PENGGUNAAN APLIKASI YOUTUBE DALAM KEMAHI

PROSIDING

PERSIDANGAN KEBANGSAAN ISU-ISU
PENDIDIKAN ISLAM 2016 (ISPEN-i 2016)

Mendepani Cabaran Globalisasi

PENERBIT
Persatuan Intelektual Muslim Malaysia,
Lot 2.03A, Aras 2, Wisma UNIKEB,
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
2016

PROSIDING
PERSIDANGAN KEBANGSAAN ISU-ISU PENDIDIKAN
ISLAM 2016 (ISPEN-i 2016)

© Sekretariat ISPEN-i 2016,
Lot 2.03A, Aras 2, Wisma UNIKEB,
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
2016


Hak Cipta Terpelihara
Tidak dibenarkan mengeluarkan ulangan mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara
apa jua, sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat keizinan bertulis daripada Sekretariat ISPEN-i 2016,
Wisma UNIKEB, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.

Perpustakaan Negara Malaysia
Cataloguing-in-Publication Data

Persidangan Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Islam 2016 (ISPEN-i 2016)
Sekretariat ISPEN-i 2016,
Lot 2.03A, Aras 2, Wisma UNIKEB,
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA
21 Mei - 22 Mei 2016 / Munawar et.al.

ISBN: 978-967-14229-0-8
1. Pendidikan Islam
2. Bahasa Arab

3. Ahmad Munawar Ismail

Type Setting: Mohd Izzuddin Mohd Pisol, Marwan Mohd Khir
Text Type: Times New Roman Font Size: 16pt, 11pt

PERSIDANGAN KEBANGSAAN ISU-ISU PENDIDIKAN
ISLAM 2016 (ISPEN-i 2016)

Mendepani Cabaran Globalisasi

Anjuran Bersama :
Persatuan Intelektual Muslim Malaysia & Fakulti Pendidikan, Universiti
Malaya

21 – 22 Mei 2016
Auditorium Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, MALAYSIA.

PENERBIT
Persatuan Intelektual Muslim Malaysia, Lot 2.03A, Aras 2, Wisma UNIKEB,
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

2016

EDITOR
Nur Hanani Hussin
Mohd Aderi Che Noh
Syed Najmuddin Syed Hassan
Bani Hidayat Mohd Shafie
Ghazali Darusalam
Mohd Faisal Mohamed
Mohd Izzuddin Mohd Pisol
Marwan Mohd Khir

PENGGUNAAN APLIKASI YOUTUBE DALAM KEMAHIRAN
MENDENGAR BAHASA ARAB PELAJAR
Rahil Mohd Ghazali
rahilmg92@gmail.com
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Harun Baharudin
harunbaharudin@ukm.edu.my

Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Aplikasi Youtube merupakan salah satu medium dalam pembelajaran bahasa. Kegunaannya
yang meluas, pelbagai, mudah dan cepat mampu merangsang minat para pelajar terhadap
pembelajaran bahasa khususnya Bahasa Arab sekaligus mampu meningkatkan kemahiran
bahasa pelajar khususnya kemahiran mendengar pelajar. Justeru, kajian ini bertujuan untuk:
1) mengenalpasti tahap penggunaan aplikasi youtube dalam kemahiran mendengar Bahasa
Arab. 2) mengenalpasti sejauhmana aplikasi youtube ini mampu meningkatkan minat pelajar
terhadap Bahasa Arab. Reka bentuk kajian merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan
borang soal selidik. Instrumen soal selidik digunakan bagi mengukur tahap penggunaan
youtube dalam kemahiran mendengar Bahasa Arab dikalangan pelajar dan minat pelajar.
Dijalankan ke atas 30 orang pelajar yang dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak
daripada institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Pengumpulan data dilakukan
menggunakan set soal selidik yang merangkumi pelbagai item penggunaan aplikasi youtube
dalam kemahiran Bahasa Arab.
Kata Kunci : aplikasi youtube, Bahasa Arab, kemahiran mendengar, minat
ABTRACT
Youtube application is one medium of language learning. Its use is widespread, diverse,
easily and quickly able to stimulate the interest of students towards learning languages,

