TEOLOGI PEMBANGUNAN DALAM ISLAM pdf

TUGAS MATA KULIAH AHLAQ

TEOLOGI PEMBANGUNAN DALAM
ISLAM
Syarifuddin Thahir
031 2011 0004

PROGRAM STUDI TEKNIK SIPIL FAKULTAS TEKNIK
UNIVERSITAS MUSLIM INDONESIA MAKASSAR
2016

Pembangunan Menurut Islam
• Pengertian Pembangunan

• Istilah memaju atau membangunkan negara, negeri, wilayah, daerah, petempatan
dsb. Merujuk pembangunan secara fizikal untuk mengubah persekitaran kawasan
• Terdapat istilah kemajuan yang digunakan untuk memajukan masyarakat dalam
konteks sosioekonomi. Biasanya merujuk kepada aspek-aspek sosial, pendapatan,
pendidikan dan sebagainya melalui peningkatan infrastruktur, pembangunan ekonomi
dsb.


• Pengertian Pembangunan Menurut Islam

• Pembangunan – kebendaan dan manusia (akhlak dan kerohanian) = perkembangan
fizikal, intelektual dan emosi perlu dibangunkan serentak dengan pembangunan
kebendaan
• Abd. Aziz (2006) - pembangunan sebagai semua kegiatan yang dijalankan oleh
manusia yang bertujuan untuk menghasilkan kebaikan dan menghindarkan dari
kerosakan di muka bumi.
• Mahmood Zuhdi (2004) - merujuk pembangunan merupakan salah satu maslahat
yang harus dijaga dimana sekiranya tidak wujud pembangunan, maka maslahat
atau kepentingan hidup akan tergugat dan masfsadah iaitu keburukan hidup akan
bermaharajalela.
• Nik Mustapha (2004) - satu gagasan yang berbentuk pelbagai dimensi, dinamik dan
relevan bagi individu di dalam menyusun dan menjalani urusan bermasyarakat untuk
kemajuan diri, keluarga, masyarakat dan negara secara efektif, bermakna dan harmoni

Asas Pembangunan Islam
• Tauhid
– Mengesakan Allah sebagai pemilik alam ini. Manusia hendaklah
membangunkan dunia berteraskan syariat supaya kemakmuran

dpt dinikmati oleh semua makhluk
• Rububiyyah
– Merancang pembangungan selaras dengan sifat Allah yang
berkuasa supaya pembangunan dpt dilakukan dgn seimbang dan
sempurna
• Khalifah
– Manusia bertanggungjawab memakmurkan alam ini berlandaskan
ketentuan dan kehendak Allah

• Tazkiyyah (penjernihan jiwa)
– Pembangunan fizikal hendak seiring dgn pembangunan jiwa. Jauhi
sifat tercela bg mengelak bencana dan kerosakan

Alam Sekitar dan Tanggungjawab Manusia
Alam adalah amanah Allah dan juga kemudahan dan nikmat
kepada manusia
Manusia harus berhati-hati menggunakan sumber alam
Manusia dan alam mempunyai hubungan rapat. Justeru,
manusia digalak meneroka alam untuk peroleh manfaat dan
memakmurkannya

Manusia harus memastikan wujud kesepaduan dalam
pembangunan.
(Ibrahim: 32) Allah-lah yang telah menciptakan langit
dan bumi dan menurunkan air hujan dari langit, kemudian Dia
mengeluarkan dengan air hujan itu berbagai buah-buahan
menjadi rezeki untukmu; dan Dia telah menundukkan bahtera
bagimu supaya bahtera itu, berlayar di lautan dengan kehendakNya, dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu sungai-sungai.

Unsur Unsur Pembangunan
Rozalli (2005) - mengandungi dua unsur utama
konsepnya iaitu perubahan dan kemajuan.
• Perubahan – merujuk kepada pergerakan dari satu
peringkat kehidupan ke satu peringkat kehidupan yang
lain dan lebih bersifat perubahan sosial dimana
kemungkinan sesebuah masyarakat mengkehendakkan
satu perubahan dan kejayaan.
• Kemajuan - satu bentuk pergerakan kehidupan yang
lebih baik daripada pengalaman yang pernah dilalui
atau dialami dimana ia merangkumi semua aspek
seperti pendidikan, ekonomi, pemilikan harta, moral

dan sosial.

Keperluan Pembangunan





Nik Azis (1994) - menggabungkan unsur-unsur Syariah bagi memenuhi
keperluan-keperluan berikut :– Keperluan asas manusia iaitu makanan, tempat tinggal dan pakaian.
– Keperluan bukan asas yang bersifat kemasyarakatan
– Keperluan yang memberi faedah khusus dalam konteks sosiobudaya
dan sosioekonomi.
Mahmood Zuhdi (2004) -merujuk Maslahah Dharuriyat iaitu
kepentingan asas bagi kehidupan manusia adalah meliputi lima
keperluan iaitu agama, nyawa, akal, harta dan maruah.
Syed Othman Alhabshi (2004) - kepentingan dan keperluan asas
manusia di dalam memenuhi tuntutan keperluan pembangunan
menurut ajaran Islam dengan lebih spesifik dalam konteks kehendak
ummah. Antaranya ialah,

