NILAI FALSAFAH YANG TINGGI DALAM MONUMEN

1.0

PENGENALAN
Asia Tenggara merupakan sebuah rantau yang kaya dengan pelbagai jenis sumber
sejarah. Permulaan sejarah di Asia Tenggara ini adalah bermula dengan petapakan
pengaruh Hindu sejak abad ke-8 sehingga abad ke-13 Masihi di kebanyakan negara
seperti di Indonesia, Kemboja, Laos, Myanmar dan tidak ketinggalan juga di Tanah
Melayu. Definisi monumen merupakan sebuah binaan atau bangunan yang diperbuat
daripada batu-bata dengan tujuan untuk memperingati orang-orang ternama seperti para
pemerintah dan pembesar ataupun untuk memperingati sesuatu peristiwa penting.
Monumen-monumen yang terdapat di Asia Tenggara adalah seperti candi, kuil, wat, stupa,
arca, dan patung. Di setiap kewujudan empayar-empayar agung yang mempunyai
monumen-monumen tersendiri sehinggalah kepada seni persembahan tradisional, terdapat
banyak nilai falsafah yang melambangkan ketamadunan sesebuah empayar tersebut.
Melalui kewujudan monumen-monumen agama yang terdapat di rantau Asia Tenggara
seperti di Kemboja dan Indonesia (kawasan kajian), pengaruh agama sesebuah negara itu
dapat dikenal pasti dengan mudah melalui kaedah-kaedah arkeologi tertentu. Selain
mengenal pasti agama-agama yang menjadi amalan masyarakat di sesuatu kawasan,
kewujudan monumen juga berupaya memperlihatkan bukti keagungan pemerintahpemerintah yang pernah memerintah kawasan di rantau Asia Tenggara.
Fungsi monumen yang terdapat di sesebuah negara bukan sahaja sebagai pusat
ibadat, malah kewujudan monumen-monumen ini juga merupakan suatu simbolik

kekuatan dan kekuasaan raja yang memerintah kawasan tersebut. Hal ini adalah kerana
setiap pemerintah yang memerintah kerajaan pada awal abad ke-7 mempercayai bahawa
semakin besar dan gah sesuatu binaan, semakin kuatlah kekuasaan empayar tersebut.
1

Antara bukti ideologi kekuatan raja adalah berdasarkan jajahan takluk dan monumenmonumen yang dibina. Bukti-bukti tersebut adalah dengan wujudnya monumen Angkor
Wat dan Candi Borubudur.
Monumen agama Angkor Wat telah dijumpai oleh Heinri Mouhot yang merupakan
seorong ahli saintis dan pengkaji yang berasal dari Perancis pada tahun 1860. Menurut
Heinri (1860), Angkor Wat merupakan sebuah binaan batu-bata yang besar dan
mengkagumkan dalam agama Hindu1. Monumen ini merupakan sebuah binaan terbesar
yang terdapat di dalam hutan Kemboja yang telah didirikan sewaktu kekuasaan empayar
Khmer di Angkor. Monumen ini dibina sewaktu zaman pemerintahan Suryavarman II,
iaitu pada sekitar tahun 1113-1150 Masihi atau pada abad ke-12. Suryavarman II
menganggap dirinya chakravatin, iaitu yang bermaksud tuhan seluruh alam. Namun, ada
juga sebilangan pengkaji sejarah menyatakan bahawa konsep chakravatin yang
dimaksudkan oleh Suryavarman II itu ialah mendapat mandat daripada tuhan2.
Pembinaan wat (kuil) ini dikatakan memakan masa selama 30 tahun. Berperanan
sebagai sebuah pusat ibadat terbesar di Kemboja, Angkor Wat mempunyai ketinggian
setinggi 130 kaki dan berkelebaran seluas 208 hektar. Angkor Wat terletak di bahagian

utara Kemboja, iaitu di tengah-tengah dataran Angkor dan meliputi hampir keseluruhan
kerajaan Angkor. Angkor yang diasaskan oleh Jayavarman I merupakan ibu kota dalam

