MANIFESTASI BUDAYA DALAM REKABENTUK MATA

MANIFESTASI BUDAYA DALAM REKABENTUK
MATAWANG BRUNEI DARI ABAD KE-16
Abstrak
Budaya merupakan ciri-ciri dan pengetahuan terkumpul sesuatu kumpulan masyrakat,
yang terdiri daripada beberapa aspek seperti bahasa, agama, masakan, tabiat, muzik dan seni.
Budaya merupakan identiti sesuatu kumpulan yang telah diasuh atau ditekankan oleh sesuatu
corak ataupun tabiat yang unik kepada kumpulan tersebut. Rekabentuk pula adalah merupakan
satu seni daripada luahan sesuatu penyataan ataupun ungkapan ataupun ekspresi bagi sesuatu
budaya. Rekabentuk adalah merupakan bukti keujudan sesuatu budaya.
Rekabentuk boleh dimanifestasikan di pelbagai media. Dalam kertas kerja ini, rekabentukrekabentuk yang akan diteliti adalah rekabentuk di matawang Brunei yang telah digunakan di
pasaran atau dalam ekonomi Brunei dimana ianya akan diteliti untuk melihat sejauh mana ianya
membayangkan atau menggambarkan ataupun menjadi manifestasi kepada budaya bangsa
Melayu Brunei semenjak abad ke-16 sehingga sekarang.
Kertas kerja ini mengenalkan penggunaan matawang secara menyeluruh dengan meneliti
sejarah perkembangannya termasuk juga meneliti teknologi bagi pembuatan matawang syiling
dan kertas; sebelum mendalami kepada matawang-matawang yang digunakan di Negara Brunei
Darussalam dari Abad ke-16 dengan membahagikannya kepada beberapa periode masa dan
seterusnya melihat bagaimana rekabentuk matawang-matawang tersebut menggambarkan atau
mempamerkan budaya Brunei yang ada pada zaman matawang tersebut digunakan.
Biodata Penulis
Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, berumur 53 tahun telah berkhidmat

dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam selama 30 tahun bermula daripada tahun 1987 hingga 2017.
Sepanjang perkhidmatan tersebut beliau pernah menyandang jawatan sebagai Setiausaha
Tetap di tiga buah Kementerian termasuk Jabatan Perdana Menteri selain daripada beberapa
jawatan kanan yang lain. Jawatan terakhir yang beliau sandang sebelum bersara adalah sebagai
Pengarah Eksekutif, Pusat Pengajian Strategik dan Dasar (CSPS).
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-Undang dan Ekonomi
(BA Hons in Law and Economics) daripada University of Keele, England pada tahun 1987. Pada
tahun 1997, beliau dianugerahkan ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam (MPA)
daripada Harvard University, USA. Pada tahun 2002, beliau dianugerahkan ijazah Sarjana dalam
bidang Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada Edinburgh Business School, Heriot-Watt
University, Scotland. Beliau juga pernah mengikuti Program Perkembangan Eksekutif (EDP)
bagi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan di Universiti Brunei Darussalam pada tahun 2005. Pada
masa ini beliau sedang menuntut di Institut Pengajian Dasar, Universiti Brunei Darussalam bagi
Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Urustadbir Islam.
Beliau berkecimpung dalam bidang penulisan khusus dalam bidang sejarah dan budaya
dan sehingga 2016 telah menulis hampir 300 rencana sejarah yang diterbitkan di surat khabat
The Brunei Times mulai tahun 2007. Beliau juga telah menyampaikan dan menerbitkan
beberapa kertas kerja di persidangan, seminar dan bengkel di peringkat antarabangsa, serantau
dan tempatan. Beliau juga telah menerbitkan beberapa buah buku dalam bidang sejarah dan
budaya disamping membantu dalam penerbitan beberapa buah buku lain.


1

MANIFESTASI BUDAYA DALAM REKABENTUK
MATAWANG BRUNEI DARI ABAD KE-161
ROZAN YUNOS2

Pengenalan
Budaya merupakan ciri-ciri dan pengetahuan terkumpul sesuatu kumpulan
masyrakat, yang terdiri daripada beberapa aspek diantaranya bahasa, agama,
masakan, tabiat, muzik dan seni. Budaya merupakan identiti sesuatu kumpulan yang
telah diasuh atau dibentuk oleh sesuatu corak ataupun tabiat yang unik kepada
kumpulan tersebut. Budaya adalah sebagai pola berkongsi tingkah laku dan interaksi,
membina kognitif dan pemahaman yang diipelajari melalui sosialisasi dan diserapkan
ke setiap warga kumpulan melalui berbagai cara termasuk melalui seni dan rekabentuk.
Rekabentuk pula adalah merupakan satu bentuk seni daripada ilham dan luahan
sesuatu penyataan ataupun ungkapan ataupun ekspresi bagi sesuatu budaya.
Rekabentuk adalah merupakan bukti keujudan sesuatu budaya. Rekabentuk itu sudah
setentunya dipengaruhi oleh budaya sesebuah kumpulan ataupun masyarakat dan
pada masa yang sama ianya juga mempengaruhi budaya tersebut. Rekabentuk dari itu,

adalah merupakan manifestasi sesuatu budaya.
Rekabentuk boleh dimanifestasikan di pelbagai media. Dalam kajian ini,
rekabentuk-rekabentuk akan dilihat dari segi rekabentuk di matawang Brunei yang telah
digunakan di pasaran atau dalam ekonomi Brunei dimana ianya akan diteliti untuk
melihat sejauh mana ianya membayangkan atau menggambarkan ataupun menjadi
manifestasi kepada budaya bangsa Melayu Brunei semenjak abad ke-16 sehingga
sekarang.
Kertas kerja ini akan dimulakan dengan mengenalkan penggunaan matawang
secara menyeluruh iaitu dengan meneliti sejarah perkembangannya termasuk juga
meneliti teknologi bagi pembuatan matawang syiling dan kertas; sebelum mendalami
kepada matawang-matawang yang digunakan di Negara Brunei Darussalam dari Abad
ke-16 dengan membahagikannya kepada beberapa periode masa dan seterusnya
1

Kertas kerja bagi Sambutan Ulangtahun Majalah Beriga ke-50. Majalah Beriga adalah terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam dengan penerbitan pertama pada tahun 1967.
2
Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos telah berkhidmat 30 tahun dengan Kerajaan
Brunei dan pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri. Beliau
juga telah menyumbangkan hampir 300 artikel mengenai dengan budaya dan sejarah di suratkhabar

The Brunei Times dari tahun 2007 hingga 2016.

2

melihat bagaimana rekabentuk matawang-matawang tersebut menggambarkan atau
mempamerkan budaya Brunei yang ada pada zaman matawang tersebut digunakan.

