FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER J
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER JANUARI 2011
HBEF2103
PSIKOLOGI PENDIDIKAN
NO. MATRIKULASI
: 820227125582002
NO. KAD PENGNEALAN
: 820227125582
NO. TELEFON
:
E-MEL
: [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN
:
016-8122582
SANDAKAN LEARNING CENTRE
NAMA : FUNG SHAN SHAN
NO. MATRIKULASI : 820227125582002
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
1.0
Pengenalan
1
2.0
Bahagian 1 : Menulis Senario Pengajaran
2-3
Pembelajaran
3.0
Bahagian 2 : Huraian Masalah Mengikut Teori
3-9
Pembelajaran dan Teori Perkembangan
4.0
Bahagian 3 : Pelan Mengatasi Masalah Berlandasan
9-11
Teori Pembelajaran
5.0
Rumusan
12
6.0
Rujukan
13
NAMA : FUNG SHAN SHAN
NO. MATRIKULASI : 820227125582002
1.0 Pengenalan
Guru merupakan golongan yang penting dalam aspek mendidik dan
membimbing kanak-kanak yang akan menjadi pemimpin dan juga warisan kebudayaan
negara kita. Guru adalah anggota sekolah yang terlibat secara langsung di dalam
perlaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Oleh itu, peranan guru dalam
sesebuah sekolah tidak dapat dinafikan kepentingannya. Maka, guru mesti merancang dan
mempunyai kesediaan yang mencukupi sebelum bermula mengajar murid-murid. Ini
adalah untuk menjamin kemahiran yang ingin disampaikan dapat diterima dan
diaplikasikan oleh murid tersebut.
Sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang berjaya amat bergantung kepada
pelbagai aspek. Salah satu daripadanya ialah guru harus menganalisis dan memahami
sikap-sikap murid dalam satu kelas. Setelah menganalisis murid, maka dapatlah guru
menyediakan aktiviti pengajaran yang sesuai dengan mereka dan objektif pengajaran
barulah dapat dicapai.
Dalam situasi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru harus
berhadapan dengan murid yang berbeza dari aspek kecerdasan, sosioemosi, latar belakang
sosioekonomi, dan sebagainya. Dengan ini, memang banyak masalah yang timbul dalam
sesebuah bilik darjah. Guru harus menganalisis masalah yang timbul, membuat refleksi
dan mencarikan cara penyelesaian untuk menangani masalah yang dihadapinya. Dengan
ini, guru harus mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan mengenai psikologi pendidikan
yang berkaitan dengan sikap-sikap manusia untuk memahami masalah yang dihadapi oleh
murid dan cuba mencari cara penyelesaian untuk mereka.
Bidang psikologi dan pendidikan merupakan dua bidang yang mempunyai
hubungan rapat. Psikologi ialah kajian tentang pemikiran dan tingkah laku individu dan
kumpulan
individu
secara
saitifik.
Pendidikan
pula
merupakan
proses
untuk
mengembangkan potensi dan kemahiran individu di dalam bidang yang tertentu. Maka,
Psikologi Pendidikan ialah kajian tentang perlakuan atau tingkah laku manusia di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
1
NAMA : FUNG SHAN SHAN
NO. MATRIKULASI : 820227125582002
2.0 Bahagian 1 : Menulis Senario Pengajaran Pembelajaran
Walaubagaimanapun kesempurnaan guru menyediakan rancangan pengajaran,
ia memang akan wujud sedikit sebanyak masalah semasa guru mula menjalankan
pengajaran tersebut. Masalah ini dapat diselesaikan tetapi memerlukan masa untuk guru
mengumpul masalah yang timbul, menganalisis masalah dan akhirnya menyediakan satu
rancangan pengajaran dengan pelbagai aktiviti yang sesuai kepada pelbagai tingkah laku
dan sikap murid. Dengan ini, murid akan lebih suka belajar dan boleh membelajari sesuatu
dengan gembira. Dengan emosi inilah yang dapat menjamin keberkesanan sesuatu
pengajaran dan pemblajaran.
Melalui pengalaman saya sebagai guru selama beberapa tahun, saya telah
menghadapi beberapa masalah yang umum dan sering berlaku dalam sesebuah kelas.
