TAJUK 1 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDI

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

Tajuk 1

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN
JASMANI SUAIAN

Sinopsis
Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi sejarah dan perkembangan Pendidikan
Jasmani Suaian di sekolah, bagi masyarakat kurang upaya dan juga untuk murid
kurang upaya. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan
rujukan.

Hasil Pembelajaran
Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:
1. menjelaskan sejarah dan perkembangan Pendidikan Jasmani Suaian di
sekolah bagi masyarakat kurang upaya dan murid kurang upaya di Malaysia.
2. menghuraikan sejarah dan perkembangan Pendidikan Jasmani Suaian di
sekolah bagi masyarakat kurang upaya dan murid kurang upaya di Malaysia.
3. menterjemahkan kandungan kurikulum secara umum dan spesifik kepada
aktiviti pembelajaran yang lebih bermakna.

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Sejarah dan
Perkembangan
Pendidikan
Jasmani Suaian

Pendidikan
Jasmani di Sekolah

Masyarakat Kurang
Upaya

1

Murid Kurang
Upaya

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian


KANDUNGAN

1.0 Pengenalan
Pendidikan Jasmani merupakan saatu mata pelajaran yang penting dalam
kurikulum pendidikan formal sistem pendidikan di Malaysia. Walaupun mata
pelajaran Pendidikan Jasmani tidak diuji dalam peperiksaan awam di Malaysia,
subjek ini nyata signifikan kerana merupakan satu-satunya bidang pendidikan yang
menekankan elemen jasmani yang tidak disentuh oleh mata pelajaran lain dalam
hal berkaitan dengan empat elemen penting pendidikan iaitu jasmani, emosi, rohani
dan intelek. Tambahan lagi, selain daripada merupakan bidang ilmu itu sendiri, mata
pelajaran ini menyumbang kepada kecergasan semasa seseorang murid dan
mampu menerapkan amalan bersenam untuk kesihatan di luar waktu sekolah
malah untuk amalan sepanjang hayat.

1.1 Sejarah perkembangan pendidikan jasmani suaian.
1.1.1 Dunia
Pada tahun 1883 Sekolah Perkins telah memperkenalkan pendidikan jasmani
untuk masalah penglihatan dalam bentuk latihan secara terbuka. Manakala pada
tahun 1840, mereka telah pergi ke Boston untuk latihan gimnastik bagi murid
bermasalah penglihatan dan mereka telah dapat menyesuaikan diri dengan

kategori tersebut.
Semasa abad ke-20, didapati ramai askar yang telah tercedera dan
mengalami kecacatan kekal serta hilang upaya semasa perang dunia telah
digalakkan untuk menyertai aktiviti fizikal dan sukan rekreasi. Ia sebagai

2

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

pemulihan menjalani kehidupan seharian seperti sedia kala sebagaimana insan
lain yang normal dikenali sebagai ’Therapeutic Recreation’. Konsep ’Therapeutic
Recreation’ telah berkembang secara terancang di Amerika di mana hospital dan
sekolah meneruskan penggunaan kaedah rekreasi sebagai salah satu terapi.
Ketika salah sebuah hospital di United Kingdom menggunakan model
’Therapeutic Recreation’ Amerika, konsep kesukanan dan pertandingan bagi
orang kurang upaya telah disedari pertama kalinya oleh Guttmann di Hospital
Stoke Mandeville, England. Walaupun objektif bagi intervensi Guttmann adalah
untuk menghasilkan aktiviti rekreasi terapi pada mulanya, beliau kemudiannya
menyedari potensi sukan untuk pertandingan yang lebih luas lagi. Berikutan
peristiwa tersebut, Guttmann dan Pertubuhan Sukan Stoke Mandeville

antarabangsa telah dikenali sebagai inspirasi dan pelopor perkembangan awal
sukan bagi orang kurang upaya. Salah satu pertandingan antarabangsa yang
terawal untuk orang kurang upaya diadakan pada tahun 1948. Kelab-kelab
sukan dan hospital-hospital dijemput pada tahun itu ke Stoke Mandaville yang
kebetulan pada tahun yang sama Sukan Olimpik turut diadakan di London.

