ISLAM DAN KEPERCAYAAN ORANG ASLI SATU

619
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

ISLAM DAN KEPERCAYAAN ORANG ASLI: SATU ANALISA
PERBANDINGAN KE ATAS ASPEK TABOO DAN IMPLIKASINYA
Yendo Afgani@Eusoff1, Ahmad Puad Mat Som1, Fadzli Adam2 & Nor Asmah
Jamil1
1
Fakulti Sains Sosial Gunaan
2
Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam
Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia.
Abstrak
Kertas kerja ini menerangkan perbandingan ke atas aspek persamaan dan perbezaan
mengenai pantang larang dan implikasinya dilihat dari perspektif Islam dan dogma
orang asli. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis keunikan
yang wujud di antara kedua-dua perspektif yang berbeza. Kajian ini menggunakan
pendekatan kualitatif berdasarkan kaedah analisis deskriptif dengan menekankan
persamaan kedua-dua pihak antara kepercayaan orang asli berbanding dengan ajaran

Islam. Beberapa pantang larang dan aspek taboo yang wujud dari perspektif
masyarakat orang asli yang tidak relevan dengan Islam juga terserlah. Dapatan kajian
menunjukkan beberapa persamaan telah dikesan di antara kedua-dua konsep
terutamanya dalam prinsip-prinsip penghindaran dalam bersikap aniaya kepada
manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Walau bagaimanapun, ditemui juga beberapa
peraturan dan larangan yang diamalkan oleh orang-orang asli yang tidak relevan dari
perspektif Islam dan ia juga telah dibincangkan dalam artikel ini.
Kata kunci: Islam, kepercayaan, orang asli, implikasi, analisa
1.

PENGENALAN
Masyarakat orang asli adalah suatu komuniti yang dipenuhi dengan pelbagai adat
resam dan budaya yang unik. Adat dan kepercayaan mereka tetap wujud sehingga kini
dan mempunyai hubungan yang rapat dengan persekitaran semulajadi serta makhlukmakhluk ghaib di alam ini.Ini membuatkan para pengkaji daripada Malaysia dan luar
Negara tertarik untuk meneliti cara hidup mereka merangkumi aspek yang pelbagai
termasuk dari faktor budaya, kesenian, pendidikan, perubahan sosial, dan agama orang
asli.
Kertas kerja ini menerangkan jenis-jenis kesalahan dalam berinteraksi dengan
manusia, haiwan dan alam serta implikasi yang akan berlaku dan diterima oleh si
pelaku sebagai balasan hidup di dunia dari dua persepsi kepercayaan yang berbeza.

Pandangan masyarakat orang asli semasa mengenai pantang larang dalam
berinteraksi dengan manusia, haiwan dan tumbuhan dianalisa daripada sudut pandang
perspektif Islam.

620
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

2.

LATAR BELAKANG KAJIAN
Kajian ke atas budaya orang asli telah menarik minat ramai pengkaji dalam dan
luar negara. Pelbagai aspek kehidupan orang asli dikaji daripada perspektif yang luas
merangkumi pendidikan orang asli terkini (Ramli Abdullah et all 2012), pembangunan
mapan orang asli (Khairul Hisyam 2007), transformasi dan pembangunan orang asli
(Ramle Abdullah 2014), kesan pembangunan pada orang asli (Dentan, Endicott &
Gomes 1997), penempatan semula orang asli (1978), ekonomi dan organisasi orang
asli (1974), pengetahuan tradisional berkaitan pemakanan (Asmawi 2013), bahasa
orang asli (Benjamin 1997), kekeluargaan orang asli (Benjamin 1997), kepimpinan

orang asli (Benjamin 1997), dakwah dalam kalangan orang asli (Fadzal 1997),
pemodenan orang asli (Gomes 2004), hak dan kepentingan orang asli ke atas tanah
(Hamimah 2011; Hassan Mat Nor 1990), ritual dan pengubatan orang asli (Hood 1998).
Kajian ke atas aspek kehidupan orang asli yang pelbagai telah dilakukan oleh ramai
sama ada dalam dan luar negara tetapi, walaupun begitu tidak ramai yang
menekankan, kajian tentang gaya dan corak pemikiran ke atas pantang larang orang
asli mengenai cara mereka bersikap dan bertingkah laku secara terperinci dilihat
daripada kaca mata Islam masih belum banyak dilakukan. Beberapa kajian sebelum ini
yang memiliki sedikit persamaan kandungan ke atas aspek pantang larang dan taboo
bagi orang asli dengan kandungan kertas kerja ini, contohnya ialah kajian Muhammad
Aslam et all (2004) yang mengkaji pantang larang orang asli Semai telah membentuk
satu konsep hidup yang harmoni, juga Hood (1978) yang menerangkan ritual
penyembuhan menggunakan jampi serapah dalam proses perubatan. Sementara
Endicot (1979) yang menerangkan ritual pantang larang dalam berburu serta Juli (1993)
mengenai kepercayaan dan pantang larang orang asli Semai. Tanggapan mereka
terhadap konsep-konsep interaksi dengan alam, manusia dan haiwan dianalisa dari
kaca mata Islam hampir tidak diketahui secara terperinci.Oleh itu perbincangan ini
mencuba merapatkan jurang kajian mengenainya.
3.


PANTANG LARANG DALAM KOMUNITI ORANG ASLI
Mengikut Mohamad Aslam (2004) bagi masyarakat orang Asli, mematuhi pantang
larang merupakan nilai yang dipentingkan oleh masyarakat ini, ini disebabkan dengan
melakukan pantang larang ia boleh melatih nilai-nilai murni ahli-ahli masyarakat dalam
mengawal tingkah laku, berkorban, mengelakkan keganasan dan menahan nafsu.
Sebahagian daripada pantang larang ini diamalkan sebagai adat resam, manakala
sebahagian lagi dijadikan moral dan cerita sahaja. Terdapat berbagai pantang larang
berbentuk ethos, mores dan folkways dalam kalangan masyarakat orang asli contohnya
masyarakat Semai, pantang larang ini membentuk keperibadian dan kehidupan sosial
Semai. Timbulnya kepatuhan ahli komuniti berkenaan ke atas pantang larang
disebabkan beberapa perkara seperti wujudnya ketakutan dan ancaman kepada ahli
masyarakat orang asli yang melanggarinya.
4.