– Keperluan
– Keselesaan
– Kemewahan

Apakah Faktor Berlakunya Pembangunan

• Keperluan hidup kolektif di suatu kawasan. Dengan kehidupan terfokus
di satu kawasan, pembangunan wujud utk memenuhi keperluan2 asas
• Keperluan lokasi untuk segala aktiviti masyarakat spt pentadbiran,
pendidikan dan ekonomi memerlukan lokasi utk operasi
• Pertambahan populasi penduduk dan kekurangan sumber utk
kelangsung hidup. Menjadi sebab kerajaan memikirkan teknik2 yg
ekonomi ttg penggunaan tanah, hutan dan air
• Keperluan kemudahan komunikasi. Pembinaan jalanraya, penyediaan
pengangkutan awam dll. Pembangunannya berlaku berterusan
mengikut perubahan masa dan keperluan manusia

Ciri-ciri Pembangunan Dalam Islam
• Tumpuan pembangunan – manusia, persekitaran, fizikal dan
sosiobudaya

• Tujuan pembangunan – mewujudkan manusia yg seimbang dan
bertanggungjawab pada agama, bangsa dan negara
• Konsep pembangunan hendaklah menyeluruh dan sepadu merangkumi
aspek moral, kerohanian dan kebendaan

Ciri - ciri Utama Pembangunan
Rozalli (2005) - Terdapat lima ciri utama pembangunan dalam konteks falsafah
Islam, iaitu :– Pembangunan yang bersifat menyeluruh yang merangkumi aspek-aspek
moral, kerohanian dan materialistik.
– Teras Pembangunan Islam ialah pembangunan manusia dimana ia
sesuai dengan peranan manusia sebagai khalifah Allah SWT di mukabumi
dan diberi tanggungjawab serta amanah bagi mentadbir dan mengurus
bumi dengan adil dan saksama.
– Pembangunan ekonomi menurut Islam adalah sesuatu yang saling
berkaitan dengan aspek kehidupan yang lain yang bersifat menyeluruh.
– Pembangunan ekonomi menurut perspektif Islam bermakna perubahan
secara kuantitatif dan kualitatif. Islam lebih mementingkan
keseimbangan di dalam ekonomi dan pembangunan menyeluruh
bukannya untuk kepentingan atau faedah bagi sebelah pihak sahaja.
– Islam lebih mementingkan penggunaan sumber-sumber yang

dianugerahkan oleh Allah swt secara optimum tetapi melalui pengagihan
yang adil dan sama rata.

Prinsip Prinsip Pembangunan
• Muhammad Syukri (2004) mengemukakan tujuh prinsip
pembangunan yang bersumberkan epistemologi Islam.
Antaranya ialah :– Tasawwur sebagai Acuan
– Manusia sebagai Pelaku Pembangunan
– Alam Roh, Dunia dan Akhirat sebagai Skala Waktu
Pembangunan
– Fardu Ain sebagai Kerangka Pembangunan
– Ibadah sebagai Kaedah Pembangunan
– Sumber Alam sebagai Alat Pembangunan
– Keredhaan Allah sebagai Matlamat Akhir Pembangunan

Indeks Pembangunan
• Hamad Kama Piah (2004) mengemukakan tiga perkara utama yang dipertimbangkan
bagi menentukan Indeks Pembangunan Ekonomi menurut pandangan Islam, iaitu :– Pertumbuhan ekonomi dan peningkatan pendapatan. Di dalam menghuraikan
aspek pertumbuhan ekonomi, beliau telah menggariskan kaedah pengukurannya
dengan mengambilkira faktor-faktor seperti perbelanjaan, upah dan penggajian,

tenaga buruh serta barangan dan perkhidmatan yang diperuntukkan dan
disediakan. Dengan menggunakan indikator tertentu, penilaian dan analisis dapat
dilaksanakan melalui kaedah perbandingan antara satu kelompok masyarakat
dengan yang lain.
– Keadilan di dalam pengagihan pendapatan dan kekayaan serta penyediaan
keperluan asas. Keadilan sememangnya telah wujud di dalam sistem ekonomi
Islam dimana keadilan dicerminkan oleh sistem cukai yang munasabah dan dasar
pengagihan yang adil seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), sebagai tambahan
kepada sistem zakat dan sedekah.
– Persekitaran sosial yang sihat dan menyenangkan yang berdasarkan kepada
norma dan nilai Islam. Iaitu prinsip di dalam menzahirkan petanda ke arah
persekitaran sosial yang sihat dan menyenangkan yang berasaskan kepada norma
dan nilai Islam. Oleh itu, bagi mewujudkan persekitaran sosial yang sihat dan
menyenangkan, penyemaian nilai-nilai moral dan etika mestilah berasaskan
kepada prinsip dan nilai ajaran Islam.

