GAYA HIDUP PENGGUNA MUSLIM BANK ISLAM DI

GAYA HIDUP PENGGUNA MUSLIM BANK ISLAM
DI BANDA ACEH-INDONESIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

AHMAD NIZAM
Jurusan Manajemen Fakultas Ekonomi
Universitas Syiah Kuala. Banda Aceh
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang
E-mel : [email protected]
Tel : +601123431946

ABSTRAK

Kertas kerja ini bertumpu kepada perbincangan tentang pengguna Muslim. khususnya gaya
hidup pengguna Muslim dalam memilih bank Islam di Banda Aceh. Masyarakat Banda Aceh
khususnya adalah majoriti beragama Islam. Dalam kenyataannya pemilihan bertransaksi
kewangan pada bank Islam relatif rendah yang terlihat pada kecilnya syer pasaran bank Islam
berbanding bank knvensional. Masalahnya apakah hal itu disebabkan karena gaya hidup mereka
yang tersendiri? Oleh itu kajian ini dilakukan untuk membentuk suatu model tentang prinsipprinsip dan kriteria-kriteria gaya hidup pengguna Muslim perbankan Islam dari perspektif Islam.
Kajian ini dilakukan menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan analisis deskriptif. Dapatan

kajian adalah kriteria-kriteria gaya hidup pengguna Muslim,iaitu, niat dalam penggunaan,
pemilihan produk yang baik, suci dan halal, mashlahah dalam penggunaan, tauladan dalam
penggunaan dan bijak dalam penggunaan untuk berhubungan dengan bank Islam untuk selaras
dengan konsep syariah.

Kata kunci : Gaya hidup pengguna Muslim

PENGENALAN
Dalam Islam. gaya hidup pengguna Muslim harus menampakkan hubungan dirinya dengan
Allah SWT. Setiap gaya hidup pengguna Muslim terutamanya dalam membelanjakan harta tidak
lain adalah sebagai rasa syukur dan merupakan zikir dirinya kepada Allah SWT. sehingga dalam
membelanjakan harta agar hidupnya selamat di dunia mahupun akhirat. pengguna Muslim tidak
memilih barang haram. pemurah dan bersederhana.

Gaya hidup penggunaan produk dan membelanjakan harta oleh seorang pengguna Muslim tidak
dapat dipisahkan daripada keimanannya kepada Allah SWT sehingga menjadi rujukan penting
yang mempengaruhi gelagat. keperibadian. gaya hidup dan selera seorang pengguna Muslim
terhadap pemilihan bank Islam. Keimanan mempengaruhi sifat. jumlah dan kualiti produk dan
perkhidmatan bank Islam yang dipilih pengguna Muslim untuk memperoleh kebahagiaan dan
ridha Allah SWT.


Hal tersebut di atas disokong dengan ajaran Islam tentang tanggungjawab manusia di dunia dan
akhirat serta selalu akan mengharap ridha Allah SWT dalam bergelagat. khususnya dalam
membelanjakan harta pada jalan Allah SWT. Pendapatan yang diperolehi secara halal akan
digunakan untuk menutupi keperluan harian seorang pengguna Muslim. Setiap wang yang
dibelanjakan seorang pengguna Muslim akan menjadi pendapatan bagi pengeluar dari hasil
pertukaran produk dan perkhidmatan.

Pengguna Muslim akan mendapatkan kebahagiaan dari produk dan perkhidmatan yang dipakai.
Pada kemanfaatn yang bersifat kepenggunaan. wang atau harta dimanfaatkan langsung untuk
keperluan pokok. Sedangkan kemanfaatn produktif. wang atau harta dapat digunakan untuk
zakat. infaq dan sedaqah sesuai yang diatur dalam Al-quran.
Kajian ini pada umumnya bertujuan meneliti gaya hidup pengguna Muslim dari perspektif Islam.
Secara lebih khusus. kajian ini untuk mengenal pasti prinsip-prinsip dan kriteria-kriteria gaya
hidup pengguna Muslim pada bank Islam. menganalisis dimensi-dimensi yang mempengaruhi
gaya hidup pengguna Muslim tersebut serta menilai hubungan antara gaya hidup pengguna
Muslim terhadap pemilihan bank Islam di Banda Aceh. Indonesia.

LATAR BELAKANG
Dalam konteks perkembangan sistem bank Islam di Indonesia. Bank Indonesia telah

mempersiapkan strategi jangka panjang pengembangan bank Islam. Langkah strategis
menyokong perkembangan bank Islam di Indonesia diawali dengan :
 Undang-undang No.7/1992 tentang perbankan yang memberikan peluang untuk
membuka bank yang beroperasi dengan prinsip bagi hasil.
 Undang-undang No.10/1998 tentang bank konvensional yang dimungkinkan membuka
usaha unit syariah.
 Undang-undang No.23/1999 yang diubah oleh UU No.3/2004 tentang pengendalian
moneter dilakukan secara prinsip syariah dan Bank Indonesia dapat memberikan
pembiayaan berdasarkan prinsip syariah kepada bank.
 Undang-undang No.21/2008 Bertarikh 16 Juli 2008 tentang bank Islam.

Salah satu strategi pengembangan bank Islam adalah program penjenamaan baru dengan cara
melakukan pemetaan baru segmentasi pasaran bank Islam. program pengembangan produk dan
program peningkatan perkhidmatan. (Bank Indonesia. 2010). Penerapan strategi tersebut adalah
dengan inovasi produk yang semakin beragam. membuat produk-produk baru yang boleh masuk
ke setiap segmentasi pasaran sesuai dengan segmentasi pasaran baru pengguna. Hal lain nya
adalah membuat pengguna bank dan yang belum menjadi pengguna bank senang datang ke bank
Islam. dan bank Islam terbuka untuk semua masyarakat.
Langkah-langkah tersebut diharapkan dapat melahirkan pembezaan yang unik dan khas dengan
menawarkan pelbagai produk yang sesuai dengan keperluan dan gaya hidup masyarakat Muslim

sebagai pengguna serta melaksanakan sistem operasi yang terbuka. jujur dan adil bagi bank dan
pihak pengguna.
Berdasarkan data The Islamic Banker London. lebih daripada 300 institusi kewangan syariah di
lebih daripada 75 negara di dunia menguruskan aset sekitar USD 700 - 1000 bilion. dan
dianggarkan lebih daripada 250 institusi kewangan syariah menguruskan sekitar USD 300 bilion
aset. Bilangan wang yang diuruskan industri bank Islam antarabangsa (396 bank yang tersebar di
53 negara) mencapai lebih kurang USD 700 bilion dengan pertumbuhan purata per tahun sebesar
15 peratus (Bank Indonesia. 2010).

