FORMAT LAPORAN KURSUS SEMINAR DALAM LUAR

FORMAT LAPORAN KURSUS/SEMINAR
DALAM / LUAR NEGERI
1.

NAMA

MOHAMMAD HAFIZ BIN ISHAK (691003105939)
SALBIAH BINTI MUSA (680224106886)
SUHAIMI BIN YUSOFF (710219035791)

2

JAWATAN

PENOLONG KANAN PENGARAH KASTAM II W48

3.

JABATAN

JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA


TAJUK KURSUS

KURSUS PEMBANGUNAN MODUL DAN LATIHAN
PENANDAARASAN

5.

TEMPAT

CUSTOMS BORDER CONTROL TRAINING
INSTITUTE (CBCTI) KOREA CUSTOMS SERVICE,
CHEONAN, REPUBLIC OF KOREA

6.

TARIKH/TEMPOH

07/12/2015 SEHINGGA 12/12/2015


7.

PERBELANJAAN/TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSAIA
(JPA)

8.

FAEDAH LAWATAN

4.

FAEDAH-FAEDAH YANG DIPEROLEHI DARIPADA
KURSUS/SEMINAR
(LAPURAN RINGKAS)

RINGKASAN EKSEKUTIF
KURSUS PEMBANGUNAN MODUL DAN LATIHAN PENANDAARASAN
1.

LATARBELAKANG

Program Lawatan Penandaarasan (Benchmarking) ke CBCTI Korea Customs Service
merupakan program percambahan pengetahuan, pertukaran idea, jalinan kerjasama
dan pemantapan ‘capacity building’ dalam pertukaran ‘best practice’ antara CBCTI
Korea Customs Service dengan Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL).
Lawatan penandaarasan bermula pada 07 Disember 2015 sehingga 12 Disember 2015
dengan pasukan yang terdiri daripada Mohammad Hafiz Ishak (AKMAL Sabah), Pn.
Salbiah bt Musa (AKMAL Melaka) dan Tn. Suhaimi Yusoff (AKMAL Melaka).
Program lawatan secara ‘benchmarking’ ini merupakan satu kaedah yang bertepatan
dengan program World Customs Organisation (WCO) berhubung dengan ‘Capacity
Building’ dan ‘Best Practices’. Perkhidmatan latihan yang diselenggarakan dan
polisi berkaitan pembentukan modal insan cemerlang oleh CBCTI Korea Customs
Service dirujuk sebagai tanda arah peningkatan kualiti yang berterusan. Aspek
pembentukan modul latihan dan fasilitasi CBCTI Korea Customs Service diteliti, dan
ditandaaraskan agar supaya boleh dicadangkan supaya dilaksanakan di Akademi
Kastam Diraja Malaysia.

2.

OBJEKTIF LAWATAN PENANDAARASAN
Kajian Penandaarasan yang dilakukan ini, mempunyai justifikasi yang sukar

difahami oleh sesetengah pihak. Kerajaan Korea pada suatu masa dahulu telah
belajar dari Barat tentang perkembangan teknologi dan atas usaha mereka sendiri
dalam penambahbaikan telah melonjokkan Korea sebagai sebuah negara yang amat
disegani dalam teknologi pembuatan sehinggalah ke hari ini. Pihak kerajaan Korea
telah berjaya memanfaatkan projek penandaarasaan mereka sehinggalah tiada pihak
yang boleh mempertikaikan kebolehan Korea dalam perkara ini termasuklah dalam
aspek latihan.
Justeru itu, tujuan penandaarasan yang dilakukan secara ilmiah ini adalah bagi

mencerminkan diri kita sendiri di mana wujudnya kelemahan atau kekurangan di
negara kita, secara khususnya di AKMAL. Jika negara lain boleh melaksanakan
sesuatu dasar atau peraturan dengan jaya, mustahil kita tidak boleh lakukan sama
seperti mereka atau lebih baik sebagaimana pihak Korea lakukan. Seterusnya projek
penandaarasan ini juga dapat menilai, mengukur serta memahami jurang perbezaan
yang wujud antara negara kita dengan negara yang dibandingkan. Malah ia juga
bertujuan untuk menunjukkan bahawa kita juga boleh berdaya saing dengan pihak
luar. Akhir sekali, tujuan projek penandaarasan adalah bagi menjaga kawalan mutu
perkhidmatan yang kita sediakan kepada pihak pelanggan. Sekiranya kita tidak
membuat perbandingan dengan negara lain, kita tidak akan tahu status kualiti yang
kita miliki.

