PERKHIDMATAN BUDAYA DAN PERSEKITARAN SEB

PERKHIDMATAN, BUDAYA DAN PERSEKITARAN SEBAGAI FAKTOR YANG
MENARIK MINAT PELANCONG KE NEGERI PERLIS

Abd Rahman Yaacob
Jabatan Perdagangan
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis
Email: dalini09@gmail.com
Aniza Binti Dahri
Jabatan Perdagangan
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis
Ros Aini Binti Ibrahim
Jabatan Perdagangan
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor yang menarik minat pelancong ke negeri Perlis.
Antara faktor yang dikaji ialah perkhidmatan, budaya dan persekitaran yang akan mempengaruhi
minat pelancong ke negeri Perlis. Kajian ini berbentuk kuantitatif, menggunakan kaedah tinjauan
dengan instumen kajian berbentuk soal selidik. Seramai 384 responden telah dipilih secara rawak
berlapis daripada anggaran keseluruhan populasi pelancong yang melawat Perlis. Lokasi kajian yang
terlibat ialah kawasan Padang Besar, Wang Kelian, Batu Pahat, Kangar, dan Kuala Perlis. Bagi

memenuhi objektif kajian, borang soal selidik telah diedarkan kepada respoden untuk memperolehi
maklumat kajian. Hasil dapatan kajian dianalisa menggunakan perisian Statistical Package for the
Social Sciene (SPSS) versi 16.0 yang dengan melibatkan analisis skor min. Dapatan kajian
menunjukkan pelancong memberi maklum balas setuju kepada faktor perkhidmatan, faktor budaya
dan faktor persekitaran yang menyebabkan mereka tertarik untuk melancong ke negeri Perlis.
Beberapa cadangan dikemukakan untuk diberi perhatian bagi kajian pada masa hadapan, antaranya
faktor cuaca dan juga keadaan ekonomi sesebuah negara, sama ada menarik minat pelancong melawat
sesuatu tempat.
Kata kunci: Perkhidmatan, budaya, persekitaran, minat pelancong
1.0

PENGENALAN

Pelancongan merupakan sektor ekonomi terbesar di dunia yang melibatkan sektor makanan,
pengangkutan, penginapan, lokasi tarikan dan perkhidmatan. Kadar pengunjung di Malaysia
meningkat setiap tahun menjadikan Malaysia sebagai destinasi ke-sebelas destinasi pelancongan
dunia. Faktor pertama yang dikaji adalah perkhidmatan. Kepuasan pengguna adalah amat
dititikberatkan dalam penyediaan perkhidmatan (Wells & Prensky, 1996). Aktiviti pelancongan
merupakan salah satu faktor yang penting dan menjadi penyumbang dalam sektor perkhidmatan.
Faktor kedua adalah budaya yang di mana terbentuk secara simbolik boleh dicipta, boleh berubah,

boleh diguna, dimanipulasi, diselaraskan dan disesuaikan (Wood, 1984). Pola budaya masyarakat
tempatan yang unik dan yang merangkumi adat, cara berpakaian, upacara, gaya hidup dan agama
adalah unsur-unsur penting dalam konteks pasaran pelancongan negara (Yahya Ibrahim, 2010).
Faktor terakhir adalah persekitaran yang dimana ianya melahirkan kepuasan kepada pelancong untuk
melancong ke satu destinasi yang dianggap menarik. Para pengkaji terdahulu berpendapat bahawa
seseorang individu itu akan didorong oleh keinginan dalaman dan faktor-faktor emosi dan ditarik oleh
faktor-faktor luaran (Baloglu & Uyla 1996). Manakala lokasi kajian ialah di kawasan yang menarik
minat pelancong di negeri Perlis. Terdapat tiga pembolehubah yang tidak bersandar terdiri daripada

perkhidmatan, budaya dan persekitaran manakala pembolehubah bersandar pula ialah faktor yang
menarik minat pelancong ke negeri Perlis.
1.1