Perkembangan pesat bank Islam juga berlaku di Indonesia. Pelbagai pendekatan dilakukan untuk
mendapatkan wang daripada masyarakat. Pendekatan yang dilakukan antara lain melalui
peningkatan perkhidmatan perbankan dan kemudahan teknologi tinggi. serta pembangunan
sumber manusia agar mampu memberikan yang terbaik kepada pengguna. Bagi tujuan
penjelasan dapat dilihat pada Jadual 1.1 berikut :
Jadual 1.1 Jumlah Pejabat Bank Islam dan Bank Konvensional

2005

2006


2007

2008

2009

2010

2011

Bank
Umum
Syariah
Jumlah Bank

3

3

3


5

6

11

12

Jumlah kantor

301

346

398

576

711


1215

1390

Jumlah Bank

19

20

26

27

25

23

24


Jumlah Kantor

133

163

170

214

287

262

312

Jumlah Bank

-


-

114

131

139

150

155

Jumlah Kantor

-

-

185


202

223

286

364

131

130

130

124

121

122


8.236

9.110

9.680

10.868

12.837

13.837

Unit Usaha
Syariah

BPR Syariah

Bank Umum
Konvensional
Jumlah Bank
Jumlah Kantor

Sumber : Statistisk Perbankan Indonesia. Disember 2011

120
14.797

Daripada Jadual 1.1 di atas dapat dilihat bahawa jumlah bank dan jumlah pejabat bank Islam
terus bertambah. Pada tahun 2005 hanya ada 3 bank umum syariah dengan jumlah pejabat bank
sebanyak 301. Sampai akhir tahun 2011 telah ada 12 bank umum syariah dengan jumlah pejabat
sebanyak 1390. Perkembangan unit usaha syariah dan bank pembiayaan syariah juga terus
meningkat. Sampai dengan akhir tahun 2011. telah ada 24 unit usaha syariah dengan jumlah
pejabat sebanyak 312. Bank pembiayaan syariah juga terus berkembang. sampai dengan akhir
tahun 2011 telah ada 120 bank pembiayaan syariah dengan 364 pejabat.
Perkembangan bank Islam juga dapat dilihat dari peningkatan aset pada setiap tahunnya. Bagi
tujuan penjelasan dapat dilihat pada Jadual 1.2 berikut :
Jadual 1.2. Perkembangan Aset Bank Islam dan Perbankan Konvensional
(Milyar Rupiah/Billion Rupiah)
Aset

2005

2006

2007

2008

2009

2010

2011

Bank
Umum
Syariah
Unit Usaha
Syariah

17.11

21.151

27.286

34.036

48.014

79.186

116.930

3.769

5.571

9.252

15.519

18.076

18.333

26.557

Bank Umum
Konvensional

1.469.82
7

1.693.85
0

1.986.50
1

2.310.55
7

2.534.10
6

3.008.85
3

3.652.83
2

Sumber : Statistisk Perbankan Indonesia. Disember 2011
Pada Jadual 1.2 di atas terlihat bahawa aset bank Islam terus meningkat sejak tahun 2005 sampai
dengan tahun 2011. Apabila pada tahun 2005 aset bank Islam hanya 17.11 billion IDR maka
sampai akhir tahun 20011 ada sebanyak 116.930 billion IDR
Hal tersebut berlaku juga di Aceh. Perkembangan bank Islam dan konvensional di Banda Aceh
dari perspektif aset dan wang pihak ketiga dapat dilihat pada Jadual 1.3 berikut ini :

Jadual 1.3. Data Umum Keuangan Perbankan Aceh
(Dalam Juta Rupiah)
September
2010
Aset

Disember
2010

Mac 2011

33.196.010 33.628.670 31.808.407

Jun

September

Disember

2011

2011

2011

35.166.51 36.018.908 37.450.652
4

Konvensiona
l

30.818.78
0

30.844.48
7

29.016.93
4

32.305.411

33.045.07
5

33.877.39
6

Syariah

2.377.230

2.784.183

2.791.473

2.861.103

2.973.833

3.573.256

92.8

91.7

91.2

91.9

91.7

90.4

7.2

8.3

8.8

8.1

8.3

9.6

Wang Pihak 19.874.668 20.107.869 19.233.526
Ketiga

20.648.33
4

Syer (%)
Konvensiona
l
Syariah

21.512867 22.346.402

Konvensiona
l

18.769.57
9

18.726.35
8

17.921.29
1

19.294.953

20.062.49
7

20.330.89
8

Syariah

1.105.089

1.381.511

1.312.235

1.353.381

1.450.370

2.015.504

94.4

93.1

93.2

93.4

93.2

91.0

5.6

6.9

6.8

6.6

6.8

9.0

Syer (%)
Konvensiona
l
Syariah

Sumber : Kajian Ekonomi Regional Aceh. Disember 2011

Pertumbuhan aset dan wang pihak ketiga pada bank Islam dan perbankan konvensional
memperlihatkan peningkatan nyata. Aset bank Islam sampai akhir tahun 2011 telah ada sebanyak
3.573.256 billion IDR. Wang pihak ketiga pada bank Islam telah meningkat menjadi 2.015504
billion IDR. Pada masa yang sama. aset perbankan konvensional juga meningkat menjadi
33.877.396 billion IDR dan wang pihak ketiga telah ada sebanyak 20.330.898 billion IDR.

Apabila dibandingkan syer antara aset dan wang pihak ketiga pada bank Islam dan perbankan
konvensional terlihat jurang nyata. Pada akhir tahun 2011 jurang aset dan wang pihak ketiga
tersebut adalah : aset (konvensional 90.4% berbanding syariah 9.6%) dan wang pihak ketiga
(konvensional 91% berbanding syariah 9%).
Peningkatan aset dan wang pihak ketiga bank Islam di Banda Aceh juga berkaitan dengan
semakin meningkatnya jumlah bank dan jumlah pejabat bank bank Islam. Peningkatan jumlah
pejabat tersebut adalah usaha agar semakin dekatnya pihak bank dengan pengguna sehingga
pengguna lebih memilih produk dan perkhidmatan yang ditawarkan bank Islam. Bagi penjelasan
lebih lanjut dapat dilihat pada Jadual 1.4 berikut :
Jadual 1.4 Jumlah Pejabat Bank Umum dan BPR di Aceh
2005
Bank
Umum

48

2006
50

2007
53

2008
57

2009

2010

65

BPR

70

2011
73
18

Sumber : Kajian Ekonomi Regional Aceh. II/2011
Sampai akhir tahun 2011 sebanyak 73 pejabat bank Islam telah diwujudkan di Aceh. Ini
mengalami peningkatan apabila dibandingkan dengan tahun 2005 yang baru ada 48 pejabat bank.
Bilangan pejabat bank Pembiayaan syariah (BPRS) juga telah mencapai 18 pejabat.
Daripada beberapa maklumat di atas terlihat jurang perkembangan perbankan konvensional
dengan bank Islam di Indonesia dan khususnya di Banda Aceh. Hal tersebut mungkin disebabkan
banyak perkara. antaranya: Apakah produk dan perkhidmatan bank Islam tidak sesuai dengan
keperluan dan gaya hidup pengguna Muslim? ataupun Adakah faktor gaya hidup mereka sebagai
pengguna muslim yang masih rendah keyakinan terhadap produk dan perkhidmatan bank Islam?
Hal tersebut di atas juga disokong oleh kajian Jazim Hamidi dan kawan-kawan (2007) dan Harif
Amali Rivai dan kawan kawan (2007) menyatakan bahawa pertimbangan agama bukan faktor
utama pemilihan perbankan. Pertimbangan yang utama adalah nilai ekonomis. produk dan
perkhidmatan yang sesuai keperluan dan gaya hidup pengguna. Permasalahan di atas merupakan
suatu perkara yang perlu menjadi perhatian disebabkan kerana sebagai pengguna Muslim
seharusnya memilih produk dan perkhidmatan yang suci. baik. halal dan bersih sesuai syariat
(Ahmad Umar Hasyim. 2004).