Lawatan pasukan penandaarasan AKMAL ke CBCTI Korea Customs Service
memperincikan beberapa objektif yang dikenalpasti dapat memberi anjakan paradigm
dan’minds set’. Pasukan akan melihat cara berfikir dan bertindak pengurusan
tertinggi, menengah dan pelaksanaan operasi pegawai pelaksana di samping
mendapatkan gambaran mengenai kedudukan pencapaian berhubung dengan
pembentukan latihan yang telah diselenggarakan. Keperluan melihat secara dekat
proses pelaksanaan dan pencapaian baik secara dalaman dan luaran adalah sejajar
dengan konsep WCO yang menekankan pembelajaran secara penglihatan secara insitu insitu dapat menjelaskan suasana dan kedudukan kaedah latihan samada berkesan
atau sebaliknya.
Lawatan pasukan penandaarasan ini membawa mesej jelas berhubung dengan
kerjasama antara dua negara di samping mewujudkan pertukaran idea dan maklumat
mengenai kawalan dan strategi global berkaitan ancaman perdagangan bentuk baru.
Capaian maklumat secara data ‘primary’ melalui hubungan lawatan ini memberikan
suatu dimensi baru dalam menentu halatuju jabatan, selaras dengan konsep amalan
yang dikategorikan sebagai ‘best practices’. Maklumat berkaitan gerak kerja semasa
yang dilakukan melalui penerangan, taklimat dan lawatan lokasi dapat memberi
gambaran sebenar dan kedudukan pencapaian semasa agensi yang menjadi tunjang
kekuatan tempat lawatan benchmarking.

3.


FAEDAH LAWATAN.
Lawatan bertujuan mendapatkan maklumat secara tepat dan telus berkaitan
kedudukan semasa pusat pembelajaran yang menjalankan aktiviti yang sama yakni
CBCTI Korean Customs Service . Faedah lawatan adalah seperti berikut :
3.1 Dapat merangka pendekatan latihan lebih bersistematik dan berstruktur selaras
dengan konsep WCO untuk memperolehi pengetahuan latihan terkini yang
benar-benar berkemampuan melalui cabaran semasa.
3.2 Modul dan rangka kerja yang mantap dapat diwujudkan bagi melahirkan pegawai
AKMAL yang benar-benar berwibawa, berdisiplin, berkalibar, tinggi integriti,
mematuhi arahan pegawai dan bersedia dalam menghadapi segala cabaran
dengan semangat setia kawan yang tinggi melalui perkongsian ilmu di pusat
latihan negara lain sejajar dengan pengamalan High Performance Organization
(HPO).
3.3 Dapat menimba ilmu dan pengalaman pembelajaran dengan pendedahan urusan
perkastaman negara ke arah pencapaian matlamat negara diselenggarakan oleh
tenaga

pakar/pengajar/pensyarah/fasilitator/jurulatih


yang

benar-benar

berkemampuan oleh pensyarah AKMAL.
3.4 Mengenalpasti penambahbaikan dalam penyediaan prasarana, working tools
terkini, berkesan, berhemat dan digunapakai secara maksimum melalui kawalan
pentadbiran pengurusan yang ditadbir secara mantap terutama dalam
pengoperasian tenaga kerja sedia ada.
3.5

Program lawatan mendapat gambaran jelas berhubung kedudukan, kekuatan
dan kecekapan pelaksanaan latihan, risikan dan amalan sedia ada yang
digunapakai dalam menjana sesuatu maklumat secara sistematik, interaktif dan
kemas kini yang dapat digunapakai secara online.

3.6

Mengenalpasti keadah pengurusan risiko dan kebajikan peserta yang
digunapakai secara meluas dalam semua aspek di CBCTI Korea Customs

Service.

