IJAZAH DALAM PENDIDIKAN ISLAM doc
TRADISI PENGANUGERAHAN IJAZAH DALAM
SISTEM PENDIDIKAN UMAT ISLAM
Oleh : Asst. Prof. Dr. Mesut Idriz1
Suntingan dan Terjemahan : Hairil Irza bin Ramli2
1.0
Ta’rif Ijazah
Perkataan ‘Ijazah’ berasal daripada bahasa Arab yang diambil dari
kata dasar ‘ajaza’. Ibn Manzur mengungkapkan di dalam kitabnya
Lisan al – ‘Arab3 dengan merujuk kepada ilmu etimologi 4, ia bermaksud
bersandar di atas sesuatu sepertimana bersandar di atas kusyen.
Imam an – Nawawi di dalam kitabnya at – Taqrib wa at – Taysir li
Ma’rifati Sunan al – Bashir al – Nazir pula menyebut Kata Kerja ‘Ajaza’
merujuk kepada air yang digunakan untuk mengairi tanah lapang
(seperti sawah) atau air yang menghilangkan dahaga seseorang 5. Akhir
sekali, al – Fayruzabadi di dalam al – Qamus al – Muhit menyatakan ia
bermakna untuk memberi kebenaran, lesen atau kuasa / hak6.
Dari segi istilahnya, berdasarkan kepada Ibn Manzur, kata nama
Ijazah merujuk kepada hak yang diberikan ke atas seseorang pelajar
1
Penolong Profesor dan Pensyarah di Jabatan Sejarah dan Tamadun, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan
Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Berasal dari Macedonia
2
B.IRK (Hons) Al-Qur’an dan As-Sunnah UIAM dan Cert. Syari’ah, Usuluddin dan Da’wah,
Rabitah ‘Alam Islamiy, Makkah.
3
Lihat Ibn Manzur, Lisan al – ‘Arab, Jilid 1, di bawah ‘Ajaza’ (Beirut: 1970), m.s 25
4
Ilmu asal – usul kata
5
M. Abu Zakariyya an – Nawawi, at – Taqrib wa at – Taysir li Ma’rifati Sunan al – Bashir al –
Nazir, (t.t), m.s 18
6
Al – Fayruzabadi, al – Qamus al – Muhit, disunting oleh M.Naim al – Araqsusi, cetakan ketiga
(Beirut : Muassasah ar – Risalah, 1993), m.s 652
1
untuk menyokong ilmu pengetahuannya dalam sesuatu bidang. Bagi
Imam an – Nawawi, para pelajar meminta profesor (pensyarah) untuk
memberikan
ijazah
kepada
mereka
secara
simboliknya
untuk
menghilangkan dahaga mereka terhadap ilmu pengetahuan. Dan bagi
al – Fayruzabadi berhubung dengan pendidikan, ia merujuk kepada
memberikan kebenaran untuk mengajar.
Istilah ijazah di dalam ilmu pendidikan Islam secara umumnya
bermaksud lesen (kebenaran) untuk mengajar, dan secara khususnya
ia merujuk kepada sijil yang dikeluarkan oleh seseorang profesor /
pensyarah di dalam sesebuah institusi pengajian tinggi kepada
seseorang pelajar yang mengikuti sesuatu kursus pengajian (dan akan
dianugerahkan ijazah) berdasarkan penilaian profesor / pensyarah
(yang mengajar kursus tersebut), dan juga kepada sesiapa (pelajar)
yang difikirkan sudah cukup kelayakannya menyampaikan subjek
(ilmu) yang sama kepada anak muridnya sendiri7.
Maka, ijazah dikeluarkan oleh seseorang tenaga pengajar (al – Mujiz
seperti profesor, pensyarah, syeikh, guru dan sebagainya) yang
menganugerahkan lesen (kebenaran) untuk memindahkan segala ilmu
yang telah disampaikan. Umumnya, ijazah mengandungi senarai tajuk
buku / kitab atau kompilasinya serta subjek yang telah dikuasai untuk
dipindahkan
dan
dengan
itu,lesen
(kebenaran)
akan
diberikan.
Pemindahan dari tenaga pengajar ini boleh jadi dalam bentuk umum
7
R.Y Ebied dan M.J.L Young, An Early Eighteenth Century Ijazah Issued in Damietta, in Le
Museon – Revue D’etudes Orientales, Jilid 87, (1974), m.s 445
2
ataupun khusus. Rangkaian pemindah (perawi) atau lebih tepat
disebut sebagai sanad ini akan berakhir pada pengarang buku / kitab
yang dipelajari, Nabi Muhammad SAW atau selain mereka8.
2.0
Tradisi Penganugerahan Ijazah Dalam Dunia Islam dan
Kepentingannya
Menurut tradisi kaum muslimin, orang yang paling berautoriti untuk
menyampaikan (‘ilmu) adalah Rasulullah SAW, insan yang dipilih oleh
ALLAH SWT untuk menerima wahyu, pengetahuan agama (‘ilmu) yang
diperlukan untuk kesejahteraan hidup dunia dan akhirat; yang
disampaikan
melalui
perantaraan
malaikat
Jibril
a.s.
