PERANG DINGIN PROSES DEKOLONISASI DI VIE

KURSUS AJ30503

:

SEJARAH ASIA TENGGARA : PERMODENAN &
PEMBANGUNAN

NAMA PENSYARAH
TAHUN

:
:

DR. MAUREEN DE SILVA

TAHUN 4 (SEMESTER 1) SESI 2015/ 2016

NAMA AHLI KUMPULAN:
BIL

NAMA PELAJAR


NO. MATRIK

1.

PATHNA RANI BINTI ZULKIFLI

YA 2012 - 2066

2.

FISABELLAH BINTI JOHN

YA 2012 - 2076

TUGASAN SOALAN NO. 4 :
Perang Dingin yang menular di Asia Tenggara telah memberikan impak
yang berbeza terhadap proses dekolonisasi di Vietnam dan Indonesia.
Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini. Bincangkan ?


1.0

ISI KANDUNGAN
1

BIL.

PERKARA

1.0

ISI KANDUNGAN

2.0

PENGENALAN

3-5

3.0


PROSES DIKOLONISASI DI VIETNAM

6-9

4.0

PROSES DIKOLONISASI DI INDONESIA

5.0

KESIMPULAN

14

6.0

BAHAN RUJUKAN

15


2.0

MUKA SURAT

2

10 - 13

PENGENALAN
2

Kekayaan sumber bahan mentah di Asia Tenggara serta revolusi perindustrian
yang berlaku sekitar abad ke 17 telah mendorong kuasa-kuasa barat untuk
menjalankan dasar imperialisme, penjajahan dan seterusnya menjalankan kolonisasi
keatas negara-negara di Asia Tenggara. Impak Perang Dunia Kedua dan kedatangan
Jepun

adalah


pendorong

utama

kebangkitan

semangat

nasioanlisme

yang

seterusnya membawa kepada proses “dekolonisasi”.
Menurut James Martin, dekonolonisasi merupakan proses dimana tanah tanah
jajahan Barat diseberang laut bebas dari negara penjajah proses yang berperingkatperingkat dan bukannya secara kekerasan untuk beberapa bahagian tanah jajahan.
Selain itu, dekolonisasi juga merupakan tindakan yang dilakukan oleh negara
penjajah untuk menamatkan kawalan luaran atau kawalan wilayah jajahan di
seberang

laut.


Tindakan

ini

merupakan

cara

untuk

mengembalikan

kuasa

pemerintahan politik penjajah kepada penduduk asal dan merupakan satu proses
ataupun perkembangan politik yang penting semasa abad ke 20. Oleh itu,
dekolonisasi merupakan satu proses yang berlaku selepas Perang Dunia Kedua iaitu
pada tahun 1945, satu proses pengalihan kuasa pemerintah dari semua aspek sama
ada politik, ekonomi dan sosial daripada negara yang menjajah kepada negara yang

dijajah. Penduduk peribumi akan menjalankan pentadbiran dan pemerintahan
negara mereka tanpa sebarang campur tangan daripada kuasa penjajah sebelum ini.
Proses ini berlaku disebabkan oleh kebangkitan semangat nasionalisme penduduk,
tekanan daripada negara-negara besar seperti Amerika Syarikat dan Rusia dan
ketidakupayaan negara penjajah untuk menjalankan pemerintahan di negara yang
dijajah.1
Perang Dingin berlaku sejak tamatnya Perang Dunia Kedua sehinggalah tahun
1989, apabila sistem komunis Sovien Union hancur. Perang Dingin yang berlaku
adalah disebabkan kerana ideologi dan fahaman politik yang berbeza. Hal ini
merujuk kepada persaingan kuasa yang berlaku antara blok kapitalis yang diketuai
oleh Amerika Syarikat dengan blok komunis yang diketuai oleh Soviet Union. Perang
ini juga dikenali sebagai Perang Dingin kerana tidak berlaku sebarang konflik
bersenjata secara langsung antara kedua-dua blok ini. Namun, kedua-dua blok ini
ingin membuktikan kekuatan masing-masing dan mereka berusaha menyebarkan
1 http://documents.tips/documents/soalan-2-558b0a76227f5.html (02/11/2015 : 1.15pm)

3

pengaruh dan memajukan kepentingan masing-masing di Eropah dan juga di Asia
melalui propaganda serta bantuan ekonomi dan ketenteraan. 2

Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1945, Asia Tenggara
telah mengalami proses dekolonisasi iaitu “proses pembebasan tanah air daripada
penjajah” atau lazimnya disebut sebagai “kemerdekaan”. Perang Dingin yang
berlaku semasa era dekolonisasi ini telah menjadikan Asia Tenggara sebagai medan
persaingan antara Blok Komunis yang diketuai oleh Soviet Union dan Blok Bukan
Komunis (kapitalis) yang di ketuai oleh Amerika Syarikat bagi meluaskan pengaruh
dan ideologi mereka. Persaingan antara kedua-dua blok ini boleh dilihat dalam
Perang Vietnam.3
Manakala di Indonesia, pendudukan Jepun bermula pada tahun 1942 dan
berakhir pada 17 Ogos 1945, iaitu selepas Belanda menguasai Indonesia. Semasa
Jepun menguasai Indonesia, Jepun telah membentuk beberapa organisasi antaranya
ialah PETA, HEIHO, PUTERA dan Jawa Hokakai (pengganti PUTERA). Pada awalnya,
kedatangan pasukan Jepun di Indonesia disambut baik oleh bangsa Indonesia,
namun kenyataannya, Jepun tidak jauh berbeza dengan Negara imperialis lain
seperti Jerman dan Itali. Sebagai Negara imperialis yang baru, Jepun sangat
memerlukan bahan mentah untuk memenuhi keperluan dan pasaran bagi barangbarang industrinya. Oleh sebab itu, koloni jajahan sangat penting untuk menjamin
kemajuan industri Jepun.
Kedatangan Jepun ke Indonesia jelas menunjukkan kekuasaannya menguasai
dan menjajah Negara tersebut. Pengakuan Jepun sebagai ‘saudara tua’ merupakan
semboyan yang penuh kepalsuan. Hal ini dapat dibuktikan melalui kenyataan yang

terjadi selama pendudukan tentera Jepun di Indonesia. Bahkan perlakuan pasukan
Jepun lebih kejam sehingga bangsa Indonesia mengalami kesengsaraan.
Di Vietnam, negaranya memiliki sejarah yang panjang dan keras sejak
sebelum Masihi hingga akhir Perang Vietnam tahun 1975. Vietnam adalah negara
timur di Semenanjung Indochina di Asia Tenggara. Vietnam berbatasan dengan
2 http://cikgushahir.tripod.com/sejarah/nsmbab9.pdf (09/11/2015 : 2.35pm)
3 http://studentsrepo.um.edu.my/420/8/BAB7.pdf (18/09/2015 : 12.20 tengahari)

4

Republik Rakyat Cina di sebelah utara, Laos di sebelah barat laut, Kamboja di
sebelah barat daya dan di sebelah timur terbentang Laut China Selatan. Vietnam
mencatatkan kenangan perjalanan sejarahnya didominasi selama 1000 tahun oleh
“Kerajaan Utara” untuk merujuk penguasaan Vietnam oleh Kekaisaran Cina dari
Dinasti Han di utara yang bermula dari sekitar 200an tahun sebelum Masehi hingga
tahun 939 Masehi.
Pada masa itu, Vietnam telah diduduki sebanyak tidak kurang dari empat kali,
dan sebanyak itu pula bangsa Vietnam berhasil mengalahkan serbuan penjajah dari
utara. Sejarah Vietnam dapat ditinjau kembali ke abad ke-3 SM. Majoriti catatan
bertulis mengenai sejarah Vietnam dapat ditemukan dalam catatan-catatan sejarah

Tiongkok. Setelah Vietnam bebas dari penjajahan Tiongkok, Vietnam berterusan
menentang serangan pihak asing.4
Kemerdekaan Vietnam berakhir pada pertengahan abad 19, ketika Vietnam
dikolonialisasikan oleh Kerajaan Perancis. Pemerintahan Perancis menanamkan
perubahan signifikan dalam bidang politik dan kebudayaan pada masyarakat
Vietnam. Sistem pendidikan modern Barat dikembangkan dan agama Kristian
diperkenalkan kepada masyarakat Vietnam. Perkembangan ekonomi perkebunan
untuk mempromosikan eksport tembakau, nila, teh dan kopi menyebabkan Perancis
mengabaikan permintaan rakyat Vietnam untuk mewujudkan pemerintahan sendiri
(self-government) dan mengenepikan hak-hak sivil rakyat Vitenam.
Dengan itu, muncul sebuah pergerakan politik nasionalis yang dipimpin oleh
Ho Chi Minh yang membuat permintaan untuk kemerdekaan kepada League of
Nations (Liga Bangsa-Bangsa) tetapi tidak dilayan. Perancis berterusan memelihara
dominasi terhadap koloni-koloninya hingga Perang Dunia II, ketika Perang Jepun di
Pasifik tersebar sehingga ke Indochina. Sumber mentah dari Vietnam dieksploitasi
untuk kepentingan kerajaan Jepun untuk di eksport ke Burma, Semenanjung Malayu
dan India. Pada tahun terakhir perang, pemberontakan nasionalis berpasukan
muncul di bawah Ho Chi Minh dan mereka melakukan kemerdekaan dan wujud satu
negara komunis di Asia.


