PERANG SAUDARA DI AMERIKA perlu diedit

FAKTOR PEMBUANGAN BAYI DALAM KALANGAN REMAJA
Pada abad ke-21 ini
,
Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun dan bersedia menongkah arus pemodenan dalam dunia global
ini.
Kini,
Malaysia begitu terkenal di mata dunia
.
Namun begitu,di sebalik kegemilangan ini , masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial yang sudah lama bers
arang dalam kalangan masyarakat
,
iaitu masalah pembuangan bayi
.Isu pembuangan bayi
yang tidak pernah berkesudahan ini boleh dianggap sebagai satu wabak atau bencana kepada negara . Pembuangan bayi ,
semakin hari semakin banyak dilaporkan di
dadadada akhbar dan yang paling menyayat hati adalah apabila terdapat bayi yang
tidak berdosa dibuang seperti sampah tanpa ada sifat perikemanusiaan.Tidak dapat dinafikan pelbagai usaha telah diambil
bagi membendung penyakit sosial ini. Namun begitu , apakah punca kepada kegagalan tersebut?

Antara punca kepada masalah pembuangan bayi yang kian berleluasa ini adalah kurangnya didikan agama dalam kalanga
n remaja.Kekurangan didikan

agama
yang merupakan panduan dan pedoman hidup telah menyebabkan mereka hilang arah dalam kehidupan dan terlibat dalam
gejala-gejala negatif seperti pergaulan bebas
.Remaja yang melibatkan diri dalam gejala pergaulan bebas akan terdorong untuk menjalinkan hubungan bertentangan deng
an hukum agama.Kesannya,remaja perempuan akan mengandung tanpa ikatan yang sah.Dalam situasi tersebut
,
remaja yang lemah pegangan agama tidak akan teragak-agak untuk membuang
atau membunuh zuriat yang dilahirkan kerana malu dan tidak mahu bertanggungjawab atas zuriat tersebut.Hal ini menunju
kkan peranan agama dalam kehidupan adalah amat penting untuk membentuk pegangan hidup yang teguh dan bukannya
menurut hawa nafsu semata-mata .Malah, ayat al-Quran, surah Sad,ayat 26 juga menyatakan bahawa ,“…
janganlah kamu menurut hawa nafsu kerana yang demikian itu akan menyesatkan kamu dari jalan Allah…”.Hal
ini
membuktikan bahawa pegangan agama yang teguh akan menjadi benteng yang kukuh bagi menangkis segala anasir-anasir yang
negatif dalam kehidupan.
Di
samping itu,
sikap ingin tahu remaja juga antara punca kepada masalah ini.Remaja kini sangat cenderung untuk mencuba sesuatu yang
baharu
.
Sikap ingin tahu tentang sesuatu sememangnya wujud

dalam diri remaja.Setiap perkara yang dilarang itulah yang ingin diterokai oleh mereka.Remaja beranggapan bahawa merek
a menjadi lebih matang dan hebat
dengan mencuba sesuatu yang jarang dilakukan oleh orang lain.
Lebihlebih lagi perlakuan
seks rambang
.Hakikatnya remaja yang matang seharusnya berfikiran positif dan rasional dalam membuat keputusan
dan bukannya dengan cara yang ditegah oleh agama
.Persis kata peribahasa Melayu,“sesal dahulu pendapatan
,
sesal kemudian tidak berguna”,
menjelaskan
kepada kita betapa pentingnya kita membuat keputusan dengan bijak agar tidak menyesal di
kemudian hari.Tambahan pula,remaja pada masa sekarang boleh dikatakan lebih rapat dan banyak menghabiskan masa ber
sama rakan berbanding dengan ibu
bapa
mereka.
Maka,boleh
dikatakan pengaruh rakan sebaya yang negatif juga menjadi antara punca kepada masalah ini.
Isu pembuangan bayi dalam kalangan remaja ini telah memberikan impak yang begitu besar dalam kalangan mas
yarakat,negara mahupun

diri
remaja
sendiri.Antara kesan
permasalahan ini
kepada remaja pada masa kini adalah masa depan remaja musnah begitu sahaja akibat kelalaian mereka menuruti hawa na
fsu tanpa memikirkan kesannya.Isu ini akan turut memberi impak kepada negara. Antara kesan isu ini kepada negara pula
adalah Perkembangan ekonomi negara akan merosot
dan seterusnya
menjejaskan pendapatan negara.
Hal ini demikian kerana, remaja merupakan aset penting negara pada masa hadapan dan memainkan peranan yang amat
penting dalam pembangunan negara.Masa depan negara terletak ditangan generasi muda yakni remaja itu sendiri
.Hal ini kerana
,
pemuda harapan bangsa
,
pemudi
tiang negara.Namun begitu
,
jika perilaku negatif remaja berterusan.Siapakah yang akan membela nasib negara kita pada masa akan datang?
Selain itu,zuriat yang dilahirkan juga mengalami kesan yang mendalam..Zuriat merupakan anugerah tuhan yang tidak

ternilai.Namun,kepada mereka yang terlanjur, zuriat yang dilahirkan dianggap beban atau masalah dan bukti keterlanjuran
atau kesalahan yang mereka lakukan.Hal ini mendorong mereka untuk membunuh atau membuang zuriat tersebut .Namun,
wajarkah bayi yang tidak berdosa itu dihukum akibat kesalahan yang dilakukan oleh ibu
bapanya?.Lebih menyedihkan lagi bayi yang ditinggalkan bukan sahaja dibunuh malah kadang-kala menjadi habuan binatan
g buas.Bagi bayi yang masih bernyawa pula kesannya lebih mendalam kerana mereka terpaksa menjalani kehidupan denga

