Mohd Samsudin Mohd Shazwan Mokhtar

HUBUNGKAIT POLITIK DALAM KEBANGKITAN POLITIK MALAYAN DAN PENGARUH SOSIALIS DI TANAH MELAYU, 1937-1948 THE POLITICAL LINGKAGE IN MALAYAN POLITICAL RESURGENCE AND SOCIALIST INFLUENCE IN MALAYA, 1937-1948

Ahamad Jama’ Amin Yang Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

Abstrak

Dalam konteks sejarah kontemporari, kebangkitan politik Malayan sering dilihat dari sudut pembentukan masyarakat majmuk. Sehubungan itu, dalam makalah ini penumpuan perbincangan memperincikan sudut yang berbeza melalui pengaruh sosialis dalam perkembangan politik Malayan yang membawa kepada sentimen “meMalayakan Tanah Melayu”. Dengan menggunakan pendekatan reconstructionis t sejarah, analisis perbincangan dikembangkan berdasarkan penggunaan sumber primer sebagai asas hujah terutamanya dokumen British seperti Colonial Office (CO) dan Foreign Commonwealth Office (FCO). Di samping itu, penulis turut menggunakan transkrip lisan Gerald de Cruz dan S. Rajaratnamyang diperolehi dari National Archives of Singapore. Dapatan kajian mendapati peranan British dilihat memberi kesan kepada kebangkitan politik Malayan melalui peranan awal AJUF. Keadaan ini semakin memuncak melalui Malayan Democratic Union (MDU) yang cenderung kepada pemikiran politik intelektual dan pendekatan kelas. Kerjasamanya dengan Parti Komunis Malaya (PKM) dilihat ‘mengelirukan’ pelbagai pihak dari sudut visinya dalam memastikan keberlangsungan “meMalayakan Tanah Melayu”. Makalah ini merupakan satu sisi yang berbeza dalam menjelaskan hubungan antara kebangkitan politik Malayan dan pengaruh sosialis di Tanah Melayu dan Singapura.

Kata kunci: Sejarah politik Malaysia; Sosialis; Malayan Democratic Union (MDU); Kesedaran

politik; Kesedaran kelas.

Abstract

In the context of contemporary history, Malayan political resurgence was often viewed in terms of the formation of a pluralistic society. Accordingly, the focus in this article will specify on discussions of socialist influence in Malayan political developments that led to the sentiment of "meMalayakan Tanah Melayu" from different perspectives. By applying historical reconstructionist approach, the analysis of discussion was developed based on the primary sources particularly British documents such as Colonial Office (CO) and Foreign Commonwealth Office (FCO). Furthermore, the author also utilized an oral transcript of Gerald de Cruz and S. Rajaratnam from National Archives of Singapore. From the findings, it is revealed that the Malayan resurgence had been influenced by the role of British through AJUF. Besides, another factor of Malayan resurgence was the role of Malayan Democratic Union (MDU) which prone to political thought and intellectual class approach. The cooperation between MDU and the Malayan Communist Party (MCP) seems ‘mislead’ the vision in ensuring the continuation of "meMalayakan Tanah Melayu”. This article explaining the relationship between the Malayan political resurgence and the socialist influence in Malaya and Singapore from different perspective.

Keywords: Malaysian Political History; Socialist; Malayan Democratic Union (MDU); Political

Consciousness; Class Consciousness.

Ahamad Jama’ Amin Yang 16

PENGENALAN

Menurut Syed Husin Ali, “sosialis dan komunis sering digambarkan dalam satu makna dan ini menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat Melayu, Cina dan

India”. 1 Kenyataan ini merupakan anolagi dan gambaran gerakan nasionalisme aliran sosialis di Tanah Melayu pada waktu itu. Pengaruh sosialis sering dihubungkan dengan gerakan radikal dan dilihat sentiasa berlawan arus terutamanya apabila gerakan ini mula mencetuskan kebimbangan kepada rejim yang memerintah. Tambahan lagi, gerakan nasionalisme pada waktu itu masih berbaur perkauman dan memberi kesan dalam pendekatan politik keseluruhannya. Dalam konteks Tanah Melayu, suasana ini membawa kepada polemik berterusan kesan daripada pergelutan kaum dan kebangkitan politik Malayan yang dibawa oleh orang bukan Melayu. Tan Liok Ee melihat keadaan ini sebagai;

That the English-educated Straits Chinese referred to the country as Malaya and claimed a legitimate political status as Malayans only added insult to

injury. To the Malays, ‘Malaya’ was a colonial creation which had no legitimacy and Chinese claims to have participated in its development were

regarded as admissions of collaboration with the British . 2 Sehubungan itu, dalam makalah ini penumpuan perbincangan memperincikan

sudut yang berbeza melalui pengaruh sosialis dalam perkembangan politik Malayan yang membawa kepada sentimen “meMalayakan Tanah Melayu”. Perbincangan

menumpukan hubung kait politik kedua-dua elemen tersebut dengan memberi perhatian kepada gerakan aliran kiri bukan Melayu.

LATAR KEBANGKITAN POLITIK MALAYAN

Kebangkitan politik Malayan berkait-rapat dengan keadaan politik di Tanah Melayu (termasuk Singapura) 3 selepas berakhirnya perang dunia kedua. Perjuangan kemerdekaan berasaskan tuntutan demokrasi mula berkembang dan dijadikan sebagai hujah politik sebahagian besar aktor-aktor nasionalis di Tanah Melayu pada waktu itu. Proses transisi di Tanah Melayu dalam tahun 1937 sehingga tahun 1948 membawa kepada keterbukaan rejim British dalam perdebatan pelbagai ruang sama ada dari sudut identiti negara, bentuk kefahaman politik, persaingan ekonomi dan

persefahaman sosialisasi antara kaum. 4 Keadaan ini telah mencetuskan ruang lingkup ‘demokrasi baru’ (new democracy) yang membawa kepada perdebatan umum dalam

kalangan penduduk di Tanah Melayu pada waktu itu terutamanya di kawasan-kawasan bandar yang dibentuk, yang mana sebelum ini ‘bahasa demokrasi’ ditentukan oleh

*Artikel ini adalah sebahagian daripada penyelidikan Bab 3 tesis PhD penulis yang mengkaji gerakan sosialis di Malaysia.

1 Syed Husin Ali, Gerakan Politik Aliran Sosialis di Malaysia, Temubual, 3 September 2015. 2 Tan Liok Ee, The Rhetoric of Bangsa and Minzu: Community and Nation in Tension, The Malay

Peninsula, 1900-1955 , The Center of Southeast Asian Studies Monash University, Victoria, 1988, hlm. 9.

3 Perbincangan tidak hanya terbatas kepada Tanah Melayu sahaja dan turut merangkumi pergolakan politik di Singapura. Hal ini perlu dalam memastikan penghuraian bentuk kebangkitan politik Malayan

dan hubungannya dengan perkembangan pengaruh sosialis di kedua-dua wilayah terbabit yang saling berkaitan. Tambahan lagi, Singapura dilihat sebagai pusat kebangkitan gerakan politik bukan Melayu selepas tahun 1945 dan cenderung ke aliran kiri terutamanya ideologi sosialis dan komunis.

4 Proses transisi yang dimaksudkan adalah keadaan Tanah Melayu yang melalui beberapa fasa bermula daripada pencerobohan tentera Jepun di Tanah Melayu, peristiwa keganasan 14 hari, Pentadbiran

Tentera British, Malayan Union dan Perlembangan Tanah Melayu 1948.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Hubungkait Politik dalam Kebangkitan Politik Malayan dan Pengaruh Sosialis 17 di Tanah Melayu, 1937-1948

rejim kolonial British berdasarkan kerangka ‘demokrasi kolonial’ (colonial democracy). 5 Dalam konteks ini, T.N. Harper dalam analisisnya merumuskan keadaan tersebut membawa kepada penglibatan awam dan perubahan budaya politik di Tanah Melayu yang lebih bersifat majmuk.

In the months between between September 1945 and April 1946 legal restraints on expression and association were looser than they had been at any time previously in Malaya’s colonial history and, for that matter, looser than they

have been at any time since. The Malayan Spring saw a widening of the public sphere, whereby new moods, vocabularies and techniques were introduced

into political life that would reasonate throughtout the late colonial period. 6 Dalam hal ini, perubahan yang berlaku dalam persekitaran politik di Tanah

Melayu pada waktu itu bersangkut-paut dengan dua faktor utama yang saling bergantungan antara satu sama lain. Pertama, kesan daripada polisi ‘demokrasi kolonial’ melalui kerjasama British dengan orang-orang bukan Melayu yang

diperkenalkan dalam memastikan kepentingan strategis British terjamin di Tanah Melayu. Kerjasama ini memberi peluang kepada orang bukan Melayu menempatkan diri dalam lingkungan komuniti politik tempatan yang sebelum ini dipimpin oleh orang Melayu. Kedua, tahap literasi dan pendidikan penduduk di Tanah Melayu dan pendedahan politik yang diperolehi di luar negara sama ada di England atau berbentuk

serantau di Asia Tenggara yang memberi impak ‘kesedaran politik’ (political consciousness ) dalam kalangan aktor-aktor nasionalis sekitar tahun 1945 sehingga tahun 1948. Sebahagian besar golongan ini adalah pendukung aliran sosialis yang cenderung kepada kerangka kesedaran kelas dalam gagasan kemerdekaan mereka. Namun begitu, penelitian dari sudut ini tidak begitu mendalam dalam kalangan sarjana sejarah dan tidak ada penjelasan dalam klasifikasi perbezaan di antara sosialis dan

5 Penelitian ini perlu diliha t dalam konteks kedatangan orang bukan Melayu dan bagaimana ‘demokrasi kolonial’ yang diterjemahkan British adalah merupakan satu peluang awal kepada orang-orang bukan

Melayu untuk menempatkan diri mereka dalam ruang sosiopolitik perdana di Tanah Melayu pra merdeka. Dalam konteks yang lain, British mendominasi persekitaran politik semasa pada waktu itu termasuklah memanipulasikan mobilisasi gerakan politik dalam kalangan bukan Melayu. Dengan memberi perhatian kepada isu ekonomi, British yang dianggap penaung (protected) kepada Tanah Melayu telah menyusun beberapa dasar yang memperkukuhkan kepentingan politik dan ekonomi mereka selepas itu kesan daripada keberhasilan ‘demokrasi kolonial’. British memperkenalkan polisi

terbuka dengan membawa imigran luar terutamanya dari China dan India dalam menampung keperluan ekonominya di Tanah Melayu. Pada tahun 1931, sejumlah 1,704,452 orang Cina yang direkodkan menetap di Tanah Melayu, mengatasi orang Melayu yang hanya 1,645,516 dan orang India berjumlah 621,847. Manakala pada tahun 1947, peningkatan ketara yang direkodkan sejumlah 2,614,667 orang Cina di Tanah Melayu, berbanding orang Melayu yang hanya 2,543,569, walaupun jumlah tersebut meliputi orang-orang Melayu Indonesia dan orang-orang Asli; manakala orang India berjumlah 599,616. Sebagai timbal-balas reaksi positif sumbangan mereka dalam aktiviti perekonomian, British memberi laluan kepada mereka terlibat sama dalam ruang perdebatan nasionalisme di Tanah Melayu (CO 1030/308, Independent of Malaya Movement; CO 273/534/11, Position of Indian Labour in Malaya; CO 273/566/2, Unemployment in Malaya: restricts of Chinese Immigrant).

The presence of the Yellow-Peril in Malaya is the outcome of the British open-door policy. As it is known, the nine Malay States in Malaya, according to the Treaty, are British protector but the very principle of the Treaty has been violated by the British instituting the open-door policy which, in a very show period has flooded Malaya with the Chinese immigrant constituting not only of the Chinese merchants but labourers, peasants and peoples of other walks of life (Indian) (CO 1030/308, Independent of Malaya Movement).

6 T.N Harper, The End of Empire and The Making of Malaya, Cambridge University Press, Cambridge, 1999, hlm. 75.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Ahamad Jama’ Amin Yang 18

komunis. Jika ada sekalipun, perbincangan lebih menumpukan peranan aliran komunis dalam mendominasi gerakan nasionalisme dan politik aliran kiri di Tanah Melayu. 7 Berdasarkan sumber British, gagasan politik Malayan yang cuba diimplementasikan di Singapura dan juga Tanah Melayu merupakan perintis awal dalam usaha mengembangkan pemikiran politik moden yang mengadunkan nilai Barat

dan tradisi tempatan dan mengutamakan interaksi antara kaum. 8 Secara tidak langsung persekitaran baru ini yang mendorong kecenderungan politik egalitarianisme terutamanya dalam kalangan orang bukan Melayu. 9 Keadaan ini merupakan satu bentuk matlamat politik yang berlawanan seperti mana yang dikupaskan oleh Maurice Freedmann dalam menjelaskan kedudukan struktur politik di antara kaum di Tanah Melayu pada waktu. Menurut Freedman;

[ …..]Nationalism and political independence in their early phases have tended to define, on a pan-Malayan basis, ethnics bloc which in former times were merely categories. Then the social map of Malaya was, so to speak, made up of a kaleidoscope of small culturally defined units rearranging themselves in accordance with local conditions. “The Malays” did not interact with some Chinese and some Indians. But as “Malays”, “Chinese” and Indian come to

be realized as structural entities on a nation-wide scale, they can have total

relations with one another . 10

PERKEMBANGAN AWAL DAN PENGARUH SOSIALIS DALAM GERAKAN POLITIK MALAYAN

Melalui faktor pertama, ‘demokrasi baru’ yang terbentuk merupakan manifestasi politik dalam kalangan pendukung gerakan Malayan nasionalism yang

mula menyusun satu gagasan agenda politik yang berteraskan “meMalayakan Tanah Melayu” sejak tahun 1937 dengan ‘bantuan’ British. Agenda politik Malayan yang cenderung kepada “meMalayakan Tanah Melayu” ini telah memecahkan tradisi perjuangan yang sebelum ini lebih memusatkan kepada rasionalisasi Melayu sebagai tonggak struktur sistem sosiopo litik di Tanah Melayu. Falsafah “meMalayakan Tanah Melayu” ini yang dilihat menjadi kerangka asas ‘demokrasi baru’ yang diperjuangkan sebahagian besar aktor- aktor nasionalis bukan Melayu khususnya. ‘Bantuan’ British dapat dilihat dari sudut bagaimana kebangkitan politik Malayan atau konsep “meMalayakan Tanah Melayu” ini bermula melalui hubungan British dengan pendukung aliran sosialis Marxisme (sebahagian besar cenderung kepada komunis Marxisme Lenin) dan sosialis bukan Marxisme (cenderung kepada aliran sosialis- demokrat dan Fabianisme).

7 Cheah Boon Kheng, Red Star Over Malaya-Resistance and Social Conflict During and After the Japanese Occupation of Malaya, 1941-1946 , NUS Press, Singapore, 2012; Ishak Saat, Radikalisme

Melayu Perak 1945-1970 , Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 2011; Ho Hui Ling, Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu , Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2004; John Drysdale, Singapore: the struggle for success, Times Books International, Singapore, 1984.

8 Lihat Fail FCO 141/15673, Singapore: Malayan Security Service (MSS) Political Intelligences Journals, 1948; FCO 141/15957, Singapore: Malayan Security Service (MSS) Committee weekly

summaries; Singapore Local Intelligents reports; FCO 141/15955, Singapore: Malayan Security Service Political Intelligences Journals, 1947.

9 Lihat tulisan Yeo Kim Wah, Political Development in Singapore 1945-1955, Singapore University Press, Singapore, 1973, hlm. 202-238; Khong Kim Hong, Merdeka! British Rule and The Struggle for

Independence in Malaya 1945-1957 , SIRD Publisher, Petaling Jaya, 2003, hlm. 108-175.

10 Maurice Freedman, The Growth of Plural Society in Malaya, Pacific Affairs 33 (2), 1960, hlm. 167.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Hubungkait Politik dalam Kebangkitan Politik Malayan dan Pengaruh Sosialis 19 di Tanah Melayu, 1937-1948

Penubuhan All Malayan Peoples Anti-Japanese Union and Forces (AJUF) pada tahun 1937 merupakan ‘bantuan’ atau penanda aras awal pengikhtirafan British terhadap orang bukan Melayu khususnya masyarakat Cina. 11 Ironinya, pihak British menyedari penglibatan Parti Komunis Malaya (PKM) dalam AJUF secara tidak langsung menerusi ahli-ahlinya. Namun begitu, British memerlukan sokongan orang- orang Cina dalam menyusun strategi politiknya. Tambahan lagi, pada waktu itu

sebelum Tanah Melayu diambil alih Pentadbiran Tentera British selepas pendudukan Jepun dan peristiwa keganasan 14 hari pada tahun 1945, PKM mempunyai hubungan strategis dengan pihak British. Dalam tempoh itu (1941-1945), ahli-ahli AJUF masih menumpukan ‘ketaatan’ mereka kepada British.

The policy of the AJUF is primarily anti-Japanese but there is a hard core of communist party members who hold extremist and anti-imperialist views and are known to support the idea of an independent republic of Malaya. Majority of the members of the AJUF however appear to have little or no interest in

politics and are constantly asking when the British will return. 12 British menggunakan AJUF sebagai platform memperkukuhkan hegemoni

kuasanya, terutama usaha menarik sokongan masyarakat Cina di Tanah Melayu dalam menghadapi ancaman Jepun yang mula menular di Asia Tenggara penghujung tahun 1930-an dan menyekat rancangan penubuhan gabungan ‘negara besar China’ (The

Greater China) yang digerakkan oleh Kuomintang secara besar-besaran. 13 Manakala AJUF dilihat berfungsi sebagai institusi sosial dalam melindungi kepentingan dan memperkukuhkan kedudukan orang-orang Cina di Tanah Melayu dengan sokongan

British dari sudut ekonomi (bantuan kewangan) dan bekalan makanan. 14 Namun begitu, fungsi AJUF mula berubah dan cenderung kepada gerakan risikan serta ketenteraan melalui penubuhan Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942. Penglibatan ini ada

kaitannya dengan PKM dan peranan British dalam AJUF. 15 Berdasarkan rekod British, PKM mula terlibat secara langsung dalam AJUF pada tahun 1940 yang merupakan perintis kepada usaha penubuhan MPAJA dan langkah awal menyelaraskan latihan

ketenteraan dan keselamatan bagi menghadapi serangan Jepun di Tanah Melayu. 16

11 Penubuhan All Malayan Peoples Anti-Japanese Union and Forces (AJUF) pada tahun 1937 merupakan perintis hubungan yang dijalinkan di antara kedua-dua pihak sama ada British mahu pun

imigran Cina di Tanah Melayu. AJUF mendapat sokongan padu daripada PKM melalui penyertaan ahli- ahlinya yang berbangsa Cina secara individu, walaupun parti tersebut secara dasarnya tidak menganggotai gabungan organisasi tersebut pada peringkat awal penubuhannya. Turut menyertai AJUF, pemimpin-pemimpin tempatan dan golongan peniaga dalam kalangan masyarakat Cina terutamanya di kawasan-kawasan bandar seperti di Ipoh, Kuala Lumpur, Singapura, Pulau Pinang dan Melaka (Telegram Rahsia (SEACOS 394) Louis Mounbatten kepada British Chieff of Staff bertarikh 12 Mei 1945 dalam CO 273/677/5, Malaya: Handling of Resistance Movement in Malaya).

12 Telegram Rahsia (SEACOS 394) Louis Mounbatten kepada British Chieff of Staff bertarikh 12 Mei 1945 dalam CO 273/677/5, Malaya: Handling of Resistance Movement in Malaya.

13 Lihat Resistance Movement in Malaya Report oleh Joint Planning Staff, Chieff of State Committee bertarikh 3 Jun 1945 dalam CO 273/677/5, Malaya: Handling of Resistance Movement in Malaya; Lihat

juga CO 1030/308, Independent of Malaya Movement. 14 CO 273/677/5, Malaya: Handling of Resistance Movement in Malaya.

15 Pembiayaan operasi, latihan ketenteraan dan peralatan senjata disediakan oleh Supreme Allied Command South East Asia (SACSEA) di bawah tanggungjawab dan seliaan Admiral Louis

Mountbatten. 16 “At first it was purely anti-Japanese but later penetrated by the Malayan communist party which by

1940 had obtained control over policy. Re-organised after fall of Malayaas active resistance movement it became Malayan people’s anti-Japanese union and forces” (Lihat Telegram Rahsia (SEACOS 394)

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Ahamad Jama’ Amin Yang 20

AJUF dan MPAJA dua organisasi yang mempunyai fungsi berbeza tetapi saling bekerjasama terutamanya peranan AJUF merekrut ahli-ahlinya menyertai PKM dan MPAJA serta bergabung menentang Jepun. Dalam hal ini, Cheah Boon Kheng menjelaskan fungsi kedua-dua organisasi terbabit;

Members of MPJU (AJUF) may not be communist but they would include a cross-section of the people. But once they had been recruited they maintained contact with the MCP and the MPAJA through intermediaries in their area. MCP cadres might, however, try to proselytize MPAJU (AJUF) members and officials to them into the party. Unlike the MPAJU (AJUF), the MPAJA received political education from the party. The content of political course given to MPAJA guerillas related to theories of communism, discussions of international affairs, explanation of MCP policies, and “self-criticism”

sessions . 17 Keadaan ini berterusan sehingga Jepun keluar dari Tanah Melayu pada tahun

1945. Malahan, pada 25 Ogos 1945, Jawatan kuasa Eksekutif Pusat PKM memberi jaminan kepada British melalui deklarasi lapan matlamat mereka yang menjadi teras perjuangan parti tersebut.

i) To support United Nations of Russian, China, Britain, Greece, America and new organization for world security.

ii) To establish a democratic Government is Malays with electorate drawn from all races of each State and anti-Japanese army.

iii) To abolish Fascism and Japanese political structural laws in Malaya. iv) To enforce free speech, publications and societies, and obtain legal status for anti-Japanese army. v) To reform educational system and improvement of social conditions of the people. vi) To improve living conditions, development of industry commerce and agriculture, provide relief for unemployed and the poor, increase wages to standard minimum and establish eight-hour working day. vii) To punish trsitors, corrupt officials, hoerding and profiteers and stabilisetion of prices.

viii) To ensure good treatment for members of anti-Japanese army and provide compensation for families of those who died the Allied cause. 18

Komitmen AJUF dan matlamat PKM disokong oleh British pada masa itu terutamanya melalui cadangan Louis Mountbatten yang melihat perlunya ruang politik diberikan kepada orang-orang bukan Melayu dan mewujudkan freedom of society di

Tanah Melayu. 19 Cadangan ini disambut baik oleh AJUF, sehinggakan seramai lima ribu ahli-ahlinya merayakan kemenangan Pakatan Tentera Berikat dan mengalu-

Louis Mountbatten kepada British Chieff of Staff bertarikh 12 Mei 1945 dalam CO 273/677/5, Malaya: Handling of Resistance Movement in Malaya).

17 Cheah Boon Kheng, Red Star Over Malaya-Resistance and Social Conflict During and After the Japanese Occupation of Malaya, 1941-1946 , NUS Press, Singapore, 2012, hlm. 68.

18 Lihat Telegram S.A.C.S.E.A kepada Pejabat Luar (Foreign Office) bertarikh 3 September 1945 dalam CO 273/677/5, Malaya: Handling of Resistance Movement in Malaya.

19 Cadangan mewujudkan Republic of Malaya dan freedom of society merupakan langkah seterusnya yang dicadangkan oleh Louis Mountbatten melalui dua kertas cadangannya iaitu SEACOS 393 dan

SEACOS 394 kepada Pejabat Tanah Jajahan di London sepanjang tahun 1944-1945 untuk menyusun kembali pentadbiran di Tanah Melayu dengan mengambil kira sumbangan masyarakat Cina menentang Jepun (Lihat CO 273/677/5, Malaya: Handling of Resistance Movement in Malaya).

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Hubungkait Politik dalam Kebangkitan Politik Malayan dan Pengaruh Sosialis 21 di Tanah Melayu, 1937-1948

alukan kehadiran British selepas berakhirnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu. 20 Akhbar Times melaporkan perarakan ini disertai sebahagian besar orang-orang Cina daripada PKM, Kesatuan Pelajar-Pelajar Cina Singapura, Kesatuan Pekerja-Pekerja Cina Singapura dan beberapa lagi anggota pertubuhan AJUF yang lain. Malahan perarakan ini menggambarkan pendirian AJUF untuk mewujudkan negara yang

berasaskan Republic of Malaya 21 seperti yang digariskan oleh PKM dalam deklarasinya serta lebih menonjolkan peranan kaum Cina berbanding kaum Melayu.