METODOLOGI KAJIAN

621
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6


Kajian ini menggunakan kaedah-kaedah perbandingan agama berasas kepada
diskriptif, analisis dengan pendekatan kaedah kualitatif pada kepercayaan suku bangsa
Semaq Beri di Sungai Pergam (Ramlee Abdullah 2014). Pada tahap pertama
mengumpulkan aturan-aturan dan larangan yang terdapat dalam kepercayaan orang
asli daripada buku-buku yang ada. Tahap kedua adalah menganalisa setiap aturanaturan itu daripada perspektif Islam dengan menilainya samada ia wujud di dalam alQuran dan Hadis atau tidak. Tahap ketiganya adalah menyimpulkan bahawa samada ia
relevan atau tidak dalam konteks perspektif Islam, sama ada ia bertentangan dengan
sumber al-Quran dan hadis atau sebaliknya.
5.

PERBINCANGAN DAN TEMUAN
Bahagian ini membincangkan pantang larang yang dinyatakan oleh Ramli Abdullah
(2012) mengenai jenis kesalahan, jenis hukuman dan kesan bencana yang boleh
berlaku sekiranya dilanggar oleh masyarakat orang asli.
Rajah 1.1: Contoh Kesalahan, Hukuman dan Bencana

Sementara analisa mengikut perspektif Islam ke atas dogma pantang larang orang
asli diterangkan oleh jadual 1.1.
Jadual 1.1: Analisa jenis kesalahan dan pelanggaran pantang larang dikaji daripada
perpektif Islam

JENIS
ANALISA SECARA ISLAM
CATATAN
KESALAHAN
Bernyanyi
Dibolehkan bernyanyi dan melantunkan syair
(Sahih Muslim
semasa
untuk mengembalikan semangat jihad semasa
No.3371)

622
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

membunuh
binatang

Ketawa


menentang musuh dan pujian kepada Allah.
Sedangkan hadis membunuh haiwan yang
dibenarkan ialah cicak dan haiwan dan
kalajengking atau ular iaitu
‘wazaghbah” ialah sejenis ular atau serangga
beracun.
Jika cicak yang ada di sekitar kita itu
membahayakan manusia atau meracuni
makanan maka dibolehkan bagi kita untuk
membunuh cicak tersebut.
Islam tidak melarang seseorang untuk ketawa
selagi ia tidak berlebihan. Ketawa berlebihan
akan mematikan hati.

Sikat rambut

Sikat rambut juga tidak berdosa dan tidak
dianggap sebagai satu kesalahan dalam Islam.


Memasak
daging buruan
bersama sayur
Membakar kutu

Dalam Islam juga tidak ditemui larangan untuk
memasak daging buruan bersama sayur.

Mentertawakan
sesuatu dalam
sungai

Menimbus
belalang dalam
tanah
Meniru suara
katak

Tidak ditemui larangan di dalam Islam secara
khas untuk membakar kutu. Walau

bagaimanapun menganiaya apapun haiwan.
tidak dibenarkan dalam Islam
Dalam Islam juga tidak ditemui larangan untuk
perkara sedemikian yang ada ialah tegahan
Rasulullah SAW kepada Aisyah ketika Aisyah
meniru gaya seseorang dengan tujuan untuk
merendahkan seseorang.
Perkara ini bukan merupakan suatu dosa

Tiada dalam Islam larangan untuk meniru suara
katak. Hadis yang ditemui ialah larangan
membunuh katak.
Tidak ditemui sumber-sumber hukum yang
melarang seseorang meniru suara katak suatu

(Sahih Muslim
No.3363)

[HR
Bukhari]4/79:

7/109]
( HR al-Bukhari
no. 8217)
(HR Ibnu Majah
no. 4183)
(HR al-Tirmizi no.
2227)
(Al-Majmu‘, kitab
al-thaharah bab
al-siwak: 1/359360)
(Hadis riwayat
Abu Daud, alTirmidzi dan alNasaie)

Bab Ikramul
Muslimin, kitab
muntakhabah
hadith

[HR al-Baihaqi.
Sanadnya sahih.]


623
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

Menyiksa
anjing

Menyiksa ular

Biadap pada
orang lebih tua

Melintasi
seseorang
tanpa izin
Anak bermain
tempat tidur ibu
bapa
Mengejek
kecacatan
seseorang
Berada di
belakang orang
memasak
Melangkah
makanan

kesalahan dalam Islam.
Tidak ditemui. Anjing bukan untuk disiksa tetapi
ia termasuk antara haiwan yang boleh dibunuh.
Anjing juga mempunyai manfaat untuk menjaga
kebun.
Membunuh ular adalah diharuskan dalam Islam
bukan menyiksa ular tersebut. Menyiksa apapun
jenis haiwan adalah di tegah dalam Islam
Aturan ini memiliki persamaan dengan aturan
Islam
Aturan ini memiliki persamaan dengan aturan
Islam kerana ada ayat yang menyatakan
pentingnya memiliki adab yang baik apabila
berhadapan dengan ibu bapa.
Tidak berdosa dalam Islam melintasi seseorang
tanpa izin. Sumber larangan dalam al-Quran juga
tidak ditemui.
Tiada dinyatakan dalam al-Quran dan hadis
bahawa ia suatu dosa dan kesilapan.

(HR. Bukhari no.
3314 dan Muslim
no. 1198)

al-Nisaa’ (4): 36
(HR al-Bukhari di
dalam Sahihnya,
no: 2654)

Dalam Islam ini dinyatakan larangan mengejek
kecacatan seseorang dan kelemahan seseorang.
Tidak ditemui sumber-sumber hukum yang
melarang seseorang berada di belakang orang
memasak itu suatu kesalahan dalam Islam.
Dalam Islam perkara bukannya dosa ini dikira
sebagai tidak beradab

6.

PERBINCANGAN DAN PEMBAHASAN
Bahagian ini membincangkan analisa aturan-aturan dan larangan yang wujud
dalam kepercayaan orang asli yang dinilai daripada perspektif Islam berasaskan Jadual
1.1.
i.

