POTENSI ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN UMAT ISL

Prosiding Seminar Antarabangsa Pembangunan Islam 2017
Kolej Universiti Islam Melaka

POTENSI ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA
Khairul Azhar bin Meerangani

Abstrak
Zakat merupakan salah satu daripada sumber ekonomi utama bagi negara Islam. Pengurusan zakat
secara efisien dan sistematik mampu melonjakkan potensi zakat sebagai instrumen pembangunan
umat Islam. Pemanfaatan dana zakat secara optimum sememangnya penting bagi meningkatkan
kualiti dan potensi setiap umat Islam. Di Malaysia, pentadbiran dan pengurusan zakat dikelola oleh
Majlis Agama Islam di setiap negeri. Pihak MAIN bertanggungjawab dalam menentukan kelayakan
penerima serta bentuk bantuan yang bersesuaian dengan latar belakang setiap penerima agar bantuan
yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Kajian ini bertujuan meneliti potensi zakat
dalam membangunkan kualiti umat Islam di Malaysia dengan menyoroti amalan setiap MAIN dalam
mengagihkan bantuan kepada setiap penerima zakat yang berkelayakan. Statistik agihan serta bentuk
program yang disediakan oleh pihak MAIN dianalisis secara deskriptif bagi melihat potensi zakat itu
sendiri secara praktikal dalam meningkatkan kualiti umat Islam. Kajian mendapati pihak MAIN telah
menyediakan pelbagai program bertujuan meningkatkan kualiti asnaf menerusi pengagihan ekonomi
secara seimbang, penyaluran kebajikan sosial, penghasilan modal insan serta peningkatan taraf
pendidikan. Maka, setiap umat Islam khususnya para pembayar zakat perlu mengambil peluang

untuk sama-sama terlibat dengan pihak MAIN dalam memastikan hasil dana zakat tersebut dapat
dioptimumkan bagi membangunkan umat Islam di Malaysia.
Kata Kunci: Potensi, Zakat, Pembangunan Ummah, Agihan, MAIN

Pengenalan
Pembinaan ummah yang berkualiti tinggi memerlukan kepada sumber dana dan instrumen kewangan kukuh
bagi memastikan setiap matlamat yang direncanakan mampu dicapai. Zakat merupakan antara instrumen
utama yang memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kedudukan ekonomi umat Islam serta
menjamin keadilan dan kestabilan sosial menerusi pengurangan jurang pendapatan dalam kalangan
masyarakat (Patmawati, 2008). Menerusi kewajipan berzakat, Islam telah mewujudkan sifat prihatin dan
bertanggungjawab dalam diri setiap Muslim supaya mereka mengambil peduli mengenai golongan yang
memerlukan dalam masyarakat (al-Qardawi, 1991). Hal ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT:

ُ
ُ ُ‫ِمؤنوَ ُ ُبعضهم ُأَولُيآُء ُبعض ُيأنرو َُ ُبُٱل‬
ُ
ُ
َّ ُ َُ َ‫ُٱلصلَََة َُويمُِمؤتم‬
ُ‫ٱلزَكََة‬
َّ َ َ‫يم‬

‫عرو ُ ُ َويَو َهَ َُ ُ َع ُن ُٱلُمو َُ ُر ُ َويمق م‬
‫َم‬
‫َو ُٱلمِمؤنومَ َُ ُ َوٱلُم م َ م م َ م َ َ م م‬
ٓ
ُ ُ‫ُح ُيم‬
َّ َ َ‫َويم ُطيعم‬
َّ َّ ُ‫ٱَّللمُإ‬
َّ ُ‫ُس َُي ََحم مه مُم‬
َ ُ‫ُٱَّللَ َُوَر مسَلَُهۥمُأ ْمولَئ‬
َ َ‫ُٱَّلل‬
َ ‫ُع ُز ٌيز‬
َ ‫ك‬
Surah al-Tawbah 9: 71
Terjemahan: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong
bagi setengah yang lain, mereka menyuruh berbuat kebajikan dan melarang daripada berbuat
kejahatan, dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat serta taat kepada Allah dan
1

Prosiding Seminar Antarabangsa Pembangunan Islam 2017
Kolej Universiti Islam Melaka


Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha
Bijaksana.
Zakat telah difardukan pada tahun kedua hijrah yang mana sebelum itu pemberian dan sumbangan yang
dilakukan adalah secara sukarela sahaja (Ali Sarbiji, 1993). Islam telah mengangkat kedudukan golongan
penerima zakat di mana bebanan tanggungjawab untuk membantu mereka telah diserahkan kepada
golongan Muslim yang berkemampuan sebagai suatu bentuk kewajipan yang perlu dipatuhi sebagaimana
yang dinyatakan dalam ayat berikut :

ُ َّ ُ‫ُوٱلَّ ُذين ُُِفُأَنَ ُلُُمُحقُُ َّنعلمَمُل‬
ُ ُ‫وم‬
ُُ ‫ُرحر‬
َ َ ٓ َ َ
‫لسآئ ُل َُو ُٱلَ م‬
Surah Al-Ma'arij 70 : 24-25

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya,
menjadi hak yang termaklum. Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri
(daripada meminta).
Mustafa al-Siba’i (2012) menyatakan pemberian kepada orang yang berhak sebagaimana yang dinyatakan

dalam ayat tersebut adalah dalam keadaan mereka mendongakkan kepala iaitu menerimanya dengan
bermaruah. Hal ini kerana pemberian tersebut merupakan hak yang telah ditetapkan ke atas mereka
sebagaimana seorang pekerja yang menerima gaji atas pekerjaannya yang dilakukannya. Perkara ini telah
menggambarkan keistimewaan zakat itu sendiri sebagai tunjang kepada struktur sistem ekonomi Islam
dalam membangunkan sosio-ekonomi masyarakat secara komprehensif. Oleh itu, setiap individu yang
berkemampuan seharusnya menghayati tuntutan rukun Islam ketiga ini dengan membabitkan diri dalam
aktiviti pengeluaran dan pengagihan zakat (Ghazali, 2005). Jika tuntutan ini diabaikan, maka kelestarian
dan keunggulan instrumen zakat dalam mewujudkan kesejahteraan ummah itu tidak akan dapat
direalisasikan sepenuhnya. Menerusi sistem zakat, jurang sosioekonomi antara golongan kaya dan miskin
dapat dirapatkan menerusi kesedaran yang wujud dalam diri golongan yang berkemampuan bahawa
golongan yang memerlukan juga mempunyai hak dan bahagian tertentu dalam harta mereka (Mahmood,
2003).
Umat Islam masa kini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam aspek politik, ekonomi dan
sosial yang memerlukan kepada satu sistem sokongan kemasyarakatan yang utuh dalam mewujudkan
kesejahteraan dalam kalangan manusia. Maka, zakat dilihat sebagai antara mekanisme utama pemangkin
ketamadunan ummah yang berkesan serta sesuai dengan peredaran dan perkembangan dunia semasa.
Pengurusan dan pentadbiran dana zakat di Malaysia dikendalikan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri
(MAIN) sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran Negeri masing-masing (Hafiz
dan Nabilah, 2016). Penetapan skop dan bidang kuasa yang khusus ini dapat membuka ruang kepada pihak
MAIN untuk lebih fokus dalam menguruskan kutipan dan agihan zakat dengan lebih berkesan. Hasilnya,

