TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN. docx

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
TEKNOLOGI

MAKLUMAT

DALAM

PENDIDIKAN

PENGENALAN
Penggerak utama kemajuan dan pembaharuan itu ialah ilmu pengetahuan dan
Penyebaran menerusi teknologi maklumat dan komunikasi atau information
technology and communication (ICT). Oleh kerana kuatnya pergantungan kepada
teknologi maklumat itu, maka abad ke-21, dicirikan sebagai abad teknologi maklumat
dan
komunikasi.
Masyarakat Malaysia hari ini merupakan masyarakat yang hidup dalam era
globalisasi yang berorientasikan sains dan teknologi. Masyarakat sangat bergantung
kepada penggunaan sains dan teknologi dalam semua aspek kehidupan, dan pembaharuan
dan penggunaan unsur-unsur kreatif sangat penting dalam amalan hidup seharian.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyesuaikan diri dengan perubahan ini

dengan memperluaskan penggunaan ICT di sekolah dan di institusi pendidikan tinggi.
Ini bermula dengan memperkenalkan subjek-subjek berkaitan seperti Perkomputeran
dan Teknologi Maklumat untuk pelajar di peringkat menengah dan mendirikan Sekolah
Bestari untuk mendedahkan murid-murid dari peringkat rendah lagi kepada komputer
yang
digunakan
untuk
proses
mengajar
dan
belajar.
Namun usaha kerajaan ini tidak akan berjaya jika anggota masyarakat tidak
dibudayakan sepenuhnya akan penggunaan komputer dan ICT. Pengalaman di negara
maju menunjukkan empat keperluan perlu ada jika kerajaan dan masyarakat ingin
meningkatkan pendedahan dan penerimaan masyarakat kepada teknologi maklumat dan
komunikasi. Keperluan itu ialah sikap penduduk dan pelajar mestilah positif dan
bersedia untuk berubah, prasarana komputer dan rangkaian komunikasi mestilah lengkap
dan mencukupi, tenaga yang terlibat untuk memperkenal dan memperluaskan teknologi
maklumat mestilah mahir dan wang mestilah mencukupi untuk menggerakkan semuanya
itu.ICT itu berlaku di kalangan remaja-remaja di sekolah dan di institusi pengajian tinggi di

Malaysia.
ICT
MENINGKATKAN
PEMBELAJARAN
Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat menuntut agar beberapa
perubahan dibuat dalam sistem pendidikan. Kualiti pendidikan negara akan bertambah
baik jika ICT digunakan kerana ia boleh meninggikan minat dan motivasi untuk belajar,
di samping mempercepatkan proses belajar. Kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi menukar secara besar-besaran cara pelajar menimba, mengguna dan
mengedarkan ilmu pengetahuan. Dengan sendirinya ini membolehkan pelajar bersedia
untuk bersaing secara global. Dalam konteks perkembangan yang dinyatakan di atas,
maka timbullah soalan-soalan khusus untuk sistem pendidikan di Malaysia hari ini, dan
untuk agensi-agensi lain yang terlibat dengan proses mendidik dan membudayakan
masyarakat golongan muda di bidang ICT. Apakah kesan tuntutan untuk
memperkembangkan ICT ini ke atas dasar dan amalan (practice) pendidikan?

Sejauhmanakah sistem pendidikan bersedia untuk memainkan peranannya? Apakah
perubahan dalam kaedah, sistem penilaian dan pengkayaan yang wajar dibuat? Pendek
kata, bagaimana sebenarnya proses pembudayaan untuk ICT ini harus dirancang dan
dilaksanakan?

Dalam membudayakan remaja dalam arus perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi,
system pendidikan Negara haruslah bersedia mempromosikan budaya celik komputer, celik IT
dan seterusnya budaya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan golongan muda.
Sejak 1999, sistem pendidikan telah mengalami perubahan dengan penerapan Sekolah Bestari di
beberapa sekolah yang terpilih di seluruh negara.Ia merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi
meningkatkan mutu pendidikan, dasar - dasar pendidikan negara yang sentiasa dikaji dan
kurikulum diperkemaskan bagi memastikan berdaya saing untuk menghadapi alaf baru yang
menekankan
penggunaan
teknologi
maklumat
dan
komunikasi
(ICT).
Di samping itu, sekolah bestari merupakan salah satu platform terbaik untuk menjana
perkembangan produktif yang dapat dicapai melalui kelahiran pakar teknologi, tenaga kerja yang
mampu
berfikir
secara
kritis,

