TUNTUTAN PERILAKU YANG BAIK DALAM ISLAM

TUNTUTAN PERILAKU YANG BAIK DALAM ISLAM
CTU101
PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM
KAM1101C

NAMA-NAMA AHLI KUMPULAN

NO. MATRIK

NAMA-NAMA PENSYARAH

INDEKS
BIL.
1
2
2

ISI KANDUNGAN
PENGENALAN
ANALISA AYAT
PENGERTIAN PERILAKU TERPUJI

2.a Perilaku Terpuji Terhadap Lingkungan Sosial
2.b Perilaku terpuji sesama manusia
2.c Akhlak terpuji kepada Allah

MUKA SURAT
2
3
4-6

3
4

PEMBAHAGIAN AKHLAK
SKOP AKHLAK DALAM ISLAM

7

4.a Akhlak Dengan Allah

8


4.b Akhlak Dengan Manusia
5

4.c Akhlak Terhadap Makhluk Selain Manusia
PEMBINAAN DAN PEMANTAPAN AKHLAK
5.a Akidah Yang Mantap
5.b Kepatuhan Kepada Syariah
5.c Pelaksanaan Ibadah
5.d Didikan Ilmu Pengetahuan Dan Latihan.
5.e Penghayatan Al Quran
5.f Rasulullah Sebagai Uswah Hasanah
5.g Mencontohi Sahabat R.A Dan Mendampingi Ulamak
5.h Muhasabah Diri

9-10

5.i Tarbiyah Ruhiyyah
5.j Penyucian Jiwa
6.


5.k Mujahadah
CABARAN DAN PENYELESAIAN PEMBENTUKAN AKHLAK
6.a Cabaran Dalaman

11-12

6.b Cabaran Luaran
7
8

6.c Penyelasaian Terhadap Cabaran Pembentukan Akhlak
KESIMPULAN
RUJUKAN

1.

13
14


Pengenalan

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang”
Manusia adalah makhluk Allah SWT yang teristimewa yang memiliki tabiat dan
mentaliti yang mempengaruhi amalan dan tingkah lakunya, maka keperibadian inilah yang
menjadi perbicaraan dan perbincangan yang utama dalam akhlak. Memang tidak dapat
disangkalkan lagi bahawa akhlak merupakan nadi utama dalam pembangunan manusia.
Setiap tamadun umat manusia dari dahulu sehingga kini ianya terbina dari asas akhlak
ataupun dikenali sebagai tamadun kemanusiaan, iaitu asas yang membina tamadun
tersebut di luar kuasa kebendaan. Walau bagaimanapun, Islam mempunyai persepsinya

1

yang tersendiri dan memiliki asas akhlaknya dan asas tamadunnya yang tersendiri. 1 Akhlak
yang mulia adalah merupakan matlamat asas bagi risalah Islam. Ini telah dinyatakan oleh
Rasulullah saw dalam hadisnya yang bermaksud; “Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah
untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” Akhlak yang mulia juga merupakan natijah dan
tanda dari iman yang sebenar. Oleh itu, akhlak boleh disimpulkan dengan makna ianya
sebagai suatu himpunan sifat-sifat yang bertapak kukuh di dalam diri, dan ianya menjadi
neraca bagi manusia dalam baik buruk sesuatu amalan dan perbuatan tersebut.


2.

Pengertian Perilaku Terpuji
Perilaku terpuji adalah segala sikap, ucapan dan perbuatan yang baik sesuai

ajaran Islam. Kendatipun manusia menilai baik, namun apabila tidak sesuai dengan ajaran
Islam, maka hal itu tetap tidak baik. Sebailiknya, walaupun manusia menilai kurang baik,
apabila Islammeyatakan baik, maka hal itu tetap baik.
Kita sebagai umatnya tentunya ingin dapat mengikuti apa yang terjadi tuntutan
rasulullah dalam kehidupan sehari-hari sebagai suritauladan manusia.