1.1.2 Malaysia
Mata pelajaran pendidikan jasmani untuk kanak-kanak normal telah lama diajar
di semua sekolah kerajaan dan swasta sejak sebelum merdeka lagi. Walau
bagaimanapun tahap pengajaran telah menurun secara mendadak selepas
kemerdekaan terutamanya pada tahun 1970 an (Hamdan Mohd. Ali, 2002).
Antara masalah yang dikenalpasti ialah pengabaian mata pelajaran pendidikan
jasmani kerana tidak diuji di dalam peperiksaan, kekurangan guru terlatih dalam
bidang ini, kemudahan dan peralatan yang tidak mencukupi, tiada sokongan dari

3

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

masyarakat sekolah dan ibu bapa, cuaca tidak mengizinkan dan guru yang tidak

jelas dengan matlamat pendidikan jasmani (Hamdan 2002, de Vries 1995, Abu
Bakar Miskon 1987, Daud Salleh 1985, Chee Swee Ming 1985). Begitu juga
dengan aktiviti pendidikan jasmani yang dijalankan di sekolah-sekolah khas,
walaupun terdapat garis panduan yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling
Pendidikan Khas 1979-1991 tetapi sehingga kini belum terdapat satu garis
panduan yang jelas mengenai pelaksanaan aktiviti tersebut di sekolah-sekolah
khas (Unit Pendidikan Khas, 1992).
Pendidikan Jasmani Suaian merupakan kursus wajib yang diperkenalkan
untuk semua bakal guru Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pendidikan khas
yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Lebih
seribu orang guru yang mempunyai pendedahan dalam mata pelajaran
Pendidikan Jasmani Suaian telah dikeluarkan oleh UKM sejak kursus ini
diperkenalkan pada tahun 1995.
Sehingga kini, kanak-kanak berkeperluan khas tidak diabaikan kerana
Kementerian Pelajaran Malaysia turut mewujudkan mata pelajaran Pendidikan
Jasmani Suaian untuk memberi peluang kepada golongan ini mengalami proses
pembelajaran yang merangkumi aspek psikomotor, kognitif dan afektif. Oleh
sebab itu, kita dapat lihat kelas khusus untuk Pendidikan Khas diwujudkan dan
terdapat beberapa slot dalam pengajaran dan pembelajaran mereka melibatkan
Pendidikan Jasmani Suaian agar tahap psikomotor, kognitif dan afektif mereka

dapat dikembangkan dengan seimbang.
Oleh sebab kanak-kanak Pendidikan Khas memerlukan pemerhatian
yang

lebih agar mereka dapat dikawal

dan mengelakkan berlakunya

kecederaan, kebiasaannya guru-guru yang mengajar mereka akan dibantu oleh

4

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

pembantu. Senario ini biasa dilihat, kanak-kanak yang terdiri daripada golongan
ini akan dilatih di sekolah tentang cara bagaimana untuk menggunakan fizikal
dan anggota badan mereka dalam pengurusan diri. Seterusnya, guru akan
menambahkan pengetahuan mereka dengan melatih kemahiran motor halus dan
motor kasar mereka. Ianya boleh diaplikasikan dalam sukan dan permainan
yang dipelajari di sekolah. Contohnya menyambut bola besar (kemahiran motor

kasar).
Setelah didedahkan dengan kemhiran-kemahiran tersebut, mereka
mampu melakukan aktiviti fizikal yang lebih berfokus seperti aktiviti dalam
sukaneka dan juga bertanding di di peringkat lebih tinggi dalam bidang sukan
bagi membuka peluang kepada mereka mengembangkan bakat dan kemahiran
yang

diperolehi.

Ternyata

melalui

Pendidikan

Jasmani

Suaian,

murid


berkeperluan khas dapat mengembangkan kemahiran yang ada dan melatih diri
mereka memaksimumkan penggunaan fizikal dengan betul dan selamat.

