KOMUNIKASI DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK siswa

1

FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PENULISAN AKADEMIK 1
(GGGB 6012)

TAJUK :

KOMUNIKASI DALAM
PEMBELAJARAN MATEMATIK
Untuk perhatian:

PM DR. ZAMRI MAHAMOD
Disediakan Oleh:

Nor Hasnida Che Md Ghazali ( P47443 )
nidacmg@yahoo.com

2


KOMUNIKASI DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK
Nor Hasnida Che Md Ghazali ( P47443 )

ABSTRAK : Kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan
komunikasi dalam pembelajaran matematik di kalangan pelajar sekolah. Definisi
komunikasi juga dijelaskan dalam kertas konsep ini diikuti dengan fungsi, jenis, kategori,
unsur serta kepentingan komunikasi. Seterusnya diikuti dengan penerangan tentang
komunikasi dalam matematik dan juga komunikasi melibatkan bahasa matematik.
Beberapa cadangan telah dibincangkan untuk meningkatkan komunikasi dalam
pembelajaran matematik seperti susunatur kelas dan penyusunan tempat duduk,
penglibatan aktiviti semasa belajar, mempelbagai strategi, kaedah dan teknik pengajaran
atau menggunakan surat penpal matematik. Adalah diharapkan kertas konsep ini dapat
dijadikan panduan kepada semua pihak terutama guru-guru novis yang ketandusan idea
untuk memastikan pembelajaran matematik menjadi lebih berkesan.
PENGENALAN
Matematik ialah satu alat untuk mengembangkan cara berfikir seseorang. Oleh kerana itulah
matematik sangat diperlukan baik untuk kehidupan sehari-hari mahupun menghadapi kemajuan
teknologi terkini sehingga matematik dilihat perlu diajarkan kepada semua golongan manusia
sejak dari kecil lagi (Hudoyo, 2005).


Pada pandangan pelajar secara umum, mata pelajaran matematik merupakan salah satu
mata pelajaran yang sangat susah difahami. Indikator yang kita dapat ialah bilamana pencapaian
matematik sangat kurang memuaskan. Hasil kajian antarabangsa yang dinamakan Trends in
International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007) yang dijalankan oleh Sekolah
Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat telah diikuti

3

oleh Malaysia. Menurut hasil kajian, skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam matematik
merosot dengan ketara. Skor matematik merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada
2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.
Kemerosotan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 40 mata bagi matematik adalah
besar, mengikut laporan itu dan terbesar sekali di kalangan 59 negara itu. Bagi kategori
Highbench Mark (skor 550), peratus dalam kategori ini merosot kepada 18 peratus pada 2007
daripada 30 peratus pada 2003. Dalam Intermediate Benchmark (skor 475) pula merosot
daripada 71 peratus dalam 2003 kepada 50 peratus bagi 2007. Penurunan Malaysia adalah paling
ketara berbanding negara lain.

Menurut Austin dan Howson (1979), perkembangan bahasa dan perbendaharaan kata
matematik merupakan faktor utama yang dapat memberi kesan terhadap mutu keseluruhan hasil

pembelajaran matematik. Perbendaharaan matematik boleh diperkembangkan melalui pelbagai
cara. Salah satunya ialah melalui komunikasi. Contohnya, guru haruslah menerangkan perkataan
teknikal yang terdapat dalam bidang algebra, geometri, set, penomboran dan istilah dalam
matematik. Ini adalah kerana ia sangat penting sebagai bahan rujukan pelajar.

Proses komunikasi diantara guru dengan pelajar juga merupakan salah satu aspek yang
penting dalam proses pembelajaran matematik. Komunikasi yang wujud ini memberi ruang
interaksi yang membolehkan proses penyampaian ilmu dilakukan dengan berkesan dan
pembelajaran dilakukan secara komprehensif (Zaleha, 2008). Oleh itu, konsep dan idea
matematik dapat disampaikan kepada pelajar dengan baik dan berkesan. Guru matematik
mestilah berupaya untuk berkomunikasi dengan pelajar dengan jelas dan tepat. National Council
of Teachers of Mathematics (NCTM, 2000) telah menyatakan didalam “Principles and
Standards for School Mathematics” bahawa melalui proses komunikasi, idea matematik dapat
dibina dan seterusnya dikongsikan bersama oleh komuniti yang terlibat dalam proses tersebut.
Ini adalah benar kerana apabila pelajar diminta mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah
matematik, mereka akan menyampaikan hasil pemikiran jawapan mereka didalam kelas secara

4

lisan atau bertulis. Melalui proses ini, mereka dapat belajar menyampaikan pemikiran dan idea

kepada guru dan rakan mereka melalui komunikasi.

Komunikasi juga dilihat boleh membantu pelajar dalam membina hubungkait antara
pengalaman tidak formal dengan bahasa matematik. Ia juga berupaya menolong pelajar membuat
hubungkait antara fizikal,grafik, gambar, perwakilan dan simbol dengan idea matematik. Pelajar
menggunakan bahasa matematik melalui aktiviti komunikasi. Aktiviti tersebut penting supaya
para guru memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan pelajar yang lain bagi
membina pengetahuan dan mempelajari daripada rakan tentang cara mereka berfikir dan
menjelaskan sesuatu masalah.

Komunikasi melalui percakapan, pendengaran dan penulisan merupakan suatu aktiviti
yang patut digalakkan sewaktu pembelajaran matematik. Apabila pelajar bekerja didalam suatu
kumpulan kecil, mereka dapat berbincang dan menyelesaikan masalah serta mengaitkan bahasa
matematik yang mereka faham dengan yang kurang mereka faham. Pelajar dapat mempelajari
antara satu sama lain dan membuat refleksi semasa mereka berkomunikasi. Dengan
menghadirkan diri bersama pelajar yang sedang berbincang, para guru dapat mengetahui tentang
pelajarnya dengan lebih baik dan seterusnya membantu guru dalam membuat keputusan tentang
perancangan pengajaran (Noraini 2005).

Secara umumnya, matematik dalam ruang lingkup komunikasi mencakup kemampuan

pelajar dalam menulis, membaca, berbincang, mengakses dan berwacana. Pressini dan Basset
(dalam NCTM, 1966) berpendapat bahawa tanpa komunikasi didalam matematik, guru akan
memiliki sedikit keterangan, data dan fakta tentang kefahaman pelajar dalam melakukan proses
dan aplikasi matematik. Ini bererti, komunikasi dalam matematik menolong guru memahami
kemampuan siswa dalam menginterpretasi dan mengekspresikan pemahamannya tentang konsep
dan proses matematik yang mereka pelajari.

5

Seterusnya, Lindquist (NCTM, 1996) berpendapat bahawa, “jika kita sepakat bahawa
matematik itu merupakan suatu bahasa dan bahasa tersebut sebagai bahasan terbaik dalam
komunitinya, maka mudah difahami bahawa komunikasi merupakan keperluan pengajaran dan
pembelajaran dan mengakses matematik itu sendiri”. Jadi, jelaslah bahawa komunikasi dalam
matematik merupakan keperluan asas yang mesti dimiliki oleh pengguna matematik selagi
mereka belajar, mengajar dan mengakses matematik.

