PERAKAUNAN ZAKAT HASIL PERTANIAN DI MALA

ffimkmt- ffimkm# #mn

tt*ffimk*pt

*m*ro

Edifor
Nujohudtn Lqteh, PhD
frfiuhamsd Rshimi Osnnsn. FhD
Ghqfsrullqhhuddiln Din, PhB

i

L*s#:-

&-""*

lsll-lsll
Hllrarrmruffitr

d*fu.*


fskal, Wuksf dan
filfinlropi Islcm

Editor

Najahudin Lateh, PhD
Muhamad Rahimi Osman, PhD
Ghafarullahhuddin Din, PhD

Akademi Pengajian lslam Kontemporari (ACIS)
Universiti Teknologi MARA

Cetakan Pertama2017
@

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apajuga bentuk dan dengan cara apajua sama ada

secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Dekan, ACIS Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan,

Malaysia.
Diterbitkan oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
e-mel: acis@salam.uitm.edu.my

PerpustakaanNegaraMalaysia DataPengkatalogan-dalam-Penerbitan
Najahudin Lateh,1974Isu-Isu Kontemporari dalam Zakat,Wakaf dan Filantropi Islam /
Najahudin Lateh, PhD, Muhamad Rahimi Osman, PhD, Ghafarullahhuddin Din, PhD
ISBN 978-967 -0t7 I -7 9 -1
l. Zakat.2. Islam-Charities. 3. Waqf. 4. Government publication-Malaysia.
I. Muhamad Rahimi Osman, 1961. IL Ghafarullahhuddin Din, 1961.
297.54

Dicetak di Malaysia

oleh :


Card Information Sdn. Bhd.
49, Jalan 3ll10A
Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu
68100 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel:603-4295 8009 Faks: 603-4297 8009

Kandungan
Muqaddimah

xt

xiii

Senarai Penyumbang

BAB

1

ISU-ISU ZAKNI


MARA

Model danAmalan Filantropi Islam di Universiti Teknologi

3

ltlajahudin Lateh, Muhamad Rahimi Osman & Ghafarullahhuddin Din

Model Tadbir Urus PengurusanZakat di Institusi Masjid di

Malaysia

15

Azman Ab Rahman, Tengku Mansur Tengku Zainal Abidin, Muhammad Najib Abd Wakil,
Noor Afiqah Che Mustapa & Ainaa Mardhiah Anuar

Bidang Kuasa Perundangan dalam Pentadbiran Zakat di
Selatan Malaysia

Muhammad Hafiz Badarulzaman

&

Negeri-Negeri

26

Siti Nabilah Sulaiman

dan

34

Lembaga

50

Zakat dan Pemanfaatannya Sebagai Modal Kerja Usaha Mikro Kecil
Menengah

Zainal Arif &

Zulfitia

Zakat Sebagai Mekanisme Agihan Ekonomi Seimbang: Aplikasi
Zakat Selangor (LZS)

Siti Noorbiah Md Rejab, Syuhaida ldha Abd Rahim, Hanifuh Musa Fathullah Harun,
Zahidah Jaafar & Zulaipa Ruzulan

Malaysia

Konsep dan PelaksanaanZakat Emas di
Azri Bhari, Hazirah Salleh, Baharuddin Sayin, Mohd Ashrof Zaki Yaakob &
Mo hammad Mahyuddin Khalid

56

Islam


64

Malaysia

7l

Pengurusan ZakatWang Simpanan dalam Perbankan
& Muhammad Anas lbrahim

Aemy Aziz

Perbahasan FiqhZakat Saham dan Realitinya di
Muhammad lkhlas Rosele & Luqman Abdullah

daripada

Perubahan Kaedah Taksiran ZakatSaham Bagi Pemilik Individu
Harga Terendah dan Untung-Bersih Kepada Harga Semasa diPPZ
Muhsin Nor Paizin & Ahmad Husni Abdul Rahman


Analisis Pembayaran ZakatPendapatan Staf UiTM Cawangan Sabah
Melalui Skim Potongan Gaji
Nor Alhana Abd Malik, Razizi Tarmuji, Saiful Nizam Amran & Mohd Azri Aripin

KedudukandanPengagihanZakatAsnafAl-Riqabdilnstitusi-Institusi
ZakatMalaysia
Nur Anisah Nordin &

Wan

Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin

80

92

103

6U-ISU KONTEMPORARI DALAM ZAKAT, WAKAF DAN FILANTROPI ISLAM


Model Agihan Dana Zakat Al-Riqab Berteraskan Maqasid
Satu Kajian Awal

Al-Syariah:

1I2

Khqirul Azhar Meerangani

GolonganGelandangandiMalaysia:AntaraPerluasanTafsiranAsnaf

l2l

Ibnu al-Sabil dan Al-Riqab
Muhammad Ammar Harith ldris & Mohd Anuar Ramli
Golongan Mangsa Banjir di Malaysia: Antara Pe'rluasan Tafsiran

Fi-sabililloh

dan


Asnaf

133

lbnu al-Sabil

Mohd Anuar Ramli, Habibah Abdul Wahid, Mohammad Naqib Hamdan &
Muhammad lzzul Syahmi Zulkepli

Pembayaran

Kedudukan dan Kelayakan Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam
Zakat Menurut Perspektif Islam

150

Azman Ab Rahman, Noor Afiqah Che Mustapa, Tengku Mansur Tengku Zainal Abidin,
Ainaa MardhiahAnuar & Muhammad Najib Abd Wakil


Kedudukan Hukum Pembayaran ZakatBagi Harta ImbuhanAtlet di

Malaysia:

157

SatuAnalisa Hukum
AzmanAb Rahman, Muhammad Najib Abd Wakil, kngku Mansur Tengku Zainal Abidin,
Noor Afiqah Che Mustapha & Ainaa Mardhiah Anuar