berdasarkan statistik laporan yang dikeluarkan setiap tahun, dapat dilihat berlakunya peningkatan dalam
aspek kutipan dan agihan dana zakat di Malaysia. Sebagai contoh bagi tahun 2015 sahaja, hampir RM3
bilion dana zakat telah berjaya dikutip seterusnya diagihkan kepada penerima yang berkelayakan.
Peningkatan ini antaranya didorong oleh faktor tahap kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat
Muslim untuk mengeluarkan zakat di samping kecekapan pihak MAIN itu sendiri dalam mengendalikan
dana tersebut (Muhammad et.al, 2005). Perincian mengenai statistik kutipan dan agihan zakat bagi setiap
negeri boleh dilihat dalam jadual berikut :
2

Prosiding Seminar Antarabangsa Pembangunan Islam 2017
Kolej Universiti Islam Melaka

NEGERI
Johor
Kedah
Kelantan
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Pulau Pinang

Perak
Perlis
Selangor
Terengganu
Sabah
Sarawak
Wilayah Persekutuan
JUMLAH

KUTIPAN
2014
2015
211,218,871.25
239,931,006.61
128,400,303.04
133,954,548.76
133,321,295.88
161,908,949.42
58,280,964.15
65,968,448.90

88,200,428.43
95,247,317.97
109,325,106.94
118,082,517.70
87,935,987.80
92,844,818.96
114,588,531.29
132,584,966.22
162,327,654.00
158,633,000.00
582,120,473.00
627,225,101.00
120,116,379.60
126,639,148.45
52,829,145.28
61,795,695.17
67,319,511.00
68,573,996.00
540,795,062.34
565,830,672.18

2,456,799,714.00 2,649,220,187.34

AGIHAN
2014
2015
191,069,510.44
228,362,097.68
110,840,195.47
144,955,284.85
151,230,993.87
196,744,773.04
57,200,588.16
54,257,825.00
97,785,893.00
96,935,984.93
109,052,421.09
113,421,941.00
80,098,947.00
101,329,498.13
130,316,694.70

164,264,513.67
104,453,705.00
123,570,316.00
595,114,122.00
676,251,478.00
79,195,981.72
122,041,037.35
64,959,240.44
72,904,222.68
40,506,983.00
44,984,662.00
419,225,908.00
608,724,857.00
2,231,051,183.89 2,748,748,491.33

Jadual 1: Statistik Kutipan dan Agihan Zakat di Malaysia (Sumber: JAWHAR)
Berdasarkan statistik di atas, didapati jumlah kutipan zakat telah mengalami peningkatan sebanyak 7.83%
dari tahun 2014 hingga 2015 seterusnya membolehkan agihan zakat juga mampu ditingkatkan sehingga
23.20% bagi tahun 2015 dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Peningkatan ini membuktikan bahawa
zakat merupakan sumber utama umat Islam yang jika dimanfaatkan dengan baik, mampu memberikan

anjakan dalam kualiti kehidupan umat Islam di Malaysia. Pihak MAIN sendiri telah melaksanakan pelbagai
pembaharuan dan penambahbaikan dalam aspek perkhidmatan kepada masyarakat selaras dengan
perkembangan semasa pada hari ini (Mujaini, 2005). Salah satu perkara yang diberi penekanan utama
adalah berhubung pengagihan dana zakat kepada penerima yang berkelayakan (al-mustahik). Pelbagai
program telah dirangka serta dilaksanakan dalam usaha memastikan dana zakat yang dikumpul berjaya
diagihkan sebaik mungkin bagi meningkatkan kualiti dan taraf kehidupan setiap penerima bantuan
seterusnya dapat membantu mereka keluar daripada kesulitan dan kesukaran hidup yang dihadapi. Maka
dalam kajian ini, program dan bentuk agihan zakat yang dilaksanakan oleh setiap negeri akan dilihat bagi
menilai potensinya dalam membangunkan umat Islam di Malaysia dalam aspek ekonomi, pendidikan dan
sosial.

1) Pembangunan Ekonomi
Dana zakat boleh dimanfaatkan bagi program pembangunan ekonomi bertujuan meningkatkan taraf
ekonomi golongan asnaf melalui penyediaan peluang-peluang perniagaan dan keusahawanan (Patmawati,
2008). Dengan membantu golongan ini terlibat secara langsung dalam bidang-bidang tersebut, zakat telah
memainkan peranan sebagai instrumen agihan ekonomi yang seimbang bagi mengurangkan kadar
kemiskinan, meningkatkan taraf dan kualiti kehidupan, menyediakan kehidupan yang selesa dan sejahtera
seterusnya membawa kepada pembentukan negara yang berprestij pada masa hadapan (Zarina et.al, 2012).
Proses pengagihan semula kekayaan secara seimbang dalam masyarakat sebenarnya dapat merapatkan
3


Prosiding Seminar Antarabangsa Pembangunan Islam 2017
Kolej Universiti Islam Melaka

jurang kekayaan yang terbentuk antara golongan kaya dan miskin. Dalam hal ini, zakat berperanan dalam
mengawal perkembangan pendapatan setiap individu agar tunduk di bawah asas kecukupan diri semua
manusia. Hal ini dapat mengelakkan berlakunya penumpuan harta di kalangan golongan tertentu sahaja
dalam masyarakat sebagaimana yang dinyatakan menerusi firman Allah yang berikut :