Isu perkembangan bank Islam berbanding perbankan konvensional juga boleh dipengaruhi oleh
gaya hidup pengguna serta keyakinan kepada pengoperasian bank Islam. Hal ini disokong oleh
hasil kajian Alif Amari Rivai et al. (2007) di Sumatera Barat. Hasil kajian itu menyatakan salah
satu faktor dalaman yang mempengaruhi pemilihan perbankan konvensional adalah gaya hidup.

Pada perkara yang berlaku di Banda Aceh. hal tersebut ditandakan dengan gaya hidup pengguna
Muslim yang lebih yakin menyimpan wangnya pada perbankan konvensional. Perkara ini juga
dipengaruhi sikap kerajaan yang lebih mempercayai menempatkan wang pada perbankan
konvensional. Secara psikologi perkara kerajaan menyimpan wang lebih banyak di perbankan
konvensional mempengaruhi gaya hidup pengguna Muslim karena pihak kerajaan merupakan
referensi kepada masyarakat. Bagi penjelasan selanjutnya dapat dilihat pada Jadual 1.5 berikut :

Jadual 1.5. Wang Pihak Ketiga Milik Kerajaan

2010

2011

Disember

Mac

Jun

September

Disember

Total Wang
Pihak
Ketiga Milik
Kerajaan

3.072.396

2.631.036

4.545.896

5.239.047

2.515.668

Konvensiona
l

2.980.149

2.525.422

4.463.497

5.147.821

2.425.886

92.247

105.614

82.399

91.226

90.802

Konvensiona
l

97.0

96.0

98.1

98.2

96.4

Syariah

3.0

4.0

1.9

1.8

3.6

Syariah
Syer (%)

Sumber : Kajian Ekonomi Regional Aceh. Bank Indonesia Banda Aceh. 2011

Pada jadual 1.5 diatas menjelaskan bahawa terdapatnya jurang yang besar sekali syer wang milik
kerajaan yang ditempatkan dalam bank Islam berbanding yang ditempatkan dalam perbankan

konvensional. Sampai dengan akhir tahun 2011 syer wang milik kerajaan dalam bank Islam
hanya sebesar 3.6 peratus berbanding 96.4 peratus yang ditempatkan dalam perbankan
konvensional. Hal ini menunjukkan fakta pihak kerajaan lebih mempunyai keyakinan
menyimpan wang nya kepada perbankan konvensional.

Perkara tersebut akan berhubungan dengan isu yang ketiga. iaitu. berapa kuat pengaruh gaya
hidup pengguna Muslim terhadap pemilihan bank Islam dalam urusniaga kewangannya ?
Permasalahan yang ketiga di atas tergambar antara lain daripada fakta bahawa syer terbesar
wang pihak ketiga adalah pada akaun tabungan dan pembiayaan untuk penggunaan peribadi.
Bagi penjelasan selanjutnya dapat dilihat pada Jadual 1.6 berikut :

Jadual 1.6 Wang Pihak Ketiga dan Pembiayaan menurut Penggunaan
2010
Wang
Pihak
Ketiga

2011

September

Disember

Mac

Jun

September

Disember

Giro

184.493

310.955

207.366

227.753

256.105

455.576

Tabungan

612.493

748.025

722.924

723.178

763.232

968.082

Deposit

308.103

322.531

381.945

402.450

431.033

591.846

_

61.89

66.46

67.42

69.39

70.89

38.10

33.53

32.57

30.60

29.10

Pembiayaa
n
Penggunaan
Peribadi (%)
Modal Kerja
(%)

Sumber : Kajian Ekonomi Regional Aceh. Disember 2011
Berdasarkan Jadual 1.6 di atas tergambar bahawa penempatan wang pihak ketiga lebih dominan
pada produk tabungan. iaitu 968.082 billion IDR sampai akhir tahun 2011 berbanding wang pada
akaun giro dan deposit. Pada sisi lain. pembiayaan untuk penggunaan peribadi juga sangat
dominan berbanding pembiayaan untuk modal kerja. Syer pembiayaan untuk penggunaan
peribadi telah mencecah 70.89 peratus berbanding pembiayaan untuk modal kerja yang hanya
29.10 peratus.

Hal ini bererti pengguna Muslim bank Islam sangat kepenggunaan karena berbelanja lebih
banyak kepada kesenangan peribadi. Pemilihan utama terhadap produk tabungan dan
pembiayaan untuk penggunaan peribadi merupakan perwujudan gaya hidup kepenggunaan.
Apabila gaya hidup seperti tersebut menjadi amalan. iaitu. boros. hidup bermewah-mewahan.
belanja tidak sesuai dengan keperluan maka hal tersebut bertentangan dengan ajaran Islam.
Pandangan Islam dalam kepenggunaan (Muhammad Muflih. 2006) menyatakan bahawa belanja
wajib menurut keperluan dan tingkatannya. iaitu. dharuriyat (utama). hajiyat (pelengkap) dan
tahsiniyat (penambah kesenangan dan keindahan)
Hal lainnya. gaya hidup kepenggunaan dapat dilihat daripada meningkatnya permintaan
pembiayaan kereta dan motosikal dan pembiayaan rumah sehingga menyokong peningkatan
pada pembiayaan yang bersifat kepenggunaan (Bank Indonesia Banda Aceh. 2011). Padahal
sebagai pengguna Muslim setiap wang atau harta yang dimiliki sebaiknya digunakan kepada
yang sesuai syariat iaitu pemilihan produk yang suci. halal. baik. hidup tidak bermewahmewahan serta berbelanja menurut keperluan. tidak ada pengenaan riba. tidak ada unsur gharar
serta maisyir (Afzal-Ur-Rahman. 1991 ; Husein Syahatah. 1998).
Gaya hidup mempunyai hubungan erat dengan tiga konsep hubungan dalam Islam yang
dijalankan oleh manusia sebagai hamba di bumi Allah SWT. Tiga konsep tersebut ialah
hubungan manusia dengan Allah SWT. hubungan manusia dengan manusia dan hubungan
manusia dengan alam sekitar. Ketiga-tiga hubungan tersebut berasaskan tiga prinsip. iaitu.
tauhid. syariah. dan akhlak. Oleh kerana itu. tiga hubungan dalam Islam dan tiga prinsip dasar
tersebut menjadi tunjang terhadap pembinaan kriteria-kriteria gaya hidup pengguna Muslim.

