SEJARAH PELABURAN BRITISH DI SEMENANJUNG
Sejarah Pelaburan British di Semenanjung Tanah Melayu, 1910-1941
Abstrak
Kajian ini akan melihat dan menganalisis sejarah pelaburan British di Semenanjung Tanah Melayu pada tempoh
tahun 1910-1941. Kajian ini akan melihat sektor-sektor yang terlibat, faktor-faktor yang menyumbang kepada
pelaburan dan juga pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan pelaburan British Kajian ini juga akan melihat
sejarah sistem kewangan Semenanjung Tanah Melayu. Kajian ini juga akan melihat dasar kerajaan British dalam
membantu penguasaan mereka ke atas ekonomi Semenanjung Tanah Melayu, dan juga kesannya terhadap
ekonomi Semenanjung Tanah Melayu itu sendiri.
Pendahuluan
Pada zaman kolonial, pelaburan asing adalah dalam sektor getah 1 dan bijih timah.2 British merupakan
penyumbang utama modal pelaburan.3 Ia tertumpu kepada kerja pengekstrakan dan pengeluaran bahan-bahan
mentah dan komoditi utama4 kerana ekonomi Semenanjung Tanah Melayu ketika itu bergantung kepada
penghasilan komoditi utama dan barang mineral. Semenanjung Tanah Melayu ketika itu diperintah oleh dua
lapisan kerajaan, metropolitan dan tempatan.5 Pejabat Kolonial adalah jabatan utama kerajaan imperialis pusat
1
Untuk maklumat mengenai pembangunan industri getah Semenanjung Tanah Melayu, sila lih. Drabble,
J.H., Rubber in Malaya 1876-1922: The Genesis of the Industry, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1973.
Lih. juga Drabble, J.H., Malayan Rubber: The Interwar Years, Macmillan, London, 1991. Lih. juga Bauer, P.T.,
The Rubber Industry: A Study in Competition and Monopoly, Longman, London, 1948. Lih. juga Voon Phin
Keong, Western Rubber Planting Enterprise in Southeast Asia, 1876-1921, University Malaya Press, Kuala
Lumpur, 1976.
2
Shakila Yacob, The United States and the Malaysian Economy, Routledge, London, 2008, hlm. 1.
Lih. juga Sumafiiatiee binti Sulong, Kesan dan Peranan Pelaburan Langsung Asing Ke Atas Pertumbuhan
Ekonomi Malaysia, Tesis Sarjana Ekonomi, Universiti Utara Malaysia, 2003, hlm. 10.
3
Kanapathy, V., Foreign Investment in Malaysia: Experience and Prospects, Nanyang University,
Singapore, 1971, hlm. 2. Lih. juga Callis, Helmut G., Foreign Capital In Southeast Asia, Arno Press Inc, New
York, 1976, hlm. 52,55. Walaupun pengagihan modal oleh warganegara asing tidak boleh dianggarkan dengan
tepat, boleh dikatakan bahagian pelaburan British melebihi 70 peratus daripada jumlah pelaburan asing di
Semenanjung Tanah Melayu. Lih. juga Sieh Lee Mei Ling, Menangani Cabaran Dunia: Strategi Globalisasi di
Malaysia, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, Kuala Lumpur, 2007, hlm. 24. Pelaburan British
dianggarkan bernilai 33 juta pound sterling pada tahun 1913 dan kira-kira 108 juta pound pada tahun 1930. Lih.
juga Junid Saham, British Industrial Investment in Malaysia, 1963-1971, Oxford University Press, Kuala
Lumpur, 1980.
4

Singapore, 1971 hlm. 2. Lih juga Hla Myint, Export and Economic Development of Less Developed Countries
dlm. Eicher, Carl K., & Steaz, John M. (pnyt.), Agricultural Development in the Third World, The Johns Hopkin
University Press, Baltimore, 1984.
5
Shakila Yacob, The United States and the Malaysian Economy, Routledge, London, 2008, hlm. 7.
Pentadbiran kolonial British mengambil pelbagai bentuk di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk Petempatan
Selat, sila lih. Emerson, R., Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule, University of Malaya Press, Kuala
Lumpur, 1964. Untuk Sistem Residen, sila lih. Gullick, J.M., Malaya, Ernest Benn, London, 1964, hlm. 41. Lih.
juga Gullick, J.M., Rulers and Residents: Influence and Power in the Malay States, 1870-1920, Oxford
University Press, Singapore, 1992. Untuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu, sila lih. Chew, E., Swettenham and
British Residential Rule in West Malaya dlm. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society 5,
1974, hlm. 165-178. Untuk Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, sila lih. Shakila Yacob, The United States
and the Malaysian Economy, Routledge, London, 2008, hlm. 8, 73. Untuk pentadbiran Singapura, sila lih. Khoo
Kay Kim, The Municipal Government of Singapore, 1887-1940, Academic exercise, Dept. of History,
University of Malaya, 1960. Untuk Persekutuan Tanah Melayu 1948, sila lih. Ding, C.H., History of the Straits
Settlements Foreign Trade, 1870-1915, National Museum, Singapore, 1978. Lih. juga Huff, W.G., The
Economic Growth of Singapore: Trade and Development in the Twentieth Century, Cambridge University Press,
Cambridge, 1994. Lih. juga Harper, T.N., The End of Empire and the Making of Malaya, Cambridge University
Press, Cambridge, 1999, hlm. 376. Untuk ancaman komunis, sila lih. Ramakrishna, K., ‘Transmogrifying’
Malaya: the impact of Sir Gerald Templer (1952-54) dlm. Journal of South East Asian
1
di Britain dan mempunyai kuasa tertinggi untuk menjalankan kuasa penuh ke atas hal ehwal luar negeri di
dalam empayar British.6
Sumber utama modal bagi sektor getah datangnya pasaran modal British. Perubahan dalam revolusi
pengangkutan di Eropah telah membawa kepada penemuan dan penciptaan motokar. Hal isi secara tidak
langsung menyebabkan berlakunya permintaan yang tinggi terhadap getah yang digunakan sebagai tayar
berangin bagi kenderaan tersebut.7 Semasa ledakan harga getah pada tahun 1909-11,8 syarikat getah British
meraih keuntungan besar yang membolehkan mereka untuk membayar dividen setinggi 30 ke 40 peratus.9
Dividen besar ini menimbulkan minat pelabur British untuk melabur dalam syarikat getah di pasaran modal
British.10
Terdapat pertubuhan perdagangan yang memainkan peranan dalam mempengaruhi pembuatan keputusan
ekonomi Semenanjung Tanah Melayu. Pada tahun 1910, Agensi Maklumat Semenanjung Tanah Melayu
ditubuhkan untuk menyediakan maklumat tentang peluang perniagaan dan menyelesaikan isu berhubung
perdagangan dan pelaburan antara British dan Semenanjung Tanah Melayu. 11 Pertubuhan British Semenanjung
Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1920 bagi menjaga kepentingan British di Petempatan Selat dan Negerinegeri Melayu.12 Pertubuhan Penanaman Getah ditubuhkan pada tahun 1907 untuk mengawal industri getah
Semenanjung Tanah Melayu.13 Bagi kepentingan perlombongan, The Federated Malay States Chamber of
Mines ditubuhkan bagi mewakili kepentingan syarikat perlombongan British dan tempatan.14
Studies 32 (1), 2001, hlm. 79-92. Lih. juga Stockwell, A..J., British Policy and Malay Politics during the
Malayan Union Experiment, 1942-48, Malayan Branch of Royal Asiatic Society, Kuala Lumpur, 1979. Lih. juga
Stockwell, A.J., “A Widespread and Long-concocted Plot to Overthrow the Government in Malaya”?: The
Origins of the Malayan Emergency dlm. Journal of Imperial and Commonwealth History 21 (3), 1993, hlm. 6668.