PETUNJUK NILAI ISLAM

Petunjuk Nilai Pembangunan Islam


Kutipan
Zakat

Aset Perbankan
Islam

Aset
Takaful

Pasaran Uang dan
Modal Islam

Jumlah Deposit dan
Bilangan pendeposit di
Tabung Haji

Disokong

Pembangunan Modal Insan


Profesional Islam

Pelajar Sekolah
Agama

Guru Sekolah
Agama

Pembangunan Infrastruktur

Masjid

Sekolah Agama

Surau

Jenis Jenis Pembangunan
• Pembangunan Fisikal adalah merujuk kepada satu bentuk
pembangunan yang mengubah semua bentuk fizikal tanah
termasuklah yang melibatkan perubahan corak gunatanah dari

kegunaan sedia ada kepada kegunaan yang bercorak moden
serta bersifat komersialisasi.
Pembangunan Fizikal
Mengubah mukabumi dalam bentuk fizikal dimana dari tanah rata kepada pembangunan unit-unit fizikal
hartanah

Perbandaran

Perumahan

Bercampur

Perindustrian

• Pembangunan Bukan Fisikal merujuk kepada satu proses
pembangunan yang tidak melibatkan perubahan kepada corak
gunatanah kegunaan tanah dengan mengekalkan kegunaan
yang sedia.

Kepentingan Pembangunan
• Dalam konteks ajaran Islam, pembangunan dilihat sebagai alat untuk
memajukan ummah sama ada dalam bentuk pembangunan fizikal dan bukan
fizikal. Dalam merancang sesuatu proses perlaksanaan pembangunan sama
ada berbentuk fizikal dan bukan fizikal, manusia sebagai khalifah Allah SWT
di mukabumi perlu mewujud dan mengekalkan hubungannya dengan
Pencipta, sesama manusia dan alam sekeliling.
Allah SWT

Sebagai Pencipta dan mengharap
keredhaanNya

Hubungan secara
Vertikal

Manusia

Hubungan
secara
Horizontal

Manusia sebagai
Khalifah Allah

Hubungan
secara
Horizontal

Alam
Sekeliling

Ringkasan konsep pembangunan dan Falsafah
pembangunan menurut Prespektif Islam
Secara ringkasnya, pembangunan menurut perspektif
Islam dapat didefinisikan sebagai, satu proses pemikiran
bagi tujuan untuk memajukan sesuatu masyarakat meliputi
sama ada dari aspek-aspek fizikal, sosial dan ekonomi agar
masyarakat akan dapat maju dan mencapai matlamat
selaras dengan keadaan dan keperluan semasa. Di dalam
memastikan matlamat dan objektif bagi memajukan
sesuatu masyarakat beberapa kriteria-kriteria diperlukan
seperti penyediaan infrastruktur, kemudahan dan peluangpeluang kepada masyarakat di dalam menentukan bentuk
atau konsep pembangunan yang diperlukan. Pembangunan
juga tidak boleh dipisahkan dengan batasan-batasan dan
keperluan-keperluan agama bagi tujuan mendapat
keredhaan dari Allah.

Ciri – ciri Pembangunan yang Baik
• Antara ciri-ciri tersebut ialah :
– Fizikal : meliputi faktor-faktor penyediaan kemudahan dan keperluan
asas manusia merangkumi kemudahan kediaman, makanan dan
infrastruktur.
– Ekonomi : meliputi aspek-aspek peluang yang dapat diceburi oleh
masyarakat di dalam meningkatkan kemampuan masyarakat di dalam
mendapatkan barangan dan perkhidmatan dan keuntungan daripada
pembangunan ekonomi.
– Sosial : memastikan bahawa masyarakat dapat dihindarkan daripada
gejala-gejala yang tidak sihat yang mungkin menjadi satu penyakit yang
boleh menjangkiti masyarakat dan secara tidak langsung mengakibatkan
kerosakan ke atas struktur sosial masyarakat.
– Agama : ia merupakan satu faktor yang penting bagi tujuan untuk
memastikan masyarakat dapat mendekatkan diri kepada Penciptanya.
Disamping itu juga selaras tujuan manusia dihidupkan di dunia untuk
menjadi khalifah bagi memelihara dan menjaga semua anugerah Tuhan
dan semua makhluk di atas muka bumi.

Ringkasan Pembangunan
DEFINISI PEMBANGUNAN
Satu proses pemikiran bagi tujuan untuk memajukan
sesuatu masyarakat meliputi sama ada dari aspek-aspek
fizikal, sosial dan ekonomi agar masyarakat akan dapat
maju dan mencapai matlamat selaras dengan keadaan dan
keperluan semasa.

CIRI-CIRI PEMBANGUNAN YANG BAIK

Fizikal
Kemudahan dan
Keperluan Manusia
di dalam menjalani
kehidupan seharian.

Ekonomi
Peluang Ekonomi
dan Kemampuan di
dalam mendapatkan
barangan dan
perkhidmatan.

Sosial
Menghindari diri dari
penyakit-penyakit
dan gejala-gejala
sosial yang tidak
baik.

Agama
Sifat semulajadi
manusia yang
memerlukan agama
serta untuk
mendekatkan diri
kepada Pencipta.

Syarifuddin Thahir
031 2011 0004

Terima Kasih