Bernyanyi Semasa Membunuh Binatang
Hadis-hadis berkaitan dengan bernyanyi dan larangan menganiaya dan
menyingkirkan haiwan. Islam mengatur umatnya agar tidak berbuat aniaya kepada
makhluk Allah yang lemah, melarang membunuh haiwan dengan mengurungnya dan
membiarkannya mati kerana lapar dan haus. Beberapa hadis yang menyatakan
larangan dan tegahan penganiayaan kepada haiwan diterangkan sebagai berikut:
“Seorang wanita masuk neraka kerana mengikat seekor kucing tanpa
memberinya makanan atau melepaskannya agar dapat mencari makan dari
serangga tanah." (HR. Bukhari)

624
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

“Allah melaknat orang yang menyiksa haiwan dan memperlakukannya dengan
sadis." (HR. Bukhari)
Aturan Islam juga menyatakan kepentingan untuk sentiasa berbuat baik dan
penyayang kepada haiwan yang merupakan makhluk Allah yang mungkin dengan
perbuatan baiknya itu, Allah berkenan mengampuni dosa-dosanya. Dalam satu hadis
diriwayatkan bahawa:
"Ada seorang wanita pelacur melihat seekor anjing di atas perigi dan hampir
mati kerana kehausan. Lalu wanita itu melepas kasutnya, diikatnya dengan
kerudungnya dan diambilnya air dari perigi (lalu diminumkan ke anjing itu).
Dengan perbuatannya itu dosanya diampuni." (HR. Bukhari)
Hadith juga menyatakan rasa peka Nabi SAW yang mendengar rintihan unta yang
dizalimi.
Berkata Abdullah bin Ja’far: "Rasulullah SAW pernah masuk ke sebuah kebun
milik seorang Anshar, dimana terdapat seekor unta yang tertambat. Begitu
melihat Nabi SAW datang, tiba-tiba air mata berderai keluar dari kedua mata
unta itu. Lalu, Rasulullah SAW mendekati, dan dengan diam-diam mengusap
air mata. Lantas Rasulullah SAW bertanya: “Siapa pemilik unta ini?” Maka
seorang pemuda Anshar menjawab: “Itu milik saya, ya Rasulullah.” Rasulullah
SAW bersabda: “Apakah engkau tidak takut kepada Allah, memelihara haiwan
yang telah diamanatkan Allah ke atas pundakmu?” Ia telah mengeluh padaku
bahawa engkau telah melaparkan-nya dan menyuruhnya kerja terus menerus!”
Dalam Islam walaupun terdapat kebenaran untuk membunuh binatang tertentu
yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang lain, tetapi ia masih menetapkan
aturan dan cara yang baik untuk membunuhnya samada haiwan atau serangga tanpa
mempunyai perasaan benci kepada haiwan tersebut. Sekiranya cara membunuh itu
tidak menyakitkan, dilakukan dengan pantas dan betul ke atas haiwan berkenaan,
maka ia diharapkan ganjaran dari Allah.
Beberapa contoh haiwan yang boleh dibunuh diterangkan sebagai berikut daripada
Aisyah, Nabi SAW bersabda:

ِ‫اْلر‬
ِ
ِ
ْ
‫ل‬
‫ك‬
‫ل‬
‫ا‬
‫و‬
،
‫اب‬
‫ر‬
‫غ‬
‫ل‬
‫ا‬
‫و‬
،
‫ا‬
‫ي‬
‫د‬
‫اْل‬
‫و‬
،
‫ب‬
‫ر‬
‫ق‬
‫ع‬
‫ل‬
‫ا‬
‫و‬
،
‫ة‬
‫ر‬
‫أ‬
‫ف‬
‫ل‬
‫ا‬
‫م‬
‫ور‬
ْ
ْ
ْ
ْ
ْ
ْ
‫م‬
َّ
ُ
ْ
‫م‬
‫م‬
ُ
‫م‬
ُ
ُ
ُ
‫م‬
‫م‬
‫م‬
‫م‬
‫م‬
ُ ‫ب الْ مع ُق‬
ُ
‫م‬
‫م‬
‫س فم مواس ُق يُ ْقتم ْل من ِف ْمم‬
ٌ ْ‫َخم‬

“Ada lima jenis haiwan fasik yang boleh dibunuh ketika sedang ihram, yaitu
tikus, kala jengking, burung rajawali, burung gagak dan kalb aqur (anjing
galak).” (HR. Bukhari no. 3314 dan Muslim no. 1198)

Bagi sesiapa sahaja yang membunuh haiwan itu dengan cepat maka suatu
kehormatan besar untuk orang yang mengenai sasarannya tanpa menimbulkan rasa
sakit kepada haiwan yang dibunuh itu. Hal ini sangat penting ditekankan ketika
membunuh haiwan tersebut kerana Nabi Muhammad SAW berkata lemah lembut
merupakan inti dan hiasan kehidupan. Dalam sahih Muslim, Sunan Abu Daud dan Jami’

