Lonjakan Aktiviti Dakwah SUMBANGAN

mempersiapjan belia-belia Saudara Kita untuk menjadi pendawah pada masa akan dating. Selepas berlaku perubahan, institute ini telah diserahkan kepada pihak Lembaga Kebajikan Darul Falah kemudian bertukar menjadi Institut Dakwah Darul Falah IDDF. 77 Institut ini giat mengambil penuntut dari berbagai etnik dan kaum dari seluruh Negeri Sarawak. 3. Foster Home Tokoh ini melebarkan kerjasama PERKIM Damansara Utama mengendalikan program yang dinamakan Foster Home. Program ini adalah penyediaan tempat bagi anak-anak mualaf dan non-Muslim dari Sarawak bermastautin di Semenanjung Malysia. Tempat tinggal anak-anak ini disediakan, begitu juga dengan persekolahan mereka, makan minum, perbelanjaan dan aktiviti mereka dijaga dengan baik. Persekolahan mereka dipantau dan diurus dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke Institut Pengajian Tinggi IPT. Program ini masih berterusan hingga sekarang dan telah menyaksikan kejayaan anak-anak mualaf ini dalam bidang pelajaran bahkan ada yang telah memasuki alam pekerjaan. Anak-anak dari suku Iban, Bidayuh, Penan yang belum Islam akhirnya tertarik dengan agama Islam dan akhirnya menjadi Muslim 77 Aturcara Majlis Pelancaran 40 Tahun BINA-HIKMAH 23 Jun 2009, 10 karena sekian lama bergaul dengan rakan-rakan mereka yang telah Islam. Di samping layanan yang baik dari penjaga-penjaga mereka juga memberi kesan yang positif kepada mereka. 78 Sebagai mantan Menteri Pelajaran Malaysia, tokoh ini melihat betapa pentingnya anak-anak ini diberikan peluang mengecapi pendidikan yang sempurna dan kehidupan yang nyaman bagi menempuh hari mendatang yang penuh dengan cabaran terutamanya sebagai Saudara Kita. 4. TK BINA Tokoh ini menekankan pendidikan Islam awal kepada kanak-kanak Islam dengan menubuhkan tadika ini. Tadika ini menjadi tadika Islam yang pertama di Bandar Kuching dan menjadi pusat yang penting mengasuh kanak-kanak ini dengan amalan serta ilmu Islam. Tokoh ini melihat kepentingan untuk mencorak tunas-tunas muda Islam dengan nilai-nilai mulia dan akhlak yang tinggi bersumberkan Islam, diasuh dan dididik cara berwudhu, solat, doa harian dan mengaji al- Qur’an. 79 5. Klinik Bergerak Tokoh ini berpandangan jauh dan menyeluruh bukan sahaja menyediakan program-program agama secara langsung tetapi juga 78 Aturcara Majlis Pelancaran 40 Tahun BINA-HIKMAH 23 Jun 2009 , 11 79 Jawatankuasa Penyelidikan Sejarah Penerbitan dan Penerangan Perayaan 10 Tahun Angkatan Nahdatul Islam Bersatu B.I.N.A, Sepuluh Tahun BINA 1969-1979, 62-63 mementingkan aspek kebajikan dan kesehatan. Oleh itu, tokoh ini mengarahkan pihak BINA mengadakan klinik bergerak di kawasan pedalaman. Klinik ini bukan sahaja memberi khidmat kesehatan kepada mualaf di pedalaman, malah juga membina hubungan yang mesra dengan golongan non-Muslim yang ada di tempat berkenaan. Melalui klinik bergerak ini, petugas diterima baik oleh penduduk setempat tanpa merasa sebenarnya mereka telah dilibatkan dalam gerakan dakwah. Mereka juga tidak ada prasangka jahat terhadap klinik ini karena telah mesra dengan petugasnya. 80 6. Ziarah Pedalaman Dalam skala yang lebih besar, tokoh ini mempelopori ziarah-ziarah ke kawasan pedalaman terutamanya ke kawasan golongan non-Muslim. Program Ziarah atau dalam Bahasa Sarawak dikenalai sebagai „berambeh’ yang merapatkan jurang dengan masyarakat pedalaman. Program ini adalah aktiviti santai dengan mengadakan majlis makan bersama masyarakat. Sebelum itu rombongan dari penggerak pendakwah dan masyarakat setempat akan mengadakan aktiviti memasak secara bersama-sama. Bahan makanan dibawa dari luar bagi memastikan kebersihan dan status halal makanan.status program adalah mesra 80 Rosman Majid 1985, Koleksi Temuramah Tokoh-Tokoh cet. Pertama, Kuala Lumpur: Utusan Publication Distributors SDN. BHD, 1985, 2 diselingi dengan percakapan ringan mengenai perihal kampung, kebun, tanah, budaya, kemasyarakatan, pendidikan dan agama tanpa memberi tekanan kepada msyarakat kampung untuk memeluk Islam. Di antara objektif program adalah mewujudkan rasa nyaman dan yakin masyarakat kampung serta bersikap lebih terbuka untuk membincangkan tentang agama Islam dan seterusnya ditawarkan untuk memeluk agama Islam. 