1.1.3 Prinsip dalam penyusunan pendidikan jasmani suaian
Dauer dan Pangrazi (1979) telah mencadangkan kurikulum yang dirangka
adalah merupakan kesinambungan ke program pendidikan jasmani. Pemilihan
aktiviti pula adalah berdasarkan potensi individu dan pihak guru atau
pengurusan perlu

mempunyai kesedaran terhadap kurikulum tersembunyi

tersebut. Perancangan yang dibuat juga perlu berdasarkan kaedah kawasan
lapangan mencakupi lebih daripada populasi supaya integrasi berlaku.
Kurikulum juga

perlu luas dan seimbang yakni tidak tersekat dan program

tersebut memenuhi kehendak semulajadi. Ianya juga merupakan pengabungan
nilai pendidikan dan kelebihan individu dan perancangan latihan yang


5

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

bersistematik serta menggalakkan pembelajaran motor.

1.2 Pendidikan Jasmani Untuk Masyarakat Kurang Upaya
Pendidikan Jasmani mampu menjadi medium atau alat untuk masyarakat kurang
upaya untuk memperkembangkan aspek fizikal, mental dan sosial mereka.
Seperti yang kita sedia maklum, golongan masyarakat kurang upaya adalah
agak lemah dalam ketiga-tiga aspek ini. Kekurangan daripada aspek fizikal
akibat kecacatan dan kelemahan yang dipunyai oleh mereka dan ditambahkan
pula persepsi negatif masyarakat terhadap golongan ini menyebabkan tahap
keyakinan diri mereka agak rendah dan membataskan pergaulan sosial mereka.
Oleh sebab itu, Pendidikan Jasmani mampu melatih mereka meningkatkan
tahap keyakinan diri.
Melalui Pendidikan Jasmani, mereka boleh melakukan aktiviti fizikal yang
mempunyai bentuk yang hampir sama dengan aktiviti untuk individu yang normal
kerana mereka juga seharusnya diberi peluang yang sama dengan rakan

sebaya yang lain. Tetapi mereka memerlukan kemudahan dan penyediaan
aktiviti yang bersesuaian. Setiap aktiviti yang dirancang boleh diubah suai agar
bersesuaian dengan mereka. Aspek-aspek lain yang boleh diambil kira ialah
pemilihan tempat untuk melakukan aktiviti, tempoh masa, kadar latihan dan
sebagainya.
Selain

itu,

Pendidikan

Jasmani

juga

dapat

membantu

memperkembangkan aspek fizikal masyarakat kurang upaya melalui aktiviti

senaman, latihan fizikal dan kemahiran yang bersesuaian. Ini seterusnya
membolehkan mereka mampu melakukan aktiviti-aktiviti dalam menghadapi
kehidupan

seharian.

Dengan

kemampuan

6

yang

diperolehi

ini

dapat

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

meningkatkan lagi tahap keyakinan diri mereka supaya dilihat sebagai individu
yang normal dan diterima dalam masyarakat.
Penguasaan kemahiran yang diperolehi ini juga dapat memberi
pendedahan kepada mereka untuk berkomunikasi dan bersosial bersama-sama
rakan sebaya serta masyarakat sekitar. Di samping itu juga, dengan kemahiran
tahap tinggi yang dikuasai dapat memberi peluang kepada mereka untuk
mengasah bakat atau kemahiran bertanding ke peringkat yang lebih tinggi
seperti sukan paralimpik iaitu sukan untuk golongan Orang Kurang Upaya.

1.3 Pendidikan Jasmani Suaian Untuk Murid Kurang Upaya
Menurut Auxter, Pyfer dan Huettig (1998), aktiviti jasmani yang bersesuaian
dengan keupayaan pelajar berkeperluan khas boleh membantu golongan ini
mengurangkan kelemahan dan masalah fizikal yang dihadapi oleh mereka.
Kebiasaannya, kanak-kanak berkeperluan mempunyai masalah fizikal iaitu
pertumbuhan otot, deria yang tidak sempurna, kognitif yang agak lemah dan
pergaulan sosial yang agak terbatas. Oleh sebab itu, aspek-aspek dalam
Pendidikan Jasmani telah diserapkan dan wujudlah mata pelajaran Pendidikan
Jasmani Suaian khusus bagi golongan ini.
Namun demikian, murid yang terdiri daripada golongan ini memerlukan
pendekatan berbeza mengikut kemampuan mereka dan aktiviti yang disediakan
juga perlulah bersesuaian dengan tahap kebolehan mereka. Aktiviti Pendidikan
Jasmani Suaian adalah melibatkan kanak-kanak berkeperluan khas, maka
aktiviti fizikalnya juga diubah mengikut kesesuaian keperluan mereka. Guru-guru
Pendidikan Jasmani untuk murid Pendidikan Khas perlu merangsang sistem
paqncaindera murid supaya mereka memaksimumkan penggunaan pancaindera