especially Arabic and can improve students' language skills, especially listening skills of
students. Thus, this study aims to 1) identify the level of use of the application in the skills of
listening youtube Arabic. 2) identify the extent of this youtube application can increase
student interest in the Arabic language. The study design was a survey using a questionnaire.
Questionnaire was used to assess the level of skills of listening youtube in Arabic among
students and student interest. Conducted on 30 students selected randomly from institutions
of higher learning (IPT) in Malaysia. The data was collected using questionnaire covers
various items using youtube application in Arabic language skills.
Keywords: youtube application, Arabic languange, listening skills, interest
PENDAHULUAN
Secara umumnya, dalam mempelajari sesuatu bahasa penting bagi pelajar untuk menguasai
empat kemahiran ini, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca
dan kemahiran menulis. Bagi pelajar yang kuasai kemahiran mendengar dengan baik, mampu
membantu menguasai tiga kemahiran yang lain. Malaysia telah meletakkan matlamat dalam
pengajaran bahasa Arab bagi membolehkan pelajar menguasai empat kemahiran bahasa iaitu
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis (Zawawi Ismail, Ab Halim Tamuri,
Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Mohd Ala-Uddin Othman, 2011). Namun, usaha ini tampak

Persidangan Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Islam 2016
21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, UM


pincang bila melihat pencapaian dan penguasaan pelajar dalam bahasa ini. Kesalahan dan
kesilapan berbahasa masih berleluasa (Al-Muslim & Zamri Arifin, 2012).
Penguasaan bahasa Arab di kalangan mahasiswa amat mendukacitakan. Begitu juga
bagi kemahiran mendengar yang kurang diterapkan dan diberi keutamaan dalam proses
pengajaran Bahasa Arab. Sering berlaku perdebatan berkaitan penguasaan Bahasa Arab yang
lemah dalam kalangan pelajar dan pelajar sering melakukan kesilapan dan kesalahan dalam
berbahasa (Kamarul Shukri, 2009, Al-Muslim & Zamri Arifin, 2012). Jelas di sini, bahawa
Bahasa Arab kurang dikuasai oleh pelajar- pelajar di sekolah rendah, menengah mahupun
universiti.
Pemupukan minat terhadap pembelajaran Bahasa Arab menerusi kemahiran
mendengar Bahasa Arab khususnya melalui Guru Bahasa Arab itu sendiri dengan memainkan
peranannya dalam mendidik pelajar (Nik , Zamri & Kamarulzaman, 2008). Pengaruh bahasa
ibunda amat mempengaruhi semasa proses pembelajaran bahasa kedua.
Selain itu, penggunaan Alat Bantu Mengajar(ABM) dan multimedia juga jarang
digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran bahasa khususnya bagi kemahiran
mendengar. ABM yang biasa digunakan oleh guru dalam pengajaran kemahiran mendengar
antaranya ialah pita rakaman audio atau makmal bahasa. Hal ini demikian, ABM akan
meningkatkan kefahaman pelajar apabila mendengar teks petikan. Tambahan itu, didapati
penggunaan ICT multimedia, termasuk teknologi pendidikan, termasuk pita rakaman audio,

dapat merangsang indera pendengaran pelajar Jamaludin dan Zaidaton (2003).
Penggunaan unsur grafik dan warna secara langsung dapat menarik minat perhatian
pelajar. Unsur ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat
mempertingkatkan kefahaman dan menghindar salah anggapan dan tafsiran (Che Suriani &
Fariza, 2014). Multimedia mempunyai keupayaan dalam menyampaikan sesuatu maklumat
dengan cepat, tepat dan mampu menjadi daya tarikan bagi mewujudkan suasana pembelajaran
yang menyeronokkan (Zamri & Mohamed Amin, 2008). Melalui perkembangan penggunaan
multimedia dan internet ini telah membuka lebih banyak peluang kepada pengajar dan pelajar
meraih pengetahuan dan memberi kemudahan mendapatkan maklumat dan bahan-bahan
pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan mudah dan pantas secara atas talian (Wan
Hazenah, 2014).
Dalam konteks pembelajaran bahasa masa kini, teknologi melahirkan banyak aplikasi
yang membantu mendalami bidang pendidikan khususnya pendidikan Bahasa Arab. Antara
aplikasi yang rancak penggunaannya ialah YouTube. Kategori video yang terdapat dalam
YouTube juga adalah pelbagai iaitu sama ada berbentuk hiburan semata seperti muzik atau
lagu, animasi kartun dan filem serta terdapat juga yang berbentuk ilmiah seperti perubatan,
perniagaan dan pendidikan. Video boleh menjadi satu alat pendidikan dan motivasi yang
amat berpengaruh(Mohamad Amin Embi, 2010). Namun, sebahagian besar kekuatannya
bukan terletak pada video itu sendiri tetapi pada cara video itu digunakan. Video itu sendiri
bukanlah satu sasaran atau kesudahan tetapi merupakan satu cara ke arah mencapai objektif

