PENGGUNAAN TEKNIK LE WI UNTUK MENINGKATK

PENGGUNAAN TEKNIK LE-WI UNTUK MENINGKATKAN KEBOLEHAN
MENULIS FOMULA INTEGRAL MENCARI LUAS ANTARA LENGKUNG
DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI JOHOR
LIM HWEE CHENG
NURUL ALIYAH HASSAN
NUR ZULIANA BINTI MUSTAFA

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan teknik LE-WI dalam
meningkatkan kemahiran pelajar Kolej Matrikulasi Johor menulis formula integral mencari luas
antara lengkung

yang merupakan subtopik

Determine The Area of A Region By Using

Technique of Integrtion. Tinjauan awal yang dilakukan menerusi temubual dan semakan
jawapan tutorial dan kuiz yang diberi mendapati bahawa pelajar menghadapi masalah dalam
menulis formula integral luas antara lengkung ini dengan betul. Teknik LE-WI ialah teknik
pengajaran yang menggunakan konsep luas geometri dalam membentuk formula kamiran
mencari luas antara dua lengkung Responden terdiri daripada 40 orang pelajar Modul Satu

jurusan Sains Program Satu Tahun (PST) Kolej Matrikulasi Johor sesi 2016/2017. Dapatan
kajian mendapati terdapat peningkatan prestasi yang memberansangkan dalam ujian pos
(min markah = 99.25) berbanding dengan ujian pra(min markah= 5.40). Tahap peningkatan
yang tinggi ini jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan teknik LE-WI dapat membantu
pelajar yang menghadapi masalah menulis formula integral mencari luas antara lengkung ini
khususnya untuk pelajar tahap sederhana dan lemah. Teknik ini juga amat sesuai untuk
diaplikasikan kepada keseluruhan pelajar di Kolej Matrikulasi Johor khasnya dan semua
pelajar di kolej-kolej matrikulasi di seluruh negara amnya.