‘Ilmu
ini
dipindahkan secara lisan oleh Rasulullah SAW kepada para Sahabatnya
(ashaab,
sahabah
jama’
daripada
saahib)
yang
kemudiannya
disampaikan pula kepada at – Taabi’in dan kemudian kepada tabi’ at –
Taabi’in. Begitulah seterusnya beberapa kurun sehingga sampai
kepada para ulama’ (mufrad : ‘alim); sepertimana periwayatan hadith
yang berkait dengan perkataan, perbuatan, taqrir dan sifat Rasulullah
SAW yang juga disebut sebagai Sunnah. Method ataupun cara
periwayatan ialah dengan mendengar hadith, membaca, menghafaz
dan kemudian menyebutnya dengan kuat sepertimana cara Nabi SAW
8
Muhammad A. Gunaymah, Tarikh al – Jaami’at al – Islamiyyah al – Kubra, (Tetuwan, 1953), m.s
219; Muhammad Bakir al – Majlisi, Bishar al – Anwar, cetakan kedua, jilid 102, (Beirut :
Muassasah al – Wafa’, 1983), m.s 166; lihat juga Agha Buzruk at – Tahrani’s, al – Dhari’ah ila
Tasanif al – Shi’ah, dipetik juga dari kedua – dua ‘Abdullah Fayyad, Tarikh at – Tarbiya,
(Baghdad : Matba’ah as’ad, 1972), m.s 233 – 234, dan Mahmud al – Mar’ashi, al – Mursalsalat
fi al – Ijazat, jilid 1, (Qum: Hafidh, 1416 A.H. – 1995 A.D.), m.s 9.
3
berhadapan dengan Jibril a.s ketika menerima wahyu pertama (al –
Quran) daripada ALLAH SWT di Gua Hira’.
Ijazah dianugerahkan melalui dua cara; secara lisan and tulisan.
Akan tetapi, jika di tinjau dari sudut sejarahnya, penganugerahan
ijazah secara lisan lebih dipraktikkan berbanding secara tulisan 9.
Sebelum ijazah mempunyai maksud yang luas, ia hanya berperanan
sebagai salah satu dari lapan method dalam menentukan kesahihan
periwayatan sesuatu hadith, dan akhirnya hadith dapat diklasifikasikan
mengikut darjat kepercayaan (thiqah) seseorang perawi melalui
ucapan mulut10. Para muhadtihin adalah golongan pertama yang
menggunakan istilah ini demi memelihara kepentingan ‘ilmu. Oleh
kerana itu, merekalah Muslim yang paling awal menyedari kepentingan
penulisan sesuatu ‘ilmu yang kemudiannya ia digunakan secara
meluas di dalam bidang ‘ilmu yang lain11.
Oleh itu, istilah pertama yang dikaitkan dengan ijazah berasal dari
kata kerja “sami’ah” yang bermaksud mendengar. Kata terbitannya
“sama’ “ telah digunakan di dalam pengajian hadith yang membawa
makna ijazah pendengaran (ijazat as – sama’). Ijazah ini kemudiannya
dikepilkan bersama di dalam buku / kitab atau penulisan – penulisan
lain yang mengesahkan pemiliknya dan kemungkinan ada orang selain
9
Abdullah Fayyad, Al – Ijazat al – ‘Ilmiyyah ‘inda al – Muslimin, (Baghdad : 1967), m.s 21; dan
Muhammad A. Gunaymah, Tarikh al – Jaami’at al – Islamiyya al – Kubra (Tetuwan : 1953), m.s
223
10
Mahmud al – Mar’ashi, Al – Mursasalat fi al – Ijazat, jilid 1 – 2, (Qum: Hafidh, 1416 A.H. – 1995
A.D.), m.s 6 – 7; dan I.Goldziher dan S.A Bonabakker, “idjaza”, Encyclopedia of Islam, cetakan
kedua.
11
Muhammad A. Gunaymah, m.s 220
4
beliau dinamakan (di dalam ijazah) yang juga mempelajari material
tersebut di bawah pengawasannya. Profesor
/ pensyarah akan
membenarkan orang yang dinamakan itu menyampaikan segala
kandungan buku / kitab atau ‘ilmu atas dasar beliau sebagai penulis
buku / kitab tersebut atau sebagai salah seorang yang layak
memberikan autoriti kepada orang lain.
Elemen yang terkandung dalam ijazah pendengaran (ijazat as –
sama’); antaranya penganugerah yakni profesor, pensyarah, guru,
syeikh atau sebagainya yang dipanggil sebagai Musmi’, pembaca yang
digelar Qaari’, orang yang mendengar – Saami’ dan penulis ijazah yang
juga disebut sebagai kaatib, kaatib as – sama’, kaatib at – Tabaqah
ataupun muthbit as – sama’12. Termasuk di dalam ijazah pendengaran
ini adalah membaca teks atau menyebut dari ingatan. Pembacaan ini
berkaitan sama ada yang berhubung dengan al – Quran ataupun
hadith, kedua – duanya (mendengar dan membaca) saling berkait dan
kadang – kadang menjadi sinonim antara qaraah dan sami’ah13.
12
Butiran biografi kebiasaannya akan menunjukkan bahawa seseorang ulama’ adalah penulis
tabaqah, ia bermaksud untuk memberikan penghargaan kepadanya di atas kepercayaan
terhadapnya, ketelitiannya dan tulisan tangannya yang baik. Musmi’ juga boleh jadi penulis
(muallif) buku yang telah dipelajari; ataupun beliau seorang yang berautoriti untuk mengajar
buku tersebut, dan rangkaiannya balik semula kepada penulis buku; atau melalui seorang atau
lebih ulama’ yang berautoriti di antara penulis buku dan musmi’. Qaari’ pula pada lazimnya
adalah orang yang paling layak membaca buku tersebut atau membacanya di dalam hati.
