SEJARAH PERKEMBANGAN PELABURAN JEPUN DI

1

SEJARAH PERKEMBANGAN PELABURAN JEPUN
DI MALAYSIA 1957-1970

THE HISTORICAL DEVELOPMENT OF JAPANESE
INVESTMENT IN MALAYSIA 1957-1970

ABSTRAK

Kajian ini melihat faktor-faktor tolakan dan tarikan yang menyumbang
kepada kemasukan pelaburan Jepun di Malaysia antara tahun 1957
hingga 1970. Tempoh ini dipilih kerana kajian ini bertujuan melihat
sejarah

perkembangan

pelaburan

Jepun


di

Malaysia

semasa

era

pentadbiran Tunku Abdul Rahman. Kaedah kajian yang digunakan adalah
berdasarkan kaedah penelitian terhadap sumber-sumber yang diperolehi
di perpustakaan dan Arkib Negara Malaysia. Selepas berakhirnya Perang
Dunia Kedua, peranan Jepun dalam bidang ekonomi di Semenanjung
Tanah Melayu berakhir. Dalam tempoh lebih satu dekad selepas tahun
1945, tidak terdapat sebarang pelaburan Jepun di Semenanjung Tanah
Melayu, Borneo Utara dan Sarawak. Untuk jangka masa yang lama selepas Perang
Dunia Kedua, Jepun mengekalkan profil yang rendah dalam hal ehwal antarabangsa, lebih
suka berada di bawah naungan Amerika Syarikat selepas ia menerima Deklarasi Postdam
pada bulan Ogos 1945. Kebimbangan utamanya adalah dalam bidang aktiviti ekonomi untuk
memastikan bahawa terdapat bahan mentah dan bekalan yang mencukupi untuk menjana
ekonomi serta pasaran bagi produknya. Menjelang akhir tahun 1950-an, Jepun

mula mengubah dasar luarnya terhadap Semenanjung Tanah Melayu,

2

Borneo Utara dan Sarawak dari tidak aktif kepada aktif. Pada masa ini
juga Jepun memulakan polisi pelaburannya. Kajian ini akan menganalisis
faktor-faktor tolakan dan tarikan yang menyumbang kepada kemasukan
semula

pelaburan

Jepun

di

Malaysia

sejurus

negara


mencapai

kemerdekaan.

Katakunci: Faktor Tarikan, Faktor Tolakan, Jepun, Malaysia, Pelaburan

ABSTRACT

This study examines the push and pull factors that contribute to the influx
of Japanese investment in Malaysia between 1957 and 1970. This period
was

chosen

development

because
of


this

Japanese

study

wants

to

identify

investments

in

Malaysia

the


historical

during

the

administration of Tunku Abdul Rahman. The research is based on the
examination method of the resources available in the library and the
National Archives of Malaysia. After the end of the Second World War,
Japan's role in the Malaya’s economy ended. In more than a decade after
1945, there was no Japanese investment in Malaya, North Borneo and
Sarawak. For a long time after the Second World War, Japan maintained a
low profile in international afairs, preferring to be under the auspices of
the United States after it received Postdam Declaration in August 1945. Its
main concern is in the area of economic activity to ensure that the raw
materials and supplies are sufficient to boost the economy and the market
for its products. By the end of the 1950s, Japan began to change its

3


foreign policy towards Malaya, North Borneo and Sarawak from inactive to
active. At this time Japan started its investment policy. This study will
analyze the push and pull factors that contribute to the influx of Japanese
investments in Malaysia shortly after its independence.

Keywords: Investment, Japan, Malaysia, Push Factor, Pull Factor

PENGENALAN

Kajian ini akan menganalisis sejarah perkembangan pelaburan Jepun di Malaysia antara
tahun 1957 hingga 1970. Tempoh ini dipilih kerana bab ini bertujuan melihat sejarah
perkembangan pelaburan Jepun di Malaysia semasa era pentadbiran Tunku Abdul Rahman. 1
Dalam tempoh lebih satu dekad selepas tahun 1945, tidak terdapat sebarang pelaburan Jepun
di Semenanjung Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak. Menjelang akhir tahun 1950-an,
Jepun mula mengubah dasar luarnya terhadap Semenanjung Tanah Melayu, Borneo Utara
dan Sarawak dari tidak aktif kepada aktif.2 Pada masa ini juga Jepun memulakan polisi
pelaburannya.3 Bab ini akan menganalisis faktor-faktor tarikan dan tolakan yang
menyumbang kepada kemasukan semula pelaburan Jepun di Malaysia sejurus negara
mencapai kemerdekaan.


Mengenai pelaburan Jepun di Malaysia dari tahun 1957 hingga 1970,
terdapat beberapa kajian ekslusif mengenainya. Antaranya ialah Mehmet
Sami Denker dalam tesis Internationalization of the Malaysian Economy:
Role of Japan,4 Mehmet Sami Denker dalam artikel The Evolution of
Japanese Investment in Malaysia, Yong Ee Chin dalam tesis Japan-

4

Malaysia Relations: The Impact of Japanese Investment on Malaysia,5 Ooi
Loy Mui dalam tesis Sejarah Ekonomi Malaysia-Jepun: Kecenderungan
Dasar Pandang Ke Timur Sehingga Membawa Kepada Penerapan Sistem
Penglibatan Gaya Jepun di Malaysia Dari Tahun 1957-1980an, Ahmad Ali
Seman dalam artikel Hubungan Ekonomi Malaysia-Jepun: 1980-1990,6
Roszaima binti Rosdi dalam tesis Sejarah Perkembangan Kegiatan
Pelaburan Jepun di Malaysia: Satu Penilaian,7 Sumanthy a/p Murugaiah
dalam tesis Perdagangan Dan Pelaburan Jepun Di Negeri Sembilan 19571990 dan Siow Yuen Tow dalam tesis Perdagangan dan Pelaburan Jepun Di Malaysia
Selepas Perang Dunia Kedua.
FAKTOR TOLAKAN DARI JEPUN

Pemulihan Ekonomi Jepun


Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, peranan Jepun dalam bidang ekonomi di
Semenanjung Tanah Melayu berakhir. Selepas Jepun menyerah kalah pada bulan Ogos 1945,8
kerajaan British merampas ladang-ladang Jepun dan harta lain yang dimiliki Jepun 9 semasa
zaman peperangan. Aset-aset Jepun dijual dalam lelongan dan wang tersebut telah
dimasukkan ke dalam Dana Pampasan Kerosakan Perang. 10 Lihat Jadual 1 untuk data yang
terkandung dalam Dana Pampasan Kerosakan Perang:

JADUAL 1

Malayan War Damage Fund ($ million)11

5

Sept. 1948
8,570

July 1949
17,140


Dec. 1952
17,140

8,570

6,000

-

-

-

6,000

in Malaya
4) War Risks

1,200


-1,160

-1,940

Insurance Fund
5) Assets held by

5,200

8,100

7,330

Malayan CEP
6) Malayan

23,960

-


-

-

15,360

14,970

47,500

45,440

43,500

1) Free gift from
British
government
2) Japanese
reparations
3) Japanese property

government
contribution
7) Interest-free loan
from British
government
Total

British tidak melepaskan hak untuk menuntut gantirugi dari Jepun 12 walaupun Amerika
Syarikat mengambil keputusan untuk tidak menuntut gantirugi dari Jepun13 dalam Perjanjian
Keamanan San Francisco 195114 dan meminta negara-negara lain mengikuti jejaknya kerana
perlu menumpu kepada era Perang Dingin.15 Oleh kerana Jepun telah terikat kepada Artikel
14 Perjanjian Keamanan San Francisco, maka Jepun dikehendaki membayar ganti rugi
kepada negara-negara yang pernah didudukinya.16 Edwin P. Pauley telah dilantik sebagai duta
Amerika Syarikat ke Jepun dan beliau bertanggungjawab untuk membentuk Suruhanjaya
Pembayaran Gantirugi Pauley.17 Skim Pampasan Kerosakan Perang yang mendapat dana dari
penjualan harta milik Jepun18 telah memberikan manfaat yang besar kepada syarikat British.19
Syarikat getah dan bijih timah yang dimiliki British mulai pulih di bawah program pemulihan

