Karier RIWAYAT HIDUP TUN ABDUL RAHMAN YA’KUB

SSDK Kedah, PNBS Sarawak, SPMP Perlis. Beliau juga pernah menerima “The Order of The Star of Merit” Korea dalam tahun 1967, “The Order of Star of Ethiopia” The Grand Cordon dalam tahun 1968, Bintang Mahaputra dari Indonesia dalam tahun 1970. Selain itu beliau juga mendapat anugerah-anugerah dari pusat pengajian tinggi Seperti Pro-Cencellor Universiti Teknologi Malaysia UTM, Doktor Undang-undang Kehormat dari Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, Doktor Sains Kehormat dari Universiti Pertanian Malaysia UPM. Tokoh ini adalah merupakan di antara pihak yang mengasas Universiti Kebangsaan Malaysia UKM dan menjadi perintis sehingga tertubuhnya Yayasan Sarawak. 37

E. Persaraan

Atas alasan kesehatan yang kurang baik pada tahun 1980, tokoh ini memutuskan untuk pensiun dari kancah politik. Pensiun ini juga membabitkan persaraan beliau dalam peranan-peranan yang lain dan kedudukan sebagai Yang Dipertua BINA mula dikendurkan. Beliau bertolak ke London untuk menajalani pembedahan dan memerlukan masa yang panjang untuk berehat. 38 Terdapat fakta yang ada merakamkan Abdul Rahman kembali aktif melibatkan diri dalam kancah politik setelah rehat tersebut, namun begitu tiada 37 Jawatankuasa Penyelidikan Sejarah Penerbitan dan Penerangan Perayaan 10 Tahun Angkatan Nahdatul Islam Bersatu B.I.N.A, Sepuluh Tahun BINA 1969-1979, 25 38 Suhaimi Mokhtar, Putera Kenyalang Satu Dekad Penuh Cabaran, 91-97 apa yang diketengahkan dalam kajian ini berkaitan penglibatan tersebut. Tokoh ini kini menikmati segala usaha dan pencapaian yang telah diraih puluhan tahun lalu dan melapangkan banyak waktunya di kediaman beliau di Sri Bahagia Petra Jaya Kuching.

BAB III SUMBANGAN

ABDUL RAHMAN YA’KUB DALAM DAKWAH DI SARAWAK Dakwah adalah kerja yang besar dan untuk menggerakkanya memerlukan banyak tenaga yang terlibat dan bekerja secara berpasukan. Dakwah bukanlah kerja yang dapat dilakukan secara individu karena sasaran yang hendak dicapai adalah besar. Menurut Rozhan Othman tugas dakwah memerlukan usaha yang serius, dan tersusun rapi, memerlukan kesungguhan, istiqamah, perancangan serta pengurusan yang mantap. Tugas dakwah tidak akan mencapai prestasi yang maksima sekiranya dilakukan secara separuh masa atau menjadikan ia hobi ketika waktu lapang atau kerja yang dilakukan seminggu sekali atau suatu usaha pada ketika mata telah mengantuk. 39 Bab ini akan membincangkan mengenai organisasi dakwah dengan nukilan nukialn ayat al-Qu r’an dan hadits sebagai asas. Bab ini juga membincangkan perbandingan di antara kerja dakwah yang dilakukan secara individu dengan secara organisasi. Perbincangan mengenai perkara ini mempunyai relevensi penting dalam memerihalkan sumbangan tokoh ini melakukan transformasi gerakan dakwah di Sarawak daripada secara individu oleh kalangan agamawan kepada gerakan berstruktur dan tersusun rapi. Sebelum melanjutkan diskusi tentang organisasi dakwah, penulis terlebih dahulu mengemukakan sejarah singkat negeri Sarawak sebagai pengantar dan untuk menampakkan keutamaan kenapa pergeseran dakwah harus dilakukan di Sarawak. Sejarah sentiasa menjadi elemen terpenting dalam perjalanan sesebuah tamadun karena ia menyebutkan asal muasal tamadun tersebut. Merujuk kepada Ibn Khaldun; …Sejarah akan membuat kita faham akan hal ehwal sesuatu bangsa yang terdahulu karena ia tercermin melalui perilaku mereka. Melalui sejarah kita dapat mengetahui biografi para nabi, sesebuah kerajaan dan dasar-dasar raja-rajanya. Ia membolehkan sesiapa yang berminat menteladani contoh-contoh sejarah sebagaimana dalam bidang agama dan perkara-perkara duniawi... 40 39 Rozhan Othman, Pengurusan Dakwah, Bangi Selangor Darus Ehsan: Ummah Media Sdn. Bhd., 1990, 11 40 Dewan Bahasa dan Pustaka, Muqadimah Ibn Khaldun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992, xix