1 http://ubs-pmram.blogspot.my/2010/12/akhlak-dalam-islam.html?m=1

2

Orang yang baik akhlaknya tentunya didalam pergaulan sehari-hari akan
senantiasa dicintai oleh sesama, dan tentunya mereka kelak dihari kiamat akan masuk
surga bersama dengan nabi SAW.
Harta yang banyak, pangkat yang tinggi atau dimilikinya beberapa gelar

kesarjanaan tak mampu mengangkat derajat manusia tanpa dimilikinya akhlak terpuji.
Islam hadir dimuka bumi sebenarnya sangat mengedepankan akhlak terpuji,
karena Rasulullah saw. sendiri diutus untuk menyempurnakan akhlak sebagaimana
sabdanya sebagai berikut:
‫م ل‬
‫م ا قل ل ق‬
‫خل لقق‬
‫كأرر ل‬
‫م ل‬
‫م ل‬
‫ت ل رؤ ؤت ل م‬
‫ا رننما ل ب ؤعرث ق ؤ‬
Artinya:
“Sesungguhnya aku diutus hanya untuk menyempurnakan akhlak”.
Sebagian manusia, berbicara tentang akhlak terpuji dalam era globalisassi seperti ini dinilai
kuno dan kurang maju. Anggapan ini muncul karena sedah terpengaruh budaya barat yang
dinilai maju dan modern. Akhlak terpuji amat penting dalam kehidupan manusia, termasuk
dalam pergaulan remaja.

2.a Perilaku Terpuji Terhadap Lingkungan Sosial

Manusia diciptakan Allah swt sebagai makhluk sosial beerti manusia selalu berhubungan
dan memerlukan bantuan orang lain.
Ta’aruf
Ta’aruf dapat di artikan saling mengenal, saling mengetahui manusia satu dengan manusia
lain. Dalam ta’aruf perbezaan-perbezaan itu harus kita jauhkan dan di ganti dengan kasih
sayang.
3

Tafahum
Tafahum ertinya saling memahami keadaan seseorang, baik sifat watak maupun latar
belakang seseorang.
Jujur
Allah meminta kapada manusia dalam membina kehidupan ini supaya berlaku benar dan
jujur, kerana keberanian, kejujuran merupakan hal yang utama dalam kehidupan manusia.
Adil
Adil menurut istilah agama adalah sama dalam segala urusan dan menjalankan sesuai
dengan ketentuan agama. Dengan kata lain, adil adalah mengerjakan yang benar dan
menjauhkan yang batil.
Amanah
Amanah adalah kepercayaan, kesetiaan atau ketulusan hati. Terdapat tiga amanah Allah

yang pokok kepada manusia, yaitu sebagai berikut:
1) Amanah ilmu pengetahuan
2) Amanah kekuasaan
3) Amanah harta
Toleransi/tasamuh
Ada beberapa prinsip tasamuh yang perlu menjadi pegangan dalam menghadapi isu
perbezaan pendapat. Pertama, menghormati pendapat orang lain. Kedua, yakin
kemungkinan berlaku banyak pendapat yang betul dalam satu kes. Ketiga, perbezaan
pendapat sebenarnya berlaku pada tankih al-manat, yakni penjustifikasian hukum.2
Ta’awun
Ta’awun artinya tolong menolong. Manusia tidak dapat hidup sendiri maka manusia
memerlukan bantuan atau pertolongan orang lain, bahkan harus mengikat kerjasama
dengan orang lain.
Impak positif ta’awun dan tasamuh
a.

Terwujudnya kehidupan masyarakat yang rukun dan damai.

b.


Tercapai ketentraman batin hidup bersama masyarakat.

c.

Terjalinnya hubungan batin yang mesra antara sesama manusia.
2 Alias Othman(2008), Islam Yang Mudah, Kuala Lumpur:Pts Publication And Distributors,

H.208
4

d.

Terwujudnya kesatuan dan persatuan.

2.b

Perilaku Terpuji Terhadap Sesama Manusia

1.


Akhlak terpuji terhadap orang lemah

2.

Akhlak terhadap tetangga

3.

Akhlak terhadap orang yang berbeza agama

2.c

Akhlak Terpuji Kepada Allah

a.

Pengertian Akhlak Terpuji Kepada Allah
Akhlak terpuji disebut juga akhlak mahmudah. Islam mengajarkan, berakhlak terpuji tidak
hanya berhubungan dengan sesama manusia, tetapi juga terhadap Allah SWT. sebagai Zat
Yang Maha Pencipta. Akhlak terpuji kepada Allah adalah suatu sikap atau perilaku terpuji

yang hanya ditujukan kepada Allah SWT

b.

