PERTANIAN DAN MANUSIA PRT 2008 Impact AF

Kesan AFTA Dalam Pertanian Malaysia PRT2008
(Impact AFTA on Malaysian Agricultural )

KURSUS
PERTANIAN DAN MANUSIA
KOD KURSUS
PRT 2008

TAJUK
KESAN AFTA DALAM PERTANIAN DI MALAYSIA
( IMPACT AFTA ON MALAYSIAN AGRICULTURAL )

NAMA
MOHD SHAIFUL NIZAM BIN ISHAK 160908
NO TELEFON 019-2181700

UNTUK PERHATIAN
PROF. MADYA DR UMA RANI A/P SINNIAH

Kesan AFTA Dalam Pertanian Malaysia PRT2008
(Impact AFTA on Malaysian Agricultural )


1.0 Pengenalan
Pertanian merujuk kepada perihal pengeluaran makanan dan barangan
melalui perkebunan, penanaman, penternakan dan perhutanan.
merupakan

pembangunan

penting

kepada

kebangkitan

Pertanian
tamadun

apabila

penanaman dan penternakan membawa kepada lebihan makanan dan seterusnya

membolehkan pembangunan dalam masyarakat yang semakin ramai dan berkelas.
Sektor pertanian, merupakan antara aktiviti ekonomi yang dikategorikan sebagai
sektor utama (primer sektor) selain daripada perlombongan dan kuari. Walaupun
proses urbanisasi semakin pesat dan tumpuan banyak diberikan kepada sektor
pembuatan dan perkhidmatan, namun majoriti populasi di Asia Tenggara masih
mendiami kawasan luar bandar dan bergantung kepada kegiatan pertanian sebagai
sumber ekonomi utama.
Sektor pertanian sememangnya merupakan sektor yang terpenting bagi
negara-negara membangun seperti Malaysia. Malah ia merupakan antara ciri
terpenting yang membezakan status antara negara-negara membangun dan negaranegara maju. Sektor ini jugalah yang telah menyumbang kepada asas pembentukan
ekonomi Malaysia di dalam era selepas merdeka yang mana pada masa tersebut,
majoriti penduduk tertumpu kepada aktiviti ekonomi berasaskan pertanian dan
perlombongan. Namun, dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan negara,
sektor pertanian beransur-ansur dipandang sayu. Para petani juga tidak lagi
berminat menjalankan kerja-kerja tani yang dahulunya pernah menjadi pekerjaan
turun-temurun. Lebih parah, generasi pelapis yang diharapkan akan meneruskan
pekerjaan turun-temurun itu lebih berminat berhijrah ke bandar-bandar besar
mencari pekerjaan yang lebih ´bermaruah´ dan menawarkan pendapatan yang lebih

Kesan AFTA Dalam Pertanian Malaysia PRT2008

(Impact AFTA on Malaysian Agricultural )

tinggi dan terjamin dalam sektor perindustrian. Hal ini kerana imej pekerjaan di
sektor perindustrian dilihat lebih tinggi dan memiliki kemudahan sosial yang lebih
baik. Peluang membaiki taraf ekonomi melalui pendapatan di sektor perkilangan dan
perkhidmatan lebih terjamin. Sebaliknya, pendapatan di sektor pertanian tidak stabil.

2.0 Pertanian di Malaysia Masa Kini
Sektor pertanian telah memainkan peranan penting di dalam pembangunan
sosial dan ekonomi Malaysia. Kegiatan pertanian pada masa itu adalah pertanian
sara diri dan tradisional. Tanaman industri iaitu getah mula diperkenalkan pada
tahun 1887 apabila benih getah ditanam di Kuala Kangsar, Perak. Penubuhan
Institut Penyelidikan Getah pada tahun 1926 telah mengorak langkah menjadikan
Malaysia sebagai pengeluar utama getah asli di dunia untuk beberapa abad
sehinggalah akhir tahun 1980an. Sumbangan terhadap Keluaran Kasar Dalam
Negara (KDNK) telah meningkat kepada RM6.8 bilion pada tahun 1995, berbanding
RM3.6 bilion pada tahun 1985 iaitu peningkatan sebanyak 5.6 peratus. Jumlah
kawasan tanaman sawit telah meningkat daripada 1.5 juta hektar pada tahun 1985
kepada 2.5 juta hektar pada tahun 1995.
Penubuhan