4 http://pendidikan4sejarah.blogspot.my/2011/03/perang-kemerdekaan-vietnam.html (05/11/2015 :
10.20 am)

5

3.0

PROSES DIKOLONISASI DI VIETNAM
Vietnam merupakan salah satu negara di Semenanjung Indo-Cina yang

berada di wilayah Asia tenggara. Perang Vietnam yang berlangsung selama 20 tahun
(1955-1975) merupakan bentuk nyata dari pembentukan ideologi demokrasi dan
komunis semasa Perang Dingin. Hal ini yang menyebabkan proses dokolonisasi di
Vietnam memakan masa yang sangat panjang berbanding dengan negara lain di
Asia. Salah satu puncanya ialah kekuatan Parti Komunis yang berjaya mendapatkan
kuasa tertinggi pemerintahan Vietnam. Kesan perang tersebut menyebabkan
Vietnam terbahagi menjadi dua bahagian, iaitu Vietnam Utara yang berhaluan
komunis dan Vietnam Selatan yang berhaluan demokrasi. Perpecahan tersebut
bermula dengan pergaduhan antara The Vietnam Independence League (Viet Minh)
dan pasukan Perancis yang ingin kembali berkuasa di kawasan Indon-Cina,
khususnya Vietnam.
Gerakan kemerdekaan Vietnam yang merupakan manifestasi dari sikap anti
dominasi asing sebenarnya telah lama wujud semasa Vietnam dikuasai oleh kerajaan
Tiongkok. Kemudian sikap itu diruncing dengan politik kolonial Perancis yang kaku
dan tidak berperikemanusian kerana melaksanakan politik asimilasi tanpa memberi
peluang kepada rakyat Vietnam ke arah berkerajaan sendiri. Sikap kaku dan tidak
bertoleransi kolonial Perancis ini menguatkan lagi perasaan rakyat Vietnam untuk
memperjuangkan kemerdekaan. Di Vietnam perjuangan melawan Perancis secara
besar-besaran dipelopori oleh dua parti politik yang sukar untuk bersatu, iatu parti
nasionalisme dan parti komunisme.
Pada 3 Februari 1930, setelah kelompok-kelompok komunis disatukan oleh Ho
Chi Min, maka wujudlah parti komunis Vietnam yang membawa kemajuan besar
kepada perjalanan kemerdekaan negara Vietnam. Gerakan komunis ini berjaya
6

mengukuhkan posisi mereka ke dalam posisi penting dalam memimpin rakyat untuk
berjuang melawan penjajah. Pergerakan kemerdekaan Vietnam melibatkan parti
komunis dan melalui aktiviti komunis ini segala kegiatan dan jaringan-jaringan
gerakan komunisme seluruh dunia dirancangkan. Kubu komunis yang dibina oleh
Lenin pada tahun 1919, merupakan kubu yang sangat penting dan banyak memberi
bantuan kepada gerakan komunis untuk memperjuangkan kemerdekaan. Hal ini
sesuai dengan kebijaksanaan Lenin iaitu mewajibkan semua negara komunis ketika
itu untuk membantu gerakan kemerdekaan di Vietnam. Selain itu, Lenin turut
mengarahkan negara-negara komunis untuk melakukan revolusi di negara-negara
bukan komunis. Hal ini bertujuan untuk mewujudkan negara komunis yang kuat dan
besar.
Apabila Jepun kalah, pasukan nasionalis melawan pasukan kolonial Perancis
pada Perang Indochina Pertama yang dimulai pada tahun 1945 hingga 1954.
Perancis mengalami kekalahan besar dengan Dien Bien Phu dan dalam waktu yang
singkat itu Perancis berusaha untuk mengeluarkan tenteranya dari Vietnam. Perang
Vietnam merupakan salah satu perang terdahsyat yang diikuti oleh Amerika kerana
kehilangan 58 ribu bala tenteranya. Jumlah korban perang Vietnam secara
keseluruhan termasuk rakyat vietnam, tentara vietkong dan lain-lain mencapai lebih
daripada 1 juta orang. Sejarah perang ini telah bermula pada 2 September 1945 di
Hanoi, Ho Chi Minh secara umum mendeklarasikan kemerdekaan Vietnam.
Keputusan Perancis untuk memulihkan kekuasaan kolonial di Vietnam
menyebabkan keadaan di Vietnam menjadi semakin parah. Pada tahun 1946,
setelah Perancis membangunkan semula pemerintahan kolonial mereka di Vietnam,
para nasionalis Cina telah bersetuju mengembalikan pasukan Cina dari Vietnam. Hal
ini menyebabkan, Viet Minh menambah serangan mereka terhadap Perancis dan
menyerang

juga

di

bahagian

Selatan

dan

Utara

Vietnam.

