JURNAL PENGURUSAN WAKAF DI MALAYSIA SATU

PENGURUSAN WAKAF DI MALAYSIA. SATU TINJAUAN.
Oleh:
Rohana binti Abdullah
1.

Pendahuluan

Dalam Islam pengurusan wakaf adalah suatu perkara yang tidak boleh diabaikan.
Oleh itu perlantikan pengurus (mutawalli) wakaf perlu dilakukan secara berhati-hati
agar mereka yang dilantik dapat melaksanakan tugas dengan berkesan. Menurut
Mohd Zain Othman (1982:166) pemerintah atau ketua negara bertanggungjawab
menguruskan pentadbiran negara termasuklah di dalam urusan wakaf.

Walau

bagaimanapun sekiranya pewakaf berhasrat menguruskan sendiri harta yang
diwakafkan, maka pemerintah tidak boleh campur tangan. Sejarah membuktikan
bagaimana Saidina Umar RA. telah berwakaf dan mengendalikan sendiri
pengurusannya. Baginda melantik anaknya Saidatina Hafsah bagi menguruskan harta
yang telah diwakafkan olehnya, kemudian pengurusan seterusnya diteruskan oleh
cerdik pandai di kalangan keluarganya sendiri.

2.

Pengurusan Wakaf Mengikut Perlembagaan

Perlembagaan Persekutuan dalam Jadual Kesembilan senarai 2(1), telah memberi
kuasa kepada kerajaan negeri kuasa mengurus hal ehwal agama Islam. Dengan kuasa
yang diberikan itu kerajaan negeri telah menubuhkan Majlis dan Jabatan Agama
Islam yang secara khusus bertanggungjawab mengurus hal ehwal agama Islam bagi
negeri masing-masing. (Baharuddin Sayin, 1994:100), serta telah pun menggubal
undang-undang yang bersangkutan dengan Islam untuk menguruskan pelbagai
aktiviti, contohnya mengurus pungutan / agihan zakat, nikah kahwin, menyelesaikan
undang-undang keluarga Islam, wakaf, khairat dan sebaginya.
Secara terperinci ruang operasi undang-undang Islam bagi negeri-negeri
telah dinyatakan dalam Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, iaitu:
1

“Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut
Islam, termasuk Hukum Syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak
berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, maskahwin, nafkah, pengambilan

anak angkat, taraf abak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta dan
amanah bukan khairat; Wakaf Islam dan ta’arif serta peraturan mengenai, amanah
khairat dan khairat agama, perlantikan pemegang-pemegang amanah dan
perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian agama Islam dan khairat,
yayasan amanah, khairat dan yayasan khairat yang dijalankan, kesemuanya sekali
dalam Negeri; adat istiadat Melayu; zakat Fitrah dab Baitul-mal atau hasil agama
Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk
orang Islam; mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan
oleh orang-orang yang menganut agama Islam terhadap rukun-rukun Islam, kecuali
mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan,
penyusunan dan acara bagi mahkamah-mahkamah Syariah yang akan mempunyai
bidangkuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut agama Islam dan hanya
mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak
mempunyai bidangkuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecauali setakat yang diberi
oleh

Undang-undang

Persekutuan;


mengawal

perkembangan

iktikad

dan

kepercayaan antara orang-orang yang menganut agama Islam; menentukan perkaraperkara hukum Syarak dan iktikad dan adat istiadat Melayu”.
Pengurusan harta wakaf di dalam Majlis dikendalikan oleh dua unit iaitu Unit Zakat
dan Baitulmal dan Unit Saham Wakaf Negeri. Sebagai pemegang amanah tunggal
bagi semua harta wakaf amnya dan tanah wakaf khasnya, Majlis menetapkan peranan
dan fungsi pengurusan harta wakaf sebagaimana berikut:
a) Semua pewakaf yang bermastautin boleh mewakafkan harta mereka yang terletak di
dalam atau di luar bagi negeri masing-masing;