institusi-institusi

pembangunan

kawasan,

penyatuan

dan

pemulihan tanah seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi-agensi pembangunan
wilayah telah mempergiatkan lagi pembukaan tanah baru untuk tanaman industri di
samping mencapai matlamat membasmi kemiskinan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Sementara itu, penubuhan agensi-agensi khusus seperti FAMA(1965), Bank
Pertanian Malaysia (BPM) (1969), MARDI (1969), Lembaga Padi dan Beras Negara
(LPN) (1971), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) (1971), Lembaga

Kesan AFTA Dalam Pertanian Malaysia PRT2008
(Impact AFTA on Malaysian Agricultural )


Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (1970), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu
(KADA) (1972), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) (1973) dan beberapa agensi
yang lain telah menyediakan kemudahan pemasaran, penyelidikan, kredit dan
khidmat sokongan kepada kumpulan sasar dan mempergiatkan lagi pembangunan
sektor pertanian.
Sejak pelaksanaan DPN1 mulai 1984 dan DPN2 mulai 1992, sektor pertanian
telah mencatat kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak 3.2%. Jumlah nilaiditambah pertanian telah meningkat dari RM11.9 bilion pada tahun 1985 kepada
RM16.2 bilion pada tahun 1995. Nilai eksport barangan pertanian pula telah
meningkat daripada RM 13.9 bilion tahun 1985 kepada RM 35.4 bilion pada tahun
1995 yang merupakan pertumbuhan purata tahunan sebanyak 9.8%.

Kesan AFTA Dalam Pertanian Malaysia PRT2008
(Impact AFTA on Malaysian Agricultural )

3.0 Kewujudan AFTA di ASEAN
Ketika perjanjian AFTA ditandatangani pada tahun 1995, ia hanya dianggotai
oleh enam buah negara pengasas ASEAN iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina,
Singapura dan Thailand. Kini AFTA mempunyai 10 keanggotaan negara-negara
ASEAN yang kemudian penerimaannya dibuat antara tahun 1995 hingga 1997.


Antara tujuan perjanjian AFTA dibuat adalah untuk meningkat daya saing
ASEAN sebagai pengkalan pengeluaran dalam pasaran dunia melalui penghapusan
halangan tariff dan bukan tariff dalam ASEAN. Selain itu, dengan wujudnya AFTA, ia
mampu menarik pelaburan asing langsung ke ASEAN. Pada masa yang sama,
pengguna dapat memperoleh barang dagangan dari pengeluar yang lebih cekap di
ASEAN serta mewujudkan perdagangan intra-ASEAN. Seiring dengan peningkatan
persaingan harga dalam industri-industri pembuatan dan saiz pasaran yang lebih
besar, pelabur-pelabur dapat menikmati pengeluran secara besar-besaran.

Kesan AFTA Dalam Pertanian Malaysia PRT2008
(Impact AFTA on Malaysian Agricultural )

4.0 AFTA - ASEAN FREE TRADE AREA
AFTA menggalak peluang pelaburan negara ASEAN melalui perdagangan bebas
dengan menghapuskan sekatan tarif serta bukan tarif di kalangan anggota-anggota
ASEAN.
•Menurunkan duti import bagi barangan yang diperdagangkan di rantau ASEAN ke
paras 0-5% & menghapus semua bentuk halangan bukan tarif.
•Memaksa (negara ASEAN) Malaysia bersaing dengan negara-negara pengeluar

