PERANAN MASADIR DALAM KAJIAN SEJARAH DAN

PERANAN MASADIR DALAM KAJIAN SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM ROSLAN BIN ABDUL RAHMAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN

Kajian sejarah dan tamadun Islam merupakan suatu kajian ilmiah yang mendapat tempat dalam dunia akademik. Ianya telah banyak dibahaskan oleh para sarjana, Islam dan bukan Islam, dalam pelbagai perspektif. Hasil perbahasan tersebut boleh didapati dan diperolehi dalam pelbagai bahasa dan diterbitkan dalam pelbagai bentuk penerbitan sama ada buku, jurnal, prosiding atau melalui seminar dan wacana. Dalam membicarakan subjek sejarah dan tamadun Islam, suatu yang perlu difahami bahawa sejarah tidak boleh dipisahkan dengan tamadun. Sesebuah tamadun tidak tumbuh dengan sendiri, ia diwujudkan oleh manusia atas sebab-sebab tertentu. Ini bermakna, perbahasan mengenai perkembangan tamadun Islam tidak mungkin dipisahkan dengan sejarah Nabi Muhammad, para sahabat dan khalifah-khalifah Islam yang terlibat secara langsung dengan perkembangan tersebut.

Perbincangan sejarah secara pratikal, tidak akan lengkap sekiranya tidak berpandukan kepada sumber atau tempat pengambilan sesuatu fakta. Hal ini berkait rapat dengan tugas seorang sejarawan iaitu penyelidik sejarah. Umum mengetahui, bahawa ahli sejarah sememangnya tidak menyaksikan secara jelas rentetan peristiwa sejarah yang berlaku pada sesuatu masa, mungkin disebabkan ahli sejarah tidak wujud sezaman dengan sejarah yang dikaji. Namun, mereka tetap memperolehi maklumat tentang sejarah masa lalu melalui sumber yang masih wujud.

Persoalan mengenai sumber sejarah merupakan suatu persoalan penting dalam menentukan ketepatan analisa sesuatu peristiwa sejarah. Dalam konteks pensejarahan Islam, persoalan sumber menjadi keutamaan kepada para pengkaji sejarah Islam. Pemilihan sumber yang tepat dan berautoriti menatijahkan sautu analisa sesuatu sejarah itu tinggi nilainya. Manakala pemilihan sumber yang lemah akan Persoalan mengenai sumber sejarah merupakan suatu persoalan penting dalam menentukan ketepatan analisa sesuatu peristiwa sejarah. Dalam konteks pensejarahan Islam, persoalan sumber menjadi keutamaan kepada para pengkaji sejarah Islam. Pemilihan sumber yang tepat dan berautoriti menatijahkan sautu analisa sesuatu sejarah itu tinggi nilainya. Manakala pemilihan sumber yang lemah akan

Justeru itu, kertas kerja ini, bertujuan melihat peranan sumber sejarah dalam konteks pengkajian sejarah dan tamadun Islam. Apakah sumber utama dalam pengkajian sejarah Islam dan bagaimana ianya diklasifikasi sebagai sumber utama, cuba dikaji dan diperincikan melalui perbincangan ini.

2.0 SEJARAH DAN SUMBER SEJARAH

Perkataan sejarah berasal daripada perkataan arab iaitu “Sha ja ra” yang bermaksud pokok, salasilah atau keturunan (Mahyuddin Yahaya, 1984). Menurut Mu’jam al- Wasit , perkataan sejarah disebut sebagai al-Tarikh yang berasal daripada perkataan al- Arkh yang merujuk kepada sekumpulan keadaan atau peristiwa yang telah dilalui oleh individu-individu yang terlibat (Ibrahim, 1972). Manakala dalam Oxford Dictionary, perkataan sejarah, disebut sebagai history, yang berasal daripada perkataan Yunani iaitu historia yang bermaksud, asal usul atau riwayat hidup (Joyce M.Hawkins, 2011).

Pendefinisian sejarah secara pratikal telah dikemukakan oleh para sarjana Islam antaranya Ibnu Khaldun yang menyatakan bahawa sejarah merupakan cacatan tentang masyarakat umat manusia atau peradaban dunia tentang perubahan-perubahan yang terjadi pada watak masyarakat itu (Ibnu Khaldun T.th). Menurut Akbar Shah, sejarah ialah suatu kajian untuk menceritakan kitaran jatuh bangunnya seorang tokoh, masyarakat dan peradaban (Akbar, 2000).

Melihat kepada takrifan yang dikemukakan, dapat disimpulkan bahawa sejarah merupakan suatu cacatan masa lalu yang berhubung dengan masyarakat sebagai watak dalam sesuatu peristiwa sejarah dan peradaban sebagai latar kepada pembentukkan sesebuah peristiwa. Takrifan ini selain daripada menyatakan hubungan sejarah amat berkaitan dengan tamadun manusia, ia juga memperlihatkan keperluan sejarah kepada sumber bertujuan mendapatkan maklumat yang jelas dan menatijahkan analisa yang tepat. Pengkajian sejarah tidak akan lengkap, jika tidak merujuk sumber-sumber asal Melihat kepada takrifan yang dikemukakan, dapat disimpulkan bahawa sejarah merupakan suatu cacatan masa lalu yang berhubung dengan masyarakat sebagai watak dalam sesuatu peristiwa sejarah dan peradaban sebagai latar kepada pembentukkan sesebuah peristiwa. Takrifan ini selain daripada menyatakan hubungan sejarah amat berkaitan dengan tamadun manusia, ia juga memperlihatkan keperluan sejarah kepada sumber bertujuan mendapatkan maklumat yang jelas dan menatijahkan analisa yang tepat. Pengkajian sejarah tidak akan lengkap, jika tidak merujuk sumber-sumber asal

Sumber dalam bahasa Arab disebut sebagai al-Masadir iaitu perkataan jama ’ bagi kalimah Masdar yang berasal daripada kalimah fa’el, iaitu “Sa da ra” yang membawa maksud sesuatu yang berada pada permulaan setiap perkara, dalam kata lain, sesuatu yang berbentuk asal atau tulen (Ibrahim, 1972). Manakala dalam bahasa Inggeris, sumber disebut dengan source yang diterjemahkan sebagai supplying information iaitu pembekal maklumat (Joyce M.Hawkins, 2011).

Para sarjana cuba memberikan pendefinisian berkenaan sumber sejarah, supaya ianya dapat difahami dengan mudah, antaranya ialah definisi yang dikemukakan oleh E.H Carr, sumber sejarah merujuk kepada bahan-bahan sejarah yang amat luas meliputi pelbagai sifat mengenai peristiwa sejarah masa lampau. Contohnya, pelbagai tinggalan-tinggalan manusia dan aktiviti pengeluaran manusia dapat memberi makna dan pengetahuan tentang sesuatu fakta sejarah berdasarkan kepada tinggalan tengkorak manusia yang pernah hidup pada zaman pra sejarah (E.H Carr, t.th).