Ketika

berjaya

mempertahankan kota dibawah kekuasaan Perancis, peraturan di pedalaman kian
bertambah kerana Viet Minh.
Pada 20 November 1953, kolonial Perancis telah menempatkan sebanyak
16,000 orang tenteranya di Bien Phu, iaitu sebuah lembah pegunungan di sepanjang
perbatasan Vietnam Utara dan Laos Utara. Hal ini bertujuan untuk mengawasi dan
mengawal daerah di perbatasan antara kedua-dua Negara antara Vietnam Utara dan
7

Laos Utara. Perkara ini dianggap penting kerana Viet Minh melakukan pergerakan
komunis yang dilengkapi dengan persenjataan di Laos, Pathet Lao. Tentera Perancis
percaya bahawa Lembah Dien Bien Phu yang memiliki panjang 19 kilometer dan
lebar 13 kilometer, akan selamat dari serangan Viet Minh. Namun pada mingguminggu dan bulan-bulan berikutnya, pasukan Vietnam dibawah pimpinan Jeneral
Giap, menyiapkan penyerangan ke Dien Bien Phu. Dengan bantuan lebih dari
200,000 orang kuli pengangkut barang, Viet Minh mengatur pengangkutan berat ke
gunung-gunung yang mengelilingi lembah Dien Bien Phu.
Pada tahun 1954, Viet Minh memulakan serangan terhadap pasukan Perancis
di Dien Bien Phu. Pada 7 Mei 1954, mereka berjaya menawan pusat komando
Perancis dan 9,500 anggota pasukan kolonial Perancis juga ditangkap. Ini merupakan
kekalahan paling buruk dalam sejarah pasukan kolonial Perancis kerana lebih 20,000
orang Viet Minh dan lebih dari 3,000 orang Perancis terbunuh dalam pertempuran di
Dien Bien Phu. Perang antara Viet Minh dengan Perancis yang berlangsung selama
sembilan tahun telah menyebabkan korban jiwa yang sangat besar iaitu, melebihi
dari satu juta, 200,000 hingga 300,000 orang Viet Minh dan lebih dari 95,000
anggota pasukan kolonial Perancis telah terkorban.
Setelah konflik senjata pecah di Haiphong pada akhir 1946, berlangsunglah
perang gerila selama 8 tahun antara Viet Minh yang dipimpin komunis di satu pihak
dan Perancis serta sekutunya nasionalis di pihak lain. Setelah Perancis kalah di Dien
Bien Phu pada Mei 1954, Perancis dan Inggeris, China, Uni Soviet, dan Amerika
Serikat, serta pemerintah Viet Minh dan Bao Dai bertemu di Geneva, Swiss, untuk
mengadakan perundingan damai.
Pada

29

Julai

1954,

Persetujuan

Penghentian

Permusuhan

telah

ditandatangani oleh Perancis dan Republik Demokratik Vietnam. Pada masa ini,
pemerintahan kolonial Perancis di Vietnam telah pun berakhir. Melalui Persetujuan
Genewa, iaitu kesepakatan dengan 6 bab dan 47 pasal, mengakui kemerdekaan
penuh Kamboja, Laos dan Vietnam. Pembahagian Vietnam menjadi dua (utara dan
selatan) dengan batas garis lintang 17° LU, Perancis dan Republik Vietnam Selatan
menarik pasukan yang ada di Utara dan Republik Demokrasi Vietnam harus pula
menarik

pasukan

dari

seluruh

Vietnam,

Republik

Demokrasi

Vietnam

yang

8

menguasai daerah Utara diakui secara de facto dan untuk penyatuan Vietnam akan
diadakan semula pada bulan Julai 1956.5
Kesepakatan yang dipersetujui di Geneva pada tahun 1954 telah berjaya
mewujudkan sebuah badan yang bernama International Control Committe, yang
dibentuk untuk melaksanakan proses Pilihan Raya secara demokrasi untuk
menyatukan kedua-dua Vietnam. Vietnam Selatan menolak proses tersebut dan
Amerika Syarikat menyokongnya, sedangkan Vietnam Utara lebih memilih untuk
bersatu melalui kekuatan ketenteraan melalui proses politik. Hal inilah yang
memulakan berlakunya Perang Vietnam yang berlangsung selama 20 tahun. 6
Pada tahun 1970, perang semakin teruk dan tersebar sehingga ke Laos dan
Kamboja. Pada tahun tersebut telah dicadangkan proses perdamaian namun proses
tersebut gagal. Perundingan perdamaian dicadangkan lagi pada 27 Januari 1975,
antara Vietnam Utara, Vietnam Selatan dan Amerika Serikat. Hasil dari rundingan
yang telah disepakati, telah menyebabkan berlaku gencatan senjata di seluruh
daerah perang di Vietnam. Kesepakatan perdamaian itu ditandatangani pada 31
Januari 1973 dan dikenali dengan nama The Paris Accords dan pada tahun yang
sama juga Amerika telah mengeluarkan tenteranya dari Vietnam.
Pada tahun 1975, keadaan aman di Vietnam tidak bertahan lama dan mereka
mulai melanggar kesepakatan aman yang dihasilkan dalam The Paris Accords. Hal ini
berlaku kerana Vietnam Utara dengan kekuatan komunis Selatan memulakan
serangan untuk menguasai negara Vietnam Selatan. Pada 21 April 1975, Presiden
Nguyen van Thieu mengundurkan diri dan terbang ke Taiwan. Beberapa minggu
kemudian, iaitu 30 April 1975, pasukan Vietnam Utara telah berjaya menduduki
Saigon dan berakhirnya perang yang telah berlangsung selama tiga puluh tahun.
Pada 2 Julai 1976, Saigon dikuasai sepenuhnya oleh Vietnam Utara dan
kereta-kereta kebal Vietnam Utara telah memasuki Kota Saigon sebagai tanda
kemenangan. Pemerintahan tentera dibentuk dan Vietnam diproklamasikan sebagai
Republik Sosialis Vietnam dengan ibu kota di Hanoi. Nama Saigon telah ditukar
menjadi Ho Chi Minh dan setelah bersatunya Vietnam Utara dan Selatan, pada 2 Julai
5http://agungsymbidroid.heck.in/sejarah-vietnam-dari-masa-kolonial-hingg.xhtml (10/11/2015 : 9.10
pagi)
6 https://www.scribd.com/doc/38617407/SOALAN-2 (10/11/2015 : 10.30 pagi)