625
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

al-Tirmidzi dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa
membunuh cicak maka pada awal pukulannya baginya ini dan itu satu kebaikan.
Barangsiapa yang membunuhnya dalam pukulan kedua maka baginya ini dan itu satu
kebaikan yang berbeza dengan yang pertama. Jika dia membunuhnya pada pukulan
ketiga maka baginya ini dan itu kebaikan yang berbeza dengan yang kedua.” Ini
menunjukkan bahawa pukulan yang pertama yang terus boleh membunuh cicak adalah
yang paling banyak ganjaran.
Dalam Sahih Muslim disebutkan: Barangsiapa yang membunuh cicak pada satu
kali pukulan maka baginya seratus kebaikan. Dan jika pada pukulan kedua maka
baginya (kebaikan) berbeza dengan itu (yang pertama), dan jika pada pukulan ketiga
maka baginya (kebaikan) berbeza dengan itu (yang kedua). Dalam “al-Mu’jam alAusath” milik Thabrani dari hadits Aisyah berkata: “Aku mendengar bahawa Rasulullah
SAW bersabda, barangsiapa yang membunuh cicak maka Allah akan menghapuskan
tujuh kesalahan atasnya.” Ibn Majah meriwayatkan didalam “Sunan” nya dari Saibah
Maulah al-Fakih bin al-Mughiroh bahawa dia menemui Aisyah dan melihat di rumahnya
terdapat sebuah tombak yang tergeletak. Dia pun bertanya kepada Aisyah,”Wahai Ibu
kaum mukminin apa yang engkau lakukan dengan tombak ini?” Aisyah menjawab:
“Kami baru saja membunuh cicak-cicak. Sesungguhnya Nabi SAW pernah
memberitahu kami bahwa tatkala Ibrahim AS dilemparkan ke dalam api tak satu pun
binatang di bumi saat itu kecuali dia akan memadamkannya kecuali cicak yang meniupniupkan apinya. Maka Rasulullah SAW memerintahkan untuk membunuhnya.” Kitab alZawaid menyebutkan bahawa hadits Aisyah ini sahih dan orang-orangnya boleh
dipercayai.
Namun demikian bukan bererti setiap cicak mesti dibunuh disebabkan perintah
yang terdapat dalam hadits tersebut bukanlah sebuah kewajiban akan tetapi
disunnahkan membunuh setiap cicak yang membahayakan. Secara terperinci Imam
Suyuthi menyebutkan dalam kitab al-Asbah al-Nazhair bahawa aturan pembunuhan
binatang itu terbahagi menjadi empat jenis:
a) Binatang yang padanya terdapat manfaat dan tidak berbahaya maka ia tidak boleh
dibunuh.
b) Binatang yang mengandungi bahaya didalamnya dan tidak bermanfaat maka
dianjurkan untuk dibunuh seperti: ular dan binatang-binatang yang berbahaya.
c) Binatang yang mempunyai manfaat didalamnya dari satu sisi namun berbahaya
dari sisi lainnya, seperti: burung helang maka tidak dianjurkan dan tidak pula
dimakruhkan untuk membunuhnya.
d) Binatang yang tidak mempunyai manfaat didalamnya dan tidak pula berbahaya,
seperti: ulat, serangga sejenis kumbang maka tidaklah diharamkan dan tidak pula
dianjurkan untuk membunuhnya. (al-Asbah al-Nazair juz II hal 336).
Islam juga menyatakan larangan membunuh beberapa jenis haiwan. Contoh
haiwan yang dilarang untuk dibunuh adalah seperti yang disebutkan di dalam hadits
Ibnu Abbas RA:

‫إن النيب صلى اهلل عليه و سلم هنى عن قتل أربع من الدواب النملة والنحلة واهلدهد والصرد‬

626
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

Maksudnya: “Rasulullah SAW melarang membunuh empat haiwan, yaitu
semut, lebah, burung hud-hud, dan shurad.” (HR Abu Daud (5267). Hadis
sahih.) [Shurad itu adalah burung yang memiliki kepala dan paruh yang besar
dan berbulu lebat, separuhnya berwarna putih dan separuhnya berwarna
hitam].
Haiwan yang lain yang dilarang untuk dibunuh ialah katak. Dari Abdullah bin Umar RA,
Rasulullah SAW bersabda:

ِ ِ ‫الض مف ِاد‬
ِ ‫اْلُف م‬
‫ب مسلِّطِِْن‬
ْ ‫يح مومَل تم ْقتُلُوا‬
‫ت الْ مم ْق ِد ِس قم م‬
ِّ ‫اَ يما مر‬
‫مَل تم ْقتُلُوا َّ م‬
ُ ‫ب بمْي‬
ٌ ِ‫ع فمإ َّن نمقي مق مها تم ْسب‬
‫َّاش فمإنَّهُ لم َّما مخ ِر م‬
‫معلمى الْبم ْح ِر مح ََّّت أُ ْغ ِرقم ُه ْم‬

“Janganlah kalian membunuh katak karena suaranya adalah tasbih. Janganlah
kalian membunuh kelelawar karena ketika Baitul Maqdis dihancurkan (oleh
kaum kafir) ia berdoa: “Wahai Rabbku, berilah aku kekuasaan terhadap laut
agar aku dapat menenggelamkan mereka.” (HR Al Baihaqi. Sanadnya shahih.)
ii.

Ketawa dan Mentertawakan Sesuatu dalam Sungai
Tidak ditemui larangan untuk ketawa dan mentertawakan sesuatu di dalam sungai.
Walau bagaimanapun, dalam Islam tidak sewajarnya ketawa berlebih-lebihan. Aisyah
meriwayatkan, dia berkata" Tidak pernah sekalipun aku melihat Rasulullah SAW ketawa
terbahak-bahak sehingga kelihatan kerongkongnya. Akan tetapi, ketawa baginda
adalah dengan tersenyum." (HR al-Bukhari no. 8217). Ketawa berlebih-lebihan boleh
mematikan hati. Rasulullah bersabda:"Janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak
ketawa akan mematikan hati." ( HR Ibn Majah no. 4183 )
Dari aspek lain, ketawa berlebih-lebihan boleh menjatuhkan harga diri. Rasulullah
bersabda: "Sesungguhnya banyak ketawa akan mematikan hati dan menghilangkan
karisma seorang Mukmin." (HR at-Tirmizi no. 2227)

iii. Sikat Rambut
Dalam Islam adalah dibenarkan untuk menyikati rambut. Sunat sekali sekala
(ghibban) menyikat rambut dan meminyakinya. Namun begitu ianya perlu dibuat sekali
sekala bukan sentiasa disikat dan didandani. Adapun yang dimaksudkan dengan sekali
sekala itu ialah, apabila kita meminyaki rambut, maka tunggulah ia sehingga kering
baharulah diminyaki sekali lagi. (Al-Majmu‘, kitab al-thaharah bab al-siwak: 1/359-360)
Hadis daripada ‘Abdullah bin Mughaffil katanya yang maksudnya: “Rasulullah SAW
melarang daripada berdandan dengan berlebihan (al-tarajjul) secara berterusan setiap
masa.” (Hadis riwayat Abu Daud, at-Tirmidzi dan al-Nasaie)
iv. Memasak Daging Buruan Bersama Sayur
Pengkaji tidak menjumpai hadis-hadis larangan untuk memasak daging buruan
bersama sayur. Walau bagaimanapun, menjumpai ayat Al-Quran menyatakan halalnya
daging buruan. Firman Allah SWT bermaksud: “Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan
(buruan yang ditangkap) oleh binatang buas yang telah kamu ajar dengan melatih nya
untuk berburu; kamu mengajarnya menurut apa yang telah diajarkan Allah kepadamu
…”(al-Quran 5: 399). Berkenaan dengan larangan ke atas haiwan buruan adalah
disebabkan oleh beberapa perkara sebagai berikut. – Haiwan yang ditombak tetapi

627
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

tidak menembusi badan haiwan tetapi hanya bahagian tepinya (Sahih Muslim No.3560)
ditemui juga larangan memakan binatang buas yang bertaring. (Shahih Muslim
No.3570)
v.