81 7. Perkampungan Baru Islam PBI Tokoh ini memahami keadaan Saudara Kita yang masih belum kuat pegangan agama mereka dan adanya persuasi dari kerabat mereka yang belum Islam untuk kembali kepada agama lama mereka. Oleh itu tokoh ini membina keadaan yang lebih nyaman untuk Saudara Kita menjalani kehidupan sebagai Muslim dengan membina perkampungan baru untuk mereka. Program ini diberi nama Perkampungan Baru Islam PBI. Walaupun mereka tinggal di perkampungan baru, mereka mengekalkan hubungan kekeluargaan dengan saudara mara mereka yang non-muslim. 82 Sebagai contoh ialah Kampung Darul islam Belimbing Padawan. Kampung ini telah mula diteroka pada tahun 1970. Pada tahun 1973 umat Islam dari kalangan Saudara Kita mula mendirikan rumah di kampung ini. 81 Jawatankuasa Penyelidikan Sejarah Penerbitan dan Penerangan Perayaan 10 Tahun Angkatan Nahdatul Islam Bersatu B.I.N.A, Sepuluh Tahun BINA 1969-1979, 39 82 Ibid., 40 Kampung ini merupakan tanah yang telah diluluskan oleh kerajaan yang dipimpin oleh tokoh ini bagi penempatan baru dan pada tahun 1979. Kampung ini telah dirasmikan dengan nama Kampung Darul Islam Belimbing oleh tokoh ini yang ketika itu menjawat Ketua Menteri Sarawak. 83 8. Anugerah Ibadah Haji Tokoh ini amat peka terhadap pengaruh ketua-ketua mualaf yang telah berkorban meninggalkan agama nenek moyang mereka dan memeluk Islam sebagai pegangan agama yang baru. Bagi memperkukuh keimanan mereka dan memberi imbuhan kepada mereka, sebahagian daripada ketua ini diberi anugerah menunaikan ibadah haji secara percuma. Mereka akan berangkat ke Mekah secara bergilir-gilir berdasarkan kuota yang disediakan. Pengalaman mereka menunaikan Haji dan imbuhan tersebut akan dikongsikan kepada anak buah mereka di rumah panjang dan dengan ini telah menaikkan kedudukan mereka. Tokoh ini mengarahkan BINA untuk mengurus beberapa orang Ketua kaum dari kalangan Saudara Kita untuk menunaikan haji ke Mekah. Kos dan perbelanjaan ditanggung oleh BINA. 83 Mohammad Sayed, perintis dan mantan Penghulu Kampung Darul Islam Belimbing Padawan dalam temubual dengan penulis pada 1 Mei 2014 9. Ekonomi Tokoh ini juga menyediakan landasan yang baik untuk umat Islam dan mualaf berkecimpung dalam sektor ekonomi. Sebuah koperasi Islam telah didirikan yaitu Koperasi ANIB pada tarikh 15 Disember 1978. Tujuan penubuhan koperasi ini adalah untuk menggalakkan umat Islam menceburi bidang ekonomi seperti dalam sector pertanian, perladangan kelapa sawit, koko, getah bahkan bidang pelaburan dan hartanah. Tokoh ini juga mengikat bekerjasama dengan Majlis Amanah Rakyat MARA menyediakan premis-premis perniagaan di tengah-tengah Bandar Kuching bagi menggalakkan umat Islam menjalankan perniagaan runcit. Pada tahun 1988, tokoh ini berhenti daripada memimpin BINA dan hadirnya pimpinan baru untuk meneraju BINA. Seterusnya pada tahun 1994 berlaku perubahan besar kepada nama BINA apabila ditukar menjadi Harakah Islamiah yang dipendekkan menjadi HIKMAH. Gerakan dakwah yang dirintis oleh tokoh ini diteruskan dengan imej baru ini bahkan dikuasakan dengan bentuk-bentuk moden. Beberapa aktiviti HIKMAH yang dinyatakan disini seperti Kursus Intensif Islami INTI, Kelab Remaja Hikmah KRH, Hal Ehwal Wanita HELWA, Konvoi Belia, Safari dan pengagihan Bantuan Raya Ramadhan, Sembelihan dan Pengagihan Daging Kurban, Pusat Latihan Dakwah Lelaki dan Wanita, Tarbiah HIKMAH dan berbagai lagi program bertujuan menyemarakkan gerakan dakwah. Gerakan dakwah yang besar ini mampu dilaksanakan dengan baik dan tokoh ini sentiasa hadir memberi khidmat dan dedikasi bagi memastikan ianya berjalan. Disamping itu gerakan ini melibatkan banyak pihak dan individu.