2

b) Majlis mengambil langkah untuk memastikan semua harta yang telah dan akan
diwakafkan menjadi milik Majlis;

c) Harta yang menjadi milik Majlis direkod dan didaftarkan setelah mendapat
kelulusan Pentadbir Tanah Derah;
d) Harta wakaf yang tidak ditentukan cara penggunaannya dimasukkan menjadi
sebahagian daripada Kumpulan Wang Khairat Am; dan
e) Semua dokumen dan perjanjian yang melibatkan harta wakaf disimpan oleh Majlis.
Majlis sedaya upaya cuba menguruskan tanah wakaf dengan cara yang terbaik. Oleh
itu institusi ini telah menyediakan garis panduan tertentu sebagai panduan kepada
kakitangannya yang bertanggungjawab dalam urusan berkaitan dan untuk pewakaf.
Perkara ini bukan sahaja penting untuk tujuan rekod dan penjelasan kepada pewakaf
tetapi adalah untuk memastikan segala urusan bersistem dan lancar.
Bagi tujuan ini enakmen-enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri-negeri
telah memperuntukan kuasa yang cukup kepada Majlis sebagai pemegang amanah
yang tunggal bagi seluruh harta wakaf di setiap negeri berkenaan.1
Sebagai pemegang amanah tunggal bagi harta-harta wakaf berkenaan Majlis
berhak untuk mentadbir dan menjalankan sebarang kegiatan pembangunan ke atas
harta-harta tersebut, juga memungut sebarang hasil daripadanya. Majlis juga
berkewajipan mengagihkan hasil yang diperolehi kepada mereka yang berhak
menerimanya dan menentukan penggunaan hasil yang selebihnya.2
Walau bagaimanapun, atas sebab-sebab hukum syarak, pentadbiran harta-harta
wakaf ini tertakluk kepada syarat-syarat dan tujuan asal wakaf.


1 Sebagai contoh: Lihat enakmen pentadbiran Hukum Syarak Melaka 1991 sek. 37(2); Enakmen Majlis Agama
Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994, sek. 61.
2 Lihat: Kelantan, sek. 64; Sabah, sek. 48.

3

Tujuan asal amalan wakaf yang telah berlaku di Malaysia selama ini boleh
boleh dibahagikan kepada dua, iaitu sama ada untuk faedah umum. Yang pertama di
sebut sebagai wakaf khas, sementara yang kedua di sebut sebagai wakaf am.
Dalam mengurus harta wakaf khas, Majlis terikat secara syarak dan undangundang dengan niat pewakaf. Walau bagaimanapun, majlis mempunyai ruang untuk
menggunakan kebijaksanaannya untuk mendapat hasil yang lebih baik daripada hartaharta berkenaan. Antara contohnya ialah memberi sewa harta-harta tetap berkenaan.
Biasanya, bagi harta-harta wakaf khas ini akaun yang berasingan dibuka bagi
menjaga kepentingannya.
Pengurusan harta wakaf am lebih fleksibel. Majlis tidak terikat dengan aspek
perbelanjaan tertentu secara khusus. Ia boleh menguruskannya dengan bebas dalam
batas-batas Syarak. Antaranya ialah tujuan pelaburan.
Oleh itu jelas kepada kita bahawa Perlembagaan Persekutuan telah memberi
kuasa kepada kerajaan negeri dalam urusan wakaf dan perkara-perkara yang
bersangkutan dengannya. Ini bermakna pengurusan wakaf tidak terletak dibawah

kerajaan persekutuan.
3.

Peruntukan Undang-Undang Mengenai Wakaf

Dalam Perlembagaan Malaysia, kuasa membuat undang-undang dibahagikan kepada
badan perundangan Persekutuan iaitu Parlimen dan badan perundingan negeri iaitu
Badan Perundangan Negeri. Senarai Negeri menyebutkan antara lain Wakaf Islam
dan takrif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat agama, perlantikan
pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian
agama dan khairat, yayasan amanah, khairat dan yayasan khairat yang dijalankan
kesemuanya sekali dalam negeri. Walau bagaimanapun, oleh kerana biasanya dibawa

4

ke Mahkamah Sivil, khususnya jika tanah itu tidak didaftarkan atas nama Majlis
Agama Islam atau jika ada orang bukan Islam yang terlibat.3
Dari segi peruntukan undang-undang pentadbiran agama Islam seperti yang
diamalkan di Malaysia keseluruhannya hampir sama. Begitu juga hukum-hukum
Islam yang diamalkan di negara ini juga berdasarkan kepada mazhab Syafi’e.