6

oleh kerajaan British20 dan akhirnya mendapat keuntungan daripada Perang Korea juga. 21
Untuk jangka masa yang lama selepas Perang Dunia Kedua, Jepun mengekalkan profil yang
rendah dalam hal ehwal antarabangsa, lebih suka berada di bawah naungan Amerika
Syarikat22 selepas ia menerima Deklarasi Postdam pada bulan Ogos 1945. Kebimbangan
utamanya adalah dalam bidang aktiviti ekonomi23 untuk memastikan bahawa terdapat bahan
mentah dan bekalan yang mencukupi untuk menjana ekonomi serta pasaran bagi produknya.24

Menerusi Supreme Commander for the Allied Powers (SCAP),25 Amerika Syarikat telah
mentadbir Jepun dengan diketuai oleh Jeneral Douglas MacArthur sehingga 11 April 1952
dan kemudian diganti oleh Jeneral Matthew Ridgway sehingga 28 April 1952. Selain SCAP,
Jepun juga menerima dasar dari satu Suruhanjaya Timur Jauh (FEC) yang menentukan dasar
Kuasa-kuasa Bersekutu dan MacArthur bertanggungjawab menjalankan peranan FEC di
sampin SCAP. Namun peranan dan objektif pendudukan Amerika Syarikat di Jepun juga
terletak kepada United States Initial Port-Surrender Policy of Japan yang telah disiarkan pada
29 Ogos 1945. Matlamatnya ialah untuk memastikan Jepun tidak lagi menjadi ancaman
kepada keamanan dunia.26 Selepas Perang Dunia Kedua, kekangan Jepun untuk menjalankan
perdagangan dengan negara-negara koloni British akhirnya dapat diselesaikan apabila Jepun
yang diwakili oleh SCAP dan British mewakili koloninya menandatangani perjanjian
perdagangan yang membenarkan jumlah perdagangan yang minimum sebanyak US
55,000,000. Kesan perjanjian ini, jumlah perdagangan Jepun dengan negara-negara koloni
British meningkat 3 ½ kali ganda.27

Semasa tahun 1950-an dan 1960-an di bawah arahan kerajaan Jepun , banyak firma kecil
di Jepun telah bergabung untuk dimajukan, dan teknologi baru Amerika Syarikat dan teknik
pengurusan telah diperkenalkan. Menjelang lewat tahun 1960-an apabila syarikat Jepun telah

7

mula mengatasi pesaing mereka di Barat, pihak pengurusan tertinggi percaya bahawa sistem
mereka28 adalah lebih baik dari Barat 29 dan mereka mula menghasilkan satu bentuk
pengurusan yang baru.30 Istilah ‘Pensyarikatan Jepun’31 bukanlah satu konsep yang digubal
sendiri oleh Jepun. Sebaliknya, istilah itu dicipta oleh pihak Barat akibat kegelisahan mereka
terhadap serangan ekonomi Jepun32 pada lewat tahun 1960-an.33 Pihak Barat berpendapat
bahawa syarikat-syarikat dan pemerintah Jepun telah bekerjasama rapat dalam bidang
perusahaan dan perniagaan, seolah-oleh mereka berada dalam sebuah syarikat. 34 Secara lebih
khususnya, mereka mendakwa kerajaan Jepun telah menolong syarikat-syarikat Jepun dalam
persaingannya dengan syarikat-syarikat asing ataupun dalam menentukan supaya daya
pengeluaran syarikat Jepun meningkat.35

Menjelang pertengahan tahun 1960, Jepun walaupun masih kekurangan kuasa
ketenteraan dan masih dikenakan sekatan dalam menyuarakan pendapatnya dalam hal ehwal
dunia, telah menghasilkan satu set statistik luar biasa untuk membawa kenaikannya pada
tahun 1968 sebagai kuasa ekonomi kedua terbesar dunia di kalangan kuasa-kuasa
perindustrian dunia.36 Dengan jumlah penduduknya melebihi 100 juta orang, jangka hayat 65
tahun bagi lelaki dan 70 tahun bagi wanita, pendapatan per kapita lebih $600 menjelang
tahun 1965, dan hanya 25 peratus tenaga buruhnya terlibat dalam sektor pertanian, Jepun
telah memenuhi ciri-ciri demografi masyarakat moden yang maju.37 Pada tahun 1961 Jepun
telah mengatasi Britain dalam pengeluaran keluli.38 Menjelang tahun-tahun 1960-an, Jepun
muncul sebagai pengeluar kedua dunia selepas Amerika Syarikat dalam pembuatan radio dan
set televisyen. Dalam tempoh yang sama Jepun mengatasi Jerman Barat 39 untuk menjadi
pengeluar ketiga dunia dalam pembuatan auto. Jepun juga menduduki tangga kelima dunia
dalam pemberian bantuan asing kepada negara-negara membangun,40 menyumbang kepada

8

projek-projek ekonomi di India dan Pakistan sehingga kepada pelancaran Bank Pembangunan
Asia.41

Pada tahun 1964 Jepun menjadi pengeluar keluli terbesar ketiga dunia selepas Amerika
Syarikat dan Kesatuan Soviet. Kejayaan besarnya juga dilihat dari saiz kapal-kapal yang telah
dibina dalam tahun 1967. Jepun juga mendahului negara-negara lain dengan kepantasannya
membin kapal. Misalnya sebuah kapal tangki minyak, yang lunasnya dipasang dalam bulan
Februari, boleh dilancarkan di laut dalam bulan Disember pada tahun yang sama. Pada tahun
1964 semasa Sukan Olimpik Tokyo, satu jalan baru keretapi secara keseluruhannya telah
dibina antara Tokyo dengan Osaka, dan keretapi-keretapi yang dibina khas boleh mengambil
masa selama tiga jam sepuluh minit bagi perjalanan sejauh 320 batu. Sebanyak 50 perjalanan
dengan kelajuan lebih 100 batu sejam yakni rekod dunia, boleh dilakukan setiap hari di atas
jalan keretapi baru ini, yang mana sedang dipanjangkan ke arah barat melalui Hiroshima ke
selat Shimonoseki.42 Pengeksportan keluaran Jepun pada tahun 1950-an dan 1960-an
terutama dari segi industri pembuatan telah bertambah mencapai antara 94 hingga 96 peratus
selepas Perang Dunia Kedua.43 Beberapa keperluan terutama bagi sektor pembuatan seperti
bahan mentah, tenaga kerja dan perkhidmatan-perkhidmatan lain merupakan faktor yang
mendorong pelabur-pelabur Jepun untuk ke luar negara.44

Boleh dilihat bahawa Jepun telah mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat mulai
tahun 1950. Keadaan ini berlaku kerana Jepun dan Amerika Syarikat telah menjalin
kerjasama ekonomi di mana Amerika Syarikat telah menjadi rakan dagangan bagi penyediaan
pasaran dan bahan mentah yang penting untuk Jepun.45 Kesan pertumbuhan tersebut, Jepun
telah mengambil inisiatif untuk melebarkan sayapnya dengan menjadi anggota Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)46 pada tahun 1956, Food and Agriculture Organization