Masalah-masalah yang berlaku ini dipercayai merupakan masalah yang sering dihadapi
oleh para guru juga. Masalah tersebut dapat diselesaikan dan proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar jika kita cuba menganalisis masalah tersebut
dan mencari cara penyelesaiannya. Antara masalah-masalah yang sering timbul dalam bilik
darjah adalah seperti berikut :
2.1 Murid Didapati Senang Hilang Minat Untuk Belajar Sesuatu Kemahiran
Tertentu
Ada sedikit murid didapati senang hilang minat terhadap sesuatu
pembelajaran. Ini mungkin berkaitan dengan kemahiran yang diajar itu kurang berminat
dan merupakan sesuatu yang berkaitan dengan konsep ataupun sejarah dan sebagainya.
Perkara ini boleh dilihat dengan jelas terutamanya di kalangan murid-murid sekolah
rendah. Mereka selalu cepat dan mudah hilang minat serta tumpuan terhadap sesuatu
pengajaran. Akibatnya, murid mula melakukan sesuatu yang lain selain daripada aktiviti
pengajaran seperti membuat bising, merenung, melihat-lihat sini dan sana dan seterusnya
mengganggu murid lain yang sedang menumpukan perhatian dalam pengajaran.
2.2 Murid Sukar Menguasai Sesuatu Kemahiran Dengan Kukuh
Masalah ini sering berlaku dalam bilik darjah. Ini adalah kerana dalam
sesebuah kelas, terdapat murid yang berbeza dari segi kecerdasan mental dan fizikal. Ada
murid yang bijak dan ada juga murid yang agak lemah sedikit. Mereka harus meluangkan
2
NAMA : FUNG SHAN SHAN
NO. MATRIKULASI : 820227125582002
masa yang lebih banyak berbanding dengan murid yang lain untuk menguasai sesuatu
kemahiran baru.
2.3 Murid Membuat Bising Semasa Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Dijalankan
Terdapat juga murid yang sering membuat gangguan kepada rakan-rakan
mereka dengan membuat bising atau melakukan sesuatu yang menghalang aktiviti
pengajaran dijalankan dengan lancar. Mereka ini bukannya nakal kesemuanya, tetapi lebih
cenderung untuk medapat pemerhatian daripada orang lain seperti guru mahupun rakanrakan mereka.
2.4 Murid Sering Lupa Kemahiran Yang Telah Dibelajari Sebelumnya
Terdapat sekelompok murid yang senang lupa perkara. Mereka menghadapi
masalah yang merunsingkan iaitu selalu senang lupa apa yang telah dibelajari sebelum itu.
Ini menyusahkan mereka untuk membelajari sesuatu kemahiran baru kerana kemahiran
silam yang terlupa itu susah untuk berkait dan memahami kemahiran yang baru.
2.5 Masalah Kurang Yakin Diri Daripada Murid
Masalah ini juga sering berlaku kepada murid yang lemah. Mereka tidak
mempunyai keyakinan diri dalam pembelajaran. Ada kalanya, tanggapan atau jawapan
mereka itu adalah betul, tetapi disebabkan kurang yakin, mereka tidak berani untuk
membuktikan bahawa tanggapan atau jawapan mereka itu adalah betul. Ini selalu
melambatkan mereka untuk melangkah ke depan dan membelajari sesuatu yang baru
dengan lancar.
3.0 Bahagian 2 : Huraian Masalah Mengikut Teori Pembelajaran Dan Teori
Perkembangan
Setelah mengenal pasti masalah-masalah yang timbul, guru mula menganalisis
masalah berdasarkan teori-teori pembelajaran. Ini adalah untuk mengenal pasti tingkah
laku murid tersebut dan seterusnya mencari cara penyelesaian yang berkesan untuk
menyelesaikan masalah tersebut.
3
NAMA : FUNG SHAN SHAN
NO. MATRIKULASI : 820227125582002
3.1 Murid Didapati Senang Hilang Minat Untuk Belajar Sesuatu Kemahiran
Tertentu
Murid didapati senang hilang minat apabila guru sedang mengajar kemahiran
tertentu. Murid-murid pada awalnya menumpukan perhatian kepada pengajaran guru.