The cammom factor which united them-resistance to the Japanese-is now removed, and internal difference are already becoming manifest. The Malayan Communist Party, which is efficiently, indeed ruthlessly, organized, seems to

be thinking in terms of a Malayan republic, not necessarily expelling Europeans, but with Malaya administered and its resource owned by people of the country. In practice, of course, this would mean a Malaya run by the

Chinese . 22 Bagaimanapun, pada masa yang sama kerjasama British dan AJUF dibanyangi

oleh perasaan ragu-ragu dan berhati-hati, terutamanya ketidakkeyakinan British terhadap komitmen politik orang-orang Cina, 23 dan kerisauan mereka terhadap tindak balas orang-orang Melayu. British dilihat agak prejudis terhadap bentuk kerjasamanya dengan AJUF dan PKM dalam jangka masa panjang. 24 Hal ini bersangkut-paut dengan kerisauan pandangan dan penerimaan orang-orang Melayu terhadap tuntutan dan dasar

persamaan tersebut (deklarasi PKM), terutamanya cadangan “meMalayakan Tanah Melayu”. Prejudis ini timbul akibat daripada beberapa tuntutan dan harapan AJUF dan

PKM yang boleh menimbulkan kesan negatif sokongan orang Melayu terhadap British. Dalam hal ini, British dilihat terperangkap dalam permainan politiknya sendiri yang cuba mengalih dan mendapatkan sokongan daripada masyarakat Cina dan memberikan janji terutamanya berkaitan pemberian kewarganegaraan dan hak sama rata di antara kaum. Kandungan surat Lord Louis Mountbatten kepada Sir Oliver Stanley, Setiausaha Tanah Jajahan jelas memaparkan sikap waspada tersebut:-

In the case of Malaya, there is of course the difficulty that the resistance movements are largely composed of Chinese elements, and that the Chinese in the greater part of Malaya did not in the past enjoy equality of status. If we

20 “Left-Wing in Singapore-British Welcomed Back”, Times, 17 September 1945. 21 Malaya Resistance Movement, Memorandum by Supreme Allied Command South East Asia bertarikh 4 Ogos 1945 dalam CO 273/677/5, Malaya: Handling of Resistance Movement in Malaya.

22 “Left-Wing in Singapore-British Welcomed Back”, Times, 17 September 1945.

23 Orang-orang Cina di Tanah Melayu ketika itu sedang menghadapi kemelut dalam menangani identiti nasional mereka. Ada yang cenderung untuk bersama-sama dengan British mewujudkan negara

“Malaya” di Tanah Melayu dan sebahagian lagi terpengaruh dengan gagasan “negara besar China” yang diketuai oleh Kuomintang. Sentimen persaingan di antara Kuomintang dan AJUF disemarakkan lagi dengan penglibatan British yang turut memainkan peranan menyekat pengaruh Kuomintang tersebar dalam kalangan masyarakat Cina di Tanah Melayu. The Kuomintang has as yet given no evidence of the enthusiastic "pro-Malayan" sentiments of the A.J.U.F, which, in view of their political attitude before the war, is not unexpected. There are indications that the Kuomintang fear eclipse by the AJUF (Lihat Malaya Resistance Movement, Memorandum by Supreme Allied Command South East Asia bertarikh 4 Ogos 1945 dalam CO 273/677/5, Malaya: Handling of Resistance Movement in Malaya).

24 Dalam hal ini, British seakan mempergunakan AJUF bagi kepentingan strategi dan percaturan politiknya semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. British merancang untuk membubarkan AJUF

bila tiba waktu yang sesuai. Menurutnya, “The sentiments expressed in this manifesto are irreproachable except that any reinforcement of A.J.U.F could only be temporary and its member would sooner or later be disbanded or incorporated in His Majesty's Forces ” (CO 273/677/5, Malaya: Handling of Resistance Movement in Malaya).

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Ahamad Jama’ Amin Yang 22

back them to any appreciable extent, and accept their co-operation, we shall owe them a special debt and thi will give them a strong case if they choose to ask for special privileges. I feel, however, that this point is already largely covered in the Diretive on H.M Government’s policy for Malaya, forwarded to me by the War Office in their letter 098/4335 (CA4) of th 10 th July 1944, which in the first paragraph states that “our declared purpose of promoting self- government in colonial territories […] should provide for a growing participation in the Government by the people of all the communities in Malaya”. I also feel that you personally strongly back the implementation of this aim…….you state “our pre-war experience offered hardly any sign of a

conception amongst the three peoples that they were Malayans . 25 Pada sisi yang berbeza, situasi ini memberikan suatu gambaran projek

“meMalayakan Tanah Melayu” yang diinspirasikan daripada visi British dan digerakkan secara organisasi melalui orang-orang bukan Melayu khususnya kaum Cina dalam AJUF dan PKM. Platform ini dilihat sebagai reformasi awal terhadap struktur politik di Tanah Melayu keseluruhannya sebelum diperkemaskan melalui polisi Malayan Union selepas itu. Berdasarkan jalinan hubungan tersebut (British- AJUF-PKM), keadaan ini yang disimpulkan oleh Charles Hirschman sebagai permulaan race relations (hubungan antara kaum) di Semenanjung Tanah Melayu

yang dibentuk strukturnya oleh British. 26 Menurut Hirschman lagi; These changes stimulated a wave of Chinese and Indian immigrants, on a

historically unprecedented scale, to the states on the Malay Peninsula. This phenomenon alone certainly created a new demographic situation that would have required a long period of ethnic accommodation and adjustment. The new immigrants, however were not thrown into contact with Malays but were segregated geographically, economically, and socially from the local population. The colonial government “managed” the plural society by trying to maintain the Malay feudal social structure in the countryside and a “temporary” immigrant population working in the mines, plantations and

cities. 27 Pada tahap ini, intervensi orang bukan Melayu memuncak dalam usaha

“meMalayakan Tanah Melayu” khususnya apabila gerakan politik mula dilihat melangkaui sempadan perkauman. Menurut Gerald de Cruz, salah seorang penggerak

awal Malayan Democratic Union (MDU), kebangkitan perjuangan menentang kuasa imperialis berteraskan penyatuan pelbagai kaum dilihat merupakan nadi utama dalam perkembangan nasionalisme pasca perang dunia kedua di Tanah Melayu dan

Singapura. 28 Keadaan ini semakin ketara melalui penglibatan golongan berpendidikan barat dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu dan Singapura. Faktor ini yang dilihat sebagai sumbangan kedua ‘kesedaran politik’ dalam pembentukan pemikiran politik Malayan seperti yang dinyatakan sebelum ini.

25 Surat Rahsia Louis Mountbatten kepada Sir Colonel Oliver Stanley bertarikh 11 Mei 1945 dalam CO 273/677/5, Malaya: Handling of Resistance Movement in Malaya.

26 Charles Hirschman, The Making of Race in Colonial Malaya: Political Economy and Racial Ideology, Sociological Forum vol. 1(2), 1986, hlm. 2.

27 Charles Hirschman, The Making of Race in Colonial Malaya: Political Economy and Racial Ideology, Sociological Forum vol. 1(2), 1986, hlm. 356.

28 MSS/PIJ/8/1947, FCO 141/15955, Singapore: Malayan Security Service Political Intelligence Journals, 1947. Kupasan yang lebih terperinci dan mendalam sila lihat tulisan Asad-ul-Iqbal Latif, The

Life Time and Times of Gerald de Cruz , Singapore, ISEAS Publishing, 2015.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Hubungkait Politik dalam Kebangkitan Politik Malayan dan Pengaruh Sosialis 23 di Tanah Melayu, 1937-1948

‘Kesedaran politik’ pada fasa ini cenderung kepada bentuk perjuangan yang tidak menjalinkan kerjasama dengan pihak British, tetapi lebih merupakan usaha

mewujudkan ‘kemahuan politik’ di antara orang bukan Melayu dengan orang Melayu dan pembebasan sepenuhnya Tanah Melayu daripada cengkaman British. Hal ini ada kaitannya dengan pengaruh luar yang diperolehi sama ada melalui proses pendidikan moden terutamanya pendidikan barat dan pengalaman politik di Eropah (terutamanya di United Kingdom) dan serantau (Asia). Dalam konteks ini, kedua-dua proses tersebut mempengaruhi persekitaran kebangkitan politik Malayan. Edwin Lee dalam bukunya yang berjudul Singapore: The Unexpected Nation, melihat peranan konstruktif yang digerakkan secara massa oleh aktor-aktor MDU dalam mencetuskan kebangkitan politik Malayan. Menurutnya aktor-aktor kanan MDU seperti Lim Hong Bee, Lim Kean Chye, Eu Chooi Yip, P.V Sarma dan John Eber dilihat antara watak utama parti tersebut dan mempunyai mempunyai latar belakang pendidikan tinggi berdasarkan

sistem barat (English-educated). 29

Lim Hong Bee misalnya, merupakan aktor kanan MDU yang berlatar belakangkan bidang perundangan dan penerima Kings’s Scholarship daripada Universiti Cambridge dan terdedah kepada pemikiran sosialis aliran Marxisme-Lenin

sejak tahun 1937 di England. 30 Malah pada masa yang sama, pengaruh Fabianisme juga terdedah kepada ahli-ahli MDU secara tidak langsung. Pada tahap awal John Eber 31 dilihat di antaranya, selain daripada pengakuan Gerald de Cruz berkaitan pengaruh politiknya melalui tulisan George Bernard Shaw yang berjudul The Intelligent Woman’s Guide to Socialism, Capitalism, Sovietism and Fascism. George Bernard Shaw merupakan pengasas Fabian Society dan dilihat di antara tokoh intelektual yang berpengaruh dalam gerakan politik di United Kingdom pada penghujung abad ke-19 sehingga awal abad ke-20. Menurut Gerald de Cruz;

[..] from George Bernard Shaw’s guide, I discovered what politics was about.

I discovered something about ideologies and two thing I came to a decision about in those days were: one, we cannot depend on other people-white man, black man, yellow man, whoever it might be-to look after us; we must look after ourselves. Because I could see then, when it came to the crunch, we were very

low on the list priorities . 32

Melalui siri dialog, kuliah dan penerangan politik di Singapura dan beberapa bandar di Tanah Melayu, intipati peneguhan sosialis dikembangkan kepada ahli-ahli MDU. Siri kuliah dan penerangan politik ini merupakan program yang disusun oleh Eu Choi Yip (Setiausaha Agung MDU) dalam usaha memberi kesedaran nasionalisme dan pendedahan politik semasa kepada ahli-ahli MDU dan jaringan satelit parti tersebut (kesatuan-kesatuan buruh di Singapura). Berdasarkan intipan British, beberapa siri kuliah tersebut telah diadakan sejak tahun 1946 sehingga tahun 1948. Di antaranya pada 20 November 1947 yang disampaikan oleh P.V Sarma dan dihadiri dua puluh peserta yang juga merupakan ahli Kesatuan Guru-Guru Singapura (Singapore Teachers Union). Dalam siri dialog tersebut, P.V Sarma menekankan keperluan ahli-

29 Edwin Lee, Singapore: The Unexpected Nation, Singapore, Institute of Southeast Asian Studies, Singapore, 2008, hlm. 59.

30 Dalam transkrip temubual, Gerald de Cruz menyatakan Lim Hong Bee menerima biasiswa atas nama Queen’s Scholarship daripada Universiti Cambridge (Lihat Gerald De Cruz, Political History in Singapore, 1945-1965, Transkrip Lisan Wawancara Gerald De Cruz, 23 September 1981).

31 John Eber pernah terlibat dalam aktiviti Fabian Society semasa beliau menuntut di Universiti Cambridge pada penghujung tahun 1930-an.

32 Gerald De Cruz, Political History in Singapore, 1945-1965, Transkrip Lisan Wawancara Gerald De Cruz, 23 September 1981.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Ahamad Jama’ Amin Yang 24

ahli untuk terus mendapatkan maklumat dalam mempertingkatkan kualiti perkhidmatan perguruan dan mengetahui serta mempertahankan hak-hak guru. Mereka juga didedahkan pendekatan reaksionari melalui ilmu demonstrasi atau

mogok. 33 Di samping itu, pada 22 May 1948, Quok Ping Chen membentangkan tajuk The History of the Coloniasation of Malaya yang dihadiri 15 ahli MDU dan Eu Choi Yip bertajuk Policy of the MDU pada 23 May 1948. 34 Manakala pada 29 May 1948, siri kuliah politik yang disampaikan oleh Quok Ping Chen bertajuk The Economics Structure of Malaya dihadiri 30 ahli MDU dan pada 30 May 1948, G.R Thumboo telah membentangkan tajuk What is Democracy? yang dipengerusikan Gerald de Cruz. Paling menarik, kemampuan MDU untuk membincangkan isu sivil dalam komuniti politik mereka melalui siri kuliah politik tersebut, apabila J. Parerira membentang isu

yang berkaitan Medical Aid. 35 Malah J. Pareira mencadangkan MDU menubuhkan People’s Welfare Medical Associations dalam usaha membantu ahli-ahli MDU dan

keluarga dari sudut perubatan dengan kadar yang murah. MDU dilihat sebagai parti terawal dalam mendedahkan isu sivil ini dalam kalangan orang awam terutamanya ahli-ahlinya. Kesemua siri kuliah politik tersebut telah dilangsungkan di Singapura. Manakala di luar Singapura, beberapa siri penerangan politik juga turut diadakan antaranya di Segamat, Johor pada 3 Mac 1948 yang disampaikan oleh Gerald de Cruz yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat di sana khususnya

dalam kalangan bukan Melayu. 36

Penglibatan MDU dalam membangunkan ‘kesedaran politik’ tidak hanya terbatas dilingkungan kelompok mereka semata-mata, tetapi turut merangkumi ruang

sivil. Hal ini dapat dilihat melalui debat terbuka yang diadakan pada 5 Mac 1948 di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura. Debat tersebut diadakan sebagai respon dan kecaman MDU berkaitan pihan raya umum yang diadakan di Singapura sekitar bulan Mac 1948. MDU diwakili Philip Hoalim dan S.C Goho mewakili kerajaan British di Singapura. Debat tersebut turut dihadiri Dr. Burhanuddin al-Helmy sebagai tanda sokongannya terhadap protes MDU dan Philip Hoalim secara peribadinya. Dalam perdebatan tersebut, J.R.B Towner (ahli Parti Komunis Great Britain) yang turut hadir menzahirkan sokongannya kepada Philip Hoalim telah

mengecam peraturan yang ditetapkan oleh rejim kolonial British. 37 Perdebatan terbuka ini merupakan kali pertama di adakan di Singapura yang memberi kesan mendalam dan menimbulkan kebimbangan berterusan British terhadap MDU terutamanya pendekatan radikal dan sokongan yang diterimanya. Kebimbangan ini yang digambarkan sebagai suasana kebangkitan politik Malayan melalui wacana intelektual seperti mana yang direkodkan oleh British dalam sumber-sumber risikannya.

33 MSS/PIJ/20/1947, FCO 141/15955, Singapore: Malayan Security Service Political Intelligence Journal, 1947.

34 Sebelum itu, telah diadakan dua siri kuliah politik. Pertama, pada 29 Januari 1948 yang disampaikan oleh Colin Deans, Pensyarah Kolej Raffles yang menyentuh tentang tajuk The Eurasian Problem dan

kedua, P.M Williams yang membentangkan tajuk Income Tax and Social Services pada 1 Februari 1948 (FCO 141/15957, Singapore: Malayan Security Service (MSS) Committee weekly summaries; Singapore Local Intelligents reports, 1948).

35 FCO 141/15957, Singapore: Malayan Security Service (MSS) Committee weekly summaries; Singapore Local Intelligents reports.

36 FCO 141/15957, Singapore: Malayan Security Service (MSS) Committee weekly summaries; Singapore Local Intelligents reports.

37 FCO 141/15957, Singapore: Malayan Security Service (MSS) Committee weekly summaries; Singapore Local Intelligents reports.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Hubungkait Politik dalam Kebangkitan Politik Malayan dan Pengaruh Sosialis 25 di Tanah Melayu, 1937-1948

Bagaimanapun, persoalan dalam mengupas hubung kait aliran sosialis dengan kebangkitan politik Malayan tidak hanya terbatas dari sudut satu bentuk kerangka sahaja. Perkembangan tersebut perlu melihat keadaan politik semasa yang mana wujudnya penggabungan dan kerjasama (komuniti politik) di antara sub-sub aliran sosialis dalam organisasi politik dan bukan politik. Komuniti politik ini termasuklah di antara MDU dan PKM serta organisasi-organisasi yang lain seperti General Labour Union (GLU), Pan-Malayan Free Trade Union (PMFTU) dan Singapore Free Trade Union (SFTU). Namun begitu, komuniti politik ini dilihat ekstremis dari kaca mata British berdasarkan hubungan dan peranan MDU dan PKM. MDU dilabelkan sebagai parti politik yang cenderung kepada aliran komunis, mengamalkan pendekatan politik ekstremis seperti mogok dan demonstrasi dan mengenepikan kuasa tradisi Melayu. Hal ini dapat dilihat melalui kenyataan Penasihat Polis Pentadbiran Tentera British yang berpusat di Singapura, R.H de S. Onraet pada 6 Mac 1946 yang memberi andaian penglibatan MDU dalam membantu PKM mengembangkan agenda komunisme di Tanah Melayu dan Singapura;

That is why I fear that the Malayan Democratic Union may be developed into

a weapon against the Malays. The protection and survival of the Malay is the rock on which our prestige and power in the Far East will rest, for we can with its achievement not only preserve a picturesque and individualistic race but we can also withstand the ri sing tide of what PRAVDA calls “ideological Bolshevism”, that is to say, the submergences of Malaya into a satellite state

of Chinese National Communism . 38

Pandangan British ini seolah-olah selari dengan keputusan mesyuarat Jawatan kuasa Eksekutif Pusat PKM pada 6 Julai 1946 yang memutuskan memberi sokongan kepada MDU dalam pelbagai cara termasuklah bantuan kewangan, tenaga kerja parti

dan perkongsian strategik. 39 Keputusan tersebut seakan ‘mengiyakan’ hubungan MDU dan PKM. Melalui peranan Eu Chooi Yip dan Lim Hong Bee, pengaruh komunis mendapat pendedahan luas dan seakan berkembang dalam MDU berdasarkan bentuk

sokongan yang diberikan PKM. 40 Hal ini dari satu sudut tidak dapat dinafikan, malah ini menimbulkan persoalan tentang gerak kerja MDU. 41 Eu Chooi Yip dilihat antara aktor MDU yang terperangkap dalam soal ini. Beliau dikenali sebagai ahli New Democratic Youth League (NDYL) yang juga merupakan pertubuhan yang dinaungi PKM. Malah pada masa yang sama, Eu Chooi Yip juga merupakan penulis kolumnis

Nan Chiao Jit Poh yang dilihat sebagai lidah rasmi akhbar berbahasa Cina PKM. 42 Keadaan yang sama juga berlaku kepada Lim Hong Bee. Beliau dipercayai antara pengasas National Council for Civil Liberties yang ditubuhkan di London. Pertubuhan ini mempunyai jalinan hubungan yang kuat dengan Parti Komunis di Tanah Melayu dan United Kingdom. Malah pada masa yang sama sekitar tahun 1947 di London, Lim Hong Bee telah mengasaskan London News and Information Bureau bersama beberapa penulis terkenal Marxisme dan aktivis komunisme United Kingdom

38 CO 537/1579, Strikes and Demonstrations. 39 MSS/PIJ/9/1948, FCO 141/15673, Singapore: Malayan Security Service (MSS) Political Intelligence Journals, 1948. 40 Selain daripada dua watak tersebut, Lim Kean Chye dan John Eber juga turut dikaitkan dengan gerakan komunisme dalam MDU (Lihat S. Rajaratnam, Political History in Singapore, 1945-1965, Transkrip Lisan Wawancara S.Rajaratnam, 3 Ogos 1982).

41 Lihat S. Rajaratnam, Political History in Singapore, 1945-1965, Transkrip Lisan Wawancara S.Rajaratnam, 3 Ogos 1982.

42 MSS/PIJ/22/1947, FCO 141/15955, Singapore: Malayan Security Service Political Intelligence Journal, 1947.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Ahamad Jama’ Amin Yang 26

seperti Neill Sterwart, Major John Eyre, Mrs. Eyre, S.H Cox, John Downding dan Dr.

I. Monstuchi sebagai platform komunikasi gerakan inter-komunisme antarabangsa. 43 Namun begitu, pandangan ini dinafikan oleh S. Rajaratnam. Menurutnya MDU berdiri atas kapasiti pendiriannya yang cenderung kepada gerakan anti-kolonialisme, walapun

pada masa yang sama diakui wujudnya elemen komunisme dalam parti tersebut. 44 Keadaan ini tidak dapat dielakkan seperti mana yang berlaku kepada PKMM dan API, melalui peranan beberapa watak yang menyusup masuk dalam parti-parti politik di Tanah Melayu pada waktu itu.

Elemen komunisme dalam konteks mobilisasi politik MDU dipercayai digerakkan secara terpisah-pisah melalui beberapa aktor-aktor penting seperti yang dinyatakan sebelum ini. Dalam hal ini, sumber risikan British mengakui keadaan tersebut kerana wujudnya perbezaan pandangan antara Eu Chooi Yip dengan Lim

Kean Chye dan Gerald de Cruz dengan John Eber. 45 Bagaimanapun, sumber yang sama tidak dapat memperincikan sebab-musabab punca perbezaan pandangan tersebut. Namun dipercayai keadaan ini menjurus kepada konflik dalaman MDU yang melibatkan kumpulan liberal dan Marxisme (khususnya gerakan pro-komunis). Konflik dalaman ini yang memberi kesan kepada imej dan perwatakan umum MDU sama ada ianya beraliran Marxisme atau liberal-demokrat. Yeo Kim Wah dalam artikelnya mengaitkan penubuhan MDU adalah sinergi kepada penggabungan di antara aliran Fabianisme, sosial-demokrat, Marxisme-Lenin dan Marxisme-Moa

melalui kepelbagaian partisipasi watak-watak penting parti tersebut. 46 Namun begitu seperti Gerald de Cruz, Rajaratnam mengakui kelebihan PKM dari sudut struktur, fungsi, jaringan komuniti politik dan dana yang kukuh berbanding parti-parti politik yang lain. Begitupun matlamat akhir PKM dan MDU membezakan kedua-dua parti tersebut. Pandangan tersebut turut dikongsi dan dipersetujui bersama oleh Gerald de Cruz. Menurutnya;

The Communists have different stages in their strategy. And as they saw it in Singapore at that time, we were in a liberal, democratic, bourgeoise stage of the revolution. Now, in that stage therefore, the Communist, as a matter of tactics and strategy, will put forward constitution that are very, very democratic and seem to be quite moderate. But no as a final aim but only a stage. Because they know that the people they’re going to appeal to are politically still very backward and quite apathetic. If they put anything extreme to them, they’ll turn away from it and reject it immediately. So they put forward what seems to be a very nice, reasonable, rational, moderate, democratic constitution. And once we accept that and in the process, every day we are

43 MSS/PIJ/19/1947, FCO 141/15955, Singapore: Malayan Security Service Political Intelligence Journal, 1947.

44 Isu ini dibangkitkan oleh S. Rajaratnam apabila berlaku perdebatan hebat di antara beliau dengan Eu Chooi Yip dan Lim Kean Chye berkaitan pengisyhtiharan gerakan bersenjata oleh PKM terhadap

British pada Jun 1948. Dalam hal ini, S. Rajaratnam tidak bersetuju dengan tindakan tersebut, malah beliau menulis artikel tentang isu berkenaan dalam ruangan akhbar The Singapore Standard. Artikel tersebut telah dikritik Eu Chooi Yip dan Lim Kean Chye. Kritikan ini yang memperlihatkan ideologi politik sebenar kedua-dua aktor terbabit yang menonjolkan sisi komunisme dalam hujah mereka. (Lihat S. Rajaratnam, Political History in Singapore, 1945-1965, Transkrip Lisan Wawancara S.Rajaratnam,

3 Ogos 1982). 45 MSS/PIJ/19/1947, FCO 141/15955, Singapore: Malayan Security Service Political Intelligence

Journal, 1947. 46 Lihat kupasan Yeo Kim Wah, Joining the Communist Underground: The Conversion of English-

educated Radicals to Communism in Singapore, Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society

67 (1), 1994, hlm. 35-52.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Hubungkait Politik dalam Kebangkitan Politik Malayan dan Pengaruh Sosialis 27 di Tanah Melayu, 1937-1948

getting more and more politically conscious, then there will be a next stage. At least something a bit more extreme will be put up until they come to us with a

dictatorship of the proletariat . 47

Peneguhan Gerald de Cruz senada dengan kenyataan Philip Hoalim Senior. Dalam konteks ini, Philip Hoalim, Presiden MDU menolak idea Wu Tian Wang 48 untuk menjadikan aliran komunisme sebagai pengganti rejim British. Menurut beliau lagi;

I disagreed with him. I said it was not right attitude to take. We wanted self- government, not a change of master. Because of my stand […] the MDU was like a small cloud in the horizon that world one day envelop the whole sky with

democracy. 49

Hubungan di antara MDU dan PKM lebih kepada satu bentuk perancangan strategik kelompok sosialis-demokratik untuk menyusun gerakannya dalam organisasi buruh, kegiatan politik perdana dan memanipulasikan pengaruh PKM itu sendiri. 50 Dalam hal ini, kelebihan yang ada pada PKM digunakan sebaik mungkin MDU untuk menarik partisipasi masyarakat umum di Tanah Melayu dan Singapura menyertai parti tersebut. Kekuatan yang ada pada PKM terutamanya dari segi pengikhtirafan British kepada parti tersebut (sebelum 1948), jaringan ahli yang meluas meliputi organisasi buruh dan parti-parti politik yang lain seperti PKMM dan MIC, penguasaan akhbar dan sumber kewangan yang besar dilihat merupakan ‘daya penarik’ tersebut.