9

(FAO)47 dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)48 pada tahun 1954 dan General
Agreement on Tariffs and Trade (GATT)49 pada tahun 1955.50

Jepun di Peringkat Antarabangsa

Kedudukan dan keadaan Jepun sekitar tahun 1950-an dan 1960-an banyak mempengaruhi
perjalanan perdagangan serta perhubungan negara ini dengan Malaysia dan juga negaranegara di Asia Tenggara. Faktor geografi Jepun seringkali mempengaruhi pembentukan dasar
luarnya.51 Jepun dikelilingi oleh tiga buah kuasa tentera iaitu Amerika Syarikat, China dan
Soviet Union. Keadaan Jepun yang mengalami kekurangan sumber bahan mentah
memerlukan ia mengadakan hubungan baik dengan hampir semua negara-negara di dunia.
Pada waktu yang sama, selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua, perlembagaan
Jepun melarang negara itu menjadi kuasa tentera kerana ia harus menumpukan usaha untuk
membangunkan semula ekonomi negaranya. Perlembagaan Jepun yang dibentuk selepas
Perang Dunia Kedua juga membenarkan negara ini mempunyai hanya pasukan pertahanan
dalam negara dan peruntukan perbelanjaan untuk pertahanannya adalah rendah.52

Selepas Perang Dunia Kedua, terdapat banyak krisis yang berlaku di rantau Asia 53 kesan
pertentangan ideologi komunis dan demokrasi.54 Krisis-krisis yang berlaku termasuklah
Perang Korea (1950-1953), Peristiwa Tibet (1956-1959), Krisis Sempadan China-India
(1959-1962) dan Perang Vietnam (1960-1975). Kesemua krisis ini telah mempengaruhi
perjalanan dasar luar Jepun.55 Kesemua krisis ini menunjukkan ketidakstabilan rantau Asia
dan menjadikan rantau ini sebagai rantau yang amat sensitif. Keadaan ini diburukkan lagi

10

dengan tindakan kuasa-kuasa besar yang masuk campur di dalam pergolakan yang berlaku.
Jepun melihat semua pertelingkahan yang berlaku adalah pada negara-negara yang berada
hampir dengannya. Ini menyebabkan kerajaan Jepun terpaksa berhati-hati dengan dasar
luarnya dan terpaksa menumpukan lebih banyak perhatian di dalam perhubungan dan
perjanjian pertahanan dengan Amerika Syarikat.56
Antara tahun 1957 hingga 1960, kerajaan Jepun telah dipimpin oleh dua orang Perdana
Menteri iaitu Hatoyama dan Nobusuke Kishi.57 Hatoyama telah berjaya memulihkan
hubungan diplomatik Jepun dengan Soviet Union dalam usahanya untuk mengurangkan
pergantungan Jepun terhadap Amerika Syarikat. Kishi pula telah memulihkan kembali
hubungan perdagangan dan persahabatan yang lebih baik dengan negara-negara Asia bukan
komunis.58 Langkah ini memberikan Jepun peluang untuk mengadakan hubungan rapat
dengan negara-negara pro-Barat. Tujuan utamanya ialah pembekalan sumber bahan mentah
yang berterusan dan pasaran bagi pembangunan industri di dalam Jepun. Kebangkitan kuasa
komunis selepas Perang Dunia Kedua di Asia telah memberikan cabaran baru kepada negaranegara di Asia. Keadaan ini jelas dilihat dengan penguasaan komunis di China, Korea Utara,
Vietnam Utara dan pengaruh kuat di beberapa buah negara di Asia Tenggara.

Dalam waktu yang sama, Semenanjung Tanah Melayu turut menghadapi ancaman Parti
Komunis Malaya (PKM)59 yang mendapat sokongan kuat dari pihak komunis China. Oleh itu,
Semenanjung Tanah Melayu dan Jepun berusaha membentuk kestabilan negara yang jauh
daripada ancaman komunis serta mengadakan hubungan baik dengan negara-negara anti
komunis. Sehingga tahun 1960, Jepun banyak mengharapkan bantuan ketenteraan Amerika
Syarikat bagi mengawal keamanan dan kestabilannya daripada ancaman kuasa-kuasa luar
terutamanya pihak komunis. Kedudukan ini sama dengan Semenanjung Tanah Melayu yang
mengharapkan pasukan tentera British dan negara-negara Komanwel bagi menghapuskan

11

ancaman pihak komunis. Kedua-dua negara berusaha mengurangkan pergantungan kepada
Amerika Syarikat atau British dengan cara memperkuatkan angkatan pertahanan sendiri
secara berperingkat-peringkat.60

Selepas tahun 1960, kekuatan pasukan tentera Amerika Syarikat di Jepun mula
dikurangkan kerana pentadbiran Amerika Syarikat lebih memberikan perhatian terhadap
pertahanan Korea Selatan yang sedang diancam Korea Utara. Dasar ini menyebabkan
kerajaan Jepun terpaksa mengambil langkah memperkuatkan angkatan tenteranya secara
berperingkat-peringkat bagi membolehkan ia kurang bergantung kepada Amerika Syarikat.
Perkembangan ini dapat dilihat menerusi Jadual 2:

JADUAL 2

Jumlah Anggota Keselamatan Amerika Syarikat dan
Jepun 1956-1967 (Ribu Orang)61

Tahun
Amerika Syarikat
Jepun
Jumlah
1956
117
181
298
1957
87
192
279
1958
65
208
273
1959
58
215
273
1960
48
206
254
1961
45
209
254
1962
45
216
261
1963
46
213
259
1964
46
216
262
1965
40
225
265
1966
35
226
261
1967
39
231
270
Apabila Ikeda menjadi Perdana Menteri Jepun, beliau telah berusaha memperbaiki
dasar luar negaranya dengan Amerika Syarikat. Dalam waktu yang sama Ikeda juga
mendapati rantau Asia Tenggara dan Eropah akan menjadi bertambah penting kepada Jepun

12

di masa hadapan.62 Oleh itu, pembentukan dasar luar Ikeda banyak tertumpu kepada
hubungan dengan negara-negara di Asia Tenggara dan Eropah. Langkah ini ada kaitan
dengan kesedaran Jepun bahawa pasaran baru dan bekalan bahan mentah banyak terletak di
luar Amerika Syarikat terutamanya di negara-negara Asia Tenggara. Dengan itu, wujud
keperluan Jepun untuk mewujudkan hubungan dan kerjasama erat dengan negara-negara di
Asia Tenggara.63 Kepimpinan Jepun juga mahu menukar imej negara mereka supaya
dipandang baik dan dapat mengadakan hubungan selesa dengan negara-negara bukan
komunis. Langkah ini diperlukan bagi menjamin pembangunan industri dan negara Jepun itu
sendiri. Jepun juga berusaha menjalin hubungan lebih erat dengan negara-negara Asia
Tenggara kerana hubungan perdagangannya Amerika Syarikat telah mengalami defisit64 dan
Amerika Syarikat perlu menanggung beban besar semasa pendudukannya di Jepun. 65
Amerika Syarikat juga mula mengurangkan penglibatan ketenteraannya di Asia berikutan
deklarasi Doktrin Nixon pada tahun 1969.66 Jepun menyedari bahawa ia perlu
memperluaskan eksportnya memandangkan ia telah kehilangan dagangan dengan China
kerana memenuhi matlamat anti-komunis dan dasar Amerika Syarikat.67