Daripada tiga prinsip berasaskan ajaran Islam tersebut. dibentuk 5 kriteria gaya hidup. iaitu.
pertama. niat dalam kepenggunaan. kedua. produk yang baik. suci dan halal. ketiga. mashlahah
dalam penggunaan. keempat.tauladan dalam penggunaan. dan kelima bijak dalam penggunaan.
lebih rinci dibahas sebagai berikut :

1.Niat dalam kepenggunaan

Gaya hidup pengguna Muslim dalam membelanjakan harta dan menggunakan produk dan
perkhidmatan selalu berasaskan niat untuk melaksanakan perintah ajaran Islam serta mencapai
keredhaan Allah SWT. Firman Allah SWT dalam Al-quran:

"Wahai orangyang beriman. bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa". (QS.AliImran:102)

" leh itu bertakwalah kepada Allah sedaya upaya kamu dan dengarlah serta taatlah. Belanjakan
O
harta kamu pada jalan kebaikan". (QS.At-Taghabub:16).

Dalam kaitannya dengan gaya hidup kepenggunaan. niat berfungsi sebagai tujuan dan maksud
yang ingin dicapai oleh pengguna tersebut. Tujuan yang harus dicapai dalam melakukan
kepenggunaan menurut ekonomi Islam dikenal dengan sebutan falah. yang bermakna
kemenangan/kebahagiaan dunia dan akhirat. Falah yang diinginkan seseorang dalam segala
aktiviti termasuk kepenggunaan hendaknya memuat mashlahah ( Imam Shatibi. 2011).

Hal ini bermakna maslahah lebih luas dari sekadar utility atau kepuasan dalam terminologi
ekonomi konvensional. tetapi juga berhubung kait dengan maqasid syari’ah. yakni: kehidupan
atau jiwa (al-nafs). properti atau harta benda (al mal). keyakinan (al-din). intelektual (al-aql). dan
keluarga atau keturunan (al-nasl).

Gaya hidup Islam pengguna muslim untuk memilih bank Islam dibandingkan bank konvensional
selari dengan maqasid syariah dalam perkara yang berhubung kait dengan menjaga jiwa. harta.
agama. intelektual dan keturunan daripada aktiviti perbankan yang tidak selari dengan syariah.

Menabung di bank konvensional kadang kala memberikan keuntungan dalam jumlah besar yang
bersumber dari bunga dan balas jasa lainnya. Pendapatan yang besar ini pada akhirnya akan
memberikan kepuasan yang besar ketika digunakan untuk kepenggunaan. Dalam konteks
ekonomi Islam praktek semacam ini dilarang dan akan mendapatkan siksaan di akhirat kelak
karena mengandung unsur riba.

Hal tersebut menampakan bahwa prinsip gaya hidup yang diinginkan Islam tidak hanya
berorientasi pada kehidupan dunia namun juga harus memperhatikan kehidupan di akhirat kelak.
meniatkan segala kegiatan kepenggunaannya sebagai ibadah dan amalan yang akan
dipertanggung jawabkan di akhirat kelak.

2. Produk Yang Baik. Suci Dan Halal

Allah SWT memerintahkan manusia membangunkan kehidupan mereka dengan benar dan
ajarannya sangat menegakkan kebenaran.Pengguna Muslim haruslah mendapatkan rezeki secara
baik dan halal. membelanjakan wangnya untuk membeli dan menggunakan produk yang sesuai
dengan prinsip tauhid dan mewujudkan mashlahah. sesuai dengan Firman Allah dalam Al-quran:

“Dan Kami telah mengambil dari mereka perjanjian yang teguh. agar Dia menanyakan kepada
orang-orang yang benar tentang kebenaran mereka" (QS. Al-Ahzab: 7-8).

“Di antara orang-orang mu'min itu ada orang-orang yang menepati apa yang mereka janjikan
kepada Allah.. Supaya Allah memherikan halasan kepada orang-orang yang benar itu karena
kebenarannya. dan menyiksa orang munafik..." (QS. Al-Ahzab: 23-24).

Produk dan perkhidmatan yang digunakan adalah barangan keperluan yang berselarian dengan
syariah Islam yaitu baik. suci dan halal (Ahmad Umar Hasyim. 2004 & Afzal-Ur-Rahman.
1991).Didalam Islam Seorang Muslim diperintahkan untuk makan makanan yang halal (sah
menurut hukum dan diizinkan) dan tidak mengambil yang haram (tidak sah menurut hukum dan
terlarang). Halal disini tidak hanya diertikan bersih secara lahiriah dari unsur-unsur najis tetapi
juga diertikan suci dan bersih dari hasil atau proses yang tidak sesuai aturan Islam. Di dalam AlQuran Allah SWT berfirman:

“Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu.
dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya”(QS.al-maidah: 88)

Prinsip halal-haram juga berlaku bagi hal lain selain makanan. misalkan untuk transaksi
kewangannya. Pemeluk Islam diharuskan membelanjakan wangnya pada produk dan
perkhidmatan yang baik. suci dan halal dan dilarang membelanjakan hartanya pada barang
haram seperti minuman keras. narkotika. pelacuran. judi. kemewahan. dan sebagainya.

3. Mashlahah dalam Kepenggunaan

Penggunaan produk oleh pengguna Muslim harus menjaga keseimbangan antara manfaat dunia
dan kenikmatan akhirat. tidak boleh mengorbankan kemaslahatan perseorangan dan kelompok
masyarakat. serta harus sesuai dengan perintah dan larangan daripada Allah SWT. Menurut
Islam. perintah dan larangan daripada Allah SWT adalah amanah yang wajib ditunaikan (Johari
Alias. 1999). seperti firman Allah SWT berikut:

"Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu menghianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu menghianati amanah-amanah kamu sedang kamu mengetahui
(salahnya)" (QS. Al-Anfal: 27)

Dari perspektif seorang pengguna Muslim. ayat di atas dapat diertikan bahawa pengguna Muslim
yang memiliki harta sepatutnya menyimpan wangnya pada bank Islam yang dapat dipercaya dan
memegang amanh serta dapat menguruskannya untuk memberi manfaat kepada pihak
masyarakat Muslim lainnya.

Harta hendaklah digunakan untuk kepentingan seluruh masyarakat dan tidak boleh diberi kepada
pihak-pihak yang akan menyalahgunakannya sehingga nantinya akan memberikan kerugian
kepada pemiliknya. Hal tersebut ditegaskan Allah SWT dalam beberapa firman Nya di dalam Alquran. iaitu sebagai berikut:

" an janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya. harta
D
(mereka yang ada dalam kekuasaanmu) yang dijadikan Allah SWT sebagai pokok kehidupan".
(QS. An-Nisa': 5).

Perkara tersebut dapat diertikan bahawa pengguna Muslim akan memilih bank Islam karena
selari dengan keimanannya kepada Allah SWT. Dengan niat karena Allah SWT dan melalui
perantara pihak bank. wang dapat diproduktifkan kepada pembiayaan-pembiyaan yang dapat
membantu pihak Muslim lainnya. Menyimpan wang pada bank Islam juga dapat merupakan
ibadah dan amal serta yakin untuk memperoleh kemuliaan dunia dan akhirat.