4. LATAR BELAKANG CBCTI KOREA CUSTOMS SERVICE
CBCTI Korea Customs Service telah diiktiraf sebagai Regional Training Center
(RTC) Asia Pasifik pada tahun 2010. CBCTI Korea Customs Service berfungsi
sebagai hub program latihan yang lengkap serta moden di rantau Asia Pasifik dan
juga pembangunan program yang tersendiri. CBCTI Korea Customs Service, yang
dibuka pada bulan Ogos 2013, mempunyai Kawasan Simulasi Latihan yang lengkap,
berharga US800,000 bagi membangunkan program latihan mereka. Kawasan
Simulasi Latihan ini dibangunkan serta dilengkapi dengan peralatan agar kelihatan
seperti di Gudang-gudang penyimpanan barangan, Pelabuhan dan Lapangan Terbang.
Kawasan Simulasi Latihan digunakan oleh pegawai-pegawai CBCTI Korea Customs
Service sendiri dan juga peserta Kastam dari luar negara. Di samping itu, Korea
Customs Services (KCS) telah membangunkan modul e-pembelajaran berdasarkan
program-program mereka di CBCTI Korea Customs Service.
Peserta kursus di CBCTI Korea Customs Service diberi pendedahan mengenai
Perjenisan, Penilaian, Pemeriksaan Mengimport Cargo, Daftar Pemeriksaan kargo,
penumpang, e-Customs, Penyiasatan, Teknik Tangkapan dan Seni Mempertahankan
Diri di persekitaran kerja yang sama/sebenar seperti tempat-tempat kerja. Selain
daripada itu, CBCTI Korea Customs Service juga melatih peserta daripada sektor

swasta seperti pekerja di syarikat import, broker kastam serta pelajar-pelajar kolej dan
Universiti.
Selain daripada diiktiraf sebagai RTC Asia Pasifik, CBCTI Korea Customs Service
juga telah dinobatkan sebagai Institut Latihan Awam terbaik dalam Penilaian
Kerajaan Korea bagi sektor Pendidikan dan Latihan Awam selama enam tahun
berturut-turut (2009-2014).
Program-program latihan khusus dan profesional yang dilaksanakan di CBCTI Korea
Customs Service adalah seperti berikut :
4.1 Kursus Pegawai Baru
Pegawai

yang

baru

diambil

bekerja

bagi


meningkatkan

menyesuaikan diri dan kecekapan mereka di tempat kerja yang baru;

keupayaan,

4.2 Kursus Untuk Calon Bagi Kenaikan Pangkat
Untuk meningkatkan kepakaran pegawai dalam pentadbiran kastam dan
memupuk semangat kesetiaan dan integriti.
4.3 Kursus Kepimpinan Pihak Pengurusan
Program untuk Pihak Pengurusan mendalami dasar-dasar kerajaan dan
memupuk keupayaan mereka menguruskan organisasi
4.4

Kursus Serta Keperluan Latihan Dalaman
Untuk membina kepakaran dan kecekapan dalam setiap peringkat kakitangan
bagi meningkatkan kemahiran diri.

4.5


Kursus Latihan Pilihan
Untuk memupuk teknik-teknik tertentu kepada pegawai kastam.

4.6

Kursus Latihan Antarabangsa
Program Capacity Buiding.

5.

PELUANG PENAMBAHBAIKKAN
Hasil daripada lawatan pasukan penandaarasan AKMAL ke CBCTI Korea Customs
Service mendapati terdapat Amalan Baik (terutama penggunaan teknologi dalam
proses pembelajaran) yang perlu diberi tumpuan oleh AKMAL bagi meningkatkan
prestasi AKMAL sebagai Pusat Latihan Jabatan.dan juga sebagai salah satu RTC
yang diiktiraf oleh WCO di Asia Pasifik.
5.1

Pelaksanaan Kursus
i. Penilaian Pegawai Berkursus
CBCTI Korea Customs Service melaksanakan kaedah penilaian pegawai

secara berterusan dalam setiap modul latihan bagi mengetahui potensi
pegawai untuk diterapkan sebagai Pegawai Operasi, Pegawai Pentadbiran
atau tenaga pengajar pada suatu tempoh melalui ujian bertulis, lisan dan
penilaian panel. Penilaian pembelajaran dilakukan semasa perbincangan
berkumpulan, peperiksaan dan persembahan individu dimana markah untuk
peperiksaan adalah 80% dan bukan peperiksaan 20%. Pegawai perlu melalui
pre, middle dan post test semasa berkursus di mana markah dibawah 60%
dianggap gagal. Ini menyebabkan pegawai lebih bersungguh-sungguh untuk
menghadiri dan mempelajari subjek yang diajar semasa berkursus.
ii.