Sebahagian besar pelajar sekolah atau pelajar universiti melihat bahawa mata pelajaran
matematik merupakan mata pelajaran yang susah dan menakutkan. Sebahagian ibubapa pula
merasa bangga jika anak mereka pandai dalam matematik sehingga memaksa mereka
menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen atau mengajarkan sendiri anak-anak mereka. Hal

ini menyebabkan sesetengah pelajar merasa tidak senang malah tertekan dengan senario ini.
Perasaan suka kepada matematik sepatutnya ditanam sejak kecil lagi iaitu pada masa pelajar
masih dialam kanak-kanak. Bahkan, untuk menanam konsep matematik dapat dilakukan sejak
anak itu baru lahir.

KOMUNIKASI DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Komunikasi, dengan perkataan bahasa Inggerisnya ‘communication’, berasal daripada perkataan
Latin ‘communis’ yang bermaksud, berkongsi sesuatu atau menjadi milik bersama. Ia adalah satu
proses perkongsian diantara pihak-pihak yang melakukan aktiviti komunikasi tersebut. Ada juga
yang mengatakan ia berasal dari perkataan Latin, ‘communis’ yang bererti sama. Bila kita
berkongsi, kita ingin mewujudkan kesamaan dengan orang lain. Kita cuba menimbulkan apa
yang ada dalam diri kita dan mencari kesamaan dengan diri orang lain yang terlibat dalam proses
komunikasi itu.
Menurut Lexicographer, seorang ahli kamus bahasa, komunikasi adalah suatu keupayaan
yang bertujuan memberi sesuatu untuk mencapai kebersamaan. Bila dua orang berkomunikasi
maka terjadinya pemahaman yang sama terhadap pesan yang saling dipertuturkan dan dapat
mencapai tujuan yang diinginkan oleh keduanya. Webster’s New Collegiate Dictionary edisi

6


tahun 1977 antara lain menjelaskan bahawa komunikasi adalah suatu proses pertukaran
informasi diantara individu melalui sistem lambang, tanda atau tingkahlaku.
Komunikasi juga boleh dikatakan satu proses dimana kita memindahkan makna dalam
usaha membina satu fahaman. Proses ini memerlukan pelbagai skil dalam proses intrapersonal
dan interpersonal, mendengar, memerhati, bercakap, bertanya, menganalisa dan menilai.
Penggunaan proses ini adalah menyeluruh dan merangkumi segenap ruang hidup iaitu di rumah,
sekolah, masyarakat, tempat kerja dan lain-lain. Dari komunikasilah lahirnya persefahaman dan
tolak ansur. Kalau dilihat komunikasi dalam konteks pendidikan (Mok Soon Sang, 2003), ia
adalah satu proses pertukaran maklumat diantara dua individu atau dengan sekumpulan orang. Ia
juga merupakan suatu interaksi sosial diantara guru dan murid semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Secara terperincinya, komunikasi boleh dilihat sebagai satu pertukaran dan aliran
maklumat dari seorang manusia kepada manusia lain. Ia membabitkan seorang penghantar
memindahkan idea kepada seorang penerima. Komunikasi yang efektif hanya berlaku bila si
penerima faham maklumat sebenar yang dihantar. Dalam proses penghantaran maklumat, dua
elemen yang terlibat iaitu kandungan dan konteks. Kandungan merangkumi perkataan sebenar
atau simbol dari maklumat yang dipanggil bahasa. Bahasa ialah perkataan yang ditulis atau
diucap dan disambung menjadi frasa. Kita semua mengguna dan mentakrif makna perkataan
secara berbeza diantara satu sama lain, sebab itulah maklumat yang pendek kadangkala

disalahtafsirkan. Dari segi konteks pula ialah cara bagaimana maklumat itu dihantar iaitu digelar
‘paralanguage’. Ia adalah elemen bukan lisan seperti intonasi suara, gerak mata, bahasa tubuh,
gerak tangan dan keadaan emosi seseorang seperti marah, yakin, takut dan lain-lain yang
boleh dikesan (Pearson J., 1983).
Menurut Asikin (2001), komunikasi matematik ialah suatu peristiwa saling berhubungan
atau dialog yang terjadi dalam suatu lingkungan kelas dimana terjadinya pemindahan pesan.
Pesan yang dialihkan mengandungi bahan matematik yang dipelajari didalam kelas. Pihak yang
terlibat dalam peristiwa komunikasi didalam lingkungan kelas ialah guru dan pelajar sedangkan
cara memindahkan pesan boleh berlaku secara bertulis ataupun lisan. Tambahan lagi, komunikasi

7

matematik juga boleh dilihat sebagai proses menyatakan dan mentafsirkan gagasan matematik
secara lisan, bertulis atau mendemonstrasikannya. Pelajar dikatakan mampu berkomunikasi
dalam matematik jika mampu menyatakan dan mentafsirkan gagasan matematik secara lisan,
bertulis atau demonstrasi (Mahmudah, 2006).
Pada dasarnya, ketika sebuah konsep matematik diberikan oleh seorang guru kepada
pelajar ataupun pelajar itu mendapatkannya sendiri melalui bacaan, maka pada waktu itu sedang
berlakunya transformasi mklumat matematik dari komunikator kepada komunikan. Respon yang
diberikan komunikan merupakan interpretasi komunikan tentang maklumat tadi. Dalam

matematik, kualiti interpretasi dan respon itu seringkali menjadi masalah utama. Hal ini
disebabkan oleh ciri matematik itu sendiri yang sarat dengan istilah dan simbol. Oleh sebab
itulah, kemampuan berkomunikasi dalam matematik menjadi tuntutan khusus.
Menurut Utari (2004), indikator yang menunjukkan kemampuan komunikasi matematik
ialah :
i)

Menghubungkan benda nyata, gambar dan rajah ke dalam idea matematik.

ii)

Memperjelaskan idea, situasi dan perhubungan matematik secara lisan atau tulisan
dengan benda nyata, gambar, grafik atau algebra

iii)

Menyatakan peristiwa sehari-hari dalam bahasa matematik

iv)


Mendengar, berbincang dan menulis tentang matematik

v)

Membaca dengan pemahaman suatu persembahan matematik bertulis.
Pembelajaran ialah keupayaan menciptakan iklim dan bantuan terhadap kemampuan,

potensi, minat, bakat dan keperluan pelajar yang pelbagai agar berlakunya interaksi optimum
diantara guru dengan pelajar serta diantara pelajar dengan pelajar (Suyitno, 2004). Matematik
merupakan mata pelajaran yang sangat asas sehinggakan hampir semua pelajaran mengandungi
bahan matematik. Beberapa sifat atau karakteristik pembelajaran matematik ialah seperti berikut:
i)

Pembelajaran matematik itu adalah bertahap

ii)

Pembelajaran matematik mengikut kaedah spiral

8


iii)

Pembelajaran matematik menekankan cara berfikir deduktif.

iv)

Pembelajaran matematik mengikuti kebenaran konsisten (Suherman, 2003).