Latar Belakang Kajian

Sektor pelancongan merupakan sektor yang semakin meningkat naik dari semasa ke semasa dan
banyak mendatangkan keuntungan kepada ekonomi Negara. Banyak berlakunya pertukaran wang
asing dan memberi impak positif kepada pembangunan Negara. Banyak pelancong dalam dan luar
negara yang datang melancong ke Malaysia, antaranya negeri Perlis.
Oleh itu, penyelidik ingin mengenal pasti adalah perkhidmatan, budaya dan persekitaran merupakan

faktor yang menarik minat pelancong ke negeri Perlis. Walau pun kajian yang lepas seperti Weiermair
(2000), Sharim Abd Karim (2006) dan Yook Shik Yoon (2002) yang telah mengkaji sektor
perkhidmatan dan budaya namun dalam konteks yang berbeza. Oleh itu, satu kajian perlu dijalankan
bagi menegnalpasti sama ada ketida tiga factor iaitu perkhidmatan, budaya dan persekitaran menarik
minat pelancong ke negeri Perlis.
Kebanyakan kajian menggunakan kaedah deskriptif dan hanya beberapa kajian sahaja yang
menggunakan kaedah kuantitatif. Kajian lepas kebanyakannya menggunakan kaedah kajian kes
seperti Ching, Hin dan Ern (2014) dan Samuel dan Catheryn (2013). Justeru itu, kajian ini akan
menggunakan kaedah tinjauan melibatkan soal selidik, memudahkan maklumat atau data yang tepat
dari pelancong. Kajian ini juga melibatkan responden dari umur 18 hingga 40 tahun.
Kebanyakan dilakukan di luar negara dan hanya hotel-hotel bertaraf 5 bintang sahaja di Malaysia
menerusi kajian Norzuwana Sumarjan (2013), Arendt dan Shelley (2013), Arvin Movafegh dan
Andishes Movafegh (2013). Namun begitu, kajian ini memberi tumpuan di kawasan wilayah utara
semenanjung khususnya negeri Perlis.
Pengkaji mendapati bahawa dapatan kajian-kajian yang lepas tidak selari dan setiap faktor ini tidak
pernah dikaji secara bersama dengan keputusan yang diperolehi. Oleh itu, kajian kali ini akan
mengkaji ketiga-tiga faktor utama yang menarik pelancong ke negeri Perlis.
Pengkaji menggunakan kaedah kajian tinjauan yang merangkumi soal selidik kerana bersesuai dengan
kajian yang dijalankan dan memudahkan untuk mendapat maklumat atau data yang tepat dari
pelancong. Kajian-kajian yang lepas kebanyakan menggunakan sampel responden yang terdiri dari

pelancong luar negara yang berumur dari 16 tahun dan ke atas. Namun begitu, bagi kajian ini,
pengkaji menggunakan responden yang terdiri dari pelancong yang pernah melancong ke negeri Perlis
dan berumur antara 18 tahun sehingga 40 tahun ke atas. Selain itu, kebanyakan kajian lepas
kebanyakan dilaksanakan di luar negara, manakala di Malaysia hanya melibatkan kajian terhadap
hotel-hotel bertaraf lima bintang sahaja, dan amat sedikit kajian terhadap minat pelancong. Kajian
yang lepas kebanyakan merujuk kepada faktor kos, destinasi, kemudahan dan budaya. Pengkaji
mendapati bahawa, dapatan kajian yang lepas adalah tidak selari dan pelbagai keputusan kajian yang
berbeza diperoleh dari kajian yang lepas. Jesteru itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti
faktor perkhidmatan, budaya dan persekitaran menarik minat pelancong ke negeri Perlis.
1.2

Objektif Kajian

Berikut merupakan tiga objektif utama kajian bagi mengenalpasti minat pelancong ke negeri Perlis.
a)
Mengenalpasti adakah faktor perkhidmatan menarik minat pelancong ke negeri Perlis
b)
Mengenalpasti adakah faktor budaya menarik minat pelancong ke negeri Perlis
c)
Mengenalpasti adakah persekitaran menarik minat pelancong ke negeri Perlis