Penilaian Sebelum Berkursus
Peserta kursus diwajibkan melayari cyber learning dan perlu mengetahui
80% daripada modul kursus dalam cyber learning sebelum ditawarkan
untuk berkursus. Penggunaan ujian secara cyber learning sebelum peserta
berkursus memudahkan pensyarah untuk mengajar subjek yang ditawarkan.
Peserta telah mempunyai pengetahuan sebelum hadir berkursus, pensyarah
hanya perlu mengukuhkan ilmu peserta kursus. Melalui kaedah penilaian
sebelum berkursus, CBCTI Korea Customs Service dapat mengenalpasti
tahap pengetahuan pegawai sebelum berkursus.
membantu

meningkatkan

prestasi

dan

Kaedah ini berjaya

mengekalkan

momentum

kesinambungan kecekapan pegawai di KCS serta dapat memendekkan masa
berkursus.
iii. Penggunaan Video untuk Persembahan Berkumpulan
Penggunaan

teknologi

dimanafaatkan

sepenuhnya

di

dalam

sesi

pembelajaran. Peserta kursus dikehendaki menghantar salinan video
persembahan berkumpulan bagi tujuan penilaian dan tidak perlu hadir untuk
membuat persembahan di hadapan panel. Amalan ini dapat menjimatkan
masa berkursus di mana masa persembahan kumpulan yang selalunya
mengambil masa sehari boleh dikurangkan.

Panel juga tidak perlu

dikumpulkan pada satu masa, mereka boleh menonton video pada masa
terluang dan menghantar markah kepada penyelaras kursus.
AKMAL boleh melaksanakan amalan ini terutama untuk peserta Kursus

Asas. Ketika ini, Jabatan penganjur Kursus Asas iaitu Jabatan Pengajian
Asas Perkastaman mempunyai masalah yang sama setiap kali melantik
pensyarah untuk menjadi ahli panel kepada pesembahan kumpulan samada
Public Speaking, PTM dan juga kerja berkumpulan. Ini adalah disebabkan
ada diantara pensyarah-pensyarah AKMAL terpaksa menolak pelantikan
tersebut kerana mempunyai tugasan semasa persembahan kumpulan tersebut
diadakan. Penggunaan Video untuk persembahan Berkumpulan dapat
menyelesaikan masalah mencari ahli panel kerana Pensyarah-pensyarah
AKMAL boleh mengatur jadual mereka sendiri untuk melihat video dan
membuat penilaian ke atas persembahan kumpulan tersebut.
iv. Kehadiran Berkursus
KCS mewajibkan setiap pegawai untuk berkursus selama 80 jam setahun
dimana 14 jam perlu dilakukan di Pusat Latihan dan selebihnya melalui
cyber learning. Ini boleh dilaksanakan di AKMAL kerana perbelajaran
secara berterusan perlu diterapkan kepada pegawai yang sedang bertugas di
AKMAL.
v.

Bilangan Pensyarah dan Kakitangan CBCTI Korea Customs Service
Jumlah keseluruhan kakitangan di CBCTI Korea Customs Service adalah
seramai 50 orang. Daripada jumlah ini, bilangan pensyarah tetap di CBCTI
Korea Customs Service hanyalah 11 orang. CBCTI Korea Customs Service
mengendalikan 110 kursus dalam tahun 2014.