Prinsip pembelajaran yang bersumberkan teori behavioris iaitu pembelajaran dapat
menimbulkan proses belajar dengan baik apabila pelajar berinteraksi secara aktif, bahan disusun
dalam bentuk unit-unit kecil dan diatur secara sistematik dan logik dan setiap respon pelajar
diberi respon disertai dengan pengukuhan (Sugandi, 2004). Tambahan lagi, dalam mengajar, guru
perlu memerhatikan prinsip aktiviti mental, prinsip menarik perhatian, prinsip penyesuaian
perkembangan pelajar, prinsip persepsi awal, prinsip mempamerkan atau menunjukcara dan
prinsip aktiviti motorik agar pelajar mudah dan berhasil dalam pembelajaran mereka.
Piaget mengemukakan tiga prinsip utama pembelajaran iaitu belajar secara aktif, belajar
melalui interaksi sosial dan belajar melalui pengalaman sendiri. Belajar secara aktif merupakan
proses pembelajaran yang aktif kerana pengetahuan terbentuk dari subjek yang dipelajari. Belajar
melalui interaksi sosial pula ialah proses pembelajaran dalam satu suasana yang membolehkan
terjadinya interaksi diantara subjek belajar manakala belajar melalui pengalaman sendiri
bermaksud proses pembelajaran yang dapat memberikan pengalaman sebenar kepada pelajar.
Perkembangan

model

pembelajaran

dilakukan

dengan

perkembangan

panduan

pembelajaran yang akhirnya diharap dapat diimplikasikan. Dengan tersusunnya pakej panduan
perlaksanaan pembelajaran matematik bercirikan penggunaan alat bantu mengajar diharapkan
guru mampu mencipta pembelajaran aktif yang kondusif sehingga akan memberikan kesempatan
kepada pelajar lebih banyak memperolehi pengalaman belajar secara langsung iaitu belajar
secara mencuba-cuba dan mengalaminya sendiri, memudahkan pelajar memahami matematik,
menyelaraskan gambaran atau persepsi pelajar tentang sesuatu konsep yang dipelajari dan
memberikan motivasi kepada pelajar untuk meminati matematik. Pembelajaran matematik
dengan penggunaan alat bantu mengajar dapat dilaksanakan dengan pelbagai pendekatan dan
teknik. Pembelajaran bukan hanya dilakukan dengan demonstrasi oleh guru tetapi juga oleh
pelajar itu sendiri. Dengan bimbingan guru, pelajar menemukan sendiri konsep atau prinsip bila
pelajar diberikan peluang bekerja dalam kumpulan atau kelompoknya. Dengan menyanyi atau
bermain, pelajar dapat menerapkan konsep atau prinsip matematik yang menjadikan pelajar tidak

9

lagi merasa bosan dengan matematik malah lebih meminati dan lebih bermotivasi (Hidayah,
2000).
Jadi, komunikasi dalam pembelajaran matematik ialah kecekapan pelajar dalam
memindahkan pesan yang berupa bahan matematik baik secara bertulis mahupun secara lisan
kepada pelajar atau guru.
MODEL KOMUNIKASI
i)

Model Lasswell

Model ini dipelopori oleh Harold Lasswell, seorang ahli sains politik pada tahun 1984 yang
menerangkan tingkahlaku komunikasi dengan mengutarakan beberapa soalan seperti siapa,
menyatakan apa, melalui saluran apa, kepada siapa, dan apakah kesannya. Model ini dikritik
kerana ia mengandaikan bahawa pihak penghantar maklumat mempunyai matlamat untuk
mempengaruhi penerima (Ramli, 1984).
ii)

Model Shannon & Weaver

Model ini pula telah dipelopori oleh Claude Shannon dan Warren Weaver pada tahun 1949.
Mereka telah dapat mengeluarkan model komunikasi ini semasa bertugas di Bell Telephone
Laboratory. Shannon ialah seorang ahli matematik. Menurut model ini, sumber maklumat akan
menghasilkan utusan yang perlu disampaikan kepada orang lain. Utusan tersebut boleh
berbentuk lisan, tulisan, gambar atau nota muzik. Utusan tersebut akan diubah oleh pemancar
kedalam bentuk isyarat yang sesuai untuk disampaikan kepada penerima. Penerima akan
mengubah semula isyarat tersebut kepada bentuk yang disampaikan oleh sumber. Setelah utusan
diubah semula, ia akan disampaikan kepada destinasi, iaitu individu yang mana utusan ditujukan.
Model ini juga memperkenalkan gangguan yakni isyarat yang disampaikan melalui saluran akan
terjejas dengan adanya gangguan. Ini akan menyebabkan isyarat yang dikirim berbeza dengan
isyarat yang diterima. Beliau mencadangkan supaya utusan yang disampaikan diulang beberapa
kali untuk mengatasi masalah ini.

10

iii)

Model Newcomb

Model seterusnya dipelopori oleh seorang ahli psikologi sosial bernama Theodore Newcomb
pada tahun 1953. Model ini menerangkan suasana yang membolehkan berlakunya proses
komunikasi diantara dua pihak. Sebagai contoh, sekiranya ada dua individu iaitu individu A dan
B. Proses komunikasi diantara dua individu ini akan dipengaruhi oleh faktor X. Komunikasi
diantara A dan B akan berlaku sekiranya terdapat pertelingkahan orientasi antara mereka berdua
terhadap faktor X. Semakin besar jurang pertelingkahan maka semakin keraplah proses
komunikasi berlaku diantara mereka. Dengan kata lain, bila terdapat persamaan orientasi maka
komunikasi sudah tidak perlu lagi. Jadi dapat kita simpulkan bahawa, tujuan manusia
berkomunikasi adalah untuk mengurangkan jurang pertelingkahan orientasi tersebut agar mereka
mempunyai orientasi yang sama terhadap faktor X atau apa sahaja factor yang wujud didunia ini.
iv)

Model Ball-Rokreach dan DeFluer

Model yang keempat ini telah dipelopori pada tahun 1976. Ia menganggap komunikasi sebagai
sebahagian daripada sistem sosial kerana kesan komunikasi amat bergantung kepada
persekitarannya lebih daripada individu itu sendiri. Pada dasarnya, model ini menunjukkan
hubungan diantara tiga pembolehubah utama iaitu sistem sosial, sistem media dan sistem
khalayak. Sehubungan dengan itu, interaksi diantara ketiga-tiga pembolehubah ini akan
mempengaruhi keberkesanan proses komunikasi pada tiga peringkat iaitu peringkat kognitif,
afektif dan tingkahlaku. Peringkat kognitif merangkumi proses pertambahan ilmu pengetahuan,
perubahan fikiran dan mendapatkan penjelasan. Peringkat afektif pula melibatkan perasaan
seseorang individu seperti perasaan takut, cemas, simpati dan lain-lain dan akhirnya peringkat
tingkahlaku melibatkan perbuatan yang disarankan oleh media seperti berkelakuan ganas,
mengubah cara bekerja atau cara berekonomi.
FUNGSI KOMUNIKASI

