STRATEGI KOMUNIKASI DAN KEPENTINGANNYA K (1)
Prosiding Seminar
Pengajaran Bahasa dan Kesusasteraan Arab di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia
Anjuran Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam UKM
22-23 Mac 2008 Puri Pujangga Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
STRATEGI KOMUNIKASI DAN KEPENTINGANNYA KEPADA PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI MALAYSIA
Amilrudin Ishak
Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
KUIPSAS
Pendahuluan
Dalam pembelajaran bahasa Arab, pelajar sering mengalami gangguan
komunikasi disebabkan kesukaran atau kelemahan menguasai bahasa tersebut.
Untuk menyampaikan maksud pertuturannya, penutur itu akan meneruskan
ujarannya dengan menggunakan alternatif lain untuk menyampaikan masej
komunikasinya. Usaha ini dikenali sebagai strategi komunikasi.
Terdapat sekurang-kurangnya tiga kategori utama iaitu strategi berasaskan
bahasa ibunda, strategi berasaskan bahasa kedua (Arab) dan strategi berasaskan
bahasa nonverbal.
Strategi berasaskan bahasa ibunda termasuklah strategi pemindahan
leksikal dan penukaran kod. Sementara strategi berasaskan bahasa kedua (Arab)
pula merangkumi strategi terjemahan literal, strategi pengulangan, penjedaan,
penghampiran, penggunaan perkataan yang tidak betul, rayuan dan pengelakan.
Strategi komunikasi sebenarnya boleh membantu pelajar agar yakin
bertutur dalam bahasa Arab dan menjadikannya sebagai kebiasaan meskipun
terdapat kelemahan dan kesalahan bahasa. Dengan menggunakan strategi
komunikasi yang bersesuaian, mereka dapat mengatasi masalah bahasa dan
sekaligus menjayakan komunikasi dan penyampaian maklumat dalam bahasa
Arab.
Definisi Strategi Komunikasi
Sepintas lalu, strategi komunikasi bermaksud usaha dan cara seseorang
penutur khususnya penutur bahasa kedua mengatasi masalah komunikasi yang
dihadapinya supaya dapat menyampaikan masej yang dikehendakinya kepada
interlokutor dengan apa jua kaedah dan teknik.
Strategi komunikasi diperlukan oleh penutur sama ada ketika bertutur
dalam bahasa ibunda atau lebih-lebih lagi diperlukan oleh penutur yang
mempelajari bahasa kedua. Pelajar bahasa kedua sangat bergantung kepada
strategi komunikasi kerana bahasa tersebut belum dikuasai dengan baik. Demi
1
untuk menjayakan penyampaian masej, pelajar bahasa
menggunakan strategi komunikasi dalam sesi pertuturannya.
kedua
banyak
Sebahagian ahli bahasa berpendapat bahawa strategi komunikasi adalah
satu usaha sistematik yang dilakukan oleh penutur untuk menyampaikan atau
menterjemahkan sesuatu maksud dalam bahasa sasaran (bahasa kedua) dalam
keadaan di mana padanannya dalam bahasa sasaran adalah tidak jelas.
Ringkasnya, strategi komunikasi ialah tindakan atau usaha yang dilakukan
oleh penutur dengan sengaja terutama ketika bertutur dalam bahasa kedua apabila
ia mengalami gangguan bahasa sama ada kerana penutur ketiadaan sumber
bahasa atau penutur menganggap pendengar tidak boleh memahami struktur
bahasanya. Dalam hal ini, penutur mungkin memilih untuk meninggalkan masej
tersebut atau meneruskan ujarannya dengan menggunakan alternatif lain dalam
komunikasinya.
Faktor Utama Berlaku Strategi Komunikasi
Dapatlah dirumuskan bahawa strategi komunikasi bukanlah sesuatu yang
dirancang dengan sengaja untuk dilakukan. Ia adalah merupakan satu tindak balas
spontan hasil daripada gangguan bahasa yang dialami seseorang dalam
komunikasinya.
Faktor-faktor yang mendorong kepada berlakunya strategi komunikasi
ialah antara lain disebabkan kelemahan dalam penguasaan kaedah tatabahasa atau
nahuan, kekurangan perbendaharaan kata, kelemahan sedia ada serta tabiat dan
amalan kebiasaan bercakap merayu, berulang-ulang dan berjeda serta faktor
luaran bahasa seperti situasi komunikasi dan perasaan penutur.
Kesan Penggunaan Strategi Komunikasi Kepada P&P Bahasa Arab
Penggunaan strategi komunikasi boleh dilihat memberi kesan kepada tiga
perkara iaitu kesan kepada komunikasi, kesan kepada pengajaran dan
pembelajaran bahasa dan kesan kepada perkembangan bahasa Arab di Malaysia.