1 M. B., Alison, Angkor Wat. (USA: Twenty-First Century Books, 2009), pp. 1-23.
2 “Mandat daripada tuhan” bermaksud seseorang pemerintah di sesebuah kerajaan dikatakan menjadi wakil tuhan di
bumi yang bertanggungjawab untuk memimpin rakyat jelata ke jalan yang benar. Selain itu, ungkapan mandat ini
juga merupakan tafsiran yang mengatakan bahawa pemimpin itu juga dianggap seperti anak tuhan yang diturunkan
ke bumi untuk memimpin manusia. Disertakan dengan mandat, maka terdapatlah unsur-unsur daulat yang bermaksud
kemalangan atau kecelakaan yang bakal terjadi sekiranya rakyat melanggar perintah dan arahan raja. Melalui
kepercayaan bahawa raja mempunyai kuasa sakti, rakyat Khmer pada waktu itu adalah rakyat yang sangat mentaati
rajanya sehingga sanggup melakukan apa sahaja. Melakukan apa sahaja adalah seperti sanggup mengerah keringat
dalam usaha membina Angkor Wat.
2

empayar Khmer yang telah diasaskan oleh Jayavarman II pada tahun 802 Masihi, iaitu
pada awal abad ke-9. Perkataan “Angkor” berasal daripada perkataan dalam bahasa
Sanskrit yang berbunyi “nagara”. Nagara bermaksud sebuah bandar suci yang
mempunyai maksud beriringan dengan konsep kosmos pada binaan Angkor Wat.
Selain Angkor Wat, Borobudur juga merupakan sebuah kuil pengibadatan bagi
penganut-penganut agama Buddha. Jika Angkor Wat merupakan monumen terbesar di

Kemboja, Borubudur pula adalah monumen terbesar di dunia dan ia terkenal sebagai salah
sebuah keajaiban dunia3. Dikatakan bahawa pembinaannya memakan masa selama 75
tahun dalam proses penyempurnaan pusat pengibadatan tersebut4. Borobudur terletak di
daerah Jawa Tengah, Indonesia dan merupakan sebuah peninggalan binaan terbesar
daripada Dinasti Syailendra yang dikatakan berlaku pada sekitar abad ke-9 5. Monumen ini
juga dikenali dengan nama Barabudhur. Setiap patah perkataan tersebut mempunyai
makna lain di sebaliknya, iaitu “Bara” yang bermaksud besar dan “Budhur” yang
bermaksud Buddha yang merupakan agama yang dianuti oleh rakyat Indonesia pada abad
itu.

3 Mackenzie, J., Borobudur. (Australia: Transit Lounge Publishing, 2009), 1-35.
4 Ibid.
5 Dinasti Syailendra merupakan dinasti yang wujud pada zaman keagungan Srivijaya. Terdapat bukti yang
menyatakan bahawa Dinasti Syailendra ini ialah dinasti yang mengamalkan ajaran Buddha, namun dalam masa yang
sama, dinasti ini juga dikatakan menganuti ajaran dan kepercayaan Hindu. Melalui pertembungan agama dan
kepercayaan ini, para sejarawan mengandaikan bahawa Dinasti Syailendra bukan sahaja mengamalkan ajaran Hindu,
bahkan mereka juga turut mengamalkan ajaran Buddha. Hal ini adalah kerana, agama Buddha wujud selepas
petapakan agama Hindu yang paling berpengaruh di Asia Tenggara.
3


2.0

PERBINCANGAN
2.1

Angkor Wat
Monumen terbesar di Kemboja yang wujud pada era kekuasaan empayar Khmer

ini dibina dengan berkonsepkan orde kosmos. Konsep kosmos didefinisikan sebagai suatu
kepercayaan bahawa dunia manusia ini hanyalah sebuah dunia yang kecil, iaitu
mikrokosmos jika dibandingkan dengan dunia para Dewa Hindu yang tersangatlah besar,
iaitu makrokosmos6. Dengan kata lain, binaan Angkor Wat ini adalah menyerupai sebuah
kota kerana ia dibina sebagai satu representasi makro kosmos yang lebih luas di atas
sebuah tapak mikro. Angkor Wat dibina dengan bertemakan bentuk sebuah replika batu
ataupun sebuah mikrosom tentang kosmologi yang menceritakan kewujudan orang Khmer
- Melayu7 di Kemboja khususnya di Angkor. Kewujudan monumen Angkor Wat yang
besar dan gah serta mempunyai seni binanya yang unik dan klasik telah mengangkat
Angkor sebagai sebuah ketamadunan dalam empayar Khmer8.
Nagara yang merupakan kata asal bagi Angkor digunakan kerana ia merupakan
suatu perlambangan bahawa mereka mempercayai bumi ini adalah lambang kepada rumah

para dewa yang berada di puncak Gunung Mahameru 9. Disebabkan kepercayaan tersebut,
para penganut agama Hindu berusaha untuk sentiasa melengkapi diri mereka dengan
upacara-upacara ritual yang tertentu supaya mereka tergolong sebagai insan-insan terpilih
yang diberikan mandat untuk menghayati laluan-laluan yang disediakan oleh para Dewa
6 Nota kuliah Profesor Madya Dr Hanafi Hussin, Pengaruh Hindu Buddha: Pengaruh terhadap Seni Bina di Asi
Tenggara.
7 Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. (Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions
Sdn. Bhd., 2008), pp. 93. Asalnya, empayar Khemer didirikan oleh Dinasti Melayu, tetapi ia kemudiannya diambil
alih oleh orang-orang Khmer, khususnya selepas Angkor terbentuk.
8 M. B., Alison, Angkor Wat. (USA: Twenty-First Century Books, 2009), pp. 1-23.
9 Higham, C., Early Cultures of Maindland South east Asia. (Bangkok: River Books, 2002), 298-350.
4

