DASAR PEMBERIAN HAKMILIK TANAH DI MALAYS (1)

ESTEEM Academic Journal
Vol. 10, No. 2, December 2014, 66-82

DASAR PEMBERIAN HAKMILIK TANAH DI
MALAYSIA: ANALISIS MENURUT PERSPEKTIF
ISLAM
Jasni Sulong1, Mohd Marbawi Taha2 and Mohd Nasir bin Ayub3
1

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains malaysia
Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti Teknologi MARA
3
Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti Teknologi MARA
1
jasni@usm.my; 2mohdmarbawi620@ppinang.uitm.edu.my; 3mnasir251@kedah.uitm.edu.my
2

ABSTRACT
In Malaysia, the land matter is vested to the State Government. The State
Authority has almost unlimited power in disposing land either to individuals or
organizations qualified under the law. Lately, the government tends to award

land to individuals who raise the country's name such as sports players,
government officials and politicians. This policy is often questioned by many
parties especially in terms of the reasonableness of the grant and their
capabilities to develop. Therefore, the objective of this paper is to examine
whether the legal concept of land alienation in the country is in line with the
teachings of Islam or otherwise. Generally, the research is based on library
research. The analysis based on the traditional books of fiqh, the cases and the
law statutes. Comparisons will be made between the practices of the Prophet
Muhammad SAW and his Companions in the past with the present practice of
law. The study concluded that the provisions in the land legislation are so open
that it may lead to the abuse of power in the administration. Therefore, this
article proposes that the system of land alienation be controlled by setting
strict requirements and rigid principles based on "maslahah " and "siyasah
syar'iyyah".
Keywords: land; land alienation; land disposal; Islamic land administration.
ABSTRAK
Di Malaysia, perkara tanah adalah di bawah bidangkuasa Kerajaan Negeri.
Oleh kerana itu, kuasa pelupusan tanah atau pemberian hakmilik adalah
terletak pada Pihak Berkuasa Negeri (PBN). PBN mempunyai kuasa yang
hampir tidak terbatas dalam mengurniakan tanah sama ada kepada individu

atau organisasi yang berkelayakan menurut undang-undang. Pada akhir-akhir
ini, Kerajaan cenderung untuk menghadiahkan tanah kepada individu yang
menaikkan nama negara sama ada kepada pemain sukan, pegawai Kerajaan
dan orang politik. Dasar ini kerap dipersoal oleh pelbagai pihak khususnya
daripada aspek kemunasabahan hadiah yang terhad tersebut dan keperluan
mereka untuk memajukannya. Oleh yang demikian, objektif penulisan ini
p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934
© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)
66

ESTEEM Academic Journal
Vol. 10, No. 2, December 2014, 66-82

adalah untuk meneliti sama ada konsep undang-undang pemberian hakmilik di
negara ini selari dengan amalan Islam atau sebaliknya. Umumnya,
penyelidikan yang dilakukan lebih bersifat kajian kepustakaan. Analisis akan
merujuk pada kitab-kitab fiqh tradisional, kes dan peruntukan undang-undang.
Bandingan akan dilakukan antara amalan Rasulullah s.a.w dan para sahabat
pada zaman dahulu dengan amalan semasa dalam undang-undang. Selain itu,
kajian juga akan melihat peranan maslahah dalam menentukan kuasa

pemerintah berkaitan dengan amalan pengurniaan tanah. Dapatan kajian
merumuskan bahawa peruntukan dalam perundangan mengenai tanah di
negara ini sangat longgar sehingga membuka ruang kepada penyalahgunaan
kuasa di peringkat pentadbiran. Justeru, artikel ini mencadangkan agar sistem
pengurniaan tanah dikawal dengan menetapkan syarat kelayakan yang ketat
dan rigid yang berasaskan prinsip maslahah dan siyasah syar'iyyah.
Kata kunci: tanah; pemberian hakmilik; pelupusan tanah; pentadbiran tanah Islam.
1. PENDAHULUAN
Tanah adalah sumber penting bagi kesinambungan kehidupan manusia dan segala kehidupan
sejagat. Di atasnya seseorang akan membina keluarga, masyarakat dan seterusnya mendirikan
sebuah negara. Secara dasarnya, tanah tidak seharusnya menjadi komoditi yang dimonopoli
oleh golongan tertentu serta menjadi lambang kekayaan bagi sesetengah individu kerana ia
adalah keperluan asasi manusia. Di sesetengah negara yang sering tercetusnya konflik
perebutan wilayah seperti Palestin, tanah air mencerminkan maruah bangsa. Kebergantungan
manusia kepada tanah sebagai tapak kediaman serta tempat untuk menjana sumber
pendapatan menjadi semakin kritikal disebabkan oleh populasi penduduk yang semakin
meningkat. Ini telah menyebabkan tercetusnya persaingan yang kuat dalam kalangan warga
masyarakat untuk mendapatkan hartanah. Dibimbangi situasi sebegini sekiranya tidak diurus
dengan sewajarnya, akan mewujudkan hubungan tidak harmonis antara golongan kaya dan
miskin. Pertambahan bilangan penduduk mendorong pertambahan permintaan ke atas ruangan

untuk penghidupan (space and spacial). Suatu ketika nanti, negara ini juga akan menghadapi
masalah kekurangan tanah sebagaimana yang dihadapi oleh beberapa negara seperti China,
India, Hong Kong dan Singapura yang mempunyai penduduk berkepadatan tinggi.
Secara umumnya, dasar perundangan tanah diwujudkan melalui penggubalan Kanun Tanah
Negara 1965 (KTN). Dalam konteks pemilikan tanah, Kanun Tanah Negara 1965 telah
menyediakan satu dasar yang jelas termasuklah kuasa yang ada pada pihak berkuasa dalam
mengurniakan tanah kepada rakyat. Manakala daripada perspektif Islam, sudah wujud satu
dasar berkaitan tanah yang diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. Begitu juga yang berlaku
pada zaman pemerintahan Khulafa' al Rasyidin, di mana sistem pengurusan tanah telah
mengalami proses transformasi pada zaman Saidina Umar al-Khattab. Justeru dalam
perbincangan ini, analisis akan dilakukan ke atas amalan pihak berkuasa dalam mengurniakan
tanah kepada rakyat. Secara lebih terperinci, kajian ini ingin menjelaskan dasar dan amalan
pihak berkuasa dalam melakukan pemberian hakmilik tanah secara adil dan saksama.
2. PEMILIKAN DAN PEMBERIAN HAKMILIK TANAH MENURUT ISLAM
Dalam Islam, ketuanan dan pemilikan harta adalah bersifat simbolik dan sementara. Pemilik
sebenar ke atas hartanah dan segala yang ada di alam maya adalah Allah s.w.t. Manusia yang
p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934
© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)
67


