PERMASALAHAN DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM
PERMASALAHAN DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM FESYEN
DAN PAKAIAN SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (PnP) DAN PENILAIAN AKHIR AMALI BAGI
MODUL PENGHASILAN PAKAIAN
Mohd Hafiz Bin Sabran, Noraini Binti Mohamad Nor & Salina Binti Abdul Manan
[email protected]
Kolej Komuniti Batu Gajah, Perak.
ABSTRAK
Dalam pendidikan teknikal dan vokasional, penguasaan teori dan amali adalah sangat
penting dalam melahirkan modal insan yang berkemahiran dan berketrampilan. Terdapat
dua (2) jenis penilaian yang dijalankan iaitu Penilaian Berterusan (PB) yang mewakili
70% dan Penilaian Akhir (PA) sebanyak 30% . Kedua-dua bentuk penilaian ini menilai
aspek teori dan amali.Kajian ini bertujuan untuk mengkaji permasalahan yang timbul
semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) dan penilaian akhir amali modul
Pembuatan Pakaian di kalangan pelajar Program Fesyen Dan Pakaian( FP. Dalam kajian
ini, seramai 45 pelajar Fesyen dan Pakaian telah terlibat sebagai sampel kajian. Kajian ini
berbentuk tinjauan dan menggunakan pendekatan kuantitatif. Hasil dari analisis data yang
telah dibuat didapati masalah yang paling dominan ialah dari segi penyimpanan dan susan
atur hasil pola dan juga pakaian yang telah dihasilkan.
Katakunci: Program Fesyen dan Pakaian, Penilaian Akhir Amali, Pengajaran dan
Pembelajaran (PnP), Pelajar, Modul Penghasilan pakaian.
1.1
LATAR BELAKANG
Program Fesyen dan Pakaian merupakan satu kursus kemahiran yang berkaitan dengan
kreativiti dan teknik pembuatan pakaian, mereka pelbagai fesyen dan pakaian, pemahaman
tekstil dan keusahawanan dalam industri fesyen dan pakaian. Menurut Colin McDowell
(2000) fesyen didefinasikan sebagai sesuatu yang berkembang pantas dan mengikut
keadaan sosial, politik dan budaya sesebuah tempat. Program ini dapat melengkapkan
pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan pembelajaran ilustrasi
fesyen, pola asas pakaian dan penyesuaian pakaian, sampel proses jahitan, senireka fesyen,
hiasan pakaian, teknologi pembuatan pakaian dan kajian fabrik. Para pelajar
akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja
sebenar mengenai cara-cara pengumpulan data, penggunaan alat dan bahan seni reka serta
konsultasi fesyen yang menjurus kepada ciri-ciri usahawan berjaya. Di samping itu, pelajar
juga akan didedahkan dengan kemahiran membuat pola pakaian, potong fabrik dan
menjahit pakaian dengan menggunakan teknik dan kaedah yang betul.
Program ini juga akan mendedahkan kepada pelajar mengenai daya intelektual dan
artistik (seni) yang menentukan rekaan fesyen dan pakaian di pasaran tempatan dan
antarabangsa. Dengan pembelajaran dalam bidang fesyen ini, lulusan juga berpeluang
untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau membuka perniagaan sendiri
sebagai pereka fesyen, tukang jahit mahupun usahawan butik pakaian. Pengetahuan dan
kemahiran yang diperolehi akan diaplikasi untuk menghasilkan hiasan pada pakaian
dengan lebih kreatif dan dapat menyumbangkan nilai daya saing dalam dunia fesyen.
Kemahiran pula merupakan pengetahuan yang diperoleh pelajar dan diaplikasikan
melalui aktiviti-aktiviti hands-on yang seterusnya mencetuskan pemikiran secara minds-on
(Ibrahim et al. 2006). Latihan amali adalah sebagai pengubahsuaian yang formal dan
sistematik terhadap tingkah laku melalui pembelajaran, yang berlaku disebabkan oleh
pendidikan, arahan, pembangunan dan pengalaman terancang (Armstrong, 2003). Dalam
konteks ini, amali merujuk kepada kemahiran teknikal pelajar dalam kursus jahitan
berdasarkan teori yang telah dipelajari, yang diaplikasikan sama ada di dalam kelas amali
mahupun dalam kehidupan seharian.
1.2
MODUL PENGAJIAN
Modul pengajian merujuk peada silibus yang digunapakai oleh sesuah institusi bagi
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran ditempat mereka. Kolej Komuniti juga
memunyai silibus tersendiri khususnya bagi Program Fesyen dan Pakaian (SFP). Program
ini diwujudkan dengan empat penggal atau semester bagi setiap pengajian modul. Bagi
kajian yabg tekah dijalankan ini, silibus yang dirujuka adalah daripada semakan bulan
Februari tahun 2014. Program ini telah mendapat akrediasi daripada Malaysian
Qualifications Agency (MQA) dengan kod silibus SFP 542.