Membakar kutu
Di dalam hadis juga tidak ditemui secara terperinci larangan untuk membakar kutu.
Walau bagaimanapun, ditemui beberapa hadis yang menyatakan implikasi buruk ke
atas perlakuan aniaya terhadap haiwan.Ia dinyatakan oleh beberapa hadis sebagai
berikut.

Dari Anas bin Malik RA berkata: ‫ص َب َر ا ْل َبهائِ ُم‬
ْ ‫“ َن َهى رسول ُ هللاِ صلى هللا عليه وسلم أَنْ ُت‬Rasulullah SAW
melarang dari mengurung binatang.” (HR. Muslim no. 1956).Yang dimaksud dalam
larangan di sini adalah mengurung binatang agar boleh membunuhnya dengan
dilempar atau yang semacamnya. (Syarh Muslim al-Nawawi: 14/114). Dari Said bin
Jubair rahimahullah dia berkata: Ibn Umar RA melintasi sekelompok orang yang
menjadikan seekor ayam sebagai sasaran melempar mereka. Ketika mereka melihat
Ibn Umar, mereka segera bertempiaran, maka Ibn Umar berkata: ِ‫مَنْ َف َعلَ هَذا؟ إِنَّ رسول َ هللا‬
‫“ صلى هللا عليه وسلم لَعَنَ مَنْ َف َعل َ ه ََذا‬Siapa yang berbuat seperti ini? Sungguh Rasulullah SAW
telah melaknat orang yang berbuat seperti ini.” (HR. Muslim no. 1958) Dalam sebuah
َ ‫“ إِنَّ رسول َ هللاِ صلى هللا عليه وسلم لَ َعنَ َم ِن ا َّت َخ َذ‬Sesungguhnya
riwayat Muslim:ً ‫ح َغ ْرضا‬
ُ ‫الر ْو‬
ُّ ‫ش ْيئا ً فِ ْي ِه‬
Rasulullah SAW telah melaknat orang yang menjadikan makhluk bernyawa sebagai
sasaran (lempar).”
vi. Menimbus Belalang dalam Tanah
Hadis ini tidak ditemui secara terperinci yang menyatakan larangan menimbus
belalang dalam tanah, kesesuaian perkara ini dengan ajaran Islam secara garis
besarnya larangan berbuat zalim kepada haiwan. Sedangkan hadis secara terperinci
bercerita tentang belalang adalah mengenai halalnya haiwan itu untuk dimakan. Dari
Ibn Umar RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Dihalalkan bagi kami dua
bangkai dan dua darah. Dua bangkai yaitu belalang dan ikan.Adapun dua darah yaitu
hati dan limpa.” Dikeluarkan oleh Ahmad, Ibnu Majah.
vii. Meniru Suara Katak
Tidak ditemui larangan dalam Islam mengenai perkara sedemikian.hadis-hadis
mengenai katak ialah justeru mengenai larangan untuk membunuh katak. Sebagaimana
dalam penerangan dalam hadis Dari Abdullah bin Umar RA, mengenai larangan
membunuh katak dan kelelawar. hadis sahih riwayat al-Baihaqi serta hadis yang
diriwayatkan dari Ibn Umar RA, dari Nabi SAW bersabda: "Janganlah kalian membunuh
katak!" (Shahih, dalam kitab Sahih al-Jami' al-Shaghir [7390]). Diriwayatkan dari
Abdurrahman bin Utsman RA: "Dilarang membunuh katak dengan alasan untuk ubatubatan," (Shahih, dalam kitab Shahih al-Jami' al-Shaghir [6971]).
viii. Menyiksa Anjing dan Menyiksa Ular

628
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

Begitu juga larangan menyiksa anjing tidak ditemui dalam hadis secara khas, yang
ada ialah larangan penyiksaaan kepada semua haiwan. Dari Aisyah, Nabi SAW
bersabda:

ِ ْ ‫َخس ف و ِاسق ي قت ْلن ِِف‬
‫ور‬
ْ ‫ مو‬، ‫ب‬
ُ ‫ موالْغُمر‬، ‫اْلُ مديَّا‬
ُ ‫ موالْ مع ْقمر‬، ُ‫اْلممرم الْ مفأْمرة‬
ُ ‫ب الْ مع ُق‬
‫مْ ٌ م م ُ ُ ْ م م‬
ُ ‫ موالْ مك ْل‬، ‫اب‬

