STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN YANG INOVATIF

Kelebihan PBM

Menurut Montgomery (2000), antara kelebihan utama PBL berbanding strategi pembelajaran lain yang dicadangkan oleh teori konstruktivisme ialah rangsangan atau stimulasi yang berjaya dihasilkan olehnya dalam membentuk kognitif pelajar agar lebih bersifat ingin tahu. Ini seterusnya menurut mereka berjaya meningkatkan minat atau motivasi pelajar untuk terus belajar. Masalah yang menyerupai masalah dunia sebenar yang digunakan pula membolehkan pelajar mencuba pelbagai jalan penyelesaian dalam persekitaran pembelajaran yang lebih selamat (Jamalludin Harun, et al, 2005).

5.2.3 Pembelajaran Elektronik (e-learning)

Adalah satu istilah umum yang merujuk kepada pembelajaran yang berlaku dengan menggunakan komputer dan internet, CD Rom, televisyen interaktif atau siaran melalui satelit berlaku di mana-mana atau pada bila-bila masa mengikut keperluan pelajar menghasilkan pengalaman dan penguasaan kemahiran dan pengetahuan baru

35

Ciri-Ciri Pembelajaran Elektronik

-mengikut kadar kendiri pelajar -boleh dicapai oleh ramai pelajar -boleh dicapai di mana-mana dengan talian internet -memenuhi pelbagai gaya pembelajaran

5.2.4 Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang

 Merupakan sejenis pembelajaran dalam talian yang menggunakan gabungan streaming video, power point, audio dan perisian lain dalam

penyampaian P&P.  Terdapat 7 fungsi penting laman sesawang dalam pembelajaran (pengumuman berdasarkan masa sebenar, teks, html, spread sheet, video,

pautan luaran, buku gred, laman diskusi, kuiz automatik.