9

1976,

Vietnam

telah

menjadi

negara

komunis

sehingga

kini.

Selain

itu,

pembangunan semula ekonomi telah dibentangkan oleh Kongres Parti Komunis
Vietnam

Kali

ke-6,

iaitu

pada

bulan

Disember

1986.

Program

Renovasi

(pembaharuan) Vietnam yang dikenal dengan “Doi Moi” dengan sasaran program
utamanya adalah dalam aspek ekonomi. Sejak mulai dicadangkan program-program
pembangunan Vietnam, Program Renovasi "Doi Moi",

telah dijadikan sebagai

program pembangunan Lima Tahun negara Vietnam.

4.0

PROSES DIKOLONISASI DI INDONESIA
Dalam

usaha

menimbulkan

semangat

nasionalisme

di

Indonesia,

pembentukan identiti kebangsaan telah dimulakan dengan penggunaan istilah
“Indonesia” untuk mengagungkan Negara mereka. Hal ini seterusnya telah
menyebabkan

Indonesia

dipandang

sebagai

identiti

kebangsaan,

lambang

perjuangan bangsa Indonesia dalam menentang penjajahan. Istilah “Indonesia”
mampu menyatukan bangsa dalam melakukan perjuangan dan pergerakan melawan
penjajahan sehingga semua bentuk perjuangan dilakukan semata-mata demi
kepentingan Indonesia dan bukannya atas nama daerah lagi. Istilah “Indonesia”
mula digunakan oleh J.R Logan untuk menyebut penduduk dan kepulauan nusantara
dalam penulisannya pada tahun 1850. Earl G. Windsor dalam tulisannya di media
milik JR Logan pada tahun 1850 menyebut penduduk nusantara dengan Indonesia,
10

begitu

juga

tokoh-tokoh

yang

mempopularkan

istilah

Indonesia

di

dunia

antarabangsa. Istilah Indonesia juga semakin popular digunakan semenjak Sumpah
Pemuda 28 Oktober 1928. Melalui Sumpah Pemuda, perkataan Indonesia telah
dijadikan sebagai identiti kebangsaan yang diiktiraf kebangsaan oleh setiap suku
bangsa, organisasi-organisasi pergerakan yang ada di Indonesia mahupun yang ada
diluar wilayah Indonesia. Perkataan “Indonesia” juga kembali dikukuhkan dalam
Proklamasi Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945. 7
Gerakan nasionalisme di Indonesia telah bermula pada awal abad ke -20 lagi
yang pada masa itu Indonesia dipimpin oleh golongan priyayi (kelas atasan) dan
santri (komuniti pinggir pantai dan peniaga).
Pada awalnya, “Perang Asia Timur Raya” dan Amerika berlaku disebabkan
Amerika telah menyatakan perang kepada Jepun akibat tindakan tentera Jepun yang
menyerbu Pusat Pertahanan Amerika Syarikat “Pearl Harbour” pada 8 Disember
1941. Tentera Jepun dengan Angkatan Laut dan Angkatan Udaranya semakin agresif
beraksi mendarat di wilayah Indochina Filifina, Malaya dan Indonesia. Pemerintah
Hindia Belanda juga turut sekutu menyatakan perang dengan Jepun. Jepun telah
mendarat ke Indonesia dengan tujuan melemahkan pasukan Belanda. Pendaratan
pertama tentera Jepun adalah di Tarakan dan kemudian meluas ke daerah Balik
Papan, Manado, Ambon, Makasar, Pontianak dan Palembang. Jepun juga turut
menguasai daerah Jawa dan pada 1 Mac 1942, Jepun telah mendarat di Banten,
Indramayu dan Rembang. Pada 05 Mac 1942, wilayah Jepun di Indonesia semakin
meluas dan semakin bermaharajalela ke wilayah Surakarta, Cikampek, Semarang
dan Surabaya. Belanda semakin terdesak dengan penyerangan Jepun dan akhirnya
Pemerintah Hindia Belanda menyatakan “menyerah tanpa syarat”.
Pada awalnya, masyarakat Indonesia menyambut baik kedatangan tentera
Jepun dan buktinya dapat dilihat dari kerjasama tokoh-tokoh nasional pada masa itu
seperti Ir Soekarna dan Moh Hatta. Jepun telah melakukan strategi untuk
memenangi hati rakyat Indonesia melalui pembentukan organisasi masyarakat yang
sebenarnya “ada udang disebalik batu” untuk kepentingan mereka semasa Perang
Dunia ke II. Antara organisasi yang ditubuhkan ialah Gerakan Tiga A, Pusat Tenaga
7 http://ilmusejarahkotak.blogspot.my/2013/04/nasionalisme-dan-dekolonisasi-di.html (03/11/2015 :
11.15 tengahari)

