PROSES PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENG

PROSES PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN
KEPUTUSAN KERJAYA PELAJAR UNTUK MENJADI
USAHAWAN: KAJIAN KE ATAS PELAJAR-PELAJAR BACELOR
DAN DIPLOMA DI UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK

SEKOLAH KEUSAHAWANAN BANK RAKYAT
UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK
KAMPUS TUN RAZAK, KUALA LUMPUR

DISEDIAKAN OLEH:
MOHAR YUSOF
LEILANIE MOHD NOR
AINON JAUHARIAH ABU SAMAH
RAHAYU TASNIM
SEMINAR KEBANGSAAN HASIL PENYELIDIKAN
PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN
2-3 Mac 2009
Shah Alam, Malaysia

1


BAB I: PENGENALAN

1.0.1

LATAR BELAKANG

1.0.1.1 KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA

Pembangunan keusahawanan telah berkembang dari segi kepentingan di
Malaysia. Kepentingan keusahawanan kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia
dibuktikan dengan jumlah dan kepelbagaian polisi dan alatan sokongan yang wujud
untuk usahawan, termasuk dana, kemudahan fizikal dan perkhidmatan nasihat
perniagaan. Penubuhan sebuah kementerian khas untuk usahawan – Kementerian
Pembangunan Usahawan – dalam tahun 1995, jelas menunjukkan kepentingan yang
kerajaan letakkan pada isu keusahawanan dan pembangunan keusahawanan. Kementerian
ini seharusnya bertindak sebagai agensi utama dalam pembangunan keusahawanan di
samping menyusun aktiviti keusahawanan secara umum (Ariff dan Abubakar, 2003)
Dinamakan semula sebagai Kementerian Keusahawanan dan Pembangunan Koperasi
(MECD) pada tahun 1998, ia sekarang merupakan agensi utama dalam pembangunan
keusahawanan dan koperasi. Dengan memberi perhatian khusus kepada pembangunan

keusahawanan, Malaysia berusaha menyediakan persekitaran yang sesuai yang akan
menggalakkan dan membantu pertumbuhan usahawan yang tulen, progresif, bersemangat

2

waja dan berdaya saing dalam semua sektor; dan untuk menyemai budaya keusahawanan
di kalangan rakyat Malaysia.

1.0.1.2 KEUSAHAWANAN DAN RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN

Dalam konteks pertumbuhan, Rancangan Malaysia ke-Sembilan (RMK-9)
mewakili salah satu daripada Rancangan Malaysia yang paling signifikan dalam sejarah
negara, memandangkan negara sekarang sedang di pertengahan perjalanan menuju
Wawasan 2020. Sebagai panduan untuk keseluruhan baki perjalanan ini, Kerajaan telah
merangka dan akan melaksanakan Misi Nasional – satu rangka kerja untuk agenda
pembangunan negara yang menggariskan langkah-langkah utama yang perlu diambil
dalam tempoh lima belas tahun yang akan datang.

Misi Nasional bertujuan untuk


menumpukan usaha negara pada bidang penting yang akhirnya akan membawa kepada
pencapaian Wawasan 2020. Perdana Menteri Malaysia, dalam ucapan beliau semasa
membentangkan RMK-9, mengumumkan Lima Teras Misi Nasional;

“Teras kedua Misi Nasional adalah untuk meningkatkan kapasiti negara dalam
pengetahuan, kreativiti dan inovasi dan memupuk ‘mentaliti kelas pertama’.
Kejayaan Malaysia pada masa hadapan bergantung pada kualiti modal insan,
bukan saja dari segi intelek, tetapi juga sikap. Justeru, sejajar dengan teras ini,
Kerajaan berusaha untuk menjalankan memperbaiki sistem pendidikan negara
secara komprehensif , dari peringkat prasekolah hinggalah ke institusi pengajian

3

tinggi dan vokasional. Sebuah persekitaran yang lebih memudahkan juga dipupuk
untuk menggalakkan Pemyelidikan dan Pembangunan. Pada masa yang sama,
penekanan lebih khusus akan diberi kepada pembentukan nilai untuk menghasilkan
individu yang lebih luas kebolehannya luas. Teras kedua ini juga akan memberi
fokus kepada pembangunan pengetahuan, kemahiran dan keusahawanan.”
(Rancangan Malaysia ke-Sembilan, 2006: 257)


1.0.1.3 KEUSAHAWANAN DAN INSTITUSI-INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
DI MALAYSIA

Terdapat dua puluh universiti awam, enam belas universiti swasta, lapan belas
kolej universiti swasta dan lebih kurang empat ratus sembilan puluh kolej swasta di
Malaysia sekarang (http://jpt.mohe.gov.my/index2.php). Dalam tempoh Rancangan
Malaysia ke-Sembilan, kerajaan merancang untuk menyemak sistem

pentadbiran

universiti awam untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan kreativiti dan
inovasi dalam usaha mengejar kecemerlangan ( RMK-9 :257) Keusahawanan dan inovasi
dilihat sebagai dua nilai kritikal, yang perlu dipupuk dan digalakkan melalui sistem
pendidikan di kedua-dua institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Pada Disember 2003, Jabatan Pengajian Tinggi mengarahkan universiti awam
tempatan untuk memperkenalkan subjek keusahawanan untuk semua pengkhususan.
Arahan ini adalah hasil daripada cadangan majikan untuk memupuk kemahiran

4


perniagaan dan meningkatkan nilai pelajar di pasaran pekerjaan apabila mereka
menamatkan pendidikan. Sebelum pengumuman ini, sebuah program yang dipanggil
Excite the Entrepreneur (E2), ditaja oleh Malaysian Venture Capital Management dan
diuruskan oleh Technopreneurs Association of Malaysia (TeAm), telah dilancarkan juga
untuk mewujudkan kesedaran dan menggalakkan keusahawanan di kalangan pelajar
universiti tempatan dan menggalakkan mereka menimbangkan kerjaya alternatif dalam
bidang keusahawanan atau tekno usahawan.

Sementara itu, MECD memulakan pembudayaan keusahawanan di universiti
sejak 1998. Setiap universiti yang mengambil bahagian dalam program-program
Kementerian telah diberi peruntukkan antara RM100,000 hingga RM200,000 setahun
berdasarkan program keusahawanan yang dimulakan dan bilangan mahasiswa yang
menyertainya. Program-program sebegini telah bercambah bak cendawan tumbuh sejak
pembuat-dasar mengenal pasti keperluan budaya keusahawanan di kalangan rakyat
Malaysia. Bagaimanapun, di sebalik pelbagai program pendidikan dan latihan
keusahawanan yang ditawarkan kepada mahasiswa, tidak banyak telah diperkatakan
tentang kualiti dan keberkesanan program ini dan bagaimana program ini benar-benar
menyumbang kepada mewujudkan usahawan graduan.


5

1.0.1.4 PENDIDIKAN

KEUSAHAWANAN

DI

UNIVERSITI

TUN

ABDUL

RAZAK

Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) dikenali sebagai universiti swasta epembelajaran pertama Malaysia yang berstatus-MSC dan diperakui ISO9001:2000.
UNITAR memulakan operasinya pada 18 Disember 1997 semasa ia menerima surat
jemputan untuk memulakan universiti daripada Menteri Pendidikan ketika itu, Yang
Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Menteri ini telah merasmikan

universiti berkenaan pada 21 Disember 1998 di Pusat Pengajian Kelana Jaya. Seterusnya,
ia menerima surat penubuhannya pada Februari 1999 daripada Kementerian Pendidikan.
Kementerian Pendidikan telah meluluskan pendaftaran UNITAR pada 28 Januari 2000.
Sehingga sekarang, UNITAR mempunyai 7 pusat pendidikan di seluruh Malaysia. Pusat
pendidikan ini terletak di Johor Baru, Pulau Pinang, Ipoh, Alor Star, Kota Bharu, Kota
Kinabalu dan Kuching. Pada semester Julai 2008, jumlah pelajar yang berdaftar dalam
program-program Diploma dan Sarjana Muda di bawah Fakulti Pentadbiran Perniagaan,
Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Fakulti Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan,
dan Fakulti Teknologi Maklumat adalah berjumlah seramai 6,067 orang (Lampiran A).