Pengambilan Hukum Uruf: Satu Tinjauan dalam Pemakaian
Perhiasan
Noraini Saro & Tutasting @Rawi Nordin

ZakatBmas

Keperluan Penetapan Had Kifayah Zakat di Universiti Teknologi
Baharuddin Sayin, Azri Bhari & Mohd Afandi Mat Rani

MARA

Isu Kutipan ZakatMerentasi Sempadan Negeri diMalaysia: Kajian

dari

163

168

176

Perspektif Hukum Islam
Mohd Anuar Ramli & Mohammad Naqib Hamdan
Isu Kutipan ZakatTanpa Kebenaran: Kajian dari Perspektif
Syariah
MohdAnuar Ramli & Mohammad Naqib Hamdan

Perundangan

189

Kaedah Penentuan Pengagihan Zakat dalam Memenuhi Keperluan
Pelajar: Pengalaman Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Baharudin Sayin, Hanafi Hamdani & Lufti Fauzi Sabari

Asnaf

196

Fatwa Zakat di Malaysia dari Perspektif Maqasid Syariah:Analisis

Literatur

209

Azri Bhari, Luqman Abdullah, Baharuddin Sayin, Mohammad Mahyuddin Khalid &
Mohd AshrofZaki Yaakob

BerkenaanZakat

Tahap Pengetahuan Masyarakat Islam Terhadap Fatwa
Pendapatan dan Keberkesanan Medium Promosi: Kajian di Kuala Terengganu
Nur Amirah Mohd Sulor & Hairunnizam Wahid

vi

225

KANDUNGAN

Mekanisme Pelaksanaan Pembiayaan Mikro Kepada UsahawanAsnaf
Perspektif Pembentukan dan Pelaksan aan Zakat

dari

234

Muhammad Anas lbrahim & Aemy Aziz

Perakaunan ZakatHasil Pertanian di Malaysia: Satu Penilaian

Semula

244

Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Peranan Institusi Zakat di IPTS Terhadap Pembangunan Pembelajaran

Pelajar

257

Asnaf di LTNITEN
Abdul Aziz Mat Isa, Shamsul Badli Mohd Yusof, Adnan Yusoff & Nurulbahiah Awang

Zakat di Sabah: Potensi

danCabaran

265

Dayangku Aslinah Abd. Rahim, Kasim Mansur & Sidah ldris

Persepsi Mahasiswa Universiti Malaysia Pahang Terhadap
Hasmadi Hassan

Zakat

276

BAB 2
ISU-ISU WAKAF

At-Syariah

Pengurusan Wakaf dalam Memelihara Maqasid
Muhammad Safwan Harun, Luqman Haji Abdullah & Muhammad lkhlas Rosele

Wakaf Alternatif Model ke Arah Pemangkin

Mandiri

287

295

Mas Nooraini Mohiddin

Kriteria Pentadbir Wakaf: Analisis Isu dan Nas-Nas
Mohd Nasir Ayub & Surita Hartini Mat Hassan

Terpilih

Sorotan Fatwa Wakaf di Negeri Selangor dan Kaitannya dengan

305

Pengurusan

314

Wakaf di Universiti
Mohd. Ali Muhamad Don & Muhamad Rahimi Osman
Kontinum Kolaboratif Wakaf: Di Manakah Keberadaan

Kita?

323

Nur Aqidah Suhaili, Mohd Rizal Palil, I'{ur Azlin Ismail & Rohayati Hussin

Perkembangan Dasar dan Konsep Wakaf Penjagaan Kesihatan dari Zaman
Rasulullah SAW Sehingga Kini di Johor Corporation (JCorp)
Wan Nor Fatin Fatihah Wan Zakaria, Mohd Zulkifli Muhammad & Mohammad Ismail

Analisis Kesan Pelaksanaan Istibdal Aset Wakaf Terhadap
Wakaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Afiffudin Mohammed Noor & Che Zuina Binti Ismail

332

PenjanaanDana

341

Melalui

345

Awal

352

Usaha Peningkatan Pemilikan Hartanah Melayu dan Bumiputera

Instrumen Wakaf Keluarga
Hizan Wahed, Mohd Dani Muhamad & Noorul Huda Sahari
Sistem Pengurusan Hartanah Wakaf Secara Elektronik: Satu Sorotan
Salehuddin Md Dahlan, Nor Asiah Mohamad & Edy Zairani Zakaria

vll

PERAKAUNAN ZAKNT HASIL PERTANIAN DI
MALAYSIA: SATU PENILAIAN SEMULA
Mohd Shukri Hanapi & Zafui Hamat
Univers iti S ains Malays ia

PENDAHULUAN
Zakatpertanian merupakan salah satu daripada zakat mal (harta).Ia hanya diwajibkan
terhadap hasil pertanianyang dikategorikan sebagai makanan asasi yang mengenyangkan
setelah cukup nisab. Makanan asasi yang mengeyangkan itu pula terdiri daripada bijibijirin yang tahan lama jika disimpan seperti padi atau beras, kurma, jag.rng, gandum

dan sebagainya (Muhammad Arsyad al-Banjari, 2008). Bagi penduduk di Malaysia,
makanan asasi mereka ialah nasi. Nasi pula dihasilkan daripada padi. Maka hasil
pertanian yang diwajibkan zakat bagi penduduk Malaysia ialah padi. Oleh itu, hasil
pertanian yang bukan tergolong dalam kategori makanan asasi seperti kelapa, kelapa
sawit, lada hitam, tebu, koko dan lain-lain tidak dikenakan zakat pertanian kerana tidak
ada nas dan dalil-dalil yang mewajibkan hasil-hasil pertanian tersebut dikeluarkan zakat
pertanian (Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Kebangsaan,20lI). Sebaliknya,