11

Mengapa manusia berkomunikasi? Sebagaimana yang kita tahu bahawa komunikasi adalah satu
teknik dalam mengguna perkataan secara efektif untuk menyampaikan maklumat. Penyampaian
maklumat ini mempunyai banyak maksud. Yang pertama dan paling utamanya ialah dengan
tujuan memberitahu. Dengan berkomunikasi, penyampai boleh memberitahu orang lain tentang
sesuatu perkara yang dirasakan oleh penyampai perlu diketahui oleh orang lain.
Tujuan keduanya adalah untuk mendidik. Dengan berkomunikasi, seseorang boleh
memberi maklumat untuk mempengaruhi sikap atau tingkahlaku orang lain. Bukan itu sahaja, ia
dapat menambah ilmu dan pengetahuan seseorang tentang sesuatu perkara. Ketiganya,
komunikasi bertujuan untuk memujuk seseorang supaya orang itu dapat mengubah sikap dan
tingkahlakunya. Ia berperanan untuk menembusi perasaan dan emosi orang lain. Keempat,
dengan berkomunikasi kita dapat menghiburkan orang lain seperti apa yang berlaku di
televisyen, radio, komik, kartun dan lain-lain.
JENIS KOMUNIKASI
Kalau dilihat komunikasi mengikut konteksnya yang berlainan, terdapat enam jenis komunikasi
(Melvin 2007). Yang pertamanya ialah komunikasi intrapersonal atau digelar komunikasi
intraperibadi. Ia adalah satu bentuk komunikasi yang berlaku dalam diri sendiri seperti berfikir,
menulis atau mengarang. Komunikasi intrapersonal yang positif adalah satu alat komunikasi
yang sangat hebat untuk kita meningkatkan maruah dan ketahanan diri. Komunikasi jenis ini
banyak digunakan oleh para atlet, pensyarah motivasi dan penjual barangan kerana mereka perlu
mempersiapkan diri mereka untuk sesi penting dalam bidang masing-masing. Malangnya, ramai
daripada

kita

yang

mempraktikkan

komunikasi

intrapersonal

yang

negatif

dengan

membandingkan diri kita dengan orang lain dengan mengatakan pada diri sendiri yang mereka
adalah lemah, bodoh, sangat gemuk, tak boleh dan sebagainya.
Jenis yang kedua adalah jenis komunikasi interpersonal atau komunikasi antaraperibadi.
Ia merupakan satu bentuk komunikasi seseorang dengan seseorang yang lain dalam suasana yang
tenang dan informal seperti mengajar, berdialog dan berseminar. Komunikasi kumpulan kecil

12

pula melibatkan komunikasi yang berlaku apabila sekumpulan orang berkumpul untuk
membincangkan sesuatu isu atau menyelesaikan masalah. Biasanya komunikasi jenis ini
memerlukan sedikit skil fasilitator untuk mengawal perjalanan maklumat semasa dalam
mesyuarat misalnya dan supaya objektif mesyuarat tercapai. Ini adalah untuk memastikan yang
masa tidak dibazirkan dalam membincangkan isu yang tidak berkenaan.
Komunikasi awam atau komunikasi kelompok besar pula adalah komunikasi yang
melibatkan audien yang besar seperti pidato atau ceramah. Ianya lebih formal dan sulit. Biasanya
satu pihak sahaja yang aktif dalam komunikasi jenis ini. Ia melibatkan proses penerangan, tujuan
menghibur atau dalam proses memujuk. Komunikasi antara budaya pula adalah komunikasi yang
terlibat antara banyak budaya. Seseorang itu sepatutnya lebih peka dengan komunikasi bukan
lisan seseorang dari budaya yang berbeza kerana ia boleh mempunyai maksud yang berbeza.
Komunikasi jenis ini akan lebih mudah jika setiap individu belajar dan cuba memahami budaya
lain (Melvin, 2007). Yang akhir sekali adalah komunikasi massa. Komunikasi massa adalah
komunikasi yang mengguna media massa samada media bercetak atau media elektronik.
Komunikasi jenis ini biasanya agak umum, cepat dan boleh berlaku serentak.
KATEGORI KOMUNIKASI
Secara amnya, kalau dilihat tujuan manusia berkomunikasi adalah untuk membentuk konsep diri.
Contohnya dalam mengenali siapa diri kita sebenarnya seperti soal agama, jantina dan lain-lain.
Maklumat-maklumat ini biasanya diperolehi daripada orang lain. Seterusnya, komunikasi juga
adalah untuk menunjukkan keberadaan diri atau untuk kelangsungan hidup kita dari segi
biologinya seperti dalam soal makan minum, segi psikologinya seperti berjaya atau bahagia dan
dari segi emosinya iaitu persoalan cinta atau kasih. Kalau komunikasi ini hendak dikategorikan
mengikut tujuan, terdapat empat tujuan utama manusia berkomunikasi.
Pertamanya, yang disebut komunikasi sosial. Komunikasi jenis ini biasanya dilakukan
untuk membuatkan diri mereka dan diri orang lain merasa terhibur, nyaman dan tenteram.
Keduanya ialah komunikasi jenis informasi iaitu komunikasi yang berbentuk memberi dan
menerima maklumat. Ia boleh menjadi sesuatu yang jelas dan mudah difahami tetapi kadang-

13

kadang ia boleh mengelirukan kedua-dua pihak yang terlibat dalam proses komunikasi tersebut.
Sebagai contoh, ‘next Sunday‘ ditakrifkan oleh orang Sweedish sebagai dua minggu berikutnya
tetapi ia dikira satu minggu berikutnya oleh masyarakat India. Contoh yang lain pula seperti
‘nice weather ‘ dianggap cuaca baik dengan matahari terik oleh masyarakat Europe tapi
sebaliknya oleh orang Afrika. Oleh sebab itulah bila kita berkomunikasi, kita hendaklah faham
dengan siapa kita berkomunikasi supaya apa yang nak kita sampaikan itu memang akan difahami
oleh mereka yang menerima maklumat tersebut.
Seterusnya ialah komunikasi instrumental atau memujuk. Ia bertujuan memberitahu,
mengajar, mendorong, mengubah sikap, menggerakkan tindakan atau menghibur. Akhir sekali
ialah komunikasi ekspresif. Ia boleh berlaku secara sendirian atau berkelompok dan tidak
otomatik untuk mempengaruhi orang lain. Biasanya ia melibatkan perasaan yang
dikomunikasikan secara bukan lisan seperti perasaan sayang, rindu, simpati, gembira, sedih,
takut atau benci. Perasaan atau emosi ini boleh juga disalurkan melalui bait-bait puisi, lagu,
tarian, lukisan dan drama.
Menurut Mok Soon Song (2003), komunikasi terdiri daripada daripada dua jenis iaitu
komunikasi secara lisan (verbal) dan bukan lisan (non verbal). Komunikasi secara lisan ialah
proses penyampaian maklumat atau idea secara lisan dari seorang individu kepada individu atau
sekumpulan individu lain. Proses ini menjadi efektif didalam bilik darjah jika suara guru jelas,
kuat dan lantang. Disamping itu, perkataan yang digunakan hendaklah ringkas dan mudah
difahami oleh para pelajar.
Manakala komunikasi secara bukan lisan pula melibatkan proses penyampaian mesej
melalui gerak isyarat seperti isyarat tangan, gerak kepala, ungkapan muka dan sebagainya.
Sebagai contohnya, mengangguk kepala menandakan setuju, menggeleng kepala menandakan
tak setuju, senyum menandakan peneguhan positif dan bermuka masam menggambarkan marah.
Kedua-dua jenis komunikasi ini memainkan peranan penting didalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
CIRI-CIRI KOMUNIKASI BERKESAN

14

Didalam komunikasi terdapat empat elemen yang penting iaitu melibatkan penghantar, mesej,
penerima dan gangguan. Untuk menjadikan komunikasi itu berkesan, mesej yang disampaikan
itu mestilah difahami dengan tepat dan jelas oleh penerima. Kedua, makna mesej mestilah
difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima. Ketiga, perubahan yang berlaku
akibat dari mesej adalah seperti perubahan yang dikehendaki oleh penghantar. Keempat,mesej
yang disampaikan mestilah sangat effektif kosnya.
UNSUR KOMUNIKASI
Di dalam komunikasi, terdapat unsur-unsur yang saling berhubungan erat agar proses
komunikasi tersebut dapat berjalan. Unsur - unsur tersebut adalah :

1.