ESTEEM Academic Journal
Vol. 10, No. 2, December 2014, 66-82

dilantik sebagai khalifah memikul amanah untuk memelihara dan menjaga segala harta-Nya
(Al Quran, al Baqarah : 30). Atas amanah ini, pengagihan milik ke atas harta Allah hendaklah
dilakukan secara adil dan saksama selaras dengan anjuran nas-nas syarak. Peranan ini
berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Sesungguhnya tugasku hanya sebagai
pembahagi sahaja sedangkan Allah SWT yang mengurniakan sesuatu perkara". (Al Subki,
n.d.: p450).
Khusus dalam perkara yang berkait dengan hal ehwal tanah, pentadbiran dan pengurusan
tanah secara eksklusif bermula apabila Kerajaan Islam memperolehi banyak tanah melalui
peperangan seperti peperangan dengan kabilah Yahudi Bani Quraizah, Bani Nadhir dan Bani
Qainuqa', Perangan Khaibar, Fadak, Taima dan perang dengan penduduk perkampunganperkampungan arab. (Ziaul Haque, 1970) Misalnya pada tahun 7 hijrah, tanah Yahudi di
Khaibar telah ditakluki Islam di mana Rasulullah s.a.w telah mewakaf sebahagian daripada
tanah-tanah ini dan sebahagian yang lain dibahagikan sebagai harta rampasan perang kepada
para tentera Islam yang dikenali dengan ghanimah(Al Mawardi, n.d). Ghanimah ialah harta
rampasan yang diperolehi dalam peperangan menentang golongan kuffar (Qal'aji, 1988).
Pemberian tanah ini merupakan pengurniaan hakmilik tanah pertanian yang pertama dalam
sejarah Islam (Ridzuan Awang, 1994).
Bagi tanah yang diwakafkan dan sebagai mutawalli (orang yang bertanggungjawab mentadbir

dan menguruskan harta wakaf (Qal'aji,1988) tanah wakaf, Rasulullah s.a.w membiarkan
pemilik asal untuk terus mengusahakan tanah tersebut secara kontrak musaqah (kontrak
antara pemilik tanah dan pengusaha untuk menguruskan kebun, ladang atau tanaman (Qal'aji,
1988). Keadaan yang serupa juga dilakukan ke atas tanah penduduk Wadi al-Qura dan
Taima'. Cuma penduduk Taima' dikenakan jizyah melalui perjanjian (Ridzuan Awang,1994).
Dalam hal jentera pentadbiran tanah-tanah ini, Rasulullah s.a.w mempunyai satu jentera
pentadbiran yang lengkap di mana baginda melantik beberapa orang Sahabat untuk
menguruskannya di samping Baginda sebagai Ketua Negara dan rujukan hukum syarak
(Abdul Rahman Hj Abdullah,1991).
Selepas kewafatan Rasulullah SAW, kuasa pemerintahan diterajui oleh khalifah sebagai ketua
negara. Dalam Islam, khalifah tidak mempunyai kuasa membuat atau mentafsirkan undangundang berdasarkan kapasitinya sebagai khalifah akan tetapi beliau boleh berbuat demikian
berdasarkan statusnya sebagai mujtahid iaitu orang yang mempunyai kepakaran yang tinggi
dalam disiplin ilmu syariat (Ridzuan Awang, 1994).
Berdasarkan fakta sejarah pada zaman Rasulullah SAW dan Khulafa' al-Rasyidin, secara
umumnya dasar pelupusan tanah yang diamalkan adalah berasaskan kepentingan awam
(maslahah ‘ammah) (Abu Yahya, 1988), penerima tanah adalah warganegara yang layak
(Ridzuan Awang, 1994) dan keluasan tanah adalah bergantung kepada kemampuan penerima
untuk mengusahakannya. (Al Zuhayli, n.d.).
Berdasarkan fakta sejarah pada zaman Rasulullah SAW dan Khulafa al Rasyidin, secara
umumnya dasar pelupusan tanah yang diamalkan berasaskan prinsip-prinsip bahawa

kepentingan awam (maslahah ‘ammah) didahulukan, penerima adalah warganegara layak dan
keluasan tanah adalah bergantung kepada kemampuan penerima untuk mengusahakannya
(Ridzuan Awang, 1994).

p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934
© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)
68

ESTEEM Academic Journal
Vol. 10, No. 2, December 2014, 66-82

Secara umumnya, pemilikan tanah dalam negara Islam boleh dibahagikan kepada 3 kategori
iaitu (Ridzuan Awang, 1994):
i. Tanah persendirian.
ii. Tanah wakaf.
iii. Tanah Kerajaan.
Berdasarkan kedudukan pemilikan tanah ini, perbincangan dalam artikel ini hanya akan
memberi tumpuan pada kategori yang ketiga iaitu tanah kerajaan. Di bawah konsep Tanah
Kerajaan, pindahmilik tanah ini kepada individu atau syarikat akan dikenali dengan istilah
"pelupusan". Dalam istilah fiqh, pelupusan tanah dikenali dengan iqta’, iaitu pemerintah

melakukan pemberian tanah milik Allah s.w.t kepada seseorang yang pada pandangannya
berhak untuk menerima pemberian tersebut (Ridzuan Awang, 1994). Fukaha’ (merujuk
kepada golongan yang pakar dalam bidang fiqh) secara umumnya membahagikan kaedah
iqtā’ kepada 3 bentuk iaitu iqtā’ tamlīk, iqtā’ istighlāl dan iqtā’ irfāq’ (Al Zuhayli, n.d.)
sebagaimana perbincangan berikut:
2.1 Iqtā’ Tamlīk
Ia adalah pemberian penuh hakmilik tanah oleh Kerajaan kepada seseorang (Al Tuwaijiri,
2009), Pemilik boleh menjual, mengadai, memajak, menghibah, mewakaf atau mewarisi
hartanya. Walaupun tanah dipunyai secara pemilikan penuh, namun kegagalan
mengusahakannya dalam tempoh tertentu boleh menyebabkan haknya ditarikbalik oleh
pemerintah. Bagaimanapun menurut Mazhab Maliki, syarat tersebut tidak ada dalam
pemilikan secara iqtā’ tamlīk kerana hak pemilikan telah berlaku semata-mata dengan iqtā’
tanpa wujud syarat lain untuk kekal pemilikan. (Al Zuhayli, n.d.) Pemberian ini seakan-akan
sama dengan konsep pegangan kekal (freehold) di bawah Kanun Tanah Negara (KTN)
(Ridzuan Awang, 1994). Berdasarkan tiga bentuk pemberian milik oleh pihak Kerajaan ini,
hanya pemberian secara iqtā’ tamlīk sahaja yang mempunyai maksud pemberian sepenuh dan
selama-lamanya. Ia tidak mempunyai syarat dan halangan dalam melupuskan hartanah
tersebut kepada individu yang lain. Malah, pemilikannya adalah terjamin dan boleh dibayar
pampasan sekiranya ia diambil balik oleh pihak Kerajaan. Dalam Islam, bukan semua orang
layak untuk mendapatkan tanah. Di bawah kaedah iqtā’ tamlik, mereka yang berhak ialah

(Salleh Buang, 1990).
i. Orang yang berkhidmat untuk negara.
ii. Orang yang berjuang di medan peperangan.
iii. Saudara baru (muallaf).
iv. Petani yang tidak mempunyai tanah.
2.2 Iqta’ istighlāl
Tanah ini merupakan pemberian bertempoh oleh pihak pemerintah kepada seseorang individu
dengan mengambilkira prinsip maslahah (Al Tuwaijiri, 2009).
p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934
© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)
69