2.0

FAKTOR-FAKTOR YANG MENARIK MINAT PELANCONG KE PERLIS

Menurut Norudin, W.Arinie, dan Ahmad (2011), pelancongan adalah tindakan perjalanan untuk
tujuan kebanyakannya rekreasi atau kegiatan waktu lapang, dan juga merupakan kepada penyediaan

perkhidmatan sokongan dalam kajian ini. Peranan industri pelancongan Malaysia adalah untuk
menggalakkan pelancong dari luar negara dan rakyat Malaysia untuk melawat Malaysia. Menurut
Johan Afendi dan Mohamad Zaki (2012) Industri pelancongan di Malaysia sedang berkembang pesat
dan terus menjadi salah satu penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Faktor Perkhidmatan

Industri pelancongan dilihat mampu menjadi ejen perubahan terhadap landskap ekonomi, alam sekitar
dan sosial sesebuah kawasan. Seterusnya mewujudkan pusat-pusat pertumbuhan baharu, menjanakan
peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada penduduk tempatan serta menggunakan sumber jaya
sedia ada sebagai tarikan pelancong. Kualiti dan perkhidmatan produk yang baik serta pengalaman
berharga kepada pelancong (Johan Afendi dan Mohamad Zaki, 2012). Parasuraman, Zeithaml, dan
Berry (1988) juga sering menegaskan bahawa kualiti perkhidmatan yang baik akan meningkatkan
kepuasan pengguna. Menurut Yusof Jantan (2010), sektor perkhidmatan juga dapat memajukan

bidang perniagaan di Malaysia. Ini adalah kerana pelancong asing yang datang ke Malaysia
memerlukan tempat penginapan, makanan dan minuman, perkhidmatan dan pengangkutan, jurupandu
pelancong dan lain perkhidmatan.
Faktor Budaya

Menurut Ismail Naseer dan Abuamood (2011), pelancongan warisan budaya telah menjadikan sumber
utama pendapatan bagi banyak negara, kerana hubungan yang kukuh dengan beberapa industri.
Pelancongan warisan budaya boleh memainkan peranan utama dalam memperkukuh dan
mempelbagaikan asas ekonomi masyarakat. Menurut Hanafiah dan Harun (2010), pelancong asing
amat mengemari makanan sama ada makanan tradisional mahupun makanan barat di Malaysia.
Mereka diberi pilihan yang amat banyak sama ada menikmati makanan di hotel bertaraf lima bintang,
medan selera yang besar dan berhawa dingin mahupun di kedai dan warung yang terletak di tepi jalan.
Faktor Persekitaran

Persekitaran merupakan kawasan yang sememangnya memiliki daya tarikan untuk aktiviti
pelancongan. Namun begitu aspek seperti penjagaan, persekitaran juga harus dititikberatkan agar
persekitaran fizikal terutamanya tidak mengalami masalah yang boleh menjejaskan ekosistem sesuatu
kawasan. Yahaya Ibrahim dan Abdul Rasid Abdul Razzaq (2010). Menurut Christina, Chua,
Mohhidin Othman dan Shahrim Ab Karim (2013), kebanyakkan pelancong akan lebih cenderung
untuk memilih kawasan yang dikelilingi oleh kawasan pantai yang cantik dan juga kawasan yang

kaya dengan tumbuhan flora dan fauna. Hal demikian bertujuan untuk para pelancong untuk
beristirehat dan inginkan ketenangan sepanjang percutian mereka.
Jesteru itu, berdasarkan kajian lepas, maka pengkaji menggabungkan tiga faktor iaitu perkhidmatan,
budaya dan persekitaran bagi mengenalpasti minat pelancong ke negeri Perlis. Secara ringkasnya,
hubungan tersebut ditunjukkan seperti Rajah 2.1.