Perubahan dasar luar Jepun lebih nyata berlaku selepas tahun 1960-an apabila ia bebas
daripada pengaruh Amerika Syarikat. Jepun mula mengadakan hubungan rapat dengan
negara-negara Asia Tenggara serta mengadakan hubungan diplomatik dengan Mongolia dan
Vietnam Utara. Satu tindakan yang lebih berani ialah pemimpin-pemimpin Jepun telah
mengiktiraf kewujudan negara Bangladesh tanpa merujuk terlebih dahulu kepada
Washington.68 Tindakan ini dilihat tindakan lebih berani pemimpin-pemimpin Jepun dan
peralihan tumpuan dalam dasar luar Jepun terhadap hubungannya dengan rantau Asia. Dasar
luar Jepun yang lebih terbuka membolehkannya mengadakan hubungan diplomatik yang
lebih baik dengan Malaysia. Pada 20 Oktober 1963, Jepun telah menghantar pegawai-

13

pegawainya ke Kuala Lumpur bagi membincangkan dengan kerajaan Malaysia mengenai
gantirugi peperangan.69 Sehingga tahun 1963 tuntutan gantirugi peperangan telah dibayar
kepada empat buah negara di Asia Tenggara iaitu Burma, Indonesia, Vietnam dan Filipina. 70
Selain membayar gantirugi, Jepun juga telah berpeluang mengembangkan perdagangannya ke
negara-negara tersebut. Jepun telah mengenakan syarat bahawa negara-negara tersebut tidak
boleh bersikap prejudis dalam perdagangan dengn Jepun dan produk-produk yang dibekalkan
oleh Jepun tidak boleh dieksport ke negara-negara lain.71

Rancangan penubuhan Malaysia pada tahun 1963 dengan penyatuan Semenanjung
Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (Sabah) telah menimbulkan isu politik
antarabangsa. Penubuhan Malaysia telah ditentang hebat oleh Presiden Sukarno dari
Indonesia dan Presiden Macapagal dari Filipina. Bagi Sukarno, penubuhan Malaysia adalah
salah satu usaha neo-kolonialisme dan menganggap Tunku Abdul Rahman sebagai boneka
British. Manakala Filipina menentang penubuhan Malaysia kerana beranggapan wilayah
Borneo Utara adalah wilayah yang ditadbir olehnya dan seterusnya telah menuntut hak ke
atas wilayah ini.72 Pelbagai pihak telah cuba menjadi orang tengah untuk menyelesaikan
perbalahan di antara Malaysia, Indonesia dan Filipina termasuklah negara-negara Asia
Tenggara, PBB dan Jepun. Jepun mula menjadi orang tengah pada bulan September 1963
apabila Perdana Menteri Hayato Ikeda menawarkan tempat perundingan bagi Malaysia,
Indonesia dan Filipina menamatkan isu konfrantasi.73

Usaha kerajaan Jepun bertindak sebagai orang tengah diterima baik oleh Indonesia dan
Filipina. Menjelang bulan Jun 1964, kerajaan Jepun berjaya mengaturkan perbincangan
menteri-menteri luar Malaysia, Indonesia dan Filipina di Tokyo. Manakala kemuncak kepada
perbincangan adalah rundingan antara Tunku Abdul Rahman, Presiden Sukarno dan Presiden

14

Macapagal. Bagaimanapun, usaha-usaha kerajaan Jepun untuk menamatkan isu kurang
berhasil kerana rundingan ketiga-tiga pemimpin tidak dapat memberikan sebarang
penyelesaian.74 Langkah kerajaan Jepun memulihkan keamanan di Asia Tenggara adalah
kerana Indonesia dan Malaysia merupakan pembekal bahan mentah dan pasaran yang utama
bagi industri Jepun. Kedua-dua negara memberikan sumbangan bekalan getah dan bijih timah
kepada industri Jepun serta kedudukan Selat Melaka yang begitu penting sebagai laluan
utama mengangkut minyak dan hasil industri Jepun. Oleh itu keamanan di kedua-dua negara
amat diperlukan oleh kerajaan Jepun bagi menjamin pembangunan industrinya.75

Pergolakan yang berlaku di rantau Asia Tenggara telah membawa Jepun memberikan
tumpuan terhadap kedudukannya di rantau ini. Perdana Menteri Sato telah melawat negaranegara Asia Tenggara dengan tujuan utama mengalakkan hubungan politik serta
meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal. Negara utama yang dilawatinya ialah
Malaysia dan Indonesia.76 Rancangan Sato adalah selaras dengan gesaan Tunku Abdul
Rahman supaya Jepun melakukan kerjasama lebih erat dalam bidang ekonomi dan politik di
Asia Tenggara.77 Gesaan Tunku berasaskan kepada pengamatan beliau bahawa Jepun
mempunyai kemampuan menjadi pemimpin kepada negara-negara Asia di samping
memainkan peranan utama membantu pembangunan negara-negara Asia Tenggara.78

Selepas tamatnya Konfrantasi, Malaysia bersama Jepun dan sembilan buah negara Asia
dan Pasifik telah menubuhkan Asia and Pacific Council (ASPAC)79 pada tahun 1966.80
Tujuan utama penubuhan ini adalah mengadakan kerjasama dalam bidang ekonomi dan
kebudayaan di antara negara-negara yang terlibat. Bagaimanapun timbul keraguan di
kalangan negara-negara komunis bahawa pembentukan majlis ini lebih bermotifkan

15

perkumpulan negara-negara anti komunis. Sehubungan itu, Malaysia dan Jepun telah samasama berusaha mengelakkan majlis ini daripada dicop sebagai pertubuhan anti-komunis.81

Langkah memberikan bantuan ke negara-negara luar merupakan rancangan kerajaan
Jepun dalam bentuk nasionalisme ekonomi dengan tujuan membantu membantu
perkembangan ekonomi dan kebajikan negara-negara yang sedang membangun termasuklah
Malaysia. Bantuan diberikan dalam dua bidang utama iaitu bantuan kewangan dan kebendaan
dan kerjasama ekonomi yang membolehkan Jepun mengembangkan kepesatan ekonomi
pembuatannya ke luar negara.82 Malahan bantuan luar Jepun pada peringkat awal ini
mempunyai tiga tujuan utama iaitu mempromosikan eksport barangan Jepun, mengekalkan
hubungan baik Jepun dengan negara-negara luar terutama yang pro-Barat dan mengasaskan
rangkaian antarabangsa yang dijangkakan dapat mengembangkan pengaruhnya ke negaranegara membangun.83 Oleh itu kerajaan Jepun bersungguh-sungguh memberikan bantuan ke
negara-negara Asia Tenggara yang dirasakannya berpotensi besar dalam mempertingkatkan
perkembangan ekonominya.

Jepun juga telah melibatkan diri secara aktif dan berpengaruh di dalam Economic
Commission for Asia and the Far East (ECAFE),84 Rancangan Colombo,85 Projek Mekong,86
Bank Pembangunan Asia (ADB)87 dan Persidangan Menteri-Menteri bagi Pembangunan
Ekonomi Asia Tenggara.88 Sehingga akhir tahun 1960-an, bantuan Jepun adalah mengenai
bayaran gantirugi perang dan kerjasama ekonomi. Kerajaan Jepun menganggap bayaran
gantirugi Perang Dunia Kedua yang dibuat ke atas beberapa buah negara Asia Tenggara
sebagai sebahagian daripada bantuan negaranya.89 Kejayaan Jepun memasarkan keretanya ke
luar negara juga telah mempengaruhi negara ini untuk mencari jaminan bekalan bahan
mentah.