n memegang gelaran anak luar nikah
.Selain itu,bayi tersebut juga tidak dapat mengenali dan mendapat kasih sayang ibu bapa kandung mereka.
Masa depan mereka akan turut terjejas.
Kita tidak wajar akur dengan arus songsang ini.Antara langkah
yang boleh diambil bagi mengatasi kemelut ini adalah dengan memberi perhatian dan
didikan agama yang cukup kepada remaja sejak kecil lagi
.Hal ini kerana,melentur buluh biarlah dari rebungnya
.Memberi didikan
dan perhatian
kepada anakanak merupakan tanggungjawab atau peranan setiap ibu bapa.Jika ibu bapa sendiri lalai daripada melaksanakan tugas mere
ka akibat rakus mengejar kemewahan duniawi.Bagaimana pula dengan nasib anak-anak mereka yang kurang didikan dan ka
sih sayang?.Lebih-lebih lagi,
pada usia yang mencabar inilah remaja memerlukan sokongan
dan kasih sayang daripada ibu bapa.Namun,kebanyakan ibu bapa mengabaikan tanggungjawab mereka.Dalam situasi ini,

sudah tentu remaja lebih cenderung untuk memilih jalan yang negatif bagi mereka berkongsi kasih
dan mendapatkan perhatian akibat kurangnya didikan agama.Oleh itu,masalah ini dapat diatasi jika ibu bapa
melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.

Selain itu,
Pihak berkuasa terutama pihak polis hendaklah membanteras
pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama golon
gan remaja.
Pihak berkuasa juga hendaklah mengenakan hukuman yang setimpal
dan lebih berat iaitu penjara seumur hidup kepada mereka yang didapati bersalah. Hal
Ini harus dilakukan agar remaja berasa takut dan serik untuk melakukan
atau terlibat dengan gejala pembuangan bayi yang kian berleluasa ini.
Mereka juga akan berhati-hati semasa bergaul dan mengelakkan hubungan yang
melampaui
batasan
agama.
Penekanan pendidikan juga amat penting bagi menyedarkan masyarakat terutama
remaja supaya mereka tidak terjebak dalam masalah sosial yang membabitkan jenayah
ini.
Akhirulkalam,masalah pembuangan bayi ini dapat diatasi di negara

kita sekiranya wujud kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam diri setiap individu yang bergelar rakyat Malaysia.Justeru itu,
setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah bersatu padu menggembleng tenaga mencegah dan membanteras pen
yakit sosial ini agar tidak menular dengan lebih serius
dan menjejaskan pembangunan dan matlamat negara kita untuk mencapai wawasan
2020.Hal ini kerana,gejala ini melibatkan bakal pemimpin-pemimpin negara kita yakni remaja.Oleh itu,marilah kita bersamasama berganding bahu membanteras gejala ini.Bak kata pepatah hendak seribu dalih , tak hendak seribu daya

Di samping itu,kepincangan institusi kekeluargaan juga menjadi punca dalam
masalah ini. Sikap ibu bapa yang terlalu materalistik sehingga mengabaikan anakanak telah menyebabkan anak-anak mereka berasa kurang kasih sayang dan
perhatian daripada ibu bapa mereka.Ibu bapa tidak harus bersikap bagai enau
dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dalam mengejar kemewahan
harta malah mereka perlu lebih prihatinkan keadaan anak-anak. Mereka harus
meluangkan masa pada setiap hari untuk berkomunikasi dengan anak-anak agar
mereka tidak kehilangan tempat untuk mengadu.Selain itu,ruang kebebasan yang
diberikan terlalu banyak boleh membuka ruang kepada anak-anak terpengaruh
dengan pelbagai gejala sosial di luar rumah. Jadi, ibu bapa memainkan peranan
penting dalam mengatasi gejala pembuangan bayi yang berpunca daripada anakanak sendiri.
Lain daripada itu, pengaruh rakan sebaya turut menjadi punca membarahnya
masalah ini di negara kita. Hal ini demikian kerana pada usia yang muda, remaja
amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini bertambah teruk apabila
mereka yang darah setampuk pinang usia setahun jagung ini mula bergaul dengan


rakan sebaya yang negatif. Ghalibnya, rakan-rakan yang negatif ini akan mengajak
remaja untuk melakukan perkara di luar batasan agama dan norma maysarakat,
misalnya pergi ke tempat hiburan seperti disko, menghisap dadah dan melakukan
pergaulan bebas. Remaja yang terjerumus dalam gejal-gejala negatif tersebut akan
melakukan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati
bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa
membuangkan bayi mereka .Hal yang demikian kerana mereka akan berperasaan
malu terhadap masyarakat yang mencaci mereka atas perbuatan mereka.

Kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah dalam kalangan generasi
muda. Karangan bahagian A. SPM
Pada masa ini, mata pelajaran Sejarah bukanlah suatu mata pelajaran yang asing kepada para
pelajar. Sejak dari tingkatan satu, pelajar sudah mula berkenalan dengan mata pelajaran ini.
Tambahan pula mata pelajaran Sejarah telah diwajibkan lulus bagi semua calon Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) mulai tahun 2013. Walau bagaimanapun, terdapat murid yang menunjukkan
perasaan tidak puas hati terhadap pelaksanaan tersebut kerana beranggapan bahawa Sejarah
merupakan suatu mata pelajaran yang susah dan membosankan walhal banyak faedah yang dapat
diperoleh melalui pembelajaran mata pelajaran ini. Persoalannya, apakah kepentingan mempelajari
mata pelajaran Sejarah khususnya dalam kalangan generasi muda?