6
Untuk maklumat lebih lanjut, sila lih. Thio, E., British Policy in The Malaya Peninsula, 1880-1910,
University of Malaya Press, Singapore, 1969, hlm. xii-xv.
7
Drake, P.J., Currency, Credit and Commerce: Early Growth in Southeast Asia, Ashgate Publishing
Limited, Hampshire, 2004, hlm. 34, 56. Lih juga Lee Sheng-yi, The Monetary and Banking Development of
Singapore and Malaysia, Singapore University Press, National University of Singapore, Singapore, 1974, hlm.
41. Lih. juga Jomo K.S, Warisan Ekonomi Mahathir, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala
Lumpur, 2010, hlm. 184.
8
Yoshimura Mako, Japan’s Economic Policy for Occupied Malaya dlm. Yoji Akashi & Yoshimura Mako
(pnyt.), New Perspectives on the Japanese Occupation in Malaya and Singapore, 1941-1945, NUS Press,
Singapore, 2008, hlm. 121. Lht. juga Muhamad Ridzuan Amin, Perkembangan Ekonomi di Malaysia, Mika
Cemerlang Sdn. Bhd, Subang Jaya, 2009, hlm. 11.
9
Poroor Radhakrishnan, The Role Of Rubber In The West Malaysian Economy, Tesis Ph.D., Stanford
University, 1974, hlm. 35. Lih. juga Figart, D.M., The Plantation Rubber Industry in the Middle East,
Government Printing Office, Washington, D.C., 1925, hlm. 93. Lih. juga Li Dun Jen, British Malaya: An
Economic Analysis, Ed. ke-2, Institute of Social Analysis, Petaling Jaya, 1982. Menurut Li Dun Jen, dalam
tahun 1910 sesetengah syarikat getah British di Semenanjung Tanah Melayu telah membayar dividen setinggi
300%.
10
Lih. Drake, P.J., Currency, Credit and Commerce: Early Growth in Southeast Asia, Ashgate Publishing
Limited, Hampshire, 2004, hlm. 34. Ladang-ladang getah bagaimanapun tertumpu di kawasan barat-pusat dan
selatan- barat Semenanjung Tanah Melayu, di mana terdapat pengangkutan yang cekap dan rangkaian
komunikasi sudah wujud, lantas memudahkan dan mengurangkan harga bagi eksport getah dan import bekalan
dan buruh. Lih. juga Lim Chong Yah, Economic Development of Modern Malaya, Oxford University Press,
Kuala Lumpur, 1967, hlm. 108-109. Beliau mengkaji berasingan mengenai pengeluaran primer, penduduk,
pengurusan kewangan dan infrastruktur.
11
Stahl, K.M., The Metropolitan Organization of British Colonial Trade, Faber and Faber, London,
1951, hlm. 71-73.
12
Lih. ibid., hlm. 76-78. Lih. juga Yeo Kim Wah, The Politics of Decentralisation: Colonial Controversy
in Malaya 1920-29, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1982, hlm. 340.
13
Lih. Shakila Yacob, The United States and the Malaysian Economy, Routledge, London, 2008, hlm. 7.
Pertubuhan Penanaman Getah dianggotai oleh Semenanjung Tanah Melayu, Sri Lanka, Indonesia, Burma,
Nigeria dan Ghana, mengawal 1.75 juta hektar ladang getah menjelang tahun 1950-an. Agensi getah lain ialah
United Planting Association of Malaya yang yang ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1934.
Lih. juga White, N.J., Business, Government, and the End of Empire: Malaya, 1942-1957, Oxford University
Press, Kuala Lumpur, 1996, hlm. 30-33.
14
Ibid., hlm. 30-33.
2
Syarikat-syarikat perdagangan British memainkan peranan penting dalam mempromosikan industri getah
di kalangan pelabur British. Syarikat-syarikat perdagangan seperti Harrison and Crosfield, Bousted Buttery
Estate Agency, Guthrie and Company, Barlow and Company, dan Sime Darby15 telah terlibat dalam
perdagangan eksport dan import Semenanjung Tanah Melayu selama beberapa dekad sebelum pengenalan getah
lagi. Syarikat-syarikat ini telah membina reputasi dalam integriti kewangan di British dan Semenanjung Tanah
Melayu.16 Tambahan lagi, mereka juga mempunyai jaringan dengan komuniti penanaman Eropah, pegawaipegawai pemerintah, dan keadaan ekonomi di Semenanjung Tanah Melayu.
Syarikat-syarikat perdagangan ini menjadi pengantara antara sumber modal asing, pelabur British, dan
pengguna modal asing iaitu industri perladangan di Semenanjung Tanah Melayu. Rumah agensi dikekalkan
sebagai ejen pengurusan syarikat British di Semenanjung Tanah Melayu.17 Selain pelabur British, pelabur dari
Eropah turut melabur ketika harga getah melambung, malah termasuk juga syarikat industri Barat yang
berasaskan getah, walaupun penglibatannya kurang ketara. 18 Keghairahan modal Amerika Syarikat19 dan Jepun
yang ditunjukkan dalam pelaburan ladang getah di Semenanjung Tanah Melayu telah membawa kepada
penguatkuasaan Enakmen (Sekatan) Tanah Getah pada tahun 1917.20 Melalui Rancangan Peraturan Getah
Antarabangsa, ladang-ladang besar British dengan kerjasama kuasa Eropah berjaya memasuki lebih dalam
pasaran getah asli dengan membeli hak eksport daripada pengeluar kecil tempatan.21
15

University, California, 1974, hlm 35. Lih. juga Muhamad Ridzuan Amin, Perkembangan Ekonomi di Malaysia,
Mika Cemerlang Sdn. Bhd, Subang Jaya, 2009, hlm. 12. Lih. juga Drake,P.J., Currency, Credit and Commerce:
Early Growth in Southeast Asia, Ashgate Publishing Limited, Hampshire, 2004, hlm. 56, 57.
