Hubungkait Politik dalam Kebangkitan Pol

Volume II, Issue 1, 2017

Editor

Mohd Samsudin Mohd Shazwan Mokhtar

Museum of Academic Heritage UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ISBN 978-967-0829-54-8

Hak cipta/Copyright Muzium Warisan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Muzium Warisan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia

terlebih dahulu.

All right reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form

or by any means, electronic or merchanical including photocopy, recording, or any information storage and retrieval system, without permission in writing from Museum of Academic Heritage, Universiti Kebangsaan Malaysia.

©Mohd Samsudin & Mohd Shazwan Mokhtar 2017

Diterbitkan di Malaysia / Published in Malaysia by MUZIUM WARISAN AKADEMIK, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor D.E. Malaysia http://www.ukm.edu.my/muzium

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan – dalam – Penerbitan

ISBN 978-967-0829-54-8

CONTENTS

1. Persidangan Ekonomi Imperial, 1923: Analisis Terhadap

Pembangunan Perdagangan Antara Empayar British

Mohd Shazwan Mokhtar & Muhammad Aslah Akmal Azmi

15

2. Hubungkait Politik dalam Kebangkitan Politik Malayan dan

Pengaruh Sosialis di Tanah Melayu, 1937-1948

Ahamad Jama’ Amin Yang

31 Penyebaran Propaganda Komunis di Sarawak Nararossa Peter Ballak & Mohd Samsudin

3. Penggunaan Bahan Penerbitan Media Cetak Dalam

44

4. Tun Fatimah Hashim: Sumbangan dan Kejayaan Sebagai

Menteri Wanita Pertama di Malaysia

Siti Norhazanaton Jaafar

58

5. Perkembangan Dasar Warisan Negara Kebudayaan dan

Kesan Terhadap Pemeliharaan Warisan di Jepun (1871- 1948)

Naoko Sugiura & Mohd Samsudin

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. II, Issue I, 2017, ISBN 978-967-0829-54-8

PERSIDANGAN EKONOMI IMPERIAL, 1923: ANALISIS TERHADAP PEMBANGUNAN PERDAGANGAN ANTARA EMPAYAR BRITISH IMPERIAL ECONOMIC CONFERENCE, 1923: ANALYSIS ON THE DEVELOPMENT OF BRITISH’S INTER-EMPIRE TRADE

Mohd Shazwan Mokhtar & Muhammad Aslah Akmal Azmi Universiti Kebangsaan Malaysia

msm@ukm.edu.my & aslahakmal@ukm.edu.my

Abstrak

Sebagai ‘mother country’ kebergantungan Britain terhadap sumber bahan mentah dan produk makanan tanah jajahannya amat signifikan untuk negara tersebut terus kompetatif dalam pasaran perdagangan antarabangsa selepas Perang Dunia Pertama. Pasaran ekonomi di tanah jajahan juga penting kepada Britain bagi pasaran produk dan barangannya yang gagal bersaing dengan regim neomerkantilisme pada awal abad ke-20, khususnya Amerika Syarikat. Oleh itu, kerajaan Britain telah menggunakan Persidangan Ekonomi Imperial, 1923 untuk membentuk ‘Imperial Economic Committe’ (IEC) agar pembangunan perdagangan antara empayar dapat dilaksanakan. Pembangunan perdagangan antara empayar di seluruh empayar British ini telah membentuk satu zon perdagangan yang memberi kelebihan keutamaan tarif kepada golongan pedagang dan perniaga British. Justeru, artikel ini menganalisis peranan IEC membentuk zon perdagangan antara empayar British pada tahun 1923. Tumpuan diberikan dalam konteks perdagangan di Tanah Melayu, khususnya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, Britain amat memerlukan Tanah Melayu sebagai sumber utama bekalan bahan mentah untuk pembangunan industrinya di Eropah. Penglibatan kerajaan secara terus dalam sektor perdagangan membuktikan perubahan dalam doktrin perdagangan bebas bukan sahaja di Tanah Melayu, malah di seluruh empayar British. Bahkan, pembangunan zon perdagangan antara empayar British ini sebenarnya merupakan satu usaha pengukuhan blok sterling yang teracam dengan kebangkitan blok dollar Amerika (USD).

Kata kunci: Sejarah ekonomi; Neomerkantilisme; Imperial Economic Conference; Perdagangan;

antara empayar.

Abstract

As the 'mother country', Britain's dependency on raw materials and food products from colonies are very significant for the country to be competitive in the international trade market after the First World War. The economic market throughout the colonies were also important for Britain to sell their products and goods that fail to compete with the neomerkantilism regime which emerged in the early 20th century, particularly the United States. Therefore, the British government conducted Imperial Economic Conference, 1923 to form 'Imperial Economic Committee (IEC) for the development of inter-empire trade. Inter-empire trade development across the British Empire have formed a trade zone by 'tariff preference' that benefit the merchants and British businesses. Therefore, this article analyzes the role of the IEC that form the British inter-empire trade zone in 1923. The main focus is about the trade in Malaya, particularly Federated Malay States. The findings show that Britain needs Malaya as the main source of supply of raw materials for the industrial development in Europe. Direct government involvement in the trade sector showed a change in the doctrine of free trade not only in Malaya, but throughout the British Empire. In fact, the British inter-empire trade zone is actually an effort to strengthen the sterling block that are threathen by the rising of USD block.

Keywords: Economic history; Neo-Mercantilism; Imperial Economic Conference; Trade; Inter- Empire.

Mohd Shazwan Mokhtar & Muhammad Aslah Akmal Azmi 2

PENGENALAN

Kemunduran sektor perdagangan Britain yang berlaku sejak tamat Perang Dunia Pertama telah menyebabkan perkembangan sektor perindustriannya pada awal tahun 1920-an terjejas dengan teruk. Bagi mengatasi masalah ini, komuniti perindustrian Britain telah menuntut agar pihak kerajaan melaksanakan dasar perlindungan untuk melindungi sektor perindustriannya daripada persaingan pasaran antarabangsa yang mula dikuasai oleh Amerika Syarikat dan Jerman sebagai kuasa neomerkantilisme yang menawarkan eksport perdagangan yang lebih murah. Sebagai contoh, kegagalan Britain untuk bersaing dengan Amerika Syarikat dalam industri sutera telah menyebabkan Britain hanya mampu menguasai 20% pasaran antarabangsa, berbanding Amerika Syarikat yang berjaya menguasai 80% pasaran antarabangsa dalam industri sutera. Kejayaan Amerika Syarikat ini sebenarnya disebabkan polisi

tarif perdagangannya yang lebih murah berbanding Britain. 1

Justeru, untuk memastikan Britain kekal kompetetif dalam perdagangan antarabangsa, jaringan perdagangan empayar telah digunakan sebagai strategi pembangunan sektor perdagangan Britain. Oleh sebab itu, keperluan untuk membangunkan semula perdagangan empayar British amat bergantung dengan kekuatan perdagangannya di tanah jajahan. Kerajaan-kerajaan kolonial British telah membentuk sekutu dalam kalangan mereka demi menjaga kepentingan ekonomi ‘mother country’. Antara kumpulan tanah jajahan penting yang membentuk sekutu ialah Tanah Melayu (British Malaya), Ceylonese Association, Joint West African dan