16

Pada bulan Oktober 1971, Tun Abdul Razak telah melakukan lawatan diplomasi ke
Jepun bagi meminta bantuan Jepun memberi sumbangan dalam menstabilkan keamanan di
Asia Tenggara khususnya dalam perselisihan Indochina. Selain itu, Jepun juga menyokong
keputusan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) 90 dalam mengantung bantuan
ekonomi kepada Vietnam. Hubungan diplomatik yang pesat antara Jepun dan ASEAN pada
era 1970-an telah berjaya melenyapkan persepsi buruk dan negatif terhadap Jepun. Berbagai
forum dan persidangan ekonomi hasil daripada hubungan diplomasi antara kedua-dua belah
pihak telah diadakan.

FAKTOR TARIKAN DARI MALAYSIA

Isu Pampasan Perang

Persepsi kepimpinan kerajaan ke arah Jepun pada tempoh awal selepas kemerdekaan adalah
bercampur-campur dan bercanggah. Terdapat perbezaan di antara pandangan peribadi Tunku
Abdul Rahman dan pandangan rasmi kerajaan terhadap Jepun. Beberapa orang yang
ditemuramah mendakwa bahawa Tunku Abdul Rahman tidak melihat Jepun dengan
sebaiknya.91 Walau bagaimanapun, ini tidak dicerminkan dalam mana-mana tulisannya.92
Walaupun memori buruk semasa Perang Dunia Kedua, dasar pragmatik kerajaan yang
diketuai oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman menyaksikan keperluan
Semenanjung Tanah Melayu untuk mewujudkan semula hubungan dengan Jepun.93
Di peringkat rasmi, pentadbiran Tunku Abdul Rahman komited untuk menggalakkan
hubungan mesra dengan Jepun.94 Pragmatisme, dan bukannya sentimen peribadi, menjadi
dasar kerajaan pada masa itu. Hanya beberapa bulan sahaja selepas kemerdekaan

17

Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1957, Tunku Abdul Rahman sudah memuji kejayaan
ekonomi Jepun. Tunku Abdul Rahman mahu Semenanjung Tanah Melayu memberi perhatian
terhadap pembinaan ekonomi Jepun, pencapaian ekonomi dan industrinya supaya mereka
boleh mencontohi kejayaan Jepun ini.95

Dalam penulisannya tentang Jepun 18 tahun kemudian, Tunku Abdul Rahman
mengenang kembali lawatan Perdana Menteri Jepun, Kishi Nobusuke96 ke Kuala Lumpur
pada tahun 1957.97 Tunku Abdul Rahman menyatakan bahawa dasar kerajaan pada ketika itu
adalah untuk berdamai dengan dunia. Apabila Kishi Nobusuke melahirkan keinginan untuk
datang ke Semenanjung Tanah Melayu, beliau mengalu-alukan idea tersebut. Beliau percaya
bahawa masa lalu tidak perlu menentukan masa sekarang dan akan datang. Jika rakyat
tempatan tidak boleh melupakan kekejaman Jepun semasa Perang Dunia Kedua, mereka
masih boleh memaafkannya. Biarkan apa yang sudah berlalu adalah jalan terbaik kepada
mencapai keamanan.

Tunku Abdul Rahman adalah sangat pragmatik dalam pendekatan terhadap Jepun.
Walaupun terdapat pandangan peribadinya tentang Jepun, Tunku Abdul Rahman telah
melihat kepentingan ekonomi Jepun terhadap Semenanjung Tanah Melayu. Thong Yaw
Hong menyatakan bahawa Tunku Abdul Rahman tidak mahu melihat hubungan ekonomi
antara Semenanjung Tanah Melayu dan Jepun terjejas akibat apa-apa tuntutan gantirugi.98
Keputusan Tunku Abdul Rahman untuk tidak memanjangkan isu pampasan dilihat sebagai
langkah yang praktikal. Tidak seperti kebanyakan negara jiran lain, Semenanjung Tanah
Melayu tidak mengalami siri rundingan yang panjang dan merumitkan bagi mendapatkan
pampasan perang dari kerajaan Jepun. Oleh itu, hubungan Semenanjung Tanah Melayu
dengan Jepun sejak zaman awal kemerdekaan boleh digambarkan sebagai harmoni.

18

Keputusan kerajaan untuk tidak membangkitkan isu pampasan semasa lawatan Perdana
Menteri Jepun, Kishi Nobusuke ke Kuala Lumpur pada tahun 1957 sememangnya penting
kerana semua negara lain di rantau ini, terutamanya Filipina berasa tidak sabar untuk
menuntut modal daripada Jepun.99 Hak Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura untuk
menuntut gantirugi telah diketepikan oleh pihak berkuasa British, yang ketika itu masih
menduduki dua wilayah ini apabila Jepun menandatangani Perjanjian Keamanan 1951100 di
San Francisco. Menurut Wolf Mendl,101 Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura yang
masih merupakan tanah jajahan British sehingga tahun 1957, tidak mempunyai hak untuk
menuntut pampasan bagi pihak mereka. Hak pampasan itu menjadi tanggunjawab British,
yang bagaimanapun tidak menjalankan tanggungjawab itu.

Dalam satu kajian, Hara Fujio102 telah mencabar kenyataan bahawa British telah
memutuskan untuk tidak mendapatkan gantirugi dari Jepun bagi pihak Semenanjung Tanah
Melayu dan Singapura. Sebaliknya beliau berhujah bahawa wang daripada hasil jualan aset
Jepun, termasuklah ladang-ladang getah di Semenanjung Tanah Melayu telah digunakan ke
arah pemulihan kepentingan British di tanah jajahan, terutamanya untuk syarikat getah dan
bijih timah British.103 Hasil dari jualan ini tidak disalurkan kepada mangsa-mangsa
kekejaman perang Jepun atau keluarga mereka di Semenanjung Tanah Melayu dan
Singapura. Hujah Hara ini telah disokong oleh kajian sebelumnya dari Lee Poh Ping.104
Menurut Profesor Diraja Ungku Aziz105 pula, keengganan pemimpin politik dan perniagaan
Cina untuk memperjuangkan isu pampasan boleh dikaitkan dengan keinginan mereka untuk
menyesuaikan pemikiran masyarakat Cina di Semenanjung Tanah Melayu selepas
merdeka.106

19

Dapat diperhatikan untuk satu tempoh masa yang panjang, orang Cina di Semenanjung
Tanah Melayu hanya berminat untuk mengikuti perkembangan politik di China.107 Kesetiaan
mereka adalah jelas kepada China,108 bukannya Semenanjung Tanah Melayu, seperti yang
terbukti dengan sokongan padu mereka109 terhadap Dr. Sun Yat Sen110 dan Kuomintang111
dalam peperangan. Walau bagaimanapun, dengan China di bawah pengaruh Komunisme
selepas Revolusi 1949112 berjaya, masyarakat Cina di Semenanjung Tanah Melayu telah
dipaksa untuk menukar orientasi politik mereka, dari yang memberi tumpuan kepada China
bertukar kepada penekanan terhadap Semenanjung Tanah Melayu. Pemimpin Cina telah mula
menyedari bahawa masa depan mereka akan kekal di Semenanjung Tanah Melayu113 dan
melihat China tidak memegang apa-apa masa depan bagi mereka.

Walau bagaimanapun, isu pampasan kemudiannya telah dibawa berkali-kali pada
tempoh tahun 1960-an, terutamanya selepas penemuan beberapa kubur besar mangsa yang
dibunuh dengan kejam semasa pendudukan Jepun di kawasan tertentu di Semenanjung Tanah
Melayu dan Singapura.114 Isu pampasan bagi jenayah perang Jepun, yang lebih dikenali
sebagai ‘hutang darah’,115 mendapat publisiti meluas dan sokongan terutamanya daripada
masyarakat Cina di Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura pada awal tahun 1960-an.
Keadaan ini bagaimanapun tidak menjejaskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara ini
dan Jepun. Ini adalah disebabkan ketiadaan usaha bersepadu oleh masyarakat Cina dan
pemimpin mereka di Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura untuk menekan pampasan
daripada kerajaan Jepun.