Sijil Fesyen Dan Pakaian merupakan satu program yang memfokuskan kepada
kemahiran penghasilan pakaian seperti teknik pembuatan pola, jahitan dan rekaan pakaian.
Pelajar akan didedahkan dengan kemahiran menghasilkan baju kurung tradisional, pakaian
kontemporari dan pakaian lelaki. Pelajar juga akan didedahkan dengan penghasilan hiasan
– hiasan pada pakaian yang telah dijahit seperti jahitan asas sulaman benang, sulaman
manik dan labuci.
Oleh itu, satu modul pengajaran telah disediakan bagi memastikan kemahiran yang
dipelajari mengikut standart yang telah ditetapkan. Merujuk kepada dokumen SFP 542
(2014) seperti rajah berikut, terdapat empat modul iaitu modul 1 bagi asas fesyen, modul 2
bagi pembuatan pakaian 1, modul 3 bagi pembuatan pakaian 2 dan modul 4 bagi
pembuatan pakaian 3. Selain itu, setiap modul dipecahkan kepada tiga (3) arena
pembelajaran (LA). Berdasarkan kepada kurikulum ini, dapat dirumuskan bahawa pelajar
akan menggunakan
Modul
1 – Asas Fesyen
2 – Pembuatan Pakaian 1
3 – Pembuatan Pakaian 2
4 – Pembuatan Pakaian 3
a)
b)
c)
a)
b)
c)
a)
b)
c)
a)
b)
c)
Arena Pembelajaran
(Learning Area – LA)
Pembuatan Sampel
Pola Asas Pakaian
Illustrasi Fesyen
Sulaman Tangan
Pakaian Tradisional Wanita 1
Pakaian Kontemporari Wanita 1
Senireka Fesyen
Pakaian Tradisional Wanita 2
Pakaian Kontemporari Wanita 2
Sulaman Mesin
Pakaian Lelaki
Pakaian Kontemporari Wanita 3
Sumber: Kurikulum SFP 542 (2014)
1.2 PERMASALAHAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan atas keprihatinan pengkaji terhadap masalah-masalah yang dihadapi
oleh para pelajar terutama di Kolej Komuniti Batu Gajah semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung dan peperiksaan akhir amali terutama bagi modul Pola Pakaian
dan juga penghasilan Pakaian Tradisional dan kontemporari. Oleh yang demikian,
pengkaji berminat untuk mengkaji apakah masalah-masalah utama yang dihadapi oleh
pelajar dan mengenalpasti punca kepada masalah tersebut.
1.3 TUJUAN KAJIAN
Kajian ini dibuat adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah yang
di hadapi oleh pelajar semasa kelas penghasilan pakaian dan juga peperiksaan amali.
Diharapkan hasil dari kajian ini nanti dapat memberi maklum balas dan tindakan kepada
para pensyarah dan pihak pentadbiran dalam mengambil langkah seterusnya bagi
memastikan masalah pelajar dapat dikurangkan dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti
hasil kerja pelajar.
Hasil dari kajian ini juga diharap dapat digunakan sebagai idea menghasilkan
inovasi produk yang kreatif bagi menyelesaikan masalah tersebut. Dengan adanya kajian
ini, bolehlah ia membantu dalam meningkatkan lagi prestasi akademik pelajar di dalam
kelas dan meningkatkan peratusan pelajar yang cekap dan cemerlang semasa peperiksaan
akhir amali.
1.4
OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif kajian adalah seperti berikut;
a.
Mengenalpasti permasalahan dikalangan pelajar Program Fesyen dan Pakaian
Kolej Komuniti semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan peperiksaan
amali modul penghasilan pakaian.
b.
Mengenalpasti langkah-langkah dalam menyelesaikan masalah di kalangan
pelajar semasa proses P&P dan peperiksaan amali.
c.
Menghasilkan produk penyimpanan pola dan pakaian yang berinovasi dalam
menyelesaikan permasalahan dominin di kalangan pelajar.
1.5
PERSOALAN KAJIAN
1.
Apakah permasalahan yang timbul di kalangan pelajar Program Fesyen dan
Pakaian semasa proses P&P dan peperiksaan akhir amali di jalankan?
2.
Apakah langkah-langkah yang perlu di ambil bagi mengatasi masalah yang di
hadapi oleh pelajar?
3.
Apakah produk yang dihasilkan dapat membantu mengurangkan permasalahan
pelajar dari segi penyimpanan pola dan pakaian?
1.6
KAEDAH KAJIAN
Sesuatu masalah dapat diselesaikan melalui perancangan, pengumpulan, penganalisisan
dan penafsiran data yang sistematik dengan menjalankan penyelidikan, (Mouly, 1970
dalam Mohamad Ibrahim, 1995). Penyelesaian masalah menjadi tidak lengkap tanpa
disokong oleh sumber data. Oleh itu, pengumpulan data sangat penting dalam
penyelidikan. Justeri itu pemilihan kaedah kajian yang sesuai adalah sangat penting bagi
memastikan dapatan yang diperoleh mempunyai kesahihan serta boleh dipercayai.
