PEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAM DALAM SEJARAH
1
PEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAM DALAM SEJARAH TRADISI ALAM MELAYU:
ANALISIS KRITIKAL
Oleh,
Prof. Madya Dr. Rahimin Affandi Abd. Rahim,
Prof. Madya Dr. Ruzman Md Nor &
Nor Adina Abdul Kadir
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,
Lembah Pantai 50603, Kuala Lumpur.
Telepon : 03-79676080/ 012-3192177.
Email : [email protected]
1) Pengenalan
Mengikut Mahmud Syahrur, setiap manusia dalam menanggani kehidupannya terpaksa
bergantung dan mengambilkira tiga dimensi (telah lalu, sekarang dan akan datang). Ketiga-tiga
dimensi ini perlu ditanggani secara seimbang. Asas telah lalu (turath) tidak boleh ditinggalkan
kerana ia merupakan pedoman berguna bagi kita menghadapi zaman sekarang dan akan datang.
Warisan turath ini dihasilkan melalui pengalaman pemikiran sarjana lalu bakal menjadi akar
kekuatan diri setiap manusia, agar ia tidak melupai akar umbi sejarahnya, tanpa akar umbi
sejarah ini, manusia akan hilang identitinya (seperti kiambang di atas air yang tiada bumi untuk
ia menyalurkan akar yang menyebabkan ia tidak tahan lama). 1 Warisan turath sumbangan
mubaligh awal Islam di Alam melayu ini boleh dianggap sebagai kearifan tempatan (seumpama
urf dan sunnah dalam erti kata pemahaman ajaran Islam) 2 yang sangat berharga. Atas dasar ini
artikela ini bakal mengkaji asas warisan perjuangan ulamak Melayu silam dalam pendidikan
Islam. Sedikit sebanyak asas precedent silam ini boleh digunakan untuk menghadapi cabaran
hidup dunia global.
2) Tren Dalam Menilai Warisan Tradisi Ulamak Melayu-Islam Silam
Dalam perkembangan semasa, terdapat pelbagai tren dalam menanggani isu sumbangan
Islam dalam melahirkan pemodenan kepada masyarakat Melayu. Mengikut pengamatan penulis,
terdapat beberapa pendekatan yang biasa diambil oleh sarjana apabila menyentuh isu Islam di
zaman tradisi Melayu. Pertama, pendekatan negatif yang dipegang oleh sarjana Islam sendiri.
Mereka tidak prihatin dengan warisan tradisi Melayu Islam klasik kerana menganggap boleh
dikatakan semua elemen Melayu tradisi berasal dari warisan pra Islam (warisan Hindu, Budhha
dan Animisme) yang secara pastinya bertentangan dengan nilai-nilai Islam. Lebih buruk lagi,
mereka menganggap masyarakat Melayu terkenal sebagai golongan yang fanatik terhadap adat
warisan, bersesuaian dengan perpatah yang menyebut biar mati anak jangan mati adat.
Mengikut pemahaman golongan ini, nisbah Islam yang paling murni hanya boleh didapati di
kawasan Mekah dan Madinah, manakala ajaran Islam yang dipegang oleh penganut Islam di luar
kawasan ini (Islam pinggiran) penuh dengan pelbagai unsur khurafat dan bid’ah.3
1 Zainal kling, 2000, “ Keranamu Malaysia : Negara Itu Adalah Akar Umbi Kehidupan Dan Essensi Kewujudan
Manusia “, Dalam Perpaduan, Bil. 3, h. 4-11
2 S. Hossein Nasr,(1990) Traditional Islam in the Modern world, London : Kegan Paul International, h. 13
3 H. Abuddin Nata (2000), Peta Keragaman Pemikiran Islam Di Indonesia, Jakarta : Rajawali Pres, h. 143
2
Kedua, pendekatan liberalism yang memandang remeh terhadap warisan Melayu silam
yang dikatakan sebagai ketinggalan zaman dan patut ditinggalkan begitu sahaja. Golongan ini
terpengaruh secara langsung dengan paradigma kajian orientalism. Dalam menanggani isu
pengaruh Islam di Tanah Melayu, memang terdapat sesetengah sarjana tempatan yang terpukau
dengan kupasan yang diberikan oleh sarjana orientalis. Hal ini agak malang sekali kerana
golongan ini dihidapi dengan penyakit jiwa hamba4 dan watak tertawan5 dengan kesemua
pandangan yang diberikan oleh genre orientalism. Bagi golongan ini, selain menerima
sepenuhnya kerangka epistemologi sekular barat,6 mereka mengambil sikap sinis terhadap
pencapaian ulamak silam di alam Melayu dan menganggap bahawa kajian terhadap persejarahan
tamadun Melayu Islam sebagai bersifat nostalgia yang terlalu mengagungkan pencapaian
warisan silam tanpa ada relevansinya dengan suasana moden. Oleh sebab itu, demi untuk
mencapai kemajuan masa depan peradaban bangsa yang lebih tinggi hal ini harus ditinggalkan
dan dibiarkan ianya menjadi rakaman sejarah lampau semata-mata7.