Faktor-faktor yang terlibat
o Perkhidmatan
o Budaya
o Persekitaran
Rajah 2.1
Kerangka Kerja Kajian

Minat Pelancong
ke Negeri Perlis

3.0

METODOLOGI


Populasi kajian terdiri daripada pelancong dari dalam dan luar negara yang melawat negeri Perlis.
Seramai 384 responden telah terpilih secara rawak berlapis daripada anggaran populasi 3.2 juta orang
pelancong daripada dalam dan luar negara yang datang ke negeri Perlis (Pejabat Kementerian
Pelancongan Negeri Perlis). Lokasi ini tertumpu di tempat-tempat menarik di negeri Perlis
merangkumi Padang Besar, Wang Kelian, Batu Pahat, Kangar dan Kuala Perlis. Unit analisis ialah
invividu, meliputi pelancong yang melawat tempat terbabit. Sebanyak 800 borang soal selidik
diedarkan, daripada jumlah itu sebanyak 384 dianalisa dan diguna pakai. Ini setelah ditolak borang
soal selidik yang rosak dan pelbagai ralat.
Instrumen kajian hasil adaptasi beberapa kajian berikut antaranya bagi faktor perkhidmatan ialah
Weiermair (2000), S. Abdullah et. al (2013), Yusof Jantan, (2010) dan Mohamed et al. 2006). Bagi
instrumen yang kedua ialah bagi faktor budaya ialah Sharim Abd Karim, (2006), Cristina et al.( 2013)
dan M. Hafiz dan M. Fauzi (2010). Manakala instrumen yang ketiga ialah faktor persekitaran Yoo
Shik Yoon (2002), Yahya Ibrahim ( 2011) dan Mosbah A dan Saleh A.A (2014). Akhir sekali
kebolehpercayaan instrumen ini disahkan melalui ujian Realibity Test dengan dapatan Alpha
Cronbach untuk faktor perkhidmatan ialah 0.882, Alpha Cronbach faktor budaya 0.860 dan Alpha
Cronbach faktor persekitaran 0.908.
4.0

DAPATAN KAJIAN


Jadual 4.1
Jumlah skor min bagi tiga faktor yang menarik minat pelancong ke negeri Perlis
Bil.
a)

Pengkaji
Perkhidmatan

Min
3.97

Sisihan piawai
0.745

Tafsiran
Setuju

b)
c)


Budaya
Persekitaran

4.05
4.12

0.706
0.743

Setuju
Setuju

Jadual 4.1 menunjukkan antara tiga faktor yang menarik minat pelancong ke negeri Perlis. Hasil
kajian menunjukkan skor min yang tertinggi ialah faktor persekitaran. Dapatan menunjukkan skor
min dan sisihan piawai yang diperolehi adalah 4.12 dan 0.743, dengan tafsiran yang diperolehi adalah
“setuju”.
Skor min kedua tertinggi pula ialah faktor adalah budaya. Dapatan menunjukkan skor min 4.05 dan
sisihan piawai 0.706 dengan tafsiran “setuju.
Seterusnya faktor yang terakhir ialah perkhidmatan. Dapatan menunjukkan skor min yang diperolehi
3.97, dan sisihan piawai 0.745, dengan tafsiran “setuju”.

5.0

RUMUSAN DAN CADANGAN

Berdasarkan analisis yang dijalankan, faktor persekitaran didapati memainkan peranan penting dalam
menarik perhatian pelancong untuk melawat sesuatu tempat. Seterusnya faktor kedua penting dalam
menarik perhatian pelancong untuk melawat ialah faktor budaya. Manakala faktor ketiga yang
menarik minat pelancong untuk melawat ialah perkhidmatan.
Faktor Persekitaran

Pengkaji mendapati bahawa responden bersetuju mengenai persekitaran yang terdapat di sekitar
kawasan negeri Perlis kerana persekitaran merupakan kawasan yang sememangnya memiliki daya
tarikan untuk aktiviti pelancongan namun aspek seperti penjagaan persekitaran juga harus

dititikberatkan agar persekitaran fizikal terutamanya tidak mengalami masalah yang boleh
menjejaskan ekosistem sesuatu kawasan.
Menurut Arif Kamisan Pusiran dan Xiao (2013), destinasi pelancongan yang banyak merupakan
salah satu faktor yang mendorong kedatangan pelancong ke Malaysia. Malaysia mempunyai pantai
yang boleh dikunjungi oleh pelancong bagi merehatkan badan dan minda mereka. Salah satu aspek
penting yang ditekankan oleh pelancong, terutama pelancong asing ialah aspek kebersihan dan
kemudahan prasarana. Selain itu, menurut Cristina et al, (2013) udara yang segar adalah salah satu
elemen yang penting dalam meningkatkan minat pelancong untuk berkunjung ke sesebuah negara.
Faktor Budaya