hasil pertanian selain padi tersebut dikenakan zakatpemiagaankeranaterdapatnya unsur
kekayaan yang dijadikan sebagai 'illah (alasan) untuk mewajibkan zakat.
Persoalannya, kenapakah hasil pertanian selain padi ini dikenakanzakatpemiagaan
sedangkan asasnya jug a adalah pertanian? Adakah disebabkan tanaman-tanaman selain
padi ini diusahakan secara komersial? Bagaimanakah pula dengan tanaman padi yang
diusahakan secara komersial, tetapi tetap dikenakan zakatpertanian dan bukannya zakat
perniagaan? Untuk menjawab semua persoalan ini, artikel ini mempunyai dua tujuan
ttama. Pertama, mengenal pasti asas-asas perakaunan zakat pertanian serta pandangan
fuqaha'berhubung jenis-jenis tanaman yang dikenakan zakat pertanian; dan kedua,
menganali si s serla menilai p erakaunan zakat hasll p ertanian di Malaysia.
Bagi mencapai kedua-dua objektif ini, kajian kualitatif ini melibatkan data primer
dan data sekunder. Data primer diperoleh melalui temu bual separa struktur dengan
dua orang informan. Perlama, Mohd Nazim Mohd Noor, Pengurus Baitulmal, Majlis
Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIP) yang dipilih mewakili negeri
yang mengenakan zakatterhadap HB setelah ditolak KT dan KSH; kedua, Mohd Fahmi

Salleh Hilmi, Penolong Pegawai Zakal, Jabatan Zakat Kedah yang dipilih mewakili
negeri yang mengenakan zakatterhadap HK dengan kadar 5 peratus atau 10 peratus;
ketiga, Azhari Ahmad, Eksekutif Zak al, ZakatPulau Pinang yang dipilih mewakili negeri
yang mengenakan zakalterhadap HB setelah ditolak KT dan KSH; dan keempat, Mohd.
Latif Tolib, Pegawai Hal Ehwal Islam, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
(MAIPs) yang dipilih mewakili negeri yang mengenakan zakat terhadap HK dengan
kadar 5 peratus. Data sekunder pula diperoleh melalui kajian petpustakaan. Kesemua
data ini dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan.

PERAKAUNAN ZAKAT HASIL PERTANIAN DI MALAYSIA

DEFINISI KONSEP
Bagi memudahkanperbincangan dalam artikel ini, dua konsep penting diberikan definisi
secara operasi yang digunakan. Konsep pertama ialah zakat; dan konsep kedua ialah
p erakaunan zakat hasil p ertani an.

Zakat
Secara etimologi zakat bermaksud pertambahan (nammu), penyucian (zakka) dan
keberkatan (barakah). Dari segi terminologi pttla, zakat bermaksud mengeluarkan
harta tertentu dengan kadar tentu kepada golongan yang berhak menerimanya (asnaf)
(a1-Qaradawiy, 1969). Selain ittt, zakatjuga bermaksud hak yang wajib dikeluarkan
daripada hartayang telah ditetapkan oleh syariat. Maksud zakatini telah diperincikan
lagi oleh Mujaini Tarimin (1999) sebagai penyerahan wajib sebahagianharta kekayaan
kepada segolongan orang yang berhak menerimanya melalui amil yang bertauliah
bagi mencari keredaan Allah SWT, penyucian diri dan harta untuk membangunkan
masyarakat berdasarkan syarat-syarat' yangditentukan oleh syarak. Berdasarkan definisi
istilah zakatyang dikemukakan ini, Zabrri Hamat (2013) menyimpulkanbahawa zakat
mempunyai tiga konotasi. Pertama, zakat dari segi bahasa yang bermaksud penyucian
ataupembersihandaripadakekotoran;kedua, zakatdarisegiagamabermaksudpenyrcian
kerohanian; dan ketiga, zakat dari segi perundatgafl yang bermaksud pemindahan hal

milik harta tertentu kepada individu tertentu.
Perakauna n Zakat Hasil Pertanian
Perakaunan zakat ata.u dalam Bahasa Arab muhasabah al-zakah bermaksud satu bidang
ilmu perakaunan untuk menentukan dan menilai harta yang diw ajibkanzakat menentukan
kadarnya, membuat taksiran zakatyang dikenakan, memungut dan mengagihkan harta
zakat yang dipungut kepada penerima zakat berdasarkan syarat-syarat dan kedah
yang ditetapkan oleh syarak (Husain Shahatah, 2003). Menurut Zahi Hamat (2013),
proses perakaunan zakat mellbatkan lima tahap. Pertama, menentukan harta-harta yang
diwajibkan zakat; kedua, menilai harta-hartayang diwajibkanzakat; ketiga, menentukan
kadar zakat yang sesuai; keempat, mengagihkan hasil pungutanzakat kepada penerima
zakat; dan kelima, menyediakan laporan kepada pihak berkuasa tentang pungutan dan
agihan zaka(. Definisi perakaunan zakathasilpertanian yang digunakan dalam artikel
ini ialah proses mengenal pasti ciri-ciriharta atau hasil pertanian yang diwajibkanzakat,
menentukan syarat-syarat hasil pertanian yang diwajibkan zakat, memastikan kadar
zakatyang dikenakan dan kemudian rqembuat taksiran zakatterhadapharta tersebut.