“Ada lima jenis haiwan fasik yang boleh dibunuh ketika sedang ihram, yaitu tikus,
kalajengking, burung rajawali, burung gagak dan kalb aqur (anjing galak).” (HR. Bukhari
no. 3314 dan Muslim no. 1198)
Adapun haiwan yang membahayakan manusia dan sering hidup ditengah populasi
manusia, seperti ular, kalajengking. Haiwan jenis ini dianjurkan untuk dibunuh dalam
keadaan. Dalam sebuah hadis nabi pernah bersabda: "Lima jenis haiwan yang harus
dibunuh, baik di tanah haram mahupun di tanah biasa, iaitu: ular, kalajengking, tikus,
anjing buas dan burung rajawali" (HR. Abu Daud) dalam riwayat lain disebutkan juga
burung gagak.
Kita tidak boleh menyiksa binatang dengan cara apa sekalipun, samada
membiarkan binatang dalam kelaparan, memukulnya, membebankannya dengan
sesuatu yang ia tidak mampu, menyiksa atau membakarnnya. Rasulullah SAW telah
bersabda: "Seorang wanita masuk neraka karena seekor kucing yang ia kurung hingga
mati.Maka dari itu ia masuk neraka gara-gara kucing tersebut disebabkan dia tidak
memberinya makan dan tidak pula memberinya minum di saat mengurungnya, dan dia
tidak membiarkannya (melepaskannya) supaya memakan serangga di bumi." (HR. alBukhari) Dan ketika nabi SAW melintasi sarang semut yang telah dibakar, nabi SAW
bersabda: "Sesungguhnya tidak ada yang berhak menyiksa dengan api selain Rabb
(Tuhan) pemilik api." (HR. Abu Dawud, hadits shahih)
Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas RA, ia berkata, Rasulullah SAW. pernah
melintas pada seseorang yang sedang meletakkan kakinya di atas badan haiwan yang
mau disembelih sementara ia sedang mengasah pisaunya dan haiwan itu sendiri
melihat apa yang dilakukan laki-laki itu. Lalu nabi SAW bersabda: "Mengapa engkau
tidak asah pisaumu sebelumnya. Apakah kamu hendak mematikannya dua
kali?"(Shahih, HR al-Baihaqi).
Dalam riwayat lain tercantum, "Apakah kamu akan mematikannya dua kali
mengapa engkau tidak mengasah pisaumu terlebih dahulu sebelum kamu
membaringkannya?" (Shahih, HR al-Hakim). Ini bermakna ada beberapa perkara yang
perlu diperhatikan dalam penyembelihan iaitu; menghindarkan mengasah pisau di
hadapan haiwan yang akan disembelih dan melakukan sembelihan dengan baik
dengan menajamkan pisau, merebahkan dan menenangkan haiwan.
ix. Biadap pada Orang Lebih Tua
Larangan berlaku biadap kepada orang yang lebih tua pada kepercayaan orang asli
dianggap relevan dengan aturan Islam. Islam melarang perlakuan biadap kepada orang
yang lebih tua. Secara terperinci al-Quran menyatakan perintah untuk berbuat baik
kepada orang yang lebih tua dan khasnya kepada ibu bapa. Allah SWT berfirman
bermaksud: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu

629
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

sekutukannya Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada
kedua ibubapa.” (al-Quran 4: 36).
Disamping itu, dalam hadis al-Bukhari dinyatakan bahawasanya dosa besar
selepas syirik adalah biadap kepada ibu bapa. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam
Sahihnya, no: 2654) wujudnya sifat sombong atau takabbur boleh menyebabkan
seseorang itu akan tersisih daripada rahmat Allah SWT di dunia sebagaimana
firmanNya yang bermaksud: "Nanti Aku palingkan daripada ayat-ayatKu orang-orang
yang sombong di muka bumi tanpa kebenaran." (Al-Quran 7: 146)

x.

Melintasi Seseorang Tanpa Izin
Dalam hadis tidak dijumpai larangan untuk melintasi seseorang di jalanan. Namun,
terdapat beberapa hadis berkenaan tingkah laku di jalanan. Nabi menganjurkan para
wanita perempuan hendaknya berjalan di tepi jalan. Pada suatu ketika Nabi pernah
melihat campur baurnya laki-laki dengan wanita di jalanan, maka baginda bersabda
kepada wanita: “Meminggirlah kalian, kalian tidak layak memenuhi jalan, hendaklah
kalian menelusuri pinggir jalan. (HR. Abu Daud, dan dinilai shahih oleh al-Albani).
xi. Anak Bermain Tempat Tidur Ibu Bapa
Tidak ditemui juga hadis secara terperinci mengenai larangan untuk bermain di
tempat ibu bapa.
xii. Mengejek Kecacatan Seseorang
Ada beberapa wasiat yang disampaikan oleh Nabi saw pada Abu Jurayy Jabir bin
Sulaim. Wasiat yang pertama kita ulas adalah ‘jangan sampai menghina dan
meremehkan orang lain. Boleh jadi yang diremehkan lebih mulia dari kita di sisi Allah’.
Abu Jurayy Jabir bin Sulaim, beliau berkata: “Aku melihat seorang laki-laki yang
perkataannya ditaati orang. Setiap kali ia berkata, pasti diikuti oleh mereka. Aku
bertanya, “Siapakah orang ini?”Mereka menjawab, “Rasulullah SAW.” Aku berkata,
“‘Alaikas salaam (bagimu keselamatan), wahai Rasulullah (beliau mengulangnya dua
kali).” Nabi SAW lalu berkata, “Janganlah engkau mengucapkan ‘alaikas salaam
(bagimu keselamatan) karena salam seperti itu adalah penghormatan kepada orang
mati. Yang baik diucapkan adalah assalamu ‘alaik (semoga keselamatan bagimu.”
Abu Jurayy bertanya, “Apakah engkau adalah utusan Allah?” Nabi SAW menjawab,
“Aku adalah utusan Allah yang apabila engkau ditimpa malapetaka, lalu engkau berdoa
kepada Allah, maka Dia akan menghilangkan kesulitan darimu. Apabila engkau ditimpa
kekeringan selama satu tahun, lantas engkau berdoa kepada Allah, maka Dia akan
menumbuhkan tumbuh-tumbuhan untukmu. Dan apabila engkau berada di suatu
tempat yang gersang lalu untamu hilang, kemudian engkau berdoa kepada Allah, maka
Dia akan mengembalikan unta tersebut untukmu.”
Abu Jurayy berkata lagi kepada Rasulullah SAW, “Berilah wasiat kepadaku.”Rasul SAW
pun memberi wasiat,

‫مح ًدا‬
ََّّ ‫َلم تم ُس‬
‫َّب أ م‬

630
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

“Janganlah engkau menghina seorang pun.”
Abu Jurayy berkata, “Aku pun tidak pernah menghina seorang pun setelah itu, baik
kepada orang yang merdeka, seorang hamba, seekor unta, maupun seekor kambing.”
Rasulullah SAW melanjutkan sabdanya,