Penggunaan strategi komunikasi sebenarnya boleh meninggalkan kesan
negatif dan kesan positif. Kesan negatif ialah apabila penggunaannya secara
berleluasa dan berterusan tanpa ada usaha memperbaiki kesilapan, mengatasi
kelemahan dan menyelesaikan masalah. Jika dibiarkan berlarutan, lambat laun
pertuturan seseorang itu akan kekal dalam kesilapan dan kelemahan yang boleh
merosakkan bahasa yang dipelajarinya.
Sebaliknya, jika penggunaan strategi komunikasi ini hanyalah untuk
penyelesaian sementara dan ada usaha untuk memperbaiki kelemahan dan
kesilapan, strategi komunikasi harus dilihat sebagai positif.
Dari sudut kesan jangka pendek, strategi komunikasi boleh
menyemarakkan komunikasi seseorang dalam bahasa yang dipelajarinya
meskipun ia masih terlalu asing. Dengan pengetahuan yang sedikit dan kebolehan
2
yang terhad, seseorang itu masih mampu berkomunikasi dalam bahasa kedua
dengan bantuan strategi komunikasi. Di samping itu ia dapat membebaskan
dirinya daripada kongkongan bahasa ibunda yang sememangnya telah
mendominasi pertuturan dan pemikirannya.
Dari aspek psikologi, strategi komunikasi boleh membantu pelajar bahasa
untuk memperolehi keberanian mengujarkan pertuturan dalam bahasa Arab.
Mereka merasa yakin dan seronok kerana apa jua masalah bahasa yang bakal
mereka hadapi akan dapat diselesaikan dengan bantuan strategi komunikasi.
Perasaan malu akan hilang kerana mereka tahu bahawa mereka mampu untuk
bertutur malah merasa bangga untuk terus membiasakan diri menggunakan
bahasa Arab dalam pertuturan harian sesama rakan sebaya mahupun dengan guru
mereka.
Aspek positif jangka panjang ialah masa depan penggunaan bahasa Arab di
Malaysia khususnya. Dengan wujudnya penuturan bahasa Arab di kalangan pelajar
dan masyarakat awam, meskipun terdapat kelemahan, kesilapan dan kesukaran, ia
akan mengangkat martabat bahasa Arab untuk diterima sebagai bahasa
komunikasi, bahasa ilmu dan bahasa global.
Saranan
Menyedari hakikat bahawa strategi komunikasi pasti wujud dalam
komunikasi seseorang sama ada disedari atau tidak, maka sewajarnya langkahlangkah tertentu perlu diambil. Kertas ini ingin mengemukakan beberapa saranan
berkaitan penggunaan strategi komunikasi.
(a)
Pelajar-pelajar bahasa Arab seharusnya dibimbing dan diperkenalkan
kepada strategi komunikasi secara sistematik untuk membolehkan mereka
memilih dan menggunakan strategi yang positif dan bersesuaian. Tanpa bimbingan
yang sempurna akan menyebabkan pelajar hilang arah apabila mereka
menghadapi masalah komunikasi dalam bahasa Arab. Mereka akan memilih untuk
meninggalkan ujaran atau bertutur dalam bahasa-bahasa lain.
(b)
Sebenarnya strategi komunikasi boleh memberi kesan yang mendalam
kepada kelancaran komunikasi seseorang serta boleh meningkatkan penguasaan
bahasa tersebut. Oleh itu, pelajar bahasa Arab seharusnya digalakkan untuk
menggunakan strategi komunikasi yang positif, seperti strategi yang berasaskan
bahasa kedua. Strategi-strategi yang negatif seperti strategi pemindahan leksikal
dan pengalihan kod patut dielakkan.
(c)
Dalam konteks pembelajaran bahasa Arab di Malaysia, penggunaan strategi
penghampiran dan terjemahan leteral amat sesuai dan patut dikembangkan
kepada pelajar. Ini kerana kedua-dua strategi ini menghendaki pelajar berusaha
membuat ujaran dalam bahasa Arab meskipun mereka tidak mengetahui
perkataan yang sebenar atau perkataan yang tepat. Dengan menggunakan strategi
ini, pelajar akan meneruskan ujaran dalam bahasa Arab dan ini akan
membolehkan mereka menambah perbendaharaan kata dan melancarkan gaya
bahasa.
3
(d)
Para pelajar bahasa Arab mesti menuturkan bahasa ini dalam amalan
pertuturan harian di mana sahaja. Pertuturan ini tidak semestinya benar-benar
tepat dan betul mengikut peraturan dan kaedah bahasa. Kelemahan bahasa Arab
tidak boleh dijadikan penghalang untuk berkomunikasi dengannya. Ada banyak
strategi komunikasi yang boleh digunakan untuk membantu pelajar
menyelesaikan gangguan bahasa yang dialaminya.