yang bermula dari bumi hingga ke Syurga 10. Secara terperinci, kepercayaan Hindu
mengajarkan konsep reinkarnasi, iaitu kepercayaan pada kelahiran semula dan jiwa boleh
dibebaskan semula melalui proses dharma.

2.2

NILAI-NILAI FALSAFAH

Nilai-nilai falsafah utama setiap monumen mahupun candi yang dibina di Asia

Tenggara ini adalah sudah semestinya sebagai sebuah pusat pengibadatan. Di Angkor,
kewujudan Angkor Wat merupakan sebuah kuil yang dibina lengkap berbanding dengan
binaan kuil-kuil Hindu yang lain. Hal ini demikian kerana konsep yang dipegang oleh
Suryavarman II, iaitu konsep kosmos yang bercirikan sebuah kota yang dibina sebagai
sebuah dunia yang luas. Secara tepatnya, Angkor Wat dibina dengan bermodelkan konsep
alam semesta. Para ahli arkeologi yang mengkaji tentang sebab-sebab kewujudan Angkor
Wat ini menyedari bahawa setiap ukiran yang dibina membawa maksud-maksud
tersendiri. Misalnya, ukiran patung ular yang terdapat di tiang-tiang besar sepanjang jalan
masuk ke wat memberitahu bahawa symbol kesuburan dalam kegiatan pertanian yang
dijalankan di Angkor11. Binaan yang berkonsepkan model alam semesta ini juga dapat
dilihat melalui arah wat yang dibina, iaitu yang menghadap ke barat. simbol penggunaan
arah barat ini juga merupakan symbol pergerakan matahari yang terbit dari barat ke timur.

10
11 Oleh sebab Angkor merupakan sebuah kerajaan agraria yang terbesar pada abad ke-7 Masihi, ukiran-ukiran yang
bercirikan binatang seperti ular memberi maksud bahawa hasil pertanian yang dijalankan akan sentiasa berada dalam
keadaan baik. Ular merupakan simbolik haiwan yang kuat terhadap pertanian padi yang dijalankan pada ketika itu.
Hal ini demikian kerana ular adalah sejenis haiwan pemangsa yang dapat menghalang haiwan-haiwan perosak seperti

tikus untuk merosakkan pertanian utama masyarakat agraria pada ketika itu.
5

Seni reka Angkor Wat yang menghadap ke barat itu bukanlah menggambarkan
perselisihan fahaman dengan para penganut agama Hindu yang lain. Binaan yang
menghadap ke barat ini juga dikatakan menjadi tempat persemadian Suryavarman II yang
telah mangkat sewaktu proses peluasan kuasa ke kawasan lain. Menurut penganut Hindu,
mereka mempercayai bahawa roh Suryavarman II sudah bersatu dengan roh Dewa Visnu
di tempat tertinggi di atas menara, iaitu di Gunung Mahameru. Seni reka wat ini juga
sedikit pelik kerana wat ini sahaja yang dibina menghadap ke barat, manakala wat-wat
Hindu di kawasan lain dibina menghadap arah timur.
Selain itu, ciri model alam semesta ini juga turut disertakan dengan sistem saliran
yang sangat rumit yang dibina untuk membekalkan sumber air minuman kepada
penduduk tempatan serta berfungsi untuk mengairi kawasan pertanian. Sistem saliran
yang mengelilingi Angkor Wat ini juga merupakan simbol yang menggambarkan konsep
kosmos adalah merupakan alam semesta yang sangat luas yang mencerminkan Gunung
Mahameru, iaitu tempat para dewa Hindu bersemayam.
Kajian mengenai nilai-nilai falsafah Angkor Wat juga meliputi aktiviti yang
dilakukan dalam kehidupan masyarakat12 Khmer terhadap pemerintah mereka. Hal ini
dapat dilihat melalui ukiran-ukiran yang diukir di dinding-dinding wat. Misalnya, ukiran

mengenai penyediaan makanan untuk santapan raja, cara orang-orang Khmer berburu,
bekerja, beribadah, bersukaria dan membela haiwan ternakan mereka. Kesemua jenis gaya
ukiran ini jelas memperlihatkan bahawa Suryavarman II merupakan seorang pemerintah
yang amat teliti dalam proses pembinaan bangsanya sendiri. Melalui bukti-bukti