Joint East African. 2 Berdasarkan keadaan ini, pada tahun 1923 kerajaan Britain telah menganjurkan Persidangan Ekonomi Imperial (PEI) yang bertujuan untuk membentuk zon perdagangan antara empayar untuk membangunkan sumber-sumber ekonomi di tanah jajahan bagi membolehkan sektor perdagangannya kekal kompetetif dalam pasaran antarabangsa.

Imperialisme British

Kelebihan yang dimiliki oleh kerajaan Britain untuk menganjurkan PEI pada tahun 1923 adalah berakar umbi kejayaan imperialisme modennya sejak abad ke-18. Perkembangan imperialisme British sejak pertengahan era 1870-an telah menyebabkan kebanyakan wilayah di Asia menjadi sebahagian daripada empayar British. Kesan penting penguasaan imperial British ini ialah membolehkan kuasa kolonial untuk menembusi ekonomi wilayah-wilayah yang dijajah mahupun

dinaungi. 3 Oleh sebab itu, perkembangan imperial British sering dikaitkan dengan faktor ekonomi. Tambahan lagi, menurut Sidney Pollard,

The chief economic significance of the New Colonial Empire, as a brilliant contemporary study pointed out, was its promise of relatively safe, protected and exclusive investment opportunities. The more investment opportunities declined or threatened to yield decreasing returns at home, the stronger the

pull of Empire . 4

1 British Imperial Trade, The Straits Times, 26 September 1923. 2 Ibid. 3 Sidney Pollard, The Development of the British Economy, 1914-1967, Ed. ke-2, Edward Arnold

(Publishers) LTD., London, 1969, hlm. 21. 4 Sidney Pollard, 1969, hlm. 22.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Persidangan Ekonomi Imperial, 1923: Analisis Terhadap Pembangunan 3 Perdagangan Antara Empayar British

Dalam jangka masa antaraperang (interwar years) imperialisme British di Asia Tenggara turut melibatkan,

the development of imperial relationships was affected by the repression and by the cautions stance that Britain and the other powers adaopted in face of

the deteriorating international position . 5

Imperialisme Britain terhadap Tanah Melayu sejak abad ke-18 merupakan langkah untuk mempertahankan tanah jajahannya di India. Pertapakan Britain di Pulau Pinang pada tahun 1786 merupakan titik permulaan bagi usaha Britain untuk mempertingkatkan lagi sekuriti armada lautnya di India dengan menjadikan perlabuhan di Tanah Melayu sebagai tempat membaiki kapal armada lautnya yang beroperasi di Teluk Benggal. Selain itu, peluasan pengaruh British di Tanah Melayu merupakan satu langkah untuk menjaga kepentingan ekonominya di rantau Asia. Kedudukan Tanah Melayu sebagai pintu pasaran Asia menuntut kepada British untuk menguasai kepulauan Melayu di Selat Melaka untuk mengumpulkan hasil bumi untuk dipasarkan di China. Oleh sebab itu, British telah menjadikan Singapura sebagai

perlabuhan entreportnya dan pusat komersial di Asia Tenggara. 6 Campur tangan British terhadap politik Tanah Melayu menjadi lebih substantif pada awal tahun 1870- an kesan daripada desakan keperluan ekonomi. Golongan perniaga kapitalis telah mula

menjadikan Singapura untuk ‘direct exploitation of tin’, malah pedagang-pedagang China cenderung untuk melabur dalam prospek komersial di Singapura. 7 Walaubagaimanapun, pada awal abad ke-20 kerajaan kolonial mula melaksanakan dasar ekonomi yang bersifat liberal. Tindakan Joseph Chamberlain, Setiausaha Tanah Jajahan British yang mula melobi polisi ‘imperial preference’ dan pembaharuan sistem tarif sejak awal tahun 1900-an, merupakan titik tolak serangan golongan merkantalis terhadap perdagangan bebas yang dilihat gagal mengembalikan supremasi maritim British. Sehingga tahun 1913, liberalisasi perdagangan yang dilakukan oleh kerajaan Britain berjaya membawa negara tersebut untuk kembali bersaing dengan Amerika Syarikat dan Jerman. Bahkan, dasar sekatan ekonomi (economy blockade) yang dilakukan oleh British ketika Perang Dunia Pertama berjaya menyatukan jaringan perdagangan antara empayarnya dan seterusnya meningkatkan

nilai eksport empayar British. 8

Perlantikan Stanley Baldwin menjadi Perdana Menteri Britain pada tahun 1923 memberi kesan terhadap kegiatan perdagangan negara ini. 9 Baldwin merupakan ahli politik daripada Parti Konservatif juga mempunyai matlamatnya yang tersendiri iaitu menamatkan perdagangan bebas (Free Trade). Serangan terhadap perdagangan bebas ini adalah disebabkan kegagalan doktrin perdagangan bebas yang menyebabkan

5 Nicholas Tarling, Imperialism in Southeast Asia ‘A Fleeting, passing phase’, Routledge, New York, 2001, hlm. 35.

6 D.K. Fieldhouse, Economics and Empire 1830-1914, Cornell University Press, New York, 1973, hlm. 185.

7 Ibid. 8 Huraian lanjut lihat, Mohd Shazwan Mokhtar, Liberalisasi Terhadap Perdagangan Bebas Negeri-

Negeri Melayu Bersekutu, 1909-1913. In In-House Seminar: Revisiting Malaysian History, Vo.1, No.1, hlm. 25-39, 2016.