16
Lih. ibid., hlm. 56, 57. Syarikat-syarikat perdagangan ini sudah mempunyai pengetahuan pemasaran,
pembiayaan dan jaringan perhubungan yang kuat di British, dan mempunyai pengalaman dan agensi dalam
perkapalan dan insurans. Tambahan pula, mereka dalam beberapa tahun telah terlibat dengan pembukaan
Semenanjung Tanah Melayu untuk pertanian komersil berskala besar. Apa paling penting, imej baik mereka
dalam jaringan perdagangan London memberikan jaminan untuk masyarakat British melabur dalam syarikatsyarikat getah baru yang ditubuhkan dengan bantuan syarikat-syarikat perdagangan.
17
Lih. ibid., hlm. 35. Pelabur Barat bersedia untuk membiayai pengembangan industri getah kerana
syarikat-syarikat yang menjemput mereka untuk melabur, mendapat sokongan dari rumah-rumah agensi yang
biasa dengan keadaan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu. Lht. juga Allen, G.C., & Donnithorne, A.G.,
Western Enterprise in Indonesia and Malaya: a study in economic development, Allen and Unwin, London,
1962. Untuk maklumat lanjut tentang peranan Rumah Agensi di Semenanjung Tanah Melayu, sila lih. Lee
Sheng-yi, The Monetary and Banking Development of Singapore and Malaysia, Singapore University Press,
National University of Singapore, Singapore, 1974, hlm 46-79. Lih. juga Stahl, K.M., The Metropolitan
Organization of British Colonial Trade: four regional studies, Facer & Faber, London, 1951.
18
Voon Phin Keong, Western Rubber Enterprise in Southeast Asia 1876-1921, University of Malaya
Press, Kuala Lumpur, 1976, hlm. 150. Daripada 1,034 orang pengarah syarikat getah di Semenanjung Tanah
Melayu pada tahun 1914-15, seramai 1,025 orang daripada mereka adalah warganegara British, sementara
sembilan orang pengarah yang lain terdiri daripada warganegara Belgium dan Perancis.
19
Lih. Shakila Yacob, The United States and the Malaysian Economy, Routledge, London, 2008, hlm.
31. Industri getah Semenanjung Tanah Melayu menarik minat beberapa syarikat getah Amerika Syarikat untuk
melabur. Pada tahun 1905, Malacca Rubber Company ditubuhkan, dan menjelang tahun 1911 ia menjadi salah
sebuah pengeluar terbesar di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Malacca
Rubber Company, sila lih. Sodhy, P., The US-Malaysian Nexus: Themes in Superpower-Small State Relations,
ISIS, Kuala Lumpur, 1991, hlm. 12. Dua lagi syarikat getah Amerika Syarikat, Pahang Rubber Company Ltd di
Pahang dan Tanjong Olak Rubber Plantation Company di Johor telah ditubuhkan pada tahun 1906 dan 1907.
20
Lih. Drable, J.H., Rubber in Malaya, 1876 - 1922: The Genesis of the Industry, Oxford University
Press, Kuala Lumpur, 1973, hlm. 187-188. Enakmen ini menentukan semua lot tanah melebihi 50 ekar yang
akan ditanam getah hanya diberi milik kepada warganegara British, rakyat kepada Raja-raja Melayu, syarikat
yang telah didaftarkan di Empayar British ataupun penduduk yang telah bermastautin di Semenanjung Tanah
Melayu sekurang-kurangnya tujuh tahun. Lih. juga Yuen Choy Leng, Japanese Rubber and Iron Investments in
Malaya, 1900-1941 dlm Wolf Mendl (pnyt.), Japan And South East Asia: From the Meiji Restoration to 1945,
Routledge, London, 2001, hlm. 126, 128. Enakmen no. 1 pada tahun 1917 bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu
adalah enakmen yang mengenakan sekatan ke atas pemberian hakmilik dan urusan tanah getah di kawasan yang
besar. Lih. juga Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 (Tumpuan di Negeri
Kedah), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1992, hlm. 78. Lih. juga Yoji Akashi, The Nanyo Kyokai
and British Malaya and Singapore, 1915-45 dlm. Yoji Akashi & Mako Yoshimura (pnyt.), New Perspectives on
the Japanese Occupation in Malaya and Singapore, 1941-1945, NUS Press, Singapore, 2008, hlm. 26.
21
3
Selain modal dalam sektor utama, British juga melabur dalam bidang perdagangan 22 dan pengangkutan23
untuk memastikan barang utama dapat dieksport, dan juga barang pembuatan dapat diimport dari negara
mereka. Sumbangan utama British secara langsung kepada pembangunan ekonomi adalah membina jalan
keretapi dan jalan raya bagi pentadbiran dan menghubungkan lombong dengan pelabuhan.24 Asas kepada sistem
cukai British adalah duti timah yang menghasilkan pendapatan yang besar dan semakin meningkat hasil ledakan
perlombongan berterusan.25 Sebelumnya, sungai telah digunakan untuk mengangkut bijih timah ke pantai dan
bekalan kepada pelombong. Tetapi pengembangan besar dan pesat industri perlombongan telah membawa
kepada lalu lintas sibuk, yang seterusnya memberikan bebanan terhadap kapasiti sistem sungai.
British mendapati landasan keretapi ialah pengangkutan yang lebih cekap. Antara tahun 1885 dan 1895,
empat landasan telah diletakkan, setiap satunya menyambungkan sebuah pelabuhan pantai dengan lombong
bijih timah di Utara-Barat atau Barat-Tengah Semenanjung Tanah Melayu.26 Menjelang tahun 1903 landasan
Utara-Selatan telah menghubungkan bandar-bandar perlombongan, dan menjelang tahun 1910 landasan ini yang
dibiayai sepenuhnya daripada hasil Negeri-negeri Melayu Bersekutu, telah menghubungkan Prai dan Johor
Bahru.27 Pembinaan landasan keretapi terus menggalakkan perladangan dan perlombongan dengan
mengurangkan kos. Ia memberikan pendapatan besar kepada kerajaan dalam bentuk duti getah dan bijih timah
serta pendapatan mereka sendiri.28
Apabila aktiviti eksport British semakin meningkat, ini menyumbang kepada peningkatan bilangan bank
British dan ini membawa kepada suatu corak kawalan ke atas bidang perdagangan dan pelaburan demi
memenuhi keperluan British, seterusnya kelahiran suatu corak penjajahan dari segi pelaburan asing.29 Daripada
11 bank asing30 yang beroperasi di Semenanjung Tanah Melayu pada masa itu, tidak kurang tujuh daripadanya
Callis, Helmut G., Foreign Capital in Southeast Asia, Arno Press Inc, New York, 1976, hlm.52.
