SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM docx

TAJUK : SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM

NAMA AHLI KUMPULAN :

NAMA PENSYARAH

:

TARIKH DIHANTAR

:

ISI KANDUNGAN

1

BIL

PERKARA

M/S


Isi Kandungan

2

Penghargaan

3

Pengenalan

4

1.

2.

3.
Pengertian Tajuk


5 - 11

4.
Objektif Pelaksanaan Syariah

12 - 14

5.
Skop Syariah

15

Penutup

16

Bibliografi

17


6.

7.

PENGHARGAAN

2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatu. Terlebih dahulu kami hendak
mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengerusi Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar
iaitu Yang Berbahagia Encik Mohd Azis bin Jamman kerana sedikit-sebanyak telah
merealisasikan impian kami untuk mencapai cita-cita kami dengan membenarkan kami
menyambung pelajaran di Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar, Kedah ini.

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Ustaz Fairuz
bin Jamaludin kerana telah memberi kami ilmu dan telah membantu kami dalam
membuat tugasan yang diberikan ini.

Juga tak lupa ucapan terima kasih kepada ibu dan bapa kami kerana telah
banyak memberi sokongan dan tak jemu memberi apa yang diperlukan bagi kami

menyambung pelajaran kami di Kolej ini.

Kami juga mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan pertolongan dari
rakan-rakan sekumpulan kami sendiri iaitu Nuraqilah Syazwani Rosli, Saidah Assyiqin
Indra dan Noriffah Atiqah Hassan serta rakan-rakan sekelas kami yang lain.

Tidak ketinggalan juga terima kasih kami ucapkan kepada sesiapa jua yang telah
membantu kami sama ada secara lansung atau tidak lansung. Terima kasih sekali lagi
kami ucapkan.

PENGENALAN

3

Semua masyarakat manusia mempunyai peraturan hidup atau pun undangundang masing-masing. Di dalam Islam, ia dinamakan syariah yang menguruskan
peraturan hidup individu dan masyarakat. Syariah Islam ini berpaksikan kepada tauhid
dan melibatkan system perundangan yang amat sistematik meliputi segala perlakuan
dan interaksi amali manusia.

Peraturan ini mencakupi semua bidang kehidupan manusia seperti upacara

keagamaan, moral, keluarga, sosial, ekonomi, kewarganegaraan, sistem kehakiman,
undang-undang perang serta pendamaian dan hubungan antara bangsa-bangsa.
Syariah Islam datang dengan begitu komprehensif sebagai satu bentuk pengawalan
yang terancang meliputi pelbagai kaedah dan metodologi.

Para fukahah pada umumnya menghadapi kesulitan untuk memberi definisi
kerana terdapat pelbagai pelbagai pandangan definisi syariah yang berbezabeza.Keadaan ini amat menyukarkan umat Islam untuk memilih mana satu definisi
syariah yang tepat. Oleh sebab itu, dalam perbahasan ini diberikan pendekatan dan
pengertian yang sesuai dengan petunjuk-petunjuk syariah.

PENGERTIAN
A) SYARIAH

4

Perkataan syariah asalnya merujuk kepada agama atau din atau millah yang
diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai agama. Oleh itu, syariah adalah
merupakan himpunan hukum dan kehendak Allah SWT yang ditetapkan di dalam AlQuran dan Al-Sunnah yang mempunyai elemen-elemen khusus iaitu :
i.
ii.

iii.
iv.