9 Stanley Baldwin dilahirkan pada 3 Ogos 1867 merupakan antara ahli politik Parti Conservative. Pada 1921, dia memasuki Kabinet sebagai President Board of Trade dan pada 1922, beliau menjadi watak

utama yang memimpin gerakan pemberontakkan Konservatif yang merampas kerajaan campuran David Lloyd George. Di bawah Andrew Bonar Law, kerajaan Parti Conservative telah mengambil beliau sebagai Chancellor of the Exchequer. Seterusnya pada 1923, Bonar Law telah bersara dan beliau mengantikan tempat sebagai Perdana Menteri. Lihat Philip Williamson, Stanley Baldwin Conservative Leadership and national values, United Kingdom, Cambridge University Press, 1999, hlm. 21-26.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol 2, No. 1, 2017.

Mohd Shazwan Mokhtar & Muhammad Aslah Akmal Azmi 4

ekonomi domestik British merosot dengan teruk. Masalah utama yang mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat dan pihak kerajaan sendiri ialah masalah pengangguran dan persaingan barangan tempatan dengan barangan import negara asing yang lebih murah. Oleh sebab itu, sistem fiskal British perlu dipulihkan semula untuk melindungi barangannya. Sistem cukai sedia ada yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan hanya menyebabkan peningkatan harga barangan dan gagal merangsang

pertumbuhan ekonomi domestik. 10 Di samping itu, perubahan doktrin perdagangan dan sistem tarif yang berlaku di Britain secara tidak langsung memberi kesan terhadap imperialisme ekonomi di tanah jajahan British. Loh Wei Leng menjelaskan,

Britain’s imperial sentimens were strengthened and eventually manifested in the call ‘to consider the practicability of preferential rates for goods of imperial origin’ in 1920, stringly promoted by the ‘New Imperialist’

component in the Lloyd George coalition government of 1916 . 11 Pelaksanaan dasar ekonomi kolonial di tanah jajahan berdasarkan sistem

keutamaan imperial (imperial preference) dan undang-undang ekonomi bersifat perlindungan (protectionist) sejak abad ke-20 telah menjadi titik tolak kepada perubahan polisi perdagangan bebas kepada polisi perdagangan yang lebih bersifat liberal. Pengenalan ‘McKenna Duties’ sejak tahun 1915 penting kepada British kerana membentuk asas kepada dasar perlindungan (protectionism ) dalam ‘imperial p reference’ yang menjadi keutamaan ketika era pentadbiran Stanley Baldwin sebagai Perdana Menteri.

Dalam konteks Tanah Melayu, kerajaan kolonial secara keseluruhannya telah mula melaksanakan dasar pembangunan ekonomi yang lebih rigid dengan memberi tumpuan terhadap aktiviti eksport. Komoditi utama yang menjadi tunjang bagi aktiviti eksport khususnya timah dan getah telah diberi perhatian oleh pihak kerajaan dalam

agenda pembangunan ekonominya. 12 Persoalan yang diutarakan oleh Loh Wei Leng dalam penulisannya berkaitan ‘the appropriateness of strategy which placed such

heavy reliance on a few primary product exports had been called into question ’, sebenarnya merupakan amalan ekonomi neomerkantilisme yang diamalkan oleh kerajaan kolonial di Tanah Melayu.

Pertumbuhan Neomerkantilisme Menerusi Imperialisme

George H. Nadel & Peery Curtuis menjelaskan imperialisme sebagai, the extension of sovereignty or control, whether direct or indirect, political or

economic, by one government, nation or society over another together with the

ideas justifying or opposing this process . 13

Namun, timbul persoalan apakah hubungan imperialisme dengan perkembangan ekonomi merkantilisme? Isu ini boleh diteliti menerusi peranan kerajaan imperial yang melakukan penjajahan (kolonialisme) terhadap sesebuah negara sama ada untuk menguasai sumber bahan mentahnya atau melindungi kepentingan ekonomi ‘mother country ’. Perkara ini juga turut dibincangkan oleh, George H. Nadel & Perry Curtuis

10 A.D. Innes, A History of the British Nation: From the Earliest Times to the Present Day, London,

T.C. & E.C. Jack, 1912, hlm. 949-950.

11 Loh Wei Leng, The Colonial State and Business: The Policy Environment in Malaya in the Inter-War Years, Journal of Southeast Asian Studies, 33(2), 2002, hlm. 247.

12 Loh Wei Leng, 2002, hlm. 249. 13 George H. Nadel & Perry Curtuis, Introduction, In George H. Nadel & Perry Curtuis, Imperialism &

Colonialism, The Macmillian Company, London, 1964, hlm.1.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Persidangan Ekonomi Imperial, 1923: Analisis Terhadap Pembangunan 5 Perdagangan Antara Empayar British

yang melihat tindakan penjajahan yang berlaku menerusi imperialisme sebagai, ‘ the mother country to owning colonies rather than the opposition of colonies to being

owned by the mother country ’. 14 Oleh sebab itu, dalam konteks Tanah Melayu, khususnya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB), Persuruhjaya Tinggi British

sering menekankan soal ‘contribution to mother country’ dalam kalangan Raja-Raja dan Pembesar Melayu walaupun pada dasarnya NNMB dianggap sebagai negeri

naungan. 15 Tambahan lagi, menerusi sistem perdagangan merkantilisme ini juga, British berjaya melindungi kepentingan perdagangannya di NNMB daripada ancaman

pedagang-pedagang Jerman. 16

Hubungan antara ekonomi merkantilisme dengan imperialisme wujud apabila wujudnya simbiosis antara regim merkantilisme dengan kerajaan imperial untuk melindungai kepentingan ekonominya. Hal ini kerana, menerusi penguasaan politik inilah regim merkantilisme dalam mengawal aktiviti import dan eksportnya, seterusnya dapat menghasilkan surplus perdagangan yang tinggi. Bahkan, menurut Hugh E. Egerton, menerusi imperialisme aktiviti eksport perdagangan kolonial dapat dibangunkan menerusi sistem merkantilisme menerusi pembukaan ataupun penguasaan tanah jajahan. Oleh sebab itulah, kerajaan imperial dan juga golongan perdagangan Britain dapat untuk memonopoli komoditi perdagangan tertentu di tanah

jajahan. 17 Malah, sistem merkantilisme sering dikaitkan dengan teori yang mana tanah jajahan atau koloni akan sentiasa berfungsi sebagai pengeluar sumber bahan mentah

untuk keperluan pem bangunan industri bagi ‘mother country’. 18

Seterusnya, kebangkitan regim merkantilisme sejak akhir abad ke-19 yang lebih dikenali sebagai neomerkantilisme atau merkantilisme moden, telah menyebabkan setiap negara mula melaksanakan dasar ekonomi yang bersifat perlindungan bagi membangunkan ekonomi domestik mereka untuk mengatasi masalah pengangguran dan kemiskinan khususnya dalam era perang. Paul F. Cwik, berhujah bahawa berlakunya perubahan dalam aktiviti perdagangan bebas dan

kejatuhan ‘gold standard’. 19 Menerusi penulisan Jonathan Bart pula, beliau menilai merkantilisme sebagai ‘the cardinal philosophy of empire: the systematic blueprint for constructing and maintaining imperial economic hegemonic, shaping and informing

state action …’ 20 Walaupun dalam konteks perbincangan beliau memberi tumpuan terhadap perkembangan ekonomi merkantilisme dalam abad ke-17 dan 18, kerangka analisis beliau boleh digunakan untuk meneliti perkembangan ekonomi neomerkantilisme yang mula berkembang sejak akhir abad ke-19. Hal ini kerana, menerusi data-data ekonomi yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan, khususnya kerajaan kolonial di Tanah Melayu jelas menunjukkan bahawa wujudnya amalan