Sieh Lee Mei Ling, Menangani Cabaran Dunia: Strategi Globalisasi di Malaysia, Institut Terjemahan
Negara Malaysia Berhad, Kuala Lumpur, 2007, hlm. 24.
23

Limited, Hampshire, 2004, hlm. 41.
24
Ibid., hlm. 26.
25
Ibid., hlm. 27. Lih. juga Chai Hon Chan, The Development of British Malaya, 1896-1909, Oxford
University Press, Kuala Lumpur, 1967, hlm. 20.
26

Limited, Hampshire, 2004, hlm. 27.
27

University Press, Kuala Lumpur, 1967, hlm. 71.
28
Kratoska, Paul H., The Japanese Occupation of Malaya: a Social and Economic History, 1941-45, C.
Hurst and Co. (Publishers) Ltd, London, 1998, hlm. 223.
29

Singapore, 1971, hlm. 3. Untuk maklumat lanjut mengenai perbezaan pelaburan asing antarabangsa pada kurun
ke-19 dan 20, sila lih. Nurkse, R., The Problem of International Investment Today in the Light of Nineteenth
Century Experience dlm. Economic Jurnal 64, 1954, hlm. 744-758. Lih. juga Hirschman, A.O., How to Divest
in Latin America and Why, Essays in International Finance No. 76, Princeton University, New Jersey, 1969. Lih.
juga Callis, Helmut G., Foreign Capital In Southeast Asia, Arno Press Inc, New York, 1976, hlm. 51. Pendapat
yang diberikan beliau adalah hasil temuramah dengan Prof. Van Gelderen di Geneva, 1939. Lih. juga
Hla Myint, The Economics of the Developing Countries, Hutchingson, London, 1964. Lih. juga Puthucheary,
J.J., Ownership and Control in the Malayan Economy, Donald Moore, Singapore, 1960. Lih. juga Khor Kok
Peng, The Malaysian Economy: Structures and Dependence, Marican & Sons Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 1983.
30
Lih. Lee Sheng-yi, The Monetary and Banking Development of Singapore and Malaysia, Singapore
University Press, National University of Singapore, Singapore, 1974, hlm. 39. Bank asing ditubuhkan bagi
tujuan pembiayaan dan menggalakkan perdagangan antara negara-negara Barat dengan Semenanjung Tanah
Melayu, dengan mendorong aliran modal dari negara-negara Barat ke Semenanjung Tanah Melayu. Lih. juga
Kanapathy, V., Foreign Investment in Malaysia: Experience and Prospects, Institute of Business Studies,
College of Graduate Studies, Nanyang University, Singapore, 1971, hlm. 6. Tujuan utama penubuhan bank-bank
asing adalah untuk perkhidmatan industri negara mereka, dan mengambil bahagian dalam keuntungan deposit
perbankan dan perniagaan perbankan antarabangsa.
22
4
adalah bank milik British atau dikawal British.31 Antaranya ialah Chartered Bank of India, Australia and China,
Hong Kong and Shanghai Banking Corporation dan Mercantile Bank of India.32
Bank-bank British adalah perintis perbankan di Semenanjung Tanah Melayu. 33 Perniagaan awal mereka
adalah kebanyakannya dalam pertukaran, pada mulanya emas dengan perak, dan kemudian sterling dengan dolar
tempatan.34 Sejarah sistem kewangan Semenanjung Tanah Melayu bermula dengan Ordinan Wang Kertas 1899
dan Reformasi Mata Wang 1903-1906,35 yang telah menubuhkan sistem Lembaga Mata Wang36 dan taraf
pertukaran Sterling. Perundangan berikutnya seperti Ordinan Mata Wang 1938, dan Perjanjian Mata Wang
Semenanjung Tanah Melayu dan British Borneo tahun 1950 dan 1960 bertujuan membuat pindaan kepada
sistem Lembaga Mata Wang.37 Singapura menjadi pusat bagi kegiatan kewangan dan perbankan di Semenanjung
Tanah Melayu ketika itu.38 Ia juga menjadi pusat maklumat untuk kegiatan perdagangan dan peluang pelaburan,
perkembangan perladangan, konsesi perlombongan dan petroleum di Semenanjung Tanah Melayu. 39
31
Lih. Rubi Ahmad & Sieh Lee Mei Ling, Sektor Kewangan dlm. Sieh Lee Mei Ling (pnyt.). Menangani
Cabaran Dunia: Strategi Globalisasi di Malaysia, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, Kuala Lumpur,
2007, hlm. 328. Dari segi sejarah, keperluan untuk berada di tempat yang sama dengan pelanggan mereka
adalah sebab yang membawa syarikat-syarikat kewangan ke Semenanjung Tanah Melayu pada lewat kurun ke
-19. Peranan mereka adalah untuk memberikan perkhidmatan pertukaran asing kepada pedagang asing,
selalunya mereka yang berasal dari negara yang sama.
32
Callis, Helmut G., Foreign Capital in Southeast Asia, Arno Press Inc, New York, 1976, hlm. 52. Lih.
juga Lee Sheng-yi, The Monetary and Banking Development of Singapore and Malaysia, Singapore University
Press, National University of Singapore, Singapore, 1974, hlm. 47. Dengan perkembangan pesat industri getah
dan bijih timah, bank-bank ini mula mendirikan cawangan dan agensi di banyak bandar di Semenanjung Tanah
Melayu. Lih. juga ibid., hlm. 41. Terdapat juga bank Belanda dan Amerika Syarikat seperti Nederlandsche
Handel-Maatschappij N.V. dan First National City Bank of New York. Lih. juga ibid., hlm. 48. Dua bank British
yang lain ialah P. And O. Banking Corporation dan Eastern Bank. Lih. juga ibid., hlm 49. Dua bank Jepun yang
aktif sebelum Perang Dunia Kedua ialah Bank of Taiwan dan Yokohama Specie Bank. Keduanya ditutup
menjelang penghujung Perang Dunia Kedua. Untuk maklumat lanjut, sila lht. Iwao Hino & Raja Singam, Straits
Settlements Police Journal, t.tp: t.pt., 1927, hlm. 180.
33
Rubi Ahmad & Sieh Lee Mei Ling, Sektor Kewangan dlm. Sieh Lee Mei Ling (pnyt.), Menangani

2007, hlm. 317.
34
Drake, P.J., Financial Development in Malaysia and Singapore, Australian National University Press,
Canberra, 1969.