12 Barnes, T., Arkeology. Diakses pada 8 Disember 2014. https://books.google.com.my/books?id=kA8mHHQbes8C
&pg=PT39&dq=kelebaran+angkor+wat&hl=en&sa=X&ei=WECKVIX2OcODuwSly4GICg&ved=0CC4Q6AEwAA
#v=onepage&q=angkor%20wat&f=false
6

kehidupan yang diukir, masyarakat kerajaan Khmer merupakan masyarakat yang sangat
patuh pada pemerintahnya. Antara contoh lain yang menggambarkan nilai-nilai falsafah
masyarakat Khmer melalui aktiviti seharian ialah terdapatnya pusat pentadbiran dalam
Angkor Wat itu sendiri. Sebarang permasalahan sama ada yang berkaitan dengan agama,
kepercayaan, ekonomi, politik dan juga sosial akan dirujuk di bahagian tengah menara
Angkor Wat.
Angkor Wat juga turut berperanan sebagai tempat para pemerintah mengabdikan
diri. Dalam makna lain, mendekatkan diri kepada para dewa Hindu khususnya Dewa
Brahma dan Visnu. Hal ini dapat dilihat dengan permulaan binaan tangga yang bertingkattingkat seolah-olah menggambarkan sebagai sebuah laluan yang menuju ke tempat tinggal
para dewa, iaitu di puncak menara tertinggi yang diwakili oleh Gunung Mahameru 13.

Secara simboliknya, pembinaan Angkor Wat yang bertingkat-tingkat dan berteres-teres
tersebut adalah tempat letaknya Dewaraja dan Raja agama Hindu, antaranya ialah Brahma
(pencipta), Visnu (dewa tertinggi), Siva, Ganesha, Subramaniam, dan Parvathi. Tambahan
lagi, pendakian anak-anak tangga dari dasar hingga ke puncak juga adalah refleksi
terhadap amalan-amalan agama para penganut Hindu. Maka dengan itu, pusat
pertengahan Angkor Wat ini diletakkan patung Visnu sebagai tanda tempat tinggal para
dewa Hindu. Oleh sebab tangga-tangga ini merupakan laluan yang menghubungkan
manusia dengan Dewaraja dan Raja, para arkitek Hindu pada zaman Suryavarman II telah
membinanya dalam bentuk yang kecil dan sedikit curam dengan tujuan untuk
menghormati para dewa14 yang berada di puncak menara.
13 Ibid.
14 Cara para dewa dihormati sewaktu sedang menaiki tangga adalah sewaktu manusia berjalan perlahan-lahan untuk
menaiki dari satu tangga ke satu tangga dengan gaya yang agak membongkok sedikit. Ia juga merupakan simbolik
kepada tanda penghormatan terhadap patung-patung para dewa yang terdapat di dalam Angkor Wat itu.
7

Di samping menjadi sebuah pusat pengibadatan dalam skop pengabdian diri
pemerintah kepada dewa-dewa Hindu, ciri-ciri binaan Angkor Wat ini juga merupakan
antara nilai-nilai falsafah yang ingin diketengahkan oleh Suryavarman II dalam usaha
mempamerkan keunikan empayar Khmer kepada bangsa-bangsa lain. Ciri pertama binaan

ini ialah ia dikelilingi oleh parit-parit yang dikorek selebar 200 meter persegi. Di samping
dijadikan sebagai sistem saliran, parit-parit ini juga merupakan sebagai salah satu strategi
pertahanan kerajaan Angkor daripada serangan musuh. Mencapai status sebagai sebuah
“empayar”, Khmer pernah terlibat dalam peperangan menentang musuh-musuhnya seperti
Majapahit dan Srivijaya. Melalui peperangan, jelas memperlihatkan terdapatnya
pengorbanan yang terpaksa dilakukan supaya Khmer kekal unggul. Hasilnya, terukirlah
relief-relief yang menceritakan detik-detik peperangan seperti kisah askar-askar
Suryavarman II yang terdapat di dinding-dinding wat.
Selain itu, keunikan dan keagungan empayar Khmer ini menjadi semakin terserlah
kerana memiliki menara-menara yang disaluti emas. Malah, keunikan seni bina monumen
Kemboja ini juga turut melibatkan ukiran-ukiran timbul yang sangat bewarna-warni.
Melalui relief-relief yang diukir di dinding-dinding wat, ia jelas menceritakan kekuasaan
pemerintahan Suryavarman II pada ketika itu. Menurut gambaran relief yang diukir,
Suryavarman II dilihat telah meluaskan empayar Khmer dengan menakluki Champa.
Berdasarkan relief tersebut lagi, terdapat ukiran-ukiran relief tentera yang memberi makna
bahawa telah berlakunya peperangan dalam usaha meluaskan kekuasaan pemerintah.
Keunikan Angkor Wat dalam konteks memiliki nilai-nilai falsafah yang tinggi ini
juga dapat dilihat melalui watak-watak relief yang diukir indah pada dinding wat. Gambar
apsara, iaitu gambar penari-penari wanita dari Angkor dijadikan sebagai satu bentuk
8