Menurut R.G. Collingwood dalam bukunya Idea of History, menyatakan bahawa sumber ialah teks yang mempunyai kenyataan mengenai sesuatu peristiwa sejarah dan disebalik kenyataan tersebut akan diklasifikasikan dan ditafsirkan mengikut keperluan ahli sejarah untuk menghasilkan penulisan sejarah yang tepat (Collingwood, 1985). Manakala menurut Louis, sumber sejarah ialah bahan bukti dalam bentuk tulisan, cacatan dan juga saksi utama kepada sesuatu peristiwa sejarah. Ianya menjadi kerumitan dan masalah kepada pengkaji sejarah untuk memilih sumber sejarah yang dianggap penting (Louis, 1969). Takrifan yang dikemukakan oleh sarjana barat ini, dapat disimpulkan bahawa sumber sejarah merujuk kepada bahan sejarah yang asal dan bersifat tulen, ianya terdiri dari teks, cacatan, dan individu yang menjadi saksi dalam sesuatu peristiwa serta semua peninggalan mereka yang mempunyai nilai sejarah.

Manakala para pengkaji sejarah masa kini mentakrifkan sumber seperti berikut, menurut Sayyidah Ismail Khasif dalam bukunya Masadir al-Tarikh al-Islamiy Manakala para pengkaji sejarah masa kini mentakrifkan sumber seperti berikut, menurut Sayyidah Ismail Khasif dalam bukunya Masadir al-Tarikh al-Islamiy

Kedatangan generasi kedua iaitu para tabi’e mengambil riwayat dalam bentuk lisan daripada para sahabat dan membukukan riwayat tersebut dengan meletakkan suatu displin baru dalam penulisan ilmu sejarah. Ekoran itu, beliau mendefinisikan sumber dengan definisi tersebut.

Menurut Ahmad bin Mansur, dalam bukunya, al-Madk hal Li Dirasah ‘Ilmi al- Tarikh wa al-Hadarah, beliau mentakrifkan sumber sebagai bahan sejarah yang asal dalam menentukan kekuatan dan kelemahan sesuatu maklumat sejarah. Atas dasar ini, beliau menyarankan para penyelidik supaya melihat sumber maklumat sejarah sebelum dilakukan analisa ke atas maklumat tersebut (Ahmad, 2009).

Manakala menurut Mohd.Yusof Ibrahim, beliau menyatakan bahawa kedudukan sumber dalam kajian sejarah ialah bagi menjawab persoalan kewibawaan dan ketulenan sesuatu peristiwa yang dikaji (Yusof, 2000). Ini dapat difahami bahawa sumber berperanan dalam menentukan kebenaran fakta-fakta yang dikemukakan oleh para pengkaji sejarah, tanpa dokongan sumber yang kuat, sesuatu dapatan kajian akan menjustifikasikan hasil yang lemah dan menyeleweng.

3.0 PERBEZAAN MASADIR DAN MARAJI’ DALAM KAJIAN SEJARAH ISLAM

Persoalan sumber menjadi keutamaan dalam pengkajian sejarah dan tamadun Islam. Ini bertepatan dengan sifat sejarah Islam yang mempunyai hubungkait dengan persoalan akidah, syariat dan akhlak Islam. Tamadun Islam merupakan sebuah tamadun yang berdiri dalam tempoh yang lama bermula sejak era kenabian, khulaf a’ al-Rashidin, Umawiyyah dan Abasiyyah serta Uthmaniyyah. Tamadun tersebut telah melalui pelbagai cabaran yang melibatkan ramai tokoh-tokoh penting, menjadi watak yang berdiri di atas latar peristiwa yang pelbagai. Hal ini sebenarnya menjadi cabaran Persoalan sumber menjadi keutamaan dalam pengkajian sejarah dan tamadun Islam. Ini bertepatan dengan sifat sejarah Islam yang mempunyai hubungkait dengan persoalan akidah, syariat dan akhlak Islam. Tamadun Islam merupakan sebuah tamadun yang berdiri dalam tempoh yang lama bermula sejak era kenabian, khulaf a’ al-Rashidin, Umawiyyah dan Abasiyyah serta Uthmaniyyah. Tamadun tersebut telah melalui pelbagai cabaran yang melibatkan ramai tokoh-tokoh penting, menjadi watak yang berdiri di atas latar peristiwa yang pelbagai. Hal ini sebenarnya menjadi cabaran

Berhubung dengan sumber sejarah, ramai kalangan sarjana Islam telah menyatakan pandangan, antaranya ialah pandangan Akbar Shah Najeebabadi dalam bukunya The History of Islam, beliau menyatakan bahawa bidang pengkajian sejarah Islam memerlukan kepada Masadir dan Maraji ’. Beliau mentakrifkan Masadir sebagai “The Solid Evidences”, iaitu bukti sejarah yang tulen. Ianya merujuk kepada

manuskrip, kitab-kitab turath dan bahan-bahan sejarah dalam bentuk asal. Manakala Maraji’ pula ditakrifkan sebagai “The Repeated Narratives”, iaitu suatu cacatan yang diperolehi daripada bahan asal sejarah, dalam kata lain, M araji’ bukan suatu yang

bersifat tulen (Akbar, 2000). Menurut Rozeman Abu Hassan, Masadir dan Maraji’ boleh disamakan dengan

dengan sumber primer dan sumber sekunder dalam pengkajian sejarah sarjana barat. Beliau menyatakan bahawa sumber primer ialah sumber yang menjadi punca pertama bagi ahli sejarah untuk memahami sesuatu peristiwa yang telah lepas. Ianya berfungsi sebagai bukti kepada ahli sejarah yang berguna dalam membina tafsiran serta hujah- hujah untuk menyokong tafsiran tersebut (Rozeman, 2004). Berdasarkan kenyataan ini, dapat difahami bahawa Masadir diklasifikasikan sebagai sumber primer dalam pengkajian sejarah dan ianya mempunyai peranan penting dalam bidang pengkajian sejarah dan tamadun Islam.

Jika berpandukan kepada pendapat Rozeman, M araji’ pula dikatogeri sebagai sumber sekunder. Sumber sekunder pula ditakrifkan sebagai karya yang sudah diproses daripada bahan mentah (Abdul Rahman, 1996). Yusof Ibrahim pula menyatakan bahawa sumber sekunder ialah kajian yang dilaksanakan oleh seseorang atau kumpulan tentang sesuatu peristiwa. Kajian tersebut adalah berdasarkan sumber- sumber utama (Yusof, 1985). Daripada pendapat ini, dapat disimpulkan bahawa, Masadir ialah sumber primer, manakala M araji’ merupakan sumber sekunder.

Namun terdapat keadaan di mana Masadir itu dianggap sebagai Maraji’. Ini berdasarkan kepada kenyataan Azmul Fahimi, dalam mengulas metode penulisan

Miskawayh kepada dua iaitu Mukhtasar (epitome) dan Tajribi (empirikal). Mukhtasar merujuk kepada sejarah universal, manakala Tajribi pula merujuk kepada sejarah kontemporori. Sejarah universal menurut Azmul Fahimi, ialah sejarah yang meliputi periodisasi atau sejarah dalam bentuk umum. Manakala sejarah kontemporori pula, ialah sejarah yang berbentuk semasa atau sezaman dengan pengkaji sejarah (Azmul, 2012).