Dengan mempelajari mata pelajaran Sejarah, generasi muda dapat memperoleh banyak
pengajaran. Hal ini demikian kerana dalam peristiwa-peristiwa sejarah yang dinyatakan mengandungi
pelbagai pengajaran yang tersirat. Sebagai contoh, peristiwa Tanah Melayu dijajah dan ditindas oleh
penjajah British memberi pengajaran kepada generasi muda supaya jangan terlalu mudah
mempercayai orang asing. Orang British digambarkan dengan licik dan jahat pada masa itu kerana
sanggup menggunakan tipu muslihat atau taktik kotor untuk meluaskan kawasan jajahan mereka di
tanah air kita. Justeru, generasi muda perlulah sentiasa ingat akan pengajaran tersebut dan tidak
mengulanginya pada masa akan datang bagi mengelakkan peristiwa yang sama berulang lagi.
Dalam pada itu, perpaduan antara kaum akan dapat dicapai melalui pembelajaran mata
pelajaran Sejarah dalam kalangan generasi muda. Tamsilnya, semasa Tingkatan 3, para pelajar akan
mempelajari peristiwa Tanah Melayu mendapatkan kemerdekaan. Dalam perjuangan tersebut,
penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai kaum tanpa mengira warna kulit sanggup
mengetepikan semangat kenegerian demi mendapatkan kemerdekaan bagi tanah air yang tercinta.
Mereka telah bekerjasama bagai aur dengan tebing dan tidak mudah menyerah kalah. Perkara ini
cukup membuktikan bahawa betapa pentingnya semangat perpaduan dalam kalangan rakyat dalam
kemajuan negara sekali gus dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020.
Pada masa yang sama, semangat cinta akan negara turut dapat dipupuk dalam diri generasi
muda. Generasi muda seharusnya mengingati jasa dan sumbangan tokoh-tokoh tanah air seperti
Tunku Abdul Rahman. Jasa beliau patut dikenang oleh semua rakyat Malaysia kerana tanpa beliau,
tidak mungkin kita dapat menikmati kemakmuran dan kedamaian di negara kita sendiri. Oleh itu,

semangat nasionalisme dapat dipupuk dalam jiwa generasi muda malah mereka akan sentiasa
bersyukur dan memberi penghargaan terhadap pengorbanan pejuang tanah air terdahulu seterusnya
menghindarkan generasi muda daripada bersikap seperti kacang lupakan kulit.
Secara tuntas, mata pelajaran Sejarah sangat penting bagi generasi muda. Selain itu, banyak
faedah boleh diperoleh melalui mata pelajaran Sejarah. Generasi muda tidak sepatutnya mempunyai
anggapan bahawa Sejarah sesuatu yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Ibu bapa memainkan
peranan penting dalam memupuk minat anak dalam mata pelajaran Sejarah. Minat tersebut harus
dipupuk sejak mereka kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Namun, kerjasama
semua pihak dituntut dalam usaha memastikan pelaksanaannya mencapai matlamat yang telah
ditetapkan kerana sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing hanya
mendatangkan kerugian sebaliknya peribahasa bukit sama didaki lurah sama dituruni wajar dijadikan
panduan.

Punca Berlakunya Pencemaran Alam Sekitar

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan
mencegah, menghapus, mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti
alam sekeliling dan dari aspek yang sering dikaitkan dengan alam sekitar
iaitu pencemaran yang membawa kepada maksud apa-apa perubahan
secara langsung dan tidak langsung terhadap sifat-sifat fizikal, haba dan

kimia termasuk kesan biologikal terhadap alam sekeliling yang meliputi
pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan laut dan untuk masalah ini,
pelbagai punca telah dapat dikenal pasti yang menyumbang kepada
pencemaran alam sekitar.

Antara punca yang telah dapat dikenal pasti yang membawa
kepada masalah pencemaran alam sekitar ini ialah masalah sikap individu
dan organisasi yang tidak bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana tiada
kesedaran sivik dalam diri mereka untuk menjaga alam sekitar kerana bagi
sesetengah individu, mereka akan sewenang-wenangnya membuang sampah
merata-rata tanpa menghiraukan keadaan persekitaran dan mungkin mereka
merasakan itu adalah perkara remeh apabila mencampakkan secebis tisu
atau sisa makanan di tepi jalan. Walhal, jika direnungkan andai ada
seratus orang pengguna yang bersikap sedemikian sudah semestinya jalan
raya akan menjadi kotor dan dipenuhi dengan sampah-sarap. Manakala
untuk organisasi seperti kilang yang menjalankan operasi pengeluaran yang
melibatkan sisa toksik dalam penghasilan keluaran mereka, pada
kebiasaannya kilang itu akan mengambil langkah mudah apabila
membuang sisa toksik tersebut terus ke dalam laut dan sungai jika kilang
itu didirikan berdekatan dengan kawasan tersebut. Ini akan mengakibatkan

pencemaran air dan kilang yang melepaskan asap tanpa pemasangan alat
penapis udara akan menyebabkan terjadinya pencemaran udara. Hal ini
berikutan sikap individu dan pemilik kilang yang tidak bertanggungjawab
dan peka pada persekitaran sekeliling hasil dari pencemaran alam sekitar
yang mereka cipta sendiri.

Selain itu, antara punca lain ialah pembangunan secara tidak
sistematik. Apabila pihak kerajaan atau pihak swasta merancang untuk
membangunkan sesuatu kawasan, mereka seharusnya memikirkan secara
terperinci kesan-kesan negatif yang akan timbul terutama yang melibatkan
alam sekitar dan bukan tertumpu kepada kebaikan dan keuntungan
pembangunan semata-mata kerana akibat dari pembangunan yang akan
dijalankan boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air, udara, tanah
dan bunyi yang akan dihasilkan. Mungkin disebabkan penggunaan jentera

yang terlalu banyak akan menghasilkan pencemaran bunyi dan pencemaran
udara jika jentera-jentera berteknologi tinggi tersebut mengeluarkan asap
yang berlebihan. Akibat daripada projek-projek pembangunan itu, ia juga
boleh terjadinya pencemaran air terutama pada waktu hujan jika tanah
lapang yang telah dibersihkan untuk projek pembangunan itu iaitu tanah
merah mengalir terus ke dalam sungai atau laut yang berdekatan . Hal ini
boleh menjejaskan tahap kebersihan kualiti air dan boleh mengancam
kehidupan ekosistem dalam air yang seterusnya membawa kepada
pencemaran alam sekitar.