Tetapi apabila proses pengajaran berlangsung separuh jalan, murid mula berasa tidak
berminat, bosan, dan mula tidak dapat menumpukan perhatian.
Perkara ini berlaku kerana murid tidak dapat menguasai kemahiran yang
sebelumnya dengan baik. Hal ini akan menjejas minat murid untuk membelajari kemahiran
baru ini yang lebih mendalam serta memerlukan pemahaman tertentu tentang kemahiran
yang dibelajari sebelum itu. Masalah ini dapat dikaitkan dengan Teori Pembelajaran
Gagne.
Menurut Robert M. Gagne, pembelajaran berlaku secara berperingkat
‘hierarki’, iaitu bergerak daripada peringkat paling mudah kepada peringkat paling
kompleks. Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran. Setiap pembelajaran
hanya akan dicapai sekiranya murid telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih
awal. Peringkat-peringkat ini ditunjukkan dalam Rajah 1.0.
Penyelesaian Masalah
Hukum
Konsep
Diskriminasi
Pertalian Bahasa
Rangakaian Motor
Gerat Balas
Isyarat
4
NAMA : FUNG SHAN SHAN
NO. MATRIKULASI : 820227125582002
Rajah 1.0 Peringkat Pembelajaran Gagne
(a) Pembelajaran Isyarat
Seseorang individu membelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat.
Contohnya apabila seseorang menguap, kita dapat isyarat dia mengantuk.
(b) Pembelajaran Gerak Balas
Proses peneguhan penting unutk memperkuatkan pertalian antara rangsangan
dengan gerak balas. Peneguhan mesti diberi scara konsisten dan tekal supaya gerak balas
yang positif dapat dikekalkan. Contohnya Lily mendapat 90% markah dalam kerja sekolah
seninya. Ibu Lily memujinya pandai! Dengan ini, Lily akan mengulangi tingkah laku itu
lagi untuk mendapat pujian daripada ibunya lagi.
(c) Pembelajaran Rangkaian Motor
Rangkaian membawa maksud satu siri tingkah laku yang berkaitan untuk
melengkapi tugasan yang dijalankan. Ia digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti
permainan, muzik, elektronik, mekanikal dan lain-lain.
(d) Pembelajaran Pertalian Bahsa
Untuk menyatakan sesuatu prinsip, murid memerlukan kemahiran bahasa untuk
mengaitkan fakta, data dan konsep. Pertalian bahasa merupakan satu rangkaian berbahasa.
Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dibelajari dahulu.
(e) Pembelajaran Diskriminasi
Belajar membeza benda-benda yang dibelajari mengikut ciri-ciri tertentu, untuk
memudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan. Pada masa yang
sama, murid dapat membezakan rangsangan atau maklumat penting berbanding maklumat
tidak penting.
(f) Pembelajaran Konsep
Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi,
iaitu mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Murid dapat membentuk konsep yang
baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa.
Mereka juga perlu didedahkan banyak contoh yang jelas supaya mereka dapat membentuk
konsep yang betul dan tepat.
(g) pembelajaran Hukum
5
NAMA : FUNG SHAN SHAN
NO. MATRIKULASI : 820227125582002
Ia melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu
urutan atau rangkaian. Ia melibatkan penggunaan rumus, prinsip dan generalisasi.
(h) Pembelajaran Penyelesaian Masalah
Melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan hokum untuk
menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru.
Berdasarkan analisis yang dibuat oleh Gagne, murid menjadi senang hilang
minat dalam pembelajaran kerana mereka belum lagi dapat menguasai kemahiran yang
lebih awal itu dengan baik. Ini menyebabkan mereka tidak faham apa yang diajar oleh guru
sekarang. Oleh kerana mereka langsung tidak faham apa yang diterangkan oleh guru, maka
mereka semakin hilang minat belajar dalam sesuatu kemahiran tertentu.