ASAS PERAKAUNAN ZAKAT PERTANIAN
Perakaunan zakat pertanian yang diamalkan di Malaysia adalah berasaskan dalil-dalil
daripada al-Quran dan Hadith. Antaranya ialah firman Allah SWT yang bermaksud:

24s

ISU.ISU KONTEMPORARI DALAM ZAKAI. \\,AI'AF DAN FILANTROPI ISLAM

"Dan Dia-lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar
tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanamantanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima,
yang bersamaan (wamanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah
daripada buahnya ketika ia berbuah dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari
memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang
kamu makan atau belanjakan). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang

yang melampau" (al-An'am, 141).

Firman-Nya lagi yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian
daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa-apa yang Kami
keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk
daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu
sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada
kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya
Al1ah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji" (al-Baqarah,267).

Kedua-dua ayat ini menerangkan kewajipan seseorang individu yang memiliki hasil
peftanian daripada usaha penanaman yang dilakukannya untuk memenuhi keperluan
sosial dengan mengeluarkan zakat (al-Tabariy, 1992;Ibn Kathir, 1992 dan al-Qurtubiy,
1993). Sebenarnya, zakat pertanian adalah berdasarkan pengeluaran hasil tanaman.
Walau bagaimanapun, kedua-dua ayat tersebut tidak menjelaskan secara terperinci
jenis-jenis tanaman yang diwajibkan zakat sefta kadarnya. Jenis-jenis tanaman dan
kadar zakat peftanian tersebut hanya dijelaskan dalam Hadith Rasulullah SAW. Antara
hadith yang menjadi asas kepada perakauan zakat ini ialah:
Diriwayatkan daripada 'Attab

bin Usaid RA katanya: Rasulullah SAW

telah

memerintahkan agar anggur basah dianggarkan kadarnya ketika ia menjadi anggur
kering sebagaimana juga tamar basah dianggarkan kadarnya ketika ia menjadi tamar
kering dan zakatnya diambil dalam bentuk anggur kering(zabib-ktsmis) sebagaimana
zakat kurma diambil dalam bentuk tamar kering (Riwayat Abu Daud, Hadis no. 1 603,
al-Khin, a1-Bugha & al-Syarbaji, 2009 :26)
Diriwayatkan daripada 'AbdAl1ah bin 'Amru RAkatanya: Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud, "Tanaman yang diairi oleh hujan, sungai-sungai dan mata air
atau yang mendapat air dari saliran (atau melalui akamya) hendaklah dikeluarkan
(zakatnya) sepersepuluh (1/10). Tanaman yang diairi dengan unta pengangkut air
atau dengan penimba, hendaklah dikeluarkan seperduapuluh (1/20)". (Riwayat alBukhariy, Hadis no. 1483,Ibn Hajar, 1989:443).
Diriwayatkan daripadaAbu Musa al-'Asy'ari dan Mu'az bin Jabal bahawa Rasulullah
SAW berkata kepada kedua-dua mereka ketika mereka berdua dihantar ke Yaman
untuk mengajar orang ramai tentang agama mereka. Baginda menyrruh mereka
supaya tidak mengambll zakat kecuali daripada empat jenis tanaman iaitu gandum,
barli, tamar dan anggur" (Riwayat al-Tabrani, Hadis no. 16, Ibn Hatar, 1992:27'7).

Ketiga-tiga hadis ini bukan sahaja menjelaskan kewajipan zakatpellanian, malah ia
menjelaskan jenis-jenis tanaman yang wajib dikeluarkan zakat serta kadarnya. Jelaslah

246

PERAKALTNAN ZAKAT HASIL PERTANIAN DI MALAYSIA

bahawa ketiga-tiga hadis ini berperanan sebagai pentafsir kepada ayat 141 daripada
swah al-An'am dan ayat 267 daripada srxah al-Baqarah yang dikemukakan sebelum

JENIS.JENIS TANAMAN YANG DIWAJIBKAN ZAKAT
Menurut al-Qaradawiy (1999), terdapat empat kategori pendapat tentang hasil pertanian
yang diwajibkan zakat, iaitu:

Pertama, zakat diwqibkan hanya terhadap empat hasil pertanian sahaja. Ia
meliputi gandum, barli, kurma dan anggur. Ini pendapat Ibn Umar dan beberapa ulama
salaf. Musa Ibn Talhah, Hasan al-Basri, Ibn Sirin, al-Sya'bi, al-Thawriy, al-Hasan Ibn
Salih, Ibn Abi Laila, Ibn al-Mubarak dan Abu 'Ubayd turut berpendapat sedemikian
(al-Qaradaw iy,1999). Hal ini adalahberdasarkan perintah Rasulullah SAW kepada Abu
Musa al-Asy'ari dan }y'lu'az Ibn Jabal supaya tidak mengambll zakat kecuali daripada
empat hasil pertanian tersebut.3 Hal ini disokong oleh Hadis Musa bin Talhah yang turut
menyebut empat jenis hasil pertanian ini yang diwajibkartzakat (Ibn Hajar, 1992).
Kedua, Lakat diwalibkan terhadap hasil pertanian yang dijadikan makanan asasi
dan boleh disimpan lama. Ini pendapat Imam Malik dan Imam al-Syafi'iy' Makanan
asasi adalah makanan yang mengenyangkan secara 'urfkepada sesuatu bangsa seperti
padi, gandum, barli dan jagung. Menurut Imam Malik dan Imam al-syafr'i, zakat
iiauk Jit"t rkan terhadap buah-buahan kecuali kurma dan anggur dan biji-bijirin lain
kecuali yang menjadi makanan ttama (al-Jaziiy, 1990; al-ztthailiy, 1989). walau
bagaimanapun, terdapat perbezaatpendapat dalam kalangan ulama al-Syaf i terhadap
zaiatbaah Zat11tn. Perbezaan pendapat dalam kalangan Maliki turut berlaku terhadap
zakat btah Tina (a1-Qaradawiy, 1999).
Ketiga, zakat diwqibkan terhadap hasil pertanian yang boleh dikeringkan,
disimpan lama dan disukat. Ini pendapat ImamAhmad Ibn Hanbal. Dengan itu, apa-apa
bijisahaja hasil pertanianyangmemenuhi kriteria tersebut diwajibkan zakat sama ada
menjadi
pertanian
tersebut
hasil
ada
sama
tertakluk
tidak
bijirin atau buah-buahan. Ia
*ukuou, asasi ataupun sebaliknya (al-Jaziriy,1990; al-Zrthailiy,1989)' Namun, buahbuahan yang bolehiimakan, tetapi bukan tujuan mengenyangkan adalah dikecualikan
zakat. Sayur-sayuran turut dikecualikan zakat kerana tidak memenuhi kriteria di atas
(al-Qaradawiy, 1999)
Keemp at, zakat diwajibkan terhadap semua hasil pertanian. Zakat dikenakan ke
atas semua jenis hasil pertanian sama ada diusahakan ataupun tumbuh sendiri, asalkan
boleh diambil manfaai Ini pendapat Imam Abu Hanifah (al-Jaziriy,1990; al-Z:uhailiy,
1989). Ia berdasarkan dalil daripada pengertian umum al-Quran, iaiftt apa-apa yang
(aldikeluarkan daripada bumi (al-Baqarah,267) dan tunaikan hak pada hati meruai
'umar
Abdul
oleh
An'am,1a1). Mengikut Ibn Hazm, pandangan yang sama dipegang
Aziz,Ibrahimal-Nakha'iy, HammadAbi Sulaiman dan Mujahid (a1-Qaradawiy, 1999)'
Berdasarkan keempat-empat kategori pendapat tentang hasil pertanian yang
diwajibkan zakal, al-Qaradawiy (1999) merumuskan bahawa pandangan Imam Abu
Uanifah yang ditarjihkan oleh para ulama masa kini. Ia selari dengan pandangan 'IJmar

247

JSU-ISU KONTEMPORARI DALAM ZAI'AT. WAI'AF DAN FILANTROPI ]SLAM

Abdul Aziz, Mujahid, Hammad, Daud dan al-Nakha'iy iaitu zakat dikeluarkan dari
segala harla yang dikeluarkan dari bumi. Pandangan inilah yang didokong kuat oleh
pengertian umum al-Quran dan al-Sunnah. la selaras dengan hikmah perundanganzakat.
Selanj utnya al-Qaradawiy ( 1 999) membuat kesimpulan berikut:
"Adalah kurang bijaksana, pada pandangan kita, kalau Syariat Islam mewajibkan
zakat atas para petani yang rnenanam gandum dan barli tetapi mengecualikannya
daripada para pengusaha ladang limau, mangga dan epal".

Dalam hal ini, jika diambil kira pandangan Imam Abu Hanifah danJuqaha'yang
sependapat dengannya seperti pandangan lmam Ahmad bin Hanbal, jenis-jenis tanaman
yang diwajibkan zakat peftanian tidaklah tertumpu kepada makanan asasi sahaja, malah
boleh diperluaskan lagi. Menurut mereka, sesuatu tanaman itu tidak kira sama ada ia
tergolong dalam kategori makanan asasi ataupun tidak, wajib dikeluarkanzakatpeftanian

jika ia ditanam dengan tujuan mendapatkan hasil atau kekayaan. Berdasarkan pandangan
ini, jelaslah bahawa zakat hasil pertanian tidaklah diwajibkan terhadap makanan asasi
seperti gandum dan padi sahaja, tetapi ia boleh diperluaskan kepada tanaman-tanaman
lain seperti pisang, nenas, tebu. lada hitam, koko, kelapa sawit dan sebagainya.
Walaupun usaha perladangan kelapa sawit, koko, lada hitam, nenas dan lain-lain
itu secara bendanya ('oyn) tidak diwajibkan zakat pertanian, tetapi mungkin secara
'illahnya (alasannya) boleh dikenakan zakat. Logik akal mempersoalkan bahawa jika
petani padi wajib membayar zakat pertanian, kenapa pengusaha ladang kelapa sawit,
lada hitam dan ladang koko diwajibkan zakat perniagaan sedangkan perkara yang
mereka usahakan itu juga berasaskan pertanian? Hal ini ditambah pula dengan keadaan
banyak aktiviti ekonomi moden hari ini boleh mendatangkan hasil yang lumayan, maka
usaha perladangan seperti getah dan kelapa sawit boleh mendatangkan hastl lumayan
berbanding padi.

' (ulama fiqh) telah sepakat dalam menentukan jenis-jenis

tanaman
yang wajib dikenakanzakatpertanian berdasarkannas qat'i sertaberdasarkan'illahwajlb
Para /itqcthcr

zakat. Namun demikian, dalam keadaan banyak aktiviti ekonomi moden hari ini yang
kian berkembang dan mendatangkan hasil yang lumayan, maka 'illah yang digunakan
oleh.fuqaha 'terdahulu khususnya 'illah makanan asasi yang mengenyangkan dan tahan
lama jika disimpan, tidak memungkinkan zakat dikenakan terhadap sesetengah hasil
tanamanwalaupunpenghasilannyajelas lumayan. Oleh itu,langkahuntukmeluaskan asas
zakat peftanian ini wajar dipertimbangkan agar zakat pertanian tidak hanya bergantung
pada sumber tradisi sahaja. Di Malaysia pada ketika ini banyak hasil tanaman yang
boleh dipertimbangkan untuk diken akan zakat. Hal ini berdasarkan kaedah menentukan
hukum zakat yang meliputi kaedah qias, kaedah kekayaan dan kaedah memilih yang
menguntungkan fakir miskin. Memandangkan kebanyakan tanaman pada masa kini

adalah berbentuk komersial dan mendatangkan hasil yang lumayan, maka kaedah
kekayaan khususnya amat wajar digunakan.
l.erdapat beberapa nas daripada al-Quran dan hadis Nabi SAW yang menunjukkan
bahawa harla perlu diambil daripada orang kaya dan diberikan kepada orang miskin.
Hal ini menunjukkan bahawa kekayaan boleh dijadikan 'illah untuk mewajibkan zakat
terhadap indivrdu. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