ُ ُ ُ ُ ُ َُّ
ُ ُ ‫ربُوٱليَتَمىُُو ُٱلس‬
َُُ َُ ‫ٱلسبُ ُيلُ َكيَُُلُيَ م‬
ُُ ‫ُعلَى َُر مسَلُُۦُهُ ُننُأ‬
َّ َ‫َّنآُأَفَآء‬
َّ ُ‫ُِ َوٱب ُن‬
َ ‫ُٱَّللم‬
َ َ َ َ َ َُ ‫َهلُٱل مقَرىُُفَلله َُول َّلر مسَل َُولذيُٱل مق‬
ُ‫ُِٱلَُِنغوُيَآُُءُ ُنو م م‬
َُ َ‫مدولَُةَُب‬
Surah al-Hasyr 59: 7
Terjemahan : Apa saja harta rampasan yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya (dari harta benda)
yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anakanak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan
beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu.
Pencegahan ini sebenarnya mempunyai signifikan yang cukup penting dalam mengembalikan ekonomi
Islam di tahap yang lebih kukuh dan lebih maju serta menghalang harta daripada terbatas dalam genggaman
orang-orang kaya sahaja (Mahmood, 2001). Secara lazimnya, golongan miskin hanya mempunyai
keupayaan membeli yang terhad disebabkan kekangan pendapatan yang rendah. Maka, mereka biasanya
akan berhadapan dengan kesukaran untuk menampung dan melengkapkan keperluan hidup mereka
(Noorbiah et.al, 2017). Pengurangan kuasa beli ini menyebabkan golongan ini terpaksa membuat pilihan
dengan memastikan hanya barangan yang benar-benar berada di bawah kemampuan kewangan mereka
sahaja yang dibeli. Secara tidak langsung, situasi ini telah membawa kepada peningkatan kecenderungan
mengguna dalam kalangan golongan kaya. Namun begitu, golongan kaya pula dilihat lebih cenderung untuk
menggunakan barangan mewah dan kurang memberi penumpuan kepada barangan keperluan asas. Hal ini
menyebabkan wujudnya kelompangan dalam permintaan terhadap barangan keperluan asas sehingga
membawa kepada penurunan penawaran produk tersebut oleh pihak pengeluar dan pengusaha (Noorbiah
et.al, 2017). Maka, ketika inilah zakat memainkan peranan yang penting dalam menstabilkan semula
ketidakseimbangan kitaran ekonomi yang sedang berlaku.
Pemindahan harta daripada golongan pembayar zakat kepada golongan asnaf ini mampu
meningkatkan kuasa beli mereka terhadap barang-barang keperluan asas harian seterusnya membawa
kepada peningkatan permintaan terhadap barangan dalam pasaran di mana penerima bantuan akan
membelanjakan sebahagian besar daripada perolehan dana tersebut untuk kegunaan seharian mereka.
Peningkatan kuasa beli dalam kalangan asnaf ini boleh merangsang pertumbuhan serta perkembangan
ekonomi negara menerusi peningkatan aktiviti permintaan dan penawaran dalam pasaran (Patmawati,
2008). Maka, dapat dilihat bahawa aktiviti pengutipan dan pengagihan zakat ini bukan sahaja berperanan
dalam mewujudkan agihan ekonomi yang seimbang malahan dapat menjana pendapatan negara ke aras
yang lebih tinggi. Berdasarkan Laporan Ekonomi bagi tahun 2017/2018, dalam tempoh 6 bulan pertama
tahun 2017 ekonomi Malaysia telah mencatat pertumbuhan memberangsangkan sebanyak 5.7 peratus.
Pertumbuhan ini dirangsang oleh permintaan domestik yang kukuh serta dibantu dengan sektor luaran yang
stabil dan teguh (Zarina et.al, 2012).
Dalam masa yang sama, pertambahan penggunaan daripada golongan asnaf bagi memenuhi
keperluan hidup akan meningkatkan permintaan terhadap barangan dan produk keperluan asas seterusnya
menjana peluang pekerjaan dan perniagaan kepada masyarakat. Peningkatan peluang ini mampu
4

Prosiding Seminar Antarabangsa Pembangunan Islam 2017
Kolej Universiti Islam Melaka

menyediakan platform baru untuk diterokai oleh pelbagai pihak dan secara tidak langsung kadar
pengangguran dalam negara juga dapat dikurangkan (Hairunnizam et.al, 2004). Pengangguran
menyebabkan penurunan produktiviti dalam negara di mana bilangan guna tenaga yang produktif berada
pada tahap yang minimum sehingga membawa kepada peningkatan kadar kemiskinan yang berisiko
mengakibatkan tercetusnya krisis sosial dalam kalangan masyarakat. Selain daripada berperanan sebagai
pengguna dalam pasaran, golongan asnaf yang berpotensi juga turut digilap sebagai pengusaha dan
pengeluar untuk terlibat secara aktif dalam pasaran semasa. Pihak MAIN menyediakan pelbagai pakej
bantuan dalam bidang keusahawanan seperti suntikan modal kewangan dan alatan bagi memulakan sesuatu
perniagaan. Selain itu, para peserta program juga dibimbing menerusi kursus kemahiran perniagaan serta
pemantauan yang berterusan bagi memastikan mereka mempunyai daya saing yang tinggi seterusnya
memiliki motivasi yang jitu untuk keluar daripada zon kemiskinan yang membelenggu mereka sejak sekian
lama. Berikut merupakan antara program-program keusahawanan yang disediakan oleh pihak MAIN iaitu:
BENTUK BANTUAN
1) Kursus dan Latihan Kemahiran
2) Modal Perniagaan
3) Modal Berdikari
4) Peluang Perniagaan
5) Bantuan Pemulihan Perniagaan

CONTOH PROGRAM
Pulau Pinang
- Gerak Asnaf Katering
- Gerak Asnaf Jahitan
- Gerak Asnaf Tani
- Gerak Asnaf Niaga
- Atrium dan Café
Kedah
- Pusat Kemahiran Jahitan
Selangor
- Kumpulan Usahawan Asnaf Zakat
(KUAZ)
- Program Hijrah Kerjaya Asnaf
- Forum Ekonomi
- Kursus Keusahawanan
Wilayah Persekutuan
- Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi
- Bantuan Pertanian
- Kedai Rakyat MAIWP

Jadual 2: Bantuan Ekonomi MAIN
Hasil daripada batu loncatan yang disediakan oleh institusi zakat ini, golongan asnaf akan berusaha untuk
memajukan ekonomi mereka seterusnya meningkatkan pendapatan mereka sehingga melepasi had
kelayakan sebagai penerima zakat. Situasi ini secara tidak langsung dapat mengubah golongan penerima
zakat bertukar menjadi pembayar zakat dan secara automatiknya mereka terkeluar daripada senarai asnaf
zakat. Inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak MAIN ini menerusi program-program keusahawanan yang
disediakan berpotensi melahirkan ramai usahawan dan mencipta peluang perniagaan kepada golongan
penerima zakat ini. Zakat yang produktif mampu menjana peningkatan dan pengagihan ekonomi yang
seimbang dan menumbang ke arah kesejahteraan hidup dalam masyarakat.
5

Prosiding Seminar Antarabangsa Pembangunan Islam 2017
Kolej Universiti Islam Melaka