inovatif
dan
kreatif.
Selain itu, ia juga bertujuan bagi membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan
bersepadu agar dapat menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Pewujudan, konsep Sekolah Bestari yang lengkap dengan teknologi
terkini serta kemudahan prasarana itu secara tidak langsung berupaya untuk memperkasakan
perkembangan
ICT
di
kalangan
rakyat.
Langkah tersebut membantu generasi muda untuk menguasai penggunaan aplikasi ICT selain
merapatkan jurang digital antara penduduk luar bandar dengan penduduk di bandar. Pewujudan
Sekolah Bestari ini merupakan satu daripada tujuh aplikasi perdana, Koridor Raya Multimedia
(MSC) Malaysia. Berlandaskan ini, hasrat dan matlamat kerajaan Malaysia menggunakan
sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat prasarana MSC bagi menggalakkan lagi
pertumbuhan
modal
insan

di
kalangan
masyarakat
tempatan.
Sehingga kini , terdapat 88 buah sekolah perintis telah dipilih untuk menjadi platform bagi
melaksanakan konsep sistem Sekolah Bestari.Ia merangkumi aspek, kurikulum dan kokurikulum,
sistem pengurusan sekolah, serta pelbagai aktiviti berteraskan kemudahan yang disediakan dan
garis panduan yang ditetapkan. Justeru, dengan adanya staf profesional di kalangan tenaga
pengajar (guru), kemudahan prasarana (sambungan Internet, komputer, alat bantuan mengajar
digital, pusat maklumat) serta pentadbiran yang cekap secara tidak langsung mampu melahirkan
para
pelajar
yang
celik
teknologi
maklumat
(IT).
Di Sekolah Bestari pembelajaran bercorak kendiri diterapkan, kurikulum lebih fleksibel dan
terbuka berbanding sekolah biasa. Bagaimanapun, ramai mempunyai persepsi yang salah apabila
menyebut tentang Sekolah Bestari, pada peringkat awal konsep Sekolah Bestari diperkenal- kan.

Sehubungan itu, bagi menyebarkan peranan sebenar dan konsep Sekolah Bestari kepada umum,
Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) telah menganjurkan lawatan ke beberapa
Sekolah Bestari di Sarawak bagi meneliti perkembangan sekolah-sekolah berkenaan. Kunjungan
dua hari ke Sarawak itu adalah untuk melawat tiga buah sekolah iaitu Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Bahasa Malaysia (BM) Saratok, Sekolah Menegah Sains Kuching dan Kolej
Datu
Patinggi
Abang
Haji
Abdullah.
Penerapan penggunaan aplikasi ICT melalui perkakas yang disediakan memperlihatkan
perlaksanaan Sekolah Bestari nyata mencapai objektif dan juga matlamat yang disasarkan. Ini
meliputi sistem pengurusan, pendidikan dan juga aktiviti-aktiviti sekolah yang dipacu
menggunakan aplikasi dan perkakas ICT. Secara tidak langsung, budaya memperkasakan ICT

dapat diterapkan di kalangan para pelajar, guru-guru sekali gus kepada masyarakat setempat.
Dari segi pengurusan, sekolah-sekolah berkenaan menggunakan perisian khas yang bertujuan
merekodkan segala data mengenai murid dan guru dari segi kehadiran, penggunaan kemudahan
komputer ataupun makmal, kewangan, perpustakaan dan sebagainya. Penyepaduan kemasukan
data ke pangkalan data yang sedia ada memudah- kan proses pencarian, penyimpanan dan

pengurusan
data
yang
efektif
dapat
dilakukan
oleh
pihak
sekolah.
Sementara itu, dari sudut pembelajaran dan kurikulum pula, pelajar berpeluang untuk
berinteraksi sendiri dengan sistem pembelajaran yang berbeza berbanding sekolah biasa.
Perbezaan tersebut dapat dilihat dari segi teknik pengajaran bagi mata pelajaran tertentu yang
memperlihatkan pembentangan dilakukan menerusi perisian ‘Power Point’. Penyediaan bantuan
papan putih interaktif (interactive whiteboard) serta projektor melancarkan lagi proses
pengajaran
guru-guru
di
sekolah
tersebut.
Sebagai tambahan, sekolah-sekolah tersebut turut menganjurkan program khas seperti bengkel,