Bersifat sangat murni dan tidak mengandungi apa-apa cacat cela (muqaddas
Cakupannya lengkap dan komprehensif (syumul)
Kebenarannya bersifat mutlak dan tanpa syarat
Kuat kuasanya bersifat alami iaitu universal, abadi dan kekal

Syariah dinamakan din kerana ia mesti dipatuhi manakala dinamakan millah
kerana ia dapat memenuhi segala keperluan manusia.
Dari segi bahasa syariah bermaksud sumber air yang sentiasa mengalir dan tidak
putus yang menjadi tumpuan orang ramai bagi tujuan meminum airnya atau untuk
tujuan-tujuannya yang lain. Daripada makna ini juga ia diperluaskan lagi bagi
mengertikan jalan yang lurus. Simboliknya, air dan jalan yang llurus menjadi asa
kepada keselamatan dan kesejahteraan manusia secara fizikal dan spiritual.
Dari segi sitilah pula, syariah bermaksud apa sahaja peraturan yang ditentukan oleh
Allah SWT melalui Rasul-Nya yang berkaitan dengan akidah, ibadah, akhlak, muamalat
dan lain-lain aspek untuk kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat. Secara muda,
syariah dapat difahami sebagai keseluruhan ajaran agama Islam itu sendiri. Ia
bersumber terus dari Allah SWT berdasarkan firman-Nya dari Surah al-Nisa ayat 59

yang berbunyi ;

Maksudnya :
Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad), dan
Ulil Amri (pemegang kekuasaan) di antara kamu. “Kemudian jika kamu berselisih
pendapat dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu kembali (merujuk) kepada
kitab Allah (al-Quran) dan al-Sunnah Rasul-Nya jika kamu benar-benar beriman
kepada Allah dan hari kiamat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih
elok pula kesudahannya.”
(Surah al-Nisa’ : 59)
B) FIQH
Dari segi bahasa, fiqh bermaksud memahami sesuatu secara mendalam
berdasarkan dalil yang terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah mahupun dari

5

sumber-sumber lain yang diiktiraf seperti ijmak, qiyas, urf, maslahah dan
sebagainya. Dengan kata lain, ia bukan sepenuhnya daripada Allah SWT kerana di
dalamnya terdapat unsur kefahaman manusia. Kebenaran yang terdapat di
dalamnya tidak semestinya mutlak, komprehensif, universal dan abadi.

Oleh itu fiqh sentiasa berubah mengikut kehendak zaman dan keperluan
masyarakat, tidak statik dan tidak beku. Seiring dengan perubahan masyarakat,
wujudnya pelbagai fiqh yang merangkumi pelbagai persoalan seperti fiqh dalam bidang
jenayah, fiqh dalam bidang penyelesaian jantina, fiqh muamalat, fiqh kepenggunaan,
fiqh kekeluargaan dan sebagainya.
Dalam memahami sesuatu persoalan hukum, fiqh tidak akan terlepas daripada
persoalan mazhab. Terdapat banyak mazhab yang muncul akibat daripada kefahaman
yang pelbagai dalam sesuatu perkara antaranya ialah empat mazhab yang paling
terkenal iaitu mazhab Syafi’I (yang diasaskan oleh Muhammad Idris bin al-Syafi’I),
mazhab Hanafi (diasaskan oleh Abu Hanifah), mazhab Maliki (diasaskan oleh Malik bin
Anas) dan mazhab Hanbali (diasaskan oleh Ahmad bin Hanbal).

Menurut Mahmood Zuhdi (1992), paling penting dalam mana-mana pendekatan
yang diambil oleh sesiapa pun jua dalam menentukan hokum ke atas sesuatu perkara
haruslah mengambil kira tiga kriteria berikut :
i.
ii.
iii.

Rujukan khusus kepada sumber wahyu (al-Quran dan al-Sunnah)

Melihat kepada realiti keadaan semasa masyarakat
Pendapat ulamak terdahulu sebagai rujukan

C) HUKUM
Hukum merupakan ‘arahan Tuhan’ yang berkait dengan perbuatan manusia yang
sudah menerima pertanggungjawaban atas persoalan dosa dan pahala. Bagi

6

memperjelaskan lagi mengenai kedudukan ini, para ulamak telah membahagikan
hokum kepada dua jenis iaitu :

i.

Hukum-hukum yang begitu jelas sekali difahami terdapat daripada nas al-Quran
dan al-Sunnah di mana unsur kefahaman manusia mengenainya amat sedikit
atau tiada langsung. Sebagai contoh : hukum wajib solat atau haram melakukan
zina yang tidak boleh diingkari walaupun sedikit.

ii.