Sejarah Ringkas Matawang
Mengikut sejarah, wang pertama yang digunakan adalah bukan dalam bentuk
matawang syiling ataupun kertas atau polimer yang kita gunakan sekarang. Matawang
yang digunakan tersebut adalah berbentuk berbagai-bagai seperti siput cowrie 3, cincin,
logam emas dan sebagainya.
Penggunaan wang berbentuk syiling mengikut sejarah bermula lebih kurang
pada tahun 700 SM dimana di antara bukti penggunaan yang awal adalah terdapat di
Kepulauan Aegina.4 Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa penulisan 5 yang
memberikan bukti-bukti alternatif bahawa terdapatnya penggunaan wang syiling yang
lebih awal iaitu di Ephesus, Lydia pada tahun 650 SM. Kerajaan India purba6 pada Abad
ke 6 SM juga adalah di antara negara yang terawal yang mengeluarkan syiling bagi
kegunaan rakyatnya.
Syiling-syiling yang awal ini dibuat daripada ‘electrum’ iaitu satu logam kuning

campuran emas dan perak dan disalut dengan perak dan tembaga. Syiling emas7 yang
pertama yang digunakan adalah syiling Kerajaan Empayar Parsi yang dikenali sebagai
‘daric’ bersama dengan satu syiling perak yang dikenali sebagai ‘siglos’. Syiling-syiling
Parsi ini terkenal semasa era pemerintahan Kerajaan Empayar Parsi (648 SM hingga
330 SM) dan Kerajaan Parsi Sassanid (224 M hingga 651 M).
Bagi kegunaan ekonomi semasa pemerintahan Kerajaan Islam pula, dinar
(dibuat dari emas) dan dirham (dibuat dari perak) telah diperkenalkan semasa Kerajaan
Bani Ummayah dari 661 M hingga 750 M. Syiling-syiling yang digunakan telah dicetak
dengan ayat-ayat Al-Quran. Matawang syiling dinar dan dirham yang dikeluarkan oleh
Kerajaan Bani Ummayah ini merupakan matawang syiling pertama yang dikeluarkan
oleh sebuah Kerajaan Islam. Keperluan bagi memenuhi Maqasid Al-Syariah iaitu bagi
tujuan maqasid untuk penjagaan harta, menghendaki satu sistem kewangan yang

3

Currency Gallery Brunei Darussalam. http://gallery.bruneiresources.com/ (retrieved 17 April 2017)
Aegina. http://snible.org/coins/hn/aegina.html (retrieved 17 April 2017)
5
A Case for the World s Oldest Coi : Lydia Lio . http://rg.ancients.info/lion/article.html (retrieved 17
April 2017)

6
Subodh Kapoor (January 2002). The Indian encyclopaedia: biographical, historical, religious ..., Volume
6. Cosmo Publications. ms. 1599.
7
Michael Alram, "DARIC", Encyclopaedia Iranica, December 15, 1994, last updated November 17, 2011
4

3

beroperasi dan berjalan lancar dan pengenalan matawang adalah satu komponen yang
penting di dalam memenuhi maqasid ini.8
Wang yang bukan berbentuk syiling logam mulai digunakan di China semasa
Dinasti Han (206 SM hingga 220 M). Wang kertas bermula sebagai penggantian
barangan dan memudahkan perdagangan di antara saudagar-saudagar. Pada asalnya,
wang yang boleh dimudah aleh ini adalah dibuat daripada kulit semasa Dinasti Han
pada tahun 118 SM. Wang kertas yang terawal diketahui adalah adalah semasa Dinasti
Tang (618 M hingga 907 M) dan Dinasti Song (960 M hingga 1279 M). Semasa Dinasti
Yuan (1279 M hingga 1378 M), wang kertas juga telah digunakan oleh Empayar Mongol.
Di Eropah, konsep wang kertas mula diperkenalkan pada abad ke-13 oleh pengembarapengembara seperti Marco Polo, dan wang kertas Eropah yang diantara yang terawal
adalah dikeluarkan pada tahun 1661 M di Sweden.


Teknologi Matawang Syiling
Bagi teknologi pembuatan sebarang syiling, hanya terdapat tiga teknik iaitu
samada dipalu (hammered), digiling (milled) ataupun melalui acuan (cast).
Syiling pertama kali diperbuat daripada sisa logam. Syiling kuno mulai dihasilkan
melalui proses paluan dengan menggunakan tukul besi yang didudukan di atas sebuah
andas (anvil).
Sementara itu, Kerajaan Cina menghasilkan syiling dengan menggunakan
acuan (cast coinage) dan teknik ini juga telah banyak digunakan di Jepun dan negaranegara di Asia Tenggara. Selain daripada penggunaan acuan di kawasan Timur Utara
Asia dan Asia Tenggara, tidak banyak negara di rantau lain yang menggunakan teknik
ini tetapi teknik acuan inilah yang banyak digunakan di kalangan pemalsu-pemalsu
matawang di rantau-rantau lain.
Bermula lebih kurang awal abad ke-18, mesin penggilingan atau penempaan
‘press’ (biasanya dirujuk sebagai ‘mills’) telah digunakan di Barat, bermula dengan
‘screw press’ sehingga abad ke-19 dimana mesin press yang menggunakan wap (steam
press) mulai digunakan. Mesin-mesin ini mulanya digunakan di Perancis dan Jerman,
dan setelah itu mulai digunakan di Britain. Teknik penempaan atau penggilingan moden
pula menggunakan mesin elektrik dan hidraulik.
Jenis kaedah pembuatan syiling (samada dipalu, digiling atau menggunakan
acuan) menentukan bahan-bahan yang boleh digunakan untuk duit syiling. Sebagai


8

Rozan Yunos. Evolution of Islamic Governance: With Special Reference to Brunei Darussalam.
Kertaskerja bagi Simposium Urustadbir Islam ke-3 dianjurkan oleh Institut Pengajian Dasar, Universiti
Brunei Darussalam pada 1 April 2017.

4

contoh, syiling dari logam antimoni, (satu syiling yang jarang digunakan) pada
kelazimannya sentiasa memerlukan acuan, kerana sifat logamnya yang rapuh, dan
dengan itu ia akan pecah jika dibuat kurang tepat.
Walaupun pada kelazimannya negara-negara di sebelah

Asia Timur

menggunakan acuan untuk membuat syilingnya, tetapi menurut satu penulisan9,
matawang syiling terutama sekali syiling emas bagi kegunaan di negeri-negeri
Semanunjung Melayu adalah dibuat dengan cara penempaan dan bukannya acuan:
“Early Malay coins were struck rather than cast. Gold coins were minted in

the Malay Peninsula were made by cutting metal discs or octagonal
plachets from sheets of beaten gold and then striking them individually
between pairs of inscribed dies. The next state was to trim the edges until
the desired weight was achieved. Biji saga, a kind of seed, was used to
measure the weight. They were two denominations for gold coins: mas and
kupang. Twenty-four biji saga, the equivalent of one mas of gold, is
approximately 2.6 grams. On the other hand, one kupang is equal to the
value of 0.62 grams of gold.”
Walau bagaimanapun, mengikut apa yang dapat diperhatikan daripada syilingsyiling Brunei yang berada di dalam simpanan pengumpul-pengumpul wang Brunei,
syiling-syiling yang digunakan di Brunei pada zaman Kesultanan Brunei adalah dibuat
dengan menggunakan acuan. Ada sebahagian matawang syiling yang ada mempunyai
tangkai dimana tangkai ini adalah pemegang matawang syiling semasa proses
penuangan logam ke dalam acuan. Setakat ini hanya satu syiling emas yang diketahui
dalam simpanan seorang pengumpul10 yang mungkin menggunakan kaedah
penempaan. Syiling-syiling matawang Brunei yang menggunakan acuan ini akan dapat
dilihat di penerangan-penerangan seterusnya.
Sejarah Penggunaan Matawang Di Brunei
Bagi tujuan kertaskerja ini, penggunaan matawang di Brunei boleh dibahagikan
kepada beberapa periode masa seperti berikut:


1.