ESTEEM Academic Journal
Vol. 10, No. 2, December 2014, 66-82

Pemberian ini seakan-akan sama dengan dengan konsep pegangan pajakan (leasehold) di
bawah KTN di mana pemilikan diberikan secara bertempoh dan dengan bayaran yang tertentu
(Ridzuan Awang, 1994). Dalam pemilikan ini juga, penerima pajakan tidak boleh menjual,
memindah milik, menghibah, memajak, mewakaf atau dijadikan pusaka (Salleh Buang, 1990).
Begitu juga untuk menerima tanah melalui iqtā’ istiglal, tidak semua ahli masyarakat berhak

mendapatkannya. Menurut al-Mawardi (1989), penerima secara iqtā’ istighlāl ialah:
i. Golongan yang layak menerima zakat (ahli al sadaqah)
ii. Kakitangan kerajaan yang berkhidmat tanpa bayaran gaji tetap.
iii. Golongan yang mendapat al fai’ dan tentera.
2.3 Iqtā’ irfāq’
Kaedah ini ialah pemberian sementara oleh pemerintah kepada individu akan satu kawasan
yang terletak di sekitar kawasan awam seperti jalanraya, halaman masjid, kawasan bandar,
pasar dan sebagainya bagi tujuan tertentu seperti berniaga dengan syarat ia tidak mengganggu
orang awam yang lain. (Al Sayuti, 2004) Tempohnya biasanya adalah lebih singkat daripada
pemilikan secara pajakan. Hak iqtā’ irfāq’ adalah tertakluk kepada budi bicara dan
pertimbangan pemerintah (Ridzuan Awang, 1994). Ciri-ciri sekatannya sama seperti tanah
yang dilupus melalui kaedah pajakan (iqtā’ istighlāl). Pemberian ini seakan-akan sama
dengan konsep Lesen Pendudukan Sementara (LPS) di bawah KTN (Ridzuan Awang, 1994).
Menurut Ibn Qudamah, pemerintah hendaklah mengiqtā’kan tanah negara hanya untuk orang
yang berkemampuan memajukannya sahaja. Mereka hanya akan menjadi pemilik tanah
tersebut apabila telah sempurna mengusahakannya (Ridzuan Awang, 1994). Ini bagi
memastikan setiap hartanah yang diberikan kepada rakyat dimanfaatkan sebaik mungkin dan
tidak terbiar begitu saja. Oleh itu, kelapangan seseorang pemilik untuk mengusahakan sesuatu
hartanah menjadi pertimbangan dalam melaksanakan iqtā’ irfāq.
3. SEJARAH PEMILIKAN DAN PENTADBIRAN TANAH DI MALAYSIA

Sebelum penjajahan British, Undang-undang Melayu Lama ada memperuntukkan bahawa
Sultan atau pemerintah di negeri-negeri Melayu menjadi pemilik kepada semua hartanah
dalam negeri. Pemilikan Sultan adalah secara tidak langsung melalui kuasa Baginda sebagai
pemerintah dan penguasa dalam sesebuah negeri. Kuasa ini diakui dalam kes Sahrip lawan
Mitchell dan lain-lain (1870), apabila Hakim Besar Sir Benson Maxwell menyatakan:
"Adalah diketahui umum bahawa mengikut Undang-undang Melayu lama atau Adat
Melaka, Raja adalah pemilik tanah, akan tetapi setiap orang mempunyai hak untuk
mengerjakan dan menduduki semua tanah hutan atau tanah mati dengan syarat orang
itu menyerahkan kepada Raja satu persepuluh hasil tanah tersebut. Segala pokok dan
tumbuhan yang telah ditanam serta rumah kediaman yang telah dibina adalah menjadi
miliknya yang boleh dijual atau digadai atau diserahkan kepada anak-anak dan
keturunannya" (Mohideen Kader, 1997, p. 12).

p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934
© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)
70

ESTEEM Academic Journal
Vol. 10, No. 2, December 2014, 66-82

Berdasarkan kedudukan ini, seseorang boleh mendapatkan sesuatu hartanah dengan membuka
dan mengusahakan sebidang tanah sehingga diiktiraf secara adat sebagai mempunyai
hakmilik apabila membuka dan mengusahakan tanah terbiar (Mohideen Kader, 1997).
Secara tidak langsung, Sultan sebagai khalifah mengurniakan hakmilik kepada pengusaha
yang membangunkan tanah mati atau tanah terbiar (ihya' al-mawat) berdasarkan kehendak
hukum syarak. Pengurniaan ini dijelas secara tidak langsung dalam undang-undang lama
apabila tanah-tanah yang diusahakan ini tidak boleh diganggu. M.B. Hooker (1970) memetik
Undang-undang Johor yang menyebut:
"Barang siapa yang menghidupkan tanah mati dan membina sesuatu di atasnya, ia
tidak boleh diganggu mengenainya. Tanda-tanda yang menunjukkan tanah itu telah
dihidupkan ialah perigi, pokok serta tanaman ... jika ada sesiapa yang mengganggu
tanah itu ia boleh didakwa". (Hooker, 1970, p.86)
Bagaimanapun sekiranya tanah ini dibiarkan terbiar dalam masa satu hingga tiga tahun, maka
ia akan kembali menjadi hakmilik Raja. Keadaan ini menggambarkan tanggungjawab yang
perlu dipikul dalam memastikan tanah berada dalam pemilikan seseorang adalah berterusan.
Selagi tanggungjawab ke atas tanah tersebut dipenuhi, maka perlindungan pemilik, pengusaha
atau penyewa adalah terjamin. Dalam kes Abdul latif lawan Muhamed Meera Lebe (1829),
mahkamah mengesahkan bahawa Undang-undang adat mengenai pemilikan tanah orang
Melayu dahulu adalah memberi perlindungan kepada pemilik dan penyewa tanah selagi mana
tanah tersebut diusahakan dan hasil persepuluh dibayar (Salleh Buang, 1990).
Keadaan ini membezakan antara tanah yang diberikan kurnia oleh Raja semata-mata, dengan
tanah yang dibuka dan mendapat hakmilik secara ihya' al-mawat yang perlu diusaha dan
hasilnya diserahkan persepuluh kepada Baginda Raja. Bagi tanah kurniaan Raja, kebenaran
perlu diperolehi sekiranya tanah tersebut ingin dilupuskan. Maxwell (1969) menyebut bahawa
dalam Undang-undang Lama Kedah ada memperuntukkan (p.89):
"Apa yang diberi oleh Raja tidak boleh diambil oleh orang lain. Juga tidak boleh
menjual tanah tanpa izin Raja"
Menurut kes Tengku Jaafar & Anor v. The State of Pahang (1987) (2MLJ74), mahkamah ada
menyatakan bahawa undang-undang tanah di Pahang sebelum pengenalan undang-undang
Barat adalah berdasarkan Undang-undang Islam yang berasaskan Mazhab Syafi'i. Selepas
kehadiran British di Tanah Melayu, sistem yang sama dikekalkan di mana Raja atau Sultan
adalah pemilik kepada hartanah dalam sesebuah negeri. Campurtangan British telah
membawa kepada Sistem Residen diperkenalkan di negeri-negeri Melayu. Berdasarkan sistem
tersebut, Sultan dikehendaki menerima nasihat Residen British dalam semua urusan kecuali
yang berkait dengan Islam dan adat Melayu. Dalam perkara tanah, kuasa Sultan dikekalkan di
mana semua tanah diletakkan di bawah pemilikan baginda dan baginda juga mempunyai
kuasa pelupusan (berimilik). Dominasi British dalam pegangan tanah telah mendorong
kepada berlakunya proses tranformasi sistem perundangan tanah di negara ini. Jika pada suatu
masa dahulu memadai bagi seseorang memperolehi hak ke atas tanah dengan mengusahakan
tanah terbiar tanpa tuan, tetapi kemudian keadaan demikian tidak lagi berlaku.
Bentuk pengesahan hakmilik adalah melalui pendaftaran tanah. Sistem berkenaan dikenali
sebagai Sistem Torrens. Sistem ini adalah bersempena nama Robert Richard Torrens (1814 p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934
© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)
71