hiburan kepada para dewa yang turun ke bumi untuk melawat rakyatnya. Apsara-apsara
yang diukir, iaitu gambaran sekumpulan wanita cantik yang sedang menari itu bukanlah
hanya sekadar penyedap mata, tetapi kesemua apsara tarian itu juga merupakan sebagai
suatu lambang kehidupan di dalam Syurga. Seni ukiran juga turut memaparkan badanbadan yang diperoleh daripada lagenda Visnu serta imej raja-raja Hindu yang telah bersatu
dengan Dewaraja, iaitu tuhan bagi penganut Hindu. Melalui penghayatan hasil seni ukir
pada Angkor Wat, ia jelas memaparkan kehalusan dan kualiti ukiran para arkitek Angkor
yang tidak mempunyai sebarang asas dalam pembinaan sesebuah bangunan yang berjaya
menghasilkan ukiran sangat bermutu. Selain penceritaan tentang lenggang lenggok apsara
di dinding-dinding wat, terdapat juga penceritaan epik Ramayana15 dan Mahabharata16
yang sangat terkenal dalam lagenda sastera di Asia Tenggara. Epik-epik yang digunakan
di dalam unsur seni persembahan tradisional ini juga merupakan petunjuk bahawa
pengaruh Hinduisme berjaya mengalami proses asimilasi17 dalam masyarakat di Asia
Tenggara.

2.3

RUMUSAN ANGKOR WAT
Kewujudan Angkor Wat sebagai sebuah pusat kemegahan kerajaan Angkor

dalam Empayar Khmer pada suatu masa dahulu telah memberikan banyak bukti dalam
15 Ramayana merupakan sebuah lagenda sastera kaum India yang menceritakan perjalanan Rama yang
menghapuskan moral-moral yang negatif. Epik Ramayana memaparkan kisah penceritaan kekeluargaan Ayodhya,
iaitu Rama dan Sita. Di samping penceritaan nilai kekeluargaan, wujud juga nilai cinta sejati yang sering diduga oleh
anasir-anasir jahat daripada Rvana. Oleh itu, epik Ramayana ini sebenarnya adalah nilai kebaikan yang melawan
kejahatan.
16 Epik Mahabharata pula menceritakan kisah kepahlawanan. Epik ini menceritakan tentang konflik untuk
mendapatkan hak pemerintahan negara Astina antara para Pandawa lima dengan pihak sepupu mereka, iaitu sang
seratus Korawa. Puncak persengketaan ini akhirnya mencetuskan Perang Bharatayudha.
17 Proses asimilasi merupakan suatu proses penggabungan budaya dan kepercayaan dalam sesuatu kaum.
9

perkembangan pengaruh agama Hindu di Asia Tenggara. Seni bina yang terdapat di
Angkor Wat yang bermula dengan reka bentuk, menara, tangga sehinggalah kepada jenis
ukirannya melambangkan nilai-nilai falsafah yang tersendiri. Setiap keterperincian hasil
seni ukiran yang diukir jelas menujukkan kekuasaan pemerintah; Suryavarman II yang
sangat ditaati oleh rakyatnya. Proses pembinaan Angkor Wat juga merupakan suatu
pembinaan yang sangat kompleks. Maka dengan itu, para penganut agama Hindu
mempercayai bahawa Angkor Wat bukanlah dibina dengan tangan manusia, tetapi ia
dibina dengan kekuasaan Dewa Indera yang turun dari kayangan untuk membina Angkor
Wat supaya manusia dapat melakukan ibadat kepada dewa-dewa Hindu. Sehingga kini,
Angkor Wat adalah tempat suci para penganut agama Hindu di samping menjadi salah
satu daya tarikan para pelancong ke Thailand.