Di samping itu, penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal,
lori dan kapal terbang juga merupakan salah satu dari penyumbang kepada
berlakunya pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara dan
pencemaran bunyi. Hal ini kerana setiap kenderaan akan melepaskan asap
kenderaan yang mengandungi gas yang berbahaya. Hal ini jika peningkatan
taraf hidup masyarakat terus meningkat pada zaman sekarang maka tahap
pencemaran juga akan turut meningkat berikutan semakin bertambah
jumlah penggunaan bilangan pengguna jalan raya yang selesa
menggunakan kenderaan mereka sendiri untuk bergerak ke destinasi yang
ingin dituju berbanding beramai-ramai menggunakan kenderaan awam yang
semestinya dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Hal ini
akan menyebabkan pencemaran udara dan seterusnya menjejaskan sistem
pernafasan dan daya penglihatan manusia serta pencemaran bunyi yang
terhasil oleh kapal terbang yang berlepas atau mendarat terutama
dikawasan perumahan yang berhampiran dengan lapangan terbang boleh
menjejaskan daya pendengaran manusia. Hal ini jelas menerangkan bahawa
penggunaan kenderaan bermotor juga menjadi salah satu punca berlakunya
pencemaran alam sekitar.

Antara punca lain penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar
ialah pembakaran secara terbuka. Hal ini jelas dapat dilihat berikutan
pembakaran pokok-pokok tua di kawasan ladang dan hutan untuk tujuan
penanaman semula. Jika dilihat dari satu sudut, penanaman semula
sememangnya sangat baik tetapi akibat daripada pembakaran secara
terbuka yang dilakukan oleh sesetengah pihak sebenarnya boleh
menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Di samping turut
memusnahkan kehidupan flora dan fauna disekitarnya. Disebabkan
pembakaran secara terbuka ini jugalah suhu bumi menjadi semakin
meningkat dan keadaan cuaca di bumi semakin panas. Inilah sebenarnya
akibat daripada pembakaran secara terbuka yang dijalankan yang akhirnya
membawa kepada pencemaran alam sekitar serta sekali gus turut
menjejaskan kehidupan dan kesihatan manusia.

Tambahan pula, kurangnya peranan yang dimainkan oleh pihak
kerajaan juga menjadi salah satu punca terus berlakunya pencemaran
alam sekitar pada masa ini. Pihak kerajaan seharusnya membuka mata
dan lebih peka terhadap pembangunan yang dijalankan oleh semua pihak
dengan mengambil kira masalah pencemaran yang bakal terjadi dari setiap
projek pembangunan tersebut dan bukan hanya melihat kepada
peningkatan taraf hidup masyarakat sahaja. Perkara ini sangat penting
untuk membantu mengurangkan pencemaran udara, air, tanah dan bunyi,
hasil daripada pembangunan pesat yang giat dijalankan dan tingkah laku
sesetengah organisasi dan masyarakat yang kurang kesedaran sivik. Oleh
disebabkan kerajaan kurang memainkan peranan dalam menilai aspekaspek inilah yang menyebabkan masalah pencemaran berada ditahap yang
semakin membimbangkan pada masa kini.

Kesimpulannya, punca-punca pencemaran yang telah dikenal pasti
ini harus diambil langkah serius oleh semua pihak dan organisasi untuk
mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar baik daripada pencemaran
air, udara, tanah dan bunyi. Ia penting demi memastikan kehidupan
dibumi ini terjamin dan terhindar dari masalah pencemaran yang
semestinya membahayakan dan mengancam kesihatan serta kehidupan
flora dan fauna untuk generasi akan datang yang lebih baik dan sihat
serta bebas dari pencemaran alam sekitar.

KEPENTINGAN MATA PELAJARAN SEJARAH

Terima Kasih Tuan Pengerusi Majlis . Yang Berusaha,Tuan Haji Azmi bin
Zulkefli, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 24, Yang Dikasihi Puan
Noor Hamiza bin Hang Tuah,Pengerusi Panita Sejarah, guru-guru, dan rakan
pelajar yang dikasihi. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu
saya merakamkan rasa penghargaan saya atas kesudian pihak sekolah memberi
peluang kepada saya menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kepentingan Mata
Pelajaran Sejarah”. Bagi saya, undangan ini merupakan penghargaan pihak
sekolah terhadap penglibatan saya di dalam Persatuan Sejarah Sekolah.

Hadirin Yang dimuliakan,

Menurut Kamus Dewan, sejarah bermaksud peristiwa yang benarbenar berlaku pada waktu lampau. Apabila menyebut peristiwa, kebiasaannya
yang dirakamkan ialah tentang peristiwa yang melibatkan jatuh bangun
sesebuah negara atau bangsa. Sejak KBSM diperkenalkan pada akhir tahun

1980-an, mata pelajaran Sejarah diwajibkan dalam peperiksaan PMR dan SPM.
Belajar apa-apa juga aliran, tidak mempunyai pilihan, minat atau tidak mesti
mempelajari sejarah untuk berdepan dengan peperiksaan. Pada peringkat awal,
memang ramai yang menentang kerana pelajaran sejarah tidak mempunyai nilai
ekonomi. Anda sendiri pun berasa tidak selesa kerana berdepan dengan tarikh
dan peristiwa , namun alah bisa tegal biasa. Justeru, yakinlah tujuan mewajibkan
mata pelajaran ini demi kepentingan kita semua .