Mestilah mempunyai sumber.
Komunikasi mestilah mempunyai seorang komunikator yang mempunyai sejumlah
keperluan, idea atau maklumat untuk diberikan. Di dalam pendidikan, komunikator
diibaratkan seorang guru, instruktur, pelatih atau tenaga pengajar.

2.

Mesti ada suatu maksud yang hendak dicapai.
Hal ini sangat penting kerana komunikasi bertujuan untuk mempengaruhi sikap dan
perilaku manusia secara individu ataupun kelompok di dalam suatu organisasi. Apabila
dalam komunikasi tidak ada maksud dan tujuannya, maka komunikasi tersebut sangat
sulit terjadi dan ia hanya menjadi suatu omong kosong belaka. Suatu maksud dalam
proses komunikasi menyebabkan komunikasi dapat berjalan lancar atau tidak lancar.
Komunikasi berjalan

lancar apabila diantara pelaku komunikasi terdapat kesaling

fahaman yang berlaku di antara keduanya merasakan kepuasan dari proses komunikasi
yang dilakukannya. Contoh dalam suatu kegiatan pembelajaran, seorang instruktur atau
guru merasa puas setelah memberikan bahan dan juga pelajar merasa puas dan faham
akan bahan yang telah disampaikan oleh gurunya. Hal ini boleh terjadi apabila antara

15

guru dengan pelajar terdapat saling pemahaman diantara maksud dari komunikasi
tersebut.
Komunikasi juga dapat tidak lancar atau dianggap gagal apabila diantara komunikator
dengan komunikan tidak terjadi kesamaan pemahaman dan tidak adanya saling
pengertian tentang maksud dari komunikasi itu. Contoh dalam proses pembelajaran
misalnya, instruktur atau guru telah memberikan bahan namun pelajarnya sama sekali
tidak mengerti dengan bahan yang disampaikan instruktur atau guru tersebut. Hal ini
boleh terjadi apabila maksud dari komunikasi tersebut tidak jelas.
3.

Mestilah mempunyai pesan atau maklumat
Pesan atau berita dalam suatu bentuk diperlukan untuk menyatakan fakta, perasaan atau
idea yang dimaksud untuk membangkitkan respon dipihak orang lain kepada siapa pesan
atau berita itu ditujukan. Tanpa pesan atau maklumat, maka maksud dari komunikasi
tidak akan tersampai karena tidak adanya bahan yang akan disampakan. Selain itu, Mc.
Leod (1997) juga mengemukakan bahwa suatu maklumat yang berkualiti harus memiliki
ciri-ciri sebagai berikut:


Tepat, bermaksud maklumat mencerminkan keadaan yang sebenarnya.



Tepat waktu, ertinya maklumat itu tersedia pada saat maklumat itu diperlukan



Relevan, ertinya maklumat yang diberikan harus sesuai dengan yang diperlukan



Lengkap, ertinya maklumat harus diberikan secara lengkap. Apabila tidak lengkap
maka kemungkinan akan terjadi kesalahpahaman.

4.

Harus ada media atau suatu saluran yang menghubungkan sumber berita dengan
penerima berita.
Apabila tidak ada media atau saluran ini, maka maklumat atau pesan yang dimiliki tidak
akan tersampaikan. Media yang baik adalah media yang dapat menyampaikan pesan dan
maksud dari komunikator kepada komunikan. Berhubungan dengan media, maka
komunikasi ini dibahagi kepada dua jenis iaitu komunikasi langsung dan komunikasi
tidak langsung. Dalam komunikasi langsung (direct communication), antara komunikator
dengan komunikan terjadi proses komunikasi secara tatap muka langsung. Sedangkan

16

dalam komunikasi tidak langsung (indirect communication), antara pelaku komunikasi
tidak terjadi tatap muka secara langsung melainkan dalam tempat yang berbeza.
Komunikasi ini menggunakan media – media yang cukup canggih seperti handphone,
internet dan lain-lain.

5.

Mesti ada komunikan atau penerima berita.
Apabila keempat unsur komunikasi diatas terpenuhi, namun unsur kelima ini tidak
dipenuhi, maka komunikasi sangat tidak akan mungkin berlaku. Apabila komunikasi
telah berlaku, maka ada umpan balik atau respon dipihak komunikan. Umpan balik
memungkinkan sumber berita untuk mengetahui apakah berita itu telah diterima dan
dinterprestasikan dengan betul atau tidak.

KEPENTINGAN KOMUNIKASI
Pelajar bukan hanya memerlukan ilmu tetapi juga skil komunikasi, skil penyelesaian masalah
dan skil pemikiran kreatif untuk menghdapi dunia yang akan datang yang lebih mencabar
(Effandi, 2006). Pembelajaran akan lebih efektif bila pelajar melibatkan diri secara aktif untuk
berkongsi idea atau maklumat dan bekerja bersama untuk menyiapkan sesuatu tugasan.
Komunikasi didalam pembelajaran koperatif misalnya dilihat dapat mencapai matlamat yang kita
inginkan. Dengan pembelajaran koperatif, adanya interaksi promotif yang dicapai dari proses
saling tolong-menolong diantara satu sama lain, bertukar-tukar bahan, proses mencabar
kesimpulan yang didapati oleh rakan mereka, membekalkan maklumbalas dan berusaha gigih
untuk mendapatkan keuntungan bersama. Dari kajian ini juga mendapati, kumpulan pelajar yang
menyertai pembelajaran koperatif telah menunjukkan pencapaian matematik dan skil
penyelesaian matematik yang lebih baik berbanding kumpulan pelajar dari pembelajaran
tradisional. Bahkan lebih daripada itu, pelajar dilihat telah dapat meningkatkan nilai berdikari,
kasih saying dan kebersihan diri. Malah keyakinan diri, kerajinan, skil-skil saintifik dan
pencapaian sains juga didapati meningkat bila melakukan pembelajaran koperatif (S.Rahaya,