ESTEEM Academic Journal
Vol. 10, No. 2, December 2014, 66-82

1884) yang memperkenalkannya di Australia Selatan dalam tahun 1859. Melalui kolonialisme
British, sistem ini telah dikembangkan ke beberapa bahagian lain di dunia ini termasuklah
Malaysia pada akhir abad ke 19 atau awal abad ke 20 (Ridzuan Awang, 1994). Pihak British
telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkannya di Tanah Melayu bagi menggantikan
sistem Islam dan adat Melayu yang diamalkan oleh masyarakat sebelumnya (Salleh Buang,
2007). Peraturan ini diperkenalkan di negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS) dalam pelbagai
statut negeri sebelum disatukan dalam Land Code 1926 (Jomo dan Wong Sau Ngan, 2008).
Perubahan ketara yang dibawa melalui Sistem Torrens ialah dengan memperkenalkan satu
bentuk baru pemindahan hakmilik, iaitu prinsip "daftar adalah segala-galanya". Ia bermaksud
hakmilik dan kepentingan yang telah didaftarkan tidak boleh disangkal lagi oleh mana-mana
pihak (Salleh Buang, 2003). Instrumen antara pihak-pihak yang terlibat seperti persetujuan
dan perjanjian untuk menjual atau memajak tanah tidak memberi kesan kepada pemilikan
tanah sehinggalah ia didaftarkan mengikut undang-undang. Oleh kerana itu amalan "jual
janji" atau "pulang belanja" dalam kalangan masyarakat Melayu mula tidak praktikal.
Berasaskan sistem ini, pemerintah boleh memantau pemilikan hartanah yang diberikan, setiap
transaksi tanah berkaitan individu lain adalah berasaskan undnag-undang kontrak dan harga
tanah dihitung berdasarkan harga pasaran (Mohideen Kader, 1997; Salleh Buang, 1990).
4. PERKEMBANGAN BIDANGKUASA PENTADBIRAN TANAH DI MALAYSIA
Sehingga ke hari ini, undang-undang tanah bertulis yang dilaksanakan di bawah Kanun Tanah
Negara 1965 adalah memakai prinsip Sistem Torrens (Ridzuan Awang, 1994). Seksyen 340
KTN memberi jaminan bahawa pendaftaran akan menjadikan hakmilik seseorang tak boleh
disangkal, kecuali dalam keadaan tertentu seperti penipuan, pemalsuan atau perolehan
hakmilik secara tak sah. Hak ini diperkukuhkan lagi melalui Perkara 13 Perlembagaan
Persekutuan yang menjamin hak seseorang yang tidak boleh dilucutkan terhadap hartanya
melainkan mengikut undang-undang.
Manakala peruntukan Seksyen 40, 48, 78 (3) dan 425 (1) KTN menjamin pemilikan Pihak
Berkuasa Negeri (PBN) ke atas hartanah di mana segala aktiviti pembukaan, penerokaan atau
pendudukan tanah Kerajaan tidak lagi dibenarkan. Peruntukan ini secara tidak langsung
menunjukkan bahawa prinsip ihya' al-mawat tidak lagi diiktiraf. Oleh kerana itu dalam kes
Sidek bin Haji Muhamad & 461 Ors. v. The Government Of The State Of Perak & Ors. (1982)
(1MLJ313), Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa peneroka yang membuka dan
menduduki tanah hutan Kerajaan di kawasan Kampung Gajah, Daerah Perak Tengah, Teluk
Anson, Perak adalah setinggan dan tidak mempunyai hak di sisi undang-undang atau ekuiti.
Rayuan peneroka-peneroka yang terlibat untuk diberi hak sebagai pemilik tanah berkenaan
telah ditolak dan tidak diterima oleh Mahkamah Persekutuan.
Berdasarkan doktrin pembahagian kuasa antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam
Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan, bidangkuasa mengenai tanah adalah di bawah bidang
kuasa Kerajaan Negeri (Salleh Buang, 1993). Bidangkuasa ini dijelaskan dengan terperinci
lagi dalam Jadual kesembilan Senarai 2 (Senarai Negeri) bahawa kuasa Negeri mengenai
tanah adalah termasuk:
a. Pemegangan tanah; perhubungan antara tuan tanah dengan penyewa; pendaftaran
hakmilik dan suratikatan mengenai tanah; penerokaan; kemajuan tanah dan
memelihara tanah, sekatan sewaan;
p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934
© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)
72

ESTEEM Academic Journal
Vol. 10, No. 2, December 2014, 66-82

b. Rezab Melayu atau, di negeri-negeri Sabah dan Sarawak, rezab bumiputra;
c. Permit dan lesen untuk galian; pajakan lombong dan perakuan lombong
d. Pengambilan tanah secara paksa.;
e. Pindah-milik tanah, gadaijanji, pajakan dan gadaian mengenai tanah ismen dan
f. Perkembalian harta kepada Kerajaan; harta karun tidak termasuk barang purba.
Pembahagian kuasa ini diperkukuhkan lagi dengan peruntukan Seksyen 40 Kanun Tanah
Negara 1965 bahawa semua tanah kerajaan, galian dan batu-batan yang terletak dalam
wilayah sesuatu negeri adalah adalah milik PBN (Salleh Buang, 1993). Istilah Pihak Berkuasa
Negeri pula telah ditakrifkan dalam seksyen yang sama yang bermaksud Raja atau Yang
Dipertuan Negeri yang berkenaan. Manakala istilah "tanah kerajaan" ditakrifkan dalam
seksyen 5 KTN sebagai bermaksud semua tanah dalam Negeri termasuk daripada sungai,
pantai dan dasar lautan yang terletak dalam kawasan negeri atau dalam kawasan perairan
negeri, selain tanah beri milik, tanah rizab, tanah lombong dan hutan simpan.
Dalam menjalankan bidangkuasa ini, Perlembagaan Negeri memperuntukkan bahawa Raja
atau Yang Dipertuan Negeri hendaklah bertindak mengikut nasihat Ahli Mesyuarat Kerajaan
Negeri atau Executive Committee (EXCO) (Ridzuan Awang, 1994). Kedudukan EXCO pada
masa kini adalah sama seperti kuasa Residen pada era penjajahan British yang bertugas untuk
menasihati Sultan dalam pelaksanaan pentadbiran termasuklah dalam perkara "tanah"
(Mohideen Kader, 1997). Lebih jelas lagi, PBN berkuasa untuk memberi milik tanah dan juga
untuk mengambil semula tanah seperti untuk tujuan pembinaan sekolah, empangan, lebuh
raya dan perparitan (Salleh Buang, 1993). Dalam urusan pelupusan tanah, bidangkuasa PBN
adalah meliputi (Seksyen 42 KTN):
a. Memberi milik tanah mengikut peruntukan seksyen 76;
b. Merizab tanah kerajaan dan memberi pajakan tanah rizab;
c. Mengizinkan (mengeluarkan lesen) pendudukan sementara tanah kerajaan, tanah rizab
dan tanah lombong;
d. Mengizinkan (mengeluarkan permit) pengeluaran bahan batuan daripada mana-mana
tanah selain hutan simpanan;
e. Mengizinkan (mengeluarkan permit) penggunaan ruang udara di atas tanah kerajaan
dan tanah simpanan.
Maksud pelupusan melalui seksyen 42 (a) di atas adalah dalam bentuk pemberian hakmilik,
manakala Seksyen 42 (b),(c),(d) dan (e) pula bentuk pelupusan bukan melalui pemberian
hakmilik (Salleh Buang, 1993). Penulisan artikel ini adalah tertumpu pada pelupusan melalui
seksyen 42(a) sahaja.

p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934
© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)
73