248

PERAKALINAN ZAKAT HASIL PERTANIAN DI MALAYSIA

"Apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya (Muhammad) daripada

harta

penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu
bagi Allah dan bagi Rasulullah dan bagi kaum kerabat (Rasulullah) dan anakanak yatim dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan).
(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orangorang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah
SAW kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarang-Nya
kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. Dan bertaqwalah kamu kepada
Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang
melanggar perintah-Nya)" (al - H asyr, 7).

Selain itu, terdapat beberapa hadis Nabi SAW yang turut membincangkan hal ini,
antaranyaialah:
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas RA bahawa tatkala Nabi SAW mengutus Mu'az
bin Jabal RA ke Yaman, Baginda SAW bersabda yang bermaksud, "Allah SWT
telah mewajibkan zakat pada harta benda mereka yang dipungut daripada orangorang kaya dan diberikan kepada orang-orang miskin di antara mereka" (Riwayat
al-Bukahriy, Hadis no. 1485, Ibn Hajaa 1989:4l l).
Diriwayatkan daripadaAli RAbahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud, "Allah
SWT mewajibkanzakatpadaharta orang-orang yang kaya daripada kaum Muslimin
sejumlah yang dapat melapangi orang-orang miskin di antara mereka. Fakir miskin
itu tiadalah menderita menghadapi kelaparan dan kesulitan, kecuali kerana perbuatan
golongan orang kaya. Ingatlah Allah akan mengadili mereka nanti secara tegas dan
menyiksa mereka dengan pedih" (Riwayat al-Tabraniy).

Dalil-dalil ini jelas menunjukkan kekayaan menjadi salah satu

asas pertimbangan

untuk mengentkan zakatkepada orang-orang Islam yang mengusahakan ladang kelapa
sawit, koko, nenas dan sebagainya. Oleh itu, hal ini mewajarkan zakat dikenakan ke
atas harta kekayaan orang-orang kaya dengan tidak mengambil kira sumber kekayaan
tersebut diperoleh.

KAEDAH PERAKAUNAN ZAKAT HASIL PERTANIAN DI
MALAYSIA
t

lL

i

Hasil pertanian di sini bermaksud semua hasil yang diperoleh daripada usaha tanaman
sama ada ia tanaman jangka pendek atau tanaman jangka jangka panjang. Tanaman
jangka pendek bermaksud tanaman yang penghasilannya diperoleh hanya sekali untuk
setiap kali kohot tanaman seperti sa)'ur-sayuran, tomato, kacang panjang dan nenas.
Tanaman jangka panjang pula bermaksud tanaman yang penghasilannya diperoleh
secara berkekalan dalam jangka masa panjang untuk sekali tanam seperti kelapa sawit,
kelapa, koko dan kopi.
Di Malaysia,hanyatanaman padi yang diwajibkan zakatpertanian kerana umat
Islam di Malaysia berpegang dengan Mazhab al-Syaf iy. Menurut Mazhab al-Syafi'iy,
zakat p ertani an hanya diwaj ibkan terh adap tanamanyan g menj adi makanan as as i s e suatu
tempat serta boleh dikeringkan dan boleh disimpan dan tahan lama. Oleh itu, tanaman

249

ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM ZAKAT, WAKAI'DAN FILANTROPI ISLAM

padi diwajibkanzakat berdasarkan 'illah makanan asasi di Malaysia serta tahan apablla
disimpan dalam tempoh waktu yang lama (a1-Bujayrimiy, 1996). Terdapat pelbagai
kaedah perakaunan zakat pertanian khususnya zakat padi yang diamalkan di Malaysia
pada ketika ini. Hal ini sebagaimanayang ditunjukkan dalam Jadual 1.
Jadual 1: Kaedah Perakaunan ZakatPadi di Malaysia
Perakaunan Zakal Padi di Malaysia

Zakat dikenakan
dikenakan Zakat dikenalan
TerhadapPendapatan TerhadapPendapatan Terhadap Pendapatan
Zakat

Bil.

1
2
3
4
5

Negeri

Dengan
Kadar 5Vn
Kasar

Kasar Dengan
Kadar 5Yo & l0o/o

Zakat dikenakan
Terhadap Pendapatan

Bersih Setelah
Bersih Setelah
ditolak Kos Pertanian ditolak Kos Pertanian
daripada Pendapatan

dan Kos Sara Hidup

Kasar

daripada PK

2 (14%)

2

Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak
Wilayah
Persekutuan

6
7
8
9
l0
l1
12
13
14

Selangor
Kelantan
Terengganu
Pahang

Negeri Sembilan
Melaka
Johor
Sarawak
Sabah
Jumlah./Peratus

2 (14%)

8 (58%)

(r4%)

Nota: Diolah daripada maklumat perakaunan zakat padi yang terdapat dalam laman sesawang pusat-pusat zakat mengikut
negeri dan temu bual yang dijalankan.

