FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA METODOLOGI PENELITIAN

HBHE1103(SMP)SEPT12

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER / TAHUN 2012

KOD KURSUS HBHE1103
PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

NO. MATRIKULASI

:

811021135326001

NO. KAD PENGNENALAN

:

811021135326


NO. TELEFON

:

0194675253

E-MEL

:

[email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN

:

SIBU

0


HBHE1103(SMP)SEPT12

ISI KANDUNGAN :

MUKASURAT

1.0 BULETIN KHAS KESIHATAN
2.0 TEKS CERAMAH PENCEMARAN
3.0 PERSEMBAHAN MULTIMEDIA UNTUK CERAMAH
4.0 RUJUKAN

1

2
9
7
18

HBHE1103(SMP)SEPT12


BULETIN KESIHATAN DIRI
DAN KELUARGA
Jenis-jenis Penjagaan Yang Perlu

 Kebersihan tubuh badan
 Amalan pemakanan yang
sihat

 Senaman yang kerap
 Kesihatan mental yang
baik

 Tidak merokok
 Penjagaan kesihatan ibu
dan anak

Amalkan Gaya Hidup
Sihat

2


HBHE1103(SMP)SEPT12

Fokus Kesihatan Diri Dan Keluarga ;
Kebersihan tubuh badan adalah meliputi seluruh
anggota badan, yang perlu dijaga dengan rapi.
 Amalan pemakanan sihat yang mempunyai gizi yang
lengkap dan perancangan ,penyediaan dan
penyajian yang seimbang dan tidak semestinya
mahal.
 Senaman yang mencukupi selama 30 minit dan 3 kali
seminggu untuk mengekalkan kecergasan
 Amalan kesihatan mental yang baik dan normal
dengan mengawal stres dan menyelesaikan masalah
secara bijak.
 Tidak merokok untuk mengelakkan pembaziran wang
dan risiko penyakit berbahaya untuk diri sendiri dan
orang lain.
 Penjagaan kesihatan ibu dan anak yang baik dari
semasa mengandung sehingga selepas melahirkan

anak dan menjaga bayi yang telah lahir.


Table of Contents

Amalan Pemakanan Yang Sihat

Cergas & Cerdas

3

HBHE1103(SMP)SEPT12

Kebersihan Tubuh Badan

Cergas & Cerdas

4

HBHE1103(SMP)SEPT12


Senaman Yang Mencukupi ;

Tidak Merokok

Main Heading

Attention
Grabber

Pengurusan Stres Dan Masalah Yang Bijak

Penjagaan Ibu dan Anak

Name of product or service

Describe the product, service, or event here. Include a brief
description and any features.

Cergas & Cerdas


Cergas & Cerdas

5

HBHE1103(SMP)SEPT12

6

HBHE1103(SMP)SEPT12

7

HBHE1103(SMP)SEPT12

8

HBHE1103(SMP)SEPT12

TEKS CERAMAH PERSEKITARAN DAN PENCEMARAN

Assalamualaikum, salam satu Malaysia dan salam sejahtera kepada yang
berusaha tuan guru besar En.Ahmad Bin Leman, penolong-penolong kanan,
rakan guru dan murid-murid tahun 4 , tahun 5, dan tahun 6 yang saya amat
kasihi sekalian. Pada pagi ini saya akan menyampaikan sedikit ceramah
mengenai persekitaran dan pencemaran alam sekitar kita. Ini adalah
bersempena dengan hari alam sekitar yang kita sambut pada hari ini dan
susulan daripada aktiviti minggu alam sekitar sekolah kita.Sebelum
menyampaikan ceramah saya dengan lebih lanjut, saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pihak PIBG, rakan guru dan pelajar-pelajar yang
saya kasihi pada hari ini yang sudi hadir dan memeriahkan lagi ceramah kita
pada pagi ini kerana kehadiran anda sekalian sahaja sudah pun menunjukkan
semangat, komitmen dan sokongan didalam isu penjagaan alam sekitar kita
ini.
Hadirin sekalian, Eloklah jika kita bermula dengan definasi persekitaran
yang sihat yang mana ianya adalah satu tempat dimana anggotanya hidup
untuk mencapai satu visi kesihatan dan kesejahteraan masyarakat yang
dipersetujui bersama. Persekitaran sihat ini dapat memberikan keadaan fizikal,
psikologikal sosial dan organisasi yang dapat melindungi dan pada masa yang
sama dapat mempromosi kesihatan dan keselamatan mereka bersama.
Persekitaran yang sihat juga memberi tumpuan kepada perlindungan kesihatan

individu daripada ancaman luaran dan dalaman akibat tekanan, kualiti
persekitaran dan kerosakan.satu lagi maksud lain yang lebih mudah difahami