2.4

BOROBUDUR
Binaan monumen yang terbesar di dunia, iaitu candi Borubudur yang merupakan

binaan agung yang ditinggalkan daripada Dinasti Syaleindra pada abad ke-7 18. Merupakan
monumen agama yang dibina untuk penganut ajaran Buddha Mahayana pada ketika itu
dan dikatakan Borubudur ini merupakan sebuah binaan yang diasaskan oleh Raja
Smaratungga, iaitu salah seorang Raja Mataram kuno dari Dinasti Syailendra yang
18 Asmaraman, S., dan Hoo, K. P.,Banjir Darah di Borobudur. Diakses pada 10 Disember 2014.
https://books.google.com.my/books?
id=9a9tBAAAQBAJ&printsec=frontcover&dq=sejarah+borobudur&hl=en&sa=X&ei=7oKVPLMC9eIuASUsoKgBw&ved=0CEcQ6wEwBg#v=onepage&q&f=false
10

dipercayai telah membina Borubudur pada awal tahun 700 Masihi sehingga tahun 800
Masihi, tetapi masih lagi tiada bukti yang jelas berkenaan dengan tahun dan pencipta
binaan tersebut. Kedudukan Borubudur yang tepat sebenarnya berada di daerah
Megelang, Yokjakarta19. Kedudukan candi Borubudur ini juga dibina berdekatan dengan
Candi Pawon dan Candi Mendut di Indonesia. Menurut kepercayaan agama Buddha juga,
sebelum individu itu ingin beribadat di Candi Borobudur, beliau harus sampai ke dua buah
candi yang berada sebelum Candi Borubudur ini terlebih dahulu.
Candi Borubudur ini dibina bertemakan binaan Jawa Kuno serta melambangkan
binaan seperti sebuah alam raya. Monumen ini berketinggian tidak lebih daripada 50
meter dan tidak kurang daripada 30 meter, manakala ia mempunyai keluasan dari penjuru
ke penjuru selebar 113 meter persegi setiap satu. Berdiameter sebesar 123 meter persegi
yang meliputi kawasan-kawasan menganjur, iaitu dari luar dan dalam Borubudur.
Bahagian tertinggi candi ini berukuran setinggi 42 meter tinggi yang diukur di bahagian
paling atas monumen. Secara keseluruhan, Borubudur mempunyai keluasan penuh seluas
2 500 kilometer persegi20. Seni reka bahagian tertinggi ini adalah berbentuk seperti sebuah
loceng besar yang digelar sebagai genta yang juga merupakan sebagai salah satu elemen
daripada stupa-stupa induk21 di kawasan paling atas monumen.
2.5

NILAI-NILAI FALSAFAH
Monumen Borobudur telah dibina di Indonesia adalah lebih awal daripada Angkor

Wat, iaitu didirikan pada tahun 800 Masihi. Binaan kuil terbesar yang disusun dengan 2
juta blok batu volkanik menjadikan Borobudur sebagai sebuah monumen yang berdiri gah
hingga ke hari ini. Binaannya yang teguh telah mengunci kedudukan binaan batu-bata
19 Ibid.
20 Wendoris, T., Mengenal Candi-Candi di Nusantara. (Yogyakarta: PT. Buku Kita, 2008), 20-29.
21 Stupa = Loceng
11

tersebut daripada mengalami proses penghakisan yang teruk. Kemegahan Borobudur
dianggap hampir sama dengan reka bentuk bangunan piramid yang terdapat di Mesir, iaitu
bangunan Cheops. Yang membezakan antara Borobudur dengan bangunan piramid
Cheops itu adalah susunan menara-menara Borobudur yang bertingkat-tingkat 22. Proses
pembinaan candi Borobudur ini dibina melalui beberapa tahap pembangunan. Setiap tahap
pembangunan tersebut disertakan relief-relief tertentu yang dijadikan sebagai peristiwa
dalam pembangunan tahap-tahap tersebut.
Tahap pertama, Borobudur dibina adalah dimulakan dengan gaya penyusunan
yang berteres-teres. Gaya susunan berteres ini di susun pada peringkat paling bawah. Pada
bahagian ini, iaitu bahagian teres candi, para sejarawan mendapati bahawa konsep asal
Borobudur adalah ingin dijadikan seperti sebuah piramid. Namun, corak tersebut
kemudiannya diubah. Perubahan corak penyusunan permulaan candi yang bertingkattingkat itu diketahui kerana terdapatnya sebuah penemuan gaya penyusunan yang
bersusun. Hal ini demikian kerana, terdapatnya bahagian reka bentuk Borobudur yang
tidak seragam, iaitu ada bahagian yang di susun bertingkat-tingkat da nada pula bahagian
lain yang di susun secara teratur.
Seterusnya, pada pembangunan tahap kedua, pondasi23 Borobudur yang
bersambung ditambah kelebarannya. Aspek yang ditambah pada kelebaran tapak-tapak
tersebut ialah dua buah undak24 bersegi. Kemudian undak-undak bersegi itu ditambah lagi
dengan sebuah lagi undak disekelilingnya. Pertambahan undak dan pondasi ini akhirnya
menjadikan rekaan asal menjadi seperti sebuah stupa25 induk yang besar. Kemudian,
22 Mackenzie, J., Borobudur.
23 Pondasi = Tapak / Tembok
24 Undak = Bucu / Sudut
25 Stupa = Loceng
12