Now, the Communist had all kinds of associations at their fingertips run by them. As you said, the Women’s Federation was a Communist organization.

The Malayan Youth League was a Communist organization, the Malayan New Democratic Youth League-that was the name, t hat’s right. 51

Menurut Leong Yee Fong dalam mengupas penguasaan PKM dalam organisasi buruh menjelaskan, “Trade unionism was closely intertwined with politics as labour organisations came to be used as pawns by political groups to exert pressure on the

rulling authority”. 52 Ulasan Leong Yee Fong jelas memperlihatkan kekuatan jaringan PKM dalam gerakan buruh di Tanah Melayu dan Singapura. Malah PKM menguasai

hampir sebahagian besar akhbar-akhbar arus perdana dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris antaranya seperti Ming Shen Pau, Nan Chiao Jit Poh, Tamil Murasu,

47 Gerald De Cruz, Political History in Singapore, 1945-1965, Transkrip Lisan Wawancara Gerald De Cruz, 23 September 1981.

48 Wu Tian Wang adalah di antara pengasas MDU dan dianggap British sebagai ejen propaganda terbaik PKM yang bergerak aktif ke seluruh Tanah Melayu. Pernah menyertai Empire Communist Conference

di London, England bersama-sama R. Balan dan Abdul Rashid Maidin pada tahun 1947 (MSS/PIJ/1/1947, FCO 141/15955, Singapore: Malayan Security Service Political Intelligence Journals, 1947; FCO 141/15957, Singapore: Malayan Security Service (MSS) Committee weekly summaries; Singapore Local Intelligents reports).

49 Philip Hoalim Senior, The Malayan Democratic Union, Singapore’s First Democratic Political Party , Institute of Southeast Asian Studies, Singapore, 1973, hlm. 6.

50 Paling ketara pemilihan Lim Hong Bee sebagai wakil PKM di Civic Rights Protection Committee Conference di London, England pada 13-16 Jun 1947. Menurut Gerald de Cruz, pemilihan Lim Hong

Bee adalah kerana kekurangan ahli PKM dari sudut penguasaan Bahasa Inggeris dan kemampuan intelektual. Hal ini menurut pendangannya menunjukkan kelebihan intelektual dan perwatakan diplomatik ahli-ahli MDU berbanding PKM (MSS/PIJ/7/1947, FCO 141/15955, Singapore: Malayan Security Service Political Intelligence Journals, 1947).

51 Gerald De Cruz, Political History in Singapore, 1945-1965, Oral Transcript Interview, 23 September 1981, National Archives of Singapore.

52 Leong Yee Fong, Labour and Trade Unionism in Colonial Malaya, Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 1999, hlm. 145.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Ahamad Jama’ Amin Yang 28

Modern Daily News , Indian Daily Mail dan Democrat. Keadaan ini seakan memperlihatkan MDU merupakan bayangan dan bergantung-harap kepada keupayaan PKM. Namun begitu, Gerald de Cruz mempunyai pandangan yang berbeza dalam isu ini. Menurutnya;

[…] this is a half-way house. The Communist objective for the Communist Party is one thing. That represents the ultimate objective. But then the Communist form or penetrate or infiltrate or manipulate other organisations with lesser objective, but so long as they are in the same direction. To the Communists, democracy, liberal democracy of the type promulgated by the MDU is a tool politicize the masses, and when they are sufficiently politicized, maybe to change the constitution and make it more radical and more in keeping

with the ultimate objectives. So they have no problem rationalizing that. 53 Kenyataan Gerald de Cruz memberi satu tafsiran bahawa MDU sedar matlamat

PKM dalam ‘menyusun’ struktur partinya. Walaupun begitu, MDU mempunyai sudut pandang yang berbeza dalam mempertahankan prinsip partinya. Hal ini dapat dilihat semasa penggubalan perlembagaan parti pada peringkat awal penubuhannya yang diselenggarakan Wu Tian Wang dan Lim Hong Bee. Philip Hoalim bersama-sama beberapa aktor politik yang lain seperti Dr. Chen Su Lan, Dr. Abdul Samat, E.R Koek dan Gerald de Cruz memurnikan kembali perlembagaan parti sesuai dengan ciri-ciri

perjuangan MDU yang berasaskan keadilan sosial dan demokrasi. 54 Dalam konteks ini, MD U lebih kehadapan dalam mempromosikan “tanggungjawab dan kebajikan” nasional berbanding PKM. Sebagai contoh, pada 3 May 1947, Lim Kean Chye telah mengusulkan keperluan MDU untuk membawa isu menghalang penglibatan parti-parti politik dalam kegiatan kongsi gelap, memeras ugut dan kumpulan merompak secara

rasmi dengan diperkenalkan ordinan yang berkaitan. 55 Pengenalan ordinan ini penting untuk memastikan integriti parti-parti politik berkaitan dalam budaya politik tempatan. Prinsip memberi perhatian kepada pembangunan ekonomi tempatan dan merangsangkan peluang rakyat Tanah Melayu tanpa mengambil kira kelas sosial dibuktikan semasa pembelaan MDU terhadap Leong Khai Ho yang didakwa atas tuduhan menjaja di kawasan yang tidak dibenarkan. MDU mengemukakan rayuan petisyen bertarih 3 Julai 1947 di Majistret Kuantan, Pahang memohon membatalkan

penahanan dan pendakwaan terhadap Leong Khai Ho. 56 Hal ini selaras dengan enam objektif MDU dalam usaha menggerakkan keupayaan keadilan kelas dan sosial di Singapura dan di Tanah Melayu;

1) Nationalisation of major industries, agriculture, railways etc.

2) Support of local capitalist.

3) Malaya to be self-sufficient.

4) Prevention of foreign capitalist from making money out of Malaya.

53 Gerald De Cruz, Political History in Singapore, 1945-1965, Transkrip Lisan Wawancara Gerald De Cruz, 23 September 1981.

54 Philip Hoalim Senior, The Malayan Democratic Union, Singapore’s First Democratic Political Party , Institute of Southeast Asian Studies, Singapore, 1973, hlm. 5-6.

55 MSS/PIJ/7/1947, FCO 141/15955, Singapore: Malayan Security Service Political Intelligence Journals, 1947.

56 Petition by the Malayan Democratic Union, etc, Kuantan, regarding the case of Leong Khai Ho arrested for hawking in a prohibited area, Malayan Union, No. 8025/1947. Perkembangan ini

menunjukkan pengaruh MDU mula meluas ke Semenanjung Tanah Melayu. Berdasarkan sumber British, MDU telah membuka cawangannya di Kuantan (Pahang), Bandar Melaka (Melaka) dan Ipoh (Perak) (MSS/PIJ/1/1947, FCO 141/15955, Singapore: Malayan Security Service Political Intelligence Journal, 1947).

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Hubungkait Politik dalam Kebangkitan Politik Malayan dan Pengaruh Sosialis 29 di Tanah Melayu, 1937-1948

5) Complete political and economic independence and no foreign influence. 6)

Support of income tax, which well effect the rich, rather than the poor. 57 Dalam konteks MDU, Edwin Lee menjelaskan bahawa;

The purpose of the MDU was to achieve a united, self-governing Malaya with an elected legislature, where all communities would have to right to vote and work without discrimination, and enjoy all the civic freedom, social security

and free education and health care . 58

Penggabungan idealisme ini merupakan manifestasi politik praktis yang diterjemahkan MDU dalam pendekatan politiknya sama ada dalam bentuk polisi, implementasi strateginya atau pun kerjasama politik di antara pihaknya dengan organisasi politik dan bukan politik yang lain dalam perjuangan anti-kolonialisme. Keadaan ini yang berjaya dimanipulasikan British dalam memecahkan kebangkitan aliran kiri di Tanah Melayu dan Singapura. Dalam konteks ini, agenda “meMalayakan Tanah Melayu” merupakan satu cabaran seperti mana yang dirumuskan oleh beberapa sarjana sejarah.

For the purpose of fostering national consciousness and identity, this narrative marginalizes and submerges the roles and voices of other agencies involved in

a period of dynamic “political contestation and pluralism”. 59

KESIMPULAN

Perdebatan isu yang menyentuh tentang hubungan kaum dan perkembangan politik di Tanah Melayu sebelum merdeka banyak dicorakkan oleh peranan pihak British. Penubuhan AJUF dan perkembangan pengaruh PKM merupakan langkah awal secara struktural dalam menyusun hierarki masyarakat bukan Melayu di Tanah Melayu dan Singapura. Penstrukturan komuniti Cina melalui AJUF dilihat pengikhtirafan British terhadap kaum tersebut dalam sistem sosial di Tanah Melayu dan membuka ruang partisipasi PKM dalam agenda politik tempatan. Sebagai timbal balasnya, AJUF dan PKM akan memberi sokongan dan dukungan kepada British

dalam menghadapi serangan tentera Jepun. PKM yang dilihat sebagai ‘perisai’ dalam melindungi kepentingan strategik British semakin berkembang, sehingga menimbulkan suasana politik majmuk di Tanah Melayu dan Singapura.

Perkembangan politik majmuk telah mencetuskan polemik yang membawa kepada kebangkitan politik Malayan yang dikerangkakan MDU, kesan daripada penglibatan AJUF dan PKM sebelum ini. Falsafah politik Malayan yang berdasarkan “meMalayakan Tanah Melayu” telah memperlihatkan watak yang berbeza aktor-aktor MDU yang lebih menekankan wacana intelektual sosialis dalam pembangunan politik di Tanah Melayu dan Singapura. Hal ini berbeza dengan PKM, yang lebih memberi perhatian kepada jaringan politik berbanding pembangunan politik. Malah kerjasama di antara MDU dan PKM dilihat ‘mengelirukan’ pelbagai pihak dari sudut visinya dalam memastikan keberlangsungan “meMalayakan Tanah Melayu”, yang mana ada yang melihat MDU adalah ejen komunis dan begitu sebaliknya. Namun begitu, MDU

57 MSS/PIJ/14/1947, FCO 141/15955, Singapore: Malayan Security Service Political Intelligence Journals, 1947.

58 Edwin Lee, Singapore The Unexpected Nation, 2008, hlm. 60. 59 Albert Lau, Nation-building and the Singapore Story: Some Issues in the Study of Contemporary

Singapore History, Nation-Building: Five Southeast Asian Histories, 2005, hlm.222; Carl A. Trocki dan Michael D. Barr, Introduction, Paths Not Taken: Political Pluralism in Post-War Singapore, 2008, hlm.1 & 3.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Ahamad Jama’ Amin Yang 30

mempunyai perwatakan dan ‘kemahuan politik’ yang berbeza berbanding PKM terutamanya pendekatan dan objektif perjuangan kedua-dua parti politik tersebut.

Rujukan

____________. (1994). Joining the Communist Underground: The Conversion of English-educated Radicals to Communism in Singapore. In Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (vol. 67, no. 1, pp. 35-52).

Asad-ul Iqbal Latif, (2015). The Life and Times of Gerald de Cruz, Singapore, ISEAS Publishing. Barr, Micheal, D. (2008). Introduction. In Micheal D. Barr and Carl A. Trocki (ed). Path Not Taken:

political pluralism in post-war Singapore . Singapore, NUS Press. Cheah, Boon Kheng. (2012). Red Star Over Malaya-Resistance and Social Conflict During and After the Japanese Occupation of Malaya, 1941-1946 . Singapore, NUS Press. CO 1030/308, Independent of Malaya Movement. CO 273/534/11, Position of Indian Labour in Malaya. CO 273/566/2, Unemployment in Malaya: restricts of Chinese Immigran. CO 273/677/5, Malaya: Handling of Resistance Movement in Malaya. CO 537/1579, Strikes and Demonstrations.

De Cruz, Gerald, Political History in Singapore, 1945-1965, Transkrip Lisan Wawancara Gerald De Cruz, 23 September 1981. Drysdale, John. (1984). Singapore: the struggle for success. Singapore, Times Books International. FCO 141/15673, Singapore: Malayan Security Service (MSS) Political Intelligence Journals, 1948. FCO 141/15955, Singapore: Malayan Security Service Political Intelligence Journals, 1947. FCO 141/15957, Singapore: Malayan Security Service (MSS) Committee weekly summaries; Freedman, M. (1960). The Growth of Plural Society in Malaya. In Pacific Affairs (vol. 33, no.2, pp.

158-168). Harper, T.N. (1999). The End of Empire and The Making of Malaya. Cambridge, University Press. Hirschman, Charles. (1986). The Making of Race in Colonial Malaya: Political Economy and Racial

Ideology.Dalam Sociological Forum (vol. 1, no. 2, pp. 330-361). The Eastern Sociology Society.

Ho, Hui Ling. (2004). Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu. Kuala Lumpur, Penerbit Universiti Malaya. Hoalim, Philip, Senior. (1973). The Malayan Democratic Union, Singapore’s First Democratic Political Party . Singapore, Institute of Southeast Asian Studies. Ishak Saat. (2011). Radikalisme Melayu Perak 1945-1970. Pulau Pinang, Penerbit Universiti Sains Malaysia. Khong, Kim Hong. (2003). Merdeka! British Rule and The Struggle for Independence in Malaya 1945- 1957 . Petaling Jaya, SIRD Publisher. Lau, Albert. (2005). Nation-building and the Singapore Story: Some Issues in the Study of Contemporary Singapore History, In Wang Gungwu (ed). Nation-building: Five Southeast Asian Histories . Singapore, Institute of Southeast Asian Studies.

Lee, Edwin. (2008). Singapore: The Unexpected Nation, Singapore. Singapore, Institute of Southeast Asian Studies. Leong, Yee Fong. (1999). Labour and Trade Unionism in Colonial Malaya. Pulau Pinang, Penerbit Universiti Sains Malaysia. Malayan Union, No. 8025/1947, Petition by the Malayan Democratic Union, etc, Kuantan, regarding the case of Leong Khai Ho arrested for hawking in a prohibited area. Rajaratnam, S, Political History in Singapore, 1945-1965, Transkrip Lisan Wawancara Gerald De Cruz, 3 Ogos 1982. Singapore Local Intelligents reports. Syed Husin Ali, Gerakan Politik Aliran Sosialis di Malaysia, Temu bual, 3 September 2015. Tan, Liok Ee. (1988). The Rhetoric of Bangsa and Minzu: Community and Nation in Tension, The

Malay Peninsula, 1900-1955 . Victoria, The Center of Southeast Asian Studies Monash University.

Times , 17 September 1945. Yeo, Kim Wah. (1973). Political Development in Singapore 1945-1955. Singapore, Singapore

University Press.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. II, Issue I, 2017, ISBN 978-967-0829-54-8

PENGGUNAAN BAHAN PENERBITAN MEDIA CETAK DALAM PENYEBARAN PROPAGANDA KOMUNIS DI SARAWAK THE SPREADING OF COMMUNIST PROPAGANDA THROUGH PRINTED MATERIALS IN SARAWAK

Nararossa Peter Ballak & Mohd Samsudin Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

Abstrak

Kertas ini bertujuan untuk meneliti penggunaan bahan penerbitan media cetak dalam usaha menyebarkan propaganda komunis di Sarawak sekitar tahun 1950-an sehingga 1960-an. Penyebaran bahan-bahan penulisan giat berlaku sekitar jangkawaktu tersebut melalui bahagian Propaganda dan Penulisan di bawah Parti Komunis Sarawak (PKS). Salah satu cara untuk menyebarkan propaganda komunis adalah dengan menggunakan bahan-bahan penulisan bercetak seperti suratkhabar, risalah dan buku yang diterbitkan. Bahan-bahan penulisan tersebut kebanyakkan diterbitkan di Hongkong dan dihantar ke Sarawak melalui kiriman pos udara. Penyebaran bahan-bahan penulisan dilakukan secara meluas walaupun pernah mendapat amaran daripada kerajaan dan masih boleh didapati di kedai buku. Keadaan ini telah menyebabkan segelintir orang awam mulai menerima propaganda yang bercita-cita mendirikan sebuah kerajaan komunis di Sarawak. Hal ini turut mencetuskan serangan yang berbentuk ancaman keselamatan dan subversif di Sarawak dilakukan oleh komunis. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan bahan-bahan bercetak telah disebarkan secara meluas dan mempengaruhi buah fikiran penduduk tempatan sehingga menyebabkan sebilangan daripada mereka terlibat dalam kegiatan komunis. Oleh itu, bagi mencapai objektif kajian ini, pengkaji menggunakan beberapa buah sumber pertama dan kedua bagi melengkapkan kajian ini.

Kata kunci: Sarawak; Propaganda komunis; Bahan-bahan penulisan; Kesan penyebaran.

Abstract

This article attempts to analyse the spreading of communist propaganda in Sarawak during 1950s’ until 1960s’ through printed materials. The printed materials mostly discussed about the widespread of

communist propaganda during that time under the Propaganda and Press Section of Clandestine Communist Organisation (CCO). In achieving their objectives, the printed materials normally written in newspapers, books, leaflets, and articles. They were mostly published in Hong Kong and sent to Sarawak by air mail. Although the government had warned the publication, the printed materials still can be found in some bookstores. Hence, the civilians were “tortured” by the propaganda and believed the communist will build a new government in Sarawak so called “Communist Republic”. Besides, the

violence was sparked in order to strengthen their movements to conquer certain areas and instigated the propaganda aggressively toward civilians. Therefore, this paper had concluded, the printed materials that were used to spread the propaganda had influenced civilians to join the communist movement in Sarawak but some are not. Thus, in completing this paper, a few primer and secondary sources have been able to address the issues and such a study became feasible.

Keywords: Sarawak; Communist propaganda; Printed Materials; The impact of widespread materials.

Nararossa Peter Ballak & Mohd Samsudin 32

PENGENALAN

Penggunaan bahan media cetak dalam kegiatan penyebaran ilmu telah berlaku sejak berdekad dahulu apabila terciptanya mesin cetak. Kemunculan ahli-ahli pemikir dan cendekiawan telah menghasilkan pelbagai rencana yang memuatkan penemuan dan fahaman baru, penulisan sastera, berita serta maklumat yang penting. Revolusi intelektual semasa pergerakan kesedaran (Enlightement) telah melahirkan sebilangan besar ahli-ahli pemikir seperti Rene Descartes, Voltaire, Rousseau, Joseph Hume, Immanuel Kant, Thomas Jefferson, dan Benjamin Franklin. Senario yang sama turut berlaku di Iran apabila tercetusnya Revolusi Islam yang melahirkan ahli pemikir iaitu Dr. Ali Shariati. Penghasilan karya-karya tersebut membicarakan pelbagai gagasan ilmu yang diyakini memberi kesan terhadap masyarakat. Misalnya dalam peristiwa pemusnahan Pearl Harbour ke tangan Jepun pada tahun 1941, perancangan yang dibuat oleh Laksamana Isoroku Yamamoto dalam strategi serangan diinspirasikan

daripada novel Hector C. Bywater bertajuk The Great Pacific War. 1 Usaha penyebaran ilmu atau propaganda yang baru secara tidak langsung mempengaruhi masyarakat. Propaganda komunis diterima oleh sebahagian sahaja ahli masyarakat iaitu dalam kalangan mereka yang disifatkan sebagai berjiwa radikal dan berpegang kepada politik berhaluan kiri. Oleh itu, penulisan mengenai propaganda komunis banyak diterbitkan dengan adanya kewujudan media cetak. Media cetak telah menjadi medium mendekatkan masyarakat dengan ilmu pengetahuan baru. Seiring dengan perkembangan dunia, pelbagai propaganda mahupun ideologi baru yang muncul apabila ahli-ahli pemikir mengeluarkan cetusan minda yang mampu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap para pembaca. Salah satu propaganda yang mendapat tarikan daripada pembaca adalah propaganda komunis. Menurut Karl Marx, propaganda komunis merujuk kepada masyarakat tanpa kelas dan negara serta bebas daripada penindasan. Propaganda tersebut turut menegaskan bahawa keputusan tentang segala dasar harus dibuat secara demokratik yang membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi,

politik dan sosial. 2 Oleh itu, perkembangan propaganda komunis ini mulai tersebar ke Asia Tenggara apabila kekalahan Bolshevik di Jerman dan Hungary pada tahun 1919 telah melumpuhkan pergerakan mereka di Eropah. Sementara itu, kejayaan pendukung propaganda komunis semasa revolusi Russia menjadi formula kepada pengukuhan Bolshevik di Asia. Kesannya, pendukung propaganda komunis ini mulai mengalih

perhatian ke Asia Tenggara untuk memperjuangkan propaganda mereka. 3 Pada abad ke-20, penerimaan gagasan komunis telah diterima di China, Jepun, Korea, India, Filipina, Vietnam dan Indonesia. Para intelektual telah mengkaji

perkembangan propaganda “baru” melalui medium pembelajaran berkumpulan Marxist. Penyebaran propaganda komunis berlaku dengan pantas dengan bantuan

media cetak. Kuasa media cetak sangat berpotensi untuk mengubah minda masyarakat untuk menerima apa-apa bentuk propaganda. Negara-negara yang menerima tempias gagasan komunis terletak berdekatan dari Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo. Hal ini menyebabkan gagasan komunis telah tersebar kepada masyarakat di kedua-dua wilayah tersebut. Pada peringkat permulaannya, penyebaran propaganda komunis

1 Hector C.Bywater merupakan seorang bekas perisik British yang banyak menulis mengenai persoalan yang berbangkit mengenai angkatan laut sepanjang tahun 1920 – 1940.

2 Justus M.Van der Kroef. Communism in South-East Asia. The Macmillan Press Ltd. Hongkong. 1981. Hlm 25.

3 Gene Z.Hanrahan. The Communist Struggle in Malaya. University of Malaya Press. Kuala Lumpur. 1971. Hlm. 1.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Penggunaan Bahan Penerbitan Media Cetak dalam Penyebaran 33 Propaganda Komunis di Sarawak

disasarkan kepada golongan Melayu tetapi perkara ini disedari oleh Tan Malaka apabila segala kerjasama politik yang dijalankan dengan pemimpin Melayu tidak berjaya. Oleh itu, beliau telah mensasarkan golongan Cina yang berada di Tanah Melayu. Senario yang sama turut berlaku di Sarawak apabila kedatangan orang Cina sekitar abad ke-19 apabila mereka terlibat dalam aktiviti perlombongan antimoni dan

perniaga di Sarawak. 4 Golongan ini menjadi sasaran untuk mendalami propaganda komunis. Walaupun berada jauh dari Tanah Besar Cina, kesetiaan orang Cina terhadap negara asal mereka kekal. Dengan tersebarnya beberapa risalah dan buku-buku yang mengandungi propaganda komunis menyebabkan mereka ingin menyebarkan perkara tersebut kepada masyarakat tempatan. Radio Peking yang turut mempengaruhi orang Cina dalam kegiatan penyebaran propaganda komunis telah memberikan peluang kepada mereka menyebarkan dakyah komunis.

Oleh itu, kegiatan komunis mulai giat berlaku sekitar tahun 1950-an dan semakin giat 1960-an di Sarawak terutamanya di bahagian pertama 5 , Sarawak. Penyebaran propanganda komunis dalam bahan-bahan penulisan di bawah bahagian propaganda dan penulisan Parti Komunis Sarawak (PKS) telah menggiatkan lagi kegiatan komunis. Rentetan daripada pemberontakan Brunei 1962 dan Konfrontasi Malaysia –Indonesia 1963, gerakan komunis di bahagian pertama, Sarawak semakin giat berlaku dengan melancarkan beberapa siri ancaman keselamatan dan subversif. Oleh kerana gerakan komunis semakin giat berlaku, kerajaan telah mengisytiharkan

darurat di bahagian pertama pada tahun 1952. 6 Justeru, pengaruh penggunaan bahan penerbitan media cetak dalam penyebaran propaganda komunis amat penting sehingga menimbulkan ancaman dari segi keselamatan dan subversif terhadap masyarakat tempatan.