Period zaman silam (Sebelum kedatangan Islam ke Brunei)

9

http://www.islamicmanuscripts.info/reference/books/IAMM-2005-Message-Monsoon/IAMM-2005Monsoon-208-237.pdf (retrieved 18 April 2017)
10
Bru ei s O ly Gold Pitis Coi . The Daily Bru ei ‘esour es e site, 8 July
.
http://bruneiresources.blogspot.com/2013/07/bruneis-only-gold-pitis-coin.html (retrieved on 21 April
2017)

5

2. Period zaman Kesultanan Brunei (Abad ke 15 hingga ke 19)
3. Period zaman moden

Matawang Brunei Period Zaman Silam
Diantara dokumentasi awal hampir 1,500 tahun yang lalu yang memberikan

maklumat mengenai dengan penggunaan matawang di Brunei boleh didapati daripada
rekod-rekod China kuno. Diantara dokumen yang telah dikenalpasti adalah satu
petikan11 daripada buku di zaman Dinasti Song bertajuk Quan Zhi 泉志 (Sumber
Kekayaan)12 Jilid 12 di Bab Wai Guo Pin 外國品 (Matawang Luar Negeri) yang merujuk
kepada satu buku Zhu Fan Feng Su 诸蕃风俗 (Adat Negara Asing) yang ditulis semasa
pemerintahan Dinasti Sui (581 M hingga 618 M) ataupun Dinasti Tang (618 M hingga
907 M) yang memberikan penerangan mengenai dengan matawang yang digunakan di
Negeri Fo Nie (Brunei). Buku Quan Zhi ini merupakan buku katalog jenis-jenis
matawang yang digunakan di China pada masa itu. Terjemahan petikan tersebut adalah
seperti berikut:
“Disebelah kanan adalah gambar wang Negeri Fo Nie. Buku Zhu Fan Feng
Su mengatakan bahawa ia terletak di sebelah tenggara Guangzhou,
membuat duit dengan menggunakan tembaga, perak dan lain-lain”

Walaupun gambar yang dimaksudkan di dalam buku tersebut itu tidak
dipamerkan, dokumen ini telah membuktikan bahawa matawang dibuat dari tembaga
dan perak dan juga daripada lain-lain logam telah digunakan untuk kegunaan rakyat
dan penduduk bagi tujuan perdagangan dan ekonomi di Negara Brunei Darussalam
hampir 1,500 tahun yang lalu.
Penggunaan wang China banyak dapat dilihat daripada dapatan arkeologi di
Negara Brunei Darussalam sendiri. Dapatan-dapatan arkeologi di kawasan Sungai
Limau Manis juga menunjukan bahawa matawang syiling China banyak digunakan di
negara ini.13

11

Wu Zong Yu, 2010. Brunei Dalam Sejarah China. Pusat Sejarah Brunei. ms.87-88.
Buku Quanzhi ditulis oleh seorang guru bernama Hong Zun (1120 M – 1174 M) semasa zaman
Dinasti Song Selatan (1127 M – 1279 M) tetapi tidak dicetak sehingga Dinasti Qing, lebih kurang 300
tahun kemudian
13 Dru e, “tephe C.
. The irth of Bru ei: Early polities of the orth est oast of Bor eo a d the
origins of Brunei, tenth to mid-fourtee th e turies , i Bru ei: History, Isla , so iety a d o te porary
issues, edited by Ooi Keat Gin. Abingdon, Oxon: Routledge.

12

6

Dokumentasi barat yang pertama mengenai dengan penggunaan matawang di
Brunei telah ditulis pada tahun 1521 M oleh Pigafetta14, seorang yang berbangsa Itali
semasa pengembaraan mengelilingi dunia yang pertama, yang telah menulis seperti
berikut:
“The money made by the Moros in those regions is of bronze pierced in the
middle in order that it may be strung. On only one side of it are four
characters, which are letters of the great king of China. We call that money
picis.”
Satu lagi dokumentasi barat yang menunjukan penggunaan wang dan juga
rekabentuk wang yang ada di Brunei pada zaman silam ialah dipetik daripada buku
Boxer Codex15. Buku ini menggambarkan keadaan Brunei yang ditulis oleh seorang
berbangsa Sepanyol pada tahun lebih kurang 1590 M seperti berikut:
“The King has a mint inside his fortress. The coins they mint are smelted,
and they are made of silver or gold, although in ancient times they were
made of silver, each of which weighed four and a half reales. The coin was
called a batguin, which had the stamp of the king of Brunei on one side,
which was as follows _______, and on the other side there is ______. And
because the foreigners who went there to conduct trade remove these
coins from the kingdom, and because there were no coins of small values,
the common people were poor and in debt. He gathered all these coins
together and devalued them, and ordered that two kinds of coin be minted
by pouring them into two separate molds. The first made of tin or lead, is
the size of half a real; they call it a pitis, which is worth 322 tomines, which
they call a laksa. The other coin is made of copper alloyed with silver in the
manner of Castilian blancas, except that they are thicker and weigh twice
as much. These coins are called paku; he assigned them the value of ten
of these two-real coins such that each paku was worth 32 pitis. He minted
these coins so that foreigners who conducted trade there would not remove

14

Robert Nicholl, Editor, 1975. European Sources for the History of the Sultanate of Brunei in the
Sixteenth Century. Muzium Brunei. ms. 12
15
George Bryan Souza dan Jeffrey S. Turley, Editors 2016. The Boxer Codex: Transcription and Translation
of an Illustrated Late Sixteenth-Century Spanish Manuscript Concerning the Geography, Ethnography and
History of the Pacific, South-East Asia and East Asia. Leiden: Brill Publishing.

7

them from the kingdom, but would rather use them for things that are found
in the kingdom.”
Daripada rekod-rekod China dan Barat bagi period zaman silam ini, manifestasi
budaya dalam rekabentuk wang Brunei adalah agak sukar untuk ditentukan. Ini adalah
kerana gambar-gambar tidak dapat dilihat dan hanya berpandukan kepada penulisan
yang diberikan oleh penulis-penulis.
Penggunaan wang syiling China iaitu yang berlubang di tengah-tengah itu
nampaknya berleluasa. Besar kemungkinan wang itu tidak dibuat di Brunei tetapi dibuat
di negeri China dan digunakan secara meluas bukan sahaja di Brunei tetapi juga di
rantau Asia Tenggara secara amnya16. Ini tidak menghairankan kerana keperluan untuk
mengadakan perdagangan dengan sebuah empayar yang besar, China memerlukan
penggunaan satu matawang yang sama kerana tanpa adanya satu system kewangan
yang berdasarkan penggunaan matawang yang sama akan menyulitkan urusan
transaksi pembelian dan penjualan.
Perdagangan-perdagangan dengan negara-negara lain juga akan menjadi mudah
dengan menggunakan satu matawang yang dapat digunapakai di keseluruhan rantau
Asia Tenggara. Jika diperhatikan daripada jenis-jenis barangan yang didapatkan
semasa mengadakan kajian arkeologi kapal karam di Laut China Selatan iaitu kapal
yang sedang dalam perjalanan ke Brunei, ianya membawa perdagangan seperti
tembikar-tembikar dan manik-manik bukan sahaja daripada China malahan juga
termasuk barang perdagangan daripada negeri-negeri Indo China seperti Thailand dan
Vietnam.
Apa yang jelas ialah kawalan pengeluaran ataupun pembuatan wang syiling
Brunei dimana dokumentasi Boxer Codex memberikan penerangan mengenai dengan
terdapatnya sebuah ‘mint’ ataupun kilang bagi pembuatan wang syiling yang terletak di
Kota Raja (Fortress). Ini dengan sendirinya memberikan penjelasan bahawa rekabentuk
matawang syiling Brunei itu direka sendiri oleh kerajaan dan dari itu sudah setentunya
akan mempamerkan atau menggambarkan sesuatu yang berkaitan dengan negara dan
budaya negara Brunei pada masa itu.