pertandingan, pameran dan juga minggu berkaitan ICT khusus untuk para pelajarnya. Dalam
pada itu, pengajaran yang sistematik dan berkonsepkan modul turut menampakkan kelancaran
membahagikan penggunaan kemudahan yang sedia ada. Ini adalah kerana, bilangan komputer
yang sedia ada tidak mencukupi untuk digunakan oleh semua pelajar serentak.
Oleh demikian, pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan seperti Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia (STPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR)
diberi keutamaan untuk menggunakan kemudahan prasarana waktu sekolah.
Sementara pelajar lain seperti tingkatan satu dan dua bebas untuk menggunakan kemudahan
selepas tamat masa persekolahan. Selain itu, kesemua pelajar turut diajar untuk menggunakan
perisian dan aplikasi ringkas bagi membantu sistem pembelajaran mereka. Lebih menarik, para
pelajar berupaya untuk mengumpul data dan maklumat mengenai sesuatu tugasan yang diberi
melalui Internet dan kemudiannya menghantarnya kembali kepada guru berkenaan menerusi emel. Lebih membanggakan, kemahiran penggunaan aplikasi ringkas dan pengetahuan mengenai
komputer yang diperoleh di sekolah itu, turut dikongsi dengan isi rumah masing-masing.
Selain itu, antara cabaran lain adalah sekolah tersebut kekurangan guru penyelaras ICT yang
bertanggungjawab untuk mengendalikan program dan juga kemudahan prasarana sekolah.
Guru-guru serta juruteknik yang berkemahiran dalam bidang ICT perlu ditambahkan bagi setiap
sekolah
dalam
usaha
memastikan

kelancaran.
Secara keseluruhan, menerusi lawatan ini, boleh dikatakan Sekolah Bestari merupakan platform
terbaik untuk melahirkan generasi yang lebih berdaya maju, kreatif dan juga inovatif.
Namun apa yang lebih penting adalah, kewujudan Sekolah Bestari adalah untuk memupuk
generasi muda supaya tidak mengadaptasi sistem pembelajaran menghafal, sebaliknya berfikiran
kritikal
bagi
menghadapi
dunia
yang
kian
berkembang
SEJAUH MANAKAH KEBERKESANAN PENGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
DALAM
PENDIDIKAN
DI
MALAYSIA.
Penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan di abad 21 bukanlah sesuatu yang
baru. Malah boleh dikatakan hampir semua negara telah mengikuti perkembangan ini dan cuba
merealisasikannya.Di Eropah, bidang teknologi maklumat dalam pendidikan telah diperkenalkan

sejak awal tahun 60 an.Dalam konteks pendidikan, komputer dan teknologi maklumat dapat
membantu dalam pelbagai urusan dan berpotensi mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan
pembelajaran. Di Malaysia penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan masih di
peringkat permulaan namun pengunaannya semakin pesat dan memberangsangkan.

Saya berpendapat bahawa kerajaan telah berperanan untuk menjadikan pendidikan di Malaysia
bertaraf dunia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia, kementerian ini telah mengambil
langkah drastik dengan melaksanakan beberapa perubahan untuk menjana sistem pendidikan
agar selari dengan pemodenan yang banyak dipelopori oleh penggunaan teknologi terkini seperti
penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan. Antara program yang sedang dilancarkan
kementerian
pendidikan
adalah
pelaksanaan
sekolah
bestari.
Sekolah Bestari yang cuba diwujudkan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui beberapa
sekolah rintis bertujuan untuk mengubah budaya persekolahan yang berdasarkan memori kepada
lebih berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan kritis serta budaya penyayang dengan
menggunakan teknologi terkini. Ini dapat membuka peluang yang luas kepada penggunaan