Negara kita didiami oleh rakyat berbilang kaum, dengan kaum terbesar
Melayu, Cina, dan India. Kepelbagaian kaum dengan anutan agama yang
berbeza dan corak budaya seharian yang berlainan tidak menjadi masalah untuk
berkomunikasi, saling mengerti, bertolak ansur, dan berdaya saing untuk
memaknakan kemerdekaan tanah air. Kecuali peristiwa yang berlaku pada 13
Mei 1969, sepanjang waktu melalui kehidupan dengan aman dan damai. Hal ini
berpunca mereka mengerti asal usul mereka, hak masing-masing, dan peranan
yang perlu dimainkan di dalam negara ini. Semuanya dirakamkan dalam mata
pelajaran Sejarah. Orang Melayu sedar, sebahagian daripada mereka dari
Kepulauan Indonesia, orang Cina mengerti mereka dari Tanah Besar China, dan
orang India juga faham mereka dari negara India. Pengertian yang diperoleh
menerusi mata pelajaran Sejarah menjadikan mereka dapat mengelakkan rasa
rendah diri bagi menghadapi cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia
ketika ini agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa
penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat
Malaysia tanpa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bergerak seiring
sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah
mencapai matlamat yang sama iaitu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah
dengan negara-negara maju.

Hadirin yang dikasihi,

Mata pelajaran Sejarah juga menyebabkan kita mengenali tokoh tertentu
yang berhasil melakar sejarah tanah air seperti Datuk Maharajalela, Mat Kilau,
Dato’ Onn, Tunku Abdul Rahman dan Ahmad Boestaman.Rata-rata mereka
terlibat dalam memperjuangkan tanah air daripada dibelenggu penjajah
Inggeris.Kecuali Tunku Abdul Rahman yang berpeluang menjadi Ketua Menteri,
kemudian Perdana Menteri , pemimpin yang lain hanya mampu mengalirkan
keringat demi keselesaan anak watan. Jika sesetengah negara para pejuangnya
bermandikan darah sebelum negara memperoleh kemerdekaan,tetapi
perjuangan kita dengan cara permuafakatan. Pengetahuan ini menyedarkan kita
akan kesenangan yang dinikmati ini dengan keringat para pejuang silam.

Semasa hayatnya Tunku Abdul Rahman pernah berkata, memperoleh
kemerdekaan lebih mudah berbanding untuk mempertahankannya. Sebenarnya,
kita janganlah berasa terlalu selesa, sehinggakan tidak sesekali berwaspada
akan kemungkinan negara ini dijajah. Penjajahan alaf baru ini bukan semestinya
dengan senjata tetapi dengan ekonomi. Peristiwa tahun 1997 apabila negara kita
diserang penyangak mata wang , George Soros menyebabkan nilai ringgit
menjunam wajar dijadikan iktibar. Sejarah akan berulang dan sebab itu
kemungkinan buruk senantiasa ada. Bagaimana kita boleh mengingati akan hal
ini jika kita tidak mempelajari sejarah? Pengetahuan akan pengalaman pahit
sesebuah negara begitu sukar dihayati jika hanya menatap akhbar atau
majalah, kecuali melalui mata pelajaran Sejarah.

Para pelajar yang budiman,

Sebenarnya mempelajari Sejarah juga menambahkan pengetahuan kita.
Sebagaimana mata pelajaran Geografi,Fizik, atau Kimia, berfungsi menggerak
minda menjadikan seseorang pelajar itu berwawasan. Dalam konteks mata
pelajaran sejarah, segala pengetahuan tersebut boleh dimanfaatkan dalam
kehidupan sehari-hari, sekali gus mengelakkan kita seperti menjadi katak di
bawah tempurung. Pengetahuan ini mampu mewujudkan rasa kecintaan di
dalam diri kita. Sebagai contoh jika mengetahui sejarah Bangunan Sultan Abdul
Samad dan Stadium Merdeka, sudah tentu kita akan menentang jika tempat
tersebut dirobohkan kerana hal ini berkait rapat dengan kemerdekaan negara
pada 31 Ogos 1957, lalu kita mencadangkan agar tempat tersebut dipulihara
sebagai satu bahan bersejarah yang tidak ternilai harganya.

Kini, anak-anak muda bersikap negatiif terhadap kepimpinan negara
dengan melontarkan pelbagai tohmahan terhadap apa-apa yang dilakukan oleh
pemimpin. Apa-apa juga usaha dilakukan untuk pembangunan negara ,tetapi
tanggapan buruk telah dihamburkan. Pada saat inilah mata pelajaran Sejarah
berperanan menyedarkan mereka terhadap sikap keterlaluan mereka dengan
melihat akan peranan pemimpin tidak sekadar memikirkan perut rakyat sematamata, tetapi menyediakan pelbagai perkara bukan untuk saat ini sahaja tetapi
generasi mendatang. Sebab itulah sepanjang bulan Ogos hingga 16 September ,
pelbagai aktiviti dijalankan seperti kempen mengibar Bendera Jalur Gemilang
dan media massa pula memaparkan sejarah perjuangan silam kerana mereka
sedar hanya sejarah dapat menyedarkan orang ramai.Sehubungan itu, YAB Dato’
Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kita telah memperkenalkan
Gagasan 1Malaysia yang berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan.” Gagasan 1Malaysia ini bertujuan memperkukuhkan hubungan dan
kerjasa antara rakyat pelbagai kaum di Negara ini sebagai senjata utama untuk
menghadapi ancaman dan cabaran yang bertujuan menggugat kesejahteraan
hidup mereka.

Rasanya sudah panjang saya menyampaikan syarahan pada pagi yang mulia
ini. Izinkan saya menyampaikan serangkap pantun yang berbunyi,

Dari runtuhnya Kota Melaka,
Kehebatan Putrajaya kita dirikan;
Sejarah melakar detik merdeka,
Keharmonian hidup mampu dikekalkan.