dan matlamat pembelajaran. Pembelajaran Bahasa Arab melalui aplikasi Youtube melibatkan
kemahiran mendengar terhadap bahasa melalui penggunaan video dan secara tidak langsung
melibatkan kemahiran pertuturan dan komunikasi (Izyan, Melor & Maslawati, 2015). Oleh
itu, pengkaji ingin mengkaji sejauhmana kebenaran bahawa aplikasi YouTube boleh
membantu dalam proses pembelajaran dan mampukah aplikasi ini membantu kemahiran
mendengar Bahasa Arab seseorang individu. Pengkaji akan memfokuskan kepada
231

ISBN 978-967-14229-0-8

pengaplikasian video YouTube sebagai salah satu medium pembelajaran bahasa khususnya
Bahasa Arab.
OBJEKTIF KAJIAN
1) Mengenalpasti tahap penggunaan aplikasi youtube dalam kemahiran mendengar Bahasa
Arab.
2) Mengenalpasti sejauhmana aplikasi youtube ini mampu meningkatkan minat pelajar
terhadap Bahasa Arab.
Manakala persoalan kajian pula adalah: 1) Apakah tahap penggunaan aplikasi youtube dalam
kemahiran mendengar Bahasa Arab dikalangan pelajar?. 2) Adakah aplikasi youtube ini
mampu meningkatkan minat pelajar terhadap Bahasa Arab?.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen
kajian. Menurut Khalid Johari (2003), penggunaan soal selidik merupakan suatu bentuk alat
pengumpulan data yang digunakan oleh banyak penyelidik. Hal ini kerana soal selidik dapat
mengumpulkan data secara berstruktur dan standard. Selain itu, instrumen yang mudah
dikendalikan, menjimatkan masa, wang dan fikiran penyelidik selama pengumpulan data
(Nur Fadzilah, 2010). Responden yang terlibat seramai 30 orang pelajar dan teknik pemilihan
adalah rawak daripada institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia.
Soal selidik untuk kajian ini mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B
dan Bahagian C.
Bahagian A: Bahagian ini mengandungi latar belakang responden yang meliputi maklumat
peribadi.
Bahagian B: Bahagian ini pula mengandungi pernyataan atau soalan berkaitan penggunaan
aplikasi youtube dalam kemahiran mendengar bahasa arab
Bahagian C: Bahagian ini pula mengandungi pernyataan atau soalan mengenai penggunaan
aplikasi youtube dapat menarik minat pelajar dalam mempelajari bahasa arab.
Untuk tujuan intepretasi data, kajian ini mengkategorikan kepada tiga mata (Rudzi,
2003), iaitu min = 1.00 hingga min = 2.33 ialah rendah, min = 2.34 hingga min = 3.67
ialah sederhana, dan min = 3.68 hingga min = 5.00 ialah tinggi.
DAPATAN KAJIAN

Jadual 1 menunjukkan taburan peratusan dan min tahap penggunaan Youtube dalam
kemahiran mendengar bahasa Arab. Berdasarkan kepada keputusan min, tahap penggunaan
aplikasi Youtube bagi kemahiran mendengar bahasa Arab berada pada tahap sederhana (min
= 3.21), iaitu antara min = 2.34 hingga min = 3.67.
Taburan peratusan item 1 menunjukkan lebih ramai responden pelajar yang menyatakan
setuju (53.3%), bahawa mereka menggunakan aplikasi Youtube dalam aktiviti pembelajaran
bahasa Arab, berbanding yang menyatakan sangat tidak setuju (0 %). Taburan peratusan item
2 menunjukkan lebih ramai responden yang menyatakan setuju (46.7%) bahawa mereka suka
menggunakan aplikasi Youtube dalam aktiviti pembelajaran bahasa Arab, berbanding yang
menyatakan tidak setuju (6.7%). Manakala item B4 menunjukkan taburan peratusan sebanyak
40.0% bersetuju bahawa mereka selalu menggunakan aplikasi Youtube dalam membantu
pembelajaran Bahasa Arab. Bagi item B5 menunjukkan ramai responden pelajar menyatakan
kurang setuju (53.3%) bahawa mereka menggunakan aplikasi Youtube bersama rakan ketika
belajar Bahasa Arab.
232