Kaatib, penulis ijazah akan menyatakan di dalam ijazah bahagian atau bab yang dipelajari oleh
setiap orang yang mendengar (murid / pelajar) dan jika tidak (mendapat maklumat lengkap
bahagian / bab yang dipelajari), kaatib akan menulis semuanya perkara yang sama. Penulis
biasanya adalah salah seorang pelajar / murid yang akan mencatat nama yang tepat, sesi
pembelajaran, tempat belajar dan tarikh yang berkenaan. Untuk maklumat lanjut, lihat S. Al –
Munajjid, Ijazat as – Sama’ fi al – Makhtutat al – Qadimah, dalam Majallat Ma’had al –
Makhtutat al – Arabiyyah, jilid 1, (1955) m.s 232 – 241; dan George Makdisi, m.s 140 – 141.
13
George Makdisi, m.s 140 - 141
5
Ijazah
dalam
meriwayatkan
hadith
mengandungi
memberi
kebenaran kepada seseorang untuk melakukan perkara yang sama
yakni meriwayatkan hadith kepada orang lain. Kuasa dan memberi
kuasa
untuk
meriwayatkan
adalah
dua
perkara
yang
boleh
dipindahkan. Selain ijazah untuk meriwayatkan hadith, ijazah – ijazah
dalam bidang lain turut mula meluas penggunaannya sepertimana
lesen untuk mengajar hukum – hakam, al – Ijazah li at – Tadris. Dengan
perkembangan fiqh (hukum – hakam), lesen bukan sahaja dalam
memelihara hadith tetapi ia melangkah setapak ke hadapan dengan
wujudnya lesen untuk mengajar14.
Ijazah untuk mengajar ini dikeluarkan pertama kali di Baghdad
seawal
kurun
ketiga
Hijrah.
Kemudian,
pada
kurun
keempat,
penggunaannya menjadi universal dalam prosedur pendidikan di
seluruh tanah Islam. Selepas itu, ia berkembang pesat kepada subjek –
subjek
lain
(selain
agama)
dan
profesor
/
pensyarah
akan
menganugerahkan ijazah kepada pelajarnya yang mencapai tahap
pencapaian yang sangat memuaskan dalam sesuatu kursus yang diajar
oleh profesor / pensyarah terbabit. Semasa peringkat awal, ijazah
(lesen) lazimnya ditulis di atas helaian kosong yang terdapat di dalam
buku / kitab yang dipelajari15.
14
Abi ‘Abdullah Muhammad al – Majari, Barnamij al – Majari, disunting oleh Muhammad Abu al
– Ajfan, (Beirut: Dar al – Garb al – Islami, 1982), m.s 53
15
Ahmad Shalaby, History of Muslim Education, (Karachi : Indus Publication, 1979), m.s 147 –
148
6
a) Peperiksaan
Ijazah akan dikeluarkan setelah profesor / pensyarah berpuashati
dengan pencapaian pelajar mereka di dalam ujian lisan yang diadakan.
Pada peringkat pertama proses peperiksaan, para pelajar akan diuji
dengan kemahiran berhujah dan berbahas untuk mempertahankan
tesis atau sekumpulan tesis – tesis yang ditulis oleh mereka. Apabila
terbukti kecekapan dan kepandaian mereka, ijazah (lesen) untuk
mengajar hukum – hakam (fiqh) akan dianugerahkan kepada mereka.
Perkembangan ijazah dalam bidang fiqh sejajar dengan perkembangan
awal ijazah dalam bidang hadith. Peperiksaan juga mengambilkira
buku / kitab yang dipelajari oleh pelajar. Sebagai contoh, Ibrahim b
Makram al – Shirazi telah dianugerahkan ijazah mengajar hukum –
hakam dan lesen untuk mengeluarkan fatwa oleh 2 orang profesor,
pada masa yang sama juga beliau telah diuji oleh beberapa orang
profesor
berdasarkan
kandungan
buku
–
buku
(yang
telah
dipelajarinya). Akhirnya, beliau dikurniakan ijazah untuk mengajar
buku – buku tersebut16.
b) Umur Pelajar ketika menerima Ijazah
Kebiasaannya, ijazah akan dikurniakan pada peringkat umur matang
iaitu dalam lingkungan 30 – an, 40 – an dan ke atas disamping tidak
dinafikan ada sesetengahnya memperolehi ijazah dalam usia masih
16
Al – Sakhawi, Al – Daw al – Lami’ li ahl al – qarn al – tasi’ dipetik dari George Makdisi, m.s 151
- 152
7
muda. Ulama’ besar fiqh dari Syria, al – Awza’i telah mengeluarkan
fatwanya dalam usia tiga belas tahun. Muslim b Khalid, salah seorang
ulama’ besar mazhab as – Syafi’e telah dianugerahkan ijazah pada usia
lima belas tahun. Tajud Din as – Subki pula mendapat ijazah untuk
mengajar hukum – hakam dan lesen mengeluarkan fatwa pada usianya
yang baru mencecah lapan belas tahun dan sebenarnya banyak lagi
contoh yang seangkatan dengan mereka. Yang nyata, kemahiran
mereka berhujah dan berbahas dikuatkan lagi dengan ingatan yang
kuat17.
Kesemua kes yang disebutkan adalah satu keadaan yang luar biasa.