Seharusnya kita menjadikan Pentadbiran Agama Islam di Malaysia adalah berasaskan
hukum syarak mengikut mazhab-mazhab yang muktabar di dalam perundangan
Islam. Oleh kerana Enakmen Pentadbiran Agama Islam memang membolehkan
berbuat demikian maka kita ingin memajukan harta wakaf ini dengan cara yang lebih
berkesan.
Menurut kajian ringkas terhadap organisasi, struktur, dan pentadbiran wakaf
di negeri-negeri, keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa Majlis Hal Ehwal
Agama Islam adalah dipertanggungjawabkan secara langsung untuk menguruskan
dan menyelenggarakan institusi wakaf ini. Walau bagaimanapun, bidang kuasa
mengenai hal ini tidak begitu jelas.
Ini menyebabkan terdapat pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan
dengan pelbagai tugas lain menganggap tanggungjawab urusan wakaf hanyalah
sebagai sambilan sahaja, Kemungkinan disebabkan oleh beberapa faktor-faktor
tertentu, institusi wakaf tidaklah begitu ketara peranan dan fungsi yang seharus dan
sepatutnya dilaksanakan.4
Namun begitu, usaha-usaha pemulihan dan pembaharuan telah dijalankan oleh
pihak-pihak yang terlibat untuk membetulkannya agar selari dan sejajar dengan
keperluan masa dan keadaan. Malangnya usaha-usaha seperti ini tidak mencerminkan
kesungguhannya. Diharapkan pada masa akan datang, usaha-usaha yang bersungguhsungguh itu akan menyerlahkan keberkesanannya pada pandangan umum dengan
harapan tugas-tugas ke arah ini akan turut sama dijayakan oleh semua pihak tidak


3 Nik Mustapha Nik Hassan, Konsep dan Pelaksanaan Wakaf di Malaysia, Institut Kefahaman Islam Malaysia
Kuala Lumpur, Cetakan Pertama 1999. Halaman : 29.
4 Ahmad Ibrahim, 1998 : 192, Undang-undang Keluarga dan Pentadbiran Harta Wakaf, dalam Al-Ahkam Jilid 6.
Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur,

5

kira sama ada mereka itu terlibat secara langsung atau tidak langsung, demi mencapai
matlamat keredhaan Allah di samping memberi kebaikan kepada insan sejagat.5
Pentadbiran wakaf di Malaysia jelas memberi bidang kuasa yang mutlak
kepada Majlis Agama Islam Negeri. Pemusatan pentadbiran harta wakaf di peringkat
negeri ini sangatlah tepat kerana tanpa pendekatan ini institusi wakaf tidak mungkin
berperanan untuk dikendali secara tersusun dan menyeluruh. Walaupun pendekatan ke
arah pemusatan institusi wakaf boleh disokong dari segi peruntukan bidang kuasa,
tetapi pentadbiran dan perlaksanaan institusi ini masih di tahap yang memerlukan
kepada pembaharuan yang drastik dan berkesan untuk ia berperanan dengan
berkesan. Sehingga kini, didapati banyak harta wakaf yang berpotensi tetapi masih
belum dapat dibangunkan dengan sewajarnya.
Jika tindakan untuk membangun harta wakaf tersebut telah diusahakan,

impaknya belum sampai ke peringkat optima. Oleh itu, cadangan perlu dikemukakan
bagaimana harta wakaf mampu dibangunkan untuk memberi sokongan dan dokongan
kepada pembangunan ekonomi ummah dalam konteks kedudukan ekonomi semasa.6
4.