Pada Januari 2008, sebuah perubahan penting berlaku dalam hala tuju universiti
ini. Dengan visi dan misi baru, UNITAR sedang bergerak menuju menyumbang kepada
peningkatan pendidikan kepimpinan dan keusahawanan di Malaysia. Sebagai ‘Universiti
Butik’, visi UNITAR adalah ‘untuk menjadi Institusi Terkemuka dalam
menyediakan Pendidikan Berkualiti dan Modal Insan dalam bidang ‘Nic’ atau

6

Badan Pengetahuan di kalangan Ekonomi Baru Muncul’. Untuk merealisasikan visi
ini, misi universiti adalah untuk ‘menjadi Pusat Kecemerlangan dalam memupuk

Kepimpinan Pengurusan dan Keusahawanan dalam Pembangunan Modal Insan
melalui Penyelidikan Berkualiti, Pengajaran dan Pembelajaran, dan Perkhidmatan
Profesional'. Dalam ucapan Tahun Baru beliau Januari 2008 lalu, Naib Canselor
meminta agar budaya organisasi universiti diberi nafas baru dan agar pihak universiti
berusaha ke arah memupuk kerja sama, profesionalisme, etika, dan dinamisme dalam
kepimpinan dan keusahawanan.

Beliau menekankan bahawa melalui ‘Kepimpinan’, ia tidak bermaksud yang
tumpuan hanya diberi kepada pengajian kepimpinan. Tetapi, ia bermaksud bahawa
UNITAR sedang ‘bergerak maju’ berbanding institusi lain dalam apa saja bidang nic
yang ia beraspirasi untuk menjadi cemerlang di dalamnya. Begitu juga, melalui
‘Keusahawanan’, ia bermaksud yang UNITAR mempunyai ‘inisiatif’, ‘dorongan atau
motivasi', ‘usaha’, ‘kreativiti’, dan ‘inovasi’ untuk menjadikan semua ini sebagai
‘Kejayaan Hebat’ di Universiti ini. Dengan yang demikian, contohnya, Fakulti
Pengurusan Hotel dan Pelancongan menjadi sekolah ‘Utama’ dalam pengurusan
hospitaliti di negara ini melalui pendekatan ‘Keusahawanan’ dalam pengajaran dan
pembelajaran berkualiti, menjadi visi. Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial untuk menjadi
‘Pemimpin’ dalam pengajian ‘Pendidikan Zaman Kanak-kanak’ dan 'Kerja Sosial’,
dengan menerapkan kaedah dan pendekatan ‘Keusahawanan’ kepada pendidikan
berkualiti. Dan, Fakulti Teknologi Maklumat dibayangkan sebagai ‘Pemimpin’ dalam

bidang khas teknologi maklumat yang inovatif dan kreatif.

7

Jadual 1 menunjukkan penelitian yang dibuat kepada program-program Diploma
dan Sarjana Muda di dalam empat fakulti di UNITAR yang ditawarkan pada semester
Mei 2008.

Jadual 1: Penelitian Terhadap Objektif Program dan Kandungan Pendidikan Keusahawanan
Program

Objektif Program

Kandungan
Pendidikan
Keusahawanan

Jam Kredit

Elemen

Pembelajaran
Berasaskan
Pemasalahan
(PBL*)

Fakulti Pentadbiran Perniagaan

Diploma
Perakaunan

Untuk membentuk
para graduan supaya
mampu memulakan
kerjaya sebagai
eksekutif muda akaun
yang mampu bekerja
dengan akauntan
bertauliah di dalam
bidang kewangan,
perakaunan dan

perniagaan.
Untuk
melengkapkan para
pelajar dengan
kemahiran-kemahiran
amali dan
pengetahuan di dalam
pengurusan

Diploma
Pengurusan

Untuk menyediakan
para pelajar supaya
berada di posisi
pengurusan dengan
pengetahuan TM
yang secukupnya.

Program ini
mengandungi kursuskursus umum
perniagaan seperti
perakaunan,
kewangan,
pengurusan dan
undang-undang.

3 jam kredit (2.73%
dari 91 jam kredit)

Keusahawanan
adalah kursus teras di
tahun kedua.

Program ini
mengandungi
kandungan kursuskursus di dalam
bidang-bidang
fungsional
perniagaan dan satu
kursus keusahawanan
di tahun kedua.

Untuk menanamkan
etika professional di
dalam diri setiap
pelajar.

8

3 jam kredit
(2.73% dari 91 jam
kredit)

Tugasan:
Kerja luar – setiap
pelajar diberi
tugasan untuk
menemuramah 5
orang usahawan
dan menulis
laporan tentangnya.

Tugasan:
Kerja Luar - setiap
pelajar diberi
tugasan untuk
menemuramah 5
orang usahawan
dan menulis
laporan tentangnya.

Program

Diploma
Keusahwanan

Objektif Program

Untuk menyediakan
para pelajar untuk
memahami
kehidupan sendiri
melalui sains
pengurusan dan
keusahawanan
Untuk membolehkan
para pelajar
memahami ciri-ciri
dan proses
keusahawanan.

Sarjana Muda
Perakaunan

Sarjana Muda
Pentadbiran
Perniagaan

Untuk menyediakan
para pelajar supaya
mampu berkhidmat
di dalam industri
sebagai akauntan
bertauliah dan
eksekutif kewangan.

Para pelajar
dilengkapkan dengan
pengetahuan dan
kemahiran di dalam
bidang perniagaan
dan pengurusan.

Kandungan
Pendidikan
Keusahawanan
Selain daripada 6
kursus di dalam
pengajian umum,
semua kursus-kursus
yang lain adalah
berkaitan dengan
perniagaan dan
keusahawanan.
Para pelajar
diwajibkan untuk
menjalani latihan
industri di akhir
tahun kedua
pengajian.
Program ini
mengandungi kursuskursus perakaunan
dan beberapa kursuskursus berkaitan
bidang fungsional
perniagaan yang lain.

Jam Kredit

21 jam kredit
(19.8% dari 91 jam
kredit)

Elemen
Pembelajaran
Berasaskan
Pemasalahan
(PBL*)
Tugasan:
Kerja Luar - setiap
pelajar diberi
tugasan untuk
menemuramah 5
orang usahawan
dan menulis
laporan tentangnya.
Tugasan –
Rancangan
Perniagaan
Komprehensif.

0

Tiada

Tiada kursus
keusahawanan
khusus.

Selain daripada 17
jam pengajian am dan
6 jam latihan amali,
kursus-kursus yang
ditawarkan adalah
berkaitan perniagaan
dan pengurusan.
Keusahawanan diajar
sebagai kursus teras
di tahun kedua.

9

Pengajaran** –
PBL (4 kajian kes)
3 jam kredit
(2.7% dari 110 jam
kredit)

Tugasan –
Rancangan
Perniagaan
Komprehensif.

Program

Objektif Program

Untuk membolehkan
para graduan
menunjukkan
kemahiran dalam
pengurusan dan
keusahawanan
Sarjana Muda
Pengurusan

Untuk menyediakan
para pelajar dengan
kemahiran-kemahiran
kerja yang releven
dengan pasaran
kerjaya yang sering
berubah.