Bagi pandangan penulis, kedua-dua pandangan ini perlu ditolak sepenuhnya. Sebagai
gantinya, kita perlu belajar daripada precedent silam yang dilakukan oleh mubaligh awal di Alam
Melayu- bagi menanggani pelbagai isu pemodenan yang sedang berkembang di dalam
masyarakat sebagai akibat daripada kedatangan era globalisasi. Dalam perkembangan selepas
merdeka, khususnya di dalam era 1970an, terdapat sekumpulan generasi muda Melayu yang
boleh dikatakan sebagai nucleus utama kepada kebangkitan Islam yang mengkaji akar umbi
kebanggaan masyarakat Melayu yang berpunca daripada faktur agama Islam.8 Hal ini boleh
dilihat sebagai contohnya daripada usaha S.M.Naquid al-Attas yang menolak status bapa sastera
Melayu moden yang sebelumnya dinisbahkan kepada Abdullah Munsyi, yang dikatakan terlalu
mengagung kewibawaan pihak British, sehingga melupakan sumbangan yang pernah dimainkan
oleh sarjana Melayu-Islam silam. Sebaliknya, beliau telah menegaskan peranan Hamzah Fansuri
yang mengikutnya telah bertanggungjawab melakukan pemodenan intelektual Islam di kalangan
masyarakat Alam Melayu.9
Tindakan ini secara langsung telah berjaya menghakis tren yang melupakan sumbangan
Islam kepada rantau Alam Melayu dan menganggap kuasa British sebagai penyelamat
masyarakat Melayu, yang rata-rata secara kuat dipegang oleh serangkaian pemimpin masyarakat
Melayu.10 Seperti ditegaskan oleh Ahmad Hussain, golongan yang mewakili Dominant tradition
ini telah mula tercabar dengan usaha golongan penentang ini. 11 Tren ini kemudiannya telah
4 Abdul Rahman Aziz (2000), Pekerjaan Dalam Kehidupan Manusia, Petaling Jaya, h. 90-92
5 Syed Hussein al-Attas (2005), “ Watak Tertawan Di Negara Membangun “, dalam edit oleh Mohamad Daud
Mohamad Pascakolonialisme Dalam Pemikiran Melayu, Kuala lumpur : DBP, h. 2-7
6 Idris Zakaria (1999), “ Intelek Eropah Dan Penentangan Terhadap Agama “, Dalam Al-Maw’izah, Bil. 7, h. 15-21
7Louay Safi (1998), Asas-Asas Ilmu Pengetahuan : Satu Kajian Perbandingan Kaedah-Kaedah Penyelidikan Islam
Dan Barat, Terj. Nur Hadi Ihsan, Kuala Lumpur, h. 190-199
8 Mohamad Abu Bakar, (2001)“ Pengaruh luar Dan Pengislaman Dalam Negeri : United Kingdom Dan Era Dalam
Kebangkitan Semula Islam Di Malaysia “, dalam ed. Mohammad Redzuan Othman, Jendela Masa : Kumpulan Esei
Sempena Persaraan Dato’ Khoo Kay Kim, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, h. 407-410.
9 Zahir Ahmad, (2000) “ Kesusasteraan Melayu : Moden, Tradisional atau Klasik “, dalam (ed. Zahir Ahmad)
Pengajian Kesusasteraan Melayu di Alaf baru, Siri Monograf Jabatan Kesusasteraan Melayu, Kuala Lumpur:
APMUM, h. 7-14.
10 Banyak kajian tentang budaya yang dilakukan oleh pengkaji tempatan telah terpengaruh dengan menggunakan
kaedah dan rujukan yang disusun oleh penulis barat. Sebagai contohnya lihat kupasan yang diberi oleh Sulayman S.
Nyang dan Samir Abed-Rabbo,(1984) “ Bernard Lewis And Islamic Studies : An Assesment “, dalam (ed.) Asaf
Hussain, Orientalism, Islam and Islamist, Vermont: Amana Books Inc., h. 259-260.
11 Syed Ahmad Hussein, (2002)“ Muslim Politics And The Discourse On Democracy “, dalam ed. Oleh Francis
Loh Kok Wah and Khoo Boo teik, Democracy In Malaysia : Discourses And Practices, Richmond, Surrey : Curzon
3
sedikit sebanyak mempengaruhi kalangan sarjana Melayu dalam pelbagai disiplin ilmu. Hal ini
boleh dilihat daripada tren yang cuba menilai keberkesanan kebanyakan program dan disiplin
pengajian keilmuan, yang didorong dengan semangat dan jiwa merdeka, dengan harapan ianya
dapat berusaha menilai semula, menolak paradigma warisan penjajah dan menokok tambahnya
dengan nilai-nilai baru yang lebih sesuai dengan realiti Malaysia.12
Proses penemuan asas identity dan jati diri Melayu Islam ini kemudiannya telah diperkukuhkan
lagi keutuhannya dengan pelbagai teori yang dikemukakan oleh sarjana Melayu selepas merdeka,
seperti teori WAGASI Islam, teori peranan Islam di dalam membentuk ketuanan Melayu 13, teori
pembentukan tamadun Melayu-Islam alaf baru 14 dan teori kemajuan (progressif) yang
terkandung di dalam ajaran Islam.15 Apa yang lebih penting lagi, kesemua teori-teori ini cuba
menonjol asas kepercayaan world-view Tauhid masyarakat Melayu dan sekali gus
menjadikannya sebagai asas perpaduan dan kebanggaan masyarakat Melayu moden.
Dalam perkembangan di tahun-tahun 1990an, telah muncul beberapa cubaan bagi mengugat
asas jati diri ini dalam bentuk penyebaran idea yang anti Islam seperti penolakan hadis
Rasulullah,16 penghinaan terhadap Rasulullah17 dan krisis murtad di kalangan anak gadis
Melayu.18 Apa yang boleh dibanggakan adalah kebanyakan masyarakat Melayu moden telah
menunjukkan respon yang cukup sensitive terhadap semua perkembangan ini, yang dijelmakan
dalam pelbagai bentuk tindakan, seperti tindakan Persatuan Ulamak Malaysia yang mengadu
keburukan tren ini kepada Majlis Raja-Raja Melayu.19 Pendek kata, tidak seperti dilakukan oleh
masyarakat barat yang mengamalkan sikap tidak kesah terhadap tindakan yang menghina intipati
asas agama Kristian, masyarakat Melayu moden telah melakukan hal yang sebaliknya, didorong
dengan rasa tanggungjawab keimanan untuk membela keutuhan agama Islam yang menjadi asas
identiti kemelayuan masyarakat Melayu.
3) Pemikiran Pendidikan Islam Di Alam Melayu : Satu Analisis.
Sejak awal diperkenalkan di Alam Melayu, Islam memang difahami oleh manusia
Melayu sebagai agama yang menitikberatkan pendidikan ilmu di kalangan penganutnya. Hal ini
press, h. 84-85.
12 Sikap ini timbul antara lainnya disebabkan oleh semangat nasionalisme Melayu yang mendedahkan banyak
kelemahan yang dibuat oleh penjajah British. Lihat Muhammad Abu Bakar,(1993) “ Pandangan Dunia, Ideologi
Dan Kesarjanaan : Islam, Proses Sejarah Dan Rekonstruksi Realiti Sosial “, dalam Tinta Kenangan, Sumbangan
Sempena Persaraan Dan Perlantikan Naib Canselor, Profesor Datuk Mohd Taib Osman, Kuala Lumpur : DBP, h.
312-314.
