PENGARUH BIDANG PENGAJARAN DAN MAJOR PEN

Keningau Educational Research Journal, ISSN 1394-0198 JILID 1,

4

PENGARUH BIDANG PENGAJARAN DAN MAJOR PENGAJIAN TERHADAP
EFIKASI GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDAR DI SABAH
Misri Bin Hj Bohari
[email protected]
Pensyarah Akademik IPG Kampus Keningau
Hj Mohd Rusli bin Ismail
[email protected]
Ketua Perpustakaan IPG Kampus Keningau
Noorafeeda Binti Mohammed@Hj Asmawi
[email protected]
Guru Pendidikan Islam SMK.Gunsanad , Keningau
ABSTRAK
Kajian ini mengkaji pengaruh bidang pengajaran dan major pengajian terhadap efikasi
guru-guru sekolah menengah luar bandar di Sabah. Kajian melibatkan 816 orang
responden yang terdiri daripada guru-guru terlatih. Kajian ini berbentuk deskriptif
statistik dan menggunakan instrumen soal selidik Skala Efikasi Kendiri Guru (Teacher
Self Efficacy Scale-(TSES). TSES mempunyai dua belas item yang dibina oleh TschannenMoran dan Woolfolk-Hoy(2001). Terdapat tiga dimensi, iaitu penglibatan murid (bagi

mengukur kesungguhan guru dalam memberi dorongan kepada murid), strategi
pengajaran (kesungguhan guru dalam memberi kefahaman kepada murid) dan
pengurusan kelas (kesungguhan guru dalam mengawal kelas). Nilai pekali Alpha
Cronbach untuk kajian ini ialah alpha 0.96. Kajian dianalisis menggunakan SPSS
(Statistical Pakage for Social Science) Versi 18.0 untuk ujian hipotesis pada aras
signifikan p