9

HBHE1103(SMP)SEPT12

mengenai persekitaran juga adalah 9(setting) yang bersih, selamat dan indah
yang merangkumi rumah, sekolah, premis makanan, tempat kerja , taman dan
banyak lagi tempat-tempat lain. Pendek kata contoh-contoh untuk tempat dan
persekitaran ini lazimnya berada disekeliling kita dan tidak susah untuk
memahaminya.
Namun

sedarkah

kita

bahawa


guru-guru

dan

murid-murid

sekalian,bahawa bumi kita semakin tua dan berubah dek kerana pemanasan
global yang amat dirasai di seluruh dunia. Banyak aktiviti manusia seperti
melepaskan gas ke dalam rumah hijau atmosfera dan rentetan dari perubahan
cuaca juga telah menyebabkan kesan-kesan yang buruk kepada manusia dan
kesihatan persekitaran.
Diantara akibat-akibat yang telah dirasai oleh kita adalah seperti
kekerapan dan intensiti bencana alam seperti banjir , tanah runtuh ,ribut dan
taufan. Peningkatan aras laut diantara 9 hingga 80cm akibat daripada
pencairan bongah ais dan glasier, peningkatan jumlah pelarian persekitaran
akibat bencana alam dan wabak penyakit yang semakin menular. Malah barubaru ini kita digemparkan dengan berita terjadi nya tsunamo iaitu kejadian
ombak besar atau dikatakan mini tsunami dan kejadian jatuhan meteor dari
angkasa yang telah menggemparkan seluruh dunia. Ini adalah kerana
perubahan yang telah berlaku terhadap bumi kita dan kejadian-kejadian tadi
adalah contoh daripada kesan yang berlaku sekiranya manusia semakin alpa

dalam menjaga alam sekitar.

10

HBHE1103(SMP)SEPT12

Perubahan ini juga menyebabkan dunia menjadi semakin kering dan
kontang, tidak ceria, kotor dan tercemar. Antara kesan-kesan yang bakal
wujud akibat daripada pengontangan ini ialah seperti berikut:
a.

pengurangan daya tahan semula jadi untuk mengatasi perubahan
cuaca.

b.

pengurangan produktiviti tanah.

c.

merosakkan pelindung sayur-sayuran.

d.

peningkatan banjir lumpur, pengurangan kualiti air, pencetekkan
sungai, tasik dan saliran.

e.

Penularan wabak penyakit seperti pernafasan,alahan, stress dan
penyakit bawaan vektor.

f.

Mengurangkan produktiviti pertanian terutamanya bahan makanan.

g.

Menambahkan jumlah penghijrahan manusia.

Menurut wikipedia, Pencemaran pula adalah bermaksud, kemasukan bahan
pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba cahaya dan tenaga ke dalam alam
sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan
kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem serta menggangu
ameniti dan kenggunaan halal alam sekitar.
Diantara jenis-jenis pencemaran ialah :
Pencemaran udara iaitu yang berasal dari pembebasan bahan kimia berbahaya
atau benda asing lain ke dalam atmosfera. Contoh-contoh bahan pencemar
termasuk karbon monoksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon (CFC) ,nitrogen
dioksida yang di keluarkan oleh kenderaan dan kilang industri.Pencemaran ini