Dalam kes Semenanjung Tanah Melayu, ramai pemimpin perniagaan Cina yang
merupakan ahli-ahli Dewan Perdagangan Cina mempunyai hubungan yang rapat dengan
Persatuan Cina Malaysia (MCA), sebuah parti politik Cina yang penting, yang bersama-sama

20

dengan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)116 dan Kongres India Se-Malaysia
(MIC) membentuk pakatan kerajaan selepas merdeka pada tahun 1957.117 Perikatan
pemerintah ini teragak-agak dalam mendapatkan pampasan dari Jepun walaupun mendapat
bantahan kuat daripada sebilangan kecil penduduk Cina. Seperti yang dinyatakan oleh
Hara,118 tidak boleh dinafikan bahawa kekurangan perpaduan dan semangat di kalangan
masyarakat Cina di Semenanjung Tanah Melayu dan kewujudan kumpulan yang mahu
memulihkan hubungan ekonomi dengan Jepun telah menjejaskan gerakan menuntut
pampasan pada masa itu. Kepimpinan Melayu secara umumnya juga bersetuju dengan rakanrakan Cina mereka dalam Parti Perikatan untuk tidak meneruskan isu pampasan.

Boleh disimpulkan bahawa kumpulan perniagaan berpengaruh Cina, sumber utama
kewangan bagi parti Melayu dan Cina dalam Parti Perikatan, UMNO dan MCA, tidak mahu
mengejar isu pampasan kerana ia akan memudaratkan kerjasama perniagaan mereka dengan
Jepun dalam jangka masa panjang. Pemimpin perniagaan Cina yang berpengaruh serta sekutu
MCA mereka bimbang hubungan ekonomi yang sedia terjalin dengan Jepun akan dirosakkan
oleh isu pampasan. Ini menjelaskan sebab utama kekurangan minat di kalangan pemimpinpemimpin perniagaan dan politik Cina untuk memberi tekanan kepada kerajaan Tunku Abdul
Rahman bagi meneruskan usaha mendapatkan pampasan perang dari Jepun.

Ia juga menjadi jelas kepada kepimpinan negara bahawa dengan memanjangkan isu
‘hutang darah’, ia hanya akan menjejaskan kepentingan ekonomi bersama kedua-dua pihak.
Modal Jepun berupa bantuan,119 pinjaman120 dan pelaburan serta jentera, peralatan dan
bantuan teknikal121 adalah amat penting kepada ekonomi Semenanjung Tanah Melayu yang
baru merdeka.122 Thong Yaw Hong, birokrat atasan dari Unit Perancang Ekonomi (EPU)
Jabatan Perdana Menteri, kemudiannya dihantar sebagai utusan Tunku Abdul Rahman untuk

21

berunding dengan kerajaan Jepun bagi menyelesaikan isu ‘hutang darah’ buat selamalamanya.123

Kerajaan Jepun akhirnya bersetuju untuk memberikan pampasan separa penuh kerana ia
akan melindungi kepentingan jangka panjang ekonomi Jepun di Semenanjung Tanah Melayu.
Semua pihak bersetuju untuk satu penyelesaian yang baik di mana Jepun akan membayar
sebanyak RM 25 juta secara tunai kepada Semenanjung Tanah Melayu124 dan RM 25 juta lagi
dalam bentuk pinjaman dan bantuan teknikal pada tahun 1967.125 Wang itu kemudiannya
digunakan oleh kerajaan Tunku Abdul Rahman untuk membayar ke atas 2 buah kapal
Jepun,126 yang membawa kepada pembentukan Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia
(MISC).127 Keputusan pemimpin-pemimpin

kerajaan

pada masa

itu

untuk tidak

memanjangkan isu pampasan kerana mendakwa ia hanya akan menjejaskan hubungan dua
hala dengan Jepun yang berpotensi menguntungkan pada tahun 1960-an, juga menyebabkan
kes Semenanjung Tanah Melayu agak berbeza daripada pengalaman negara-negara jiran
dalam tempoh awal selepas Perang Dunia Kedua.

Dalam kes Semenanjung Tanah Melayu, tiada peranan ‘pelobi Jepun’ yang boleh dilihat
dalam proses rundingan untuk separa pampasan di antara pemimpin-pemimpin kerajaan dan
rakan Jepun mereka. Tidak seperti rundingan pampasan antara kerajaan-kerajaan Asia
Tenggara yang lain dengan Jepun,128 tidak ada bukti untuk mengaitkan penglibatan kumpulan
perniagaan Semenanjung Tanah Melayu dan Jepun dalam perjanjian separa pampasan. Ia
kelihatan hanya pegawai-pegawai kerajaan dari kedua-dua pihak yang terlibat dalam proses
rundingan untuk separa pampasan, dan ia tidak mengambil mereka yang lama untuk
mencapai persetujuan. Boleh disimpulkan bahawa manfaat ekonomi sektor-sektor tertentu
dalam masyarakat setempat akan kekal sebagai salah satu pertimbangan utama politik dalam

22

orientasi dasar Semenanjung Tanah Melayu kepada Jepun sejak zaman Tunku Abdul
Rahman.

Kerjasama Ekonomi Cina-Jepun

Satu perkara penting dan menarik perhatian semasa era kemerdekaan Semenanjung Tanah
Melayu ialah kedudukan dan sikap komuniti Cina, terutama golongan perniagaan. Walaupun
orang Cina dilayan dengan teruk oleh tentera Jepun,129 namun ia tidak menghalang golongan
peniaga mereka daripada meneruskan kerjasama ekonomi dengan Jepun sebelum Perang
Dunia Kedua atau membuat kerjasama baru semasa Perang Dunia Kedua. Hubungan rapat di
antara peniaga Cina dan pengusaha Jepun telah dibentuk sebelum Perang Dunia Kedua
lagi.130 Kerjasama ekonomi di antara orang Cina dan peniaga Jepun dikekalkan semasa zaman
pendudukan Jepun. Kerajaan Jepun bergantung kepada bekalan bijih timah dari peniaga Cina
di Semenanjung Tanah Melayu untuk membiayai usaha perangnya.

Hubungan perniagaan antara komuniti Cina dan usahawan Jepun juga terus berjalan
untuk tempoh masa yang panjang selepas Perang Dunia Kedua walaupun pada hakikatnya
tiada hubungan rasmi antara Semenanjung Tanah Melayu dan Jepun. Antara tempoh tahun
1945 hingga 1957, apabila Semenanjung Tanah Melayu masih berada di bawah pemerintahan
British, peniaga Cina terlibat dalam perdagangan dengan Jepun, biasanya secara rahsia. 131
Sebaik saja kemerdekaan dicapai pada tahun 1957, golongan kapitalis Cina berusaha untuk
membangunkan semula perniagaan mereka yang terganggu akibat perang. Ini membawa
kepada beberapa perkongsian di antara golongan pengusaha Cina dan Jepun.132 Antaranya
ialah Loh Boon Siew dari Pulau Pinang yang bertanggungjawab membawa masuk motorsikal

23

Honda ke Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura. 133 Beliau menjadikan Syarikat Kah
Motor sebagai pengedar tunggal Honda pada awal tahun 1957.