Persidangan Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Islam 2016
21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, UM

Taburan peratusan bagi item B3 menunjukkan lebih ramai responden pelajar yang

menyatakan setuju (46.7%) , bahawa youtube ini mampu menambah kosa kata Bahasa Arab,
berbanding yang menyatakan tidak setuju (10%) bahawa youtube ini tidak menambah kosa
kata Bahasa Arab mereka. Manakala bagi item B6 menunjukkan lebih ramai responden
pelajar yang menyatakan tidak setuju(43.3%) bahawa aplikasi Youtube ini kurang membantu
pembelajaran Bahasa Arab mereka, berbanding yang setuju(13.3%).
Jadual 1

Taburan peratusan dan keputusan min tahap penggunaan aplikasi youtube
dalam kemahiran mendengar Bahasa Arab.

B. Penggunaan Aplikasi Youtube
B1.

Saya menggunakan aplikasi Youtube dalam
aktiviti pembelajaran Bahasa Arab
B2.
Saya suka menggunakan aplikasi Youtube
dalam aktiviti pembelajaran Bahasa Arab
B3.
Penggunaan Youtube ini mampu
menambahkan kosa kata Bahasa Arab saya
B4.
Saya selalu menggunakan aplikasi Youtube
dalam membantu pembelajaran Bahasa Arab
saya
B5.
Saya menggunakan aplikasi Youtube bersama
rakan ketika belajar Bahasa Arab.
B6.
Saya tidak menggunakan aplikasi youtube
dalam pembelajaran Bahasa Arab kerana
ianya membosankan
B7.
Aplikasi Youtube ini kurang membantu
pembelajaran Bahasa Arab saya.
B8.
Aplikasi Youtube ini kurang bahan-bahan di
dalamnya yang berkaitan dengan Bahasa Arab
B9.
Guru menggalakkan saya dan rakan
menggunakan Youtube dalam pembelajaran
Bahasa Arab
B10. Guru menggunakan video Youtube dalam
P&P Bahasa Arab
Min keseluruhan= 3.21

1

2

3

4

5

Min

0%

16.7%

16.7%

53.3%

0%

6.7%

33.3%

46.7%

13.3%

3.67

0%

10.0%

20.0%

46.7%

23.3%

3.83

0%

13.3%

36.7%

40.0%

10.0%

3.47

3.3%

20.0%

53.3%

20.0%

3.3%

3.00

10.0%

43.3%

40.0%

6.7%

0%

2.43

6.7%

43.3%

36.7%

13.3%

0%

2.57

0%

23.3%

53.3%

20.0%

3.3%

3.03

3.3

10.0

36.7

36.7

13.3

3.47

10.0

26.7

23.3

33.3

6.7

3.00

13.3%

3.63

Manakala taburan peratusan bagi item 7 dan 8 ialah sebanyak 43.3% tidak bersetuju dan
53.3% kurang bersetuju. Bagi kedua item ini menunjukkan ramai responden pelajar tidak
bersetuju dan kurang bersetuju bahawa aplikasi Youtube ini kurang membantu pembelajaran
Bahasa Arab mereka dan kurang bahan-bahan berkaitan Bahasa Arab di dalamnya. Sekaligus
dapatan ini menunjukkan bahawa aplikasi Youtube ini banyak memberi bantuan dalam proses
pembelajaran dan secara tidak langsung mampu meningkatkan kemahiran mendengar Bahasa
Arab pelajar.

233

ISBN 978-967-14229-0-8

Jadual 2
Taburan peratusan dan keputusan min penggunaan aplikasi youtube dapat
menarik minat Pelajar dalam Bahasa Arab.

C1.

C2.

C3.

C4.

C5.
C6.
C7.