11

HBHE1103(SMP)SEPT12

adalah yang paling ketara dan banyak menimbulkan masalah seperti jerebu dan
wabak penyakit.
Pencemaran air adalah kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber
air atau fenomena eutropikasi sehingga ianya mengubah kandungan atau keadaan
dan warnanya samada dari segi biologi, kimia atau fizik. Pencemaran ini juga
banyak mendapat perhatian umum kerana air adalah sumber semulajadi yang
diperlukan setiap hari dan amat asas sekali didalam kehidupan kita seharian,
tanpanya mungkin kita tdak dapat melakukan rutin harian seperti mandi, minum
dan mencuci.
Pencemaran tanih yakni pencemaran yang melibatkan peresapan bahan kimia
bahaya seperti logam berat, hidrokarbon dan racun serangga ke dalam tanih
sehingga terjadinya pertukaran warna, hakisan dan kesuburan. Pencemaran ini
boleh menggangugugat aktiviti pertanian kerana ianya akan memberikan kesan
terhadap hasil pertanian yang akan di makan oleh pengguna seluruh dunia.
Pencemaran radioaktif iaitu perlepasan bahan radioaktif ke dalam alam sekeliling
yang tidak terkawal. Bahan radioaktif adalah amat berbahaya sekali, apatah lagi
jika terlalu banyak terdedah dengan bahan ini, ianya dapat memberikan kesan
kepada badan dan kesihatan.
Pencemaran bunyi yang disebabkan oleh hingar-bingar jalan raya, pesawat,
kenderaan, kilang, dan industri yang pada kebiasaanya melebihi 80desibel.
Pencemaran ini biasanya berlaku di kawasan bandar dan perindustrian yang giat
menjalankan aktiviti setiap hari. Ada juga penduduk di bandar yang memang
sudah lali dan biasa dengan pencemaran ini, namun penduduk kampung amat

12

HBHE1103(SMP)SEPT12

kurang terdedah dengan pencemaran bunyi kerana kurangnya jumlah kilang di
kawasan kampung.
Pencemaran cahaya pula disebabkan oleh penyinaran (iluminasi) lebihan, yang
pada lazimnya berlaku di bandar besar, kerana di setiap bangunan di bandar besar
mengggunakan pelbagai jenis api untuk menerangkan jalan dan bangunan mereka.
Ada juga penduduk yang tinggal di pusat bandar yang terdedah kepada
pencemaran ini dan ianya juga amat berbahaya terhadap kesihatan yang akan kita
bincangkan selepas ini.
Pencemaran terma pula adalah perubahan suhu akibat kegiatan manusia yang
melampau seperti penggunaan bahan pendingin dalam janakuasa elektrik.
Dan yang akhir sekali dapat dikenalpasti ialah pencemaran visual iaitu
pemusnahan alam fizikal dan penghakisan keindahan alam, ini adalah termasuk
sampah-sampah terbiar dan papan iklan yang terlalu banyak.
Namun dapatlah dikatakan disini bahawa pencemaran boleh dibahagikan kepada
dua iaitu pencemaran oleh faktor semula jadi seperti akibat bencana alam dan
pencemaran oleh faktor manusia. Sikap manusia juga menjadi punca pencemaran
yang semakin berleluasa kini.
Permata kita yang paling berharga iaitu kesihatan sudah semestinya terancam oleh
kerana pencemaran udara yang berlaku ada masa kini yang mana telah memberi
kesan seperti masalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan
meracuni sistem anggota badan, pengangkutan oksigen dalam darah dan terus
melambatkan tindak balas manusia. Kesan-kesan lain adalah seperti cepat rasa
mengantuk, penyakit asma atau lelah dan pengurangan fungsi paru-paru. Bahan-

13

HBHE1103(SMP)SEPT12

bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pndarahan
pulmonari. Gas ozon juga adalah sebenarnya bahan tercemar yang boleh
menimbulkan kerengsaan dan akan menyebabkan inflamasi paru-paru dan
ketidakupayaan untuk bergerak. Habuk, asap, kabus , wap, atau bahan-bahan lain
juga menghalang penglihatan mata manusia. World Health Organization telah
membuat kajian mengenai jumlah manusia yang mati setiap tahun disebabkan
oleh pencemaran udara telah menyatakan bahawa jumlah kematian adalah
sebanyak 3.3 juta dan ianya adalah 3 kali lebih tinggi daripada kematian
kemalangan jalanraya.
Pencemaran air pula dapat menyebabkan manusia mendapat penyakit kanser,
obesiti, kencing manis, sakit jantung, mati pucuk dan angin ahmar. Manakala,
sekiranya manusia terminum air yang tercemar bahan logam seperti aluminium,
plumbun, arsenik, kadmium, nitrate, flourida, merkuri, strontium 90, iodin
radioaktif dan klorin akan menyebabkan penyakit cepat tua, alzheimer, kanser,
darah tinggi, sakit buah pinggang, kurang pertahanan badan, anaemea, leukimia,
kanser tulang, tiroid dan kanser darah.
Pencemaran radioaktif boleh menyebabkan kanser dalam jangka masa panjang.
Kumpulan manusia yang berisiko adalah seperti kanak-kanak, bayi, ibu
mengandung , orang tua dan individu yang kurang daya tahan badannya.
Pencemaran bunyi pula boleh menyebabkan seseorang itu berasa rimas dan
terganggu oleh kerana bunyi yang terlalu kuat sehingga menyebabkanya
mendapat gangguan seperti bersikap agresif, hipertensi, tahap tekanan tinggi,
kehilangan pendengaran , gangguan tidur, dan kesan buruk yang lain. Penyakit