Seorang lagi pengusaha Cina 134 menubuhkan Syarikat Tan Chong Motor Holdings
Berhad, syarikat pertama yang memperkenalkan kereta buatan Jepun ke Semenanjung Tanah
Melayu.135 Hubungan peribadi dan perniagaan antara Robert Kuok dengan firma besar Jepun
telah bermula sebelum Semenanjung Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.136 Keluarganya
memulakan perniagaan mereka di Johor sebelum Perang Dunia Kedua, dalam bidang beras
dan gula137 dan perniagaan mereka berkembang walaupun semasa pendudukan Jepun.
Pengalaman awal kerja beliau termasuklah bekerja di pejabat Mitsubishi di Johor Bahru dan
kemudiannya beliau menubuhkan usahasama dengan Mitsui & Co. Ltd. dan Nishin Sugar
Manufacturing pada tahun 1960.138 Ini melahirkan Malayan Sugar Manufacturing yang
memberikan Robert Kuok gelaran ‘Raja Gula’.139

Pada masa kini, beliau menguasai 80 peratus pasaran tempatan dan 10 peratus pasaran
dunia. Daripada gula, Kumpulan Kuok berkembang kepada sektor pembuatan (tepung
gandum, kayu sintetik, simen dan kimia), perkapalan, kewangan, hartanah dan perhotelan.
Sepanjang perkembangan ini, ia telah menjalinkan usahasama dengan Mitsui dalam Perlis
Plantations dan Malayan Adhesives and

Bulk Chemical Terminal, Sumitomo dalam

Malaysia Shipyard & Engineering, Tosco dalam Century Chemical Works, Rasa Sayang
Hotel dan Shangri-la Hotel di Hong Kong.140

Perkongsian perniagaan Jepun di Semenanjung Tanah Melayu pada tempoh-tempoh
awal selepas kemerdekaan kebiasaannya melibatkan golongan kapitalis Cina, terutama
sepanjang tahun 1950-an dan 1960-an, sebelum perlaksanaan DEB pada tahun 1971.

24

Komuniti Cina yang dalam proses untuk membina semula ekonomi mereka, akan mengambil
setiap peluang untuk kerjasama ekonomi dengan Jepun. Pada tahun 1960-an dan awal 1970an, kenangan perang masih segar dalam minda kebanyakan rakyat tempatan. Sentimen anti
Jepun di kalangan rakyat tempatan begitu ketara terutamanya di kalangan majoriti etnik
Cina,141 termasuk pemimpin-pemimpin mereka yang umumnya menyalahkan Jepun atas
kekejaman yang dilakukan semasa perang. Walau bagaimanapun, kerjasama perniagaan yang
menguntungkan, yang telah terjalin antara golongan kapitalis Cina dan rakan-rakan Jepun
mereka banyak mempengaruhi sikap pragmatik mereka terhadap Jepun. Golongan kapitalis
Cina melihat Jepun sebagai rakan kongsi perniagaan yang boleh dipercayai dalam usaha
mereka untuk membina semula dan mengembangkan perniagaan mereka di Semenanjung
Tanah Melayu selepas merdeka.

Peranan Tunku Abdul Rahman juga membantu komuniti Cina dalam hubungan dengan
Jepun. Tujuan Parti Perikatan pada tahun 1957, di mana orang Melayu akan memainkan
peranan yang lebih dominan dalam politik dan orang Cina akan terus terlibat secara aktif
dalam ekonomi, telah mempengaruhi sikap kerajaan di Semenanjung Tanah Melayu selepas
merdeka. Dasar ekonomi liberal kerajaan Tunku Abdul Rahman pada tempoh sebelum DEB
yang menggalakkan pelaburan asing untuk membantu pembangunan ekonomi, telah menjadi
satu instrumen penting dalam mempromosikan kerjasama ekonomi Cina-Jepun. Ahli-ahli
komuniti perniagaan Cina pada umumnya berpuas hati untuk bersama-sama dengan dasar
kerajaan pada masa itu selagi mereka dapat melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi. Pendek
kata, kepentingan ekonomi menjadi satu faktor penting yang mendasari sikap masyarakat
Cina, terutamanya pemimpin perniagaan mereka, ke arah Jepun.

Dasar-dasar Kerajaan Malaysia 1957-1970

25

Semasa mencapai kemerdekaan, ekonomi Semenanjung Tanah Melayu bergantung kepada
pengeluaran dan eksport getah dan bijih timah. 142 Walaupun Semenanjung Tanah Melayu
merupakan pengeluar terbesar kedua-dua komoditi tersebut, harga adalah di luar kawalannya.
Ia dipengaruhi oleh pembeli iaitu negara-negara maju. Apabila merdeka, Semenanjung Tanah
Melayu perlu mempelbagaikan ekonominya. Perindustrian merupakan salah satu strategi bagi
tujuan ini, dan Semenanjung Tanah Melayu menawarkan status perintis bebas cukai kepada
pelabur asing. Di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman,143 polisi ekonomi Semenanjung
Tanah Melayu adalah berciri laissez-faire144 kecuali usaha kerajaan untuk menggalakkan
industri penggantian import.145 Pada masa ini, British masih merupakan rakan dagangan
utama Semenanjung Tanah Melayu.146 Jepun pula berada di kedudukan ketiga selepas British
dan Amerika Syarikat.147

Sejarah hubungan bilateral Semenanjung Tanah Melayu dan Jepun bermula apabila
Kishi Nobusuke melawat Semenanjung Tanah Melayu pada 24 dan 25 November 1957 sekali
gus menjadi Perdana Menteri asing pertama melawat Semenanjung Tanah Melayu yang
mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.148 Sebagai membalas lawatan Kishi Nobusuke,
Tunku Abdul Rahman telah mengadakan lawatan rasmi ke Jepun pada 21 hingga 26 Mei
1958.149 Perjanjian Perdagangan Jepun-Semenanjung Tanah Melayu yang ditandatangani
pada 10 Mei 1960150 merupakan perjanjian ekonomi pertama di antara kedua-dua pihak.
Perjanjian ini memberi status most favoured nation kepada kedua-dua pihak.151 Manakala
Pertubuhan Ekonomi Semenanjung Tanah Melayu-Jepun juga telah ditubuhkan bertujuan
menggalakkan minat pelabur-pelabur Jepun untuk membuat pelaburan di Semenanjung
Tanah Melayu.152 Di samping itu, penubuhan ASEAN pada tahun 1967 telah mendapat

26

sokongan dan kerjasama dari Jepun dan negara maju yang lain. Jepun melihat Malaysia
sebagai sebuah negara yang memainkan peranan penting di dalam ASEAN.153

Kebanyakan kerjasama ekonomi dengan Malaysia adalah dalam bentuk yen. Perjanjian
kredit yen yang pertama di Malaysia ialah 18,000 juta yen dari tahun 1966 hingga 1971. 154
Sebagai langkah mengalakkan pelaburan Jepun ke Semenanjung Tanah Melayu, Tunku
Abdul Rahman telah mengumumkan akan meluluskan undang-undang untuk mengecualikan
firma asing yang melabur di Semenanjung Tanah Melayu dari membayar cukai untuk tempoh
lima tahun pertama beroperasi. Dalam bidang-bidang industri tertentu, kerajaan akan
mempertimbangkan pemberian 100% pemilikan modal asing.155