Azmul dalam mengaitkan Masadir dan M araji’ dengan kedua-dua metode yang diaplikasi oleh Miskawayh, menyatakan bahawa M araji’ digunapakai oleh Miskawayh dalam membicarakan tentang sejarah universal. Sebagai contoh, dalam membicarakan perihal period Rasulullah s.a.w, Khulafa al-Rasidin dan pemerintahan Umawiyyah. Miskawayh merujuk kepada kitab Tarikh al-Rusul wa al-Umam, tulisan al-Tabari dan kitab Tarikh Thabit tulisan Ibn Sinan.

Umum mengetahui bahawa kitab al-Tabari merupakan Masadir, namun ianya dianggap sebagai Maraji’ dalam konteks penulisan Miskawayh kerana beliau tidak hidup pada zaman awal Islam. Beliau hanya menyalin maklumat yang tidak diketahuinya secara umum daripada kitab-kitab tersebut dalam menjustifikasikan landasan sejarah yang akan dibincangkan olehnya. Dalam sejarah kontemporori atau sejarah semasa pula, Miskawayh merujuk kepada Masadir, iaitu saksi melihat, dokumen kerajaan dan bukti-bukti peribadi. Masadir dalam konteks ini, merujuk kepada bahan-bahan sejarah yang dijumpai sendiri oleh Miskawayh. Hal ini diklasifikasikan sebagai penemuan semasa iaitu sezaman dengan ahli sejarah.

Kenyataan yang dikemukakan oleh Azmul itu turut dinyatakan oleh Mohd. Abd. al- Mun’im, bahawa Masadir ialah bahan sejarah yang wujud pada zaman pengkaji. Pendapat beliau diasaskan kepada kenyataan Abi Tamam yang meletakkan Risalah Ibn al- Mu’tazzi sebagai Masadir. Ini kerana Ibn al-Mu’tazzi dengan Abi Tamam sezaman. Ibn al- Mu’tazzi wafat pada 296 H manakala Abi Tamam wafat pada 231 H. Selain itu juga, Ibn al- Mu’tazzi yang mempunyai kepakaran dalam bidang sastera arab, menjadi faktor Abi Tamam meletakkan karya beliau sebagai Masadir (Mohd. Abd. al- Mun’im, 1992).

Penentuan Masadir berpandukan kepada masa atau zaman pengkaji, adalah Penentuan Masadir berpandukan kepada masa atau zaman pengkaji, adalah

Daripada takrifan yang telah dinyatakan oleh para sarjana tentang Masadir dan Maraji’ dapat disimpulkan bahawa Masadir adalah sumber primer yang terdiri

daripada manuskrip, kitab-kitab turath dan bahan-bahan sejarah dalam bentul asal. Manakala Maraji’ pula sebagai sumber sekunder yang terdiri daripada buku-buku atau karya yang dihasilkan berasaskan kepada sumber primer. Namun, terdapat keadaan, di mana Masadir itu diklasifikasikan sebagai Maraji’. Hal ini disebabkan, faktor masa ahli sejarah itu sendiri.

Perbezaan antara Masadir dan Maraji’ dilihat dari sudut ketulenan bahan sejarah, namun ianya tetap mempunyai persamaan dari sudut kedua-duanya menjadi rujukan dalam memahami sesuatu peristiwa sejarah. Secara kesimpulannya, Masadir dan Maraji’ adalah sumber penting yang diaplikasi oleh para pengkaji sejarah dan tamadun Islam. Kekuatannya akan menatijahkan analisa sejarah yang tepat dan benar.

4.0 CIRI-CIRI MASADIR

Takrifan Masadir yang dikemukakan oleh para sarjana, secara umumnya, dapat difahami bahawa Masadir ialah sumber sejarah dalam bentuk bahan asal dan bersifat tulen, ianya terdiri dari teks, cacatan, dan individu yang menjadi saksi dalam sesuatu peristiwa serta semua peninggalan mereka yang mempunyai nilai sejarah. Bagi memahami kondusi Masadir dalam pengkajian sejarah, sewajarnya diketahui ciri-ciri bagi Masadir. Pemahaman tentang ciri-ciri Masadir menjadi keutamaan bagi para pengkaji sejarah dalam menentukan ketepatan maklumat atau fakta yang dikaji seterusnya akan menatijah suatu keputusan yang tepat.

Antara pengkaji yang membincangkan tentang ciri-ciri Masadir, ialah Mohd.

Adabiyyah . Menurut beliau terdapat tiga ciri-ciri yang perlu ada pada bahan sejarah bagi membezakan Masadir dan Maraji’ (Mohd. Abd. al-Mun’im, 1992). Ciri-ciri tersebut ialah seperti berikut;

i. Masadir merupakan catatan bernilai yang tidak pernah dihasilkan sebelumnya.

ii. Masadir adalah bahan mentah yang belum diproses atau mengalami perubahan.

iii. Masadir merupakan bahan yang terhad dan amat sukar untuk didapati dan diperolehi.

Manakala menurut sarjana barat pula, iaitu Louis Gottschalk dalam menyatakan ciri-ciri bagi sumber primer, beliau menyenaraikan tujuh ciri-ciri yang perlu ada pada sesuatu bahan sejarah untuk diklasifikasikan sebagai sumber primer (Louis, 1969). Senarai tersebut ialah;

i. Kandungannya masih baharu dan dihasilkan oleh idea-idea kreatif.

ii. Kekal dalam bahasa asal dan tidak diterjemah dalam bahasa lain.

iii. Masih belum ditafsir oleh sejarawan. iv. Teks yang sebenar dan tidak diubahsuai atau ditokok tambah.

v. Sumber maklumat pertama dalam suatu pengkajian. vi. Bahan mentah yang belum diproses ataupun mengalami perubahan secara fizikal. vii. Sukar diperolehi kerana terhad, sulit, terhapus, berada dalam milikan peribadi atau orang persendirian.

Berdasarkan kepada ciri-ciri yang dinyatakan oleh Louis, dapat difahami bahawa sumber primer ditentukan oleh penafsiran ahli sejarah yang melihat dari sudut ketulenan bahan sejarah. Persoalan berkenaan ciri-ciri sebenarnya menurut sarjana barat, tidak boleh ditentukan secara umum sebaliknya penentuannya dibuat berdasarkan kepada penafsiran ahli sejarah (Rozeman, 2004).

Ciri-ciri Masadir sebagaimana yang dinyatakan oleh kedua-dua pengkaji sejarah, menunjukkan bahawa bukan semua bahan sejarah boleh diklasifikasikan sebagai Masadir. Namun, terdapat beberapa katogeri yang sewajarnya dikenalpasti oleh setiap pengkaji dalam melakukan kajian. Ketepatan fakta dan analisa yang dibuat Ciri-ciri Masadir sebagaimana yang dinyatakan oleh kedua-dua pengkaji sejarah, menunjukkan bahawa bukan semua bahan sejarah boleh diklasifikasikan sebagai Masadir. Namun, terdapat beberapa katogeri yang sewajarnya dikenalpasti oleh setiap pengkaji dalam melakukan kajian. Ketepatan fakta dan analisa yang dibuat

Mun’im hendaklah diperhalusi dan dinyatakan penjelasan serta mengemukakan contoh-contoh yang bersesuaian supaya kefahaman dapat dicapai sebelum melakukan

kajian terhadap sesuatu peristiwa sejarah.