Apabila autorirti menganugerahkan ijazah menjadi hak peribadi, ia
bergantung
kepada
mengeluarkannya.
seseorang
Sesetengah
profesor
mereka
/
begitu
pensyarah
teliti
dan
dalam
sukar
menganugerahkan ijazah. Sepertimana seorang ulama’ fiqh, Abu Ishaq
Ibrahim bin Yahya al – Dimashqi telah menjadikan para pelajarnya
sangat
sukar
mendapatkan
ijazah
daripadanya,
beliau
sering
‘mengagalkan’ mereka dan mengatakan bahawa mereka belum lagi
layak (memperolehi ijazah)18. Begitu juga ‘Uthman b Sa’id Uthman Abu
Umar19 dan lain – lain. Namun, sebaliknya ada sebahagian pelajar pula
sangat rendah diri dan menyatakan bahawa mereka belum lagi mahir
17
Ibn al – ‘Imad al – Hanbali, Shadarat adh – Dhahab fi Akbar man Dhahab; Ibn Hajar al –
‘Asqalani, ad – Durar al – Kaminah fi a’yan al – min’a at – Tamimah; dan an – Nuaymi, al – Daris
fi Tarikh al – Madaris, kesemuanya dipetik dari George Makdisi,m.s 149
18
Ibn Hajar al – ‘Asqalani, ad – Durar al – Kaminah fi a’yan al – min’a at – Tamimah , dipetik dari
George Makdisi, m.s 150
19
Ibrahim Ali al – ‘Aksh, Al – Tarbiyyah wa at – Ta’lim fi al – Andalus, (Amman : Dar al – Fayha’
dan Dar ‘Ammar, 1986), m.s 156 – 157
8
dan layak untuk menerima ijazah, kerana memikirkan ia merupakan
tanggungjawab yang amat besar untuk dipikul dan oleh sebab itu,
mereka mengelak dari menerimanya, seperti kes Ibn Hubaysh, beliau
berkata:”Wahai Tuhan, aku tidak layak menerima ijazah....”20
c) Ijazah sebagai Hak Peribadi
Kuasa dan kelayakan (untuk menganugerahkan ijazah) hanya pada
‘alim, iaitu orang yang paling faham dalam hal – ehwal agama,
terutamanya pakar dalam hukum – hakam Islam, faqih (jama’ –
fuqaha’). Apabila seseorang guru / syeikh / faqih mengurniakan ijazah
kepada anak muridnya, dia sebenarnya menggunakan hak peribadinya
yang sah dan kelayakan yang ada pada dirinya sebagai seorang
individu bukannya mewakili mana – mana kumpulan guru / syeikh /
pensyarah yang diletakkan di bawah satu fakulti (sepertimana
sekarang). Jika ditinjau dari sejarahnya pada zaman moden ini, ijazah
adalah hak peribadi individu untuk mengeluarkannya iaitu daripada
seorang ‘alim kepada anak muridnya. Pemerintah dan pihak berkuasa
tiada ada hak mencampuri urusan ini sekalipun dia seorang khalifah,
sultan, amir, qadi dan lain – lain. Islam tidak seperti gereja, tiada kuasa
seperti paderi, tiada universiti dan tiada persatuan guru / syeikh /
pensyarah untuk mengurniakan ijazah melainkan seorang guru / syeikh
/ pensyarah. Tiada seorangpun boleh memaksa dan menahan mereka
daripada mengurniakan ijazah. Dengan ini, garisan agama dapat
20
Al – Muqri, Nafh al – Tayyib dipetik dari Ibrahim Ali al – Aksh, 156 - 157
9
ditegakkan bukan melalui pemerintah, tetapi dengan kebijaksanaan
para ulama’. Tambahan pula, institusi yang dipunyai oleh ulama’ ini
bebas dari kongkongan pemerintah dan tidak memerlukan kelulusan
mereka untuk mewujudkannya (institusi). Sesungguhnya, pemerintah
tiada
hak
mencampuri
urusan
memberi
ijazah
sekalipun
dia
mengasaskan sesebuah institusi terbabit (kecuali sekiranya beliau
terbukti juga seorang ‘alim). Pendidikan Islam seperti juga Undang –
undang Islam bersifat individu dan peribadi21.
d) Jenis – jenis Ijazah
Terdapat 6 jenis ijazah dan disebutkan sepertimana di bawah22:1. Ijazah Khusus : Ijazah ini dikurniakan dari orang tertentu kepada
orang tertentu yang lain. Ada 4 asas yang terdapat pada ijazah
yang paling berprestij ini; menyatakan nama profesor / pensyarah
yang mengajar, nama pelajar, nama subjek / matapelajaran dan
pengakuan (tenaga pengajar) dengan perkataan ‘ajaztu’
2. Ijazah Tidak Khusus : Ijazah ini juga menyatakan nama profesor /
pensyarah yang mengajar akan tetapi nama subjek digugurkan atau
tidak dinyatakan. Profesor / pensyarah akan menyatakan dengan
lisan
bahawa
mereka
(pelajarnya)
dikurniakan
kebenaran
21
George Makdisi, m.s 271
Untuk lebih lanjut, lihat Hisham Nashabi, The Ijaza : Academic Certification in Muslim
Education; Ibrahim Ali al – ‘Aksh, al – Tarbiya wa al – Ta’lim fi al – Andalus, m.s 151 – 153. Pada
rujukan ini, saya tidak memetik dari jenis ke 3 – 4, kerana kedua - duanya didapati sebagai
ijazah yang lemah dan ditolak oleh kebanyakan ulama’, seperti Ibn az – Zubayr dalam Silat as