14

HBHE1103(SMP)SEPT12

telinga berdengung iaitu ’tininus’ bukan sahaja boleh menyebabkan telinga
berdengung malah boleh menyebabkan

seseorang mengalami masalah daya

ingatan , tekanan teruk dan serangan panik yang tidak dapat diduga. Kehilangan
pendengaran kekal juga boleh berlaku. Tahap bunyi bising yang tinggi mampu
menyumbang kepada kesan kardiovaskular dan pendedahan kepada tahap
sederhana tinggi dalam tempoh lapan jam boleh menyebabkan peningkatan
statistik pada tekanan darah daripada lima hingga sepuluh poin. Peningkatan
tekanan perasaan dek kerana pencemaran bunyi ini juga mendorong kepada
pengingkatan tekanan darah termasuk juga peningkatan kejadian penyakit arteri
koronari.
Para hadirin sekalian, dari itu kerana pecemaran ini semakin berleluasa, maka kita
sebagai penghuni bumi haruslah melakukan sesuatu untuk mengurangkan risiko
penyakit dan bencana alam yang bakal kita hadapai sekiranya keadaaan menjadi
semakin

teruk.

Mungkin

cadangan-cadangan

untuk

mengatasi

masalah

pencemaran ini nanti akan dapat memberi kesedaran kepada kita semua supaya
sama-samalah kita membantu bumi kita iaitu tempat tinggal kita yang satu ini
untuk pulih, sumbangkan tenaga anda walaupun sedikit. Malaysia khususnya dan
seluruh negara di dunia ini umumnya sedang pesat membangun, namun ekoran
dari kepesatan pembangunan ini tidak ramai yang tahu bahawa kesan sampingan
terhadap alam sekitar juga sama semakin banyak dan pesat. Kegiatan industri,
pembangunan, penerokaan hutan, kegiatan pengangkutan setiap hari dan
perladangan juga menjadi penyumbang kepada semakin teruknya masalah
pencemaran

ini.

Namun

ketidakpekaan

15

dan

kelalaian

manusia

adalah

HBHE1103(SMP)SEPT12

penyumbang utama terhadap punca masalah pencemaran ini, ini bermaksud kita
sebagai manusia haruslah mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam
masyarakat. Mengembangkan rasa sayang pada alam sekitar, patuh kepada
undang-undang, dan lebih rasional dalam mengatasi masalah ini.
Beberapa langkah-langkah mengatasi pencemaran alam sekitar adalah seperti
yang akan saya aka paparkan berikut,
a. Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar,
yakni dengan mengitar semula surat khabar lama, kertas, kain, bahan plastik
dan kaca. Dengan mengitar semula dapatlah kita mengurangkan pencemaran
yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tiak sempurna. Dengan
kajian terkini secara saintifik, sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk
menghasilkan elektrik. Bukan sahaja banah-bahan seperti yang dikatakan tadi
boleh menjadi bahan kitar semula,malahan hampas pertanian seperti hampas
kelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan metana. Penapis udara
untuk ekzos kenderaan dan cerobong asap juga telah dicipta. Penggunaan
petrol tanpa plumbum juga adalah satu hasil daripada penggunaan teknologi
moden, ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang
amat bahaya kepada kesihatan manusia. Minyak kelapa sawit juga telah dikaji
boleh dijadikan sebagai ganti untuk bahan api fosil, idea ini telah dibuat untuk
mengelakkan pencemaran alam sekitar. Pada masa kini kajian mengenai
pengubahsuaian jentera-jentera dan mesin-mesin juga telah dibuat untuk
mengurangkan pencemaran alam.