teknologi maklumat yang pasti akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.
. Mulai Januari 1999 internet saluran utama teknologi maklumat, menjadi sebahagian dari
Sekolah Bestari. Pada awal tahun 2000 yang lalu, hampir semua ksekolah menengah telah
diakses ke internet secara berperingkat. Kementerian Pendidikan dengan kerjasama dan bantuan
kepakaran MIMOS telah melancarkan Projek Jaringan Pendidikan ( Sulaiman,1996 ). Melalui
projek ini Kementerian Pendidikan telah menyediakan perkhidmatan rangkaian kepada para
pelajar dan pendidik di samping menyediakan program latihan yang berterusan kepada guruguru. khususnya Bahagian Pendidikan Guru telah dan sedang menjalankan Kursus Dalam
Perkhidmatan (14 minggu) kepada guru-guru bertempat dibeberapa buah maktab.Melalui kursus
ini guru-guru didedahkan kepada pelbagai kemahiran generik termasuk bidang teknologi
maklumat yang menjadi tapak utama sebagai sumber dan alat penyebaran maklumat yang cepat
dan
berkesan.
Keberkesanan penggunaan teknologi maklumat juga bergantung kepada keterbukaan warga
pendidik menerima teknologi maklumat dalam elemen pengajaran dan pembelajaran yang di
rancangkan oleh mereka. Warga pendidik contohnya guru, yang menjadi nadi dan tulang
belakang yang menjana keberkesanan pendidikan secara keseluruhannya, kita dapati semakin
ramai di kalangan mereka sudah celik teknologi maklumat. Jika lima tahun lalu, hampir tiada
guru di Malaysia mengetahui apa itu Internet apa lagi menggunakan Internet. Kini bilangan guru
yang mempunyai akses ke Internet sudah semakin bertambah malahan mereka telah menganggap
teknologi maklumat merupakan sesuatu yang perlu untuk memudahkan proses P&P mereka.
Perkembangan pesat dalam pengunaan teknologi maklumat dalam pendidikan merupakan satu
jalan
yang
cerah
untuk
menjayakan
pendidikan
bertaraf
dunia.
kesedaran ibubapa akan kepentingan penggunaan teknologi maklumat banyak membantu anakanak mereka menggunakan teknologi ini dengan lebih efektif. walau bagaimana pun setiap
keluarga sekurang-kurangnya memiliki sebuah komputer di rumah mereka kerana , Teknologi
maklumat berkait rapat dengan penggunaan komputer. Menyedari hakikat ini kerajaan telah
mengambil langkah bijak dengan mengalakkan sesebuah keluarga mempunyai sekurangkurangnya
sebuah
komputer
masing-masing
di
rumah
Bagi menyempurnakan hasrat ini, kerajaan telah memudahkan kita dengan memberikan
kelonggaran untuk mengeluarkan wang simpanan masing-masing melalui akaun Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sebanyak RM3500.00 bagi pembelian komputer untuk ahliahli KWSP. Dari sini kita sedar, maklumat-maklumat yang bakal dapat dan guna dari
penggunaan komputer itu sangat bergunaTeknologi komputer telah terbukti sebagai mesin
elektronik yang anjal dan berkeupayaan tinggi. Kepantasan dan kecekapan komputer dalam
melaksanakan tugas-tugas yang melibatkan pengiraan yang tepat serta menganalisis dan meramal

keadaan cuaca, meletakkan kedudukan komputer sebagai media yang semakin diperlukan dalam
kehidupan
kita.
Peranan sektor swasta juga banyak membantu perkembangan pengunaan teknologi maklumat,
kerana sememangnya kita tahu penggunaan teknologi maklumat memerlukan kos, maka
kekangan kos inilah biasanya membataskan pengunaan teknologi maklumat. pada masa kini ,
kadar bayaran untuk mengakses internet semada melalui TM-Net atau Jaring telah menurun,
malahan syarikat besar seperti Telekom berkerjasama dengan Kementerian pendidikan untuk
menghasilkan Telekom Smart School yang menyediakan pekej P&P melalui Laman Web yang
dinamakan
getCyberEd.com.
Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar
yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari masa ke semasa,
kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan.
Dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada
terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun
pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit
sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku kanakkanak. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan
teknologi
canggih
ini
Kesan
ICT
dalam
P&P
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang baik
kepada murid-murid khususnPenggunaan ICTya yang di sekolah rendah.Namun begitu terdapat
juga kelemahan yang timbul kesan danjukkanripada penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan hasil pembelajaran.Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia
dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini guru
dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya
dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan.Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat
bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan
contohnya menggunakan alat seperti powerpoint,flash,video,visual dan mereka hanya perlu
mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini
proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah,ringkas dan padat
kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk
di fahami.Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan
melalui
ICT.
Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.Dengan
adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya
ketertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti
pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.Melalui
penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta
mendalam mengenai sesuatu subjek.Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk
mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan.Kemahiran menggunakan
internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini
dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di