2) Pembangunan Sosial
Pengagihan zakat bertujuan membangunkan kualiti sosial masyarakat dengan memenuhi keperluan asasi
golongan asnaf seperti perlindungan, bantuan sara hidup dan penjagaan kesihatan. Kewujudan golongan
yang tidak berkemampuan dalam sesebuah negara merupakan suatu lumrah yang sukar dielakkan.
Ketidakseimbangan yang wujud dalam aspek sosioekonomi antara golongan kaya dan miskin berpotensi
melemahkan masyarakat secara keseluruhannya selain menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat
sekiranya dibiarkan berterusan (Abd Rahman, 2013). Oleh itu, pendekatan berorientasikan keadilan sosial
seperti zakat sewajarnya diketengahkan sebagai satu bentuk penyelesaian terhadap masalah yang wujud ini.
Pemeliharaan kebajikan sosial menjadi agenda penting yang perlu diberi perhatian bagi merealisasikan
matlamat peningkatan kualiti sosial dalam masyarakat. Penyediaan polisi, program dan perkhidmatan yang
berkualiti perlu diwujudkan bagi memenuhi keperluan asasi masyarakat serta menangani masalah sosial
yang mengancam kehidupan masyarakat (Abd Rahman, 2007). Pelbagai program sokongan dan bantuan
sosial perlu dilaksanakan sebagai satu sistem jaringan perlindungan sosial dalam memastikan golongan
marhaen tidak dibebani masalah-masalah sosial seperti kemiskinan, ketidakupayaan bekerja akibat
daripada kecacatan serta halangan-halangan sosial yang lain bagi membantu mereka bersaing secara aktif
dalam lapangan kehidupan (Che Bakar et.al, 2007). Berdasarkan pendekatan ini, Islam telah mewajibkan
agihan zakat sebagai mekanisme pengalihan harta daripada golongan kaya untuk diberikan kepada mereka
yang berhak dan memerlukan pertolongan seperti fakir, miskin dan sebagainya. Berikut merupakan antara
program kebajikan yang telah dilaksanakan oleh pihak MAIN iaitu :
BENTUK BANTUAN

CONTOH PROGRAM

1) Bina/Baik pulih Rumah

Pulau Pinang
- Pusat Haemodialisis Zakat
- Klinik Bergerak Zakat
- Rumah Transit Saudara Baru

2) Bantuan Bencana Alam/Kecemasan
3) Rawatan Perubatan
4) Bantuan Kewangan dan Makanan Bulanan
5) Pengurusan Jenazah
6) Deposit/Sewa Rumah/Cukai dan Bil
7) Bantuan Musafir/Muallaf
8) Pengurusan Anak Yatim
9) Bantuan Kanak-Kanak Istimewa/OKU

Kedah
- Freemarket@zakatkedah
Selangor
- Pengurusan Rumah Perlindungan Bait alHasanah (Anak Asnaf)
- Pengurusan Rumah Perlindungan Bait alMawaddah (Warga Emas)
Wilayah Persekutuan
- Bantuan Deposit Motosikal Roda 3 (OKU)
- Bantuan Guaman Syarie
- Bantuan Takaful Asnaf
- Agihan Makanan Percuma Sekitar KL
- Pusat Bersalin Berisiko Rendah
- Pusat Pembedahan Katarak
- Pusat Gelandangan MAIWP-KDN

Jadual 3: Bantuan Sosial MAIN

6

Prosiding Seminar Antarabangsa Pembangunan Islam 2017
Kolej Universiti Islam Melaka

Melihat kepada senarai program yang dilaksanakan, maka kita dapat menilai tahap keseriusan pihak MAIN
dalam membantu masyarakat. Pelbagai program dilaksanakan bagi membantu golongan asnaf menikmati
kehidupan yang lebih baik dan sejahtera untuk diri sendiri dan juga keluarga mereka. Bantuan meliputi
perlindungan, peruntukan kewangan, keperluan asas dan kebajikan asnaf. Selain berperanan sebagai
pengimbang sosioekonomi masyarakat, zakat juga mampu menyuburkan lagi hubungan silaturahim serta
melestarikan keharmonian hidup bermasyarakat sebagaimana yang dinyatakan menerusi ayat yang berikut:

ُُ ‫ذُننُأ‬
ُ ‫َُسيع‬
ُ ُ
ُ ‫خ‬
ُ َّ ‫كُس َ نُ َُّلمُُو‬
ُ‫يم‬
َ ٌ َ ‫ٱَّللم‬
‫م‬
َ َُُّ ُ‫ص ُُلُ َعلَي ُهمُإ‬
َ ‫ص َدقَةُتمطَ ُه مرمهمُ َوتمَزكي ُهمُِبَاُ َو‬
َ ُ‫َنَ ُلم‬
ٌ ‫ُعل‬
َ ‫صلََتَ َُ َ م‬
َ
Surah al-Tawbah 9: 103
Terjemahan: Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya
engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan
doakan untuk mereka kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan
(ingatlah) Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.
Bagi mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan harmoni, zakat juga berusaha membebaskan manusia
daripada belenggu kemiskinan melalui peruntukan sara hidup kepada golongan yang memerlukan sama ada
secara sementara mahupun kekal. Golongan ini akan diberikan perlindungan yang sewajarnya bagi
memastikan mereka dapat menjalani kehidupan yang terjamin. Selain itu, zakat juga bertujuan membantu
golongan yang menghadapi masalah kewangan dan material di luar jangkaan seperti hutang, penyakit dan
musibah tertentu meskipun pada asalnya mereka berada dalam kategori yang tidak memerlukan bantuan
(Hairunnizam et.al, 2004). Fokus zakat dalam membasmi kemiskinan ini dapat dilihat menerusi jumlah
peruntukan yang diberikan kepada asnaf dalam kategori fakir dan miskin pada tahun 2015 iaitu sebanyak
RM1.2017 juta ataupun 43.94% daripada jumlah keseluruhan agihan zakat yang dikeluarkan oleh Majlis
Agama Islam di setiap negeri. Hal ini menunjukkan tahap keseriusan pihak MAIN dalam membela dan
mengeluarkan setiap asnaf yang terlibat daripada kemelut kemiskinan yang melingkari kehidupan mereka.
Islam memberikan perhatian yang serius terhadap agenda pembasmian kemiskinan kerana ia
merupakan antara faktor penyumbang kepada berlakunya jenayah dalam masyarakat. Di samping itu,
kemiskinan juga boleh mencetuskan bibit-bibit benci dan permusuhan antara golongan kaya dan miskin
seterusnya membawa kepada konflik sosial dalam masyarakat. Sehubungan dengan itu, para sarjana
Muslim telah menetapkan bahawa aspek yang perlu diberikan penekanan dan fokus utama dalam agihan
zakat adalah agenda pembasmian kemiskinan (Sabri dan Riki, 2016). Namun begitu, pembangunan
sosioekonomi golongan asnaf fakir dan miskin merupakan satu isu serius yang memerlukan kepada
perancangan yang rapi dan tidak boleh ditangani secara bermusim sahaja. Maka, perencanaan projek jangka
pendek dan jangka panjang dalam membangunkan golongan ini perlu dilaksanakan secara seiringan. Zakat
boleh diperuntukkan dalam bentuk bantuan berterusan seperti sara hidup miskin tegar, sumbangan bencana
alam, perlindungan daripada musibah dan kesulitan serta bantuan perubatan kerana keperluannya adalah
mendesak dan segera. Selain itu, zakat juga boleh digunakan untuk membiayai projek-projek pembangunan
jangka panjang seperti pembiayaan pendidikan dan penyediaan modal keusahawanan yang memberikan
faedah lebih besar di masa hadapan buat golongan ini. Jiwa mereka perlu dimotivasikan untuk berdikari
dengan cara memanfaatkan wang agihan zakat sebagai sumber modal dalam memajukan ekonomi sendiri
sehingga akhirnya dapat mengeluarkan diri mereka daripada belenggu kemiskinan (Joni, 2005).