PENERBITAN BAHAN-BAHAN PENULISAN

Media cetak mempunyai pengaruh yang dominan pada ketika itu. Pencetakan bahan penulisan dilakukan secara berleluasa dengan tujuan untuk menyebarkan propaganda, maklumat dan pengetahuan. Di Semenanjung Tanah Melayu, kemunculan akhbar,

majalah, dan novel seawal 1930-an berfungsi sebagai penggerak nasionalisme 7 seperti

4 Kedatangan orang Cina ke Sarawak kerana keterlibatan dalam perusahaan aktiviti perlombongan antimonti. Sama seperti di Kalimantan, etnik Hakka merupakan kumpulan pertama yang memulakan

aktiviti perlombongan di Bau. Mereka mengusahakan aktiviti perlombongan antimoni secara berkumpulan dan individu. Apabila antimoni mendapat permintaan yang tinggi di pasaran Singapura pada tahun 1820, pelombong Hakka telah diketahui sebagai pelombong yang pertama mengusahakan pelombongan antimoni di Bau. Mereka berterusan mengusahakan aktiviti perlombongan tersebut sehingga tercetusnya perang sivil di antara penduduk tempatan (Melayu) dan Dayak. Lihat, Daniel Chew. Chinese Pioneers on the Sarawak Frontier 1841 – 1941. Oxford University Press. Singapore. 1990. Hlm. 23.

5 Bahagian pertama Sarawak merupakan bahagian pertama yang menerima ancaman subversif komunis. Bahagian pertama meliputi beberapa kawasan yang dipengaruhi oleh ideologi komunis iaitu, Lundu,

Bau, Kuching, Sadong, Simunjan dan Serian. Lihat, C.O.1030/1539. Clandestine Communist Organisation in Sarawak. 1963. Sarawak Repository Record.

6 Kegiatan komunis di bahagian pertama semakin agresif sekitar tahun 1950-an. Mereka telah melakukan ancaman keselamatan di beberapa tempat seperti Batu Kitang, Penrissen, Batu Lintang dan

banyak lagi. Pengisytiharaan darurat oleh kerajaan adalah sebagai satu langkah untuk membendung ancaman keselamatan di bahagian pertama, Sarawak yang telah mengakibatkan kematian terhadap anggota polis yang bertugas iaitu adik kepada Ketua Menteri Sarawak yang pertama, Stephen Kalung Ningkan. Lihat, Vernon L.Porrit. The British Colonial Rule in Sarawak 1946-1963, Oxford University Press. Singapore. 1997. Hlm. 79.

7 Pergerakan nasionalisme di Tanah Melayu banyak dipengaruhi oleh perkembangan politik luar seperti Cina, Jepun, India, Filipina dan Indonesia.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Nararossa Peter Ballak & Mohd Samsudin 34

Warta Malaya, Majlis, Lembaga Malaya dan banyak lagi. Di Sarawak pula, senario yang sama dapat dilihat apabila terhasilnya bahan-bahan penulisan yang diterbitkan seperti Fajar Sarawak. Setiap bahan penulisan mempunyai tujuan dan tumpuan pembaca yang berbeza. Semasa pendudukan British di Sarawak, anasir-anasir komunis sudah menular. Sehingga tahun 1950-an, komunis mulai mengatur strategi mereka tetapi dengan lebih giat pada dekad 1960-an terutamanya di bahagian pertama, Sarawak. Keadaan tersebut turut berkait rapat dengan kemunculan bahan-bahan penulisan yang berbaur politik komunis dalam usaha mendirikan sebuah kerajaan komunis di Sarawak. Pertambahan bahan bacaan berunsur komunisme semakin

bertambah di Sarawak sekitar tahun 1950-an. 8 Keadaan ini memperlihatkan bahawa PKS menggiatkan usaha mereka dengan cara menyebarkan bahan-bahan penerbitan kepada penduduk di Sarawak.

Penerbitan bahan penulisan komunis telah diharamkan di Sarawak tetapi tidak begitu berkesan. Bahan-bahan penulisan yang mengandungi fahaman komunis masih boleh didapati di kedai buku atau orang perseorangan yang menjual bahan-bahan penulisan tersebut. Selain penerbitan bahan penulisan, filem-filem yang diterbitkan dari China turut mengandungi fahaman komunis dan memberi pengaruh kepada masyarakat. Tindakan yang tegas telah dilakukan oleh kerajaan dalam membendung kegiatan komunis agar tidak menular pengaruhnya. Sementara itu, pihak berkuasa telah menggubal undang-undang berkenaan dengan bahan penerbitan yang dikeluarkan oleh pihak tertentu di bawah The Sedition (Prohibited Citation

Publication Amendment Order 1960) . 9 Di bawah undang-undang yang digubal oleh Kerajaan Negeri telah menetapkan bahawa pihak berkuasa mempunyai hak untuk merampas segala bahan penerbitan yang mengandungi unsur-unsur propaganda komunis terutama yang diterbitkan di Hong Kong.

Pada peringkat permulaannya, bahan penulisan mengenai propaganda komunis kerap diterbitkan sehingga pihak berkuasa tidak menang tangan dalam menangani isu tersebut kerana terdapat bahan-bahan tersebut diseludup masuk ke Sarawak tanpa pengetahuan pihak berkuasa. Seterusnya, kemunculan syarikat penerbitan yang semakin banyak di Hongkong menyumbang kepada pencetakan bahan baru. Misalnya, Shanghai Book Co . yang terdapat di Hongkong sebenarnya menggunakan nama baru dalam dunia penerbitan agar tidak diketahui umum. Di samping itu, akademi penerbitan di Hongkong telah menjalinkan kerjasama dengan Communist Publisher Life Reader Sinzh Publishing Co. y ang terdiri daripada sejumlah besar syarikat

penerbitan bahan cetak komunis. 10 Seperkara lagi, mereka tidak begitu risau dengan bahan-bahan penerbitan yang telah diharamkan kerana mereka masih boleh menggunakan nama penerbitan yang lain. Di Hongkong dipercayai bahawa terdapat lebih daripada 100 buah badan penerbitan yang menerbitkan bahan penulisan mengenai propaganda komunis dan hanya sebilangan kecil sahaja yang masih bertapak di Sarawak. Di Sarawak, terdapat beberapa bahan penerbitan yang boleh dijumpai di kedai buku terutamanya di Kuching dan Sibu serta di beberapa bandar yang lain.

Terdapat satu lagi cara yang digunakan oleh PKS untuk menyebarkan propaganda komunis di Sarawak sama ada di Sibu ataupun di seluruh Sarawak telah dijelaskan dalam booklet yang bertajuk Garis Panduan Rancangan Kerja 1hb Ogos 1961-28 Februari 1962 iaitu dengan cara menguasai kesatuan sekerja menerusi pemilihan ahli jawatan kuasa kerja dan juga memperkukuhkan perpaduan di kalangan

8 RH/2006/0012. Sarawak Diary February 1957 – 1958. Sarawak Repository Record. 9 G/28/1.Preservation of Public Security Ordinance 1962 – 1966. Resident Office Kuching.

10 Kebanyakan koleksi bahan penerbitan yang terdapat di Sarawak adalah daripada Hongkong. Lihat, RH/2006/0011. Report on the Foochow Chinese of Sarawak. Sarawak Repository Record.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Penggunaan Bahan Penerbitan Media Cetak dalam Penyebaran 35 Propaganda Komunis di Sarawak

ahli-ahli. 11 Melalui cara tersebut, PKS telah berjaya menguasai sebilangan besar kesatuan-kesatuan sekerja yang sebahagian besarnya dianggotai oleh kaum Cina di Sarawak. PKS juga menganggap kesatuan sekerja sangat penting kerana mereka menjadi penggerak utama kepada tercapainya revolusi PKS.

Di samping itu, PKS giat menggerakkan strategi mereka untuk mempengaruhi penduduk di Bahagian Ketiga. 12 PKS telah menggunakan berbagai cara untuk meresapi dan menguasai kesatuan sekerja. Satu laporan bertulis tangan seorang kader komunis yang bertarikh

27 Julai 1961 telah dijumpai di Bahagian Ketiga telah mendedahkan bagaimana PKS menyatukan kesatuan sekerja. 13 Dalam laporan bertulis tangan tersebut, PKS menyatakan rancangan yang harus dilakukan oleh anggota PKS. Antara kandungan laporan tersebut adalah;

a) Bekerja untuk mengenali lebih rapat setiap ahli Jawatankuasa Kesatuan Sekerja dengan cara menemuinya, perbincangan secara langsung, mendapatkan maklumat daripada orang yang boleh dipercayai dan hubungan peribadi diperjumpaan-perjumpaan awam.

b) Bekerja untuk membiasakan diri dengan perjalanan semua kesatuan sekerja sebagai persediaan untuk membantu bergerak maju. Ini dilakukan dengan mengumpulkan maklumat menerusi ahli-ahli kesatuan sekerja yang aktif. Maklumat-maklumat yang diperlukan ialah latarbelakang sejarah, keahlian, kewangan, kegiatan, hubungan peribadi antara kader-kader dengan ahli-ahli, masalah-masalah yang dihadapi dan perhubungan dengan lain-lain kesatuan sekerja.

c) Anggota-anggota Hsueh-hsih (kumpulan pelajar) dikehendaki menghubungi ahli jawatan kuasa kerja kesatuan-kesatuan buruh supaya berusaha agar mereka diorganisasikan dalam kumpulan-kumpulan Hsueh-hsih.

Ahli-ahli jawatankuasa kerja dikehendaki dipengaruhi dan direkrut, idea-idea mereka diperbaiki, bantu mereka mempelajari teori-teori (komunis) yang lebih tinggi dan minta mereka bekerjasama dengan kesatuan-kesatuan sekerja yang lain.

Surat Khabar

Propaganda komunis turut tersebar melalui penerbitan akhbar. Fungsi akhbar sangat mempengaruhi masyarakat dengan menyalurkan maklumat, berita dan peristiwa yang berlaku di Negara mahupun luar Negara. Sebagai medium utama dalam penyampaian maklumat, akhbar menjadi salah satu contoh bahan media cetak yang penting dalam menghubungkan masyarakat. Penyebaran propaganda mahupun propaganda ditulis oleh penulis dalam akhbar dengan harapan ia disampaikan kepada para pembaca. Dekad 1950 sudah mempamerkan beberapa akhbar yang diterbitkan di Sarawak terutamanya daripada masyarakat Cina. Pendekatan yang digunakan oleh orang Cina yang memegang fahaman komunis ini telah menarik minat masyarakat di Sarawak terutamanya penduduk Cina. Memang tidak dapat dinafikan pengaruh Comintern di negara China telah mendorong mereka untuk mendukung fahaman ini.

11 C.O.1030/1105. Clandestine Communist Organisation in Sarawak 1960 – 1962. Sarawak Repository Record.

12 Antara kawasan tersebut adalah Teku, Pasai Siong, Jalan Oya 14 kilometer-16 kilometer, Pulau Keladi, Pulau Kerto, Tanjung Kunyit, Tulai, Binatang, Sarikei, Jakar, Nyelong, Julau, Kanowit,

Bakong, Paradom, Narasit, Durin, Sungai Pak, Stabau, Menyan, Telian, Bukit Lan, Bukit Lima, Sungai Bidut, dan Pasar Sibu.

13 Mohd.Reduan Haji Asli.“Perkembangan Komunis di Sarawak 1940 sehingga 1963” dalam Pengaman .1987. hlm. 81.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Nararossa Peter Ballak & Mohd Samsudin 36

Menurut Vernon L. Porrit, penyusupan propaganda komunis ini disebabkan oleh pengaruh daripada Tanah Besar Cina seterusnya jumlah populasi orang Cina di Sarawak yang besar. Perkara tersebut menyebabkan propaganda komunis mudah meracuni pemikiran orang Cina di Sarawak dengan semangat untuk menyebarkan propaganda tersebut.

Sehingga tahun 1962, sejumlah tujuh buah akhbar telah dihasilkan dalam bahasa Cina yang didapati di Sarawak. Tiga daripada tujuh buah akhbar tersebut merupakan medium untuk menyampaikan propaganda komunis, tiga lagi akhbar lebih

bersifat sederhana dan satu lagi akhbar adalah anti-komunis. 14 Selain itu, terdapat surakhabar yang ditulis dalam bahasa Cina iaitu Ta Chung Daily News telah dijual di sekitar Kuching pada awal September sementara Rejang Daily News telah diterbitkan

di Sibu. 15 Manakala terbitan akhbar yang berunsurkan propaganda komunis adalah Sin Wen Pau di Kuching, Min Chong Pau di Sibu manakala Sa Min Daily diedarkan di Miri berfungsi sebagai medium penyebaran maklumat oleh Sarawak United People’s Party (SUPP).

Penglibatan parti politik dalam menyebarkan propaganda komunis tidak dapat dinafikan. SUPP pernah mendapat tempias daripada PKS apabila ahli-ahlinya iaitu Wen Ming Chuan, Wong Ki Chok dan Bong Kee Chong merupakan ahli lama dalam

PKS. 16 Begitu juga, terdapat beberapa ahli dalam SUPP yang disyaki mempunyai hubungan dengan PKS telah menghilangkan diri selepas pemberontakan Brunei 1962. Mereka pernah menerbitkan akhbar yang ditulis dalam versi bahasa Iban iaitu “Sa- Ati”.“Sa-Ati” telah diterbitkan pada tahun 1959 oleh SUPP yang menyampaikan

beberapa maklumat mengenai propaganda komunis. 17 Sebelum SUPP diberi amaran oleh kerajaan negeri pada 8 Jun 1962, mereka menggunakan akhbar Sa Min Daily untuk menyampaikan maklumat mengenai komunis. Mereka turut menerbitkan beberapa buah artikel yang memuji tindakan komunis Cina dalam usaha menyebarkan propaganda komunis di Sarawak. Hampir setiap hari mereka menerbitkan artikel tersebut. Walau bagaimanapun, setelah menerima amaran daripada kerajaan negeri, SUPP memberhentikan untuk menerbitkan mana-mana bahan penulisan yang mempunyai unsur komunis seperti buku teks, novel, artikel, dan suratkhabar. SUPP mengambil tindakan untuk mencari alternatif menyerang kerajaan. Bahan-bahan penulisan mengenai komunis telah dimusnahkan tetapi semangat mendukung propaganda komunis tidak pernah pudar. SUPP meneruskan usaha mereka menyebarkan propaganda komunis menerusi pertubuhan buruh. Ini bermakna usaha kerajaan untuk menghapuskan pengaruh komunis tidak mematahkan semangat perjuangan SUPP untuk mendirikan kerajaan komunis di Sarawak.

Terdapat bahan penulisan yang bersifat anti-komunis iaitu Sarawak Vanguard yang banyak membincangkan keburukan gerakan komunis. Beberapa bahan berita dan artikel yang diedarkan di Sarawak melalui kiriman pos seperti China News Service yang dihantar daripada Hongkong melalui pos udara, Choi Fung News Agensi dihantar daripada Hongkong setiap dua hari sekali melalui pos udara, bahan-bahan penulisan tambahan dan manuskrip yang ditulis turut dihantar daripada Hongkong setiap hari melalui pos udara. Penghantaran segala bahan penulisan tersebut tidak semuanya

14 RH/2006/0003. The Doomed Man. Sarawak Repository Record. 15 RH/2006/0011. The Report on the Foochow Chinese. Sarawak Repository Record.

16 Vernon L.Porrit. The British Colonial Rule in Sarawak 1946 – 1963. Oxford University Press. Singapore. 1997. Hlm. 87.

17 Akbar Sa-Ati merupakan terbitan daripada SUPP yang mensasarkan masyarakat peribumi yang berbangsa Iban dalam usaha menyebarkan propaganda komunis. Penulisan Sa-Ati ditulis dalam bahasa

Iban bagi memudahkan penyampaian maklumat mengenai propaganda komunis. Lihat, The Borneo Bulletin. Oktober.1961.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Penggunaan Bahan Penerbitan Media Cetak dalam Penyebaran 37 Propaganda Komunis di Sarawak

mengandungi propaganda komunis kerana turut diselitkan berita perkembangan semasa yang berlaku di Negara China.

Buku

Buku-buku pernah diterbitkan sebelum kegiatan komunis berlaku secara berleluasa di Sarawak. Antaranya adalah Kuo Mo-jo, Hsia Yen, Mao Tun yang telah diterbitkan di bawah penerbitan New Moon Publishing Co. di Hongkong. Syarikat penerbitan tersebut dipercayai mempunyai perkaitan dengan penyokong propaganda komunis iaitu Shanghai Book Co. Selain itu Nan Kuo Press yang ditubuhkan di

Hongkong mempunyai perkaitan dengan Student Book Store. 18 Sementara itu, penerbitan bahan berunsurkan komunis telah diterbitkan oleh World Book Co. yang terdapat di Singapura. Buku-buku yang diterbitkan daripada syarikat penerbitan tersebut pernah juga diterbitkan oleh People’s Literature Publishing House di Peking.

Kebanyakan bahan berbentuk buku disalurkan oleh pihak Comintern di Tanah Besar Cina yang digunakan untuk tujuan di sekolah. Antara buku yang diterbitkan dan disalurkan menjadi bahan pembelajaran pelajar adalah The Realisation of Communist

in Our Aim 19 . Buku ini telah digunakan di sebuah sekolah di bahagian pertama untuk menerapkan fahaman komunis dalam kalangan pelajarnya. Namun, usaha tersebut tidak kesampaian apabila buku tersebut telah dirampas oleh pihak berkuasa. Di samping itu, penggunaan seperti Racial Work Drive dan Racial Cadres Training Classes turut digunakan sebagai bahan pembelajaran dalam kelas kumpulan Hsueh

Shih yang mengumpulkan sejumlah besar bilangan pelajar yang mengikutinya. 20 Pembelajaran menggunakan buku-buku tersebut telah menyampaikan propaganda komunis terhadap pelajarnya. Melalui cara tersebut, propaganda komunis disampaikan dengan jayanya terhadap golongan sasaran mereka iaitu pelajar. Hal ini demikian kerana, golongan pelajar merupakan golongan yang ramai dan potensi mereka untuk menerapkan propaganda komunis amat tinggi. PKS menyatakan untuk menjadi pelajar yang bagus adalah apabila pelajar belajar bersama-sama dalam kumpulan. Mereka menggunakan slogan “to be a good student is not enough, it is only good if the whole group can study well”. Golongan pelajar dianggap sebagai kain putih yang harus

diwarnai dengan pelbagai corak yang menarik. Justeru, golongan ini menjadi sasaran mereka untuk menerapkan propaganda komunis terhadap diri pelajar tersebut.

Terbitan Berkala

Selain buku terdapat beberapa terbitan berkala yang telah diterbitkan dan diedarkan. Terbitan berkala tersebut boleh didapati di kedai buku seperti;

Jadual 1 Terbitan berkala dan Kekerapan Penerbitan Bil

Tajuk

Terbitan

1. Happiness Pictorial

Bulanan

2. Young Companion

Mingguan

3. Hai Kwang

Dua minggu sekali

4. Knowledge Magazine

Dua minggu sekali

5. Youth Knowledge

Bulanan

18 RH/2006/0011. Report on the Foochow Chinese. Sarawak Repository Record. 19 The Borneo Bulletin. September.1961. 20 Selain itu, terdapat beberapa buku yang turut disebarkan iaitu Cultivation and Development of Power

and Personality, Rudimentary Knowledge of Philosophy, Revolutionary Struggle, To Strive for the Early Liberation of Our Mother Country dan banyak lagi. Lihat, The Borneo Bulletin. September 1961.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Nararossa Peter Ballak & Mohd Samsudin 38

6. Teacher's Monthly

Bulanan

Sumber : RH/2006/0011.Report on The Foochow Chinese.Sarawak Record Repository

. Beberapa terbitan berkala yang mengandungi menyokong propaganda komunis telah didapati di beberapa buah kedai seperti ;

Jadual 2 Terbitan berkala dan kedai buku

Bil

Kedai 1. Shiang-tu (Tanah air)

Tajuk

Terbitan

Dua minggu sekali

Nam Hwa Book Store, Kuching

2. Wen-Yi-Hsu-Chi (Sastera Berzaman)

Bulanan

Nam Hwa Book Store, Kuching

3. Sing Yu (Dunia baru)

Dua minggu sekali

Nam Hwa Book Store, Kuching

4. The Union Pictorial

Bulanan

Sheng Hua Book Store, Kuching

5. Sin Chung Hwa Pictorial

Rejang Book Store, Sibu 6. Economic Bulletin

Bulanan

Rejang Book Store, Sibu Sumber : RH/2006/0011. Report on The Foochow Chinese. Sarawak Record Repository.

Bulanan

Jadual 3 Bahan terbitan yang dipamerkan di Muzium Polis, Kuching

Bil.

Tahun 1. Manifesto and Constitution of North Kalimantan National 1964 Liberation League (NKNLL) 2. Manifesto and Constitution of North Kalimantan Tidak diketahui Communist Party (NKCP) 3. Manifesto on Formation of North Kalimantan People

Tajuk

13 Julai 1969 Guerilla Force (NKPGF)

4. Bahagian Pertama

Revolutionary Sparks

Workers News (Sarawak Farmers Association SFA)

Emancipation News (NKNLL) Battle Life (NKPGF)

News in Brief (NKCP)

Voice of Students

Battle News (NKPGF)

Bahagian Kedua

Battle Cry (PARAKU) Morning Sun (NKCP Central Committee, 2 nd Bureau

Voice of Emancipation (NKNLL)

Bahagian Ketiga

Suara Pengelepas (NKNLL) - Dalam bahasa Iban Youth Vanguard Student News (SCO) Trumpet News (SCO Student) Farmers News (SFA)

Battle News (PARAKU AWF)

Bahagian Keempat

Red Star (SCO) Dawn (SCO)

Sumber : FCO 24/1443. Politics and Insurgency in Sarawak.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Penggunaan Bahan Penerbitan Media Cetak dalam Penyebaran 39 Propaganda Komunis di Sarawak

Bahan-bahan penulisan tersebut dijual dalam kuantiti yang tidak banyak. Sementara itu, salah satu bahan penulisan yang laris dijual adalah “Heroic Novels” dan beberapa

buah novel yang murah. Walau bagaimanapun, golongan belia tidak mengalami kesulitan untuk mendapatkan bahan penulisan yang mengandungi propaganda komunis kerana bahan-bahan penulisan tersebut boleh didapati di mana sahaja walaupun terpaksa membayar dengan harga yang mahal. Penggunaan bahan penulisan terbitan berkala tersebut sangat berguna semasa perbincangan dalam kumpulan belajar sendiri untuk menambah pengetahuan melalui pengkajian serta perbincangan. Begitu juga, bahan-bahan subversif yang dibincangkan adalah terbitan berkala seperti Voices of Students yang diterbitkan setiap bulan oleh pergerakan pelajar PKS. Mereka turut menerbitkan komik bertajuk Children Readers untuk bacaan kanak-kanak sebagai satu

cara menyebarkan propaganda komunis kepada golongan kanak-kanak. 21

Risalah

Dalam usaha menyebarkan dakyah komunis, pihak komunis telah menghasilkan beberapa risalah yang memuatkan mengenai perjuangan mereka untuk bertapak di Sarawak. Melalui penerbitan risalah, adalah diharap bahawa para pembaca menghayati tujuan perjuangan mereka. Penerbitan risalah mengenai komunis telah dibawa masuk ke Sarawak melalui China. Risalah-risalah tersebut dicetak untuk disebarkan kepada para pembaca. Penerbitan risalah yang pertama dan berkala bertajuk Democracy yang pernah dikeluarkan pada awal tahun 1954 sehingga 1959 tetapi telah diganti dengan penerbitan yang baru iaitu National Independence yang

diterbitkan setiap enam hingga lapan minggu sekali. 22 Penerbitan ini merupakan penerbitan sulit yang dikeluarkan oleh PKS dan melanggar undang-undang yang ditetapkan oleh ordinan kerajaan. Isu-isu yang dibincangkan dalam risalah ini disumbangkan oleh Hsueh Shih iaitu kumpulan belajar yang ditubuhkan oleh PKS bagi membolehkan ahli-ahlinya mempelajari propaganda komunis. Mereka mempelajari

propaganda komunis ini setelah selesai waktu persekolahan. 23 Selain itu, pada awal tahun 1960 sekali lagi PKS mengeluarkan risalah bertajuk Workers and Farmers News. Seterusnya, PKS telah memohon untuk membuat penerbitan umum dan telah merujuk perkara tersebut kepada Sedition Amendment Ordinance 1956 yang menggariskan beberapa perkara yang boleh meracuni pemikiran pembaca akan

dimansuhkan penerbitannya. 24 Dalam penerbitan umum, PKS telah menerbitkan dua penerbitan berkala iaitu Tuan Chieh Pao dan TUC’s Hsiang Pao. Kedua-dua penerbitan berkala ini mengandungi aspirasi perjuangan PKS. Lantas, penerbitan Hsiang Pao telah disekat penerbitan di bawah Sedition Ordinances pada tahun 1963.