C. Penggunaan Aplikasi Youtube Dapat
Menarik Minat Pelajar Dalam Bahasa
Arab.
Saya suka menghadiri kelas yang diajar dengan
berbantukan video Youtube kerana ianya
menarik
Saya lebih suka mempelajari Bahasa Arab
dengan berbantukan aplikasi Youtube
berbanding menggunakan buku teks sahaja
Saya mencadangkan kepada rakan agar
menggunakan aplikasi Youtube dalam
mempelajari Bahasa Arab
Penggunaan Youtube dalam pembelajaran
Bahasa Arab menjadikan sesi pembelajaran
dan pengajaran Bahasa Arab lebih menarik
berbanding penggunaan buku teks sahaja.
Saya lebih suka mempelajari Bahasa Arab
dengan bantuan aplikasi Youtube.
Aplikasi Youtube ini membantu menambah
minat saya terhadap Bahasa Arab
Pembelajaran Bahasa Arab menggunakan
Youtube menggalakkan saya belajar Bahasa
Arab lebih mendalam
Min keseluruhan = 3.83

1

2

3

4

5

Min

0%

13.3%

13.3%

53.3%

20.0%

3.8

3.3%

3.3%

26.7%

43.3%

23.3%

3.8

3.3%

10.0%

33.3%

43.3%

10.0%

3.47

2.2%

0%

10.0%

50.0%

36.7%

4.17

0%

6.7%

16.7%

60.0%

16.7%

3.87

0%

3.3%

13.3%

63.3%

20.0%

4.00

0%

6.7%

30.0%

50.0%

13.3%

3.7

Dapatan soal selidik bagi penggunaan aplikasi youtube dapat menarik minat Pelajar dalam
Bahasa Arab ditunjukkan dalam Jadual 2. Berdasarkan keputusan min keseluruhan,
penggunaan aplikasi Youtube dapat menambah minat pelajar terhadap Bahasa Arab berada
pada tahap yang tinggi min = 3.83, (antara 2.68- min = 5.00). Secara terperinci, dapatan
menunjukkan ketujuh-tujuh item berada pada tahap yang tinggi.
Taburan peratusan bagi item C6, menunjukkan bahawa lebih ramai responden pelajar
yang bersetuju (63.3%) bahawa membantu menambah minat mereka terhadap Bahasa Arab,
berbanding yang tidak bersetuju bahawa youtube tidak membantu menambah minat mereka
terhadap Bahasa Arab sebanyak 3.3% sahaja. Bagi item lain juga menunjukkan bahawa
kebanyakan reponden bersetuju terhadap aplikasi Youtube ini dapat menggalakkan diri dan
minat mereka terhadap pembelajaran Bahasa Arab. Jelas bahawa aplikasi youtube ini boleh
menjadi salah satu medium dan bahan pembelajaran bagi para pelajar dan orang umum untuk
mempelajari dan mendalami Bahasa Arab.
KESIMPULAN
Dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran, ilmu mahupun sesuatu bahasa, pelajar perlu
kepada kaedah yang kreatif dan efisin mengikut kesesuaian cara pembelajaran seseorang
individu. Tambahan dengan perkembangan teknologi pendidikan dari semasa ke semasa,
menjadikan kaedah pembelajaran dan pengajaran semakin meluas dan menarik. Justeru
pelajar perlu memanfaatkan apa jua peralatan teknologi pendidikan, dalam menambahbaik
proses pembelajaran pelajar itu sendiri. Pembelajaran yang berasaskan teknologi pendidikan,
baik yang berupa audio atau visual, dapat memaksimumkan kefokusan dan minat pelajar
terhadap ilmu yang dipelajar.
Tambahan itu, proses pembelajaran yang pelbagai dan menarik dapat mengelak
pelajar daripada cepat merasa bosan sekaligus menambah minat pelajar terhadap ilmu itu
234

Persidangan Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Islam 2016
21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, UM

sendiri. Selain itu, guru yang bertindak sebagai pendidik perlu memberi galakan dan saling
bertukar idea bersama pelajar dalam penggunaan teknologi pendidikan serta menambahbaik
teknik dan kaedah pengajaran agar pelajar lebih cenderung mendalami suatu pelajaran. Guru
dan pelajar juga digalakkan untuk menambah koleksi dan bahan dalam aplikasi youtube bagi
pembelajaran Bahasa Arab serta mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran.
RUJUKAN

Aisah Hasmam. 2011. Teks Bahasa Arab untuk Pembelajaran Kemahiran Mendengar
Peringkat Permulaan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Al-Muslim Mustapa & Zamri Arifin. 2012. Pengajaran dan pembelajaran bahasa arab: satu
tinjauan literatur di Negeri Sembilan. Prosiding Persidangan Kebangsaan Pengajaran
Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012, p15-33.
Habibah Elias & Zaidatol Akmaliah. 2001. A study on listening skills among university students:
Implication for university teaching. Kertas kerja Persidangan Antarabangsa: Cabaran dan
prospek Pendidikan Guru. Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. 16-17 Julai.
Ibtisam Abdullah & Zamri Ahmad. 2012. Pengajaran kemahiran mendengar bahasa arab sebagai
bahasa kedua. Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012,
p. 75-81.