Matawang Brunei Period Zaman Kesultanan

16

Keat Gin Ooi, 2004. Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor,
Volume 1. ABC-Clio. ms.461.

8

Matawang keluaran pertama yang dibuat dan digunakan di Brunei tidak dapat
ditentukan tarikhnya dan daripada dokumen-dokumen China dan Barat, tarikh
pengeluaran matawang Brunei mungkin melebehi 1,000 tahun yang lalu.
Mengikut kajian yang terawal terperinci yang dibuat bagi meneliti matawang
Brunei yang didapati sekarang oleh Saran Singh17, matawang syiling yang dapat
ditentukan tarikhnya adalah dalam tahun 1700. Walau bagaimanapun dengan meneliti
kesemua matawang-matawang syiling yang telah pernah dijumpai dan juga
berdasarkan kepada penulisan-penulisan di atas, tarikh 1700 adalah setentunya tidak
tepat. Kajian Saran Singh ditumpukan kepada matawang syiling Brunei yang dijumpai
selama lebih kurang 300 ke 500 tahun yang lalu.
Menurut William Barret, seorang pakar matawang Canada, rekabentuk
matawang syiling Brunei yang dikenali sebagai pitis Brunei ini adalah dianggap sangat
unik dan tidak ada bandingannya dengan mana-mana syiling matawang yang lain di
dunia ini daripada segi rekabentuk dan konsep,18 dan menurut beliau juga rekabentuk
matawang syiling Brunei seperti ini tidak pernah dilihat di tempat-tempat yang lain.
Menurut seorang lagi penulis asing, Annabel Gallop, Southeast Asia Curator daripada
British Library, United Kingdom, matawang syiling-syiling Brunei ini adalah dianggap
sebagai matawang syiling Islam yang sangat menarik dan ganjil di Asia Tenggara.19
Apa yang dapat dirumuskan daripada kedua-dua penulis asing ini ialah rekabentuk
matawang syiling-syiling Brunei ini memanglah menunjukan ciri-ciri dan budaya Brunei
yang hanya unik kepada Brunei dan tidak meniru daripada mana-mana budaya lain.
Matawang syiling Brunei ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan menurut
klasifkasi yang dibuat awal oleh Saran Singh20 seperti berikut:

a.

Kumpulan Pertama: Syiling Yang Mempunyai Nama Sultan

b. Kumpulan Kedua: Syiling Yang Menggunakan Gelaran
c. Kumpulan Ketiga: Syiling Tanpa Sebarang Kenyataan (Without Inscriptions)

Kumpulan pertama iaitu syiling-syiling yang mempunyai nama-nama Sultan
adalah kebanyakannya mempunyai ukuran yang kecil dan mempunyai motif kucing.
Syiling-syiling ini adalah dikenali dikalangan pengumpul matawang Brunei sebagai Pitis
Kucing Mas (Golden Cat Pitis).

17

Saran Singh, 1986. The Encyclopaedia of the Coins of Malaysia, Singapore and Brunei, 1400-1986.
William L.S. Barrett, 1988. Brunei and Nusantara: History in Coinage. Brunei History Centre. ms.89
19
Annabel Teh Gallop, 2005. Camels, Seals and the Early Tin Coinage of Brunei. Archipel Année
2005 Volume 70 Numéro 1. ms. 261-280
20 Ibid. Saran Singh, 1986.
18

9

Syiling-syiling Kucing Mas ini nampaknya hanya digunakan oleh tiga orang
Sultan iaitu Sultan Nasruddin (1690 M hingga 1710 M), Sultan Kamaluddin (1710 M –
1730 M dan 1737 M hingga 1740 M) dan Sultan Muhammad Alauddin (1730 M – 1737
M). Syiling-syiling ini mempunyai ukuran dan saiz yang lebih kurang sama.
Syiling Sultan Nasruddin mempunyai tulisan jawi seperti berikut:

‫سلطا نصرالدين ملك ال اهر‬
iaitu “Sultan Nasruddin Malik Al Dzahir” di sebelah belakang. Sementara di sebelah
muka depan pula terdapat satu binatang yang berupa kucing dikelilingi oleh satu bulatan
yang bertitik. Dalam sebahagian versi matawang syiling itu, kucing tersebut mengadap
ke kiri dan sebahagiannya pula mengadap ke kanan. Ukuran garis pusat syiling ini
adalah di antara 22.5 mm sehingga 23.5 mm.
Matawang syiling Sultan Kamaluddin mempunyai tulisan jawi seperti berikut:

‫سلطا ك الدين ملك ال اهر‬
iaitu “Sultan Kamaluddin Malik Al Dzahir” di sebelah belakang. Sementara di sebelah
muka depan pula terdapat satu binatang yang berupa kucing mengadap ke kanan
dikelilingi oleh satu bulatan atau segi lapan yang bertitik. Perbezaan utama di antara
syiling Sultan Kamaluddin dan Sultan Nasruddin ialah rekabentuk syiling berkenaan.
Dua jenis rekabentuk telah diperbuat untuk syiling Sultan Kamaluddin iaitu syiling bulat
dan syiling segi lapan. Syiling segi lapan pula berlubang di tengah-tengah. Ukuran garis
pusat dalam lingkungan 22 mm.
Matawang syiling Sultan Muhammad Alauddin mempunyai tulisan jawi seperti
berikut:

‫سلطا مح د ﻻء الدين‬
iaitu “Sultan Muhammad Alauddin” di sebelah belakang. Sementara di sebelah depan
pula terdapat satu binatang yang lebih mirip kepada seekor kuda ataupun keldai dan
bukannya kucing mengadap ke kanan. Ukuran garis pusat dalam lingkungan 22 mm.
Daripada rekabentuk penulisan di matawang syiling ini, adalah ternyata bahawa
ugama Islam adalah satu elemen yang penting dalam masyarakat Melayu Brunei pada
masa itu. Ini dapat dilihat dari penggunaan Arab ataupun Jawi dan juga perkataanperkataan Arab, “Malik Al Dzahir” boleh diertikan sebagai “Raja Yang Zahir” ataupun
“Raja Yang Terserlah”. Penggunaan perkataan-perkataan “Malik Al Dzahir” ini pada
kelazimannya adalah digunakan bagi matawang syiling beberapa Dinasti Islam di Mesir
dan di Syria seperti Urtukid, Ayyubid dan Mamluk. Di Asia Tenggara, ianya juga sering
digunakan di matawang syiling Kesultanan Acheh dan Kesultanan Samudera-Pasai
pada abad ke-13 hingga ke-16.