gunakan dalam aktiviti pembelajaran.Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan
lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia dapat
meningkatkan kemahiran guru dan pelajar.Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti
komputer,LCD,CD,pendrive,hardware,software,internet dan sebagainya.Semua benda yang
berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri dalam
menjalani proses pengajaran dan pembelajaran disekolah.Hal ini kerana melalui penggunaan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi
terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta
menyimpan,memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi.Kemahiran dalam
menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya
untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk di fahami.Di samping itu guru
juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT melalui pengalaman yang
diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut.Ini kerana semasa proses pengajaran
dan pembelajaran guru dan pelajar akan saling berinteraksi tentang apa yang dipelajari serta
bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan sistem ICT ini disamping memberi
cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian.Melalui cara ini guru dan pelajar akan
berusaha lagi menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini.Dalam era dunia tanpa
sempadan ini guru dan pelajar perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak
ketinggalan khususnya didalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.Pengetahuan yang mendalam mengenai ICT amat penting bagi
guru agar ianya dapat di aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaranbagi
memudahkan
lagi
pemahaman
murid.
Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang
pelbagai keupayaan.Didalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang
sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru.Justeru itu melalui penggunaan ICT muridmurid dapat memahami apa yang di ajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan
pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT
tersebut.Contohnya melalui pengunaan alat seperti powerpoint,grafik,audio,video dan
sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri
gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk di fahami berbanding
dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan.Melalui cara ini setiap
masalah yang timbul dapat segera di maklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah
bertindak
balas
terhadap
sistem
yang
di
ajar
menggunakan
ICT.
Kesan-kesan
penggunaan
Internet
dan
e-mel
secara
meluas
Dikirim
pada
16
Mac,
2008
oleh
admin
Dalam era perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang begitu pesat, Internet
merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas. Internet
merupakan rangkaian komputer komunikasi yang terbesar di dunia. Rangkaian induk ini
menggabungkan ratusan ribu sistem komputer lain. Lebuh raya maklumat antarabangsa ini tidak
dimiliki sesiapa dan tidak ada pihak yang mampu mencegahnya di bawah konsep langit terbuka.
Intemetjuga menawarkan kemudahan e-mel. Sesungguhnya, Internet ini mendatangkan pelbagai
implikasi.

Masyarakat berilmu dapat diwujudkan dengan adanya Internet. Melaluinya, ungkapan “katak di
bawah tempurung” tidak timbul lagi. Pengguna komputer hanya perlu menggunakan hujung jari
bagi menjengah maklumat terkini dalam semua bidang. Peristiwa yang berlaku di mana-mana
sahaja dapat kita ikuti dengan serta-merta. Hal ini membolehkan kita membina satu masyarakat
yang
berilmu.
Internet banyak membantu dunia perniagaan. Pengusaha dapat mengiklankan perkhidmatan atau
barang dalam ruang siber dan mendapatpulangan daripadanya. Misalnya, kini RTM-Net
mendapat 90,000 pelanggan manakala Utusan Malaysia Online memikat setengah juta pengguna.
Melaluinya, pasaran global dapat dicapai secara terus. Perbankan, urus niaga saham, penerbitan,
dan pengiklanan juga dijalankan melalui Internet. Urus niaga jual beli dapat dijalankan serentak
dengan berbekalkan nombor kad kredit yang sah. Pelaburan antarabangsa dapat berkembang
pesat. Para pelabur, baik dalam pertukaran asing, Baham mahupun perniagaan, dapat
menghubungi
pihak
sasarannya.
E-mel pula berkesan dalam komunikasi pelbagai hala. Kemajuan ini telah mendekatkan
hubungan sesama negara dan man usia. Penggunaan teknologi digital optik fiber menggantikan
filem dan video. E-mel ibarat pejabat pos, manakala jaringan telekomunikasi berupa posmen.
Surat-menyurat dan maklumat dapat dihantar ke seluruh pelosok dunia dalam sekelip mata
sahaja asalkan dapat sambungan Internet. Perhubungan antara manusia telah dipermudah dan
dipercepat
lagi
.
Internet juga akan merevolusikan dunia pendidikan. Pendidikan jarak jauh dapat dijalankan.
Pelajar dapat memilih kursus-kursus kesukaannya bila-bila sahaja. Pelajar juga tidak perlu
menghadiri kuliah dan tinggal di kampus. Dengan menggunakan CD-rom, pemelajaran dan
perolehan ilmu tidak membosankan. Latihtubi dapat dijalankan dan kelemahan pelajar mudah di
betulkan. Hal ini mendatangkan kesan yang berlipatganda. Para pengajar dan pelajar juga dapat
memperoleh
maklumat
dan
dari
universiti
di
seluruh
dunia.
Internet bagaikan pisau tajam. Pisau dapat mengukir sesuatu yang indah, dan juga dapat
membunuh. Inilah pancaran kesannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab boleh menyalurkan
maklumat yang berunsur pornografi, propaganda, ajaran sesat, dan sebagainya melalui Internet.
Adalah sukar bagi kita menghalang, menyaring, dan menyekat penggunaan dan pengaliran bahan
negatif daripada meresapi minda kita. Hal ini memang membimbangkan kita. Pemuda pemudi
kita mungkin terdedah kepada nilai yang bercanggah dengan nilai murni kita. Akibatnya,
keruntuhan sosial mungkin berlaku. Internet menjajakan seks dan menyebarkan fitnah Berta
menjadi
lebuh
raya
sampah
dan
jaringan
lucah
berkelas
dunia.
Internet juga membuka jalan kepada jenayah komputer. Orang yang mahir dalam komputer dapat
menceroboh masuk ke dalam sistem komputer sesebuah syarikat menerusi laman webnya di
Internet. Mereka mahir memecahkan kod sekuriti komputer untuk memasuki sistem komputer
itu. Mereka akan mencuri maklumat penting untuk dijual kepada pesaing syarikat tersebut.
Mereka juga dapat menukar atau merosakkan data di dalam komputer itu. Ada pula penjenayah
yang menyebarkan virus tertentu melalui e-mel sehingga melumpuhkan sistem komputer.
Terdapat pula pihak-pihak yang menganjurkan “skim cepat kaya” diInternet untuk menipu orang.
Mereka mempelawai pengguna Internet menyertai skim itu dengan membayar yuran penyertaan.
Sebenarnya, skim sedemikian tidak selamat dan orang yang menyertai skim tersebut kehilangan
yuran penyertaan mereka. Sudah ada banyak kes penipuan dan jenayah komputer dilaporkan
dalam akhbar. Hal ini menunjukkan Internet amat berbahaya jika disalahgunakan.
Ketagihan Internet juga akan mengubah hidup dan peribadi seseorang. Kita tidak perlu berganjak