PKS pernah menerbitkan bahan penulisan yang berbentuk jurnal bertajuk Chung Hua Journal disekat penerbitan pada 1951, kerajaan amat prihatin terhadap sekatan penyebaran propaganda komunis di Sarawak. Kerajaan dengan usaha yang

21 Kertas Cetak Kerajaan. Countering Communist Subversion in Schools. Jabatan Cetak Kerajaan. 1973. Hlm.4.

22 Vernon L.Porrit. The British Colonial Rule in Sarawak 1946 – 1963. Oxford University Press. Singapore.1997. Hlm. 86.

23 Pembelajaran ideologi komunis dilaksanakan di luar waktu sekolah atau di rumah ahli PKS. Para pelajar yang mengikuti kumpulan tersebut diarahkan untuk meninggalkan rumah dan belajar di tempat

yang disediakan oleh PKS. Walaupun para pelajar terpisah dengan keluarga mereka tetapi masih boleh berhubung di antara satu dengan yang lain. Lihat, RH/2006/0012. Sarawak Diary February 1957 – 1958 . Sarawak Repository Record.

24 G/29/1. Preservation of Public Security Ordinance 1962 – 1966. Resident Office Kuching.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Nararossa Peter Ballak & Mohd Samsudin 40

berterusan telah mengumumkan bahawa mana-mana penerbitan yang mengandungi propaganda komunis akan disekat penerbitan dan ditangkap. Antara penerbitan buku

yang disekat adalah The Way of Life, Miss Peacock, dan The Wonderful Stone. 25 Hal ini kerana, komunis menggunakan bahan-bahan penulisan untuk menyampaikan propaganda mereka dengan harapan para pembaca menterjermahkan propaganda tersebut dalam kehidupan mereka. PKS cuba untuk mendapatkan sokongan padu daripada penduduk di Sarawak dalam merealisasikan perjuangan mereka untuk membentuk kerajaan komunis.

Dalam usaha menerbitkan beberapa risalah, akhbar dan buku, beberapa penerbitan khas mereka telah disekat dan dirampas oleh kerajaan iaitu Sin Wen Pao, Ming Chong Pao dan Sa Min Pao. Ketiga-tiga akhbar ini telah disekat dan dirampas kerana dikhuatiri boleh mengganggu gugat keselamatan Negara. Ia diletakkan di

bawah Preservation of Public Security Ordinance 1962. 26 Sementara itu, beberapa orang pengarang ditahan pada bulan Jun dan Julai 1962 serta dihantar balik ke negara China. Selain itu, pemberontakan Brunei 1962 turut dikaitkan dengan penyampaian maklumat yang terdapat dalam ketiga-tiga akhbar tersebut yang mencetuskan ketidakstabilan keselamatan dalam negara. Oleh hal yang demikian, beberapa penulis telah ditangkap dan ditahan di bawah Emergency Regulations.

KESAN PENYEBARAN PENGGUNAAN BAHAN PENULIASAN TERHADAP MASYARAKAT

Penduduk peribumi turut menjadi sasaran PKS untuk meluaskan lagi kegiatan subversif mereka dengan menggunakan bahan penulisan yang berbaur politik komunis. Penduduk peribumi Sarawak merupakan penduduk yang begitu ramai dan PKS berpendapat bahawa mereka harus mempengaruhi penduduk peribumi Sarawak dengan agenda komunis untuk mendirikan sebuah kerajaan komunis di Sarawak. PKS menyedari matlamat perjuangan mereka akan gagal sekiranya mengabaikan penduduk di Sarawak terutamanya penduduk peribumi iaitu kaum Iban dan Melayu. Penduduk tersebut merupakan penduduk yang terbesar di Sarawak. PKS juga menekankan bahawa kaum bumiputera mestilah disatukan dan disosialisasikan supaya mereka turut

memainkan peranan penting dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan. 27 Oleh kerana itu, kaum Cina diseru oleh komunis untuk menghapuskan prasangka kaum peribumi terhadap perjuangan PKS.

Jika diteliti terdapat beberapa penulisan ditulis di dalam bahasa penduduk peribumi iaitu bahasa Iban. Penulisan dalam bahasa Iban adalah untuk meraih sokongan masyarakat Iban dalam menyokong pergerakan komunis. Komunis turut berusaha untuk menawan hati masyarakat Iban dengan membantu mereka menjalankan kegiatan bersawah padi, mengajar memasak, dan sebagainya. Namun begitu, penglibatan orang Iban dalam komunis tidak ramai. Mereka menjadikan orang Iban sebagai sasaran mereka dalam menyebarkan propaganda kerana rata-rata orang Iban tinggal di kawasan pedalaman dan kurang mendapat perhatian daripada pihak kerajaan pada ketika itu. Sungguhpun begitu, orang Iban tidak banyak yang menyertai kegiatan komunis kerana mereka khuatir dengan tindakan dan propaganda yang dianjurkan oleh komunis seterusnya mengancam keselamatan mereka.

25 The Borneo Bulletin. Oktober. 1961. 26 C.O.1030/1104. Measures to Combat Communism in Borneo Territories 1961 – 1962. Sarawak

Repository Record. 27 Mohd.Reduan Asli. “Perkembangan Komunis di Sarawak 1940 sehingga 1963” dalam Pengaman.

1987. hlm.83.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Penggunaan Bahan Penerbitan Media Cetak dalam Penyebaran 41 Propaganda Komunis di Sarawak

If we wanted to improve their life, we must first care about their life. How to care about their life and start from what? For instance, you, when you are talking with them, may talk about farming, about the harvest and about the problems concerning the sufficiency or insufficiency of their food. These are all good subjects for casual conversation. Though you are talking to them in only a casual manner, they may feel that you are caring much about their life and sympathizing with their hardship. Gradually, they would think that you

are their reliable friend and would work for you with sincere loyalty . 28

PKS berdepan dengan kesukaran untuk mempengaruhi penduduk peribumi Sarawak kerana penduduk lebih gemar akan kehidupan asal mereka dengan tidak terikat dengan mana-mana pihak. Terdapat beberapa sebab mengapa penduduk peribumi di Sarawak tidak tertarik untuk menyokong PKS. Perjuangan PKS adalah bersifat cauvinis keCinaan dan tidak bersifat kebangsaan kerana rata-rata ahli PKS adalah orang Cina. Tambahan lagi, barisan kepimpinan PKS terdiri daripada kaum Cina dan PKS tampaknya lebih memperjuangkan kepentingan kaum Cina berbanding dengan kaum lain. Sekiranya, penduduk bumiputera menyertai PKS, kemungkinan hak mereka terabai dan dipinggirkan oleh PKS kerana majoriti pengikut PKS adalah orang Cina.

PKS turut mengalami kesukaran untuk mempengaruhi golongan ini disebabkan oleh masalah komunikasi. Masalah komunikasi terjadi apabila penduduk tidak memahami bahasa yang digunakan oleh PKS dalam menyebarkan propaganda tersebut. Tambahan pula, penduduk peribumi tidak berminat untuk menyertai PKS kerana mereka beranggapan bahawa dengan menyertai PKS keadaan di negeri Sarawak akan menjadi huru-hara. Penduduk peribumi mengetahui bahawa PKS merupakan sebuah pertubuhan haram dan mana mungkin penduduk peribumi ingin menyertai mereka.

Selain itu, faktor yang menyebabkan penduduk peribumi gagal diresapi oleh propaganda komunis adalah kerana mereka mempunyai tahap pendidikan yang rendah. Apabila mempunyai tahap pendidikan yang rendah, penduduk peribumi tidak mungkin terpengaruh dengan propaganda hebat Marx, Lenin dan Mao. Hal ini menyebabkan penduduk peribumi tidak terpengaruh dengan PKS kerana mereka tidak memahami perjuangan sebenar PKS. Sementara itu, kaum Melayu menolak komunisme kerana bertentangan dengan ajaran Islam yang menolak

kewujudan Tuhan dan komunis melakukan kekejaman terhadap orang awam. 29 Hanya segelintir sahaja penduduk peribumi yang terpengaruh dengan propaganda komunis iaitu Ubong Anak Nuing iaitu seorang daripada komunis berbangsa Iban yang menyertai PKS. Ubong berasal daripada Kanowit dan merupakan ketua komunis bagi komunis berbangsa Iban yang mengetuai North Kalimantan Iban Brotherhood Party (NKIBP). Sungguhpun begitu, pada tahun 1986, Ubong dan seramai 40 pengikutnya telah menyerahkan diri kepada pihak berkuasa. Justeru, penyebaran propaganda komunis dalam kalangan penduduk peribumi oleh PKS tidak berjaya kerana penduduk peribumi tidak mengerti perjuangan sebenar PKS yang ingin mendirikan kerajaan komunis di Sarawak.

Sebilangan besar orang Cina terlibat dalam kegiatan komunis. Kesan daripada penyebaran tersebut, golongan yang terkesan adalah golongan muda. Mereka ini terdiri daripada golongan pelajar. PKS mensasarkan golongan pelajar kerana golongan ini boleh dididik dan menerima pembaharuan pemikiran baru. Keadaan ini

28 C.O.1030/1539. Clandestine Communist Organisation in Sarawak 1963. Sarawak Repository

Record. Kuching.

29 Kertas Cetak Kerajaan. Komunis Musuh Negara. Jabatan Cetak Kerajaan. 2011. hlm. 6

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Nararossa Peter Ballak & Mohd Samsudin 42

menyebabkan kebanyakan sekolah menjadi sasaran PKS untuk menyebarkan risalah- risalah sehingga ada yang menampal risalah di dinding sekolah. Misalnya, terdapat insiden ancaman subversif berlaku di sekolah Methodist, Sibu pada tahun 1957 dan terdapat tujuh belas guru telah ditangkap kerana menyebarkan propaganda komunis di

antara tahun 1956 dan 1959 telah dilucutkan perkhidmatan mereka. 30 Justeru, PKS mendekati pelajar dengan menggunakan sistem pendidikan yang ada untuk menindoktrinasikan para pelajar. Mereka turut menawarkan ganjaran terhadap pelajar yang berminat untuk menyertai PKS. Walaupun begitu, tidak semua orang Cina di Sarawak yang menerima propaganda komunis.

KESIMPULAN

Secara keseluruhan, peranan bahan penulisan yang dicetak sangat efektif dalam kalangan masyarakat pada masa itu yang kekurangan sumber maklumat. Oleh itu, bahan-bahan penulisan yang diterbitkan merupakan medium utama dalam penyampaian maklumat dan pengetahuan seiring dengan perkembangan dunia pada ketika itu. Jika dilihat gerakan nasionalisme, perjuangan propaganda, emansipasi wanita dan beberapa gagasan ilmu dicetuskan adalah melalui bahan penulisan. Sasaran penulis adalah golongan celik huruf yang terdiri daripada segenap lapisan masyarakat. Bahan-bahan penulisan seperti akhbar, buku, risalah dan terbitan berkala yang berbaur politik komunis pada peringkat awalnya disebarkan dengan meluas tetapi kegiatan tersebut telah dihidu oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan telah menyekat beberapa penyebaran bahan-bahan penulisan tersebut di bawah akta yang ditetapkan. Di samping itu, penyebaran melalui bahan penulisan mempunyai kelemahan yang tersendiri kerana tidak semua ahli masyarakat yang celik huruf terutamanya masyarakat pedalaman memahami intipati perjuangan sesebuah gagasan ilmu. Tambahan pula sukar untuk mereka mendapatkan bahan bercetak tersebut dengan cepat serta tidak begitu terdedah dengan perkembangan semasa. Begitu juga, pertentangan fahaman agama dengan propaganda komunis turut menyebabkan berlaku kegagalan penyebaran propaganda tersebut terhadap kelompok masyarakat tertentu. Justeru, penyebaran propaganda komunis tidak begitu berjaya dalam kalangan masyarakat peribumi terutamanya Iban dan Melayu umpamanya tetapi tidak sebegitu dengan masyarakat Cina yang kebanyakkannya tinggal di kawasan bandar. Walau bagaimanapun, tidak semua masyarakat Cina yang berada di Sarawak menyokong kegiatan komunis.

30 C.0.1030/267. Communism in Schools in Borneo Territories 1954 – 1955. Sarawak Repository Record.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Penggunaan Bahan Penerbitan Media Cetak dalam Penyebaran 43 Propaganda Komunis di Sarawak

Rujukan

Chew, Daniel. (1990).Chinese Pioneers on the Sarawak Frontier 1841 – 1941. Oxford University Press. Singapore. C.O.1030/267. Communism in Schools in Borneo Territories 1954 – 1955. Sarawak Repository Record. C.O.1030/1104. Measures to Combat Communism in Borneo Territories 1961 – 1962.Sarawak

Repository Record. C.O.1030/1105. Clandestine Communist Organisation in Sarawak 1960 – 1962.Sarawak Repository Record C.O.1030/1539. Clandestine Communist Organisation in Sarawak 1963.Sarawak Repository Record F.C.O.24/1443. Politic and Insurgency in Sarawak. G/29/1. Preservation of Public Security Ordinance 1962 – 1966. Resident Office Kuching. H/3/2. Education – Chinese School and Teacher 1955 – 1970. Resident Office Kuching. Hanrahan, Gene.Z. (1971). The Communist Struggle in Malaya. Kuala Lumpur. University of Malaya

Press. Kertas Cetak Kerajaan.(2011).Komunis Musuh Negara. Jabatan Cetak Kerajaan. Kertas Cetak Kerajaan.(1973). Countering Communist Subversion in Schools. Jabatan Cetak Kerajaan. Mohd.Reduan Haji Asli.(1987). Perkembangan Komunis di Sarawak 1940 sehingga 1963. Pengaman. Porrit. Vernon L.(1997). The British Colonial Rule in Sarawak 1946 – 1963. Singapore. Oxford

University Press. RH/ 2006/0012. Sarawak Diary February 1957 – 1958. Sarawak Repository Record. RH/2006/0003. The Doomed Man. Sarawak Repository Record. RH/2006/0011. The Report on the Foochow Chinese. Sarawak Repository Record. The Borneo Bulletin. September 1961. The Borneo Bulletin. October 1961. Van der Kroef, Justus M. (1981). Communism in South-East Asia. Hongkong. The Macmillan Press

Ltd.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. II, Issue I, 2017, ISBN 978-967-0829-54-8

TUN FATIMAH HASHIM: SUMBANGAN DAN KEJAYAAN SEBAGAI MENTERI WANITA PERTAMA DI MALAYSIA TUN FATIMAH HASHIM: CONTRIBUTIONS AND SUCCESS AS A FIRST WOMEN MINISTER IN MALAYSIA

Siti Norhazanaton Jaafar Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

Abstrak

Nama Tun Fatimah Hashim tidak asing lagi dalam sejarah tokoh-tokoh pemimpin wanita yang pernah tertulis di dalam lipatan sejarah negara. Status beliau sebagai anak kampung yang berjaya memegang jawatan sebagai menteri wanita pertama di bawah portfolio sebagai Menteri Kebajikan Am menjadikan beliau seorang tokoh yang istimewa dan luar biasa. Penglibatan dan kecintaan beliau dalam arena politik negara telah membawa kepada jawatan ini. Sikap beliau yang berani, berdedikasi selain pandai merancang telah membawa kepada beberapa bentuk sumbangan dan kejayaan beliau serta kementeriannya dalam aspek kebajikan dan sosial masyarakat Malaysia pada awal tahun 1970-an. Kajian ini adalah bagi meneliti setiap sumbangan dan kejayaan Kementerian Kebajian Am dibawah pimpinan Tun Fatimah Hashim sekaligus membuktikan beliau layak digelar ibu pembangunan sosial negara. Bahan dokumen banyak digunakan berdasarkan laporan-laporan Kementerian serta simpanan Arkib Negara Malaysia. Menerusi penelitian dapat dilihat wujudnya pembentukan Bilik Gerakan serta perkembangan yayasan di rumah kebajikan yang menjadi contoh dasar perubahan yang berjaya dilakukan oleh tokoh ini. Malah, pembangunan untuk pusat-pusat perkhidmatan kebajikan serta peningkatan pemberian dana untuk unit kebajikan juga menjadi bukti utama terhadap kejayaan Tun Fatimah Hashim menerajui kementeriannya dalam tempoh masa tugasan yang singkat.

Kata kunci: Pengajian wanita; Tun Fatimah Hashim; Kementerian Kebajikan Am; Kebajikan sosial.

Abstract

Tun Fatimah Hashim name was a familiar figure in the history of Malaysia Women Leader. She only attended the local primary school but can became a Malaysia first women minister in Ministry of Public Welfare. This position makes her a special and extraordinary women figure. Her passion in political arena had led to this position. She was a brave and dedicated leader plus know how plan had led to a few form of contribution and success to the ministry and Malaysia social welfare in the early of 1970’s. This study is to examine each contribution and success of the Ministry Public Welfare under Tun Fatimah Hashim leadership. This study also to prove that she deserves to be called as a mother of national social development. Document material widely used based on Ministry Reports and preserved by National Archieves of Malaysia. Through the research can be seen that Bilik Gerakan formation and foundation development in welfare home that became the example of policy changes that managed to

be done by this figure. In fact, the development of centres of welfare services as well as the increased funding for welfare unit also became the main evidence of Tun Fatimah Hashim success as a Minister of Public Welfare leader even in a short period of time assignment.

Keywords: Women studies; Tun Fatimah Hashim; Ministry of Public Welfare; Social welfare.

PENGENALAN

Tun Fatimah Hashim ialah mantan menteri wanita pertama yang pernah memegang portfolio sebagai Menteri Kebajikan pada tahun 1969 hingga 1973. Ketokohan beliau

Tun Fatimah Hashim: Sumbangan dan Kejayaan Sebagai 45 Menteri Wanita Pertama Malaysia

sebagai pemimpin wanita juga terbukti di dalam Kepimpinan Kaum Ibu UMNO selama 16 tahun iaitu dari tahun 1956 hingga 1973. Berlatarbelakangkan hanya dengan pendidikan kampung, beliau telah membuktikan taraf pendidikan bukan penghalang untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya dan berdedikasi sekaligus membantu memberi sumbangan terhadap sosial masyarakat. Beberapa kejayaan yang diterima oleh Kementerian Kebajikan dan juga badan persatuan yang pernah disertainya adalah bukti terhadap kejayaan beliau sebagai seorang tokoh pemimpin wanita yang pernah ada di Malaysia suatu ketika dahulu. Tun Fatimah Hashim telah memberikan sumbangan yang penting terhadap pembangunan sosial masyarakat. Melalui peranan utama beliau sebagai Menteri Kebajikan Am telah membawa kepada kepelbagaian transformasi dan pembangunan sosial yang baru. Malah menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, walaupun selepas itu semakin ramai kalangan pemimpin wanita mula muncul, namun semasa kepimpinan Tun Fatimah Hasyim dianggap sebagai zaman pemerintahan yang mampu memberi contoh terbaik kerana kesanggupan beliau dalam menghadapi pelbagai dugaan malah perjuangan beliau tidak kenal erti penat lelah

dalam mengangkat darjat kaum wanita ketika itu. 1

Artikel ini akan membuktikan beberapa kejayaan yang telah dimiliki oleh kementerian kebajikan Am pada tahun 1969 hingga 1973 di bawah kepimpinan Tun Fatimah Hashim sebagai wanita pertama yang diberi kepercayaan untuk mengetuai kementerian ini. Di sinilah kita dapat melihat beberapa kejayaan Tun Fatimah Hashim bagi membuktikan beliau tokoh yang harus dihargai dan dihormati. Malah, sumbangan ini harus dicontohi dan dihargai oleh generasi pada masa kini demi kebaikan pembangunan sosial negara. Segala bentuk kejayaan ini sebagai jalan pembuka kepada kejayaan-kejayaan pada masa hadapan. Oleh itu, Tun Fatimah Hashim layak digelar ibu pembangunan sosial masyarakat Malaysia terutama pada awal tahun 1970-an hinggalah pada tahun 1980-an kerana sumbangan-sumbangannya. Malah beliau juga boleh dilabelkan sebagai tokoh wanita pertama yang kuat berusaha dan berani melakukan transformasi melawan konsep wanita tradisi yang hanya duduk di rumah menjaga keluarga dan anak-anak tanpa memberi sumbangan yang besar terhadap pembangunan kehidupan masyarakat.

LATAR BELAKANG TOKOH

Tun Fatimah Hashim lahir pada tanggal 25 Disember 1924, di Parit Keroma, Muar Johor. Insan ini merupakan hasil perkongsian hidup pasangan Encik Hashim dan Hajah Salmah. Beliau merupakan anak ketiga daripada 15 orang adik-beradik seibu dan sebapa selain 9 orang lagi adik beradik berlainan ibu. Namun Tun Fatimah Hashim telah tinggal dan disara oleh mak ciknya Puan Habsah yang menetap di tempat kelahirannya sejak berumur tujuh bulan lagi. Encik Hashim merupakan seorang guru sekolah dan mereka sekeluarga telah berhijrah ke Mersing untuk berkhidmat disana. Ketika berumur 13 tahun, mak ciknya Puan Habsah telah meninggal dunia dan beliau dipulangkan semula kepada ibu bapa kandungnya di Mersing sehinggalah beliau dewasa dan berkahwin. Pada 23 Disember 1943, Tun Fatimah Hashim telah melangsungkan perkahwinannya dengan Tan Sri Abdul Kadir Bin Yusof iaitu mantan

Peguam Negara yang pernah dilantik pada tahun 1963 hingga 1977. Mereka dikurniakan 6 orang cahaya mata iaitu 2 perempuan dan 4 orang lelaki. Kebahagian

1 Esa Bin Mostapa, Peranan Tun Fatimah Hashim dalam Martabat Kebajikan Wanita di Malaysia, Thesis Online Program S1 Jurusan Akidah Filsafat Fakultas Ushuluddin , Universitas Islam Negeri Sultan

Syarif Kasim, Riau, Indonesia, 2011, hlm. 7.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Siti Norhazanaton Jaafar 46

dan keakraban antara keluarga menjadi keutamaan Tun Fatimah Hashim walaupun aktif di dalam dunia politik negara.

Sejarah pendidikan yang diterima olah Tun Fatimah Hashim tidaklah terlalu tinggi malah dikatakan hanya pada tahap kampung sahaja tidak seperti tokoh-tokoh negarawan yang lain. Menjadi anak tunggal kepada keluarga angkat, Tun Fatimah Hashim beruntung kerana beliau masih dibenarkan bersekolah di sekolah budak lelaki. Sebelum itu, beliau telah mendapat pendidikan tidak formal dari seorang guru yang

mengajar di Sekolah Parit Keruma. 2 Setahun setelah berpindah ke Mersing, beliau dibenarkan untuk menyambung semula persekolahannya di Sekolah Perempuan Mersing dan dibenarkan menyambung persekolahannya sehingga lulus Darjah Lima. 3 Pada zaman itu, pelajar dari lulusan Darjah Lima layak untuk menjadi guru dan Tun Fatimah Hashim telah melakukan persiapan untuk menghadiri kursus perguruan tersebut. Namun Perang Dunia Kedua yang mula meletus telah menyebabkan beliau terpaksa untuk membatalkan cita-citanya dalam dunia akademik. Karisma dan kredibiliti beliau dalam ilmu akademik dan juga kepimpinan jelas terserlah apabila beliau merupakan seorang pelajar yang aktif memegang jawatan pemimpin. Beliau

pernah menjadi ketua darjah dan juga ketua murid perempuan 4 selain cemerlang di dalam peperiksaan yang diambilnya ketika zaman persekolahan.