Kandungan
Pendidikan
Keusahawanan

Jam Kredit

Keusahawanan
ditawarkan sebagai
bidang
teras/pengkhususan
Untuk melengkapkan
pengkhususan, para
pelajar perlu
mengambil dan lulus
6 kursus yang
ditetapkan.

Elemen
Pembelajaran
Berasaskan
Pemasalahan
(PBL*)

Pengajaran** –
PBL (4 kajian kes)
18 jam kredit
(21% daripada 112
jam kredit)

Tugasan –
Rancangan
Perniagaan
Komprehensif

Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial

Diploma
Pendidikan Awal
Kanak-kanak

Untuk menyediakan
para pelajar mampu
memenuhi
permintaan dan
cabaran-cabaran
mengajar di peringkat
nurseri (taman
didikan) dan
prasekolah.

Selain daripada Asas
Pengurusan Sumber
Manusia, semua
kursus-kursus lain
memfokus kepada
pendidikan awal
kanak-kanak.
Terdapat satu kursus
tentang Pengurusan
dan Keusahawanan di
dalam Pendidikan
Kanak-kanak.

10

3 jam kredit (3%
daripada 95 jam
kredit)

Tugasan:
Kerja Luar - setiap
pelajar diberi
tugasan untuk
menemuramah 5
orang usahawan
dan menulis
laporan tentangnya.

Program

Sarjana Muda
Pendidikan

Sarjana Muda
English

Objektif Program

Untuk menyediakan
para pelajar supaya
mampu menghadapi
cabaran-cabaran dan
permintaanperminataan ke atas
profession
pendidikan di dalam
kedua-dua institusi
pendidikan awam dan
swasta.

Untuk membantu
para pelajar untuk
mahir di dalam
bahasa English dan
pada masa yang sama
mempunyai kekuatan
TM.

Kandungan
Pendidikan
Keusahawanan

Jam Kredit

Elemen
Pembelajaran
Berasaskan
Pemasalahan
(PBL*)

Kursus-kursus yang
ditawarkan berkaitan
pedagogi dan
pengetahuan
kandungan subjeksubjek sekolah
Malaysia.
Keusahawanan ini
tidak diajarkan
sebagai kursus teras
tetapi para pelajar
mengikuti
pengkhusuan
Perdagangan perlu
mengambil subjek
Keusahawan
bersama-sama 6
kursus-kursus lain
berkaitan perniagaan
dan satu kursus
pedagogi perdaganan.
Program ini
mengandungi kursuskursus sastera,
fonetiks dan
penulisan.
Keusahawan tidak
ditawarkan.

11

Pengajaran** –
PBL (4 kajian kes)
3 jam kredit (2.3%
daripada 132 jam
kredit)

0%

Tugasan –
Rancangan
Perniagaan
Komprehensif

N/A

Program

Objektif Program

Kandungan
Pendidikan
Keusahawanan

Jam Kredit

Elemen
Pembelajaran
Berasaskan
Pemasalahan
(PBL*)

Fakuti Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan
Untuk menyediakan
kelayakan yang perlu
untuk kerjaya di
dalam bidang
hospitaliti yang
semakin pelbagai
Diploma
Pengurusan Hotel

Diploma
Pengurusan
Pelancongan

Untuk menunjukkan
kepada para pelajar
tentang asas
tanggungjawab
pengurusan dengan
asas kemahiran
keusahawan yang
mempunyai asas
yang kuat..

Untuk melengkapkan
para pelajar dengan
kemahiran yang
diperlukan untuk
menguruskan sebuah
agensi pelancongan.

Kursus-kursus dari
bidang-bidang
fungsional
perniagaan yang
menjurus kepada
pengurusan hotel
diagihkan sepanjang
pengajian 2 ½ tahun.
Pelajar juga perlu
mengambil kursus di
dalam bidang
Hospitaliti.
Keusahawanan
ditawarkan di
semester pertama
pengajian mereka.
Kursus-kursus adalah
dari bidang-bidang
fungsional
perniagaan yang
dibentuk mengikut
keperluan industri
pelancongan. Ia
diagihkan di
sepanjang pengajian
2 ½ tahun dan para
pelajar juga
diwajibkan
mengambil satu
kursus Hospitaliti
Keusahawanan
ditawarkan di
semester pertama
pengajian mereka.

12

3 jam kredit
(2.73% dari 91 jam
kredit)

Rancangan
Perniagaan
(integrasi
kurikulum di antara
kursus-kursus teras
perniagaan).

3 jam kredit
(2.73% dari 91 jam
kredit)

Rancangan
Perniagaan
(integrasi
kurikulum di antara
kursus-kursus teras
perniagaan).

Program

Objektif Program

Untuk
memperkenalkan
kepada para pelajar
kepada alam kulinari.
Diploma Seni
Kulinari

Diploma
Pengurusan
Perkhidmatan
Makanan

Untuk melengkapkan
para pelajar dengan
kemahiran untuk
menggunakan
peralatan dapur serta
merancang dan
seterusnya
melaksanakan
penyediaan makanan.

Untuk membantu
para pelajar mahir
dengan konsep dan
kemahiran standard
penyediaan makanan,
pengkosan dan
pembelian serta
sanitasi dan nutrisi.
Untuk mendedahkan
kepada para pelajar
tentang operasi
katering dan restoran
yang sebenar.

Kandungan
Pendidikan
Keusahawanan
Kursus-kursus adalah
dari bidang-bidang
fungsional
perniagaan (tetapi
diolahkan
bersesuaian dengan
seni kulinari) yang
diagihkan di
sepanjang pengajian
2 ½ tahun dan para
pelajar juga
diwajibkan
mengambil satu
kursus Hospitaliti
Keusahawanan
ditawarkan di
semester pertama
pengajian mereka.
Kursus-kursus adalah
dari bidang-bidang
fungsional
perniagaan (tetapi
diolahkan
bersesuaian dengan
penyediaan dan
penyiapan makanan)
yang diagihkan di
sepanjang pengajian
2 ½ tahun dan para
pelajar juga
diwajibkan
mengambil satu
kursus Hospitaliti
Keusahawanan
ditawarkan di
semester pertama
pengajian mereka.

13

Jam Kredit

Elemen
Pembelajaran
Berasaskan
Pemasalahan
(PBL*)

3 jam kredit
(2.73% dari 91 jam
kredit)

Rancangan
Perniagaan
(integrasi
kurikulum di antara
kursus-kursus teras
perniagaan).

3 jam kredit
(2.73% dari 91 jam
kredit)

Rancangan
Perniagaan
(integrasi
kurikulum di antara
kursus-kursus teras
perniagaan).

Program

Sarjana Muda
Pengurusan
Hospitaliti

Kandungan
Pendidikan
Keusahawanan

Objektif Program

Untuk membolehkan
para pelajar mahir di
dengan kemahirankemahiran asas dan
lanjutan yang
diperlukan untuk
menjadi pekerja yang
efisien di dalam
industri hospitaliti.

Kursus-kursus adalah
dari bidang-bidang
fungsional
perniagaan yang
diagihkan di
sepanjang pengajian
3 tahun tetapi para
pelajar akan
menjuruskan kepada
industri Hospitaliti

Jam Kredit

Elemen
Pembelajaran
Berasaskan
Pemasalahan
(PBL*)

0%

Tiada

0%

Tiada

0%

Tiada

0%

Tiada

Keusahawanan tidak
ditawarkan.

Fakulti Teknologi Maklumat

Diploma
Teknologi
Maklumat

Sarjana Muda
Sistem Maklumat

Sarjana Muda
Teknologi
Maklumat

Untuk memenuhi
kehendak industri
yang memerlukan
pekerja
pemprograman
dengan menekankan
kualiti perisian.
Untuk menghasilkan
pekerja berkemahiran
tinggi yang mampu
membangun dan
menguruskan sistem
maklumat yang boleh
memproses,
menyimpan,
mengagih maklumat
apabila diperlukan.

