PERSEPSI MAHASISWA TERHADAP WANITA BERPO
PERSEPSI MAHASISWA TERHADAP WANITA BERPOLITIK: SATU ANALISIS DI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SULTAN AHMAD SHAH PAHANG (KUIPSAS) ZULKIFLI BIN MOHAMED
2015
ABSTRAK
Persepsi Mahasiswa terhadap penglibatan wanita di dalam politik mempunyai pelbagai tanggapan berbeza sama ada dari sudut pandangan ulama’ atau pun orang awam. Perjuangan keterlibatan wanita berpolitik di Malaysia terus berkembang sejak pelantikan wanita pertama sebagai ahli parlimen pada 1959. Dengan bermatlamatkan pencapaian
30 peratus wanita dalam kumpulan membuat keputusan namun ianya masih belum tercapai selama 56 tahun. Sehingga ke hari ini hanya 7 orang wanita sahaja menyertai kabinet Malaysia dan 10 peratus terlibat dalam dewan rakyat. Walau bagaimana pun peranan dan pengaruh wanita untuk menentukan kemenangan sesebuah parti politik amat meningkat kerana kesedaran berpolitik tersebut adalah berpunca kepada faktor tahap pendidikan yang semakin baik disamping mempunyai informasi yang amat meluas. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa 45 peratus mahasiswa KUIPSAS bersetuju golongan wanita berpolitik, manakala 39 peratus berkecuali dan 16 peratus tidak bersetuju. Justeru itu, pihak yang berkepentingan boleh menggunakan hasil dapatan ini untuk menggalakkan penyertaan wanita dalam politik negara kerana 38 peratus mahasiswa bersetuju dengan kenyataan bahawa manita mampu memberi kemenangan kepada parti.
Catatan sejarah menukilkan bahawa penglibatan wanita dalam politik bermula sejak zaman pemerintahan sistem beraja dan kebanyakkannya terdiri daripada keluarga diraja ataupun bangsawan. Penglibatan campur tangan wanita bermula apabila wujudnya sesuatu krisis atau konflik dan mereka kebiasaannya menjadi pendamai politik dalam konflik tersebut. (Ruzy Suliza Hashim, 1996). Di antaranya sejarah kerajaaan Islam Acheh iaitu Puteri Safiah, isteri Sultan Iskandar Thani dilantik menjadi pemerintah kerana Sultan tidak meninggalkan waris. Beliau memakai gelaran Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Syah (1645-1675), kemudian dua orang pemerintah selepasnya juga wanita iaitu Sultanah Nurul Alam Naqiatuddin Syah dan Sultanah Inayah Zakiatuddin Syah.
Dari sudut perspektif Islam, kewajipan berpolitik di dalam Islam mempunyai tujuan-tujuan yang tersendiri dan dikhususkan. Tujuan perlaksanaan sistem politik Islam adalah untuk membangunkan sebuah sistem pemerintahan dan kenegaraan yang tertegak di atas dasar untuk melaksanakan seluruh hukum syariah Islam. Oleh yang demikian penguasaan politik di dalam Islam menjadi keutamaan demi menegakkan negara Daulah Islamiyyah. Menurut Mohd Akil Muhamed Ali, Mazlan Ibrahim & Dwi Sukmanila Sayska (2014), antara ketetapan dalam syariat Islam adalah bahawa wanita mempunyai hak yang sama dengan lelaki dari segi kehidupan sosial sebagaimana mereka memiliki persamaan hak dalam perkara agama. Mereka ada hak dari sudut muamalat (ekonomi) politik dan sosial sebagaimana kaum lelaki.
Justeru itu, sebagai usaha untuk membetulkan persepsi masyarakat terhadap wanita yang mengambil bahagian dalam politik maka sudah tentulah kajian sebegini perlu dilaksanakan.
1.2 Definisi dan pengertian politik
Dalam membincangkan skop wanita berpolitik, tidak boleh tidak perlu difahami maksud atau definisi politik itu sendiri agar isu kajian yang dibentangkan dalam penyelidikan ini mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Menurut kamus dewan terbitan keempat (2005) mendefinisikan politik sebagai ilmu pengetahuan berkenaan dengan cara pemerintahan. Dalam bahasa Arab, politik disebut sebagai al-siasah yang bermaksud menguruskan sesuatu urusan dan memperbaikinya. Dari sudut Etimologis perkataan "politik" ini berkaitan dengan perkataan seperti "polisi" dan "kebijaksanaan" saling berhubungan erat dengan perilaku- perilakunya. Oleh kerana itu secara umumnya definisi politik adalah sebuah perilaku atau kegiatan-kegiatan yang dilakukan untuk mewujudkan kebijaksanan dalam urusan kenegaraan untuk membangun dan membentuk masyarakat di dalam sebuah negara.
Terdapat banyak versi pengertian politik yang telah dirumuskan oleh ahli-ahli bahasa dan diantaranya adalah :
i) Politik adalah seni dan ilmu untuk meraih kekuasaan secara konstitusional maupun nonkonstitusional.
ii) Politik adalah bermacam-macam kegiatan dari suatu sistem politik negara yang berkaitan dengan proses halatuju sistem pemerintahan (Mirriam Budiharjo) ii) Politik adalah bermacam-macam kegiatan dari suatu sistem politik negara yang berkaitan dengan proses halatuju sistem pemerintahan (Mirriam Budiharjo)
iv) Politik adalah pelembagaan daripada hubungan antara manusia yang dilembagakan dalam bermacam-macam badan politik baik.
v) Politik adalah usaha yang ditempuh warga negara untuk mewujudkan kebaikan bersama (Aristoteles).
vi) Politik adalah hal yang berkaitan dengan penyelenggaraan pemerintahan dan negara.
vii) Politik merupakan kegiatan yang diarahkan untuk mendapatkan dan mempertahankan kekuasaan di masyarakat.
viii) Politik adalah segala sesuatu tentang proses perumusan dan pelaksanaan kebijakan awam.
Berdasarkan kepada beberapa pengertian politik tersebut, maka secara umumnya dapatlah disimpulkan bahawa politik adalah cara atau kemahiran ilmu kenegaraan, ilmu siasah yang berkaitan dengan pelbagai prinsip dan disiplin tertentu. Politik juga adalah sebagai kemahiran yang tidak terhad semata-mata kepada pelaksanakan undang-undang yang bersifat teori dan tidak juga pada pelaksanaan kekuasaan atau kekuatan.