Pensyarah yang ada di

CBCTI Korea Customs Service bertindak sebagai penyelaras kursus dan
mengajar satu atau dua slot sahaja dan slot lain akan diisi oleh pensyarah
yang dijemput daripada KCS.
5.2

Kemudahan Pusat Latihan
i. Perkongsian Pusat Latihan
CBCTI Korea Customs Service berkongsi kemudahan dengan Pusat Latihan

Maritim

Korea.

Penggunaan

kemudahan

Pusat

Latihan

dapat

dimaksimumkan. Ini merupakan kaedah mengekalkan prestasi pegawai
kerajaan secara cepat, tepat dan berkesan berbanding kaedah ‘satu pusat
latihan satu jabatan’ sedia ada yang memerlukan ruang besar, pengangkutan,
kos penyelenggaraan tinggi serta membazir masa dan tenaga. Perkongsiaan
penggunaan Pusat Latihan secara bersepadu serta sistematik mengikut modul
latihan agensi masing-masing serta kaedah yang digunapakai serta alatan
bersama dapat menggarap pembentukan modal insan penjawat awam
kerajaan Korea. Kemudahan dan bangunan adalah terhad tetapi digunapakai
sepenuhnya secara ‘cost of benefit analysis’ amat berkesan tetapi kaedah ini
memerlukan perancangan dan disiplin yang tinggi. Dengan ini, pendidikan
kepentingan menjaga harta awam dapat diterapkan dan amat terkesan dalam
masyarakat Korea selaras dasar penggunaan secara bersama.
ii. Kawasan Simulasi Latihan
CBCTI Korea Customs Service memberi gambaran jelas latihan berkaitan
pembelajaran secara praktikal dengan penyediaan Kawasan Stimulasi
Latihan bagi penjanaan maklumat berkaitan dengan pengukuhan bukti
dalam kes-kes mahkamah Korea. Pembelajaran berkaitan dengan peralatan
perkastaman contohnya x-ray machine adalah diadaptasikan melalui latihan
di kawasan tersebut. Penggunaan ‘gadgets tool’ adalah secara maksima dan
meliputi pelbagai alatan terkini yang dapat berfungsi secara maksimum
daripada dalam negeri dan luar negeri bagi mendapatkan kes-kes berprofail
tinggi dilatih di dalam Kawasan Stimulasi tersebut. Penggunaan berkaitan
dengan alatan moden adalah di tahap maksimum dan pelatih akan lebih
berjaya dalam tugasan yang diberikan. CBCTI Korea Customs Service juga
menyediakan kemudahan bilik penyiasatan yang membolehkan pegawai
dilatih di dalam suasana yang sebenar. Cara soal siasat juga direkodkan
untuk mengesan kelemahan pegawai tersebut.
iii. Kursus Untuk Orang Awam
CBCTI Korea Customs Service menyediakan kursus untuk orang awam
bagi memberi pengetahuan orang awam tentang ilmu perkastaman seperti

kursus untuk agen Kastam dan kursus kesedaran bahaya penyeludupan.
iv. Fasiliti Pusat Latihan yang lengkap.
Kemudahan di CBCTI Korea Customs Service adalah lengkap dan mesra
pengguna.
Bangunan asrama


Kedudukan gymnasium, golf simulator dan perpustakaan di
bangunan asrama memudahkan pelajar untuk mengulangkaji dan
beriadah;



Lampu dipasang dengan alat sensor di mana lampu akan menyala
sekiranya ada peserta di kawasan tersebut. Pemasangan lampu
dengan alat sensor menjimatkan penggunaan bil elektrik kerana
lampu tidak perlu sentiasa dipasang pada malam hari;



Bilik dobi disediakan dengan kemudahan mesin basuh, mesin
pengering dan steam iron yang mencukupi;

Bilik Kuliah


Menggunakan peralatan teknologi.