10

Sementara penggunaan gambar kuching pula melambangkan kesultanan
kerana kucing emas21 adalah satu peralatan adat istiadat diraja. Walau bagaimanapun
bila diperhatikan dengan teliti, gambar binatang yang dimaksudkan itu mungkin bukan
kucing dan mungkin adalah binatang lain. Jika dibandingkan dengan syiling-syiling
negeri-negeri Islam yang lain pada jangkamasa yang sama seperti Empayar Parsi
Safavid yang menggunakan kerbau, kuda, unta dan singa; Kerajaan Islam Mughal India
menggunakan gambar kerbau, kambing dan singa; Kerajaan Islam Timurid
menggunakan kijang; dan begitu juga Kesultanan Islam Kelantan menggunakan kijang.
Besar kemungkinan juga binatang di dalam matawang syiling bagi Sultan Nasruddin
dan Sultan Kamaluddin itu adalah kuda ataupun kijang. Ini dapat dilihat di muka wang
syiling untuk Sultan Muhammad Alauddin dimana binatang yang dipamerkan itu lebih
mirip kepada kuda ataupun keldai dan bukannya kucing.
Kumpulan kedua matawang syiling Brunei adalah terdiri daripada syiling yang
menggunakan gelaran Sultan sahaja tanpa menyebut nama Sultan tersebut.
Koleksi dalam katalog yang dikumpulkan oleh Saran Singh menunjukan
berbagai-bagai jenis pitis mengandungi berbagai-bagai rekabentuk, berbagai-bagai
ukuran dan juga berbagai-bagai ketebalan syiling. Dengan jumlah yang begitu banyak,
besar kemungkinan pengeluaran wang syiling pitis ini adalah begitu panjang
jangkamasanya dan teori Saran Singh yang menyatakan hanya 300 tahun sahaja
pengeluaran pitis Brunei ini adalah setentunya kurang tepat. Walau bagaimanapun
untuk mengetahui tempoh masa matawang syiling pitis ini dikeluarkan tanpa sebarang
bukti bertulis juga adalah satu usaha yang sangat merumitkan.
Kebanyakan matawang syiling dalam kumpulan kedua ini mempamerkan
binatang-binatang seperti unta, harimau, keldai, gajah, kucing dan juga naga. Ada juga
yang tidak menunjukan gambar binatang tetapi menggunakan rekabentuk corak
geometeri dan sebagainya. Ada pula sebahagiannya hanya menggunakan tulisan di
depan dan di belakang matawang syiling pitis. Ada pula sebahagiannya menggunakan
tulisan di depan dan kosong di belakang.
Sementara tulisan-tulisan yang dipamerkan di dalam matawang syiling pitis ini
adalah Sultan Malik Al-Zahir (Sultan Raja Yang Zahir (Terserlah)), Sultan Al-Adil Malik
Al-Zahir (Sultan Yang Adil, Raja Yang Terserlah), Malik Al-Adil (Raja Yang Adil) dan
Sultan Al-Adil (Sultan Yang Adil).

21

Kucing emas adalah alat kebesaran Diraja yang diperbuat daripada emas, badannya berbentuk
kucing sedangkan mukanya seperti singa, diletakkan di hadapan persemayaman Sultan semasa Istiadat
Berpuspa sebagai lambang kebesaran Diraja dan kemegahan Negara. Dipetik dari buku Adat Istiadat
Diraja Brunei ditulis oleh Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Haji Mohd Jamil AlSufri.

11

Gaya tulisan Arab/Jawi yang digunakan adalah juga berbeza. Bagi tulisantulisan “Sultan Malik Al Dzahir”, ianya ditulis secara ringkas dan mudah dibaca.
Matawang syiling yang menggunakan keduanya juga mudah dibaca dimana di depan
akan diletakan “Sultan Al Adil” dan di sebelah belakang diletakkan “Malik Al Dzahir”.
Walau bagaimanapun ada terdapat matawang syiling yang memasukan bagi tulisan
“Sultan Al Adil Malik Al Dzahir” yang diletakkan di sebelah belakang, ianya ditulis dalam
empat petak dan menggunakan satu corak geometri yang unik. Corak geometri juga
berubah mengikut bila syiling tersebut dikeluarkan.
Penggunaan binatang-binatang seperti naga dan harimau mungkin boleh
ditafsirkan bahawa besar kemungkinannya matawang syiling tersebut dikeluarkan lebih
awal kerana kedua binatang itu mungkin ada persamaan dengan matawang China yang
digunakan. Memandangkan kepada keperluan perdagangan bersama dengan China
dan pedagang-pedagang asing lain juga memerlukan satu matawang yang boleh
dikenali dengan mudah dan dari itu penggunaan binatang seperti naga dan harimau
sebagai corak dalam matawang syiling Brunei tersebut. Walau bagaimanapun di
sebelah belakang syiling berkenaan masih diletakan perkataan-perkataan Arab “Sultan
Al Adil Malik Al Dzahir” dimana elemen Islam masih kuat teguh walaupun memasukan
gambar-gambar binatang seperti naga dan harimau.
Penggunaan corak geometri bagi tulisan “Sultan Al Adil Malik Al Dzahir” di dalam
empat petak adalah dikenali sebagai corak ‘mill-sale’ iaitu seperti kipas ataupun layar
yang terdapat di kincir angin (wind mills). Ianya juga digunakan di matawang Empayar
Parsi Savavid di Iran. Setiap corak juga dimatikan dengan menggunakan ‘cloud-collar’
China. Apa yang unik mengenai dengan rekabentuk ini adalah ianya satu-satunya yang
terdapat di dalam mana-mana matawang Islam yang pernah dikeluarkan.
Annabel Gallop22 menyatakan bahawa tanpa ragu-ragu pitis Brunei adalah
merupakan contoh pitis yang paling sempurna, berjaya, bercita-cita tinggi dan
mempunyai kaligrafi Islam yang canggih jika dibandingkan dengan mana-mana syiling
Asia Tenggara, mengalahkan syiling dari Aceh atau mana-mana negeri Melayu yang
lain dari segi keseniannya. Ini ditambah lagi tahap kepintaran kaligrafi adalah unik dan
kreatif, kerana dalam hampir semua kes-kes lain rekabentuk pada syiling-syiling Islam
dari dunia Melayu adalah rekabentuk biasa iaitu menfokuskan kepada keterangan
tulisan dan bukan kepada rekabentuk tulisan.

I id. A a el Gallop,
. without doubt the most accomplished, ambitious and sophisticated
examples of Islamic caligraphy found on any Southeast Asian coins, surpassing coins from Aceh or any
other Malay state in terms of artistry. Furthermore, the degree of calligraphic ingenuity is unique, for in
nearly all other cases the hands on Islamic coins from the Malay world are unremarkable, favouring
legi ility o er a ro ati s
22