Justeru itu, peranan wanita yang mengambil bahagian dalam politik adalah sebagai pengimbang antara jantina selaras dengan populasi penduduk di Malaysia yang dianggarkan hampir 30 juta. Dan dalam waktu yang sama terdapat 6,578,916 orang wanita telah mendaftar sebagai pengundi yang sah. Golongan mereka mewakili 50.2 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi berdaftar. Oleh yang demikian Justeru itu, peranan wanita yang mengambil bahagian dalam politik adalah sebagai pengimbang antara jantina selaras dengan populasi penduduk di Malaysia yang dianggarkan hampir 30 juta. Dan dalam waktu yang sama terdapat 6,578,916 orang wanita telah mendaftar sebagai pengundi yang sah. Golongan mereka mewakili 50.2 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi berdaftar. Oleh yang demikian
1.2 Latar belakang kajian
Penglibatan Wanita dan politik adalah merupakan satu topik menarik untuk dikaji kerana ianya mempunyai kaitan dengan peningkatan taraf hidup dan pencapaian kemajuan serta kepentingan wanita dalam politik. Penguasaan golongan wanita dalam jawatan di sektor awam bukan lagi merupakan suatu fantasi malahan sudah menjadi realiti. Lantaran itu terdapat beberapa jawatan utama di sektor awam dan sektor swasta digalas oleh golongan wanita sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pengarah Urusan dan Pengurus Besar merupakan suatu perkembangan positif.
Namun begitu, fungsi wanita sebagai “role play” dalam berpolitik selalu disalahertikan. Mengimbau di zaman Nabi Muhammad SAW, golongan wanita dipaparkan sangat cekal, menjadi pendorong kepada suami untuk berjuang menegakkan syiar Islam. Perjuangan Rasulullah SAW akan menjadi lebih sukar tanpa nama-nama besar wanita, seperti Siti Aminah, Khadijah, Aishah, Halimatussa’diah, Ummu Salamah, Ummu Aiman dan banyak lagi. Peranan yang dimainkan oleh mereka sangatlah besar dan memberi kesan yang mendalam kepada Nabi Muhammad SAW.
Wanita masa kini perlu merujuk kepada wanita zaman Rasulullah SAW sebagai ikon bagi membentuk peribadi muslimah yang cemerlang kerana peranan wanita pada masa kini sangat mencabar dan cukup luas merangkumi aspek pendidikan, politik, undang-undang, ekonomi, pembangunan dan sebagainya. Di Malaysia, wanita yang Wanita masa kini perlu merujuk kepada wanita zaman Rasulullah SAW sebagai ikon bagi membentuk peribadi muslimah yang cemerlang kerana peranan wanita pada masa kini sangat mencabar dan cukup luas merangkumi aspek pendidikan, politik, undang-undang, ekonomi, pembangunan dan sebagainya. Di Malaysia, wanita yang
Justeru itu, kajian ini akan menjelaskan tanggapan mahasiswa terhadap kebarangkalian wanita berpolitik dianggap positif atau pun negatif.
1.3 Penyataan Masalah
Perjuangan golongan wanita di Malaysia untuk mencapai matlamat penglibatan
30 peratus dalam kumpulan membuat keputusan merupakan salah satu faktor utama yang mendorong wanita terlibat berpol itik (Siti Hasmah 1995). Penyertaan wanita profesional dan berkerjaya dalam politik telah mengubah persepsi masyarakat terhadap peranan dan sumbangan mereka terhadap politik negara termasuklah mahasiswa. Jawatan seperti doktor, ahli ekonomi, peguam dan aktivis sosial bukanlah penghalang kepada penglibatan wanita secara meluas dalam kenegaraan.
Namun begitu, dalam waktu yang sama juga wujudnya tanggapan segelintir masyarakat yang terpengaruh dengan budaya setempat menghadkan penglibatan wanita hanyalah dalam urusan rumah tangga sahaja. Sedangkan di dalam Islam golongan wanita diberi hak untuk berperanan di dalam masyarakat.
Menurut kajian Aiedah Abdul Khalek (2002) isu penglibatan wanita dalam politik merupakan satu isu yang mempunyai interpretasi yang berbeza di kalangan masyarakat termasuklah ulama dan juga cendekiawan Islam sendiri. Tambahan pula wujudnya Menurut kajian Aiedah Abdul Khalek (2002) isu penglibatan wanita dalam politik merupakan satu isu yang mempunyai interpretasi yang berbeza di kalangan masyarakat termasuklah ulama dan juga cendekiawan Islam sendiri. Tambahan pula wujudnya
1.4 Objektif Kajian
Kajian yang dilakukan ini adalah untuk mencapai beberapa objektif yang telah dikenalpasti bagi mengetahui tanggapan sebenar kumpulan sasar kajian iaitu mahasiswa KUIPSAS daripada aspek persepsi mereka terhadap golongan wanita yang berpolitik berdasarkan kepada objektif seperti berikut:
1.4.1 Mengetahui tanggapan mahasiswa terhadap kepentingan wanita berpolitik.
1.4.2 Mengetahui tanggapan mahasiswa berkenaan hukum wanita berpolitik dalam Islam.
1.4.3 Membetulkan tanggapan masyarakat berkenaan dengan isu penglibatan wanita berpolitik.
1.4.4 Membina kesedaraan mahasiswa tentang kepentingan memahami konsep keharusan sebenar wanita berpolitik dalam Islam.
Akhirnya, kajian ini akan merumuskan tanggapan sebenar mahasiswa berkenaan dengan persepsi mereka terhadap wanita yang berpolitik.
1.5 Hipotesis Kajian
Secara umumnya penyelidik mengandaikan bahawa berkemungkinan besar persepsi mahasiswa terhadap wanita berpolitik adalah negatif kerana segelintir mahasiswa terutamanya golongan lelaki mempunyai tanggapan bahawa wanita mendatangkan liabiliti apabila terlibat dalam politik disebabkan faktor norma dan nilai adat resam budaya masyarakat. Pengerakan mereka juga amat terbatas berbanding lelaki. Dengan adanya tanggapan sedemikian, kesedaran berpolitik di kalangan wanita kurang mendapat sambutan.
Selain daripada itu, penyelidik juga mengandaikan bahawa faktor status dan tahap pendidikan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tanggapan tersebut kerana bukti wanita yang berpendidikan mampu menguruskan negara telah pun ada seperti Indra Gandhi (Perdana Menteri India), Margaret Thatcher (Perdana Menteri Britain), Benazir Bhutto (Perdana Menteri Pakistan), Gloria Macapagal Arroyo (Presiden Filipina) dan selainnya.
Oleh yang demikian skala yang digunakan adalah skala likert kerana kajian ini bertujuan untuk mengukur sikap mahasiswa berdasarkan maklumbalas soal selidik terhadap 100 mahasiswa Kolej Universiti Islam Pahang (KUIPSAS).