– Silah nya dan al - Mawardi
22
10
menyampaikan segala apa yang telah mereka pelajari daripadanya
tanpa mengkhususkannya pada sebarang buku / kitab atau subjek
3. Ijazah Umum : Nama profesor / pensyarah dinyatakan, akan tetapi
para pelajarnya adalah dalam satu kumpulan dan tidak diperincikan
nama mereka dan kebenaran secara umum diberikan kepada
mereka untuk menyampaikan ilmu dalam sesuatu subjek
4. Ijazah dalam buku / kitab tertentu : Ijazah jenis ini sangat terperinci.
Profesor / pensyarah memperakui pelajar tertentu telah tamat
mempelajari sebuah buku / kitab daripadanya atau dia mengingati
teks tertentu. Hanya setelah pelajar membuktikan kecekapannya
akan dikurniakan ijazah ini
5. Ijazah melalui perutusan atau surat ; Ijazah ini hanya untuk
pengajian hadith. Ia berlaku apabila seorang ‘alim menulis teks
tertentu (hadith) dan menghantarnya kepada seorang atau lebih
anak – anak muridnya, disertai dengan “perutusan / surat” yang
memberi kebenaran kepada mereka meriwayatkannya kepada
pelajar lain apa yang telah ditulis oleh profesor / pensyarah mereka
6. Ijazah Kehormat ; Ijazah ini hanya terhad untuk ulama’ sahaja, dan
sering bertukar – tukar (ijazah ini) sesama mereka sebagai tanda
hormat dan menghargai jasa mereka
Jika diteliti, kita akan mendapati setiap ijazah mempunyai
perbezaan. Namun, satu karakter umum yang sama bagi ijazah –
ijazah ini dan sepertimana yang disebut pada awal tadi ialah
11
kesemuanya bersifat peribadi bukan institusi. Sesungguhnya, inilah
kriteria
pensijilan
yang
paling
menonjol
dan
terkemuka
dalam
Pendidikan Umat Islam.
e) Kepentingan Ijazah
Nilai ijazah pada pelajar moden semasa zaman ketemadunan Islam
sangat tinggi. Kepentingan utamanya dapat disimpulkan kepada 5
perkara seperti berikut:i. Ijazah mengandungi banyak maklumat terperinci tentang biografi
(Riwayat
hidup)23.
Biografi
seseorang
tokoh
/
perawi
yang
meriwayatkan perkataan, perbuatan,sifat – sifat dan taqrir Nabi
Muhammad SAW dengan disebutkan nama, salasilah, gelaran dan
pekerjaan mereka, di samping guru – guru yang pernah mereka
menuntut ilmu daripadanya. Inilah yang boleh dikatakan sebagai
sumber terhebat dan terunggul dalam Bibliografi Islam.
ii. Ia mengandungi maklumat sejarah yang bernilai berkenaan ulama’ ,
aktiviti
intelek
mereka,
cara
mereka
mempraktikkan
ilmu,
pandangan dan pemikiran mereka
iii. Ia juga memberikan maklumat yang banyak tentang bandar –
bandar yang menjadi pusat pengajian ilmu dan intelek pada zaman
tertentu
iv. Di samping itu, ia juga mendedahkan kepada kita buku / kitab yang
sering dipelajari dalam sesuatu subjek / matapelajaran tertentu
23
Dalam ilmu hadith disebut Tarikh ar – Ruwat (Sejarah Para Rawi)
12
v. Akhir sekali, gambaran yang boleh didapati daripada kewujudan
ijazah ialah perkembangan akademik Islam dan ia menjadi asas
kepada kemunculan idea – idea dan teori – teori baru
3.0
Kepelbagaian Ijazah
Sepertimana
yang
telah
disebutkan
sebelum
ini
dalam
pembahagian jenis – jenis ijazah terdapat satu jenis ijazah yang
dikenali
sebagai
Ijazah
Khusus.
Ijazah
ini
telah
tersebar
penggunaannya dalam pelbagai cabang ilmu terutamanya hadith dan
bidang – bidang yang lain seperti kaligrafi, tariqah (religious order),
sufisme, puisi / sajak, kesusasteraan, sains perubatan dan sains Islam
yang lain. Selepas perkembangan awal ijazah dalam sejarah Islam
dipelopori oleh bidang hadith, pengijazahan dalam bidang yang lain
mula wujud dan berkembang.
Bagi ijazah dalam bidang kaligrafi yang begitu banyak jenisnya akan
dianugerahkan kepada pelajar oleh seseorang profesor / pensyarah
untuk melayakkan mereka bekerja sebagai penulis khat, penyalin /
pencetak dan kerani di dalam pejabat kerajaan. Beberapa contoh boleh
dijumpai berdasarkan ijazah ini seperti dalam Muradi’s Silk al – Durar fi
A’yan
al
–
Thani
‘Ashar24
dan
dalam
Ugur
Derman’s
Hattat
Icazetnameleri25. Ramai pelajar berminat untuk mendalami ilmu
24
Beliau adalah Abu al – Fadl Muhammad b ‘Ali b Muhammad al - Muradi
Lihat Ugur Derman, “Hattat Icazetnameleri”, kertas kerja dibentangkan pada Kongres
Sejarah Turki (25 – 29 September 1970), Ankara, Turk Tarih Kurumu: dan idem.,”Hattat
Icazetnameleri”, dalam Hattat Imza ve Secereleri, Jilid 2, (Ankara : Turk Tarih Kurumu, 1973),
m.s 716 - 727
25
13
kaligrafi
Islam
dan
mendapatkan
ijazahnya
kerana
menyedari
kepentingannya dalam pejabat – pejabat kerajaan dan menyalin buku –
buku / kitab – kitab memandangkan mesin pencetakan belum wujud
lagi (pada masa tersebut).
Ijazah dalam bidang tariqah kesufian pula begitu luas maknanya.
Ia
meliputi
sudut
fizikal
dan
spiritual.