ِ
ِ ‫ط إِلمي ِه وجهك إِ َّن مذلِك ِمن الْمعر‬
ِ
ِ
‫وف مو ْارفم ْع إِمز مارمك‬
‫مخ م‬
‫ت ُمْنبم ِس ٌ ْ م ْ ُ م‬
‫اك موأمنْ م‬
‫موَلم مَْتقمر َّن مشْيئًا م من الْ مم ْع ُروف موأم ْن تُ مكلِّ مم أ م‬
ُْ ‫م م م‬
ِ
ِ َّ ‫ف‬
ِ‫ص‬
ِ ْ ‫ت فمِإ مَل الْ مك ْعبم‬
‫اَ ا ِِإ مزا ِر فمِإن مَّها ِم من الْ مم ِِيلم ِة موإِ َّن اللَّ مه َلم ُُِب الْ مم ِِيلم مة‬
‫اك موإِ ْسبم م‬
‫ْ موإِيَّ م‬
‫الساق فمِإ ْن أمبمْي م‬
ْ ‫إِ مَل ن‬
ِ ُ ‫وإِ ِن امرٌؤ شتمك وعيَّ رمك ِِبا ي علمم فِيك فمالم تُعيِّ ره ِِبا تمعلمم فِ ِيه فمِإََّّنما وب‬
‫ك معلمْي ِه‬
‫اَ مذل م‬
‫م ْ ُ مم م م م م م م م ْ ُ م‬
‫مم‬
ُ ْ ‫م ُْ م‬

Maksudnya: “Janganlah meremehkan kebaikan sedikit pun walau dengan
berbicara kepada saudaramu dengan wajah yang tersenyum kepadanya.
Amalan tersebut adalah bagian dari kebajikan.Tinggikanlah sarungmu sampai
pertengahan betis.Jika enggan, engkau boleh menurunkannya hingga mata
kaki.Jauhilah memanjangkan kain sarung hingga melewati mata kaki.
Penampilan seperti itu adalah tanda sombong dan Allah tidak menyukai
kesombongan. Jika ada seseorang yang menghinamu dan mempermalukanmu
dengan sesuatu yang ia ketahui ada padamu, maka janganlah engkau
membalasnya dengan sesuatu yang engkau ketahui ada padanya. Akibat buruk
biarlah ia yang menanggungnya.”(HR. Abu Daud no. 4084 dan Tirmidzi no.
2722. Al-Hafizh Abu Thohir mengatakan bahawa sanad hadits ini shahih).

Di antara wasiat Rasul SAW dalam hadits di atas adalah janganlah menghina
orang lain. Setelah Rasul menyampaikan wasiat ini, Jabir bin Sulaim pun tidak pernah
menghina seorang pun sampai pun pada seorang hamba sahaya dan seekor haiwan.
Dalam surah al-Hujurat, Allah Ta’ala memberikan kita petunjuk dalam berakhlak yang
baik:

ِ َّ
‫ين آم ممنُوا مَل يم ْس مِ ْر قم ْوٌم ِم ْن قم ْوٍم مع مسى أم ْن يم ُكونُوا مخْي ًرا ِمْن ُه ْم مومَل نِ مساءٌ ِم ْن نِ مس ٍاء مع مسى أم ْن يم ُك َّن‬
‫يما أمي مها الذ م‬
‫مخْي ًرا ِمْن ُه َّن‬

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang lakilaki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih
baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan
kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik.” (al-Quran 49: 11)

Ibnu Katsir berkata bahwa ayat di atas berisi larangan merendahkan dan
meremehkan orang lain. Sifat merendahkan dan meremehkan termasuk dalam kategori
sombong sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

ِ ‫ط الن‬
‫َّاس‬
ْ ‫الْ ِكْب ُر بمطمُر‬
ُ ‫اْلم ِّق مو مغ ْم‬

“Sombong adalah sikap menolak kebenaran dan meremehkan manusia.”(HR.
Muslim no. 91).
Yang dimaksud di sini adalah meremehkan dan menganggapnya kecil. Meremehkan
orang lain adalah suatu yang diharamkan karena boleh jadi yang diremehkan lebih

631
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

mulia di sisi Allah seperti yang disebutkan dalam ayat di atas.” (Tafsir al-Qur’an al‘Azhim, 6: 713). Ingatlah orang jadi mulia di sisi Allah dengan ilmu dan takwa.
xiii. Berada di Belakang Orang Memasak
Sepengetahuan pengkaji juga tidak ditemui larangan untuk berada dibelakang
orang yang sedang memasak. Ini bermakna kepercayaan ini tidak relevan dari
pandangan Islam.Oleh itu ia bukan dianggap suatu kesalahan.
xiv. Melangkah Makanan
Sepengetahuan pengkaji tidak ditemui hadis-hadis yang menyatakan larangan
melangkahi makanan. Sepengetahuan hanya wujud hadith mengenai larangan
melangkahi bahu orang-orang musoli yang telah datang dan duduk lebih awal di masjid
pada hari Jumaat. Diriwayatkan dari Abdullah bin Busr, bahwa seorang laki-laki datang
ke masjid dengan melangkahi bahu leher orang-orang pada hari Jumaat. Saat itu Nabi
SAW sedang menyampaikan khutbah, lalu Nabi SAW bersabda:

ِ ٍ
‫ت‬
‫ت موآنمْي م‬
‫س فم مق ْد آ مذيْ م‬
ْ ‫ا ْجل‬

"Duduklah, sungguh kamu telah mengganggu orang lain, sedangkan kamu
datang terlambat." (HR. Ibnu Majah dalam Sunannya, no. 1105)

Walau bagaimanapun, dalam tradisi dan budaya masyarakat di nusantara
melangkahi makanan adalah perkara yang tidak bersesuaian dengan adab dan aturan
kesopanan. Bermakna ia bukan sesuatu dosa dalam Islam tetapi perkara yang baik
sekiranya boleh dihindari.
Berasas kepada perbincangan mengenai relevannya aturan pantang larang orang
Asli dari kacamata Islam, maka disimpulkan analisa tersebut dalam Jadual 1.2.
Aturan Pantang Larang Orang Asli
1. Bernyanyi semasa membunuh
binatang
2. Ketawa
3. Sikat rambut
4. Memasak daging buruan bersama
sayur
5. Membakar kutu
6. Mentertawakan sesuatu dalam
sungai
7. Menimbus belalang dalam tanah
8. Meniru suara katak
9. Menyiksa anjing
10. Menyiksa ular
11. Biadap pada orang lebih tua
12. Melintasi seseorang tanpa izin
13. Anak bermain tempat tidur ibu bapa