Rajah 1 (Skala Likert)
1 2 3 4 5 Sangat tidak
Sangat setuju setuju
Tidak setuju
Neutral
Setuju
Hubungan antara pemboleh ubah iaitu Hipotesis Hºøº (Null hypothesis) dan Hº iaitu tiada perbezaan signifikan antara markah skor mahasiswa lelaki dan wanita terhadap tanggapan pentingan wanita berpolitik.
1.6 Persoalan Kajian
Bagi mengukuhkan hasil dapatan kajian ini, soalan kajian berbentuk kuantitatif telah dikenalpasti berdasarkan kepada tinjauan kajian lampau dan juga maklumbalas kajian rintis adalah seperti berikut:
1.6.1 Adakah anda setuju wanita berpolitik ?
1.6.2 Adakah wanita lebih berpengaruh daripada lelaki?
1.6.3 Adakah wanita mampu memberi kemenangan kepada Parti ?
1.6.4 Adakah anda yakin dengan kepimpinan wanita?
1.6.5 Adakah anda mengetahui hukum wanita berpolitik dalam Islam?
1.6.6 Adakah anda percaya semakin ramai wanita berpolitik ianya semakin baik kepada masyarakat?
1.6.7 Adakah pemimpin wanita lebih berkaliber?
1.6.8 Adakah wanita lebih tegas daripada lelaki apabila menjadi pemimpin?
1.7 Kepentingan kajian
Kepentingan kajian ini adalah bergantung kepada hasil dapatan penyelidikan. Sekiranya natijah kajian menunjukkan impak positif maka penglibatan mereka dalam politik perlu digalakkan khususnya bagi wanita yang mempunyai bakat kepimpinan daripada keluarga yang matang berpolitik.
Di samping itu, jika kajian ini mendapati persepsi wanita mampu memberi kemenangan melebihi 1/3 responden maka parti-parti politik perlu mencalonkan golongan wanita sebagai calon parti masing-masing demi kejayaan mereka.
Oleh yang demikian, dapatan kajian ini juga berguna kepada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia agar menaik taraf subjek berkaitan yang sedia ada atau pun menawarkan jurusan pengurusan politik berkesan sebagai usaha untuk melahirkan pemimpin yang berwibawa di masa hadapan.
1.8 Batasan kajian
Kajian ini adalah menjurus kepada persoalan tanggapan atau sikap mahasiswa terhadap wanita berpolitik. Pelajar Fakulti Pengajian Islam dan Pengurusan Kolej
Universiti Islam Pahang (KUIPSAS) Pahang dipilih kerana terdapat dua aliran mahasiswa iaitu mereka yang mengambil jurusan pendidikan Islam dan juga pengurusan.
Dari sudut praktikalnya, bilangan mahasiswa wanita dan lelaki di KUIPSAS tidak terlalu jauh nisbah perbezaan jantinanya iaitu di antara 45 hingga 55 peratus sahaja. Penglibatan mahasiswa KUIPSAS juga dilihat mampu membantu kajian ini mencapai objektif yang dikehendaki kerana salah satu persepsi yang dikaji adalah pengetahuan berkenaan hukum wanita berpolitik dari sudut Islam.
Selain daripada itu, dengan purata umur mahasiswa di antara 18 hingga 22 tahun, adalah merupakan umur yang layak bagi mereka untuk melibatkan diri dalam bidang politik. Responden juga dipilih secara rawak tanpa mengambilkira sama ada mereka bergiat dalam politik kampus ataupun tidak.
1.8 Methodologi kajian
Bagi menyempurnakan kajian ini, penulis telah memilih untuk melaksanakannya dalam bentuk gabungan kuantitatif dan kualitatif iaitu “mixed method” serta merangkumi aspek berikut:
1.8.1 Pengumpulan Data
Pengumpulan data yang berkaitan dengan pemahaman atau pun sikap seseorang terhadap sesuatu isu seperti tanggapan mahasiswa terhadap wanita berpolitik adalah sesuai menggunakan kaedah soal selidik. Sehubungan itu, penulis telah memilih 30 Pengumpulan data yang berkaitan dengan pemahaman atau pun sikap seseorang terhadap sesuatu isu seperti tanggapan mahasiswa terhadap wanita berpolitik adalah sesuai menggunakan kaedah soal selidik. Sehubungan itu, penulis telah memilih 30
1.8.2 Analisis data
Data-data yang diperolehi akan dianalisa dengan menggunakan beberapa metod induktif iaitu penyelidik akan membuat kesimpulan hasil dapatan daripada bukti-bukti maklumbalas responden. Penyelidik juga menggunakan metod komparatif iaitu perbandingan terhadap data-data yang diperoleh melalui kajian perpustakaan dan juga kajian lapangan bagi tujuan menilai sejauh mana kewajaran tanggapan mahasiswa terhadap golongan wanita yang berpolitik berdasarkan pemahaman dan latarbelakang pendidikan mereka.
1.8.3 Analisa melalui program Statistikal Package For The Social Sciences
Penyelidik akan menganalisis data responden dengan menggunakan perisian SPSS version 20.0 bagi tujuan melaporkan hasil dapatan kajian soal selidik yang dilakukan terhadap mahasiswa termasuklah data demografi dan soalan-soalan kajian persepsi terhadap wanita berpolitik.
1.9 Definisi istilah
Dalam setiap penyelidikan, kefahaman terhadap istilah merupakan suatu kepentingan sebagai usaha untuk menperjelaskan persoalan kajian agar tidak menyimpang daripada makna umum atau makna akademik. Dari sudut bahasa istilah adalah perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan (Kamus Dewan 2008-2016).
Dalam kajian ini terdapat lima istilah yang perlu diperjelaskan maksudnya secara spesifik iaitu istilah persepsi, mahasiswa, wanita, politik dan berpolitik
1.9.1 Pengertian persepsi
Menurut Kamus Persuratan Dewan Bahasa dan Pustaka (2008-2016), perkataan “persepsi” ini membawa maksud gambaran atau bayangan dalam hati dan fikiran seseorang tentang sesuatu. Ia juga bermaksud pandangan, tanggapan masyarakat terhadap sesuatu isu melalui pancaindera, kekuatan imaginasi, kepekaan kepada objek-objek yang diterima secara visual.
Dari sudut yang dalam bahasa arab, istilah persepsi ini membawa maksud “tasawwur” iaitu gambaran secara secara subjektif dan relatif. Selain itu, ada juga pendapat yang mengatakan perkataan ini berasal daripada bahasa Indonesia yang membawa maksud “reaksi” atau “komentar” seseorang terhadap apa yang dilihat, di dengar dan dibaca.