Jenis-Jenis Akhlak Terpuji Kepada Allah
Ikhlas
Ikhlas adalah melakukan atau mengerjakan sesuatu pekerjaan semata-mata hanya karena
Allah SWT. Orang yang berbuat ikhlas tidak mengharapkan balas jasa atau pujian dari orang
lain kecuali hanya mengharap redha dari Allah SWT. Orang yang beramal secara ikhlas
disebut mukhlis.3
Taat
Taat menurut bahasa berarti tunduk, patuh, dan setia. Adapun taat dalam berakhlak terpuji
kepada Allah ialah tunduk, patuh, dan setia kepada Allah SWT dan Rasul-nya baik dalam
bentuk pelaksanaan perintah maupun meninggalkan larangannya.
3.

PEMBAHAGIAN AKHLAK
Terdapat dua penggolongan akhlak secara garis besar iaitu akhlak mahmudah

(fadhilah) dan akhlak mazmumah(qabihah). Di samping istilah tersebut Imam al-Ghazali
menggunakan istilah “munjiyat” untuk akhlak mahmudah dan “muhlikat” untuk mazmumah.
Di kalangan ahli tasawuf dikenali sebagai sistem pembinaan mental, dengan istilah takhalli,
tahalli dan tajalli.4
Dari segi istilah, akhlak mahmudah bermaksud akhlak terpuji yang patut dicontohi
oleh semua manusia. Contoh akhlak mahmudah adalah sabar iaitu mampu menahan diri
3 http://pendidikandiri.blogspot.my/2012/02/perilaku-terpuji.html
4 Pt. Imtima(2007), Ilmu Dan Aplikasi Pendidikan, Pt Imperial Bhakti Utama, H.22

5

atau mampu mengendalikan amarah, ikhlas dalam mengejakan sesuatu amal hanya
semata-mata kerana Allah dan jujur dalam mengatakan sesuatu itu dengan apa adanya dan
harus dengan hati yang lurus.5
Akhlak mazmumah pula bermaksud akhlak yang buruk atau tercela. Salah satu
akhlak mazmumah ialah ujub dan takabur. Ujub adalah mengagumi kemampuan dirinya
sendiri manakala takabur ialah membanggakan diri kerana dirinya lebih daripada yang lain.

4.

SKOP AKHLAK DALAM ISLAM

Skop akhlak Islam adalah luas merangkumi segenap perkara yang berkaitan dengan
kehidupan manusia sama ada hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan
manusia dan hubungan manusia dengan makhluk lain.6
4.a Akhlak dengan Allah : Antara ciri-ciri penting akhlak manusia dengan Allah swt ialah :


Beriman kepada Allah

5 https://manggasugengrawuh.wordpress.com/2012/12/25/20-fakta-menarik-tentang-islam/
6 https://sites.google.com/site/khazalii/4udi2052akhlakdalamislam

6



Beribadah atau mengabdikan diri, tunduk, taat dan patuh kepada Allah: Sentiasa
bertaubat dengan tuhannya.



Mencari keredhaan Tuhannya Melaksanakan perkara-perkara yang wajib, fardhu dan
nawafil.



Redha menerima Qadha' dan Qadar Allah

4.b Akhlak dengan manusia :


Akhlak dengan Rasulullah



Akhlak dengan ibubapa



Akhlak dengan guru



Akhlak kepada jiran tetangga



Akhlak suami isteri



Akhlak dengan anak-anak



Akhlak dengan kaum kerabat

4.c Akhlak terhadap makhluk selain manusia :


Malaikat



Jin



Haiwan ternakan



Haiwan bukan ternakan



Alam

7

5.

PEMBINAAN DAN PEMANTAPAN AKHLAK

Pembinaan dan pemantapan akhlak adalah satu proses pengajaran dan pendidikan yang
berterusan dan berpanjangan. Dr Yusof Al Qardawi (2000) telah menyarankan cara
mengukuhkan akhlak dan keperibadian seseorang.7


Taujih: berupa bimbingan agar kefahaman tentang agama khususnya akhlak dapat




dipertingkatkan.
Tathbit: proses pemantapan yang berupa pengajaran yang lebih teratur.
Himayah: berbentuk perlindungan untuk mengawasi dan membentuk pandangan
umum masyarakat agar kritis terhadap apa yang berlaku.