14 George H. Nadel & Perry Curtuis, 1964, hlm.3. 15 Menjelang Perang Dunia Pertama, Persuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu telah menggesa

Majlis Mesyuarat Persekutuan, NNMB untuk ‘That, whereas it appears to the Government that there is a general wish on the part of the various communities residing in the Federated Malay States that contribution should be made to the Imperial Government for the prosecution of the war …’ Lihat Mohd Shazwan Mokhtar & Mohd Samsudin, ‘Kill German Trade’: Penilaian Terhadap usaha British Membendung Perdagangan Musuh di Tanah Melayu Sewaktu Perang Dunia Pertama, 2015.

16 Huraian lanjut lihat, Mohd Shazwan Mokhtar & Mohd Samsudin, ‘Trade War’: Sekatan Perdagangan Jerman di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1914-1918, Akademika, Bil. 87, No. 1, 2017, hlm. 75-90.

17 Hugh E. Egerton, Colonies and The Mercantile System, In George H. Nadel & Perry Curtuis, Imperialism & Colonialism, The Macmillian Company, London, 1964, hlm. 59.

18 Hugh E. Egerton, 1964, hlm. 64. 19 Paul F. Cwik, The New Neo-Mercantilism: Currency Manipulation As A Form of Protectionism,

Economic Affairs , 31(3), 2011, hlm. 11.

20 Jonathan Barth, Reconstructing Mercantilism: Consensus and Conflict in British Imperial Economy in the Seventeenth and Eighteenth Centuries, The William and Mary Quarterly, 73(2), 2016, hlm. 262.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol 2, No. 1, 2017.

Mohd Shazwan Mokhtar & Muhammad Aslah Akmal Azmi 6

ekonomi yang bersifat merkantilisme apabila pihak kerajaan telah terlibat secara langsung dalam membentuk struktur ekonomi menerusi undang-undang untuk

melindungi kepentingan ekonomi kolonial dan menjadikan ‘balance of trade’ (BOT) sebagai sumber pendapatan penting negara menerusi kadar surplus perdagangan yang diperolehi.

Secara keseluruhannya, ekonomi neomerkantilisme merujuk kepada campur tangan atau penglibatan kerajaan dalam sektor perdagangan untuk mewujudkan lebihan perdagangan dalam BOT, iaitu membentuk polisi dan dasar ekonomi yang memberi keutamaan kepada aktiviti eksport berbanding import. Peningkatan surplus perdagangan akan membawa kepada BOT positif yang dapat membentuk peluang pekerjaan dan meningkatkan lagi permintaan terhadap komoditi perdagangan. Tambahan lagi, menerusi peluasan imperialisme secara tidak langsung telah membawa kepada pembentukan zon atau rantau ekonomi yang dikuasai oleh sesebuah kerajaan

imperial. Perkara ini turut disentuh oleh Bjorn Hettne yang menyimpulkan ‘neo-

mercantilism has a lot to do with regionalism ’. 21

IMPERIAL ECONOMIC COMMITTEE 1923

Menerusi Persidangan Ekonomi Imperial (PEI) pada tahun 1923 kerajaan Britain, kerajaan ‘the Dominion, India’, kerajaan di tanah jajahan dan negeri naungan telah bersetuju untuk membentuk ‘Imperial Economic Committee’ (IEC). Secara

keseluruhannya, IEC mempunyai objektif yang jelas untuk To consider the possibility of improving the methods of preparing for market,

and marketing within the United Kingdom, the food products of the overseas parts of the Empire with a view to increasing the consumption of such products in the United Kingdom in preference to imports from foreign countries, and to

promote the interests both of producers and consumers . 22 Walaupun begitu, menurut Stephen Constantine hasrat awal pengajuran PEI oleh

kerajaan Britain adalah untuk menggalakkan lagi kerjasama ekonomi antara Britain dengan ‘dominions’ dan India. Tambahan pula, isu berkaitan hasrat untuk

menghulurkan bantuan pembangunan dalam kalangan empayar British juga tidak menjadi agenda utama peringkat awal cadangan penganjuran PEI. 23 Namun, setelah Sir Lloyd-Greame yang mewakili Lembaga Perdagangan terlibat dalam rancangan awal penubuhan PEI, barulah cadangan untuk menyediakan bantuan modal untuk seluruh empayar British menerusi PEI diutarakan. PEI mencadangkan agar kerajaan imperial menyediakan bantuan kewangan berbentuk geran dalam tempoh 5 tahun dengan kadar faedah sebanyak 0.75%. Menerusi resolusi yang dikeluarkan oleh PEI berkaitan geran ini,

In order to qualify for the Imperial contribution a scheme must be accepted by the Imperial Government within the next three years. The approval on behalf of the Imperial Government would be given after consulation with the

Treasury, the colonial of India Office and the Board of Trade . 24

21 Bjorn Hettne, Neo-Mercantilism: The Pursuit of Regionness, Cooperation and Conflict, 28(3), 1999, hlm. 219.

22 Imperial Economic Committee: A survey of its Work, Journal of the Textile Institute Proceedings, 23(9), 1932, hlm. 237.