perubahan masih lagi berlaku pada tahap pembangunan yang ketiga. Perubahan ini
melibatkan undak yang dibina pada tahap kedua tadi diruntuhkan semula dan dibina
sebagai ganti tiga buah undak yang melingkari di bahagian atas stupa. Setelah berlakunya
proses pengubahsuaian di tahap ketiga, stupa-stupa itu didirikan di atas menara setiap
bucu dengan meletakkan sebuah stupa yang besar di tengah-tengah menara-menara itu
tadi. Pembangunan tahap ketiga ini dilihat agak merumitkan kerana melibatkan proses
pengubahsuaian yang berlaku pada skala yang besar. Namun, pada proses pembangunan
Borobudur tahap keempat, ianya hanya melibatkan pengubahsuaian yang kecil sahaja.
Pengubahsuaian itu berlaku pada bahagian ukiran tangga dan pada ukiran lengkungan
pintu yang terdapat di dinding candi.

Binaan di setiap tahap menceritakan secara bertingkat-tingkat dan berteraskan
ukiran-ukiran dari alam kepercayaan Buddhisme Mahayana. Ukiran-ukiran alam ini
melambangkan konsep binaan alam raya yang bermaksud binaan yang dihasilkan akan
menjadi sebuah alam yang besar. Kepercayaan ini merujuk kepada kepercayaan agama
Buddha Mahayana. Binaan yang bertemakan alam ini boleh dilihat pada bahagian bawah
candi. Di bahagian tersebut, teres-teres candinya telah diukir dengan relief-relief alam
yang lebih jelas menceritakan kelahiran semula kelahiran semula Sang Buddha26 melalui
proses reinkarnasi27. Oleh hal yang demikian, ramai sejarawan mengandaikan bahawa
arkitek-arkitek hebat zaman Dinasti Syaleinra bertujuan mewujudkan sebuah piramid
yang bertingkat-tingkat dari bawah sehingga ke puncak.

26 Proses reinkarnasi yang menceritakan semula sewaktu Sang Buddha menjadi pemerintah di Benares.
27 Suatu proses yang sama seperti agama Hindu di Angkor.
13

Bertemakan binaan yang mengikut agama Buddha Mahayana, bentuk dalam dasar
candi Borobudur yang bersegi-bersegi ini disesuaikan dengan konsep-konsep berikut,
iaitu28;

a) Konsep Kamadhatu
Binaan pada bahagian kaki (bahagian paling bawah candi) yang tertutup dan tertimbun
dengan susunan batu-bata yang rata,

b) Konsep Ruphadhatu
Bahagian kedua, iaitu lorong-lorong dan pagar-pagar tembok yang panjangnya 4
kilometer dihiasi dengan ukiran relief-relief yang pelbagai, contohnya relief
Lalitavistara,
c) Konsep Arupadhatu
Bahagian ketiga, iaitu bahagian yang terdiri daripada batu-batu berbentuk bundar dan
juga bahagian yang menempatkan stupa-stupa Buddha yang berada dalam keadaan
sedang bermeditasi yang tidak ada sebarang ukiran atau hiasan pada bahan-bahan ini.
d) Puncak Borobudur
Bahagian yang menempatkan stupa Buddha terbesar yang sedang bermeditasi.

Secara keseluruhannya, monumen Borubudur ini juga turut dibina berdasarkan reka
bentuk piramid yang berteraskan sepuluh lantai yang disesuaikan dengan konsep sepuluh gaya
penyempurnaan amalan kebajikan agama Buddha. Sepuluh lantai-lantai tersebut dibahagikan
kepada (sila rujuk halaman sebelah):

28 Soekmono, R., Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia. Diakses pada 10 Disember
https://books.google.com.my/books?id=Ua_L2i3HgOIC&printsec=frontcover#v=onepage&q&f=false
14

2014.