Izyan Safwani Ismail, Melor Md Yunus & Maslawati Mohamad. 2015. Using Web TV
Program On Youtube To Enhance Medical Students’ Communication Skills.
Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-5. Fakulti Pendidikan,
UKM, Bangi.
Jamaludin Badusah & Hashimah Haji Hashim. 2005. Persepsi pelajar sekolah menengah
terhadap penggunaan Internet dalam penulisan karangan. Prosiding Seminar
Kebangsaan E-Komuniti, 1-11
Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah. 2011. Kajian kes
penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajran guru cemerlang Pendidikan Islam
sekolah Bandar dan luar Bandar: satu kajian perbandingan. Jurnal Teknologi (Sains
Sosial), Sept.2011:179-198.
Kamarul Shukri Mat The. Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Arab dalam Kalangan
PelajarSekolah Menengah Agama . Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kamaruzzaman Ismail. 2001. Penggunaan computer dalam kalangan pengajar dan pelajar di
sebuah institusi pengajian tinggi teknikal. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti
Pendidikan, UKM, Bangi.
Khalid Johari. 2003. “Penyelidikan dalam Pendidikan (Konsep dan Prosedur)”. Malaysia :
Prentice Hall.
Mahzan Arshad. 2007. Memperkasa proeses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia
di Malaysia. Masalah Pendidikan, Jilid 30(1): 79-87
Md Yusoff Daud, Mazalah Ahmad, Maimun Aqsha Lubis. 2006. Penggunaan internet dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Wacana Pendidikan Islam (siri
235

ISBN 978-967-14229-0-8

5) Pendidikan Islam & Bahasa Arab Pemangkin Peradapan Ummah. Fakulti
Pendidikan UKM, hlm. 129-136.
Mohamed Amin Embi. 2011. Aplikasi Web 2.0 Dalam Pengajaran & Pembelajaran. Pusat
Pembangunan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia. (Atas talian)
http://ml.scribd.com/doc/65576530/Aplikasi-Web-2-0-Dalam-Pengajaran
Dan
Pembelajaran diakses pada 22/11/2012
Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. 2005. Penilaian Kemahiran Mendengar dalam
Kurikulum Bahasa Arab Komunikasi di Sekolah-sekolah Agama Kerajaan Selangor. Bangi.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nik Mohd Rahimi & Kamarulzaman Abd. Ghani. 2006. Teknik Pembelajaran Kemahiran
Mendengar: Pencapaian Kemahiran Mendengar Bahasa Arab. ISLAMIYYAT 28:
109-124
Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Kamarulzaman Ab. Ghani. 2008. Penggunaan Alat Bantu
Mengajar dan Hubungannya dengan Pencapaian Kemahiran Mendengar Bahasa
Arab. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Zamri Mahamod & Kamarulzaman Ab. Ghani. 2008. Motivasi
Pembelajaran Kemahiran Mendengar Bahasa Arab dan Hubungannya dengan
Pencapaian Pelajar. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nur Fadzilah Binti Othman. 2010. Kajian Tahap Penggunaan Aplikasi Web 2.0 Dalam
Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam Di Malaysia. Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia. Skudai.
Rosni Samah. 2012. Pembinaan Ayat Bahasa Arab Dalam Kalangan Lepasan Sekolah
Menengah Agama. Fakulti Pengajian Bahasa. Universiti Sains Islam Malaysia.
Rudzi Munap. 2003. Penilaian Program Diploma Kesetiausahaan Eksekutif di Universiti
Teknologi MARA. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Tan Choon Keong & Carol Binti Abu. 2013. Pengaplikasian Video Youtube : Bahan Bant
Mengajar (BBM) Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sains
Sosial. Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial. Universiti Malaysia Sabah
Wan Hazenah wan Ismail . 2014. Aplikasi Google dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Tesis
Sarjana. Fakulti Pendidikan. UKM. Bangi
Zamri Mahamod &Mohamed Amin Embi. 2008. Teknologi maklumat dan komnikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu: Teori dan praktis. Shah Alam.:
Karisma Publications Sdn. Bhd.
Zawawi Ismail, Ab Halim Tamuri, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Mohd Ala-Uddin Othman.
2011. Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Di SMKA Di Malaysia. GEMA
Online™ Journal of Language Studies 67. Volume 11(2).

236