Kajian oleh Diajeng Triastari (2011), tanggapan itu terbentuk apabila manusia mempunyai kecenderungan untuk mengadakan penilaian atau membangunkan kesan tentang orang lain, situasi dan peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka. Penilaian akan terbentuk berdasarkan pemikiran terhadap sesuatu isu yang dikaitkan dengan apa yang didengar, dilihat atau dirasakan. Manusia akan mengandaikan segala apa yang berlaku dan hasilnya mereka akan dipengaruhi serta mempengaruhi orang lain. Tanggapan juga adalah penginderaan terhadap sesuatu kesan yang berlaku disekeliling dan ianya dipengaruhi oleh pengalaman, kebiasaan dan keperluan.
1.9.2 Istilah Mahasiswa
Pengertian mahasiswa secara harfiahnya adalah seseorang pelajar yang sedang menuntut dalam bidang pengajian tinggi secara spesifik di universiti, institut atau kolej. Perkataan “mahasiswa” bermaksud puncak pendidikan dan mereka juga adalah golongan pelajar yang mengambil jurusan tertentu secara khusus bagi mengembangkan bakatnya. Mahasiswa yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah golongan lelakiu dan perempuan yang berpendidikan dan mempunyai kemahiran tertentu serta berwibawa untuk menjadi pemimpin dalam masyarakat suatu masa nanti.
1.9.3 Istilah wanita
Kamus dewan edisi keempat menjelaskan bahawa wanita adalah salah satu daripada dua jantina bagi manusia. Wanita adalah perempuan yang secara umumnya adalah makhluk yang lemah lembut dan penuh dengan kasih sayang. Pengertian wanita secara etimologis menurut Zaitunah Subhan (2004) berasal dari kata “empu” yang bermaksud dihargai. Kata wanita juga dianggap daripada bahasa sanskerit dengan dasar kata “wan” yang bermaksud “nafsu”. Wanita yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah perempuan yang melibatkan diri atau mengambil bahagian dalam urusan politik.
1.9.4 Istilah politik
Menurut teori klasik Aristotles, perkataan politik adalah berasal daripada istilah Yunani iaitu “polis” yang bermaksud Bandar. Politik adalah seni dan ilmu untuk meraih kekuasaan secara konstitusional mahupun non-konstitusional. Di sudut lain politik juga bermaksud usaha yang dilalui oleh warga negara untuk mewujudkan kebaikan bersama.
Pengertian Politik jika dianalisa tentang kepentingan penggunaannya secara umum bermaksud kebijaksanaan. Politik juga merupakan satu tingkatan kelompok atau individu yang membicarakan berkenaan hal ehwal yang terjadi di dalam masyarakat atau negara. Menurut definisi Joice Mitchel yang mengatakan bahawa politik adalah pengambilan keputusan kolektif atau pembuatan kebijaksanaan umum masyarakat seluruhnya.
Manakala menurut definisi Prof. Meriam Budhiarjo, pengertian politik adalah pelbagai kegiatan yang berkaitan dengan penentuan dan pelaksanaan sesuatu tujuan. Sementara itu, Johan Kaspar Blunchli berpendapat politik adalah ilmu yang memerhatikan masalah kenegaraan dengan memperjuangkan pemahaman tentang negara dan keadaannya serta sifat-sifat dasarnya melalui perbagai bentuk atau manifestasi pembangunannya
Dari sudut ilmuan Islam seperti Ibnu Qayyim (691-751H), politik bermaksud cara untuk mencapai keadilan di dalam sesebuah masyarakat. Manakala Abdul Rahman Taj dalam kitabnya al-Siyasah al-Syar’iyyah wa al-Fiqh al-Islami mendefinisikan politik sebagai hukum-hukum yang mengatur perjalanan pentadbiran dan rakyat untuk mencapai objektif kemaslahatan masyarakat.
1.9.5 Istilah berpolitik
Istilah berpolitik adalah adjektif iaitu kata sifat yang menerangkan keadaan atau satu cara untuk mengkordinasikan tindakan seseorang untuk kebaikan bersama. Berpolitik yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah perbuatan mengambil bahagian dalam urusan politik. Ianya juga bermaksud interaksi wanita dalam segala urusan yang Istilah berpolitik adalah adjektif iaitu kata sifat yang menerangkan keadaan atau satu cara untuk mengkordinasikan tindakan seseorang untuk kebaikan bersama. Berpolitik yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah perbuatan mengambil bahagian dalam urusan politik. Ianya juga bermaksud interaksi wanita dalam segala urusan yang
1.10 Kesimpulannya
Kajian persepsi mahasiswa terhadap wanita berpolitik ini adalah sebagai satu usaha untuk memberi kefahaman kepada masyarakat khususnya kepada golongan wanita yang berpendidikan tinggi agar mengambil peluang untuk terlibat dalam urusan pentadbiran negara. Ini adalah kerana kesedaran umum terhadap hak berpolitik di Malaysia dikatakan tidak tinggi. Dalam waktu yang sama juga, penyelidik berharap agar pandangan serong masyarakat yang memperkecilkan peranan wanita dalam politik dapat diperbetulkan.
Merujuk kepada surah at-Taubah, ayat 71:
Maksudnya: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan salat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi Maha bijaksana .
Menurut Prof Dr Istibsyaroh S.H., M.Ag (2008) dalam perbahasan hak politik perempuan perseptif Islam melalui kajian tafsir mawdu’i, menjelaskan bahawa kaum wanita berhak berpolitik kerana tiada nas secara sarih (tegas) melarangnya. Sayyid Qutud, hak wanita dalam bidang politik merupakan hak syar’i, jika beberapa masa yang lalu mereka tidak menggunakan hak ini, bukan bererti perempuan tidak boleh atau tidak mampu tetapi kerana tiada keperluan yang mendesak untuk dipraktiskan.
Sejarah juga membuktikan bahawa Saidatina Aisyah r.a juga pernah menjadi pimpinan pasukan perang Jamal (36H) yang didalamnya terdapat ramai para sahabat Nabi SAW, namun tiada seorang pun yang keberatan di atas kepimpinannya. Selain itu, terdapat juga bukti lain yang menunjukkan wanita mampu memikul masalah besar seperti Siti Hajar, Ibu Nabi Ismail a.s, Kisah Maryam yang merupakan ibu kepada nabi Isa a.s, Ratu Balqis dan sebagainya.
Perbahasan secara kritis tentang larangan hak wanita berpolitik menurut Islam tidak ditemui. Sebaliknya al-Quran dan hadis banyak mengisyaratkan tentang kebolehan wanita aktif dalam bidang politik.