ESTEEM Academic Journal
Vol. 10, No. 2, December 2014, 66-82

Dalam konteks pihak yang berhak dikurniakan pelupusan tanah oleh PBN pula, secara
umumnya mereka terdiri daripada seseorang individu dewasa atau dan juga badan atau wakil
Kerajaan. Syarat kelayakan diperuntukkan dalam seksyen 43 KTN iaitu:
a. Orang-orang benar selain daripada remaja;
b. Perbadanan-perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah perlembagaan mereka untuk
memegang tanah;
c. Raja-raja pemerintah, kerajaan, organisasi, dan lai-lain orang yang diberi kuasa untuk
memegang tanah di bawah peruntukan-peruntukan Ordinan Keistimewaan Diplomatik
dan Konsular, 1957;
d. Badan-badan yang diberi kuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah manamana undang-undang bertulis lain.
Berdasarkan peruntukan di atas, hampir setiap warganegara berhak menerima pemberian
tanah. KTN hanya menetapkan syarat dewasa sahaja sebagaimana yang dinyatakan dalam
seksyen 43(a). Dewasa merujuk kepada seseorang yang berusia 18 tahun dan ke atas. (Joshua,
2006).
Polisi pada masa kini menetapkan pelupusan tanah milik kepada individu hanyalah
melibatkan kurniaan bertempoh sahaja iaitu tidak melebihi 99 tahun. Ia mula berkuatkuasa
sejak 25 Mac 1985 apabila Pindaan Akta 587 diluluskan. Sebelum tarikh tersebut, PBN bebas
mengurniakan tanah milik kekal kepada pihak persendirian atau perbadanan (Salleh Buang,
1993).
Berdasarkan beberapa seksyen di atas PBN, masih berada pada kedudukan tinggi dalam
melupuskan tanah. Walaupun terdapat beberapa batasan tertentu, PBN masih mempunyai
kuasa melupuskan tanah kepada mana-mana pihak yang dikehendaki sama ada individu atau
organisasi dengan syarat mesti penerima perlu membayar cukai tahunan, premium, fee serta
mematuhi syarat-syarat lain yang ditentukan oleh PBN sendiri (Salleh Buang, 1993).
Sebagaimana yang dinyatakan, EXCO mempunyai kuasa dalam meluluskan sesuatu
pelupusan. Kuasa berkenaan pula adalah terlalu umum dan tiada manual khusus atau prosedur
bertulis yang perlu diikuti dalam membuat keputusan pemberian (Mohideen Kader, 1997).
Situasi ini boleh membuka ruang kepada berlakunya ketidak adilan kerana ia tidak terikat
dengan mana-mana peraturan. Berdasarkan pendedahan oleh Mohideen Abdul Kadir (1997)
dan Salleh Buang (1993), bukti empirikal telah mendedahkan amalan berkenaan pernah
berlaku. Misalnya dalam satu kes yang berlaku di Mersing, Johor, sekumpulan nelayan
seramai 172 orang telah memohon tanah di Sekakap pada tahun 1972. Bagaimanapun
permohonan mereka tidak mendapat sebarang maklum balas daripada Pejabat Tanah. Lapan
tahun kemudian, mereka mendapati tanah yang dipohon tersebut telah dikurniakan kepada
beberapa "orang penting" dalam kerajaan (Mohideen Kader, 1997). Kejadian sebegini
menimbulkan ketidakpuasan hati pemohon terutama apabila melibatkan pemberian kepada
pihak yang tidak sepatutnya. Pemberian kepada pihak yang tidak terdesak memerlukan boleh
mengundang kepada bertambah tanah terbiar di seluruh negara. Mereka tidak menggunakan
tanah yang dikurniakan untuk tujuan kediaman, pertanian atau penternakan sebaliknya
menyimpannya sebagai aset harta. Jelasnya, isu pengurniaan tanah kepada "orang-orang
p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934
© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)
74

ESTEEM Academic Journal
Vol. 10, No. 2, December 2014, 66-82

penting" juga telah mengundang ketidakpuasan hati dalam kalangan pelbagai pihak
termasuklah orang-orang politik dan sering menjadi isu sensasi dalam kalangan mereka. Ini
boleh dilihat dalam perbahasan hangat di Dewan Undangan Negeri Terengganu berkaitan isu
kurniaan tanah kepada pihak yang mempunyai kepentingan dalam parti (Web TV Terenganu,
2012).
5. ANALISIS PERBANDINGAN DASAR PELUPUSAN TANAH SIVIL DAN ISLAM
Memandangkan wujud beberapa perbezaan antara amalan Islam dan konvensional dalam
perbincangan di atas, maka kedudukan PBN sebagai pemilik tanah tidak berkuasa mutlak
sekalipun diperuntukkan dalam Seksyen 40 KTN. Pentadbir tanah hendaklah menerimanya
sebagai amanah dan melaksanakan amalan pelupusan berdasarkan maslahah atau kepentingan
awam (Al Khafif, 1990). Tanggungjawab ini adalah selaras dengan kaedah fiqh:
" ‫“تصرف اإلمام على الرعية منوط بالمصلحة‬
yang bermaksud: “segala tindakan pemerintah ke atas rakyat adalah tertakluk kepada
maslahah”. Mengulas hal ini, Imam al Sayuti (1983) merumuskan bahawa adalah haram
menggunakan harta negara dengan mengutamakan golongan kurang berhajat berbanding
mereka yang lebih berhajat. Berhubung dengan kaedah ini, Rasulullah s.a.w ada bersabda
yang bermaksud : "Aku hanya pengagih dan Allah yang mengurniakan". Iaitu pemerintah
bertanggungjawab untuk mengagih kekayaan yang dikurnia oleh Allah s.w.t dengan adil dan
saksama (Al Sayuti, 1983).
Berdasarkan perbincangan ini, penekanan kepada prinsip maslahah dalam membuat
keputusan adalah penting. Memandangkan bilangan tanah yang semakin berkurangan
terutama di kawasan-kawasan yang berpotensi, maka perlu bagi pihak berkuasa melihat isu
berkenaan secara lebih serius. Tidak sewajarnya pengurniaan tanah kepada warga yang
berjasa dijadikan amalan oleh pihak berkuasa. Sebaliknya pemerintah mempunyai pilihan lain
iaitu dengan menggantikan tanah yang ingin diberikan itu dengan saguhati lain yang setara
(Mahmud Saedon, 1990). Pernah berlaku pada zaman Umar al Khattab yang mana beliau
tidak membahagikan tanah-tanah di Sawad (Iraq) kepada tentera Islam sepertimana yang
lazim diamalkan. Sebaliknya tanah-tanah berkenaan dikekalkan di bawah pemilik-pemilik
yang asal untuk terus mengusahakannya dengan dikenakan cukai jizyah dan kharaj ke atas
mereka. Pada pandangan Umar, di sana wujudnya maslahah iaitu bagi mengelak
berkembangnya amalan "penguasaan tanah" (landlordism) oleh golongan-golongan tertentu
dalam masyarakat yang memiliki tanah yang banyak tetapi tidak mengusahakannya. Pada
hemat baginda, hasil daripada cukai yang dikenakan ke atas tanah berkenaan boleh disalurkan
kepada Baitulmal dan dibelanjakan untuk kepentingan umat Islam (Ridzuan Awang, 1994).
Secara tidak langsung langkah ini dapat memberi kebaikan kepada umat Islam secara
keseluruhan dan berterusan. Justeru itu, penulis berpandangan amalan pengurniaan tanah
hendaklah benar-benar berasaskan prinsip maslahah iaitu kepentingan awam diutamakan
berbanding kepentingan sesuatu pihak atau seseorang individu.
Dari aspek pembangunan tanah pula, pihak berkuasa perlu mempastikan tanah-tanah yang
dikurniakan itu dibangun dan dimajukan selari dengan matlamat pelupusannya. Akan tetapi
melihat kepada dasar dan amalan pemberian konvensional, matlamat berkenaan dirasakan
kurang berjaya. Ini disebabkan ketiadaan peruntukan undang-undang pun yang menghalang
pihak berkuasa dari mengurniakan tanah yang berskala besar kepada seseorang individu
p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934
© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)
75