Tingkat Candi
Jenis Monumen
Ukuran

Teras lingkar

Teras bujur sangkar

1-4

5-6

72 stupa berlubang

504 arca di dalam 432 relung

Tidak diketahui

123 x 123 meter persegi

Tinggi Candi

34.5 meter (tanpa makhota stupa)
Tidak diketahui
42.0 meter (dengan makhota stupa)

Jenis Binaan Tapak

Tidak diketahui

Bukit Alami

Jadual 1: Ciri-ciri Candi Borobudur
Di setiap aras lantai juga turut diklasifikasikan setiap relief yang terdapat pada setiap
dinding Borobudur29. Antaranya ialah seperti yang terdapat di dalam jadual-jadual di
bawah:

Teras Bujur Sangkar
Pahatan relief
a) Dekoratif
b) Kisah
Jumlah relief

1 212
1 460
2 672

29 http://www.borobudurindonesia.com/arsitektur.php
15

Jadual 2: Pahatan relief

Jumlah relief
(pahatan)
720
120
460

Kisah relief

Tingkat Candi

Jataka dan Awadana
Lalitavistara
Gandawyuha

1-2
1
2-3

Jadual 3: Contoh kisah-kisah relief di dinding Borobudur.
2.6

RUMUSAN BOROBUDUR
Secara amnya, Borobudur merupakan sebuah monumen terbesar bagi penganut
agama Buddha. Bahan binaan yang terdapat di dalam monumen tersebut adalah
dibina dengan berpandukan kitab agama Buddha Mahayana. Hal ini termasuklah
reka bentuk monumen, kedudukan stupa, proses pengubahsuaian yang berlaku,
pahatan relief, dan juga menara-menaranya yang bersegi-segi. Bukan sahaja
menjadi sebagai pusat pengibadatan agama Buddha terbesar di dunia, kewujudan
Borobudur ini juga telah diperakui oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia30.

3.0

KESIMPULAN

Kesimpulannya, monumen-monumen agama yang terdapat di Asia Tenggara, khususnya
di kawasan Kemboja dan Indonesia memainkan peranan yang sangat tinggi dalam sesebuah
empayar ataupun kerajaan. Hal ini adalah kerana, melalui monumen-monumen agama tersebut,

30 Durmarcay, J., Candi Sewu dan Aristektur Bangunan Agama Buda di Jawa Tengah: and Budhhist Architecture of
Central Jawa. (Jakarta: Kepustakaan Populer Garmedia, 2007), 75.
16

maka lahirlah nilai-nilai falsafah yang secara langsung telah mengangkat ketamadunan sesebuah
kerajaan tersebut. Hasil seni bina serta ukiran-ukiran yang terpahat pada binaan tersebut juga
adalah berkisarkan kepada cerita-cerita epik bagi sesuatu agama. Misalnya, kewujudan Angkor
Wat ada menceritakan epik Ramayana dan Mahabharata. Di Borobudur pula turut menceritakan
bahawa pembinaan candi Borobudur ini adalah berkisahkan dengan kitab-kitab agama Buddha
Mahayana. Kewujudan Angkor Wat dan Borubudur merupakan bukti keagungan kerajaan lantas
sebagai petanda kekuasaan seseorang pemerintah.

RUJUKAN
Buku

Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. (Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributions Sdn. Bhd., 2008), pp. 93.
17

Durmarcay, J., Candi Sewu dan Aristektur Bangunan Agama Buda di Jawa Tengah: and
Budhhist Architecture of Central Jawa. (Jakarta: Kepustakaan Populer Garmedia, 2007),
75.

Higham, C., Early Cultures of Maindland South east Asia. (Bangkok: River Books, 2002), 298350.
M. B., Alison, Angkor Wat. (USA: Twenty-First Century Books, 2009), pp. 1-23.
Mackenzie, J., Borobudur. (Australia: Transit Lounge Publishing, 2009), 1-35.
Wendoris, T., Mengenal Candi-Candi di Nusantara. (Yogyakarta: PT. Buku Kita, 2008), 20-29.

Buku Online
Asmaraman, S., dan Hoo, K. P.,Banjir Darah di Borobudur. Diakses pada 10 Disember 2014.
https://books.google.com.my/books?id=9a9tBAAAQBAJ&printsec=frontcover&dq=sejar
ah+borobudur&hl=en&sa=X&ei=7oKVPLMC9eIuASUsoKgBw&ved=0CEcQ6wEwBg#
v=onepage&q&f=false

Barnes, T., Arkeology. Diakses pada 8 Disember 2014. https://books.google.com.my/books?id
=kA8mHHQbes8C&pg=PT39&dq=kelebaran+angkor+wat&hl=en&sa=X&ei=WECKVI
X2OcODuwSly4GICg&ved=0CC4Q6AEwAA#v=onepage&q=angkor%20wat&f=false

18

Soekmono, R., Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia. Diakses pada 10 Disember 2014.
https://books.google.com.my/books?id=Ua_L2i3HgOIC&printsec=frontcover#v=onepage
&q&f=false

Sumber Web
http://www.borobudurindonesia.com/arsitektur.php

Sumber Kuliah
Nota kuliah Profesor Madya Dr Hanafi Hussin, Pengaruh Hindu Buddha: Pengaruh terhadap
Seni Bina di Asi Tenggara.

19