13 Wan Mohd Nor Wan Daud,(2001) Pembangunan Di Malaysia : Ke Arah Suatu Kefahaman Baru Yang Lebih
Sempurna, Kuala Lumpur : ISTAC, h. 112-114.
14 Hashim Musa,(2001) Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam : Ke Arah Pembinaan Sebuah Tamadun Dunia
Alaf Baru, Kuala Lumpur : APMUM, h. 48-49.
15 Lihat sebagai contohnya, Muhammad Abu Bakar,(1982) Penghayatan Sebuah Ideal, Kuala Lumpur : DBP, h.
27-53.
16 Mohd. Napiah Abdullah,(1998) “ Penolakan Hadith Oleh Orientalis Dan Penulis Islam “, dalam Islam Dalam
Persepsi orientalisme, Terbitan Tak berkala no. 3, Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM,
Bangi, h. 41-44.
17 Farish A. Noor,(2000) “ Let Islam Lead The Way With Its Progressive View On Sexuality “, dalam NST, 4
November, 2000.
18 Lihat Mohd Farid Mohd Shahran, (2001) ABIM 30 Tahun, Beberapa Isu Penting Sepanjang Tiga Dekad, Kuala
Lumpur : ABIM, h. 28-30.
19 Lihat Persatuan Ulama Malaysia dan Persatuan Ulama Kedah,(2002) Kontroversi Mengenai Memo Kepada
Majlis Raja-Raja Melayu : Islam Dicabar, Rasulullah S.A.W. Uan Ulama Dihina, Pulau Pinang, h. 1-5.
4
agak normal kerana di mana sahaja wujudnya tamadun Islam, di situ pasti wujud institusi
pendidikan Islam yang membawa perubahan bermakna kepada masyarakat. Mubaligh awal
dalam proses Islamisasi masyarakat Melayu telah meletakkan asas dan pasarana pendidikan yang
jitu kepada masyarakat Melayu. Asas-asas inilah kemudiannya menjadi nucleus dan elemen
terpenting untuk pemikiran pendidikan Islam di Alam Melayu.
3.1. Ontologi dan World-View Tauhid.
Mengikut analisa Prof. Hashim Musa terhadap tipologi sejarah tamadun alam Melayu,
mendapati pembinaan tamadun Melayu ini telah diasaskan dengan enam pandangan world-view
yang bersumberkan wahyu Allah. Keenam-enam pandangan ini telah menjadi pegangan utama
masyarakat Melayu sehingga sekarang yang terdiri antara lainnya;20
1) Alam ini hasil ciptaan dan tabdiran Allah yang mencakupi alam primordial (arwah), alam
dunia dan alam akhirat. Alam akhirat adalah destinasi dan natijah muktamad dari kehidupan
di alam dunia. Kejayaan hakiki di alam akhirat adalah dapat memasuki syurga dan kejayaan
di alam dunia adalah ketaatan kepada Allah.
2) Islam adalah panduan dari Allah sebagai al-Din yang mengandungi segala peraturan bagi
segala gelagat hidup di dunia untuk individu dan masyarakat demi untuk kejayaan hakiki
mereka.
3) Keyakinan kepada pembalasan yang baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya pembalasan
yang buruk untuk amalan yang buruk.
4) Wawasan, misi, objektif, niat, strategi dan operasi segala bidang kerja hendaklah salih, benar
dan mematuhi segala aspek hukum Islam tanpa kompromi, manipulasi dan tolak ansur.
5) Nilai tertinggi dikaitkan dengan segala perkara yang membantu pembentukan insan yang
beriman, beramal salih dan berakhlak mulia yang manafaatnya dapat dinikmati sama oleh
orang lain.
6) Kehidupan pertengahan dan seimbang antara jasmani, akali dan rohani berasaskan kepada
ilmu pengetahuan dalam bentuk fardhu Ain dan fardhu kifayah.
Mubaligh awal amat menekankan penerapan prinsip Tauhid yang merupakan asas terpenting
ajaran Islam yang tidak ada tolak ansur di dalamnya. Dalam prinsip Tauhid ini, seseorang insan
perlu memaklumi hakikat tauhid di dalam setiap perbuatannya samada dalam berhubungan
dengan Allah ataupun makhluk. Ianya bukan terhad kepada pemahaman keesaan Allah sematamata, tetapi turut merangkumi beberaapa intipati yang lain;
1) Perbezaan yang jelas di antara tuhan dengan makhluk. Tuhan adalah tuhan dan ianya berbeza
daripada makhluk dimana makhluk dalam apa bentuk sekalipun bukannya jelmaan daripada
tuhan yang harus ditakuti.
2) Alam dan makhluk adalah ciptaan Allah yang maha berkuasa secara mutlak, di mana keduaduanya hanya tunduk dan mentaati Allah semata-mata.
3) Perbuatan syirik kepada Allah tidak dibenarkan sama sekali, kerana ianya mengakibatkan
kezaliman yang amat besar, yang tidak akan diampunkan oleh Allah. Perbuatan syirik ini
boleh berlaku dalam dua bentuk, samada menyegutukan Allah kepada kuasa ketuhanan yang
lain ataupun menjadikan manusia ataupun nafsu manusia sebagai kuasa penentu yang
bertaraf seolah-olah seperti tuhan. Pendek kata, kedua bentuk syirik ini; Jali dan Khafi perlu
disedari sepenuhnya oleh penganut Islam. Matlamat utama daripada pendekatan anti-syirik
20 Hashim Musa, Merekonstruksi Tamadun, h. 48-49.
5
ini adalah bagi menjuruskan pengabdian insan hanya kepada Allah, yang bakal melahirkan
manusia yang berjiwa bebas, merdeka dan tidak tunduk kepada manusia dan lainnya yang
mengantikan posisi tuhan.
4) Berbanding dengan makhluk lain, manusia adalah ciptaan Allah yang terbaik yang
dipertanggungjawabkan dengan tugas sebagai khalifah di atas muka bumi ini bagi pihak
Allah. Tugas ini perlu dilaksanakan dengan mengambilkira garis panduan yang ditetapkan
oleh Allah.
5) Ketaatan yang mutlak tanpa kritis kepada mana-mana kuasa ataupun manusia ditolak di
dalam Islam. Neraca tertinggi untuk sesuatu kebenaran bukan terletak kepada individu, parti
dan puak (pendekatan non-partisan), tetapi perlu dinilai mengikut garis panduan wahyu
Allah. Hal ini bakal menghilangkan benih awal untuk sesuatu pendekatan fanatik di dalam
betindak.