BAB 2 TINJAUAN SUSASTERA
2.1 Pengenalan
Kajian Dr. Shayuthy Abdul Manas (2008), Universiti Islam Antarabangsa dalam bukunya: “Apa Kata Islam Mengenai Wanita Berpolitik” telah mengupas persepsi tersebut daripada sudut kontemporari berdasarkan hujah al-Quran, sunnah dan teori-teori sarjana Islam yang diiktiraf. Beliau mendedahkan bagaimana wanita mengalami proses kebangkitan semula daripada golongan yang ditindas kepada golongan yang mampu mengubah politik dunia. Persepsi sesetengah golongan yang mahukan wanita hanya berkhidmat di rumah dengan alasan agama dan adat kini tidak relevan lagi.
Kajian Zaherawati Zakaria (2008), juga mendapati persoalan penglibatan wanita di Malaysia khususnya apabila mereka melibatkan diri di dalam bidang politik untuk bekerjasama membangunkan negara maka akan terdengar pelbagai pandangan tentang penglibatan mereka. Maka timbulah pelbagai persoalan seperti sejauh manakah Islam membenarkan wanita bergerak cergas dalam arena politik?, bolehkah seseorang wanita bertanding untuk menjadi wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen? adakah Islam merestui wanita dilantik menjadi Perdana Menteri sebagaimana yang berlaku di setengah-setengah negara Islam seperti Pakistan atau Bangladesh?
2.2 Wanita dan politik
Menurut daftar pemilih untuk suku ketiga tahun 2012, terdapat seramai 6,578,916 orang wanita telah mendaftar sebagai pengundi yang sah. Golongan mereka mewakili
50.2 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi berdaftar. Walau bagaimana pun kesimbangan wanita yang terdapat dalam daftar pemilih tersebut tidak menggambarkan jumlah perwakilan wanita yang dilantik di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Hanya 10.4 peratus Ahli Parlimen yang terdiri daripada wanita. Manakala di peringkat negeri, wakil wanita hanya 8.2 peratus sahaja.
Penyertaan wanita dalam politik penting kerana dengan penglibatan mereka perhatian terhadap isu-isu keganasan rumahtangga, serangan dan gangguan seksual akan mendapat pembelaan. Di samping itu, penyertaan wanita sebagai tenaga kerja tidak pernah melebihi 48 peratus sejak tahun 2000 sehingga 2011 dan implikasinya adalah wanita terhalang daripada mencapai potensi ekonomi mereka. Di kalangan wanita yang bekerja, hanya 3.6% berada di peringkat pengurusan.
Sehingga kini, wanita yang berpendidikan adalah 47.1 peratus daripada tenaga buruh di Malaysia. Maka sasaran untuk mencapai matlamat 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan mungkin menjadi realiti sekiranya kesedaran untuk berpolitik ditingkatkan oleh masyarakat.
2.3 Mahasiswa dan politik
Golongan Mahasiswa cukup sinonim dengan gambaran sekelompok pelajar yang berada di peringkat tertinggi dalam sistem pendidikan negara bahkan lebih dari itu. Mahasiswa amat signifikan dengan semangat, idealisme perjuangan, jiwa perwira dan seumpamanya.
Di peringkat universiti, struktur politik dibentuk melalui penubuhan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang dipilih secara demokrasi iaitu melalui pilihanraya kampus. Mereka mempunyai tugasan utama untuk melaksanakan hak-hak mengundi di kalangan mahasiswa tanpa mengira parti atau kumpulan mana yang menang. Sebagai mahasiswa, mereka perlu meletakkan keutamaan untuk memperjuangkan hak-hak mahasiswa dengan nilai keadilan, kesaksamaan dan amanah. MPP umpama sebuah kerajaan memerintah yang dipimpin oleh perwakilan yang memenuhi aspirasi mahasiswa berdasarkan nilai dan piawaian yang disepakati bersama. Tidaklah memadai sekiranya mahasiswa hanya memperjuangkan isu-isu dalaman kampus sahaja sehingga digelar jaguh kampung tetapi lebih dari itu sebagai alternatif latihan dan persiapan membangunkan masyarakat dan juga sebagai bakal pemimpin masa depan negara.
Penglibatan mahasiswa dalam kegiatan politik juga sering menjadi perhatian dan kritikan pelbagai pihak. Walau bagaimana pun penyertaan mereka secara aktif di dalam kegiatan politik bukanlah sesuatu yang menghairankan. Ini adalah kerana Pusat Pengajian Tinggi itu sendiri adalah alam politik yang terdiri daripada para pentadbir, pensyarah dan mahasiswa.
Mahasiswa di Pusat Pengajian Tinggi adalah merujuk kepada segolongan individu pelajar yang sedang mengikuti satu proses pendidikan yang tersusun dan terancang seperti di universiti, institut, kolej, akademi ataupun politeknik. Manakala istilah politik pula adalah menyentuh urusan yang berkaitan pemerintahan negara yang mencakupi aspek seperti kekuasaan, ekonomi dan sosial. Maksud politik ini juga boleh diperluaskan lagi iaitu meliputi pekara pekara seperti nilai kebangsaan, sifat patriotisme, pengetahuan kognitif (mengamati sesuatu) dan perasaan cinta terhadap negara yang ada pada diri seseorang itu.
Menurut Saifuddin Abdullah (2008), takrifan kegiatan politik pelajar yang diutarakan dalam bukunya telah menggariskan beberapa aktiviti pelajar yang boleh digolongkan dalam kegiatan-kegiatan pelajar yang bercorak politik antaranya:
a) Kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh pertubuhan pelajar seperti bermesyuarat dan membentangkan resolusi-resolusi bercorak politik untuk tatapan umum atau perhatian kerajaan.
b) Menerbitkan "newsletter" ataupun kenyataan-kenyataan akhbar untuk menzahirkan cita-cita politik mereka.
c) Demonstrasi atau tunjuk perasaan di mana para pelajar cuba menyampaikan pandangan dan falsafah perjuangan mereka.
Kajian Embi (2006), penglibatan mahasiswa di dalam kegiatan politik bukan sesuatu yang menghairankan kerana pusat pengajian tinggi itu sendiri adalah merupakan alam politik. Ini dapat dilihat dalam takrifan kegiatan politik pelajar oleh Muhammad Abu Bakar (1984) dalam bukunya “Mahasiswa Menggugat”.