Pengkaji mendapati bahawa responden bersetuju mengenai budaya yang diterapkan di negeri Perlis
kerana faktor ini dapat memberikan kita peluang untuk mengetengahkan budaya tradisional yang
menjadikan amalan masyarakat majmuk di negeri Perlis. Selain itu, kebanyakan pelancong terdiri
daripada manusia yang bersifat ingin tahu, keadaan ini memberi kita peluang untuk
mengkomersialkan kebudayaan tradisional seperti tarikan, nyanyian, permainan dan sebagainya.
Menurut, Ros dan Wall (1999), kepelbagaian makanan yang ditawarkan oleh sesebuah destinasi
pelancongan termasuk makanan tradisional boleh mendorong pelancong untuk datang dan tinggal
lebih lama disitu. Disamping melawat tempat-tempat yang menarik, makanan telah dikenalpasti
sebagai komponen utama perbelanjaan para pelancong. Selain itu, keunikan dan kepelbagaian budaya
oleh penduduk di Malaysia yang memaparkan kemeriahan adat resam dan budaya masyarakat
tempatan seperti majlis perkahwinan, cara perubatan tradisional dan kepercayaan penduduk di sesuatu
kawasan menyebabkan industri pelancongan ini menjadi salah satu kepentingan dalam industri
pelancongan di Malaysia (Mosbah & Saleh, 2014).
Faktor Perkhidmatan

Pengkaji mendapati bahawa responden bersetuju mengenai kualiti perkhidmatan yang disediakan
daripada segi pengangkutan, perhotelan dan sebagainya kerana setiap pelancong yang ingin
melancong ke sesuatu tempat melihat kepada kualiti perkhidmatan yang disediakan.
Menurut Salah Wahab dan Cooper (2001) sektor pengangkutan memainkan peranan penting bagi
memastikan pelancong sampai ke destinasi yang dituju. Sektor pengangkutan juga adalah satu produk
yang ditawarkan dalam industri pelancongan. Selain itu, responden bersetuju kemudahan alat
komunikasi perlu disediakan di kawasan pelancongan demi menjaga kepentingan pelancong sama ada
pelancong tempatan atau luar negara. Menurut Bhuiyan, Siwar, dan Ismail, (2013) dengan bantuan
teknologi, proses komunikasi telah menjadi lebih murah, cepat dan juga efisien.
Cadang Kajian Masa Hadapan

Beberapa cadangan kajian pada masa hadapan boleh diberi perhatian oleh pengkaji seterusnya.
Antaranya mengenalpasti samada faktor cuaca dan keadaan ekonomi sesebuah negara juga menarik
minat pelancong untuk melancong ke sesebuah negeri khususnya di Malaysia. Seterusnya, cadangan
lokasi kajian masa hadapan ialah melibatkan negeri lain seperti di negeri Kedah, Pulau Pinang atau
Perak.
RUJUKAN
Baloglu, S.,& Uysal, M. (1996). Market segments of push and pull motivations: a canonical
Correlation approach. International Journal of contemporary Hospitality Management, 3(8):
32 -38
Bhuiyan, Siwar, & Ismail (2013). Tourism development in Malaysia from the perspective of
development plans. Asian Social Science. 9(9): 11.