6) Hakikat Tauhid ini perlu dijadikan sebagai matlamat utama kehidupan manusia ataupun
dianggap sebagai mikro kosmik (teras asas perjuangan hidup).
3.2.) Epistemologi ; Sumber Wahyu Dan Akal.
Dalam banyak hal, manusia Melayu amat terhutang budi dengan ajaran Islam yang
memperkenalkan secara langsung elemen epistemology ilmu ini. Ia menyebabkan proses
pencarian dan pengembangan pelbagai keilmuan Melayu-Islam menjadi semakin pesat. Hal ini
dijelaskan oleh S.M. Naquibb al-Attas dengan : “ di situ ditegaskan sebagai prinsip utama
akidah Islamiah adalah : 1. Hakikat segala perkara itu sabit adanya dan pengetahuan
mengenainya dapat dicapai sebenarnya, bersalahan dengan kaum Sufastaiyah; 2. Segala
perkara yang menghasilkan ilmu bagi makhlukat itu tiga perkara; (i) pancaindera yang lima,
(ii) khabar sadiq, yakni berita yang benar yang terbahagi kepada dua ; (a) khabar mutawatir,
dan (b) khabar yang datang daripada Rasulullah, dan (iii) akal. Adapun ilmu yang dicapai
melalui akal ini terbahagi pula kepada dua; (a) ilmu badihi atau daruri yang tidak memerlukan
bukti atau hujah, dan (b) ilmu Istidlali yang memerlukan bukti atau hujah.”21
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa epistemology manusia Melayu terdiri daripada
beberapa perkara yang utama;
1) Bentuk Bayani (bergantung kepada teks wahyu), Burhani (bergantung kepada akal) dan
Irfani (bergantung pada intuisi dan ilham). Ketiga-tiga bentuk ini telah diintegrasikan
pemakaiannya oleh manusia Melayu.22
2) Rasionalism dan emperiscisme sekaligus. Hal ini jelas terbukti apabila manusia Melayu
menekankan kepada menumpukan pembelajaran dengan alam semesta (Ayat Kawniyyah)
sehingga terhasil teori/hukum alam (konsep adat) yang bersifat kekal ( seperti perpatah biar
mati anak jangan mati adat ) dan bersifat flexible yang perlu berubah mengikut keperluan
semasa ( seperti perpatah sekali air bah sekali pasir pantai berubah) 23
3) Bentuk penggunaan akal melalui metafora, alegorikal dan rasional. Ia terdiri daripada Aktual
(potensi dan fitrah yang dimiliki sejak manusia lahir- bersifat tidak berkembang) dan
21 S.M. Naquid al-Attas (1988) The Oldest Known Malay Manuscript : A 16th Century Malay Translation Of The
Aqa’id Of Al-Nasafi, kuala lumpur : Penerbit Universiti Malaya, h. 53-54
22 Rahimin Affandi Abd Rahim (2009) “ Pembangunan Sains Dan Teknologi Di IPTA Islam Di Malaysia : Satu
Analisis Sejarah “, Jurnal ESTEEM, v. 5, no 2.
23 Abdullah Alwi haji Hassan (2001) “ Adat Melayu mengikut perspektif perundangan orang Islam di Malaysia “,
dalam Adat Melayu Serumpun, Kuala Lumpur : DBP, h. 65-66
6
Muktasab (diperolihi dengan cara belajar, membaca dan mengkaji -bersifat sentiasa
berkembang).24
4) Bentuk penelitian sesuatu fenomena kehidupan dan alam secara mendalam. Banyak perpatah
Melayu tentang konsep sains lahir hasil interaksi akal dengan pengalaman hidup dan alam
semesta.25 Ia dikaji oleh pemikir Melayu secara mendalam dan berulang kali, yang
kemudiannya dinukilkan dalam bentuk perpatah untuk dimanafaatkan oleh anggota
masyarakat.26
3.3.) Aksiologi; Tujuan Dan Manafaat Daripada Ilmu.
Mengikut perspektif manusia Melayu sebarang bentuk penguasaan ilmu pengetahuan perlu
didasarkan kepada beberapa matlamat yang utama;
1) Terarah dan bersesuaian dengan matlamat Islam. Ianya merangkumi;
a) Soal Iman dan niat yang betul bagi mencapai keredaan Allah mengatasi kepentingan yang
lain, bersesuaian dengan keterangan Quran dan Hadis Rasulullah;
“ Dan kami sekali-kali tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang
buta mata hatinya kerana kesesatannya.Kami tidak akan memperdengarkan
kepadanya pertunjuk Allah kecuali kepada orang-orang yang beriman pada ayatayat kami, mereka itulah orang-orang yang berserah diri.” (Quran, 30:53)
“ Sesungguhnya setiap amalan dengan niat dan setiap amalan individu itu dikira
berdasarkan apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
b) Dalam perspektif Melayu-Islam, terdapat kaitan yang erat antara iman dengan ilmu, yang
memberikan perbezaan yang jelas antara ilmu dan pengetahuan;
Pengetahuan diperolehi melalui akal dan pengalaman- ilmu hanya dapat dicapai
melalui iman. Namun begitu, gabungan antara ilmu dan pengetahuan boleh
menguatkan iman dan seseorang sedar tentang keterbatasan akal serta
pengalamannya.
Walaupun pengetahuan dan ilmu memerlukan maklumat, namun cirinya
berbeza;
o pengetahuan adalah sesuatu yang dapat dicari dengan usaha gigih –
ilmu dianugerahkan Allah kepada manusia melalui perantaraan para
nabi dan Rasul Allah. (Quran, 18:29.)
o Ilmu memberi manusia hikmah (kebijaksanaan) – pengetahuan
melahirkan kepandaian atau kemahiran tertentu.
o Ilmu mendorong manusia mengerjakan amal salih- pengetahuan
sering membawa manusia melakukan fasad (kerosakan).