4.1 Huraian Ciri-Ciri Masadir

Masadir mempunyai ciri-ciri khusus yang membezakannya dengan M araji’ dalam konteks pengkajian sejarah dan tamadun Islam. Berdasarkan kepada kenyataan Mohd Abd. al- Mun’im yang telah menyatakan bahawa terdapat tiga ciri-ciri asas bagi masadir yang membezakannya dengan M araji’. Dalam hal ini, kajian ini, cuba untuk meneliti secara terperinci ciri-ciri Masadir yang dikemuka oleh Abd. al- Mun’im dan menghuraikan dengan mengemukakan beberapa contoh serta melakukan penambahan ciri-ciri yang lain berdasarkan kepada tinjauan yang dilakukan terhadap pengkajian sejarah masa kini. Penelitian ciri-ciri Masadir adalah seperti berikut;

4.1.1 Masadir merupakan cacatan yang tidak pernah dihasilkan

Penentuan sama ada sesuatu sumber atau bahan sejarah itu diklasifikasikan sebagai Masadir atau Maraji, ianya bergantung kepada penghasilan bahan tersebut. Penghasilan dalam bentuk asal dan bersifat tulen akan dikatogerikan bahan tersebut sebagai Masadir. Ini dapat dilihat pada keaslian bahan tersebut yang tidak pernah dihasilkan sebelumnya, contohnya, manuskrip. Manuskrip merupakan hasil cetusan idea sesebuah masyarakat dalam memindahkan sesuatu pengetahuan dari seorang kepada seorang yang lain (Abd. Razak, 2009). Penghasilan manuskrip oleh sarjana Penentuan sama ada sesuatu sumber atau bahan sejarah itu diklasifikasikan sebagai Masadir atau Maraji, ianya bergantung kepada penghasilan bahan tersebut. Penghasilan dalam bentuk asal dan bersifat tulen akan dikatogerikan bahan tersebut sebagai Masadir. Ini dapat dilihat pada keaslian bahan tersebut yang tidak pernah dihasilkan sebelumnya, contohnya, manuskrip. Manuskrip merupakan hasil cetusan idea sesebuah masyarakat dalam memindahkan sesuatu pengetahuan dari seorang kepada seorang yang lain (Abd. Razak, 2009). Penghasilan manuskrip oleh sarjana

15. Manuskrip asal boleh didapati di Pusat Penyimpangan Utama Manuskrip Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) (Mustaqim, 2009). Daripada contoh ini, dapat difahami bahawa antara ciri-ciri Masadir ialah bahan tersebut tidak pernah dihasilkan pada sebelumnya.

4.1.2 Masadir adalah bahan mentah belum yang diproses atau mengalami perubahan

Masadir antara ciri-cirinya bagi membezakannya dengan M araji’ ialah Masadir terdiri daripada bahan mentah yang belum diproses atau mengalami sebarang perubahan. Dalam pengkajian sejarah Islam, terdapat kitab- kitab atau karya ulama’ terdahulu yang berbentuk asal dan bersifat tulen. Ketulenan kitab-kitab tersebut diakui oleh para pengkaji sejarah selepas dianalisa dan dilakukan kajian terhadapnya. Antara contoh, kitab Ahsan al-Taqasim karangan al-Maqdisi. Kitab ini adalah kitab sejarah yang ditulis dalam bentuk geografi yang dapat dibuktikan dengan penyelidikan dan kajian sains (Mohd Syakir, 2014). Penulis kitab ini adalah seorang yang bernama al- Maqdisi, beliau merupakan ahli geografi Arab. Mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pengembaraan lantaran minatnya dalam bidang tersebut. Hasil pengembaraan yang dilakukan, beliau mencatatnya dlm sebuah buku yang dinamakan dengan judul Ahsan al-Taqasim. Menerusi kitab ini, generasi terkemudian boleh mengetahui jumlah sungai dan lautan di dunia Islam dan diikuti pula nama-nama tempat seperti nama kampung dan Bandar yang dilawatinya. Kitab ini secara umumnya menyimpan suatu pengalaman hasil daripada pemerhatian seorang pengkaji. Maka dapat diklasifikasikan bahawa kitab ini merupakan bahan mentah Masadir antara ciri-cirinya bagi membezakannya dengan M araji’ ialah Masadir terdiri daripada bahan mentah yang belum diproses atau mengalami sebarang perubahan. Dalam pengkajian sejarah Islam, terdapat kitab- kitab atau karya ulama’ terdahulu yang berbentuk asal dan bersifat tulen. Ketulenan kitab-kitab tersebut diakui oleh para pengkaji sejarah selepas dianalisa dan dilakukan kajian terhadapnya. Antara contoh, kitab Ahsan al-Taqasim karangan al-Maqdisi. Kitab ini adalah kitab sejarah yang ditulis dalam bentuk geografi yang dapat dibuktikan dengan penyelidikan dan kajian sains (Mohd Syakir, 2014). Penulis kitab ini adalah seorang yang bernama al- Maqdisi, beliau merupakan ahli geografi Arab. Mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pengembaraan lantaran minatnya dalam bidang tersebut. Hasil pengembaraan yang dilakukan, beliau mencatatnya dlm sebuah buku yang dinamakan dengan judul Ahsan al-Taqasim. Menerusi kitab ini, generasi terkemudian boleh mengetahui jumlah sungai dan lautan di dunia Islam dan diikuti pula nama-nama tempat seperti nama kampung dan Bandar yang dilawatinya. Kitab ini secara umumnya menyimpan suatu pengalaman hasil daripada pemerhatian seorang pengkaji. Maka dapat diklasifikasikan bahawa kitab ini merupakan bahan mentah

4.1.3 Masadir adalah terhad dan sukar diperolehi

Ciri-ciri Masadir antaranya ialah sesuatu bahan sejarah itu jumlahnya adalah terhad dan sukar diperolehi. Kuantitinya yang sedikit dalam keadaan ianya mempunyai nilai dalam pengkajian sejarah Islam menjadikan bahan tersebut lebih bernilai, disamping kesukaran untuk memperolehinya. Kesukaran di sini dibahas dalam dua bentuk, sama ada sukar untuk mendapatkan bahan tersebut atau sukar untuk memahami tulisan dan kandungan yang terdapat padanya (Titi Farhanah, 2009). Biasanya ditemui dalam bentuk cacatan individu yang melibat penulisan seorang tokoh tentang dirinya dalam bentuk diari atau biografi. Antara contohnya, ialah penulisan Sheikh Ahmad bin Abdul Latif al-Minangkabawi yang pernah menulis perihal dirinya menerusi sebuah kitab berjudul al-Qaul al-Hanif fi turjumah tarikh hayati Ahmad bin Abdul Latif.