16

HBHE1103(SMP)SEPT12

b. Pendidikan Alam sekitar juga dapat diselitkan didalam kurikulum. Semua
pihak haruslah memikul tanggungjawab yang sama untuk membentuk rakyat
yang bertanggungjawab kepada alam sekitar. Pendidikan adalah cara terbaik
untuk mendidik masyarakat dari segenap umur mengenai kesedaran pada
seseorang individu mengenai pencemaran alam sekitar. Kesedaran ini akan
dapat menyedarkan seseorang mengenai pentingnya kualiti alam kita perlu
dikekalkan dan dipulihkan. Kerana biasanya manusia akan lebih berhati-hati
setelah mereka akan faham mengenai akibat jika tidak menjaga kebersihan
dan tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar ini. Bermula dari zaman
pengajaran alam dan manusia semasa iaitu pelaksanaan (KBSR) dahulu
sehiggalah pengajaran matapelajaran sains yang dan biologi pada waktu
sekarang. Untuk masyarakat umum pula media massa adalah objek yang dapat
memainkan peranan penting untuk menerangkan menyampaikan maklumat
mengenai pencegahan pencemaran alam sekitar. Ceramah dan kempen juga
boleh dilakukan untuk mendidik masyarakat umum mengenai pencemaran.
Semua manusia terlibat didalam pencegahan dan pelindungan alam sekitar
kita yang tercemar ini. Kerajaan bolehlah bermula dengan memperketatkan
undang-undang untuk melindungi alam sekitar, rondaan dan audit dari
pegawai jabatan alam sekitar patut diperbanyakkan. Pengusaha kilang
seharusnya mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Alama Sekitar
sebelum memulakan operasi perindustrian. Sebagai pengguna pula, peranan
terpenting dalam mengatasi masalah pencemaran adalah amat penting,
Sebagai

pengguna

yang

beranggungjawab,

17

pilihlah

barang

yang

HBHE1103(SMP)SEPT12

mendatangkan pencemaran yang kurang sekali. Permintaan yang kurang
terhadap sesuatu bahan yang boleh mendatangkan pencemaran akan
menyebabkan pengusaha kilang mencari dan mencipta bahan yang sesuai
untuk digunakan. Diantara aktiviti yang dapat dilakukan adalah seperti berikut
iaitu:
a. Pameran : Pameran mengenai isu-isu pencemaran boleh dilakukan di
tempat awam seperti perpustakaan awam, dewan masyarakat, balai raya,
dan sekolah. Isu-isu seperti sebab,kesan dan cara yang boleh dilakukan
untuk mengurangkan pencemaran boleh dipamerkan. Ini akan menjelaskan
lagi mengenai isu-isu pencemaran kepada penduduk kampung dan bandar
megnenai. Carta, poster, dan keratan surat khabar boleh juga dimainkan.
Pita video, you tube dan keratan surat khabar juga boleh ditayangkan.
b. Kempen-kempen kesihatan ; seperti cintaiah sungai kita, kempen kitar
semula, sahabat alam dan sebagainya dapat memberi kesan mendalam
terhadap peserta-pesertanya . Jika mereka terlibat dengan kempen ini
mereka akan diajar mengenai cara menjaga kebersihan alam sekitar, caracara

menguruskan

sisa

buangan

supaya

boleh

meminimumkan

pencemaran. Kepada mereka yang suka mengitar semula bahan-bahan
seperti plastik, kaca dan kertas, pelajar juga akan belajar cara berjimat
cermat tanpa disedari. Kempen cintailah sungai contohnya dapat memberi
kesedaran dan peringatan selain dapatlah penduduk dikawasan pesisir
sungai faham dan sedar mengenai sikap lalai mereka selama ini supaya
mereka dapat menanam kesedaran mengenai cara yang betul melupuskan