Untuk melengkapkan
para pelajar dengan
kemahiran yang
diperlukan di dalam
industri Teknologi
Maklumat

Tiada

Kursus-kursus yang
ditawarkan adalah
berkaitan Teknologi
Maklumat dan Sistem
Maklumat. Di
samping itu para
pelajar perlu juga
mengambil satu
kursus perakaunan
dan satu kursus etika.
Tiada kursus
keusahawanan secara
spesifik ditawarkan.
Selain daripada
beberapa kursus
pengajian am dan
kursus perakaunan,
semua kursus-kursus
lain memfokus
kepada Teknologi
Maklumat
Keusahawanan tidak
ditawarkan.

14

Program

Objektif Program

Sarjana Muda
Kejuruteraan
Perisian

Untuk melahirkan
para graduan yang
mahir dan
berketrampilan di
dalam
membangunkan
produk perisian yang
kreatif dan inovatif.

Nota:
*

**

Kandungan
Pendidikan
Keusahawanan
Kebanyakan kursuskursus yang
ditawarkan
berasaskan
pemprograman dan
senibina perisian.

Jam Kredit

Elemen
Pembelajaran
Berasaskan
Pemasalahan
(PBL*)

0%

N/A

Tiada kursus
keusahawanan secara
spesifik ditawarkan.

PBL merujuk kepada kurikulum yang mengandungi beberapa pemasalahan yang direkabentuk
secara terperinci bertujuan untuk mengasah kemahiran pelajar seperti pemikiran kritikal,
kemahiran di dalam menyelesaikan masalah, arah tuju kendiri di dalam strategi pembelajaran dan
bekerja secara berkumpulan.
Pengajaran: Berasaskan Kuliah dan PBL.

Penelitian di dalam Jadual 1 dibuat bagi melihat setakat mana pendidikan
keusahawanan yang formal dan khusus terkandung di dalam program-program yang
ditawarkan di UNITAR dan ianya diukur berdasarkan jam kredit pembelajaran dan
samada elemen pembelajaran berasaskan pemasalahan (PBL) digunakan oleh pensyarahpensyarah. Beberapa kesimpulan dapat dibuat seperti:

1. Fakulti Pentadbiran Perniagaan telah memasukkan kursus Keusahawanan di
dalam 5 daripada 6 program yang ditawarkan. Daripada 5 program tersebut,
Sarjana Muda Pengurusan memberikan pendedahan keusahawanan yang tertinggi
(21% daripada 112 jam kredit), diikuti dengan Diploma Keusahawanan (19.8%
dari 91 jam kredit).

15

2. Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial memperkenalkan 1 kursus Keusahawanan di
dalam program-program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Sarjana
Muda Pendidikan.

3. Fakulti

Pengurusan

Hospitaliti

dan

Pelancongan

menawarkan

kursus

keusahawanan di dalam semua program diploma tetapi tidak kepada program
Sarjana Muda. Yang menariknya hanya fakulti ini telah mengambil inisiatif
mengintegrasikan

Keusahawanan

di

dalam

kurikulum

pengajaran

dan

pembelajaran serta permarkahan, di mana satu kertas projek Rancangan
Perniagaan dibangunkan pelajar-pelajar melalui kesinambungan kursus-kursus
teras perniagaan seperti Prinsip Pengurusan, Prinsip Pemasaran, Pengurusan
Frontoffice, Housekeeping, Perkhidmatan Makanan dan Minuman, serta
Pembelian dan Kawalan Kos. Contohnya, ketika pelajar mengambil kursus
Prinsip

Pengurusan,

pada

akhir

semester,

pelajar-pelajar

dikehendaki

menghasilkan struktur organisasi dan perancangan sumber manusia bagi projek
perniagaan yang dirancangkan.

4. Fakulti Teknologi Maklumat tiada langsung mengintegrasikan keusahawanan di
dalam mana-mana program yang ditawarkan.

Kajian ini dikira tepat pada masa berdasarkan penelitian di atas. Secara
ringkasnya, didapati bahawa kandungan pendidikan keusahawanan yang khusus adalah
minimal atau marginal di dalam kebanyakan program-program sedia ada malah tiada
penekanan atau pendedahan langsung di dalam beberapa program tertentu. Malah,
16

diperhatikan bahawa proses pembelajaran yang digunakan masih lagi menjurus kepada
pendidikan tentang keusahawanan (education about entrepreneurship) berbanding
pendidikan untuk keusahawanan (education for entrepreneurship). Selain daripada apa
yang dilakukan oleh Fakulti Pengurusan Hopitaliti dan Pelancongan bagi programprogram diploma mereka dan kebanyakan program-program yang ditawarkan oleh
Fakulti Pentadbiran Perniagaan, timbul tanda tanya samada proses pembelajaran telah
diselarikan kepada visi, misi dan aspirasi pihak pengurusan UNITAR dan khususnya bagi
penyelidikan ini, samada proses pembelajaran yang digunakan pada ketika ini mampu
menghasilkan usahawan graduan.

1.0.2

PERNYATAAN MASALAH

Dalam kajian mereka terhadap pelajar UNITAR pada 2006, Mohar, Manjit dan
K.K. Jain (2007; 2008) mendapati bahawa terdapat kecenderungan tinggi terhadap
keusahawanan di kalangan pelajar yang dikaji dan terdapat keinginan yang kuat pada
pelajar untuk menjadi pemilik perniagaan. Telah juga dicadangkan agar sebuah sistem
sokongan yang sesuai, pendidikan, dan pembangunan kecekapan pengurusan
dilaksanakan untuk memudahkan pembentukan pelajar UNITAR menjadi usahawan
berjaya. Berdasarkan penekanan yang diberikan oleh pihak pengurusan UNITAR kepada
pendidikan keusahawanan, penting untuk mengkaji bagaimana pengajaran dan
pembelajaran keusahawanan dijalankan di peringkat sarjana muda dan diploma oleh
setiap fakulti. Mempunyai sebuah misi yang berusaha ke arah kecemerlangan dalam
keusahawanan juga memerlukan keupayaan pihak universiti untuk melahirkan usahawan
17

siswazah. Ini adalah jangkaan umum yang dibayangkan bagi sebuah pusat kecemerlangan
dan pemimpin dalam pendidikan keusahawanan.

Dengan asimilasi dan penyerapan budaya dan nilai keusahawanan ke seluruh
universiti dan fakulti, dipercayai bahawa kedua-dua pihak akademik dan pelajar akan
mewujudkan darjah kreativiti, inovasi dan keusahawanan yang lebih tinggi. Di dalam
situasi yang sedemikian rupa, maka proses pembelajaran di dalam program-program
sarjana muda dan diploma yang ditawarkan oleh empat fakulti di UNITAR iaitu Fakulti
Pentadbiran Perniagaan, Fakulti Teknologi Maklumat, Fakulti Pendidikan dan Sains
Sosial dan Fakulti Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan, seharusnya mempunyai
kesan dan impak yang positif terhadap niat keusahawanan pelajar-pelajar dan keputusan
kerjaya mereka terhadap keusahawanan. Namun, dalam konteks UNITAR yang kini
mempunyai fokus yang kuat terhadap pendidikan keusahawanan, ia kekal sebagai sebuah
persoalan terbuka.