Buku ini berbentuk penceritaan pengalaman, sejarah dalam menuntut ilmu, sumbangan dalam bidang ilmu dan penceritaan tentang keluarga. Kitab ini menjadi sumber utama dalam mengkaji perihal tokoh ini bagi melihat ketokohan beliau dalam pelbagai aspek termasuk kekeluargaan, sumbangan ilmu dan perkembangan dakwah serta penyebaran ilmu yang dilakukan oleh beliau. Kitab ini berbentuk tunggal dan terhad serta sukar untuk diperolehi. Namun, bagi menilai kebenaran fakta yang dinyatakan menerusi kitab tersebut, para pengkaji khususnya perlu melihat dan melakukan penyelidikan terhadap fakta yang kemukakan dalam karya tersebut. Para pengkaji semasa, antaranya Mat Ropa Ismail dari Universiti Putra Malaysia, yang terlibat secara langsung dengan kajian bidang matematik alam Melayu mengakui bahawa kitab tersebut merupakan hasil penulisan Ahmad bin Abdul Latif, kenyataan Buku ini berbentuk penceritaan pengalaman, sejarah dalam menuntut ilmu, sumbangan dalam bidang ilmu dan penceritaan tentang keluarga. Kitab ini menjadi sumber utama dalam mengkaji perihal tokoh ini bagi melihat ketokohan beliau dalam pelbagai aspek termasuk kekeluargaan, sumbangan ilmu dan perkembangan dakwah serta penyebaran ilmu yang dilakukan oleh beliau. Kitab ini berbentuk tunggal dan terhad serta sukar untuk diperolehi. Namun, bagi menilai kebenaran fakta yang dinyatakan menerusi kitab tersebut, para pengkaji khususnya perlu melihat dan melakukan penyelidikan terhadap fakta yang kemukakan dalam karya tersebut. Para pengkaji semasa, antaranya Mat Ropa Ismail dari Universiti Putra Malaysia, yang terlibat secara langsung dengan kajian bidang matematik alam Melayu mengakui bahawa kitab tersebut merupakan hasil penulisan Ahmad bin Abdul Latif, kenyataan

Secara umumnya dapat dinyatakan bahawa Masadir mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakan dengan M araji’. Ciri-ciri yang telah dinyatakan ini sewajarnya diketahui dan dikenalpasti oleh para pengkaji sejarah, khusus pengkaji sejarah Islam. Kesilapan dan kelemahan olahan fakta sejarah kadangkala berpunca daripada pemilihan dan penentuan sumber yang tidak mencapai tahap masadir dan yang tidak memiliki ciri-ciri yang telah dinyatakan. Kegagalan ini akan mengakibatkan kekurangan berlaku kepada fakta sejarah.

Namun, dalam pengkajian sejarah, sebarang sumber atau Masadir yang digunakan pakai dalam penyeledikan, kebiasaannya akan dilakukan beberapa kritikan terhadap bahan tersebut. Kritikan dalaman dan luaran akan dilakukan bagi menjustifikasikan analisa sejarah yang tepat dan benar. Bukan sekadar mengambil bahan yang memenuhi ciri-ciri ini dan terus dijadikan sumber tanpa meninjau semula kronologi yang berlaku disebalik sumber-sumber tersebut.

Bidang yang memainkan peranan dalam meneliti sumber ini ialah bidang histrografi atau pensejarahan Islam. Persejarahan Islam merupakan bidang kajian yang berterusan dan berkembang tentang metodologi, teori dan falsafah penulisan sejarah dalam kalangan sejarawan Islam. Pengolahan idea, penyusunan maklumat sejarah, tipologi sumber dan pengunaan metode khusus menjadi antara fokus utama para sejarawan moden dan kontemporori dalam menanggapi karya-karya hebat dalam pensejarahan Islam (Wan Kamal, 2014).

Secara umum dapat dinyatakan bahawa Masadir sebagai sumber utama yang memainkan peranan penting dalam bidang sejarah dan tamadun Islam. Rujukan kepada Masadir adalah suatu tuntutan dan keperluan kepada para penyelidik dalam menghasilkan suatu analisa terhadap fakta sejarah yang telah dikemukakan, selainnya ianya dirujuk untuk menyelesaikan masalah dalam penyelewengan fakta dan Secara umum dapat dinyatakan bahawa Masadir sebagai sumber utama yang memainkan peranan penting dalam bidang sejarah dan tamadun Islam. Rujukan kepada Masadir adalah suatu tuntutan dan keperluan kepada para penyelidik dalam menghasilkan suatu analisa terhadap fakta sejarah yang telah dikemukakan, selainnya ianya dirujuk untuk menyelesaikan masalah dalam penyelewengan fakta dan

5.0 PEMBAHAGIAN MASADIR

Masadir umumnya dibahagikan kepada beberapa kategori. Pembahagian dilakukan berdasarkan kepada tinjauan terhadap aplikasi ahli sejarah masa kini dalam menganalisa fakta-fakta sejarah. Pembahagian telah dilakukan oleh pengkaji sejarah masa kini, iaitu Akbar Shah Najeebabadi dalam bukunya The History of Islam, di mana beliau telah membuat pembahagian masadir berdasarkan kepada aplikasi sejarawan masa kini, namun beliau tidak menyenaraikannya secara terperinci dalam buku beliau.

Umum mengetahui, bidang pengkajian sejarah Islam bergantung kepada sumber utama ajaran Islam, ialah sumber al- Qur’an dan al-Sunnah. Kebergantungan ini adalah dari sudut fakta sejarah Islam yang tidak boleh sama sekali menyalahi kedua-dua sumber ajaran Islam ini. Kedua-duanya adalah berasaskan wahyu Ilahi yang sifat ketulenannya tidak boleh dipertikaikan. Para sejarawan pada asasnya dalam menyatakan fakta-fakta sejarah, mereka akan mengaitkan setiap fakta dengan al- Qur’an dan riwayat hadith bagi menyokong hujah mereka (Ahmad, 2009). Ini dapat

dilihat melalui tulisan al-Tabari menerusi kitabnya Tarikh al-Umam wa al-Muluk yang turut menyentuh ayat-ayat al- Qur’an dalam menyatakan perihal kaum-kaum terdahulu. Begitu juga al-Maqdisi iaitu seorang tokoh pengembaraan Arab yang memilik karya yang berjudul Ahsan al-Taqasim, di mana kekuatan penceritaan yang dikemukakan oleh beliau ialah hasil daripada pemerhatian beliau sendiri dan berpandukan kepada al-Quran yang menjadi panduan asas kepada beliau untuk melakukan pencarian dalam penjelajahannya (Wan Kamal Mujani, 2014).

Namun, kertas kerja ini tidak menyentuh peranan al- Qur’an dan al-Sunnah sebagai sumber utama kepada pengkajian sejarah Islam, kerana penulis berpendapat bahawa kedua-dua sumber ini tidak perlu dibahas tentang keasliannya dan kebenaran faktanya, namun bukan bermaksud menafikan al- Qur’an dan al-Sunnah sebagai Masadir utama kepada keseluruhan ilmu Islam.