23 Stephen Constantine, The Making of British Colonial Development Policy, London, Frank Cass, 1984, hlm. 105.

24 Imperial Economic Conference 1923, Summary of Conclusions, 1923, hlm. 4.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Persidangan Ekonomi Imperial, 1923: Analisis Terhadap Pembangunan 7 Perdagangan Antara Empayar British

Punca kuasa bagi IEC adalah daripada persetujuan PEI yang bersidang. Oleh itu segala siasatan atau sebarang inkuri berkaitannya hendaklah mendapat perhatian daripada kerajaan British dan kerajaan kolonialnya. Hal ini kerana, setiap kerajaan kolonial akan menamakan perwakilan mereka dalam PEI termasuklah juga kerajaan

British sebagai kerajaan imperial. 25 Oleh itu, Mr. Wn. Duncan, Mr. Ernest Birch dan Mr. F. George Penny, M.P yang merupakan jawatankuasa dalam ‘Association of British Malaya ’ telah terlibat secara langsung mewakili Tanah Melayu dalam

persidangan PEI pada tahun 1923. 26

Pada peringkat awal pembukaan PEI isu penting yang dibincangkan ialah masalah yang dihadapi oleh British untuk menghadapi kekuatan ekonomi Amerika Syarikat dan Jepun yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pentadbir kerajaan dan kolonial Britain. Kebimbangan ini adalah berdasarkan kesedaran British untuk melindungi kepentingan ekonomi ‘Motherland’ dan tanah jajahan serta keseimbangan pengaruh dan kuasa tentera laut di Lautan Pasifik, serta termasuklah isu ‘immigration colour bar’. Tambahan lagi, keadaan ekonomi Eropah yang tidak menggalakkan, memerlukan British untuk melaksanakan usaha pembangunan sumber

di seluruh empayarnya untuk menampung kemerosotan yang berlaku di Eropah. 27 Oleh itu, kerajaan Britain telah menuntut kerajaan kolonial di seluruh tanah jajahannya untuk membantu usaha pembangunan sumber empayar melalui penstrukturan dasar fiskal dengan tidak mengenakan cukai terhadap barangan makanan dan bahan mentah

utama. 28 W. Ormsby Gore yang mewakili kerajaan tanah jajahan (Colonies & Protectorates ) termasuklah Tanah Melayu keseluruhannya telah menegaskan kepada seluruh perwakilan PEI bahawa, tanah-tanah jajahan ini penting kepada kelangsungan ekonomi empayar Britain, kerana menerusi potensi ekonomi yang dimilikinya pasaran import dan eksport empayar Britain akan dapat memastikan kelangsungan bekalannya. Bahkan, beliau turut mengisy tiharkan bahawa ‘Britain specially was alive to the need

of becoming less dependent of America for cotton, sugar and tobacco ’. 29 Pendirian Mr. Ormsby ini juga dikongsi oleh The Duke of Devonshire yang turut menjelaskan

‘that the moral and material progress and development of the Colonies, Protectorates and Mandated Territories was increasingly important to all partners in the British Empire ’ terutamanya Tanah Melayu yang baru sahaja pulih daripada tekanan ekonomi. Oleh sebab itu, Pejabat Tanah Jajahan (PTJ) perlu memainkan peranan penting untuk merangsang perdagangan intraimperial British khususnya di wilayah tropika dengan memastikan kerajaan kolonial dibantu dengan aliran modal daripada firma dan

perusahaan swasta. 30

Zon Perdagangan Antara Empayar

Pengukuhan perdagangan antara empayar British menerusi PEI secara tidak langsung membentuk zon perdagangan yang melindungi keseluruhan kepentingan ekonomi

antarabangsanya. 31 Asas bagi sistem perdagangan antara empayar ini adalah menerusi penyeragaman penggunaan invois, bil muatan dan paten dan sistem perundangan yang

25 Imperial Economic Committee, Western Argus, 15 May 1928. 26 British Malaya and the Imperial Conference, The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser,

22 October 1923. 27 Imperial Conference, The Straits Times, 2 October 1923.

28 Imperial Conference, The Straits Times, 4 October 1923. 29 Ibid. 30 Ibid. 31 Empire Link, Northern Star, 31 January 1924.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol 2, No. 1, 2017.

Mohd Shazwan Mokhtar & Muhammad Aslah Akmal Azmi 8

membolehkan kerajaan imperial mengukuhkan jaringan perdagangan dengan seluruh empayarnya. 32 Zon perdagangan antara empayar British mempunyai kelebihan untuk menikmati manfaat daripada sistem keutamaan tarif yang telah ditetapkan oleh Parlimen British menerusi sistem keutamaan imperial. Bahkan, PEI sendiri telah menjadi faktor penting kejayaan pelaksanaan sistem keutamaan tarif di seluruh tanah jajahan British. Sir Philip Lloyd Greame telah membuka perbahasan berkaitan isu sistem keutamaan tarif dengan menegaskan bahawa PEI perlu ‘should work out practicable steaps to improve production and trade prospects in all parts of the Empire ’. Oleh itu, kerajaan imperial telah bersedia untuk membenarkan semua komoditi buah-buahan, kismis (currants) dan buah-buahan di dalam tin dikecualikan daripada cukai, manakala komoditi makanan yang serupa daripada negara luar kekal dengan kadar cukai antara 10s. 6d., 2s. dan 5s. Akhirnya PEI telah bersetuju untuk melaksanakan sistem keutamaan tarif dalam zon perdagangan antara empayar berdasarkan resolusi,

This Imperial Economic Conference, holding that, especially in present circumstances, all posibble means should be taken to develop the resources of the Empire and trade between the Empire countries, desires to reaffirm the Resolution on the subject of Imperial Preference passed by the Imperial War

Conference of 1917 . 33

Secara keseluruhannya, kesemua produk pertanian dalam empayar telah dikecualikan cukai di seluruh empayar British. 34 Tambahan lagi, menerusi PEI juga Sir Lloyd turut mencadangkan agar Parlimen Britain untuk mengenakan duti import

sebanyak 10s bagi setiap ‘hundredweight’ ikan salmon dalam tin dari negara luar dan memastikan produk empayar kekal menikmati pengecualian cukai. Keperluan sistem keutamaan tarif ini juga adalah berdasarkan kesedaran terhadap 3 polisi kerajaan yang tidak praktikal untuk ekonomi Britain, iaitu (i) sistem subsidi (ii) geran untuk lesen

import (iii) penstabilan harga. 35 Hal ini kerana, menerusi pelaksanaan sistem keutamaan tarif kerajaan akan dapat memastikan harga makanan lebih murah. 36 Jadual

1, menunjukkan kadar tarif kastam yang dikenakan terhadap komoditi makanan terpilih dalam zon antara empayar Britrish.

Jadual 1, Kadar tarif kastam terhadap komoditi makanan terpilih, 1923 Jenis komoditi makanan

Kadar ‘Tariff Preference’ s. (shilling) d. (pence) cwt. (hundredweight) lb. (pounds) Buah-buahan kering

Kadar semasa

16.667% ( 1 ⁄ 6 ) Kismis

10s. 6d. per cwt.