Menurut pandangan Mohamad Izzuddin Hilmi Bin Mohd Zaini (2010), mahasiswa perlu menceburkan diri secara langsung dalam arena politik agar kemahiran kendiri terbentuk dalam diri mereka. Tambahannya lagi, ilmu politik bukan hanya tertulis di atas nota-nota atau perlu dijawab di dalam peperiksaan bahkan ianya lebih dari itu. Namun begitu, penglibatan pelajar dalam parti politik semasa berstatus mahasiswa di Pusat Pengajian Tinggi tidak dapat dilakukan oleh mereka pada masa kini disebabkan Menurut pandangan Mohamad Izzuddin Hilmi Bin Mohd Zaini (2010), mahasiswa perlu menceburkan diri secara langsung dalam arena politik agar kemahiran kendiri terbentuk dalam diri mereka. Tambahannya lagi, ilmu politik bukan hanya tertulis di atas nota-nota atau perlu dijawab di dalam peperiksaan bahkan ianya lebih dari itu. Namun begitu, penglibatan pelajar dalam parti politik semasa berstatus mahasiswa di Pusat Pengajian Tinggi tidak dapat dilakukan oleh mereka pada masa kini disebabkan
Kajian yang dilakukan oleh Junaidi Awang Besar et.all (2013), mendapati mahasiswa amat mudah dipengaruhi oleh maklumat-maklumat dari sumber lisan, bercetak mahupun sumber atas talian. Mereka memiliki pemikiran yang sangat kritis terhadap perkembangan isu semasa. Akan tetapi mereka merupakan kumpulan intelek yang masih menyokong pentadbiran universiti dan kerajaan dalam memajukan masyarakat dan Negara.
2.4 Kelebihan wanita dalam politik
2.4.1 Sebagai pendamai atau pemerintah yang disegani
Menurut Tun Sri Lanang yang merupakan keturunan Tun Mutahir, sejarah penglibatan wanita dalam bidang politik bermula di bawah sistem beraja terutamanya di kalangan bangsawan dan masyarakat tradisional. Dalam hikayat melayu terdapat cerita- cerita yang menunjukkan pengaruh wanita dalam politik istana sebagai pendamai atau sebagai pemerintah yang disegani oleh rakyat. Contohnya, sejarah kerajaan kegemilangan Aceh yang terkenal dengan gelaran serambi Mekah, terdapat beberapa pemimpin wanita yang dilantik menjadi pemimpin seperti Puteri Safiah yang merupakan isteri kepada Sultan Iskandar Thani yang memakai gelaran Sultanah Tajul Alam Safiatudin Syah pada tahun 1645-1675. Pelantikan tersebut adalah kerana Sultan tidak mempunyai waris lelaki. Selepas beliau terdapat dua orang wanita yang menjadi pemimpin iaitu Sultanah Nurul
Alam Naqiatuddin Syah dan Sultanah Inayah Zakiatuddin. (Institut Tadbiran Awam Negara, Wanita Melayu dan Politik Malaysia)
Kenyataan ini disokong pula oleh hikayat seri Kelantan yang menceritakan perihal Puteri Sa’dong dan Cik Siti Wan Kembang sebagai pemerintah Kelantan. Begitulah juga dengan kisah anak-anak pembesar melayu yang terkenal dengan gelaran Seri Kandi iaitu gelaran yang diberikan kepada golongan wanita yang mempunyai ciri- ciri kepimpinan yang setanding dengan lelaki atau lebih tinggi daripada mereka serta terlibat secara aktif dalam politik dengan kebijaksanaan dan keberanian menangani krisis- krisis di istana.
2.4.2 Taklif yang sama dengan lelaki
Menurut Prof Dr. Ali Jum’ah As-Syafie, Mufti Mesir (2003), memperoleh Phd (Doktor Falsafah) dengan kepujian tertinggi dalam Metodologi Usul al-Fiqh pada tahun 1988 mengatakan bahawa seluruh ulama Usul, tafsir, fekah dan hadis telah berijma’ di dalam ijtihad mereka bahawa tuntutan wahyu yang bersifat taklif (bebanan dan tanggungjawab) yang terdapat dalam Al-Quran menyamakan urusan hal ehwal wanita dan lelaki. Pendapat yang paling rajih (kuat) di kalangan mereka menegaskan bahawa tuntutan taklif yang ditujukan kepada lelaki pada masa yang sama ditujukan juga kepada wanita. Begitu juga dalam segala hukum, taklifan dalam Al-Quran selagi mana tiada perkara yang mengikat nas tersebut dengan perkara yang berkaitan dengan ciri-ciri kejadian lelaki atau wanita dan selagi mana tidak dijelaskan tuntutan wahyu tersebut khusus untuk lelaki bukannya wanita atau sebaliknya.
Sebagai contoh, satu hadis daripada Ummu Salamah yang diriwayatkan daripada Abdullah Bin Rafi’ r.a bahawa beliau telah berkata:
لﺎﺟﺮﻟا ﻲھو ﺮﺒﻨﻤﻟا ﻰﻠﻋ لﻮﻘﯾ ﻢﻠﺳو ﮫﯿﻠﻋ G ﻰﻠﺻ . سﺎﻨﻟا ﻦﻣ ﻲﻧأ ﺖﻟﺎﻘﻓ . ءﺎﺴﻨﻟا ﻮﻋﺪﯾ ﻢﻟو
Maksudnya: “Adalah Ummu Salamah berkata, bahawa beliau mendengar Nabi Muhammad s.a.w bersabda di atas minbar semasa beliau sedang menyikat rambut: “Wahai Manusia” Maka berkata Ummu Salamah kepada seorang hamba perempuan: “Jauhkan sedikit dirimu daripadaku” beliau berkata : “Sesungguhnya Nabi menyeru kaum lelaki bukannya wanita” Lalu berkata hamba tersebut:“ Sesungguhnya aku juga daripada kalangan manusia.” (Riwayat Muslim dalam sahihnya: 1795/4)
Islam tidak pernah membezakan di antara lelaki dan wanita dalam kewajipan- kewajipan dan tuntutan syariat sekaligus tidak pula membezakan hak antara kedua- duanya. Di antara hak-hak tersebut termasuklah hak untuk berpolitik yang diberikan kepada wanita. Ini selaras dengan hak untuk memilih pemerintah dan memberikan kepercayaan kepadanya seperti yang digambarkan dalam fiqh tradisional (turath) sebagai Bai’ah.