2) Perlu mematuhi prinsip asas ajaran Islam khususnya soal-soal yang membabitkan persoalan
Akidah, Syariah dan Tasawuf. Hal ini bersesuaian dengan hadis;
“ Barangsiapa mempelajari ilmu untuk bermegah-megah dengannya akan para
ulamak atau untuk bertengkar dengan orang-orang bodoh atau untuk menarik
24 Hassan Ahmad (2004) “ Bahasa Dan Pemikiran Melayu : Tradisi Dan Kesinambungan “, Dalam (Edit) Worawit
Baru @ Haji Ahmad Idris Pemikiran Melayu : Tradisi Dan Kesinambungan, Kuala Lumpur : DBP, h. 1-12
25 Ithnin Abdul Jalil (2001), “ Pemikiran Saintifik Orang Melayu Melalui Peribahasa “, dalam Yaacob Haron
Kosmologi Melayu(ed.), Kuala lumpur : APMUM, h. 452-460.
26 Hassan Ahmad (2004), “ Bahasa Dan Pemikiran Melayu : Tradisi Dan Kesinambungan. 2004, h. 1-12
7
perhatian manusia kepadanya, nescaya Allah memasukkannya ke Neraka
Jahanam. “ (Riwayat Ibn Majah)
3) Melahirkan insan yang mulia. Neraca dan sifat manusia terbaik (idola) yang berasaskan
kepada konsep budi bahasa Melayu-Islam dan bukannya seperti mana difahami oleh
masyarakat moden semasa. Mengikut kaca mata masyarakat Melayu-Islam, orang yang
dianggap mempunyai nilai etika dan moral yang tinggi dan dipandang mulia dalam
masyarakat dinamakan sebagai orang yang BUDIMAN; merujuk kepada orang yang
mempunyai budi pekerti, budi bahasa, budi bicara, akal budi dan adab sopan yang tinggi dan
mulia.27 Secara lebih mendalam lagi, cirri-ciri budiman ini dapat diperjelaskan;
a) Budi pekerti dan adab sopan yang mulia – tingkah laku, keperibadian, fiil perangai dan
tindak tanduk yang baik, sopan santun, sesuai, wajar, pemurah, penyayang dan penuh
menyumbang dan bermanafaat kepada masyarakatnya.
b)Budi bahasa dan budi bicara – pertuturan yang manis, sopan, positif, bijaksana, bernas dan
penuh pengajaran serta sumbangan kepada khalayak dan pendengarnya.
c) Akal budi dan hati budi – akal fikiran dan hati kalbu yang sarat dengan ilmu,
kebijaksanaan, ketenangan, kewarasan, kemuliaan dan kebaikan.
Sistem nilai (cakupan bidang aksiologi) manusia Melayu juga boleh dikatakan sebagai
bersifat unggul dan kondusif untuk perkembangan ilmu yang bercirikan mementingkan
penjagaan elemen kemanusiaan dan mesra alam. Hal ini terbukti dengan beberapa perkara;
1) Masyarakat Melayu ditakdirkan mendiami kawasan iklim sederhana yang kemudiannya telah
melahirkan manusia yang berjiwa lembut, berbanding dengan penduduk kawasan iklim yang
panas seperti Timur tengah.28 Hal ini terbukti apabila Islam secara mudah telah diterima oleh
manusia Alam Melayu tanpa menumpahkan darah seperti mana yang berlaku di Timur
Tengah, Afrika dan Eropah.29
2) masyarakat yang mengamalkan paradigma mesra alam dan mementingkan prinsip penjagaan
keseimbangan alam semesta.
3) masyarakat yang menghormati dan melayani semua makhluk yang wujud di alam semesta ini
dengan cara yang baik30
4) masyarakat yang mementingkan elemen kesederhanaan di dalam proses berfikir dan
bertindak31
5) Masyarakat yang mementingkan soal menjaga kerukunan hidup bermasyarakat dan
menentang keras sebarang elemen yang bersifat individualism.32 Ianya juga dapat dirujuk
sebagai manusia yang memiliki semangat yang mementingkan kerukunan hidup
27 Hashim Musa (2001), Falsafah, Logic, Teeori Nilai Dan Etika Melayu : Suatu Pengenalan, Kuala Lumpur :
Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, h. 79-81.
28 Ibn Khaldun, Muqaddimah Al-‘Allamah Ibn Khaldun, Dar Al-Fikr, T.T., h. 82-95.
29 Lihat Rahimin Affandi Abdul Rahim (2003) “ Analisis Sejarah Dakwah Dan Jalinan Intelektuaal Rantau
Malaysia-Indonesia “, Dalam (Edit Oleh Zulkiple Abd. Ghani) Jaringan Dakwah Malaysia-Indonesia, Terbitan
Jabatan Pengajian Dakwah Dan Kepimpinan, UKM Dan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU),
Bangi, h. 47-74.
30 Zainal Kling (2000) “ Manusia Melayu, Alam Dan Tamadunnya “, Dalam Ed. Oleh Abdul Latiff Abu Bakar
Globalisme Dan Patriotisme Dalam Sastera Melayu : Kumpulan Kertas Kerja Hari Sastera 1995, Kuala Lumpur :
DBP, h. 294-304.
31 Abdul Halim Othman Dan Md. Shuaib Che Din (1993) “ Sifat Kesederhanaan “, Dalam Psikologi Melayu, Kuala
Lumpur : DBP, h. 102-109.
32 Norazit Selat (1994) “ Nilai Kerja Dalam Masyarakat Melayu “, Dalam Budi Kencana : Kumpulan Makalah
Memperingati Persaraan Profesor Tan Sri Dato’ Ismail Hussien, Kuala Lumpur : APMUM, h. 133-141.
8
bermasyarakat (Egalitarian) yang cukup tinggi.33 Pendekatan ini bukan terhad kepada
anggota masyarakat Melayu semata-mata, bahkan juga kepada masyarakat asing.34
6) Masyarakat yang kuat berpegang kepada falsafah yang mementingkan pertimbangan agama
dan nilai (perennial and ultimate perspective), berbanding dengan masyarakat barat yang
lebih mementingkan persoalan kebendaan dan individualism mengatasi persoalan agama.35
7) Mengamalkan sikap terbuka, sanggup belajar dan selektif dengan pengaruh budaya dan
agama asing.36
4) Aplikasi Pendidikan Pondok Dalam Menjana Modal Insan Yang Berkualiti.
Kita dapat mengenalpasti beberapa sumbangan pondok dalam penjanaan modal insan yang
berkualiti. Antaranya;
4.1.) Penjanaan Intelektualism dan Budaya Ilmu Islam Sejati.