Sumbangan Institusi Wakaf Terhadap Pembangunan Ekonomi

Institusi wakaf banyak memberikan kesan atau impak yang positif terhadap
pembangunan ekonomi. Ini jelas menunjukkan bahawa institusi wakaf memainkan
peranan yang amat penting terhadap pembangunan ekonomi umat Islam
keseluruhannya. Oleh itu, ianya tidak boleh dipandang remeh oleh kita semua. Kita
perlu bersama-sama bergandingan bahu di dalam memajukan institusi wakaf ini
supaya ekonomi umat Islam berkembang pesat. Pembangunan adalah satu proses
untuk menyusun (bersifat proaktif) sesebuah masyarakat atau Negara kearah memaju
dan meningkatkan kualiti hidup manusia di peringkat individu dan masyarakat.
Matlamat yang terakhir menurut Islam ialah untuk memuliakan martabat manusia di
dunia dan seterusnya mencapai kemuliaan di akhirat. Mencapai kemuliaan manusia
5 Ibid, 192
6 Faisal Haji Othman, Dr. Haji .1996. Islam dan Kemajuan Masyarakat “ Islam Menyeru Ke Arah Kebajikan:,
Cetakan Kedua, Institut Kefahaman Malaysia, Kuala Lumpur. Hlm : 69.


6

dalam kesemua dimensi keperluan tabi’innya semoga hidupnya berkualiti dalam
kesemua aspek kehidupan termasuk aspek kemajuan ekonomi.
Dalam menyusun rangka pembangunan ekonomi ummah, Islam dengan
pendekatan yang sepadu dan proaktif di antara lain mengemukakan ibadat wakaf.
Bahkan ibadat ini boleh diinstitusikan untuk menyusun masyarakat.
Wakaf adalah salah satu institusi dan mekanisme yang mempunyai peranan
yang perlu ada dalam membangun kekuatan dan kesejahteraan masyarakat Islam
sejak berzaman. Melalui institusi ini Islam memberi peluang yang seluasnya untuk
individu yang mempunyai harta untuk mendekati dan mensyukuri nikmat Allah yang
telah dikurniakan kepadanya dengan membantu golongan tertentu dan menyediakan
projek untuk keperluan masyarakat. Peluang beribadat ini secara keseluruhannya
mampu berperanan dalam menyusun dan membangunkan kekuatan ummah dalam
berbagai aspek kemasyarakatan termasuk ekonomi.7
Di Malaysia, harta-harta yang diwakafkan boleh disalurkan kepada wakaf
khas dan wakaf am. Wakaf khas biasa ditentukan oleh mereka yang berkeinginan
mewakafkan harta wakaf mereka untuk sesuatu projek yang khusus, contohnya
mewakafkan tanah untuk mendirikan masjid, surau, sekolah, hospital, tanah

perkuburan, dan sebagainya untuk kebajikan masyarakat umum. Keutamaan projek
untuk diwakafkan biasanya dipengaruhi oleh kefahaman pendidikan agama serta
keutamaan seseorang menepati keperluan keadaan realiti sesebuah masyarakat
tersebut. Manakala wakaf am adalah harta yang diwakafkan untuk dibangunkan oleh
agensi pengamanah untuk kepentingan umat Islam setempat, semasa dan masa
hadapan. Dalam konteks negara kita agensi pengamanah untuk mentadbir harta wakaf
adalah Majlis Agama dan Adat Istiadat Negeri.
Dalam era semasa, institusi wakaf mempunyai potensi yang besar dalam
membangunkan ekonomi masyarakat. Usaha mendapatkan harta wakaf adalah
7 Razali Nawawi. Dr. 1998. Undang-Undang dan Masyarakat “ Penyeragaman Undang-Undang Islam di
Malaysia : Cabaran dan Realiti” , Cetakan Pertama, Institut Kefahaman Malaysia, Kuala Lumpur.