Sekiranya niat keusahawanan ingin dipupuk dan digalakkan sepanjang tempoh
kursus siswazah di UNITAR untuk melahirkan usahawan graduan maka proses
pembelajaran perlulah diarahkan dan diselarikan kepada matlamat ini. Setakat ini, di
dalam konteks UNITAR, belum ada penyelidikan dijalankan untuk mengukur niat pelajar
terhadap keusahawanan graduan. Tambahan pula, keberkesanan untuk menyemai niat
keusahawanan melalui proses pembelajaran masih belum didedahkan dan diketahui.
Sebagai tambahan, UNITAR masih belum mengenal pasti penentu yang terlibat di dalam

18

memupuk niat keusahawanan di kalangan pelajarnya demi untuk merealisasikan visi dan
misi untuk menjadi pusat kecemerlangan di dalam pendidikan keusahawanan.

1.0.3

SOALAN KAJIAN

Kertas ini bertujuan untuk menutup jurang yang ada dengan memeriksa
perhubungan di antara proses pembelajaran, niat keusahawanan dan usahawan graduan di
kalangan pelajar mahasiswa di UNITAR. Ini akan membantu dalam membangunkan
sebuah dasar yang jelas untuk menggalakkan keusahawanan di peringkat nasional agar
generasi masa hadapan kita, secara umum, dan graduan baru, secara khusus, dapat
bergerak

peringkat baru dengan menjadi usahawan. Secara khusus, kajian ini akan

memfokuskan kepada soalan-soalan berikut:

1.

Apakah hubungan di antara sifat demografi pelajar dan keputusan kerjaya pelajar
untuk menjadi usahawan graduan?

2.

Apakah hubungan di antara proses pembelajaran dan niat keusahawanan di
kalangan pelajar di UNITAR?

3. Apakah hubungan di antara niat keusahawanan di kalangan pelajar di UNITAR
dan keputusan kerjaya pelajar untuk menjadi usahawan graduan?
4. Apakah kesan proses pembelajaran terhadap keputusan kerjaya pelajar untuk
menjadi usahawan graduan?

19

1.0.4

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini cuba untuk menyumbang kepada asas pendidikan dengan mengenal
pasti pengaruh proses pembelajaran di dalam program yang ditawarkan pada peringkat
sarjana muda dan diploma di UNITAR terhadap niat keusahawanan pelajar dan pilihan
kerjaya untuk menjadi usahawan graduan. Sebagai tambahan, kajian ini memeriksa kesan
langsung proses pembelajaran pada setiap dimensi niat keusahawanan dan ke tahap apa
setiap komponen dalam proses pembelajaran itu menyumbang kepada pilihan atau
keputusan pelajar untuk menjadi seorang usahawan.

Penemuan kajian ini akan memberi faedah juga kepada semua institusi pengajian
tinggi di Malaysia yang ingin melahirkan graduan yang akan memiliki semangat
keusahawanan untuk berjaya pada masa hadapan yang semakin mencabar. Rangka kerja
teori yang digunakan di dalam kajian ini akan menyumbang kepada pengetahuan
bagaimana proses pembelajaran boleh memudahkan perkembangan niat pelajar terhadap
keusahawanan dan menggalakkan penghasilan usahawan graduan yang berkemampuan
mengendali dan menguruskan usaha niaga baru mereka. Ini adalah sejajar dengan Teras
Kedua Rancangan Malaysia ke-Sembilan yang menekankan pembangunan modal insan
berinovasi tinggi, diperlengkap dengan kemahiran keusahawanan cemerlang yang akan
menyumbang kepada usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020.

20

Penemuan ini juga akan membantu dalam pembangunan konsep standard
tempatan dalam pendidikan keusahawanan di universiti Malaysia. Konsep ini boleh juga
digunakan di peringkat pendidikan yang lebih rendah seperti sekolah dan prasekolah,
untuk menarik minat golongan muda terhadap kreativiti, inovasi dan aktiviti
keusahawanan. Memandangkan model atau konsep sedemikian belum lagi dibangunkan
di dalam sebuah ekonomi yang sedang membangun, tambahan pula dalam konteks
Malaysia, konsep ini akan menjadi batu loncatan ke arah membentuk masyarakat
keusahawanan pada masa hadapan.

1.0.5

LIMITASI

Sepanjang kajian ini, dalam mengenal pasti niat keusahawanan pelajar, para
penyelidik telah memberi fokus kepada tiga anteseden niat keusahawanan berdasarkan
teori kelakuan terancang Azjen yang merangkumi sikap terhadap keusahawanan, norma
sosial dan kawalan kelakuan yang diamati terhadap keusahawanan. Kedua, dalam
memeriksa kesan proses pembelajaran di dalam program sarjana muda dan diploma yang
ditawarkan di UNITAR, para penyelidik telah memberi fokus kepada tiga komponen
utama sahaja termasuk kandungan program dan kursus yang dipelajari, kaedah
pembelajaran dan pensyarah. Faktor mengikut konteks yang lain seperti dasar dan
pengurusan universiti, tidak dimasukkan untuk penganalisaan. Selanjutnya, akibat
kekangan masa dan tempoh tiga bulan yang sangat singkat untuk menjalankan kajian ini,

21

metodologi yang digunakan dan keputusan yang diperoleh mungkin tidak mematuhi
kesahan luaran dan pengitlakan mungkin bermasalah.

1.0.6

DAFTAR ISTILAH

Demi menilai keberkesanan UNITAR dalam memupuk niat keusahawanan, teori
kelakuan terancang, yang asalnya dibentangkan oleh Ajzen (1991) telah digunakan. Teori
ini menganggap tingkah laku sosial manusia berdasarkan logik, terkawal atau dirancang
dalam segi ia mengambil kira kesan yang mungkin berlaku akibat daripada kelakuan
yang dipertimbangkan (Ajzen dan Fishbein, 2000). Teori kelakuan terancang itu
membuat postulat mengenai tiga penentu yang dari segi konseptual berasingan berkaitan
dengan niat. Menurut Ajzen (1991: 188);
“...yang pertama ialah sikap terhadap kelakuan, yang merujuk kepada darjah pada
masa seseorang mempunyai penilaian atau penaksiran yang menggalakkan atau
tidak menggalakkan terhadap kelakuan yang diperkatakan. Penelah kedua ialah
faktor sosial yang diistilahkan norma subjektif; ia merujuk kepada tekanan sosial
yang diamati untuk melaksanakan atau tidak kelakuan itu. Anteseden ketiga niat
ialah darjah kawalan kelakuan yang diamati yang merujuk kepada kemudahan
atau kesukaran yang diamati dalam melaksanakan kelakuan itu dan ia dianggap
sebagai menggambarkan pengalaman lalu juga halangan dan rintangan yang
dijangka.

22

Sebagai peraturan umum, semakin menggalakkan sikap dan norma subjektif dari segi
kelakuan, dan semakin hebat kawalan kelakuan yang diamati, niat individu untuk
melaksanakan kelakuan yang di bawah pertimbangan sepatutnya menjadi semakin kuat.

Kajian ini menggunakan definisi keusahawanan yang digunakan oleh Monitor
Keusahawanan Global (GEM) yang telah diselarikan dengan definisi keusahawanan yang
terkini yang menekankan aspek daya saing, kreativiti, inovasi dan pertumbuhan
perniagaan (NCGE, 2004). Maka, keusahawanan didefinisikan sebagai,
“Sebarang percubaan untuk melaksanakan perniagaan baru atau penciptaan
usaha niaga baru, seperti bekerja sendiri, organisasi perniagaan baru, atau
pengembangan perniagaan sedia ada oleh seorang individu, sekumpulan
individu, atau perniagaan yang telah bertapak.”
Justeru, usahawan siswazah dianggap sebagai aplikasi definisi ini kepada konteks
siswazah universiti.