17

1988). Sikap positif terhadap matematik juga dilihat meningkat hasil dari komunikasi yang
terbina diantara para pelajar (Zainun, 2001).
Komunikasi juga memainkan peranan besar dalam menghubungkaitkan diantara konsep
matematik dengan situasi harian (Rosalie, 1973). Sebagai contohnya, konsep peratus boleh
dikaitkan dengan diskaun pembelian atau konsep isipadu yang boleh dikaitkan dengan isipadu
tangki air. Tambahan lagi, komunikasi juga dapat menghubungkaitkan bahan konkrit dan
gambarajah dengan idea matematik seperti penggunaan graf dan carta pai didalam statistik.
Komunikasi adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Mok
Soon Song, 1998). Ia sebenarnya merupakan satu kaedah untuk memotivasikan pelajar supaya
mereka lebih minat untuk belajar. Ia juga dapat menggerakkan murid untuk berfikir seperti dalam
aktiviti soal jawab. Tambahan lagi, komunikasi juga akan mengeratkan perhubungan diantara
guru dengan murid. Dengan perhubungan yang terjalin menjadikan proses memindahkan ilmu
semakin mudah. Ia juga dilihat sebagai proses penyampaian ilmu dan ruang dimana guru dapat
melaksanakan rancangan mengajarnya mengikut objektif pelajaran yang ditentukan. Bukan itu
sahaja, komunikasi juga memberi peluang guru untuk menyampaikan pelajaran dengan berkesan,
memberi ruang untuk pertukaran maklumat atau idea, menjalankan aktiviti berkumpulan dengan
jayanya dan mendapat kemahiran terkini seperti dari komputer dan sebagainya.
KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH
Komunikasi dalam konteks pendidikan ialah interaksi sosial diantara manusia melalui aktiviti
pemindahan mesej secara lisan dan bukan lisan (Mok Soon Song, 2003). Di dalam bilik darjah,
semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran, berlaku komunikasi antara guru dan murid
manakala didalam aktiviti berkumpulan, berlaku komunikasi antara murid dengan murid.
Bahkan, menurut First Announcement (2007), membina komunikasi dalam bilik darjah adalah
sangat penting kerana ia sangat membantu dalam pembinaan kemampuan berfikir seseorang
pelajar. Bukan itu sahaja, matematik pula dilihat sebagai matapelajaran yang paling sesuai untuk
membina komunikasi kerana cara berkomunikasi dalam matematik dan pemikiran matematik

18

adalah sangat penting untuk pelajar menncapai kejayaan dalam hidup terutamanya didalam
hidupnya didunia pekerjaannya kelak.
Terdapat empat jenis interaksi di dalam bilik darjah (Mok Soon Sang, 2003). Pertama,
interaksi sehala daripada guru kepada murid. Interaksi jenis ini akan menjadikan pembelajaran
sangat pasif dengan corak interaksi tertumpu kepada guru semata-mata. Boleh dikatakan tiada
langsung berlaku interaksi diantara murid. Biasanya, strategi pengajaran yang digunakan dalam
interaksi jenis ini ialah pendekatan memusatkan guru, kaedah kelas, kaedah memberi arahan,
kaedah syarahan, kaedah bercerita atau kaedah demonstrasi.
Yang keduanya ialah interaksi dua hala diantara guru dan murid. Interaksi ini biasanya
dikatakan melibatkan pembelajaran aktif dimana perhubungan guru dan murid menjadi erat dan
penglibatan murid amat digalakkan. Strategi pengajaran yang biasa digunakan ialah kaedah
perbincangan, kaedah kelas, kaedah menyoal, kaedah Sokrates atau kaedah individu. Menurut
Karnowski (1995), soal jawab yang mencabar merupakan cara yang berkesan untuk merangsang
pemikiran dan perbincangan serta membolehkan murid terlibat dengan komunikasi dalam kelas.
Malah, hubungan yang baik diantara guru dengan murid juga memberi ruang kepada murid
untuk memperkenalkan idea dan mendapat maklumbalas tentang pendapat mereka disamping
boleh mendengar pendapat orang lain. Murid juga akan diberi peluang untuk memberitahu guru
apa yang mereka tahu dan tidak tahu.
Interaksi jenis yang ketiga ialah interaksi dua hala melibatkan murid dengan murid.
Interaksi ini melibatkan pembelajaran aktif dimana perhubungan diantara murid akan menjadi
semakin erat. Malah, interaksi diantara guru dan murid hanyalah sehala kerana guru sepatutnya
bertindak sebagai pembimbing yang memberikan sedikit arahan sahaja. Dari suasana ini juga,
guru sepatutnya memupuk semangat kerjasama yang erat diantara murid. Ini adalah faktor yang
sangat penting kerana kita sepatutnya sedar yang kita adalah masyarakat berbilang bangsa yang
agak sukar untuk disatukan kalau para pemikir pendidikan tidak memikirkan hal ini dari zaman
pelajar masih berusia kanak-kanak.

Menurut Mansor et. al. (1984), pengalaman dan

pembelajaran diantara dua orang pelajar pastinya berbeza dan semakin banyak perbezaan
diantara mereka menjadikan proses komunikasi semakin susah. Tetapi, proses pembelajaran

19

diantara mereka akan menjadi lebih efektif kerana pelajar lebih selesa belajar dengan rakan
sebaya mereka. Aktiviti berkumpulan terutamanya mestilah dititikberatkan supaya murid dapat
menggunakan pengalaman mereka untuk membantu rakan mereka dalam proses pembelajaran.
Jenis interaksi yang keempat atau yang terakhir ialah interaksi pelbagai hala diantara guru
dengan murid dan murid dengan murid. Interaksi inilah yang paling dapat mengoptimakan
peranan murid. Strategi pengajaran yang sama dengan yang lain boleh digunakan cuma dalam
proses interaksi itu berlaku, perhubungan diantara semua pihak samada guru mahupun murid
menjadi semakin erat. Seterusnya, apakah ciri-ciri komunikasi yang berkesan didalam bilik
darjah? Diantaranya ialah:
i)

Menguruskan aktiviti berkumpulan

ii)

Mengamalkan strategi berpusatkan murid

iii)

Mengguna kaedah mengajar seperti perbincangan, bercerita dan penerangan

iv)

Mengguna alat bantu mengajar yang menarik untuk menyampaikan mesej dan konsep.

v)

Mengguna teknik menyoal yang berkesan

vi)

Mengguna kemahiran bertutur seperti sebutan dan tatabahasa yang betul

vii)

Mengguna kemahiran bertulis
Kini, komputer juga semakin memainkan peranan dalam proses komunikasi di sekolah.

Tambahan lagi dewasa ini, sistem multimedia semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat.
Komputer dikatakan mula diperkenalkan di sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 80an dan
mula diguna secara meluas pada 2001. Ia dilihat bukan sahaja sebagai alat untuk mengajar tetapi
juga sebagai alat komunikasi diantara murid dan guru dan juga diantara pelajar dengan dunia
luar. Multimedia ialah gabungan teks, grafik, bunyi, video dan animasi yang menghasilkan
prestasi yang sangat menarik ramai pelajar. Ini adalah kerana multimedia mempunyai keupayaan
interaktif yang sangat tinggi (Halimah, 1998). Di dalam pendidikan, multimedia dapat
membuatkan komunikasi diantara guru dan pelajar menjadi lebih berkesan. Ini kerana, pelajar
yang terlibat dalam proses pembelajaran melalui pakej multimedia boleh mempelajari ilmu yang
ada didalamnya sesuai dngan minat, kesukaan, bakat, keperluan, pengetahuan dan emosinya.
Menurut Munir dan Halimah (1998), multimedia amat berkesan dalam menggalakkan kanak-