Terbahagi kepada dua jenis iaitu bilik kuliah biasa dan bilik kuliah
IT



Mempunyai kapasiti maksima 32 tempat duduk untuk bilik kuliah
biasa dan 56 tempat duduk bagi bilik kuliah IT



Setiap bilik kuliah mempunyai dua pintu satu di hadapan dan satu
di belakang

Bilik Perbincangan


Menggunakan peralatan moden dan berteknologi tinggi



Mempunyai kapasiti maksima 12 tempat duduk

Bilik Persidangan



Mempunyai peralatan moden dan berteknologi tinggi



Mempunyai kapasiti maksima 45 tempat duduk

Oditorium


Mempunyai peralatan audio visual yang berteknologi tinggi



Mempunyai 164 tempat duduk

Dewan Makan


Selain ruang makan untuk peserta, ruang makan untuk
pekerja juga disediakan bagi memudahkan pekerja untuk makan
dan minum. Pekerja hanya perlu membayar duit makan kepada
kontraktor penyedia makanan.



Dewan makan ini dilengkapi dengan tukang masak
professional yang menyediakan makanan berkhasiat kepada peserta
dan pekerja. Setiap makanan mempunyai label dan jumlah kalori
yang diambil. Alat untuk mengukur BMI dan tekanan darah juga
disediakan.



Kebersihan Dewan Makan adalah terjamin kerana cawancawan di steril dan diletakkan di cabinet khas yang boleh dicapai
oleh peserta. Dewan Makan tersebut juga dilengkapi dengan
conveyor belt dimana peserta hanya perlu meletakkan pinggan
kotor di atas konveyor belt tersebut dan seterusnya akan diuruskan
oleh pekerja dewan makan.



Mesin ATM juga disediakan untuk kemudahan peserta
mengeluarkan wang. Sebanyak empat unit Water dispenser
disediakan bagi memastikan peserta mendapat bekalan air minum
yang bersih.

Kemudahan riadah


Peserta mempunyai pelbagai pilihan untuk aktiviti riadah seperti
kemudahan Dewan badminton, simulator golf, gymnasium,
gelanggang futsal dan lain-lain lagi. Kasut sukan disediakan di

gelanggang futsal dan badminton kepada peserta sebagai
kemudahan serta mengelakkan gelanggang dari rosak kerana
pemakaian kasut yang tidak sesuai. Simulator golf juga disediakan
bagi peminat sukan golf untuk berlatih.
6.

PENUTUP
Lawatan penandaarasan atau benchmarking merupakan kaedah cepat, terbaik dan
praktikal selaras dengan kehendak WCO mendapat gambaran sebenar untuk maksud
diadaptasikan dengan peningkatan kualiti perkhidmatan sesebuah agensi. Lawatan
benchmarking memperlihatkan suatu hasil yang amat berkesan untuk digarap dalam
pembentukan modul AKMAL yang bergerak ke arah mengekalkan program kualiti
MS ISO 9001:2008. Keberkesanan pengendalian latihan dapat dirujuk kepada
tatacara pengoperasian yang bersistematik dan bersepadu dengan lain-lain agensi
dalam menyelenggarakan jutaan penduduk yang keluar masuk di pintu-pintu
sempadan pada setiap hari.
Latihan pegawai di AKMAL amat dititikberatkan kerana misi JKDM menjurus
kepada kutipan hasil negara, memberi fasilitasi perdagangan dan kedudukan geografi
Malaysia yang membolehkan merujuk kepada pelakuan jenayah penyeludupan
barangan bercukai, barangan larangan (senjatapi dan barang larangan keras),
pendatang tanpa izin dan anasir-anasir subversif merosakkan negara. Pengendalian
latihan melalui kaedah pembelajaran bersistematik, berstruktur dan dinilai
keberkesanan

perlu

dititikberatkan.

Kedudukan

pengendalian

latihan

dan

pembelajaran adalah secara berterusan bagi menjamin kompetensi pegawai juga
kakitangan. Penggunaan alatan terkini dan kemudahan pembelajaran diberi
keutamaan tinggi dalam pembentukan modal insan berkualiti antarabangsa.
Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan penemuan Amalan Baik seperti di
para 5 dapat diberi perhatian oleh JKDM bagi memastikan AKMAL sebagai
Pusat Latihan Perkastaman dan RTC Asia Pasifik tidak ketinggalan serta
mampu berdaya saing dengan RTC di Asia Pasifik yang lain.

Perbincangan di antara pegawai AKMAL dan pegawai CBCTI Korea Customs Service

Kemudahan Simulasi Latihan di CBCTI Korea Customs Service