5.a. AKIDAH YANG MANTAP
Akidah yang mantap berteraskan kepercayaan dan keimanan kepada Allah. Menurut imam
Ibnu Kathir, sesiapa yang bertakwa kepada Allah SWT ,dengan melakukan apa yang disuruh
dan meninggalkan apa yang dilarang ,dia akan diberi pertunjuk sehingga dia mengenal hak
dan batil. Dan ini akan mengeluarkannya dari masalah masalah yang tidak diingini seperti
peyakit sosial dan sebagainya.
5.b KEPATUHAN KEPADA SYARIAH
Syariat adalah undang undang ciptaan Allah SWT yang dikenankan keatas setiap muslim
bagi menjamin kebahagiaan hidup mereka di dunia dan akhirat. Kita dilarang sama sekali
tunduk kepada hawa nafsu kerana nafsu mendorong manusia melakukan kemungkaran dan
dosa.
5.c PELAKSANAAN IBADAH
Ibadah adalah amal perbuatan yang dilaksanakan menurut pedoman ilahi dan mengatur
hubungan hamba dengan tuhanNya. Iman yang teguh akan melahirkan akhlak yang
mantap.
5.d DIDIKAN ILMU PENGETAHUAN DAN LATIHAN.
Kesempurnaan akhlak umat islam bergantung kepada ilmu pengetahuan yang diperoleh
melalui didikan dan latihan.Untuk membina dan memantapkan akhlak kita perlu mencari
ilmu mengenai akhlak yang baik dan melatih diri dengan ilmu tersebut.

5.e PENGHAYATAN AL QURAN
7 Prof Madya Rasib Muhamad (2015) Calon Penghuni Syurga, Selagor: Grup Buku

Karangkraf Sdn Bhd.
8

Al quran adalah wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad sebagai
pertunjuk kepada seluruh manusia. 5 saranan membina generasi al quran :8
 Membaca al quran tanpa mengira waktu.
 Menghafaz al quran bagi membina kekuatan minda dan rohani
 Memahami dan menguasai al quran dengan sebaik mungkin.
5.f RASULULLAH SEBAGAI USWAH HASANAH
Sabda

Rasulullah

s.a.w

yang

bermaksud

“sesunguhnya

aku

diutuskan

untuk

meyempurnakan akhlak. Daripada hadis ini sudah terang menunjukkan Nabi Muhammad
seharusnya menjadi contoh ikutan dalam kehidupan. Kita sebagai umat islam wajar
menjadikan Rasulullah sebagai ikutan sebagaimana para sahabat baginda.
5.g MENCONTOHI SAHABAT R.A DAN MENDAMPINGI ULAMAK
Para sahabat dan ulamak merupakan golongan yang mulia disisi Allah SWT. Para sahabat
dan ulamak merupakan pewaris kepada Nabi Muhammad. Nabi Muhammad terus menerus
membina para sahabatnya dengan pemantapan akhlak islamiah.
5.h MUHASABAH DIRI
Muhasabah diri ialah kembali menilai diri setelah melakukan sesuatu amalan dan sentiasa
memperbaiki kesalahan diri serta bertaubat kepada Allah SWT. Setiap muslim hendaklah
setiasa bermuhasabah diri bagi memastikan niat dan kehendak sesuatu amalan itu
menepati syarak.
5.i TARBIYAH RUHIYYAH
Pendidikan kerohanian penting agar kita sentiasa terpelihara daripada penyakit yang boleh
merosakkan rohani yang meyebabkan manusia tidak tenteram, gelisah dan sebagainya.
5.j PENYUCIAN JIWA
Setiap muslim hendaklah berusaha meyucikan diri mereka daripada sebarang bentuk
kekotoran rohani dengan cara melakukan ibadat semata mata kerana Allah SWT.
5.k MUJAHADAH
Mujahadah ialah berusaha melawan

dan menundukkan kehendak hawa nafsu. Sifat

mujahadah perlu disuburkan dalam diri setiap umat islam.