7

Prosiding Seminar Antarabangsa Pembangunan Islam 2017
Kolej Universiti Islam Melaka

Zakat merupakan mekanisme yang dapat menjamin keadilan sosioekonomi dalam masyarakat.
Pemberian zakat bukan sahaja membolehkan manusia memelihara kehormatan diri serta menyediakan
suasana kondusif untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah, bahkan yang lebih penting jurang
yang terbentuk antara golongan kaya dan miskin dapat diseimbangkan. Zakat merupakan antara elemen
penting yang membentuk takaful ijtima’i iaitu usaha saling membantu antara masyarakat dengan
menyempurnakan keperluan kehidupan asasi seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Selain itu, zakat
juga berperanan meringankan bebanan yang ditanggung oleh sebahagian anggota masyarakat antaranya
dengan membantu mereka melunaskan hutang yang mencengkam diri, membolehkan orang yang terputus
bekalan dalam perjalanan untuk sampai ke negeri mereka, menyediakan perlindungan buat golongan mualaf
yang dibuang keluarga serta bantuan-bantuan lain bagi merealisasikan falsafah takaful yang dianjurkan oleh
Islam (Shofian dan Amir, 2002). Zakat merupakan antara platform utama buat umat Islam untuk
mempunyai sifat prihatin dan bertanggungjawab terhadap nasib saudaranya yang lain serta saling memberi
jaminan perlindungan antara satu sama lain. Di samping itu, zakat juga dapat menghalang segala bencana
dan bahaya yang berpotensi wujud dalam masyarakat sejagat seperti perasaan hasad dengki dan benci.

3) Pembangunan Pendidikan
Selain daripada fokus dalam pembangunan ekonomi dan sosial, pihak MAIN juga turut memberikan
perhatian terhadap agenda pembangunan pendidikan dalam masyarakat. Menerusi peruntukan yang
disediakan ini, golongan asnaf dapat meningkatkan kualiti dan jati diri mereka serta melahirkan golongan
asnaf yang berketerampilan dan berdaya saing (Che Bakar et.al, 2007). Program-program peningkatan taraf
pendidikan yang disediakan oleh pihak MAIN ini telah membuka peluang kepada anak-anak asnaf untuk
belajar ke peringkat yang lebih tingi serta mengurangkan kadar buta huruf dalam masyarakat yang akhirnya
menjanjikan masa depan yang lebih cerah buat mereka dan keluarga. Menerusi program-program ini juga,
pihak MAIN dapat membuka minda golongan asnaf untuk memberanikan diri berhadapan dengan
masyarakat luar. Hal ini kerana kesukaran hidup yang dilalui menyebabkan sebahagian daripada mereka
takut untuk berhadapan dengan dunia luar kerana kurang keyakinan diri untuk bergaul dengan masyarakat
(Azman dan Martiah, 2014). Golongan asnaf ini sebenarnya mempunyai minat yang tinggi untuk menuntut
ilmu namun disebabkan kekangan dari segi kewangan untuk membayar yuran persekolahan dan pengajian,
maka sebahagian besar daripada mereka terus mengambil jalan singkat dengan menamatkan sesi
pembelajaran meskipun mempunyai potensi yang besar untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran
(Faeez dan Kamarul, 2011).
Masalah keciciran dalam pelajaran yang berlaku apabila seseorang itu tidak dapat meneruskan
pelajaran merupakan antara barah yang membunuh potensi-potensi berbakat dalam negara. Keciciran ini
sememangnya mendatangkan kerugian yang besar kepada negara serta mendedahkan negara dengan krisis
kehilangan pelapis generasi berkualiti yang serius sekiranya tidak ditangani dengan segera. Oleh itu, agenda
menangani masalah keciciran dalam pelajaran ini telah diberikan perhatian yang serius terutamanya sejak
tahun 1960an dan pihak kerajaan telah mengambil langkah yang sewajarnya berdasarkan syor yang
diperoleh menerusi pembentangan Laporan Murad 1972. Kajian keciciran yang dilaksanakan secara
komprehensif membabitkan kawasan bandar raya, kota-kota besar serta kawasan pekan dan luar bandar
mendapati sebanyak 40% pelajar sekolah di Malaysia mengalami keciciran pelajaran (Kamal, 1988).
Laporan ini merumuskan bahawa faktor utama berlakunya keciciran dalam pelajaran ini disebabkan oleh

8

Prosiding Seminar Antarabangsa Pembangunan Islam 2017
Kolej Universiti Islam Melaka

taraf sosioekonomi keluarga di mana anak-anak yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah
sering kali tercicir dalam pelajaran kerana ketidakmampuan ibu bapa untuk menanggung bebanan
persekolahan anak-anak mereka. Tahap pendidikan ibu bapa yang rendah juga dilihat turut mempengaruhi
kesedaran mereka berkaitan kepentingan pendidikan dalam kalangan anak-anak. Berdasarkan laporan
tersebut, beberapa inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan dalam menyediakan peluang yang sama
rata kepada semua anggota masyarakat untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti seperti pengecualian
yuran persekolahan, pemberian biasiswa serta penyediaan insentif-insentif bantuan meliputi perkhidmatan
kesihatan, makanan yang berkualiti serta pinjaman buku teks yang diberikan secara percuma (Kamal,
1988).
Pihak kerajaan telah memberikan peruntukan yang besar dalam pendidikan dari tahun ke tahun
Bagi tahun 2015 hingga 2017, hampir RM42 bilion telah dibelanjakan setiap tahun dalam memastikan
setiap rakyat mendapat taraf dan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti. Hal ini membuktikan bahawa
sektor pendidikan telah dijadikan sebagai agenda utama pihak kerajaan dalam mentransformasikan
pembangunan negara. Namun begitu, peruntukan pihak kerajaan tersebut hanya disediakan secara umum
kepada semua rakyat serta kurang memberi perhatian yang khusus terutamanya kepada golongan asnaf
supaya mereka dapat keluar dari kepompong kemiskinan dan merubah kehidupan yang lebih baik. Maka,
di sinilah pihak MAIN memainkan peranan yang penting dalam mengenal pasti golongan asnaf yang
tercicir dalam pelajaran seterusnya merangka program-program bersesuaian bagi membantu meningkatkan
kualiti diri dan taraf pendidikan mereka. Pelbagai bantuan sebenarnya telah diperuntukkan oleh pihak
institusi zakat dalam menjana kecemerlangan pendidikan dalam kalangan asnaf iaitu :
BENTUK BANTUAN