Sebelum mengakhiri syarahan ini, saya menyeru rakan pelajar semua
meminati mata pelajaran Sejarah yang kelihatan tiada nilai ekonomi tetapi besar
peranannya dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan mewujudkan jati
diri dalam kalangan kita semua .Justeru, mampu menjadikan Malaysia sebuah
negara yang aman dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh
dunia. Saya akhiri syarahan dengan lafaz terima kasih

Kepentingan Mata Pelajaran Sejarah

mengenal asal usul sesuatu tempat, kemunculan bandar, sistem
pemerintahan, budaya dan tamadun - setiap rakyat malaysia khususnya anak muda
harus mengetahui latar belakang negara kita dan pembentukan Malaysia itu sendiri

mengambil iktibar daripada peristiwa lalu - supaya kita tidak
mengulangi kesilapan orang dahulu

dapat memperoleh banyak pengajaran - peristiwa-peristiwa sejarah yang
telah berlaku mengandungi pelbagai pengajaran yang tersirat

menimbulkan rasa patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan
masyarakat - belajar menghayati erti kemerdekaan

menghargai jasa-jasa pejuang tanah air kita yang telah bersusah payah
membebaskan negara kita daripada dijajah - sedar bahawa segala kesenangan dan
kebebasan yang mereka perolehi pada hari ini hasil usaha pewira-perwira negara
kita

menyedari kepentingan mengekalkan perpaduan kaum - penduduk
Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai kaum tanpa mengira warna kulit
sanggup mengetepikan semangat kenegerian demi mendapatkan kemerdekaan bagi
tanah air yang tercinta - kestabilan negara bergantung kepada perpaduan
masyarakat

mengenali tokoh tertentu yang melakar sejarah tanah air seperti
Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Dato’ Onn, Tunku Abdul Rahman dan Ahmad
Boestaman - hargai keringat para pejuang silam


menambah pengetahuan dalam diri - segala pengetahuan tersebut boleh
dimanfaatkan dalam kehidupan sehari-hari - tidak buta sejarah - dapat tahu
bangunan dan lokasi bersejarah di negara kita - bukan sahaja belajar sejarah
Malaysia malah sejarah dunia/negara lain

membuka minda pelajar agar bersyukur - belajar menghargai
kesenangan dan kemewahan yang dinikmati hari in

punca Berlakunya Pencemaran Alam Sekitar-Contoh Karangan
Pada era pascainovasi ini,isu-isu pencemaran alam sekitar dijadikan buah
mulut kepada semua lapisan masyarakat dan semua strata sosial di Malaysia.Hal
ini berlaku demikian kerana masalah pencemaran alam sekitar di negara
Malaysia semakin serius setiap tahun.Oleh itu,isu-isu pencemaran alam sekitar
seperti pencemaran udara,pencemaran air,pencemaran bunyi,dan sebagainya
tidak boleh dipandang ringan dan dipandang sebelah mata oleh semua lapisan
masyarakat dan semua strata sosial di Malaysia."Tepuk dada, tanya
selera"Persoalan yang berlegar-legar dan berputar-putar dalam kotak fikiran saya
ialah apakah punca-punca berlakunya pencemaran alam sekitar di Malaysia?

Pada hemat peribadi saya,punca-punca berlakunya pencemaran alam
sekitar di Malaysia yang dominan ialah kerana sikap individu dan organisasi yang
tidak bertanggungjawab.Hal ini berlaku demikian kerana individu dan organisasi
tersebut tidak mempunyai kesedaran sivikdalam diri mereka untuk menjaga
alam sekitar.Sesetengah daripada individu tersebut akan sewenang-wenangnya
membuang sampah sarap merata-rata tempat tanpa menghiraukan kawasan
persekitaran dan mungkin mereka merasakan itu adalah perkara remeh apabila
mencampakkan secebis tisu atau sisa makanan di tepi jalan.Jika direnungkan
andai ada seratus orang pengguna yang bersikap sedemikian sudah semestinya
jalan raya akan menjadi kotor dan dipenuhi dengan sampah-sarap.Kilang yang
menjalankan operasi pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam
penghasilan keluaran mereka, pada kebiasaannya kilang itu akan mengambil
langkah mudah apabila membuang sisa toksik tersebut terus ke dalam laut dan
sungai jika kilang itu didirikan berdekatan dengan kawasan tersebut dan
mengakibatkan pencemaran air,kilang juga melepaskan asap tanpa pemasangan
alat penapis udara dan asap-asap tersebut akan menyebabkan terjadinya
pencemaran udara.Ini diesebabkan kerana sikap individu dan pemilik kilang yang
tidak bertanggungjawab dan peka pada persekitaran sekeliling hasil dari
pencemaran alam sekitar yang mereka cipta sendiri.

Bertitik tolak daripada sudut kaca mata yang lain,antara punca-punca
berlakunya pencemaran alam sekitar di Malaysia juga tidak dapat dikecuali
penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta,van,bas,lori,kapal terbang dan
sebagainya.Hal ini berlaku demikian kerana kenderaan bermotor ini akan
melepaskan asap yang mengandungi bahan kimia yang akan membahayakan

nyawa kita dan juga haiwan-haiwan.Peningkatan taraf hidup masyarakat terus
meningkat pada zaman sekarang maka tahap pencemaran juga akan turut
meningkat berikutan semakin bertambah jumlah penggunaan bilangan
pengguna jalan raya yang selesa menggunakan kenderaan mereka sendiri untuk
bergerak ke destinasi yang ingin dituju berbanding beramai-ramai menggunakan
kenderaan awam yang semestinya dapat mengurangkan bilangan kenderaan di
jalan raya.

Di samping itu,pembakaran secara terbuka juga merupakan punca-punca
berlakunya pencemaran alam sekitar di Malaysia.Pembakaran pokok-pokok tua di
kawasan ladang dan kawasan hutan untuk tujuan penanaman semula
sememnagnya baik,tapi pembakaran secara terbuka yang dilakukan oleh
sesetengah pihak sebenarnya boleh mengakibatkan pencemaran udara dan
memusnahkan habitat flora dan fauna.Pembakaran secara terbuka jugalah
mengakibatkan suhu bumi meningkat dan cuaca semakin panas setiap
tahun.Pembakaran secara terbuka yang dijalankan yang akhirnya membawa
kepada pencemaran alam sekitar serta sekali gus turut menjejaskan kehidupan
dan kesihatan manusia tapi pembakaran secara terbuka masih lagi dilakukan
oleh sesetengah pihak walaupun pihak kerajaan telah menguatkuasakan
undang-undang dan peraturan untuk menangani pihak yang membakar secara
terbuka.