7

merupakan satu pendekatan yang relevan dan berciri dinamik dalam menyusun
masyarakat dan seterusnya membangun kekuatan ekonomi. Di dalam keadaan
ekonomi yang mampan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat ramai
golongan yang kaya. Ianya membuatkan peluang untuk mereka mewakafkan harta
mereka adalah besar lebih-lebih lagi, ibadat wakaf sangat dekat dengan hati orang
Islam, khususnya orang Melayu. Amalan mewakafkan harta adalah mekanisme untuk
menyokong amalan-amalan yang fardhu di dalam Islam, contohnya seperti zakat.
Melalui ibadat wakaf, ia mendidik umat Islam bahawa setiap individu yang tergolong
dalam golongan yang kaya dan mempunyai tanggungjawab sosial di samping zakat
untuk membangun kesejahteraan ummah.
Menepati semangat pembangunan masyarakat, individu Islam bukan, sahaja
mempunyai peranan terhadap kesejahteraan diri dan keluarganya bahkan turut sama
mempunyai peranan dalam menjamin kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.
Jika ianya dapat dicapai, ia akan mewujudkan suasana ekonomi yang stabil dan
seterusnya mampu mencetus pembangunan ekonomi secara berterusan.8

5. Kedudukan Dan Potensi Pembangunan Wakaf Di Malaysia
Kedudukan pembangunan hartanah wakaf telah dipengaruhi oleh berbagaibagai faktor. Di antara faktor-faktor utama ialah perundangan dan struktur organisasi
pemegang-pemegang harta wakaf. Perundangan harta wakaf dapat mempengaruhi
pembangunan hartanah wakaf. Di Malaysia, hartanah wakaf terletak di bawah kuasa
kerajaan negeri. Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa
negeri-negeri mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang bagi perkara-perkara
yang disebut di bawah senarai negeri yang terkandung di dalam senarai kedua jadual
kesembilan.9
8 Razali Nawaw I, Dr. 1998. Undang-Undang dan Masyarakat “ Penyeragaman Undang-Undang Islam di
Malaysia : Cabaran dan Realiti”. Cetakan Pertama, Institut Kefahaman Malaysia, Kuala Lumpur.
9 Perlembagaan Persekutuan, Perkara 74 (2)

8

Di atas peruntukan perlembagaan ini, peruntukan mengenai wakaf
dimasukkan di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri yang
berlainan. Di samping itu, perkara mengenai wakaf telah dikecualikan dari
peruntukan Kanun Tanah Negara 1966. Seksyen 4(2)(e) menyebut, “kecuali setakat
mana yang diperuntukan dengan nyata sebaliknya, tiada apa juga dalam akta ini
boleh menyentuh peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang yang ada pada
masa itu berkuatkuasa mengenai wakaf atau baitulmal”.10
Perundangan-perundangan ini meletakkan pentadbiran harta-harta wakaf
beroperasi secara berasingan di setiap negeri, tanpa keseragaman pengurusan dan
perlaksanaan. Keberkesanan pentadbiran bergantung kepada objektif dan program
yang dirancang, bilangan dan kualiti para pegawai dan kakitangan, kekuatan
sokongan kewangan serta faktor-faktor lain.
Kedudukan perundangan-perundangan dan struktur organisasi majlis-majlis
agama Islam di negeri-negeri yang digunapakai pada masa ini tidak dapat menangani
masalah-masalah yang menghalang usaha-usaha membangunkan tanah wakaf ini
bukan sahaja dirasai di negara kita ini malahan keadaannya adalah lebih buruk di
negara-negara lain jika dibandingkan dengan negara kita.11
Jika kita bandingkan kedudukan harta wakaf di negara kita ini dengan negaranegara lain, kedudukan institusi wakaf kita adalah lebih stabil tetapi kalau dibuat
pemerhatian secara mendalam, kedudukan pembangunan harta wakaf di negara kita
adalah pada tahap yang amat tidak memuaskan. Pelbagai masalah telah timbul yang
menghalang pembangunan harta wakaf di negara kita ini.