12

Ini menunjukan keupayaan daya seni orang Brunei pada masa tersebut yang
mempunyai kepintaran dan kreativiti dan juga keilhaman kesenian yang sangat unik
sehingga boleh merekabentuk satu matawang syiling yang sehingga kini masih dipuji
dan dapat mengalahkan mana-mana matawang syiling lain yang ada di rantau Asia
Tenggara ini.
Penggunaan gambar unta pula adalah berdasarkan kepada elemen-elemen
Islam yang mengaitkannya dengan penggunaan unta di negara-negara Arab dan dari
itu elemen ini telah dimasukan ke dalam rekabentuk matawang syiling Brunei ini. Walau
bagaimanapun Annabel Gallop mempunyai teori yang berlainan iaitu unta yang telah
dimasukan ke dalam rekabentuk matawang syiling Brunei ini adalah sebenarnya adalah
alat meterai (seal) yang berbentuk unta dimana mengikut teori beliau ini adalah kerana
Brunei telah diiktiraf sebagai sebuah negara oleh Kerajaan China. Menurut kajian
beliau, ‘seal’ ini diberikan kepada beberapa orang raja termasuk Champa, Cambodia,
Siam, Java, Samudera, Lamuri, Melaka, Brunei, Sulu dan Kumalalang.
Kumpulan ketiga adalah matawang yang tidak mengandungi sebarang tulisan
dan hanya mempunyai gambaran binatang ataupun bunga ataupun corak-corak seni.
Kesemua matawang syiling ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan kecil iaitu yang
pertama mempunyai gambaran binatang ataupun burong di sebelah depan dan corak
berbunga di sebelah syiling tersebut; dan kumpulan kedua mempunyai corak berbunga
di sebelah depan dan corak-corak seni di sebelah belakang syiling tersebut.
Rekabentuk corak-corak ini samada corak berbunga atapun corak seni
menunjukan bagaimana keunikan matawang syiling Brunei kerana corak-corak ini juga
hanya terdapat digunakan di Brunei sahaja.
Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Momin (1852 – 1885), Baginda telah
mengeluarkan matawang syiling pitis yang baru yang pada masa ini lebih dikenali
sebagai ‘Pitis Payung.’ Ini disebabkan pitis ini menunjukan sebuah payung yang ketara
di muka depan pitis tersebut. Payung23 ini adalah merupakan satu daripada peralatan
tradisi adat istiadat diraja. Ianya juga merupakan sebagai satu simbolisma bahawa
payung itu adalah pelindung rakyat.
Muka belakang pitis yang nilainya setengah pitis mengandungi ayat-ayat dalam
tulisan jawi seperti berikut:

‫سنة‬

٨ ‫انيله تيته فيتس بلنج نڬري بروني‬

Marie-Sybille de Vienne dalam buku eliau Bru ei: Fro the Age of Co
er e to the st Ce tury
(2015) mengetengahkan teori bahawa penggunaan simbolisma payung ini adalah diambil daripada
Empayar Parsi Sassanid kerana penggunaan payung bersayap telahpun digunakan dalam matawang
syiling pada tahun 75 Hijrah.
23

13

iaitu ‘inilah titah pitis belanja negeri brunei 1285 sannah’. Sementara muka belakang
pitis yang nilainya satu pitis mengandungi ayat-ayat dalam tulisan jawi seperti berikut:

٨ ‫انيله تيته فرينته ك فقتن كاتس بلنجه نڬري بروني تاريه في‬
iaitu ‘inilah titah perintah kemuafakatan ke atas belanja negeri brunei tarikh 1285’.
Payung di matawang syiling pitis mempunyai dua sayap, lapan ‘pendants’
bergantung di bawah payung, dua pupuk bunga dengan enam kelopak dan satu
bendera di atas payung yang berkibar ke kanan tetapi ada juga variasi yang
menunjukan pitis yang benderanya berkibar ke kiri, payung dengan sebanyak sepuluh
‘pendants’ bergantung dan bunga dengan enam kelopak. Sebanyak dua jenis nilai bagi
matawang syiling pitis payung telah diedarkan pada zaman pemerintah Sultan Abdul
Mumin iaitu satu dengan nilai setengah pitis dengan ukuran 24 mm garis pusat dan satu
dengna nilai satu pitis dengan ukuran 30 mm garis pusat.
Rekabentuk adalah khusus rekabentuk Brunei kerana payung yang digunakan
melambangkan budaya dan adat istiadat Negara Brunei Darussalam dan tulisan jawi
yang berada di belakang.

Matawang Brunei Period Zaman Moden
Matawang Brunei moden pertama24 telah dikeluarkan oleh Sultan Hashim (1885
M – 1906 M) pada tahun 1887. Matawang syiling Brunei ini telah digiling di Birmingham
Mint25 di United Kingdom. Lebih kurang 1,000,000 keping syiling ini telah dikeluarkan
oleh Birmingham Mint yangmana 500,000 daripadanya adalah dikawal oleh Sultan
sendiri.
Matawang syiling ini dikenali sebagai ‘duit bintang’ kerana di depan syiling ini
adalah sebuah bintang dengan lima penjuru dalam bulatan dan ini pula dikelilingi oleh
ayat seperti berikut:

‫ساتو سين بلنج فرينته بروني سنة‬
iaitu “satu sen, belanja perintah brunei, sannah 1304”. Matawang syiling ini dikeluarkan
pada tahun 1304 H iaitu bersamaan dengan tahun 1887 M dengan nilai 1 sen. 1 sen
bermakna di sini satu keping kerana pada masa tersebut belum lagi ada istilah 1 ringgit.
Kebanyakan duit syiling yang dikeluarkan pada masa itu adalah bernilai 1 sen.
Di sebelah belakang matawang syiling tersebut adalah tulisan nombor satu
dalam bulatan dan ini dikelilingi oleh satu ayat dalam Bahasa Inggeris, “Sultanate of
Brunei 1304”.
24

Peter Blundell, 1923. The City of Many Waters. London: J.W. Arrowsmiths. ms. 62
The Birmingham Mint. http://bruneimoneystamps.blogspot.com/2007/09/birmingham-mint.html
(retrieved on 25 April 2017)
25

14

Penggunaan bintang lima penjuru ini merupakan tanda yang banyak digunakan
oleh negara-negara yang mengamalkan Islam sebagai ugama mereka. Pada zaman
silam, ianya digunakan sebagai lambang Empayar Islam Usmaniah 26 (1299 H – 1922
H). Bintang lima penjuru ini digunakan kerana ianya adalah melambangkan Rukun Islam
yang lima. Sementara ayat-ayat dalam tulisan jawi juga melambangkan budaya bangsa
Melayu dan juga penggunaan tahun hijrah 1304. Walaupun di sebelah belakang
menggunakan Bahasa Inggeris, ianya masih menyebut “Sultanate of Brunei” ataupun
Kesultanan Brunei dan mengekalkan penggunaan tahun hijrah 1304 bersama dengan
perkataan Inggeris tersebut. Sebutan “Sultanate of Brunei” ini adalah mungkin yang
pertama secara rasmi digunakan dalam apa jua bentuk media.
Daripada tahun 1906 sehingga tahun 1967, Brunei tidak mengeluarkan
matawangnya sendiri. Pada tahun 1906, Residen British pada masa itu mengarahkan
supaya semua matawang yang sedang digunakan di Brunei pada masa itu adalah
dibatalkan dan hanya matawang Kerajaan Selat sahaja yang akan digunakan.
Dalam matawang keluaran British bagi kegunaan di negeri-negeri Semanjung
Malaysia, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei mulai dimasukan panji-panji negeri
mulai wang keluaran tahun 1952 apabila Suruhanjaya Matawang Malaya dan British
Borneo ditubuhkan.27 Panji-panji Brunei boleh dilihat di dalam matawang-matawang
tersebut.
Pada tahun 1967, Brunei mengeluarkan matawangnya sendiri. Sebanyak lima
syiling dikeluarkan dengan nilai 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Sebanyak lima
nilai wang kertas juga dikeluarkan dengan nilai $1, $5, $10, $50 dan $100.
Rekabentuk Matawang Syiling28
Rekabentuk syiling adalah menggambarkan gambar wajah KDYMM Sultan Haji
Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam ke-28 dan nama beliau mengelilingi gambar wajah dengan tulisan “Sultan
Omar Ali Saifuddien III” di sebelah depan. Di sebelah belakang pula adalah beberapa
gambaran unik dengan dikelilingi oleh perkataan “Kerajaan Brunei” dengan tahun
pengeluaran dan nilai syiling.
Mengikut penerangan daripada Lembaga Matawang Brunei, gambaran unik
tersebut (telah digunakan daripada tahun 1967 sehingga sekarang) adalah
menggambarkan perkara-perkara berikut — syiling 50 sen menggambarkan panji-panji
26