Seterusnya,penggunaan jentera yang banyak juga akan mengakibatkan
pecemaran alam sekitar berlaku.Hal ini berlaku demikian kerana jentera
berteknologi ini akan melepaskan asap-asap yang bertoksik dan mengakibatkan
pencemaran udara berlaku.Selain itu,pencemaran alam sekitar juga disebabkan
oleh projek-projek pembangunan.Hal ini disebabkan oleh kerana semasa hari
hujan,tanah merah daripada tanah lapang yang dibersihkan untuk projek-projek
pembangunan akan mengalir ke sungai dan laut yang bedekatan dan akan
mengganggu ekosistem di dalam air dan tahap kebersihan kualiti air.

Kesimpulannya,semua lapisan masyarakat dan semua strata sosial
wajarlah mengembleng tenga seperti aur dengan tebing untuk mengatasi
masalah ini sehingga ke akar umbinya supaya pelajar cermerlang,sekolah
terbilang dan negara gemilang akan tercapai.Persis mutiara,sudah terhantuk
baru tergadah,janganlah kita baru memulakan untuk mengambil tindakan untuk
mengatasi masalah pencemaran alam sekitar apabila pencemaran alam sekitar
sudah pada tahap yang paling merbahayakan di negara Malayasia.

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI MASALAH PEMBUANGAN BAYI
Sunday, August 29, 2010

Seperti yang kita sedia maklum, remaja merupakan pelapis dan penentu jatuh
bangunnya sesebuah Negara pada masa depan. Namun gejala sosial yang
menghantui remaja pada masa kini amat menggerunkan kita. Antaranya adalah
gejala pembuangan bayi yang dari hari ke hari semakin membimbangkan. Saban
hari kes pembungan bayi terpampar di dada-dada akhbar dan di kaca-kaca
televisyen. Hal ini mestilah dibendung dengan kadar segera sebelum ianya
menjadi lebih serius. Kejadian buang bayi ini seharusnya sudah lebih dari cukup
untuk membuka mata masyarakat bahawa salah laku seksual semakin merebak.
Persoalan utama sekarang bukanlah untuk menunding jari kepada siapa yang
paling bersalah dalam hal ini tetapi bagaimana ianya boleh diatasi.
Antara langkah yang harus diambil untuk mengatasi gejala pembungan bayi
ialah melalui peranan pihak berkuasa dan media massa, ibu bapa dan badanbadan NGO dan masyarakat. Dalam mengejar arus pemodenan, kemelut
pembungan bayi tidak harus dipandang sepi, pihak berkuasa dan media massa
haruslah memainkan peranan untuk mengatasi masalah ini. Pihak media massa
hendaklah menyekat program-program hiburan yang boleh merosakkan akhlak
remaja seperti filem-filem yang mengandungi adegan-adegan lucah yang boleh
menyebabkan kadar gejala sosial semakin meningkat seterusnya meningkatkan
lagi kadar pembuangan bayi
Langkah pencegahan daripada pihak berkuasa pula adalah dengan
menguatkuasakan undang-undang dengan mengenakan hukuman maksimum ke
atas pasangan yang berzina seperti mengenakan hukuman sebat. Hukuman
yang setimpal harus dilaksanakan supaya dapat memberi pengajaran kepada
remaja yang terlibat dan juga kepada remaja- remaja yang lain. Secara tidak
langsung mungkin ini dapat mengurangkan kes pembungan bayi dan masalah
keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.
Selain itu, pihak berkuasa juga mestilah mengadakan kempen-kempen
kesedaran untuk membangkitkan kesedaran remaja terhadap isu ini dan
seterusnya dapat menangani masalah ini. Justeru itu, peranan media massa dan
media cetak amatlah penting bagi menjayakan kempen-kempen yang
dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Peranan media ini penting dalam
menghebahkan dan membuat liputan secara besar-besaran tentang kempen
yang dilaksanakan..
Dalam menangani masalah ini, ibu bapa amat memainkan peranan yang penting
dalam mencorak dan mendidik anak-anak mereka. Anak-anak ibarat kain putih.
Ibu bapalah yang mencorakkan mereka. Memandangkan ibu bapa merupakan
orang yang paling hampir dengan anak-anak, setiap perlakuan mereka akan
mempengaruhi anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa mestilah memberi didikan
agama yang sempurna kepada anak-anak seawal mungkin demi memandu
mereka ke arah kebaikan. Selain itu, Ibu bapa juga hendaklah sentiasa
mengawasi pergaulan anak-anak mereka. Hal ini demikian untuk mengelakkan
mereka dari terjebak dengan pergaulan bebas yang seterusnya boleh membawa
kepada penzinaan. Ibu bapa juga haruslah bertindak sebagai kawan kepada