Penglibatan Dalam Arena Politik Negara

Tun Fatimah mula mengembangkan sayapnya di dalam arena politik negara pada tahun 1947 di mana beliau mula menjadi ahli UMNO, 5 ketika baru berusia 21 tahun. 6 Beliau kemudiannya telah dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Cawangan Kaum Ibu Kampung Nong Chik, Johor Bahru pada tahun 1948. Sewaktu memegang tanggungjawab ini, sekali lagi kesungguhan beliau terbukti apabila beliau telah

ditugaskan mengutip yuran dan mencari ahli. 7

Bukan main seksa mengutip yuran daripada orang kampung. Maklumlah, orang kampung susah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Nilai RM1.00 suatu nilai yang besar bagi mereka untuk disalurkan kepada parti

politik yang belum diketahui sangat oleh rakyat . 8

Berikut adalah kata-kata dan pengalaman yang dilalui sendiri oleh Tun Fatimah Hashim di dalam menjalankan tugas. Beliau juga terpaksa naik bukit turun bukit, berjalan dari satu rumah ke satu rumah dan bermandi peluh untuk mencari ahli baru. Beliau juga pernah memegang jawatan Penolong Setiausaha UMNO, Cawangan Johor Bahru dan pernah menjadi wakil Kaum Ibu UMNO menghadiri Mesyuarat Agung Bahagian Johor di Kota Tinggi. Kemudian, semasa beliau tinggal di Kota Tinggi, beliau juga telah dilantik menjadi Naib Ketua Kaum Ibu UMNO Kota Tinggi. Pada tahun 1951-1953 pula, Tun Fatimah telah memegang jawatan Setiausaha Pergerakan

2 Nor Zainal Bin Baharom, Tun Fatimah Binti Haji Hashim : Biografi Seorang Tokoh Politik dan Sosial, Latihan Ilmiah di kemukan kepada Jabatan. Sejarah, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan,

UKM, Sarjana Muda Sastera , Sesi 1987/88, hlm. 12. 3 Nik Safiah Karim dan Rokiah Talib, Tun Fatimah Potret Seorang Pemimpin, Pelanduk Publications

(M) Sdn. Bhd., Selangor, 2003, hlm. 2. 4 Ibid.

5 Nik Safiah Karim dan Rokiah Talib, Tun Fatimah Potret Seorang Pemimpin , …, hlm. 7. 6 Majalah Wanita, Tun Fatimah Teruskan Legasi Srikandi Wanita, November 2009.

7 Azizah Mokhzani, Fatimah Srikandi Sumber Inspirasi, Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia, Kuala Lumpur, 1990, hlm.33.

8 Nik Safiah Karim dan Rokiah Talib, Tun Fatimah Potret Seorang Pemimpin , …, hlm. 9.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No.1, 2017.

Tun Fatimah Hashim: Sumbangan dan Kejayaan Sebagai 47 Menteri Wanita Pertama Malaysia

Kaum Ibu UMNO Johor bagi menggantikan jawatan yang dilepaskan oleh Datin Suhaila. Pada tahun 1953-1955, penglibatan beliau di dalam arena politik negara terhenti seketika apabila beliau mengikuti suaminya yang melanjutkan pelajaran di England.

Selepas beberapa bulan pulang ke tanah air, pada tahun Jun 1955, beliau telah dipujuk untuk menyertai semula Parti UMNO. Oleh itu, pada tahun 1956 beliau telah dilantik sebagai Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO Negeri termasuklah Ketua

Pergerakan Kaum Ibu Perak. 9 Pada penghujung tahun 1956 beliau telah mencapai kedudukan kemuncak dalam Pergerakan Kaum Ibu UMNO seluruh negara di mana beliau telah dilantik menjadi ketuanya pada 11 September 1956 sekaligus menduduki Majlis Tertinggi UMNO. Sebagai Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO, secara tidak langsung beliau juga menjadi Naib Yang Di Pertua UMNO Malaysia dan menduduki jawatan dalam Jawatankuasa Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Ahli

Jawatankuasa Kewangan UMNO dan Ahli Jawatankuasa Politik. 10 Tun Fatimah Hashim merupakan Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO Malaya yang keempat dan merupakan tokoh pemimpin yang paling lama memegang jawatan tersebut iaitu pada

tahun 1956 hinggalah 1973. 11 Tun Fatimah telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Malaysia pada tahun 1959 hingga tahun 1974, bagi mewakili Kawasan Jitra – Padang Terap, Kedah. Tun Fatimah turut bertanding di dalam Pilihan raya Persekutuan yang bermula pada tahun 1959 hingga tahun 1969. Kemuncak penglibatan beliau di dalam arena politik negara terserlah apabila beliau diberikan amanah untuk memegang jawatan sebagai Menteri Kebajikan Am sekaligus menjadi wanita pertama dilantik di dalam sejarah anggota kabinet negara.

SUMBANGAN DAN KEJAYAAN TUN FATIMAH HASHIM Menteri Wanita Pertama Malaysia

Sebagai seorang yang ditugaskan menjadi Menteri Kebajikan Am, hak dan tanggungjawab kebajikan rakyat perlu menjadi keutamaan kepada Tun Fatimah Hashim. Keadaan sosial masyarakat yang tidak stabil hingga membawa kepada peristiwa rusuhan kaum 13 May 1969 menuntut kepada peranan yang lebih tinggi dan dedikasi daripada Tun Fatimah Hashim untuk melakukan perubahan demi memenangi hati rakyat malah atas dasar tanggungjawab beliau sendiri sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat. Oleh itu, pelbagai peranan harus ditunjukkan hingga membawa kepada kejayaan kementerian ini demi memperoleh kepercayaan semula rakyat terhadap kepimpinan kerajaan ketika itu. Beberapa perubahan sistem dan pengurusan terhadap kementerian perlu dilakukan bagi memperbaiki keadaan sosial masyarakat ketika itu. Hal ini terbukti apabila sejarah tercatat seperti yang tertulis di dalam buku 50 Tahun Kementerian Kebajikan Am yang menyatakan antara kejayaan pada tahun 1972 ialah perkhidmatan kebajikan masyarakat telah disusun semula dengan memberi tumpuan kepada pembangunan masyarakat dengan perluasan skop yang meliputi semua lapisan masyarakat. Perubahan ini juga membawa kepada satu bentuk sumbangan dan kejayaan yang berjaya ditunjukkan oleh Tun Fatimah Hashim di bawah kementerian pimpinan beliau.

9 Majalah Wanita, Tun Fatimah Teruskan Legasi Srikandi Wanita, November 2009. 10 Biografi Wanita Malaysia, Terbitan PERTIWI, Kuala Lumpur, 1983, hlm. 26. 11 Tan Sri Datuk Abdul Samad Idris, 25 Tahun Merdeka-Kenangan Abadi Kepada Bangsa, agama dan

tanah air, Penerbitan Pustaka Budiman, Kuala Lumpur, hlm. 260.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Siti Norhazanaton Jaafar 48

Pembukaan Bilik Gerakan di Kementerian Kebajikan Am

Ketika Tun Abdul Razak mula mengambil alih peranan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Fatimah Hashim masih lagi berkhidmat di dalam Kementerian Kebajikan Am Malaysia. Mengambil contoh pendekatan dasar Bilik Gerakan yang mula dilakukan oleh Tun Abdul Razak, Tun Fatimah Hashim juga mengikut jejak langkah Tun Abdul Razak dengan menubuhkan Bilik Gerakan di kementeriannya. Secara umumnya, Bilik Gerakan yang dimaksudkan ialah sebuah tempat atau pejabat yang diwujudkan di sesuatu kawasan projek bagi memperlihatkan kemajuan rancangan dan juga tempat aduan kepada masyarakat. Hal ini terutamanya apabila rancangan Buku Hijau dengan projek pembangunan luar bandar yang dilancarkan oleh kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak. Bilik gerakan ini menempatkan para pegawai yang sentiasa merekod dan mempamerkan setiap kemajuan projek pelaksanaan kerajaan kepada rakyat.

Fungsi Bilik Gerakan yang ditubuhkan oleh Tun Fatimah Hashim di kementeriannya adalah bagi mewujudkan pusat maklumat dan sumber rujukan bagi perancangan pembangunan. Di dalam ucapan beliau di Majlis Perasmian Bilik Gerakan, beliau menyatakan bahawa Bilik Gerakan ini juga berperanan bagi mempamer dan merekodkan segala kemajuan-kemajuan dan kejayaan-kejayaan yang telah tercapai dalam semua bidang perkhidmatan kementerian ini. Oleh itu, secara asasnya tujuan mengadakan Bilik Gerakan ini ialah untuk mencipta dan meneliti aliran kemajuan yang telah tercapai dan juga bagi menjadi panduan dalam merancangkan projek-projek dan perkhidmatan yang lebih baik mutunya pada masa hadapan. Beliau juga yakin bahawa dengan maklumat-maklumat yang terkumpul ini, beliau dan semua pegawai di Kementerian Kebajikan Am mampu menjalankan tugas dan

tanggungjawab dengan penuh keazaman. 12

Bilik Gerakan ini mampu memberi impak yang positif kepada pengurusan dan keadaan Kementerian Kebajikan Am pada masa hadapan. Penambahbaikan dan perkembangan sistem di dalam pentadbiran terus berlaku bagi memberi perkhidmatan sosial yang maksimum kepada masyarakat-masyarakat di Malaysia. Fungsinya sebagai tempat merekod dan pameran juga mampu memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa kementerian ini sentiasa berusaha dalam memperbaiki mutu perkhidmatan demi kepentingan bersama. Mengikut Tun Fatimah Hasyim lagi, kementerian beliau merupakan satu-satunya kementerian selepas Jabatan Perdana Menteri yang mempunyai Bilik Gerakan. Acara penubuhannya, yang diadakan pada

29 Januari 1971 telah dirasmikan oleh Tun Abdul Razak sendiri. Pujian juga diberikan kepada usaha Tun Fatimah Hashim ini kerana mampu memberi perkhidmatan kebajikan dan sosial yang lebih baik kepada masyarakat.

Kewujudan Bilik Gerakan ini dilihat sebagai satu bentuk kejayaan Tun Fatimah Hashim sebagai menteri wanita pertama yang pernah dilantik. Kredibiliti beliau terserlah kerana berani membawa perubahan terhadap sistem dan pengurusan. Pelaksanaan pembukaan bilik ini bukanlah sesuatu yang mudah malah membawa kepada perancangan yang rapi agar memastikan pembinaan Bilik Gerakan ini tidak sia-sia dan mempunyai kebaikan di masa kelak. Akhirnya, Bilik Gerakan ini benar- benar memberi fungsi yang menggalakkan malah berjaya mewujudkan satu rekod simpanan yang lebih tersusun. Kakitangan kementerian juga dapat melaksanakan tanggungjawab dengan efektif selain menjadi tempat masyarakat melihat sendiri segala aktiviti dan langkah yang telah dilakukan kerajaan sekaligus mengembalikan

12 Ucapan Y. B. Menteri Kebajikan Am, Bersempena Pembukaan Rasmi Bilik Gerakan di Kementerian Kebajikan Am, pada hari Juamaat 29 Januari 1971 jam 10.00 pagi. Sumber Arkib Negara Malaysia.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No.1, 2017.

Tun Fatimah Hashim: Sumbangan dan Kejayaan Sebagai 49 Menteri Wanita Pertama Malaysia

semula kepercayaan masyarakat dan memberi maklumat berguna tentang aktiviti kebajikan dan sukarelawan.

Perkembangan Yayasan di Rumah Kebajikan

Terdapat dua kaedah pendekatan yang dilakukan badan kebajikan kanak-kanak iaitu yang pertama melalui perkhidmatan luar yang berbentuk pencegahan dan bangunan serta yang keduanya melalui perkhidmatan yayasan yang mengandungi penyembuhan

dan pemulihan. 13 Satu sumbangan yang nyata dengan langkah yang berkesan telah diambil oleh Tun Fatimah Hashim. Ia bagi memperbaiki dan memperkasakan perkhidmatan yayasan ini terutamanya bagi Jabatan Yayasan Perkhidmatan Kanak- Kanak. Melihat kepada aspek ini juga, perkhidmatan yayasan yang dimajukan oleh Tun Fatimah Hashim dengan hasil usaha sama pegawai-pegawai ahli Kementerian Kebajikan Am ketika itu mampu membawa perubahan dan kejayaan yang lebih baik terhadap perkhidmatan yayasan pada masa hadapan.

Pentadbiran era Tun Fatimah Hashim memberi penekanan dalam membentuk atau menjadikan kanak-kanak yang kehilangan tempat bergantung mempunyai masa hadapan yang baik. Perkara ini sama seperti bagi orang-orang cacat dan kanak-kanak yang dimasukkan ke sekolah akhlak. Tun Fatimah Hashim sangat menggalakkan pendidikan kemahiran diberikan kepada mereka di dalam pusat-pusat perkhidmatan bagi membolehkan mereka juga diberi peluang untuk bekerja bagi menambah hasil pendapatan negara selain mempunyai wang sara hidup sendiri. Begitu juga dengan tujuan sebenar penubuhan yayasan ini, selain sebagai tempat jagaan, ia ditubuhkan bagi memberi panduan dan latihan termasuk pelajaran asas dan pertukangan untuk kanak-kanak yang belum berdikari dengan tujuan untuk menyediakan mereka sebelum

kembali kepada masyarakat. 14 Oleh itu, galakkan pendidikan kemahiran ini mampu menyokong asas kepada tujuan sebenar yayasan ini ditubuhkan sekaligus memberi kehidupan yang lebih baik terhadap golongan-golongan di bawah perlindungan yayasan ini.

Selain itu, pembaharuan dari aspek sistem pengurusan yayasan-yayasan ini juga turut dilakukan oleh Tan Sri Fatimah. Pada tahun 1971 ini sahaja, satu langkah tegas telah diambil bagi memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada di dalam pengurusan kanak-kanak di perkhidmatan yayasan ini. Kelemahan yang nyata ialah berkaitan taraf kerja kes yang merosot. Ia dapat dilihat dalam kajian di mana contohnya yang berlaku di Rumah Budak Laki-Laki Serendah, dari 90 kanak-kanak dari tahun 1968-1971, 45 kanak-kanak yang tidak mendapat kes lanjutan follow up mengenai kehidupan mereka seterusnya. Selain itu, terdapat juga masalah kes rekod yang tidak lengkap kerana ketiadaan butiran-butiran lengkap seperti butir kelahiran,

kad pengenalan dan lain-lain. 15 Perkara ini sesuatu yang amat mendukacitakan beliau sekaligus bertegas untuk melaksanakan pembaharuan walaupun terdapat halangan serta memakan kos yang besar untuk ditampung kementerian.

Satu langkah tegas telah diambil oleh Tun Fatimah Hashim ialah memperbaiki kelemahan sistem pengurusan perkhidmatan yayasan-yayasan perkhidmatan kanak- kanak ini. Segala syor-syor dari mahkamah-mahkamah telah dihentikan. Ini bermakna, penghantaran kanak-kanak di Rumah Budak Laki-Laki di Serendah dihentikan buat sementara waktu sehingga selesai kajian untuk mengealpasti masalah sebenar. Kajian mengenai masalah ini telah membawa kepada faktor pemikiran yang tidak realistik

13 Laporan Tahunan –Kementerian Kebajikan Am Malaysia 1971, Sumber Arkib Negara Malaysia. 14 Ibid. 15 Ibid.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Siti Norhazanaton Jaafar 50

dan tidak rasional. Proses pemulihan juga merupakan satu usaha lanjutan bagi memperlihatkan perkembangan kanak-kanak ini yang masih berada di dalam yayasan ataupun setelah bebas dari rumah-rumah yayasan berkenaan. Kajian semula juga telah diarahkan dari masa ke semasa bagi memperlihatkan pegawai –pegawai ini sentiasa membuat follow up seterusnya bagi mengelakkan kanak-kanak ini terbiar atau akibat buruk lain akibat tinggal di rumah yayasan dalam tempoh masa yang lama.

Langkah-langkah yang telah dilakukan ia menampakkan satu kesungguhan Tun Fatimah Hashim dan kementerian ini dalam memperbaiki mutu pengurusan dan perkhidmatan. Hasil daripada tindakan berkaitan isu follow up ini, jumlah kes kanak- kanak yang tidak mendapat follow up lanjutan semakin berkurangan. Malah, beberapa penambahbaikan berkaitan sistem pengurusan maklumat juga berjaya diatasi di bawah kepimpinan Tun Fatimah Hashim ini. Masalah ketiadaan butiran-butiran lengkap seperti butir kelahiran, kad pengenalan dan lain-lain juga dapat diatasi. Selain itu, melalui penambahbaikan sistem ini, ia menunjukkan pencapaian mutu pekerja unit kebajikan bertambah baik dan meningkat. Malah prestasi yang berkualiti ini mampu membawa kepada perkhidmatan cemerlang dan bukti bahawa kepimpinan tokoh ini mampu membawa perubahan ketara terhadap perkhidmatan kebajikan terutamanya untuk penghuni-penghuni rumah kebajikan.

Satu perantaraan Warta Rengkas juga telah berjaya diperkenalkan bagi memperbaiki sistem perkhidmatan yayasan ini. Sistem inilah yang membezakan zaman pentadbiran Tun Fatimah Hashim dengan menteri-menteri kebajikan am yang lain. Sifat penyayang sebagai seorang ibu membawa kepada usaha yang lebih bersungguh-sungguh dalam memperbaiki pusat perkhidmatan kanak-kanak pada awal tahun 1970-an ini. Warta Rengkas ini telah diperkenalkan pertama kalinya bagi membolehkan pegawai-pegawai yayasan untuk mengetahui aspek pembangunan di dalam jagaan yayasan.

Warta Rengkas ini mengandungi butir-butir berkenaan psikologi kanak-kanak. Perkara ini kebiasaannya tidak dimasukkan ke dalam laporan atau surat pekeliling kakitangan. Oleh itu, sekaligus ia berjaya menambahkan pengetahuan kakitangan pegawai-pegawai kebajikan dan kemahiran mereka di dalam pengendalian kanak- kanak. Warta Rengkas ini juga mengandungi keterangan yang berfaedah dalam menyentuh soal-soal seperti teknik pengurusan dan peranan mereka sendiri. Hal ini juga berjaya membawa kepada satu bentuk kejayaan dalam penghasilan sistem pentadbiran yayasan yang lebih baik dan lebih diyakini terutamanya dari aspek kebajikan kanak-kanak itu sendiri. Warta Rengkas ini juga menjadi bukti kepada satu dasar yang telah dibentuk oleh Tun Fatimah Hashim bersama-sama anggota kementeriannya hingga membawa kepada perubahan yang lebih baik selain sifatnya yang unik dan berkesan.

Selain itu, bagi perkhidmatan orang-orang cacat pula, kakitangan di pusat- pusat perkhidmatan ini juga berjaya mengambil bahagian di dalam kursus-kursus yang telah diadakan oleh jabatan perkhidmatan orang-orang cacat kementerian. Hasil daripada pelaksanaan kursus-kursus ini telah membawa kesan kepada pertambahan pengetahuan dan pengalaman mereka sekaligus membawa kepada mutu kerja yang lebih baik dan tinggi. Pusat perkhidmatan yayasan rumah orang cacat juga berjaya memperoleh perkhidmatan bayaran tambang murah kereta api untuk kegunaan penghuni-penghuni pusat mereka. Ia sesuatu yang tidak diperoleh sebelum itu. Pemberian tiket-tiket ini telah memberi kesan baik kepada penghuni rumah kebajikan orang cacat ini untuk kegunaan khas jika memerlukan perjalanan kereta api atas urusan yang penting.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No.1, 2017.

Tun Fatimah Hashim: Sumbangan dan Kejayaan Sebagai 51 Menteri Wanita Pertama Malaysia

Secara tuntasnya, perkembangan yayasan di rumah-rumah kebajikan ini jelas kelihatan setelah Tun Fatimah Hashim mula memegang kepimpinan Kementerian Kebajikan Am. Perkara ini jelas kelihatan apabila perbagai bentuk rombakan sistem dan cara pengurusan telah dilakukan selain beberapa dasar baru. Malah, pelbagai langkah lain turut diberikan penekanan bagi memperbaiki kelemahan yang ada. Warta Rengkas misalnya contoh langkah yang berkesan yang telah diperkenalkan. Ia membawa kepada mutu dan kualiti yang lebih tinggi terhadap corak pengurusan dan perkhidmatan pegawai-pegawai di bahagian yayasan perkhidmatan kanak-kanak dan orang cacat terutamanya dalam menjalankan tugas masing-masing. Ia boleh dianggap sebagai satu bentuk kejayaan kepimpinan Tun Fatimah Hashim sebagai pemimpin dan ketua dalam kementerian jagaannya sekaligus memberi perkhidmatan terbaik demi kepentingan sosial masyarakat Malaysia ketika itu.

Pembangunan Yang Lebih Baik Untuk Pusat-Pusat Perkhidmatan Kebajikan

Salah satu lagi bukti bahawa Kementerian Kebajikan Am di bawah pimpinan Tun Fatimah Hashim bergerak maju dan berkembang dalam usaha memperbaiki sosial masyarakat ialah dari aspek pembangunan yang semakin menyerlah juga di rumah- rumah dan pusat-pusat kebajikan yang ada di negara. Jika kita melihat di bahagian negeri-negeri Semenanjung Malaysia, pembangunan perkhidmatan untuk orang cacat semakin meningkat perbelanjaannya dari tahun 1971 hinggalah tahun 1975. Pada ketika Tun Fatimah Hashim baru naik menjadi menteri di awal pentadbirannya, beliau masih lagi memberi perhatian kepada penstrukturan semula sistem yang ada di kementerian beliau. Hal ini juga bagi memantapkan lagi kepercayaan rakyat kepada kementerian ini. Kemudian pada tahun 1971 inilah kemajuan dan perkembangan perkhidmatan semakin maju dan berkembang mula kelihatan.

Pembuktian nyata yang dapat dilihat ialah kepesatan pembangunan baru untuk kemudahan pusat-pusat kebajikan. Kepesatan ini dapat dilihat dengan jelas seperti yang digambarkan di dalam statistik jumlah bagi perbelanjaan pembangunan pusat- pusat perkhidmatan pada tahun 1971 sahaja iaitu 3 tahun setelah Tun Fatimah Hashim memegang jawatan ini;

Jadual 1, Jumlah Perbelanjaan Pembangunan Pusat-Pusat Perkhidmatan Tahun 1971

Jumlah Perbelanjaan (RM) 1.Rumah Orang-Orang Tua, Jaohor Bahru

Nama Projek

20,303.00 2.Rumah Sakit Melarat, Pulau Pinang

353,328.00 3. Rumah Sakit Melarat, Selangor

9,936.00 4.Rumah Orang-Orang Tua, Melaka

251,420.00 5.Sekolah Akhlak, Pahang

11,215.00 6.Asrama/Rumah Tahanan Terengganu

41,043.00 7.Pusat Pemulihan Wanita dan Gadis Terengganu

3,713.00 8. Pusat Pemulihan Wanita dan Gadis Perak

514.00 9. Pusat Pemulihan Wanita dan Gadis Negeri Sembilan

31,800.00 10.Rumah Kanak-Kanak Pulau Pinang

13,784.00 11.Rumah Kakitangan, Memperbaharui, membaiki dan

30,707.00 Penambahan Kepada Rumah Yayasan Sedia Ada. 12.Sekolah Akhlak Kuching

164,199.00 13.Asrama/ Rumah Tahanan Sabah

94,945.00 Jumlah

Sumber : Laporan Tahunan –Kementerian Kebajikan Am Malaysia 1971, Sumber Arkib Negara Malaysia.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Siti Norhazanaton Jaafar 52

Selain itu, pembuktian lain yang menunjukkan bahawa proses pembangunan pusat-pusat perkhidmatan amat memberangsangkan ialah dengan melihat peningkatan jumlah perbelanjaan pembangunan dari tahun 1971 hingga 1975. Proses pembangunan ini berjaya dilakukan dengan jayanya untuk keselesaan penghuni di sana. Contoh pertama yang boleh kita lihat ialah pada tahun 1971 sahaja, sebanyak RM634,987,000 telah diperuntukkan untuk perbelanjaan bangunan sahaja. Ia kemudiannya meningkat kepada RM734,109,000 pada tahun 1972 dan meningkat lagi sebanyak RM21,718,300 kepada RM951,292,000 pada tahun seterusnya. Namun begitu, peruntukkan perbelanjaan pembangunan perkhidmatan untuk orang-orang cacat ini berkurangan semula kepada RM841,335,000 setelah Tun Fatimah Hashim bersara dari menjadi Menteri Kebajikan Am negara Malaysia. Nilai perbelanjaan ini menjunam lagi kepada

dua kali ganda dari tahun sebelumnya menjadi RM465,000 pada tahun seterusnya. 16 Perkara ini menjadi bukti jelas bahawa kementerian kebajikan am di bawah pimpinan Tun Fatimah Hashim telah berusaha sebaik mungkin dalam memberi perkhidmatan terbaik bagi memenuhi tuntutan bangunan bagi kemudahan yang diperlukan badan kebajikan ketika itu.