Ummayad Caliphate. http://www.sarna.net/wiki/Umayyad_Caliphate (retrieved on 30 April 2017)
Ibid. William Barett, 1988. ms.75
28 Steven Tan, 2015. Standard Catalogue of Malayisa, Singapore, Brunei, Coin & Paper Money 21 st
Edition. International Coin and Stamp Sdn Bhd.
27

15

Brunei Darussalam; syiling 20 sen mengambarkan rekabentuk tempatan satu corak
bujur menegak bagi mencorakan sebuah pokok; syiling 10 sen rekabentuk tempatan
cakar berbentuk sepit ketam bagi mencorakan seekor haiwan; syiling 5 sen
menggambarkan rekabentuk tempatan berupa pokok bagi mencorakan seekor burung;
dan syiling 1 sen menggambarkan rekabentuk tempatan bagi mencorakan sekuntum
bunga ataupun berbagai bunga.
Selepas KDYMM Sultan Haji Omar Ali Saifuddien turun takhta pada 4 Oktober
1967, syiling baru telah dikeluarkan mulai tahun 1968. Rekabentuk di belakang syiling
tidak berubah tetapi gambar wajah KDYMM Sultan Haji Omar Ali Saifuddien telah
digantikan dengan gambar wajah KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah memakai dastar
dengan tulisan mengelilingi gambar wajah Baginda “Sultan Hassanal Bolkiah I”. Pada
tahun 1977, tulisan ini telah diubah kepada “Sultan Hassanal Bolkiah”. Pada tahun
1993, gambar wajah KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah diganti dengan gambar wajah
Baginda yang memakai songkok. Pada tahun 1970 juga dikeluarkan matawang syiling
$1 dengan rekabentuk syiling di belakang yang menunjukan sebiji meriam Brunei.
Beberapa keping matawang syiling bagi memperingati peristiwa-peristiwa
bersejarah telah dikeluarkan oleh Lembaga Matawang Brunei. Pada tahun 1977,
matawang syiling bagi memperingati ulangtahun ke-10 Lembaga Matawang Brunei
dengan menggunakan rekabentuk bentuk yang sama tetapi di belakang ialah
dipamerkan Masjid Omar Ali Saifuddein dengan nilai muka syiling $10. Pada tahun
1978, matawang syiling bagi memperingati ulangtahun ke-10 KDYMM Sultan Haji
Hassanaal Bolkiah menaiki takhta. Matawang syiling emas ini menunjukan gambar
mahkota Sultan. Pada tahun 1980, matawang bagi memperingati Tahun Hijrah 1400
dengan menunjukan satu bunga hiasan. Pada tahun 1984 bersempena dengan
kemerdekaan Negara Brunei Darussalam, satu mawatang syiling dengan gambar
pelantar

minyak

dikeluarkan

sementara

bagi matawang

syiling

emas

pula

menggunakan pemandangan Bangunan Sekretariat.
Pada tahun 1987 pula dikeluarkan matawang peringatan Ulangtahun ke-20
Penubuhan Lembaga Matawang Brunei dengan gambar pemandangan Masjid Omar
Ali Saifuddien. Pada tahun 1988, satu matawang syiling dikeluarkan bagi memperingati
Ulangtahun ke-20 Perpuspaan KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan
menunjukan logo KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Bagi memperingati
Ulangtahun ke-25 KDYMM menaiki takhta, tiga syiling dikeluarkan pada tahun 1992
dimana gambar di belakang adalah masing-masing logo KDYMM, pemandangan
semasa Baginda diusung semasa Perpuspaan dan gambar wajah KDYMM memakai
mahkota.

16

Pada tahun 1994, satu matawang dikeluarkan bagi memperingati 10 tahun
kemerdekaan dengan menggunakan beberapa alat kebesaran diraja iaitu kelasak,
kampilan dan pemuras di muka belakang. Bagi memperingati Ulangtahun ke-50
keputeraan KDYMM pada tahun 1996, matawang syiling yang dikeluarkan menunjukan
gambar

pemandangan

Bangunan

Yayasan

Sultan

Haji

Hassanal

Bolkiah,

pemandangan Kampong Ayer dan pemandangan Jame Asr Hassanil Bolkiah. Satu
ingot perak juga dikeluarkan dengan menggunakan pemandangan Istana Darussalam.
Pada tahun 1997 bagi memperingati Ulangtahun ke-30 ASEAN, tiga syiling dikeluarkan
dengan menggunakan gambar-gambar negara ASEAN, peta kawasan rantau ASEAN
dan logo ASEAN.
Pada tahun 1999 bagi memperingati Negara Brunei Darussalam menjadi tuan
rumah Sukan SEA dan syiling memperingatinya menunjukan logo SEA Games dan
gambar pemandangan Stadium Negara Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Dua mesyuarat
dimana Brunei menjadi tuan rumah iaitu APEC pada tahun 2000 dan Commonwealth
Finance Ministers Meeting 2003 telah menjadi bahan pengeluaran syiling. Bagi APEC,
adalah peta rantau APEC dan bagi Finance Ministers pula adalah peta dunia dengan
menandakan negara-negara Commonwealth.
Bagi memperingati Ulangtahun ke-20 Negara Brunei Darussalam pada tahun
2004 mencapai kemerdekaan, satu syiling yang menunjukan payung, kelasak, kampilan
dan pemuras telah digunakan. Pada tahun yang sama, satu syiling juga dikeluarkan
bagi memperingati Istiadat Perkahwinan DYTM Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee
Billah dengan Dayangku Sarah yang menunjukan gambar wajah kedua mempelai. Bagi
memperingati Ulangtahun ke-60 keputeraan KDYMM tiga syiling khas dikeluarkan
dimana gambar di muka belakang syiling menunjukan gambar wajah KDYMM dengan
memakai suit dan memakai pakaian seragam rasmi tentera.
Bersempena Brunei Darussalam mempengerusikan ASEAN pada tahun 2013,
satu syiling khas dikeluarkan dengan menunjukan logo mesyurat ASEAN 2013. Bagi
memperingati Ulangtahun ke-30 Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam, satu
matawang syiling telah dikeluarkan dengan gambar pemandangan bangunan Majlis
Mesyuarat Negara yang baru. Bersempena dengan Ulangtahun ke-30 Perhubungan
Diplomatik Brunei-Jepun, satu matawang syiling telah dikeluarkan dengan gambar
bendera kedua negara dan bungai rasmi kedua buah negara.
Rekabentuk Matawang Kertas dan Polimer29

29

Ibid. Steven Tan, 2015.