Pengamalan budaya ilmu yang diasaskan oleh mubaligh yang awal dan kemudiannya
diteruskan pula oleh sarjana tempatan alam Melayu boleh dilihat dalam institusi pengajian
pondok.
Sistem pengajian pondok yang boleh dikatakan sebagai cukup advance untuk zaman dan
keadaan masyarakat tradisi dengan merujuk khusus kepada usaha pembudayaan ilmu. Dewasa
ini, kedapatan beberapa orang sarjana yang mengkritik dan bersikap sinikal terhadap sistem
pengajian pondok yang dikatakan out of date dan tidak mampu berhadapan dengan pemodenan. 37
Pendapat ini walaupun boleh dikatakan sebagai separuh betul, tetapi ianya dibuat dalam bentuk
yang tidak memenuhi adab ikhtilaf di dalam Islam. Ini kerana, sistem pengajian pondok telah
difikir dan dirangka dengan teliti oleh ulama silam untuk era zamannya, dan ternyata ianya telah
berjaya berfungsi seperti yang diharapkan. Oleh sebab itu tindakan mengkritik secara sewenangwenangnya tanpa mengambilkira faktor masa ini adalah amat salah. 38 Dalam konteks penerapan
budaya ilmu, keistimewaan yang dimiliki oleh sistem pondok ini adalah;
1) Sistem pengajian yang dibuat secara swasta tanpa kongkongan dan kekangan polisi dari
pihak pemerintah. Keadaan ini menyebabkan seseorang ulama itu dapat bertindak secara
bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda dan kepentingan
tertentu.39 Lebih tepat lagi, ulama pondok dalam era tradisi telah bertindak selaku agen
perubahan dan intelektual ummah yang bersikap sensitif dan proaktif dengan isu semasa
yang timbul di dalam masyarakat.
2) Sistem pengajian yang berorientasikan perkaitan antara teori dan praktikal, yang menekankan
pemupukan budaya ilmu bagi menjadikan seseorang pelajar;
33 Wan Abdul Halim Othman, (1993) “ Hubungan Kekeluargaan Dalam Masyarakat Melayu “, Dalam Psikologi
Melayu, Kuala Lumpur : DBP, h. 61-101.
34 Idris Zakaria (2003) ” Islam Dan Amalan Tolenrasi Di Nusantara “, Dalam (Edit) Zulkiple Abd Ghani, Jaringan
Dakwah Malaysia Indonesia, Bangi : Jabatan Dakwah Dan Kepimpinan, UKM, h. 150-165
35 Abdul Rahman Abdullah (2001), Falsafah Dan Kaedah Pemikiran, Kuala Lumpur : Utusan Publication, 2001, h.
134-140.
36 Abdul Rahman Abdullah,(1982) Pemikiran Umat Islam Di Nusantara, Kuala Lumpur : DBP, 1982, h. 54-56.
37 Rahimin Affandi Abd. Rahim, (1995), “ Budaya Taqlid Di Dalam Masyarakat Melayu : Suatu Tinjauan Ringkas
“, Dalam Jurnal Syariah, V. 3, Bil. 1 h. 30-31
38 Shafie Abu Bakar, (1994), “ Keilmuan Islam Dan Tradisi Pengajian Pondok “, Dalam Budi Kencana, Kuala
Lumpur : DBP, h. 93-94
39 Rahimin Affandi Abd. Rahim, (1994) “ Hubungan Antara Ulama Dan Pemerintah Di Dalam Sejarah Tamadun
Umat Islam “, Dalam Jurnal Pengajian Melayu, V. 4.
9
a) mendapat sebanyak mungkin ilmu untuk mencapai keredaan Allah.
b)bertindak mengikut perkiraan ilmunya, menyebarkannya ke dalam masyarakat dan
berfungsi sebagai pemimpin masyarakat.
c) Menjadikan matlamat pencarian ilmu bukan untuk tujuan kebendaan (makan gaji) tetapi
untuk mencapai keredaan Allah dan nikmat pengetahuan.
d)Menjadikan pelajar sebagai seorang yang mampu berdikari tanpa bergantong kepada orang
lain. Untuk tujuan ini, mereka akan dibekalkan dengan segala bentuk keilmuan Islam dan
kemahiran hidup yang amat diperlukan.
e) Menekankan persoalan akhlak dan disiplin Islam melebihi segala-galanya.
3) Sistem pengajian yang bersifat terbuka yang memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk
mengikutinya tanpa mengira latar belakang keturunan dan faktor umur. Apa yang boleh
dibanggakan adalah melalui pendekatan ini secara tidak langsung ianya telah pun
mengamalkan konsep pendemokrasian pendidikan berasaskan
penekanan kepada
kepentingan ilmu dalam kehidupan seseorang Islam, ilmu adalah milik bersama dan setiap
individu berhak diberi peluang untuk mendapatkan ilmu.
Dalam banyak hal, mubaligh yang awal berjaya menerapkan pendekatan world affirmative
(alam sebagai tempat yang berguna) kepada masyarakat Melayu. Ianya telah menjadi asas
kepada pembangunan hidup masyarakat yang lebih dinamik. Di dalam pendekatan ini, umat
Islam perlu menolak semua bentuk ajaran yang menafikan kepentingan hidup dunia seperti mana
dipegang oleh ajaran Neo-Platonism, Hindu, Buddha dan Kristian yang menganggap kehidupan
dunia ini sebagai kotor dan perlu dijauhkan demi untuk mencapai kejayaan di dalam hidup
selepas mati. Sebaliknya, umat Islam perlu menghidupkan pendekatan world affirmative ini
dengan memberikan penekanan kepada empat intipati yang utama;40
1) Kehidupan dunia ini perlu dilangsungkan dalam bentuk yang seimbang di antara kehidupan
akhirat. Apa yang lebih penting lagi, kehidupan dunia ini perlu dijadikan medan utama untuk
mendapatkan sebanyak mungkin bekal untuk kegunaan hari akhirat. Dalam soal ini, secara
halus kita dapat menyingkap bahawa di antara kedua-dua alam ini, perkiraan alam akhirat
perlu diutamakan memandangkan ianya lebih bersifat kekal abadi.