4. Tauladan dalam penggunaan

Pengguna Muslim sebagai seorang hamba Allah SWT adalah juga seorang pendakwah yang
dapat menjadikan diri dan gaya hidupnya sebagai contoh tauladan dan alat untuk mengajak orang
lain berbuat kebajikan. Islam sangat menggalakkan kepada berbuat kebajikan dan mencegah
kejahatan. seperti firman Allah SWT berikut:

" an hendaklah ada diantara kamu satu kumpulan yang mengajak orang kepada perkara baik.
D
menyuruh orang berbuat baik dan melarang orang berbuat jahat.Mereka begitulah orang yang
berjaya''.(QS.Ali Imran: 104).

" atutkah kamu menyuruh manusia melakukan amalan baik. sedangkan kamu lupa diri kamu
P
sendiri.Padahal kamu semua membaca kitab Allah. Tidakkah kamu berakal?”(QS.AlBaqarah:44).

Gaya hidup pengguna Muslim yang memilih urusniaga kewangannya kepada bank Islam adalah
merupakan kegiatan dakwah yang mengajak kepada berbuat kebajikan yang tidak hanya untuk
mendapat keuntungan dunia tetapi juga akan kehidupan hari akhirat yang lebih baik.

Hal tersebut dapat dilakukan dengan tindakan nyata ataupun melalui perkataan dan ucapan yang
mengajak kepada berbuat kebajikan. Ucapan dan perkataan tersebut hendaklah perkataan yang
baik. ucapan yang baik. halus dan sopan (Muhamad Al-Gazali. 1997). Hal tersebut sesuai dengan
firman Allah SWT dalam Al-quran sebagai berikut:

“Dan Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku: "Hendaklah mereka mengucapkan Perkataan yang
lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara
mereka.Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.”(Q.S. Al-isra: 53)

“Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan
sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima).Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun”.
(Q.S. Al-baqarah: 263)

“Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab. melainkan dengan cara yang paling baik.
kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka. dan Katakanlah: "Kami telah beriman
kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada Kami dan yang diturunkan kepadamu; Tuhan
Kami dan Tuhanmu adalah satu; dan Kami hanya kepada-Nya berserah diri". (Q.S. Al-Ankabut:
46)

Ayat tersebut berisi anjuran untuk berkata-kata yang baik agar tidak menimbulkan perselisihan
diantara sesama. Perkataan yang baik juga dapat melemahkan hati yang keras menjadi lembut
sehingga akan membawa setiap orang pada kebaikan. Gaya hidup pengguna muslim dengan
akhlak yang baik dan ajakan yang lemah lembut dan mesra untuk mempengaruhi keluarga dan
masyarakat persekitaran memilih menggunakan produk dan perkhidmatan bank Islam adalah
merupakan contoh tauladan dan merupakan tindakan dakwah menyebarkan kebaikan ajaran
Islam kepada orang lain.

5. Bijak dalam kepenggunaan

Budaya dan gaya hidup bermewah-mewahan dan membazirkan harta sangat dilarang dalam
Islam. Berlebihan dalam makanan. minuman. pakaian. berkendaraan. membangun suatu
bangunan besar. pesta yang berlebihan dan pelancongan adalah beberapa hal pembaziran yang
tidak selari ajaran Islam (Abdullah li Am Ibn Ibrahim. 2005). Islam telah membuat batasanbatasan yang harus dipatuhi dalam kepenggunaan. iaitu. tidak boleh hidup bermewah-mewahan.
keseimbangan dalam kepenggunaan dan larangan membeli dan memakai produk atau
perkhidmatan yang membahayakan (Said Sa'ad Marthon. 2004).

Gaya hidup bermewah-mewahan tersebut adalah gelagat yang tidak selari dengan nilai-nilai
Islam dan membawa kepada kerosakan di muka bumi.. Pengguna Muslim sebaiknya
memanfaatkan wangnya selari dengan keperluannya. ertinya tidak digunakan untuk kegiatan
yang tidak selari ajaran agama Islam. Hal tersebut selari dengan firman Allah SWT:

“Hai anak Adam. pakailah pakaianmu yang indah di Setiap (memasuki) mesjid. Makan dan
minumlah. dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang
yang berlebih-lebihan”.(QS. Al-a’raaf:31)

Al-Qur’an menyatakan lagi :

“ Hai orang-orang yang beriman. janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah
Allah halalkan bagi kamu. dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak
menyukai orang-orang yang melampaui batas”.(QS.Al-maidah: 87 )

Di dalam suatu hadits Rasulullah Saw bersabda:

Dari miqdam bin ma’dikariba sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:“Tidaklah seorang anak
Adam mengisi sesuatu yang lebih buruk dari perutnya sendiri. cukuplah bagi anak adam
beberapa suap yang dapat menegakkan tulang punggungnya. jikapun ingin berbuat lebih. maka
sepertiga untuk makanan dan sepertiga untuk minum dan sepertiga lagi untuk nafasnya. (HR.
Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Miqdam tersebut. bahwasanya Nabi SAW
memerintahkan kita untuk menerapkan prinsip kesederhanaan dengan cara makan yang cukup
dan tidak memenuhi seluruh perut kita dengan makanan. tetapi dibagi menjadi tiga bagian.
sepertiga untuk makanan. sepertiga untuk air. dan sepertiga untuk udara. Pesan Rasulullah SAW
ini melengkapi tuntunan adab makan dalam Islam. Pesan ini sekaligus mempertegas larangan
makan dan minum secara berlebihan yang telah difirmankan oleh Allah dalam QS. Al A’raf ayat
31:

“Hai anak Adam. pakailah pakaianmu yang indah di Setiap (memasuki) mesjid. Makan dan
minumlah. dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang
yang berlebih-lebihan”.(Q.S. Al-A’raaf: 31)

Gaya hidup bermewah-mewahan juga boleh membawa kepada kerosakan. kehancuran dalam
masyarakat. Orang berlumba-lumba mencari kekayaan sehingga lupa kepada Allah SWT dan
hanya cinta kehidupan duniawi. Hal ini sangat dimurkai oleh Allah SWT. seperti firman Nya:

“Dan jika kami hendak membinasakan suatu negeri. maka kami perintahkan kepada orangorang yang hidup mewah di negeri itu supaya menta'ati Allah SWT tetapi mereka melakukan
kedurhakaan dalam negeri itu. maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya ketentuan Kami.
kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya"(Q.S.Al-Israa': 16).

Gaya hidup pengguna Muslim tidak hanya dilarang bermewah-mewahan tetapi juga harus
menjaga keseimbangan. Dalam Islam dianjurkan pengguna tidak boros dan kedekut. Kelebihan
wang dapat disimpan atau ditabung untuk masa depan. Islam menerapkan aturan-aturan dalam
menyimpan dan menabung wang. iaitu: menyimpan kelebihan setelah keperluan primer
terpenuhi. menyimpan kelebihan untuk menghadapi kesulitan. tidak menimbun harta dan
pengembangan harta dilakukan dengan baik dan halal. (Husein Syahatah. 1998). Pola
kepenggunaan tidak boleh boros dan bermewahan. bukan bererti juga bakhil dan kedekut. seperti
firman Allah SWT:

“Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta). mereka tidak berlebihan. dan tidak
(pula) kikir. dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.” (AlFurqan: 67)

Islam juga melarang pemilihan dan penggunaan produk dan perkhidmatan yang membahayakan
dan mempunyai kesan negatif kepada pengguna. Hal ini agar tidak berakibat negatif terhadap
kehidupan sosial dan ekonomi pengguna serta menghindarkan pengguna daripada kemudharatan
ketika menggunakannya. Islam sangat tegas mengatur hal tersebut. seperti Firman Allah SWT:

" ai orang-orang yang beriman. sesungguhnya meminum khamar. berjudi. berkorban untuk
H
berhala. mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasukperbuatan syaitan.