35

University Press, National University of Singapore, Singapore, 1974, hlm. 28-29. Kajian ke atas perdagangan
dan pelaburan asing di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 menunjukkan
bahawa penubuhan Lembaga Mata Wang tahun 1899 dan Reformasi Mata Wang tahun 1903-1906, bersamasama faktor lain telah menggalakkan perkembangan ekonomi, menggalakkan perdagangan dan pembangunan di
Semenanjung Tanah Melayu. Faktor-faktor lain itu ialah peningkatan permintaan dunia terhadap getah dan bijih
timah, kawalan British ke atas Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang mengeluarkan bijih timah, peningkatan
keadaan buruh, dan polisi tanah lombong British. Selepas Reformasi Mata Wang, Pelaburan British dan negara
Eropah lain dalam sektor getah dan bijih timah telah meningkat dengan ketara. Reformasi Mata Wang berlaku
ketika tahap pengembangan industri getah Semenanjung Tanah Melayu, dan ia menjamin pelabur asing akan
kestabilan nilai pelaburan modal mereka dalam sektor getah dari segi pound sterling. Lih. juga Wong Lin Ken,
The Malayan Tin Industry to 1914, University of Arizona Press, Tucson, 1965, hlm. 211-239.
36

University Press, National University of Singapore, Singapore, 1974, hlm. 29. Aktiviti utama Lembaga Mata
Wang adalah menguruskan pengagihan keuntungan mata wang, peratusan rizab mata wang, dasar pelaburan,
memudahkan urusan akaun pada tempoh awal, peraturan-peraturan mengenai bahagian duit syiling atau cecair,
dan pergerakan terhad ke atas kadar pertukaran dolar dan sterling, seperti perbezaan di antara kadar membeli
dan menjual bagi Pesuruhjaya British.
37
Ibid., hlm. 27.
38
Ibid., hlm. 6. Lih. juga Jomo K.S, Warisan Ekonomi Mahathir, Utusan Publications & Distributors Sdn
Bhd, Kuala Lumpur, 2010, hlm. 186. Kepentingan perdagangan British di rantau ini tertumpu di Singapura yang
5
Selain daripada getah, British juga mempunyai kepentingan besar dalam tembakau, kelapa dan ladang
kelapa sawit.40 Perusahaan British, Boystead and Company Ltd., telah membuka sebuah kilang beras41 yang
moden di Tumpat (Kelantan) pada tahun 1936. Dalam industri peleburan timah, dua syarikat British iaitu
Syarikat Straits Trading dan Syarikat Eastern Smelting mempunyai hak monopoli.42 Skim Peraturan Timah
Antarabangsa adalah instrumen penting British bagi melindungi pelaburan besar yang dibuat dalam bidang ini.43
British juga mempunyai kepentingan dalam sumber mineral yang lain. Lombong emas yang paling penting di
Semenanjung Tanah Melayu, dimiliki oleh Syarikat Raub-Australian Gold Mining44 Arang batu dilombong di
Batu Arang, Selangor oleh Syarikat Malayan Collieries. 45 Bijih tungsten pula diperoleh dari lombong tunggal di
Pulai, Perak. Pengeluaran besar-besarannya menyebabkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu muncul sebagai
pengeluar keempat terbesar bijih tungsten di dunia.46
Dalam menghadapi persaingan Jepun dalam industri tekstil,47 British memperkenalkan sistem kuota tekstil
pada tahun 1934 yang menghidupkan semula import barangan Lanchashire ke Semenanjung Tanah Melayu. 48
Pada tahun 1938 kedudukan British bertambah kukuh, apabila Jepun kehilangan sebahagian besar urusan
menjadi pelabuhan terunggul di rantau ini dan salah satu pelabuhan terkemuka di dunia sebelum merdeka. Lih.
juga Shakila Yacob, The United States and the Malaysian Economy, Routledge, London, 2008, hlm. 15. Lih.
juga Brock K.S., Indigenous Banking in the Early Period of Development: the Straits Settlements 1914-1940
dlm. Malayan Economic Review 16 (1), 1971, hlm. 57-75.
39
Shakila Yacob, The United States and the Malaysian Economy, Routledge, London, 2008, hlm. 15. Lih.
juga Brown, I., The British Merchant Community in Singapore and Japanese Commercial Expansion in the
1930s dlm. Sugiyama, S. & Guerrero, M. C. (pnyt.), International Commercial Rivalry in Southeast Asia in the
Interwar Period, Yale Center for International and Area Studies, New Haven, CT, 1994, hlm. 111-132.
40

juga Muhamad Ridzuan Amin, Perkembangan Ekonomi di Malaysia, Mika Cemerlang Sdn. Bhd., Subang Jaya,
2009, hlm. 14. Secara umumnya, penanaman kelapa sawit di Semenanjung Tanah Melayu telah dimulakan
sebagai tanaman hiasan pada tahun 1875 hingga tahun 1917. Dalam tahun 1917 hingga 1957, kelapa sawit telah
ditanam secara komersil oleh seorang peladang berbangsa Perancis, M. Henri Fouconnier di Selangor.
41
Untuk maklumat lanjut mengenai sejarah penanaman beras di Semenanjung Tanah Melayu semasa
pendudukan British, sila lih Kratoska, Paul H., Rice Cultivation and the Ethnic Division of Labor in British
Malaya dlm. Comparative Studies in Society and History 24 (2), 1982, hlm. 280-314. Lih. juga Ding Eing Tan
Soo Hai, The Rice Industry in Malaya 1920-40, Singapore: Malaya Publishing House, 1963, hlm. 17-19. Lih.
juga Ness, G., Bureaucracy and Rural Development in Malaysia, University of California Press, Berkeley, 1967,
hlm. 31. Lih. juga Lim Chong-yah, Economic Development of Modern Malaya, Oxford University Press, Kuala
Lumpur, 1967, hlm. 175. Lih. juga Lim Teck Gee, Peasants and their Agricultural Economy in Colonial
Malaya, 1874-1941, University Press, Kuala Lumpur, 1977, hlm. 186-188. Lih. juga Stenson, M., Class, Race
and Colonialism in West Malaysia, University of Queensland Press, St. Lucia, Queensland, 1980, hlm. 4. Lih.
juga fail Selangor Secretariat (Sel Sec), No. 4599/1923. Lih. juga Grist, D.H., Malayan Agricultural Statistics,
1940, Department of Agriculture, Straits Settlements and Federated Malay States, Kuala Lumpur, 1941. Lih.
juga Federated Malay States & Rice Cultivation Committee, Report of the Rice Cultivation Committee,
Federated Malay States Govt. Press, Kuala Lumpur, 1931. Lih. juga Royal Commonwealth Society,
Proceedings of the Royal Colonial Institute, Vol. 23, t.tp: t.pt., 1892, hlm. 28-29. Lih. juga Birch, E.W., A
Memorandum upon the Subject of Irrigation, Selangor Government Printing Office, Kuala Lumpur, 1898, hlm.