CONTOH PROGRAM

1) Bantuan Persekolahan/IPT

Pulau Pinang
- Prep Night Class
- Smart Caliph Camp
- Mutiara PDCA

2) Dermasiswa/ Biasiswa Pelajaran
3) Seminar dan Bengkel Pelajar
4) Tuisyen
5) Insentif Kecemerlangan

Sarawak
- Dana Ibn Khaldun
Selangor
- Kolej Universiti Islam Selangor
- Program Sekolah Angkat
- Elaun Guru KAFA
Wilayah Persekutuan
- Sekolah Menengah Integrasi Sains
Tahfiz (SMISTA)
- Bantuan Pelajar Kolej Antarabangsa
Sains Perubatan PUSRAWI (PICOMS)
- Bantuan Pelajar Institut Profesional
Baitulmal
- Bantuan Galakan Huffaz al-Quran
- Pondok Moden al-‘Abaqirah
- Darul ‘Ilmi

Jadual 4: Bantuan Pendidikan MAIN
9

Prosiding Seminar Antarabangsa Pembangunan Islam 2017
Kolej Universiti Islam Melaka

Program-program yang dilaksanakan tersebut membuktikan bahawa pihak MAIN sememangnya
serius dalam meningkatkan taraf pendidikan golongan asnaf sebagai sebahagian daripada pelan jangka
panjang dalam membantu mereka menikmati kehidupan yang lebih baik di masa hadapan. Pendidikan
merupakan tiket penting dalam mengubah kehidupan golongan asnaf terutama dalam kalangan fakir dan
miskin serta mengangkat kedudukan mereka kepada taraf yang lebih tinggi sebagaimana yang dinyatakan
dalam ayat yang berikut :

ُ َّ
ُ َّ َّ ُ‫يُرفَ ُع‬
ُ
َُ ُ‫ينُأموتمَاُْٱلع‬
‫لمُ َد َر َج‬
َ
َ ‫ينُءَ َانومَاُْنو م مَُُوٱلذ‬
َ ‫ٱَّللمُٱلذ‬
Surah al-Mujadilah 58: 11
Terjemahan : Allah meninggikan orang-orang yang beriman dalam kalangan kamu, dan orang-orang
yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat.
Pembelajaran yang berterusan di setiap peringkat bermula persekolahan peringkat rendah sehingga
pengajian di peringkat yang tinggi dapat membekalkan golongan asnaf dengan pelbagai pakej yang
berkualiti seterusnya membuka peluang pekerjaan yang baik bagi menjamin masa depan yang cerah.
Kerjaya yang baik hasil daripada pendidikan yang berterusan yang diperoleh mampu mengeluarkan
golongan asnaf daripada kepompong kemiskinan yang membelenggu mereka. Tahap kelulusan yang baik
di peringkat pengajian tinggi pula dapat menjamin kerjaya yang baik dan dalam masa yang sama dapat
menangani masalah pengangguran dalam kalangan generasi muda di Malaysia. Bantuan zakat pendidikan
yang disediakan oleh pihak MAIN dilihat dapat menyuntik kesedaran serta mencetuskan semangat ingin
berjaya dalam kalangan asnaf setelah melihat kejayaan peserta program yang lain keluar daripada belenggu
kemiskinan seterusnya meningkatkan taraf kehidupan mereka. Mentaliti dan persepsi negatif yang wujud
dalam kalangan asnaf seharusnya diubah supaya mereka tidak mewarisi kehidupan sebagai asnaf sebaliknya
mampu berubah menjadi kumpulan masyarakat yang produktif. Golongan ini juga mampu model dan
sumber inspirasi kepada asnaf lain dalam meningkatkan kesedaran untuk mendapatkan kehidupan yang
lebih baik. Oleh itu, setiap asnaf perlu memanfaatkan segala bantuan dan peluang yang diberikan sebaiknya
bagi membuktikan kepada masyarakat bahawa mereka juga layak dan berhak untuk berubah dan berjaya.

4) Pembangunan Modal Insan
Pembangunan modal insan merupakan cabang pembangunan yang berpusat kepada manusia itu sendiri di
manusia bertindak sebagai ejen yang menggerakkan pembangunan tersebut seterusnya menjadi matlamat
akhir kepada pembangunan itu sendiri (Haryati et.al, 2009). Maka sebagai ejen penggerak utama
pembangunan, manusia tersebut perlu dilengkapkan dengan pelbagai kemahiran yang berkualiti dan nilai
murni yang ampuh bagi merealisasikan pembangunan yang mampan dan penghasilan modal insan yang
ideal. Dalam erti kata yang lain, pembangunan modal insan juga merujuk kepada usaha pemerkasaan insan
sebagai modal utama yang perlu diperkembangkan sebaik mungkin menerusi gabungan elemen
pengetahuan dan kemahiran yang ditanamkan dalam diri setiap asnaf serta diperkukuhkan lagi dengan
pembinaan set sikap dan nilai murni agar modal insan yang dibentuk lebih unggul dan berkualiti mencakupi
aspek fizikal dan rohani (Abd Rahman, 2007). Gabungan kedua-dua unsur ini akan melahirkan modal insan
yang mempunyai pegangan hidup dan hala tuju yang jelas, menghormati adat dan batasan agama, memiliki
etika dan integriti yang tinggi serta kekuatan minda yang kukuh. Selain itu, mereka juga diharapkan mampu
menapis segala anasir yang negatif serta berupaya untuk membuat keputusan dengan tepat, cepat dan
10