Hukum-hukum yang terhasil daripada ijtihad para ulamak. Kekuatan dalam
hukum ini bergantung kepada kekuatan huja-hujah para mujtahid yang
mengaitkannya dengan syariah. Sebagai contoh : pengharaman yoga, jenayah
siber dan sebagainya.

Terdapat tiga jenis hukum syariah iaitu :
i.

HUKUM AKIDAH – hukum yang berhubung tentang agama iaitu beriman dengan
Allah SWT, malaikat dan Rasul.

ii.

HUKUM AKHLAK – peraturan untuk membimbing manusia supaya berpegang
dan berkelakuan mulia serta menjauhkan sama sekali segala sifat keji dan
tercela dan juga menyentuh tentang adab ketika hidup bermasyarakat.

iii.


HUKUM AMALI – berkaitan dengan tindakan mukallaf yang berupa ucapan,
perbuatan, akad dan lain-lain. Manakala hukum amaliah pula terbahagi kepada
dua bahagian utama iaitu :
 Ibadat : menghubungkan manusia dengan Allah.
o Contohnya : bersuci, solat, nazar dan sumpah.
 Muamalat : merangkumi perkara seperti akad serta jenayah dan lainlainnya yang berkaitan dengan hubungan manusia sesama manusia,
sama ada secara individu atau bermasyarakat.
o Contohnya : talak, pengadilan, qazaf, dan lain-lain.

D) UNDANG-UNDANG

7

Undang-undang merupakan norma-norma hukum yang diperundangkan melalui
badan-badan perundangan tertentu. Dalam sistem perundangan Islam, mahkamah
atau majlis syura merupakan badan-badan perundangan yang telah memutuskan
sesuatu hukum itu. Tanpa perundangan, sesuatu norma itu akan hanya merupakan
hukum fiqh semata-mata.
Menurut pengertian umum, undang-undang merupakan suatu peraturan yang
digubal oleh manusia menerusi perlembagaan untuk menetapkan peraturan terhadap
umat manusia. Peraturan tersebut mengatur hubungan sesama manusia, masyarakat
dan Negara.
Sebagai contoh, Allah SWT telah pun menetapkan undang-undang bagi kesalahankesalahan seperti zina, menuduh zina, minum arak, mencuri, merompak, murtad
dan penderhaka.
Bagi zina, Allah SWT telah berfirman dalam ayat An-Nur yang berbunyi ;

Maksudnya ;
“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang
dari keduanya seratus kali dera.”
(Surah An-Nur : 2)
Manakala firman Allah SWT bagi kesalahan menuduh zina pula ialah :

Maksudnya :
“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baki berbuat zina dan mereka
tidak mendatangkan empat orang saksi maka deralah mereka (yang menuduh itu)
lapan puluh kali dera dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selamalamanya, dan mereka itulah orang-orang yang fasik.”
(Surah An-Nur : 4)

Dalam kesalahan meminum minuman keras, Allah SWT berfirman :

8

Maksudnya :
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, berkurban
untuk berhala, dan mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji dan termasuk
perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beruntung.”
(Surah Al-Ma’idah : 90)
Dalam kesalahan mencuri, Allah SWT berfirman :

Maksudnya :
“Adapun orang laki-laki mahupun perempuan yang mencuri, potonglah tangan
keduanya sebagai balasan atas perbuatan yang mereka lakukan dan sebagai siksaan
dari Allah.”
(Surah Al-Ma’idah : 38)
Dalam kesalahan merompak, Allah SWT berfirman :

Maksudnya :
“Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan
RasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi ialah mereka dibunuh atau disalib
atau dipotong tangan atau kaki mereka dengan bertimbal balik (bersilang) atau dibuang
dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu sebagai satu penghinaan untuk
mereka di dunia dan di akhirat mereka beroleh seksaan yang besar.”