11

Rakyat (PUTERA), Jawa Hokakai, Seinendan, Keibodan, Fujinkai, Heiho, MIAI,
Pembentukan BPUPKI (badan Penyelidik Usaha-Usaha Persiapan Kemerdekaan RI)
yang ditubukan pada tahun 1943 di bawah pemerintahan Perdana Menteri Toko,
bertugas untuk mempelajari dan menyelidiki hal-hal yang penting dan perlu bagi
pembentukan pemerintah Indonesia. Dalam perkembangan seterusnya, BPUPKI
telah dibubarkan dan diganti nama oleh tokoh pejuang dari BPUPKI menjadi PPPKI
atau dikenal dengan Docoritsu Junbi Inkai, dengan penggantian nama ini didapati
bahawa organisasi PPPKI bukanlah dibentuk oleh Jepun tetapi dibuat melalui
kesepakatan dan perjuangan para pemimpin kemerdekaan Indonesia. Peristiwa
penting iaitu pertemuan Soekarno, Moh Hatta dan Rajiman Wedyodiningrat dengan
General Terauchi di Dalat menyatakan bahawa pemerintah Jepun telah memutuskan
akan memberikan kemerdekaan kepada Indonesia yang wilayahnya meliputi bekas
wilayah Hindia-Belanda.
Pasukan Jepun semakin lemah, kekalahan demi kekalahan diterima tentera
Jepun dan tentera Amerika semakin kuat, apatah lagi setelah membawa masuk
pasukannya daripada Eropah. Serangan Jepun dapat dihentikan oleh tentera
Amerika antaranya pada bulan Mei 1942 semasa pertempuran Laut Karang dan Jun
1942 semasa di Pertempuran Midway. Jepun juga semakin tidak berdaya kerana
tentera Amerika mengamuk sehingga pada 6 Ogos 1945, Amerika Syarikat telah
mejatuhkan bom atom pertama di Hiroshima. Amerika Syarikat juga belum puas
hati dan tiga hari kemudian iaitu 9 Ogos, bom atom kedua mendarat kembali di
bandar Nagasaki, dua pusat bandar pemerintahan Jepun menjadi hancur rata
dengan tanah.
Pada 14 Ogos 1945, Jepun akhirnya menyerah kalah tanpa syarat kepada
sekutunya dan peristiwa ini berlaku di Kapal Missouri pada 2 September 1945 oleh
Maharaja Hirohito (Jepun) dan General Douglas Mc Arthur (Bersekutu). Berita
kekalahan Jepun terhadap Bersekutu tidak boleh disembunyikan, dengan perjanjian
Post Dam Jepun menyerahkan kekuasaannya kepada Sekutu dan secara rasminya
Indonesia bebas tanpa kekuasaan daripada mana-mana kuasa. Peluang dan
kesempatan

ini

digunakan

sebaik-baiknya

oleh

bangsa

Indonesia

dengan

http://www.kompasiana.com/widihastuti.ratna/sejarah-singkat-kemerdekaan-indonesia_
7813 311b 67 f9de257 (07/10/2015 : 1.30pm)

551c12d

melaungkan “Kemerdekaan Indonesia”.8
8

12

Terdapat beberapa proses yang berlaku sebelum Indonesia merdeka, yang
pertama

ialah

Pembentukan

Badan

Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI).