3.2 Murid Sukar Menguasai Sesuatu Kemahiran Dengan Kukuh
Masalah yang sering dihadapi oleh murid yang lemah dalam pencapaian ialah
mereka sukar untuk menguasai sesuatu kemahiran dengan kukuh. Mereka bukan tidak
pandai atau tidak memahami apa yang guru ajar. Tetapi mereka senang lupa akan
kemahiran yang dikuasai oleh mereka dalam masa yang singkat.
Pada masa baru saja guru habis mengajar sesuatu kemahiran, mereka dapat
mengingatinya dengan baik dan dapat juga menunjukkan prestasi yang bagus dalam latihan
yang diberikan yang berkenaan dengan kemahiran tersebut. Akan tetapi, tidak lama
kemudian, ataupun setelah guru mengajar satu lagi kemahiran yang baru, mereka akan lupa
akan kemahiran terdahulu di mana mereka menunjukkan prestasi yang tidak teruk sebelum
itu. Masalah ini berkaitan dengan Model Pemprosesan Maklumat.
Pemprosesan maklumat bermaksud aktiviti mental manusia yang berkaitan
dengan menerima maklumat, menyimpan dan mengeluarkannya semula untuk digunakan.
Ia terdiri daripada tiga aspek iaitu ingatan deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka
panjang.
(a) Ingatan Deria
Merupakan ingatan jangka pendek yang wujud pada deria manusia. Masa
simpanan ialah antara 1 hingga 3 saat. Jika maklumat tidak diproses, ia akan hilang sertamerta.
(b) Ingatan Jangka Pendek
6
NAMA : FUNG SHAN SHAN
NO. MATRIKULASI : 820227125582002
Ia mempunyai kapasiti yang kecil. Tempoh simpanan maklumat adalah antara 5
hingga 20 saat. Maklumat diproses, ditapis, disusun atau disintesis untuk dihantar ke stor
ingatan panjang untuk disimpan.
(c) Ingatan Jangka Panjang
Ia mempunyai kapasiti yang besar dan menyimpan maklumat lebih lama.
Tempoh penyimpanan maklumat adalah dari beberapa minit hingga beberapa tahun.
Dengan ini, jelas dilihatkan murid yang mempunyai daya ingatan yang lemah
sering lupa akan kemahiran yang pernah dibelajari. Maklumat yang diproses oleh mereka
memang sampai ke aspek ingatan panjang tetapi dengan sangat lemahnya. Ini adalah sebab
mengapa mereka sering sukar menguasai sesuatu kemahiran dengan kukuh.
3.3 Murid Membuat Bising Semasa Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Dijalankan
Masalah yang timbul dalam kelas tidak kurang adanya murid membuat bising
dalam bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Perkara ini sering
berlaku dalam kebanyakan pengajaran guru. Punca utama masalah ini adalah murid harap
diberi perhatian ke atasnya. Mereka akan rasa diri mereka telah diabaikan di mana guru
mengadakan pengajaran yang berpusatan guru sahaja. Murid diminta hanya duduk diam
dan tidak diberikan peluang untuk bersuara atau menyumbangkan idea mereka membuat
mereka tidak lagi minat dalam aktiviti pengajaran tersebut.
Aktiviti pengajaran yang hanya mengutamakan penerangan dan juga aktiviti
individu tetapi bukan aktiviti perbincangan dalam kumpulan menyebabkan murid tidak
boleh lagi bertahan dan berdiam diri sepanjang pembelajaran tersebut. Oleh sebab itu,
mereka mula membuat bising, melakukan sesuatu yang lucu atau dilihat comel bagi rakanrakan mereka. Masalah ini boleh dikaitkan dengan Teori Pembelajaran Konstruktivisme.
Teori Pembelajaran Konstruktivisme menekankan pendekatan pembelajaran
yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina kefahaman terhadap perkara
yang dibelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan ( dalam minda ) antara idea
dan fakta yang sedang dibelajari. Teori Pembelajaran Konstruktivisme ini memberi
peluang kepada murid mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep. Ia juga
menggalakkan murid menghormati pandangan alternatif
rakan mereka, melaksanakan
7
NAMA : FUNG SHAN SHAN
NO. MATRIKULASI : 820227125582002
pengajaran berpusatkan murid, menggalakkan guru menyediakan aktiviti berbentuk “hands
on” dan “ minds on”.