18

HBHE1103(SMP)SEPT12

sampah dan menguruskan sampah mereka dengan baik agar mereka dapat
menjaga sungai mereka dengan lebih baik dari sebelum ini, ini kerana
sungai-sungai dinegara kita kebanyakanny tercemar kerana sikap
penduduk sendiri yang suka membuang sampah kedalamnya kerana malas
dan tidak tahu cara untuk melupuskanya.
c. Pertandingan ; kuiz di peringkat sekolah media megenai pencemaran alam
sekitar juga boleh menyebarkan maklumat penting mengenai pencemaran
secara tidak lansung kerana dari mencari jawapan kepada kuiz yang
diberikan, peserta –peserta kuiz dapat menambahkan ilmu mengenai
pencemaran alam sekitar. Pertandingan, bersyair, melukis poster juga
dapat menambahkan pengetahuan pesertanya.Pertandingan melukis poster,
melukis poster, atau menulis karangan yang berkaitan pencemaran juga
adalah baik dan berkesan kerana ia bukan sahaja memberi kesedaran
kepada peserta malah boleh memberi mesej kepada orang ramai secara
tidak lansung .
d. Pendedahan media massa: media massa adalah subjek penting untuk
menyebarkan maklumat yang terkini dan untuk membentuk pemikiran
semua pengguna. Dengan adanya pendedahan media ini masyarakat
umum akan lebih berhati-hati dalam menangani masalah pencemaran.
Televisyen, majalah, surat khabar, pada masa kini sememangnya ada
menekankan tentang pencemaran dan cara pencegahan nya ,namun kita
perlu lebih penekanan lagi mengenai pencemaran dan cara pencegahan
pencemaran ini kerana ianya amat perlu untuk lebih menyedarkan

19

HBHE1103(SMP)SEPT12

masyarakat mengenai kesan-kesan buruk pencemaran terhadap bumi dan
kehidupan kita di masa hadapan.
Kesimpulannya di sini adalah para hadirin sekalian, usaha untuk menjaga
alam sekitar dan pencemaran alam ini adalah usaha kita bersama-sama
sebagai manusia yang hidup di dunia ini dan bukanlah dari satu pihak
sahaja. Dari itu guru-guru dan pelajar sekalian, marilah kita bermula dari
menjaga kebersihan diri, rumah, kelas dan sekolah kita dahulu untuk
mendidik dan mengembangkan sikap suka menjaga alam sekitar demi
untuk mengelakkan dan mengurangkan pencemaran-pencemaran yang
semakin berleluasa ini. Dari itu saya dengan rendah diri ingin memohon
maaf

sekiranya

ada

tersilap

kata

dan

tersasul

bahasa

semasa

menyampaikan ceramah tadi dan saya amat berterima kasih kepada pelajar
dan rakan guru sekalian kerana sudi meluangkan masa untuk mendengar
ceramah

mengenai

pencemaran

ini

tadi.

Sekian

wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Terima kasih.

.

( 2533PATAH PERKATAAN)

20

HBHE1103(SMP)SEPT12

APENDIKS
RUJUKAN / REFERENSI
1. Teks ceramah kepentingan kesihatan.{Online}.
Available: http://id.scribd.com/doc/27265839/Hasilkan-Satu-Teks-Ceramah-YangMenjelaskan-Kepentingan
{2013, Januari.29}.
2. Info sihat.{online}.
Available : http://www.infosihat.gov.my/infosihat/#
{2013, Februari. 19}
3. Gaya hidup sihat.{online}.
Available : http://www.ukm.my/monline/8-tip-gaya-hidup-sihat.html
{2013, Februari. 20}
4. Gaya hidup sihat.{online}.
Available : http://www.ukm.my/monline/8-tip-gaya-hidup-sihat.html
{2013, Februari. 20}
5. Wan Ali W.Z, Hamzah R. & Abu R. (2011). Princples Of Instructional Technology
(3rd) Selangor Darul Ehsan: OUM
6.

Osman Z. , Kaur A. , Bidin H., Mohd Khalid H. , Kaur H. , Ahmad H. , Mohd
Yusoff T. (2011). Learning Skills For Open Distance Learners (5th) Selangor
Darul Ehsan : OUM

3. 4. http://malay3.wordpress.com/2010/08/03/faedah-bersenam/
5. http://ms.wiktionary.org/wiki/riadah
6. http://www.slideshare.net/ikmalbong/assignmentalamsekitar
7. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran
8. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_udara
21

HBHE1103(SMP)SEPT12

9. http://fsq.moh.gov.my/v3/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/KAradiasiJepun/Q&A_PENCEMARAN_BAHAN_RADIOAKTIF_DI_DALAM_MAKAN
AN.pdf
10. http://my.opera.com/karangan/blog/2011/02/22/masalah-pencemaran-faktor-faktorpenyebab-dan-langkah-langkah-untuk-mengatasiny

22