Pembahagian Masadir seperti yang dinyatakan, terbahagi kepada tujuh katogeri. Penulis menetapkan pembahagian kepada tujuh katogeri itu kerana hasil tinjauan yang dilakukan oleh penulis terhadap kitab-kitab dan bahan-bahan tinggalan sejarah yang dilihat sebagai termasuk dalam pengkhususan bahan atau karya yang bersifat asal. Lantaran itu, pembahagian kepada tujuh katogeri ini dipilih oleh penulis dalam kertas kerja ini. Katogeri pembahagian tersebut adalah seperti berikut;

5.1 Kitab Klasik

Kitab klasik atau dalam istilah Arab disebut dengan perkataan turath. Ianya merujuk kepada karya lama yang telah dihasilkan oleh para sarjana Islam masa lampau. Ianya merupakan hasil penulisan atau terjemahan karya-karya agama yang berasal daripada bahasa Arab (Zalila & Jamilah, 1993). Perkataan turath itu sendiri membawa maksud warisan atau tinggalan yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Lantaran itu kitab jenis ini diklasifikasikan sebagai Masadir atau sumber primer dalam pengkajian sejarah. Wan Mohd Shagir menyatakan bahawa cabaran kepada para pengkaji sejarah yang ingin mengkaji sumber turath ini ialah kesukaran dalam memahami teks dan kandungannya yang bersifat klasik (Wan Mohd Shagir, 2012).

Tradisi pengajian Islam kebanyakan telah menjadikan kitab turath sebagai subjek di pusat pengajian tinggi Islam dan sekolah-sekolah agama (Zalila & Jamilah, 1993). Kitab-kitab turath yang dihasilkan melalui tulisan tangan para ulama besar menjadi Masadir dan berperanan penting serta menjadi rujukan bagi penyelidik yang berhasrat mengkaji sejarah Islam.

Kitab turath secara umumnya terbahagi kepada beberapa jenis. Pembahagian Kitab turath secara umumnya terbahagi kepada beberapa jenis. Pembahagian

5.1.1 Kitab Sirah dan Maghazi

Kitab sirah yang terkenal dalam dunia Islam antaranya, kitab al-Maghazi yang dikarang oleh tokoh besar dalam ilmu sejarah Islam, iaitu Ibn Ishaq (152 H). Namun menurut al- Siba’ie, kitab tersebut tidak sampai kepada generasi masa kini (al- Siba’ie,1985). Walhal demikian, kandungan kitab tersebut masih boleh didapati melalui penulisan anak muridnya, iaitu Ibnu Hisham menerusi kitab beliau berjudul Sirah Ibn Hisham .

Selain kitab Ibn Ishaq, terdapat pula kitab dengan judul yang sama iaitu Kitab al-Maghazi tulisan Muhammad bin Umar al-Waqidi (207 H). Beliau merupakan seorang ulama’ yang lahir pada tahun 130 H di akhir pemerintahan khalifah Marwan bin Muhammad (Marsdent Jones, 1966).

Kitab al-Maghazi milik al-Waqidi, menyatakan tentang perihal peperangan yang melibatkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat dalam menyebarkan ajaran Islam. Perbahasan dalam bentuk klasik dengan penceritaan yang disokong riwayat yang sahih, menjadikan kitab ini lebih bernilai dan bermutu tinggi dari sudut sejarah. Lantaran itu, kitab ini diklasifikasikan sebagai Masadir yang perlu dirujuk oleh para pengkaji bagi mengetahui peristiwa-peristiwa berkaitan dengan peperangan pada zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat.

Selain daripada kitab ini, terdapat kitab lain yang membincangkan tentang sirah Rasulullah s.a.w. iaitu kitab Sirah Ibnu Hisham. Kitab ini menurut al- Siba’ie, ditulis oleh Abu Muhammad Abdul Malik bin Ayub al-Humairi (213 H) atau lebih dikenali dengan nama Ibnu Hisham. Beliau menulis kitab sirah ini dengan mengambil riwayat daripada Ibnu Ishak sebagaimana yang diriwayatkan oleh al- Buka’i (al- Siba’ie, 1985). Kitab ini muncul sebagai kitab paling tepat dalam menyatakan riwayat Selain daripada kitab ini, terdapat kitab lain yang membincangkan tentang sirah Rasulullah s.a.w. iaitu kitab Sirah Ibnu Hisham. Kitab ini menurut al- Siba’ie, ditulis oleh Abu Muhammad Abdul Malik bin Ayub al-Humairi (213 H) atau lebih dikenali dengan nama Ibnu Hisham. Beliau menulis kitab sirah ini dengan mengambil riwayat daripada Ibnu Ishak sebagaimana yang diriwayatkan oleh al- Buka’i (al- Siba’ie, 1985). Kitab ini muncul sebagai kitab paling tepat dalam menyatakan riwayat

Kitab Tabaqat Ibnu Saad juga merupakan kitab yang membicarakan tentang sirah Rasulullah s.a.w. Kitab ini merupakan sebuah karya Muhammad bin Saad bin Mani’ al-Zuhriy (230 H). Beliau dilahirkan di Basrah, Iraq dan merupakan seorang

penulis kepada Muhammad bin Umar al-Waqidi (207 H). Ibnu Saad telah menyatakan dalam karyanya ini tentang nama- nama para sahabat, tabi’ie selain daripada menceritakan tentang sirah Rasulullah s.a.w. Beliau turut menyentuh tentang kabilah- kabilah arab dan tempat yang didiami oleh mereka (al- Siba’ie, 1985). Menurut al- Siba’ie, kitab ini dikatogerikan sebagai Masadir dalam pengkajian sirah Rasulullah s.a.w. Al- Siba’ie telah menyenaraikan kitab ini dalam muqadimmah kitab Sirah beliau iaitu Sirah Nabawiyyah Durus wa Ibar dalam memperihalkan tentang kelebihan sirah Rasulullah s.a.w dan sumber-sumber yang perlu dirujuk bagi mengetahui tentang perjalanan kehidupan Rasulullah s.a.w.

Pada umumnya, kitab yang menjadi rujukan Sirah Nabawiyyah dalam pengkajian sejarah Islam terlalu banyak. Namun sebahagian yang disebut oleh penulis, antara kitab-kitab yang disebut oleh masyarakat masa kini dalam membicarakan tentang sifat Rasulullah s.a.w. Kitab-kitab tersebut mempunyai kekuatan masing- masing dari sudut menjadi Masadir dalam pengkajian sejarah dan tamadun Islam terutama yang berkait dengan Sirah Rasulullah s.a.w.

5.1.2 Kitab Tarikh

Kitab tarikh atau kitab sejarah merupakan salah satu daripada Masadir dalam pengkajian sejarah Islam dan ianya termasuk dalam katogeri kitab klasik atau turath lantaran kitab tersebut telah dihasilkan oleh sarjana Islam pada zaman lampau.

Kitab sejarah yang terkenal dalam pengkajian sejarah Islam ialah kitab Tarikh al-Tabari atau nama penuhnya, Tarikh al-Umam wa al-Muluk. Nama sebenar beliau, ialah Abu Jaafar, Muhammad bin Jarir (310 H). Kitab beliau merupakan sebuah kitab

Adam sehingga ke era Nabi Muhammad s.a.w. dan khulafa al-Rashidin serta khalifah Islam kerajaan Umawiyyah. Penceritaan secara meluas itu dihimpun oleh al-Tabari menerusi kitab ini. Para pengkaji yang ingin melihat sejarah umat-umat terdahulu boleh merujuk kitab ini.