23

BAB II: RANGKA TEORI

2.0.1

DEFINISI KEUSAHAWANAN

Menurut Long (1983), definisi keusahawanan boleh dijejaki kembali ke lebih
daripada 800 tahun lalu kepada perkataan Perancis

‘entreprendre’ yang bermaksud

‘untuk melakukan sesuatu’. Kemudian pada 1730, Cantillion menggunakan usahawan
untuk merujuk kepada seseorang yang bekerja sendiri yang mempunyai 'toleransi
mengambil risiko' yang dipercayai penting dalam membekalkan kesejahteraan seseorang
(Outcalt, 2000). Keusahawanan “merangkumi pada melakukan perkara yang tidak selalu
dilakukan di dalam amalan biasa rutin perniagaan” (Schumpeter, 1951, pp. 255), ialah
sebuah “proses dinamik untuk mewujudkan kekayaan tokokan” (Ronstadt, 1984, pp. 28),
lebih mementingkan melakukan perkara berbeza, bukan melakukan perkara yang lebih
baik dan selalunya melibatkan aktiviti seperti menaiktaraf “hasil dari sumber”.
mewujudkan “pasaran baru” atau “kuasa pembelian” tambahan (Drucker, 1985, pp. 19 &
27). Adalah tidak mencukupi untuk mempunyai idea baru, ia mesti dibawa ke
“pengeluaran, asimilasi dan eksploitasi berjaya kebaharuan di dalam masyarakat” melalui
inovasi (European Union, 1996, pp. 9). Ramai penulis menganggap yang keusahawanan
dan inovasi adalah berkait rapat (Drucker, 1985; Fulop, 1991; Kanter, 1989; Schumpeter,
1951). Ia adalah sebuah aktiviti pelbagai segi yang telah ditafsirkan oleh Timmons (1989,
pp. 1), sebagai “keupayaan untuk mencipta sesuatu daripada tiada apa-apa. Menurut

24

Cromie (2000), “Keusahawanan adalah memulakan ... dan membina sebuah
perusahaan daripada sekadar ... melihatnya. Ia adalah kemahiran mengesan peluang di
mana orang lain melihat huru-hara, penyangkalan dan kekeliruan. Ia adalah keupayaan
untuk membina “pasukan pengasas” untuk melengkapkan kemahiran dan bakat anda
sendiri. Ia adalah pengetahuan untuk mencari, mengawasi dan mengawal sumber ...
Akhirnya ia adalah kesanggupan untuk mengambil risiko."

Di sebalik minat dan penyelidikan penting dalam keusahawanan dan usahawan,
mentafsir dan memahami kedua-duanya kekal sukar dan mencabar. (Mitton, 1989). Dari
sebuah tinjauan tentang kepustakaan keusahawanan, Cunningham dan Lischeron (1991)
telah mengenal pasti enam perbezaan fahaman utama. Kewujudan fahaman ini
menunjukkan yang terdapat amat sedikit persetujuan tentang apa itu keusahawanan dan
apa yang dilakukan oleh seorang usahawan. “Sekolah bijak pandai" melihat seorang
usahawan sebagai seseorang yang dilahirkan dengan kebolehan intuitif - deria keenam dan ciri seperti semangat, tenaga, kesungguhan dan harga diri. Sekolah klasik mendapati
bahawa sikap utama kelakuan keusahawanan ialah inovasi. Sekolah pengurusan
menerangkan usahawan sebagai seseorang yang mengatur, memiliki, mengurus dan
mengambil risiko sesebuah usaha ekonomi. Sekolah kepimpinan melihat usahawan
sebagai pemimpin masyarakat yang mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan gaya
mereka

kepada

keperluan

masyarakat.

Secara

kontra,

sekolah

keusahawanan

menganjurkan bahawa kemahiran keusahawanan boleh menjadi berguna di dalam
organisasi kompleks melalui pembangunan unit bebas untuk mewujudkan, memasarkan
dan mengembangkan perkhidmatan. Tidak pernah terdapat sebuah prototaip tunggal

25

untuk usahawan. Maka, ini menyebabkan kewujudan beberapa pendekatan dalam
menerangkan usahawan perseorangan seperti pemeriksaan ciri dan tindakan usahawan,
penilaian sikap perseorangan, halangan yang dikesan kepada usahawan perseorangan,
motivasi, aspirasi, kecekapan, tahap pembangunan dan cara pemikiran, dan pendekatan
kognitif di dalam penilaian perseorangan (Gartner, 1988; Stevenson and Jarillo, 1990;
Venkataraman, 1997, Meyer et. al., 2002; Krueger, 2003).

2.0.2

PENGAJIAN KEUSAHAWANAN

Keusahawanan pertama kali dilihat dari minda para ahli ekonomi. Seterusnya,
beberapa disiplin mula melihat kepada keusahawan dari perspektif mereka, selanjutnya
menyumbang kepada pandangan pelbagai disiplin yang dinikmati oleh keusahawanan
hari ini. Sebahagian daripada disiplin ini adalah teologi, psikologi, psikologi sosial,
sosiologi, kelakuan organisasi dan pengurusan strategik (Alias, 1990).

Dari aspek pandangan psikologi, teori-teori telah dibuat dalam percubaan untuk
menghuraikan orang yang dipanggil "usahawan". Sifat dan kelakuan telah diteliti untuk
membentuk personaliti itu. Pada tahun 1960an dan 1070an, motivasi keusahawanan
adalah satu topik hangat, di mana faktor “tolak dan tarik” diperiksa sepenuhnya. Pada
tahun 1980an, para penyelidik berminat untuk mencari apakah faktor penentu dalam
menentukan untuk memulakan sebuah perniagaan, manakala pada 1990an, selain
daripada usahawan perseorangan, para penyelidik cuba menggayakan konsep pasukan
dan organisasi sebagai usahawan.

26

2.0.3

PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN DAN LATIHAN

Kajian-kajian lalu mengenai hubungan antara pendidikan dan keusahawanan telah
memberi

keputusan

yang

bercanggah.

Secara

logik,

pendidikan

sepatutnya

mempengaruhi tujuan keusahawanan memandangkan ia menyiapkan dan menyediakan
keyakinan yang sangat diperlukan untuk menceburi perniagaan. Nor, Ezlika, dan Ong
(2004) dalam sebuah kajian usahawan bandar Malaysia mendapati yang majoriti
usahawan lelaki Melayu tidak mempunyai pendidikan tinggi berbanding kaum Cina. Nor
Aishah dan Yufiza (2004) dalam kajian mereka terhadap kontraktor juga mendapati
hanya 11.3% daripada responden memiliki pendidikan tinggi.

Bagaimanapun, penyelidik lain mendapati yang pendidikan memainkan peranan
penting dalam kecenderungan keusahawanan (Crant, 1996; Storey,1982). Ini sekali lagi
boleh dipertikaikan kerana perhubungan ini mungkin bergantung pada sifat perniagaan
itu sendiri, yang sebahagiannya mungkin memerlukan pengetahuan teori maka dengan
itu, ijazah universiti adalah penting. Di pihak lain, sebahagian perniagaan mungkin lebih
memberi penekanan kepada kemahiran praktikal dan dengan itu pengalaman praktikal
mungkin lebih relevan berbanding kelayakan universiti. Menurut Laporan GEM (2003),
mereka dengan pendidikan pasca menengah atau graduan adalah dua kali lebih
berkemungkinan terlibat dalam firma keusahawanan berbanding mereka dengan
pendidikan yang lebih rendah.