9

(Surah Al-Ma’idah : 33)
Dalam kesalahan murtad, Allah SWT telah berfirman :

Maksudnya :
“Dan barang siapa mencari agama selain Islam, dia tidak akan diterima, dan di akhirat
dia termasuk orang yang rugi.”
(Surah Ali ‘Imran : 85)

E) NAS
Dalil syariah yang terdiri daripada ayat-ayat al-Quran atau hadis Rasulullah SAW
yang digunakan sebagai hujah dalam menentukan sesuatu hukum.
Contoh nas yang terdapat dalam Al-Quran mengenai derma :

(Surah Al-Baqarah : 261)

F) MASADIR

10

Masadir merupakan sumber-sumber yang merujuk kepada sumber-sumber syariah
dalam mencari hukum yang terdiri daripada al-Quran, hadis, ijmak, qiyas dan lainlain.

OBJEKTIF PERLAKSANAAN SYARIAH (MAQASID SYARIAH)

11

Firman Allah SWT :

Maksudnya :

“Wahai nabi! Apabila orang-orang perempuan yang beriman datang kepadamu
untuk memberi pengakuan taat setia bahawa mereka tidak akan melakukan syirik
kepada Allah SWT dengan sesuatu pun, mereka tidak akan mencuri, tidak akan
berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya dan tidak akan melakukan sesuatu
perkara dusta yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka serta tidak akan
menderhaka kepadamu dalam sesuatu perkara yang baik, maka terimalah pengakuan
taat setia mereka dan pohonlah kepada Allah SWT agar mengampuni dosa mereka.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”
(Surah Al-Mumtahanah : 12)

Berdasarkan firman Allah SWT tersebut, para ulamak telah mengistilah lima keperluan
asas manusia iaitu :

12

a) Menjaga Agama
Agama merupakan asa keimanan setiap insan dan perlu dipelihara agar terjamin
kemuliaannya. Firman Allah SWT :

Maksudnya :
“Sesiapa yang mengambil agama selain Islam tidak akan diterima, dan pada hari
akhirat kelak tergolong dalam kalangan orang yang rugi.”
(Surah Ali ‘Imran : 85)
b)




Menjaga Nyawa
Memelihara kesucian dan kehormatan sebagai seorang manusia
Memelihara anggota dan tubuh badan dari disakiti atau dicerobohi
Menjamin kebebasan individu dalam berfikir, memberi pendapat
bermaustatin.

dan

Firman Allah SWT :

Maksudnya :
“Janganlah kamu membunuh diri kamu. Sesungguhnya Allah amat kasihkan kamu.”
(Surah al-Nisa’ : 29)
c) Memelihara Akal
 Akal penentu kepada wujudnya tanggungjawab individu terhadap diri, keluarga
dan masyarakat.
 Akal dikira sebagai sebahagian daripadan anggota yang terpenting dan perlu
dijaga.
 Akal yang sihat akan memberi manfaat kepada masyarakat dan Negara.
d) Memelihara Keturunan
Islam menekankan terhadap aspek penjagaan keturunan kerana ia menjamin
terpeliharanya nyawa dan tubuh badan. Bahkan, pertautan antara hubungan

13

persaudaraan yang disandarkan Islam kepada umatnya menjamin pembentukan
keluarga, masyarakat dan negara yang kuat dan bersatu padu.

Hukum-hukum bagi menjaga maslahah keturunan manusia ialah :

i)

Berkaitan perkahwinan : pemilihan pasangan,
kekeluargaan, penceraian dan sebagainya.

akad,

hubungan

ii)

Pengharaman zina, bersekedudukan, liwat, rogol, pendedahan aurat dan
sebagainya.

e) Memelihara Harta
Islam menggalakkan pencarian harta dan rezeki dengan jalan dan cara yang betul.
Antara maslahah dalam pemilikan harta yang diharuskan oleh Islam ialah :

i.
ii.
iii.
iv.

Menjadikan persetujuan antara kedua belah pihak sebagai asa jual beli dan
muamalah.
Mensyariatkan zakat, sedekah, wakaf, hutang dan lain-lain.
Menggalakkan pelaburan positif dan meluaskan manfaat ekonomi.
Mengharamkan pengambilan harta melalui penindasan, penipuan dan
pencerobohan hak orang lain.