Penyelidik

Usaha

Persiapan

General Kumakichi Harada, iaitu Panglima

Pemerintahan Jepun di Jawa telah mengumumkan pembentukan BPUPKI atau
Dokuritsu Jundi Coosokai pada 1 Mac 1945. Tujuan penubuhan badan ini adalah
untuk

menyiasat

perkara-perkara

penting

yang

berkaitan

dengan

persiapan

kemerdekaan Indonesia. Anggota BPUPKI ini terdiri daripada 63 orang dan
didalamnya terdapat perwakilan Cina, Arab dan Indonesia serta 7 orang wakil Jepun.
Pengurus BPUPKI terbentuk dengan pada 29 April 1945 dengan diketuai oleh Dr. KRT
Radjiman Wediodiningrat. Sidang BPUPKI mempunyai tujuan untuk merumuskan
Dasar Negara dan Undang-Undang Dasar Negara Indonesia.
Kedua, pembentukan PPKI. Pembentukan BPUPKI telah dibubarkan selepas
tercapai matlamatnya. Pada 7 Ogos 1945, General Terauchi telah meluluskan
penubuhan Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan Indonesia (PPKI) atau Dokuritzu
Zyumbi Inkai sebagai pengganti BPUPKI. Tugas utama PPKI adalah untuk menyiapkan
segala yang berkaitan dengan keperluan penggantian kekuasaan. Pada 9 Ogos 1945,
Pengarah Terauchi telah memanggil tiga orang tokoh nasional ke Saigon atau ke
Dalat, Vietnam untuk menerima maklumat tentang kemerdekaan Indonesia. Hal ini
bertujuan untuk mempercepatkan proses kemerdekaan Indonesia kerana, Negara ini
merupakan bekas wilayah jajahan Hindia Belanda. Ketiga-tiga tokoh yang dipanggil
oleh Jepun iaitu Ir Sukarno, Drs Mohammad Hatta dan Dr. Radjiman Widyodiningrat,
telah kembali ke tanah air. Pada masa itu, berlaku perubahan drastic terhadap
sistem politik di Indonesia. Tokoh-tokoh yang mengikuti perkembangan Perang Dunia
II berpendapat untuk segera mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia tanpa
menunggun keputusan Jepun. Pada masa ini juga telah berlaku perbezaan pendapat
antara golongan tua (tokoh PPKI) dan golongan muda yang diwakili oleh tokoh-tokoh
dalam beberapa kumpulan iaitu Kumpulan Asrama Menteng 31, Kumpulan Asrama
Indonesia Merdeka dan Kumpulan Asrama Mahasiswa Perubatan.
Golongan Muda mendesak agar Indonesia segera diberikan kemerdekaan,
tetapi Golongan Tua menginginkan proklamasi menunggu perkembangan keputusan
Jepun. Alasannya untuk mengelakkan pertumpahan darah kerana tentera Jepun
masih banyak di Indonesia. Golongan Tua ini tetap menginginkan proklamasi
13

dilakukan sesuai dengan mekanisme PPKI dan beranggapan bahawa kuasa Jepun di
Indonesia belum diambil alih. Walaubagaimanapun, Golongan Muda tetap teguh
menginginkan

proklamasi

kemerdekaan

dilaksanakan

secepat

mungkin.

Para

pemuda mendesak Sukarno dan Hatta agar segera mengisytiharkan kemerdekaan
Indonesia kerana pada masa itu Indonesia bebas daripada kuasa vacuum of power.
Akibat pertentengan pendapat antara Golongan Muda dan Golongan Tua, telah
mengakibatkan terjadinya “Peristiwa Rengasdengklok”.
Ketiga, “Peristiwa Rengasdengklok”. Akibat desakan Kumpulan Pemuda
Revolusioner yang mengkehendaki kemerdekaan Indonesia, merek telah membawa
Ir Sukarno dan Drs Moh Hatta ke Rengasdengklok dengan cara paksa. Peristiwa ini
berlaku kerana perbezaan pendapat antara Golongan Muda dan Golongan Tua dalam
mempercepatkan perisytiharaan kemerdekaan Indonesia. Amerika Syarikat telah
menjatuhkan bom atom pada 6 dan 9 Ogos 1945, di Bandar Hiroshima dan
Nagasaki. Kedua-dua bom atom tersebut telah mengakibatkan korban jiwa yang
sangat besar dan menghancurkan pelbagai kemudahan asas. Kerajaan Jepun benarbenar dalam kesulitan dan semakin lemah. Pada 14 Ogos 1945, Jepun telah
menyerah tanpa syarat kepada sekutunya.
Proses keempat ialah Penggubalan Teks Perisytiharaan Kemerdekaan
Indonesia. Ir Sukarno dan Drs Moh Hatta akhirnya meluluskan perisytiharaan
kemerdekaan

Indonesia

untuk

dilaungkan.