anak-anak mereka. Hubungan ibu bapa dengan anak-anak yang erat secara
tidak langsung akan memudahkan ibu bapa mengawasi mereka.
Selain itu, ibu bapa juga mestilah menerapkan nilai-nilai yang murni, memberi
sepenuh perhatian, kasih sayang dan meluangkan lebih banyak masa bersamasama. Apabila perhatian dan kasih sayang ini diterapkan, maka anak-anak akan
merasa mereka dihargai dan disayangai. Ini secara tidak langsung akan
mengelakkan mereka tertekan dan seterusnya mengelak daripada aktiviti
pergaulan bebas diantara mereka (remaja). Oleh itu, pergaulan boleh dibataskan
dan seterusnya gelaja sosial seperti pembungan anak boleh diatasi.
Selain itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat turut memainkan
peranan dalam membantu pihak berkuasa untuk menangani gejala buang bayi
yang semakin membimbangkan kebelakangan ini. Badan-badan NGO boleh
dijadikan tempat rujukan bagi mereka yang mengandung anak luar nikah
disamping untuk mendapat bimbingan dan perlindungan, contohnya seperti
Asrama Puteri KEWAJA. Hal ini demikian kerana mereka masih perlu dibela dan
memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan kehidupan. Badan-badan
NGO juga hendaklah menyediakan dan menubuhkan pusat jagaan bayi bagi
membela nasib mereka yang tidak bersalah, contohnya seperti Pusat
Perlindungan PERNIM. Ianya juga dapat memberi peluang kepada ibu bapa
mengambil balik hak mereka dan bertanggungjawab ke atas mereka.
Selain itu, persepsi masyarakat mestilah diubah dengan tidak terus menghukum
mereka yang hamil anak luar nikah tetapi sebaliknya berusaha membantu
mereka agar mereka mendapat perlindungan dan menyesali perbuatan mereka.
Masyarakat juga mestilah bersifat sensitif dengan apa yang berlaku disekeliling
agar gejala ini dapat dibanteras. Masyarakat perlulah peka dengan suasana
disekeliling mereka supaya mayarakat dapat bersama- sama mencegah aktiviti
yang tidak bermoral ini terus berlaku.
Dengan ini dapat disimpulkan bahawa semua pihak terlibat dalam menangani
masalah pembuangan bayi ini. Justeru itu, semua pihak harus melihat gejala
pembuangan bayi secara rasional dan tidak seharusnya memandang sepi
tentang masalah ini. Oleh itu, bersama-samalah kita berganding bahu,
bekerjasama bagi mengatasi gejala pembungan bayi sebelum ianya menjadi
lebih serius.

Filem seram beri kesan negative
KECENDERUNGAN masyarakat pelbagai usia terhadap cerita hantu dapat
digambarkan dengan kehadiran jutaan penonton di pawagam menjadikan angka
kutipan tiket sangat tinggi berbanding filem genre lain. Kelahiran filem berasaskan
hantu mula menjadi sebutan selepas kejayaan filem seram seperti Jangan Pandang
Belakang (JPB).

Pemikiran generasi muda makin disempitkan dengan kisah hantu dan seram meniti
ruang hidup dari kantin sekolah hingga ke dalam pejabat dan dari ruang tamu
hingga ke bilik kosong semua dilihat berhantu. Kejayaan luar biasa filem
berasaskan hantu menjadikan penerbit di negara saling merebut peluang
mengeluarkan filem seram dengan pelbagai tajuk hebat meskipun jalan ceritanya
karut marut.
Maka tidak hairanlah, filem hantu seperti Jangan Pandang Belakang Congkak,
Karak, Hantu Kak Limah Balik Kampung dan yang terkini Hantu Bonceng mengisi
keluaran filem negara. Malah ada pengarah sanggup mengorek kisah dongeng lama
atau mereka cipta jenis hantu lalu memberi nama baru seperti kuntilanak, pocong,
sundel bolong, hantu penanggal, hantu susu, hantu gigi dan sebagainya.

Dalam kerakusan menerbitkan filem, penerbit, pengarah, penulis skrip serta
pelakon tidak lagi mempersoalkan kesan negatif kepada masyarakat khususnya
masyarakat muda dan kanak-kanak. Babak melapah daging manusia, menghisap
darah atau sebagainya dilakonkan dengan cukup berkesan.
Masih segar babak bagaimana lakonan Ruminah Sidek dalam filem (JPB) sedang
makan di ruang dapur dalam keadaan sangat menyeramkan, atau lakonan Putri
Mardiana melapah darah di lantai dalam filem Santau. Pelbagai babak ngeri yang
berjaya menjelmakan unsur seram yang jelas dan hidup kepada masyarakat.
Bayangkan anak kecil sudah diserapkan akal dengan kewujudan hantu yang berada
di merata tempat.
Kekuatan kepercayaan kepada hantu tahyul ini sebenarnya mengancam akidah
umat Islam. Syaitan boleh bertepuk tangan kerana ramai manusia lemah pegangan
agama dan ilmunya dipesongkan kepada ketakutan terhadap hantu menyelimuti
dalam rutin kehidupan dari memikirkan kebesaran Allah.
Firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik
dan mengampuni dosa selain itu bagi orang yang Dia kehendaki, dan sesiapa yang
syirik kepada Allah, maka sesungguhnya mereka sudah melakukan dosa sangat
besar. (Surah an-Nisa, ayat 48)
Remaja akan takut bangun pagi semata-mata takut bertemu pocong di bilik bacaan.

Anak kecil menahan kencing kerana takut ke tandas dipercayai adanya momok.
Begitu juga masyarakat yang ditutup pemikirannya dengan kisah hantu untuk
membenarkan kewujudannya meskipun kehadiran makhluk ini bukan bersifat nyata
dan benar.
Kekuatan media sudah pasti mempengaruhi corak kehidupan generasi muda.
Lambakan drama di televisyen berkisar cerita hantu disiarkan saban malam. Lebih
mendukacitakan sempena Aidilfitri lalu, banyak filem seram ditayangkan.
Kekuatan kepercayaan kepada hantu boleh menggugat keharmonian negara. Lebih
ramai pelajar akan mengalami histeria. Lebih ramai umat Islam terdedah kepada
amalan sihir semata-mata untuk menghalau hantu jembalang yang dipercayai
mengganggu kehidupan. Akhirnya segala jenis penyakit manusia pun dikatakan
gangguan momok.
Lebih parah, apabila bomoh, dukun atau peramal perubatan tradisional akan lebih
berpengaruh dihampiri masyarakat bagi mengubati penyakit yang dikatakan
berpunca daripada makhluk halus atau jembalang. Kebanyakan kes rogol, cabul dan
gangguan seksual turut dikaitkan dengan kepercayaan menghalau gangguan
makhluk halus atau syaitan.
Kecenderungan bomoh dalam ritual perubatan tradisional yang pelik serta aneh
membawa kepada kesongsangan akidah dan diyakini boleh merosakkan iman
pesakit yang dirawat. Larangan menjauhi perbuatan syirik sangat dititikberatkan
dalam agama.