Kegagalan guru menyediakan aktiviti pengajaran sebegini akan menyebabkan
murid tidak berminat dalam pengajaran dan membuat bising dalam kelas untuk menarik
perhatian guru mahupun rakan-rakan mereka.
3.4 Murid Sering Lupa Kemahiran Yang Telah Dibelajari Sebelumnya
Murid juga mengalami masalah sering lupa kemahiran yang telah belajari
sebelumnya. Selain berkaitan dengan Model Pemprosesan Maklumat, ia juga berkait
dengan Teori Pelaziman Klasik Pavlov. Ahli psikologi behavioris berpendapat sesuatu
benda yang wujud adalah benda yang kita boleh diperhatikan. Kita tidak boleh melihat
pemikiran, tetapi kita dapat membuat pemerhatian terhadap perlakuan manusia. Dari
tingkah laku ini kita dapat membuat kesimpulan tentang apa yang sedang difikirkan.
Masalah murid sering lupa kemahiran yang telah dibelajari sebelumnya
mungkin disebabkan guru jarang menimbulkan atau mengingat kembali kepada murid
melalui sesuatu aktiviti yang tertentu untuk mengukuhkan kemahiran dalam otak murid.
Situasi ini berkait rapat dengan salah satu konsep Pavlov iaitu Penghapusan. Ia berlaku
apabila rangsangan terlazim tidak disertakan dengan rangsangan tidak terlazim. Dalam
kajian, bunyi loceng tidak disertakan rangsangan tak terlazim( daging ). Lama-kelamaan,
bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing mengeluarkan air liur. Situasi ini sama
dengan situasi yang murid hadapi.
3.5 Masalah Kurang Yakin Diri Daripada Murid
Masalah yang satu lagi ialah sesetengah murid selalu merasa kurang yakin diri
dalam pembelajaran. Hal ini berlaku kerana mereka belum lagi bersedia penuh untuk
mengadakan pembelajaran. Dengan persediaan yang tidak mencukupi, mereka rasa kurang
yakin terhadap pembelajaran dan ini akan menjejas hasil pembelajaran yang seterusnya.
Masalah ini berkait rapat dengan Teori Pelaziman Operan Thorndike.
Melalui eksperimen, Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran berlaku
hasil daripada gabungan antara rangsangan dan gerak balas. Thorndike menyarankan
bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh hukuman pembelajaran, iaitu hukuman
kesediaan, hukuman latihan dan juga hukuman kesan. Dalam hukuman pembelajaran yang
8
NAMA : FUNG SHAN SHAN
NO. MATRIKULASI : 820227125582002
dikemukakan oleh Thorndike, Hukuman Kesediaan di sini menyatakan bahawa apabila
seseorang bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu dapat
memberikan kepuasan kepadanya. Sekiranya dia tidak melakukannya, akan menimbulkan
perasaan duka cita dan kalau dia dipaksa melakukannya, akan menghasilkan pembelajaran
yang tidak sempurna. Masalah murid yang tidak yakin pada diri mereka sendiri adalah
disebabkan mereka tidak mempunyai kesediaan yang sepenuhnya.
4.0 Bahagian 3 : Pelan Mengatasi Masalah Berlandasan Teori Pembelajaran
Selepas menganalisis masalah-masalah yang timbul, langkah guru seterusnya
ialah merancangkan alternatif-alternatif yang berkesan untuk mengatasi masalah yang
dihadapi. Dengan ini, 5 masalah yang ditemui telah mendapat langkah penyelesaiannya
berlandasan dengan teori pembelajaran yang berkaitan. Antaranya adalah seperti yang di
bawah :
4.1 Murid Didapati Senang Hilang Minat Untuk Belajar Sesuatu Kemahiran
Tertentu
Untuk mengatasi masalah ini, guru mesti merancangkan aktiviti yang
menyeronokkan dalam pembelajaran. Aspek ini adalah perlu untuk menyediakan suasana
yang baik dan senang hati bagi murid supaya mereka sanggup dan suka untuk belajar. Cara
ini berlandasan dengan Teori Pelaziman Klasik Watson yang membuktikan bahawa emosi
manusia juga boleh dilazimkan secara klasik.