dari kerusi untuk mengikuti perkembangan antarabangsa. Orang yang dilanda “demam” Internet
mungkin melupakan corak hidup yang perlu dilaksanakan. Mereka akan mengabaikan
produktiviti kerja. Ibu bapa mengabaikan anak-anaknya. Manusia mungkin memencilkan diri
semata-mata hendak menyelami maklumat dalam Internet yang tanpa batasannya. Amalan hidup
berkelompok, bagai aur dengan tebing, akan terhakis. Sebaliknya, akan muncul amalan enau
dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Oleh rtu, Internet merenggangkan hubungan
sesama
manusia.
Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi banyak mengubah kehidupan manusa. Kemajuan
ini membukajendela kepada kemungkinan, kegilaan, dan malapetaka baru, bergantung pada caracara kita memanfaatkannya atau menyalahgunakannya. Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak
mereka ketika mereka melayari Internet. Ketahanan diri itulah yang menjamin kita tidak diracuni
unsur
negatif
melalui
Internet.
Kesan
Ekonomi
Global
kepada
Malaysia
Ditulis
oleh
misai
140
hari
lalu
(http://mohamadsofee.blogspot.com)
Kategori:
Moneytalk
Secara relatifnya, negara berjaya melalui pelbagai ujian baik dari segi politik, ekonomi dan sosial
sejak 50 tahun lalu biarpun terpaksa melalui rencam halangan serta dugaan semasa yang sangat
mencabar. Prestasi dan kedudukan ekonomi Malaysia tetap berada dalam keadaan
memberangsangkan walaupun perkembangan semasa perdagangan antarabangsa, domestik dan
pasaran saham agak kurang stabil sejak kebelakangan ini. Realiti ini adalah bersifat global dan
bukan Malaysia sahaja yang merasainya bahkan merangkumi negara-negara maju dan
membangun
lain
termasuklah
Amerika
Syarikat
(AS)
sendiri.
Sungguhpun begitu, ekonomi global diramal terus berkembang perlahan pada kadar 3.9 peratus
pada 2009 berbanding 4.1 pada 2008 berikutan ketidaktentuan prospek pertumbuhan ekonomi
AS berikutan krisis gadai janji subprima dan pasaran perumahan yang lemah di sana yang masih
membelenggu dan memarahkan lagi keadaan fundamental ekonominya. Ini diburukkan lagi
dengan pengumuman bankrap terhadap Lehman Brothers, bank pelaburan terbesar Amerika
Syarikat (AS), ketika Rizab Persekutuan dan bank utama global mengambil langkah strategik
mengukuhkan
pasaran
kewangan.
Pengumuman kerugian besar syarikat kewangan terkemuka seperti Merill Lynch dan American
International Group Inc (AIG) menyebabkan pelabur hilang keyakinan terhadap pasaran
kewangan AS, sekali gus mempengaruhi sentimen di pasaran kewangan global. Dalam
perkembangan berkaitan, usaha Bank of America membeli bank pelaburan Merril Lynch bernilai
AS$50 bilion dalam satu urus niaga yang mewujudkan syarikat perkhidmatan kewangan terbesar
dunia. Susulan pembelian itu, Bank of America akan memiliki pembrokeran terbesar di dunia
dengan kira-kira 20,000 penasihat dan aset pelanggan bernilai AS$2.5 trilion. Di sini, apa yang
berlaku di AS boleh memberi kesan dan tempiasan kepada ekonomi Malaysia memandangkan
hubungan
perdagangan
sangat
penting
wujud
sejak
sekian
lama.
Keadaan ini sudah tentu memberi tekanan kepada Malaysia biarpun secara amnya ekonomi
Malaysia mencatatkan pertumbuhan melebihi jangkaan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) meningkat 6.7 peratus dalam tempoh separuh pertama 2008. Pertumbuhan itu disokong
kecergasan penggunaan awam dan swasta serta permintaan luar yang kukuh. Bagaimanapun,
pertumbuhan ini dijangka perlahan bagi tempoh separuh kedua tahun ini berikutan persekitaran