ESTEEM Academic Journal
Vol. 10, No. 2, December 2014, 66-82

(Salleh Buang, 1993). Kegagalan penerima untuk mengusahakan tanah kurnia yang begitu
luas menyebabkan isu tanah terbiar menjadi semakin parah dan merugikan negara. Jarang
dijumpai kes yang mana tindakan rampasan tanah dilakukan oleh PBN akibat kegagalan tuan
tanah mengusahakannya (Salleh Buang, 1990). Situasi berbeza dalam Islam. Kegagalan tuan
tanah mengusahkan tanah kurnia boleh menyebabkan pemilikannya terbatal. Menurut majoriti
fukaha, seseorang penerima dianggap masih belum dapat memiliki tanah yang telah
dikurniakan melainkan selepas tanah berkenaan telah dibangunkan terlebih dahulu.
Pandangan yang menyatakan seseorang akan memiliki tanah hanya melalui kurniaan oleh
pemerintah tanpa perlu mengusahakannya adalah pandangan minoriti iaitu fukaha mazhab
maliki. Fukaha Hanafiah memberikan tempoh 3 tahun kepada penerima untuk
membangunkan tanahnya manakala Syafi'iyyah pula menyerahkan kepada pihak berkuasa
untuk menetapkan tempoh yang sewajarnya. (Al Mawardi, n.d.). Pihak berkuasa berhak
mengambil semula tanah yang telah diberikan jika penerima gagal mengusahakannya. Ini
dilihat melalui tindakan Umar yang mengambil semula tanah Bilal bin al Harith al Muzani di
Wadi ‘Aqiq yang dikurniakan oleh Rasulullah s.a.w kepadanya selepas beliau gagal
mengusahakan tanah tersebut selama 15 tahun (Ridzuan Awang, 1990). Berasaskan amalan
Islam yang mampu membendung tanah terbiar, terdapat sarjana yang mencadangkan agar
prinsip "hak milik yang tidak boleh disangkal" (indefeasibility) dalam Sistem Torrens
dibataskan dan dimasukkan kaedah-kaedah pemilikan Islam (Ahmad Ibrahim, 1990). Ia
bererti pihak berkuasa berhak mengambil semula tanah yang diberi selepas penerima gagal
membangunkannya. Dalam hal berkaitan juga, kadar keluasan tanah kurnia perlu dikaji agar
selari dengan kehendak Islam. Islam telah menetapkan kadar keluasan tanah yang diiqtā’kan
hendaklah tidak melebihi kemampuan penerima untuk mengusahakannya (Ridzuan Awang,
1994). Langkah ini dapat mengelak amalan monopoli dalam kalangan pihak tertentu selain
dapat mengurangkan bilangan tanah kurnia yang tidak dimajukan. Sekiranya elemen-elemen
undang-undang Islam ini boleh diserapkan dalam sistem perundangan tanah, ia dipercayai
boleh menyumbang ke arah pembangunan tanah negara dengan lebih berkesan lagi.
Menyentuh tentang kelayakan individu untuk mendapatkan tanah, seksyen 43(a) KTN
memperuntukkan setiap orang yang berusia 18 dan ke atas adalah layak untuk dikurniakan
tanah (Joshua, 2006). Selebihnya terserah kepada budi bicara PBN untuk menentukan syarat
tambahan. Tinjauan ke atas beberapa portal rasmi Kerajaan Negeri mendapati syarat
tambahan yang dikenakan adalah sangat longgar (Pejabat Tanah Kemaman, 2012; Pejabat
Pengarah Tanah dan Galian Pahang, 2012). Misalnya di Terengganu, seseorang kakitangan
yang berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di bawah Kerajaan Negeri atau 10 tahun bagi
kakitangan Persekutuan layak memohon tanah kerajaan tanpa diambilkira jumlah pendapatan
bulanan mereka. Ia sebagai menghargai jasa dan sumbangan mereka terhadap negeri (Pejabat
SUK Terengganu, 2012). Pemberian ini walaupun merupakan satu bentuk penghargaan
daripada Kerajaan Negeri, namun pada sisi yang lain boleh membawa kepada penafian hak
golongan yang lebih memerlukan (Mohideen, 1997). Secara tidak langsung, matlamat untuk
meningkatkan taraf hidup rakyat yang bekerja sendiri dan berpendapatan rendah melalui
kurniaan tanah akan gagal.
Hal ini berbeza dengan syarat kelayakan penerima dalam Islam. Secara dasarnya, Islam
menetapkan kelayakan seseorangan penerima adalah ditentukan berasaskan prinsip maslahah
atau kepentingan umum. Dalam konteks pengurniaan tanah, maslahahnya ialah bagi
membantu golongan yang sangat memerlukan (kelaparan) tanah bagi memenuhi tuntutan
asasi kehidupan mereka. Hal ini dibuktikan melalui sejarah pentadbiran Rasulullah SAW dan
p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934
© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)
76

ESTEEM Academic Journal
Vol. 10, No. 2, December 2014, 66-82

sahabat bahawa mereka yang dikurniakan tanah pada zaman itu adalah terdiri daripada
golongan berkenaan. Petugas awam dikurniakan tanah kerana mereka tidak diberi pendapatan
tetap. Para pejuang pula layak kerana tidak mempunyai masa mencukupi untuk
mengusahakan sesuatu pekerjaan. Saudara baru juga layak kerana menarik minat mereka
kepada Islam. Manakala petani yang tidak mempunyai tanah pula ialah supaya mereka boleh
menggunakan tanah untuk menjana makanan untuk masyarakat Islam (Salleh Buang, 1990).
Tidak dinafikan mereka ini adalah golongan yang wajar dibantu oleh pemerintah. Sekiranya
amalan pelupusan Islam dapat laksanakan dengan hanya melibatkan golongan sasaran sahaja,
maka sudah tentu dapat memperbaiki taraf kehidupan mereka ke tahap yang lebih baik.
Walaupun tidak banyak pindaan yang boleh dilakukan pada KTN (Aziz Bari, 1997), namun
masih terdapat beberapa ruang penambahbaikan ke atas beberapa sekysen dalam KTN
(Ridzuan Awang, 1994). Misalnya Seksyen 42 perlu dimasukkan istilah "kepentingan awam"
atau maslahah sebagai asas pelupusan oleh pihak berkuasa. Selain itu, keluasan tanah yang
dilupuskan juga perlu dihadkan melalui pindaan akta. Adalah penting saiz tanah ditentukan
berasaskan keperluan sebenar sebuah keluarga. Tujuannya yang sebenar ialah membolehkan
penerima menjalani kehidupan yang normal dan bukannya menambah aset hartanah mereka.
Dengan keluasan tanah kerajaan yang semakin mengecil, adalah tidak wajar amalan
pengurniaan tanah berskala besar kepada orang perseorangan diteruskan. Berdasarkan huraian
di atas, penulis berpendapat golongan yang layak menerima tanah ialah:
a. Warganegara Malaysia yang berumur 25 tahun dan ke atas;
b. Golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah paras kemiskinan;
c. Tidak memiliki tanah lain yang boleh diusahakan untuk pembangunan diri dan
keluarga.
d. Berkeupayaan dari sudut tenaga untuk mengusahakan tanah yang berkategori "tanah
pertanian".
e. Lain-lain syarat tambahan yang ditetapkan oleh PBN masing-masing.
Cadangan supaya hanya warga yang berusia 25 tahun ke atas sahaja dikurniakan tanah adalah
berdasarkan kajian. Menurut Persekutuan Persatuan-persatuan Perancangan Keluarga
Malaysia (PPPKM), kajian mereka mendapati usia sesuai untuk berkahwin di Malaysia pada
masa kini ialah 28 tahun bagi lelaki dan 25 tahun bagi perempuan. (Menjadi ibu di usia
remaja: kes ibu tanpa nikah di sebuah rumah perlindungan, n.d.).
Cadangan ini adalah bertujuan menghalang pihak tertentu mengambil kesempatan dari sistem
pengurniaan yang terlalu longgar sehingga menyebabkan berlakunya penyelewengan dan
penyalahgunaan kuasa. Selain itu ia juga boleh mengurangkan amalan monopoli dalam
kalangan pihak tertentu sehingga menyebabkan golongan yang sudah kaya dengan aset
hartanah menjadi semakin kaya. Amalan monopoli tanah pernah dikawal pada zaman Umar
al-Khattab dan Uthman r.a. (Ridzuan Awang, 1990). Tindakan berkenaan adalah selari
dengan tuntutan Al Quran agar harta tidak hanya beredar dalam kalangan orang kaya dalam
masyarakat ( Quran, al Hasyr : 7).