6.
8

CABARAN DAN PENYELESAIAN PEMBENTUKAN AKHLAK

Dr Mohd Nasir (2010), Islam Dalam Realiti Kehidupan, ACIS,H:235
9

Oleh kerana pembangunan fizikal lebih pantas daripada proses pembinaan akhlak,
maka para pelajar akan kearah kepada keruntuhan akhlak. Insan yang runtuh akhlaknya
ialah insan yang kabur tentang hakikat dan tujuan. Cabaran pembentukan akhlak ini
terbahagi kepada dua iaitu cabaran dalaman dan luaran.
6.a CABARAN DALAMAN
Cabaran dalaman iaitu melalui serangan pemikiran yang telah dilakukan oleh orang
barat dalam mempengaruhi pemikiran umat islam dengan mengatakan bahawa tidak ada
agama yang berperanan dalam memperbaiki atau mengubah tamadun.9
Apabila individu berada dalam keadaan iman yang lemah dan jahil tentang islam maka
mudahlah mereka dipengaruhi oleh anasir luar yang ingin menyerang umat islam melalui
pelbagai cara dan taktik.
6.b CABARAN LUARAN
Masalah keruntuhan akhlak, menjadi tajuk perbincangan yang cukup hangat
kebelakangan ini. Akhbar–akhbar tempatan tidak putus-putus mencatatkan rekod perlakuan
manusia yang mencerminkan keruntuhan dan kebankrapan moral mereka terutama di
kalangan remaja hinggalah ke orang dewasa.
Cabaran globalisasi melalui teknologi maklumat dan multimedia merupakan alat ampuh
kepada penularan penjajahan pemikiran (al ghazwul-fikri) yang meletakkan minda dan jiwa
umat islam tercengkam dengan pengaruh asing dan pada masa yang sama menanamkan
rasa pendewaan terhadap barat .
Selain itu, pengabaian pendidikan terhadap remaja mengakibatkan kelahiran pelbagai
gejala sosial seperti gejala lepak, tidak minat belajar, lari dari rumah , penyalahgunaan
dadah dan sebagainya.

6.c PENYELESAIAN TERHADAP CABARAN PEMBENTUKAN AKHLAK

9 http://ctu101az.blogspot.com/2009/12/bab-5-akhlak-dalam-pembentukan-jati.html

10

Dalam menghadapi cabaran dari pelbagai sudut, penyelesaian terhadap keruntuhan
akhlak perlu diperluaskan terhadap generasi muda, para ibu bapa, pendidik, tokoh-tokoh
agama masing-masing mempunyai peranan dalam usaha menangani masalah ini.
Setiap remaja perlu mengamalkan cara hidup islam. Amalan seharian mengikut cara
hidup islam mampu bertindak sebagai pelindung kepada mereka agar memanfaatkan masa
dengan aktiviti-aktiviti yang sihat.
Diri remaja haruslah diperkukuhkan dengan unsur kerohanian yang mantap sehingga
berupaya melakukan jihad menangani segala cabaran masa hadapan yang lebih hebat
.Pembangunan insan adalah satu bentuk pembangunan yang mejadikan perkembangan
rohani sebagai tujuan bagi kehidupan insan dan sebab bagi kejadian. Pembangunan
kerohanian juga merupakan pembangunan yang memberi makna yang hakiki kepada diri
insan dan kehidupannya.
Justeru itu, beradab dan bersopan santun juga penting bagi seseorang muslim. Mereka
akan menghormati diri sendiri dengan maruah, tuturkata dan kelakuan yang baik. Kesan
daripada penghayatan akhlak mulia sebegini akan menjadikan muslim yang berguna kepada
agama bangsa dan negara.

7.

KESIMPULAN

11

Oleh yang demikian dapat disimpulkan bahawa dasar dari perilaku Islam secara global
hanya mempunyai dua yakni: Percaya adanya Tuhan dan percaya adanya hari
kemudian/hari pembalasan, sebagai disebutkan oleh Abul A’la Maududi bahwa sistem
moral/akhlak ada yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan dan kehidupan setelah
mati. Karakteristik akhlakul karimah tidak terlepas dari ilmu keislaman. Akhlak memiliki
kedudukan yang sangat penting dalam kehidupan manusia baik sebagai individu mahupun
masyarakat dan bangsa, kerana jatuh bangunnya suatu masyarakat tergantung pada
keberadaan akhlaknya. Apabila akhlaknya baik maka sejahteralah lahir dan batinnya, begitu
pula sebaliknya.10 Tunku Sarah Tunku Mohd. Jiwa (1997) turut menegaskan bahawa
penerapan nilai akhlak bermula daripada intipati tauhid kepada Allah SWT demi melahirkan
insan soleh dan berakhlak. Beliau membuat kesimpulan bahawa pengajaran nilai akhlak
yang berkesan akan berlaku apabila dikaitkan dengan kepercayaan kepada Tuhan. Hanya
apabila insan itu menyedari akan kehadiran Allah SWT, baharulah dia akan mendidik hati
dan diri dengan sebenarnya. Malah secara amnya apabila individu Muslim teguh dari sudut
akidahnya, pasti akan membuahkan akhlak yang mulia dalam amalan kehidupannya.
Dengan kata lain, akhlak merupakan pelengkap kepada keimanan dan mencantikkan lagi
ibadah yang dilaksanakan oleh seseorang Muslim.11