•Menggunakan satu skim pengurangan tarif yang dipanggil Common Effective
Preferential Tariff (CEPT) atau Tarif Keutamaan Efektif Am.
•Skim yang menjadualkan tingkat-tingkat pengurangan tarif dari 0 - 5% sehingga
2003 untuk enam negara asal ASEAN
•AFTA akan berkuatkuasa di Vietnam pada 2006, Laos dan Myanmar pada 2008 dan
Kambodia pada 2010.
•Senarai AFTA - 9,000 barangan dalam pengurangan tarif antara 0 hingga 5%.
•Skim CEPT meliputi barangan perkilangan, barangan pertanian yang diproses dan
yang tidak diproses.
 Tarif - cukai yang dikenakan terhadap barangan import.
 Tujuan tarif - mengurangkan kuantiti import, mendapatkan hasil cukai,
menggalakkan pengeluaran tempatan dan memperbaiki imbangan bayaran.
 Tarif juga ada persamaan dengan duti kastam, duti atau cukai import.

Kesan AFTA Dalam Pertanian Malaysia PRT2008
(Impact AFTA on Malaysian Agricultural )

4.1 Perjanjian AFTA membahagikan barangan kepada tiga senarai:
•Temporary Exclusion List (TEL) atau Senarai Pengecualian Sementara untuk
semua barang kilang dan barangan pertanian yang diproses.

•Sensitive List (SL) @ Senarai Sensitif utk barangan pertanian yang tidak diproses
seperti tembakau, gula, buah-buahan, khinzir, ternakan ayam dan susu.
•General Exception List (GEL) atau Senarai Pengecualian Am iaitu barangan2 yang
dikecualikan dari pengurangan tarif utk menjaga kepentingan sekuriti nasional,
tumbuh-tumbuhan, haiwan, manusia dan moral dan bahan artistik dan bernilai
sejarah.
•Protokol Mengenai Tatacara Khas untuk Barangan Pertanian Belum Diproses,
Barangan Sensitif dan Amat Sensitif diberi jangkamasa yang lebih lama untuk
dimasukkan ke dalam Skim CEPT.
•Barang-barang dalam Senarai Sensitif akan dimasukkan ke dalam Skim CEPT
mulai tahun 2003 dan akan hanya mencapai duti tidak melebihi 5% pada tahun
2010.
•Datuk Seri Rafidah Aziz, Malaysia telah meletakkan beras di dalam Senarai Amat
Sensitif.
•Perdagangan beras hanya dimasukkan ke dlm Skim CEPT pd 1 Januari 2005 dan
untuk pasaran terbuka hanya pada 1 Januari 2010.
•Tambahnya lagi, pada 2010, Malaysia masih lagi mempunyai hak melindungi
pasaran beras tempatan melalui duti import sebanyak 20%.

Kesan AFTA Dalam Pertanian Malaysia PRT2008

(Impact AFTA on Malaysian Agricultural )

4.2 Kesan Pelaksanaan AFTA Terhadap Sektor Pertanian
•Enam penandatangan asal AFTA iaitu Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia,
Malaysia, Filipina dan Thailand pada tahun 1998 telah bersetuju untuk
menyegerakan pelaksanaan AFTA
•Kelonggaran seperti tempoh lebih panjang diberikan bagi petani meningkatkan daya
saing melalui peningkatan produktiviti dan menurunkan kos pengeluaran
•Tanaman industri seperti kelapa sawit, getah dan koko (dikuasai estet & korporat
kedudukan yang lebih baik menghadapi AFTA)
•Apakah kesan AFTA kepada lebih 300,000 keluarga penanam padi, lebih 80,000
keluarga nelayan, lebih 400,000 keluarga pekebun kecil getah dan lebih 250,000
keluarga pekebun kecil kelapa sawit?
•Kesan AFTA terhadap golongan petani, nelayan, buruh, pekerja, pekebun kecil dan
peniaga kecil belum dikaji dan dijelaskan.
•Sub-sektor pertanian makanan bergantung subsidi dari kerajaan oleh petani
berpendapatan rendah berisiko tinggi.
•Syarikat pertanian besar dan antarabangsa vs petani kecil menyebabkan petani
kecil makin terpinggir.
•AFTA menyebelahi pedagang-pedagang besar, tidak untuk petani dan pengusaha

kecil.
•Keutamaan diberi syarikat korporat membangunkan sektor pertanian.