Ching Hin Ern (2014). Border town issues in tourism development: the cases of Perlis, Malaysia.
Malaysian. Journal of Society and Space, 10(2): 68–79.
Christina Geng-Qing Chi, Bee Lia Chua, Mohhidin Othman & Shahrim Ab Karim. (2013).
Investigating the structural relationship between food image, food satisfaction, culinary
quality, and behavioural intentions: The case of Malaysia
Hanafiah, MHM, Harun, MFM, (2010). “Tourism demand in Malaysia: A cross-sectional pool time
series analysis”, International Journal of Trade, Economics and Finance, 1(1): 80-83
Ismail Naseer, Abuamood. (2011). Tourism and economic development opportunities for
Jordan, Northern. (2011). Badla Cultural Heritage Sites. New Mexico: New Mexico State University.
Johan Afendi Ibrahim. & Mohamad Zaki Ahmad (2012). Perancangan dan pembangunan
pelancongan (Edisi Kedua). Sintok, Kedah: Universiti Utara Malaysia
Mohamed, Badaruddin., Mat Som, Ahmad Puad., Jusoh, Jamil., & Kong, Yew Wong. (2006). Island
Tourism In Malaysia The Not So Good News. In: 12th Asia Pacific Tourism Association &
4th Asia Pacific CHRIE Joint Conference, 26-29 June 2006, Hualien,Taiwan
Mosbah, A., & Saleh, A. A. (2014). A review of tourism development in Malaysia. Euro J Bus and
Manage, 6(5): 1–9.
Movafegh, A. & Movafegh, A. (2013). The impact of service quality on tourist loyalty in Malaysian
tourism industry. Int. J. Innovative Ideas, 13(1), 1-19.
Norudin Mansor, W. Arinie W. Ahmad, & Ahmad. (2011). Tourism challenges among the SMEs in
State of Terengganu. International Journal of Business and Social Science, 2(1): 101-112.
Nursiha Aliyas. (2000). Kajian mengenal pasti faktor-faktor yang menggalakkan kemasukan
pelancong Taiwan ke Pulau Pangkor, Perak. Sintok, Kedah: Universiti Utara Malaysia
Norzuwana Sumarjan, Susan W. Arendt, Mack Shelley, (2013) "Incongruent quality management
perceptions between Malaysian hotel managers and employees", The TQM Journal, 25(2):
124 – 140.
Parasuraman, A., Zeithaml, V.A., & Berry, L.L. (1988). SERVQUAL: A multiple -item scale for
measuring consumer perceptions of service quality. Journal of Retailing, 64(1): 12-40.
Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Perlis (Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Perlis) (2005)
Pelan halatuju pelancongan Negeri Perlis 2015. Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri
Perlis, Kuala Perlis
Pusiran, A.K., & Xiao, H. (2013). Challenges and Community Development: A case study of
Homestay in Malaysia. Asian Social Science, 9(5), p1.Malaysia
Samuel Folorunso Adeyinka‐Ojo, Catheryn Khoo‐Lattimore, (2013). "Slow food events as a Highyield strategy for rural tourism destinations: The case of Bario, Sarawak", Worldwide
Hospitality and Tourism Themes, Vol. 5(4):353-364.
S.Abdullah, A.A.Razak, A.Marzuki, M.Jaafar (2013), Assessing tourist satisfaction with the facilities
provided at Langkawi island gateway jetty terminals, Liburna, 2, 2.
Shahrim Ab. Karim (2006). Culinary Tourism as a destination attraction: An empirical examination
of the destination’s food image and information sources. Oklahoma: Oklahoma State
University
Sheryl R. and Geoffrey W. (1999). Ecotourism: towards congruence between theory and practice.
Canada. Tourism Management, 20: 123-132.
Wahab, Salah & Cooper, Chris (eds) (2001). Tourism in the age of Globalisation. London: Routledge
Wells, W.D & Prensky, D. (1996). Consumer behaviour , John Wiley & Sons, New York, NY, pp.
44‐6. 24
Weiermair, K. (2000). Know-how and qualification gaps in the tourism industry. The case of Alpine
Tourism in Austria. The Tourist Review, 2, 45-43.
Wood, Robert (1984). ‘Ethnic tourism, the state, and cultural change in Southeast Asia’, Annals of
Tourism Research, 11: 353-7.
Yahaya Ibrahim & Abdul Rasid Abdul Razzaq. (2010). Homestay program and rural community
development in Malaysia. Journal of Ritsumeikan Social Sciences and Humanities, 2: 7-24
Yook Shik Yoon, (2002). "Structural effects of cognitive and affective responses to web
advertisements, website and brand attitudes, and purchase intentions the case of casual dining
restaurants". International Journal of Hospitality Management 30 (2011): 897–907.

Yusof Jantan. (2010). The social construction of tourist places. Australian Geographer, 30(3): 373–
389.