Seseorang
syeikh
akan
mengurniakan ijazah kepada anak muridnya sama ada dari segi kuasa
spiritual (akan menjadi pengganti syeikh) atau hak untuk mengajar
buku – buku/ kitab – kitab yang berkaitan dengan kesufian. Sebagai
contoh dalam menganugerahkan kuasa spiritual, ijazah Syeikh ‘Abbas
Afandi dianugerahkan kepada Hafiz ‘Umar Afandi dalam tariqah Ummu
Sinan, salah satu cabang Naqshibandiyyah, pada 1321 A.H., di Skopje
(Dalam bahasa Turki, Uskup)26. Dan juga satu contoh kebenaran yang
diberikan untuk mengajar buku / kitab yang berkaitan dengan Sufisme
iaitu ijazah Syeikh Nizamuddin Awliya dianugerahkan oleh syeikhnya
Syeikh Faridud – Din Gani – Shakar yang juga mengurniakan kuasa
spiritual kepadanya disamping kebenaran mengajar buku / kitab
Tamhidi yang dikarang oleh Abu Shakur Salimi yang membicarakan
tentang asas – asas Keimanan27.
Pengurniaan Ijazah di dalam bidang puisi dan sajak pula boleh
didapati dengan adanya contoh ijazah yang dianugerahkan oleh ‘Ali b
26
Ijazah [Ijazah tidak bercetak Hafiz Umar Afandi yang dianugerahkan oleh Syeikh ‘Abbas
Afandi, pada tahun 1321 A.H / 1901 A.D. (Koleksi Peribadi, Husamettin Vardar, Skopje,
Macedonia)]
27
Khaliq Ahmad Nizami, Some Aspects of Religion and Politics in India During the thirteenth
century, (India : Idarah i Delli, t.t.), m.s 349 – 350
14
Muhammad b Mahfuz al – ‘Alawi kepada anaknya Siddiq b ‘Ali pada
691 A.H dengan memberikannya kebenaran mengajar puisi ‘Umar b al
– Farid. Sepertimana katanya:“Wahai anakku, Siddiq ibn ‘Ali, pelajar yang berilmu, ‘adil dan
bersemangat
tinggi
–
Semoga
ALLAH
mengilhamkannya
kebenaran dan jalan yang lurus untuk diikuti, dan melindunginya
daripada bersama orang – orang
yang berhak menerima
kutukan dan azab seksaan – telah mempelajari puisi ‘Umar b al –
Farid daripada saya kecuali satu puisi yang bermula dengan :
Sa’iq al – Az’an Tatwy al – Bid Tay, maka, dengan ini saya
memberi kebenaran kepadanya membacanya selepas saya
sepertimana saya membacanya selepas Syeikh Fakhrud – Din al
– Iraqi”28.
Bagi bidang perubatan, profesion dalam bidang ini mendapat
kesedaran yang tinggi di dunia Islam semasa abad kesepuluh Masihi,
seseorang penuntut perubatan / bakal doktor wajib lulus peperiksaan
dan mendapat ijazah dan jika tidak, mereka tidak dibenarkan
mempraktikkan ilmu ini. Kita boleh melihat contoh ijazah perubatan di
dalam kitab Ibn Abi ‘Usaybi’ah’s Tabaqat al – Atibba’29.
4.0
Struktur dan Kandungan Ijazah
28
Ahmad Shalaby, History of Muslim Education, m.s 148, diambil daripada manuskrip yang
dimiliki oleh Profesor A.J. Arberry
29
Ibn Abi ‘Usaybi’ah, ‘Uyun al – Anba’ fi Tabaqat al – Atibba’, suntingan Nizar Reza, (Beirut :
Dar Maktabat al – Hayat, 1965).
15
Satu skema umum disediakan untuk sesi ini yang mengandungi ciri
– ciri lazim ijazah yang dikeluarkan di dalam Dunia Islam. Kebanyakan
ciri – ciri ini menepati skema tersebut melainkan ada sedikit
pengecualian..
1. Ijazah kebiasaannya akan dimulakan dengan Basmalah (Dengan
Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani), diikuti
dengan memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH (Hamdalah) dan
pujian kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan para
sahabat baginda (Selawat)
2. Pujian ke atas ilmu dan menyebut kepentingannya..Kemudian
disebut potongan ayat – ayat al – Quran al – Karim dan Hadith Nabi
SAW yang berkaitan dengan kepentingan ilmu pengetahuan; seperti
ayat, “Katakanlah : Adakah sama orang – orang yang mengetahui
dan orang – orang yang tidak mengetahui? .... 30, dan hadith yang
bermaksud,”Sekiranya seseorang mengembara di atas jalan untuk
mencari ilmu, ALLAH akan membukanya perjalanannya ke salah
satu jalan menuju ke syurga”31.
3. Menitikberatkan sanad32. Inilah perkara yang sangat diutamakan
oleh ulama’ Salaf dalam mengkaji sesuatu hadith, sama ada ia
benar – benar datang dari Nabi SAW atau sebaliknya. Kemudian
digunapakai oleh bidang – bidang yang lain bagi menjamin
30
Az – Zumar: 9
Riwayat Abu Daud, Sunan Abi Daud, no: 3634
32
Rangkaian periwayatan dari seorang rawi kepada seorang rawi yang lain sehingga sampai
kepada teks ucapan atau kandungan hadith (matan).
31
16
ketulenan, kesahihan dan kualiti ilmu yang disampaikan kepada
umat Islam. Sepertimana kata ‘Abdullah b Mubarak : “Sanad itu
sebahagian dari ad – Deen, sekiranya tidak kerana sanad, sesiapa
pun akan bercakap apa sahaja yang dia mahu”33.