p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934
© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)
77

ESTEEM Academic Journal
Vol. 10, No. 2, December 2014, 66-82

Dalam usaha membendung amalan monopoli berkenaan, pihak berkuasa juga boleh
memperkenalkan dasar baru iaitu dasar tahdid al milkiyyah dan al ta'mim. Tahdid ialah
tindakan menetapkan had maksima pemilikan tanah manakala ta'mim pula ialah
memindahkan hak milik tanah perseorangan kepada pemilikan negara (Ridzuan Awang).
Dalam situasi negara mengamalkan dasar liberalisasi ekonomi, penulis berpendapat langkah
memperkenalkan dasar tahdid dan ta'mim tidaklah mudah. Ia perlulah dilaksanakan secara
berhemah dan bersesuaian. Tindakan pihak berkuasa tidak membenarkan seseorang memiliki
keluasan tanah melebihi had maksima boleh mengundang bantahan dan reaksi keras daripada
warga masyarakat. Justeru itu, adalah dicadangkan langkah yang lebih bersesuaian diguna
pakai antaranya memperkenalkan cukai baru ke atas pemilikan yang melebihi keluasan
tertentu. Ia dilihat lebih rasional dan lebih mesra. Dengan sistem kawalan berkenaan, amalan
monopoli dapat dibendung dengan berkesan. Di samping itu, masyarakat awam juga akan
memperolehi manfaat apabila hasil cukai berkenaan dapat memberi manfaat kepada mereka.
Perlu ditegaskan bahawa tanah tidak sama dengan harta-harta yang lain. Amalan pengurniaan
tanah yang tidak berhemah boleh menjejaskan kesejahteraan kehidupan generasi akan datang.
Dengan negara yang berkeluasan 330,803 km persegi dan mempunyai penduduk seramai 28.3
juta orang (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2012), secara relatifnya Malaysia bukanlah sebuah
negara yang begitu besar dan kaya dengan bekalan tanah. Antara negeri yang memiliki nisbah
kepadatan penduduk dan keluasan tanah yang kecil ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
yang mempunyai bilangan penduduk 6,891 orang, Pulau Pinang 1,490 orang dan Wilayah
Persekutuan Putrajaya 1,478 orang bagi setiap kilometer persegi (Jabatan Perangkaan
Malaysia, 2012). Jika proses pengurniaan tanah tidak dikawal, maka dibimbangi ia akan
menjadi faktor yang akan melebarkan lagi jurang perbezaan antara golongan miskin dan kaya.
Perlu disedari, tanah bukannya sejenis harta yang boleh dihasilkan semula. Pelupusan tanah
akan menyebabkan sesebuah negeri akan kehilangan asetnya buat selama-lamanya kecuali
jika berlaku pengambilan semula. Namun beban dalam pengambilan semula terletak di atas
PBN. Menurut Akta Pengambilan tanah 1960, pampasan yang setimpal mengikut kadar harga
pasaran (market value) hendaklah dibayar oleh PBN kepada pemilik tanah (Ridzuan Awang,
1990). Dalam pengambilan semula berlaku, maka pihak yang telah dikurniakan tanah telah
menikmati dua kali keuntungan. Manfaat yang pertama ialah hasil yang diperolehi dari
mengusahakan tanah dan yang kedua ialah pampasan yang diterima daripada PBN akibat
daripada pengambilan tanah berkenaan. Meskipun mereka dikenakan premium ketika
dikurniakan sesuatu tanah, namun kadarnya sangat rendah berbanding dengan nilai sebenar
tanah tersebut. Dalam erti kata yang lain, seseorang penerima akan memperolehi manfaat
yang besar manakala negara pula akan mengalami kehilangan hasil yang begitu besar.
Dibayangkan berlaku situasi di mana sekeping tanah telah kurniakan kepada seorang individu.
Selang 30 tahun kemudian, tanah berkenaan diambil semula oleh PBN dengan pampasan
$700 ribu. Jika dalam tempoh kurniaan berkenaan, penerima telah memperolehi hasil pada
lebih kurang $1 juta daripada langkahnya mengusahakan tanah berkenaan, maka keseluruhan
jumlah yang dinikmati oleh penerima ialah sebanyak $1,700,000. Manakala pihak berkuasa
pula secara teorinya akan mengalami kerugian dengan jumlah yang sama kerana tidak dapat
membangunkan tanah berkenaan selain perlu membayar pampasan pada kadar harga semasa.
Berdasarkan justifikasi yang dihuraikan di atas, maka penulis berpendapat perlu diwujudkan
satu dasar pelupusan yang berhemah dengan mengambilkira pelbagai faktor terutamanya
kepentingan dan kebajikan generasi yang akan datang.

p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934
© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)
78