Jadual I mempamerkan kepelbagaian kaedah perakaunan zakat padi yang
diamalkan di Malaysia pada ketika ini. Kepelbagaian kaedah perakaunan zakat padi
ini boleh dibahagikan kepada empat kategori. Pertama, zakat padi dikenakan terhadap
pendapatan kasar (PK) dengan kadar 5o/o; kedua, zakat padi dikenakan terhadap PK
dengan kadar 5oh dan l\Yo; ketiga, zakat padi dikenakan terhadap pendapatan bersih
(PB) setelah ditolak kos pertanian (KP) dengan kadar l1oh; dan keempat, zakat padi
dikenakan terhadap PB setelah ditolak KP dan kos sara hidup (KSH) dengan kadar
10%. Terdapat dua buah negeri (14%) yang mengenakan zakatpadi terhadap PK dengan
kadar 5oh;8 buah negeri (58%) mengenakan zakatpadi terhadap PK dengan kadar 5Yo
dan l0%o; dua buah negeri (14%) mengenakan zakatpadi terhadap PB setelah ditolak
kos pertanian; dan dua buah negeri (14%) mengenakan zakat padi terhadap PB setelah
ditolak KP dan KSH dengan kadar l0o/o.

2s0

PERAKAI.]NAN ZAKAT HASIL PERTANIAN DI MALAYSIA

Jelas di sini bahawa hanya Perlis, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah yang mengambil

kira KP dan KSH dalam perakaunan zakatpadimereka. Daripada empat buah negeri ini,
dua buah negeri iaitu Sarawak dan Sabah menolak KP daripada PK dalam perakaunan
zakatpadi mereka, manakala Pulau Pinang dan Perlis mengenakan zakatpadi terhadap
PB setelah ditolak KP dan KSH (Temu bual Haji Mohd Nazim Mohd Noor, 27 Februari
2014; Azhari Ahmad, 1 6 Jun 2014). Sebenarnya, perakaunan zakat padi di Sarawak dan
Sabah adalahberpandukan Manual Pengurusan Pengiraan Zakatyang dikeluarkan oleh
Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) (2008), iaitu perakaunan zakat pertanian
dibuat dengan menolak KP daripada PK. Hal iniberbeza dengan perakaunan zakatpadi
di Perlis dan Pulau Pinang yang bukan sahaja menuruti Manual Pengurusan Pengiraan
Zakat yang dikeluarkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) (2008) itu,
malah lebih daripada itu kerana selain menolak KP, mereka juga menolak KSH daripada
PK. Perlis mengamalkan perakaunanzakatpadi dengan menolak KP dan KSH daripada
PK. Hasil PB daripada penolakan itu dikenakanzakat dengan kadar 10%o (Majlis Agama
Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, 2001). Menurut Mohd Nazim Mohd Noor (Temu
blural,27 Februari 2014),perkara ini telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Negeri Perlis.
Lagipun, dalam Undang-Undang Tubuh Negeri telah dinyatakan bahawa Perlis
tidak terikat dengan sebarang mazhab dalam pengamalan hal-hal keagamaan. Jelas di
sini bahawa Perlis boleh berbeza dalam perakaunan zakat padi kerana mereka tidak
terikat dengan sesuatu mazhab tertentu dalam pengamalan soal agama. Begitu juga
dengan Pulau Pinang yang mengenakan zakat padi ke atas PB setelah ditolak KP dan
KSH dengan kadar zakat 10%. Menurut AzhariAhmad (Temu bual pada 16 Jun 2014),
penolakan KP dan KSH ini adalah untuk memberi keadilan kepada semua pihak. Hal
ini lebih-lebih lagi KP dan KSH yang kian meningkat dan kebanyakan petani pula
bergantung kepada sumber pendapatan daripada padi semata-mata. Demikianlah antara
pertimbangan yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang.
Jika berpegang kepada pandangan Imam al-Syafi'iy sebelum ini, tanamantanaman selain padi seperti kelapa, kelapa sawit, koko, nenas, lada hitam dan kopi
tidak dikenakan zakat pertanian kerana ia tidak tergolong dalam kategori makanan
asasi. Walau bagaimanapun, jika tanaman-tanaman ini diusahakan secara komersial dan
mendatangkan hasil yang lumayan, maka ia tetap diwajibkan zakat. Kekayaan menjadi
salah satu asas pertimbangan untuk mengenakan zakatterhadap orang-orang Islam yang

mengusahakan tanaman-tanaman yang tidak termasuk dalam kelompok makanan asasi
yang mengenyangkan ini.
Para fuqaha' berbeza pendapat mengenai kewajipan mengeluarkan zakat bagi
tanaman-tanaman yang bukan daripada kelompok makanan asasi. Namun terdapat
pandangan yang membolehkan zakat dikenakan ke atas semua hasil tanaman. Misalnya,
pandangan Imam Abu Hanifah yang mgnyatakan wajib zakat bagi setiap tanaman yang
tumbuh di bumi atas hasil usaha manusia. Tidak adabezanya dengan sayur-sayuran dan
lain-lain. Ia hanya disyaratkan menananmya dengan maksud untuk mendapatkan hasil
bumi. Walau bagaimanapun, kayu bakar, rumput dan pokok-pokok yang tidak berbuah
adalah dikecualikan (al-J aziiy, 1 990).
Bagi Imam Ahmad bin Hanbal pula, beliau jelas menyatakan wajib zakat bagi
setiap tanaman yang dikeluarkan oleh Allah SWT dari bumi, sama ada yang berupa

2st

ISU.ISU KONTEMPORARI DALAM

ZAK{,

WAKAF DAN FILANTROPI ISLAM

brji-bijian atau buah-buahan asalkan ia ditanam oleh manusia. Demikian ini tidak kira
sama ada ia makanan asasi atau tidak. Wajib zakatbagi buah-buahan yang dikeringkan,
tetapi tidak wajib zakat bagi buah-buahan yang basah seperti semangka, betik, jambu
dan mentimun (al-J aziriy, 1 990).
Berdasarkan beberapa pandanganfuqaha'yNryberbeza ini, tidaklah keterlaluan
jika usaha dilakukan untuk mewajibkan zakat ke atas hasil-hasil tanaman selain
padi di Malaysia khususnya mengikut pandangan Imam Abu Hanifah dan Imam
Ahmad bin Hanbal. Dalam kes pertanian, terdaiat dua kategori tanaman yang boleh
dipertimbangkan berdasarkan sifat frzikalnyadan sifat perolehannya yang agak berbeza.
Sifat fizikal tanaman adalah sama ada ia tahan lama atau tidak tahan lama, manakala
sifat perolehaflLya ialah sama ada ia jangka pendek atau jangkapanjang.