Kesan AFTA Dalam Pertanian Malaysia PRT2008
(Impact AFTA on Malaysian Agricultural )

•Syarikat gergasi menguasai seluruh proses pengeluaran pertanian seperti
pengeluaran dan stok benih, pemprosesan, pembungkusan, pengangkutan dan
pemasaran. Petani tidak mempunyai kuasa penentu dan hanya menjadi pekerja
syarikat pertanian besar.
•Pengurus Besar MADA, Datuk Syed Azizan Al Idrus mencadangkan - mengekalkan
saingan dalam pasaran terbuka, kos pengeluaran mesti dikurangkan iaitu melibatkan
pembangunan sawah-sawah padi secara besar-besaran atau bersepadu beberapa
petani yang mempunyai kemahiran tinggi.
•Petani tidak punya kuasa - proses pengeluaran pertanian.
•Petani-petani kecil hanya mempunyai dua pilihan jka tidak mampu bersaing iaitu:
1. Menjual tanah

2. Bekerja sebagai buruh


4.3 Kesan Pelaksanaan AFTA Terhadap Sektor Pertanian BURUH
•Pembukaan perdagangan - lebih daya bersaing - berpindah dari perusahaan
berintensif buruh ke perusahaan berintensif teknologi bagi mengurangkan kos
pengeluaran
•Buruh tidak mahir terjejas teruk.
•Pengusaha besar mencari tapak beroperasi di kos buruh paling rendah.
•Peluang pekerjaan kumpulan buruh tempatan semakin berkurangan
•Kuasa runding pekerja akan juga menjadi semakin lemah

Kesan AFTA Dalam Pertanian Malaysia PRT2008
(Impact AFTA on Malaysian Agricultural )

4.4 Kesan Pelaksanaan AFTA Terhadap Sektor Pertanian PADI / BERAS
Sebelum akhir 2004, kerajaan telah menaikkan cukai padi dan beras dari 0%
ke 40%. Tujuan kepada tariff import adalah untuk melindungi pada tempatan dengan
menjadikan harga berat import lebih tinggi dari harga beras tempatan. Undangundang AFTA mengkehendaki maksimum 40% dikenakan pada tahun 2005 dan
akan dikurangkan kepada 20% menjelang 2010. Menurut industri beras tempatan ,
tarif 20% bagi beras import pada 2010 tidak akan mampu melindungi industri beras
tempatan.

4.6 Ada apa dengan AFTA ?
•Petani kecil tertindas: langkah kawalan tidak mencukupi
•Hanya kelompok kecil mendapat manfaat; tauke ladang dan korporat
•Pemilikan tanah terhakis, terutama orang Melayu.
•Sektor makanan asasi terjejas
•Kebergantungan import
•Saingan persyarikatan besar & sistemnya
•Subsidi menurun, harga meningkat (WTO)

Kesan AFTA Dalam Pertanian Malaysia PRT2008
(Impact AFTA on Malaysian Agricultural )

4.5 Pertanian kecil vs Rancangan Malaysia ke 9
•Menjaga kepentingan syarikat besar dan multinasional
•Mempromosi teknologi biotek yang tidak menjamin keselamatan,
•Memperkukuhkan pergantungan kepada industri mekanikal dan penjenteraan
danindustri kimia sintetik (baja sintetik dan racun rumpai) dan pelbagai masalah lain.

Kesan AFTA Dalam Pertanian Malaysia PRT2008
(Impact AFTA on Malaysian Agricultural )