2s. per cwt.

16.667% ( 1 ⁄ ) - 4d.

16.667% (1 6 ⁄ ) – 4s. 3 1 ⁄ d. 2 Tembakau

Gula

25s. 8d. per cwt.

16.667% ( 1 ⁄ 6 ) Epal mentah

8s. 2d. per lb.

Bebas cukai Ikan salmon dan udang karang

5s. per cwt.

Bebas cukai di dalam tin, ikan cray, ketam Madu

10s. per cwt.

Bebas cukai Limau, lemon dan jus buahan

10s. per cwt.

Bebas cukai Sumber : CAB/24/164/70

6d. per gallon

32 Economic Conference, The Straits Times, 3 November 1923. 33 Imperial Economic Conference 1923, Summary of Conclusions, 1923, hlm. 4. 34 Economic Conference, The Straits Times, 10 October 1923. 35 Imperial Conference, The Straits Times, 9 November 1923. 36 Malayan History, The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser, 10 November 1923.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Persidangan Ekonomi Imperial, 1923: Analisis Terhadap Pembangunan 9 Perdagangan Antara Empayar British

Keperluan untuk membangunkan zon perdagangan antara empayar ini adalah disebabkan kejatuhan eksport perdagangan British kepada 30% lebih rendah daripada eksportnya pada tahun 1913 serta kemunduran ekonomi di Eropah. Oleh sebab itu, kerajaan British perlu untuk mengukuhkan jaringan perdagangannya menerusi perdagangan antara empayar. Keadaan ini berlaku memandangkan British masih

memerlukan kuasa beli Eropah kerana, ‘credit created by Indian and Chinese sales in Europe were used for financing Eastern purchases from Britain ’. Justeru, kebergandungan Britain dengan Amerika Syarikat akan dapat dikurangkan untuk mendapatkan sumber bahan mentah, malah pengukuhan zon perdagangan ini akan dapat meningkatkan jumlah produksi dan kuasa beli dalam empayar British. Walau bagaimanapun, usaha ini akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan

bantuan kewangan daripada kerajaan British. 37 Oleh itu, menerusi PEI, kerajaan Britain telah mencadangkan kepada parlimennya untuk

the full money equivalent of the advantages which are not retained should be devoted to a scheme of marketing, untuk tujuan ini pihak kerajaan telah bercadang untuk menyediakan peruntukan sebanyak £1,000,000 untuk setiap tahun yang ditadbir oleh Suruhanjaya Eksekutif yang bertanggungjawab

sepenuhnya terhadap Parlimen British . 38

Dalam konteks Tanah Melayu pula, kerajaan British telah meletakkan kedudukan Negeri- Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) sebagai ‘Eastern Colonies’ dalam rancangan ‘The Development of Imperial Resources’ dengan memperuntukkan

sebanyak £2,053,431 untuk pembangunan landasan kereta api bagi membolehkan kerajaan kolonial di Tanah Melayu mengeksploitasi sumber bahan mentah dengan

lebih produktif untuk di eksport. 39 Maka tidak hairanlah dalam persidangan Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) NNMB pada tahun 1923, Persuruhjaya British ketika itu Sir Laurence Nunns Guillemard, menjelaskan kepada ahli MMP bahawa NNMB berada dibawah kawasalan Pejabat Tanah Jajahan di London ‘on the same lines as its control over the Government of the Colony; but it is much looser and it takes the form

of advice rather than of direction .’ 40 Hal ini kerana, kedudukan kewangan yang dimiliki oleh Tanah Melayu secara keseluruhannya amat penting bagi British ‘in terms of its contribution to the ‘Sterling Bloc’. 41 Oleh itu, Tanah Melayu amat penting

sebagai sebahagian daripada tanah jajahan British yang membentuk zon perdagangan antara empayar.

Tanah Melayu secara keseluruhannya telah memainkan peranan penting dalam membangunkan industri baru dalam sektor penghasilan produk makanan dalam perdagangan antara empayar. Hal ini kerana, kerajaan kolonial di Tanah Melayu telah mengambil langkah yang drastik untuk memastikan keseimbangan ‘balance of trade’

yang terjejas akibat kejatuhan harga komoditi timah dan getah. Oleh itu, industri pengetinan nenas, minyak kelapa dan minyak sawit menjadi antara industri baru penting yang dibangunkan oleh kerajaan kolonial British di Tanah Melayu. Kerajaan British di London pula memainkan peranan untuk melaksanakan propaganda

37 CAB/24/158/CP/90 Proposal For Financial Assisrance To Eccelerate The Development of Imperial Resources.

38 Imperial Economic Committee: A survey of its Work, Journal of the Textile Institute Proceedings, 23(9), 1932, hlm. 237.

39 CAB/24/158/CP/90 Proposal For Financial Assisrance To Eccelerate The Development of Imperial Resources.

40 Shorthand Report of the Proceedings of the Proceedings of the Federal Council, 11 July 1923. 41 Loh Wei Leng, 2002, hlm. 249.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol 2, No. 1, 2017.

Mohd Shazwan Mokhtar & Muhammad Aslah Akmal Azmi 10

perdagangan untuk memasarkan produk empayarnya di Eropah khususnya dalam

pasaran perdagangan di Liverpool. 42

Graf 1, Nilai Eksport Nenas Dalam Tin Tanah Melayu, 1919-1924

Sumber : Sel. Sec. 2613/1925

Industri pengetinan nenas yang dibangunkan di Tanah Melayu sejak tamat Perang Dunia Pertama adalah daripada jenis ‘Queen’ yang hampir sama dengan jenis ‘Red Jamaican Pine’ yang terdapat di Hindia Barat. Di samping itu, eksport nenas dari

Sarawak turut mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran Amerika Syarikat yang mempunyai kilang yang besar di Hawaii. Namun, kilang-kilang pengetinan nenas di Singapura pula tidak mengggunakan nenas dari Sarawak ini yang dikatakan warnanya terlalu putih dan lebih masam. Graf 1 menunjukkan pertumbuhan nilai eksport pengetinan nenas di Tanah Melayu yang mula tumbuh sejak tahun 1919.

Graf 2, Perbandingan Nilai Eksport Antara Komoditi Kelas 1

Dengan Kelas 2 NNMB, 1920-1923

Kelas 2 268084412 120914266 125177188 177976479 188240978 Kelas 1 4116055

Sumber : F.M.S. Report on the Trade and Customs Department for the Year 1924.