Bagi perkhidmatan untuk kanak-kanak rosak akhlak pula, perbelanjaan pembangunan yang besar jelas kelihatan pada tahun 1973. Tun Fatimah Hashim terkenal dengan peranan dan sifat ambil beratnya terhadap kanak-kanak sekolah akhlak ini. Beliau sentiasa memberi perhatian kepada kanak-kanak ini malah sering datang melawat dan terlibat di dalam aktiviti-aktiviti anjuran sekolah-sekolah kanak- kanak rosak akhlak ini. Pelbagai peruntukan kewangan telah disediakan untuk kegunaan dan kemudahan kanak-kanak rosak akhlak ini. Pada tahun 1971 misalnya jumlah perbelanjaan hanyalah RM52,258,000 berbanding RM350,000,000 pada tahun 1973. Pada tahun 1973 ini kita dapat melihat kebanyakan perbelanjaan ini adalah untuk Sekolah Akhlak Pahang dalam projek pembangunan dan kemudahan yang lebih baik. Bagi Sekolah Laki-Laki Taiping pula untuk dua tahun berturut-turut tidak mendapat sebarang peruntukan perbelanjaan bangunan untuk tahun 1971 dan 1972 atas sebab- sebab tertentu selain tiada projek pembangunan telah dirancang untuk sekolah ini. Walaupun mereka terdiri daripada kanak-kanak yang bermasalah namun tiada unsur diskriminasi di dalam hati seorang ibu seperti Tun Fatimah Hashim. Oleh itu, mereka juga perlu diberi perhatian dalam mendapatkan keselesaan di pusat perlindungan ini.

Pembangunan bagi perkhidmatan perlindungan perempuan juga berlaku peningkatan antara tahun 1971 dan 1973 malah dalam keadaan yang mendadak serta berganda. Namun begitu, terdapat kelompangan dapat dilihat apabila pada tahun 1972 sahaja, tidak ada sebarang bentuk perbelanjaan pembangunan digunakan Kementerian Kebajikan Am walaupun di bawah kepimpinan Tun Fatimah Hashim yang sangat mementingkan hak kaum wanita. Rumah Perlindungan Perempuan Terengganu misalnya tidak mendapat sebarang peruntukan perbelanjaan pembangunan untuk dua tahun berturut-turut. Jumlah perbelanjaan pembangunan tertinggi diterima oleh Rumah Perlindungan Perempuan-Perempuan Perak dengan jumlahnya RM220,000,000. Namun rumah perlindungan ini juga pernah mendapat yang terendah dengan hanya RM514,000 sahaja pada tahun 1971. Di sini kita dapat melihat segala bentuk penelitian terhadap keperluan sesebuah rumah perlindungan diambil kira sepenuhnya sebelum dana diberikan. Tidak wujud sifat pilih kasih namun perbelanjaan diuruskan sebaik mungkin bagi mengelakkan sebarang masalah terhadap lebihan perbelanjaan kementerian pada masa hadapan.

16 Fail Kementerian Kebajikan Am Malaysia, Mid Term Review of The Second Plan 1971-1975, Sumber Arkib Negara Malaysia.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No.1, 2017.

Tun Fatimah Hashim: Sumbangan dan Kejayaan Sebagai 53 Menteri Wanita Pertama Malaysia

Bagi perkhidmatan untuk kanak-kanak pula, perbelanjaan bangunan tertinggi adalah untuk perkhidmatan pembangunan semula rumah staf dan kakitangan yang sedia ada. Keselesaan staf rumah perlindungan perlu dipertimbangkan sepenuhnya bagi membentuk persekitaran kondusif selain memberi jaminan tahap tugas yang maksimum. Namun agak mendukacitakan keadaannya di negeri Sabah dan Sarawak kerana jumlah peruntukkan adalah yang paling rendah untuk semua jenis rumah perlindungan dan perkhidmatan kebajikan. Perkara ini berlaku kerana masih wujudnya masalah komunikasi dan pembangunan lain bukan sahaja dalam bentuk pembangunan kebajikan masyarakat. Selain itu, masalah rumah kebajikan yang terlalu banyak di dua buah negeri ini juga membawa kepada masalah pengurusan maklumat lengkap hingga menghalang masalah pembangunan ini. Namun, kelompangan ini berjaya diatasi sedikit demi sedikit oleh kementerian kebajikan di bawah pimpinan tokoh menteri seterusnya.

Beberapa bangunan baru berjaya dibina seawal kepimpinan Tun Fatimah Hashim sebagai Menteri Kebajikan Am pada tahun 1969 lagi. Rumah Orang Sakit Melarat di Bukit Mertajam misalnya, telah mula dibina pada tahun 1969 dan siap sepenuhnya pada tahun 1971 dengan keadaan penghuni masuk pada akhir tahun berkenaan. Bagi Rumah Orang-Orang Sakit Melarat Kuala Kubu pula, pelan-pelan dan tanah untuk rumah ini telah siap pada tahun 1971 dan kerja untuk membina semula dilakukan pada tahun 1972. Bangunan Rumah Orang-Orang Tua Melaka juga berjaya siap sepenuhnya pada tahun 1972 yang mula dibina pada tahun 1969. Setelah siap dibina, penghuni di Rumah Orang-Orang Tua Durian Daun telah mula berpindah ke

rumah baru ini. 17 Pembinaan bangunan-bangunan baru ini merupakan satu lagi bentuk kejayaan yang berjaya dilakukan oleh Tun Fatimah Hashim dalam membentuk satu keadaan sosial masyarakat yang lebih baik selain melaksanakan tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh kerajaan terhadap rakyat yang telah mengundi mereka ketika itu.

Perkembangan pembangunan yang berlaku di rumah-rumah kebajikan ini merupakan contoh terbaik kepada perubahan kemajuan yang dimiliki oleh sistem pentadbiran Tun Fatimah Hashim di dalam pentadbirannya sebagai Menteri Kebajikan Am bagi satu penggal. Sumbangannya di dalam aspek kebajikan ini merupakan satu dasar pembaharuan yang dilakukan bagi memberi khidmat yang lebih baik kepada golongan masyarakat yang memerlukan perhatian. Walaupun fokus beliau lebih tertumpu di dalam badan-badan kebajikan ketika ini, namun ia merupakan satu lagi sumbangan besar beliau di dalam aspek sosial dan kehidupan golongan-golongan yang tinggal di rumah kebajikan. Gelaran sebagai Ibu Pembangunan Kebajikan Malaysia sememangnya layak diberikan terhadap tokoh ini kerana keprihatinan dan kejayaan beliau di dalam memberi tumpuan dan usaha kepada golongan kurang upaya, orang- orang tua, kanak-kanak dan juga kanak-kanak yang bermasalah akhlak yang kurang diberi perhatian sebelum ini. Malah beberapa bentuk dasar yang diwujudkan menjadi satu bentuk transformasi kea rah kehidupan masyarakat yang lebih baik dan saksama antara manusia.

Peningkatan Dana Kewangan Untuk Kebajikan Rakyat Yang Memerlukan

Sebagai sebuah badan kementerian, perkhidmatan dana kewangan merupakan tugas utama mereka bagi memenuhi kehendak dan keperluan pusat-pusat perkhidmatan di bawah kelolaan kementerian ini. Dana kewangan ini juga telah diberikan kerajaan

17 Laporan Tahunan –Kementerian Kebajikan Am Malaysia 1971, Sumber Arkib Negara Malaysia.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Siti Norhazanaton Jaafar 54

pusat kepada Kementerian Kebajikan untuk digunakan demi keperluan sosial masyarakat. Pelbagai jenis dan bentuk dana kewangan telah diberikan untuk kemudahan infrastruktur, pembangunan, projek dan juga elaun mengikut keperluan tempat –tempat perkhidmatan ini. Oleh kerana perkhidmatan Tun Fatimah Hashim di dalam kementerian ini tidak begitu lama, perubahan dan kemajuan tidak terlalu ketara dapat dilihat namun masih terdapat beberapa pembaharuan dasar yang dilakukannya sebagai pencetus kepada transformasi sosial masyarakat yang lebih baik tahun-tahun seterusnya.

Laporan Rancangan Kementerian Kebajikan Am pada tahun 1971 hingga 1975 memaparkan kejayaan aspek kewangannya dari satu tahun ke satu tahun mengikut negeri-negeri yang mempunyai pelbagai jenis tempat perkhidmatan kebajikan. Kebanyakan negeri menunjukkan peningkatan dana kewangan yang diberikan kerajaan namun masih terdapat negeri yang semakin berkurang dari tahun 1971 hingga 1975. Contoh negeri yang menampakkan peningkatan dana yang diberikan ialah negeri Perak. Di dalam laporan dinyatakan bahawa sebanyak RM322,015 telah dibelanjakan pada tahun 1973 berbanding hanya RM7,809 sahaja pada perbelanjaan pada tahun 1971. Peningkatan yang mendadak ini adalah kerana semakin banyak peruntukkan dana kewangan diberikan kepada Sekolah Laki-Laki Taiping, Perak. Jumlah yang besar telah diberikan berbanding tahun 1971 dan 1972 yang tiada

langsung sebarang peruntukkan kewangan. 18

Jika kita melihat kepada negeri Kedah pula, pertambahan dana kewangan jelas kelihatan untuk digunakan bagi memperbaiki tempat kediaman pekerja-pekerja tempat perhidmatan, bagi penambahbaikan, pengubahsuaian, dan pembesaran rumah atau institusi berkenaan. Hal ini dapat dilihat apabila dari hanya RM200 kepada RM29,442 pada tahun 1973 setelah kajian semula dilakukan. Bagi negeri Selangor yang mempunyai lebih banyak jenis pusat perkhidmatan berbanding negeri lain pula, jumlah pemberian dana kewangan negeri berkenaan juga semakin meningkat dari tahun 1971 hingga 1973. Antara peruntukan dana yang diberikan adalah untuk Rumah Lelaki Serendah, Rumah Perlindungan Perempuan, dan Pusat Pemulihan di Cheras. Selain itu, dana juga digunakan untuk keperluan penempatan rumah staf dan juga bengkel untuk orang kurang upaya. Negeri Johor pula mencatatkan jumlah pemberian dana kewangan paling banyak Kementerian ini kepada pusat-pusat perkhidmatan di sana. Jumlah ini dapat dilihat apabila hanya RM20,471 diberikan pada tahun 1971 mula meningkat mendadak kepada RM1,280,000 dana perbelanjaan telah diberikan setelah kajian semula kementerian dilakukan pada tahun 1973. Negeri Melaka pula mencatatkan perbezaan jumlah pemberian paling sedikit antara tahun 1971 hingga 1973. Pertambahan dana kewangan hanyalah sebanyak RM31,546 berbanding

RM125,952 bagi negeri Melaka. 19 Pemberian dana ini diberikan atas beberapa sebab keperluan utama seperti yang dilaporkan dalam kajian awal. Terdapat beberapa sebab mengapa Kementerian Kebajikan Am memberikan dana kewangan kepada pusat-pusat perkhidmatan ini. Contoh yang dapat dilihat pada tahun 1971 sahaja, kementerian telah memperuntukkan beberapa dana kewangan bagi memberi elaun penyaraan untuk kanak-kanak yang memerlukan. Perkara ini adalah di bawah bidang kerja pusat perkhidmatan kanak-kanak. Menurut Laporan Kementerian Kebajikan Am 1971, terdapat perkembangan telah tercapai melalui penambahan peruntukan wang dari sebanyak RM80,000 pada tahun 1970 kepada RM90,000, pada

18 Fail Kementerian Kebajikan Am Malaysia, Mid Term Review of The Second Plan 1971-1975, Sumber Arkib Negara Malaysia.

19 Ibid.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No.1, 2017.

Tun Fatimah Hashim: Sumbangan dan Kejayaan Sebagai 55 Menteri Wanita Pertama Malaysia

tahun 1971. 20 Pertambahan yang dapat dilihat adalah sebanyak RM10,000 pada tahun selepasnya. Peruntukkan elaun saraan ini telah diberikan kepada 994 orang kanak- kanak dengan unit purata sebanyak RM91 setiap seorang. Kebanyakan penerima elaun ini terdiri daripada kaum Melayu kerana program ini lebih berorientasikan masyarakat luar bandar yang kebanyakannya di dominasi oleh kaum Melayu itu sendiri ketika itu.

Selain itu, sebagai tanda sokongan Kementerian Kebajikan Am kepada badan- badan sukarela, geran bantuan kewangan juga turut diberikan kepada badan-badan ini dalam menjalankan program dan khidmat bakti mereka kepada masyarakat. Ini merupakan satu lagi bentuk sumbangan kementerian di bawah pimpinan Tun Fatimah Hashim. Pada tahun 1971 sahaja, sebanyak RM392,090 telah diberikan kementerian

sebagai bantuan grant-in-aid kepada 24 badan sukarela. 21 Secara realitinya, bantuan ini hanya sedikit dan tidak dapat banyak membantu namun ia masih dapat menambah tabung kewangan badan-badan sukarela ini. Bantuan geran yang direka dan dibuat ini adalah bagi menggalakkan lagi lebih sokongan masyarakat di dalam bidang kebajikan kanak-kanak hasil usaha badan sukarela ini. Usaha-usaha yang telah dibuat adalah untuk menyediakan satu polisi yang lebih realistik meliputi kelayakan, peraturan cara mengira, dan kawalan di atas penggunaan wang berkenaan. Prinsip asasnya pula ialah merupakan satu rancangan yang seimbang bagi perkongsian di antara kerajaan dan badan-badan sukarela ini. Hal ini bertepatan dengan ucapan-ucapan Tun Fatimah Hashim sendiri dalam program-program kebajikan yang dihadirinya. Beliau sentiasa menggalakkan penglibatan badan-badan sukarela ini kerana kerajaan sentiasa berusaha menyokong kewangan dan pada masa yang sama kerajaan juga memerlukan badan-badan sukarela ini untuk menjalankan khidmat kepada masyarakat amnya.

Satu lagi bentuk perubahan yang dapat dilihat di dalam perkhidmatan- perkhidmatan kebajikan di bawah kelolaan Kementerian Kebajikan Am ini pada tahun 1970-an ini ialah penggalakan kerja dan sara diri penghuni-penghuni rumah kebajikan. Perkara ini termasuklah di rumah kebajikan orang-orang cacat. Tun Fatimah Hashim banyak memberi galakkan kepada golongan kurang upaya ini untuk bekerja. Malah kementeriannya berjaya mewujudkan elaun kerja kepada golongan kurang upaya yang bekerja ini. Elaun kerja yang diberikan oleh kerajaan adalah dalam bentuk yang memuaskan seiring dengan keperluan pihak pekerja kurang upaya ini bekerja. Ia dapat memberi galakkan selain sebagai modal atau simpanan dalam menghadapi sebarang masalah yang mungkin timbul pada masa hadapan. Jumlah penerima-penerima kerja kategori orang kurang uapaya pada tahun 1971 ialah sebanyak 113 orang dengan jumlah peruntukkan sebanyak RM32,625. Perusahaan yang dilakukan termasuklah

perusahaan buluh, rotan, pertukangan kayu, besi dan plastik. 22 Hal ini sesuatu yang membanggakan dan satu bentuk proses perubahan kehidupan yang lebih baik terhadap golongan-golongan istimewa ini.

Rumah Kebajikan Taiping juga tidak terkecuali terlibat di dalam perusahaan- perusahaan ini. Pada tahun 1971, kerja-kerja pemulihan penghuni telah dijalankan. Bengkel kerja dan kerja-kerja pembersihan telah diwujudkan dan orang kurang upaya yang terlibat akan diberikan bayaran. Pekerjaan yang disediakan adalah aktiviti memotong rumput, menyapu, membuang sampah serta menolong di dapur. Dengan bayaran elaun kepada penghuni-penghuni ini ia dapat menggalakkan lagi penglibatan mereka sekali gus memberi keyakinan kepada mereka untuk membuat kerja tanpa bantuan orang lain. Di dalam bengkel pula, seramai 30 orang penghuni rumah kebajikan Taiping ini telah mengambil bahagian dan menghasilkan bahan perusahaan.

20 Laporan Tahunan –Kementerian Kebajikan Am Malaysia 1971, Sumber Arkib Negara Malaysia.

21 Ibid. 22 Ibid.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Siti Norhazanaton Jaafar 56

Jualan daripada bengkel ini telah membawa kepada hasil sebanyak RM13,799.95 pada tahun 1971.

Bantuan kewangan yang diberikan oleh Kementerian Kebajikan Am di bawah kelulusan dan pimpinan Tun Fatimah Hashim ini telah berjaya membuka ruang kepada badan-badan kebajikan ini mempunyai satu saluran kewangan dan dana dalam menjalankan aktiviti dan menggalakkan lagi peluang pekerjaan kepada penghuni- penghuni yang kurang berkemampuan. Usaha murni ini telah diteruskan pada tahun – tahun seterusnya bagi menggalakkan satu lagi perubahan bentuk sosial terutamanya dalam kalangan golongan kurang upaya dan memerlukan perlindungan ini. Hal ini sekali gus memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk bergerak seperti rakyat biasa di negara kita. Selain itu, sumbangan pemberian elaun dan bantuan di dalam perusahaan juga mampu menjadi penjana ekonomi negara dengan nilai seni yang ada pada kraf tangan-kraf tangan yang dibuat ini. Kejayaan pihak kerajaan dalam pemberian dana ini juga menjadi pencetus kepada langkah-langkah seterusnya di dalam kemajuan badan perkhidmatan kebajikan ini.

KESIMPULAN

Tun Fatimah Hashim merupakan tokoh srikandi negara yang telah memberi sumbangan bernilai dalam aspek pembangunan sosial masyarakat Malaysia. Statusnya sebagai Menteri Kebajikan Am telah menjadi landasan yang penting bagi melaksanakan cita-citanya terhadap keadaan kebajikan masyarakat yang lebih berkesan. Malah, nasib golongan-golongan yang kurang diberikan perhatian sebelum ini mula terbela di bawah kepimpinan beliau sebagai seorang menteri yang bersifat keibuan. Sebagai tokoh wanita pertama yang diberikan mandat dan kepercayaan untuk memimpin kementerian, beliau telah membuktikan bahawa wanita juga mampu menjadi pemimpin yang berdedikasi dan berkredibiliti dengan segala bentuk perubahan dan kejayaan yang telah ditunjukkan oleh kementeriannya. Walaupun beliau memimpin dalam tempoh yang sangat singkat, namun pelbagai bentuk pembaharuan berjaya dilakukannya sekaligus membentuk satu kejayaan terhadap Kementerian Kebajikan Am ketika itu. Malah, selepas meletakkan jawatannya sebagai menteri, usaha dan cintanya untuk berbakti tidak terhenti begitu sahaja. Beliau yang juga pemimpin Pertubuhan National Council of Women Organisation’s (NCWO) terus berjuang bagi sama-sama memperjuangkan hak sosial dan kebajikan yang perlu diperoleh oleh masyarakat khususnya golongan wanita.

Pada 23 Februari 1973, Tun Fatimah Hashim telah meletakkan jawatannya sebagai Menteri Kebajikan Am Malaysia. Perletakan jawatan itu merupakan satu tanda persaraan beliau daripada arena politik Malaysia terutamanya di dalam Kaum Wanita UMNO. Namun, perletakkan jawatan beliau sebagai menteri ini tidak menandakan beliau telah mengundurkan diri daripada public figure. Kecintaannya terhadap perjuangan wanita dan sosial masyarakat terus mekar apabila beliau meneruskan perjuangan di dalam pertubuhan sosial NCWO yang terus dipimpinnya. Ia juga memberi kelebihan kepada tokoh ini untuk memberi tumpuan sepenuhnya terhadap persatuan ini. Tun Fatimah Hashim sememangnya tokoh pemimpin wanita yang perlu dihargai usaha dan sumbanganya terhadap negara.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No.1, 2017.

Tun Fatimah Hashim: Sumbangan dan Kejayaan Sebagai 57 Menteri Wanita Pertama Malaysia

Rujukan

Arkib Negara Malaysia (1971) Laporan Tahunan –Kementerian Kebajikan Am Malaysia 1971. Fail Kementerian Kebajikan Am Malaysia, Mid Term Review of The Second Plan 1971-1975, Sumber

Arkib Negara Malaysia. Majalah Wanita (November 2009) Tun Fatimah Teruskan Legasi Srikandi Wanita. Ucapan Y. B. Menteri Kebajikan Am, Bersempena Pembukaan Rasmi Bilik Gerakan di Kementerian

Kebajikan Am, pada hari Juamaat 29 Januari 1971 jam 10.00 pagi. Sumber Arkib Negara Malaysia.

(1983) Biografi Wanita Malaysia Terbitan PERTIWI, Kuala Lumpur. Abdul Samad Idris (1982) 25 Tahun Merdeka-Kenangan Abadi Kepada Bangsa, Agama dan Tanah Air.

Penerbitan Pustaka Budiman, Kuala Lumpur. Azizah Mokhzani (1990) Fatimah Srikandi Sumber Inspirasi. Majlis Kebangsaan Pertubuhan- pertubuhan Wanita Malaysia, Kuala Lumpur. Esa Bin Mostapa (2011) Peranan Tun Fatimah Hashim dalam Martabat Kebajikan Wanita di Malaysia. Thesis Online Program S1 Jurusan Akidah Filsafat Fakultas Ushuluddin , Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau, Indonesia.

Nik Safiah Karim dan Rokiah Talib (2003) Tun Fatimah Potret Seorang Pemimpin. Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd., Selangor. Nor Zainal Bin Baharom (1987/88) Tun Fatimah Binti Haji Hashim: Biografi Seorang Tokoh Politik dan Sosial , Latihan Ilmiah di kemukan kepada Jabatan. Sejarah, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, UKM, Sarjana Muda Sastera, Sesi 1987/88.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. I, Issue I, 2016, ISBN 978-967-0829-54-8

PERKEMBANGAN DASAR WARISAN NEGARA KEBUDAYAAN DAN KESAN TERHADAP PEMELIHARAAN WARISAN DI JEPUN (1871-1948) THE DEVELOPMNET OF NATIONAL CULTURAL HERITAGE POLICY AND THE EFFECTIVENESS ON CONSERVATION OF HERITAGE IN JAPAN (1871-1948)

Naoko Sugiura & Mohd Samsudin Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

Abstrak

Jepun adalah sebuah negara yang maju dan mempunyai akta-akta tentang pemuliharaan dan pemeliharaan warisan yang berkembang sehingga kini. Akta pertama ialah pada tahun 1871. Akta ini bertukar nama empat kali dan tambah peruntukan pemuliharaan dan pemeliharaan warisan sehingga kini. Akta baru yang telah ditubuh merupakan akta yang paling penting untuk menjaga warisan di Jepun. Kajian ini berbincang tentang Warisan Kebudayaan Ketara, Warisan Kebudayaan Monumen dan Warisan Kebudayaan Tertanam sebelum akta warisan terbaru kerana masa itu menjadi banyak yayasan pemeliharaan warisan kebudayaan Jepun. Pada zaman ini, kerajaan Jepun bermula menjaga warisan dengan negara Jepun. Akta-akta ini telah memberi kesan positif kepada negara dan masyarakat Jepun. Bangunan-bangunan tradisional dan barang-barang lama di Jepun dipelihara. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui bagaimana Jepun dulu menjaga warisan kebudayaan dan menunjukkan dasar warisan negara Jepun.

Kata kunci: Pembangunan warisan, Dasar Warisan, Pemeliharaan, Pemuliharaan, Warisan Jepun

Abstract

Japan is a developed country and has the acts of preservation and conservation of heritage that are still growing up now. The first act for heritage in Japan was in 1871. This act changed the name for four times and add the preservation and conservation of heritage until now. The newest Act which has been set up is the most important act to protect heritage in Japan. This research discusses Intangible Cultural Heritage, Cultural Monument Heritage and Cutural Heritage Buried before the newest one was enforced because the old acts were the basics of the conservation for Japanese heritage. These acts have some positive impacts on Japan and the Japanese. Traditional buildings and old items preserved in Japan by Japanese government. This paper will be conducted to determine how the Japanese used to maintain the cultural heritage and demonstrated the basic of Japanese national heritage.