ESTEEM Academic Journal
Vol. 10, No. 2, December 2014, 66-82

6. KESIMPULAN
Berdasarkan perbincangan di atas, pihak kerajaan atau pemerintah mempunyai kuasa dalam
pentadbiran hartanah. Kerajaan memikul amanah sebagai pemilik hartanah di dunia ini dan
berkuasa untuk melupus atau mengambil kembali berdasarkan konsep maslahah. Dalam hal
ini, keutamaan adalah pada kebajikan negara secara keseluruhan. Sejarah menunjukkan sejak
zaman Rasulullah s.a.w sehingga Sahabat, amalan pelupusan hartanah adalah berpaksikan
keadilan, meraikan maslahat serta mengutamakan keperluan negara berbanding pemilik tanah.
Dari aspek keadilan, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud " Sesungguhnya tugasku hanya
sebagai pembahagi sahaja sedangkan hanya Allah SWT yang mengurniakan sesuatu perkara".
Dalam menghuraikan hadith ini Imam Subki menegaskan bahawa Allah SWT sahaja yang
memberi hakmilik sesuatu kepada seseorang dalam erti kata yang sebenar. Tanggungjawab
pemerintah hanyalah sebagai pembahagi harta yang dikurniakan dan beliau wajib berlaku adil
dalam sesuatu pembahagian (Al Subki, n.d.). Manakala dari aspek maslahah pula, tindakan
mereka adalah selari dengan kaedah fiqh "‫ ”تصرف اإلمام على الرعية منوط بالمصلحة‬yang
bermaksud “tindakan pemerintah ke rakyat adalah tertakluk kepada maslahah” (Al Sayuti,
1990).
Di tanah melayu, kuasa pentadbiran dalam menguruskan hal ehwal tanah diteruskan pada era
pemerintahan Kesultanan Melayu terawal dengan menjadikan Raja adalah sebagai pemilik
kepada hartanah di dalam sesebuah negeri.
Kedatangan penjajah telah menyusun kuasa pentadbiran berkenaan tanah dengan menggubal
undang-undang khusus mengenai pemilikan dan pelupusan hartanah. Kuasa raja sebagai
pemilik dan berkuasa untuk melupuskan hakmilik tanah kepada sesiapa sahaja diteruskan
dengan peruntukan dan syarat yang tertentu. Manakala kaedah pemilikan yang diasaskan
Robert Torrens diperkenalkan. Berasaskan sistem baru tersebut, seseorang pemilik berdaftar
ke atas sesuatu hartanah akan memilikinya secara tidak boleh disangkal (indefeasibility) iaitu
hakmilik ke atas sesebuh hartanah tidak boleh diambil balik tanpa pampasan yang
secukupnya. Perkembangan ini membentuk pemilikan yang eksklusif seseorang pemilik ke
atas hartanah. Kajian mendapati keluasan maksud dalam bidangkuasa pemberian milik tanah
boleh memudaratkan negara kerana tanah boleh dikurnia kepada sesiapa sahaja. Justeru itu,
pihak berkuasa sewajarnya meneliti semula beberapa peruntukan berkaitan pelupusan
hartanah dengan memasukan keperluan kepada pertimbangan maslahah, kemampuan untuk
menguruskan hartanah, keperluan kepada hartanah dan kesannya dalam pengurangan aset
hartanah sesebuah negeri. Ia boleh membendung penyalahgunaan kuasa oleh pihak-pihak
yang berkepentingan selain mewujudkan satu sistem pentadbiran tanah yang telus dan adil
bagi semua pihak.
RUJUKAN
Abdul Aziz Bari (1997). Land law from the Islamic traditional perspective. Kertas kerja CAP
National Conference. Penang : Consumer Association of Penang.
Abdul Rahman Hj Abdullah (1991). Sejarah pemikiran Islam Selangor. Penerbitan Pena Sdn
Bhd.
Abu Yusuf Yaaqub bin Ibrahim (1979). Kitab al kharaj. Beirut: Dar al Makrifah.

p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934
© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)
79

ESTEEM Academic Journal
Vol. 10, No. 2, December 2014, 66-82

Ahmad Ibrahim (1990). Undang-undang harta tanah dari perspektif Islam. Kertas kerja
Seminar Kebangsaan Undang-undang Harta Tanah : Pendekatan Islam. Bangi : Institut
Penilaian Negara.
Al Mawardi , Abu al Hasan Ali bin Muhammad bin Habib (1989). Al Ahkam al sultaniyyah
wa al wilayah al diniyyah. Ahmad Mubarak al Baghdadi (ed.). Kuwait: Maktabah Dar
Ibn Qutaybah.
Al Mawardi. Abu al Hasan Ali bin Muhammad (n.d.). Al ahkam al sultaniyyah. Kaherah :
Darul Hadith.
Al Qurān al Karīm.
Al Sayuti, Jalaluddin Abdul Rahman (1983). Ashbah wa al nazair. Beirut: Dar al Kutub al
Ilmiyyah.
Al Sayuti, Abdul Rahman bin Abu Bakar (2004). Al hawi lil fatawa. J 1. Beirut : Darul Fikr.
Al Subki. Abu Hasan Taqiyyuddin Ali bin Abdul Kafi (n.d). J 1. Fatawa al Subki. Darul
Maarif.
Al Tuwaijiri. Muhammad bin Ibrahim (2009). Mausu'ah al fiqh al Islami. J 3. Baitul Afkar al
Dawliyyah.
Al Zuhayli. Wahbah bin Mustafa (n.d). Al Fiqh al Islami wa adillatuhu. J 6. C 12. Syria :
Darul Fikr.
Ali al Khafif (1990). Al Milkiyyah fi al Syari'ah al Islamiyyah. Beirut: Dar al Nahdah al
Arabiyyah.
Hooker, M.B. (1970). Reading in malay adat laws. Singapore : Singapore University Press.
Jabatan Perangkaan Negara (2012). Perangkaan Penting Malaysia. Dicapai pada 11 Oktober
2012 dari http://www.statistics.gov.my
Jomo Kwame Sundram & Wing Sau Ngan (2008). Law institutions and Malaysian economic
development. Singapore: NUS Press
Joshua Kevin Sathiaseelan (2006). Prinsip-prinsip penting perundangan tanah di Malaysia.
Singapura: LexisNexis.
Langan, P. St. J. (1969) Maxwell on the interpretation of statutes (ed. 12). London : Sweet &
Maxwell.
Lembaga Penyelidikan Undang-undang (ed) (2011). Kanun Tanah Negara 1965. Selangor:
International Law Book Services.
Mahmud Saedon Awang Othman (1990). Percukaian menurut perspektif Islam. Kertas kerja
Seminar Kebangsaan Undang-undang Harta Tanah : Pendekatan Islam. Bangi: Institut
Penilaian Negara (INSPEN)
p-ISSN 1675-7939; e-ISSN 2289-4934
© 2014 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang)
80

ESTEEM Academic Journal
Vol. 10, No. 2, December 2014, 66-82

Menjadi ibu di usia remaja: kes ibu tanpa nikah di sebuah rumah perlindungan (n.d). Dilayari
pada
28
September
2014
dari
http://umexpert.um.edu.my/file/publication/00012441_91993.pdf.
Mohd Ridzuan Awang (1990). Amalan pengambilan balik tanah dari perspektif Islam.
Kertas kerja Seminar Kebangsaan Undang-undang Harta Tanah : Pendekatan Islam.
Bangi: Institut Penilaian Negara (INSPEN)
Mohideen Abdul Kader (1997).
Land alienation: the need for transparency and
accountability. Kertas kerja CAP National Conference. Penang : Consumer Association
of Penang.
Muhammad Hasan Abu Yahya ( 1988). Nizam al Aradi fi Sadr al Dawlah al Islamiyyah.
Amman: Dar Ammar.
Muhammad Rawwas Qal'aji (1988). Mu'jam lughah al fuqaha'. Darul Nafa'is wa Tawzi'.
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang (2012). Dicapai pada 4 Oktober 2012
dari http://ptg.pahang.gov.my.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu
http://bpm.terengganu.gov.my.

(2012).

Pejabat Tanah Kemaman
(2012).
http://ptkemaman.terengganu.gov.my.

Dicapai

Dicapai

pada

pada 4 Oktober 2012 dari
5

Oktober

2012

dari

Ridzuan Awang (1990). : Pengambilan balik tanah : satu kajian mengikut undang-undang
sivil dan Islam. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Undang-undang Harta Tanah :
Pendekatan Islam. Bangi: Institut Penilaian Negara (INSPEN)
Ridzuan Awang (1994). Undang-undang tanah Islam : pendekatan perbandingan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Salleh Bu