Sehubungan itu, kajian ini dijalankan dalam bentuk tinjauan deskriptif dan
inferensi menggunakan pendekatan kuantitatif. Menurut Kerlinger (1986) reka bentuk
kajian deskriptif mempunyai dua tujuan utama. Tujuan pertama, untuk mencari jawapan
kepada soalan-soalan kajian dan kedua untuk mengawal varians. Kajian ini menggunakan
Borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Borang soal selidik sebanyak 45 set
diedarkan kepada 45 orang pelajar FRP yang terdiri daripada 3 modul pengajian iaitu
Semester satu, dua dan tiga. Selain dari edaran borang soal selidik, penyelidik juga
menggunakan kaedah tinjauan dan pemerhatian ke atas pelajar di dalam kelas.
Hasil dari pemerhatian di dalam kelas modul pola pakaian mendapati rata-rata
pelajar menghadapi masalah dari segi susunan pola dan juga pakaian. Kelihatan pola dan
kertas berselerakkan dan tidak di susun dan di simpan dengan baik. Malah pakaian yang
telah siap di jahit tidak di gantung dengan elok menyebabkan pakaian yang telah di
seterika kemas berkedut dan kotor. Ini menyukarkan proses pemarkahan oleh pensyarah
kerana susunan pola yang tidak teratur menyebabkan ia sukar untuk di periksa.
Hasil dari tinjauan juga mendapati kerana pemasalahan ini, ramai pelajar yang
lewat menghantar tugasan kerana kehilangan atau kecicran tugasan mereka hingga
memerlukan ereka untuk membuat semula tugasan tersebut.
Selain soal selidik dan
pemerhati, penyelidik juga menjalankan temubual dengan beberapa pelajar yang di pilih
secara rawak untuk menanyakan tentang masalah yang timbul semasa kelas tersebut. Hasil
temubual juga mengukuhkan lagi pemasalahan iaitu dari teknik dan tempat penyimpanan
pola dan tugasan lain. Selain pelajar, penyelidik juga menemubual pensyarah meminta
pendapat berkaitan masalah tersebut dan ia di akui oleh pensyarah modul tersebut yang
mengatakan masalah kerap timbul semasa sesi pemarkahan di mana pelajar kerap
kehilangan pola, pakaian kotor dan lain-lain lagi Ini menyebabkan proses mengambil
markah terganggu dan markah pelajar akan merosot.
1.7
SKOP DAN BATASAN KAJIAN
Kajian ini lebih tertumpu pada masalah yang di hadapi oleh pelajar Program Fesyen dan
Pakaiaan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas serta ketika
peperiksaan amali berlangsung. Skop lebih tertumpu pada modul Pola Asas Pakaian dan
juga Penghasilan Pakaian Tradisional dan Kontemporari yang mana melalui pemerhatian
subjek ini yang kerap menghadapi masalah kelewatan menghantar tugasan dan produk
akhir amali. Bagi kajian ini, pilihan responden adalah terhad di kalangan pelajar fesyen
Semester 1,2 dan 3 Kolej Komuniti Batu Gajah yang menghadapi masalah dalam subjek
pola dan jahitan.
1.8
KESIMPULAN
Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan dapat di simpulkan bahawa antara
masalah yang di hadapi oleh pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan
peperiksaan amali adalah kerana kehilangan, atau keciciran tugasan yang di beri oleh
pensyarah. Selain itu, faktor utama kehilangan dan kecicran adalah disebabkan kerana
tempat dan proses penyimpanan yang tidak sistematik semasa di hantar kepada pensyarah.
Keadaan ini menyebabkan masalah dari segi masa, kesukaran mengambil markah dan juga
prestasi markah merosot di kalangan pelajar. Diharap dengan adanya produk inovasi
tempat penyimpanan pola dan pakaian akan dapat melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran serta peperiksaan amali pelajar sekaligus membantu mempercepatkan proses
pemarkahan di kalangan pensyarah.
RUJUKAN
Armstrong M (2003) A handbook of human resource management practice. Kogan Press,
London.
Ibrahim NH, Surif J, Mustapa MS (2006) Kefahaman dan tahap amalan pembelajaran
secara kontekstual di kalangan guru Sains luar bandar.
McDowell (2000) Fashion Today. Phaidon Press, Austria.
Kerlinger, F.N. (1986). Foundations of behavioral research (3rd. ed.). Fort Worth, TX:
Holt, Rinehart, and Winston
________, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (2014). Sijil Fesyen & Pakaian (SFP 542),
Wilayah Persektuan Putrajaya.