27

Jamieson (1984) mengkategorikan rangka kerja pendidikan keusahawanan ke
dalam 3 jenis iaitu pendidikan tentang perusahaan, pendidikan untuk perusahaan dan
pendidikan dalam perusahaan. Sama ada pendidikan yang diberikan memberi fokus
kepada tentang perusahaan, untuk perusahaan atau dalam perusahaan, bergantung pada
proses pembelajaran yang digunakan oleh fakulti pengajaran. Walaupun terdapat
sebilangan kajian yang mengkaji perkaitan antara pendidikan keusahawanan dan niat
keusahawanan tetapi hanya sedikit saja kajian yang memeriksa secara khusus sama ada
darjah proses pembelajaran di dalam program yang ditawarkan mempunyai kesan
langsung kepada niat keusahawanan pelajar dan keputusan kerjaya untuk menjadi
usahawan sebaik menamatkan pengajian.

Kebelakangan ini terdapat peningkatan dalam minat untuk menyelidik kaitan di
antara keusahawanan dan pendidikan secara umum, dan program latihan keusahawanan
secara khusus. Penyelidikan telah menunjukkan yang kehadiran program pendidikan
keusahawanan dan imej positif pencipta usaha niaga di dalam institusi kedua-duanya
menjadi insentif kepada pelajar untuk memilih kerjaya keusahawanan. Sebagai contoh,
Johannisson (1991) menekankan impak positif pada persepsi pelajar terhadap
keusahawanan sebagai kerjaya pilihan, bersama dengan peranan yang dimainkan oleh
sumber-sumber dan mekanisma sokongan lain yang terdapat di dalam persekitaran
pengajaran.

Chen et al. (1998) telah mengenal pasti satu perhubungan di antara peringkat niat
keusahawanan dan bilangan kursus pengurusan yang diambil oleh pelajar-pelajar di

28

dalam program bukan pengurusan. Varela dan Jimenez (2001), di dalam sebuah kajian
panjang, telah memilih kumpulan-kumpulan pelajar daripada lima program di tiga buah
universiti di Columbia dan mendapati bahawa kadar keusahawanan tertinggi telah dicapai
di dalam universiti yang telah paling banyak melabur di dalam panduan dan latihan
keusahawanan untuk pelajar mereka. Luthje dan Kranke (2003) menekankan kepentingan
faktor mengikut konteks di dalam persekitaran universiti, yang memainkan peranan di
dalam menyekat atau memudahkan kejadian dan keintensifan kelakuan keusahawanan
untuk pelajar teknologi.

Di dalam sebuah kajian yang lebih terkini yang dijalankan di Finland, Hytti,
Paaisa dan Pukkinen (2006) mendapati yang graduan lelaki mempunyai niat yang lebih
tinggi untuk memulakan sebuah firma dalam lima tahun berikutnya berbanding wanita.
Ini menunjukkan adanya keperluan terhadap lebih banyak usaha berterusan untuk
menggalakkan keusahawanan di kalangan wanita. Ia juga menunjukkan bahawa latar
belakang pengajian universiti mempengaruhi niat keusahawanan: pelajar dengan latar
belakang kejuruteraan adalah sangat kurang kemungkinan untuk memulakan sebuah
firma berbanding mereka di dalam pengurusan atau sains semula jadi.

Di dalam sebuah kajian multinasional (Taiwan dan Sepanyol) yang dijalankan
oleh Linan dan Chen, keputusannya mencadangkan bahawa spesifikasi tradisional pada
Model Niat Keusahawanan - yang berdasarkan kepada teori kelakuan terancang mungkin tidak begitu mencukupi. Penemuan mereka menunjukkan bahawa norma sosial

29

yang dilihat tidak memainkan sebarang peranan langsung di dalam menentukan niat
keusahawanan. Kesannya adalah “agak tidak langsung”.

Kemudian, Fayolle dan Gailly (2005) telah menggunakan teori kelakuan
terancang untuk menilai program pengajaran keusahawanan. Mereka membuat
kesimpulan bahawa penyelidikan lanjut perlu dijalankan “untuk mengenal pasti kaitan di
antara ciri program spesifik ( pendekatan pedagogi, objektif, profil pengajar,
kandungan, dll) dan keberkesanan program itu, dan menggunakan perbandingan itu
untuk memperbaiki corak sesebuah program latihan keusahawanan”.

2.0.4

TEORI

KELAKUAN

TERANCANG

DAN

APLIKASINYA

PADA

PENYELIDIKAN KEUSAHAWANAN

Teori kelakuan terancang, yang pada asalnya dipersembahkan oleh Ajzen (1991)
adalah sebuah lanjutan kepada teori tindakan berhujah (Ajzen dan Fishbein, 1980). Teori
ini menganggap tingkah laku sosial manusia adalah berdasarkan logik, terkawal atau
dirancang dalam segi yang ia mengambil kira kesan yang mungkin berlaku akibat dari
kelakuan yang dipertimbangkan (Ajzen dan Fishbein, 2000).

Faktor utama teori kelakuan terancang ialah niat perseorangan untuk melakukan
sesebuah kelakuan tertentu. Postulat utamanya ialah niat adalah hasil daripada tiga
penentu konsepsi:

30

1. Sikap terhadap kelakuan: tahap di mana seseorang mempunyai penilaian
yang disukai atau tidak disukai terhadap kelakuan yang dibincangkan (Ajzen,
1991). Apabila isu baru timbul yang memerlukan maklum balas berpenilaian,
orang ramai boleh melihat kepada maklumat (kepercayaan) relevan yang
tersimpan di dalam memori.

Disebabkan setiap daripada kepercayaan ini

membawa implikasi berpenilaian, sikap terbentuk secara automatik. Faktor ini
melingkungi tanggapan keinginan yang dapat dilihat (atau ketiadaannya), yang
mana merupakan satu daripada komponen model Shapero dan Sokol (1982).

2. Norma subjektif: tekanan sosial yang dapat dilihat untuk melakukan atau tidak
kelakuan itu (Ajzen, 1991); sebagai contoh, persepsi seseorang terhadap pendapat
orang lain tentang kelakuan yang dicadangkan. Persepsi ini adalah dipengaruhi
oleh kepercayaan norma dan adalah kurang relevan untuk individu dengan lokus
kawalan dalaman yang kuat (Ajzen, 1991 & 2002) berbanding untuk mereka
dengan orientasi tindakan yang kuat (Bagozzi, Baumgartner dan Yi, 1992).

3. Kawalan kelakuan boleh dilihat: Kemudahan atau kesukaran yang dapat
dilihat dalam melaksanakan satu kelakuan (Ajzen, 1991). Konsep ini telah
diperkenalkan ke dalam teori kelakuan terancang “untuk menyesuaikan elemen
tanpa-rela yang sekurang-kurangnya berpotensi untuk ada, di dalam semua
kelakuan"(Fayolle and Gailly, 2005: 6).

31

Faktor-faktor ini berkait kepada persepsi kebolehlaksanaan kelakuan, yang mana
merupakan satu penelah kelakuan yang penting. Individu selalunya memilih untuk
mengambil dan mengamalkan kelakuan yang mereka rasa boleh mereka kawal dan
kuasai.

Di dalam teori kelakuan terancang, tiga faktor yang dikenal pasti di atas adalah
anteseden kepada niat dan oleh itu mempengaruhi kelakuan di masa depan. Asas yang
menjadi dasar niat dan penentu kelakuan adalah persepsi, yang terhasil secara
berperingkat daripada kepercayaan. Teori kelakuan terancang adalah satu dari model
disengajakan yang telah digunakan dalam menerangkan kelakuan keusahawanan yang
timbul. Menurut Ajzen (1991), di dalam kes begitu niat kerjaya telah ditentukan dari
sikap yang berkaitan dengan kelakuan yang dipertimbangkan, standard sosial dan tahap
kawalan yang boleh dilihat. Yang pertama untuk menggunakan teori kelakuan terancang
kepada bidang keusahawanan adalah Krueger dan Carsrud (1993). Kedua-duanya telah
menggunakan teori kelakuan terancang kepada rangka kerja teori yang lain, terutama
milik Shapero dan Sokol (1982) dan akhirnya menghasilkan model akhir mereka sendiri
(Rajah 1).