4. Mengandungi nama profesor / pensyarah dan nama pelajar. Di sini
profesor / pensyarah akan menyatakan nama pelajar yang akan
dikurniakan ijazah. Perkembangan akademik pelajar juga diselitkan
bagi menunjukkan kualiti ilmu seseorang pelajar. Selain itu, para
profesor / pensyarah akan menggunakan peluang untuk melahirkan
penghargaan kepada guru mereka sendiri dengan menyebutkan
nasab ilmunya.
5. Nama buku – buku / kitab – kitab dan subjek yang dipelajari juga
dinyatakan dalam ijazah
6. Rantaian penyampai / perawi sesuatu ilmu (silsilah) akan kembali
kepada ALLAH SWT, kecuali ijazah dalam sesuatu buku / kitab,
rantaian akan berakhir pada penulisnya. Walaubagaimanapun, bagi
kitab hadith, ia akan kembali kepada orang yang mengumpul dan
menulis hadith tersebut kerana hadith – hadith di dalam kitab ini
mempunyai sebilangan para perawi yang berbeza dan ia akhirnya
akan kembali kepada Rasulullah SAW. Selebihnya, menyatakan
nama semua perawi yang hidup sejak zaman Rasulullah SAW
hingga ke zaman ulama’ yang mengumpul hadith – hadith adalah
sesuatu yang sukar,dan sanad akan menjadi terlalu panjang di
33
Riwayat Muslim, Muqaddimah Sahih Muslim, m.s 5
17
samping memerlukan masa yang banyak dan ruang yang besar
(pada ijazah). Oleh itu, kadang – kadang hanya sebahagian nama
perawi yang disebut (dengan keadaan tidak menjejaskan kekuatan
sesuatu hadith).
7. Kemudian penganugerah (profesor / pensyarah) akan memberikan
nasihatnya kepada pelajar bagaimana menggunakan ‘ilmu sebaik
mungkin, mendidik bakal anak murid mereka, memainkan peranan
sebagai seorang ulama’ di dalam masyarakat dan meminta
pelajarnya supaya tidak melupakannya dan memohon mereka
berdoa kepada ALLAH SWT untuk memberi keampunan kepadanya
8. Akhir sekali, ijazah lazimnya akan diakhiri dengan doa, tarikh
dikeluarkan ijazah dan pengesahan dari profesor / pensyarah sama
ada dengan tanda tangan, cop rasmi atau kedua – duanya. Namun,
nama institusi / tempat pengajian jarang – jarang dinyatakan.
Kecuali jika diadakan majlis rasmi (konvokesyen), nama tempat
majlis diadakan akan disebut dan tempat pengajian secara tidak
langsung dapat dikenalpasti. Begitu juga apabila disebut nama
profesor / pensyarah, nama tempat pengajian juga dapat diketahui.
Dengan cara ini, situasi geografi pengajian ilmu – ilmu Islam dapat
digambarkan; di mana, bila, bagaimana dan subjek yang dipelajari,
kedudukan tempat atau kawasan dari segi sosial dan politiknya
yang bercahaya kerana padat dengan ilmu pengetahuan dan
terkenal di dalam lipatan sejarah.
18
5.0 Perbezaan Utama Diantara Ijazah dan Sijil atau Diploma
Tradisi pengijazahan seperti yang disebutkan pada awal lagi telah
bermula dan berkembang dalam Islam sejak kurun ke 4 A.H (kurun ke
10 Masihi). Dua kurun selepas itu, pada pertengahan kedua kurun ke
12, ia muncul pula di Latin Barat. Ia adalah lesen untuk mengajar yang
dipanggil sebagai licentia docendi, yang sama maksudnya dengan
ijazah. Namun, berdasarkan kepada pandangan George Makdisi, tiada
satupun bukti pada zaman lampau / purba yang menunjukkan sama
ada di Greece mahupun di Rom mengeluarkan lesen untuk mengajar
(ijazah). Juga
tiada ijazah yang dikeluarkan oleh Kristian Timur
Byzantine yang sekalipun ia mempunyai pertalian terus dengan
pendidikan klasik (Greece). Begitu juga hal yang sama berlaku pada
sistem pendidikan Kristian Barat Latin. Ia hanya mula diperkenalkan
Kristian Barat pada pertengahan kedua kurun ke 12, dari salah satu
institusi – institusi yang wujud tanpa maklumat sejarah yang asli 34.
Tetapi Daniel Haneberg, dalam kajiannya terhadap sistem pendidikan
Islam telah mengeluarkan satu kenyataan yang menarik berkenaan
ijazah. Katanya;” Saya merasakan lesen / sijil yang kita (Barat)
keluarkan adalah bersumberkan dari institusi umat Islam” 35. Oleh itu,
ianya satu kemungkinan besar bahawa licentia docendi berasal
daripada ijazah.