2) Alam dunia ini dengan segala prasana yang wujud di dalamnya adalah untuk manafaat
manusia dan bukannya untuk dipuja dan ditakuti seperti diamalkan oleh masyarakat primitif.
3) Selain mengetahui hukum Allah dalam bentuk ketetapan agama daripada sumber wahyu,
penganut Islam dituntut mengkaji hukum Alam (sunnah Alam) yang juga diatur
perjalanannya oleh Allah agar ianya boleh dimanafaatkan untuk tujuan pembangunan dunia.
4) Umat Islam di bawah pengaruh dan status khalifah amat digalakkan untuk meneroka,
menggunakan dan meneliti alam semesta ini secara berhemah demi untuk tujuan
memakmurkannya sebagai tempat yang selesa didiami di samping menghayati keunggulan
kekuasaan Allah.
Asas utama untuk seseorang intelektual Muslim berkhidmat dengan lebih gigih di dalam
masyarakat berjaya diterapkan melalui penerapan pendekatan societal ( mementingkan
kehidupan bermasyarakat). Pendekatan ini antara lainnya menekankan peri pentingnya
40 Rahimin Affandi Abd Rahim (2006) , “Islam Hadhari Sebagai Wahana Ilmu Untuk Kecemerlangan Umat Islam
Di Malaysia “, Dalam Risalah Khas Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1427 H, Putrajaya : JAKIM, h.
1-41
10
diamalkan sifat yang mementingkan kehidupan bermasyarakat. Hal ini boleh dilihat dari
beberapa intipati yang terkandung di dalam hukum Islam;41
1) Semua nilai terkutuk dan sifat terpuji yang dikehendaki oleh mana-mana system masyarakat
sekalipun, seperti buruknya sifat mementingkan diri dan baiknya sifat kebersamaan, tolak
ansur dan sebagainya; turut menjadi agenda utama ajaran Islam.
2) Kandungan terbesar Quran dan sunnah adalah menyentuh persoalan hubungan
kemasyarakatan (system muamalah) berbanding dengan persoalan ibadah.
3) Terdapat ketetapan hukum Islam yang menegaskan seandainya urusan ibadah bersamaan
dengan urusan muamalah yang penting, maka urusan ibadah perlu dipendekkan ataupun
ditangguhkan.
4) Terdapat ketetapan yang menegaskan bahawa ibadah yang mengandungi segi
kemasyarakatan diberi ganjaran lebih besar berbanding ibadah yang bersifat perseorangan.
Contohnya, salat yang dikerjakan secara berjamaah dinilai lebih tinggi pahalanya berbanding
salat yang dikerjakan secara bersendirian.
5) Terdapat ketetapan bahawa apabila urusan ibadah dilakukan secara tidak sempurna ataupun
batal, maka kifaratnya (tebusannya) adalah melakukan sesuatu yang berhubungan dengan
masalah kemasyarakatan.
6) Terdapat ketetapan bahawa perbuatan amal saleh dalam bidang kemasyarakatan mendapat
ganjaran yang lebih besar daripada ibadah perseorangan.
4.2.) Asas Kemahiran Insaniah.
Institusi pondok tradisi mampu menerapkan beberapa bentuk kemahiran insaniah (suatu
bentuk kemahiran yang cukup ketara dibincangkan dalam sistem pendidikan semasa) dengan
cukup sempurna kepada graduannya. Sebagai contohnya, institusi pondok silam telah mampu
menerapkan elemen Kemahiran Berkomunikasi, Pemikiran Kritis dan Menyelesaikan Masalah
dan Etika dan Moral Professionalisme kepada lulusannya. Dalam sistem pengajian pondok, soal
ilmu, amal (akhlak) dan disiplin amat dititikberatkan mengatasi soal lain. Untuk jangka masa
panjang, ia terbukti mampu melahirkan ulama dan individu Melayu yang celek akgama dan
mampu menyelesaikan masalah yang timbul dalam kehidupan peribadi dan bermayarakat
mengikut persepktif Islam.42
Kita dapat menyaksikan bagaimana usaha mulia ini akan mengambil masa yang panjang dan
ianya tidak dianggap sebagai masalah oleh pelajar pondok. Mereka menyedari tentang
kepentigan konsep Rehlah Ilmiah43 (termasuk beberapa ciri budaya ilmu : sentiasa ingin belajar,
bertindak mengikut perkiraan ilmu dan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi)
Konsep ini menuntut pelajar sentiasa berusaha keras di dalam menuntut ilmu di pelbagai tempat
tempat yang berbeza, bukan setakat untuk menimba ilmu bahkan pengalaman (seperti
menyaksikan sosiologi masyarakat yang berbeza). Hasilnya, pengamalan konsep ini akan
melahirkan ulama Islam yang mantap dari segi ilmu, akhlak dan pengalaman hidup yang
kemudiannya mengikut epistemologi Islam bakal melahirkan hikmah (kebijaksanaan).
Bagi tujuan penyebaran ilmu Islam tidak dapat tidak seseorang pelajar pondok perlu
menguasai pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu dan Arab yang memang menjadi bahasa
41 Abuddin Nata (2001), Metodologi Studi Islam, Jakarta : PT RajaGrafindo Persada, h. 40-41.
42 Abdullah Ishak (1995), Pendidikan Islam Dan Pengaruhnya Di Malaysia, Kuala Lumpur : DBP, h. 202-204
43 Azyumardi Azra (1998), Esei-Esei Intelektual Muslim Dan Pendidikan Islam, Jakarta : LOGOS, h. 89-90
11
pengantar keilmuan Islam dan lingua franca pada masa tersebut. Hal ini terbukti dengan
timbulnya konsep Serambi Mekah di kawasan Alam Melayu yang menjadi tempat persinggahan
(pusat yang menyediakan Kursus Persediaan Pelajar) bagi mana-mana pelajar Alam Melayu
yang melanjutkan pengajian mereka ke Mekah. Antara beberapa tempat yang dimaksudkan,
Kelantan, Terengganu, Pattani, Kedah dan Acheh.44
4.3.) Pondok Sebagai Penyumbang Kepada Factor Ekonomi Dan Asas Keusahawanan.