Bukan Makanan Asasi dan Hasil Tahan Lama
Semua jenis tanaman yang termasuk dalam kategori

ini wajib dikeluarkan zakat.Halini

bertepatan dengan pandanganfuqaha' yang berpandangan bahawa semua jenis tanaman
yang tahan lama wajib dikeluarkan zakat, tidak kira sama ada ia makanan asasi atau
tidak Dalam kes Malaysia, tanaman dalam kategori ini boleh dibahagikan kepada dua

jenis iaitu:
a.

Jangka Panjang dan Hasil Tanaman Tahan

Lama

,

Tanaman j enis ini merupakan tanaman yang hasilnya boleh tahan lama j ika disimpan

dan penghasilannya berbentuk jangka panjang. Contoh tanaman jenis ini ialah
kopi dan koko. Kedua-duanya boleh disimpanlama dan penghasilannya berbentuk
jangka panjang. Sekali tanam hasil yang diperolehnya dapat digunakan untuk
beberapa tahun. Memandangkan ia adalah jenis tanaman yang dikenakan zakat
berdasarkan 'illah tahan lama, tetapi hasilnya berpanjangan dari satu penanaman,
maka syarat zakatke atasnya memerlukan syarat haul dan syarat nisab berdasarkan
nilainya. Hasilnya boleh dikumpulkan untuk jangka masa setahun dan dikirakan

zakattahrnandengankadarzakatZ.5o/oberdasarkannilainya.
b.

Jangka Pendek dan Hasil Tanaman TahanLama

ini merupakan jenis tanaman yang hasilnya boleh disimpan lama,
tetapi penghasilannya adalah berbentuk jangka pendek iaitu hasilnya dikutip sekali
untuk setiap kali penanaman. Contohnya ialah bawang, kunyit, halia, kentang,
keledek dan kacang tanah. Memandangkan ia tergolong dalam kategori wajib
zakatmenglkut pandangan sebahagian ulama berdasarkan 'illah tahan lama, maka
Tanaman jenis

ia boleh dipertimbangkan untuk dikenakan zakat dengan syarat nisab tanpa syarat
haul. Hasil tanaman ini perlu dikeluarkan zakat setiap kali selepas tuaian. Zakat
yang dikenakan adalah mengikut nilai semasa bagi kadar zakatpadi iaitu 10 awsuq
atau menyamai 1920 kilogram sebelum diproses menjadi beras dan lima awsuq
atau menyamai960 kilogram bagi yang telah diproses menjadi beras.

2s2

PERAKAI.INAN ZAKAT HASIL PERTANIAN DI MALAYSIA

Bukan Makanan Asasi dan Hasil Tidak Tahan Lama

Hasil tanaman yang bukan makanan asasi serta tidak tahan lama juga wajar
dipertimbangkan untuk dikeluarkan zakat memandangkan hasil tanaman tersebut pada
masa kini adalah lumayan. Oleh itu, zakat dikenakan berdasarkan'illoh kekayaan. Bagi
pengusaha tanaman yang memperoleh hasil melebihi nisab zakat, maka wajar dikenakan
zakat.Pertanian dalam kategori ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian:

a.

Jangka Panjang dan Hasil Tidak Tahan Lama
Tanaman jangka panjang ialah tanaman yatg penanaman pada satu kohot dapat
memberi hasil berkekalan pada jangka masa yang panjang. Tanaman dalam
kategori ini berpanjangan dan beberapa kali dalam setahun seperti kelapa sawit,
kelapa dan dusun buah-buahan. Memandangkan hasil dikutip secara berkekalan,

maka syarat zakatke atasnya memerlukan syarat haul dan syarat nisab berdasarkan
nilainya. Zakatboleh dikenakan berdasarkan jumlah hasil tahunan dengan kadar
2.5Yo berdasarkan nilainya.

b.

Jangka Pendek dan Hasil Tidak Tahan Lama
Sesuatu tanaman itu dianggap tanaman jangka pendek

jika penanaman asal musnah

dan penanaman baru perlu dibuat semula selepas sekali tuai, misalnya hasil tomato,

sa).uran, kacang panjang dan pisang. Memandangkan hasil dikutip secara jangka
pendek maka syarat zakat yang perlu adalah syarat nisab tanpa syarat haul Zakat
yang dikenakan adalahmengikut nilai semasa bagi kadar zakatpadi iaitu 10 awsuq
atau menyamai 1920 kilogram sebelum diproses menjadi beras dan lima awsuq
atau menyagrai 960 kilogram bagi yang telah diproses menjadi beras.

I

i
t

Semua perbincangan tentang taksiran dan perakaunanzakatbagi tanaman-tanaman
yang bukan dalam kategori makanan asasi dan tahan lama apabila disimpan dirumuskan
seperti dalam Jadual2.

t
i
i

J

Sifat Fizikal
Hasil Pertanian

i..

r
r

1. Bukan Makanan

t
r

adual 2 : Zakat P ertanian Sumber I kht il af

'lllah

Kategori/

Syarat

Zil