5.0 Kesan penerimaan AFTA dalam sektor Pertanian Malaysia
Sektor pertanian merupakan sektor yang akan terjejas akibat pelaksanaan
AFTA. AFTA juga akan menyebabkan negara pertanian menghadapi persaingan
dengan negara-negara pengeluar lain yang mempunyai kos pengeluaran yang
berlebihan. Import makanan Amerika telah meningkat setiap tahun dari kesan
meningkatkan bilangan dan taraf hidup.
Pada tahun 1996, import makanan (termasuk makanan ternakan) dan input
pertanian adalah RM10.5 bilion berbanding dengan RM4.6 bilion pada tahun 1990
Pada tahun 1997 (Januari hingga Oktober) import adalah RM9.1 bilion. Malaysia
mengalami defisit perdagangan makanan (termasuk makanan haiwan) dan input
pertanian. Ini bermakna bahawa terdapat aliran keluar dana negeri lebihan untuk
membiayai import. Pada tahun 1996 eksport berjumlah RM4.2 bilion, dan pada
tahun 1997 (Januari-Oktober 1997) adalah RM4.5 bilion. Ini bermakna bahawa
defisit perdagangan makanan dan input pertanian pada tahun 1996 ialah RM6.3
bilion dan RM4.6 bilion pada tahun 1997.
Walaupun, pertanian Malaysia pada masa ini masih menguasai pasaran,
terdapat kebimbangan bahawa prestasi tidak akan bertahan selepas pelaksanaan
AFTA. Produk pertanian Malaysia hanya boleh bersaing di peringkat ini kerana
bantuan subsidi dan cukai yang dikenakan ke atas jiran pertanian dilindungi. Begitu
juga, beberapa produk pertanian dari Thailand dan Indonesia masih lagi murah
berbanding produk di negara ini. Tambahan pula, pengeluaran sayur-sayuran seperti
dari Cameron Highlands akan kenaikan harga akibat kenaikan harga baja dan racun
perosak.

Kesan AFTA Dalam Pertanian Malaysia PRT2008
(Impact AFTA on Malaysian Agricultural )

Thailand produk pertanian yang sedia untuk dijual pada separuh harga
sehingga dua atau tiga kali lebih murah daripada negara kita. Sebagai contoh
tomato dari Thailand telah dijual secara borong pada harga RM14-RM20 untuk 20
kilogram manakala tomato di Cameron Highlands boleh mencapai sehingga RM40
untuk kuantiti yang sama tomato. Sementara itu, produk-produk Indonesia seperti
kubis dijual lebih murah daripada dua kali ganda pengeluaran kubis Cameron
Highlands.
Sesungguhnya, Indonesia adalah kualiti sayur-sayuran yang ditanam di
kawasan tanah tinggi di Sumatera tidak begitu baik. Walau bagaimanapun, jika tiada
cukai yang tinggi, harga akan menjadi sangat murah untuk membeli pembeli
mendapat satu kelebihan yang besar. Walaupun terpaksa membuang bahagian yang
rosak sayur-sayuran, ini adalah pasti tidak masalah.

Di antara faedah penyertaan Malaysia dala AFTA ialah:


Malaysia boleh dengan bebasnya mengeksport barangannya dalam kuantiti
yang banyak dari sektor pertanian, perlombongan dan perkilangan ke negaranegara anggota ASEAN yang sama-sama menyertai AFTA.



Negara ASEAN lain tidak boleh menyekat atau mengenakan tarif atau cukai
import yang tinggi terhadap barangan dari Malaysia.



Malaysia juga boleh mengimport barangan yang lebih murah dari negaranegara anggota AFTA. Ini menyebabkan penduduk Malaysia yang
berpendapatan rendah mampu membeli barangan dari negara-negara
ASEAN.

Kesan AFTA Dalam Pertanian Malaysia PRT2008
(Impact AFTA on Malaysian Agricultural )

Di antara masalah yang dihadapi oleh Malaysia dalam AFTA ialah:
Wujudnya longgokan barangan murah, kurang bermutu dan barangan tiruan
di pasaran Malaysia.
Persaingan sengit terpaksa dihadapi oleh sektor pembuatan Malaysia dengan
barangan import dari negara-negara ASEAN.
Produk keluaran Indonesia dan Thailand yang lebih murah harganya sering
menjadi pilihan penduduk Malaysia menyebabkan barangan buatan Malaysia
kurang laris di kalangan penduduk tempatan.
Malaysia terpaksa mengambil langkah untuk melindungi industri kereta
nasional iaiatu Proton daripada import kereta yang lebih murah dan bermutu
yang dipasang di negara-negara AFTA atau ASEAN.