20

kanak belajar membaca. Dalam matapelajaran Sains, keberkesanan multimedia adalah lebih baik
dua kali ganda dari pembelajaran kaedah tradisional.
KOMUNIKASI DALAM MATEMATIK
Terdapat tiga jenis komunikasi yang berkaitan dengan matematik iaitu komunikasi berkenaan
matematik, komunikasi dalam matematik dan komunikasi dengan matematik (Brenner, 1994)
Komunikasi berkenaan matematik ialah proses dimana pelajar akan mengulas proses-proses
didalam penyelesaian masalah matematik dan pemikiran matematik mereka tentang apa sahaja
tajuk dalam matematik. Sebagai contoh, didalam suatu perbincangan didalam kelas, pelajar akan
menyatakan proses matematik berbanding didalam kelas tradisional dimana pelajar lebih
membuat kerja matematik bersendirian. Proses ‘menyatakan’ itu memberikan satu impak yng
sangat besar dalam memberi ruang kepada berlakunya komunikasi didalam kelas.
Komunikasi dalam matematik pula bermaksud penggunaan bahasa dan simbol dalam
matapelajaran matematik itu sendiri. Ini merujuk kepada cara tertentu dimana bahasa digunakan
apabila membincangkan matematik. Komunikasi dengan matematik pula merujuk kepada
penggunaan matematik yang membolehkan pelajar berhadapan dengan pelbagai masalah. Ia
boleh juga dikatakan sebagai penyelesaian alternatif yang mengguna matematik untuk
menginterpretasikan sesuatu perbahasan. Didalam perbincangan seterusnya akan lebih
menekankan kepada dua jenis komunikasi yang pertama tetapi tidak berminat dengan jenis yang
ketiga.
Terdapat beberapa mod komunikasi didalam kelas matematik iaitu membaca, menulis,
memberitahu atau menunjuk, mendengar, berbincang, membuat model, membuat persembahan,
melukis dan memerhati. Walaupun terdapat pelbagai mod, guru lebih suka mengguna mod
memberitahu atau menunjuk sahaja terutamanya didalam kelas tradisional. Kalau dilihat dalam
mod membaca yang melibatkan teks, pelajar sepatutnya digalakkan untuk membaca buku teks
bukan hanya untuk membuat kerja rumah yang diberi guru tetapi menggunakan ia sebagai
sumber untuk mendapat bahan dan idea. Pembacaan yan baik adalah apabila murid melakukan
penyiasatan dengan aktif tentang apa yang dibaca (Sutton, 1975). Menulis secara reflektif dan

21

komunikatif memainkan peranan yang sangat penting dalam pembelajaran matematik. Didalam
proses menulis, pelajar mestilah belajar untuk menulis bahan-bahan berkaitan matematik (Polla,
1980). Apa yang dilahirkan dari pemikiran mereka akan dapat dilihat oleh guru. Guru pula
sepatutnya menyediakan tugasan yang boleh mendorong dan merangsang pemikiran murid
supaya murid dapat menzahirkan pandangan mereka melalui penulisan (Sutton, 1975).
Seterusnya ialah berkenaan mod mendengar. Pelajar sepatutnya diajar cara bagaimana untuk
mendengar secara tepat dari komen-komen dan juga soalan-soalan kawan-kawan mereka.
Dengan mendengar secara jelas, pelajar sebenarnya akan dapat membina pengetahuan matematik
yang lebih kompleks atau strategi penyelesaian yang lebih efektif. Para guru juga sepatutnya
menunjukkan rasa hormat dengan pandangan orang lain. Ini akan menjadi contoh kepada pelajar
untuk mendengar dengan teliti apa-apa idea matematik yang diutarakan oleh rakan-rakan sekelas
mereka. Bila pelajar membuat persembahan, mereka akan menterjemah idea dan permasalahan
matematik ke satu bentuk yang berbeza menggunakan gambar, blok atau perkataan. Semasa
berbincang, pelajar secara tidak langsung akan dilatih dengan skil komunikasi. Jadi, dalam
hendak menilai kemampuan pelajar dalam komunikasi matematik, guru sepatutnya melihat
samada pelajar itu boleh atau tidak menyatakan idea matematik mereka dalam percakapan,
penulisan atau demonstrasi (Tran Vui, 2006).
Peranan Komunikasi Dalam Matematik.
Matematik boleh diajar sebagai satu bahasa yang mempunyai makna kepada pelajar dengan
berkomunikasi secara matematik dan menggunakan matematik secara induktif (Noraini 2005).
Apabila pelajar faham sesuatu konsep atau idea matematik akan menjadikan mereka lebih
menghargai keindahan dan kegunaan matematik dalam kehidupan seharian. Terdapat beberapa
peranan komunikasi dalam proses pembelajaran matematik iaitu :
i)

Menghubungkaitkan antara konsep matematik dengan situasi harian.
Pelajar mempelajari bahasa matematik melalui komunikasi iaitu dengan memberi
peluang kepada mereka berinteraksi antara satu sama lain. Melalui komunikasi, pelajar

22

berupaya membina pengetahuan matematik dan mengaitkan dengan situasi harian.
Sebagai contoh:
a) Konsep isipadu sesuatu kuboid boleh dikaitkan dengan mengira isipadu tangki air
b) Konsep peratus dan simbolnya % boleh dikaitkan dengan potongan harga di pasaraya.
ii)

Menghubungkaitkan bahan konkrit dan gambarajah dengan idea matematik.
Matematik merupakan satu bentuk bahasa yang unik yang mengandungi symbol dan
perwakilan seperti graf, gambar dan bahan konkrit. Setiap simbol dan perwakilan boleh
digunakan untuk mewakili idea matematik.

iii)

Membuat refleksi dan menjelaskan pemikiran mereka terhadap idea matematik.
Dalam matematik, proses pemahaman dan penyelesaian matematik berlaku melalui
aktiviti perbincangan dan komunikasi. Dengan aktiviti ini, pelajar berupaya membuat
refleksi dan boleh menjelaskan pemikiran mereka terhadap idea matematik. Penglibatan
aktif pelajar dalam berkomunikasi dan membuat refleksi dalam kerja kumpulan dapat
membantu pelajar memahami dan membina kefahaman tentang sesuatu konsep atau
kemahiran

matematik.