Selain kitab al-Tarikh al-Umam wa al-Muluk, terdapat kitab lain yang diklasifikasikan sebagai Masadir. Iaitu kitab al-Kamil fi al-Tarikh, kitab ini merupakan karya sejarah yang bersifat umum (al-Tarikh al-Am) dan hampir-hampir menyamai kitab yang dihasilkan oleh al-Tabari. Ianya dituliskan oleh Izzuddin Abu al-Hasan Ali bin Muhammad bin Abdul Karim al-Shaybani al-Jazari (630 H) yang lebih dikenali dengan nama Ibnu al-Athir yang dilahirkan di Jazirah Ibnu Umar iaitu sebuah kota yang berhampiran dengan Mosul di Iraq. Menurut Ibnu Khalikan (681 H), Ibnu al-Athir merupakan seorang ulama yang mahir tentang sejarah awal dan semasa serta berpengetahuan luas mengenai Ansab al-Arab, Ayyam al-Arab dan Akhbar al- Arab terutama tentang sahabat nabi s.a.w (Ibnu Khalikan, t.th).

Karya beliau, al-Kamil fi al-Tarikh mengandungi maklumat sejarah sejak Bad al-Khaliqah hingga ke zaman beliau. Ibnu al-Athir sendiri telah menjelaskan faktor yang mendorong beliau menulis kitab ini ialah kerana minatnya yang mendalam terhadap sejarah. Kaedah penulisan kitab ini, ialah dengan mengunakan kaedah kronologi dengan mengumpulkan peristiwa-peristiwa kecil yang berlaku pada sesuatu tahun dan menyatakan tokoh serta sumbangan dan kewafatannya. Penulisan ini juga diselit dengan ayat al-Quran dan hadis serta syair-syair arab (Wan Kamal Mujani, 2014).

Antara kitab sejarah lain yang mashur dalam pengkajian sejarah dan tamadun Islam, ialah kitab al-Bidayah wa al-Nihayah karangan Abu al-Fida, Ismail bin Umar bin Khatir atau lebih dikenali dengan panggilan Ibnu Khatir. Beliau merupakan seorang ilmuan hebat yang lahir di sebuah kampung bernama Majdal iaitu sebuah daerah di Kota Busra yang terletak di timur Damsyik pada abad 8 Hijrah.

Kitab al-Bidayah wa al-Nihayah yang dikarang oleh beliau merupakan sebuah kitab sejarah yang memperihalkan kisah para Nabi dan umat terdahulu berdasarkan maklumat yang terdapat dalam al-Quran dan Hadis. Beliau telah menyingkap Kitab al-Bidayah wa al-Nihayah yang dikarang oleh beliau merupakan sebuah kitab sejarah yang memperihalkan kisah para Nabi dan umat terdahulu berdasarkan maklumat yang terdapat dalam al-Quran dan Hadis. Beliau telah menyingkap

Terdapat sebuah lagi kitab klasik yang terkenal dalam pengkajian sejarah dan tamadun Islam iaitu kitab Tarikh Baghdad. Kitab ini merupakan sebuah karya yang dihasilkan oleh al-Khatib al-Baghdadi Abu Bakar Ahmad bin Thabit bin Ahmad (463

H) atau lebih dikenali dengan panggilan al-Khatib al-Baghdadi. Beliau merupakan seorang sarjana Islam yang banyak mengembara dengan tujuan untuk menuntut ilmu pengetahuan. Antara tempat yang pernah beliau lawati ialah Basrah, Kufah, Naysabur, Damsyik, Baitul Maqdis, Tarablus dan Halab. Antara penulisan beliau yang berkaitan dengan sejarah ialah kitab Tarikh Baghdad.

Kitab ini mengandungi maklumat biografi tokoh-tokoh terkemuka dalam pelbagai bidang berasal dari kota Baghdad atau mereka yang pernah mengunjungi Baghdad. Biografi tokoh-tokoh tersebut dikemukakan oleh al-Khatib al-Baghdadi mengikut susunan huruf abjad bermula dari huruf Alif hingga Ya. Beliau turut menyentuh tentang sejarah Baghdad yang meliputi binaan-binaan yang dibangunkan di sekitar kota Baghdad, peranannya dalam perkembangan ilmu pengetahuan dan lain- lain (Wan Kamal Mujani, 2014).

Kitab ini dikatogerikan sebagai Masadir atau sumber utama kerana ianya dihasilkan oleh seorang tokoh yang maklumatnya bergantung kepada pemerhatiannya dan pengalaman yang dilaluinya semasa berada di Baghdad serta pengembaraan yang dilakukan oleh beliau dengan penuh konsisten dalam menekuni setiap peristiwa dan perkembangan tokoh-tokoh yang terlibat.

Selain dari kitab tarikh Baghdad, terdapat pula kitab Tarikh Madinah Dimashq iaitu sebuah kitab tulisan seorang ulama yang bernama Abu al-Faraj Jamaluddin Abdul Rahman bin Ali bin Muhammad (572 H) yang lebih dikenali dengan gelaran Ibnu Asakir. Beliau telah menghasilkan kitab Tarikh Madinah Dimashq dalam tempoh jangka masa 30 tahun iaitu bermula dari tahun 529 H hingga 559 H (Wan Kamal Mujani, 2014).

Antara kandungan awal kitab ini ialah mengenai keistimewaan bandar Dimashq dan kawasan-kawasannya serta bangunan-bangunan yang terdapat di situ seperti masjid, gereja, kota dan istana. Ibnu Asakir kemudiannya mencatatnya biografi tokoh- tokoh terkenal seperti Khalifah, gabenor, kadi, ulama’, ahli bahasa, penyair, perawi-perawi yang berasal dari Dimashq atau mereka yang pernah mengunjungi kota yang bersejarah ini (Wan Kamal Mujani, 2014).

Metodologi penulisan beliau ketika membahaskan tokoh-tokoh tersebut adalah dengan mengekalkan kaedah isnad bagi huruf abjad yang bermula dari huruf Alif hingga Ya. Dari sudut sumber, beliau mengambil sumber lisan dari dari guru-gurunya atau dari kitab-kitab terdahulu seperti kitab al-Waqidi, al-Balazuri dan al-Bukhari.

Kitab ini yang dihasilkan pada abad ke-6 Hijrah, diklasifikasikan sebagai Masadir lantaran kedudukan kitab ini serta bentuk penghasilannya yang bersifat tulen dan asli ekoran penulisnya mengambil sumber lisan daripada generasi yang masih hidup bagi menceritakan keadaan masyarakat dan kota Dimashq. Kitab ini sesuai dijadikan rujukan khususnya bagi para penyelidik dalam melihat kembali pembangunan kota sejarah tersebut serta pembangunan dan perkembangan ilmu yang berlaku pada abad lampau.

Secara kesimpulan, kitab-kitab turath khusus dalam bidang sejarah dan tamadun Islam yang dikategorikan sebagai Masadir terlalu banyak, namun penulis mencatat beberapa buah sahaja daripada keseluruhan kitab-kitab tersebut bertujuan untuk memperkenalkan kepada umum tentang kitab-kitab tersebut. Para pengkaji disarangkan meneliti karya-karya ini dalam melakukan kajian khusus dalam bidang- bidang tertentu supaya setiap fakta-fakta yang dinyatakan itu diperolehi daripada Masadir yang benar dan tetap. Hal ini penting bagi mengelak daripada berlakunya penyelewengan dalam mengemukakan fakta sejarah.