Kesan AFTA dapat dilihat dengan jelas pada sektor / padi beras. Sebelum akhir
tahun 2004, kerajaan telah menaikkan cukai beras dari 0% hingga 40%. Tujuan tarif
import untuk melindungi harga domestik beras import lebih tinggi daripada harga
beras tempatan. Undang-undang AFTA memerlukan maksimum 40% yang
dikenakan pada tahun 2005 dan akan dikurangkan kepada 20% menjelang tahun
2010 Menurut industri beras tempatan, kadar 20% daripada import beras pada 2010
tidak akan dapat untuk melindungi industri beras tempatan. Hasilnya petani yang
rugi untuk bekalan padi yang berlebihan dan harga yang rendah. Para petani juga
tidak dapat bersaing di pasaran terbuka tanpa subsidi yang disediakan oleh
kerajaan, kerana kos pengeluaran di negara-negara jiran adalah jauh lebih rendah.

Kesan AFTA Dalam Pertanian Malaysia PRT2008
(Impact AFTA on Malaysian Agricultural )

Bekalan pasaran ikan, terutama bagi pantai barat Semenanjung Malaysia seperti
Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan masa yang semakin dikuasai oleh tangkapan
di selatan Thailand. Selepas AFTA pelaksanaan, ikan dijangka menguasai pasaran
di seluruh negara. Ini kerana ikan yang ditangkap oleh nelayan Malaysia adalah
lebih tinggi kerana kenaikan harga diesel, kenaikan alat ganti panas, dan
pengangkutan ikan untuk memasarkan tinggi. Mungkin industri yang paling terjejas
adalah kereta itu, walaupun Malaysia menangguhkan pembukaan pasaran tempatan
dengan produk asing sehingga 2005.
AFTA juga memberi kesan kepada lebih daripada 300,000 keluarga penanam
padi, lebih daripada 80,000 keluarga nelayan, lebih daripada 400,000 keluarga
pekebun kecil, lebih daripada 250,000 keluarga pekebun kecil getah dan kelapa
sawit. Ini kerana tanaman industri seperti kelapa sawit, getah dan koko akan
dikuasai oleh harta dan korporat. Syarikat-syarikat pertanian antarabangsa petani
kecil dan besar akan bersaing dengan punca petani kecil semakin terpinggir. Ini
adalah kerana AFTA adalah memihak kepada peniaga-peniaga besar tetapi tidak
petani dan usahawan kecil. Pada masa yang sama, keutamaan diberikan kepada
syarikat-syarikat untuk membangunkan sektor pertanian. Oleh itu, syarikat-syarikat
besar dikuasai keseluruhan proses pengeluaran pertanian seperti pengeluaran dan
stok benih, pemprosesan, pembungkusan, pengangkutan dan pemasaran. Petani
tidak mempunyai kuasa untuk menentukan dan hanya pekerja syarikat pertanian
yang besar. Petani juga tidak mempunyai kuasa dalam pengeluaran produk
pertanian. Bukan itu sahaja, petani kecil juga hanya mempunyai dua pilihan jika
mereka tidak boleh bersaing yang menjual tanah atau bekerja sebagai buruh.

Kesan AFTA Dalam Pertanian Malaysia PRT2008
(Impact AFTA on Malaysian Agricultural )