SKOP SYARIAH

Terdapat tiga skop penting yang perlu dijaga oleh seseorang muslim iaitu :

14

a) Hubungan Manusia dengan Allah SWT
Hubungan manusia dengan Allah dan perkara ghaib yang lain termasuk dalam kategori
ibadah khusus yang wajib dilaksanakan oleh seseorang muslim. Ibadah yang dilakukan
itu ada nilai pahala atau dosa yang akan diberikan kepada pelakunya. Contohnya
ialah :





Solat lima waktu
Puasa di bulan Ramadhan
Zakat
Menunaikan haji di Makkah

Sekiranya seseorang itu tidak mampu melakukan ibada-ibadah tersebut maka saudara
terdekatnya boleh membantu melakukannya dalam pelaksanaan ibadah puasa (dengan
cara membayar kaffarah), zakat dan haji (melakukan upah haji).

b) Hubungan antara Manusia sesama Manusia
Melibatkan proses interaksi antara satu sama lain. Ia melibatkan pelaksanaan ibadah
umum yang boleh dilakukan sama ada secara individu atau kolektif (berkumpulan).
Hubungan tatacara manusia ini melibatkan pelbagai bidang dalam :





Muamalah
Politik’dakwah
Kekeluargaan
Perundangan dan sebagainya.

c) Hubungan Manusia dengan Alam
Hubungan yang intim dan harmonis yang perlu wujud terhadap alam sekitar dan
makhluk-makhluk yang lain. Oleh itu, sebarang bentuk pencemaran, aktiviti vandalisme,
pemusnahan hutan dan sebagainya adalah diharamkan.

15

PENUTUP

Konklusinya, syariah merupakan hukum dan peraturan yang telah ditetapkan
oleh Allah SWT untuk hamba-hambanya yang harus dipatuhi. Syariah Islam menjadi
sebuah jalan yang diturunkan Allah SWT kepada semua umat manusia sebagai
panduan dalam menenpuh kehidupan. Manusia memerlukan sebuah panduan yang
lengkap kerana mereka merupakan makhluk yang serba kekurangan dan sentiasa
memerlukan bantuan dan pertolongan.

Oleh itu, syariah diturunkan sebagai sebuah peraturan yang mengatur
kehidupan manusia agar mereka memperoleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan
juga di akhirat kelak

Prinsip-prinsip syariah perlu diamalkan dan dihayati secara menyeluruh seperti
mengamalkan keadilan sejagat, persamaan, persaudaraan dan sebagainya. Bagi
mencapai tujuan tersebut, ia perlu dibangunkan melalui satu bentuk pembangunan
yang bersepadu yang mengambil kira aspek fizikal dan spiritual. Secara tidak langsung,
membuktikan bahawa Islam merupakan agama yang hak dan penuh dengan ciri-ciri
kesempurnaan yang tiada taranya.

16

BIBLIOGRAFI

1. Mohd Nasir Ayub & Wan Asma’ Wan Abu Bakar (2013), Islam Dalam Realiti
Kehidupan, Kedah Darul Aman : Universiti Teknologi MARA
2. Abd Latif Muda (2003), Pengantar Syariah Dan Teori Fiqh, Kuala Lumpur :
Pustaka Salam Sdn Bhd
3. Paizah Hajij Ismail (2008), Undang-Undang Jenayah Islam, Selangor Darul
Ehsan : Tradisi Ilmu Sdn Bhd
4. Mohd Liki Hamid (2003), Pengaijan Tamadun Islam (Edisi Kedua), Pts
Publication & Distribution Sdn Bhd
5. http://caraislam.blogspot.com/2009/10/skop-dan-perlaksanaan-syariahislam.html
6. http://muhammad-fachmi-hidayat.blogspot.com/2013/03/makalah-ushulfikih-definisi-dan-tujuan.html

17