Dalam konteks latihan keusahawanan, apa yang menariknya, pelajar pondok telah
mempelajarinya secara langsung daripada pengamalan budaya hidup berdikari yang diamalkan
oleh guru pondok. Guru pondok rata-ratanya boleh dikatakan sebagai usahawan yang berjaya
sehingga dapat menarik minat masyarakat Melayu pada masa itu, seperti mana halnya mubaligh
awal yang mengembangkan ajaran Islam di Alam Melayu yang terdiri daripada saudagar besar.
Hasilnya, mereka sangat disanjung tinggi oleh masyarakat Melayu yang mendorong proses
penyebaran Islam dapat berjalan dengan lancar dan tanpa menumpahkan darah. Guru pondok
terlibat dalam pelbagai aktiviti keusahawanan seperti penternakan (lembu, kambing dan ikan),
pertanian (padi, tanaman kontang, getah, buah-buahan dan sayuran), pengilangan padi dan balak,
kedai runcit, orang tengah untuk penjualan tanah dan getah serta agen haji.
Apa yang diusahakan oleh guru pondok ini telah ditiru oleh pelajar mereka secara langsung
sehingga ianya mampu melahirkan beberapa orang usahawan lulusan pondok yang berjaya.
Sikap berdikari ini kemudiannya telah mula berubah apabila pihak British memperkenalkan
sistem pendidikan barat di Tanah Melayu yang mewujudkan sindrom makan gaji di kalangan
masyarakat Melayu.45 Apa yang diperkenalkan oleh pihak British ini bertentangan sama sekali
dengan budaya keusahawan dan hidup berdikari yang diterapkan dalam sistem pondok,
berpaksikan kepada prinsip Tauhid (hanya Allah yang menentukan hidup dan rezeki mahkluk
tanpa perlu bergantung harap kepada mahkluk) dan hadis Rasulullah tentang 90 peratus daripada
sumber rezeki bersumberkan kepada perniagaan. Atas dasar inilah kita dapat melihat bagaimana
institusi pondok berbentuk swasta (bebas) tanpa kongkongan dan kekangan polisi dari pihak
pemerintah. Keadaan ini menyebabkan seseorang ulama itu dapat bertindak secara bebas tanpa
dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda dan kepentingan tertentu. Lebih
tepat lagi, ulama pondok dalam era tradisi telah bertindak selaku agen perubahan dan intelektual
ummah yang bersikap sensitif dan proaktif dengan isu semasa yang timbul di dalam
masyarakat.46
Aura kehebatan dan pengaruh pengembangan ekonomi yang dijana oleh institusi pondok
boleh dilihat daripada fakta sejarah pengembangan ekonomi masyarakat Melayu silam.
Mengikut analisa Muhammad Abu Bakar, sesuatu penempatan pondok yang biasanya berpusat di
kawasan pendalaman dengan sebab hubungan yang rapat di antara masyarakat awam sekitar
44Rahimin Affandi Abd. Rahim (2003), “ Analisis sejarah Dakwah dan jalinan intelektuaal rantau MalaysiaIndonesia “, dalam (edit oleh Zulkiple Abd. Ghani) Jaringan Dakwah Malaysia-Indonesia, Terbitan Jabatan
Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, UKM dan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Bangi, h. 4774
45 Abdul Rahman Aziz (1996), “ Nilai Pekerjaan Orang Melayu “, dalam (ed. Oleh Ahmad Fawzi Basri) Nilai
Orang Melayu, Sintok : UUM, h. 213-218
46 Syukri Ahmad (2000), “ Implikasi Pengaruh Ulama Terhadap Halatuju Perubahan Pemikiran Politik Masyarakat
Islam Wilayah Utara Semenanjong Malaysia Dari Tahun 1950an Hingga 1990an “, dalam Jurnal Usuluddin, bil. 14,
h. 19-28
12
dengan warga pondok kemudiannya telah menambah aktifkan kegiatan sosial dan ekonomi serta
melahirkan beberapa penempatan kampung yang baru. 47Fenomena ini boleh dilihat contohnya
dengan fakta kelahiran dan kemasyuran kawasan baru di Kelantan yang dikaitkan dengan ulama
tempatan yang ada di tempat tersebut. Antaranya kawasan pekan Melor, Pasir Mas, Kubang
Kerian (Tuk Kenali), Kota Bharu, Machang (Tuk Kemuning), Bachok (Tuk Bachok) dan
sebagainya. Jalinan hubungan kemasyarakatan ini telah menjadikan pondok tersebut sebagai
tempat rujukan utama kepada anggota masyarakat. Dengan cara ini secara tidak langsung
institusi pondok telah menjadi pembimbing utama kegiatan masyarakat ke arah nilai-nilai Islam
dan menjadi penapis dan kubu untuk menangkis serangan idea pemodenan berteraskan
sekularisme yang dibawa oleh penjajah barat.48
Kesimpulan.
Sebagai rumusan akhirnya, dapat kita katakan bahawa para mubaligh yang awal di Tanah
Melayu telah Berjaya menerapkan asas terpenting bagi mewujudkan world-view Islam sejati
kepada masyarakat Melayu-Islam. Asas-asas ini kemudiannya telah menjadi nucleus terpenting
untuk pemikiran pendidikan Islam yang difahami dan diamalkan oleh institusi pendidikan
pondok silam. Seperti mana diterangkan dengan panjang lebar di dalam kajian ini, ternyata sekali
semua asas pemikiran pendidikan Islam telah mampu menjana kelahiran golongan intelektual
Melayu-Islam yang kompeten untuk berfungsi sebagai pendakwah, pendidik dan agen
pembangunan masyarakat. Kesemua asas-asas ini yang dapat dianggap sebagai warisan berharga
sarjana Melayu-Islam telah dilestarikan oleh institusi pendidikan Islam selepas merdeka. Atas
dasar ini, sebarang usaha yang cuba meremeh dan mencabar sumbangan yang diberikan oleh
mubaligh yang awal patut ditolak sepenuhnya, demi untuk menjamin pemikiran pendidikan
Islam sejati dapat terus hidup di dalam masyarakat Malaysia.
47 Muhammad Abu Bakar (1990), “ Dari Pusat Ke Penggiran : Masa Kini Dan Masa Depan Pondok Di Malaysia “,
Dalam Jurnal Pendidikan Islam, v. 3, bil 1, h. 1-4
48 Abdullah Ishak (1995), Pendidikan Islam Dan Pengaruhnya Di Malaysia, Kuala Lumpur : DBP, h. 230-235