Relevannya dari Perspektif Islam
Tidak relevan
Tidak Relevan, dibolehkan ketawa selagi
tidak berlebihan
Tidak relevan
Tidak relevan
Tidak relevan
Tidak relevan
Tidak relevan
Tidak relevan
Relevan
Relevan
Relevan
Tidak relevan
Tidak relevan

632
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

14. Mengejek kecacatan seseorang
15. Berada di belakang orang memasak
16. Melangkah makanan

Relevan
Tidak relevan
Tidak relevan

KESIMPULAN
Berasas kepada perbicangan sebelum ini maka persamaan yang paling ketara diantara
aturan Islam dan kepercayaan orang asli adalah pada aspek larangan untuk berbuat
aniaya ke atas haiwan. Berbuat aniaya adalah suatu perkara yang ditegah dalam Islam
samada ia dilakukan kepada manusia lain ataupun haiwan. Bezanya ialah apabila pada
kepercayaan orang asli disebutkan secara terperinci jenis aniaya seperti menimbus
belalang atau membakar kutu maka dalam Islam larangan untuk berbuat aniaya ke atas
haiwan ialah lebih bersifat menyeluruh. Ditemui juga persamaan dalam aspek larangan
bersikap biadap terhadap orang tua. Sementara beberapa aturan dalam kepercayaan
orang asli yang lain adalah ditemui tidak relevan dalam perspektif Islam.
PENGHARGAAN
Pengkaji merakamkan penghargaan kepada UniSZA yang telah memberikan banyak
kemudahan sama ada dalam bentuk sumbangan kewangan maupun dalam bentuk
kemudahan fizikal sehingga pembentangan kertas kerja ini dapat terlaksana.

RUJUKAN
Al-Qur’an dan Terjemahnya, Departemen Agama, Yayasan Penyelenggara
Penterjemah/Pentafsir al-Qur’an, 1986.
Asmawi, I. 2013. Pengetahuan tradisional berkaitan pemakanan masyarakat Orang Asli
Suku Kaum Batek, Kuala Koh Gua Musang Kelantan. Tesis Sarjana. Universiti
Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.
Arena Wati. 1978. Pribumi Sabah (Kadazan/Dusun). Yayasan Sabah, Kota Kinabalu.
Azhar Mad Aros. 2000. TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti. 1
Benjamin, G. 1967. Temiar kinship.Federation Museum Journal (new series) 12: I – 25.
Benjamin, G. 1968. Headmanship and leadership in Temiar Society.Federation
Museum Journal (new series) 13: I - 43.
Carey, 1. 1978. Penempatan semula Orang Asli dari perspektif persejarahan. Dewan
Masyarakat, Februari.
Dentan R.K.(Tesis Ph.D.) 1965. Some Senoi Dietary Restrictions: A study of Food
Behaviuor in a Malaysian Hill Tribe. Universiti Yale.
Dentan, R.K. 1979. The Semai: A nonviolent people of Malaya. New York: Holt,
Rinehart and Winston.
Evans, I.N.H. 1924. Among Primitive Peoples in Borneo, London.
Endicott, K. 1974. Batek-Negrito economy and organization. Tesis Dr. Fal..Harvard
University.

633
6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

Hamimah, H. 2011. Rights and interests in land among the Orang Asli in the state of
Pahang: A case study. Tesis Dr. Fal.International Islamic University Malaysia.
Hasan Mat Nor. 1996.Tanah dan Masyarakat Orang Asli. Universiti Kebangsaan
Malaysia: Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan.
Hood, S. 1978. Semelai ritual of curing. D. Phil. Thesis. University of Oxford.
Juli Edo, Tradisi Lisan Masyarakat Semai, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan
Kemanusiaan, Monograf bilangan 16, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi, 1990, hlm. 1
Khairul Hisyam Kamarudin, Ibrahim Ngah (2007) Pembangunan Mapan Orang
Asli.Universiti Teknologi Malaysia
Mohd Nizam Bin Sahad (2001) Pemikiran Orang Asli Tentang Agama : Suatu Kajian
Khusus Di Perkampungan Orang Asli Broga, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.
Thesis Sarjana Usuluddin Universiti Malaya tidak diduplikasikan.
Mohammad Aslam, Mohd Mizan and Abdullah, Shuhairimi (2004) Pembentukan nilainilai murni masyarakat Semai melalui konsep pandang dunia (world view): Satu
analisis awal. In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme
(SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi.
Hood salleh, Kamaruddin M. Said dan Awang Hasmadi Mois (eds). 1993. Mereka yang
Terpinggir. Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. 2000. Nong Pai (Haluan Baru). Bahagian Penyelidikan
dan Penerangan, JHEOA.
Juli Edo 1988. Agama dan Perubatan Masyarakat Semai. Selangor: Universiti
Kebangsaan Malaysia. (Tesis Sarjana Falsafah). Tidak dipublikasikan
Nor Sedek Ismail. 22/04/2000. Budaya Orang Asli Unik. Utusan Malaysia.
Nobuta Toshihiro (2009) Living On The Periphery, Development and Islamization
among the Orang Asli in Malaysia.Center For Orang Asli Concerns. Kuala Lumpur
Ramle Abdullah, Mohamad Hafis Amat Simin, Azlina Abdullah, Zurina Mansor (2012)
Pendidikan Dan Orang Asli dalam Arus Perdana.Universiti Sultan Zainal Abidin
Ramle Abdullah (2014) Pembangunan dan Transformasi.Penerbit Universiti Sultan
Zainal Abidin
Skeat. W. W & Charles Otto Blagden, Pagan Races of the Malay Peninsula, Jil. 1 dan
11, Macmillan and Co. Limited
Williams, T.R. 1965. The Dusun: A north Borneo Society. New York: Holt, Rinehart and
Winston.