17

Sementara rekabentuk matawang bermula pada tahun 1967 adalah sama bagi
semua nilai kecuali yang membezakannya ialah dari segi nilai wang, warna dan ukuran.
Rekabentuk yang lain sama iaitu gambar wajah KDYMM Sultan Haji Omar Ali
Saifuddien

di

muka

depan

dengan

perkataan-perkataan

“Kerajaan

Brunei”,

“Government of Brunei” dan tarikh keluaran berserta dengan tandatangan Baginda. Di
sebelah belakang pula adalah gambar Masjid Omar Ali Saifuddien dengan perkataan
jawi:

‫كراجأ بروني‬
Iaitu Kerajaan Brunei dan “Government of Brunei”.
Pada tahun 1972, matawang kertas Brunei yang baru dikeluarkan. Yang
berubah adalah gambar wajah KDYMM Sultan Haji Omar Ali Saifuddien digantikan
dengan gambar wajah KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Nilai, warna dan
rekabentuk lain tidak berubah. Pada tahun 1979 pula dikeluarkan dua nilai baru iaitu
$5,000 dan $1,000. Gambar wajah KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah adalah
gambar wajah baru dengan memakai dastar, sementara gambar di belakang matawang
pula adalah Masjid Omar Ali Saifuddien di matawang nilai $500 dan Bangunan Muzium
Brunei di matawang nilai $1,000.
Pada tahun 1989, satu rekabentuk matawang Brunei yang baru dikeluarkan bagi
menggantikan siri tahun 1972 dengan nilai-nilai $1, $5, $10, $50, $100, $500, $1,000
dan $10,000. Gambar wajah KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang baru
menghiasi muka dengan matawang dan berbagai-bagai gambar digunakan bagi
menghiasi ruang belakang matawang. Bagi nilai $1, gambar digunakan adalah gambar
pemandangan Kampong Ayer, bagi $5 pula adalah pemandangan rumah di Pulau BaruBaru, bagi $10 adalah pemandangan Masjid Omar Ali Saifuddien berserta Kampong
Ayer, bagi $50 adalah pemandangan perahu membawa penumpang di Kampong Ayer,
bagi $100 adalah pemandangan Bandar Seri Begawan berserta Kampong Ayer, bagi
$500 adalah sebuah perahun yang dikayuh oleh seorang padian, bagi $1,000 adalah
gambar pemandangan Istana Nurul Iman berserta dengan Kampong Ayer dan bagi
$10,000 adalah pemandangan Bandar Seri Begawan. Matawang $10 juga menunjukan
lakaran ayer muleh. Sementara bagi matawang nilai besar masing-masing mempunyai
gambar tambahan di muka depan, bagi $100 adalah gambar beberapa buah rumah
Kampong Ayer, bagi $500 adalah beberapa buah durong bagi menyimpan padi, bagi
$1,000 adalah gambar seorang nelayan dengan rambat dan bagi $10,00 adalah gambar
Istana Nurul Iman. Penggunaan tulisan jawi adalah sama seperti siri sebelumnya.
Pada tahun 1992, satu matawang khas dikeluarkan bagi memperingati Jubilee
Perak KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah menaiki takhta. Nilai matawang adalah

18

$25 dengan gambar wajah KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah menghiasi ruang
depan berserta dengan satu gambar Usungan Baginda semasa upacara Perpuspaan
Baginda pada tahun 1968 dan gambar di muka belakang menunjukan KDYMM Sultan
Omar Ali Saifuddien menempatkan mahkota di atas kepala KDYMM Sultan Haji
Hassanal Bolkiah. Tulisan jawi bagi mukadepan matawang ini adalah “wang kertas sah
diperlakukan dengan nilai dua puluh lima ringgit” dan di muka belakang adalah “1992
Ulangtahun ke 25 Menaiki Takhta 1967” dan perkataan “Negara Brunei Darussalam.”
Pada tahun 1996, matawang polimer bagi nilai $1, $5 dan $10 dan matawang
kertas bagi nilai $50, $100 dan $500 dikeluarkan. Rekabentuk matawang polimer
menggunakan gambar wajah KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang sama seperti
pengeluaran tahun 1992. Perbezaan utama adalah penggunaan bunga dan daun-daun
berserta dengan pemandangan gambar hutan bagi matawang nilai $1, $5 dan $10.
Tulisan jawi kekal dengan “Negara Brunei Darussalam” di muka belakang. Bagi
matawang nilai $50, $100 dan $500 pula menunjukan pemandangan pelantar minyak
bagi $50, pemandangan Lapangan Terbang Antarabangsa bagi $100 dan Bangunan
Alat-Alat Kebesaran Diraja bagi $500.
Pada tahun 2004, matawang polimer yang baru bagi nilai $50 dan $100
dikeluarkan dan rekabentuknya mengikut rekabentuk matawang polimer yang rendah
dengan menggunakan bunga dan daun dan juga pemandangan hutan di muka
belakang.
Pada tahun 2007, matawang polimer nilai $500 dikeluarkan dengan
menggunakan gambar wajah KDYMM Sultan Omar Ali Saifuddien di muka depan dan
pemandangan Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Masjid Omar Ali
Saifuddien. Matawang polimer $1,000 dan $10,000 pula menggunakan gambar wajah
KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah memakai dastar dan gambar di belakang
menunjukan gambar Bangunan Kementerian Kewangan yang baru di nilai $1,000 dan
gambar Majlis Mesyuarat Diraja bagi nilai $10,000.
Pada tahun 2007 juga dikeluarkan satu nilai khas iaitu $20 sempena
memperingati Ulangtahun ke-40 Perjanjian Saling Pertukaran Matawang dengan
Singapura. Mukadepan menunjukan gambar wajah KDYMM Sultan Haji Hassanal
Bolkiah dengan satu bunga tempatan. Sementara gambar di muka belakang adalah
menunjukan pemandangan Republik Singapura dan pemandangan Masjid Omar Ali
Saifuddien berserta dengan bahtera diraja. Republik Singapura juga mengeluarkan
matawang dengan nilai yang sama dengan menggunakan gambar pemandangan
kedua buah negara yang sama.
Pada tahun 2011, matawang polimer yang baru dikeluarkan bagi nilai-nilai $1,
$5 dan $10. Rekabentuk lebih kurang sama dan gambar wajah KDYMM Sultan Haji

19

Hassanal Bolkiah dengan memakai dastar. Gambar pemandangan di muka belakang
adalah gambar Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Masjid Omar Ali
Saifuddien bagi nilai $1, gambar Bangunan Lapau bagi nilai $5 dan gambar Masjid
Jame Asr Hassanil Bolkiah bagi nilai $10.

Rumusan
Daripada penelitian-penelitian rekabentuk matawang samada dalam bentuk
syiling ataupun wang kertas dan polimer, ia banyak menunjukan ciri-ciri ke-Bruneian
dan juga cuba mempamerkan perkara-perkara seperti pemandangan-pemandangan
tertentu di Negara Brunei Darussalam, gambar-gambar flora dan fauna, gambargambar aktiviti perekonomian, gambar-gambar warisan budaya dan gambar-gambar
bangunan-bangunan yang menjadi kebanggaan negara.
Di rekabentuk matawang syiling yang awal adalah juga melihatkan budaya yang
ada dan juga pengaruh-pengaruh tertentu yang berlaku di zaman tersebut. Rekabentukrekabentuk tersebut melihatkan ciri-ciri budaya tertentu yangmana walaupun dari
penelitian zaman ini adalah melihatkan budaya pengaruh luar tetapi ini harus difahami
bahawa rekabentuk tersebut adalah khusus untuk penggunaan pada masa terse