ANALISA AYAT – SURAH AL-KAUTHAR (108)
10 http://www.edu-file.com/p/kesimpulan-akhlak-dalam-islam.html
11 Asmawati Suhid (2009), Pendidikan Akhlak Dan Adab Islam, Kuala

Lumpur :

Utusan Publications, h.32
12

PENDAHULUAN
TERJEMAHAN AYAT
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.12
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang
banyak (di dunia dan di akhirat)13
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban
(sebagai bersyukur).14
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat
sebarang perkara yang diingininya).15
ISI
1.ASBABUL NUZUL/SEBAB PENURUNAN AYAT
Surah Al-Kauthar yang bermaksud “kelebihan yang banyak” ini diturunkan oleh Allah untuk
menerangkan nikmat-nikmat Allah yang baik yang telah dilimpahkan kepada bergandaganda lalu diperintahkan-Nya mengerjakan sembahyang kerana Allah semata-mata dan
supaya menyembelih korban sebagai tanda bersyukur.16
2. BENTUK AYAT


Ibadah17

3.TEMPAT PENURUNAN AYAT


Mekah18

KESIMPULAN
Pengajaran yang terdapat di dalam surah Al-Kauthar ini ialah kita harus mensyukuri nikmat
dengan cara rajin beribadah, tekun melaksanakan solat dan bersedekah. Selain itu, beramal
soleh, membantu orang yang susah seperti menyembelih binatang korban dan
membahagikan kepada fakir miskin.19

RUJUKAN
http://www.surah.my/108, (Al-Faatihah 1:1)
http://www.surah.my/108, (Al-kauthar 108:1)
http://www.surah.my/108, (Al-kauthar 108:2)
http://www.surah.my/108, (Al-kauthar 108:3)
Muhammad Noor Haji Ibrahim, Sheikh Abdullah Muhammad Basmeih,Tafsir Pimpinan ArRahman Kepada Pengertian Al-Qur’an 30 Juzuk, Kuala Lumpur:Darulfikir H. 1441&1442
17 Muhammad Noor Haji Ibrahim, Sheikh Abdullah Muhammad Basmeih,Tafsir Pimpinan ArRahman Kepada Pengertian Al-Qur’an 30 Juzuk,Kuala Lumpur:Darulfikir,H. 1441&1442
18 https://en.wikipedia.org/wiki/Al-Kawthar
19 https://intinebelajar.blogspot.my/2016/06/isi-kandungan-surah-al-kautsar.html
12
13
14
15
16

13

1) http://ubs-pmram.blogspot.my/2010/12/akhlak-dalam-islam.html?m=1

2) http://www.surah.my/108, (Al-Faatihah 1:1)
3) http://www.surah.my/108, (Al-kauthar 108:1)
4) http://www.surah.my/108, (Al-kauthar 108:2)
5) http://www.surah.my/108, (Al-kauthar 108:3)

6) Muhammad Noor Haji Ibrahim, Sheikh Abdullah Muhammad Basmeih,Tafsir
Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur’an 30 Juzuk, Kuala
Lumpur:Darulfikir H. 1441&1442
7) https://en.wikipedia.org/wiki/Al-Kawthar
8) https://intinebelajar.blogspot.my/2016/06/isi-kandungan-surah-al-kautsar.html
9) Alias Othman(2008), Islam Yang Mudah, Kuala Lumpur:Pts Publication And
Distributors, H.208
10) http://pendidikandiri.blogspot.my/2012/02/perilaku-terpuji.html

11) Pt. Imtima(2007), Ilmu Dan Aplikasi Pendidikan, Pt Imperial Bhakti Utama, H.22
12) https://manggasugengrawuh.wordpress.com/2012/12/25/20-fakta-menarik-tentang-

islam/
13) https://sites.google.com/site/khazalii/4udi2052akhlakdalamislam

14) Prof Madya Rasib Muhamad (2015) Calon Penghuni Syurga, Selagor:Grup Buku
Karangkraf Sdn Bhd.
15) Dr Mohd Nasir (2010), Islam Dalam Realiti Kehidupan, ACIS,H:235
16) http://ctu101az.blogspot.com/2009/12/bab-5-akhlak-dalam-pembentukan-jati.html
17) http://www.edu-file.com/p/kesimpulan-akhlak-dalam-islam.html
18) Asmawati Suhid (2009), Pendidikan Akhlak Dan Adab Islam, Kuala Lumpur : Utusan

Publications, h.32

14