Dengan didahului perasaan yang seronok ini, murid akan selalu suka untuk
belajar benda atau kemahiran yang baru. Pertama sekali, guru mesti berhati-hati akan
aktiviti yang disediakan, pastikan aktiviti atau latihan yang disediakan tahapnya dari
senang ke susah yang berpandukan Teori Pembelajaran Gagne. Ini adalah untuk membantu
murid berasa belajar itu senang dan tidak mempunyai beban sepenuhnya. Dengan langkah
demi langkah, dari senang ke susah, murid dapat membelajari sesuatu dengan jayanya
selepas mereka menguasai sepenuhnya kemahiran yang sebelum itu.
4.2 Murid Sukar Menguasai Sesuatu Kemahiran Dengan Kukuh
9
NAMA : FUNG SHAN SHAN
NO. MATRIKULASI : 820227125582002
Untuk menangani masalah ini, latihan harus diperbanyakkan untuk mereka.
hanya dengan cara membuat lebih banyak, mereka akan mengingati sesuatu dengan lebih
jelas dan mendalam.Teori Pelaziman Operan Thorndike amat sesuai digunakan untuk
menangani masalah ini. Dengan hukuman yang dikemukakan oleh beliau iaitu hukuman
kesediaan, hukuman latihan dan hukuman kesan, masalah ini dapat diselesaikan dengan
guru memberikan murid membuat latihan yang berkenaan.
Menurut Thorndike, perkaitan rangsangan dan gerak balas akan bertambah
kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. Seseorang akan menguasai kemahiran jika
latihan diadakan. Sesuatu tingkah laku diteguhkan melalui aplikasi dan dilemahkan tanpa
pengukuhan. Hukum latihan ini sangat sesuai digunakan bagi latihan hafalan.
Guru seharusnya selalu mengenal pasti dan menilai aspek kesediaan murid
untuk belajar adalah baik, mengadakan pelbagai rangsangan untuk mewujudkan kesan
pembelajaran yang menyeronokkan serta memberi ganjaran atau peneguhan untuk respon
yang betul berlandaskan tiga hukuman tersebut.
4.3 Murid Membuat Bising Semasa Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Dijalankan
Berdasarkan masalah yang disebut sebelumnya, masalah membuat bising ini
berlaku kerana murid berasa tidak dititiberatkan. Mereka sengaja membuat sesuatu untuk
mendapat pemerhatian daripada orang lain sperti membuat bising. Teori Pembelajaran
Konstruktivisme sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah ini.
Guru harus mengubahkan cara pengajaran daripada berpusatan guru kepada
berpusatan murid. Dengan ini, peranan guru adalah sebagai pengiring ataupun penasihat
dan murid diberikan kuasa yang besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan
ini, murid akan rasa seronok dan suka untuk menyertai diri dalam aktiviti tersebut.
Murid selalu diberi peluang untuk mengeluarkan idea dan pendapat mereka.
Kerja secara kumpulan selalu diadakan. Perbincangan dalam kumpulan juga turut
diperbanyakkan. Guru tidak menyampai maklumat secara terus kepada murid tetapi
meminta murid untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dengan usaha sendiri dan
juga bantuan daripada ahli-ahli kumpulan.
4.4 Murid Sering Lupa Kemahiran Yang Telah Dibelajari Sebelumnya
10
NAMA : FUNG SHAN SHAN
NO. MATRIKULASI : 820227125582002
Ia adalah berkaitan dengan Model Pemprosesan Maklumat. Ia melibatkan daya
ingatan murid. Untuk menyelesaikan masalah ini, Guru boleh mengadakan aktiviti yang
menarik serta dapat diingati lama kepada murid supaya mereka mempunyai pengalaman
yang sukar untuk melupakan perkara yang sempurna dan seronok itu. Dengan ini, ia dapat
membantu murid untuk mengingati sesuatu dengan lebih mendalam dan ini membolehkan
mereka mengingati kemahiran yang pernah dibelajari dengan lebih jelas.