G. Pengakuan Terhadap Abdul Rahman Ya’kub

Penulis telah mengadakan wawancara dengan beberapa individu dalam mendapatkan maklumat dan fakta yang belum diterbitkan mengenai sumbangan tokoh ini dalam dakwah di Sarawak. Selanjutnya penulis paparkan hasil wawancara yang telah dibuat. 1. Fathi Duet Beliau merupakan Setiausaha Agung BINA dari tahun 1970 hingga 1980. Beliau juga merupakan Setiausaha Zakat dan Fitrah majlis Islam Sarawak MIS sebelum penubuhan BINA. Beliau terlibat dalam penubuhan BINA dari peringkat awal lagi bersama dengan tokoh ini. Dalam wawancara dengan penulis beliau berkongsi pengalaman dan pandangan yang berkaitan dengan sumbangan dakwah tokoh ini dan BINA. Menurut beliau latar belakang penubuhan BINA adalah hasil dari Kongres Islam Malaysia Timur pada tahun 1968. Pada ketika itu belia-belia Islam telah jauh dari ajaran agama dari segi pegangan hidup serta tingkah laku mereka. Oleh itu tokoh-tokoh masyarakat ketika itu menubuhkan sebuah organisasi yang disebut BINA untuk menangani gajala tersebut. Menurut beliau lagi tokoh ini menjadikan dakwah sebagai projek yang penting di Sarawak. Dakwah beliau mencakup berbagai lapisan masyarakat sama ada belia, dewasa lelaki dan perempuan dengan pelaksanaan dua bentuk operasi dakwah yaitu dakwah ke dalam dan dakwah ke luar. Dakwah ke dalam adalah untuk memperbaiki keadaan umat Islam yang sedia ada ke arah menjadi umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Manakala dakwah ke luar pula adalah terhadap masyarakat non-Muslim di pedalaman Sarawak. Menurut beliau lagi, di antara sumbangan dakwah Tokoh ini terlaksananya Kampung Darul Islam Belimbing Padawan yang merupakan kampung Saudara Kita sepenuhnya yang pertama kali diwujudkan. Kampung ini seterusnya menjadi model kepada kampung-kampoung Saudara Kita yang lain. Seterusnya sumbangan dakwah oleh tokoh ini terhadap umat Islam sendiri yang telah mengubah amalan hidup mereka termasuk dari kalangan pegawai atasan kerajaan. Atas arahan beliau, diwujudkan program yang dinamakan Surau Setia yaitu majlis ceramah agama mingguan yang mewajibkan para pegawai kerajaan hadir. Pengurusan Surau Setia diserahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak supaya memberi tekanan kepada para pegawai berkenaan untuk hadir ke majlis tersebut. Pada kebiasannya Surau Setia diadakan pada setiap malam Jumaat dan ceramah agama disampaikan oleh al-marhum Abdul Kadir Hasan dan tokoh ini sendiri. Dengan ini, Surau Setia telah menyumbang kepada kesedaran di kalangan para pegawai ini untuk kembali kepada ajaran agama Islam. 2. Bahruddin Mansur Beliau adalah pendakwah dari sebuah organisasi dakwah yang berpusat di Jakarta Indonesia yaitu Dewan Dakwah Indonesia DDI. Beliau mula berdakwah di Sarawak sejak tahun 80-an bersama BINA. Beliau banyak mendampingi tokoh ini dalam kerja-kerja dakwah di Sarawak. Menurut Bahruddin Mansur, tokoh ini mempunyai perancangan yang besar untuk survival umat Islam di Sarawak bermula dengan penubuhan BINA sebagai nadi rancangan tersebut. Menurut beliau lagi, salah satu asas utama tokoh ini menubuh BINA adalah untuk menjadi tulang belakang kepada umat Islam sekiranya terdapat ancaman terhadap mana-mana institusi milik umat Islam yang lain. Tokoh ini juga mengasaskan Yayasan Sarawak, Lembaga Amanah Kebajikan Darul Falah, Pertubuhan Saberkas dan sebagainya. 84 Dari sudut lain, Bahruddin Mansur memuji sikap dedikasi dan bersungguh-sungguh tokoh ini dalam bidang yang diminatinya. Sebagai contoh, beliau menjemput seorang guru tertinggi persilatan Ai Kido dari Jepang untuk dibawa ke Sarawak yaitu Master Yamada untuk mengajar seni itu. Begitu jugalah dalam bidang-bidang lain seperti ilmu tarannum, tarikat dan sebagainya. Beliau akan melakukannya dengan penuh perhatian dan tekun. 85 3. Suhai Bin Hashim Beliau adalah Ketua HIKMAH Cawangan Belaga di Bahagian Kapit. Beliau melibatkan diri dengan BINA sejak awal tahun 80-an ketika masih belia lagi. Semasa wawancara dengan penulis ini dilangsungkan, beliau telah menjangkau usia 69 tahun tujuh bulan. Menurut beliau tokoh ini pernah berkunjung ke Belaga untuk bertemu dengan umat Islam di Belaga dan menyampaikan dakwah disamping mengeratkan silaturahim dengan umat Islam setempat. Menurut beliau lagi perkembangan Islam 84 Baharuddin Mansur Bahagian Penyelidikan HIKMAH, Ibu Pejabat HIKMAH Petra Jaya Kuching, dalam wawancara dengan penulis pada 12 November 2012 85 Ibid.