakkan beberapa peratus dari keseluruhan gaji pekerja sebagai cagaran. Insentif hanya akan diberikan sekiranya pekerja mampu menepati matlamat serta kehendak organisasi seperti yang telah ditetapkan terlebih dahulu (90% adalah gaji pokok yang akan dibayar dan 10% yang bakinya adalah diletakkan dalam skima perkongsian keuntungan). Sekiranya pekerja gagal menepati matlamat atau kehendak yang telah ditetapkan maka kenaikan gaji lebih dari gaji pokok adalah satu perkara yang mustahil. Untuk lebih memahami konsep bayaran ini, fokuskan perhatian anda kepada tiga komponen utama jenis bayaran pelbagai ini:

(i) Base pay (Gaji pokok) – platform asas bagi bayaran pelbagai. Gaji pokok ini ditentukan atas dasar

kemampuan organisasi untuk membayar atau pun tahap gaji yang dianggap kompetitif bagi sesuatu kerja.

(ii) Variable pay (Bayaran pelbagai) – kaedah yang boleh digunakan ialah seperti perkongsian keuntungan (gainsharing), bayaran bonus sekaligus, bayaran pelbagai berdasarkan individu, dan sebagainya. Ia adalah bersifat fleksibel dan boleh menghubungkan masa depan organisasi dengan produktiviti pekerja.

(iii) Indirect pay (bayaran secara tidak langsung) – bayaran tambahan faedah kepada usaha menyokong pencapaian

matlamat organisasi dan kos perkongsian.

Bayaran pelbagai ini sebenarnya banyak bergantung kepada keadaan persekitaran. sekiranya keadaaan ekonomi mengalami masalah, wujud persaingan sengit antara organisasi, atau pun faktor lain yang diluar kawalan pekerja maka besar kemungkinan pekerja akan menikmati ketiadaan bonus atau pun penurunan keuntungan yang dikongsi bersama.

SOALAN DALAM TEKS 6.5

1. Jelaskan tentang payment for time worked dan nyatakan apakah faktor yang mempengaruhinya.

2. Bincangkan tentang base pay dan indirect pay sebagai dua dari komponen variable pay.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.