Teks

perisytiharaan

kemerdekaan

tersebut telah ditandatangani oleh Ir Sukarno dan Drs Moh Hatta bagi mewakili
semua bangsa di Indonesia. Ir Sukarno telah membacakan teks perisytiharaan
kemerdekaan tersebut dan teks tersebut juga telah ditaip semula oleh Sayuti Melik
dengan pindaan-pindaan yang diluluskan bersama. Perisytiharaan Kemerdekaan
pada 17 Ogos 1945 telah dilaungkan kerana jasa pahlawan Indonesia yang berjuang
melawan penjajah untuk memerdekakan Negara mereka, Indonesia. Proklamasi
adalah momentum awal yang penting bagi bangsa Indonesia kerana ia merupakan
langkah

awal

untuk

menyusun

kewujudannya oleh dunia.
5.0

diri

mereka

agar

bangsa

Indonesia

diakui

9

KESIMPULAN

9https://arifashkaf.wordpress.com/2014/10/07/sejarah-perjuangan-kemerdekaan-indonesia-proklamasidan-perumusan-pancasila-dasar-filsafat-negara-uud-1945/ (02/11/2015 : 3.54pm)

14

Perang Dunia Kedua telah menyebabkan Negara Jerman terbahagi kepada
dua iaitu Jerman Barat dan Jerman Timur. Tamatnya Perang Dunia Kedua menujukkan
keruntuhan sistem imperialisme Barat dan kemerdekaan satu demi satu tanah
jajahan daripada kuasa-kuasa besar Eropah. Amerika Syarikat telah memberikan
kemerdekaan kepada Filifina, Indonesia pula telah mencapai kemerdekaan daripada
Belanda dan Jepun, manakala India dan Tanah Melayu daripada Britain. Negaranegara baru ini perlu menangani masalah yang timbul daripada warisan ekonomi
penjajah dan membangunkan ekonomi masing-masing. 10
Dalam aspek sosial, peperangan ini telah mengakibatkan jumlah korban
nyawa yang tinggi dan menimbulkan kesedaran tentang pentingnya kesejahteraan
dan kedamaian dunia. Peristiwa-peristiwa ini telah membawa kepada pembentukan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada bulan Oktober 1945 bagi menggantikan
Liga Bangsa. Dekolonialisme di Vietnam dan Indonesia paling ketara tercetus selepas
pendudukan Jepun dan kedua-dua negara saling mempunyai perbezaan dari segi
dekolonialismenya. Peranan US di Vietnam dan Indonesia menjadi perbezaan utama
dalam usaha mencapai kemerdekaan.
Selain itu, peperangan yang berlaku hanya meninggalkan banyak kenangan
pahit dan tragik kepada rakyat yang masih hidup. Mereka hidup dengan memori
yang pedih apabila melihat anak, ibubapa, adik, saudara mara, isteri, suami mereka
terkorban di depan mata. Selain itu, walaupun pada akhirnya Vietnam mampu
mewujudkan negara sendiri tetapi tetap meninggalkan sejarah hitam semasa proses
kemerdekaan tersebut. Jumlah yang terkorban semasa perang Vietnam lebih banyak
rakyat terkorban berbanding tentera. Hal ini kerana Amerika syarikat banyak
menggunakan bom dan racun untuk melumpuhkan gerakan nasionalis Vietnam
ketika itu. Oleh itu, kesedaran kepada generasi muda adalah penting untuk
menghargai kebebasan dan kemerdekaan yang dinikmati yang merupakan hasil
daripada kesengsaraan generasi terdahulu. Sejarah adalah satu cerita pembelajaran
dan menjadi tunjang untuk membentuk seorang warganegara yang mempunyai
perasaan cinta akan negaranya. Hal ini juga penting untuk memastikan pengorbanan
generasi dahulu untuk memperolehi kemerdekaan yang tidak sia-sia.

10 http://cikgushahir.tripod.com/sejarah/nsmbab9.pdf (09/11/2015 : 2.35pm)

15

6.0

BAHAN RUJUKAN
1. http://documents.tips/documents/soalan-2-558b0a76227f5.html
2. http://cikgushahir.tripod.com/sejarah/nsmbab9.pdf
3. http://studentsrepo.um.edu.my/420/8/BAB7.pdf
4. http://pendidikan4sejarah.blogspot.my/2011/03/perang-kemerdekaanvietnam.html
5. http://agungsymbidroid.heck.in/sejarah-vietnam-dari-masa-kolonialhingg.xhtml
6. https://www.scribd.com/doc/38617407/SOALAN-2
7. http://ilmusejarahkotak.blogspot.my/2013/04/nasionalisme-dan-dekolonisasidi.html
8. http://www.kompasiana.com/widihastuti.ratna/sejarah-singkat-kemerdekaanindonesia_ 551c12d 7813 311b 67 f9de257
9. https://arifashkaf.wordpress.com/2014/10/07/sejarah-perjuangankemerdekaan-indonesia-proklamasi-dan-perumusan-pancasila-dasar-filsafatnegara-uud-1945/
10.http://cikgushahir.tripod.com/sejarah/nsmbab9.pdf

16

17