11-14. Lih. juga Hill, R.D., Rice in Malaya: A Study in Historical Geography, Oxford University Press, Kuala
Lumpur, 1977. Lih. juga Cheng Siok-hwa, The Rice Industry of Malaya: A Historical Survey dlm. Journal of
the Royal Asiatic Society, Malaysian Branch (JMBRAS) 42 (2), 1969, hlm. 130-144. Lih. juga Jackson, J.C.,
Rice Cultivation in West Malaysia dlm. ibid. 42 (2), 1972, hlm. 76-96. Lih. juga Goldman, R.H., Staple Food
Self-Sufficiency and the Distributive Impact of Malaysian Rice Policy dlm Food Research Institute Studies 14
(3), 1975, hlm. 251-293. Lih. juga Jomo, K.S., Class Formation in Malaya: Class Formation in Malaya:
Capital, the State and Uneven Development, Disertasi Ph.D., Harvard University, 1977. Lih. juga Selvadurai, S.,
Padi Farming in West Malaysia, Publications Unit, Ministry of Agriculture and Fisheries, Kuala Lumpur, 1972.
42
Callis, Helmut G., Foreign Capital in Southeast Asia, Arno Press Inc, New York, 1976, hlm. 53.
43
Perjanjian baru ini berkuatkuasa pada 1 Januari, 1937, dan berfungsi selama 5 tahun. BelgiumCongo, Bolivia, Indo-China Perancis, Semenanjung Tanah Melayu, Thailand, Hindia Belanda dan Nigeria
menganggotainya. Separuh dari negara-negara ini terletak di Asia Tenggara.
44

45
Ibid., hlm. 54. Lih. juga Kratoska, Paul H., The Japanese Occupation of Malaya: a Social and
Economic History, 1941-45, C. Hurst and Co. (Publishers) Ltd, London, 1998, hlm. 20.
46
Callis, Helmut G., Foreign Capital in Southeast Asia, Arno Press Inc, New York, 1976, hlm. 54.
6
perdagangan melalui tindakan masyarakat Cina yang memboikot barangan Jepun akibat konflik di Timur Jauh. 49
Menjelang tahun 1938, British merupakan peneraju di kalangan pembekal Semenanjung Tanah Melayu.
Walau bagaimanapun, tidak seperti getah asli, perdagangan dan perbankan, pemilikan asing dalam industri
perlombongan bijih timah dikongsi bersama negara-negara maju, dengan sebahagian besar pemilikan adalah
British.50 Industri perlombongan timah telah menarik kemasukan Amerika Syarikat, Australia dan Perancis.51
Selepas pertengahan abad ke 19, Semenanjung Tanah Melayu telah menjadi sumber utama bijih timah dunia
apabila industri pengetinan bermula ketika Perang Saudara Amerika. 52 Peranan kerajaan British telah
mengalakkan pelaburan British dalam perusahaan perlombongan. 53 Kira-kira 70% daripada pengeluaran bijih
timah adalah daripada lombong pemilikan asing.54
Akibat penjajahan British, 55 ekonomi Semenanjung Tanah Melayu bersifat ekonomi pasaran yang
dikongkong oleh sistem kapitalis antarabangsa dengan pola pembangunannya mengutama dan menguntungkan
para pelabur swasta asing dan sebilangan kecil pengusaha tempatan. Era penjajahan British telah membawa
perubahan dalam struktur ekonomi Semenanjung Tanah Melayu. Kegiatan pertanian Semenanjung Tanah
Melayu berkembang pesat dan ini mendorong British untuk membawa masuk buruh-buruh asing dari negara
47
Lih. Khadijah Md. Khalid & Lee Poh Ping, Whither The Look East Policy, Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2003, hlm. 45. Produk kapas murah Jepun sangat popular di kalangan penduduk
tempatan berbanding dengan yang dihasilkan oleh British dalam tempoh ini. Lih. juga Shakila Yacob, The
United States and the Malaysian Economy, Routledge, London, 2008, hlm. 36. Lih. juga Thompson, V., Japan
Frozen Out of British Malaya dlm. Far Eastern Survey 10 (20), 1941, hlm. 238, 239. Lih. juga Koh Denis Soo
Jin & Tanaka Kyoko, Japanese competition in the trade of Malaya in the 1930s dlm. Southeast Asian Studies 21
(4), 1984, hlm. 375.
48
Callis, Helmut G., Foreign Capital in Southeast Asia, Arno Press Inc, New York, 1976, hlm. 54. Lih.
juga Thompson, V., Japan Frozen Out of British Malaya dlm. Far Eastern Survey 10 (20), 1941, hlm. 239.
49
Lih. Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 (Tumpuan di Negeri
Kedah), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1992 hlm. 79. Pemulauan barangan Jepun oleh orang Cina
berlaku selepas peristiwa Tsinan (1928) dan peristiwa Mukden (1931). Lih. juga Yoji Akashi, The Nanyo
Kyokai and British Malaya and Singapore, 1915-45 dlm. Akashi Yoji & Mako Yoshimura (pnyt.), New
Perspectives on the Japanese Occupation in Malaya and Singapore, 1941-1945, NUS Press, Singapore, 2008,
hlm. 22, 29. Lih. juga Nanyo Kyokai, Nanyo Keizai Kondakai, Nanyo Kyokai, Tokyo, 1940, hlm. 46-50. Lih.
juga Thompson, V., Japan Frozen Out of British Malaya dlm. Far Eastern Survey 10 (20), 1941, hlm. 239. Lih.
juga Yoji Akashi, The Nanyang Chinese anti-Japanese boycott movement, 1908-1928: a study of Nanyang
Chinese nationalism dlm. Journal of the South Seas Society 23 (1/2), 1968, hlm. 69-96. Lih. juga Leong, S., The
Malayan Overseas Chinese and the Sino-Japanese War, 1937-1941 dlm. Journal of Southeast Asian Studies 10
(2), 1979, hlm. 293-320. Lih. juga Ching Hwang Yen, The Overseas Chinese and the Second Sino-Japanese
War, 1937-1945 dlm. Journal of the South Seas Society 52, 1998, hlm. 150-159. Lih. juga Duus, P., Meyers,
Ramon H. & Peattie, Mark R. (pnyt.), The Japanese Informal Empire in China, 1895-1937, Princeton University
Press, Princeton, 1989.
50
Callis, Helmut G., Foreign Capital in Southeast Asia, Arno Press Inc, New York, 1976., hlm. 52, 53.
Di Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang, terdapat 40 syarikat British dengan modal antara 8 hingga 9
juta pound sterling terlibat dalam aktiviti perlombongan bijih timah. Pahang Consolidated Company Ltd adalah
salah satu syarikat lombong timah yang terbesar di dunia.
51

Singapore, 1971, hlm. 3.
52
Jomo K.S, Warisan Ekonomi Mahathir, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur,
2010, hlm. 184.