Keywords: Heritage development, Heritage policy, Conservation, Preservation, Japan heritage

PENGENALAN

Jepun ialah sebuah negara yang majoriti penduduknya berbangsa Jepun dan merupakan sebuah negara yang unik di mata dunia. Orang Jepun zaman dahulu selalu mengikut negara asing seperti negara Korea atau China. Hal ini demikian kerana kerajaan Jepun telah menghantar orang Jepun ke negara China untuk mempelajari budaya China seperti teknologi dan buku-buku agama Buddha. Pada tahun 894,

Perkembangan Dasar Warisan Negara Kebudayaan dan Kesan Terhadap 59 Pemeliharaan Warisan di Jepun (1871-1948)

Michizane Fujiwara 2 menamatkan penghantaran orang Jepun ke China kerana terdapatnya konflik dalaman kerajaan China pada zaman itu. Oleh sebab itu, Jepun

mula memajukan budaya mereka sendiri. Pada masa ini, Tulisan Kana (Kana-moji) iaitu tulisan istimewa orang Jepun yang digunakan dalam penulisan sastera dan puisi yang masih wujud pada masa kini. Sebelum ini, tulisan Cina digunakan untuk penulisan. Seterusnya, wujudnya sistem kasta. Masyarakat yang menduduki tempat paling atas adalah golongan bangsawan. Selepas itu, wujudnya zaman peperangan di Jepun. Jepun telah membuat pengasingan negara selama kira-kira 200 tahun (1639- 1854). Pada masa yang sama, terciptanya pelbagai budaya-budaya yang unik di Jepun, tetapi dasar pemuliharaan dan pemeliharaan warisan dan kebudayaan Jepun sangat perlahan jika dibandingkan dengan Eropah kerana revolusi warisan dan kebudayaan Kerajaan Jepun bermula pada abad ke-19.

Jepun mempunyai 19 buah warisan dunia iaitu 15 Warisan Kebudayaan dan 4 buah Warisan Alam Semula Jadi. Bangunan-bangunan agama Buddha termasuk Horyuji dan Istana Himeji, pulau Yakushima juga telah menjadi Warisan Alam Semula Jadi Dunia yang pertama. Warisan Dunia di Jepun yang menjadi semakin penting bagi orang Jepun kerana sesebuah monumen atau tapak itu telah menjadi warisan dunia bermaksud ianya penting bukan sahaja bagi orang Jepun tetapi juga di mata dunia.

SEJARAH PEMBENTUKAN AKTA WARISAN DAN PERALIHAN DASAR WARISAN KEBUDAYAAN

Dasar melibatkan pemeliharaan warisan kebudayaan terkini dilaksanakan dengan berpandukan Akta Pemeliharaan Warisan Kebudayaan (digubal pada tahun 1950), yang menggabungkan setiap undang-undang mengenai warisan budaya iaitu, Akta Pemeliharaan Harta Negara (digubal pada 1929), Akta Pemeliharaan Monumen Semula jadi dan Tarikan Tapak Bersejarah (digubal pada 1919) dan AktaPemeliharaan Khazanah Seni (digubal pada 1933). Akta ini diguna sehingga tahun 1949 kerana tahun ini Akta Pemeliharaan Warisan Negara digubal.

Dasar dan Polisi Pemeliharaan Warisan Kebudayaan Sebelum Penggubalan Akta Pemeliharaan Warisan Kebudayaan

Pemeliharaan bangunan-bangunan, khazanah seni dan tapak bersejarah telah dilaksanakan sejak dahulu lagi dalam pelbagai cara, disebabkan itu hingga kini kesemua “Warisan Kebudayaan” itu telah terus dipelihara. Boleh dikatakan dasar dan polisi pemeliharaan warisan kebudayaan untuk negara atau rakyat yang mengambil kira kepentingan awam hanya mula dilakukan sejak dari zaman Jepun moden sahaja.

Sejarah dasar dan polisi pemeliharaan warisan kebudayaan setelah Era Mayji mematuhi kategori warisan kebudayaan kini.

Warisan Kebudayaan Ketara (Binaan dan Artifak Seni)

1 坂本太郎 『菅原道真』 吉川弘文館<人物叢書> 1989年 ISBN 978-4642051811 Sugawara no Michizane (菅原道真?, 1 Agustus 845 – 26 Maret 903), yang juga dikenal dengan nama

Kan Shōjō (菅丞相?) atau Kanke (菅家?), adalah seorang sarjana, penyair, dan politikus dari zaman Heian di Jepun. Ia dikenal sebagai seorang penyair yang handal, yang sebagian besar berada dalam

bidang puisi Tiongkok, dan sekarang dihormati sebagai dewa pengertian, Tenman-Tenjin (天満天神?, sering disingkat Tenjin).

2 佐藤由美 駒澤史学 25, 58-75, 1978-03 遣唐使制度の廃止について

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, ,2017.

Naoko Sugiura & Mohd Samsudin 60

(i) Pemulihan Mayji dan pemodenan yang menyebabkan krisis warisan kebudayaan.

Pemulihan Mayji adalah pembaharuan sistem bersatu negara moden, iaitu satu perubahan besar merangkumi kehidupan, kerohanian rakyat, budaya, masyarakat, politik. Ia melibatkan transformasi masyarakat keseluruhan termasuk identiti dengan cara pemodenan (Pencerahan Tamadun) mengambil secara positif peradaban barat.

(ii) Pengumpulan dan pameran artifak purba oleh muzium Antara gerakan terawal dalam menangani krisis warisan kebudayaan ini adalah aktiviti

pengumpulan dan pameran artifak purba oleh muzium. Muzium termasuk di dalam banyak dasar yang direncanakan dalam pembinaan negara moden, termasuk dalam dasar “Negara Kaya, Tentera Kuat” dan pembangunan industri.

(iii) Penyelidikan keberadaan artifak purba awal dan dasar pemeliharaan Pada 25 April Mayji 4 (1871) satu “Kengen” (Cadangan) dari universiti kepada

menteri bagi membina “Shukokan” (Muzium) telah dijalankan. Cadangan tersebut berbunyi bahawa banyak artifak purba yang telah musnah atau hilang, ia amatlah dikesali, maka untuk mencegah ia dari terus berlaku, satu pusat pengumpulan atau muzium haruslah dibina, tetapi jika ia tidak dapat dibina dengan kadar segera maka satu pengisytiharan haruslah dibuat supaya artifak purba itu haruslah dilindungi di kawasan ia berada.

Menjawab cadangan ini pihak menteri telah mengisytiharkan [Langkah Pemeliharaan Artifak Purba] pada 23 May Mayji 4 (1871). Pengisytiharan ini, mengarahkan pihak berkuasa menetapkan perkara dan nama pemegang artifak dengan mengelaskan jenis artifak purba kepada 31 perkara, mereka memelihara semua artifak purba tanpa mengira adakah ia dibuat di dalam atau luar negara atau dari zaman mana. Menerima perisytiharan ini, semua kuil-kuil dan candi-candi di bawah bidang kuasa negeri-negeri diarahkan untuk menulis dan menetapkan jenis perkara artifak purba tersebut, dan melaporkan 3 semuanya kepada Kementerian Kewangan atau Kementerian Pelajaran.

(iv) Pemberian dana pemeliharaan kuil dan candi purba Akibat dari tekanan ekonomi kuil-kuil dan candi-candi menghadapi masalah dalam

menguruskan dan memelihara kompleks kuil-kuil purba tersebut, maka dari tahun Mayji 13 (1880) hingga tahun Mayji 27 (1894) pihak Kementerian Dalam Negara telah mengeluarkan dana pemeliharaan kuil dan candi purba bagi kuil dan candi utama. Dana pemeliharaan ini adalah dana bagi membantu menguruskan kuil-kuil dan candi- candi dalam bentuk tabung dana, keuntungan dari tabung dana ini digunakan bagi

tujuan pembaikan bangunan dan lain-lain. 4

Dana pemeliharaan ini, dengan terlaksananya Akta Pemeliharaan Kuil dan Candi Purba telah berpindah dasarnya ke dalam akta ini, sehingga kini ia masih termaktub di dalam akta yang sama. (Akta Pemeliharaan Kuil dan Candi Purba, artikel 17).

(v) Pemeliharaan jenis harta dan bangunan milik kuil dan candi menerusi Akta

3 Laporan ini sekarang ada tersimpan di Muzium Negara Tokyo. 4 7) Dana pemeliharaan ini berjumlah 121,000 Yen selama 15 tahun, dan kuil dan candi yang terlibat adalah sebanyak 539 buah.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1,2017.

Perkembangan Dasar Warisan Negara Kebudayaan dan Kesan Terhadap 61 Pemeliharaan Warisan di Jepun (1871-1948)

Pemeliharaan Kuil dan Candi Purba

a. Pelaksanaan Akta Pemeliharaan Kuil dan Candi Purba

Setelah tamatnya perang China-Jepun pada tahun Mayji 27 (1894) hingga Mayji 28 (1895), telah timbul daripada kesedaran rakyat sendiri bahawa warisan kebudayaan dan tinggalan bersejarah adalah batu asas kebudayaan negara yang harus dipelihara bagi “menanam semangat patriotik” yang lebih tinggi, maka warisan tersebut harus dilindungi dengan undang-undang.

Oleh itu Dewan Rakyat di Parlimen Imperial pada tahun Mayji 27 (1894) telah menghantar cadangan “ Draf Akta Pemeliharaan Kuil dan Candi Purba” dan diluluskan oleh Parlimen, dan draf itu telah diluluskan menjadi [Akta Pemeliharaan Kuil dan Candi Purba] pada tahun Mayji 30 (1897) dan kemudian pada 5 hari bulan Jun telah diisytiharkan dan diwartakan pada 25 hari bulan yang sama.

b. Dasar dan Polisi Akta Pemeliharaan Kuil dan Candi Purba Akta Pemeliharaan Kuil dan Candi Purba (Mayji 30 (1897) Undang-undang no.49)

menyatakan, kuil dan candi purba yang tidak mampu memelihara atau membaik pulih bangunan dan jenis harta lain, boleh memohon dana pemeliharaan daripada menteri dalam negeri, dan menteri dalam negeri akan melakukan siasatan melalui Persatuan Kuil dan Candi Purba bagi meluluskan dana kerajaan bagi tujuan membaik pulih bangunan dan jenis harta lain.

Walaupun dasar di dalam Akta Pemeliharaan Kuil dan Candi Purba ini agak bercelaru dalam penentuan undang-undang dan penentuan subjek pemeliharaan, tidak seperti Akta Pemeliharaan Harta Negara yang terkemudian, tetapi dasar tersebut adalah asas kepada dasar pemeliharaan yang diguna pakai sekarang.

Antara tugas-tugas yang berpandukan Akta Pemeliharaan Kuil dan Candi Purba ini, adalah membaik pulih menggunakan perbendaharaan negara bangunan dan jenis harta lain yang telah ditetapkan oleh menteri dalam negeri, dan juga membayar subsidi kepada muzium-muzium yang mempamerkan harta negara.

(vi) Pemeliharaan bangunan dan artifak seni menerusi Akta Pemeliharaan Harta Negara

a. Enakmen Akta Pemeliharaan Harta Negara Secara asasnya dalam Akta Pemeliharaan Kuil dan Candi Purba, pemeliharaan diberi

hanya kepada harta dan bangunan dimiliki oleh kuil-kuil dan candi-candi purba. Tetapi, barangan awam seperti istana-istana dan barangan persendirian seperti harta tinggalan ketua-ketua feudal lama, juga memerlukan pemeliharaan. Bagi menyelesaikan masalah ini satu dasar diperlukan, maka pada tahun Showa 3 (1928), di persidangan Parlimen Imperial ke 56, [Draf Akta Pemeliharaan Harta Negara] telah dihantar, tahun berikutnya pada 28 Mac ia telah diisytiharkan dan diwartakan pada 1 Julai tahun yang sama.

b. Dasar dan Polisi Akta Pemeliharaan Harta Negara Akta Pemeliharaan Harta Negara (Showa 4 (1929) Undang-Undang 17) menyebut

bahawa menteri pelajaran berhak menentukan mana-mana bangunan atau harta lain yang menjadi lambang sejarah atau model artifak seni sebagai “Harta Negara”. Mengenai “Harta Negara”, ia adalah dilarang untuk dieksport atau dipindahkan (dibawa keluar ke negara bersekutu pada masa itu iaitu Taiwan, Korea Utara dll) melainkan mendapat kebenaran dari menteri pelajaran (Artikel 3). Ia tidak boleh

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, ,2017.

Naoko Sugiura & Mohd Samsudin 62

diubah keadaannya (kecuali baik pulih) melainkan dengan kebenaran dari menteri pelajaran.

Dasar-dasar Akta Pemeliharaan Harta Negara di atas adalah menjadi asas kepada Akta Pemeliharaan Warisan Kebudayaan. Antara baik pulih besar yang terkenal yang terus dijalankan sehingga selepas peperangan Lautan Pasifik adalah, Kuil Horyu-ji (bermula dari Showa 9 (1934)) dan Istana Himeji (bermula Showa 10 (1935).

(vii) Pencegahan eksport artifak purba menerusi Undang-Undang Pemeliharaan Khazanah Seni

a. Enakmen Undang-undang Pemeliharaan Khazanah Seni

Pada permulaan Era Showa, dengan keadaan ekonomi negara yang semakin memburuk dan nilai mata wang Jepun yang rendah, semakin banyak artifak purba yang

sehingga kini belum ditentukan sebagai “Harta Negara” dibawa keluar dari negara 5 . Tetapi oleh kerana proses Penentuan Harta Negara kepada harta negara yang bernilai bukan lah mudah, maka [Undang-undang Pemeliharaan Khazanah Seni] yang bertujuan untuk mencegah harta negara dibawa keluar telah diisytiharkan dan diwartakan terlebih dahulu pada 1 hari bulan April Showa 8 (1933) (Undang-Undang

43, tahun Showa 8 (1933).

b. Dasar dan Polisi Undang-Undang Pemeliharaan Khazanah Seni Eksport atau pemindahan barangan yang mempunyai unsur sejarah dan kesenian yang

istimewa dan bernilai, yang telah diiktiraf sebagai [Khazanah Seni dll] oleh menteri pelajaran, adalah wajib mendapatkan kebenaran dari menteri pelajaran (Artikel 1, 2). Penentuan sebagai [Khazanah Seni dll] adalah juga terpakai oleh sebarang jenis bangunan atau binaan, kerana menurut peruntukan undang-undang, sebarang perkara yang sama nilai dengan harta negara atau setaraf, yang masih dalam proses penentuan, berkemungkinan dibuka atau dileraikan, dan kemudian dieksport ke luar negara.

Warisan Kebudayaan Monumen (Tinggalan, Tempat Menarik, Haiwan & Tumbuhan dan lain-

lain)

(i) Perkembangan Pembangunan Tanah Negara dan Pemeliharaan Tinggalan dan lain-lain

Banyak tinggalan bersejarah dan alam semula jadi negara yang telah rosak akibat dari kesan transformasi pemodenan negara, malangnya pemeliharaan artifak atau binaan purba tidak begitu diambil berat, hanya sekadar Akta Pemeliharaan Kuil dan Candi.

(ii) Dasar dan Polisi Akta Pemeliharaan Monumen Semula jadi dan Tarikan Tapak Bersejarah

a. Latar belakang polisi Polisi pemeliharaan tapak bersejarah, tempat terkenal dan monumen semula jadi ini

dari kerosakan akibat perbuatan manusia ini menyatakan sebarang perubahan keadaan atau tindakan yang memberi impak kepada pemeliharaan haruslah mendapatkan

5 Antara insiden terkenal harta negara dibawa keluar adalah skrol berga mbar “Kibi no Otodo Nitto Emaki” yang dijual oleh ketua feudal ke luar negara, pemilik berpindah tangan akhirnya ia disimpan di Muzium Seni Boston, AS.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1,2017.

Perkembangan Dasar Warisan Negara Kebudayaan dan Kesan Terhadap 63 Pemeliharaan Warisan di Jepun (1871-1948)

kebenaran dari Gabenor-gabenor wilayah (Kelulusan jika dipohon dari pihak administrasi), dan menteri dalam negeri mempunyai kuasa melarang, menghad sebarang perlakuan dan mengeluarkan sebarang arahan pemasangan fasiliti dan lain- lain.

Selain dari polisi tapak bersejarah seperti yang diterangkan di atas, pemilik tanah yang terjumpa kubur lama atau tinggalan purba hendaklah melaporkannya kepada gabenor atau ketua negeri berkenaan dalam masa 10 hari dari tarikh ditemui tanpa mengubah keadaan semasa (Artikel 4 Penguatkuasaan Akta Pemeliharaan Monumen Semula jadi dan Tarikan Tapak Bersejarah).

Adapun hak untuk melarang pengubahan keadaan semasa yang dipunyai oleh gabenor atau ketua negeri telah dipindahkan kepada Jawatan Kuasa Pemeliharaan Warisan Kebudayaan (Biro luar Kementerian Pelajaran) ketika penggubalan Akta Pemeliharaan Warisan Kebudayaan, dan kebanyakan polisi adalah mewarisi akta yang sama, terdapat hanya sedikit perbezaan seperti kebenaran untuk memasuki premis untuk penyelidikan sudah tidak dibenarkan sebelum Proses Penentuan dibuat.

b. Latar belakang dasar Penentuan tapak bersejarah menerusi Akta Pemeliharaan Monumen Semula jadi dan

Tarikan Tapak Bersejarah, menunggu penyelenggaraan peruntukan yang berkaitan, mula di laksanakan dari tahun Taisho 9 (1920) 6 .

Pemilihan subjek penentuan dilakukan dengan mematuhi “Syarat-Syarat Pemeliharaan” yang selari dengan standard penentuan menurut polisi semasa, tetapi dibandingkan dengan cara sekarang iaitu menilai subjek secara saintifik berdasarkan bukti-bukti sebenar subjek, ia kelihatan dilakukan dengan cara menghormati alam semula jadi atau peristiwa-peristiwa bersejarah sahaja 7 .

Warisan Kebudayaan Tertanam

(i) Dasar dan Polisi Mengenai Pengendalian Tinggalan Dasar yang telah mula-mula diambil oleh kerajaan Mayji mengenai pengendalian

tinggalan (runtuhan) adalah, penyelidikan pengenalpastian makam keluarga imperial dan yang berkaitan.

Menteri-menteri telah memberi arahan menerusi [Kaedah Melaporkan Penemuan Makam Purba] kepada pihak negeri-negeri pada 2 May Mayji 7 (1874), supaya semua tanah-tanah di bawah bidang kuasa negeri tidak digali sesuka hati bagi tujuan penebusan semula tanah terbiar sekiranya tanah itu diceritakan secara turun temurun sebagai tapak makam purba atau disangka besar kemungkinan adalah tapak makam purba, dan sekiranya ingin membangunkan tanah tersebut, perlulah mendapatkan kebenaran dari Kementerian Pendidikan Agama dengan menyertakan pelan tanah tersebut.

Selain dari langkah-langkah ini dari pandangan penyelidikan pengenalpastian makam Imperial, bagi tinggalan atau runtuhan secara keseluruhan, pada tahun Taisho

8 (1919) Akta Pemeliharaan Monumen Semula jadi dan Tarikan Tapak Bersejarah

6 Jumlah kes penentuan Akta Pemeliharaan Monumen Semula jadi dan Tarikan Tapak Bersejarah sehingga kepada penggubalan Akta Pemeliharaan Warisan Kebudayaan adalah 1,580 kes (tapak

bersejarah 603 kes, tempat tarikan 205 kes, monumen semula jadi 772 kes). 7 Sebagai contoh, dalam kes tapak bersejarah, bukan keseluruhan sempadan tapak yang dibuat

penentuan tetapi hanya tinggalan menara utama yang menggunakan batu besar. Dalam kes alam semula jadi pula, bukan keseluruhan sistem ekologi yang dibuat penentuan, tetapi hanyalah batu ganjil atau pokok gergasi yang dibuat penentuan.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, ,2017.

Naoko Sugiura & Mohd Samsudin 64

telah digubal. Ia menyatakan bahawa bagi semua pemilik, pengurus atau penghuni tanah, sekiranya menjumpai “Sesuatu Berkemungkinan Sebagai Makam atau Tapak Purba” hendaklah tidak boleh mengubah apa-apa dan hendaklah dalam masa 10 hari melaporkan perkara tersebut kepada gabenor negeri masing-masing (Artikel 4 Undang-undang Penguatkuasaan Akta Pemeliharaan Monumen Semula jadi dan Tarikan Tapak Bersejarah) dalam masa 10 hari. Polisi ini diwarisi oleh Akta Pemeliharaan Warisan Kebudayaan dan telah berkembang menjadi polisi sekarang.

(ii) Dasar dan Polisi Mengenai Harta Dijumpai Barangan turun temurun walaupun ia adalah tinggalan lama dari segi arkeologi, adalah

subjek kepada pemeliharaan di dalam polisi Akta Pemeliharaan Harta Negara sebagai artifak purba, tetapi bagi pengendalian barangan yang baru dijumpai, terdapat polisi seperti berikut mengenai hak pemilikan. Mengenai pengendalian harta dijumpai yang juga adalah Warisan Kebudayaan, pada mulanya terdapat undang-undang pengendalian barang purba hilang ia adalah arahan dari kementerian dalam negeri pada 27 Sep Mayji 10 (1877).

KESAN PEMBENTUKAN AKTA WARISAN

Pembentukan Akta Warisan memainkan peranan penting dalam melestarikan bahan- bahan warisan negara Jepun. Hal ini demikian kerana, pembentukan Akta Warisan adalah usaha kerajaan dan agensi-agensi kebudayaan Jepun sendiri dalam mengekalkan bahan warisan. Sebagai contoh, kerajaan membangunkan muzium di seluruh negara agar generasi muda dapat mengetahui lebih dalam tentang warisan- warisan yang telah menjadi kebanggaan negara. Selain itu, pembentukan Akta Warisan ini merupakan langkah utama dalam mengekalkan bangunan-bangunan lama seperti istana, shinto dan monumen. Impaknya, bangunan-bangunan yang bersejarah ini dapat terus dikekalkan dan dianggap sebagai warisan unggul negara Jepun.

Tambahan pula, dengan adanya pembentukan Akta Warisan ini usaha untuk mengekalkan warisan negara terjamin. Hal ini juga dapat memupuk perasaan bangga dan seterusnya menanamkan semangat patriotik dalam diri masyarakat Jepun. Dari segi pendidikan pula, pembentukan Akta Warisan membantu dalam pemahaman masyarakat terhadap warisan negara. Bukan dengan membaca sahaja, masyarakat dapat mengunjung tempat-tempat warisan dan memahami dengan lebih dalam tentang warisan tersebut. Oleh itu, pembentukan Akta Warisan banyak memberi kesan yang positif kepada negara Jepun.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, warisan kebudayaan yang terdapat di Jepun sangat spesifik dan terbahagi kepada beberapa jenis. Di samping itu, terdapat juga warisan kebudayaan yang ditentukan oleh negara. Tradisi kebudayaan seperti "warisan" yang ketara di mata kasar adalah sangat penting. Hal ini kerana, manusia lebih mempercayai sesuatu yang boleh dilihat.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1,2017.

Perkembangan Dasar Warisan Negara Kebudayaan dan Kesan Terhadap 65 Pemeliharaan Warisan di Jepun (1871-1948)

Rujukan

Kunihiro Noda野田邦弘, Pembangunan dasar kebudayaan “Bunka-seisaku no Tenkai, 文化政策の展 開 アーツマネージメントと創造都市 ”, Kyoto Jepun ,4/2014

Akira Negi根木昭, Dasar Kebudayaan Kajian Pengenalan文化政策学入門 (文化とまちづくり叢 書 ), Tokyo Japan, 3/2010

Masahiro Ueno上野征洋, Beri orang yang belajar dasar kebudayaan 文化政策を学ぶ人のために, Tokyo Japan, 8/2002 [Bunkazai Hogo no Ayumi]文化財保護の歩み edisi Jawatan Kuasa Pemeliharaan Warisan Kebudayaan, Biro Cetakan Kementerian Kewangan, 1960 Toshio Takeuchi 竹内敏夫, Minoru Kishida 岸田実[Bunkazai Hogohou Shousetsu] Toko Shoin, 1950 Gyosei ぎょうせい, Bunka-cho Sejarah 50 tahun Akta Pemeliharaan Warisan Kebudayaan, 2001 Uchida Shin 内田新, Gambaran Keseluruhan Akta Pemeliharaan Warisan Kebudayaan, Penyelidikan

Autonomi (Kedua, Vol. 58, No. 4 atau kemudian) Katsuhiko Wada 和田勝彦, Kohta Kodama 児玉幸多, Hiroshi Nakano 仲野浩, Gambaran

Keseluruhan Akta Pemeliharaan Warisan KebudayaanⅡ, Kashiwa-shobo, 1979 Pengawasan Agensi Hal Ehwal Kebudayaan, Pemeliharaan Warisan Kebudayaan (Undang-undang

pertama) Pengawasan seksyen Pengawasan Agensi Hal Ehwal Kebudayaan Agensi Hal Ehwal Kebudayaan, Pemeliharaan warisan undang-undang dan peraturan-peraturan Collection, Gyosei, 20

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, ,2017.