Graf 2 pula menunjukkan perbandingan nilai eksport antara komoditi kelas 1 dengan komoditi kelas 2 NNMB dalam tahun 1920 hingga 1924. Kelas 1 merupakan kumpulan komoditi haiwan, makanan, minuman dan tembakau. Pada tahun 1923

42 Sel.Sec. 2613/1925 Minutes F.S.G. 1002/25.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Persidangan Ekonomi Imperial, 1923: Analisis Terhadap Pembangunan 11 Perdagangan Antara Empayar British

berlaku peningkatan nilai eksport bagi komoditi makanan tertentu seperti ikan kering dan ubi kayu, sementara eksport beras mengalami penurunan. Manakala komoditi kelas 2 merupakan eksport utama NNMB yang terdiri daripada bahan mentah. Getah para, bijih timah dan kelapa kering merupakan komoditi yang menyumbang sebahagian besar nilai eksport NNMB. Berdasarkan data ini, dapat disimpulkan bahawa komitmen NNMB khususnya dalam zon antara empayar British adalah sebagai pembekal sumber bahan mentah yang aktif berbanding dengan sumber bahan makanan.

Jadual 2, Nilai Eksport Komoditi Terpilih NNMB, 1920-1924

1923 ($) 1924 ($) Getah para

113,995,815 97,781736 Bijih timah

54,216,314 77,550,862 Kelapa kering

8,190,701 9,641,012 Ikan kering

513,858 506,615 Uji kayu

Sumber : F.M.S. Report on the Trade and Customs Department for the Year 1924.

Manakala, Jadual 2 pula menunjukkan nilai eksport bagi komoditi makanan terpilih dari NNMB. Berbanding bijih timah, komoditi getah para telah menyumbangkan nilai eksport yang tertinggi. Walaupun menghadapi usaha sekatan pengeluaran, golongan peniaga getah tetap dibenarkan untuk mengeksport stok mereka. Keadaan ini juga boleh dikaitkan dengan masalah penyeludupan komoditi getah oleh golongan

pengimport yang disebabkan duti kastam yang terlalu tinggi. 43 Manakala, kemerosotan yang berlaku terhadap nilai eksport bijih timah pula adalah disebabkan polisi kerajaan NNMB yang bersikap mengambil peluang ketika harga pasaran tinggi. Kerajaan NNMB telah melaksanakan kawalan yang rigid terhadap eksport timah dengan menyimpan stok-stok timah untuk dijual pada harga yang tinggi. Justeru, jumlah eksport yang dibenarkan hanyalah dalam bilangan yang kecil untuk mengelakkan penurunan harga yang disebabkan lambakan komoditi dalam pasaran yang juga dalam masa yang sama menyebabkan kemerosotan dalam pasaran. Walau bagaimanapun, polisi kerajaan NNMB ini dikritik oleh Mr. Robson seorang ahli tidak rasmi MMP yang menilai polisi perlindungan komoditi timah oleh kerajaan NNMB sebagai satu langkah yang tidak praktikal dan menunjukkan kegagalan pentadbiran kerajaan.

Usaha pembangunan perdagangan antara empayar ini turut diteruskan menerusi ‘The British Empire Exhibiton in Relation to Colonies, Dependecies and Protectorates ’ pada tahun 1924 yang diadakan di Wembley Park di Britain. Pameran

ini diadakan sebagai satu langkah pelan jangka panjang untuk merangsang potensi sektor komersial dan industri yang dimiliki seluruh empayar British. Oleh sebab itu, tidak hairanlah pameran ini dikawal oleh sebuah Majlis Eksekutif yang terdiri daripada perwakilan daripada institusi perbankan, industri dan sektor komersial yang mempunyai kepentingan dengan ekonomi Britain. Manakala, bagi mewakili pihak kerajaan pula, Setiausaha Tanah Jajahan, Presiden Lembaga Perdagangan dan Menteri Pertanian. Manakala Persuruhjaya British di India dan wakil daripada setiap

‘dominion’ telah dilantik sebagai Naib Presiden bagi pameran ini. 44 Perkara yang menarik perhatian dalam penganjuran pemeran ini ialah apabila pihak kerajaan British mampu untuk mendapatkan bantuan kewangan yang menjamin penganjurannya. Dalam suratnya kepada Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu,

Winston S. Churchill telah menerangkan, ‘These gurantees are confined to the United

43 Shorthand Report of the Proceedings of the Proceedings of the Federal Council, 23 January 1923. 44 H.C.O. S. of S. 364/1922 British Empire Exhibitions: Postponed of the Exhibition from 1923 to 1924.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol 2, No. 1, 2017.

Mohd Shazwan Mokhtar & Muhammad Aslah Akmal Azmi 12

Kingdim and have been drawn from the principal banking and commercial interest as well as from a large number of private individuals 45 ’. Oleh itu, kerajaan British telah menyumbang sebanyak £100,000 ke dalam tabung jaminan pameran tersebut. Menerusi pameran ini ju ga kedudukan ‘Colonies’, ‘Dependencies’ dan negeri naungan diletakkan setaraf dengan ‘Dominions’ kepada 6 kumpulan pavilion yang besar seperti berikut,

i. Kumpulan Mediterranean

ii. Kumpulan Timur

iii. Kumpulan Timur Jauh iv. Kumpulan Afrika Barat v. Kumpulan Afrika Timur vi. Kumpulan India barat dan Atlantik

Peta 1 menggambarkan zon perdagangan antara empayar yang melaksanakan ‘tariff preference ’ tertakluk dengan ‘imperial preference’. Kejayaan IEC membangunkan sumber ekonomi dan zon perdagangan antara empayar telah membolehkan British untuk kekal kompetatif dalam pasaran perdagangan antarabangsa di benua Eropah dan Timur sehingga membolehkan kerajaan British membentuk blok ekonomi Sterling.