Contohnya

guru

boleh

meminta

sekumpulan

pelajar

menyelesaikan masalah tersebut bersama-sama sambil berbincang: Seutas tali dipotong
kepada 5 bahagian yang sama panjang. Jika setiap bahagian tali itu ialah 50.5 cm
panjang, berapaka panjang asal tali itu dalam meter? Bagaimanakan kamu mendapatkan
jawapan?
iv) Menyedari dan menggunakan kemahiran membaca, menulis, mendengar, mengamati,
mentafsir dan menilai idea matematik.
Penggunaan kemahiran tersebut merupakan aktiviti yang sangat penting dalam proses
pembelajaran matematik. Penggunaan aktiviti tersebut sebagai alat pembelajaran dalam
matematik telah diterima denagn baik oleh ramai pendidik matematik semenjak tahun

23

1980-an diseluruh dunia, contohnya di Amerika, Australia, Britain dan sebagainya
(Noraini, 2005). Melalui aktiviti tersebut, pelajar berupaya membina pengetahuan
matematik mereka sendiri serta membantu mereka memahami konsep matematik dengan
lebih baik. Ia juga merupakan satu cara bagi pelajar untuk menjelaskan pemikiran mereka
serta menggalakkan pelajar untuk mempelajari sesuatu konsep dengan lebih bermakna,
bukan hanya menghafal tanpa memahaminya. Aktiviti itu juga boleh menggalakkan
pelajar untuk memikirkan dengan lebih mendalam tentang kandungan matematik dan
melihat perhubungan antara setiap konsep. Beberapa contoh aktiviti yang boleh diberikan
kepada pelajar untuk diselesaikan adalah seperti berikut:

1. Tuliskan apakah yang kamu faham tentang perkataan algebra?
2. Terangkan bagaimanakah kamu akan menyelesaikan masalah berikut. Di mana yang
sesuai, ternagkan kenapakah kamu menggunakan langkah-langkah begitu untuk
menyelesaikan masalah 15x2 + 17x = 4 ?
3. Epal berharga lima kali lebih mahal daripada pisang. Jika harga 3 biji epal dan 6 biji
pisang ialah RM2.10, carikan harga sebiji epal. Gunakan perkataan kamu dan
terangkan langkah-langkah penyelesaian dengan terperinci. Semasa pelajar
menyelesaikan masalah, mereka perlu menerangkan dan menjawab soalan-soalan
berikut:
a) Terangkan setiap langkah yang digunakan dalam penyelesaian masalah
b) Bagaimanakah kamu mengimbas kembali penyelesaian yang telah kamu buat?
c) Bagaimana kamu berasa yakin tentang apa yang kamu buat?
d) Apakah konsep matematik yang telah kamu pelajari?
e) Bagaimanakah pengetahuan sekarang dapat dikaitkan dengan pengetahuan yang
telah kamu pelajari dahulu?
f) Apakah persoalan baru yang dapat kamu kemukakan hasil daripada aktiviti ini?
KURIKULUM TRADISIONAL DAN KURIKULUM BARU.

24

Dalam membincangkan komunikasi dalam matematik ini, pasti kita akan terfikir bagaimana
pembentukan semula kurikulum dapat membina komunikasi matematik pelajar? Di Vietnam,
kurikulum baru yang dibina cuba untuk mengurangkan latihan untuk skil asas dalam matematik
tetapi melebihkan aktiviti ‘hands-on’ supaya pelajar menguasai idea matematik dan membina
pemikiran matematik. Dibawah ada disertakan rajah yang menunjukkan perbezaan diantara
kurikulum tradisional dan kurikulum baru (Tran Vui 2006).
KURIKULUM TRADISIONAL
1.Mengingat formula dan fakta

KURIKULUM BARU
1.Memahami
konsep

matematik

dan

2.Latihan untuk skil asas dalam matematik.

pembinaan formula
2.Memfokuskan latihan

‘hands-on’

untuk

membantu pelajar menguasai idea matematik
3.Pelajar

bekerja

bersendirian

dan membina pemikiran matematik.
untuk 3.Pelajar berfikir, berbincang,

menulis,

menyiapkan kerja-kerja sekolah. Mereka tidak mendengar, membaca dan meneroka konsep
dibiasakan untuk ‘bercakap’ berkenaan konsep matematik.
matematik.
4.Pelajar membuat latihan sendirian.

4.Pelajar bekerja secara kooperatif didalam
kumpulan dalam pembinaan mental yang
sesuai berkenaan suatu konsep matematik.

5.Bila bertanya soalan kepada pelajar, guru 5.Guru sebagai fasilitator dan mengurus pelajar
lebih suka mencari satu jawapan yang betul untuk menerokai ilmu baru dan menyelesaikan
kepada

permasalahan

matematik

dan masalah bukan rutin dalam matematik.

menerangkan kepada pelajar mengapa jawapan
tersebut dikira betul.
Kurikulum baru pendidikan matematik ini diharap dapat membantu pelajar untuk
mencapai empat objektif iaitu ilmu, skil, pemikiran dan sikap terhadap matematik. Fokus yang
paling penting sepatutnya diberikan kepada pembinaan pemikiran matematik pelajar itu sendiri.
Pelajar sepatutnya dapat membina kemampuan untuk menilai, memerhati, memberi sebab yang
logik dan menganggar metod yang mana paling sesuai dengan masalah matematik tersebut.

25

Mereka juga mampu untuk menyatakan secara jelas dan tepat idea matematik mereka dan dapat
memahami idea matematik kawan mereka. Pemikiran mereka juga sepatutnya menjadi lebih
kreatif dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain. Oleh sebab itulah, dalam menilai
kemampuan pelajar dalam berkomunikasi dalam matematik sepatutnya melihat kepada bukti
yang mereka sememangnya dapat menyatakan idea matematik mereka secara percakapan,
penulisan, membuat demo dan lain-lain.
Daripada kurikulum yang baru dibina itu, terdapat lima komponen utama dalam proses
matematikal yang dapat menggalakkan komunikasi pelajar didalam kelas pada setiap tahap
pemikiran. Lima komponen tersebut ialah mengesahkan, menjangkakan, mengeneralisasikan,
menyatakan sebab dan membuktikan. Kadang-kadang kita boleh membahagikan cirri-ciri
komunikasi didalam kelas seperti berikut; iaitu setiap kategori bersama dengan ciri-cirinya akan
dapat membantu para guru mendefinisikan apa yang dapat dibuat semasa didalam kelas untuk
mempromosikan komunikasi para pelajar. Pertama, untuk kategori alat, ciri komunikasi
melibatkan bahasa, bahasa matematik, konsep, simbol, formula, bahan asal dan bahan-bahan
daripada computer. Kedua, untuk kategori cara, ciri-cirinya melibatkan graf, ganbar-gambar
model, percakapan, penulisan penyelesaian masalah, cara memberi penerangan, membuktikan,
berbincang dan refleksi. Ketiga, komunikasi juga adalah untuk bertanya, mendapat kefahaman,
menyelidik, menyelesaikan dan juga untuk memeriksa.
KOMUNIKASI DAN BAHASA MATEMATIK
Matematik sebagai satu bahasa.
Setiap idea matematik mempunyai tiga komponen utama iaitu komponen linguistik atau bahasa
matematik, komponen konsep dan komponen prosedur (Ibrahim 1994). Matematik ialah satu
bahasa yang melibatkan komunikasi konsep melalui simbol. Ia juga boleh dilihat sebagai satu
bahasa yang dibina dari bentuk-bentuk yang menyebabkan kemahiran asas dalam mempelajari
matematik iaitu keupayaan mengenal bentuk, menyatakan bentuk secara jelas dan mengaplikasi
bentuk untuk menyelesaikan masalah (Wheeler 1979). Konsep-konsep yang terkandung didalam
bahasa matematik ialah klasifikasi, kuantiti, saiz, susunan, perhubungan, ruang, jarak, masa dan

26

lain-lain. Bahasa matematik secara amnya terdiri daripada tiga bahagian yang utama iaitu
perbendaharaan kata matematik, sintaksis dan terjemahan dua hala (Ibrahim, 1994). Jadi,
sekiranya seseorang murid tidak dapat menyelesaikan