Allah S.W.T telah menyebut perihal baiah dengan lafaz yang umum yang merangkumi lelaki dan wanita dalam kebanyakkan tempat di dalam Al-Quran seperti firman-Nya dalam surah al-Fath ayat 10:
Maksudnya: “Bahwasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, maka barangsiapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar”
Allah S.W.T juga berfirman dalam Surah Al-Fath ayat 18:
Maksudnya: Wahai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia, bahwa mereka tidak akan mempersekutukan sesuatupun dengan Allah; tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka dan tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka dan mohonkanlah ampunan kepada Allah untuk mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Melalui dua ayat ini, Allah SWT telah menetapkan hak kepada wanita untuk melakukan baiah kepada pemerintah sebagaimana golongan lelaki tanpa membezakan antara kedua-duanya. Rasulullah SAW sendiri meminta nasihat daripada isteri baginda Ummu Salamah r.a dalam peristiwa perjanjian Hudaibiyyah sebagaimana yang riwayatkan oleh Umar al-Khattab iaitu ketika mana Rasulullah SAW selesai daripada urusan menulis perjanjian tersebut, maka Rasulullah SAW berkata kepada para sahabat baginda: “Bangunlah, sembelihlah dan bercukurlah!” Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali tetapi tidak seorang pun daripada sahabatnya mengikut arahan baginda. Kemudian baginda SAW menemui Ummu Salamah dengan menceritakan apa yang berlaku kepada sahabat baginda. Maka Ummu salamah berkata kepada baginda: “Wahai Nabi Allah, adakah kamu menyukai perkara itu? Keluarlah dan jangan kamu berbicara dengan seorang pun dikalangan mereka lalu sembelihlah untamu serta panggillah tukang cukurmu dan bercukurlah”. Lalu baginda SAW keluar tanpa berbicara dengan seorang pun dan menyembelih unta baginda dan memanggil tukang cukur baginda serta terus bercukur. Apabila para sahabat r.a melihat perbuatan baginda, maka mereka semua bangun dan menyembelih unta serta saling bercukur antara satu sama lain.” (Riwayat Imam Al-Bukhari dalam sahihnya: 978/2)
Pusat Fatwa Mesir telah mengeluarkan fatwa bernombor 852 pada tahun 1997 berkaitan keharusan wanita menjadi anggota wakil rakyat atau ahli parlimen yang dapat diringkaskan dengan bahawa: “Tiada halangan di sisi syara’ untuk wanita menjadi anggota majlis dewan rakyat atau parlimen sekiranya rakyat memberikan kepercayaan untuk dia menjadi wakil mereka dalam majlis tersebut. Hendaklah majlis tersebut dan Pusat Fatwa Mesir telah mengeluarkan fatwa bernombor 852 pada tahun 1997 berkaitan keharusan wanita menjadi anggota wakil rakyat atau ahli parlimen yang dapat diringkaskan dengan bahawa: “Tiada halangan di sisi syara’ untuk wanita menjadi anggota majlis dewan rakyat atau parlimen sekiranya rakyat memberikan kepercayaan untuk dia menjadi wakil mereka dalam majlis tersebut. Hendaklah majlis tersebut dan
Oleh yang demikian jelaslah bahawa, Islam tidak menghalang wanita daripada menceburi politik. Maka dalam suasana politik di Malayia masa kni, sudah tentulah kajian ini akan bermanfaat terhadap semua pihak yang terlibat.
2.5 Tinjauan Kajian literatur
Perbincangan isu penglibatan wanita dalam politik bermula apabila k emunculan tokoh- tokoh politik wanita sama ada dalam parti kerajaan atau parti pembangkang. Golongan wanita muda berminat dengan politik kerana persepsi masyarakat terhadap peranan dan sumbangan mereka telah berubah (Zahir Zainuddin, 2008). Pada tahun 2011, terdapat satu terbitan kertas kerja tentang tahap penyertaan wanita dalam politik (Azmi Anuar, 2013). Ini adalah rentetan daripada pilihan raya tahun 2008 yang merekodkan bahawa terdapat 43 orang wanita bertanding untuk merebut 222 kerusi Parlimen dan 23 orang wanita iaitu 53.4 peratus telah memenanginya. Oleh yang demikian beberapa kajian telah dibuat bagi menilai penglibatan wanita dalam politik.
Namun begitu, kajian terdahulu berkenaan dengan persepsi mahasiswa terhadap wanita berpolitik belum pernah disentuh oleh mana-mana penyelidik. Antara isu-isu kajian literatur yang telah dikaji adalah Penglibatan wanita dalam politik menurut Islam (Aiedah Abdul Khalek, 2002), Kepimpinan wanita dalam politik; satu perbincangan tentang pandangan ulama ( Nur Azyan Baharizam, 2015), Perempuan dan politik, wanita Namun begitu, kajian terdahulu berkenaan dengan persepsi mahasiswa terhadap wanita berpolitik belum pernah disentuh oleh mana-mana penyelidik. Antara isu-isu kajian literatur yang telah dikaji adalah Penglibatan wanita dalam politik menurut Islam (Aiedah Abdul Khalek, 2002), Kepimpinan wanita dalam politik; satu perbincangan tentang pandangan ulama ( Nur Azyan Baharizam, 2015), Perempuan dan politik, wanita
Melayu-Melanau di Sarawak (Ahmad Nizar Yaakob, 2006), Kepimpinan wanita dalam politik dan impak ke atas halatuju polisi awam Malaysia: kajian kes pilihanraya umum (PRU) ke 12 ( Noorun Nashirah Ramli, 2008) dan Pemerkasaan wanita dalam politik Malaysia ( Rashila Ramli, 2008).
Justeru, berdasarkan kepada tinjauan terhadap semua kajian tersebut, salah satu keperluan kajian persepsi mahasiswa terhadap wanita berpolitik adalah kerana golongan wanita adalah merupakan majoriti penuntut di institusi pengajian tinggi sekaligus berkemungkinan besar terlibat aktif dalam kepimpinan masyarakat sebagai agen perubahan (Sity Daud, 2015).
Disamping itu, daya ketahanan wanita menjadi pencetus kepada perkembangan dinamik ketokohan mereka dalam pelbagai bidang merupakan faktor penting yang mempengaruhi keterlibatan berpolitik di Malaysia. Dalam waktu sama, terdapat juga bukti-bukti kemampuan wanita menguruskan negara seperti Indra Gandhi, Perdana Menteri India pada tahun 1966-1977 (11 tahun, 90 hari) Margaret Thatcher, Perdana Menteri Britain pada tahun 1979- 1990 (11 tahun, 208 hari), Benazir Bhutto, Perdana Menteri Pakistan pada tahun 1993-1996, Gloria Macapagal Arroyo, Presiden Filipina pada tahun 2001–2010 (9 tahun,161 hari), Megawati Sukarnoputri, Presiden Indonesia Disamping itu, daya ketahanan wanita menjadi pencetus kepada perkembangan dinamik ketokohan mereka dalam pelbagai bidang merupakan faktor penting yang mempengaruhi keterlibatan berpolitik di Malaysia. Dalam waktu sama, terdapat juga bukti-bukti kemampuan wanita menguruskan negara seperti Indra Gandhi, Perdana Menteri India pada tahun 1966-1977 (11 tahun, 90 hari) Margaret Thatcher, Perdana Menteri Britain pada tahun 1979- 1990 (11 tahun, 208 hari), Benazir Bhutto, Perdana Menteri Pakistan pada tahun 1993-1996, Gloria Macapagal Arroyo, Presiden Filipina pada tahun 2001–2010 (9 tahun,161 hari), Megawati Sukarnoputri, Presiden Indonesia
Kesimpulannya, kajian persepsi ini sedikit sebanyak mampu memberi gambaran terhadap potensi dan masa depan golongan wanita dalam bidang politik di Malaysia kerana 10 peratus ahli parlimen Malaysia adalah golongan wanita (Azmi Anuar, 2013).