Prosiding Seminar Antarabangsa Pembangunan Islam 2017
Kolej Universiti Islam Melaka

optimistik (Sidek, 2008). Proses melahirkan modal insan yang mempunyai pakej-pakej ini perlu menjadi
agenda utama pihak kerajaan bagi menyediakan generasi pelapis yang mampu dan layak mewarisi serta
menerajui pengurusan dan pentadbiran negara pada masa hadapan.
Dalam hal ini, zakat telah memainkan peranan yang aktif dengan turut sama terlibat memperbaiki
dan menambah baik kualiti yang ada pada setiap asnaf yang berpotensi. Menerusi bantuan dan latihan yang
diberikan, asnaf miskin memperoleh rangsangan dan dorongan untuk mengubah diri mereka dan keluarga
ke arah yang lebih positif. Tidak dinafikan bahawa perubahan ini sememangnya memerlukan tempoh yang
panjang kerana ia melibatkan perubahan sikap dan budaya hidup seseorang terutamanya golongan fakir dan
miskin (Abd Rahman, 2006). Menerusi bantuan yang disediakan oleh pihak MAIN ini, momentum
perubahan golongan ini telah dicetuskan melalui penganjuran program-program yang bermanfaat seperti
khidmat kesukarelawanan, pemulihan akhlak, latihan dan kemahiran serta pembangunan kerohanian.
Penganjuran program seperti ini sebenarnya merupakan suatu inisiatif yang baik daripada pihak MAIN
sebagai satu mekanisme yang membolehkan golongan asnaf ini terutamanya fakir dan miskin
menyumbangkan kembali tenaga dan kepakaran mereka kepada masyarakat dengan melibatkan diri aktiviti
sosial dan program kemasyarakatan. Hasilnya, selain daripada dapat mengubah golongan asnaf ini ke arah
perubahan kendiri yang positif secara perlahan-lahan mengikut potensi yang dimiliki, mereka juga dapat
mengembalikan semula manfaat yang pernah diterima kepada masyarakat setempat. Masyarakat boleh
memanfaatkan kemahiran dan potensi yang dimiliki oleh golongan ini antaranya menerusi penyediaan
tenaga kerja yang berkualiti serta pengurangan kos perbelanjaan yang tinggi bagi sesuatu program
kemasyarakatan. Antara program pembangunan modal insan yang dijalankan oleh pihak MAIN adalah :
BENTUK BANTUAN

CONTOH PROGRAM

1) Pusat Pemulihan Akhlak/Pemurnian Pulau Pinang
Akidah
- Inapan Kasih Sayang
- Pusat Latihan Zakat
2) Insentif Masjid dan Surau
3) Bantuan Perkahwinan

Melaka
- Program Rumahku Syurgaku
4) Kursus dan Latihan Kemahiran
- Khemah ibadah
5) Bimbingan Saudara Baru
- Tabung Amanah Dakwah Negeri Melaka
6) Insentif NGO Dakwah dan Kebajikan - Badan Sukarelawan al-Taqwa
7) Program Keagamaan

Selangor
- Pusat Latihan Muallaf
- Program Pemulihan Akhlak (Baitul Ehsan)
- Program Pemurnian Akidah (Baitul Iman)
- Pusat Pemulihan Dadah Tegar
Negeri Sembilan
- Skim Bantuan Kaunselor Sukarela
- Pengurusan Kompleks As Sa’adah
Wilayah Persekutuan
- Dar Assa’adah
- Darul Hidayah
Jadual 5: Bantuan Modal Insan MAIN
11

Prosiding Seminar Antarabangsa Pembangunan Islam 2017
Kolej Universiti Islam Melaka

Perlaksanaan program sebegini dapat dilaksanakan secara efisien dengan kewujudan satu sistem
pemantauan yang rapi oleh pihak MAIN dalam memastikan objektif program yang disediakan mampu
dicapai. Pelaksanaan program, kursus dan latihan kemahiran yang menerapkan elemen keseimbangan dunia
dan akhirat dalam jiwa setiap asnaf seharusnya diteruskan bagi melahirkan insan-insan yang cemerlang.
Penghasilan modal insan yang berkualiti sememangnya sebahagian daripada agenda penting pihak kerajaan
bagi menyediakan generasi yang berdaya saing dalam menghadapi cabaran era hadapan (Haryati et.al,
2009). Usaha yang dilaksanakan oleh pihak MAIN dalam mendukung hasrat pihak kerajaan perlu diberikan
kredit yang selayaknya kerana ia secara tidak langsung melambangkan keanjalan sistem zakat itu sendiri
dalam memberikan manfaat buat umat Islam dalam segenap lapisan (Khairul, 2017). Hakikatnya,
penghasilan modal insan merupakan suatu usaha menggabungkan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan
yang dimiliki oleh seseorang individu yang boleh dimanfaatkan untuk menggerakkan kerja yang berfaedah
sekaligus mengaplikasikannya dalam kehidupan bagi mencapai tujuan kehidupan yang lebih bermakna.
Dalam hal ini, elemen pembangunan pemikiran dan kerohanian merupakan tunjang utama dalam
menentukan hala tuju transformasi yang ingin dilakukan dan disokong dengan elemen pembangunan
kemahuan, fizikal dan perasaan (Sidek, 2008). Pelaksanaan tindakan ini paling tidak menghasilkan acuan
yang dianggap terbaik bagi kehidupan umat Islam dan inilah yang telah dilaksanakan oleh pihak MAIN
menerusi agihan dana zakat yang diperuntukkan bagi menjalankan program-program pembangunan modal
insan di setiap negeri.

Kesimpulan
Pensyariatan zakat dalam Islam bertujuan menyuburkan keadilan dan keseimbangan dalam kehidupan
manusia serta membela golongan yang diuji dengan kemiskinan dan kesusahan. Melalui pengagihan zakat
yang sempurna dan bersistematik, ekonomi umat Islam mampu dijana ke tahap yang lebih tinggi menerusi
program-program perniagaan dan keusahawanan. Hal ini akan menghasilkan kesan yang berangkai di mana
pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan seimbang akan mewujudkan sistem kebajikan sosial yang ampuh
seterusnya meningkatkan taraf pendidikan dan kualiti modal insan dalam negara. Oleh itu, usaha ini
memerlukan kepada perancangan yang rapi menerusi penggemblengan tenaga kerja dan strategi yang
tersusun melalui badan berorganisasi yang kukuh dan ampuh (Shofian dan Amir, 2002). Dengan maksud
lain, agenda ini sebenarnya sukar direalisasikan sekiranya agihan zakat dilaksanakan secara individu dan
bersendirian kerana matlamat untuk membebaskan manusia daripada kemiskinan serta menghasilkan modal
insan yang berkualiti bukanlah suatu tugasan yang mudah. Peningkatan ekonomi negara ada signifikan
impak kepada peningkatan zakat. Justeru itu, kedudukan zakat sebagai antara institusi sosial yang utama
bagi umat Islam perlu diperkembangkan dan dipertingkatkan menerusi pengurusan yang mampan dan utuh
institusi bagi membina satu dimensi baru terutamanya dalam pengagihan zakat supaya institusi zakat
menjadi satu institusi yang berdaya saing dan dapat memainkan peranan dengan berkesan di peringkat
tempatan, serantau dan sejagat (Hairunnizam et.al, 2004). Usaha untuk memartabatkan kecemerlangan
umat Islam telah menjadi agenda utama bagi setiap negara Islam dan institusi zakat mampu menjadi
mekanisme penting yang berpotensi tinggi dalam menggerakkan agenda pembangunan umat Islam
khususnya di Malaysia.