53
Jomo, Pembangunan Ekonomi Dan Kelas Sosial Di Semenanjung Malaysia, Dewan Bahasa Dan
Pustaka, Kuala Lumpur, 1988, hlm. 198. Faktor yang membolehkan syarikat Barat mengambil alih kawalan
terhadap perusahaan ini daripada pelombong Cina bukan sahaja terdiri daripada faktor ekonomi, tetapi juga
politik. Selain kelebihan mempunyai jumlah modal yang banyak dan kaedah melombong yang lebih cekap
daripada pelombong Cina, syarikat Barat juga mempunyai kelebihan daripada segi sokongan pentadbiran British
di Semenanjung Tanah Melayu, yang dasar rasmi tentu mengutamakan kepentingan British. Pentadbiran British
telah mengenakan beberapa enakmen untuk mengukuhkan kawalan rasmi terhadap perlombongan timah di
semua peringkat dan tiada sesiapa pun dibenarkan membuka lombong tanpa izin kerajaan. Apabila kebenaran
lesen diberikan kepada pelombong, jumlah modal sesebuah firma lombong adalah faktor paling penting yang
mempengaruhi keputusan. Jadi apabila garis panduan ini diperkenalkan, syarikat Barat dengan pelaburan modal
tetap yang besar sudah tentu mempunyai kelebihan daripada pelombong kecil Cina. Lih. juga Yip Yat Hoong,
The Development of the Tin Mining Industry of Malaya, University of Malaya Press, Kuala Lumpur, 1969, hlm.
20-21.
7
India dan China untuk mengusahakan pertanian secara perladangan yang kebanyakannya dimiliki oleh mereka
dan juga sektor perlombongan. Ia juga menandakan bermulanya sejarah baru struktur penduduk Semenanjung
Tanah Melayu dengan menjadi negara majmuk yang mengandungi tiga etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India
sehingga sekarang.
Sumber Rujukan
Allen, G.C. & Donnithorne, A.G. 1962. Western Enterprise in Indonesia and Malaya: a study in economic
development. London: Allen and Unwin.
Bauer, P.T. 1948. The Rubber Industry: A Study in Competition and Monopoly. London: Longman.
Birch, E.W. 1898. A Memorandum upon the Subject of Irrigation. Kuala Lumpur: Selangor Government
Printing Office.
Brock K.S. 1971. Indigenous Banking in the Early Period of Development: the Straits Settlements 1914-1940.
Malayan Economic Review 16 (1): 57-75.
Brown, I. 1994. The British Merchant Community in Singapore and Japanese Commercial Expansion in the
1930s. Dlm. Sugiyama, S. & Guerrero, M. C. (pnyt.). International Commercial Rivalry in Southeast Asia in
the Interwar Period, hlm. 111-132. New Haven, CT: Yale Center for International and Area Studies.
Callis, Helmut G. 1976. Foreign Capital in Southeast Asia. New York: Arno Press Inc.
Carl K., & Steaz, John M. 1984. Agricultural Development in the Third World. Baltimore: The Johns Hopkin
University Press.
Chai Hon Chan. 1967. The Development of British Malaya, 1896-1909. Kuala Lumpur: Oxford University
Press.
Cheng Siok-hwa. 1969. The Rice Industry of Malaya: A Historical Survey. Journal of the Royal Asiatic Society,
Malaysian Branch (JMBRAS) 42 (2): 130-144.
Chew, E. 1974. Swettenham and British Residential Rule in West Malaya. Journal of the Malaysian Branch of
the Royal Asiatic Society 5: 165-178.
Ching Hwang Yen. 1998. The Overseas Chinese and the Second Sino-Japanese War, 1937-1945. Journal of the
South Seas Society 52: 150-159.
Cowan, C.D. 1955. The Origins of British Political Control in Malaya, 1867-1878. Tesis Dr. Falsafah.
University of London.
Ding, C.H. 1978. History of the Straits Settlements Foreign Trade, 1870-1915. Singapore: National Museum.
Ding Eing Tan Soo Hai. 1963. The Rice Industry in Malaya 1920-40. Singapore: Malaya Publishing House.
Drabble, J.H. 1973. Rubber in Malaya 1876-1922: The Genesis of the Industry. Kuala Lumpur: Oxford
University Press.
Drabble, J.H. 1991. Malayan Rubber: The Interwar Years London: Macmillan.
Drake, P.J. 2004. Currency, Credit and Commerce: Early Growth in Southeast Asia. Hampshire: Ashgate
Publishing Limited.
Duus, P., Meyers, Ramon H. & Peattie, Mark R. (pnyt.). 1989. The Japanese Informal Empire in China, 18951937. Princeton: Princeton University Press.
Emerson, R. 1964. Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.
Federated Malay States & Rice Cultivation Committee. 1931. Report of the Rice Cultivation Committee. Kuala
Lumpur: Federated Malay States Govt. Press.
Figart, D.M. 1925. The Plantation Rubber Industry in the Middle East. Washington, D.C.: Government Printing
Office.
Goldman, R.H. 1975. Staple Food Self-Sufficiency and the Distributive Impact of Malaysian Rice Policy. Food
Research Institute Studies 14 (3): 251-293.
Grist, D.H. 1941. Malayan Agricultural Statistics, 1940. Kuala Lumpur: Department of Agriculture, Straits
Settlements and Federated Malay States.
Gullick, J.M.. 1964. Malaya. London: Ernest Benn.
Gullick, J.M. 1992. Rulers and Residents: Influence and Power in the Malay States, 1870-1920. Singapore:
Oxford University Press.
Harper, T.N. 1999. The End of Empire and the Making of Malaya. Cambridge: Cambridge University Press.
Hill, R.D. 1977. Rice in Malaya: A Study in Historical Geography. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
54

Hurst and Co. (Publishers) Ltd, London, 1998, hlm. 20.
55
Untuk maklumat awal kemasukan British ke Semenanjung Tanah Melayu, sila lih. Cowan, C.D., The
Origins of British Political Control in Malaya, 1867-1878, Tesis Dr. Falsafah, University of London, 1955.
8
Hirschman, A.O. 1969. How to Divest in Latin America and Why. Essays in International Finance 76. New
Jersey: Princeton University.
Hla Myint 1964. The Economics of the Developing Countries. London: Hutchingson.
Hla Myint, Export and Economic Development of Less Developed Countries. Dlm. Eicher, Karl K. & Staatz,
John M. (pnyt.). Agricultural Development in the Third World. Baltimore: The Johns Hopkin University
Press.
Huff, W.G. 1994. The Economic Growth of Singapore: Trade and Development in the Twentieth Century.
Cambridge: Cambridge University Press.
Iwao Hino & Raja Singam. 1927. Straits Settlements Police Journal. t.tp: t.pt.
Jackson, J.C. 1972. Rice Cultivation in West Malaysia. Journal of the Royal Asiatic Society, Malaysian Branch
(JMBRAS) 42 (2): 76-96.
Jomo, K.S. 1977. Class Formation in Malaya: Class Formation in Malaya: Capital, the State and Uneven
Development. Disertasi Ph.D. Harvard University.
Jomo. 1988. Pembangunan Ekonomi Dan Kelas Sosial Di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Junid Saham. 1980. British Industrial Investment in Malaysia, 1963-1971. Kuala Lumpur: Oxford University
Press.