Usaha-usaha kerajaan dalam membangunkan sektor perindustrian negara telah bermula
sejak awal tahun 1960-an. Kerajaan telah melaksanakan program pembangunan perindustrian
yang terancang bagi mengurangkan pergantungan Malaysia pada sektor pertanian dan
perlombongan.156 Kerajaan sedar pentingnya perindustrian bagi memenuhi revolutions of the
rising expectations penduduk dari aspek ekonomi, politik dan sosial.157 Beberapa kawasan
perindustrian telah diasaskan bagi menggalakkan pelabur-pelabur asing membuka kilangkilang perindustrian di Malaysia. Kawasan-kawasan perindustrian yang disediakan ialah
Petaling Jaya, Pulau Pinang, Teluk Intan, Klang dan Johor Bahru. 158 Sesetengah kawasan
perindustrian seperti Bayan Lepas, Sungai Wang dan Batu Berendam dipanggil Zon
Perdagangan Bebas. Barang-barang perkilangan dari kawasan ini untuk pasaran luar negeri
tidak dikenakan cukai.
Sebelum perlaksanaan DEB, kerajaan telah memperkenalkan pakej pelaburan yang
menarik untuk pelaburan asing. Pada tahun 1967, kerajaan menubuhkan Lembaga Kemajuan
Perindustrian Malaysia (MIDA)159 untuk menggalakkan kemajuan perindustrian. Mutu

27

barangan eksport dipertingkatkan. Akta Galakan Pelaburan 1968160 dan Ordinan Taraf
Perintis 1958161 telah menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah pelaburan yang menarik.
Secara umumnya, pembangunan perindustrian pada tahun 1960-an adalah berteraskan kepada
pengeluaran barangan gantian import bagi pasaran dalam negeri.162 Ketersediaan sumber asli
dan bekalan buruh murah telah menarik perhatian pelabur Jepun untuk ke Malaysia.

Pelaburan Jepun berkembang perlahan antara tahun 1957 hingga 1970.163 Far Eastern
Economic Review merumuskan bahawa pertumbuhan perlahan ini adalah kerana polisi
‘tunggu dan lihat’.164 Selain pelabur Jepun, pelabur British juga menunjukkan minat mereka
terhadap sektor perindustrian Malaysia walaupun kedua-duanya cenderung terhadap pelan
mereka sendiri, di samping menunggu perubahan polisi kerajaan.165 Di samping itu,
penglibatan terhad pelaburan Jepun juga kerana pengurangan infrastruktur perindustrian dan
saiz permintaan domestik yang terhad166 di Malaysia pada ketika itu.167 Oleh itu usaha-usaha
menambahkan kemudahan infrastruktur telah dilakukan di dalam Rancangan Malaysia
Pertama (1966-70).168

Hampir separuh dari pendapatan negara diperuntukkan bagi membangunkan
kemudahan asas. Pelabuhan Klang telah dimajukan sebagai pusat import-eksport bagi
menggantikan Singapura yang telah terpisah dari Malaysia. Di bawah strategi perindustrian
juga diterapkan dasar untuk memajukan sektor awam dan swasta khasnya secara bebas
seperti yang telah dicadangkan oleh utusan Bank Dunia.169 Mengikut Rueff Report pada tahun
1963, pertumbuhan ekonomi akan lebih cepat jika dipraktikkan pasaran terbuka dengan
kawalan yang longgar melalui dasar kepelbagaian ekonomi.170

28

Melalui Rancangan Malaysia Pertama, kerajaan mula mengalakkan pelaburan Jepun ke
dalam Malaysia. Kerajaan telah mengemaskini peraturan-peraturan di dalam sektor
pembuatan. Sebelumnya, tidak terdapat peraturan khusus mengenai perlesenan industri bagi
syarikat-syarikat asing yang mau beroperasi sama ada sebagai cawangan syarikat luar atau
menubuhkan syarikat persendirian atau usahasama dengan pelabur-pelabur tempatan. 171
Bagaimanapun menjelang pertengahan tahun 1960-an syarikat-syarikat yang merancang
menubuhkan kemudahan pembuatan diperlukan mendapat kelulusan permohonan daripada
Kementerian Perdagangan. Syarikat-syarikat asing yang melabur juga telah diberikan taraf
perintis yang memberi peluang kepada mereka mendapat keuntungan dengan kadar cukai
yang minima ketika baru memulakan operasi.172

Syarikat-syarikat asing juga berminat untuk melabur di Malaysia kerana kerajaan
menjalankan sistem pertukaran asing yang liberal iaitu mereka bebas untuk menyalurkan
modal atau keuntungan dari pelaburan. Perkara ini ada tercatat dalam Artikel 8, Perjanjian
Artikel IMF yang telah dipersetujui oleh Malaysia.173 Kerajaan juga tidak mengenakan
kawalan yang ketat ke atas pertukaran wang asing akibat pertumbuhan ekonomi yang pesat.
Galakan ke atas pelaburan asing telah dapat membantu mewujudkan teknologi industri
moden dan membangunkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia. Kejayaan rancangan
kerjasama antara syarikat-syarikat Jepun dengan kerajaan Malaysia telah membuka peluang
untuk kemasukan pelaburan Jepun yang lebih besar. Selepas tahun 1967, pelabur-pelabur
Jepun yang yakin dengan iklim pelaburan sihat di Malaysia telah membawa masuk pelaburan
mereka. Langkah ini dibantu oleh dasar-dasar galakan kerajaan terutamanya penyediaan
keistimewaan penyediaan tarif, mewujudkan zon perdagangan bebas serta sumber buruh dan
bahan mentah yang terjamin.174

29

KESIMPULAN

Terdapat beberapa faktor-faktor tarikan yang dilihat menyumbang kepada
kemasukan semula pelaburan Jepun di Malaysia selepas era kolonial.
Pertama ialah gesaan Tunku Abdul Rahman supaya Jepun melakukan
kerjasama lebih erat dalam bidang ekonomi dan politik di Asia Tenggara.
Kedua ialah Jepun tidak mengalami siri rundingan yang panjang dan
merumitkan

mengenai

isu

pampasan

perang

dengan

kerajaan

Semenanjung Tanah Melayu. Oleh itu, hubungan Semenanjung Tanah
Melayu dengan Jepun sejak zaman awal kemerdekaan boleh digambarkan
sebagai

harmoni. Ketiga ialah hubungan perniagaan yang erat antara

komuniti Cina dan usahawan Jepun. Keempat ialah pakej pelaburan
menarik yang diperkenalkan kerajaan untuk pelaburan asing. Misalnya
pada tahun 1967, kerajaan telah menubuhkan MIDA untuk menggalakkan
kemajuan perindustrian. Selain itu terdapat juga Ordinan Taraf Perintis
1958 dan Akta Galakan Pelaburan 1968. Usaha-usaha menambahkan
kemudahan infrastruktur juga telah dilakukan di dalam Rancangan
Malaysia Pertama (1966-70). Dari tahun 1950-an ke 1960-an, strategi
penggantian import Malaysia menyaksikan firma-firma Jepun berminat
dalam mengembangkan dan melindungi pegangan pasaran tempatan
mereka.

Dari sudut faktor-faktor tolakan pula, Jepun dilihat memerlukan
bekalan sumber bahan mentah yang berterusan dan pasaran bagi
pembangunan ekonominya selepas Perang Dunia Kedua. Dalam waktu

30

yang sama Perdana Menteri Ikeda juga mendapati rantau Asia Tenggara
dan Eropah akan menjadi bertambah penting kepada Jepun di masa
hadapan. Jepun menyedari bahawa pasaran baru dan bekalan bahan
mentah banyak terletak di luar Amerika Syarikat terutamanya di negaranegara Asia Tenggara. Dengan itu, wujud keperluan Jepun untuk
mewujudkan hubungan dan kerjasama erat dengan negara-negara di Asia
Tenggara. Perubahan dasar luar Jepun lebih nyata berlaku selepas tahun
1960-an apabila ia bebas daripada pengaruh Amerika Syarikat. Kejayaan
Jepun memasarkan kereta ke luar negaranya juga menyebabkan mereka
berusaha mencari jamin