10 Kanun Tanah Negara 1966, Seksyen 4 (2)(e)
11 Nik Mustapha Nik Hassan, Konsep dan Pelaksanaan Wakaf di Malaysia, Institut Kefahaman Islam Malaysia
Kuala Lumpur, Cetakan Pertama 1999: 116.

9

Negara kita tidak akan memperolehi kemajuan pembangunan hartanah wakaf
jika masalah-masalah yang menghalang pembangunan hartanah wakaf tidak ditangani
seperti kurangnya pemahaman tentang konsep wakaf di dalam pemikiran masyarakat,
peruntukan undang-undang yang tidak sejajar dan sekata bagi setiap negeri dan
sebagainya.12
6. Implikasi Falsafah Amalan Wakaf
Proses kegiatan wakaf dalam kalangan masyarakat Islam menimbulkan kesan
falsafah yang tersembunyi. Di antara kesan yang terjalin ialah seperti berikut:
a) Keimanan
Setiap Muslim dan Mukmin yang percaya dan taqwa kepada Allah, pasti berasa
bertanggungjawab dalam melaksanakan hubungan baik yang berterusan terhadapnya,
sebagai satu persediaan bagi pertemuan di hari akhirat. Wakaf adalah cara yang
terbaik bagi tujuan ini kerana wakaf adalah merupakan sunnah Nabi yang paling
banyak diikuti oleh sahabat dan tabi’in.13
b) Ilmu Pengetahuan
Banyaknya harta-harta wakaf dan ramainya bilangan orang yang menyertai bidang
wakaf ini memerlukan satu sistem rekod yang kemas dan berkesan. Ia juga
memerlukan kaedah penyelenggaraan yang baik supaya harta-harta wakaf dapat
berfungsi sepenuhnya dalam masyarakat. Justeru itu, ianya dapat melahirkan tokohtokoh ekonomi yang sentiasa dapat memikirkan idea yang berguna dalam masyarakat.

c) Amal Bakti

12 Ibid hlm: 116
13 Ahmad Ibrahim, 1998 : 184. Undang-undang Keluarga dan Pentadbiran Harta Wakaf, Al-Ahkam Jilid 6. Dewan
Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

10

Selain amalan biasa yang berbentuk kewajipan seperti solat, puasa, haji, zakat, orangorang Islam masih mempunyai cara lain bagi membuat kebajikan dalam agama
dengan kaedah wakaf kerana masyarakat Islam sepanjang masa tetap memerlukan
sekolah, masjid, surau, tanah perkuburan, jalan raya dan sebagainya. Jika
mewakafkan sesuatu yang paling disayangi secara langsung menghindarkan dirinya
dari perasaan tamak dan juga mengikis dari hatinya sifat ingin mengejar kebendaan.
Wakaf ini pada hakikatnya adalah berbeza dengan sedekah walaupun perkataan wakaf
berdasarkan kepada hadith membawa erti sedekah jariah.14
7. Kesimpulan
Pada zaman mutakhir ini umumnya, khususnya pada hari ini umat islam
semakin tidak memperduli malahan memandang enteng terhadap sedekah jariah
terutamanya dalam bab wakaf. Fenomena malang ini sememangnya menjadikan
masyarakat lebih kedekut dan tamak akan harta yang mereka miliki. Tiada lagi
perasaan untuk berkongsi harta kemewahan dengan golongan fakir miskin, malahan
kurangnya keinginan untuk mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda. Justeru
itu, umat islam semakin alpa dengan kebendaan dan kemewahan dunia yang
menjadikan mereka semakin jauh dengan Allah SWT. Benarlah firman Allah SWT,
    15
.Yang bermaksud, bahkan kamu mengutamakan kehidupan dunia

Di samping itu juga, majlis agama Islam di negeri-negeri perlu
mendasari

dan

menggubali

semula

undang-undang

yang

menghalang usaha-usaha membangunkan tanah wakaf dan harta wakaf yang lain.
14 Ahmad Ibrahim, 1998 : 185. Undang-undang Keluarga dan Pentadbiran Harta Wakaf,Al-Ahkam Jilid 6. Dewan
Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