Tambahan pula, pelaksanaan AFTA juga telah memberi kesan kepada buruh
pertanian. Ini kerana pembukaan dalam daya saing perdagangan syarikat yang
menyebabkan pemindahan intensif buruh kepada syarikat-syarikat teknologi intensif
untuk mengurangkan kos pengeluaran. Oleh itu, pekerja tidak mahir telah terjejas
kerana ahli perniagaan besar mencari tapak untuk beroperasi di buruh kos rendah.
Pemindahan ini juga menyebabkan peluang pekerjaan pekerja tempatan dan kuasa
berkurangan perundingan pekerja juga akan menjadi lebih mudah terjejas.
Kesimpulannya, secara tuntasnya di sini, pertanian Malaysia sebenarnya
semakin merundum sejak akhir-akhir ini. Dengan isu peningkatan harga makanan
dan krisis makanan yang melanda ini, sektor pertanian menghadapi cabaran yang
lebih besar lagi dalam mencapai keseimbangan dari segi menjamin belakan
makanan mencukupi yang memerlukan pertambahan kawasan tanaman dan pada
masa yang sama memastikan aktiviti ini tidak memburukkan lagi keadaan iklim
dunia. Oleh yang demikian, pemahaman terhadap impak positif dan negatif amalanamalan pertanian adalah amat penting.
Dalam menjana pertumbuhan baru di bidang pertanian, kita juga perlu
mewujudkan persekitaran yang sihat. Faktor ini merupakan perkara asas bagi
pembangunan sesebuah negara untuk terus maju dalam meningkatkan produktiviti
dan

hasil

pertanian

dalam

memenuhi

keperluan

rakyatnya.

Persekitaran

pembangunan yang sihat melalui pengurusan sumber alam yang efisyen, terjaga,
berterusan dan di lengkapi pula dengan sumber manusia yang terlatih adalah asas
kepada pembangunan pertanian yang produktif dan ini sudah tentu menjadi
pemangkin dalam menjana pertumbuhan pelbagai industri lain yang diperlukan oleh
negara.

Kesan AFTA Dalam Pertanian Malaysia PRT2008
(Impact AFTA on Malaysian Agricultural )

Dalam dunia yang serba bersaing, kepentingan membangunkan modal insan
telah menjadi kemestian. Baik di bidang apa pun yang kita terokai, daya pemikiran,
kreativiti dan inovasi rakyat sesebuah negara itulah menjadi penentu untuk
kejayaan. Dari pemikiran dan idea maka lahirlah penemuan yang boleh merubah
sesuatu keadaan kepada sesuatu yang lebih baik dan sempurna. Dalam bidang
pertanian, inovasi yang menambahbaik sesuatu teknologi akan membawa
perubahan kepada peningkatan produktiviti dan kualiti hidup tanpa mencemar alam
semula jadi. Faktor ini menjadi penentu kepada kelangsungan sesebuah ekonomi
dan dapat meletakkannya ke tahap yang stabil dan selamat dalam jangka panjang.
Bagi negara yang mementingkan pembangunan pertanian mampan dan kualiti
kehidupan yang harmoni akan sentiasa memupuk rakyatnya untuk meningkatkan
tahap penguasaan dan penghayatan ilmu demi kebaikan manusia sejagat.

Kesan AFTA Dalam Pertanian Malaysia PRT2008
(Impact AFTA on Malaysian Agricultural )

6.0 RUJUKAN
1. .http://books.google.com.my/books?
hl=en&lr=&id=6Brz3eVNLJEC&oi=fnd&pg=PA75&dq=AFTA+ON+MALAYSI
AN+AGRICULTURAL&ots=uJVdoFjRgL&sig=CWaU68LlWCIdF5oj4G6JN0NRG
vQ#v=onepage&q=AFTA%20ON%20MALAYSIAN
%20AGRICULTURAL&f=false
2. http://etmr.mardi.gov.my/Content/ETMR%20Vol.
%201%20(2006)/1%20Tengku%20Ariff%20(A)%201-11/Text%20Ariff.pdf
3. http://www.ukessays.com/essays/economics/the-effect-of-afta-onmalaysian-agriculture-economics-essay.php
4. http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760321/1/
5. http://datatanah.peradabanmelayu.my/index.php/data-tanah-terbiar/34data-tanah-terbiar%20malaysia/64-perkembangan-semasa-sektorpertanian
6. http://bobex.wordpress.com/2007/03/19/industri-pertanian-negaramenyingkap-potensi-dan-cabaran/
7. http://sejarahspm.wordexpress.com

Kesan AFTA Dalam Pertanian Malaysia PRT2008
(Impact AFTA on Malaysian Agricultural )