12

Prosiding Seminar Antarabangsa Pembangunan Islam 2017
Kolej Universiti Islam Melaka

Rujukan
Abdul Rahman Ahmad (2006) Pembangunan Modal Insan: Apa dan Kenapa dalam Konteks Organisasi di
Malaysia, Alor Star: Human Resources Academy.
Abdul Rahman Embong (2007) Pembangunan Negara, Komuniti Dan Insan Melampaui 2020, Bangi:
Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa.
Abdul Rahman Talib (2013) “Konsep Agihan Zakat kepada Asnaf menurut Perspektif Islam”, Jurnal
Pengurusan JAWHAR 7(2): 5-16
Azman Ab Rahman dan Siti Martiah Anwar (2014) Dana Zakat dalam Pendidikan Asnaf dan
Sumbangannya Terhadap Ekonomi Malaysia, (Prosiding, PERKEM ke-9)
Che Bakar Che Mat et.al (2007) Pembangunan Dari Perspektif Islam, Shah Alam: Pusat Penerbitan
Universiti (UPENA).
Ghazali Ibrahim (2009) Memberi Tanpa Diminta: Itulah Falsafah Zakat, Selangor: Tijarah Network
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad dan Mohd Ali Mohd Noor (2004) “Kesan Bantuan Zakat terhadap
Kualiti Hidup Asnaf Fakir dan Miskin”, The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research 1(1): 151166
Haryati Shafii, Sharifah Meryam Shareh Musa dan Zakila Abd Rahman (2009) Pembangunan Modal Insan
Ke Arah Meningkatkan Kualiti Hidup Masyarakat, (Proceeding, International Conference on Human
Capital Development (ICONHCD 2009), 25-27 May 2009, Kuantan, Pahang)
Hasan Bahrom, Abd Halim Mohd Noor dan Rawi Nordin (2011) Fiqh Zakat Malaysia, Shah Alam: UPENA
UiTM
Joni Tamkin Bin Borhan (2005) Peranan Pembangunan Ekonomi Berteraskan Islam dalam Pembinaan
Ummah Bertamadun, (Prosiding, Seminar Ketamadunan Ummah, 9 Ogos 2005).
Khairul Azhar Meerangani (2017) Model Agihan Dana Zakat al-Riqab Berteraskan Maqasid al-Syariah:
Satu Kajian Awal dalam Isu-Isu Kontemporari dalam Zakat, Wakaf dan Filantropi Islam, eds. Najahudin
Lateh et.al, Shah Alam: ACIS UiTM
Mahmood Zuhdi Abd Majid (2003) Pengurusan Zakat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Mahmood Zuhdi Ab Majid (2001) “Falsafah Agihan: Keberkesanan dan Ketelusan dalam Pengagihan
Zakat”, (Makalah, Konvensyen Zakat Kebangsaan, Renaissance Palm Garden Hotel, Putrajaya)
Mohamad Sabri Haron dan Riki Rahman (2016) “Pengagihan Zakat Dalam Konteks Kesejahteraan
Masyarakat Islam: Satu Tinjauan Berasaskan Maqasid Al-Syari’ah”, Labuan e-Journal of Muamalat and
Society 10:. 129-140
Mohd Faeez Ilias dan Kamarul Azmi Jasmi (2011) Peranan Pendidikan Islam Dalam Pembangunan Modal
Insan Kelas Pertama, (Prosiding, Persidangan Kebangsaan Sains Sosial pada 20 dan 21 April 2011 di
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). (Anjuran Fakulti Sains Sosial, UNIMAS)
13

Prosiding Seminar Antarabangsa Pembangunan Islam 2017
Kolej Universiti Islam Melaka

Mohd Kamal Hassan (1988) Pendidikan dan Pembangunan Satu Perspektif Bersepadu, Kuala Lumpur:
Nurin Enterprise.
Muhammad Muda, Ainulashikin Marzuki and Amir Shaharuddin (2005) “Internal and External Factors
Influencing Individual’s Participation in Zakat: Preliminary Results”, Journal of Muamalat and Islamic
Finance Research 2(1): 77-92.
Muhammad Hafiz Badarulzaman dan Siti Nabilah Sulaiman (2016) “Undang-undang Pentadbiran dan
Pengurusan Zakat di Malaysia: Perbandingan antara Enakmen Negeri-Negeri” (Prosiding, The 5th
International Conference of Law and Society (ICLAS V), UNISZA Kuala Terengganu).
Muhammad Ra’fat ‘Uthman (2010) al-Zakah fi al-Amwal wa Ma Yattasil biha min Qadaya Maliyyah
Mu’asirah, Qahirah: Maktabah Wahbah
Muhammad Zulfiqar (2014) Zakah According to the Quran and Sunah, Riyad: Darussalam Publishers
Mujaini Tarimin (2005) Zakat Menuju Pengurusan Profesional, Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors
Mujaini Tarimin (2005) Golongan Penerima Zakat: Agihan Dana Zakat Secara Lebih Berkesan, Shah
Alam: Penerbit UiTM
Mustafa al-Siba’i (2012) Isytirakiyyah al-Islam Qahirah: al-Hai’ah al-‘Amah li Qusur al-Thaqafah
Patmawati Ibrahim (2008) “Pembangunan Ekonomi Melalui Agihan Zakat: Tinjauan Empirikal”, Jurnal
Syariah, 16(2): 223-244
Sanep Ahmad dan Hairunnizam Wahid (2005) “Persepsi Agihan Zakat dan Kesannya Terhadap
Pembayaran Zakat kepada Institusi Formal”, Jurnal Ekonomi Malaysia 39: 53-69
Sidek Baba (2008) Pembangunan Modal Insan dalam Pembangunan Negara, (Prosiding, Seminar
Pembangunan Insan di Malaysia, 8 Januari 2008).
Shofian Ahmad dan Amir Husin Mohd Nor (2002) Zakat Membangun Ummah, Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors
Siti Noorbiah Mat Rejab et.al (2017) Zakat Sebagai Mekanisme Agihan Ekonomi Seimbang: Aplikasi
Lembaga Zakat Selangor dalam Isu-Isu Kontemporari dalam Zakat, Wakaf dan Filantropi Islam, eds.
Najahudin Lateh et.al, Shah Alam: ACIS UiTM
Yusuf al-Qardawi (2006) Fiqh al-Zakah: Dirasah Muqaranah li Ahkamiha wa Falsafatiha fi Daw’ alQur’an wa al-Sunnah, Jilid 2, Qahirah: Maktabah Wahbah
Zarina Kadri, Sanep Ahmad dan Mohd Ali Mohd Nor (2012) “Zakat sebagai Pemangkin Pembangunan
Ekonomi: Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi”, (Prosiding, Persidangan Kebangsaan Ekonomi
Malaysia ke VII (PERKEM VII) Jilid 2: 1263-1273

14