(e)
Di sebalik keghairahan pelajar menggunakan strategi komunikasi dalam
pertuturan, mereka juga hendaklah sentiasa berusaha untuk memperbaiki
kesilapan, mengatasi kelemahan dan menyelesaikan masalah bahasa yang ada
pada mereka. Membiarkan ia berlarutan tidak akan membantu meningkatkan
penguasaan bahasa Arab malah boleh menggagalkannya. Membiarkan diri dalam
kesilapan dan kelemahan bererti menyuburkan sikap sambil lewa dan tidak
produktif.
(f)
Bagi guru-guru pula mereka bukan sahaja sekadar guru yang mengajar
mata pelajaran bahasa di dalam kelas tetapi juga sebagai model dan pencetus
teladan kepada pelajar-pelajar mereka. Guru-guru juga semestinya sentiasa
bertutur dalam bahasa Arab terutamanya sesama guru bahasa Arab untuk
membolehkan pelajar mendengar perbualan mereka dan melahirkan rasa kagum
dan hormat kepada guru.
(g)
Untuk meningkatkan mutu komunikasi bahasa Arab di Malaysia
terutamanya di IPT, maka sukatan dan pelaksanaan kurikulum harus menekankan
kemahiran bertutur mengatasi kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran
menulis dan membaca.
Penutup
Cendikiawan bahasa Arab khususnya ulamak Balaghah membahaskan
bahawa bahasa seseorang mestilah indah dan selamat daripada penggunaan
perkataan yang berat dan sukar sebutannya, perkataan yang ganjil, perkataan yang
menyalahi kaedah morfologi dan nahuan serta perkataan yang tak elok
sebutannya. Komunikasi mestilah lancar dan jelas untuk mengelakkan salah faham
antara penutur dan pendengar.
Bagi pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa kedua
sememangnya berdepan dengan masalah gangguan bahasa dalam komunikasi.
Kekurangan perkataan, kelemahan aspek nahuan dan kesukaran menyebut hurufhuruf tertentu dikenalpasti antara faktor utama yang boleh mengganggu dan
menggagalkan komunikasi. Bagai penutur yang gigih, dia akan mencari jalan lain
untuk meneruskan ujarannya dengan menggunakan pelbagai strategi komunikasi.
Strategi komunikasi seharusnya dilihat sebagai unsur positif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Pelajar-pelajar patut didedahkan
kepada cara penggunaan strategi komunikasi yang betul supaya dapat membantu
mereka menjayakan komunikasi dalam bahasa Arab.
Sesungguhnya komunikasi bahasa adalah alat yang sangat berkesan untuk
menyampaikan maklumat dan mempengaruhi seseorang pendengar. Dengan
4
menggunakan bahasa yang baik, penutur boleh mengeksploitasi interlokutor
sekaligus akan merangsang tindak balas. Menerusi komunikasi, penuturnya diukur
dan dinilai kedudukannya dalam masyarakat. Ada orang disanjung kerana
keindahan tutur katanya, sebaliknya ada pula yang dihina juga kerana tutur
bicaranya. Pepatah Melaya ada mengatakan Kerana mulut badan binasa .
RUJUKAN
Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt. (1997). Bahasa Melayu Komunikasi 1.
Petaling Jaya: Longman.
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan.
Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Ahmad Mohd. Salleh. (1997). Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan Metodologi.
Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Asmah Haji Omar. (1989). Isu-isu Perancangan Bahasa. Cetakan Kedua. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Brown, J. S. & Duguid, P. (2000). The Social Life of Information. Boston: Harvard
University Press.
Bynon, Theodora. (1994). Linguistik Sejarawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Dearana Morshidi .(1998). Respons Pelajar-Pelajar Tahun Dua Sekolah Rendah
Terhadap Mata Pelajaran Bahasa Arab. Jabatan Pendidikan, MPS.
Ee Ah Meng (1997). Pedagogi ll Pelaksanaan Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Gan Giung Suk. (1990). Perkembangan Tulisan Jawi Dalam Masyarakat Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Haris Md. Jadi. (1990). Etnik, Politik Dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Harmer, J. (1983). The Practice of English Language Teaching. New York: Longman.
Hartmann, R. R. K. (1993). Leksikografi : Prinsip Dan Amalan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Haji Musa. (1999). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Johnson, K. (1982). Communicative Syllabus Design and Methodology. Pergamon
Press.
Kamarudin Hj. Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: Longman.
5
Kamarudin Hj. Husin. (1999). Pengajaran Lisan: Kemahiran Mendengar Dan
Bertutur. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Mounin, Georges. (1991). Masalah Teori Terjemahan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Parker, Frank. (1994). Linguistik Untuk Bukan Ahli Linguistik. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raminah Hj. Sabran. (1993). Kecekapan berkomunikasi dalam bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Zainal Abidin Abd. Kadir. (1990). Pengajaran bahasa Arab di sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia. Kertas kerja Seminar Perkembangan
Pengajaran Bahasa Arab. Anjuran UIA, KPM dan Maahad al-Ulum alIslamiah Wal-Arabiah, Jakarta.
6