34
George Makdisi, The Rise of Colleges, m.s 272
D. Haneberg, Abhanlung uber das Schul – und Lehrwesen der Muhamedaner im Mittelater,
(Munich : 1850), dipetik dari George Makdisi, m.s 275
35
19
Sebagai tambahan, peringkat perkembangan ijazah dan licentia
docendi menurut George Makdisi sebenarnya tidak jauh berbeza dan
beliau menerangkannya seperti berikut:“From initial training in the literacy arts, to embarking on the long
course of study leading to the mastership, passing through the
ranks of scholar (mutafaqqih) and fellow (faqih), representing the
undergraduate and graduate level, assisting the master as ordinary
repetitor (mu’id) or extraordinary docent (mufid), including the work
of building up repertories of disputed questions (masa’il khilafiyah,
quaestiones disputatae), the student practice of quizzing one
another (mudhakarah,collatio), disputing for practice with fellow
students,
or
with
masters
in
class
(munazarah,
disputatio),
disputation based on the confrontation of conflicting opinions
(khilaf, sic et non), and the mastery of dialectic (jadal, dialectica),
and finally, obtaining the licence to teach (ijazah li at – Tadris,
licentia docendi), and incepting by giving the inaugural lesson or
lecture (dars iftitahi, inceptio)”36.
Hanya
satu
perbezaan
ketara
yang
boleh
dilihat
bahawa
perkembangan ijazah di dunia Islam terkehadapan lebih dari satu
kurun sebelum kemunculan licentia docendi dari mana – mana
bahagian pemerintahan Kristian Eropah. Inilah bentuk awal sijil yang
terdapat di Barat. Tetapi jika dilihat pada sejarah, perkataan licentia
docendi telah diubah menjadi elemen – elemen dalam sistem
36
George Makdisi, The Rise of Colleges, m.s 276
20
universiti; sijil, diploma, ijazah dan sebagainya. Seperti satu kes di
Perancis, secara tradisionalnya, lesen mengajar adalah ijazah pertama
dan
latihan
/
pengajian
untuk
mendapatkan
ijazah
menjadi
tanggungjawab sistem Pengajian Tinggi Perancis. Walaubagaimanapun,
reformasi / perubahan pada diploma universiti Perancis bermula pada
1973 dan lengkap pada 1976, dan kedudukan licentia docendi
berubah37. Sebaliknya, ijazah dalam kehidupan pendidikan umat Islam
tetap kekal seperti dahulu sehingga hari ini kecuali pada tempat –
tempat tertentu.
Sekarang kita lihat pula perbezaan utama diantara ijazah dan sijil
atau diploma yang digunapakai pada hari ini. Perbezaan ini dapat
diringkaskan kepada tiga perkara utama:a. Pertama,
keunikan
ciri
pendidikan
Islam
itu
sendiri
yang
menunjukkan bahawa bukanlah tanggungjawab institusi pendidikan
Islam
untuk
tanggungjawab
menganugerahkan
profesor
/
sijil
pensyarah
akademik.
untuk
Ia
adalah
mengurniakannya
apabila seseorang pelajar tamat mempelajari satu – satu subjek
atau sesebuah buku / kitab. Ini semua bergantung kepada
pencapaian pelajar sama ada mereka benar – benar layak untuk
mempraktikkannya, mengajar dan menyampaikan segala material
yang dipelajari kepada pelajar yang lain. Tiada cop rasmi atau
pengesahan dari institusi (universiti) di tempat profesor / pensyarah
37
Lihat Carol Green, “Degrees, Diplomas and Certficates” dalam The International
Encyclopedia of Higher Education, Jilid 4, (D – F), (San Fransisco, Washington & London: Jossey
– Bass Publishers,1978), m.s 1234
21
mengajar akan diminta untuk mengesahkan seseorang pelajar itu
layak menerima ijazah. Inilah fakta yang jelas bahawa ijazah di
dalam pendidikan Islam adalah tanggungjawab individu profesor /
pensyarah
bukan
universitit.
Selagi
mana
beliau
sedar
tanggungjawabnya, kualiti pendidikan dan akademik umat Islam
akan
tetap
terpelihara.
Berbeza
dengan
situasi
ini,
institusi
pendidikan di Barat hanya mementingkan sijil dan penganugerahan
gelaran akademik dan ijazah. Tanggungjawab profesor / pensyarah
dalam hal ini seolah – olah pada kelas kedua. Perkara ini
mendatangkan masalah apabila sesebuah kelas / dewan kuliah di
universiti mempunyai saiz yang besar dan pelajar yang ramai.
Sudah tentu dari segi praktikalnya, amat mustahil bagi seseorang
profesor / pensyarah mengetahui sejauh mana pencapaian para
pelajarnya dan di manakah tahap yang sesuai untuk mengurniakan
ijazah
kepada
mereka.
Maka,
hubungan
intelektual
diantara
profesor / pensyarah dan para pelajar mereka tidak wujud. Hanya
pelajar pada peringkat postgraduate (sarjana, PhD dll) yang
mempunyai hubungan baik dengan profesor / pensyarah mereka.
b. Kedua, selain subjek / mata pelajaran (madah) yang dipelajari
disebut di dalam ijazah, buku / kitab yang tamat dipelajari dan
berjaya dihabiskan juga dinyatakan bersama – sama rantaian
perawi / penyampai (silsilah) buku tersebut hingga akhirnya kembali
kepada penulis asal buku / kitab tersebut. Sedangkan sijil, diploma
22
atau ijazah (hari ini) hanya menyatakan subjek yang telah
dipelajari, tiada nama buku / kitab, penulisnya dan rantaian perawi /
penyampai dilampirkan bersama.
c. Ketiga, perbezaan dari segi bentuk. Umumnya ijazah dalam
pendidikan Islam dianugerahkan dalam bentuk buku yang kadang –
kadang mengandungi 20 muka surat dan lebih. Tetapi sijil, diploma
dan ijazah hari ini (berdasarkan pendidikan Barat) dikeluarkan
dalam bentuk satu gulungan (scroll) yang hanya mengandungi satu
muka surat.
Wallahua’lam. Siap pada 22 April 2005 jam 3.40 petang.