Maka jauhilahperbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan”. (Q.S.Al-Maidah:
90).

Pembaziran dan gaya hidup yang bersifat kepenggunaan dapat menimbulkan kelangkaan barangbarang. menimbulkan ketidakseimbangan akibat kenaikan harga. sehingga diharapkan gaya
hidup pengguna Muslim sepatutnya dapat menyesuaikan diri dengan keperluannya.

Dari pelbagai pembahasan diatas. dapat disimpulkan bahawa kriteria – kriteria gaya hidup
pengguna Muslim terbina dari hubungan manusia sebagai hamba Allah SWT dengan sang
pencipta. hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam. Ketiga
hubungan tersebut berasaskan prinsip aqidah. prinsip syariah dan prinsip akhlak. seperti rincian
pada jadual dibawah ini:

Rajah 1 di atas menjelaskan bahawa gaya hidup seorang pengguna muslim merupakan
perwujudan dari tiga hubungan manusia yaitu hubungan manusia dengan Allah SWT sebagai
sang Khalik. kemudian hubungan manusia dengan sesame manusia. serta hubungan manusia
dengan alam sekitar.
Gaya hidup pengguna muslim juga didasarkan pada tiga prinsip utama yaitu prinsip Akidah.
prinsip Syari’ah dan prinsip Akhlak. Prinsip Akidah menekankan bahwa segala sesuatu yang ada
di alam semesta ini baik yang hidup maupun mati merupakan ciptaan Allah SWT yang maha Esa
lagi maha Kuasa.
Oleh itu segala bentuk aktivitas termasuk konsumsi harus mengarah kepada manifestasi
keimanan kepada Allah.Kemudian prinsip syari’ah menekankan kepada pelaksanaan segala
aktivitas itu hendaknya merupakan bentuk ibadah kepada Allah.Agar hal ini tercapai maka
segala aktivitas tersebut haruslah dilandasi dengan niat dan sesuai dengan segala aturan yang
telah ditetapkan dalam Islam. Sedangkan prinsip akhlak dalam pembentukan gaya hidup
pengguna muslim mensyaratkan aktivitas-aktivitas penggunaan barang dan jasa dilandasi nilainilai akhlak yang mulia.

Dari ketiga prinsip tersebut terbentuklah beberapa kriteria-kriteria penggguna muslim yang harus
dipenuhi seperti niat dalam kepenggunaan; pemilihan produk yang baik. suci. dan halal;
mashlahah dalam kepenggunaan; tauladan dan kepenggunaan dan bijak dalam kepenggunaan.
Kelima kriteria tersebut mesti dipenuhi agar aktiviti kepenggunaan yang dilakukan mengarah
pada pencapaian falah, lihat jadual dbawah ini :

Jadual 2.
Hubungan Prinsip, Kiteria dan Item Gaya hidup pengguna Muslim bank Islam

PrinsipKriteria-kriteria

Item-item

Prinsip
Aqidah

Niat dalam kepenggunaan

Memilih produk bank Islam sesuai
tuntutan syariah.
Memilih produk tabungan karena
mengharap redha Allah SWT.
Memilih produk pembiayaan
karena mengharap redha Allah

SWT.
Memilih bank Islam kerana
pemenuhan kewajiban beragama.
Menempatkan wang pada bank
Islam karena mengharap ridha
Allah SWT.
Memilih bank Islam demi
keberkatan dalam kehidupan dunia
akhirat.

Operasional dan perkhidmatan
sesuai dengan syariah.
Produk yang bebas riba.
Pemilihan produk
Keselesaan dalam perkhidmatan.
Syariah

(Ahmad Umar Hansyim. 2004
dan Afzal Ur-Rahman. 1991;
QS. Al-Ahzab: 23-24; QS. AlAhzab: 7-8)

Perkhidmatan online Banking.
Produk bank Islam memberikan
nilai tambah.
Pentingnya iklan yang sesuai
dengan syariah.

Akhlak

Mashlahah dalam
penggunaan
(Muhammad Al-Gazali. 1997:
QS. Al-Anfal: 27; Johari Alias.
1999 dan QS. An-Nisa’: 5)

Mengutamakan keamanan harta.
Keyakinan terhadap manajemen
bank.
Keyakinan terhadap akad pada
bank Islam.
Resiko pelaburan yang dikongsi
bersama baik untuk pengguna dan
bank.
Memilih bank Islam karena prestasi
kewangannya.

Bank Islam baik dalam program
kemashlahatan umat.

Keluarga mempengaruhi dalam
memilih bank Islam.
Teman mempengaruhi dalam
memilih bank Islam.
Tauladan dalam penggunaan
(Riyadus Solihin Imam
Nawawi. 2012; Muhammad
Al-Gazali. 1997; QS. Al-Isra:
53; QS. Al-Baqarah: 263 dan
QS. Al-Ankabut: 46)

Tetap memilih bank Islam walau
kadar keuntungan lebih kecil
daripada bank konvensional.
Setiap urusan dengan bank Islam
berorientasi ibadah.
Memilih bank Islam sebagai wujud
dakwah kepada kebajikan.
Memilih bank Islam untuk
menumbuhkan syiar Islam.

Mengutamakan kadar keuntungan
produk simpanan bank Islam.
Kadar pembiayaan produk bank
Islam yang berpatutan.
Caj perkhidmatan kemudahan bank
Islam yang berpatutan.
Bijak dalam penggunaan
(Ahmad Umar Hansyim. 2004
dan Afzal Ur-Rahman. 1991)

Menghindari penggunaan yang
tidak sesuai syariah.
Prosedur perbankan yang mudah
untuk sebarang urusan.
Lokasi yang strategis.
Manfaat penggunaan produk bank
Islam sesuai dengan yang
dipromosikan.

Kesimpulan

Gaya hidup pengguna muslim didasarkan kepada tiga sumber yaitu Al-Qur’an sebagai sumber
pertama yang mutlak. kemudian hadits sebagai sumber kedua yang berfungsi menjelaskan
keumuman Al-Qur’an. Dan Ijtihad sebagai sumber ketiga yang merupakan jalan bagi para
mujtahid untuk meng-istinbath-kan hukum-hukum yang tidak secara jelas dinukilkan di dalam
Al-Qur’an dan Hadits. Oleh karenanya. segala aktiviti yang menjadi bagian dari gaya hidup
konsumen muslim dianggap benar jika tidak bertentangan dengan ketiga sumber hukum diatas.