15 Surah al-A’laa ayat 16.

11

Usaha yang berterusan untuk menaiktaraf dan meningkatkan kualiti setiap organisasi
perlu digiatkan untuk memenuhi kepentingan Islam sebenar. Justeru, sekiranya
sebuah institusi wakaf diletakkan dalam konteks yang sebenar ia boleh membantu ke
arah tujuan-tujuan sosio-ekonomi seperti pelajaran dan pendidikan, kesihatan,
kebajikan masyarakat, penjagaan alam sekitar, ketenteraan, pertahanan dan lain-lain
dengan hasil pendapatan daripada aset wakaf yang dilaburkan.
Negara kita akan memperolehi kemajuan pembangunan hartanah wakaf jika
masalah-masalah yang menghalang pembangunan hartanah wakaf dapat ditangani
seperti meningkatkan pemahaman tentang konsep wakaf di dalam pemikiran
masyarakat, peruntukan undang-undang yang sejajar dan sekata bagi setiap negeri
dan sebagainya.16

Rujukan
Ahmad Ibrahim 1998. Al-Ahkam Jilid 6, Undang-undang Keluarga dan Pentadbiran
Harta Wakaf, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

16 Ibid hlm: 116

12

Ahamad Tajudin Abdul Rahman. Dato’ . 2006 .(Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia), Pengurusan Wakaf Berkesan : Ke
Arah Pemantapan Ekonomi Ummah.
Anisah Ab Ghani. Dr. Januari 2000. Fiqh Malaysia Ke Arah Pembinaan Fiqh Tempatan
Yang Terkini “Perubahan-Perubahan Perlu Dalam Fiqh Ibadat Berdasarkan Realiti
Semasa di Malaysia”, Cetakan Pertama, Akademi Pengajian Islam Universiti
Malaya, Selangor.
Baharudin Sayin. et, al 2006. Pengenalan Kepada Konsep Wakaf dalam Islam, Ampang
Press.
Baharudin Sayin. et, al 2006. Pengenalan Pengurusan Wakaf Di Malaysia. Pusat
Penerbitan (UPENA), UiTM 2006, Straits Digital Sdn. Bhd.
Haji Faisal Haji Othman. Dr. 1996. Islam dan Kemajuan Masyarakat “Islam Menyeru Ke
Arah Kebajikan”, Cetakan Kedua, Institut Kefahaman Malaysia, Kuala Lumpur.
Ismail Ibrahim. et, al. 2004. Isu Islam Semasa Kuala Lumpur; Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). et, al. 1999. Konsep dan Perlaksanaan Wakaf
di Malaysia.

Mohd Zawavi bin Zainal Abidin. et, al. 2009.

Pengurusan Tanah Wakaf di Negeri

Pahang : Satu Tinjauan. Jurnal Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS),
Al-Sirat Jilid 2.

13

Nik Mohd Zain Nik Yusof. Dr. 1991. Pembangunan Hartanah Mengikut Perspektif Islam,
Al-Ahkam Jilid 3.
Nik Mustapha Nik Hassan 1999. Konsep dan Perlaksanaan Wakaf di Malaysia, Cetakan
Pertama, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Kuala Lumpur.
Osman Sabran 2002. et, al.

2002. Pengurusan Harta Wakaf. Universiti Teknologi

Malaysia.
Razali Nawawi. Dr. 1998. Undang-Undang dan Masyarakat “Penyeragaman UndangUndang Islam di Malaysia : Cabaran dan Realiti”, Cetakan Pertama, Institut
Kefahaman Malaysia, Kuala Lumpur.
Ridzuan Awang. et, al. 1994. Undang-undang Tanah Islam: Pendekatan Perbandingan
Selangor; Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Siti Zalikhah Md.Nor. et, al. 2000, Pentadbiran Undang-Undang Islam Di Malaysia..
Selangor; Angkatan Edaran Sdn. Bhd.
Wahbah al-Zuhaili. et, al. 1996. Fiqh Dan Perundangan Islam. Jilid IV. Selangor;
Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka.

14