2.5.1 Kriteria kejayaan kajian
Faktor terpenting kejayaan kajian persepsi ini adalah hasil dapatannya akan mempengaruhi masyarakat dan negara tentang penglibatan wanita dalam pengurusan pentadbiran serta pembangunan negara. Ini kerana sejarah dunia telah membuktikan bahawa terdapat lebih daripada 13 wanita pernah menyandang jawatan penting di Asia iaitu sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden (Ilhamblog Indonesia, 2013).
Dari aspek psikologi dan ekonomi, golongan wanita yang penuh dengan watak keibuan seperti Megawati Sukarnoputri (Indonesia) dan Indra Gandhi (India) dilihat mampu menegakkan kestabilan perundangan dan perkembangan ekonomi dengan memupuk produktiviti pertanian.
Dari sudut kenegaraan, kajian ini berkemungkinan dapat membantu memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa penglibatan wanita dalam politik adalah sebagai Dari sudut kenegaraan, kajian ini berkemungkinan dapat membantu memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa penglibatan wanita dalam politik adalah sebagai
2.5.2 Kepentingan terhadap organisasi
Tinjauan dari sudut media mendapati bahawa lebih 50 peratus calon wanita beroleh kemenangan dalam pilihan raya umum mahupun pilihan raya kecil di Malaysia. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa wanita adalah sebagai pelengkap kemenangan parti. Dalam PRU 13 yang lalu, seramai 56 calon wanita telah bertanding di peringkat Parlimen berbanding dengan jumlah keseluruhan 523 orang calon. Manakala di peringkat ADUN pula terdapat 112 calon wanita berbanding 1,210 calon keseluruhannya. Walaupun penglibatan calon wanita sebanyak 10.7 peratus di peringkat Parlimen dan 9.3 peratus di peringkat ADUN, ini membuktikan bahawa peranan wanita juga adalah penting untuk menarik minat pengundi menyokong sesebuah parti tersebut.
Dalam sejarah pemerintahan Islam, banyak athar yang menyebut berkenaan jawatan wanita dalam penguatkuasa kerajaan ataupun polis yang mana dikenali dalam tradisi fiqh Islam dengan jawatan hisbah. Situasi tersebut berlaku pada zaman permulaan pemerintahan Islam. Berdasarkan athar-athar tersebut, maka sebahagian ulama mengharuskan wanita menjawat jawatan sebagai kepimpinan yang penting dalam negara Islam. Antara sumber dalil yang diguna pakai dan thabit adalah berkenaan dengan Samra’ Binti Nuhaik Al-Asadiyyah (seorang sahabiyah) yang bertindak mengawal Dalam sejarah pemerintahan Islam, banyak athar yang menyebut berkenaan jawatan wanita dalam penguatkuasa kerajaan ataupun polis yang mana dikenali dalam tradisi fiqh Islam dengan jawatan hisbah. Situasi tersebut berlaku pada zaman permulaan pemerintahan Islam. Berdasarkan athar-athar tersebut, maka sebahagian ulama mengharuskan wanita menjawat jawatan sebagai kepimpinan yang penting dalam negara Islam. Antara sumber dalil yang diguna pakai dan thabit adalah berkenaan dengan Samra’ Binti Nuhaik Al-Asadiyyah (seorang sahabiyah) yang bertindak mengawal
Riwayat tentang Samra’ ini dinyatakan oleh Abu Balj Yahya Bin Sulaim di mana beliau berkata:“Aku melihat Samra’ binti Nuhaik , beliau merupakan orang yang sempat bersama Rasulullah saw, memakai baju besi dan jilbab yang kasar dan memegang cemeti menyeru manusia melakukan makruf dan mencegah mungkar.” (Riwayat Imam At-
Tobrani dalam Mu’jam Al-Kabir: 24 / 311 ).
Adapun dalam konteks terkini politik di Malaysia, penyertaan wanita dan lelaki negara-negara umat Islam dalam pelbagai jawatan-jawatan awam, pegawai kerajaan, keilmuan, perniagaan semakin mendapat perhatian kerana kewibawaan mereka. Wanita kini menjadi duta, menteri, pensyarah universiti dan juga usahawan yang berjaya.
Antara kepentingan wanita dalam organisasi, berdasarkan kepada surah Ali- Imran ayat 104,
Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan (Islam), menyeruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar. Mereka itulah orang-orang yang beruntung. (surah Ali Imran : 104).
Lafaz “ummatan” pada 104 bersifat umum iaitu membawa maksud “man” (barangsiapa). Kedua lafaz tersebut tidak membezakan antara lelaki dan wanita, atau hukumnya berstatus wajib bagi lelaki mahupun wanita. Perintah Allah SWT dan Rasul- Nya ditujukan kepada kaum muslimin seluruhnya baik lelaki mahupun wanita kerana Allah SWT tidak membebani hamba-Nya di luar kemampuannya, sebagaimana firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 286;
Maksudnya: “Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia akan mendapat pahala daripada kebajikan yang diusahakannya dan mendapat siksa daripada kejahatan yang dikerjakannnya.”
Hakikatnya, terdapat satu hal yang patut direnungkan oleh seluruh wanita muslim iaitu di saat ini jumlah wanita adalah melebihi golongan lelaki. Apabila kaum wanita mampu berperanan secara optimal, sudah tentu akan memberi sumbangan yang sangat besar demi mencapai “umat terbaik”. Suara wanita berpotensi besar memberikan tekanan atau “pressure” yang kuat kepada pihak pemerintah untuk menjalankan aktiviti pengurusan umat dengan baik. Sehubungan dengan itu, apabila wanita menjalankan fungsinya sebagai pemangkin generasi berkualiti, maka peranan mereka dalam politik akan menjadi sesuatu yang signifikan demi kebangkitan umat.
2.5.3 Isu-isu metodologi