BIBLIOGRAFI

A Sajeevan Rao & R K Sharma (2010). Bank Selection Criteria Employed by MBA Students in
Delhi: An Empirical Analysis. Journal of Business StudiesQuaterly. 1 (2).56-69.
Ab.Aziz Yusof & Ahmad Bashir Aziz (2008). Pengurusan Perniagaan Islam; Konsep.Isu dan
Pelaksanaan.Penerbit UUM.
Abdullah Yasin (2000). Islam dan Bisnes. Malaysia. Johor Corporation.
Adiwarman A. Karim & Adi Zakaria Affif (2005). Islamic Banking Consumer Behaviour in
Indonesia: A Qualitatif Approach.
Afzal-Ur-Rahman (1991). Doktrin Ekonomi Islam. Jilid II. Malaysia. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Ahmad Azrin Adnan & Wan Mohd Yusof Wan Chik (2008).Penentu Pemilihan Bank Menurut
Perspektif Islam: Satu Sorotan Awal. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar
Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan.
Ahmad Azrin Bin Adnan (2010). Penentu Pemilihan Institusi Perbankan IslamDalam kalangan
Muslim di Terengganu. Tesis Sarjana Social Science. USM.
Ahmad Umar Hasyim (2004). Menjadi Muslim Kaffah. Yogyakarta. Penerbit Mitra Pustaka.
Al-Qur’an dan Terjemahannya (2006). Departemen Agama RI. PT.Syaamil Cipta Media.
Anderson. L. W.(1994). Attitude Measure. The International Encyclopedia of Education (2nd
Ed).

Arthur Meidan(1984). Bank Marketing Management. Macmillan Publisher LTD. London.
Asyraf Wajdi Dusuki & Nurdianawati Irwani abdulah (2007). Why do Malaysian Customers
Patronise Islamic Banks. InternationalJournalof Bank Marketing. 25(3). 142-160.

A.Hanafi. (1970). Pengantar Dan Sejarah Hukum Islam. Jakarta: Bulan Bintang.

Blackwell. Miniard & Engel (2006).Consumer Behavior.Canada: Thomson Southwestern.
Borg. W. R & Gall. M. D (1979). Educational Research; An Introduction (3rd Ed). New York.
Logman.
Bronis Verhage (2001).Marketing Fundamentals.Netherlands.Wolters-Noordhoff.
Campbell. D. & Fiske. D (1959). Covergent and Discriminant Validation. New York. New York
Publisher.

Chris Bauman. Suzan Burton & Gregory Elliott (2007). Predicting Consumer Behavior in Retail
Banking. Journal of Business and Management.2(1).

Cohen. J.. Cohen. P.. West. S. G.. & Aiken. L.S. (2003). Applied multiple regression/correlation
analysis for the behavior science (3ra edition). Mahwah. NJ: Lawrence Erlbaum.
Cooper. D. R.. & Schindler. P. S. (2006). Business research methods. 9th ed. NewYork:
McGraw-Hill.
Cronbach Albert. (2004). Research Method. Mc. Graw Hill Book Company. Singapore.

Delta Khoirunissa (2003). Consumers' Preference Toward Islamic Banking (Case Study In Bank
Muamalat Indonesia and Bank BNI Syariah). IQTISAD Journal of Islamic Economics.
4(2). 145-168.

Fatchur Rahman. (1974). Ikhtisar Mashthalahu’l Hadits. Bandung: Almaa’rif.
Fraenkel. J. R & Walen. N. E (1996). How to-Design and Evaluate Research. New York.
McGraw-Hill.
Guilford. JP & Frutcher. B (1978). Fundamental of Statistic in Educational Psychology.
McGraw Hill. New York.
Hafeez Ur Rehman & Saima Ahmed (2008). An Empirical of Determinants of Bank Selection in
Pakistan. Pakistan Ecomic and Social Review.46(4).l47-60.

Harif Amali Rivai et al (2000). Identifikasi Faktor Penentu Keputusan Konsumen Dalam
Memilih Jasa Perbankan: Bank Islam VS Bank Konvensional. Kerja Sama dengan Bank
Indonesia.
Hasan Al-Banna. (1983). Akidah Islam. Bandung: Al-Ma’rif.
Hayat M.Awam & Khuram Shahzad Bukhari (2011). Customer's Criteria forSelecting and
Islamic Bank: Evidence from Pakistan. Journal of Islamic Marketing.2(1). 14-27.
Howard. W & Henry. I.B (1988). Test Validity. New Jersey. Lawrence Erlbaum Associates
Publishers.
Ibnu Katsir. (2000). Tafsir Ibnu Katsir. Terj. Bahrun Abu Bakar L.C. Bandung: Sinar Baru
Agensindo.
Ibnu Manzhur. Muhammad Ibn Mukaram. (1992). Lisan Al-Arab Juz Ii

Ibnu Maskawaih. (1994). Menuju Kesempurnaan Akhlak Terj. Helmi Hidayat. Bandung: Mizan.

Ibnu Taymiyah. (1983). Akidah Islam Menurut Ibnu Taymiyah. Bandung: Al-Ma’rif.

Imamudi Yuliadi. (2007). Ekonomi Islam: Filosofi. teori dan implementasi. Yogyakarta: LPPI
Universitas Muhammadiyah.

Imam Ghazali. (2003). Ihya’ Ulumiddin. Terj: Ismail Yakub. Singapura: Pustaka Nasional.
Jazim Hamidi et al (2000). Persepsi dan Sikap Masyarakat Santri Jawa Timur Terhadap Bank
Islam. Kerja Sama dengan Bank Indonesia.
Kajian Regional Bank Indonesia Banda Aceh. 2011.
Karen Brunso et al (2004). Closing The Gap between Values and Behavior- a means-and The
Theory of Lifesstyle. Journal of BusinessResearch.57.665-670.

Kateryna Dmytrakova (2010). Travel Lifestyle and Behaviour Of New Canadians. Waterloo.
Ontario. Canada.
Kau Ah Keng et al (2003). Segmentation of Library Visitors in Singapore: Learning andReading
Related lifestyle. Library Management.2A(1).20-32.
Khaliq Ahmad (2008). Management From Islamic Perspektif: Principles and Practices. HUM
Press.
Long-Yi Lin & Hsing-Yu Shih (2011). The Impact of Lifestyle and Money Attitude on Purchase
Decisions: The Moderating Effect of Marketing Stimulation. Crown Journal of Business
Management. 1(1).8-19.
Long-Yi Lin & Hsing-Yu Shih (2012). The Relationship of University Student's Lifestyle.
Money Attitude. Personal Value and Their Purchase Decision. tternational Research in
Management.4(2).

Mahestu N Krisjanti & Fang Liu (n.d). How Does Lifestyle Shape Shopping Behavior: A Study
on Indonesian Chinese Consumers. Atma Java Yogyakarta University/University of
Western Australia.

Manna’ Al-Qaththan.(2005). Pengantar Studi Ilmu Al-Qur’an. Terj: Mifdhol Abdurrahman.
Jakarta: Pustaka Al-Kautsar.
Maran Marimuthu et al (2010). Islamic Banking: Selection Criteria and Implication. Global
Journal of Human Social Science. 10(4). 52-61.

Mardani. (2013).Fiqh Ekonomi Syari’ah: Fiqh Mu’amalah. Jakarta: Kencana.