Peta 1, Zon Perdagagangan Antara Empayar British

Sumber : http://www.atlasofbritempire.com/dominions.html [Retrive on : 26.09.2016]

Pelaksanaan sistem keutamaan imperial menerusi PEI berjaya mengukuhkan kedudukan perdagangan antara empayar menerusi penubuhan ‘Empire Marketing Board’ (EMB) pada tahun 1926. Antara peranan utama EMB adalah untuk (i) mendorong pengguna untuk memberi keutamaan kepada barangan dari empayar (ii) menanda / cop barangan empayar agar pengguna dapat mengenalpasti barangan empayar dan (iii) untuk mengekalkan kualiti yang baik dan harga yang berpatutan

kepada barangan dari empayar. 46 Menerusi sistem keutamaan imperial, perdagangan

45 H.C.O. S. of S. 364/1922 British Empire Exhibitions: Postponed of the Exhibition from 1923 to 1924.

46 Brice M. Mace, Imperial Preference in the British Empire, The Annals of the American Academy of Political and Social Science, 168, 1933, hlm. 228.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Persidangan Ekonomi Imperial, 1923: Analisis Terhadap Pembangunan 13 Perdagangan Antara Empayar British

antara empayar dapat dikukuhkan menerusi keutamaan kerajaan imperial terhadap tender atau kontrak dengan memberi lebih mengutamakan terhadap syarikat tempatan dan syarikat daripada negara-negara empayar. Contohnya pembinaan landasan kereta api, hospital, syarikat elektrik dan lain-lain sejak 1919 telah mengutamakan syarikat British dan menggunakan barangan daripada British dan negara empayar. Selain EMB, London Chamber of Commerce turut memainkan peranan memasarkan produk dan barangan empayar menerusi penerbitan jurnalnya yang merupakan sebahagian daripada usaha propaganda perdagangan antara empayar British.

KESIMPULAN

Kegagalan Britain untuk bersaing dengan Amerika Syarikat dan Jerman dalam pasaran perdagangan antarabangsa pada awal tahun 1920-an menyebabkan negara tersebut gagal untuk menguasai pasaran ekonomi. Keadaan ini secara tidak langsung telah menimbulkan masalah sosioekonomi yang meruncing di Britain apabila berlakunya peningkatan populasi yang tidak mempunyai sumber pendapatan dan bekalan makanan yang mencukupi. Bagi mengatasi masalah ini kerajaan Britain telah mengambil langkah untuk mengukuhkan kebergantungan sumber ekonominya di tanah jajahan. Penganjuran Persidangan Ekonomi Imperial (PEI) pada tahun 1923 merupakan langkah penting yang diambil oleh kerajaan imperial British untuk membangunkan sumber- sumber di tanah jajahan untuk disalurkan ke ‘mother country ’. Kejayaan penting PEI ialah apabila keseluruhan kerajaan kolonial British bersetuju untuk membentuk ‘Imperial Economic Committee’ (IEC) sebagai satu

jawatankuasa yang bertanggungjawab menggubal dasar pembangunan ekonomi imperial untuk pertimbangan kerajaan British. Menerusi IEC, Britain berjaya membentuk zon perdagangan antara empayarnya untuk mengelakkan persaingan pasaran dengan negara luar dan menggalakkan penggunaan produk buatan empayar. Pengukuhan zon perdagangan antara empayar ini seterusnya membolehkan golongan pedagang dan perniaga British menikmati kelebihan sistem keutamaan tarif di seluruh empayar British, menyebabkan pedagang dan perniaga dari negara luar terpaksa berhadapan dengan sistem cukai yang bersifat diskriminasi. Fenomena ekonomi yang berlaku ini membuktikan bahawa kerajaan British telah meninggalkan amalan perdagangan bebas di seluruh empayarnya.

Rujukan

(1932). Imperial Economic Committee: A survey of its Work. Journal of the Textile Institute Proceedings . 23(9): 237-238. (T.th) Dominion. http://www.atlasofbritempire.com/dominions.html [Retrive on : 26.09.2016] Barth, Jonathan. (2016) Reconstructing Mercantilism: Consensus and Conflict in British Imperial

Economy in the Seventeenth and Eighteenth Centuries. The William and Mary Quarterly. 73(2): 257-290.

CAB/24/158/CP/90 Proposal For Financial Assisrance To Eccelerate The Development of Imperial Resources. Constantine, Stephen. (1984) The Making of British Colonial Development Policy. London, Frank Cass. Cwik, Paul F. (2011) The New Neo-Mercantilism: Currency Manipulation As A Form of Protectionism.

Economic Affairs . 31(3): 7-11. Egerton, Hugh E. (1964) Colonies and The Mercantile System. In Nadel, George H. & Curtuis, Perry. Imperialism & Colonialism. London, The Macmillian Company, pp. 57-66. Federated Malay States Government. (1923) Shorthand Report of the Proceedings of the Proceedings of the Federal Council, 11 Julai.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol 2, No. 1, 2017.

Mohd Shazwan Mokhtar & Muhammad Aslah Akmal Azmi 14

Federated Malay States Government. (1923) Shorthand Report of the Proceedings of the Proceedings of the Federal Council, 23 Januari. Federated Malay States Government. (1923) Shorthand Report of the Proceedings of the Proceedings of the Federal Council, 27 Mac. Federated Malay States Government. (1924). Report on the Trade and Customs Department. Fieldhouse, D.K. (1973). Economics and Empire 1830-1914. Cornell University Press, New York. H.C.O. S. of S. 364/1922 British Empire Exhibitions: Postponed of the Exhibition from 1923 to 1924. Hettne, Bjorn. (1999) Neo-Mercantilism: The Pursuit of Regionness. Cooperation and Conflict. 28(3):

211-232. His Majesty’s Stationery Office (1923) Imperial Economic Conference 1923, Summary of Conclusions. Innes, A.D. (1912) A History of the British Nation: From the Earliest Times to the Present Day. London,

T.C. & E.C. Jack. Leng, Loh Wei. (2002). The Colonial State and Business: The Policy Environment in Malaya in the Inter-War Years. Journal of Southeast Asian Studies, 33(2): 243-256. Mace, Brice M. (1993) Imperial Preference in the British Empire. The Annals of the American Academy of Political and Social Science. 168: 226-234. Mokhtar, M. S. (2016). Liberalisasi Terhadap Perdagangan Bebas Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1909-1913. In In-House Seminar: Revisiting Malaysian History (Vol. 1, No. 1, pp. 25-39). Muzium Warisan Akademik UKM.

Mokhtar, M. S., & Samsudin, M. (2015). Kill German Trade: Penilaian Terhadap Usaha British Membendung Perdagangan Musuh di Tanah Melayu Sewaktu Perang Dunia Pertama. In Seminar Antarabangsa ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu (pp. 371-378). ATMA UKM.

Mokhtar, M.S. & Samsudin, M. (2017). ‘Trade War’: Sekatan Perdagangan Jerman di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1914-1918. Akademika. 87(1): 75-89. Nadel, George H. & Curtuis, Perry. (1964) Introduction. In Nadel, George H. & Curtuis, Perry. Imperialism & Colonialism. London, The Macmillian Company, pp. 1-25. Northern Star (1924) Empire Link, 31 Januari. Pollard, Sidney. (1969). The Development of the British Economy, 1914-1967. Ed. ke-2. London,