7

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

seterusnya merangsang mereka melakukan aktiviti fizikal.
Murid-murid berkeperluan khas akan melakukan aktiviti fizikal dalam
keadaan yang menyeronokkan iaitu tanpa tekanan dan paksaan. Mereka perlu
diajar secara berperingkat-peringkat. Antara lain Pendidikan Jasmani Suaian
dilaksanakan untuk murid-murid kurang upaya di sekolah ialah:
1.3.1

merangsang

penggunaan

sistem

pancaindera

murid-murid

kurang upaya.
1.3.2

melatih murid-murid kurang upaya menggunakan anggota badan
dalam melakukan aktiviti fizikal dengan betul.

1.3.3

membantu murid-murid dalam perkembangan kemahiran motor
halus dan motor kasar.

1.3.4

mengajar murid-murid kurang upaya untuk memanfaatkan fizikal
mereka dalam melakukan aktiviti seharian sama ada di rumah
atau di sekolah dengan cara yang betul.

1.3.5

memberi

pendedahan

kepada

mereka

tentang

permainan

tradisional, permainan, sukan dan rekreasi serta membawa
mereka mengalaminya sendiri.
1.3.6

membantu mereka melakukan aktiviti fizikal dengan cara yang
selamat tanpa terdedah kepada kecederaan.

1.3.7

dapat mengesan bakat yang ada dalam diri agar guru mampu
memberi latihan yang bersesuaian dan bertanding ke peringkat
yang lebih tinggi lagi.

1.3.8

menghilangkan rasa tertekan, rendah diri serta kesedihan yang
dialami oleh mereka.

1.3.9

meningkatkan aspek kehidupan ke tahap yang lebih tinggi agar

8

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

mereka dapat menguruskan diri mereka dengan baik.
1.3.10 mempertingkatkan tahap perkembangan diri yang lebih baik ke
arah kedewasaan yang mantap.
1.3.11 sebagai medium atau ruang untuk murid-murid kurang upaya
meluahkan atau mengekspresikan emosi dengan betul.
1.3.12 meningkatkan tahap keyakinan diri dan perasaan harga diri serta
menimbulkan imej diri yang positif.
1.3.13 merangsang minda murid-murid kurang upaya menjadi kreatif
(perkembangan kognitif)

9

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

TUGASAN TERARAH
Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan mengumpulkan
maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia yang berkaitan sejarah
dan perkembangan Pendidikan Jasmani Suaian di Malaysia.

LAMAN WEB
http://en.wikipedia.org/wiki/Adapted
http://www.apens.org/whatisape.html
http://www.sharingsuccess.org/code/eptw/pdf_profiles/adaptivephysical.pdf
http://www.specialchildren.about.com/od/specialeducation/g/APE.htm
http://www.pecentral.org/adapted/adaptedsites.html

PORTFOLIO
Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada
pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

RUJUKAN
Arthur S. Daniels & Evelyn A.Davies (2002). Adapted Physical Education (5th ed.). San
Francisco, CA: Harper and Row Publishers.
Gallahue, D.L. & Donnelly, F.C. (2003). Developmental Physical Education For All
Children (4th ed.). Champaign, IL: Human Kinetics.
Kelly, L.E.& Melograno, V.J. (2004). Developing The Phisical Education Curriculum: An
Aqchievement-based Approach. Champaign, IL: Human Kinetics.
Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.). San
Francisco, CA: Benjamin Cummings.

10

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

11