Marieke de Mooij (2010).Global Marketing and Advertising: Understanding Cultural
ParaJox£.s'.Amerika.Sage Publicationjnc.
Michael R. Solomon et al (2007).Consumer behavior;Buying. Having. Being. Australia.Pearson
Education.
Mohd.Saif Noman Khan. M.Kabir Hasan & Abdullah Ibn Shahid (2007). Banking Behavior of
Islamic Bank Customers in Bangladesh. Journal of Islamic Economics. Banking and
Finance.

Muhaimin Dkk. (2005). Kawasan Dan Wawasan Studi Islam.Jakarta: Kencana.
Muhammad (2007).Minat Berhubungan dengan Bank Islam dan Wilayah Potensial
Pengembangan Bank Islam di Daerah Istimewa Yogyakarta. Sinergi. 9(2). 143-156.

Muhammad ‘Ajjaj Al-Khatib. (1989). Ushul Al-Hadits ‘Ulumuhu Wa Musthalaluhuhu. Kairo.
Dar Al-Fikr.
Muhammad Muflih (2006). Perilaku Konsumen Dalam Pespektif Ekonomi Islam. Jakarta:
PT.Raja Grafindo Persada.
Muhammad Sulaiman & Aizuddinur zakaria (2010). Jejak Bisnis Rasul. Jakarta: Penerbit
Hikmah.

M.Quraish Shihab. (2007) Tafsir Al-Mishbaah Pesan. Kesan. Dan Keserasian Al-Qur’an Jilid I.
Jakarta: Lentera Hati

-----------. (2007) Wawasan Al-Qur’an. Bandung: Mizan Pustaka.
Muijs. D (2004). Doing Quantitave Research in Education with SPSS. London. Sage Publication.

Munzier Suparta. (2010). Ilmu Hadits. Jakarta: Rajawali Pers.
Neuman. W.L (2006). Social Research Mehods: Qualitative and Quantitave Aprroaches (6th
ed). Boston. Allyn and Bacom.
Philip Kotler et al (2007). Marketing. Australia. Pearson Education.
Piaw. Chua Yuan (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Mc Graw-Hill. Malaysia.
Pusat Pengkajian dan pengembangan Ekonomi Islam (2011). Ekonomi Islam. Jakarta: Rajawali
Pers.

Rachmat Syafe’i. (1998) Ilmu Ushul Fiqih. Bandung: Pustaka Setia.

Rahmatina A. Kasri & Salina Kasim (2009). Empirical Determinants of Saving inThe Islamic
Bank: Evidence from Indonesia. J.KAU: Islamic Economi. 22(2). 13.
Rhenald Kasali (1998). Membidik Pasar Indonesia. PT. Gramedia Pustaka Utama.
Rifki Ismail (2011). Depositors' Withdrawal Behavior in Islamic Banking: Case of Indonesia.
Humanomics. 27(1). 61-76.
Rini Rinawati (2007). Lifestyle Muslimah. Mediator.8(1).
Roger Blackwell et al (2007). Consumer Behavior: An Asia Pacific Approach. Canada: Thomson
South-Western.
Rohana Yusof (2003). Kaedah Penyelidikan Sosial. Kuala Lumpur. Percetakan Cergas.
Roid. G. H & Haladyna. T. M (1982). A Technology for Test-Item Writing. New York.
Academic.
Rusjdi Ali Muhammad (2003).Revitalisasi Syari'at Islam di Aceh; Problem. Solusi dan
Implementasi. Menuju Hukum Islam di Nanggroe Aceh Darussalam. Indonesia: ArRaniry Press.
SabnhaUarican (2006). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Malaysia: Pearson Prentice Hall.
Safiek Mokhlis (2009). Determinants of Choice Criteria in Malaysia's Retail Banking: An
Analysis of Gender-Based Choice Decisions. European Journal of Economics. Finance
and Administrative Sciences.16.
Safiek Mokhlis. Hayatul Safrah Saleh & Nik Hazimahh Nik Mat (2008). Commercial Bank
Selection: The Case of Undergraduate Students in Malaysia. International Review of
Business Research Papers.4(5).258-270.
Safiek Mokhlis. Hayatul Safrah Saleh & Nik Hazimahh Nik Mat (2009). Commercial Bank
Selection: Comparison between Single and Multiple Bank Users in Malaysia.
International Journal of Economics and Finance.! (12).
Said Sa'ad Marthon (2004). Ekonomi Islam; Ditengah Krisis Ekonomi Global..Penerbit Zikrul
Hakim indonesia.

Saira Khan & Mohd Nasr (2011). Impact of Lifestyle Pakistani Women on Their Buying
Behavior. International Review of Business Research Paper s.l(2).292-309.
Sekaran. U (2003). Research Methods for Business: A Skill Building Approach (4th ed). New
York. John Wiley & Sonc Inc.

Siradjuddin Abbas. (1991). I’itiqad Ahlussunnah Wal-Jama’ah. Jakarta: Pustaka Tarbiyah.
Sudin Haron et al (1994). Bank Patronage Factors of Muslim and Non Muslim stomers.
International journal of Bank Marketing. 2(l).32-40.

Sun-Hee Lee & Beverley Spark (2007). Cultural Influences on Travel Lifestyle: A Comparison
of Korean Autralians and Korean in Korea. Tourism Management.28.505-518.
Susan H. C. Tai & Jackie L. M. Tam (1997). A Lifestyle Analysis of Female rs in Greaters
China. Psychologi & Marketing. 14(3).287-301.

Syed Mohd. Ghazali Wafa Syed Adwam wafa. Muhammad Nasri Md Husein.Mohd Hizam
Hanafiah (2005). Perngantar Perniagaan Zs7a/?2.Prentice Hall Sdn.Bhd.
Tanja Kesic & Suncana Piri-Rajh (2003). Market Segmentation on The Basis of Food-Related
Lifestyles of Croatian Families. British Food Journal. 105(3). 162-174.
Tuckman. B.W (1999). A Tripartite Model of Motivation For Achievement:Attitude-DriveStretegy. Paper Presented at Annual Meeting of The American Psychological
Association. Boston.
Vathsala Wickramasinghe & Anurudh Gurugamage. Effects of Social Demografic Attributes.
Knowledge about Credit Card and Perceived Lifestyle Outcomes on Credit Card Usage.
International Journal of Consumers Studies.36.809-89.
Wan Marhaini Wan Ahmad et al (2008). Religiosity and Banking Selection Criteria Among
Malays in Lembah Klang. Jurnal Syariah.16(2).219-304.
Wirdyaningsih et al (2005).Bank dan Asuransi Islam di Indonesia.BVFH-UI. Indonesia.
Yan Chen & Jing Zhang (n.d). Clothing Marketing Based on Consumer Life-Style Dept. of
Clothing & Engineering. Soochow University. P.R. China.

Yanqun He et al (2010). Exploiting the Goldmine: A Lifestyle Analysis of Affluent Chinese
Consumers. Journal of Consumer Marketing. 27(7).615-628.
Zafar U. Ahmed et al (2010). Malaysian Consumer's Credit Card Usage Behavior. Asia Pacipic
Journal of Marketing and Logistics.22(4).528-544.