Jomo K.S. 2010. Warisan Ekonomi Mahathir. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd,.
Kanapathy, V. 1971. Foreign Investment in Malaysia: Experience and Prospects. Singapore: Nanyang
University.
Khadijah Md. Khalid & Lee Poh Ping. 2003. Whither The Look East Policy. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Khoo Kay Kim. 1960. The Municipal Government of Singapore, 1887-1940. Academic exercise. Dept. of
History, University of Malaya.
Khor Kok Peng. 1983. The Malaysian Economy: Structures and Dependence. Kuala Lumpur: Marican & Sons
Sdn. Bhd.
Koh Denis Soo Jin & Tanaka Kyoko. 1984. Japanese competition in the trade of Malaya in the 1930s.
Southeast Asian Studies 21 (4): 374-399.
Kratoska, Paul H. 1982. Rice Cultivation and the Ethnic Division of Labor in British Malaya. Comparative
Studies in Society and History 24 (2): 280-314.
Kratoska, Paul H. 1998. The Japanese Occupation of Malaya: a Social and Economic History, 1941-45.
London: C. Hurst and Co. (Publishers) Ltd.
Lee Sheng-yi. 1974. The Monetary and Banking Development of Singapore and Malaysia, Singapore: Singapore
University Press, National University of Singapore.
Leong, S. 1979. The Malayan Overseas Chinese and the Sino-Japanese War, 1937-1941. Journal of Southeast
Asian Studies 10 (2): 293-320.
Li Dun Jen. 1982. British Malaya: An Economic Analysis. Ed. ke-2. Petaling Jaya: Institute of Social Analysis.
Lim Chong Yah. 1967. Economic Development of Modern Malaya. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Lim Teck Gee. 1977. Peasants and their Agricultural Economy in Colonial Malaya, 1874-1941. Kuala Lumpur:
University Press.
Mohamad Isa Othman. 1992. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 (Tumpuan di Negeri Kedah).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhamad Ridzuan Amin. 2009. Perkembangan Ekonomi di Malaysia. Subang Jaya: Mika Cemerlang Sdn. Bhd.
Nanyo Kyokai. 1940. Nanyo Keizai Kondakai. Tokyo: Nanyo Kyokai.
Ness, G. 1967. Bureaucracy and Rural Development in Malaysia. Berkeley: University of California Press.
Nurkse, R. 1954. The Problem of International Investment Today in the Light of Nineteenth Century
Experience. Economic Jurnal 64: 744-758.
Poroor Radhakrishnan. 1974. The Role Of Rubber In The West Malaysian Economy. Tesis Ph.D. Stanford
University.
Puthucheary, J.J. 1960. Ownership and Control in the Malayan Economy. Singapore: Donald Moore.
Ramakrishna, K. 2001. ‘Transmogrifying’ Malaya: the impact of Sir Gerald Templer (1952-54) dlm. Journal of
South East Asian Studies 32 (1): 79-92.
Royal Commonwealth Society. 1892. Proceedings of the Royal Colonial Institute. Vol. 23. t.tp: t.pt.
Rubi Ahmad & Sieh Lee Mei Ling. 2007. Sektor Kewangan. Dlm. Sieh Lee Mei Ling (pnyt.). Menangani
Cabaran Dunia: Strategi Globalisasi di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia
Berhad.
Selangor Secretariat (Sel Sec), No. 4599/1923.
Selvadurai, S. 1972. Padi Farming in West Malaysia. Kuala Lumpur: Publications Unit, Ministry of Agriculture
and Fisheries.
Shakila Yacob. 2008. The United States and the Malaysian Economy. London: Routledge.
9
Sieh Lee Mei Ling. 2007. Menangani Cabaran Dunia: Strategi Globalisasi di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut
Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Sodhy, P. 1991. The US-Malaysian Nexus: Themes in Superpower-Small State Relations, Kuala Lumpur: ISIS.
Stahl, K.M. 1951. The Metropolitan Organization of British Colonial Trade. London: Faber and Faber.
Stenson, M. 1980. Class, Race and Colonialism in West Malaysia. St. Lucia, Queensland: University of
Queensland Press.
Stockwell, A.J. 1979. British Policy and Malay Politics during the Malayan Union Experiment, 1942-48. Kuala
Lumpur: Malayan Branch of Royal Asiatic Society.
Stockwell, A.J. 1993. “A Widespread and Long-concocted Plot to Overthrow the Government in Malaya”?: The
Origins of the Malayan Emergency. Journal of Imperial and Commonwealth History 21 (3): 66-88.
Sumafiiatiee binti Sulong. 2003. Kesan dan Peranan Pelaburan Langsung Asing Ke Atas Pertumbuhan
Ekonomi Malaysia. Tesis Sarjana Ekonomi. Universiti Utara Malaysia.
Thio, E. 1969. British Policy in The Malaya Peninsula, 1880-1910. Singapore: University of Malaya Press.
Thompson, V. 1991. Japan Frozen Out of British Malaya. Far Eastern Survey 10 (20): 238-239.
Voon Phin Keong. 1976. Western Rubber Planting Enterprise in Southeast Asia, 1876-1921. Kuala Lumpur:
University Malaya Press.
White, N.J. 1996. Business, Government, and the End of Empire: Malaya, 1942-1957. Kuala Lumpur: Oxford
University Press.
Wong Lin Ken. 1965. The Malayan Tin Industry to 1914. Tucson: University of Arizona Press.
Yeo Kim Wah. 1982. The Politics of Decentralisation: Colonial Controversy in Malaya 1920-29. Kuala
Lumpur: Oxford University Press.
Yip Yat Hoong. 1969. The Development of the Tin Mining Industry of Malaya. Kuala Lumpur: University of
Malaya Press.
Yoji Akashi. 1968. The Nanyang Chinese anti-Japanese boycott movement, 1908-1928: a study of Nanyang
Chinese nationalism. Journal of the South Seas Society 23 (1/2): 69-96.
Yoji Akashi. 2008. The Nanyo Kyokai and British Malaya and Singapore, 1915-45. Dlm. Yoji Akashi & Mako
Yoshimura (pnyt.). New Perspectives on the Japanese Occupation in Malaya and Singapore, 1941-1945,
hlm. 21-32. Singapore: NUS Press.
Yoshimura Mako. 2008. Japan’s Economic Policy for Occupied Malaya. Dlm. Yoji Akashi & Yoshimura Mako
(pnyt.). New Perspectives on the Japanese Occupation in Malaya and Singapore, 1941-1945, hlm. 113-138.
Singapore: NUS Press.
Yuen Choy Leng. 2001. Japanese Rubber and Iron Investments in Malaya, 1900-1941. Dlm Wolf Mendl (pnyt.).
Japan And South East Asia: From the Meiji Restoration to 1945. London: Routledge.