luar yang tidak menentu termasuklah harga minyak mentah yang masih tidak menentu dijangka
memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan eksport, terutama bagi produk elektrik dan
elektronik
(E&E).
Dari sudut ekonomi domestik, tekanan inflasi akibat kenaikan harga minyak mentah sebelum ini
dan peningkatan harga makanan dijangka memberi kesan kepada perbelanjaan pengguna dan
pelaburan dari mask e semasa. Meskipun berdepan cabaran ini, ekonomi negara diharapkan
masih mampu terus memperoleh manfaat berikutan harga komoditi yang teguh serta
pertumbuhan kukuh negara membangun dan negara ekonomi sedang berkembang pesat, justeru
dapat mengurangkan kesan ekonomi global yang agak perlahan. Sehubungan itu, sektor
perkhidmatan yang berpotensi tinggi untuk diterokai seperti kewangan, profesional dan
perniagaan, pembinaan, pendidikan dan latihan serta pelancongan perlulah diperkemas serta
dimantapkan lagi sewajarnya. Selain itu, perkhidmatan kesihatan, logistik dan perkhidmatan
teknologi maklumat merupakan sektor yang dilihat dapat menyediakan peluang besar kepada
syarikat-syarikat
tempatan.
Ini adalah kerana, pertumbuhan ekonomi yang pesat dan berdaya maju membuka peluang besar
kepada keuntungan syarikat meningkat, sekali gus meningkatkan perolehan kerajaan kerana
melalui keuntungan tersebut, kerajaan mendapat hasil cukai yang lebih tinggi. Daripada
perolehan cukai yang semakin tinggi ini, kerajaan boleh melaksanakan pelbagai program
pembangunan untuk rakyat, menyediakan kemudahan awam, membasmi kemiskinan dan
sebaginya. Oleh yang demikian, sektor industri terutamanya perlulah diperkasakan lagi
memandangkan ianya menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat tempatan
dalam usaha mengeluarkan hasil lebih tinggi dan bahan digunakan juga bertambah.
Hasil keluaran komoditi utama negara juga perlu dipertingkatkan seperti jumlah keluaran minyak
sawit mentah dan getah yang harganya kini melonjak tinggi dan memberi pulangan lumayan
kepada penanam serta penoreh sekali gus menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.
Di samping itu, industri pelancaongan negara juga wajar dipertingkatkan kerana ianya turut
menyumbangkan kepada pendapatan negara. Pada tahun 2007, menyaksikan kedatangan lebih 20
juta pelancong asing ke Malaysia dengan meraih hasil bernilai RM46.7 bilion sempena Tahun
Melawat Malaysia 2007 dan secara tidak langsung menyumbang kepada perkembangan sektor
perkhidmatan negara termasuk perhotelan, kraftangan, seni halus, perniagaan runcit, restoran,
kewangan
dan
sebagainya.
Pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), koridor ekonomi dan
sistem penyampaian mestilah diperbaiki dan dipertingkatkan agar dapat memberi kesan positif
jangka panjang kepada ekonomi negara. Tahap keyakinan pelabur asing ke negara kita hendaklah
berada pada tahap yang tinggi biarpun terpaksa berhadapan dengan tekanan politik dalaman dan
dalam hal ini pelabur tidak akan mengambil risiko kewangan untuk melabur sekiranya mereka
tidak yakin dengan kerajaan yang ada dan wujudnya ketidakstabilan politik. Oleh itu, usaha dan
tindakan pantas menarik serta meningkatkan keyakinan pelabur perlu dipergiatkan lagi dari masa
ke semasa. Setakat ini negara juga berdepan dengan kelebihan negara membangun lain seperti
China, Vietnam, India, Thailand, Indonesia dan sebagainya yang dilihat saingan utama kepada
negara.