Rangsangan yang baik akan membawa gerak balas yang baik. Gerak balas
yang baik ini jika terdapat peneguhan positif yang menggalakkannya, rasa kepuasan akan
dirasai oleh murid. Dan dengan ini, murid akan cuba mengulangi tingkah laku tersebut lagi
untuk mendapat pujian. Maka, murid dapat mengingati sesuatu dengan kukuh dan jelas
kerana mereka berasa seronok di dalamnya.
4.5 Masalah Kurang Yakin Diri Daripada Murid
Masalah merendahkan diri di kalangan murid sering berlaku. Ini mungkin
disebabkan kesediaan mereka untuk belajar belum lagi mencukupi. Tambahan pula ada
kebanyakan murid tidak mengenal pasti diri mereka. Mereka sering berasa apa yang
mereka fikirkan adalah kurang tepat ataupun salah.
Untuk menangani masalah ini, Teori Pelaziman Operan Skinner telah
digunakan. Guru harus selalu menggalakkan murid untuk memberi pendapat ataupun
jawapan mereka. Apabila murid dapat menjawab dengan betul, peneguhan positif dengan
segeranya harus diberikan kepada murid supaya mereka rasa diri mereka dikenal pasti dan
idea atau jawapan mereka adalah diterima.
Ia merupakan satu motivasi kepada murid untuk mendorong mereka yakin
pada diri mereka dan seterusnya pembelajari sesuatu dengan lancar dan berjaya. Antara
peneguhan positif yang disebut termasuklah kata-kata pujian, memberi senyuman,
menepuk bahu murid dan memberikan hadiah. Peneguhan yang diberikan mestilah jelas
dan bersistematik.
11
NAMA : FUNG SHAN SHAN
NO. MATRIKULASI : 820227125582002
5.0 Rumusan
Secara keseluruhan, untuk memastikan sesuatu proses mengajaran dan
pembelajran dapat dijalankan dengan berkesan, analisis murid dan juga masalah-masalah
yang dihadapinya adalah penting. Melalui masalah-masalah yang timbul maka barulah kita
dapat mencari penyelesaiannya untuk menangani masalah tersebut dan pengajaran pula
boleh dijalankan dengan lebih lancar.
Jelas sekali guru mengenali tingkah laku murid dalam bilik darkah adalah
langkah penting sebelum masalah dalam kelas dapat dikesankan. Dengan ini, Psikologi
pendidikan telah memainkan peranan yang penting untuk menganalisis murid pelbagai
tingkah laku berdasarkan teori-teori yang diwujudkan oleh tokoh-tokoh yang dihormati.
Dengan berpandukan pelbagai aspek, maka guru dapat merancang dan
mengadakan pengajaran yang sesuai dengan pelbagai murid dalam masa tertentu.
Murid merupakan pemimpin negara kita pada masa yang akan datang.
Pendidikan yang bermutu tinggi dapat menjamin pemimpin negara masa depan kita
mendapat ilmu pengetahuan yang berkualiti tinggi dan ini akan menjamin kesejahteraan
negara kita pada masa yang akan datang. Maka guru digalakkan untuk menyediakan
rancangan pengajaran dan strategi pengajaran yang sesuai bagi murid supaya menjamin
tahap objektif yang dicapai dalam tahap yang tinggi selalunya.
(3096 patah perkataan)
12
NAMA : FUNG SHAN SHAN
NO. MATRIKULASI : 820227125582002
6.0 Rujukan
Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. (2008). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum,
Edisi Kedua.
Tanjung Malim: Quantum Books.
Abdullah Sani Yahaya. (2005). Mengurus Disiplin Pelajar. Penang: PTS Profesional
Publishing.
Atan Long. (1982). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Ee Ah Meng. (2004). Psikologi Pendidikan I Psikologi Perkembangan (Semester I). Shah
Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Mok Soon Sang. (2009). Teks Komprehensif PTK Pengajaran dan Pembelajaran.
Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Mok Soon Sang. (2001). Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploma Penguruan
Semester 2. Subang Jaya:Kumpalan Budiman Sdn Bhd.
Prof Dr Khadijah Rohani Mohd Yunus & Mahani Razali & Ramlah Jantan. (2011).
Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur:Open Uviversity Malaysia.