32

PENGARUH LUARAN PADA
ENTREPRENEURIAL ACTIVITIES

Tarikan yang Dilihat
pada Kelakuan
Keusahawanan

Norma Sosial Yang
Dilihat tentang
Kelakuan
Keusahawanan

Niat terhadap
Kelakuan
Keusahawanan

Keberkesanan /
Kawalan Diri yang
Dilihat untuk
Kelakuan
Keusahawanan

Kelakuan
Keusahawanan
Sasaran

Eksogenus Berhipotesis
yang Mempercepat,
Memudahkan atau
Menyekat Pengaruh

Rajah 1: Menganalisis Niat Terhadap Kelakuan Keusahawanan Menggunakan Teori
Kelakuan Terancang - Krueger & Carsrud (1993: 323).

Menurut Krueger dan Carsrud (1993), model ini kekal terbuka kepada pengaruh
pemboleh ubah eksogenus yang mungkin memainkan peranan di dalam pembangunan
kepercayaan dan sikap. Ia juga menggunakan beberapa sumbangan konsepsi Shapero dan
Sokol (1982), termasuk “pencetus luaran”, untuk menerangkan perpindahan dari niat
kepada kelakuan.
33

Antara penyelidik lain yang telah mengkaji perhubungan di antara anteseden niat
dan kelakuan keusahawanan adalah Krueger dan Dickson (1994), yang mendapati
bahawa peningkatan kawalan kelakuan yang boleh dilihat meningkatkan persepsi
peluang. Davidsson (1995) dan Kolvereid (1996) juga telah membincangkan bahawa
penguasaan pengalaman melalui imaginasi dan pengaruh sosial adalah faktor yang
mungkin menjejaskan niat dan/atau keputusan untuk memulakan satu perniagaan baru
(Fayolle dan Gailly, 2005).

Selanjutnya, niat keusahawanan telah didapati menjadi lebih kuat apabila
dipengaruhi oleh model peranan keusahawanan yang positif dan oleh saudara rapat (Boyd
dan Vozikis (1994). Ini juga telah disokong apabila Tkachev dan Kolvereid (1999)
menunjukkan bahawa satu faktor dominan dalam meramalkan pilihan status (bekerja
sendiri atau makan gaji) adalah model peranan itu sendiri. Di dalam sebuah kajian lebih
terkini yang dijalankan oleh Alos, Isaksen dan Softing (2006), pengalaman pada
penglibatan dalam perusahaan muda di Norway menyumbang kepada sikap lebih positif
terhadap keusahawanan, persepsi kawalan kelakuan yang lebih kuat dan norma subjektif
lebih positif terhadap keusahawanan. Melalui ketiga-tiga anteseden niat ini, perusahaan
muda didapati berkait kuat kepada niat keusahawanan.

Model penyelidikan yang telah digunakan oleh Alos, Isaksen dan Softing juga
adalah berdasarkan kepada teori kelakuan terancang Ajzen (Rajah 2).

34

SIKAP
TERHADAP
KELAKUAN

PENGALAMAN
PERUSAHAAN
MUDA

NORMA
SUBJEKTIF

NIAT
KEUSAHAWANAN

KAWALAN
KELAKUAN
YANG DILIHAT

Rajah 2: Model penyelidikan: Pengalaman Perusahaan Muda dan Niat Memulakan
Perniagaan - Alos, Isaksen dan Softing (2006: 6).

2.0.5

RANGKA KERJA TEORI

Model yang telah digunakan di dalam Alos, Isaksen dan Softing (2006) telah
menyumbang kepada rangka kerja teori yang digunakan di dalam kajian ini. Pemboleh
ubah perusahaan muda yang digunakan di dalam kajian Alos, Isaksen dan Softing (2006)
telah digantikan dengan proses pembelajaran. Di sini, proses pembelajaran dikenal pasti
oleh tiga elemen utama - struktur dan kandungan program, kaedah pengajaran dan
pembelajaran, dan pensyarah. Secara keseluruhan, penyelidikan ini bukan sahaja akan
mengenal pasti tahap niat keusahawanan pelajar, ia juga akan menyumbang kepada usaha
untuk terus mencetus niat keusahawanan melalui proses pembelajaran. Rangka kerja
yang digunakan di dalam kajian ini digambarkan di bawah (Rajah 3) dan menerangkan

35

perhubungan proses pembelajaran, niat keusahawanan dan keputusan kerjaya untuk
menjadi usahawan.

Niat
Keusahawanan

Sikap terhadap
kelakuan
Proses
Pembelajaran

Norma subjektif

Keputusan
Kerjaya

Kawalan Kelakuan
yang Dilihat

Rajah 3: Rangka Kerja Teori

Pemboleh ubah bebas di dalam kajian ini adalah ‘proses pembelajaran’. Rangka
kerja

mencadangkan

bahawa

proses

pembelajaran

boleh

mempengaruhi

niat

keusahawanan pelajar. Menurut Fayolle dan Gailly (2005), komponen proses
pembelajaran termasuklah objektif pengajaran, kandungan, tempoh, kaedah dan
pendekatan pengajaran, jenis pelajar dan disiplin, keintensifan, kekerapan, bilangan
pengajar dan profil. Bagaimanapun, kajian ini cuma memfokuskan pada tiga pemboleh
ubah yang merangkumi kandungan program dan kursus, kaedah pembelajaran dan
pensyarah. Dengan memfokuskan pada faktor-faktor ini, kajian ini bertujuan untuk
melihat jika ada atau tidak kehadiran sebarang perkaitan di antara proses pembelajaran di

36

dalam program sarjana muda dan diploma di UNITAR dengan niat keusahawanan dan
penentuan kerjaya pelajar apabila menamatkan pengajian.

Seperti yang dicadangkan oleh teori kelakuan terancang niat adalah ditentukan
oleh tiga faktor - sikap terhadap kelakuan, norma subjektif dan kawalan kelakuan yang
boleh dilihat. Kajian ini bukan hanya akan mengukur tahap niat keusahawanan pelajar
malah ini juga akan mendedahkan perkaitan di antara proses pembelajaran dengan setiap
pemboleh ubah di dalam model niat - sikap terhadap keusahawanan, norma sosial
keusahawanan dan kawalan kelakuan yang boleh dilihat terhadap keusahawanan - dan
akhirnya, mengaitkan proses pembelajaran dan niat keusahawanan dengan keputusan
kerjaya yang dibuat oleh pelajar. Secara ringkas, kajian ini akan menghuraikan perkaitan
di antara proses pembelajaran dengan keputusan kerjaya pelajar untuk menjadi usahawan.

37

BAB III: METODOLOGI

3.0.1

PENGUMPULAN DATA DAN SAMPEL

Metodologi berdasarkan tinjauan telah digunakan di dalam penyelidikan ini untuk
mendapatkan data dari responden iaitu mahasiswa dari UNITAR. Pengumpulan data
bagi kajian ini telah bermula pada Ogos 2008 dan tamat pada awal Oktober 2008. Data
untuk kajian ini telah dikumpul melalui soal selidik yang diuruskan sendiri yang
digambarkan di dalam Lampiran B. Soal selidik tersebut ditulis di dalam Bahasa Inggeris
kerana bahasa pengantaraan di UNITAR adalah Bahasa Inggeris. Soal selidik itu telah
dibahagikan kepada empat bahagian, Seksyen A, B, C dan D. Seksyen A merangkumi
soalan berkenaan demografi dan ciri peribadi lain. Seksyen B merangkumi soalan yang
direka untuk mengumpulkan maklumat dari responden berkaitan niat mereka terhadap
keusahawanan. Seksyen C pula berkenaan pros