Menurut Tan Sri G. Gnanalingam, Pengerusi Eksekutif Wesports bahawa selepas mengalami
pembangunan kira-kira 50 tahun, kita boleh menyatakan bahawa negara ini memiliki salah satu
infrastruktur yang terbaik di dunia di segi jalan raya, lapangan terbang, pelabuhan dan malah
Koridor Raya Multimedia. Kerajaan telah melakukan banyak usaha agar setiap rakyat memiliki
sebuah rumah, setiap murid mempunyai mejanya sendiri di sekolah, setiap pesakit di hospital
mempunyai katilnya sendiri dan malah negara ini menyediakan pekerjaan bagi setiap 2.5 juta
pekerja asing di samping pendapatan negara diagihkan kepada rakyat dalam bentuk penyediaan
peluang pekerjaan, kemudahan awam yang lebih baik termasuklah pendidikan, kesihatan,
perumahan
dan
sebagainya.
.
Sambil ekonomi negara telah berkembang sejak 50 tahun lepas pada kadar 6.0 hingga 8.0 peratus
setahun, pemberian upah di negara ini dikatakan tidak sepadan dengan pertumbuhan sedemikian
memandangkan kebanyakan syarikat sektor swasta di sini masih lagi membayar upah kepada
pekerja yang bertaraf dunia ketiga. Sejak 50 tahun lepas, pembayaran upah di Singapura telah
meningkat 7.5 kali daripada upah di Malaysia dan secara perbandingannya, pendapatan rakyat di
Hong Kong lebih tinggi dari di Singapura dan rakyat Jepun menerima pendapatan lebih dari
rakyat Hong Kong. Ini penting dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak kerana melibatkan
prestasi
dan
produktiviti
pekerja
di
negara
kita.
Adalah diharapkan pelan dan formula peralihan kuasa yang mungkin akan dipercepatkan di
antara Perdana Menteri dan timbalannya seperti mana yang telah dipersetujui dan pertukaran
portfolio yang melihatkan perlantikan Menteri Kewangan 1 yang baru serta penurunan harga
minyak yang dijangka bakal dilakukan sebelum hari raya Aidilfitri ini diharapkan mampu
merangsang dan memacu ekonomi negara di landasan yang betul. Rakyat menaruh kepercayaan
yang tinggi serta berharap agar kerajaan dapat melakukan sesuatu agar kestabilan ekonomi,
politik dan sosial di dalam negara kekal berada pada tahap yang terbaik dan kukuh pada masa
hadapan.
RUJUKAN
KLCI
susut
bawah
1,000
mata,
Berita
Harian,
19
September
Malaysia
kurang
terjejas
krisis
kewangan
AS,
19
September
Ekonomi
negara
tetap
kukuh,
19
September
Bank
pelaburan
Amerika
bankrap,
Berita
Harian,
16
September
'Infrastruktur kelas pertama, upah dunia ke-3', Utusan Malaysia, 15 September
Kenapa
masih
tidak
yakin?,
Mingguan
Malaysia,
25
Februari
Tahun Melawat Malaysia raih RM46.7b, Utusan Malasyia, 18 Februari 2008
Posted by zila at 8:57 PM

2008
2008
2008
2008
2008
2007

Sekolah Bestari (Smart School) merupakan satu konsep sekolah di Malaysia. Konsep ini akan
membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk
mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau
lemah, kaya atau miskin - mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut
kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan
kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.
Pada peringkat permulaan, empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik dan Sains, akan diperkenalkan di Sekolah Bestari dengan menggunakan teknolgi
terkini sebagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Semua bahan pengajaran dan
pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian yang direka oleh Pusat Pemkembangan
Kurikulum bersama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Untuk menentukan kejayaan pelaksanaan konsep Sekolah Bestari, guru-guru di sekolah yang
dipilih menjadi sekolah bestari, akan diberi latihan dalam perkhidmatan, khasnya dalam bidang
pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi terkini. Bagi
sekolah-sekolah bestari yang ditubuhkan, tenaga pengajar dan pentadbirnya akan dipilih oleh
Ketua Pasukan Bertugas Sekolah Bestari di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Perkembangan Sekolah Bestari telah menjadi satu arah-aliran dalam perkembangan pendidikan
yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di Malaysia. Sekolah Bestari ini
merupakan sekolah satu-satunya dapat melahirkan pelajarpelajar yang cerdik dan berpengetahuan, dan dijangkakan akan mampu bersaing apabila
menghadapi cabaran-cabaran Wawasan Negara.