5.1.3 Kitab Geografi

Penulisan kitab turath tidak tertakluk kepada kepada bidang sejarah dan maghazi sahaja, namun ianya turut berkembang dalam bidang-bidang yang baru seperti Penulisan kitab turath tidak tertakluk kepada kepada bidang sejarah dan maghazi sahaja, namun ianya turut berkembang dalam bidang-bidang yang baru seperti

Al-Balazuri menghasilkan kitab Futuh al-Buldan dalam membicarakan tentang pembukaan kota-kota besar Islam dan peristiwa yang berkait dengannya. Kitab ini menjadi Masadir terutama dalam mengkaji sejarah kota-kota dan tempat- tempat yang bersejarah hasil peninggalan umat Islam masa lalu.

Selain kitab Futuh al-Buldan, kitab Ahsan al- Taqasim Fi Ma’rifah al-Aqalim karangan seorang tokoh geografi Arab iaitu al-Maqdisi yang hidup pada abad ke-4 H. Al-Maqdisi merupakan seorang penulis yang dikenali dengan pelbagai nama dan panggilan yang berbeza-beza. Dikenali dengan nama al-Bashashari dan sarjana barat mengelarnya dengan panggilan Almocaddassy. Beliau merupakan seorang tokoh pengembara yang telah menjelajahi beberapa kota bermula dengan perjalanannya ke Kota Makkah dan disusuli kota-kota yang lain. Menurut Mohd Syahir, pemikiran al- Maqdisi sama seperti pemikiran Ibnu Battuta (Mohd Syahir, 2014).

Hasil daripada penjelajahan tersebut, al-Maqdisi mencatatkan segala yang dilihatnya melalui bukunya yang diberi judul Ahsan al-Taqasim Fi Ma’rifah al- Aqalim . Beliau menyatakan dalam pemerhatian beliau bahawa terdapat tidak lebih dari dua buah lautan yang dilihatnya berpandukan al-Quran. Dua lautan yang dilihatnya dikenali sebagai lautan China dan Mediterranean. Beliau juga mencatat dalam kitabnya sejumlah kota-kota yang dilawatinya seperti Tropoli, Tripolitania dan Damascus dan menperihalkan tentang masyarakat yang mendiami kawasan tersebut.

Kekuatan penceritaan yang dikemukakan oleh beliau ialah hasil daripada pemerhatian beliau sendiri bukan dengan merujuk kepada karya-karya lain melainkan al-Quran yang menjadi panduan asas kepada beliau untuk melakukan pencarian dalam penjelajahan. Kekuatan ini sekaligus mengangkat kitab ini , menjadikan sebagai Masadir dalam pengkajian sejarah dan tamadun Islam khususnya dalam mengetahui perabadan masyarakat Arab zaman dahulu dan kawasan-kawasan yang didiami oleh mereka serta sosial ekonomi yang menjadi latar kepada kehidupan mereka.

Kitab ini menjadi rujukan generasi selepasnya dalam mengenali kota-kota dan kawasan di dunia ini. Sentuhan penulisan berasaskan pengembaraan dan pengalaman yang dilihat sendiri oleh penulis menjadikan karya ini memiliki kehebatan dan kelebihan yang tersendiri. Kitab ini boleh dikatogerikan sebagai Masadir lantaran keaslian kandungan. Para pengkaji yang ingin mengkaji tentang kota-kota dan lautan yang terdapat di dunia ini, boleh merujuk kitab ini.

Selain al-Maqdisi, terdapat seorang tokoh lain bernama al-Maqrizi. Beliau mashur dengan karya hebatnya iaitu al- Mawa’iz wa al-I’bar bi Zikr al-Khutat wa al- Asar . Kitab ini dihasilkan pada tahun 1417 M. Dalam karyanya, al-Maqrizi sangat memperhatikan perbahasan tentang peninggalan yang tertulis. Karya ini dimulai dengan pengenalan sejarah dan geografi. Setelah ini beliau menerang negeri-negeri di Mesir (al-Maqrizi, 1967). Karya ini juga mencatat suatu penerangan tentang kota-kota dan kawasan di Mesir. Ini juga mengangkat kitab ini sebagai masadir dalam bidang pengkajian sejarah dan tamadun Islam.

Penulisan karya dalam bidang geografi di kalangan para pengembara muslim sangat banyak, ekoran tuntutan zaman bertujuan bagi mengetahui keadaan sesuatu tempat dan sosial kehidupan masyarakat di tempat tersebut. Ekoran daripada pengembaraan ini, munculnya pelbagai pengetahuan yang dimanafaatkan oleh umat Islam dalam kehidupan mereka. Lantaran wujudnya sebuah tamadun yang kukuh dan stabil hasil daripada aktiviti pengembaraan tokoh-tokoh Islam.

Walaubagaimana pun, penulis telah mengemukakan sebahagian daripada kitab-kitab geografi dalam kertas kerja ini bertujuan untuk menjadi contoh kitab yang boleh dirujuk oleh para pengkaji sejarah masa kini dalam mengkaji sejarah dan kaitannya dengan bidang geografi. Hal ini merupakan tanggungjawab para pengkaji dalam melakukan kajian, mereka perlu mendapatkan sumber yang tulen dan berbentuk asli dalam membahaskan perbincangan sejarah dan kaitannya dengan geografi.

5.1.4 Kitab Fiqh

Kitab fiqh klasik yang diklasifikasi sebagai Masadir terlalu banyak. Ini disebabkan ilmu fiqh yang luas dan didokong oleh pandangan imam-imam mazhab yang berbeza. Antara kitab fiqh yang terkenal pada kurun kedua hijrah iaitu kitab al-Kharaj oleh Abu Yusuf (182 H) iaitu anak murid kepada Abu Hanifah. Kitab tersebut merupakan karya Abu Yusuf yang dihasilkan oleh beliau setelah menerima arahan daripada khalifah Harun al-Rashid supaya dikarang suatu kitab mengenai pengurusan ekonomi.

Kitab ini menurut, Nurizal Ismail, merupakan sebuah nasihat daripada seorang ulama’ terhadap pemerintah dalam urusan ekonomi, termasuklah pengurusan cukai, pengagihan zakat dan pembahagian harta ghanimah iaitu harta rampasan perang (Nurizal Ismail, 2010).

Selain kitab al-Kharaj, kitab Imam Malik (796 H) iaitu Muwatta’ merupakan kitab fiqh klasik yang ditulis dalam bentuk pengumpulan hadith Nabi s.a.w. Kitab

Muwatta’ dalam sejarah Islam iaitu dalam era Abbasiyyah, pernah dicadangkan supaya dijadikan sebagai perlembangaan. Kitab ini, sekalipun himpunan hadith, tetapi tidak dikatogerikan dalam Sunan al-Sittah iaitu enam kitab-kitab sunan yang muktabar. Ini kerana, para ulama’ melihat bahawa kitab al-Muwwata’ ini merupakan sebuah kitab fiqh bukan kitab hadith (Sayyidah Khasif, 1976).

Pembahagian kitab-kitab klasik ini adalah berasaskan kepada tajuk dan skop penulisan para ulama’ masa lalu. Walaubagaimanapun, kitab-kitab ini, merupakan